You are on page 1of 23

STRATEGI/KAEDAH PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF


MODEL EKSPOSITORI
• Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam
konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian
maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada
murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,kaedah ekspositori ialah
cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau
demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
• Guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar
dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau
merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh
menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,
fakta,hukum,prinsip atau teorem matematik.
• Model ini sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga
mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika
menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat
terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam
masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan
mendengar sahaja.
MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF

DEFINISI/ TAKRIF
• Satu bentuk strategi pembelajaran yang
bersistematik di mana kumpulan-kumpulan kecil
dibentuk belajar atau bekerjasama bagi
mencapai matlamat dan kejayaan dan guru
bertindak sebagai fasilitator
Struktur pembelajaran
• Dalam pembelajaran kooperatif, pelajar belajar dalam
kumpulan untuk memaksima tahap pembelajaran
mereka secara berkumpulan atau individu.
• Ideanya mudah sahaja. Satu kelas dibahagi kepada
beberapa kumpulan kecil . Selepas menerima arahan
daripada guru. Mereka seterusnya belajar melalui
tugasan-tugasan sehingga kesemua ahli kumpulan
berjaya memahami dan menyiapkan tugasan itu
dengan baik.
• Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja.
• Kesannya , setiap ahli kumpulan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat/
kejayaan bagi mendapat markah yang terbaik hasil
usaha setiap ahli dalam kumpulan tersebut.
• Ini kerana setiap ahli mempunyai matlamat yang
sama.
KELEBIHAN PEMBELAJARAN
KOOPERATIF
 Setiap ahli dalam kumpulan sentiasa
berkongsi maklumat, pengetahuan ,
kemahiran untuk mencapai kejayaan
/matlamat .
 Menyemaikan semangat muhibbah.
Merapatkan jurang antara
etnik/kaum/bahasa dan agama
 Dari segi soasial pula pelajar itu dapat
berkomunikasi dan berinteraksi secara
berkesan
 Meningkatkan keyakinan diri
 Bermotivasi
• Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran
koperatif. Pertama, Penyiasatan Berkelompok (Group
Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan
akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah
untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan
murid mengenalpasti suatu topik yang disiasat,
merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua
maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis
dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam
bentuk yang kreatif dan menarik.
• Kedua, teknik Student Team Achievement Division
(STAD). Dalam teknik ini, murid-murid perlu berada
dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran
kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan.
Mereka saling membantu antara satu sama lain
melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.
• Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli
untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan
pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang
telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan
pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk
berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif
utama dalam Jigsaw ialah setiap murid dalam satu kumpulan
akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab
memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa
yang telah mereka pelajari.

• Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia


merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar
mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk
kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang
berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini
bertujuan untuk memberi peluang kepada murid yang rendah
pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya
seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian tinggi.
 Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT).
Dalam teknik ini, guru perlu memberitahu pelajaran
yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan,
demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar
berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh
guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut
lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk
menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu
permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik
darjah.
• Dalam kaedah perbincangan, terdapat dua teknik yang boleh
digunakan iaitu teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan
teknik Meja Bulat (Round Table). Dalam teknik Putaran Giliran,
setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat
masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka.
Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang
mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan
menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini
berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea
yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

• Manakala teknik Meja Bulat pula, ahli kumpulan dapat


berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan
idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan idea
untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini
dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang
dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna.
Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk
membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan
mereka mantap dan bermakna.
STRATEGI PENGAJARAN BERASASKAN
TUGASAN
• Menurut Sharifah (1986), strategi pengajaran berasaskan tugasan
telah dikemukakan oleh Professor William Heard Kilpatrick ( 1871-
1965 ) yang mana telah diubah suai daripada kaedah penyelesaian
masalah John Dewey. Strategi ini merupakan suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman
moden ini.

• Noriati (2009) menjelaskan bahawa dalam strategi ini, guru


melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan
mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.
Dalam menghasilkan aktiviti menggunakan strategi ini, guru perlu
mengambil kira beberapa kriteria. Pertama, aktiviti yang dipilih
mesti berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar.
Kedua, guru perlu mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat
pengajaran. Ketiga, guru hendaklah memastikan aktiviti yang
dirancang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk
berinteraksi dan membuat refleksi. Keempat, guru perlu memastikan
setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau bagi
menghasilkan P&P yang berkesan.
Kaedah Simulasi

• Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi


pengajaran berasaskan tugasan. Simulasi merupakan satu gambaran
abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan
untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-
masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang
benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

• Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu


melalui tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran
yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang.

• Terdapat beberapa ciri kaedah simulasi. Pertama, simulasi merupakan satu


pembelajaran melalui pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan
berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Kedua,
dalam kaedah simulasi, peranan murid agak luas, kerana peserta bukan
sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi
mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta
bagi membuat keputusan. Ketiga, murid dikehendaki berinteraksi secara
dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
• Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), model simulasi
mengandungi empat fasa iaitu orientasi, latihan peserta, proses
simulasi dan perbincangan. Fasa orientasi merupakan fasa guru
mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam
simulasi serta memberikan gambaran umum tentang aktiviti dalam
simulasi.

• Dalam fasa kedua, murid akan diperkenalkan tentang peraturan,


peranan murid, prosedur, cara mendapat skor serta matlamat
simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada setiap murid
supaya mereka mengetahui peranan mereka.

• Murid-murid akan mula melakukan simulasi dalam fasa yang


ketiga. Pada fasa ini, guru akan bertindak sebagai pengadil dan
jurulatih. Guru juga boleh memberhentikan proses simulasi buat
seketika bagi mendapatkan maklum balas daripada murid, menilai
prestasi dan memperjelas salah tanggapan yang berlaku semasa
proses simulasi.

