You are on page 1of 117

96

SOALAN STRUKTUR
dengan cadangan
jawapan.
____

Bantu Anda Kuasai


Isu Semasa &
Isu Buku Teks.
____

CONFIRM RUGI
KALAU TAK BACA!
____

NEVER GIVE UP!


Good things are
coming your way!
____

The more that you


READ
the more things you
will KNOW.

BAHAN BACAAN HADAPI INISIATIF


V.T. SURESH
SOALAN STRUKTUR GURU MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MORAL
SMK METHODIST
TELOK DATOK
BANTING

SPM 2020.
BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 1

KANDUNGAN
BIL ISU MUKASURAT
1 Pertubuhan Antarabangsa – PBB 4
2 Pertubuhan Antarabangsa – PBB/OIC 5-6
3 Pertubuhan Antarabangsa – Komanwel 6-7
4 ASEAN - ZOPFAN 8
5 Kerjasama Pengambilan Pekerja Asing 9
6 Dasar Luar Malaysia 10
7 Hubungan Baik Dengan Negara Lain 11
8 Pertubuhan Antarabangsa – OIC 12
9 Pertubuhan Antarabangsa – NAM 13-14
10 Penderaan Kanak-Kanak 14-15
11 Anugerah Kanak-Kanak 15-16
12 Wanita 16-17
13 Dasar Wanita Negara 17-18
14 Pemecatan Pekerja 18-19
15 Tuntutan Hak Pekerja 20-21
16 Dasar Pengguna Negara 21-22
17 Tindakan Peniaga Naikkan Harga Barangan 22-23
18 Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 23-24
19 Kemudahan OKU (Bahagian I) 24-25
20 Kemudahan OKU (Bahagian II) 25
21 Calon Pekerja OKU 26
22 Kejayaan Atlet Paralimpik Malaysia 27
23 Kejayaan Jaguh Pelumba Basikal Trek Azizulhasni Awang 28
24 Anggota Tentera 29
25 Kejayaan Rakyat Malaysia Kebanggaan Negara 30
26 Destinasi Ekopelancongan 31
27 Masalah Jerebu dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 32
28 Pengasingan Sampah Setiap Isi Rumah 33
29 Pemanasan Global 34
30 Terumbu Karang 35
31 Sumber Hutan Negara 36-37
32 Taman Laut di Malaysia 37
33 Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena 38

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 2

34 Jenayah Siber 39
35 Cuti Umum Sambutan Perayaan Keagamaan 40
36 Rasuah 41
37 Tunjuk Perasaan 42
38 Sistem Salah-Laku Disiplin Murid (SSDM) 43
39 Amalan Rumah Terbuka 44
40 Salah Laku Pelajar 44-45
41 Isu-isu Sensitif dalam Perlembagaan Malaysia 46
42 Masalah Obesiti (Bahagian I) 47
43 Kes Demam Denggi 48-49
44 Amalan Tradisi Pemakaian Pottu 49-50
45 AIDS 50-51
46 Pembuangan Bayi 52-53
47 Wawasan 2020 53
48 Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 54
49 Rokok Elektronik (VAPE) 55
50 Masalah Obesiti (Bahagian II) 56
51 Penggunaan Gadget 57-58
52 Aktiviti Kokurikulum di Sekolah 58-59
53 Kemalangan Jalan Raya Musim Perayaan 59-60
54 Telefon Pintar 60-61
55 Hukuman Mati Mandatori Ke Atas Pengedar Dadah 61-62
56 Penyebaran Berita dan Maklumat Palsu 63
57 Senario Pilihan Raya 64-65
58 Balik Kampung Semasa Perayaan 65-66
59 Sambutan Bulan Kemerdekaan 67
60 Kewajipan Bapa 68
61 Aplikasi Tik Tok 69-70
62 Budaya Body Shaming 70-71
63 Program Ziarah Cakna 71-72
64 Bangunan Bersejarah di Malaysia 72-73
65 Penggunaan Kad Kredit 74-75
66 Pendidikan STEM di Malaysia 75-76
67 Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian 76-77
68 Kejayaan Murid Malaysia di Peringkat Antarabangsa 77-78
69 Kempen Beli Barangan Malaysia 79
70 Majlis Rumah Terbuka di Malaysia 80
71 Pembuangan Sisa Toksik ke dalam Sungai 81
72 Siber Buli 82-83

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 3

73 Kes Penyeludupan Dadah (Bahagian I) 83-84


74 Larangan Merokok di Premis Makanan 85-86
75 Kejayaan Golongan Kelainan Upaya 87-88
76 Isu Gelandangan di Ibu Kota 89-90
77 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 90-91
78 Masalah Kesihatan Mental 91-93
79 Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) 93-94
80 Aktiviti Tebus Guna Tanah di Malaysia 95-96
81 Kerja Amal dalam Pendidikan Moral 97
82 COVID-19 98
83 Kes Pemandu Mabuk 99
84 Henti Sebarkan Berita Palsu 100
85 Jenayah Ragut 101
86 Kempen Budi Bahasa 102
87 Slogan ‘Malaysia Boleh’ 103-104
88 Penggunaan Teknologi ‘DRON’ 104-106
89 Penyeludupan Dadah (Bahagian II) 106-107
90 Sisa Pertanian 107-108
91 Badan Sukarela 109
92 Kesan Rumah Hijau 110-111
93 Fenomena Banjir di Malaysia 111-112
94 Anugerah 3K 113
95 Gaya Makan Rakyat Malaysia 114-115
96 Perhimpunan Mingguan Sekolah 115-116

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 4

1 Maklumat berikut berkaitan dengan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia.

NAM - Pergerakan Negara-Negara Berkecuali


OIC - Pertubuhan Negara-Negara Islam
UN -X

(a) (i) Apakah X? [1 markah]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

(ii) Nyatakan tujuan utama penubuhan pertubuhan di 1(a)(i). [3 markah]

(a) mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia.


(b) mengelakkan pertikaian dan peperangan berlaku di dunia.
(c) menghormati hak setiap negara tidak kira kecil atau besar.
(d) melindungi hak asasi manusia.

(b) Terangkan usaha yang dijalankan oleh pertubuhan di 1(a)(i) untuk meningkatkan
keamanan dan kesejahteraan masyarakat global. [3 markah]

i. Mengurangkan sengketa politik dan peperangan terbuka.


ii. Membantu negara dijajah mendapat kemerdekaan.
iii. Memberi bantuan dan perlindungan kepada pelarian mangsa peperangan
di seluruh dunia.

(c) Jika anda pemimpin tertinggi di sebuah negara, nyatakan sumbangan yang akan bakal
anda beri untuk meningkatkan keamanan dunia. [3 markah]

i. Mengadakan persidangan atau seminar antara pemimpin tertinggi dunia bagi


membincangkan cara meningkatkan usaha demi menjamin keamanan dunia.
ii. Menyokong usaha pertubuhan antarabangsa dalam menjamin keamanan
dunia.
iii. Bekerjasama dengan semua pihak demi memerangi isu keganasan yang gugat
keharmonian global.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 5

2 Info berikut berkenaan dengan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia.

Info 1
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Malaysia dilantik sebagai salah satu Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB kerana :
• berani suarakan isu-isu kritikal mengenai keselamatan sejagat
• tidak menyokong kegiatan militan, ekstrem atau negara yang membuat keputusan berat
sebelah
• berpegang teguh kepada prinsip mencari kebenaran dan keadilan sejagat

Sumber: Ubah suai daripada Sinar Harian, 18 Oktober 2015

Info 2
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

• Tingkatkan persefahaman bagi tangani konflik antarabangsa


• Komited untuk memerangi keganasan global bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).

(a) Berdasarkan Info 1, Malaysia mengamalkan nilai bertanggungjawab.


Terangkan dua nilai lain yang diamalkan oleh Malaysia. [4 markah]

(i) Nilai rasional.


Malaysia bertindak wajar suarakan isu keselamatan global dan cuba
selesaikannya secara adil tanpa buat keputusan yang berat sebelah.

(ii) Nilai hidup bersama secara aman.


Malaysia hidup berbaik-baik dengan semua anggota negara PBB dan
menentang aktiviti militan.

(b) Berdasarkan Info 2, nyatakan manfaat penubuhan OIC kepada masyarakat dunia.
[2 markah]
(i) Memupuk perpaduan umat Islam
(ii) Menjamin keamanan dunia

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 6

(c) Jika anda seorang pemimpin pertubuhan antarabangsa, bagaimanakah anda akan atasi
isu keganasan global? [2 markah]

(i) menghantar pasukan pengaman.


(ii) mengadakan persidangan antarabangsa untuk kenalpasti punca dan susun
jalan penyelesaian secara bersama atasi isu keganasan.

(d) Jelaskan faedah dapat diperoleh negara apabila menyertai pertubuhan antarabangsa.
[2 markah]
(i) Hubungan diplomatik negara bertambah erat.
(ii) Negara mudah memperolehi bantuan dalam pelbagai bidang.
(iii) Dapat memperluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa negara.

3 Berikut adalah maklumat berkaitan dengan sambutan Hari Komanwel.

Maklumat 1
Hari Komanwel
• Hari Komanwel disambut pada hari Isnin, minggu kedua setiap Mac
• Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan persefahaman tentang isu global dan menjalin
kerjasama antarabangsa

Maklumat 2
Sukan Komanwel
• Diadakan 4 tahun sekali
• Disertai oleh semua negara anggota
• Tuan rumah sukan ini akan dipilih melalui undian

Maklumat 3
Persidangan Komanwel
• Dikenali juga sebagai CHOGM
• Diadakan dua tahun sekali
• Membincangkan isu-isu yang berkaitan dan perlu diselesaikan bersama

(a) (i) Apakah maksud Komanwel? [1 markah]

Pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh Britain.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 7

(ii) Berdasarkan Maklumat 1, nyatakan dua aktiviti yang dapat dijalankan semasa
sambutan Hari Komanwel. [2 markah]

(a) Pameran bendera negara-negara anggota Komanwel.


(b) Adakan pertandingan sukan dan permainan.
(c) Adakan persembahan kebudayaan negara-negara anggota Komanwel.
(d) Adakan pameran kebudayaan negara-negara anggota Komanwel.

(b) Merujuk kepada Maklumat 2, jelaskan dua kepentingan mengadakan Sukan Komanwel.
[2 markah]
(i) Eratkan hubungan antara negara-negara anggota.
(ii) Ekonomi negara tuan rumah akan meningkat.
(iii) Dapat mengilap bakat dalam bidang sukan antarabangsa.

(c) Berdasarkan Maklumat 3, jelaskan isu-isu yang boleh dibincangkan dalam Persidangan
Komanwel. [4 markah]

(i) Isu pencemaran alam.


Negara-negara anggota dapat susun tindakan proaktif untuk atasi masalah
pencemaran alam dan isu pemanasan global.

(ii) Isu keganasan antarabangsa.


Negara-negara anggota dapat jalin kerjasama untuk menyekat pergerakan masuk
penganas.

(d) Tuliskan satu rumusan berdasarkan Maklumat 1, 2 dan 3. [1 markah]

Negara-negara anggota Komanwel perlu jalin hubungan baik bagi menjamin


keamanan dan kemakmuran global.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 8

4 Rajah di bawah menunjukkan negara-negara ASEAN yang memperjuangkan konsep ZOPFAN.

(a) Jelaskan dua konsep ZOPFAN (Zon Aman , Bebas dan Berkecuali) yang menjadi
pegangan semua negara anggota ASEAN. [2 markah]

(i) Semua negara anggota ASEAN bersepakat mengiktiraf hak setiap


negara dalam menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan luar.
(ii) Semua negara anggota ASEAN bertekad untuk tidak campur tangan
dalam pertikaian kuasa-kuasa besar.

(b) Sebutkan dua nilai yang perlu dihayati oleh setiap anggota ASEAN untuk mengekalkan
konsep ZOPFAN. [2 markah]

(i) Nilai hidup bersama secara aman


(ii) Nilai saling menghormati antara negara

(c) Bincangkan dua cara negara-negara anggota ASEAN untuk memelihara hubungan baik
antara anggotanya. [4 markah]

(i) Mengekalkan hubungan diplomatik.


Kerajaan negara anggota melantik duta di setiap negara anggota lain.

(ii) Menghulurkan bantuan kepada negara anggota.


Kerajaan negara anggota sentiasa tampil ke depan memberi bantuan
kewangan ketika negara angggota lain dilanda bencana seperti tsunami.

(d) Berikan satu contoh kerjasama negara anggota ASEAN. [2 markah]


(i) Ekonomi :
AFTA / Projek Baja Urea / IMT-GT / IMS-GT / BIMP-EAGA

(ii) Sosial :
Sukan SEA / Tabung Kebudayaan ASEAN / Pesta Filem ASEAN /
Biasiswa ASEAN

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 9

5 Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, Malaysia telah menjalin kerjasama dengan
beberapa buah negara seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal dan Vietnam dengan
mengambil pekerja asing di negara-negara berkenaan untuk bekerja dalam sektor pertanian,
pembinaan dan perkilangan negara.

(a) Berikan dua sebab negara kita memerlukan kerjasama dari negara-negara tersebut.
[2 markah]
i. Negara kita kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor berkenaan
ii. Kerajaan ingin segera memajukan ekonomi negara

(b) Ramalkan dua kesan sekiranya negara kita tidak menerima kerjasama ini dari
negara-negara tersebut. [2 markah]

i. Negara kita tidak dapat menjalankan banyak projek pembangunan


ii. Perkembangan ekonomi negara kita lembap / negara lambat maju

(c) “Kerjasama ekonomi antara negara boleh membawa kesan positif dalam jangka masa
panjang”. Jelaskan pernyataan ini. [2 markah]

i. Pemindahan teknologi moden berlaku


ii. Pertambahan tenaga kerja mahir / pakar
iii. Negara / ekonomi negara bertambah maju

(d) Terangkan satu nilai yang diamalkan oleh Malaysia menerusi kerjasama dengan
negara asing. [2 markah]

i. Nilai rasional
Malaysia bertindak wajar mengambil pekerja asing untuk atasi masalah
kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu.

ii. Nilai bertanggungjawab


Malaysia laksanakan kewajipan untuk memajukan negara dengan ikatan
kerjasama ekonomi bersama negara-negara jiran.

(e) Berikan manfaat yang diperoleh oleh negara yang membekalkan pekerja asing kepada
negara kita. [2 markah]

i. Ekonomi negara berkenaan meningkat.


ii. Negara berkenaan dapat eratkan hubungan diplomatik dengan negara kita.
iii. Rakyat negara berkenaan akan perolehi sumber pendapatan.
iv. Rakyat negara berkenaan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran mereka.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 10

6 Maklumat berikut berkaitan dengan dasar luar Malaysia sejak kemerdekaan.

Dasar Luar Malaysia


Malaysia sentiasa berusaha menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain demi
melahirkan ikatan kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang yang akan memanfaatkan
semua pihak.

(a) Selain bidang pendidikan , senaraikan dua bidang kerjasama antara negara Malaysia
dengan negara lain. [2 markah]

(i) Bidang ekonomi


(ii) Bidang sosial
(iii) Bidang keselamatan
(iv) Bidang sukan
(v) Bidang politik

(b) Berikan dua contoh kerjasama dalam bidang pendidikan yang wujud antara Malaysia
dengan negara lain. [2 markah]

(i) mengadakan program pertukaran pelajar antara negara


(ii) menaja pelajar asing yang menuntut di institusi pengajian tempatan
(iii) menerima tawaran pendidikan yang diberi oleh negara asing

(c) Nyatakan kebaikan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara lain.
[3 markah]
(i) dapat erat hubungan antara negara
(ii) dapat menguasai bahasa dan memahami budaya asing
(iii) dapat meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi negara serantau
(iv) dapat mempelajari teknologi moden dari negara lain

(d) Terangkan bagaimana rakyat Malaysia dapat menyokong usaha kerjasama antara negara
Malaysia dengan negara lain? [3 markah]

(i) bersedia menyertai program pertukaran pelajar antara negara


(ii) melayan pelancong atau pelabur asing secara sopan
(iii) menyertai aktiviti kebudayaan yang diadakan di luar negara

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 11

7 Berikut merupakan antara beberapa buah negara yang menjalin hubungan baik dengan
Malaysia.

AUSTRALIA – AMERIKA SYARIKAT – CHINA – INDIA – SINGAPURA – BRUNEI


ARAB SAUDI – MESIR – UZBEKISTAN – PAKISTAN – BANGLADESH – BRITAIN
INDONESIA – THAILAND – JERMAN – RUSIA – POLAND – FILIPINA – KOREA

(a) Terangkan bagaimana negara kita dapat menjalin hubungan baik dan harmoni dengan
negara lain? [3 markah]

(i) mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara negara.


(ii) menempatkan pegawai diplomat di sesebuah negara.
(iii) mengadakan lawatan secara rasmi dan tidak rasmi oleh pemimpin negara.
(iv) mengadakan pertukaran persembahan kebudayaan antara negara.
(v) mengadakan program pertukaran pelajar antara negara.

(b) Jelaskan kepentingan menjalin hubungan baik dengan negara lain. [3 markah]

(i) dapat meningkatkan ekonomi negara


(ii) dapat memajukan industri pelancongan
(iii) mudah dapat bantuan sekiranya ditimpa sesuatu masalah
(iv) dapat hidup secara aman damai

(c) Nyatakan sikap yang perlu diamalkan oleh setiap pemimpin dalam usaha mengekalkan
hubungan baik antara negara. [2 markah]

(i) menghormati dasar luar yang diamalkan oleh negara lain


(ii) mematuhi undang-undang antarabangsa
(iii) saling menghormati dan berhemah tinggi dengan pemimpin negara lain
(iv) amalkan sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu program yang
melibatkan negara luar

(d) Sebagai pelajar, terangkan cara anda dapat melibatkan diri dalam usaha menjalin
hubungan baik antara Malaysia dengan negara luar. [2 markah]

(i) melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar antara negara


(ii) mewakili negara dalam program pendidikan seperti pertandingan debat
atau kuiz antara pelajar di peringkat antarabangsa
(iii) menerima tawaran belajar di negara luar seperti belajar dalam bidang
automotif ke negara Jerman

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 12

8 Maklumat berikut berkaitan dengan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia.

KOMANWEL - Pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh Britain


PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
OIC -X

(a) (i) Apakah X? [1 markah]

Organisation of Islamic Cooperation / Pertubuhan Negara-Negara Islam

(ii) Nyatakan peranan yang dimainkan oleh pertubuhan di 8(a)(i). [3 markah]

(a) kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa lain untuk memerangi


keganasan
(b) menangani konflik politik antarabangsa
(c) memupuk perpaduan umat Islam

(b) Jika anda seorang pemimpin pertubuhan antarabangsa, cadangkan cara untuk mengatasi
isu-isu keganasan di dunia. [2 markah]

(i) menghantar pasukan pengaman


(ii) mengadakan persidangan antarabangsa untuk kenalpasti punca dan cara
atasi isu keganasan secara bersama-sama dengan negara anggota yang lain.

(c) Nyatakan dua pertubuhan antarabangsa lain yang turut dianggotai oleh Malaysia.
[2 markah]
(i) NAM
(ii) ASEAN

(d) Jelaskan dua faedah yang diperoleh negara dengan sertai pertubuhan antarabangsa.
[2 markah]
(i) dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian global.
(ii) dapat perolehi bantuan teknikal dalam pelbagai bidang.
(iii) dapat meluaskan aktiviti perdagangan ke peringkat global.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 13

9 Maklumat berikut berkaitan dengan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia.

OIC - Pertubuhan Negara-Negara Islam


PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
NAM -X

(a) (i) Apakah X? [1 markah]

Pertubuhan / Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

(ii) Berikan prinsip yang menjadi pegangan pertubuhan di 9(a)(i). [3 markah]

(a) Menghormati hak asasi manusia dan piagam PBB


(b) Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara
(c) Menghormati kedaulatan semua negara
(d) Menyelesaikan semua pertikaian antarabangsa secara aman melalui
perundingan
(e) Mengakui persamaan antara semua bangsa dan negara

(b) Mengapakah kita perlu selesaikan masalah yang berlaku di sesebuah negara melalui
perundingan dan bukan keganasan? [2 markah]

(i) Untuk mengelakkan berlakunya perang dalam negara


(ii) Untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara
(iii) Untuk mengelakkan harta benda musnah dan kehilangan nyawa
(iv) Untuk mencapai kata sepakat bersama

(c) Majlis Keselamatan merupakan badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB).

Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Majlis Keselamatan untuk menjamin keamanan
dan kesejahteraan masyarakat dunia. [2 markah]

(i) mencadangkan cara penyelesaian konflik antara negara melalui


perundingan.
(ii) menghantar tentera pengaman untuk mengurangkan ketegangan antara
negara.
(iii) mengeluarkan arahan gencatan senjata untuk mengelakkan peperangan
terbuka berlanjutan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 14

(d) Jika anda seorang pemimpin sebuah negara bagaimanakah anda akan memerangi
keganasan di negara anda? [2 markah]

(i) membuat pemeriksaan secara ketat di pintu masuk utama negara.


(ii) mengenal pasti identiti individu yang terlibat dengan aktiviti keganasan di
seluruh dunia untuk tingkat kawalan keselamatan di semua lapangan
terbang

10 Berita penderaan kanak-kanak sering tersiar di akhbar. Kanak-kanak sepatutnya mendapat


belaian kasih sayang dan perlindungan agar mereka dapat mengecap nikmat hidup dalam
keadaan yang aman.

