You are on page 1of 203

OUM Business School

BBRC4103
Kaedah Penyelidikan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


BBRC4103
KAEDAH
PENYELIDIKAN
Prof Madya Dr Ahmad Shuib
Dr Thinagaran Perumal
Prof Madya Dr Nagarajah Lee

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Wardah Mohamad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Ahmad Shuib


Dr Thinagaran Perumal
Universiti Putra Malaysia

Prof Madya Dr Nagarajah Lee

Penterjemah: Nor Hazana Abdullah

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Ogos 2014


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2014, BBRC4103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xiv

Topik 1 Pemikiran Saintifik dalam Penyelidikan 1


1.1 Kaedah Saintifik 2
1.2 Sumber Ilmu Pengetahuan Tradisi 3
1.3 Falsafah Kajian Penyelidikan Saintifik 5
1.4 Model Induktif dan Deduktif 6
1.5 Hubungan antara Teori dan Penyelidikan 8
Rumusan 14
Kata Kunci 15

Topik 2 Proses Penyelidikan 16


2.1 Proses Penyelidikan 16
2.2 Proses Mengenal Pasti Masalah 20
2.3 Data untuk Penyelidikan 21
2.4 Menganalisis dan Mentafsir Data 22
2.5 Bagaimana Memilih Topik 23
Rumusan 26
Kata Kunci 27

Topik 3 Sorotan Literatur 28


3.1 Apa itu Sorotan Literatur? 29
3.2 Kepentingan Sorotan Literatur 30
3.3 Prosedur Sorotan Literatur 32
3.4 Kesilapan Biasa dalam Sorotan Literatur 35
3.5 Menilai Artikel Jurnal 36
Rumusan 39
Kata Kunci 39

Topik 4 Reka Bentuk Pensampelan 40


4.1 Konsep Pensampelan 40
4.2 Justifikasi Pensampelan 42
4.3 Kriteria Sampel yang Baik 43
4.4 Jenis-jenis Reka Bentuk Pensampelan 44
4.4.1 Reka Bentuk Pensampelan Berkebarangkalian 45
4.4.2 Jenis-jenis Pensampelan Berkebarangkalian 47
4.4.3 Reka Bentuk Pensampelan Tidak Berkebarangkalian 49
4.4.4 Jenis Pensampelan Tidak Berkebarangkalian 50

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

4.5 Saiz Sampel 52


4.5.1 Pendekatan Kualitatif 52
4.5.2 Pendekatan Statistik 53
Rumusan 58
Kata Kunci 59

Topik 5 Pengukuran dan Skala 60


5.1 Konseptualisasi 61
5.2 Operasional 62
5.3 Pemboleh Ubah 63
5.4 Pengukuran 64
5.4.1 Tahap Pengukuran 65
5.5 Teknik Pembinaan Skala 69
5.5.1 Skala Penarafan 69
5.5.2 Skala Kedudukan 72
5.6 Kualiti Pengukuran 74
5.6.1 Kebolehpercayaan, Kesahan dan Kepraktisan 75
5.7 Punca Ralat Pengukuran 77
Rumusan 80
Kata Kunci 81

Topik 6 Kaedah Tinjauan dan Data Sekunder 82


6.1 Kajian Tinjauan 83
6.2 Temu Bual Perseorangan 84
6.2.1 Jenis-jenis Temu Bual Perseorangan 85
6.2.2 Kelebihan Temu Bual Perseorangan 87
6.2.3 Kelemahan Temu Bual Perseorangan 89
6.3 Temu Bual Telefon 91
6.3.1 Jenis-jenis Temu Bual Telefon 91
6.3.2 Kelebihan dan Kelemahan Temu Bual Telefon 92
6.4 Tinjauan yang Diisi Sendiri 95
6.4.1 Jenis-jenis Tinjauan yang Diisi Sendiri 96
6.5 Jenis dan Kegunaan Data Sekunder 98
6.5.1 Data Sekunder Dokumentari 99
6.5.2 Jenis-jenis Dokumen 99
6.5.3 Data Sekunder Berasaskan Tinjauan 100
6.5.4 Data Sekunder dari Pelbagai Sumber 101
6.5.5 Triangulasi 101
6.6 Kelebihan dan Kelemahan Menggunakan Data Sekunder 102
6.7 Sumber Data Sekunder 104
Rumusan 108
Kata Kunci 110

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 7 Reka Bentuk Eksperimental 111


7.1 Simbol yang Digunakan dalam Reka Bentuk
Eksperimental 112
7.2 Reka Bentuk Lemah 112
7.2.1 Reka Bentuk Kajian Sekali 113
7.2.2 Reka Bentuk Pra-Ujian dan Pasca-Ujian Satu
Kumpulan Ujian 113
7.2.3 Reka Bentuk Kumpulan Tidak Bersamaan
Pasca-Ujian Sahaja 114
7.3 Reka Bentuk Eksperimental Benar 116
7.3.1 Reka Bentuk Eksperimental Pasca-Ujian Sahaja 117
7.3.2 Reka Bentuk Kajian Pra-Pasca 118
7.4 Reka Bentuk Kuasi Eksperimental 120
7.4.1 Reka Bentuk Kumpulan-Kawalan Tidak Bersamaan 120
7.4.2 Reka Bentuk Siri Masa Terganggu 122
7.5 Etika dalam Penyelidikan Eksperimental 124
Rumusan 126
Kata Kunci 127

Topik 8 Kaedah Penyelidikan Kualitatif 128


8.1 Definisi Penyelidikan Kualitatif 129
8.2 Jenis-jenis Kaedah Penyelidikan Kualitatif 130
8.2.1 Kajian Tindakan 131
8.2.2 Kajian Kes 132
8.2.3 Etnografi 133
8.2.4 Teori Dasar 133
8.2.5 Analisa Kandungan 134
8.3 Analisa Data Kualitatif 135
8.4 Perbezaan antara Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif 141
Rumusan 142
Kata Kunci 143

Topik 9 Analisa Data 144


9.1 Pemeriksaan dan Penyuntingan Data 145
9.1.1 Penyuntingan Data 145
9.1.2 Penyuntingan Lapangan 146
9.1.3 Penyuntingan Dalaman 146
9.1.4 Data Hilang 147
9.2 Pengekodan 148
9.3 Memasukkan Data 150
9.4 Transformasi Data 151

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

9.5 Analisa Data 152


9.5.1 Statistik Deskriptif 154
9.6 Apa itu Hipotesis? 158
9.6.1 Hipotesis Nul dan Alternatif 159
9.6.2 Hipotesis Berarah dan Hipotesis Tidak Berarah 160
9.6.3 Statistik Sampel dan Statistik Populasi 160
9.6.4 Ralat Jenis I dan Jenis II 161
9.6.5 Langkah-langkah dalam Pengujian Hipotesis 162
9.7 Statistik Inferens 163
9.7.1 Pengujian Perbezaan Signifikan antara Dua Min
Menggunakan Ujian T (Sampel Tidak Bersandar) 165
9.7.2 Menguji Perbezaan Signifikan antara Dua Min
Menggunakan Ujian T (Sampel Berpasangan) 167
9.7.3 Menguji Perbezaan Menggunakan Analisa
Varians Satu Arah (ANOVA) 168
9.7.4 Pekali Korelasi 169
Rumusan 171
Kata Kunci 173

Topik 10 Penulisan Cadangan dan Etika dalam Penyelidikan 174


10.1 Apa itu Cadangan Penyelidikan? 175
10.2 Kandungan Cadangan Penyelidikan 175
10.3 Panduan Penulisan Cadangan Penyelidikan 180
10.4 Kelemahan Biasa dalam Cadangan Penyelidikan 181
10.5 Etika Penyelidikan 182
10.6 Isu Utama Etika 183
10.7 Isu Etika Semasa Peringkat Permulaan Proses
Penyelidikan 183
Rumusan 186
Kata Kunci 186

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
BBRC4103 Kaedah Penyelidikan adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
OUM Business School di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar ijazah pertama yang memerlukan
pengetahuan asas tentang kaedah penyelidikan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan konsep-konsep penting penyelidikan saintifik dalam


bidang perniagaan;

2. Meneliti proses yang terlibat dalam penyelidikan;

3. Menyediakan cadangan penyelidikan; dan

4. Menjalankan projek penyelidikan dalam bidang perniagaan.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 menjelaskan konsep sains, proses penyelidikan saintifik bagi


menyelesaikan masalah dan keperluan membina hipotesis yang baik.

Topik 2 menjelaskan proses menjalankan penyelidikan yang bermula daripada


mengenal pasti masalah, mengenal pasti dan mendefinisikan konsep dan
menentukan kaedah penyelidikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Topik 3 menekankan kepentingan sorotan literatur dalam kaedah penyelidikan


dan prosedur untuk melaksanakannya. Topik ini juga meneroka kelemahan yang
biasa berlaku dalam sorotan literatur dan bagaimana mengkritik artikel jurnal.

Topik 4 memperkenalkan strategi-strategi yang boleh digunakan untuk


mengumpul data primer. Proses mengumpul data primer mesti dikenal pasti
dengan betul berdasarkan tujuan dan objektif kajian. Data yang digunakan untuk
menjawab persoalan kajian mestilah diambil dari populasi yang sesuai agar ia
memberi makna. Proses pemilihan individu, objek atau peristiwa yang sesuai
dalam kajian dikenali sebagai pensampelan.

Topik 5 mentakrifkan konsep dan membincangkan kaedah pengukurannya bagi


membantu pengkaji menentukan kaedah pengumpulan dan analisa data.
Apabila konsep telah ditakrifkan, kaedah yang sesuai untuk mengukurnya perlu
dikenal pasti. Pengkaji tidak boleh menguji hipotesis dan mencari jawapan bagi
isu kajian yang kompleks tanpa mengukur pemboleh ubah.

Topik 6 meneliti aplikasi pelbagai jenis data sekunder untuk membantu


menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif kajian. Jenis-jenis data
sekunder yang berbeza dijelaskan dan kekuatan dan kelemahan menggunakan
data sekunder juga dibincangkan. Topik ini juga membincangkan sumber data
sekunder. Tambahan pula, ia memperkenalkan pelbagai jenis kaedah tinjauan
untuk mengumpul data primer. Teknik komunikasi yang digunakan dalam
pengumpulan data primer boleh diklasifikasikan kepada temu bual
perseorangan, temu bual telefon dan soal selidik yang diisi sendiri.

Topik 7 membincangkan reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian digunakan


untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian. Topik ini juga menjelaskan
perbezaan antara reka bentuk eksperimental benar dan reka bentuk kuasi
eksperimental.

Topik 8 memberi tumpuan pada kaedah penyelidikan kualitatif dari aspek


definisi dan jenis-jenisnya. Topik ini juga menghuraikan berbezaan antara
kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

Topik 9 memperkenalkan proses menganalisis data. Ia merangkumi prosedur


yang saling berkaitan bagi meringkaskan dan menyusun semula data. Tujuan
kebanyakan kajian adalah untuk memberi maklumat. Topik ini membincangkan
proses menyusun semula, mengatur atau memanipulasi data bagi memberi
maklumat deskriptif bagi menjawab permasalahan kajian. Semua bentuk analisa
adalah bagi mendapatkan corak konsisten data agar dapatan kajian dapat
ditafsirkan dengan cara yang ringkas dan memberi makna.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 10 memfokuskan kepada penulisan laporan penyelidikan dan prinsip-


prinsip penulisan penyelidikan, kandungan kertas cadangan penyelidikan,
panduan penulisan cadangan penyelidikan dan etika dalam penyelidikan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan
sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan ialah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada keperluan lain bagi pelajar sebelum mengambil kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Black, T. R. (1999). Doing qualitative research in the social sciences. London: Sage
Publication.

Boaden, R.C. & Biklen, S. K. (2003), Qualitative research for education: An intro
to theories and methods (4th Ed.) New York: Pearson.

Cooper, D. R. & Schindler, P. S. (2007) Business research methods (10th ed). New
York: McGraw Hill.

Uma Sekaran. (2003). Research methods for business. A skill building approach
(4th ed). New York: Wiley.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pemikiran
1 Saintifik
dalam
Penyelidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pelbagai pendekatan bagi menyelesaikan masalah;
2. Membandingkan proses induktif dan deduktif dalam kaedah
saintifik; dan
3. Menilai komponen yang diperlukan dalam kajian saintifik.

 PENGENALAN
Tujuan sains adalah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. Ia
dapat dicapai apabila pengkaji melakukan kajian bagi membangunkan teori
tertentu. Peramalan dan kefahaman ialah dua tujuan utama sesuatu teori. Kedua-
dua tujuan ini biasanya saling melengkapi. Untuk tujuan ramalan, kita perlu
tahu dan memahami mengapa sesuatu perkara terjadi. Penjelasan ini biasanya
boleh diperoleh daripada teori. Teori adalah satu set usul umum yang diguna
pakai sebagai prinsip bagi menerangkan dengan jelas hubung kait sesuatu
perkara. Kaedah saintifik pula mengandungi siri berperingkat bagi
membangunkan dan memperhalus teori-teori.

Kaedah saintifik dan pemikiran saintifik adalah berdasarkan konsep-konsep


tertentu. Konsep-konsep ini dicipta bagi membantu kita berfikir dan
menterjemah perkara-perkara yang abstrak. Konsep bertahap tinggi digunakan
bagi penjelasan yang bersifat saintifik dan khusus dan tidak dapat diperhatikan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

secara terus. Konsep dan konstruksi digunakan pada peringkat teoretikal,


manakala pemboleh ubah digunakan pada peringkat empirikal. Proses kajian
saintifik digunakan bagi membangunkan dan menguji pelbagai usul
menggunakan pemikiran refleksi berbentuk induktif atau deduktif. Kajian
saintifik menggunakan proses tersusun yang menggabungkan induksi, deduksi,
pemerhatian dan pengujian usul dalam aktiviti-aktivitinya.

Kita menyelesaikan masalah dengan cara berbeza disebabkan oleh persepsi


selektif dan pengaruh keadaan persekitaran. Jenis soalan yang ditanya berbeza,
bergantung kepada cara kita melihat dunia. Siasatan saintifik adalah salah satu
cara untuk menganalisis masalah. Memahami hubungan antara sains dan
penyelidikan akan membantu penyelidik membuat rumusan.

1.1 KAEDAH SAINTIFIK


Sains ialah subjek yang boleh diukur. Ia cuba menggambarkan realiti setepat
mungkin. Ia juga adalah institusi, sistem dan cara bagi menghasilkan ilmu
pengetahuan. Sains juga ialah produk sesuatu sistem.

Bagi kebanyakan orang, sains boleh diklasifikasikan sebagai sains tulen


(fizik/sains biologi) dan sains sosial (sains kemanusiaan). Jenis sains
menentukan teknik dan instrumen yang digunakan dalam kajian saintifik.
Kaedah saintifik adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk menimba
ilmu. Kajian bisnes adalah saintifik kerana ia mengkaji tindakan dan interaksi
dengan tepat, sepertimana juga dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi,
pendidikan dan lain-lain.

Tujuan asas sains adalah untuk mendapatkan generalisasi yang sah dan
mewujudkan hubung kait antara pemboleh ubah dengan yakin. Kefahaman
tentang hubungan ini akan membantu para saintis memahami sesuatu fenomena
dalam bentuk corak hubungan, membuat ramalan dan mengenal pasti sebab dan
kesannya. Sains biasanya menggunakan kaedah saintifik dan mempunyai ciri-
ciri berikut:

(a) Berbentuk empirikal di mana ia boleh dibandingkan dengan realiti;

(b) Boleh dijadikan replika atau objektif di mana pendapat pengkaji tidak
mempengaruhi hasil kajian dan pengkaji lain yang mengulang kajian yang
sama akan mendapat keputusan yang sama;

(c) Berbentuk analitis di mana ia dilaksanakan menggunakan kaedah saintifik


bagi menjelaskan fakta empirikal;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN  3

(d) Berpaksikan teori di mana ia bergantung kepada kajian-kajian lepas yang


telah dilakukan;

(e) Ia bersifat logik di mana rumusan dapatan berasaskan logik akal; dan

(f) Mempunyai ketelitian di mana terdapat usaha untuk mengurangkan


kesilapan.