• Selepas murid-murid menjalankan proses simulasi, guru hendaklah


membuat perbincangan bersama murid tentang hasil pembelajaran
dan refleksi daripada hasil aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah
merupakan fasa yang keempat.
KONSEP I-THINK
 Program i-THINK ini adalah satu projek
usahasama dari Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) untuk memupuk kemahiran berfikir,
menyemai budaya pembelajaran sepanjang
hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan
berupaya menghasilkan jalan penyelesaian
secara kreatif di kalangan murid sekolah.
 Lapan Peta Pemikiran i-THINK adalah alat berfikir
visual yang memudahkan murid memahami konsep,
menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.
Digunakan merentasi pelbagai mata pelajaran dan
pelbagai tahap, proses pemikiran akan menjadi satu
cara lazim untuk murid, guru dan ibubapa
menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea baru
bersama-sama.
 Penggunaan Peta Pemikiran yang berterusan akan
membiasakan murid untuk berfikir secara kritis dan
kreatif. Peta Pemikiran Senarai Peta Pemikiran
tersebut adalah, 1. Circle Map (Peta Bulatan) Proses
Pemikiran : Mendefinisikan mengikut konteks -
Menjana idea - Mengaitkan pengetahuan sedia ada -
Membuat gambaran awal topik - Membuat rumusan 2.
Bubble Map (Peta Buih) Proses Pemikiran : Describing
(Menerangkan) - Menjelaskan sifat sesuatu perkara -
Hanya menggunakan “adjectives―(kata sifat)
 3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Kemahiran Berfikir : Membanding beza -
Membuat perbandingan dari sudut persamaan
dan perbezaan yang bagi dua benda/perkara.
 4. Tree Map (Peta Pokok) Kemahiran berfikir
: Membuat pengelasan - Membahagikan
kepada kategori tertentu - Memberi contoh-
contoh - Membuat sub topik - Memberi
huraian
 5. Brace Map (Peta Dakap) Kemahiran
Berfikir : Hubungan Bahagian - Seluruh -
Menyenaraikan komponen atau bahagian kecil
sesuatu objek - Melibatkan objek yang nyata
(fizikal) sahaja.
6. Flow Map (Peta Aliran) Kemahiran Berfikir :
Turutan - Membuat aliran, susunan, kronologi,
siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara.
7. Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Aliran)
Kemahiran berfikir : Sebab dan akibat -
Mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara.
- Menjelaskan kesan sesuatu perkara.
8. Bridge Map (Peta Titi) Kemahiran Berfikir :
Hubungan Yang Sama, Mencari Faktor
Penghubung : - Mencari analogi yang boleh
digunakan untuk menghubungkan pelbagai
perkara. - Memikirkan perkaitan yang boleh
diwujudkan bagi pelbagai perkara.
Adaptasi Media/teknologi
Adaptasi media/teknologi tebahagi kepada dua:
a. Media visual
b. Multimedia

a. Media Visual
- papan buletin / kenyataan
- papan hitam / putih
- buku teks / lembaran kerja

b. Multimedia
- Televisyen, video
- OHP
- Komputer
PENGURUSAN KELAS INKLUSIF
Mewujudkan struktur peraturan kelas

1. Libatkan pelajar membuat peraturan.


2. Pastikan peraturan itu pendek/jelas.
3. Peraturan mestilah dinyatakan dalam bentuk
positif.
4. Letak peraturan di tempat yang boleh dilihat.
5. Peraturan yang sesuai dengan aktiviti.
6. Bila peraturan dilanggar sama-sama tentukan
kesan.
Memperuntukka Perlu
Perancangan Penglibatan
n masa yang diagihka
masa yang baik yang kurang
mencukupi n sama
adalah amat memuaskan
untuk murid rata
perlu menyebabkan
bersedia
peluang terjejas

PENGURUSA PELUANG
N MASA PEMBELAJAR
AN
MATLAMAT
PENGURUSAN Guru harus
BILIK DARJAH memberi kesedaran
cara untuk
melibatkan diri
PENGURUSA dalam b.darjah
N KENDIRI

Melalui kawalan Akan melahirkan


Guru perlu
kendiri murid murid yang
membantu murid
akan belajar bermotivasi,
untuk mempunyai
untuk bekerjasama dan
kebolehan
bertanggungjaw berupaya membina
mengurus diri
ab hubungan sosial
PERANCANGAN UNTUK MENGELAK
TINGKAH LAKU NEGATIF DI DALAM KELAS

• Kurikulum yang menarik dan memberangsangkan pelajar


• Maklum balas positif daripada guru
• Jadual harian yang berstruktur
• Guru dan guru pembimbing harus bijak menangani tingkah
laku pelajar yang tidak diingini
• Kelas disusun dan dihias dengan ceria
• Jarakkan p&p sesuai dengan tahap pelajar
• Pemberitahuan tingkah laku pelajar kepada ibu bapa
• kutip data kemajuan pelajar (memantau)
• Peralatan yang mencukupi
• P&p dijalankan dari peringkat senang ke peringkat sukar
Setiap murid
mempunyai personaliti
dan konsep kendiri

GALAKKAN
PENGLIBATAN
MURID
MENGEKALKAN
PERSEKITARAN BERKESAN
UNTUK PEMBELAJARAN

LANGKAH KOMUNIKASI
PENCEGAHAN YANG BERKESAN

Berlaku apabila
Langkah pencegahan
penyampai dapat
daripada timbul
menyampaikan mesej
masalah dalam bilik
dengan jelas dan
darjah
difahami

You might also like