(a) Nyatakan dua sebab kanak-kanak perlu diberi perlindungan. [2 markah]

i. Mereka adalah golongan yang tidak berdosa


ii. Mereka adalah aset negara yang akan memimpin negara pada masa
hadapan
iii. Mereka berhak mengecapi hidup selamat dan bahagia seperti orang
dewasa

(b) Berikan dua contoh perlindungan yang diberikan di bawah Akta Kanak-Kanak
Pindaan 2001. [2 markah]

i. Penderaan berbentuk fizikal seperti dipukul , diikat dan dikurung


ii. Penderaan berbentuk mental seperti perbuatan menjatuhkan maruah
kanak-kanak iaitu menghina kanak-kanak
iii. Penderaan berbentuk gangguan seksual
iv. Gejala buruh kanak-kanak

(c) Terangkan peranan pihak berikut dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak :-

i. Kerajaan [1 markah]

Menguatkuasakan undang-undang perlindungan kanak-kanak.


Mengadakan kempen menyayangi dan melindungi kanak-kanak.

ii. Badan Bukan Kerajaan (NGO) [1 markah]

Menyedarkan masyarakat perlunya memberi perlindungan kepada


kanak-kanak.
Mendidik kanak-kanak dan memberi pengetahuan tentang cara
melindungi diri sendiri.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 15

(d) Sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin , bagaimanakah anda dapat
membantu melindungi kanak-kanak yang didera? [2 markah]

i. Membuat laporan kepada pihak polis atau Jabatan Kebajikan


Masyarakat jika terserempak dengan kes penderaan kanak-kanak
ii. Memberi bantuan dengan menyelamatkan kanak-kanak daripada
terus didera

(e) Sekiranya anda adalah pemimpin tertinggi sebuah negara , cadangkan dua langkah yang
akan anda jalankan untuk melindungi kanak-kanak daripada kezaliman , eksploitasi dan
diskriminasi. [2 markah]

i. Pastikan Akta Perlindungan Kanak-Kanak dikuatkuasakan sepenuhnya.


ii. Sediakan perkhidmatan perubatan dan sediakan kakitangan khas untuk
beri perlindungan dan rawatan kepada kanak-kanak yang didera.
iii. Sediakan perkhidmatan kaunseling untuk menangani masalah ibu bapa
atau orang dewasa yang mendera kanak-kanak.
iv. Pastikan petugas anti-penderaan kanak-kanak menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab.

11 Anugerah Tunas Jaya Kebangsaan dan Anugerah Kanak-Kanak Khas Terbaik Kebangsaan
merupakan dua anugerah khas untuk kanak-kanak yang berjaya dalam semua bidang ,
berpotensi dan berbakat. Kanak-kanak ini wajar diberi pengiktirafan yang setimpal dengan
usaha dan pencapaian mereka.

(a) Jelaskan bentuk-bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang
berbakat dan berpotensi. [4 markah]

(i) Secara lisan.


Contoh kanak-kanak diberi pujian seperti bagus , tahniah atau syabas hasil kerja
anda amat memuaskan.

(ii) Secara bertulis.


Contoh kanak-kanak diberi sijil penghargaan.

(b) Pada pendapat anda, bagaimanakah pengiktirafan boleh membantu meningkatkan bakat
dan potensi diri seorang kanak-kanak? [2 markah]

i. Pengiktirafan akan memotivasikan dan merangsang kanak-kanak untuk


berusaha lebih giat untuk capai kejayaan dalam apa-apa bidang.
ii. Mendorong kanak-kanak lain mencontohi dan mengikut jejak langkah
penerima anugerah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 16

(c) Anugerah dalam bentuk sijil penghargaan lebih penting daripada hadiah. Nyatakan
kepentingan sijil itu kepada kanak-kanak. [2 markah]

i. Sijil adalah bukti sah keaktifan atau kejayaan seorang kanak-kanak.


ii. Dapat digunakan untuk memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi
atau memohon kerja pada masa depan.
iii. Sebagai dorongan untuk berusaha dengan lebih gigih.

(d) Sekiranya anda adalah seorang pengetua sekolah, terangkan bagaimana sekolah anda
mengiktiraf bakat dan potensi murid-murid anda? [2 markah]

i. Meraikan mereka dalam majlis khas seperti Hari Anugerah Kecemerlangan


HEM dan Hari Kokurikulum.
ii. Menganugerahkan Sijil Penghargaan , Piala , Wang Tunai atau sebarang
hadiah cenderahati.

12 Segolongan wanita telah mendesak pihak media supaya tidak mengeksploitasi wanita dalam
pengiklanan semata-mata untuk menarik pelanggan dan mengaut keuntungan.

(a) Senaraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh pihak media. [2 markah]

i. Nilai menghormati hak wanita


ii. Nilai bertanggungjawab

(b) Nyatakan satu dasar yang memperjuangkan hak wanita di negara kita. [1 markah]

i. Dasar Wanita Negara

(c) Berikan dua matlamat dasar yang dinyatakan di 12(b). [2 markah]

i. Wanita mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki


ii. Mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara
iii. Memberi peluang kepada wanita mengemukakan pendapat dalam
penggubalan dasar negara

(d) Nyatakan dua pertubuhan yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia. [2 markah]

i. Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA)


ii. Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 17

(e) Namakan contoh tokoh wanita yang telah beri sumbangan mengikut bidang berikut: -
[3 markah]
i. Sosial
Mother Mangalam

ii. Politik
Dato'Seri Rafidah Aziz

iii. Ekonomi
Datuk Maznah Hamid

13 Kerajaan memperkenalkan Dasar Wanita Negara bagi melindungi hak wanita di Malaysia
dari segi undang-undang.
(a) Nyatakan dua matlamat dasar tersebut. [2 markah]

i. Wanita mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki


ii. Mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara
iii. Memberi peluang kepada wanita mengemukakan pendapat dalam
penggubalan dasar negara
iv. Memberi kebebasan kepada wanita menembusi sektor ekonomi, politik,
sosial dan budaya

(b) Berikan dua cara terbaik untuk menghargai jasa wanita yang telah berbakti kepada
negara. [2 markah]

i. Menganugerahi mereka dengan pingat / pangkat


ii. Mencatat nama mereka dalam Buku Rekod Malaysia
iii. Mengisytiharkan mereka sebagai Tokoh Wanita Berjasa Negara /
Ibu Mithali
iv. Mengabadikan nama mereka pada nama sekolah , jalan atau bangunan
dalam negara.

(c) Nyatakan dua pertubuhan yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia. [2 markah]

i. Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA)


ii. Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
iii. Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO)
iv. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita dalam
Pembangunan (NACIWID)

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 18

(d) Namakan contoh tokoh wanita yang telah beri sumbangan terhadap pembangunan
negara mengikut bidang berikut: -
i. Politik [1 markah]
Tan Sri Aishah Ghani / Dato'Seri Rafidah Aziz / Dato'Seri Wan Azizah

ii. Ekonomi [1 markah]


Datuk Maznah Hamid / Datuk Zeti Aziz

iii. Sosial [1 markah]


Puan Elizabeth Vaz / Mother Mangalam / Mother Teressa

iv. Sains dan teknologi [1 markah]


Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman / Marie Curie

14 Berikut adalah perbualan beberapa orang pekerja yang telah dipecat oleh Syarikat Bumble Bee
Berhad.
1. Kenapakah kita semua dipecat
tanpa diberi notis terlebih dahulu?
Pampasan pun tidak diberi.

2. Yalah! Ini tidak betul.


Jacky Syarikat kita telah melanggar
Akta Kerja 1955.

Samantha

3. Nampaknya syarikat kita telah menindas kita.


Nayantara

(a) Beri dua tindakan yang boleh diambil oleh pekerja-pekerja tersebut terhadap syarikat
mereka. [2 markah]

i. Bersemuka dengan pihak majikan dan berbincang meminta penjelasan dan


tuntut pampasan.
ii. Membuat aduan kepada Kesatuan Sekerja jika tidak mendapat respons
yang baik daripada majikan.
iii. Menganjurkan piket atau mogok.
iv. Bawa kes ini ke Mahkamah Perusahaan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 19

(b) Jelaskan dua kesan negatif yang perlu ditanggung oleh syarikat tersebut akibat memecat
pekerja tanpa memberi notis. [2 markah]

i. Didakwa di mahkamah perusahaan.


ii. Didenda atau disaman oleh Kementerian Sumber Manusia.
iii. Nama dan imej syarikat terjejas.
iv. Syarikat mungkin hilang pekerja mahir.
v. Produktiviti syarikat menurun.

(c) Sekiranya anda adalah majikan sesuatu syarikat, nyatakan dua cara anda menjaga
kebajikan para pekerja. [2 markah]

i. Membayar gaji yang setimpal dengan usaha pekerja.


ii. Menyediakan faedah perubatan asas dan pakar untuk pekerja.
iii. Menyediakan tempat kerja yang selesa dan selamat untuk pekerja.
iv. Memberi elaun pengangkutan dan sediakan kuarters untuk pekerja.

(d) Beri dua contoh perlindungan yang diperuntukkan kepada pekerja dalam Akta Kerja
1955. [2 markah]

i. Pembayaran gaji
ii. Hari rehat
iii. Tempoh jam bekerja
iv. Cuti tahunan
v. Cuti bersalin
vi. Caruman KWSP
vii. Caruman PERKESO

(e) Selain nilai bertanggungjawab, senaraikan dua nilai lain yang diamalkan oleh kerajaan
dalam menggubal Akta Kerja 1955. [2 markah]

i. Nilai melindungi hak pekerja


ii. Nilai rasional

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 20

15 Gambar di bawah menunjukkan pekerja sedang berpiket untuk menuntut hak mereka.

(a) Setujukah anda dengan tindakan pekerja tersebut?


Beri dua alasan anda. [3 markah]

Setuju. Dua alasan saya.


Undang-undang membenarkan pekerja untuk berpiket.
Piket dapat sedarkan majikan kepentingan memenuhi tuntutan pekerja.

ATAU

Tidak Setuju. Dua alasan saya.


Piket boleh jejaskan hubungan pekerja dengan majikan.
Piket boleh jejaskan imej dan nama baik syarikat.

(b) Pada pendapat anda, apakah kesan terhadap majikan jika piket tersebut berlarutan?
[2 markah]

i. Imej majikan dan syarikat terjejas.


ii. Majikan boleh didakwa.
iii. Majikan boleh kehilangan pekerja mahir.
iv. Operasi perniagaan syarikat tergendala.
v. Syarikat alami kerugian.

(c) Jika anda adalah majikan, apakah tindakan anda untuk menghentikan piket tersebut?
[2 markah]
i. Berunding dengan pekerja
ii. Berusaha memenuhi tuntutan pekerja
iii. Meminta bantuan pihak ketiga
iv. Mewujudkan hubungan harmonis dengan pekerja

(d) Apakah akta yang digubal untuk melindungi dan memperjuangkan hak pekerja.
[1 markah]
Akta Kerja 1955

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 21

(d) Senaraikan dua pihak yang boleh dihubungi untuk melindungi dan memperjuangkan
hak pekerja. [2 markah]

i. Kesatuan Sekerja
ii. Mahkamah Perusahaan
iii. Kementerian Sumber Manusia
iv. Pertubuhan Buruh Antarabangsa

16 Dasar Pengguna Negara (DPN) yang dilancarkan pada 26 Julai 2002 menjadi asas kepada
segala kegiataan dan program kepenggunaan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak di negara
kita.

(a) Nyatakan matlamat Dasar Pengguna Negara (DPN). [2 markah]

i. Memberi perlindungan undang-undang kepada pengguna.


ii. Menjamin undang-undang selesaikan masalah pengguna dengan mudah ,
cepat dan murah.
iii. Menggalakkan amalan perdagangan yang beretika, adil , saksama dan
bertanggungjawab.

(b) Senaraikan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan dalam
melindungi hak pengguna. [2 markah]

i. Persatuan Pengguna
ii. FOMCA – Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
iii. KPDNKK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
iv. Pertubuhan Pengguna Antarabangsa (CI)
v. Tribunal Tuntutan Pengguna

(c) Berikan dua hak pengguna. [2 markah]

i. Hak kepada keperluan asas.


ii. Hak untuk mendapat maklumat.
iii. Hak untuk mendapat pendidikan pengguna.
iv. Hak untuk mendapat ganti rugi.
v. Hak kepada keselamatan.
vi. Hak untuk memilih.
vii. Hak untuk bersuara dan didengari.
viii. Hak kepada alam sekitar yang bersih.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 22

(d) Ramalkan kesan sekiranya hak pengguna di negara kita diabaikan. [2 markah]

i. Pengeluar dan peniaga akan menganiaya dan terus menipu pengguna.


ii. Kerosakan terhadap alam sekitar akan meningkat.
iii. Kesihatan manusia akan terancam.
iv. Kualiti kehidupan manusia akan merosot.

(e) Andaikan anda adalah Presiden Persatuan Pengguna, cadangkan aktiviti yang akan anda
buat untuk meningkatkan Pendidikan Kepenggunaan di kalangan masyarakat.
[2 markah]
i. Mengedarkan risalah tentang hak pengguna.
ii. Mencetak pamflet tentang maklumat yang perlu diketahui oleh pengguna.
iii. Menyiarkan rancangan pendidikan pengguna di media sosial, radio atau tv.
iv. Mengadakan kempen kesedaran dari semasa ke semasa untuk orang
dewasa dan murid sekolah.

17 Senario di bawah menunjukkan situasi di sebuah gerai menjual daging ayam.

Ini perkara biasalah...


Puan Mumtaz. Eh! Mahalnya
Inikan musim harga ayam ini.
perayaan. Bukankah kerajaan kita
sudah menetapkan
harga silingnya?

(a) Jika anda ialah Puan Mumtaz , nyatakan tiga tindakan yang akan diambil apabila
menghadapi situasi di atas. [3 markah]

i. Membuat laporan kepada pihak berkuasa.


ii. Memboikot dan tidak membeli di gerai berkenaan.
iii. Menulis dalam akhbar atau kongsi kes ini dalam media sosial.

(b) Jelaskan tiga kesan yang akan timbul jika semua peniaga sentiasa bersikap seperti
peniaga yang ditunjukkan dalam gambar di atas. [3 markah]

i. Peniaga akan mengaut keuntungan berlebihan.


ii. Kos hidup rakyat meningkat.
iii. Pengguna rugi dan hak mereka tidak dibela.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 23

(c) Selain menaikkan harga barangan sesuka hati , beri tiga contoh penyelewengan lain
yang mungkin dilakukan oleh peniaga. [3 markah]

i. Menjual barangan tiruan.


ii. Menjual barang yang tamat tarikh luput.
iii. Penipuan dalam timbangan atau sukatan barangan.
iv. Menjual makanan yang tidak berkhasiat dan mudaratkan kesihatan.

(d) Namakan satu akta yang digubal oleh kerajaan untuk melindungi hak pengguna.
[1 markah]
i. Akta Perlindungan Pengguna
ii. Akta Kawalan Harga
iii. Akta Kawalan Bekalan

18 Berikut berkaitan dengan penipuan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)


Isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) makin hangat diperkatakan sejak berkuat kuasa 1
September 2018. Dalam pelancaran SST ini tidak hairanlah jika terdapat sesetengah peniaga
yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dengan jumlah yang tinggi.

Keerthi Suresh terkilan apabila ada peniaga cuba mengambil kesempatan di atas pelaksanaan
SST dengan mengenakan bayaran tidak munasabah. Dia nyaris menjadi mangsa penipuan
ketika membeli sehelai tuala pelbagai guna apabila peniaga sebuah kedai runcit gagal
memberikan resit dan nombor pendaftaran cukai tersebut sedangkan barangan berkenaan
dikenakan caj.

(a) Pada pendapat anda wajarkah tindakan peniaga tersebut. Berikan alasan. [ 4 markah ]

Tidak wajar. Alasan.


Tindakan peniaga menyalahi undang-undang.
Peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan lebih.
Tindakan peniaga ini boleh disifatkan sebagai perbuatan menipu.

(b) Nyatakan tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh peniaga tersebut. [ 3 markah ]
i. Nilai rasional
ii. Nilai bertanggungjawab
iii. Nilai kesederhanaan
iv. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 24

(c) Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Keerthy Suresh? [ 3 markah ]
i. Membuat aduan kepada pihak berkuasa / polis / KPDNKK
ii. Membuat laporan kepada Persatuan Pengguna / FOMCA
iii. Memboikot dan tidak membeli di kedai peniaga yang berkenaan

19 Gambar di bawah menunjukkan kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan swasta
untuk orang kelainan upaya (OKU) di negara kita.

Tempat Letak Kereta OKU Tandas OKU

(a) Jelaskan dua cara anda dapat membantu mengekalkan kemudahan-kemudahan yang
disediakan untuk OKU. [4 markah]

i. Mengelak merebut penggunaan kemudahan OKU.


Saya tidak akan menggunakan tempat letak kereta dan tandas OKU

ii. Menggantikan kemudahan yang rosak.


Saya akan memberi sumbangan derma bagi memperbaiki dan
menggantikan kemudahan yang telah rosak atau usang.

(b) Jelaskan dua usaha kerajaan untuk mengiktiraf OKU di negara kita. [4 markah]

i. Menghargai jasa dan sumbangan OKU.


Kerajaan memberi anugerah kepada OKU yang menempah kejayaan
cemerlang dalam bidang yang diceburi oleh mereka.

ii. Menganjurkan Sukan OKU.


Kerajaan menyediakan peruntukan dana khas untuk mengadakan
Sukan Paralimpik di Malaysia.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 25

(c) Jelaskan satu cara lain kita boleh membantu OKU untuk berdikari. [2 markah]

Memberi pendidikan khas kepada OKU.


Dengan ini, kita dapat membina ilmu pengetahuan dan kemahiran asas
agar mereka dapat jalani kehidupan seperti insan biasa.

20 Gambar yang berikut adalah lambang Orang Kelainan Upaya (OKU).

(a) Wajarkah kita menyisihkan golongan di atas? Berikan alasan anda. [3 markah]
Tidak wajar. Alasan saya.
Kita harus menghormati hak golongan kurang berupaya.
Kita harus menerima mereka sebagai insan ciptaan Tuhan yang harus disayangi.

(b) Kemukakan tiga kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan OKU.
[3 markah]
i. Tempat letak kereta khas
ii. Tempat duduk khas dalam pengangkutan awam
iii. Tandas awam khas

(c) Berikan dua kepentingan menerima dan menghargai golongan OKU dalam kehidupan
kita. [2 markah]

i. Supaya mereka tidak berasa terpinggir dan tersisih


ii. Sebagai dorongan dan motivasi untuk mereka mencapai kejayaan

(d) Pada pendapat anda , bagaimanakah cara untuk kita menghargai golongan OKU ?
[2 markah]

i. Tidak menyisihkan mereka


ii. Tidak menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mereka

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 26

21 Syarikat Nakku Mukka sedang mencari beberapa orang calon untuk memenuhi jawatan- jawatan
kosong yang diiklankan. Beberapa orang pemuda termasuk Encik Nikumo Nikato seorang
pemuda cacat penglihatan telah menghadiri temuduga bagi jawatan tersebut. Walaupun , Encik
Nikumo Nikato mempunyai kelayakan akademik yang tinggi , dia tidak berjaya dalam
temuduga tersebut.

(a) Andaikan anda Encik Nikumo Nikato , apakah perasaan anda ? Berikan alasan anda.
[3 markah]
Sedih / Kecewa / Hampa. Alasan saya.
Kerana memiliki kelayakan akademik yang tinggi.
Tidak diberi peluang untuk membuktikan keupayaan diri sendiri.
Hak untuk bekerja seperti insan normal yang lain telah dinafikan.
Telah didiskriminasi berdasarkan perbezaan ketidakupayaan diri.

(b) Sekiranya anda adalah pengarah di sebuah syarikat , nyatakan tiga cara anda
mengiktiraf sumbangan pekerja kurang berupaya anda. [3 markah]

(i) Memberi ganjaran kepada golongan kurang upaya yang bekerja dengan
tekun.
(ii) Menawarkan kenaikan pangkat kepada golongan kurang upaya yang
cemerlang dalam tugas.
(iii) Menyediakan perlindungan insurans kepada golongan kurang upaya.
(iv) Menyediakan kemudahan asas yang sesuai dengan keadaan mereka seperti
kerusi roda, tandas khas, tempat meletak kenderaan khas dan sebagainya.
(v) Menjaga kebajikan mereka seperti pekerja normal yang lain.

(c) Jelaskan satu cara kita boleh membantu golongan kurang berupaya untuk berdikari.
[2 markah]

Memberi pendidikan khas dan latihan kemahiran vokasional khas kepada


golongan kurang berupaya.
Dengan ini, kita dapat membina ilmu pengetahuan dan kemahiran asas agar
mereka dapat jalani kehidupan mereka seperti insan biasa yang lain.

(d) Namakan dua contoh golongan kurang berupaya yang berjaya. [2 markah]

(i) J.M Aziz


(ii) Ismail Mohd.Salleh
(iii) Ahmad Amil Usin
(iv) Hellen Keller
(v) Stephen Hawking

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 27

22 Gambar yang berikut menunjukkan kejayaan atlet paralimpik Malaysia yang mewakili negara
dalam Kejohanan Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro , Brazil.

Mereka telah berjaya merangkul tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.

(a) Apakah perasaan anda apabila melihat kejayaan atlet paralimpik di atas?
Jelaskan. [3 markah]
Bangga / Gembira / Terharu.
Berjaya memenangi pingat di dalam Sukan Paralimpik
Mengharumkan nama / imej Malaysia
Kurang upaya fizikal dan mental tidak halang mereka untuk berjaya

(b) Nyatakan dua bentuk penghargaan yang wajar diberikan kepada atlet paralimpik
yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. [2 markah]

i. Ganjaran wang tunai yang sama jumlah dengan atlet lain yang normal
ii. Ganjaran yang berupa aset seperti tanah atau rumah
iii. Sijil atau pingat sebagai kenangan

(c) Apakah perasaan atlet paralimpik apabila sumbangan mereka diiktiraf oleh kerajaan
dan pihak swasta ?
Jelaskan. [2 markah]
Syukur / Gembira / Terharu / Berterima kasih / Bangga
Tidak dipinggirkan walaupun kurang upaya
Jasa tetap dihargai walaupun kurang upaya

(d) Jelaskan nilai yang diamalkan oleh atlet paralimpik tersebut. [2 markah]

Nilai kerajinan
Atlet paralimpik telah usaha berterusan untuk memenangi pingat di Sukan
Paralimpik.