Terdapat perbezaan antara sains tulen dan sains sosial. Terutama dari aspek
kawalan terhadap pemboleh ubah gangguan. Sebagai contoh, di dalam bisnes,
terdapat faktor yang tidak boleh dikawal oleh seseorang pengurus. Oleh itu,
perlu ada tolak ansur antara ketelitian sains dan bisnes yang pragmatik dan
antara kemahuan pengkaji dan peniaga.

Walaupun situasi ini boleh menyebabkan kesilapan, selagi pengkaji


memaklumkan kepada pembuat keputusan tentang kekangan kajian, dapatan
kajian masih boleh diterima dan diterbitkan. Kajian saintifik yang baik menurut
prinsip parsimoni ialah; penyelesaian yang mudah adalah lebih baik dari yang
kompleks. Kajian parsimoni bermaksud mengaplikasikan pendekatan yang
paling mudah bagi menjawab persoalan kajian dengan baik.

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah ciri-ciri sains? Jelaskan.

1.2 SUMBER ILMU PENGETAHUAN TRADISI


Terdapat banyak cara untuk mengumpul maklumat dan mendapatkan ilmu
pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang didapati daripada sumber biasa tidak
saintifik dan mungkin mempunyai banyak kesilapan. Berikut adalah sumber-
sumber ilmu pengetahuan yang biasa:

(a) Logik Akal


Maklumat dan ilmu pengetahuan boleh diperoleh dari apa yang semua
orang tahu dan yang masuk akal. Logik akal adalah penting dalam
kehidupan seharian. Bagaimana pun ia boleh menyebabkan kesilapan
tanggapan. Logik akal mungkin mengandungi idea yang bercanggah, yang
tidak disedari oleh orang ramai kerana digunakan pada masa berbeza.
Logik akal berasal daripada tradisi. Ia berguna dan mungkin betul, tetapi
mungkin juga mengandungi kesilapan, maklumat yang salah, atau
percanggahan. Ia juga mungkin bersifat prejudis, disebabkan kepercayaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

dan sosiobudaya yang berbeza. Seseorang boleh mengelakkan daripada


membuat keputusan yang salah, dengan menerima kenyataan bahawa,
terdapat kekurangan dalam ilmu pengetahuan yang bersumberkan logik
akal. Bagi mengatasi kelemahan ini, kita perlu memperhalus ilmu dari
logik akal, secara sistematik bagi mengetahui punca sebenar. Punca
sebenar ini dapat diketahui dengan menjalankan eksperimen bagi
pengujian bersistematik, atau mengumpul data secara berterusan, bagi
mengenal pasti kejadian yang berulang. Oleh itu, kemajuan saintifik
bergantung kepada kajian saintifik dan bukanlah logik akal. Ilmu
pengetahuan yang benar boleh dihasilkan daripada kajian yang
bersistematik.

(b) Pengalaman Peribadi


Apabila sesuatu perkara terjadi, kita merasai dan menerimanya sebagai
satu realiti. Pengalaman peribadi, atau Âseeing is believingÊ adalah sumber
ilmu yang amat berpengaruh. Namun begitu, pengalaman peribadi boleh
menyesatkan kita. Apa yang dilihat sebagai benar-benar berlaku, mungkin
disebabkan oleh kesilapan kecil atau penilaian yang terpesong. Manusia
membuat kesilapan dan berilusi. Kita mungkin percaya apa yang kita lihat
atau alami walaupun ia mungkin satu kesilapan. Pengalaman peribadi
diperkukuhkan dengan empat jenis kesilapan iaitu:

(i) Generalisasi Terlampau


Ini terjadi apabila kepercayaan adalah berdasarkan bukti dan
menganggap semua keadaan adalah sama. Terdapat pelbagai
individu, tempat dan situasi yang tidak kita ketahui. Oleh yang
demikian, generalisasi sering digunakan sebagai asas maklumat.
Namun begitu, generalisasi terlampau boleh mengakibatkan
kesilapan.

(ii) Pemerhatian Selektif


Kita memberi perhatian pada individu atau situasi yang menarik dan
membuat generalisasi darinya. Fokus bertambah tinggi apabila apa
yang terjadi adalah seperti yang dijangka. Ini menjadikan kita lebih
sensitif terhadap perkara-perkara yang kita lihat dan
memperkukuhkan persepsi kita.

(iii) Penamatan Pra Matang


Ini selalu berlaku dan diperkukuhkan oleh kedua-dua kesilapan di
atas. Penamatan pra matang berlaku apabila kita merasakan telah
mempunyai semua jawapan dan tidak perlu lagi mendengar, mencari
maklumat dan mempersoalkannya lagi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN  5

(iv) Kesan Halo


Ini adalah kesan berat sebelah atau bias kognitif yang berlaku dalam
penilaian disebabkan oleh kecenderungan menilai atau membuat
rumusan umum berasaskan tanggapan menyeluruh terhadap ciri
atau salah satu karakter yang dinilainya. Ia terjadi apabila kita
membuat generalisasi terlampau tentang sesuatu perkara sebagai
terlalu positif atau terlalu bagus.

1.3 FALSAFAH KAJIAN PENYELIDIKAN


SAINTIFIK
Sains bercirikan dua tunggak utama iaitu logik dan pemerhatian. Pemahaman
saintifik mestilah masuk akal, dan berkait dengan apa yang diperhatikan.
Pemerhatian digunakan untuk mengesahkan apa yang dilihat melalui
pengukuran. Kedua-duanya adalah penting dalam sains dan berkait rapat
dengan aspek utamanya iaitu:

(a) Teori saintifik ă Berkait dengan aspek logik di dalam sains;

(b) Pengumpulan data ă Berkait dengan aspek pemerhatian dalam sains; dan

(c) Analisa data ă Melihat corak pemerhatian dan membandingkannya dengan


apa yang logik dan apa yang sebenarnya berlaku.

Sains masih lagi satu bidang yang tidak sempurna dalam kerangka ilmu yang
sedia ada. Dari semasa ke semasa, konsep baru wujud dan membatalkan konsep
yang lama. Konsep baru wujud daripada dapatan kajian, set data atau perspektif
kajian yang baru. Ini bermaksud, walaupun satu konsep telah dapat dibuktikan
pada ketika ini, ia boleh terbatal pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian,
dalam sains, ilmu perlu dilihat sebagai sesuatu yang tentatif bukan mutlak.
Teori-teori yang dibangunkan dalam sains ialah peraturan yang tentatif dan
tidak mungkin memberi penjelasan kekal bagaimana sesuatu berlaku.

Undang-undang saintifik tidak bersifat universal. Ia hanya menunjukkan secara


kasar sesuatu kejadian dalam keadaan tertentu. Walau bagaimanapun,
penemuan teknik pengukuran, instrumen eksperimen atau pemerhatian yang
baru akan mengubah peraturan saintifik. Rumusannya, peraturan saintifik
adalah usul yang tentatif dan mungkin berubah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

Sila lihat Rajah 1.1. Teori adalah kenyataan atau usul umum yang menjelaskan
sebab dan kesan sesuatu perkara terjadi dalam keadaan tertentu. Teori di
hasilkan daripada analisa fakta-fakta dan perhubungan di antaranya yang
menjelaskan sesuatu keadaan. Fakta-fakta ini diperoleh dari pemerhatian dan
dianalisis. Model kemudiannya dibangunkan untuk menjelaskan hubungan yang
dilihat dalam sesuatu fenomena. Hasilnya, satu teori yang tentatif dibangunkan
daripada model tersebut.

Rajah 1.1: Seorang penyelidik sedang menyiasat tentang satu fenomena

Berdasarkan teori yang tentatif, ramalan dan hipotesis dibina untuk dikaji atau
diuji. Proses mengkaji dan menguji diteruskan hingga teori dan peraturan yang
dihasilkan diperhalusi. Peraturan dan teori ini adalah tentatif. Sekiranya terdapat
percanggahan disebabkan penemuan yang tidak konsisten dengan kerangka
ilmu yang sedia ada, pengubahsuaian perlu dilakukan. Ini merupakan proses
yang berterusan apabila ilmu baru dihasilkan daripada pemerhatian yang
dilakukan.

1.4 MODEL INDUKTIF DAN DEDUKTIF


Kajian melibatkan penggunaan teori. Dalam proses mereka bentuk sesuatu
kajian, teori kadangkala dinyatakan dengan jelas atau sebaliknya. Namun begitu,
semasa membincangkan dapatan dan kesimpulan kajian, hubung kait dengan
teori perlu dinyatakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN  7

(a) Model Induktif


Bermula dari spesifik kepada umum. Berpandukan pemerhatian yang
spesifik kepada penemuan corak yang menunjukkan satu turutan antara
perkara-perkara yang berlaku. Model yang logik terhasil berdasarkan
prinsip-prinsip umum yang dibangunkan daripada pemerhatian spesifik.

(b) Model Deduktif


Bermula dari umum kepada spesifik. Bermula daripada corak yang logik
atau jangkaan teori kepada pemerhatian yang diuji. Model yang logik
dihasilkan berdasarkan jangkaan hipotesis yang dibangunkan daripada
prinsip umum.

Rajah 1.2 menunjukkan perbezaan antara model deduktif dan induktif.

Rajah 1.2: Perbezaan antara model deduktif dan induktif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

Dalam model induktif, teori yang sedia ada akan digunakan untuk membina
hipotesis. Hipotesis kemudiannya diuji secara empirikal menggunakan data
yang dikumpulkan. Data tersebut kemudiannya di analisa dan dapatan kajian
digunakan untuk mengesahkan hipotesis. Sekiranya hipotesis tidak dapat
disahkan, ia akan ditolak. Sekiranya dapatan adalah seperti jangkaan, maka
hipotesis akan diterima. Akhirnya, teori akan disemak semula berdasarkan
dapatan kajian.

Dalam model induktif, pemerhatian dilakukan untuk membangunkan konsep


awalan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu fenomena.
Konsep ini kemudiannya digunakan untuk membangunkan soalan kajian yang
lebih relevan bagi pengumpulan data yang seterusnya. Dapatan kajian
digunakan untuk mengesahkan konsep awalan. Konsep yang telah disahkan
digunakan sebagai asas pembangunan teori baru. Seterusnya, teori akan
dibandingkan dengan dengan teori yang sedia ada. Sekiranya teori yang baharu
sama dengan yang sedia ada, teori yang sedia ada telah disahkan. Sekiranya
terdapat percanggahan semasa perbandingan, teori yang sedia ada akan
mengalami pemurnian yang sewajarnya.

AKTIVITI 1.1

Bincangkan kaedah induktif dan deduktif menggunakan contoh-contoh


yang sesuai.

1.5 HUBUNGAN ANTARA TEORI DAN


PENYELIDIKAN
Teori mengandungi konsep, definisi dan usul yang berkait secara sistematik,
untuk menjelaskan dan meramal sesuatu fenomena (fakta). Ia adalah penjelasan
berstruktur berdasarkan pemerhatian yang dibuat dari aspek tingkah laku
tertentu. Teori menjadi asas kepada semua operasi, kerana ia mengandungi
kenyataan umum tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah dan kaitan antaranya.
Generalisasi ini digunakan untuk membuat keputusan dan meramal dapatan
kajian.

Teori mempunyai banyak peranan di dalam kajian:

(a) Ia mengecilkan skop yang perlu dikaji. Sesuatu isu boleh dikaji dari
pelbagai cara, dan teori dapat membantu mengusulkan cara terbaik untuk
melakukannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN  9

(b) Ia mengusulkan satu sistem untuk pengkaji dan memproses data agar
dapatan lebih bermakna.

(c) Ia merumuskan perkara yang perlu diketahui berkenaan sesuatu objek.

(d) Ia memberi keseragaman bagi perkara yang tidak dapat diperhatikan


secara terus.

(e) Ia membantu meramal fakta yang mungkin terjadi.

Berikut adalah komponen teori:

(a) Konsep
Konsep ialah satu ikatan makna atau ciri-ciri yang berkaitan dengan
sesuatu peristiwa, keadaan dan situasi. Konsep boleh dibangunkan
berdasarkan penggunaan yang kerap dalam tempoh yang lama. Ia boleh
diperoleh melalui pengalaman. Sesetengah konsep adalah unik bagi
budaya tertentu dan tidak mudah diterjemahkan dalam bahasa yang lain.

Dalam kajian, konsep mestilah digunakan dalam bentuk yang tepat dan
mudah difahami. Hipotesis dirumuskan menggunakan konsep.
Pengukuran konsep digunakan bagi mengumpul data. Konsep baru
mungkin dicipta untuk melahirkan idea. Kejayaan sesuatu kajian
bergantung kepada kebolehan pengkaji mengkonseptualisasikan idea dan
memberi kefahaman kepada orang lain yang ingin menggunakan konsep
yang sama. Konsep mempunyai tahap abstraksi yang berperingkat, iaitu
sejauh mana konsep mempunyai rujukan yang objektif. Sehelai kemeja T
ialah konsep yang objektif manakala personaliti ialah konsep yang
mempunyai tahap abstraksi yang tinggi. Konsep sebegini dipanggil
konstruksi.

(b) Konstruksi
Konstruksi merupakan gambaran atau idea yang dicipta khusus untuk
sesuatu kajian ataupun pembangunan teori. Konstruksi dibangunkan
dengan menggabungkan konsep yang mudah terutamanya apabila idea
atau gambaran yang cuba disampaikan tidak dapat dilihat secara kasar.
Sebagai contoh, IQ diukur daripada jawapan yang diberikan kepada
soalan-soalan dalam ujian IQ. Tiada siapa yang dapat melihat IQ walaupun
ia ialah ciri yang benar-benar wujud.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

(c) Definisi
Apabila makna sesuatu konsep menjadi keliru, nilai kajian mungkin
terjejas. Konsep yang mempunyai maksud yang berbeza-beza mengikut
individu akan menjejaskan komunikasi di antara mereka. Satu konsep
boleh didefinisikan dengan menggunakan perkataan seerti. Dalam kajian,
definisi mestilah amat terperinci agar ia mampu mengukur konsep.

Definisi operasi ialah definisi yang dinyatakan dalam bentuk kriteria yang
boleh diukur. Terma yang digunakan mestilah mempunyai rujukan
empirikal (mestilah boleh dihitung, diukur atau dikumpulkan dalam
bentuk yang objektif). Definisi operasi perlu memperincikan ciri-ciri yang
ingin dikaji, dan cara untuk memerhatikan ciri-ciri tersebut. Definisi
operasi yang efektif memastikan individu yang berbeza akan mempunyai
kefahaman yang sama tentang sesuatu perkara. Tujuan definisi operasi
adalah untuk memastikan konsep difahami dan diukur dengan jelas.

(d) Pemboleh ubah


Pada tahap teoretikal, konstruksi dan konsep digunakan untuk memahami
usul dan teori. Pada tahap ini, konstruksi tidak boleh dilihat secara kasar.
Pada tahap empirikal, usul berubah menjadi hipotesis dan diuji. Pada
tahap ini, konsep di beri nama pemboleh ubah. Pemboleh ubah biasanya
berangka atau nilai yang menggambarkan tahap kecenderungan. Berikut
adalah pemboleh ubah kuantitatif yang biasa digunakan:

(i) Pemboleh ubah dikotomi mempunyai dua nilai yang menunjukkan


kewujudan atau ketiadaan sifat tertentu.

(ii) Pemboleh ubah diskret (discrete) mempunyai nilai-nilai yang


mewakili kategori tertentu.

(iii) Pemboleh ubah selanjar mempunyai nilai dalam langkau tertentu


atau dalam kes yang sama, satu set infiniti.

Pemboleh ubah kualitatif pula tidak mempunyai nilai berangka dan


biasanya dijelaskan dalam bentuk yang subjektif.

(e) Usul
Usul ialah kenyataan tentang konsep yang boleh diterima atau ditolak
berdasarkan pemerhatian yang dibuat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN  11

(f) Hipotesis
Hipotesis adalah usul yang dirumuskan untuk ujian empirikal:

(i) Hipotesis Deskriptif ialah usul yang menyatakan saiz, bentuk dan
taburan sesuatu pemboleh ubah.

(ii) Hipotesis Hubungan ialah kenyataan yang menggambarkan


hubungan di antara dua pemboleh ubah dalam keadaan tertentu.
Hubungan boleh menjadi korelasi ataupun sebab-kesan
(penerokaan).

