You are on page 1of 1

Latihan pemasaran set 5

1. Dengan rajah yang sesuai, jelaskan pemasaran langsung [4]


2. Dengan rajah yang sesuai, jelaskan saluran agihan menegak peringkat satu [4]
3. Dengan rajah yang sesuai, jelaskan saluran agihan menegak peringkat dua [4]
4. Dengan rajah yang sesuai, jelaskan saluran agihan menegak peringkat tiga [4]
5. Huraikan tiga jenis saluran agihan mendatar [6]
6. Jelaskan dua jenis konflik dalam tingkahlaku saluran agihan [6]
7. Berikan maksud pemborong dan nyatakan tiga peranannya [4]
8. Berikan maksud peruncit dan nyatakan tiga peranannya [4]
9. Berikan maksud ejen dan nyatakan tiga cirinya [4]
10. Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi penetapan harga sesuatu barang [6]
11. Sebuah syarikat bercadang untuk mengeluarkan 100 000 batang pen. Kos tetap ialah RM10 000
dan kos berubah ialah RM1 sebatang pen. Margin keuntungan ialah 30%.
a. Hitungkan kos sebatang pen
b. Harga jualan sebatang pen
12. Sebuah syarikat bercadang untuk mengeluarkan 10 000 unit pencetak. Kos tetap ialah
RM300 000 dan kos berubah ialah RM300 seunit . Margin keuntungan ialah 40%.
a. Hitungkan kos seunit pencetak
b. Harga jualan seunit pencetak
13. Sebuah syarikat bercadang untuk mengeluarkan 50 000 unit televisyen. Kos tetap ialah
RM500 000 dan kos berubah ialah RM600 seunit . Margin keuntungan ialah 35%.
a. Hitungkan kos seunit televisyen
b. Harga jualan seunit televisyen
14. Sebuah syarikat bercadang mengeluarkan 10 000 unit tilam . Kos tetap ialah RM100 000 dan
kos berubah ialah RM200 seunit. Hitungkan harga pulangan modal.
15. Huraikan yang berikut
a. Penentuan harga berasaskan nilai [3]
b. Penentuan harga berasaskan persaingan [3]
16. Jelaskan strategi penetapan harga produk baharu [6]

You might also like