(e) Apakah yang boleh anda rumuskan mengenai kejayaan atlet paralimpik tersebut?
[1 markah]

Atlet paralimpik harus diberi peluang dan dorongan agar mereka dapat
tunjukkan bakat dan kesungguhan untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 28

23 Petikan berita di bawah merujuk kejayaan jaguh pelumba basikal trek negara, Azizulhasni
Awang.

Azizul yang lebih dikenali sebagai 'Pocket Rocket Man'


telah merangkul gelaran juara dunia bagi acara keirin
dalam Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang
berlangsung di Hong Kong baru-baru ini. Beliau
merupakan atlet pertama negara memenangi emas di
Kejohanan Trek Dunia sekaligus menyarung jersi
pelangi yang menjadi buruan semua pelumba basikal
dunia.

(a) Sebagai peminat sukan negara, apakah perasaan anda setelah membaca petikan
berita di atas? Berikan alasan anda. [3 markah]

Gembira / Bangga / Kagum. Alasan saya.


Kerana atlet negara kita berjaya muncul juara dunia.
Kejayaan tersebut mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

(b) Selain nilai rasional dan bertanggungjawab, terangkan dua nilai lain yang diamalkan
oleh Azizulhasni Awang untuk meraih kejayaan dalam kejohanan trek dunia.
[4 markah]
i. Nilai kerajinan.
Azizulhasni Awang telah usaha berterusan untuk muncul sebagai juara
acara berbasikal dunia.

ii. Nilai cinta akan negara.


Azizulhasni Awang menunjukkan rasa sayang kepada negara dengan
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

iii. Nilai sanggup berkorban untuk negara


Azizulhasni Awang menunjukkan kerelaan melakukan sesuatu untuk
negara dengan meraih emas dalam acara trek berbasikal dunia.

(c) Namakan tiga rakyat Malaysia yang lain yang pernah mengharumkan nama negara
melalui acara sukan antarabangsa. [3 markah]

i. Pandalela Rinong
ii. Datuk Lee Chong Wei
iii. Datuk Nicol Ann David

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 29

24 (a) Anggota tentera merupakan benteng pertahanan negara. Tanpa mereka negara akan
diceroboh dengan mudah oleh pihak musuh. Anggota tentera yang sejati sentiasa
mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara.

Jelaskan maksud nilai tersebut. [ 2 markah]

Kepatuhan berkekalan kepada raja / negara


Kesetiaan berkekalan kepada raja / negara

(b) Nyatakan dua peranan anggota tentera. [2 markah]

i. Mempertahankan negara / kedaulatan negara daripada semua bentuk


ancaman musuh
ii. Menjaga sempadan negara
iii. Memelihara ketenteraman / keamanan dan keharmonian negara
iv. Memberi bantuan ketika bencana alam

(c) Ramalkan akibatnya jika anggota tentera tidak mengawal keselamatan negara.
[2 markah]
i. Negara mudah diceroboh / diserang oleh pihak musuh.
ii. Negara akan menjadi huru-hara / keamanan negara tergugat.
iii. Peperangan mungkin berlaku.

(d) Jelaskan dua cara anda boleh mencurahkan bakti dan taat setia kepada negara.
[2 markah]

i. Tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang negara


ii. Tidak terlibat dengan anasir subversif
iii. Mengamalkan prinsip Rukun Negara
iv. Berkhidmat dalam negara sejurus tamat pengajian
v. Tidak lakukan aktiviti yang mendorong kepada permusuhan antara kaum

(e) Nyatakan dua usaha kerajaan dalam memupuk sikap taat setia rakyat kepada negara.
[2 markah]

i. Melalui pendidikan formal di sekolah / subjek sejarah, moral, sivik ….


ii. Melancarkan program Bulan Patriotik
iii. Mengadakan kempen kesedaran
iv. Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 30

25 Gambar di bawah menunjukkan contoh rakyat Malaysia yang menjadi kebanggaan negara.

Tokoh Sumbangan
Datuk Abdul Rakyat Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang berjaya berenang
Malik Mydin menyeberangi Selat Inggeris.
Datuk Magendran Berjaya mendaki Gunung Everest.
dan
Datuk Mohanadas
Datuk Azhar Berjaya mengelilingi dunia dengan kapal layar secara solo.
Mansor

(a) Pada pendapat anda , mengapakah individu di atas sanggup menghadapi kesukaran
semasa menyertai aktiviti yang mencabar itu ? [4 markah]

(i) Ingin menunjukkan perasaan cinta dan berbakti kepada negara.


(ii) Ingin membuktikan kepada dunia bahawa 'Malaysia Boleh'.
(iii) Hendak mencapai kepuasan diri.
(iv) Ingin bersaing dengan individu dari negara lain.
(v) Ingin menguji ketahanan diri.

(b) Namakan tiga rakyat Malaysia yang lain yang pernah mengharumkan nama negara.
[3 markah]
(i) Datuk Lee Chong Wei
(ii) Datuk Dr.Sheikh Muszaphar
(iii) Datuk Azhar Mansor
(iv) Datuk Magendran dan Datuk Mohanadas

(b) Terangkan cara bagaimana anda dapat mengharumkan nama negara. [3 markah]

(i) Mewakili negara dalam aktiviti sukan peringkat antarabangsa


(ii) Menyertai aktiviti mencabar seperti mendaki gunung tertinggi dunia
(iii) Belajar bersungguh-sungguh dan wakili negara dalam pelbagai
pertandingan antarabangsa seperti merekacipta alat-alat sains
(iv) Mewakili negara dalam program pertukaran pelajar antara negara
(v) Menunjukkan tingkah laku yang baik ketika berada di luar negara

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 31

26 Maklumat dalam jadual di bawah berkaitan tentang keunikan destinasi ekopelancongan yang
popular di Malaysia.
Kawasan Keistimewaan
Taman Negara Keunikan flora dan fauna
Taman Laut Keindahan hidupan akautik

(a) Jelaskan konsep ekopelancongan. [2 markah]

Merupakan usaha memajukan sektor pelancongan dengan memanfaatkan alam


sekitar supaya tidak berlaku kerosakan teruk.
Konsep ini diminati oleh pelancong luar negara yang cinta akan kehijauan alam
sekitar.

(b) Pada pendapat anda, apakah dua kesan positif negara kita memajukan ekopelancongan?
[2 markah]
i. Dapat memajukan ekonomi negara
ii. Dapat memupuk kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar

(c) Nyatakan satu contoh tempat ekopelancongan di negara kita. [2 markah]

i. Taman Negara:
Taman Negara Niah

ii. Taman Laut:


Pulau Tioman

(d) Nyatakan dua agensi kerajaan yang menguruskan destinasi ekopelancongan di 1(c).
[2 markah]

i. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)


ii. Jabatan Perikanan

(e) Jelaskan satu cara untuk memperkenalkan destinasi ekopelancongan di negara kita.
[2 markah]
Mempromosikannya melalui media cetak.
Kita boleh mengedarkan risalah tentang lokasi destinasi ekopelancongan
yang popular di negara kita.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 32

27 Berita di bawah tentang arahan tutup sekolah berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
melepasi tahap amat tidak sihat.

(a) Sebagai seorang murid, apakah perasaan anda ketika berita tersebut diumumkan?
Berikan alasan anda. [3 markah]

Sedih. Alasan saya.


Pelajaran saya akan terjejas akibat sekolah terpaksa ditutup.
Jerebu boleh mengakibatkan kesihatan saya terjejas.

(b) Jika kawasan anda dilanda jerebu, apakah tindakan semasa yang perlu anda lakukan?
[3 markah]
i. Memakai penutup muka.
ii. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
iii. Banyakkan minum air kosong.

(c) Pada pemerhatian anda, nyatakan punca berlakunya jerebu di negara kita. [2 markah]

i. Kebakaran hutan di negara jiran.


ii. Aktiviti pembakaran terbuka.
iii. Aktiviti perindustrian yang mengeluarkan asap kilang.
iv. Peningkatan bilangan kenderaan yang melepaskan asap karbon
monoksida.

(d) Perjanjian Pencemaran Jerebu harus ditandatangani antara negara-negara ASEAN yang
dilanda jerebu. Berikan alasan anda. [2 markah]

i. Mencapai kesepakatan menangani bersama isu jerebu serantau.


ii. Mendapatkan aku janji daripada negara jiran yang mengakibatkan
jerebu untuk memastikan isu jerebu tidak berulang setiap tahun.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 33

28 Berikut ialah tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berdasarkan
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Menteri
KPKT merancang untuk mewajibkan pengasingan sampah di setiap isi rumah yang
diharap dapat memudahkan proses kitar semula plastik, kertas, logam dan kaca di
samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos.
(a) Sebagai penghuni taman perumahan, bersetujukah anda dengan arahan kementerian
tersebut? Berikan tiga alasan untuk menyokong pertimbangan anda. [4 markah]

Saya bersetuju. Tiga alasan saya.


Untuk merealisasikan program 3R.
Untuk memudahkan pengurusan sisa pepejal.
Untuk memupuk sikap prihatin terhadap pengurusan sampah.
Untuk menjimatkan masa pengurusan sisa pepejal.
Untuk selamatkan bumi.

(b) Berikan contoh sisa pepejal yang kerap dihasilkan oleh penghuni taman-taman
perumahan berdasarkan kategori yang berikut: -

i. kertas [1 markah]
Surat khabar lama, kotak lama

ii. plastik [1 markah]


Bekas botol plastik, bekas baldi

(c) Nyatakan dua tanggungjawab anda sebagai pengguna dalam merealisasikan program di
atas. [2 markah]

i. Asingkan sisa sampah


ii. Mengeluarkan tong pada waktu kutipan
iii. Pastikan tong ditutup dengan sempurna
iv. Jaga tong daripada kerosakan dan kecurian

(d) Ramalkan implikasi utama sekiranya usaha mengitar semula sisa pepejal gagal
dilaksanakan sepenuhnya. [2 markah]

i. Negara hadapi krisis tapak pelupusan sampah


ii. Mengundang penyakit dan jejaskan kesihatan manusia
iii. Mengakibatkan pencemaran alam yang pelbagai

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 34

29 Maklumat di bawah ini adalah mengenai pemanasan global.

Pemanasan Global
* Disebabkan oleh pembebasan gas karbon monoksida ke udara.
* Gas ini bertindak memerangkap haba dan menyumbang kepada peningkatan suhu bumi.
* Penyumbang fenomena ini ialah pembakaran terbuka, pelepasan asap dari kilang
dan asap kenderaan.

(a) Jelaskan dua nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat untuk mengelakkan
berlakunya fenomena ini. [4 markah]

i. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.


Masyarakat perlu memelihara alam sekeliling dengan tidak melakukan
pembakaran secara terbuka.

ii. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.


Masyarakat perlu prihatin tentang persoalan alam sekeliling dengan
usaha penanaman semula pokok untuk mengurangkan suhu bumi.

(b) Senaraikan dua aktiviti yang boleh dilakukan untuk memastikan bumi selamat dan
harmoni. [2 markah]

i. Menanam pokok-pokok di kawasan sekitar


ii. Mengusahakan pertanian mesra alam seperti penggunaan baja organik
iii. Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan sebaliknya
gunakan kenderaan awam
iv. Mengamalkan program kitar semula

(c) Ramalkan dua kesan sekiranya pemanasan global tidak diatasi. [2 markah]

i. Suhu bumi bertambah panas


ii. Kesihatan dan kualiti hidup manusia terjejas
iii. Paras air laut meningkat

(d) Jelaskan dua kebaikan jika masyarakat tidak melakukan pembakaran terbuka.
[2 markah]
i. Pencemaran udara dapat dikurangkan
ii. Kesihatan manusia lebih terjamin

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 35

30 Gambar di bawah ini menunjukkan salah satu hidupan laut iaitu terumbu karang.

(a) Nyatakan dua kepentingan terumbu karang. [2 markah]

i. Melindungi pantai daripada pukulan ombak dan arus deras.


ii. Menyediakan kawasan yang selamat dan juga makanan untuk
tumbesaran anak-anak ikan.
iii. Menjadi lokasi untuk aktiviti menyelam dan snorkel
iv. Menjadi ubat bagi sesetengah penyakit.
v. Menjamin keseimbangan pH di dalam air laut.

(b) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan kemusnahan terumbu karang. [3 markah]
i. Tumpahan minyak akibat kemalangan dan kelalaian manusia
ii. Penangkapan ikan menggunakan pukat harimau
iii. Pergerakan kapal besar atau kapal yang melebihi muatan di air yang cetek

(c) Ramalkan tiga kesan kemusnahan terumbu karang. [3 markah]


i. Habitat dan tempat perlindungan hidupan laut musnah
ii. Pukulan ombak yang kuat menyebabkan persekitaran pantai terhakis
iii. Pengeluaran hasil hidupan laut akan berkurangan

(d) Pada pandangan anda , apakah usaha yang dapat dilaksanakan untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai terumbu karang? [2 markah]

i. Mengadakan program pembersihan terumbu karang


ii. Mengadakan program dan ceramah kesedaran kepentingan terumbu
karang
iii. Menghasilkan risalah atau brosur dan mengedarkan kepada orang ramai

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 36

31 Maklumat di bawah berkaitan dengan sumber hutan negara.

Hutan membekalkan banyak elemen penting bagi kehidupan insan. Hutan sering dianggap
sebagai 'green lungs' atau 'peparu hijau'. Oleh sebab hutan sangat penting kepada kita , maka
sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan sumber alam ini digunakan dengan
bijak. Kerajaan melalui Jabatan Perhutanan memainkan peranan utama dalam memastikan
sumber hutan kita tidak musnah.

(a) Nyatakan dua kepentingan hutan. [2 markah]

(i) Sumber bekalan oksigen


(ii) Kawasan tadahan air hujan
(iii) Sumber makanan
(iv) Sumber ubat-ubatan
(v) Agen seimbangkan suhu bumi
(vi) Habitat haiwan
(vii) Kayu balak sumber ekonomi dan bahan pembinaan

(b) Ramalkan kesan sekiranya sumber hutan tidak digunakan dengan bijak pada masa kini.
[2 markah]
(i) Merosakkan kawasan tadahan air hujan
(ii) Bencana alam seperti tanah runtuh, hakisan tanah dan banjir lumpur berlaku
(iii) Keseimbangan ekosistem terjejas
(iv) Kesan rumah hijau atau pemanasan global berlaku
(v) Kepupusan flora dan fauna berlaku

(c) Senaraikan tindakan yang dianggap sebagai mengeksploitasi sumber hutan di negara
kita. [2 markah]

(i) Menebang pokok yang terlalu muda , kecil dan belum matang.
(ii) Menebang pokok besar sehingga merosakkan tumbuhan kecil seperti pokok
herba di lantai bumi.

(d) Namakan dua jenis bintang yang hampir pupus akibat penerokaan hutan secara
berleluasa. [2 markah]

(i) Tapir Malaya


(ii) Gajah Asia
(iii) Badak Air
(iv) Orang Utan

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 37

(e) Jabatan Perhutanan mengadakan kem kesedaran alam sekitar kepada pelajar sekolah.
Pada pendapat anda apakah kepentingan mengadakan kem tersebut kepada golongan
muda? [2 markah]

(i) Memupuk semangat cinta akan alam sekitar di kalangan pelajar


(ii) Memberi pendidikan alam sekitar kepada pelajar
(iii) Memupuk kesedaran supaya pelajar peka terhadap perubahan alam sekitar
yang tidak baik seperti isu pemanasan global

32 Maklumat di bawah berkaitan dengan penubuhan taman laut di negara.

* Ditubuhkan pada 26 Oktober 1994.


* Melibatkan kawasan perairan selebar dua batu nautika di sekeliling 38 pulau
di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
* Tertakluk di bawah Akta Perikanan Malaysia 1985.
* Terdapat 6 buah taman laut yang diwartakan di Malaysia.

(a) Nyatakan empat tujuan penubuhan taman laut. [4 markah]

i. Memelihara dan melindungi kawasan terumbu karang dan penyu.


ii. Mempertingkatkan dan mengekalkan habitat dan tumbesaran semula jadi
bagi hidupan laut yang alami ancaman kepupusan.
iii. Melindungi persekitaran marin.
iv. Menjadi lokasi untuk aktiviti rekreasi iaitu menyelam dan snorkel.

(b) Namakan empat taman laut di Malaysia. [4 markah]

i. Taman Laut Pulau Tioman


ii. Taman Laut Pulau Redang
iii. Taman Laut Labuan
iv. Taman Laut Pulau Payar
v. Taman Laut Mersing
vi. Taman Laut Terengganu

(c) Terangkan dua usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan
untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang taman laut. [2 markah]

i. Mengadakan kempen kesedaran cintai taman laut.


ii. Menganjurkan program pembersihan terumbu karang.
iii. Menghasilkan brosur yang beri info mengenai taman laut.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 38

33 Berikut merupakan satu program yang dilaksanakan bagi menjaga alam sekitar.

KEMPEN
BEBAS BEG PLASTIK DAN POLISTIRENA
“Selamatkan generasi dan bumi kita”

(a) Berikan empat keburukan penggunaan beg plastik dan polistirena. [4 markah]

i. Menjejaskan kesihatan manusia seperti menyebabkan kanser, rosakkan


sistem pembiakan dan perempuan alami gangguan haid.
ii. Sisa toksik yang terkandung dalam beg plastik dan polistirena meresap ke
dalam tanah dan boleh cemarkan sumber air.
iii. Beg plastik dan bekas polistirena yang dibuang di tempat awam boleh
tinggalkan pemandangan kurang cantik.
iv. Ambil masa selama 500 tahun untuk lupus secara semulajadi dan ini
meningkatkan kos pengurusan sisa pepejal kerajaan tempatan.
v. Banyak haiwan besar seperti penyu, ikan lumba-lumba, ikan paus dan
haiwan laut mati akibat makan plastik secara langsung dan bahan kimia
dalam plastik yang menyerap ke dalam tisu haiwan berkenaan.

(b) Jelaskan langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu menjayakan
kempen di atas. [4 markah]

i. Membudayakan penggunaan beg sendiri ketika membeli-belah.


ii. Membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan dari kedai.
iii. Menganjurkan kempen kesedaran awam tentang bahaya penggunaan
plastik dan polistirena.
iv. Menggunakan bekas atau produk biodegradasi yang lebih mesra alam.

(c) Nyatakan satu agensi yang sering terlibat dalam penganjuran kempen yang berkaitan
dengan alam sekitar. [1 markah]

i. Jabatan Alam Sekitar. (JAS)


ii. Persatuan Pencinta Alam Malaysia. (MNS)

(d) Apakah akta yang digubal untuk menjaga alam sekitar? [1 markah]

Akta Kualiti Alam Sekeliling

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 39

34 Berikut ialah jenayah siber yang kerap dilakukan oleh remaja dalam internet.

Jenis-Jenis Jenayah Siber


* Menggodam maklumat orang lain
* Mengeluarkan maklumat palsu dalam facebook
* Menfitnah pengguna internet dengan sesuka hati
* Menyebarkan bahan-bahan berunsur negatif dalam internet

(a) Sarankan tiga cara penggunaan perkhidmatan internet secara berhemah. [3 markah]

i. Penggunaan untuk mempromosi produk atau perkhidmatan syarikat.


ii. Penggunaan untuk mencari maklumat mengikut bidang yang diceburi.
iii. Penggunaan untuk berkongsi idea dan pandangan.

(b) Berikan empat cara anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah
siber. [4 markah]

i. Merahsiakan kata laluan


ii. Memasang alat anti-godam
iii. Memberi maklumat diri kepada pihak yang berkenaan sahaja.
iv. Mengabaikan iklan dan promosi yang tidak pasti

(c) Namakan dua contoh Undang-Undang Siber. [2 markah]

i. Akta Jenayah Siber


ii. Akta Komunikasi dan Multimedia

(d) Nyatakan satu usaha kerajaan menangani jenayah siber di negara kita. [1 markah]

Menguatkuasakan undang-undang siber dengan merangka garis panduan


penggunaan internet secara berhemah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 40

35 Jadual di bawah menunjukkan cuti umum sambutan keagamaan di negara kita.


Cuti umum perayaan keagamaan

Penganut Islam Penganut Buddha Penganut Hindu Penganut Kristian


Maulidur Rasul Hari Wesak Thaipusam Krismas
Hari Raya Puasa Deepavali
Hari Raya Haji

(a) Berikan dua nilai yang diamalkan oleh kerajaan dalam pengisytiharan cuti di atas.
[2 markah]
i. Nilai kebebasan beragama
ii. Nilai bertanggungjawab

(b) Selain cuti umum, terangkan dua kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan
swasta untuk membolehkan setiap penganut menyambut perayaan keagamaannya.
[4 markah]
i. Memberi permit untuk perarakan.
Contohnya, perarakan Maulidur Rasul, Hari Wesak dan Thaipusam
perlu mendapatkan permit pihak polis.

ii. Memberi sokongan kewangan.


Contohnya, pihak kerajaan dan swasta boleh memberi peruntukan khas untuk
membolehkan majlis keagamaan diadakan.

(c) Terangkan dua kebaikan kebebasan beragama (Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan)


yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada penganut bukan Islam. [4 markah]

i. Dapat menunaikan prinsip Rukun Negara pertama.


