You are on page 1of 4

STANDARD KOMPETENSI

PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DIMENSI 1: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

1. Pengurusan Pembelajaran Murid

ASPEK DESKRIPSI

A. Pengurusan 1. Berupaya membantu guru dalam sesi PdP.


Pembelajaran
Murid Semasa 2. Berupaya membantu murid membaca, mengira, menulis dan melukis.
Sesi Pengajaran
dan 3. Berupaya melatih murid untuk berdikari dalam pelbagai aspek pembelajaran.
Pembelajaran
(PdP) 4. Berupaya mengurus murid berkeperluan khas (MBK) mengikut kategori dan teknik yang sesuai.

5. Berupaya membantu guru mendisplinkan murid.

6. Berupaya menyediakan bahan PdP untuk kegunaan guru.

7. Berupaya membantu murid menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
semasa PdP.

8. Berupaya memaklumkan kepada guru mengenai tahap perkembangan murid.

9. Berupaya berkomunikasi dengan murid secara berkesan.

10. Berupaya mengawal murid semasa ketiadaan guru di kelas.

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS), KPM 1


ASPEK DESKRIPSI

B. Pengurusan 1. Berupaya membimbing dan mendidik murid agar sentiasa berkeadaan bersih.
Kebersihan dan
Keselamatan 2. Berupaya menjaga kebersihan kelas supaya berada dalam keadaan tersusun dan bersih
Murid/Kelas sebelum dan selepas PdP.

3. Berupaya menjaga keselamatan murid semasa melaksanakan aktiviti di dalam dan di luar kelas.

4. Berupaya menjaga dan mengurus peralatan dan kemudahan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) supaya sentiasa dalam keadaan selamat dan berfungsi.

C. Pengurusan Berupaya membantu mengurus murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri
Mobiliti Murid ke sesuatu tempat dalam semua aktiviti.

2. Pengurusan Pentadbiran

ASPEK DESKRIPSI

A. Dokumen dan 1. Berupaya membantu guru merekod kehadiran murid.


Sistem
Maklumat 2. Berupaya membantu guru dalam pengemaskinian fail dan rekod murid.

B. Pengurusan 1. Berupaya membantu guru dalam pengurusan aset di dalam kelas.


Aset dan Stok
2. Berupaya melabel setiap ruang dan peralatan pembelajaran.

3. Berupaya membantu guru dalam pengurusan stok.

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS), KPM 2


DIMENSI 2: SAHSIAH

ASPEK DESKRIPSI

A. Komunikasi
Berupaya menyampaikan maklumat dengan jelas, cepat, tepat dan mudah difahami.
Berkesan

B. Keterampilan Berupaya menjadi suri teladan (role model) kepada murid dari segi tingkah laku, tutur kata yang
sopan dan penampilan diri.

C. Nilai Berkeyakinan dan komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

DIMENSI 3: KREATIVI DAN INOVASI

ASPEK DESKRIPSI

A. Kreativiti 1. Berupaya menjana idea kreatif dalam pengurusan murid.

2. Berupaya memberi idea dan menggunakan kepakaran.

B. Inovasi 1. Berupaya mencetus idea dalam penambahbaikan pengurusan murid.

2. Berupaya menjana idea yang dapat membantu pengurusan pembelajaran yang lebih berkesan.

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS), KPM 3


DIMENSI 4: POTENSI

ASPEK DESKRIPSI

A. Penyertaan dan 1. Berkebolehan membimbing murid di bawah pengawasannya.


Penglibatan
2. Berkebolehan menangani dan menyelesaikan masalah.

3. Berupaya mengemukakan cadangan dan membuat keputusan.

B. Sumbangan 1. Meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk kecemerlangan diri dan peningkatan kualiti kerja.

2. Memberi sumbangan dalam aktiviti/program di dalam/luar sekolah.

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS), KPM 4

You might also like