 Peranan hipotesis dalam kajian


Hipotesis mempunyai beberapa fungsi dalam kajian
ă Memberi panduan hala tuju kajian;
ă Menetapkan skop yang perlu dikaji;
ă Mengenal pasti data yang relevan atau sebaliknya;
ă Mengusulkan reka bentuk kajian yang paling sesuai; dan
ă Menyediakan kerangka kerja bagi membuat rumusan.

 Kriteria hipotesis yang baik

ă Mencukupi untuk tujuannya. Hipotesis deskriptif mestilah


dengan jelas menerangkan keadaan, saiz dan taburan
pemboleh ubah dalam bentuk nilai yang bermakna.

ă Boleh diuji: Hipotesis tidak boleh diuji sekiranya ia


memerlukan penggunaan teknik yang belum wujud.

(g) Model
Model ialah representasi satu sistem yang digunakan untuk mengkaji
aspek tertentu, sesuatu sistem atau keseluruhan sistem. Ia adalah berbeza
daripada teori, kerana teori mengandungi penjelasan tentang hubungan di
dalam sistem sedangkan model hanya menunjukkan representatifnya
sahaja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

(h) Kerangka Kerja


Kerangka kerja ialah representasi abstrak sesuatu fenomena. Ia
menerangkan tentang pemboleh ubah yang dikaji serta hubungan di
antaranya. Ia boleh dijelaskan dalam bentuk gambar rajah. Pada tahap
awal kajian, kerangka kerja teoretikal dibangunkan berdasarkan kajian
awal atau sorotan literatur. Kerangka kerja teoretikal digunakan untuk
memberi penjelasan tentang hubungan yang perlu dikaji dan diuji. Rangka
kerja yang telah berjaya diuji dianggap sebagai rangka kerja akhir. Laporan
dapatan kajian biasanya akan memberikan rangka kerja akhir.

(i) Proses
Proses dibangunkan untuk tujuan yang spesifik dalam organisasi biasa.
Tujuannya adalah untuk membuat perubahan dalam organisasi. Sebagai
contoh, sebuah syarikat ingin melaksanakan proses penambahbaikan bagi
meningkatkan prestasi kualiti. Proses ini akan melibatkan perubahan
struktur (contohnya, penukaran pekerja dari satu jabatan ke jabatan yang
lain) atau operasi (contohnya prosedur pemeriksaan kualiti diubah) di
dalam organisasi. Dalam kajian, satu proses dibangunkan untuk
membantu menyelesaikan masalah organisasi atau meningkatkan prestasi.
Hasil kajian adalah dalam bentuk proses baru dan bukannya kerangka
kerja atau model. Proses juga boleh dikatakan sebagai alat, prosedur,
kaedah atau sistem.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Apakah perbezaan antara usul dan hipotesis?

2. Apakah perbezaan antara konsep dan konstruksi?

3. Apakah berbezaan antara model dan rangka kerja?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN  13

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Mengapakah perlu menjalankan kajian jika kajian dalam sains


sosial tidak boleh menjadi 100% saintifik?

2. Tanda Betul atau Salah bagi penyataan di bawah.

No. Soalan Betul Salah


1. Dalam deduksi, kita bermula dengan pemerhatian,
membuat generalisasi dan menjelaskan hubungan
antara pemboleh ubah yang diperhatikan.

2. Teori membantu memberi makna pada corak-corak


pemerhatian.

3. Model lama sains menggunakan logik induktif.

4. Penyiasatan saintifik adalah proses yang melibatkan


pemindaan deduktif dan induktif.

5. Hipotesis yang baik boleh diuji. Ini bermakna ia


mestilah ringkas, memerlukan hanya beberapa
andaian dan keadaan.

6. Peranan teori ialah representasi sementara model


ialah penjelasan.

7. Pembolehubah pengantara mempunyai pengaruh


terhadap hubungan antara pemboleh ubah bersandar
dan pemboleh ubah bebas.

8. „Apabila pendapatan meningkat, umur akan


meningkat‰ adalah contoh hipotesis sebab-
kesan/penjelasan.

9. Dalam deduktif, kita memerhati fakta dan membuat


rumusan darinya.

10. „Kasut‰, „Kerusi‰, „Permintaan‰ dan „roti‰ ialah


konsep.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

 Penyelidikan saintifik adalah kaedah untuk memperoleh ilmu pengetahuan


dan maklumat; kaedah lain termasuklah pihak berkuasa, tradisi, logik akal,
mitos media dan pengalaman peribadi.

 Walaupun penyelidikan saintifik tidak memberikan maklumat 100% betul,


ia kurang mengandungi kesilapan dan kecacatan.

 Model sains yang lama mempunyai tiga komponen iaitu teori, operasional
dan pemerhatian.

 Model induktif dan deduktif menggabungkan induksi, deduksi,


pemerhatian, pengujian hipotesis dalam proses menyelesaikan masalah.

 Kaedah saintifik berasaskan konsep dan konstruksi yang digunakan di


peringkat empirikal. Konsep dan konstruksi diwakili oleh nilai atau bentuk
berangka bagi tujuan pengukuran.

 Hipotesis menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah.

 Hipotesis yang baik adalah menjelaskan apa yang ingin dicapai, boleh diuji
dan mempunyai kepelbagaian.

 Teori ialah kenyataan umum yang menjelaskan sesuatu fenomena.

 Teori mengandungi konsep, definisi, usul yang menjelaskan dan meramal


fenomena.

 Model ialah representasi aspek tertentu dalam sistem atau keseluruhan


sistem.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN  15

Usul Model
Definisi Model deduktif
Empirikal Pemboleh ubah
Generalisasi Proses
Hipotesis Rangka kerja
Konsep Replika
Konstruksi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Proses
2 Penyelidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti jenis-jenis permasalahan yang perlu diketengahkan
dalam penyelidikan;
2. Menerangkan peringkat-peringkat dalam proses penyelidikan; dan
3. Menilai faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan sesuatu
penyelidikan.

 PENGENALAN
Penyelidikan melibatkan proses pelbagai peringkat. Walaupun jumlah peringkat
dalam proses penyelidikan berbeza, penyelidikan perlu mempunyai peringkat
mengenal pasti topik, sorotan literatur, merancang strategi, mengumpul data,
menganalisis data dan menulis laporan. Dalam proses penyelidikan, perlu ada
perbincangan rasional di setiap peringkat walaupun ia sukar dilakukan dalam
keadaan sebenar. Kadangkala, pengkaji perlu kembali ke setiap peringkat kerana
setiap peringkat berkait rapat dan mungkin mempengaruhi atau dipengaruhi
antara satu sama lain. Setiap kali pengkaji kembali ke sesuatu peringkat, beliau
perlu membuat refleksi isu-isu yang terbabit, memperhalus idea, dan mengambil
kira isu etika dan akses semasa penyelidikan dijalankan.

2.1 PROSES PENYELIDIKAN


Proses penyelidikan bermula dengan sesuatu peristiwa, keadaan, dan objek yang
menarik minat atau keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara. Penyelidikan
ialah proses mengumpul maklumat yang diperlukan, untuk menjawab persoalan
tertentu, untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN  17

organisasi atau masyarakat. Maklumat yang diberikan mestilah baik agar ia


berguna. Bagi mendapatkan maklumat yang baik, proses untuk
mendapatkannya mestilah baik. Proses yang baik ialah proses saintifik atau
proses bersistematik.

Langkah-langkah dalam proses penyelidikan ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Langkah-langkah dalam proses penyelidikan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN

Berikut ialah perincian bagi Rajah 2.1.

(a) Mengenal Pasti Masalah


Peringkat pertama dalam penyelidikan ialah mengenal pasti masalah, dan
isu-isu bagi memberi justifikasi perlunya sesuatu penyelidikan. Terdapat
banyak sumber permasalahan kajian seperti minat, pengalaman, masalah
sosial, tren dunia, pembangunan teknologi baru atau masyarakat.

(b) Membangunkan Persoalan Kajian


Persoalan kajian adalah penting bagi memastikan penyelidikan berada di
landasan yang betul. Persoalan kajian memberi panduan untuk mencari
literatur, mengumpul data, menganalisis dan membuat rumusan.
Persoalan kajian biasanya lebih spesifik dalam kajian kuantitatif
berbanding dengan kajian kualitatif. Kita tidak boleh menjawab kesemua
persoalan kajian yang timbul. Kita perlu memilih persoalan kajian
berdasarkan masa dan kos yang diperuntukkan untuk sesuatu
penyelidikan.

(c) Sorotan Literatur


Sorotan literatur mengandungi tujuan penyelidikan, strategi pencarian dan
perancangan bagaimana penyelidikan akan dijalankan. Sorotan literatur
meningkatkan pemahaman teori dan memberi perspektif terhadap
penyelidikan yang akan dilakukan, serta membantu menjelaskan latar
belakang masalah yang dikaji. Dengan sorotan literatur penyelidik akan
mengetahui di mana dan bila kajian perlu dimulakan serta mentafsir
dapatan dengan tepat dan betul. Sorotan literatur mendedahkan kaedah
dan teknik untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian masalah kajian,
juga mengelakkan diri dari mengulangi kelemahan yang telah dilakukan
penyelidik sebelumnya dan mengekalkan kesinambungan dan
peningkatan teori bagi memperkukuhkan sesuatu bidang ilmu.

(d) Falsafah dan Pendekatan Penyelidikan


Kefahaman tentang falsafah dan pendekatan penyelidikan adalah penting
pada peringkat awal penyelidikan. Pengkaji boleh memilih untuk
menggunakan pendekatan induktif berbanding dengan pendekatan
deduktif. Pengkaji juga boleh memilih untuk menggunakan pendekatan
sains tulen (positivisme) atau lebih memfokuskan kepada aspek
kemanusiaan dalam kajian. Penggunaan sesuatu pendekatan bergantung
kepada nilai dan kaca mata pengkaji bila melihat dunia. Justifikasi pada
awal kajian akan menetapkan bagaimana sesuatu penyelidikan direka
bentuk, bagaimana data dikumpulkan dan di analisa serta bagaimana ia
dirumuskan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN  19

(e) Reka Bentuk Penyelidikan


Pada peringkat ini, terdapat banyak kaedah penyelidikan yang boleh
digunakan untuk menjalankan kajian. Pemilihan kaedah merangkumi
kaedah-kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kadangkala penggunaan kaedah
penyelidikan bercampur digalakkan.

(f) Pengumpulan Data


Sebelum pengumpulan data dibuat, kaedah pensampelan perlu dirancang.
Penyelidikan kualitatif biasanya menggunakan kaedah pensampelan
teoretikal manakala penyelidikan kuantitatif menggunakan pensampelan
rawak atau bukan rawak. Pengkaji juga perlu memutuskan jenis data yang
ingin dikumpulkan seperti data primer atau data sekunder. Pengkaji juga
perlu memikirkan bagaimana data dapat diakses dan kaedah yang
digunakan untuk mengumpulnya. Terdapat banyak cara pengumpulan
data boleh dibuat, seperti temu bual berstruktur atau separa struktur.
Sebelum mengumpul data, instrumen kajian seperti borang soal selidik
perlu dibangunkan.

(g) Pemprosesan dan Analisa Data


Isu utama pada peringkat ini adalah bagaimana untuk menyediakan data
bagi analisa berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Data perlu disunting dan
dikodkan untuk analisa seterusnya. Bagi data kuantitatif, penggunaan
pakej perisian komputer seperti SPSS digalakkan. Analisa data kualitatif
adalah subjektif dan biasanya dilakukan secara manual. Penggunaan
pelbagai kaedah analisa kualitatif seperti padanan corak, analisa teks, teori
dasar, dan analisa naratif adalah bergantung kepada jenis data. Walau
bagaimanapun, terdapat perisian komputer yang sesuai untuk
menganalisis data kualitatif.

(h) Rumusan dan Laporan


Laporan akhir membentangkan keseluruhan projek penyelidikan bermula
daripada isu kajian, sorotan literatur, metodologi penyelidikan, dapatan
kajian, analisa data dan rumusan. Laporan tidak mempunyai format yang
konsisten dan pengkaji haruslah membuat keputusan struktur, kandungan
dan stail laporan yang akan digunakan.

Bagi memastikan sesuatu penyelidikan berjaya, pengkaji haruslah:

(a) Mendapatkan maklumat yang terkini;

(b) Mendapatkan maklumat dari mereka yang mempunyai lebih banyak


maklumat berkenaan dengan sesuatu situasi dan prospek teknologi;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN

(c) Mengenal pasti pengkaji lain yang membuat penyelidikan yang sama; dan
(d) Mengenal pasti kejayaan dan kegagalan pengkaji lain dalam keadaan yang
sama.

Faktor yang menggugat proses penyelidikan adalah seperti berikut:

(a) Sindrom metodologi yang terbaik.


(b) Tanggapan bahawa dapatan kajian dapat menyelesaikan semua masalah.
(c) Mereka bentuk soalan yang tidak boleh diukur.
(d) Permasalahan kajian yang tidak dinyatakan dengan jelas.
(e) Penyelidikan yang dipolitikkan.

SEMAK KENDIRI 2.1

Kenal pasti tujuan proses penyelidikan dan faktor-faktor utama yang


menjayakannya.

2.2 PROSES MENGENAL PASTI MASALAH


Kaedah yang berguna apabila memulakan proses penyelidikan ialah dengan
menyatakan masalah. Masalah mungkin dalam bentuk situasi umum yang
menggambarkan sesuatu fenomena. Dilema yang dihadapi setiap hari mungkin
simptom masalah yang lebih besar. Dilema lebih mudah dikenal pasti daripada
masalah yang sebenar. Bagi mengenal pasti dilema, analisa situasi boleh dibuat.
Dilema ini pada akhirnya akan membawa kepada masalah praktikal.

Permasalahan kajian boleh dikenal pasti dengan:

(a) Meneliti konsep atau konstruksi;

(b) Memecahkan masalah kepada soalan yang lebih kecil dan spesifik;

(c) Menyatakan hipotesis yang perlu diuji dengan jelas;

(d) Mengenal pasti bukti untuk menjawab soalan dan hipotesis kajian; dan

(e) Mengenal pasti skop kajian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN  21

Soalan-soalan Penyiasatan
Soalan penyiasatan berlaku apabila permasalahan kajian telah dikenal pasti dan
pengkaji perlu memikirkan masalah dalam bentuk yang lebih spesifik dan lebih
fokus. Soalan ini perlu ditanya oleh pengkaji untuk mendapat rumusan yang
paling memuaskan berkenaan persoalan kajian. Soalan yang spesifik akan
membantu menetapkan jenis data yang patut dikumpulkan.

Soalan-soalan Pengukuran
Soalan-soalan pengukuran ditanya kepada responden bagi mendapatkan data
untuk dianalisis. Soalan-soalan ini terdapat dalam borang kaji selidik. Sekiranya
penyelidikan menggunakan pendekatan pemerhatian, soalan pengukuran adalah
dalam bentuk rekod pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji.

AKTIVITI 2.1

Apakah langkah-langkah saintifik/bersistematik yang perlu dilaksanakan


dalam penyelidikan? Bincangkan.

AKTIVITI 2.2

Pengurus besar syarikat memanggil anda ke pejabat beliau. Beliau amat


risau dengan kadar pusing ganti yang tinggi di kalangan juruteknik di
jabatan kejuruteraan. Beliau meminta anda melakukan tinjauan di
kalangan syarikat besar lain untuk belajar bagaimana syarikat-syarikat
tersebut mengatasi masalah yang sama:

(a) Adakah anda rasa cadangan yang diberikan oleh pengurus syarikat
itu wajar? Beri justifikasi bagi jawapan anda.

(b) Sekiranya cadangan tersebut boleh diterima, bagaimanakah


permasalahan kajian boleh diperbaiki?

2.3 DATA UNTUK PENYELIDIKAN


Data adalah fakta-fakta yang diperoleh oleh pengkaji dari persekitarannya. Data
mungkin dalam bentuk berangka, atau pun dalam bentuk maklumat, dan bukti
AKTIVITI 2.1
yang telah dikumpulkan menggunakan peraturan-peraturan yang tertentu, dan
prosedur yang telah disahkan. Data boleh diperoleh menggunakan pemerhatian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN

yang ringkas, atau soal selidik yang canggih kepada syarikat-syarikat besar di
seluruh dunia. Teknik yang digunakan untuk mengumpul data akan
menentukan kaedah pengumpulan data. Antara teknik yang digunakan untuk
merekodkan data mentah ialah soal selidik, borang pemerhatian, nota makmal,
log daripada penentu ukuran instrumen, laporan kewangan dan instrumen yang
telah disahkan. Data digunakan untuk menerima atau menolak hipotesis dan
juga sebagai bukti atau maklumat empirikal yang mewakili sesuatu konsep.