Penganut bukan Islam dapat mendukung prinsip kepercayaan kepada
Tuhan mengikut agama masing-masing.

ii. Dapat meningkatkan imej negara.


Masyarakat antarabangsa akan memandang tinggi tindakan kerajaan
Malaysia dalam menghargai keunikan rakyat berbilang agama.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 41

36 Amalan rasuah oleh sesetengah pihak yang mempunyai kuasa bukan sahaja akan menyusahkan
diri sendiri malah boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.

(a) Namakan akta yang melarang pengambilan rasuah. [1 markah]

i. Akta Pencegahan Rasuah


(b) Nyatakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat mereka yang disyaki
terlibat dengan rasuah. [1 markah]

i. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


(c) Jelaskan satu kesan pengambilan rasuah terhadap pihak yang berikut :

i. Diri sendiri: [2 markah]

Ditangkap dan dipenjarakan.


Hal ini sudah tentu menjejaskan masa depan diri sendiri.

ii. Ahli keluarga: [2 markah]

Maruah ahli keluarga tercemar.


Ahli keluarga mendapat malu, dipandang rendah dan disisihkan oleh
masyarakat sekeliling.

(d) Berikan empat cara dapat digunakan oleh anda sebagai pemimpin negara untuk
menangani rasuah di negara anda. [4 markah]

i. Menggubal undang-undang yang menetapkan hukuman berat


terhadap pemberi dan penerima rasuah.
ii. Melantik pegawai khas untuk menyelia jabatan yang dianggap
mempunyai risiko yang tinggi dalam pengamalan rasuah.
iii. Melucutkan jawatan individu yang didapati mengamalkan rasuah
tanpa mengira kedudukan.
iv. Menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan menjauhi rasuah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 42

37 Yang berikut adalah seruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang ramai.

Orang ramai digesa agar tidak menyertai tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pihak
yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar kerajaan.
PDRM

(a) Nyatakan empat kepentingan menyalurkan ketidakpuasan hati melalui saluran yang
betul. [4 markah]

i. Ketidakpuasan hati dapat diselesaikan dengan cara baik.


ii. Kesejahteraan , keamanan serta keharmonian masyarakat terpelihara.
iii. Imej dan maruah negara terjamin.
iv. Dapat mengelakkan berlakunya salah faham dan perasaan benci
terhadap kerajaan.

(b) Ramalkan empat kesan daripada aktiviti tunjuk perasaan tersebut. [4 markah]

i. Perpaduan masyarakat terganggu


ii. Kerosakan harta benda
iii. Boleh mengundang ke arah berlakunya insiden tidak diingini seperti
tumpahan darah
iv. Maruah diri dan negara terjejas
v. Menjejaskan pendapatan individu yang selalu berniaga di lokasi berkenaan

(c) Apakah usaha yang perlu diamalkan oleh orang ramai supaya tidak menyertai tunjuk
perasaan? [2 markah]

i. Mematuhi peraturan dengan tidak menyertai tunjuk perasaan yang


boleh menjejaskan keharmonian masyarakat
ii. Berfikir akan implikasi negatif iaitu tindakan undang-undang yang
bakal dihadapi apabila didapati menyertai tunjuk perasaan bersifat
haram
iii. Tidak mudah terpengaruh dengan manifesto yang diuar-uarkan oleh
pihak penganjur tunjuk perasaan

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 43

38 Pernyataan di bawah ini adalah mengenai usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan bagi mengatasi masalah disiplin di sekolah.

Kementerian Pendidikan telah mewujudkan talian Sistem Salah Laku Disiplin Murid
(SSDM) untuk mendapatkan maklumat tentang masalah disiplin di sekolah secara
terperinci serta berusaha untuk mengatasi masalah disiplin secara menyeluruh.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas , wajarkah tindakan Kementerian Pendidikan


mewujudkan talian tersebut ? Berikan dua alasan anda. [3 markah]

Wajar. Dua alasan saya.


Membantu memantau tahap disiplin dan tingkah laku negatif pelajar di sekolah.
Membantu mencadangkan tindakan yang releven untuk mengatasi masalah
disiplin pelajar.

(b) Jelaskan tiga sikap yang perlu ada pada pelajar untuk mengelakkan diri daripada
masalah disiplin. [3 markah]

i. Sikap mematuhi peraturan sekolah dengan tidak melakukan sesuatu


yang bertentangan dengan peraturan sekolah.
ii. Sikap memelihara maruah diri daripada terjejak dalam tingkah laku
negatif yang sudah tentu berupaya menjatuhkan air muka.
iii. Sikap memilih kawan yang positif dan menjauhkan diri daripada
kawan-kawan yang miliki masalah disiplin.

(c) Cadangkan dua cara untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.
[2 markah]
i. Hukuman rotan
ii. Gantung atau buang sekolah
iii. Kaunseling

(d) Ramalkan dua kesan sekiranya masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak
dibendung. [2 markah]

i. Proses pengajaran dan pembelajaran terganggu


ii. Masa depan pelajar musnah
iii. Imej sekolah tercemar

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 44

39 Amalan rumah terbuka dalam setiap perayaan bertujuan untuk memupuk persefahaman dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

(a) Nyatakan tiga kepentingan amalan rumah terbuka. [3 markah]

i. Dapat memahami adat resam dan budaya kaum lain


ii. Dapat merapatkan lagi hubungan antara setiap kaum
iii. Dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara

(b) Selain daripada amalan rumah terbuka , berikan empat usaha anda untuk menjalin
hubungan baik sesama kaum. [4 markah]

i. Saling menziarahi ketika sakit


ii. Saling bertegur sapa dan bertanya khabar
iii. Menghulurkan bantuan jika mereka dalam kesusahan
iv. Bertukar-tukar juadah makanan sesama jiran tetangga

(c) Kemukakan tiga agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengekalkan tradisi
pelbagai kaum. [3 markah]

i. Arkib Negara
ii. Muzium Negara
iii. Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Pelancongan

40 Yang berikut adalah jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar sekolah.

Ponteng Kelas

Ponteng Sekolah Memeras Ugut


SALAH LAKU PELAJAR

Membuli Rakan Merokok

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 45

(a) Kemukakan tiga tindakan yang boleh dikenakan kepada pelajar yang terlibat dalam
salah laku tersebut. [3 markah]

i. Diberikan amaran
ii. Dikenakan hukuman rotan
iii. Digantung sekolah

(b) Nyatakan peranan yang patut dimainkan oleh pihak-pihak berikut untuk menangani
masalah salah laku dalam kalangan pelajar. [3 markah]
i. Ibu bapa
Memantau aktiviti anak-anak di rumah dan di luar rumah

ii. Pihak sekolah


Mengetatkan disiplin dan peraturan sekolah

iii. Pelajar
Memilih rakan yang baik

(c) Jelaskan dua kesan yang berlaku terhadap masa depan pelajar sekiranya terus
melakukan salah laku di atas. [2 markah]

i. Masa depan pelajar gelap


ii. Pelajar sukar mendapat pekerjaan
iii. Pelajar sukar meneruskan pengajian

(d) Sebagai rakan , nyatakan dua tindakan yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan
anda yang sering ponteng sekolah. [2 markah]

i. Menasihatinya dengan baik


ii. Memberitahu ibu bapa atau penjaganya

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 46

41 Yang berikut merupakan maklumat tentang Pindaan Perlembagaan 1971.

Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa yang
mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hal mengenai kewarganegaraan dan kedaulatan raja-
raja, taraf kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.

(a) Terangkan dua tindakan yang patut diamalkan oleh rakyat Malaysia berdasarkan
pernyataan di atas. [2 markah]
i. Rakyat Malaysia patut mengamalkan hak kebebasan bersuara
mereka mengikut landasan yang betul.
ii. Rakyat Malaysia patut mengamalkan budaya mematuhi
undang-undang negara ketika berucap atau mengeluarkan pendapat.

(b) Nyatakan tiga kesan sekiranya kebebasan dalam mempersoalkan isu-isu sensitif
disalahgunakan. [3 markah]
i. Keharmonian antara kaum terancam
ii. Keamanan negara tergugat
iii. Imej negara tercalar di persada dunia

(c) Kemukakan dua cara bagaimana rakyat dapat menyuarakan pendapat mereka tentang
sesuatu isu dengan betul. [2 markah]
i. Menulis surat menyuarakan pendapat di media cetak iaitu akhbar
ii. Mengadakan pembentangan idea atau perbahasan

(d) Pada pandangan anda, apakah mesej yang ingin disampaikan berdasarkan pernyataan
tersebut? [3 markah]
i. Kebebasan bersuara mesti ada hadnya
ii. Tidak boleh mempersoalkan isu-isu sensitif
iii. Sentiasa berfikiran rasional dan tidak bertindak terburu-buru ikut
emosi ketika mengeluarkan pendapat

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 47

42 Yang berikut adalah keratan akhbar mengenai masalah obesiti di Malaysia.

Berita Harian , 3 Februari , Kuala Lumpur – Obesiti merupakan masalah kesihatan yang kini
menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk
mengalami masalah itu atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.
Masalah ini berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan secara berlebihan dan lebih
cenderung untuk mengambil makanan yang manis.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan obesiti? [2 markah]


Pengumpulan lemak berlebihan dalam badan seseorang.
Ia akan mengganggu dan merosakkan organ-organ dalam individu dan
seterusnya mengundang pelbagai masalah kesihatan.

(b) Sekiranya anda mengalami masalah obesiti, terangkan dua langkah yang patut anda
amalkan untuk mengatasinya. [2 markah]
i. Mengamalkan pemakanan yang seimbang
ii. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

(c) Ramalkan tiga kesan sekiranya masalah obesiti ini tidak dibendung. [3 markah]
i. Terdedah kepada penyakit yang berbahaya
ii. Mengalami tekanan perasaan
iii. Kerugian wang ringgit untuk perbelanjaan perubatan

(d) Nyatakan tiga faktor menurut pandangan anda yang boleh menyebabkan seseorang itu
mengalami masalah obesiti. [3 markah]
i. Budaya makan tengah malam atau tidak ikut waktu makan yang teratur
ii. Tidak bersenam dan bersukan
iii. Suka mengambil makanan serta minuman ringan dan makanan segera

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 48

43 Yang berikut merupakan berita mengenai peningkatan kes demam denggi.

PUTRAJAYA: Kes demam denggi yang terus mencatatkan peningkatan dianggap sebagai
yang terburuk dalam sejarah, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam. Beliau
yang berkata demikian dalam sidang media di kementeriannya hari ini memberitahu, kes
demam denggi pada musim sekarang adalah berbeza berbanding yang dilaporkan pada tahun-
tahun sebelumnya kerana gejalanya lebih berat. Dari pemantauan Kementerian Kesihatan
Malaysia, bagi tempoh 1 Januari 2015 sehingga 21 Februari 2015, jumlah kumulatif kes
denggi adalah sebanyak 21,310 kes berbanding hanya 13.915 kes bagi tempoh yang sama
pada tahun lepas. Negeri Selangor menjadi penyumbang terbesar dengan 7,395 kes iaitu 58
peratus daripada kes keseluruhan. Tambah Datuk Seri Dr.S.Subramaniam , gejala penyakit
tersebut juga berubah. 'Jika dulu, pesakit akan mengalami pendarahan dan bintik-bintik pada
badan, tetapi kini penyakit tersebut mula menyerang organ dalaman seperti hati dan otak.

(a) Jelaskan dua nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam menangani kes
demam denggi yang semakin meningkat di Malaysia. [4 markah]

i. Nilai rasional.
Rakyat Malaysia perlu bertindak wajar dengan memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk aedes di sekitar taman perumahan mereka.

ii. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.


Rakyat Malaysia perlu berusaha menyelesaikan penularan kes demam
denggi dengan bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan
mereka supaya bebas daripada nyamuk aedes.

(b) Terangkan empat peranan yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menangani kes
demam denggi yang semakin meningkat di negara kita. [4 markah]

i. Melakukan 'fogging' iaitu menyembur ubat penghapus aedes di kawasan


hitam yang sering dilanda penyakit demam denggi.
ii. Membuat pemantauan dan pemeriksaan secara lebih kerap di kawasan
perumahan yang mempunyai penghuni yang dijangkiti demam denggi.
iii. Mengenakan denda maksima kepada sesiapa sahaja yang masih lalai atau
leka menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
iv. Mengadakan kempen kesedaran memerangi wabak demam denggi melalui
media massa.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 49

(c) Berikan dua langkah yang boleh diambil oleh anda untuk mengelakkan penyakit ini
daripada menyerang ahli keluarga anda. [2 markah]

i. Menanam tin-tin kosong.


ii. Meletak ubat jejentik dalam kolam air dan tempayan.
iii. Memastikan tiada takungan air bersih dalam pasu bunga dan bekas air
minuman haiwan peliharaan.

44 Di Malaysia, hampir kesemua wanita India, khasnya yang beragama Hindu, memakai pottu
setiap hari. Walaubagaimanapun, Trisha jarang memakai pottu. Dia beranggapan bahawa
amalan itu sudah ketinggalan zaman.

(a) Sekiranya, setiap gadis India berpendapat seperti Trisha, ramalkan apakah yang akan
berlaku kepada adat ini? [2 markah]

i. Adat itu akan pupus ditelan zaman.


ii. Generasi baru tidak akan tahu tentang kewujudan adat ini.
iii. Gadis bangsa India akan kehilangan identiti bangsa mereka.

(b) Andaikan anda emak saudara Trisha, bagaimanakah anda akan menasihati Trisha?
[2 markah]
i. Memujuk Trisha dengan baik supaya memakai pottu.
ii. Jelaskan kepada Trisha tentang kelebihan dan kepentingan memakai pottu.

(c) Nyatakan dua kepentingan generasi muda mengekalkan tradisi kekeluargaan.


[2 markah]
i. Dapat memastikan tradisi kekeluargaan tidak pupus ditelan zaman dan
terus diwarisi oleh generasi yang akan datang.
ii. Dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga.
iii. Memastikan generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar
khususnya budaya barat.
iv. Merupakan jambatan bagi menghubungkan generasi lama dengan generasi
yang baru.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 50

(d) Bagaimanakah setiap anggota keluarga dapat membantu mengekalkan tradisi


kekeluargaannya. [2 markah]

i. Mengamalkan tradisi kekeluargaan sendiri dalam kehidupan seharian


sebagai cara hidup.
ii. Menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan.
iii. Menyedarkan golongan muda akan kepentingan meneruskan tradisi
kekeluargaan.

(e) Namakan dua agensi kerajaan yang perlu memainkan peranan penting dalam
mengekalkan tradisi kekeluargaan pelbagai kaum sebagai warisan negara. [2 markah]

i. Muzium Negara.
ii. Arkib Negara.
iii. Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Pelancongan.

45 Surat di bawah merupakan luahan perasaan seorang pesakit AIDS yang meninggal dunia di
kaki lima sebuah kedai lorong gelap. Surat ini ditemui dalam genggamannya.

Sesiapa yang terbaca surat ini, saya memohon jasa baik anda untuk menguruskan pengebumian
jenazah saya. Sejak saya berhijrah ke bandar metropolitan ini, saya mula menjalani kehidupan
bebas. Saya berjinak-jinak dengan dadah dan bergelumang dengan maksiat. Akhirnya, saya jatuh
sakit. Berat badan saya semakin susut, hilang selera makan, batuk-batuk dan demam yang
berpanjangan. Saya telah disahkan sebagai penghidap AIDS. Setelah mengetahui hal ini, timbul
rasa kesal di hati. Saya juga berasa sengsara, terhina dan berdosa. Saya tidak dipedulikan oleh
kawan-kawan, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Mereka tidak mengambil tahu tentang
keadaan saya. Saya terpaksa hidup merempat di jalanan. Saya tidak mendapat bantuan perubatan
apabila saya dalam kesakitan. Penyakit saya semakin melarat. Hidup saya semakin tenat. Saya
rasa saat kematian saya akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Anda sekalian, jadikan ini sebagai
iktibar. Sayangilah diri anda.
(a) Apakah perasaan anda setelah membaca kisah di atas ? [1 markah]

Sedih / Pilu / Simpati

(b) Apakah tiga pengajaran yang anda peroleh daripada kisah tersebut ? [3 markah]

i. Perlu menyayangi dan menghargai nyawa.


ii. Tidak terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.
iii. Tidak terlibat dalam hubungan seks rambang / seks dengan orang yang
tidak diketahui latar belakang dan taraf kesihatannya / pelacuran.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 51

(c) Nyatakan dua cara AIDS merebak. [2 markah]

i. Pemindahan darah yang tercemar.


ii. Hubungan seks rambang.
iii. Perkongsian jarum suntikan dadah.

(d) Selain daripada kesan masalah kesihatan dan gangguan emosi , ramalkan dua kesan
lain yang lazimnya dihadapi oleh penghidap AIDS. [2 markah]

i. Dipandang rendah dan disisihkan oleh anggota keluarga dan masyarakat.


ii. Sukar mendapat pekerjaan atau tempat di institusi pengajian tinggi.

(e) Sebagai seorang individu yang prihatin , bagaimanakah anda boleh membantu
penghidap AIDS. [2 markah]

i. Memberi sumbangan wang.


ii. Tidak menyisihkan mereka.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 52

46 Petikan berita di bawah merujuk kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita.
KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Seorang penuntut sebuah kolej dijatuhi hukuman
penjara sehari dan denda RM 5 000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas
mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat bayi itu
secara sulit, April lalu. Pasukan perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang
tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian bayi itu. Keadaan mayatnya sudah kebiruan
dan tidak bergerak dengan kepalanya terendam di dalam air.

(a) Jelaskan dua sebab orang sanggup membuang bayi mereka. [2 markah]

i. Malu kepada keluarga dan masyarakat kerana melahirkan anak luar nikah.
ii. Anak yang dilahirkan cacat.
iii. Kesempitan wang dan tidak dapat menyara kehidupan bayi itu.

(b) i. Dari segi perundangan , perbuatan membuang bayi ialah satu bentuk jenayah
dan sekiranya seseorang individu didapati bersalah melakukan jenayah ini
boleh dihukum penjara sehingga maksimum 20 tahun dan didenda.
Namakan akta tersebut. [1 markah]

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991

ii. Setujukah anda dengan bentuk hukuman ini dan berikan alasan untuk
menyokong pendirian anda. [2 markah]

Setuju. Alasan saya.


Perbuatan membuang bayi amat kejam / tidak berperikemanusiaan
Perbuatan membuang bayi boleh disifatkan sebagai perbuatan tidak
menjaga anugerah / pemberian / amanah Tuhan

(c) Cadangkan tiga usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah pembuangan
bayi. [3 markah]

i. Mempertingkatkan pendidikan agama di kalangan masyarakat kita


ii. Masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi kepada pihak
berkuasa
iii. Kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat
supaya mereka menyayangi dan mengasihi anak-anak mereka

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 53

(d) Berikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh individu yang membuang bayi.
[2 markah]
i. Nilai melindungi hak kanak-kanak
ii. Nilai bertanggungjawab
iii. Nilai rasional
iv. Nilai kasih sayang

47 Wawasan 2020 yang diwara-warakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad membincangkan hala tuju masa depan negara serta peranan yang boleh dimainkan
oleh setiap rakyat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara
yang maju sepenuhnya pada tahun 2020.

(a) Terangkan tiga nilai perlu diamalkan rakyat Malaysia untuk menjadi Wawasan 2020
menjadi kenyataan. [6 markah]

i. Nilai kerajinan.
Rakyat Malaysia perlu curahkan usaha berterusan untuk mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang.

ii. Nilai bertanggungjawab.


Rakyat Malaysia perlu melaksanakan kewajipan dalam berusaha
merealisasikan aspirasi pemimpin untuk menjadikan negara kita maju sepenuhnya.

iii. Nilai toleransi.


Rakyat Malaysia perlu hidup bertolak ansur agar Malaysia menjadi negara
aman di mana rakyatnya bekerjasama antara satu sama lain.

(b) Jelaskan dua peranan yang boleh anda mainkan dalam usaha membantu kerajaan
merealisasikan Wawasan 2020. [2 markah]

i. Belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar contoh dalam pelbagai bidang


ii. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab
iii. Menjadi warganegara yang mahir dan berpengetahuan

(c) Berikan dua kelebihan Wawasan 2020 terhadap masyarakat. [2 markah]

i. Masyarakat dapat menguasai ilmu dalam pelbagai bidang


ii. Masyarakat dapat menambahkan pendapatan mereka
iii. Taraf hidup masyarakat akan bertambah baik

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 54

48 Yang berikut ialah maklumat tentang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kerajaan berusaha untuk mengemaskini Dasar Percukaian Negara dengan memperkenalkan


Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Langkah ini dijangka mendapat pelbagai reaksi
daripada rakyat.

(a) Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh pembayar cukai di negara kita.
[4 markah]
i. Nilai bertanggungjawab.
Pembayar cukai harus laksanakan kewajipan membayar cukai tepat pada
masa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

ii. Nilai rasional.


Pembayar cukai harus boleh berfikir kesan negatif apabila mereka gagal
bayar cukai di mana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

(b) Kemukakan dua cara kerajaan menggunakan hasil cukai yang dikutip untuk
kesejahteraan rakyat. [2 markah]

i. Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti hospital kerajaan , sekolah


kerajaan dan sebagainya.
ii. Menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang tidak
berkemampuan.
iii. Membangunkan status sosioekonomi petani , nelayan dan penduduk di
luar bandar dengan pemberian pelbagai skim bantuan.

(c) Berikan dua tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang enggan membayar
cukai. [2 markah]

i. Dikenakan denda
ii. Dikenakan hukuman penjara
iii. Harta individu boleh disita

(d) Nyatakan dua jenis cukai lain yang terdapat di negara kita. [2 markah]

i. Cukai pendapatan perseorangan


ii. Cukai perniagaan (cukai korporat @ cukai syarikat)
iii. Cukai harta (cukai taksiran @ cukai pintu)

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 55

49 Petikan di bawah adalah berkaitan dengan rokok elektronik.

Kegilaan generasi muda terhadap penggunaan rokok elektronik atau vapour telah
meningkatkan permintaan cecair rokok berkenaan. Cecair rokok ini pada asalnya
mengandungi nikotin dan perisa asas seperti vanilla. Kini, cecair ini dihasilkan dengan
pelbagai perisa sejajar dengan cita rasa masyarakat tempatan. Pengguna boleh mendapatkan
pelbagai cecair berperisa seperti perisa mangga, tembikai susu dan sirap bandung berikutan
munculnya ramai pengusaha baru yang berani mengadun dan memasarkan cecair berkenaan.

(a) Wajarkah perbuatan generasi muda menghisap rokok elektronik tersebut? Berikan dua
alasan anda. [3 markah]
Tidak wajar. Dua alasan saya.
Menjejaskan kesihatan
Membazirkan wang ringgit
Mengganggu keselesaan orang awam

(b) Walaupun Kementerian Kesihatan telah melarang penggunaan rokok elektronik, namun
permintaan terhadap rokok elektronik tetap meningkat. Jelaskan dua sebab penggunaan
rokok elektronik semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. [4 markah]
i. Tanggapan salah.
Ramai individu beranggapan rokok elektrik dapat mengawal tabiat merokok tradisi.

ii. Ingin mencuba.


Generasi muda ingin tahu rasa setiap perisa rokok elektronik.

(c) Berikan dua kesan penggunaan rokok elektronik kepada diri. [2 markah]

i. Menjejaskan kesihatan / mengundang pelbagai penyakit kronik


ii. Mengakibatkan ketagihan
iii. Membazir wang ringgit
iv. Boleh membawa maut

(d) Apakah rumusan yang anda boleh buat daripada gejala di atas. [1 markah]

Generasi muda harus bertindak wajar menolak sama sekali rokok elektronik bagi
memastikan mereka dapat jalani hidup yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 56

50 Keratan akhbar yang berikut adalah mengenai masalah obesiti di Malaysia.


Malaysia duduki tempat pertama di Asia Tenggara
Paling ramai obes
KUALA LUMPUR – Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di
Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara
Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam. Masalah obesiti dijangka akan terus
meningkat dalam kalangan penduduk Malaysia. Ini kerana 10 hingga 20 tahun akan datang
dijangkakan separuh daripada rakyat kita akan mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara ini perlu
diberi perhatian semua pihak.

(a) Pada pendapat anda, mengapakah isu obesiti dalam kalangan masyarakat kita sukar
ditangani? Beri ulasan anda. [3 markah]
Ulasan saya.
Rakyat Malaysia mengamalkan budaya pemakanan yang tidak sihat.
Rakyat Malaysia kurang bersenam.
Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan menjaga kesihatan adalah
masih rendah.

(b) Di Malaysia, kira-kira 15% kanak-kanak mengalami masalah obesiti dan akan
membesar sebagai orang dewasa yang obes.
Nyatakan peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-
kanak. [4 markah]
i. Mengamalkan gaya hidup sihat.
Ibu bapa mengadakan aktiviti riadah atau bersenam bersama anak-anak
mereka di hujung minggu.

ii. Mengamalkan pemakanan seimbang dalam keluarga.


Ibu bapa menghadkan pengambilan makanan segera di kalangan anak-anak mereka.

(c) Nyatakan tiga masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami berat
badan yang berlebihan. [3 markah]

i. Kesukaran melakukan aktiviti fizikal


ii. Tekanan emosi akibat diejek gemuk oleh kawan
iii. Mudah keletihan
iv. Terdedah kepada ancaman penyakit kronik

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 57

51 Gambar di bawah menunjukkan senario anggota sebuah keluarga yang sibuk dengan gadget
masing-masing.

Perkembangan teknologi dan komunikasi banyak membawa perubahan kepada cara hidup
keluarga masa kini. Anak-anak akan leka dengan gadget elektronik. Kebanyakan ibu bapa
juga semakin kurang berinteraksi dengan anak-anak kerana terlalu leka dengan gadget
elektronik.

(a) Sebagai seorang anak yang memerlukan perhatian penuh , nyatakan perasaan anda
setelah membaca situasi di atas. Berikan alasan anda. [3 markah]

Sedih / Kecewa / Hampa / Marah. Alasan saya.


Tidak mendapat perhatian / kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa.
Rasa diri diabaikan / tidak dipedulikan

(b) Terangkan dua kesan buruk penggunaan gadget kepada anak-anak yang masih
bersekolah. [4 markah]

i. Masalah kegemukan / obesiti.


Penambahan berat badan akibat kurang aktiviti fizikal.
ii. Kecerdasan semakin berkurangan.
Menjadi malas untuk menggunakan akal untuk berfikir kerana guna gadget
mudah semua hujung jari.
iii. Menganggu jadual waktu harian.
Waktu makan , waktu tidur dan waktu belajar terganggu kerana jumlah
masa yang digunakan semasa gunakan gadget tidak disedari.
iv. Suka bersendirian / berada dalam dunia sendiri.
Terlalu leka dengan gadget sehingga kurang minat untuk komunikasi
dengan orang yang ada di sekeliling.
v. Masalah kerosakan mata / daya penglihatan terjejas.
Akibat terdedah terlalu lama pada skrin gadget.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 58

(c) Terangkan peranan ibu bapa dalam mengembalikan keharmonian kehidupan


berkeluarga di zaman gadget ini. [3 markah]

i. Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dalam soal
penggunaan gadget.
ii. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak-anak.
iii. Ibu bapa perlu menghadkan masa anak-anak guna gadget.
iv. Ibu bapa perlu bijak memantau kegunaan gadget dalam kehidupan anak-
anak.

52 Gambar di bawah merujuk pasukan unit beruniform yang menjadi sebahagian daripada aktiviti
kokurikulum di sekolah.

(a) Pelajar dapat memupuk nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara
jika mereka menyertai pasukan unit beruniform.
Jelaskan maksud nilai tersebut. [2 markah]

kebebasan melibatkan diri dalam pembangunan negara


mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan Malaysia

(b) Nyatakan tiga nilai lain yang boleh dipupuk kepada para pelajar jika mereka
menyertai pasukan unit beruniform. [3 markah]

i. Nilai berdikari
ii. Nilai kerajinan
iii. Nilai rasional
iv. Nilai bertanggungjawab

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 59

(c) Beri tiga kepentingan aktiviti kokurikulum kepada para pelajar. [3 markah]

i. Mengisi masa lapang secara berfaedah


ii. Membentuk disiplin diri / sahsiah / jati diri
iii. Melatih pelajar jadi pemimpin
iv. Memupuk perpaduan / kerjasama antara pelajar berlainan bangsa

(d) Andaikan anda sebagai pengetua di sebuah sekolah yang telah memenangi
pertandingan kawad kaki antara daerah bagi Pasukan Kadet Polis.
Berikan dua cara anda mengiktiraf kemenangan tersebut. [2 markah]

i. Memberikan kata-kata pujian semasa perhimpunan


ii. Menyampaikan sijil penghargaan dan pingat
iii. Meraikan mereka dalam majlis khas seperti Hari Anugerah Kecemerlangan
/ Hari Kokurikulum

53 Jadual yang berikut menunjukkan perangkaan kemalangan jalan raya yang dicatat pada musim
perayaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Musim Perayaan 2013 2014 2015

Tahun Baharu Cina 2 097 2 241 3 332

Hari Raya Aidilfitri 2 303 2 890 3 211

Deepavali 1 477 1 567 1 987

Krismas 2 581 2 986 3 245

(a) Nyatakan tiga nilai yang perlu diamalkan oleh pemandu untuk mengurangkan
kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan. [3 markah]

i. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang


ii. Nilai kasih sayang
iii. Nilai rasional
iv. Nilai bertanggungjawab

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 60

(b) Ramalkan dua kesan peningkatan jumlah kemalangan jalan raya kepada negara kita.
[4 markah]
i. Menjejaskan imej negara.
Ini mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak
bertamadun di jalan raya.

ii. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan.


Kerajaan terpaksa keluarkan wang banyak untuk anjur kempen secara
besar-besaran untuk ingatkan pemandu supaya berhati-hati di jalan raya.

(c) Sebagai seorang pemandu yang berhemah , apakah persediaan yang perlu anda
lakukan sebelum memulakan pemanduan anda untuk balik kampung semasa musim
perayaan. [3 markah]

i. Memeriksa keadaan kenderaan secara keseluruhan


ii. Pastikan keadaan fizikal badan stabil untuk memandu
iii. Merancang perjalanan dengan menyemak keadaan trafik semasa

54 Rashmika menghabiskan masanya dengan telefon pintar, sedangkan dia belum lagi menyiapkan
kerja sekolah yang perlu dihantar esok. Ibu menegur perlakuan Rashmika dan menyuruhnya
menyimpan telefon pintar. Ibu menyuruh Rashmika menyiapkan kerja sekolah yang
terbengkalai itu. Rashmika menunjukkan muka masam lalu ke meja belajar dan menarik
kerusinya dengan kasar untuk menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

(a) Wajarkah tindakan Rashmika? Beri alasan anda berdasarkan satu nilai murni yang
dipelajari. [3 markah]

Tidak wajar. Alasan saya.


Nilai hemah tinggi / nilai bertanggungjawab / nilai rasional / nilai kasih sayang
Dia tidak menghormati ibunya dengan bersikap kasar
Dia banyak menghabiskan masanya dengan telefon pintar
Dia belum lagi menyiapkan kerja sekolah

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 61

(b) Andaikan anda ialah ibu Rashmika. Apakah perasaan anda sekiranya anak anda
bertindak sedemikian? [1 markah]

Sedih / Kecewa / Marah

(c) Tindakan ibu menegur perlakuan Rashmika adalah wajar.


Beri alasan anda. [2 markah]

Alasan saya.
Bukti / Tunjuk ibu benar-benar sayang Rashmika
Dapat sedarkan Rashmika akan kesilapan yang sedang dilakukannya
Agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang akan datang

(d) Terangkan dua tindakan terbaik yang harus diambil oleh anda apabila ibu menegur
anda disebabkan kesilapan yang anda lakukan. [4 markah]

i. Meminta maaf kepada ibu.


Saya akan mengaku kesilapan diri saya secara ikhlas / terbuka.

ii. Berjanji dengan ibu.


Saya akan usaha untuk tidak ulangi kesilapan sama pada masa depan.

55 Carta berikut berkaitan dengan kesalahan yang dikenakan hukuman mati mandatori ke atas
pengedar dadah mengikut undang-undang Malaysia.

HUKUMAN MATI MANDATORI

Memiliki 15 gram atau lebih Memiliki 40 gram atau lebih


heroin atau morfin kokain

Memiliki 200 gram atau lebih Memiliki 1000 gram atau


kanabis lebih candu mentah atau
candu masak

Memiliki 2000 gram atau Memiliki 50 gram atau lebih


lebih daun koka ecstacy atau shabu

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 62

(a) Wajarkah hukuman ini dijatuhkan ke atas pengedar dadah yang didapati bersalah?
Jelaskan. [3 markah]

Wajar.
Dadah boleh membawa maut.
Dadah boleh memecahbelahkan keluarga.
Dadah boleh menjatuhkan maruah bangsa.
Dadah boleh meruntuhkan negara.

(b) Apakah akta yang digubal untuk menjamin keselamatan negara daripada diancam
oleh najis dadah? [1 markah]

Akta Dadah Berbahaya 1952

(c) Namakan pertubuhan sosial peringkat kebangsaan yang terlibat dengan kempen
penerangan dan pencegahan terhadap masalah dadah di dalam negara kita.
[1 markah]
Persatuan Anti Dadah Malaysia ( PEMADAM )

(d) Nyatakan tiga punca golongan remaja terjerumus dalam gejala penyalahgunaan
dadah. [3 markah]
i. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
ii. Kurangnya didikan agama
iii. Pengaruh rakan sebaya
iv. Perasaan ingin cuba
v. Tekanan perasaan

(e) Bagaimanakah ibu bapa boleh memastikan anak-anak mereka tidak terjerumus dalam
kancah penyalahgunaan dadah? [2 markah]

i. Memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak di luar rumah


ii. Memberi pendidikan agama yang sempurna kepada anak-anak
iii. Memberi sepenuhnya kasih sayang
iv. Memberi perhatian terhadap keperluan emosi anak-anak

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 63

56 Berikut adalah salah satu masalah yang wujud dalam media sosial.

BERITA DAN MAKLUMAT PALSU


Berita dan maklumat palsu merupakan trend terbaharu di media sosial. Pelbagai aplikasi
sembang juga membantu penyebaran berita dan maklumat palsu dengan mudah. Di negara-
negara barat, penyebaran berita seperti ini dikenali sebagai peperangan psikologi bagi
mendapatkan keuntungan politik dan kewangan.

(a) Senaraikan dua pihak yang bertanggungjawab bagi menangani masalah di atas.
[2 markah]
(i) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
(ii) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

(b) Terangkan kesan penyebaran berita dan maklumat palsu. [4 markah]

(i) mengaibkan / menjejaskan nama baik individu tertentu yang tidak berdosa
(ii) mangsa alami trauma / tekanan emosi
(iii) boleh menjejaskan sensitiviti kaum dan memecah-belahkan masyarakat
(iv) boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keamanan dan keharmonian negara
(v) individu yang terbukti melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan
undang-undang
(vi) boleh menjejaskan imej negara

(c) Nyatakan satu usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berikut untuk menangani masalah
di atas.

(i) individu [2 markah]

Jangan sebarkan berita dan maklumat yang belum terbukti kebenarannya.


Buat laporan polis supaya individu yang bersalah diheret ke mahkamah.

(ii) kerajaan [2 markah]

Mengenakan hukuman yang berat ke atas individu yang bersalah.


Menganjurkan kempen kesedaran anti penyebaran berita dan maklumat
palsu.
Menggaji pakar IT untuk memantau dan menyekat penularan berita dan
maklumat yang boleh memudaratkan masyarakat di ruang siber.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 64

57 Gambar di bawah menunjukkan senario pilihan raya di negara kita.

(a) (i) Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia berdasarkan situasi
di atas. [4 markah]

Nilai bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia perlu laksanakan kewajipan sebagai warganegara untuk
daftar dan mengundi semasa pilihan raya diadakan.

Nilai rasional.
Rakyat Malaysia bertindak wajar dengan balik untuk undi pilih wakil
rakyatnya.

(ii) Namakan badan yang mengelola dan menguruskan pilihan raya di Malaysia.
[1 markah]
SPR – Suruhanjaya Pilihan Raya

(b) Nyatakan dua syarat yang melayakkan seseorang itu dapat mengundi ketika pilihan
raya. [2 markah]

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 21 tahun dan ke atas
iii. Telah berdaftar sebagai pemilih dengan SPR

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 65

(c) Andaikan anda adalah calon yang bertanding dalam pilihan raya. Jelaskan tiga
perkara yang harus dielakkan semasa berkempen. [3 markah]
i. Memberi rasuah
ii. Memburuk-burukkan calon lain
iii. Tidak ungkit isu sensitif
iv. Langgar peraturan berkempen SPR

58 Soalan 58 berdasarkan maklumat di bawah.

Maklumat 1

Khushwant Singh sudah empat tahun bekerja di Sabah. Dia tidak pernah pulang ke kampungnya di
Ipoh , walaupun untuk meraikan perayaan Visakhi. Khushwant Singh selalu memberi alasan bahawa
dia sibuk dengan pekerjaannya. Pada tahun ini , sekali lagi dia tidak dapat pulang meraikan perayaan
tersebut bersama-sama keluarganya. Dia bercadang untuk meraikan perayaan tersebut bersama-sama
rakannya di Sabah.
Maklumat 2

Petikan teks WhatsApp yang diterima oleh kedua-dua warga emas Encik Lee Ki Woo dan Puan Lee
Chung Ah.

Emak ayah yang berjauhan di Pekan Jenjarom. Tahun Baru Cina kali kini kami suami isteri tidak
bercadang balik ke kampung untuk beraya bersama emak ayah. Hal ini kerana kami hendak
menganjurkan majlis Tahun Baru Cina di Bandar New York untuk memperkenalkan tarian dan
makanan tradisional kaum Cina. Namun, kami akan balik pada minggu kedua perayaan. Harap emak
ayah maafkan kami.

(a) Berdasarkan maklumat 1, nyatakan perasaan yang mungkin menyelubungi kedua-


dua ibu bapa Khushwant Singh dan anggota keluarganya yang lain. Jelaskan.
[2 markah]
Sedih / Kecewa / Rindu
Anak tidak pulang beraya.
Menaruh harapan tinggi anak akan pulang beraya tahun ini.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 66

(b) Berdasarkan maklumat 2, nyatakan perasaan pasangan Encik Lee Ki Woo dan Puan
Lee Chung Ah selepas membaca WhatsApp tersebut. Jelaskan. [2 markah]

Gembira / Bangga
Tradisi masyarakat cina akan dipromosikan di luar negara.
Anak dan menantu balik beraya minggu kedua.

(c) Berdasarkan maklumat 2, terangkan bagaimana pasangan suami isteri tersebut yang
berada di Bandar New York dapat merawat rindu dan menghiburkan hati ibu bapanya
yang berada jauh di Pekan Jenjarom. [4 markah]

i. Kongsi sambutan melalui media sosial.


Pasangan suami isteri boleh muat naik gambar-gambar yang diambil dalam
majlis berkenaan.

ii. Interaksi melalui panggilan video.


Ibu bapa dapat saksikan secara langsung sambutan tahun baru cina di New
York.

(d) Walaupun dalam kesibukan menganjurkan majlis, kedua-dua anak menantu masih
berjanji akan balik beraya pada minggu kedua. Berdasarkan maklumat 2, jelaskan
nilai yang diamalkan oleh mereka. [2 markah]

Nilai kasih sayang.


Mereka tunjukkan perasaan cinta kepada ibu bapa dengan balik beraya di kampung.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 67

59 (a) Sambutan Bulan Kemerdekaan negara wajar diadakan setiap tahun.


Jelaskan alasan anda berdasarkan nilai-nilai nurni yang dipelajari. [3 markah]

Nilai cinta akan negara.


Sambutan dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat.
Rakyat dapat menghargai jasa pejuang dan pemimpin negara terdahulu.
Dapat mewujudkan perpaduan kaum melalui penglibatan setiap lapisan masayarakat
dalam sambutan.

(b) Pihak sekolah juga diarahkan agar mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan
di peringkat sekolah.
Nyatakan tiga contoh aktiviti yang boleh diadakan semasa sambutan tersebut.[3 markah]

i. Pertandingan kuiz merdeka.


ii. Pertandingan melukis poster bertema kemerdekaan.
iii. Pertandingan nyanyian lagi patriotik.
iv. Deklamasi sajak kemerdekaan.
v. Pertandingan drama patriotik.

(c) Proses mencapai kemerdekaan negara kita dianggap sebagai satu peristiwa yang unik
dan membanggakan.
Terangkan pernyataan ini. [2 markah]

Mendapat kemerdekaan melalui proses perundingan tanpa berlakunya


pertumpahan darah.
Perundingan disertai oleh wakil dari ketiga-tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina
dan India.
Mengadakan pakatan murni antara tiga parti utama iaitu UMNO, MCA dan
MIC.

(d) Sebutkan dua cara untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita. [2 markah]

i. Perpaduan antara kaum perlu dipertahankan.


ii. Semua rakyat terlibat bersama dalam program untuk membangunkan
negara.
iii. Rakyat perlu mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara.
iv. Rakyat tidak melibatkan diri dalam aktiviti subversif.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 68

60 Mengikut kewajipan agama, seorang bapa memainkan peranan yang amat besar dalam
mendidik anak-anak tentang hal agama.

(a) Pada pendapat anda bagaimanakan seorang bapa dapat melaksanakan kewajipan ini?
[ 2 markah]

(i) Bapa harus menjadi suri teladan.


(ii) Bapa harus sembahyang bersama anak di rumah.
(iii) Bapa perlu bawa anak ke tempat ibadat.

(b) Ramalkan dua kesan negatif terhadap anak-anak sekiranya seorang bapa tidak
melaksanakan kewajiapan agama. [2 markah]

(i) Anak tiada pegangan untuk buat pertimbangan baik buruk.


(ii) Anak mudah terpengaruh dengan anasir negatif.
(ii) Suatu hari maruah anak dan keluarga akan terjejas.

(c) Nyatakan dua cara bapa dapat melaksanakan kewajipan yang berikut.

i. Kewajipan Sosial [2 markah]

Memberi pendidikan formal dan informal yang sempurna kepada


anak-anak.
Menjaga keselamatan anak-anak.

ii. Kewajipan Ekonomi [2 markah]

Mencari rezeki yang halal untuk keluarga.


Pastikan wang perbelanjaan persekolahan anak-anak sentiasa mencukupi.

(d) Ramalkan kesan terhadap pembangunan keluarga dan negara sekiranya semua bapa di
Malaysia dapat melaksanakan kewajipan sosial , ekonomi dan agama dengan sempurna.
[2 markah]

i. Anak-anak di Malaysia hidup bahagia dengan pegangan agama yang kuat.


ii. Masalah sosial di negara kita dapat dibendung.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 69

61 Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi Tik Tok.