Ciri-ciri data boleh dilihat dari segi:

(a) Tahap abstraksi ă Sama ada ianya lebih bersifat metafora atau benar-benar
wujud. Sebagai contoh, keuntungan tidak boleh dilihat secara terus tetapi
kesannya boleh direkodkan.

(b) Kebolehan untuk dibuktikan ă Apabila pengalaman yang dialami


memberikan hasil yang konsisten, data dikatakan boleh dipercayai dan
boleh disemak.

(c) Kesukaran mendapatkan data ă Mendapatkan data mungkin menjadi


sukar disebabkan kadar perubahan sesuatu peristiwa dan tempoh masa
pemerhatian yang telah luput. Masa membawa perubahan.

(d) Tahap representasi sesuatu keadaan yang dikaji ă Sejauh mana apa yang
ingin dikaji menggambarkan keadaan sebenar.

Terdapat dua jenis data, iaitu:

(a) Data sekunder ă Data yang dikumpulkan dan diproses oleh seorang
pengkaji, dianalisis untuk tujuan lain oleh pengkaji yang lain.

(b) Data primer ă Data tulen yang mengandungi kebenaran dan ralat yang
terkawal. Oleh yang demikian, perancangan teliti untuk pengumpulan
data adalah amat penting.

2.4 MENGANALISIS DAN MENTAFSIR DATA


Data mentah tidak banyak membantu menyelesaikan masalah pengurusan,
ataupun dalam membuat keputusan. Bagi mendapatkan maklumat, data mentah
perlu diproses, di transformasi serta dikurangkan supaya lebih mudah diurus.
Bagi menjadikan maklumat lebih berguna, pentafsiran data perlu merangkumi
membuat rumusan, melihat corak hubungan dan menggunakan teknik statistik.
Pentafsiran dapatan daripada analisa yang dibuat akan menentukan sama ada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN  23

persoalan kajian telah terjawab, dan keputusannya konsisten dengan teori atau
kajian lepas.

Keputusan daripada analisa data mesti disampaikan agar cadangan berdasarkan


fakta boleh disediakan. Persembahan dapatan adalah berbeza bergantung
kepada sasaran pembaca, keadaan dan tujuan sesuatu penyelidikan dijalankan.

2.5 BAGAIMANA MEMILIH TOPIK


Antara masalah yang sering dihadapi oleh pelajar apabila membuat
penyelidikan ialah memilih topik yang sesuai. Topik yang sesuai membantu
mereka bentuk langkah-langkah yang sesuai bagi menjalankan penyelidikan
secara efektif. Berikut adalah terminologi penting yang perlu difahami sebelum
memilih topik penyelidikan:

(a) Subjek/Masalah Umum ă Bidang yang menarik minat boleh dikecilkan


kepada topik yang sesuai; subjek terlalu luas atau mempunyai definisi
yang longgar untuk menjadi topik bagi penyelidikan.

Contoh 2.1
Subjek/masalah umum boleh menjadi topik yang baik ă apabila
terdapat soalan-soalan yang belum terjawab dengan baik menurut
individu yang pakar dalam topik tersebut.

Peringatan tentang tujuan penyelidikan: Untuk menjelaskan/


menerangkan, atau untuk menunjukkan/meneroka, atau untuk
membahaskan/mengenal pasti sebab-kesan, atau untuk meramal/
mengawal. Penyelidikan bukan sahaja melaporkan dan mencari
maklumat. Pengkaji harus menilai maklumat dan idea yang dijumpai
untuk mendapatkan rumusan yang jelas dan mantap bagi membuat
pembaca berfikir atau menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.

(b) Topik ă Tidak terlalu luas, mempunyai bidang yang jelas kepentingannya
dan boleh dikaji secara terperinci menggunakan sumber penyelidikan yang
ada. Topik yang baik akan mengutarakan soalan-soalan yang memerlukan
jawapan yang kompleks. Namun begitu, tiada isu jawapan yang betul atau
salah. Penyelidikan tidak dilakukan untuk membuat penilaian tentang
apa/siapa yang salah tetapi lebih kepada menghimpunkan maklumat dari
pelbagai sumber agar gambaran keseluruhan dapat diberikan kepada
pembaca.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN

Contoh 2.2

 Kesan sikap ibu bapa terhadap remaja yang mengandung.

 Keperluan rekreasi di kalangan pelawat domestik di Langkawi.

 Peranan herba tertentu untuk memulihkan kanser.

 Keberkesanan sistem komunikasi yang telah ditambahbaikkan


kepada produktiviti pekerja katering penerbangan.

 Kesan perkembangan industri pengeluaran komponen kepada


migrasi pendalaman-bandar di kalangan wanita.

 Peranan universiti awam dalam penggunaan Bahasa Inggeris di


sekolah rendah.

(c) Tesis ă Satu kenyataan umum yang menyatakan rumusan penting dari
analisa terperinci yang dibuat dari pelbagai sumber. Kenyataan ini perlu
dinyatakan pada awal laporan penyelidikan (dalam permasalahan kajian);
isi kandungan laporan perlu menjelaskan, dan menggambarkan kenyataan
(peringkat pengenalan), menganalisis (bab metodologi), membahaskan dan
membuktikan tesis (perbincangan dan rumusan). Tesis dipertahankan
melalui bukti yang dikumpulkan dan di analisa daripada sumber-sumber
yang menyatakan pandangan yang berbeza berkenaan sesuatu topik.

Sekiranya tesis telah difikirkan dari awal lagi, pengkaji boleh


mengehadkan jumlah pembacaan dari setiap sumber dengan memberi
penekanan kepada petikan yang relevan kepada tesis. Walau
bagaimanapun, ia kadangkala tidak dapat dilakukan. Oleh itu, memikirkan
topik dari aspek tesis atau hipotesis amat membantu.

(d) Hipotesis ă Ramalan daripada tesis kadangkala di buat sebelum


pembacaan di lakukan untuk melihat apa yang mungkin diperlihatkan
tentang topik tertentu. Contohnya, jawapan yang diharapkan dari soalan
kajian berdasarkan topik tertentu. Hipotesis (educated guess), dapat
membantu pengkaji untuk mencari maklumat (data, kaedah) yang
diperlukan secepat dan seefisien mungkin dengan memfokuskan hanya
kepada beberapa aspek spesifik topik tersebut. Hipotesis yang dirangka
ayatnya dengan teliti dapat membantu mengurangkan masalah apabila
mencari sumber dan mengeluarkan hanya maklumat yang diperlukan.
Dalam kata lain, hipotesis menunjukkan arah yang betul dengan
menyatakan persoalan spesifik yang memerlukan jawapan. Maklumat/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN  25

jawapan sama ada konsisten dengan hipotesis akan membawa pengkaji


lebih dekat dengan kebenaran, iaitu tesis.

Hipotesis perlu dibuat semasa memilih topik. Ini kerana topik mengandungi
banyak persoalan yang tidak terjawab dan hipotesis meramal jawapannya.
Oleh yang demikian, hipotesis dapat menguji sama ada penyelidikan yang
dijalankan itu terperinci. Hipotesis tidak boleh dipertahankan hanya dengan
menggunakan maklumat yang menyokongnya untuk mengesahkan
rumusan. Sumber yang berbeza yang mempunyai pandangan yang berbeza
perlu diambil kira. Misi penyelidikan adalah untuk membentangkan
gambaran keseluruhan kepada pembaca agar mereka mendapat maklumat
yang cukup untuk menilai rumusan.

SEMAK KENDIRI 2.2

Tandakan Betul atau Salah pada setiap kenyataan di bawah:

No. Soalan Betul Salah


1. Soalan penyiasatan, pengurusan dan pengukuran
adalah sebahagian dari proses hierarki soalan.

2. Perbezaan antara situasi yang diingini dan yang


benar-benar berlaku ialah masalah.

3. Dalam kajian pemerhatian, soalan pengukuran ialah


pemerhatian itu sendiri.

4. Penyelidik yang baik harus mempertimbangkan


semua alternatif apabila mereka bentuk penyelidikan.

5. Membandingkan masalah yang ada dengan


pengalaman lepas yang sama boleh membantu
menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif.

6. Pengurusan dilema ialah simptom masalah sebenar.

7. Penyelidikan penjelasan berhubung dengan sebab-


kesan.

8. Objektif kajian mempunyai butiran yang lebih


terperinci dibandingkan dengan persoalan kajian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN

Pilih jawapan yang betul

1. Salah satu sebab utama menulis cadangan penyelidikan adalah untuk:


(a) Mengetengahkan masalah yang perlu dikaji dan kepentingannya.
(b) Menyediakan laporan penyelidikan awal-awal lagi.
(c) Membantu klien memilih reka bentuk kajian yang sesuai.
(d) Memaksa klien memilih teknik yang paling sesuai untuk
menganalisis data.

2. Soalan pengukuran adalah:


(a) Pemerhatian dalam kajian pemerhatian.
(b) Tidak relevan dalam kajian kualitatif.
(c) Hanya digunakan dalam prosedur pensampelan.
(d) Disimpulkan bukan dari pengumpulan data soal selidik.

3. Bahagian-bahagian dalam Penyataan Masalah dan Objektif Kajian:


(a) Menyatakan asas bagi sorotan literatur, reka bentuk kajian dan
analisa data.
(b) Tidak diperlukan dalam kebanyakan kajian.
(c) Hanya diperlukan dalam kajian-kajian besar.
(d) Hanya perlu dinyatakan untuk pemberi dana penyelidikan.

 Proses penyelidikan ialah proses yang saling berkaitan dan berperingkat.

 Fasa pertama dalam proses penyelidikan ialah mengenal pasti masalah atau
peringkat pentakrifan. Ini termasuklah membuat kajian penerokaan.

 Apabila masalah telah dikenal pasti, pengkaji perlu merancang peringkat-


peringkat yang lain kerana semuanya dipengaruhi oleh permasalahan
kajian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PROSES PENYELIDIKAN  27

 Pada peringkat perancangan, pengkaji harus mengenal pasti kaedah


pengumpulan dan teknik menganalisis data serta persediaan laporan.

 Pengkaji perlu menentukan reka bentuk kajian kerana ia akan menentukan


data yang akan dikumpulkan dan kaedahnya.

 Reka bentuk kajian yang kreatif membantu mengurangkan kos penyelidikan.

Definisi Konstruksi
Hipotesis Model deduktif
Kajian penerokaan Model induktif
Konsep Rangka kerja empirikal
Konseptualisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sorotan
3 Literatur

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memberi definisi sorotan literatur;
2. Menjelaskan kepentingan sorotan literatur;
3. Menyenaraikan prosedur yang ideal bagi sorotan literatur;
4. Menerangkan kesilapan yang sering berlaku dalam sorotan literatur;
dan
5. Membincangkan penilaian artikel jurnal.

 PENGENALAN
Sorotan literatur tidak begitu difahami oleh ramai pelajar. Pelajar berpendapat
bahawa sorotan literatur hanya melibatkan pengumpulan dan kompilasi fakta-
fakta bagi penyelidikan yang dijalankan. Hakikatnya, sorotan literatur
memerlukan pemikiran analitis, kebolehan mengkritik dan pendekatan
empirikal. Apabila anda memulakan proses penyelidikan, sorotan literatur dapat
membantu mewujudkan asas teori dalam bidang yang menarik minat,
menjelaskan idea dan membangunkan metodologi. Sorotan literatur juga
membantu mengintegrasikan dapatan kajian dengan ilmu pengetahuan yang
sedia ada. Kita mesti sedar bahawa salah satu tanggungjawab penting dalam
penyelidikan, seperti membandingkan dapatan kajian dengan kajian-kajian yang
lain. Oleh yang demikian, sorotan literatur memainkan peranan yang penting
dalam proses penyelidikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR  29

3.1 APA ITU SOROTAN LITERATUR?


Tujuan sorotan literatur adalah untuk mengetengahkan apa yang telah dilakukan
dalam bidang yang menarik minat, dan bagaimana dapatan kajian anda berkait
dengan kajian-kajian terdahulu. Sorotan literatur juga menunjukkan perkara
berikut:

(a) Pendekatan;
(b) Kaedah;
(c) Pemboleh ubah yang digunakan; dan
(d) Prosedur statistik.

Bahagian paling penting dalam sorotan literatur ialah dapatan kajian. Sorotan
literatur akan memberi gambaran tentang dapatan kajian-kajian terdahulu. Ia
juga mengesan corak umum dapatan dan rumusan yang dibuat.

Umumnya, sorotan literatur memberi pemahaman yang terperinci dan


penerangan sama ada dapatan kajian anda sama atau berbeza daripada kajian
terdahulu.

Sebagai contoh, sorotan literatur boleh memberi justifikasi sama ada kajian yang
anda lakukan merupakan lanjutan daripada kajian lepas. Ia juga boleh
menunjukkan sama ada anda cuba mengulang kajian terdahulu dalam konteks
yang berbeza.

Sorotan literatur juga mendedahkan teknik dan prosedur statistik yang belum
pernah digunakan. Untuk membuat sorotan literatur, anda perlu mencari,
membaca dan menilai dokumen kajian, laporan, tesis dan lain-lain bahan
akademik. Sorotan literatur yang dilakukan dalam proses penyelidikan mestilah
meluas dan terperinci kerana tujuan utamanya adalah untuk menghuraikan
topik yang ingin dikaji.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR

AKTIVITI 3.1

Senaraikan halangan-halangan yang mungkin dihadapi oleh pelajar


semasa membuat sorotan literatur bagi tesis atau laporan penyelidikan.
Bincangkan jawapan anda semasa sesi tutorial.

3.2 KEPENTINGAN SOROTAN LITERATUR


Sorotan literatur memakan masa yang lama dan tidak mudah dilakukan.
Bagaimanapun, ia sentiasa memberi ganjaran. Sorotan literatur mempunyai
beberapa fungsi dalam kaedah penyelidikan, seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Fungsi-fungsi sorotan literatur

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR  31

Rajah 3.2 menyenaraikan kepentingan utama sorotan literatur.

Rajah 3.2: Kepentingan-kepentingan utama sorotan literatur

Berikut ialah penerangan bagi Rajah 3.2.

(a) Memurnikan Kaedah Penyelidikan


Sorotan literatur membantu anda mengetahui kaedah penyelidikan yang
digunakan oleh pengkaji lain, bagi menyelesaikan persoalan kajian yang
sama dengan anda. Ia juga akan menerangkan prosedur yang digunakan
oleh pengkaji lain, dan kaedah yang sama seperti yang anda cadangkan. Ini
akan memberi anda idea sama ada kaedah yang digunakan oleh pengkaji
lain berkesan terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka. Apabila
membuat sorotan literatur, anda menjadi lebih peka dengan perangkap,
dan masalah yang akan dihadapi. Ini membantu anda merangka strategi
bagi memilih kaedah yang paling sesuai dengan kajian anda.

(b) Memfokuskan kepada Permasalahan Kajian


Sorotan literatur membantu pembentukan permasalahan kajian. Proses
sorotan literatur membantu meningkatkan kefahaman tentang bidang
kajian. Oleh itu, persoalan kajian dapat dikonseptualisasikan lebih jelas dan
tepat. Tambahan pula, ia membantu memahami hubungan antara
persoalan kajian dan kerangka ilmu dalam bidang kajian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR

(c) Memenuhi Asas Pengetahuan dalam Bidang Penyelidikan


Salah satu objektif yang utama sorotan literatur adalah untuk memastikan
pembacaan meluas bidang subjek yang ingin dikaji. Adalah penting untuk
anda mengetahui apa yang dilakukan oleh pengkaji lain dalam bidang
yang menarik minat atau topik yang sama dengan anda termasuk teori
yang diketengahkan dan jurang yang wujud dalam bidang tersebut.

(d) Memberi Konteks kepada Dapatan Kajian


Mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian adalah mudah. Kesukaran
berlaku apabila anda ingin meneliti dapatan kajian dalam kerangka ilmu
yang sedia ada. Bagaimanakah anda menjawab persoalan kajian
berbanding dengan rumusan pengkaji lain? Apakah sumbangan ilmu baru
daripada penyelidikan anda? Bagaimanakah dapatan kajian anda berbeza
dengan pengkaji yang lain? Untuk menjawab soalan-soalan ini, anda perlu
kembali kepada sorotan literatur. Adalah penting untuk meletakkan
dapatan kajian dalam konteks yang telah diketahui dan difahami dalam
bidang kajian anda.

(e) Memastikan Keaslian dalam Kajian


Apabila anda membuat sorotan literatur, anda tidak menghadapi risiko
pembaziran masa untuk mencari semula sesuatu yang telah diketahui dan
diterbitkan dalam bidang kajian. Sorotan literatur boleh memastikan
keaslian dan sumbangan baru daripada kajian yang dibuat.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sorotan literatur?

2. Senaraikan tiga sebab mengapa sorotan literatur penting.

3.3 PROSEDUR SOROTAN LITERATUR


Mempunyai idea yang spesifik tentang apa yang ingin dikaji sebelum
memulakan sorotan literatur adalah penting. Melakukan sorotan literatur tanpa
mempunyai idea yang cukup spesifik tentang apa yang hendak dikaji adalah
merbahaya. Ia boleh mempengaruhi pemikiran anda tentang kajian dan
metodologi yang anda gemari sehingga menyebabkan pemilihan permasalahan
kajian dan metodologi yang kurang inovatif. Oleh itu, merangka idea utama
sebelum sorotan literatur perlu dilakukan. Umumnya, terdapat empat langkah
dalam sorotan literatur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR  33

Rajah 3.3: Empat langkah utama dalam sorotan literatur

Mari kita lihat setiap langkah ini dengan lebih terperinci.

(a) Langkah 1: Cari Literatur yang Sedia Ada dalam Bidang yang Menarik
Minat
Apabila anda memilih topik yang menarik minat anda, pastikan ia adalah
bidang yang telah dikaji dengan baik agar terdapat banyak literatur untuk
dipilih. Kecilkan topik anda agar huraian dapat dibuat dengan mendalam.
Topik mestilah cukup kecil dan komprehensif. Apabila kedua-dua kriteria
telah dipenuhi, anda boleh memulakan pencarian literatur. Pencarian
literatur yang efektif memerlukan idea kasar tentang bidang kajian dan
masalah yang ingin dikaji. Tugas pertama melibatkan aktiviti menyusun
bibliografi dalam bidang kajian anda. Buku dan jurnal adalah sumber yang
baik untuk literatur dalam bidang tertentu.

Sumber-sumber lain termasuklah:

(i) Indeks jurnal (contoh: ACM, IEEE Transactions dan Elsevier);

(ii) Abstrak artikel (contoh:, Dissertation Abstract International, Emerald


dan IT Knowledge Base); dan

(iii) Indeks petikan (contoh: ProQuest dan Scopus).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR

(b) Langkah 2: Melakukan Sorotan Literatur


Apabila anda telah mengenal pasti beberapa jurnal dan buku, perkara
seterusnya yang perlu dilakukan adalah membacanya secara kritikal.
Kumpulkan tema dan isu yang berkait rapat dengan topik kajian anda.
Baca dan baca! Ini ialah perkara asas apabila membuat sorotan literatur.
Sekiranya anda tidak mempunyai kerangka kerja atau tema untuk
memulakan kajian, gunakan kertas yang berasingan untuk mengambil isi-
isi utama daripada artikel jurnal dan buku. Apabila kerangka kerja kasar
telah disediakan, anda boleh memasukkan maklumat yang didapati pada
tempat yang sesuai.

Apabila anda membaca dengan lebih banyak, ulasan kritikal mestilah


dilakukan pada aspek-aspek berikut:

(i) Ambil nota mengenai teori-teori yang diketengahkan, kritikan dan


kaedah yang digunakan (saiz sampel, data yang digunakan, prosedur
pengukuran);

(ii) Pastikan pengetahuan yang relevan bagi rangka kerja anda telah
dibuktikan tanpa ragu-ragu;

(iii) Cari perbezaan pendapat di kalangan pengkaji dan mencatatkan


pendapat anda tentang kesahihannya; dan

(iv) Teliti jurang dalam ilmu pengetahuan yang sedia ada.

(c) Langkah 3: Membangunkan Kerangka Kerja Teoretikal


Sorotan literatur ialah tugas yang tidak mungkin selesai. Menetapkan batas
dan parameter bagi literatur yang relevan untuk kajian adalah penting
kerana anda mempunyai had masa tertentu untuk menyiapkannya.
Maklumat yang didapati dari sumber literatur perlu diasingkan mengikut
tema dan isu di dalam kerangka kerja. Anda tidak akan dapat
memfokuskan pencarian literatur sekiranya anda tidak membuat sorotan
literatur menggunakan rangka kerja yang telah dibangunkan. Ini
bermakna, kerangka kerja teoretikal menyediakan asas dan memberi
panduan untuk pembacaan seterusnya. Amalan terbaik ialah
pembangunan rangka kerja terlebih dahulu dan kemudiannya mencari
literatur dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, apabila anda membaca
dengan lebih banyak tentang bidang kajian anda, kerangka kerja mungkin
perlu ditukar. Ini adalah sebahagian daripada proses penyelidikan dan
tidak perlu dirisaukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR  35

(d) Langkah 4: Menulis Sorotan Literatur


Tugasan terakhir melibatkan mengumpul dan menulis semua literatur
yang telah dibaca dan diulas. Mulakan ulasan anda dengan tema atau isi
ingin ditekankan. Susun dan senaraikan semua tema yang ingin
dibincangkan dan dikaitkan. Penyusunan adalah amat penting kerana ia
memberi struktur kepada pembaca. Semasa menulis, kenal pasti dan
terangkan pelbagai teori yang relevan dalam bidang kajian dan tulis jurang
kerangka ilmu dengan terperinci dalam bidang tersebut. Teruskan dengan
penjelasan tentang penemuan baru dalam bidang yang dikaji termasuklah
trend terkini.

Dalam penyelidikan, kita menerangkan, membandingkan dan menilai


dapatan berdasarkan:

(i) Andaian penyelidikan;


(ii) Teori-teori berkaitan dengan bidang kajian;
(iii) Hipotesis;
(iv) Reka bentuk kajian yang digunakan;
(v) Pemboleh ubah yang dipilih; dan
(vi) Kajian akan datang yang dijangka oleh pengkaji.

Kita akan membincangkan hipotesis dan reka bentuk kajian dengan lebih lanjut
dalam topik seterusnya dalam modul ini. Adalah amat penting untuk
mengelakkan plagiat dalam penulisan. Beri pengiktirafan atas kerja-kerja
pengkaji lain. Petik kajian mereka bagi memperlihatkan sama ada dapatan kajian
anda bertentangan, sama atau lebih baik daripada mereka. Langkah ini
dilakukan apabila anda mula menulis dapatan kajian setelah menyiapkan analisa
data dalam proses penyelidikan. Pengiktirafan sumber rujukan tidak
memerlukan sebarang kos. Ia sebenarnya menunjukkan keluasan dan kedalaman
sorotan literatur dan ketepatan kajian anda.

3.4 KESILAPAN BIASA DALAM SOROTAN


LITERATUR
Pada kebiasaannya, individu yang masih baru dalam penyelidikan melakukan
kesilapan sebaik sahaja mereka memulakan penulisan sorotan literatur:

(a) Ulasan hanyalah penerangan pelbagai bahan tanpa menunjukkan


perkaitan antara kajian dan tujuan utama topik kajian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR

(b) Pelajar cenderung untuk mengambil isi bulat-bulat dan ini tidak
digalakkan. Sumber asal kajian perlu dimasukkan dan dipetik dalam
rujukan.

(c) Jurnal atau laporan yang dimasukkan tidak dinilai secara kritis. Penilaian
kritis perlu dibuat pada persoalan kajian, metodologi yang digunakan serta
cadangan yang diberikan oleh pengkaji lain.

Kadangkala pelajar tidak membaca kajian asal dan hanya meniru bulat-bulat
kajian orang lain serta memetik kajian tersebut seolah-olah sumber asal kajian
telah dibaca. Keadaan seumpama ini adalah salah.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah prosedur yang terlibat dalam sorotan literatur?

2. Apakah kesilapan yang sering terjadi semasa sorotan literatur?

3.5 MENILAI ARTIKEL JURNAL


Menulis sorotan literatur adalah penting kerana ia membolehkan anda mentafsir
hasil kerja pengkaji lain. Bagaimanakah anda menilai artikel jurnal atau
persidangan? Prosedur untuk menilai jurnal atau artikel kajian ditunjukkan di
dalam Rajah 3.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR  37

Rajah 3.4: Lima langkah prosedur menilai artikel jurnal

Sekarang kita akan membincangkan langkah-langkah yang dinyatakan dalam


Rajah 3.4 dengan lebih terperinci.

(a) Langkah 1: Baca dan Fahami Abstrak

(i) Kajian tentang apa? Adakah objektif dan sasaran kajian diterangkan
dengan jelas?

(ii) Adakah reka bentuk kajian yang digunakan diterangkan dengan


jelas?

(iii) Apakah sebab-sebab kajian tersebut perlu difahami?

(b) Langkah 2: Baca dan Fahami Pengenalan

(i) Anda perlu ingat bahawa penulis menganggap pembaca ialah pakar
dalam bidang dan mempunyai latar belakang ilmu tersebut.

(ii) Rujukan mungkin pendek dan singkat kerana beranggapan anda


kenal pakar-pakar dalam bidang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR

(iii) Kritik soalan kajian bagi menentukan sama ada ia sesuai dengan
tema kajian.

(c) Langkah 3: Baca Bahagian Metodologi

(i) Bahagian ini menjelaskan kaedah yang digunakan untuk mengumpul


data dan latar belakang subjek.

(ii) Anda sepatutnya boleh mengkritik sama ada pemilihan subjek


adalah sesuai ataupun tidak.

(iii) Adakah isu kebolehpercayaan dan kesahan dibincangkan?

(iv) Sekiranya topik berkenaan reka bentuk dan pembangunan, adakah


rangka kerja dibincangkan secara terperinci? Adakah terdapat cara
lain untuk melakukannya?

(d) Langkah 4: Baca Bahagian Dapatan Kajian

(i) Bahagian ini menjelaskan hubungan antara dapatan kajian dengan


persoalan kajian atau hipotesis

(ii) Ia melaporkan dapatan kajian yang berkaitan dengan persoalan


kajian dan keputusan statistik yang signifikan.

(iii) Adakah dapatan kajian dilaporkan dan ditunjukkan dengan jelas?


(contoh, penggunaan jadual dan gambar rajah)

(iv) Adakah dapatan kajian mengesahkan ramalan yang dibuat pada


bahagian Pengenalan?

(e) Langkah 5: Baca dan Fahami Bahagian Perbincangan

(i) Bahagian ini menerangkan dapatan utama kajian dan mengaitkannya


dengan bahagian Pengenalan.

(ii) Ia juga membuat andaian punca dapatan kajian.

(iii) Anda perlu mengenal pasti kelemahan dan kekurangan kajian seperti
yang diterangkan oleh penulis.

(iv) Anda perlu menganalisis sama ada kaedah yang digunakan oleh
penulis adalah satu-satunya cara mentafsir jangkaan dapatan kajian
(penyelidik yang baik akan melihat pada aspek ini untuk memberi
justifikasi yang kuat untuk dapatan kajiannya).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR  39

AKTIVITI 3.2

Pilih tiga artikel jurnal dalam bidang yang menarik minat anda dan kenal
pasti sumbangan utama artikel-artikel tersebut.

 Sorotan literatur mengemukakan apa yang telah dikaji dalam topik kajian
dan bagaimana kajian yang ingin dilakukan berkait dengan kajian lepas.

 Sorotan literatur mengandungi dapatan kajian dan juga andaian serta


pendapat pengkaji-pengkaji dalam bidang kajian.

 Sorotan literatur membatasi kajian, mengaitkannya dengan kaedah yang


telah digunakan serta cadangan yang diberikan oleh pengkaji lain. Kajian-
kajian lepas menjadi asas kepada kajian yang ingin dilakukan.

 Semua artikel jurnal dan penyelidikan perlu dinilai secara kritis.

 Sorotan literatur mendedahkan kaedah yang digunakan oleh pengkaji lain


bagi menjawab persoalan kajian yang menghadapi masalah yang sama
dengan kajian anda.

 Sorotan literatur juga dapat meningkatkan keyakinan anda pada topik


kajian, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat pengkaji lain yang berminat dan
menghabiskan masa, tenaga dan sumber untuk mengkajinya.

Abstrak artikel Jurnal penyelidikan


Ilmu pengetahuan Kerangka teoretikal
Indeks jurnal Sorotan literatur
Indeks petikan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Reka Bentuk
4 Pensampelan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep dan keperluan pensampelan;
2. Menilai kriteria sampel yang baik;
3. Menentukan reka bentuk pensampelan yang bersesuaian; dan
4. Meneliti proses penentuan saiz pensampelan.

 PENGENALAN
Topik ini memberi pengenalan tentang strategi pengumpulan data primer.
Proses pengumpulan data primer perlu dikenal pasti dengan baik berdasarkan
tujuan dan objektif kajian. Data yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian
mestilah daripada populasi yang sesuai agar ia berguna. Sekiranya data tidak
dikumpulkan dari orang ramai, peristiwa atau objek yang memberikan jawapan
yang betul bagi menyelesaikan masalah, maka proses pengumpulan data adalah
sia-sia. Proses memilih individu, objek atau peristiwa yang sesuai dikenali
sebagai pensampelan.

4.1 KONSEP PENSAMPELAN


Apa pun persoalan atau objektif sesuatu kajian, penyelidik mesti mengumpulkan
data untuk menjawabnya. Sekiranya penyelidik mengumpul dan menganalisis
data dari setiap ahli, ia dikenali sebagai bancian. Namun begitu, kebanyakan
penyelidik berhadapan dengan kekangan sumber, masa dan yang paling kerap,
akses, yang tidak memungkinkan semua data dapat dikumpulkan dan dianalisis.
Teknik pensampelan menyediakan beberapa kaedah kepada pengkaji bagi
mengurangkan jumlah data yang diperlukan dengan mengambil kira data
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  41

daripada sub kumpulan dan bukannya dalam semua kes atau elemen (Sila lihat
Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Populasi, sampel dan kes individual

Bagi memastikan data yang dikumpulkan mewakili populasi sebenar, beberapa


istilah berkaitan dengan konsep pensampelan perlu difahami.

(a) Populasi ă Jumlah keseluruhan elemen atau kes yang akan dibuat inferens.
Ia merujuk kepada seluruh kumpulan orang ramai, peristiwa atau perkara
yang menarik minat pengkaji.

(b) Elemen ă Satu ahli di dalam populasi dari mana pengukuran di ambil.

(c) Banci ă Kesemua elemen di dalam populasi.

(d) Rangka populasi atau populasi yang dikaji ă Pengagregatan unsur-unsur


dari sampel yang diambil. Ia menyenaraikan semua elemen dalam
populasi.

(e) Sampel ă Sub-set populasi yang mengandungi ahli-ahli yang dipilih dari
populasi. Sampel mempunyai sebahagian dan bukannya semua elemen
dalam populasi.

(f) Unit pensampelan atau subjek ă Elemen atau satu set elemen yang dipilih
ke dalam sampel. Ia adalah satu ahli di dalam sampel.

(g) Rangka pensampelan ă Senarai sebenar yang mengandungi unit


pensampelan dari sampel yang diambil.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

Proses memilih jumlah elemen yang mencukupi dari populasi dipanggil


pensampelan. Kajian terhadap sampel dan pemahaman tentang ciri-cirinya,
membolehkan generalisasi terhadap ciri-ciri yang sama, pada elemen dalam
populasi. Ciri-ciri elemen dalam populasi, seperti min populasi (M), sisihan
piawai populasi (Sd) dan varian dalam populasi (S2) dikenali sebagai parameter.
Ciri-ciri sampel, seperti min sampel ( X ), sisihan piawai, varians dalam sampel
digunakan untuk menganggar parameter populasi (sila rujuk Rajah 4.2).