Tik Tok merupakan rangkaian sosial perkongsian daripada negara
China. Ia digunakan untuk membuat video tarian, lip sync, video
komedi dan video kreatif dalam masa yang singkat. Ciri-ciri
penyuntingan yang semakin menarik membuatkan aplikasi ini
semakin popular terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini
meresahkan orang ramai khususnya ibu bapa yang melihat aplikasi
ini memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan anak-anak
mereka.

(a) Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pengguna Tik Tok. [2 markah]

i. Nilai rasional
ii. Nilai bertanggungjawab
iii. Nilai harga diri
iv. Nilai hemah tinggi
v. Nilai kesederhanaan

(b) Sebutkan dua keistimewaan aplikasi Tik Tok. [2 markah]

i. Kesan getaran pada video


ii. Muzik yang pelbagai
iii. Animasi 3D
iv. Sticker yang menarik
v. Mengubah wajah/ warna rambut

(c) Jelaskan empat sebab aplikasi Tik Tok menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
masyarakat. [4 markah]

i. Pengguna Tik Tok boleh jadi mangsa buli siber.


ii.Pengguna Tik Tok boleh menjadi mangsa kes serangan pedofilia/pencabulan
iii.
Maruah diri pengguna Tik Tok terjejas.
iv.Membina sikap narsisme berlebihan di kalangan pengguna Tik Tok
sehingga bertingkah laku aneh untuk kejar ‘like’.
v. Pengguna Tik Tok alami ketagihan dan banyak habiskan masa untuk buat tik tok.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 70

(d) Walaubagaimanapun, terdapat juga golongan yang berpendapat aplikasi Tik Tok mempunyai
kesan yang baik kepada warganet atau netizen. Nyatakan dua kebaikan aplikasi Tik Tok.
[2 markah]
i. Sumber hiburan dan boleh hilangkan tekanan pengguna Tik Tok.
ii. Pengguna Tik Tok dapat menonjolkan bakat diri.
iii. Pengguna Tik Tok boleh menjadi popular dan terkenal.
iv. Dapat bantu pengguna Tik Tok untuk mengembangkan perniagaan.

62 Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya ‘body shaming’ di negara kita.


Budaya memperkecilkan seseorang berdasarkan rupa fizikal atau
‘body shaming’ merupakan satu isu yang hangat diperkatakan masa
kini. Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menegaskan bahawa budaya
ini merupakan satu perkara yang sangat bahaya terutamanya apabila ia
sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat Malaysia sejak di
bangku sekolah lagi. Beliau rasa tiba masanya rakyat Malaysia bersatu
memberi tentangan hebat kepada mereka yang melakukan perkara ini.

(a) Selain nilai bertanggungjawab dan nilai rasional, nyatakan dua nilai yang harus diamalkan
oleh rakyat Malaysia untuk menangani isu ini. [2 markah]

i. Nilai harga diri


ii. Nilai hemah tinggi
iii. Nilai kesederhanaan
iv. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang

(b) Selain daripada menguatkuasakan undang-undang, terangkan dua peranan pihak kerajaan
dalam mengatasi isu ini. [4 markah]

i. Menanam nilai murni dan kesedaran sivik dalam diri pelajar sejak kecil lagi.
Hal ini dapat dilaksanakan menerusi pendidikan awal dalam subjek Pendidikan
Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam dan sebagainya.

ii. Mengadakan kempen kesedaran anti ‘body shaming’.


Melalui kempen ini, kerajaan perlu pupuk sikap masyarakat untuk menghormati
kelainan setiap orang.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 71

(c) Rakan anda menjadi mangsa budaya ‘body shaming’ ini. Nyatakan dua tindakan anda.
[2 markah]
i. Saya akan melaporkan kes rakan saya kepada guru disiplin.
ii. Saya akan memberi kata-kata semangat kepada rakan saya untuk mengatasi
masalah ini.
iii. Saya akan membawa rakan saya untuk berjumpa dengan guru kaunseling.

(d) Ramalkan dua kesan budaya ini terhadap si mangsa. [2 markah]

i. Mangsa stres dan alami gangguan emosi


ii. Mangsa kehilangan keyakinan diri
iii. Mangsa alami kemurungan
iv. Mangsa bunuh diri
v. Mangsa alami kecelaruan pemakanan

63 Gambar di bawah berkaitan dengan pelancaran program Ziarah Cakna.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam menyediakan Pendidikan


berkualiti kepada semua pelajar melalui inisiatif terbaharunya, iaitu pelancaran program Ziarah
Cakna di seluruh negara.

(a) Pada pendapat anda, apakah tujuan sebenar KPM melancarkan program Ziarah? [3 markah]

i. Bantu pihak sekolah berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan


murid-murid bersama ibu bapa atau penjaga mereka.
ii. Bantu pihak sekolah memahami latar belakang keluarga murid-murid.
iii. Bantu pihak sekolah bincangkan masalah disiplin murid dan
mencari jalan penyelesaian agar masalah tidak terus berulang.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 72

(b) Nyatakan empat tata cara yang perlu patuhi oleh pihak sekolah semasa melaksanakan
program ini. [4 markah]

i. Pihak sekolah perlu mendapatkan persetujuan lebih awal daripada ibu bapa atau
penjaga murid.
ii. Pihak sekolah perlu tentukan masa yang sesuai ketika ibu bapa atau penjaga
berada di rumah.
iii. Pihak sekolah lakukan ziarah pada masa lapang dan tidak melibatkan waktu
pengajaran dan pembelajaran. (Pdp)
iv. Pihak sekolah tidak menyusahkan ibu bapa atau penjaga murid seperti tidak perlu
sediakan makan minum.

(c) Ramalkan impak positif program ini dalam sistem pendidikan negara. [3 markah]

i. Dapat mewujudkan kesepakatan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.


ii. Dapat menggalakkan penyertaan ibu bapa secara aktif dalam aktiviti sekolah dan
memantapkan peranan PIBG.
iii. Dapat melahirkan warga pendidik yang miliki sifat kepedulian, bertanggungjawab
dan penyayang terhadap setiap perkara yang berkaitan degan muridnya.

64 Gambar di bawah menunjukkan bangunan bersejarah di Malaysia.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 73

(a) Namakan dua bangunan bersejarah tersebut. [2 markah]

i. Kubu Margherita, Sarawak


ii. Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
iii. Kota A Famosa, Melaka
iv. Fort Cornwallis, Pulau Pinang
v. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

(b) Wajarkah bangunan bersejarah dikekalkan? Berikan alasan anda. [4 markah]

Wajar. Alasan saya.


Bangunan bersejarah merupakan identiti negara yang harus dikekalkan.
Bangunan bersejarah adalah produk pelancongan iaitu destinasi daya tarikan
pelancong asing.
Bangunan bersejarah perlu dikekalkan supaya generasi muda dapat mengetahui
sejarah negara.

(c) Jelaskan satu peranan kerajaan dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah di negara kita. [2 markah]

Kerajaan perlu memperuntukkan bajet khas untuk memulihara bangunan


bersejarah.
Dengan sumber dana yang mencukupi, kerajaan dapat menaik taraf bangunan
bersejarah bagi menarik perhatian pelancong asing.

(d) Bagaimanakah rakyat Malaysia boleh turut melibatkan diri dalam usaha memelihara
bangunan bersejarah di negara kita? [2 markah]

i. Tidak melakukan aktiviti vandalisme ketika berkunjung ke bangunan bersejarah.


ii. Menjaga kebersihan apabila melawat bangunan bersejarah negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 74

65 Petikan yang berikut berkaitan dengan penggunaan kad kredit.

Penggunaan kad kredit semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat banyak
syarikat yang mengurus kad kredit seperti American Express, Visa dan Master Card. Menurut
Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit menjadi pemangkin kepada masalah
inflasi. Di samping itu, bilangan pengguna kad kredit akan bertambah pada masa akan datang.

(a) Pada pendapat anda, mengapakah penggunaan kad kredit dianggap penting pada masa kini?
[3 markah]

i. Keselamatan pengguna terjamin berbanding membawa wang tunai yang banyak


ketika beli belah.
ii. Mudah melakukan pembayaran terutamanya ketika pengguna membuat
pembayaran yang melibatkan pembelian atas talian.
iii. Pengguna boleh mendapat rebat dalam bentuk tunai atau baucar serta tawaran
hadiah yang menarik.

(b) Nyatakan tiga cara penggunaan kad kredit yang berhemah. [3 markah]

i. Pilih kad kredit yang menawarkan perkhidmatan yang menarik seperti rebat tunai
dan mata ganjaran.
ii. Gunakan kad kredit di waktu kecemasan dan jika berlaku perkara yang tidak
dijangka.
iii. Bayar hutang tepat pada masanya untuk elakkan caj bayaran lewat dan penalti.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 75

(c) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah muflis
dalam kalangan golongan muda akibat daripada beban hutang kad kredit. [3 markah]

i. Kerajaan adakan kempen kesedaran mengenai penggunaan kad kredit secara


berhemah.
ii. Kerajaan membuat ceramah mengenai cara pengurusan kewangan yang betul
dalam kalangan generasi muda negara.

(d) Namakan agensi kerajaan yang tawarkan khidmat nasihat percuma untuk membantu rakyat
Malaysia kawal beban hutang dan elakkan masalah muflis. [1 markah]

i. Jabatan Insolvensi Malaysia


ii. AKPK – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

66 Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan STEM di Malaysia.

Pendidikan STEM ialah pendidikan yang


bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
meletakkan pendidikan STEM sebagai salah satu
agenda penting dalam usaha transformasi pendidikan
bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi
cabaran abad ke-21 dan seterusnya melahirkan lebih
ramai pelajar kita yang bercita-cita menjadi seperti
Bill Gates dan Steve Job selepas ini.

(a) Terangkan satu nilai yang boleh dipupuk kepada para pelajar kita oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui pendidikan STEM. [3 markah]

Nilai kerajinan.
Para pelajar harus usaha berterusan untuk menguasai bidang STEM agar dapat hadapi
cabaran Revolusi Industri Keempat.
Para pelajar harus menjadi pencipta teknologi baharu dan bukan hanya bangga menjadi
pengguna teknologi baharu.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 76

(b) Jelaskan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan pendidikan STEM
secara berkesan di negara kita. [5 markah]

i. Meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan STEM.


ii. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan STEM.
iii.Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu.
iv. Melatih guru dan pembantu makmal sains dalam melaksanakan pendidikan
STEM.
v. Menambah baik prasarana sekolah iaitu kemas kini kemudahan makmal serta
peralatan pengajaran STEM di semua sekolah dalam negara.
vi. Terbitkan lebih banyak filem dan dokumentari berkisar STEM.

(c) Cadangkan dua aktiviti di luar bilik darjah yang dapat menyokong pendidikan STEM.
[2 markah]
i. Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi
ii. Karnival Sains dan Teknologi

67 Maklumat berikut berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah lanskap kehidupan


penduduk Malaysia. Kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan wabak
COVID-19. Seiring dengan PKP, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas
talian dengan menggunakan platform Google Meet, Zoom,
WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

(a) Huraikan nilai yang sepatutnya anda amalkan untuk memastikan anda tidak ketinggalan
dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran atas talian. [3 markah]

Nilai kerajinan.
Saya harus usaha secara berterusan untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian
kerana sekolah ditutup.
Saya harus tekun siapkan semua tugasan yang diamanatkan oleh guru ketika PKP agar
tidak ketinggalan dalam pelajaran saya.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 77

(b) Jelaskan empat cabaran atau kekangan pembelajaran atas talian di negara kita. [4 markah]

i. Capaian internet di rumah yang bermasalah.


ii. Ketiadaan kemudahan peranti atau gajet ketika pembelajaran atas talian.
iii. Persekitaran rumah kurang kondusif untuk belajar.
iv. Terdapat guru yang kurang mahir dengan aplikasi atas talian untuk sediakan
bahan mengajar yang lengkap dan menarik.

(c) Vijay sering ponteng kelas atas talian disebabkan leka dengan permainan atas talian setiap
malam. Bagaimanakah anda sebagai ibu Vijay dapat membantu menangani masalah anak
anda? [3 markah]

i. Menasihatinya secara baik agar dia tidak terus leka.


ii. Memantau pematuhan dia kepada jadual kelas atas talian yang diberi oleh pihak
sekolah.
iii. Menghadkan masa penggunaan gajet terutamanya pada hari minggu.

68 Berikut adalah kejayaan murid Malaysia di peringkat antarabangsa.

Enam orang murid mewakili Maktab Rendah Sains


Mara Pendang, MRSM Bentong dan MRSM Kuching
berjaya meraih kejayaan dalam Pertandingan Robotik
Peringkat Antarabangsa (International Robot
Olympiad (IRO) 2017 yang berlangsung di
Qinhuangdo, China pada 16 hingga 20 Disember
2017.

(a) Nyatakan perasaan anda apabila membaca berita di atas. Beri alasan anda. [2 markah]

Gembira / Bangga. Alasan saya.


Murid Malaysia telah memperolehi kejayaan di peringkat antarabangsa.
Nama negara harum di persada global.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 78

(b) Murid-murid MRSM yang telah meraih kejayaan ini telah mengamalkan nilai cinta akan
negara.

Jelaskan maksud nilai tersebut berdasarkan situasi ini. [2 markah]

Murid MRSM telah menunjukkan rasa bangga dengan mengharumkan nama negara.
Mereka telah mempamerkan daya kreativiti mereka untuk memenangi pertandingan
robotik berkenaan.

(c) Selain daripada nilai di atas, nyatakan dua nilai lain yang ditunjukkan oleh murid-murid
MRSM dalam mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. [2 markah]

i. Nilai kerajinan
ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara
iii. Nilai rasional
iv. Nilai bertanggungjawab

(d) Terangkan dua sikap yang boleh anda contohi daripada kejayaan murid-murid tersebut.
[2 markah]
i. Sikap berani mencuba
ii. Sikap tekun dan sungguh-sungguh untuk menempah kejayaan

(e) Sebagai seorang murid, nyatakan sumbangan anda untuk negara. [2 markah]

i. Saya akan belajar bersungguh-sungguh.


ii. Saya akan bekerja dan sumbangkan kepakaran dengan berkhidmat dalam negara
setelah tamat pengajian.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 79

69 Berikut adalah logo Kempen Beli Barangan Malaysia.

(a) Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk menjayakan kempen
tersebut. [4 markah]
i. Nilai cinta akan negara.
Rakyat Malaysia perlu bangga menggunakan produk tempatan.

ii. Nilai bertanggungjawab.


Rakyat Malaysia perlu laksanakan tugas menyokong dan membeli produk tempatan
sebagai warganegara.

(b) Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan padu untuk menjayakan kempen ini.
Nyatakan dua faedah yang kita perolehi jika beli barangan tempatan. [2 markah]

i. Kita dapat jimatkan perbelanjaan keluarga kerana barangan tempatan murah.


ii. Kita dapat menyemai semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
iii. Kita dapat perolehi barangan yang sama mutunya dengan barangan import.

(c) Berikan dua kebaikan kepada negara jika rakyat membeli barangan buatan Malaysia.
[2 markah]
i. Industri tempatan dalam negara akan berkembang pesat.
ii. Negara dapat menyekat pengaliran keluar mata wang tempatan.
iii. Pendapatan negara bertambah dan ekonomi negara akan membangun.

(d) Sekiranya anda adalah pengusaha barangan buatan Malaysia, bagaimanakah anda dapat
meningkatkan jualan barangan tersebut. [2 markah]

i. Saya perlu hasilkan barangan tempatan yang berkualiti tinggi setaraf dengan
barangan import.
ii. Saya perlu membuat promosi secara agresif.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 80

70 Gambar di bawah menunjukkan keunikan amalan majis rumah terbuka di Malaysia.

(a) Namakan amalan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat cina dalam gambar di atas.
[1 markah]
Yee Sang / makan besar.

(b) Huraikan satu nilai yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam gambar tersebut.
[3 markah]
Nilai toleransi.
Rakyat Malaysia sentiasa bertolak ansur dan cuba memahami adat kaum lain.
Rakyat Malaysia sedia bersosialisasi dengan kaum lain dan sama-sama raikan setiap
perayaan.

(c) Berikan dua kebaikan majlis rumah terbuka ketika perayaan di Malaysia. [2 markah]

i. Dapat fahami budaya dan adat resam kaum lain.


ii. Dapat eratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
iii. Dapat pupuk semangat bekerjasama untuk menjayakan sebarang program.

(d) Terangkan dua perlakuan yang harus dipraktikkan oleh tetamu ketika menghadiri majlis
rumah terbuka. [4 markah]

i. Berpakaian sopan ikut etika.


Dengan ini tetamu dapat elakkan perasaan tuan rumah tersinggung.

ii. Jaga adab ketika berinteraksi.


Tetamu harus sentiasa merendah diri dan bertutur dengan sopan santun.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 81

71 Maklumat berikut berkaitan dengan pencemaran sungai.

PASIR GUDANG.
Kadar pencemaran Sungai Kim Kim di sini, yang pernah menjadi punca pencemaran toksik
akibat pembuangan sisa kimia pada Mac lalu, didakwa terlalu tinggi sehingga mencecah 153
kali ganda daripada bacaan sepatutnya. Pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim pada 7
Mac lalu itu menjejaskan hampir 6 000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga 111 buah
sekolah di Pasir Gudang, di sini diarahkan ditutup untuk sementara waktu.
Sumber: Berita Harian 2019

(a) Selain nilai bertanggungjawab, huraikan nilai yang perlu diamalkan oleh pihak kilang yang
menyebabkan berlakunya pencemaran Sungai Kim Kim. [3 markah]

Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.


Pihak kilang perlu patuhi undang-undang yang melarang kilang membuang sisa toksik ke
dalam sungai.
Pihak kilang perlu sedar kegagalan mereka patuhi undang-undang boleh menyebabkan
mereka didenda, dikenakan hukuman penjara dan kilang akan diarahkan ditutup.

(b) Jelaskan kesan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk yang menetap di sekitar kawasan
tersebut. [3 markah]

i. Kesihatan penduduk akan terjejas.


ii. Boleh menyebabkan kematian.
iii. Menjejaskan aktiviti harian penduduk.
iv. Proses pembelajaran pelajar terjejas akibat sekolah diarahkan ditutup.

(c) Apakah akta yang berkaitan dalam kes pencemaran ini. [1 markah]

Akta Kualiti Alam Sekitar

(d) Andaikan anda majikan salah sebuah kilang di sana, apakah tindakan yang akan anda
lakukan untuk mengelakkan kejadian seperti ini tidak berulang? [3 markah]

i. Membina tapak pelupusan sisa di kawasan yang jauh dari sungai utama.
ii. Pastikan tiada kawasan perumahan, sekolah, hospital berhampiran dengan tapak
pelupusan sisa.
iii. Merawat sisa kilang sebelum dilepaskan ke sungai.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 82

72 Gambar berikut berkaitan dengan gejala buli siber.


Buli Siber merupakan perbuatan mengancam,
memalukan atau menakutkan seseorang
melalui medium elektronik seperti mesej
teks(SMS), chatting, e-mel, laman web sosial,
telefon bimbit atau permainan internet. Kajian
menunjukkan 1 daripada 3 golongan muda
telah menjadi mangsa buli siber dan hamper
tiga suku mereka berkata rangkaian sosial
seperti Facebook, Twitter, Instagram dan
sebagainya adalah tempat paling biasa untuk
membuli secara online.
(a) Terangkan nilai yang harus diamalkan oleh pembuli siber. [2 markah]

Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.


Pembuli siber perlu patuhi undang-undang siber yang melarang amalan buli siber.

(b) Berikan dua jenis buli siber. [2 markah]

i. Menghantar mesej mengganggu atau mengancam.


ii. Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
iii. Menghantar gambar, mesej atau video berunsur seksual.
iv. Menyalahgunakan kata laluan, nama skrin dan menyamar sebagai orang lain.

(c) Tindakan undang-undang wajar dikenakan ke atas pembuli siber. Jelaskan. [3 markah]

Kerana amalan buli siber adalah perbuatan yang salah disisi undang-undang.
Tindakan pembuli siber boleh menimbulkan stres atau tekanan kepada mangsa buli.
Mangsa buli boleh alami kemurungan atau gangguan emosi.
Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 83

(d) Anda telah lewat untuk menghadiri ujian kelas piano anda pada pukul 10.00 pagi. Jam telah
menunjukkan pukul 9.30 pagi. Sekiranya anda gagal menghadiri ujian tersebut, anda
terpaksa menduduki semula ujian tersebut pada tempoh enam bulan akan datang. Sedang
anda bersiap sedia untuk bertolak ke tempat ujian tersebut, rakan anda Jessie menelefon
anda untuk berjumpa dengan anda bagi berkongsi masalahnya yang dimalukan di media
sosial oleh rakannya. Jessie memberitahu dia tiada tempat untuk mengadu masalahnya dan
nekad untuk membunuh diri jika tidak dapat berjumpa dengan anda.

Apakah yang perlu anda lakukan?

Jelaskan. [3 markah]

Berjumpa dengan Jessie.


Saya bersimpati dengan rakan saya Jessie.
Saya perlu utamakan keselamatan nyawa rakan saya.

ATAU

Hadir ujian kelas piano.


Saya takut akan dimarahi oleh ibu bapa dan guru piano.
Saya terpaksa buat bayaran lebih dan bazir masa enam bulan jika ingin menduduki semula
ujian.

73 Maklumat berikut berkaitan dengan kes penyeludupan dadah.


Dua pekerja sebuah syarikat penerbangan Malaysia adalah antara lapan orang yang ditangkap
kerana mempunyai hubungan dengan seorang sindiket jenayah yang menyeludup masuk
heroin dan methamphetamine ke Australia. Antara yang ditahan ialah seorang kru kabin
wanita dan seorang kakitangan syarikat penerbangan lain yang didakwa membawa dadah itu
bersama-sama mereka sebagai sebahagian daripada penglibatan sindiket jenayah terancang
Vietnam yang berpengkalan di Melbourne, Australia.
Sumber: Bernama News 16 Januari 2019

(a) Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pekerja syarikat penerbangan tersebut.
[4 markah]
i. Nilai bertanggungjawab.
Pekerja harus laksanakan tugas dengan baik serta menjaga imej syarikat
penerbangannya.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 84

ii. Nilai rasional.