Rajah 4.2: Hubungan antara sampel dan populasi

AKTIVITI 4.1

Bagaimana teknik pensampelan boleh membantu mendapatkan hasil


kajian yang baik? Bincangkan.

4.2 JUSTIFIKASI PENSAMPELAN


Terdapat banyak sebab mengapa pensampelan digunakan. Dalam penyelidikan
yang mengandungi beberapa ratus, hingga beribu-ribu elemen, adalah tidak
praktikal untuk mengumpul data, menguji dan meneliti setiap elemen. Kos,
masa dan tenaga yang digunakan untuk membuat bancian terlalu tinggi. Kualiti
maklumat yang diterima dalam kajian yang menggunakan sampel, mungkin
lebih dipercayai daripada bancian. Ini kerana keletihan, dan kesilapan, dapat
dikurangkan lebih-lebih lagi apabila membabitkan jumlah yang besar. Dalam
sesetengah situasi, pensampelan diperlukan. Contohnya, untuk menguji tempoh
hayat sebiji mentol, adalah tidak mungkin untuk menguji keseluruhan populasi
mentol. Sekiranya semua mentol yang diuji terbakar, maka tiada apa yang boleh
dijual.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  43

Kelebihan pensampelan berbanding bancian mungkin kurang menarik,


sekiranya populasi adalah kecil dan varians adalah tinggi. Terdapat dua
keadaan, di mana bancian boleh dilaksanakan. Bancian boleh dilaksanakan
sekiranya populasi adalah kecil dan apabila elemen di dalamnya berbeza antara
satu sama lain.

Pensampelan dalam penyelidikan kualitatif adalah berbeza dari pensampelan


penyelidikan kuantitatif. Tujuan penyelidikan kualitatif adalah, untuk
menghasilkan analisa terperinci sesuatu isu. Oleh itu, sampel yang representatif
tidaklah begitu penting. Fokus penyelidikan kualitatif adalah untuk
mendapatkan maklumat tentang masalah tertentu dan generalisasi dapatan tidak
ditekankan.

Salah satu kaedah pensampelan kualitatif yang popular ialah pensampelan


teoretikal. Apabila menggunakan pensampelan teoretikal, pengumpulan data
ditentukan oleh teori yang muncul sepanjang penyelidikan dijalankan.
Rancangan pengumpulan data seterusnya bergantung kepada dapatan yang
didapati dari data yang dikumpulkan sebelumnya, hinggalah ketepuan
teoretikal dicapai. Ketepuan teoretikal dianggap tercapai apabila tiada konsep
baru muncul setelah dua atau lebih kes.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Apakah kelebihan dan kelemahan bancian?

2. Apakah sebab-sebab pensampelan? Bilakah bancian wajar


dilakukan?

4.3 KRITERIA SAMPEL YANG BAIK


Sampel yang baik dinilai dengan sejauh mana ia mewakili ciri-ciri populasi.
Sampel mestilah sahih iaitu ia mestilah mempunyai ciri-ciri ketepatan dan
kepersisan.

Ketepatan bermaksud sejauh mana sampel bebas daripada kesilapan. Ini


bermakna tidak terdapat varians bersistematik ataupun varians dalam
pengukuran yang disebabkan oleh pengaruh lain sehingga skor cenderung ke
satu arah sahaja. Contohnya, pada musim cuti sekolah yang panjang, terdapat
ramai pelancong. Sekiranya data kesesakan hanya diambil semasa waktu musim
cuti sekolah, ketepatan data akan terjejas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

Kepersisan anggaran adalah satu kriteria reka bentuk pensampelan yang baik.
Adalah mustahil untuk mendapatkan 100% representasi bagi populasi kerana
sentiasa ada turun naik dalam proses pensampelan. Perbezaan ini dipanggil
sebagai ralat pensampelan. Ia mencerminkan pengaruh pensampelan
berkebarangkalian. Ralat pensampelan ialah ralat setelah varians bersistematik
diambil kira. Ia sepatutnya mengandungi turun naik rawak sahaja. Kepersisan
diukur dengan anggaran ralat piawai; semakin rendah anggaran ralat piawai,
semakin tinggi kepersisan.

AKTIVITI 4.2

Mengapakah reka bentuk pensampelan yang baik masih lagi penting


walaupun ketepatan 100% dalam dapatan kajian tidak mungkin dicapai?

4.4 JENIS-JENIS REKA BENTUK


PENSAMPELAN
Terdapat pelbagai jenis reka bentuk pensampelan yang ada. Pemilihan reka
bentuk pensampelan bergantung kepada kehendak penyelidikan, objektif kajian
dan sumber yang sedia ada. Teknik pensampelan boleh dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu:

(a) Pensampelan Berkebarangkalian


Apabila menggunakan pensampelan berkebarangkalian, peluang atau
kebarangkalian untuk setiap kes dipilih daripada populasi adalah sama
dan telah diketahui. Ia berdasarkan konsep pemilihan secara rawak, iaitu
satu prosedur terkawal di mana setiap elemen dalam populasi atau kes
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Dengan menggunakan
pensampelan berkebarangkalian, persoalan dan objektif kajian dapat
dijawab dengan menganggar ciri-ciri populasi dari sampel. Oleh itu,
pensampelan berkebarangkalian sering digunakan dalam kajian tinjauan
dan eksperimen. Pengkaji memilih elemen secara rawak untuk
mengurangkan atau menyingkirkan bias pensampelan.

(b) Pensampelan Tidak Berkebarangkalian


Dalam pensampelan tidak berkebarangkalian, kebarangkalian setiap kes
untuk dipilih daripada populasi tidak diketahui. Oleh itu, tidak mungkin
persoalan atau objektif kajian yang memerlukan statistik inferens
berkenaan ciri-ciri populasi dapat dijawab menggunakan pensampelan
jenis ini. Walaupun generalisasi dari populasi masih boleh dibuat dari

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  45

pensampelan bukan kebarangkalian, ia tidak boleh dibuat dari aspek


statistik. Oleh itu, pensampelan bukan berkebarangkalian sering
digunakan dalam kajian kes.

SEMAK KENDIRI 4.2

Berapakah jenis reka bentuk persampelan dalam kajian dan yang


manakah yang paling kerap digunakan?

4.4.1 Reka Bentuk Pensampelan Berkebarangkalian


Pensampelan berkebarangkalian sering digunakan dalam kajian tinjauan bagi
membuat inferens tentang populasi berdasarkan statistik sampel. Sekiranya
populasi adalah kecil (kurang daripada 30), pensampelan tidak digalakkan.
Bancian perlu dibuat kerana dalam populasi kecil, pengaruh kes yang ekstrem
terhadap analisa statistik akan lebih ketara dibandingkan dengan sampel yang
besar.

Terdapat empat peringkat dalam pensampelan berkebarangkalian:

(a) Mengenal Pasti Rangka Pensampelan yang Sesuai


Rangka pensampelan bagi sebarang pensampelan berkebarangkalian ialah
senarai lengkap semua kes dalam populasi di mana sampel diambil.
Sampel mestilah berdasarkan persoalan dan objektif kajian. Sekiranya
persoalan dan objektif kajian berkenaan dengan pelajar tahun dua di
program sarjana muda pengurusan perniagaan, maka kerangka
pensampelan ialah senarai lengkap semua pelajar tahun dua dalam
program sarjana muda perniagaan. Senarai yang lengkap amat penting
kerana jika terdapat kes yang dikecualikan, kebarangkalian setiap kes
untuk dipilih tidak diketahui.

Sekiranya senarai yang sesuai tidak wujud, pengkaji haruslah membuat


kompilasi kerangka pensampelan sendiri. Senarai yang dibuat mestilah
tidak berat sebelah, tepat dan terkini. Terdapat juga organisasi yang
menawarkan senarai nama dan alamat bagi tujuan tinjauan. Sekiranya
anda menggunakan kerangka pensampelan ini, pastikan cara sampel
dipilih dan senarai dikompilasikan serta bila ia disemak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

(b) Penentuan Saiz Sampel yang Sesuai


Statistik sampel digunakan untuk membuat generalisasi pada parameter
populasi. Generalisasi dari sampel adalah berdasarkan teori
kebarangkalian. Semakin besar saiz sampel, semakin kecil ralat apabila
generalisasi pada populasi dibuat. Sampel berkebarangkalian
membolehkan pengkaji membuat kompromi antara ketepatan dapatan
kajian; jumlah wang dan masa yang dilaburkan untuk mengumpul,
menganalisis dan menyemak data.

Oleh itu, penentuan saiz sampel dipengaruhi oleh:

(i) Tahap keyakinan pada data ă iaitu tahap keyakinan bahawa ciri-ciri
data yang dikumpulkan mewakili ciri-ciri dalam populasi.

(ii) Margin ralat yang boleh diterima ă tahap ketepatan dari anggaran
yang dibuat dari sampel.

(iii) Jenis analisa yang dibuat ă tahap minimum teknik statistik bagi
pengkategorian data.

(iv) Saiz keseluruhan populasi.

(c) Pemilihan Teknik Pensampelan dan Sampel yang Sesuai


Apabila rangka pensampelan dan saiz sampel telah ditentukan, langkah
seterusnya adalah untuk memilih teknik pensampelan bagi mendapatkan
sampel yang representatif. Pemilihan pensampelan berkebarangkalian
bergantung kepada persoalan dan objektif kajian, dan sama ada statistik
inferens akan dibuat dari sampel. Faktor-faktor lain yang mungkin
mempengaruhi pemilihan pensampelan berkebarangkalian termasuklah
hubungan dengan responden, lokasi geografi bagi serakan populasi dan
sifat kerangka pensampelan. Tambahan pula, struktur kerangka
pensampelan, saiz sampel yang diperlukan, keadaan pembantu
pengumpulan data dan sejauh mana teknik difahami dan boleh dijelaskan
akan mempengaruhi pemilihan teknik. Terdapat lima teknik utama yang
boleh digunakan untuk memilih pensampelan kebarangkalian.

(d) Menentukan Representasi Sampel


Data yang dikumpulkan dibandingkan dengan data dari sumber lain
dalam populasi bagi memastikan representasi data. Sekiranya tiada
perbezaan yang signifikan, maka ciri-ciri pada sampel ialah representatif.
Data dibandingkan dengan data yang dikumpulkan pada tempoh masa
yang berbeza untuk menentukan representasi data longitudnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  47

SEMAK KENDIRI 4.3

Sekiranya Harun menganggar jumlah minimum saiz sampel ialah 439,


dan kadar pulangan ialah 30%, berapakah jumlah sebenar saiz sampel
yang diperlukan?

4.4.2 Jenis-jenis Pensampelan Berkebarangkalian


Berikut adalah jenis-jenis pensampelan berkebarangkalian:

(a) Pensampelan Rawak Mudah


Dalam teknik pensampelan ini, setiap elemen dalam populasi mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Sampel di pilih
menggunakan jadual nombor rawak atau generator. Ini adalah teknik
terbaik sekiranya kerangka pensampelan yang tepat, lengkap dan senang
diakses boleh didapati. Dengan menggunakan nombor rawak, pemilihan
sampel dilakukan tanpa berat sebelah dan menjadikan sampel representatif
keseluruhan populasi.

Kelemahan utama teknik ini ialah ia memerlukan senarai semua elemen


dalam populasi. Ini akan mengambil masa untuk dilaksanakan. Sekiranya
populasi merangkumi kawasan geografi yang luas, maka kes yang dipilih
mungkin berserakan dalam kawasan tersebut. Kos perjalanan bagi tujuan
pengumpulan data akan menjadi amat tinggi.

(b) Pensampelan Bersistematik


Dalam pensampelan bersistematik, permulaan elemen dalam populasi
dipilih secara rawak dari julat 1 hingga k. Pemilihan seterusnya adalah
berdasarkan nisbah sampel yang dipilih untuk setiap elemen ke-k.
Pensampelan ini melibatkan pemilihan sampel menggunakan jarak
langkau yang sama dari kerangka pensampelan.

Teknik ini mudah direka bentuk dan fleksibel. Ia mudah digunakan dan
lebih efisien dari rawak mudah. Kelebihannya, adalah mudah untuk
menentukan min taburan pensampelan. Oleh kerana kerangka
pensampelan tidak perlu dibuat, ia adalah lebih murah dari pensampelan
rawak mudah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

Populasi yang mempunyai elemen tersusun, akan membuatkan sampel


dan dapatan kajian tersasar. Sebagai contoh, sekiranya nisbah sampel ialah
k = 4, dan senarai mengandungi semua nama lelaki diikuti dengan nama
perempuan, maka sampel akan hanya mengandungi nama lelaki apabila
pilihan pertama ialah lelaki. Ini menyebabkan sampel menjadi berat
sebelah. Sekiranya populasi mempunyai trend monotinik, iaitu senarai
disusun dari elemen yang paling kecil kepada yang paling besar, pemilihan
akan menjadi berat sebelah dari awal lagi.

(c) Pensampelan Berstrata


Teknik ini adalah modifikasi dari pensampelan berkebarangkalian.
Populasi dibahagikan kepada dua atau lebih sub populasi atau strata yang
berbeza sama sekali berdasarkan satu atau lebih ciri-ciri tertentu. Selepas
itu, pemilihan sampel (rawak mudah atau bersistematik) digunakan dalam
setiap strata. Keputusan akan diukur dan dicampurkan. Strata boleh dibuat
berdasarkan pemboleh ubah utama yang dikaji. Pemilihan sampel dibuat
sama ada menggunakan pensampelan berstrata berkadaran, di mana
sampel di ambil mengikut kadar jumlah peratusan strata dalam populasi
atau pensampelan berstrata tidak berkadaran di mana sampel diambil
tidak mengikut peratusan sebenar strata dalam populasi.

Kelebihan utama pensampelan berstrata ialah pengkaji dapat mengawal


saiz sampel dalam strata. Kawalan ini memberikan nilai statistik yang lebih
baik kerana setiap strata adalah homogen di dalamnya tetapi berbeza
dengan strata yang lain. Tambahan pula, saiz sampel dalam setiap strata
mencukupi untuk representasi dan analisa bagi sub kumpulan.

(d) Pensampelan Berkelompok


Populasi dibahagikan kepada sub kumpulan yang heterogen, di mana
setiap mereka mempunyai pelbagai elemen di dalamnya. Pemilihan sub
kumpulan berdasarkan sejauh mana sampel mudah untuk dikumpulkan
dan di dapati. Dalam setiap sub kumpulan, elemen adalah heterogen,
tetapi antara sub kumpulan, elemen adalah homogen. Sampel diambil
daripada sub kumpulan secara rawak untuk dikaji.

Kebiasaannya, pensampelan berkelompok melibatkan sampel yang besar


kerana data mestilah mencukupi untuk membuat strata atau kelompok
dalam populasi. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah ini tidak
digunakan dengan bijak, ia akan meningkatkan kos.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  49

(e) Pensampelan Berperingkat


Kaedah pensampelan ini menggunakan lebih dari satu strategi
pensampelan. Ia biasanya dimulakan dengan pensampelan berkelompok
kerana ia merupakan kaedah memilih kumpulan dan bukannya individu.
Setelah memilih kumpulan (kelompok), elemen individu dalam kumpulan
pula ditentukan menggunakan teknik pensampelan berkebarangkalian
yang lain.

SEMAK KENDIRI 4.4

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan reka bentuk


persampelan berikut?

(a) Persampelan berkebarangkalian dan bukan berkebarangkalian.

(b) Pensampelan rawak mudah, pensampelan berkelompok dan


pensampelan berstrata.

4.4.3 Reka Bentuk Pensampelan Tidak


Berkebarangkalian
Dalam menyelesaikan masalah, bukan semua sampel boleh di ambil
menggunakan pensampelan berkebarangkalian. Pensampelan tidak
berkebarangkalian mempunyai pelbagai teknik berdasarkan pertimbangan
subjektif pengkaji. Kebiasaannya, pemilihan sampel dilakukan oleh pengumpul
data lapangan. Prosedur pemilihan sampel mungkin menjadi tidak adil serta
menyebabkan dapatan kajian tersasar. Oleh sebab kebarangkalian untuk sampel
dipilih tidak diketahui, julat di mana terletaknya parameter populasi tidak dapat
dianggarkan.