Pekerja boleh fikir kesan buruk mengedar dadah di mana hukuman mati mandatori
menanti jika didapati bersalah.

(b) Jelaskan punca yang mendorong kepada berlaku kes penyeludupan tersebut. [3 markah]

i. Kekurangan didikan agama dan moral.


ii. Terdapat permintaan yang tinggi terhadap dadah dalam pasaran.
iii. Sikap tamak dan ingin menjadi kaya dengan cepat.
iv. Mudah percaya orang yang baru dikenali yang janjikan pendapatan luar biasa.

(c) Pengedar dadah, kebanyakannya berperanan sebagai ‘keldai dadah’ merupakan 50.4 peratus
daripada 1 560 kes melibatkan rakyat Malaysia yang ditangkap di luar negara sejak 1991
hingga sekarang. Timbalan Menteri Luar berkata pengedaran dadah adalah masalah serius
dalam kalangan rakyat Malaysia dengan 785 kes sepanjang tempoh itu. Menurut beliau,
Malaysia harus menghormati undang-undang negara lain, namun mangsa atau keluarganya
boleh mendapatkan bantuan daripada misi Wisma Putra di luar negara bagi tujuan memohon
pengampunan khususnya hukuman mati.

Patutkah kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan pengampunan untuk mangsa tersebut?

Beri alasan anda. [3 markah]

Patut. Alasan saya.


Mereka mungkin ditipu oleh sindiket dadah.
Mereka warganegara Malaysia dan kerajaan mementingkan nyawa setiap warganegaranya.

ATAU

Tidak patut. Alasan saya.


Kerajaan memandang serius terhadap isu dadah kerana ia bawa implikasi buruk kepada
masyarakat dan negara.
Kerajaan percaya hukuman mati dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya
sentiasa berwaspada dan tidak terlibat dalam isu dadah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 85

74 Gambar di bawah adalah mengenai Larangan Merokok di tempat makan.

(a) Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh perokok dalam situasi ini.
[4 markah]
i. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Perokok harus patuhi peraturan baharu ini dan berhenti merokok di tempat
makan.

ii. Nilai rasional.


Perokok boleh berfikir tentang implikasi jika mengingkari peraturan di mana
boleh dikenakan kompaun.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 86

(b) Ketika anda ingin memasuki sebuah restoran, anda ternampak situasi dalam gambar di
bawah ini.

Huraikan tindakan anda. [3 markah]

Saya akan rakam kesalahan individu-individu tersebut untuk diserahkan kepada


pihak berkuasa melalui whatsapp atau telegram.
Saya akan beri informasi seperti nama restoran, lokasi, waktu dan tarikh kesalahan
dirakam kepada pihak berkuasa.
Pesalah akan dikenakan denda agar insaf dan tidak ulangi kesalahan yang sama.

(c) Kerajaan Malaysia begitu tegas dalam melaksanakan tugas mereka untuk membanteras
tabiat merokok di tempat awam khususnya dalam premis makanan.

Mengapakah kerajaan bertindak demikian?

Beri hujah anda. [3 markah]

Kerajaan prihatin dan ingin memelihara kesihatan rakyat secara keseluruhannya.


Kerajaan ingin mewujudkan persekitaran tempat awam yang sihat dan selamat.
Kerajaan ingin mewujudkan perasaan hormat-menghormati sesama individu di
kalangan perokok dengan bukan perokok.
Kerajaan ingin tingkatkan kesedaran di kalangan rakyat berkaitan dengan amalan
gaya hidup sihat.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 87

75 Maklumat berikut berkaitan dengan golongan kelainan upaya dan kejayaan mereka.

Lee Thiam Wah Mohd Sukur Ibrahim


Pemilik Pemilik
lebih 1000 cawangan Syarikat D Strike
99 Speedmart Solution Sdn. Bhd

(a) Kedua-dua tokoh kelainan upaya di atas mengamalkan nilai bertanggungjawab dan rasional.
Jelaskan dua nilai lain yang diamalkan oleh mereka. [4 markah]

i. Nilai kerajinan.
Mereka usaha berterusan dan tabah hadapi rintangan untuk mencapai kejayaan.

ii. Nilai harga diri.


Mereka jaga maruah diri OKU dengan membuktikan bahawa mereka juga mampu
berjaya dalam kehidupan.

(b) Terangkan tiga pengajaran yang boleh anda contohi daripada kejayaan mereka. [3 markah]

i. Saya akan contohi sikap mereka yang tidak gentar untuk hadapi pelbagai dugaan
Untuk maju dalam hidup.
ii. Saya akan contohi usaha berterusan mereka untuk meningkatkan taraf hidup
mereka.
iii. Saya akan contohi sikap mereka yang tidak mudah putus asa walaupun mereka
dilahirkan dengan kekurangan keupayaan fizikal dan mental.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 88

(c) Gambar di bawah menunjukkan penyalahgunaan kemudahan OKU oleh orang awam yang
normal.

Jelaskan tiga usaha kerajaan dalam menangani isu di atas. [3 markah]

i. Kerajaan perlu kuatkuasa undang-undang ketat supaya orang awam


normal berkenaan diheret ke muka pengadilan dan didakwa.
ii. Kerajaan perlu mengenakan kompaun tinggi ke atas orang awam yang
bersalah.
iii. Kerajaan juga perlu teruskan kempen kesedaran dengan bawa mesej
bertimbang rasa dan hormati hak OKU khususnya di kalangan generasi
muda.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 89

76 Gambar yang berikut menunjukkan nasib gelandangan di ibu kota.

(a) Jelaskan perasaan anda apabila melihat nasib gelandangan ini. [2 markah]

Sedih.
Masih ada manusia yang hidup dalam keadaan demikian di negara kita yang sedang
rancak membangun.

(b) Jelaskan empat kesan golongan gelandangan ini kepada negara. [4 markah]

i. Menjejaskan imej negara dengan menyumbang terhadap masalah kebersihan


bandaraya dan ini kurang elok jika dilihat oleh pelancong asing.
ii. Menganggu keselesaan orang awam dengan meminta sedekah di hadapan
kompleks beli belah dan tepi-tepi jalan.
iii. Menimbulkan masalah sosial kerana kebanyakan gelandangan akan tertagih pada
dadah dan juga minuman arak.
iv. Menyebarkan penyakit berjangkit kerana mereka hidup dalam persekitaran yang
tidak bersih.

(c) Nyatakan peranan pihak berikut dalam membantu mengubah nasib gelandangan.

i. Masyarakat [2 markah]

Melaporkan kepada pihak berkuasa (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sekiranya


terdapat kes orang gelandangan menganggu keselesaan awam.
Menyertai dan menjayakan kempen kesedaran anjuran kerajaan dan NGO untuk
ubah nasib golongan gelandangan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 90

ii. Kerajaan [2 markah]

Buat rondaan di tempat tumpuan dan menangkap mereka bagi menempatkan


mereka di tempat yang lebih selamat seperti Pusat Penginapan Sementara
Gelandangan.
Perlu menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai kepada golongan gelandangan.

77 Yang berikut berkaitan dengan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.

(a) Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) diperkenalkan pada tahun 1986.
Pada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP di peringkat sekolah rendah. Namun, pada
tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meneliti semula pelaksanaannya dan
mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah
menengah.

Nyatakan empat objektif pelaksanaan RIMUP. [4 markah]

i. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum.


ii. Menggalakkan penyertaan bersama masyarakat setempat, para guru dan murid
serta warga sekolah dalam sebarang program khas kemasyarakatan.
iii. Mewujudkan amalan bekerjasama, tolong-menolong dalam suasana muhibah
secara sedar dan terancang.
iv. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran secara bersama untuk
menjayakan program khas anjuran kerajaan dan NGO.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 91

(b) Nyatakan dua aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah berdasarkan program
RIMUP. [2 markah]

i. Aktiviti sukan rakyat atau permainan tradisional pelbagai kaum.


ii. Aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti tarian tradisional pelbagai kaum.
iii. Aktiviti sambutan perayaan utama pelbagai kaum di peringkat sekolah.

(c) Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh anda bagi menjayakan program RIMUP yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. [4 markah]

i. Nilai bertanggungjawab.
Saya harus laksanakan tugas dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong
perdana anjuran sekolah.

ii. Nilai saling membantu dan bekerjasama.


Saya harus belajar melakukan semua aktiviti secara bersama dengan rakan-rakan
pelbagai kaum misalnya ketika menceriakan kelas semasa bulan kemerdekaan.

78 Keratan akhbar berikut berkaitan masalah kesihatan mental.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 92

(a) Mengapakah remaja masa kini cenderung mengalami gangguan mental? [2 markah]

i. Gaya hidup tidak sihat seperti minum arak dan menghisap dadah.
ii. Masalah peribadi atau masalah keluarga yang kritikal.
iii. Kegagalan dalam percintaan.
iv. Kegagalan dalam peperiksaan.
v. Kematian dan kehilangan awal ahli keluarga atau rakan yang terdekat.
vi. Menjadi mangsa penderaan atau buli secara teruk.

(b) Berikan dua ciri remaja yang mengalami gangguan mental. [2 markah]

i. Sentiasa sedih dan menangis.


ii. Mudah rasa bersalah.
iii. Sering menyendiri / tidak suka bergaul / cuba jauhkan diri daripada sahabat
iv. Cepat marah / perubahan angin secara tiba-tiba
v. Kemerosotan luar biasa dalam kebolehan di sekolah seperti prestasi akademik
jatuh, pencapaian sukan menjunam, gagal hadir ke sekolah dan sebagainya.

(c) Anda mendapati Ah Chong rakan baik anda menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
Berdasarkan satu nilai murni, cadangkan tindakan anda untuk membantu Ah Chong.
[3 markah]
Nilai bertanggungjawab.
Saya akan memaklumkan kepada kaunselor sekolah.
Saya rasa kaunselor adalah individu yang berkelayakan di sekolah untuk mengatasi masalah
kemurungan rakan saya.

(d) Jelaskan peranan pihak berikut untuk menghindari tekanan mental dalam kalangan remaja.

i. Ibu bapa [1 markah]

Sentiasa meluangkan masa bersama anak remaja mereka.


Mengambil berat dan mendengar luahan dan masalah anak remaja mereka.
Memberi kasih sayang sepenuhnya serta didikan agama yang sewajarnya.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 93

ii. Sekolah [1 markah]

Kaunselor sekolah perlu mengadakan ujian tahap kesihatan mental.


Kaunselor sekolah perlu kenal pasti pelajar-pelajar yang menunjukkan
tanda-tanda gangguan mental.
Kaunselor sekolah membuat sesi kaunseling dengan memberi nasihat serta
bimbingan.

iii. Kerajaan [1 markah]

Kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran tentang Kesihatan Mental untuk


rakyat jelata.
Kerajaan perlu menyediakan bekalan guru kaunselor yang terlatih di setiap
sekolah.

79 Maklumat berikut berkaitan dengan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) di Malaysia.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,


mewajibkan mana-mana pihak
pemaju yang ingin menjalankan
sebarang projek atau aktiviti
pembangunan harus menyediakan
dan mengemukakan laporan
Penilaian Kesan Alam Sekitar
(PKAS) kepada Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk
diluluskan.

(a) Terangkan maksud Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS). [2 markah]

PKAS ialah satu kajian teratur untuk mengenalpasti dan memberi maklumat tentang kesan
sesuatu projek pembangunan kepada alam sekitar sebelum projek tersebut diluluskan dan
dilaksanakan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 94

(b) Anda bersetuju bahawa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) ini penting untuk
dilaksanakan. Berikan dua kepentingan penyediaan laporan ini. [2 markah]

i. Membantu pihak berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu projek


pembangunan boleh diteruskan atau sebaliknya.
ii. Untuk pastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan kaedah yang lebih
mesra alam.
iii. Untuk mengelakkan kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat,
banjir lumpur dan sebagainya menimpa ekoran perlaksanaan projek
pembangunan tersebut.
iv. Untuk memastikan projek pembangunan yang dilaksanakan membawa kerosakan
minimum terhadap alam iaitu flora serta fauna dan penduduk setempat.
v. Untuk meminimumkan kos membaik pulih kerosakan alam sekitar selepas
perlaksanaan projek berkenaan.

(c) Nyatakan dua tindakan yang patut diambil terhadap pihak pemaju yang enggan melakukan
Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) sebelum memulakan sesuatu projek. [2 markah]

i. Didenda
ii. Lesen digantung
iii. Dipenjara
iv. Projek berkenaan dihentikan serta merta.

(d) Ramalkan dua kesan terhadap alam sekitar sekiranya pemaju projek di kawasan tanah tinggi
gagal mematuhi syarat PKAS. [2 markah]

i. Tanah runtuh
ii. Banjir kilat
iii. Hakisan tanah
iv. Kemusnahan kawasan tadahan air

(e) Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh pemaju projek di kawasan tanah tinggi.
[2 markah]
i. Nilai rasional.
ii. Nilai bertanggungjawab.
iii. Nilai kemapanan alam sekitar.
iv. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
v. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
vi. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.
vii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 95

80 Berikut merupakan maklumat berkenaan dengan aktiviti tebus guna tanah di Malaysia.

Tebus guna tanah merupakan satu aktiviti menjadikan


tanah yang terbiar kepada tanah yang produktif supaya
tidak membazirkan sumber-sumber yang ada. Tebus
guna tanah dilihat sebagai satu alternatif untuk menukar
sesebuah kawasan terbiar kepada penempatan baharu
yang lebih produktif dan bernilai sama ada sebagai
kawasan pertanian, perindustrian, rekreasi dan
sebagainya.

(a) Pada pandangan anda, adakah aktiviti tebus guna tanah ini wajar dilaksanakan?
Jelaskan jawapan anda berdasarkan nilai murni yang dipelajari. [4 markah]

Wajar.

Nilai rasional.
Nilai bertanggungjawab.
Nilai kemapanan alam sekitar.
Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.

Tanah terbiar dapat digunakan secara produktif.


Dapat meningkatkan daya pengeluaran hasil pertanian negara.
Dapat mewujudkan kawasan penempatan baharu selaras dengan peningkatan
bilangan penduduk negara.
Dapat mewujudkan pusat rekreasi baharu.
Dapat membuka peluang pekerjaan baharu.

ATAU

Tidak wajar.

Nilai rasional.
Nilai bertanggungjawab.
Nilai kemapanan alam sekitar.
Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 96

Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.


Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.

Boleh akibatkan kemusnahan alam sekitar.


Boleh menyebabkan gangguan ekologi.
Boleh menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.
Boleh menyebabkan pencemaran udara, air dan bunyi.

(b) Aktiviti perlombongan merupakan antara industri terawal yang memberi sumbangan kepada
ekonomi negara. Contohnya, perlombongan bijih timah, bijih besi, emas dan tembaga.
Walaubagaimanapun, peredaran masa telah menyebabkan bahan-bahan logam tersebut
semakin berkurangan dan banyak kawasan lombong ditutup. Kini, bekas lombong
menjanjikan pulangan ekonomi yang lumayan setelah ditebus guna semula.

Nyatakan dua contoh hasil daripada tebus guna bekas lombong. [2 markah]

i. Menjadi tapak perindustrian.


ii. Menjadi kawasan perumahan.
iii. Menjadi kawasan rekreasi seperti padang golf dan taman tema.
iv. Menjadi kawasan pertanian yang ditanam limau barli.
v. Menjadi kawasan akuakultur bagi menternak ikan air tawar dan udang harimau.
vi. Menghasilkan bahan seramik seperti pinggan mangkuk.

(c) Selain kawasan bekas lombong, namakan dua kawasan lain yang boleh ditebus guna.
[2 markah]
i. Tanah paya
ii. Persisiran pantai atau pinggir laut

(d) Jelaskan dua langkah yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan tebus guna tanah di
sesebuah kawasan. [2 markah]

i. Mendapatkan kelulusan kerajaan negeri.


ii. Mendapatkan kelulusan Kajian Kesan Alam Sekitar (PKAS).

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 97

81 Maklumat berikut berkaitan dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap mata
pelajaran Pendidikan Moral.
Sebagai syarat mendapat sijil Pendidikan Moral di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
semua murid Pendidikan Moral wajib melaksanakan projek kerja amal dan membuat laporan
lengkap mengenainya.

(a) Bagi memenuhi syarat di atas, guru Pendidikan Moral mencadangkan agar kelas anda
mengadakan lawatan ke rumah warga tua di kawasan berhampiran.

Terangkan dua nilai yang dapaat diterapkan kepada murid melalui lawatan ini. [4 markah]

i. Nilai bertanggungjawab
Murid dapat laksanakan kewajipan jaga ibu bapa mereka apabila tua dan uzur.

ii. Nilai rasional


Murid boleh berfikir tentang kesusahan yang dialami oleh warga tua yang terabai dan
mereka akan pastikan diri mereka tidak lakukan perkara yang sama pada masa depan.

(b) Cadangkan tiga aktiviti yang boleh anda dan rakan-rakan laksanakan semasa lawatan
tersebut. [3 markah]

i. Gotong-royong membersihkan rumah warga tua.


ii. Menyediakan makanan dan menyuap makanan.
iii. Berbual-bual dengan warga tua.
iv. Menganjurkan sukaneka atau permainan dalaman yang mudah.

(c) Warga tua merupakan golongan yang perlu dihargai dan dijaga sepanjang masa.
Sebutkan tiga kepentingan warga tua kepada negara. [3 markah]

i. Dapat memberi idea yang bernas kepada pembangunan negara.


ii. Menjadi tempat rujukan warga muda negara apabila hadapi masalah.
iii. Boleh mendapatkan bahan sumber sejarah negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 98

82 COVID-19 ialah sejenis virus berjangkit yang menyebabkan banyak komplikasi kesihatan
seperti kegagalan sistem pernafasan, kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan
kematian.

(a) Namakan dua simptom yang ada pada seseorang yang telah dijangkiti virus ini. [2 markah]

i. Demam
ii. Batuk
iii. Kesukaran bernafas / sesak nafas
iv. Sakit otot
v. Keletihan

(b) Nyatakan empat langkah melindungi diri anda daripada jangkitan Covid-19. [4 markah]

i. Kerap cuci tangan guna sabun atau hand sanitizer


ii. Amalkan penjarakan sosial
iii. Guna pelitup muka
iv. Elak tempat yang sesak
v. Elak tempat sempit dan tertutup
vi. Elak bersembang dekat-dekat
vii. Patuhi SOP
viii. Amalkan norma baharu

(c) Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam
yang sesak dan di dalam pengangkutan awam. Sekiranya rakyat ingkar maka pihak berkuasa
akan mengenakan kompaun sebanyak RM 1000.

Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam situasi ini.
[4 markah]
i. Nilai rasional.
Rakyat Malaysia boleh fikir kepentingan memakai pelitup muka.

ii. Nilai bertanggungjawab.


Rakyat Malaysia harus laksanakan kewajipan perangi Covid-19 dengan amalkan norma
baharu yang ditetapkan oleh kerajaan.

iii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.


Rakyat Malaysia harus mematuhi SOP pemakaian pelitup muka bagi elakkan didenda.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 99

83 Keratan akhbar di bawah adalah berkaitan kes pemandu mabuk yang hangat diperkatakan sejak
kebelakangan ini.

(a) Apakah perasaan anda apabila membaca keratan berita di atas? Berikan alasan anda.
[2 markah]
Sedih. Alasan saya.
Orang yang tidak bersalah menjadi mangsa pemandu mabuk.

(b) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan seseorang itu mengambil alkohol tanpa kawalan.
[3 markah]
i. Pengaruh rakan sebaya
ii. Hilangkan tekanan jiwa
iii. Krisis dalam keluarga

(c) Setujukah anda dengan tindakan pihak polis yang melancarkan Ops Mabuk di setiap negeri?
Berikan alasan anda berdasarkan nilai murni yang dipelajari. [3 markah]

Setuju. Alasan saya.


Nilai rasional.
Individu yang bersalah perlu diberi pengajaran agar tidak mengulangi lagi perbuatan yang
sama.

(d) Jelaskan cara berkesan untuk mengurangkan kes-kes pemandu mabuk yang boleh
mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. [2 markah]

i. Kuatkuasakan undang-undang.
ii. Menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
iii. Mengadakan kempen kesedaran elakkan memandu dalam keadaan mabuk.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 100

84 Maklumat berikut berkaitan dengan berita-berita palsu.

(a) Anda telah menerima satu mesej tular berkaitan keselamatan negara yang anda tidak pasti
kesahihannya. Jelaskan tindakan yang perlu anda ambil untuk menangani isu tersebut.
[4 markah]
i. Saya akan memastikan kesahihan berita yang diterima dahulu.
ii. Saya tidak akan berkongsi berita tersebut selagi tidak tahu akan kesahihannya.
iii. Bertanya kepada ibu bapa atau penjaga tentang kebenarannya.
iv. Melayari portal sebenarnya.my.

(b) Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pengguna siber yang sering menularkan
berita palsu. [2 markah]

i. Nilai rasional.
ii. Nilai bertangungjawab.
iii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
iv. Nilai kebebasan bersuara.

(c) Berikan dua kesan sekiranya berita palsu tersebar dalam kalangan masyarakat. [2 markah]

i. Boleh memecah belahkan masyarakat.


ii. Boleh menjatuhkan imej individu, organisasi atau negara.
iii. Masyarakat hidup dalam ketakutan, kebimbangan dan rasa terancam.