Pemilihan pensampelan tidak berkebarangkalian selalunya dibuat berdasarkan


alasan praktikal walaupun terdapat kelemahan teknikal berbanding dengan
kaedah berkebarangkalian:

(a) Penggunaan pensampelan tidak berkebarangkalian boleh memenuhi


objektif pensampelan. Kadangkala, keratan rentas populasi bukanlah
objektif kajian. Contohnya, sekiranya generalisasi dapatan kajian kepada
parameter populasi bukanlah apa yang diingini, maka sampel tidak perlu
representatif kepada populasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

(b) Sebab lain menggunakan pensampelan tidak berkebarangkalian ialah


faktor kos dan masa. Pensampelan berkebarangkalian memakan masa dan
mahal. Sekiranya pensampelan tidak berkebarangkalian dikawal dengan
baik, ia boleh memberikan keputusan yang boleh diterima pakai.

(c) Walaupun pensampelan berkebarangkalian memberikan keputusan yang


lebih baik, ia selalu terjejas dengan masalah aplikasi. Aplikasi yang
digunakan dengan cuai akan memberikan keputusan yang berat sebelah.

(d) Pensampelan tidak berkebarangkalian mungkin satu-satunya kaedah yang


boleh digunakan sekiranya jumlah populasi tidak diketahui. Dalam kes
sebegini, kerangka pensampelan tidak ada untuk memilih elemen. Adalah
tidak mungkin untuk menentukan bahawa responden yang dipilih dalam
tinjauan melalui mel ialah individu yang sepatutnya atau keratan rentas
populasi.

4.4.4 Jenis Pensampelan Tidak Berkebarangkalian


Berikut adalah jenis-jenis pensampelan tidak berkebarangkalian:

(a) Pensampelan Secara Mudah atau Kebetulan


Ini adalah pensampelan tidak berkebarangkalian yang tidak mempunyai
batasan. Pekerja lapangan mempunyai kebebasan untuk memilih siapa
sahaja yang dijumpai. Pemilihan sampel bersifat kebetulan hinggalah saiz
sampel yang dikehendaki dicapai. Kaedah ini merupakan prosedur yang
amat berguna untuk menguji idea dan kajian berbentuk eksplorasi. Reka
bentuk pensampelan ini dianggap paling rendah kebolehpercayaannya
kerana tiada kawalan bagi memastikan ketepatan.

(b) Pensampelan Bertujuan atau Pertimbangan


Pensampelan jenis ini memilih sampel mengikut kriteria tertentu. Pengkaji
boleh menggunakan pertimbangan mereka untuk memilih kes yang
membantu menjawab persoalan dan objektif kajian. Pensampelan jenis ini
biasanya digunakan apabila populasi adalah kecil seperti dalam kajian kes.
Tujuan utama kajian kes ialah memilih kes yang dapat memberi maklumat
yang paling banyak. Ia amat berguna pada awal peringkat kajian
eksplorasi atau untuk memilih kumpulan yang berat sebelah bagi tujuan
tapisan. Kelemahan utama reka bentuk ini ialah sampel tidak mempunyai
kriteria yang spesifik dan berbeza dari kriteria populasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  51

(c) Pensampelan Kuota


Reka bentuk pensampelan ini adalah berdasarkan andaian bahawa sampel
mestilah mewakili populasi. Sampel mestilah mempunyai kepelbagaian
seperti mana dalam populasi. Ia hampir sama dengan pensampelan
berstrata tetapi pemilihan kes dalam setiap strata tidak dilakukan secara
rawak.

Pensampelan kuota mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan


pensampelan berkebarangkalian. Ia lebih murah dan boleh dilakukan
dengan lebih cepat. Ia tidak memerlukan kerangka pensampelan dan
mungkin satu-satunya teknik yang boleh digunakan apabila tiada teknik
lain. Ia amat berguna apabila populasi amat besar dan jumlah saiz yang
mencukupi amat penting bagi melakukan analisa. Dalam pensampelan
kuota, saiz sampel boleh menjadi lebih dari 2000.

Kelemahan utama reka bentuk pensampelan kuota ialah isu representatif


kerana tiada jaminan bahawa setiap pemboleh ubah yang dikaji benar-
benar mewakili ciri-ciri populasi. Data yang sedia ada digunakan sebagai
asas penentuan kuota mungkin tidak terkini atau tepat. Ini menyebabkan
data yang dikumpulkan menjadi bias. Jumlah pemboleh ubah kawalan
terhad dan selalunya bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh pekerja
lapangan.

(d) Pensampelan Snowballing


Reke bentuk ini biasanya digunakan apabila responden sukar dikenal pasti
dan hanya boleh dihubungi menerusi rujukan dari orang ramai yang
mengenali mereka. Responden pertama boleh dipilih secara rawak atau
sebaliknya. Responden pertama kemudiannya mencadangkan responden
seterusnya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan proses ini akan
diulangi seterusnya. Pendekatan rujukan membantu mengenal pasti
responden yang sukar dicari. Walau bagaimanapun, ia mungkin hanya
akan mengenal pasti responden yang sama dengan yang sebelumnya. Reka
bentuk ini akan menghasilkan kumpulan yang mempunyai homogen yang
tinggi.

AKTIVITI 4.3

Dalam keadaan di mana responden tinggal di luar bandar, apakah jenis


pensampelan yang paling efektif yang boleh digunakan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

4.5 SAIZ SAMPEL


Saiz sampel sering kali ditentukan berdasarkan pertimbangan dan bukan
pengiraan. Dalam kebanyakan kes, jenis analisa statistik yang digunakan akan
menentukan saiz sampel minima untuk setiap kategori. Sebagai panduan, 30
ialah saiz sampel yang paling minima bagi setiap kategori dalam keseluruhan
sampel.

Saiz sampel ialah jumlah elemen yang dikaji dalam sesuatu penyelidikan.
Penentuan saiz sampel ialah cabaran yang getir kepada pengkaji baru. Beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian bagi menentukan saiz sampel seperti
berikut:

(a) Kepentingan keputusan (sampel saiz yang besar dan lebih representatif
untuk keputusan yang penting);

(b) Jenis penyelidikan (saiz yang lebih kecil bagi tujuan eksplorasi);

(c) Jumlah pemboleh ubah (saiz lebih besar sekiranya lebih banyak pemboleh
ubah terbabit);

(d) Jenis analisa data (analisa statistik yang canggih dan terperinci memerlukan
saiz sampel rawak yang besar); dan

(e) Ketersediaan sumber (saiz sampel boleh ditentukan secara statistik


ataupun sebaliknya).

4.5.1 Pendekatan Kualitatif


Penentuan saiz sampel melibatkan pertimbangan kualitatif dan kuantitatif.
Terdapat beberapa faktor kualitatif dalam menentukan saiz sampel seperti yang
dibincangkan dalam bahagian awal topik ini.

Salah satu panduan yang sering digunakan untuk menentukan saiz sampel
terutamanya dalam penyelidikan eksplorasi ialah model dari Krejcie dan Morgan
(1970). Ramai yang menggunakan cara ini untuk menentukan saiz pensampelan
rawak di peringkat tertentu (contohnya, menentukan saiz strata dalam
pensampelan berstrata). Mereka meringkaskan penentuan saiz sampel
berdasarkan saiz populasi disasarkan. Jadual 7.1 menunjukkan saiz yang
dicadangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  53

Jadual 7.1: Saiz sampel Mengikut Saiz Populasi

Sasaran Saiz Populasi (N) Saiz Sampel (n)


10 10
30 28
50 44
100 80
200 132
300 169
500 217
1,000 278
2,000 322
3,000 341
4,000 351
5,000 357
8,000 367
10,000 370
20,000 377
50,000 381

4.5.2 Pendekatan Statistik


Pendekatan statistik dalam menentukan saiz sampel adalah berdasarkan statistik
inferens yang menggunakan sela keyakinan dan pengujian hipotesis. Kaedah
pertama menggunakan anggaran parameter untuk mengira saiz sampel dan
kaedah kedua menggunakan kesan saiz, alfa, beta dan sisihan piawai populasi
dalam pengiraan. Penentuan saiz sampel untuk sela keyakinan ditunjukkan
dalam manual yang diadaptasi dari Malhotra (1999) sementara pendekatan
kesan saiz di adaptasi dari Brewer (1996).

Pertimbangan untuk menggunakan Pendekatan Sela Keyakinan untuk


Menentukan Saiz Sampel
Pendekatan ini berasaskan pembinaan sela keyakinan dari min atau kadar
menggunakan formula ralat piawai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

(a) Penentuan Saiz Sampel Menggunakan Min


Berikut adalah langkah-langkah yang digunakan untuk menentukan saiz
sampel:

(i) Tentukan aras kepersisan (D), ini ialah perbezaan maksimum yang
boleh diterima yang ditetapkan oleh pengkaji.

(ii) Tentukan tahap keyakinan, juga ditetapkan oleh pengkaji.

(iii) Tentukan nilai z yang berkait dengan aras keyakinan di (ii)


menggunakan jadual taburan z.

(iv) Tentukan sisihan piawai bagi populasi. Ini ditentukan berdasarkan


sumber sekunder, data empirikal dari ujian rintis atau dari
pertimbangan pengkaji.

(v) Kira saiz sampel menggunakan formula ralat piawai min.

2 z2
n
D

(b) Penentuan Saiz Sampel Menggunakan Perkadaran


Sekiranya statistik yang diingini ialah perkadaran, langkah-langkah berikut
perlu digunakan untuk menentukan saiz sampel:

(i) Tentukan aras kepersisan (D).

(ii) Tentukan aras keyakinan.

(iii) Tentukan nilai z yang berkait dengan aras keyakinan di (ii) dengan
menggunakan jadual taburan z.

(iv) Anggarkan perkadaran populasi. Ini boleh dilakukan berdasarkan


maklumat dari kajian lepas, data empirikal dari ujian rintis atau dari
pertimbangan pengkaji.

(v) Kira saiz sampel menggunakan formula ralat piawai perkadaran.

 (1   ) z 2
n
D2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  55

(c) Pertimbangan Saiz Sampel menggunakan Kaedah Kesan Saiz


Terdapat tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam
menentukan saiz sampel minima mengikut kaedah ini iaitu nilai alfa, kuasa
dan kesan saiz (Brewer, 1996; Cohen, 1977). Alfa, kuasa dan kesan saiz
ditentukan oleh pengkaji sebelum pengumpulan data.

Alfa ialah kebarangkalian menolak hipotesis nol apabila nol sebenarnya


adalah benar. Oleh sebab fokus pengujian hipotesis adalah untuk
mengurangkan kesilapan dalam membuat keputusan. Nilai alfa yang
cukup kecil adalah penting bagi mendapatkan keputusan yang bermakna.

Kuasa ialah kebarangkalian menolak hipotesis nol yang benar. Oleh sebab
kuasa merujuk kepada penolakan hipotesis yang betul, kuasa perlu
ditetapkan pada nilai yang tinggi bagi menjadikan ia bermakna.

Kesan saiz adalah darjah perkaitan antara pemboleh ubah dalam


penyelidikan. Sekiranya kajian ingin melihat perbezaan antara dua
populasi, kesan saiz akan merujuk kepada magnitud perbezaan yang
memberi makna. Kesan saiz yang kecil akan membantu penyelidik
mengesan perubahan walaupun kecil pada sesuatu fenomena. Contohnya,
sekiranya hipotesis adalah terdapat perbezaan yang benar antara lelaki dan
perempuan dari aspek kepuasan kerja, perbezaan yang kecil dalam skor
min di antara dua populasi ini (sekiranya hipotesis nol ditolak) adalah
mencukupi untuk membuktikan kepentingan praktikal apabila kesan saiz
ditetapkan kecil. Kesan saiz yang kecil berupaya untuk mengesan
perbezaan yang benar sekiranya terdapat perbezaan antara hipotesis nol
dan hipotesis alternatif.

Menurut kaedah ini, saiz sampel minima ditakrifkan sebagai fungsi alfa,
kuasa dan kesan saiz, terutamanya dalam pengujian hipotesis (Brewer,
1996; Cohen, 1977).

Bagi sampel pengujian hipotesis, saiz minima sampel adalah:

N = [(Z + Z)/ES]2

Di mana, N = Saiz sampel minimum


 = alfa (kebarangkalian Ralat Jenis I)
 = beta (kebarangkalian Ralat Jenis II)
ES = kesan saiz

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

Bagi pengujian hipotesis melibatkan dua sampel bebas, saiz minima


sampel adalah:

N = 2[(Z + Z)/ES]2

Di mana, N = Saiz sampel minimum


 = alfa (kebarangkalian Ralat Jenis I)
 = beta (kebarangkalian Ralat Jenis II)
ES = kesan saiz

SEMAK KENDIRI 4.5

Tandakan Betul atau Salah pada kenyataan berikut:

No. Soalan Betul Salah

1. Pensampelan lebih baik daripada bancian kerana kos


yang rendah dan perlaksanaan yang cepat.

2. Reka bentuk persampelan berstrata adalah bentuk


pensampelan berkebarangkalian yang paling berkesan
dari segi statistik.

3. Kerangka pensampelan perlu disediakan bagi


pensampelan rawak mudah.

4. Senarai populasi dikenali sebagai kerangka


pensampelan.

5. Persampelan bertujuan terlalu bias hingga


menyebabkan dapatan tidak berguna.

6. Kelebihan pensampelan dibandingkan dengan bancian


ialah temu bual dalam sampel.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  57

Pilih jawapan yang betul

1. Senarai elemen dari mana sampel diambil dipanggil:


(a) Populasi
(b) Alam semesta
(c) Senarai parameter
(d) Kerangka pensampelan

2. Sampel yang baik tidak mempunyai bias yang terhasil daripada


proses pensampelan. Ini ditakrifkan sebagai:
(a) Konsistensi
(b) Ketepatan
(c) Kepersisan
(d) Kebolehpercayaan

3. Persampelan kawasan adalah sejenis:


(a) Persampelan kelompok
(b) Persampelan bukan berkebarangkalian untuk mengkaji geografi
(c) Persampelan berstrata
(d) Persampelan bersistematik dalam kajian geografi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN

SEMAK KENDIRI 4.6

Bagi setiap persoalan kajian berikut, kerangka pensampelan tidak boleh


diperoleh. Cadangkan teknik pensampelan bukan berkebarangkalian
yang paling sesuai untuk mengumpulkan data dengan memberi
justifikasi pemilihan.

(a) Apakah perkhidmatan sosial yang boleh diberikan kepada


gelandangan?

(b) Apakah iklan televisyen yang paling diingati oleh orang ramai
pada hujung minggu lepas?

(c) Bagaimana syarikat-syarikat pengeluaran merancang untuk


memberi respons terhadap tol di lebuh raya?

(d) Adakah pengguna kelab skuasy bersedia untuk membayar


kenaikan langganan sebanyak 10% bagi membantu membina dua
gelanggang baru (jawapan diperlukan pada esok pagi)?

 Asas pensampelan ialah terdapat persamaan elemen dalam populasi yang


boleh diwakili oleh ciri-ciri dalam keseluruhan populasi.

 Sesetengah elemen dalam populasi mungkin dianggar melebihi nilai dan


sesetengahnya pula dianggar kurang dari sepatutnya. Kombinasi kedua-dua
anggaran memberikan statistik, iaitu nilai sebenar.

 Sampel yang baik mestilah tepat, tidak berat sebelah dan tidak mempunyai
varians yang bersistematik.

 Pemilihan reka bentuk pensampelan bergantung kepada persoalan dan


objektif kajian.

 Saiz sampel bergantung kepada sejauh mana ketepatan keputusan ingin


dicapai. Aras keyakinan bergantung kepada sumber yang ada untuk
mengumpul dan menganalisis data.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 REKA BENTUK PENSAMPELAN  59

 Pensampelan berkebarangkalian ialah reka bentuk yang ideal kerana ia


memberikan penentuan aras ralat. Ia mengambil masa yang banyak dan
mahal.

 Pensampelan berstrata dan bersistematik adalah modifikasi dari


pensampelan rawak mudah.

 Kerangka pensampelan diperlukan dalam pensampelan berkebarangkalian.

 Sekiranya kerangka pensampelan tiada, reka bentuk pensampelan tidak


berkebarangkalian boleh digunakan.