(d) Nyatakan kementerian yang bertanggungjawab dengan isu-isu alam siber di negara kita.
[1 markah]
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

(e) Apakah rumusan yang boleh anda buat mengenai isu berita palsu. [1 markah]

Masyarakat Malaysia harus menyemak berita yang ditularkan agar kebenarannya


dapat ditentukan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 101

85 Gambar yang berikut adalah berkaitan dengan jenayah ragut.

Peristiwa kematian beberapa orang wanita kerana bergelut dengan peragut telah menyedarkan
masyarakat bahawa jenayah ragut merupakan jenayah yang harus diberi perhatian yang serius,
khususnya kepada kaum wanita.

(a) Terangkan tindakan yang patut anda lakukan sekiranya anda berhadapan dengan situasi
seperti gambar di atas. Berikan alasan anda. [3 markah]

Saya tidak melawan dan melepaskan beg tangan saya. Alasan saya.
Saya tidak mahu mencederakan diri saya bergelut dengan peragut.
Saya rasa nyawa lebih berharga daripada wang ringgit dan harta benda.

(b) Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh kaum
wanita untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut? [5 markah]

i. Amalan sikap sederhana dan tidak menayangkan kemewahan di khalayak awam.


ii. Mempelajari asas seni mempertahankan diri.
iii. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati tidak kira tempat dan masa.
iv. Perlu belajar cara mengendong beg yang betul ketika berjalan di kaki lima.
v. Elakkan diri daripada berjalan di tempat yang sunyi.

(c) Senaraikan dua tindakan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan
jenayah ragut di Malaysia. [2 markah]

i. Kerajaan anjurkan kempen kesedaran melalui pengiklanan di media massa


mengenai cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut.
ii. Kerajaan kuatkuasa undang-undang lebih ketat seperti denda, penjara dan
sebatan maksimum kepada peragut.
iii. Kerajaan harus tingkatkan rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan berisiko
tinggi seperti kawasan bandar.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 102

86 Maklumat berikut berkaitan dengan Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan di negara kita.

(a) Nyatakan satu nilai yang ingin diterapkan melalui kempen di atas. [1 markah]

Nilai hemah tinggi.

(b) Nyatakan dua kebaikan kempen ini. [2 markah]

i. Dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.


ii. Dapat mengurangkan masalah sosial dan kes jenayah.
iii. Dapat memberi imej baik kepada pelancong asing.

(c) Huraikan dua peranan ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang berbudi bahasa.
[4 markah]
i. Ibu bapa perlu menjadi contoh dan teladan baik.
Amalan budi bahasa tinggi oleh ibu bapa di rumah mudah diikuti oleh anak-anak
mereka.

ii. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak menghormati orang yang lebih tua sejak kecil
lagi.
Misalnya, anak-anak diajar bagaimana untuk memberi salam kepada orang tua.

(d) Ramalkan kesan terhadap masyarakat sekiranya generasi muda hari ini tidak mengamalkan
budi bahasa dalam kehidupan seharian. [3 markah]

i. Masyarakat tidak amalkan budaya hormat-menghormati orang tua.


ii. Masyarakat akan gunakan kata-kata kesat dan lucah dalam perbualan harian.
iii. Kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 103

87 Gambar di bawah berkaitan dengan slogan ‘Malaysia Boleh’ yang selalu bermain dibibir rakyat
Malaysia.

(a) Selain daripada nilai berkaitan dengan perkembangan diri, nyatakan dua nilai yang
diamalkan oleh rakyat Malaysia melalui slogan di atas. [2 markah]

i. Nilai cinta akan negara.


ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara.
iii. Nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara.

(b) Huraikan kepentingan slogan ini di atas kepada rakyat Malaysia. [4 markah]

i. Memberi semangat kepada rakyat Malaysia bahawa kita mampu untuk


melakukannya.
Dalam semua bidang, kita mampu meraih kejayaan jika kita berusaha sedaya upaya
demi negara.

ii. Menyuntik sikap berani mencuba dan tidak gentar hadapi cabaran.
Slogan ini bantu rakyat Malaysia tawan Everest puncak dunia, tawan Selat Inggeris dan
sebagainya.

(c) Berikut adalah gambar atlet-atlet tempatan yang telah berjaya mengharumkan nama negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 104

Namakan dua atlet tersebut. [2 markah]

i. Nicol David
ii. Pandelela Rinong
iii. Farah Ann
iv. Lee Chong Wei
v. Azizul Hasni Awang

(d) Nyatakan dua cara anda boleh mengharumkan nama negara. [2 markah]

i. Mewakili negara dalam aktiviti sukan di peringkat antarabangsa.


ii. Menghasilkan ciptaan dan rekaan baru dan mendapat pengiktirafan
antarabangsa.
iii. Menyertai aktiviti mencabar seperti mendaki gunung tertinggi di dunia.
iv. Menyertai program pertukaran pelajar antara negara.

88 Maklumat berikut adalah mengenai penggunaan dron.

Pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron semakin


popular dan kerap digunakan dalam kehidupan
harian. Peralatan canggih ini yang pada asalnya
dicipta bagi kegunaan ketenteraan dan seterusnya
berkembang kepada kegunaan orang awam sebagai
hobi dan rekreasi serta komersil terutama dalam
merakam panorama dari sudut tinggi (high angel). Di
Malaysia, dron bermula sebagai aktiviti sukan bagi
mengisi masa lapang dan kini dron digunakan dalam
kegiatan harian.

(a) Selain dari nilai dalam bidang perkembangan diri, huraikan satu nilai yang perlu diamalkan
oleh pengguna dron. [3 markah]

Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.


Pengguna dron perlu patuhi peraturan dan tidak menyalahgunakan dron seperti
terbangkannya di zon larangan terbang.
Sebaliknya, mereka harus gunakan dron secara berhemah untuk menambah sumber
pendapatan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 105

(b) Jelaskan bagaimana dron membantu manusia membuat sesuatu kerja serta membantu
menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang berikut.

i. Pertanian [1 markah]

Semburan racun serangga dan baja.


Proses pembenihan.
Pemantauan tanaman.

ii. Kewartawanan [1 markah]

Merakam gambar dan rakaman video.


Dapat buat liputan berita di kawasan bencana secara menyeluruh.

iii. Mencari dan menyelamat [1 markah]

Bantuan memadamkan kebakaran.


Membawa bekalan perubatan ke kawasan bencana.
Bantu polis kesan penjenayah dengan mudah dan pantas.
Dapat kendalian operasi di kawasan yang sukar.

(c) Penggunaan dron di kawasan pengkalan tentera dan kawasan lapangan terbang adalah
dilarang kerana melibatkan faktor keselamatan. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh
dikenakan tindakan.

Patutkah peraturan ini diwujudkan? Beri alasan anda. [2 markah]

Patut. Alasan saya.


Kerana ia boleh membahayakan operasi penerbangan dan boleh akibatkan nahas udara.
Kerana ia akan membongkarkan pemetaan kawasan strategik negara dan gugat kedaulatan
negara.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 106

(d) Alia meminati seni fotografi. Pada setiap hujung minggu dia akan bersama-sama kumpulan
peminat seni fotografi akan mengambil gambar-gambar yang menarik. Alia bercadang untuk
menggunakan dron bagi mengambil gambar dari sudut tinggi supaya gambar yang diambil
lebih menakjubkan. Alia berhasrat untuk membeli dron tetapi dibantah oleh ibunya.
Sekiranya anda adalah ibu Alia, bagaimanakah anda akan menasihati Alia. [2 markah]

Saya akan terangkan kos pembelian dron mahal.


Saya akan terangkan prosedur rumit yang perlu dipatuhi iaitu ikut dan lulus Kursus
Latihan Operator Dron dan seterusnya perlu dapat lesen penerbangan Dron.
Setelah itu, pengguna Dron perlu didaftarkan di Jabatan Penerbangan Awam
Malaysia.

89 Petikan akhbar berikut adalah tentang kejayaan pihak kastam menumpaskan penyeludupan
dadah.

Kastam Diraja Malaysia Berjaya Tumpaskan Penyeludupan Dadah

RANTAU PANJANG, 5 Mac – Cubaan menyeludupan 33.3 kilogram dadah jenis ketamin
bernilai hamper RM 2.5 juta berjaya ditumpaskan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di
pintu masuk sempadan Thailand-Malaysia di sini semalam.
Sumber : Berita Harian

(a) Nyatakan dua bahan lain yang biasa diseludup. [2 markah]

i. Senjata api
ii. Produk subsidi – Petrol/Diesel/Gula/Minyak Masak/Tepung Gandum
iii. Manusia – Organ manusia
iv. Rokok
v. Mercun
vi. Hidupan liar

(b) Kemukakan dua kesan negatif terhadap negara sekiranya penyeludupan dadah tidak
dibendung. [2 markah]

i. Peningkatan kes penyalahgunaan dadah.


ii. Peningkatan kes kecurian.
iii. Imej negara tercemar.
iv. Ekonomi negara hancur.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 107

(c) Terangkan tiga cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat bagi membendung kegiatan penyeludupan ini. [3 markah]

i. Melancarkan kempen kesedaran anti penyeludupan.


ii. Mengedarkan risalah dan maklumat tentang implikasi penyeludupan melalui
media sosial.
iii. Membuat ceramah di peringkat sekolah untuk mendidik generasi muda.

(d) Sebagai seorang murid, terangkan tindakan yang akan anda lakukan jika ternampak kegiatan
penyeludupan di kawasan anda. [2 markah]

Saya akan membuat rakaman menerusi telefon bimbit saya sebagai bahan bukti.
Selepas itu, saya akan kemukakan bahan bukti tersebut dan membuat laporan rasmi.

(e) Namakan satu akta yang berkaitan dadah. [1 markah]

Akta Dadah Berbahaya.

90 Gambar berikut menunjukkan pembuangan bahan-bahan sisa pertanian.

(a) Nyatakan dua contoh bahan sisa pertanian. [2 markah]

i. Sekam padi
ii. Hampas isirung kelapa sawit
iii. Najis atau tahi lembu/ayam/kambing/khinzir

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 108

(b) Nyatakan tiga kesan terhadap alam sekitar sekiranya bahan-bahan sisa pertanian tidak
diurus dengan baik. [3 markah]

i. Akibatkan pencemaran alam sekitar


ii. Hasilkan gas-gas beracun seperti ammonia dan sulfur dioksida semasa pereputan
berlaku
iii. Akan jejaskan kehidupan akuatik dan ekosistem laut jika dibuang ke dalam laut.
iv. Cemarkan sumber makanan laut atau sumber protein kita.
v. Menjejaskan kesihatan manusia.

(c) Andaikan anda seorang pengusaha pertanian, bagaimana anda menguruskan bahan sisa
pertanian dengan baik? [2 markah]

i. Jadikan sebagai sumber makanan haiwan ternakan.


ii. Menjana tenaga biogas.
iii. Menghasilkan baja kompos.
iv. Menghasilkan perabot yang berkualiti.

(d) Pihak pengusaha pertanian yang menebus guna sisa pertanian dengan efektif dapat
mengelakkan kesan negatif.

Senaraikan dua nilai dari bidang alam sekitar yang ditunjukkan oleh pihak tersebut.
[2 markah]
i. Nilai kemapanan alam sekitar.
ii. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.
iii. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
iv. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

(e) Nyatakan satu kegunaan kawasan bekas lombong. [1 markah]

i. Menjadi tapak perindustrian.


ii. Menjadi kawasan perumahan.
iii. Menjadi kawasan rekreasi seperti padang golf dan taman tema.
iv. Menjadi kawasan pertanian yang ditanam limau barli.
v. Menjadi kawasan akuakultur bagi menternak ikan air tawar dan udang harimau.
vi. Menghasilkan bahan seramik seperti pinggan mangkuk.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 109

91 Jawab soalan berikut berdasarkan logo badan sukarela yang tertera di bawah.

(a) Mengapakah murid digalakkan menyertai badan sukarela tersebut? [3 markah]

i. Murid dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.


ii. Murid dapat menambah ilmu pengetahuan dan belajar kemahiran baharu.
iii. Murid dapat belajar cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

(b) Selain bidang perkembangan diri, huraikan satu nilai yang dapat dipupuk dalam kalangan
murid yang menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh badan sukarela. [3 markah]

Nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara.


Murid bebas sertai aktiviti badan sukarela untuk beri sumbangan signifikan terhadap
pembangunan negara.
Murid dapat bantu mengurangkan beban dan kesusahan rakyat jelata.

(c) Sebutkan dua bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan kepada murid yang memberi
sumbangan kepada badan sukarela berkenaan. [2 markah]

i. Memberi sijil penghargaan.


ii. Memberi hadiah.
iii. Menganugerah pingat atau pangkat.

(d) Nyatakan dua jenis bantuan yang boleh disalurkan oleh badan sukarela tersebut kepada
mangsa bencana alam. [2 markah]

i. Bantuan kewangan.
ii. Bantuan barangan keperluan harian seperti makanan.
iii. Bantuan sokongan moral dan motivasi.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 110

92 Gambar di bawah menunjukkan fenomena kesan rumah hijau.

(a) Namakan dua gas rumah hijau. [2 markah]

i. Karbon dioksida
ii. Karbon monoksida
iii. Nitrogen dioksida
iv. Metana
v. Nitrus dioksida
vi. Sulfur dioksida
vii. Klorofluorokarbon

(b) Kesan rumah hijau terjadi apabila gas-gas rumah hijau menghalang pantulan cahaya lalu
menyerap haba dan mengumpul haba di bumi. Jelaskan kesan rumah hijau terhadap manusia
dan alam sekitar. [3 markah]

i. Menjejaskan kesihatan manusia.


ii. Kemerosotan sumber makanan manusia.
iii. Peningkatan aras laut.
iv. Gangguan cuaca.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 111

(c) Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh manusia bagi mengurangkan kesan rumah
hijau? [2 markah]

i. Menanam pokok di sekitar rumah.


ii. Hentikan aktiviti pembakaran terbuka.
iii. Meminimumkan penggunaan penyaman udara.
iv. Menggunakan barangan elektrik jimat tenaga.
v. Menggunakan pengangkutan awam.

(d) Selain nilai rasional dan bertanggungjawab, berikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh
manusia dalam usaha membendung fenomena kesan rumah hijau. [2 markah]

i. Nilai kemapanan alam sekitar.


ii. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.
iii. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
iv. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

(e) Apakah akta yang digubal untuk memelihara alam sekitar? [1 markah]

Akta Kualiti Alam Sekitar

93 Gambar di bawah menunjukkan kejadian banjir yang melanda negara baru-baru ini.

(a) Nyatakan dua punca kejadian banjir di negara kita. [2 markah]

i. Malaysia beriklim tropika yang terima hujan yang tinggi.


ii. Pembangunan pesat yang tidak terkawal.
iii. Sistem saliran dan perparitan yang tidak sempurna.
iv. Pembalakan yang berleluasa.
v. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur ke dalam longkang dan sungai.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 112

(b) Berikut adalah situasi Penduduk Kampung Sri Kulim Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Kampung Sri Kulim Melor telah meminta penduduk agar buat persediaan menghadapi
banjir supaya tidak mengalami kerugian yang teruk. Dalam mesyuarat itu, ketua kampung
mengingatkan penduduk kampung agar berusaha menyelesaikan masalah banjir dan tidak
hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.

Terangkan satu nilai yang diamalkan oleh ketua kampung tersebut. [2 markah]

Nilai bertanggungjawab.
Ketua kampung melaksanakan tugasnya dengan memastikan penduduk kampung dapat
membuat persiapan rapi untuk menghadapi masalah banjir.

Nilai berdikari.
Ketua kampung ingin penduduk kampungnya bersiap sedia hadapi bencana banjir tanpa
mengharapkan bantuan kerajaan.

(c) Nyatakan tiga persediaan yang perlu diambil oleh penduduk kampung bagi menghadapi
bencana banjir. [3 markah]

i. Menyimpan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang
selamat.
ii. Sentiasa peka terhadap maklumat mengenai banjir dan arahan yang disampaikan
oleh pihak berkuasa.
iii. Menyimpan barang-barang di tempat tinggi atau pindahkan tempat yang lebih
selamat.
iv. Memastikan bekalan makanan dan air bersih sentiasa mencukupi.
v. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak,
ubat-ubatan dan beg pakaian.
vi. Menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
vii. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak pernah dinaiki air.

(d) Nyatakan tiga bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa banjir. [3 markah]

i. Bantuan kewangan.
ii. Bantuan bekalan makanan dan minuman.
iii. Bantuan barangan keperluan lain seperti ubat-ubatan dan pakaian.
iv. Sertai pasukan penyelamat dan pasukan sukarelawan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 113

94 Petikan yang berikut adalah mengenai Anugerah 3K.

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk mewujudkan persekitaran


sekolah yang indah dengan memberi Anugerah 3K kepada beberapa
sekolah yang memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria
yang akan dinilai adalah kebersihan, kesihatan, dan keselamatan.

(a) Jelaskan peranan anda untuk membantu sekolah anda memenangi Anugerah 3K. [3 markah]

i. Saya tidak membuang sampah di merata-rata tempat.


ii. Saya tidak melakukan vandalisme.
iii. Saya akan bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah.
iv. Saya akan menanam pokok bunga untuk menceriakan kawasan sekolah.

(b) Nyatakan tiga langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mempertingkatkan
tahap keselamatan di kawasan sekolah. [3 markah]

i. Pihak sekolah perlu mengadakan latihan pencegahan kebakaran.


ii. Pihak sekolah perlu menyediakan alat pemadam api yang mencukupi di setiap
penjuru bangunan sekolah.
iii. Pihak sekolah memastikan pegawal keselamatan sekolah sentiasa melakukan
rondaan.
iv. Pihak sekolah memastikan kesempurnaan suis elektrik yang terdapat dalam
kawasan sekolah.

(c) Berikan dua sebab persekitaran sekolah perlu sentiasa bersih dan ceria. [2 markah]

i. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.


ii. Menimbulkan minat pelajar pergi ke sekolah.
iii. Meningkatkan imej sekolah.

(d) Kemukakan dua kriteria yang perlu ada pada bilik darjah sekiranya dinilai untuk Anugerah
3K. [2 markah]

i. Bilik darjah sentiasa bersih iaitu tiada sampah di atas lantai.


ii. Papan kenyataan dalam bilik darjah dihias dengan kemas dan berinformatif.
iii. Meja dan kerusi dalam bilik darjah disusun dengan teratur.
iv. Tingkap bilik darjah tidak berhabuk.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 114

95 Gambar-gambar di bawah berkaitan dengan gaya makan rakyat Malaysia dewasa ini.

Pilihan 1: Makan di rumah Pilihan 2: Makan di restoran

(a) Apakah pilihan anda? Beri alasan. [4 markah]

Makan di rumah. Alasan.

Lebih jimat wang ringgit.


Makanan lebih sedap.
Makanan disediakan secara bersih.
Bahan masakan adalah lebih berkhasiat.
Dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

ATAU

Makan di restoran. Alasan.

Terdapat pelbagai pilihan makanan.


Makanan dihidang dengan cepat.
Lebih selesa ada penghawa dingin, tayangan filem dan iringan muzik.
Suasana lebih meriah dan berlainan.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 115

(b) Huraikan dua kesan negatif sekiranya kerap makan di restoran. [4 markah]

i. Pembaziran wang.
Makanan di restoran lazimnya lebih mahal.

ii. Menjejaskan kesihatan.


Masakan lebih berminyak dan lazimnya suka gunakan bahan perisa untuk menyedapkan
makanan.

iii. Tahap kebersihan penyediaan makanan diragui.


Boleh menyebabkan insiden keracunan makanan.

(c) Nyatakan dua jenis makanan tradisional rakyat Malaysia. [2 markah]

i. Nasi lemak
ii. Ketupat
iii. Lemang
iv. Kuih bulan
v. Pau
vi. Murukku
vii. Thosai
viii. Chapati

96 Gambar di bawah menunjukkan perhimpunan rasmi mingguan sekolah.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING


BAHAN BACAAN HADAPI SOALAN STRUKTUR PENDIDIKAN MORAL SPM 2020 Page | 116

(a) Selain nilai rasional dan bertanggungjawab, nyatakan dua nilai yang dapat diterapkan
kepada para pelajar melalui perhimpunan rasmi mingguan sekolah. [4 markah]

i. Nilai cinta akan negara.


Pelajar dapat tunjukkan rasa sayang kepada negara dengan berdiri tegak dan menyanyi
lagu Negaraku dengan penuh semangat.

ii. Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.


Pelajar akan patuhi peraturan sekolah dengan hadir tepat pada waktu semasa
perhimpunan diadakan.

(b) Nyatakan tiga peraturan semaasa perhimpunan mingguan sekolah diadakan. [3 markah]

i. Tidak berbual-bual semasa perhimpunan.


ii. Berbaris dan duduk mengikut kelas masing-masing.
iii. Berkumpul di tapak perhimpunan tepat pada masanya.
iv. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah.
v. Memakai pakaian seragam sekolah dengan lengkap.

(c) Pada pendapat anda, apakah tiga kebaikan mengadakan perhimpunan mingguan sekolah?
[3 markah]

i. Pelajar dapat mengetahui perkembangan aktiviti yang telah berlaku minggu lalu.
ii. Pelajar dapat bersedia mengikuti aktiviti yang akan datang.
iii. Menjadi tempat untuk menyampaikan maklumat, peringatan dan nasihat penting
kepada pelajar.
iv. Dapat menyampaikan penghargaan kepada pelajar yang berjaya dalam bidang
kokurikulum dan akademik.
v. Dapat mengasah bakat kepimpinan dan bakat mengurus majlis rasmi para pelajar.

INISIATIF CIKGU V.T. SURESH – SMK METHODIST TELOK DATOK BANTING

You might also like