 Teknik pensampelan tidak berkebarangkalian adalah tolak ansur antara


ketepatan dan kos pengumpulan data. Ia mempunyai banyak kelebihan
termasuklah mudah untuk digunakan dan mengurangkan kos
pengumpulan data. Dalam sesetengah keadaan, pensampelan tidak
berkebarangkalian adalah satu-satunya kaedah yang boleh digunakan untuk
mengumpul data.

Bancian Parameter pensampelan berkelompok


Kes populasi Populasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengukuran
5 dan Skala
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memberi definisi ÂkonseptualisasiÊ dan ÂoperasionalÊ;
2. Menerangkan empat jenis skala pengukuran dalam penyelidikan;
3. Menentukan kualiti pengukuran yang digunakan; dan
4. Menilai sumber ralat pengukuran.

 PENGENALAN
Topik ini dimulakan dengan penerangan tentang konseptualisasi dan
operasional. Definisi konsep dan kaedah pengukuran akan membantu pengkaji
menentukan kaedah pengumpulan dan analisa data. Proses mentakrif konsep
adalah penting dalam penyelidikan agar pembaca mempunyai kefahaman yang
sama dengan pengkaji. Ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah
faham apabila pembaca mentafsir konsep.

Apabila konsep telah ditakrif, adalah penting untuk mengenal pasti kaedah
pengukuran. Pengukuran pemboleh ubah melengkapi proses penyelidikan, dan
merupakan aspek penting dalam reka bentuk kajian. Sekiranya pemboleh ubah
tidak diukur, pengkaji tidak akan dapat menguji hipotesis dan mendapat
jawapan bagi isu yang kompleks.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  61

5.1 KONSEPTUALISASI
Dalam kajian, kita menggunakan konsep yang mempunyai tahap abstraksi yang
berbeza daripada konsep mudah seperti kasut, meja dan ketinggian, kepada
yang paling abstrak seperti kepuasan, kebolehpasaran, cinta dan tekanan.
Penjelasan maksud konsep yang digunakan adalah penting sebelum rumusan
yang bermakna boleh dibuat. Dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi
melalui sistem persefahaman yang kabur apabila menggunakan istilah tertentu.
Dalam kebanyakan kes, orang lain tidak begitu faham apa yang kita cuba
sampaikan, serta maksud istilah yang kita gunakan. Ini akan mewujudkan
konflik, tetapi kita boleh mengatasinya. Dalam penyelidikan saintifik, perkara
seperti ini tidak boleh diterima. Penyelidikan saintifik tidak boleh dilakukan
dalam konteks yang tidak tepat.

Konseptualisasi ialah proses kognitif yang menukar tanggapan tidak tepat


(gambaran mental-konsep), kepada makna yang lebih spesifik bagi membantu
komunikasi dan meningkatkan kesefahaman tentang maksud istilah tertentu.
Proses konseptualisasi akan melahirkan penunjuk yang spesifik berkenaan
konsep yang dikaji.

Sebagai contoh, ada beberapa jenis konsep perikemanusiaan. Terdapat


perikemanusiaan kepada manusia atau haiwan. Tambahan pula,
perikemanusiaan boleh dilihat sebagai satu tingkah laku atau perasaan. Ia juga
boleh dilihat dari aspek kemaafan atau belas kasihan. Kelompok konsep ini
dipanggil sebagai dimensi. Oleh yang demikian, konseptualisasi melibatkan
penentuan dimensi dan mengenal pasti pelbagai penunjuk bagi dimensi tersebut.

Proses memperhalus konsep yang abstrak dipanggil pentakrifan. Dengan


mentakrifkan konsep, kita memahami makna bagi membuat rumusan. Konsep
ditentukan menggunakan:

(a) Definisi Nominal


Definisi kerja yang digunakan untuk tujuan penyiasatan apabila
memberikan makna kepada sesuatu istilah. Ia membantu memfokuskan
kepada strategi pemerhatian dan bukannya pemerhatian sebenar.

(b) Definisi Operasi


Bagaimana konsep diukur dengan menentukan apa yang perlu
diperhatikan, bagaimana pemerhatian dibuat dan bagaimana mentafsirkan
pemerhatian. Definisi operasi digunakan untuk mengukur konsep.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

Konseptualisasi mungkin berbeza di antara pengkaji tetapi definisi adalah


spesifik dan jelas. Oleh itu, walaupun seseorang individu tidak bersetuju dengan
definisi tertentu, beliau tetap mempunyai idea yang baik bagaimana untuk
mentafsirkan dapatan kajian kerana definisi yang diberikan adalah jelas dan
spesifik.

AKTIVITI 5.1

Bagaimanakah anda mentakrifkan konsep status sosioekonomi dalam


bentuk definisi nominal dan operasi?

5.2 OPERASIONAL
Apabila konsep telah dikenal pasti, proses seterusnya melibatkan pembangunan
prosedur penyelidikan yang spesifik dan operasi yang membolehkan
pemerhatian empirikal mewakili konsep dalam realiti sebenar. Proses
mengaitkan definisi konsep kepada satu set teknik dan prosedur pengukuran
dipanggil operasional. Ini ialah prosedur untuk mengukur konsep melalui
pengumpulan data kajian tinjauan, atau kajian pemerhatian. Berikut adalah
penjelasannya:

Contoh 5.1
Operasional konsep individu/seorang ă Pemboleh ubah ă Individu
Ciri-ciri ă Jantina Lelaki/Perempuan
Definisi Nominal ă Individu adalah lelaki atau perempuan
Definisi Operasi ă Sekiranya B mewakili seorang individu

Pemetaan Ciri-ciri:
ă 1 mewakili individu lelaki
ă 0 mewakili individu perempuan

Oleh itu, bagi B1, B2, B3, B4, B5, B6:


B1 diukur sebagai 1 jika B1 ialah lelaki
B2 = 0 jika B2 ialah perempuan
B3 diukur sebagai 1 jika B3 ialah lelaki
B4 = 0 jika B4 ialah perempuan
B5 = 1, B6 = 0

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  63

Pengukuran yang bermakna perlu dibuat mengikut prosedur yang telah


ditetapkan dengan memberi nilai pada objek realiti.

5.3 PEMBOLEH UBAH


Pada peringkat teoretikal, konsep dan konstruksi digunakan. Pada peringkat
empirikal, konstruksi berubah kepada pemboleh ubah. Oleh itu, pemboleh ubah
adalah konstruksi atau sifat yang ingin dikaji. Pemboleh ubah mengandungi
kumpulan atau satu set ciri-ciri/nilai-nilai yang logik.

Sifat merujuk kepada kekuatan perkaitan sesuatu sikap, kepercayaan dan


tingkah laku dengan konsep. Ia ialah ciri-ciri atau kualiti sesuatu konsep/ simbol
di mana nombor atau nilai diberi.

Dua ciri utama pemboleh ubah ialah:

(a) Ciri-ciri dalam pemboleh ubah mestilah menyeluruh; dan

(b) Ciri-ciri di dalam pemboleh ubah mestilah berbeza antara satu sama lain.

Berikut adalah lima jenis pemboleh ubah:

(a) Pemboleh ubah Bersandar DV (pemboleh ubah kriteria) adalah pemboleh


ubah yang menjadi tumpuan utama oleh pengkaji. Tujuan utama adalah
untuk memahami dan menjelaskan pemboleh ubah bebas.

(b) Pemboleh ubah Bebas IV (pemboleh ubah ramalan) mempengaruhi


pemboleh ubah bersandar dengan cara negatif atau positif. Varian di dalam
pemboleh ubah bersandar disebabkan oleh pemboleh ubah bebas.

(c) Pemboleh ubah Penyederhana MV adalah pemboleh ubah bebas kedua


yang mempunyai kesan yang sama kuat ke atas hubungan di antara
pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar

(d) Pemboleh ubah Luaran EV adalah pemboleh ubah rawak yang mempunyai
kesan tidak ketara terhadap hubungan.

(e) Pemboleh ubah Pengantara IVV menunjukkan perkaitan antara pemboleh


ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Ia boleh menjadi pemboleh
ubah bebas kepada pemboleh ubah bersandar dan sebaliknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

AKTIVITI 5.2

Apakah hubungan antara IV, DV dan IVV? Bagaimanakah MV


mengubah atau mempengaruhi hubungan sekiranya ia dimasukkan?

5.4 PENGUKURAN
Konsep yang digunakan dalam penyelidikan boleh dibahagikan kepada objek
dan sifat. Objek ialah benda seperti baju, tangan, komputer, kasut, buku dan
kertas. Benda yang tidak berapa konkrit seperti gen, nitrogen, sikap, stok dan
tekanan rakan sebaya juga termasuk sebagai objek. Walau bagaimanapun, sifat
atau atribut ialah ciri-ciri sesuatu objek.

Ciri-ciri fizikal individu diperlihatkan dari segi berat, tinggi dan postur. Atribut
psikologi individu pula ditunjukkan dalam bentuk sikap dan kecerdasan. Ciri-
ciri sosial seseorang pula termasuklah keupayaan kepimpinan, status sosial dan
kedudukan. Objek dan ciri-ciri boleh diukur dalam penyelidikan.

Pengukuran penunjuk bagi sifat atau ciri-ciri objek adalah lebih wajar
dibandingkan dengan konsep. Adalah lebih mudah melihat sekiranya A lebih
tua daripada B atau C, lebih banyak melibatkan diri dari D, dalam perbincangan
kumpulan. Penunjuk seperti umur, pengalaman bekerja dan jumlah laporan
yang disediakan lebih mudah diukur. Oleh yang demikian, Ia diterima sebagai
sifat yang boleh dilihat secara terus.

Walau bagaimanapun, sifat seperti kebolehan individu menyelesaikan masalah,


motivasi untuk berjaya, fahaman politik, dan perasaan simpati lebih sukar untuk
diukur. Oleh sebab ia tidak boleh diukur secara terus, ia mestilah diukur dengan
cara membuat inferens sama ada tingkah laku atau sikap wujud ataupun tidak
dengan memerhatikan penunjuk atau pengukuran petunjuk.

Pada dasarnya, proses pengukuran terdiri daripada pemberian nombor, atau


simbol kepada peristiwa empirikal berdasarkan panduan tertentu. Proses
pengukuran mengandungi tiga langkah; memilih objek atau sifat yang boleh
diperhatikan; menggunakan nombor atau simbol untuk mewakili aspek
peristiwa atau objek; dan mengaplikasikan peraturan pemetaan untuk
mengaitkan pemerhatian dengan simbol. Peraturan pemetaan digunakan untuk
menukarkan pemerhatian kepada penunjuk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  65

Peraturan yang diterima pakai menggunakan nombor untuk memeta


pemerhatian penunjuk adalah:

(a) Turutan nombor ă satu nombor adalah lebih besar dari, lebih kecil dari
atau sama dengan nombor yang lain;

(b) Perbezaan antara nombor ă perbezaan antara pasangan nombor adalah


lebih besar, lebih kecil atau sama dengan perbezaan pasangan nombor
yang lain; dan

(c) Siri nombor mempunyai punca yang unik ditunjukkan dengan nombor
sifar.

SEMAK KENDIRI 5.1

Mengapakah konsep perlu ditakrifkan dengan jelas?

5.4.1 Tahap Pengukuran


Apabila operasional konsep telah dilakukan, konsep perlu diukur. Skala adalah
alat atau mekanisme di mana individu dibezakan berdasarkan pemboleh ubah
yang ingin dikaji. Skala atau alat mungkin dalam bentuk kasar ataupun yang
telah diperhalusi. Skala kasar mengkategorikan individu mengikut pemboleh
ubah secara umum. Skala yang diperhalusi dapat membezakan individu
mengikut pemboleh ubah pada kadar sofistikasi yang berbeza.

Menggunakan peraturan susunan, jarak dan punca, data dikategorikan kepada


jenis-jenis skala berikut:

(a) Ukuran Nominal (Skala)


Data nominal digunakan secara meluas dalam penyelidikan sosial sains. Ia
mempunyai satu set kategori yang eksklusif dan menyeluruh. Apabila data
nominal digunakan, satu-satunya operasi aritmetik yang boleh dilakukan
hanyalah memberi nombor kepada ahli di dalam setiap kumpulan.
Sekiranya nombor digunakan untuk mengenal pasti kategori, ia hanyalah
sebagai label sahaja dan tidak mempunyai sebarang nilai kuantitatif.
Ukuran nominal ialah bentuk pengukuran yang paling rendah kerana ia
tidak memberikan susunan, jarak hubungan dan tiada punca aritmetik.
Tambahan pula, pengukuran tidak mempunyai sebarang maklumat
tentang perbezaan tahap sifat yang diukur.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

Walaupun data nominal adalah lemah, ia masih berguna. Dalam


penyelidikan eksplorasi, di mana objektifnya adalah untuk mengetahui
hubungan daripada pengukuran yang tepat, data nominal boleh
digunakan. Kajian untuk mendapatkan kefahaman tentang corak data juga
dapat dicapai menggunakan data nominal.

SEMAK KENDIRI 5.2

Berikan tiga contoh skala nominal.

(b) Ukuran Ordinal (Skala)


Skala ordinal tidak hanya mengkategorikan pemboleh ubah bagi
memperlihatkan perbezaan antara kategori, tetapi juga menyusun kategori
mengikut susunan yang bermakna. Skala ordinal boleh digunakan untuk
menyusun siri-siri hubungan. Keutamaan akan disusun dan diberi nombor
1, 2 atau 3. Skala ordinal membantu pengkaji menentukan peratusan
keutamaan ă paling utama, kedua dan seterusnya. Skala ordinal
memberikan lebih maklumat berbanding skala nominal. Ia bukan sahaja
memberi perbezaan antara kategori, tetapi turut memberi maklumat
bagaimana responden berbeza menurut turutan tertentu. Walau
bagaimanapun, data ordinal tidak memberi magnitud perbezaan antara
tahap. Contoh berikut menjelaskannya.

Contoh 5.2
Sila nyatakan pilihan anda di antara reka bentuk peperiksaan
menggunakan skala berikut:

1. Yang Paling Tidak Digemari 2. Digemari


3. Amat Digemari

Jenis Soalan Kedudukan Utama


(a) Soalan Objektif 3
(b) Soalan Subjektif 1
(c) Kombinasi keduanya 2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  67

(c) Ukuran Selang (Skala)


Skala selang membenarkan pengkaji melakukan operasi aritmetik dan
mengukur jarak antara dua titik pada skala. Ia membolehkan pengiraan
min dan sisihan piawai berdasarkan respons terhadap pemboleh ubah.
Skala selang bukan sahaja meletakkan individu dalam kategori tertentu
dan menunjukkan susunan kumpulan, tetapi juga mengukur magnitud
perbezaan antara individu. Contoh berikut menjelaskannya:

Contoh 5.3
Menggunakan skala berikut, sila nyatakan pilihan anda bagi setiap item
dengan membulatkan nombor yang paling menggambarkan perasaan
anda.

1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju


3. Berkecuali 4. Setuju
5. Sangat Setuju

(a) Fasiliti di sini mencukupi 1 2 3 4

(b) Perkhidmatan yang disediakan adalah 1 2 3 4


mencukupi

(c) Orang di sini ramah 1 2 3 4

(d) Harga di sini murah 1 2 3 4

Skala Silang mempunyai magnitud perbezaan yang sama pada titik skala.
Magnitud perbezaan diwakili oleh jarak di antara 1 dan 2 pada skala yang
sama, seperti magnitud perbezaan diwakili oleh jarak 4 dan 5 atau mana-
mana dua titik. Sebarang nombor boleh ditambah atau ditolak dari nombor
pada skala. Sekiranya 6 ditambah kepada semua lima titik pada skala,
magnitud perbezaan antara 7 dan 8 masih sama seperti magnitud
perbezaan antara 10 dan 11. Oleh itu, punca atau titik permulaan boleh
menjadi mana-mana nombor atau arbitrari.

Skala selang menunjukkan perbezaan, susunan dan kesamaan magnitud


perbezaan dalam pemboleh ubah. Ia lebih tinggi daripada skala nominal
dan skala ordinal. Ia membolehkan pengukuran kecenderungan memusat,
min, serakan, langkau, sisihan piawai dan varians.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

(d) Ukuran Nisbah (Skala)


Kelemahan utama skala selang ialah punca yang arbitrari. Ini boleh diatasi
dengan menggunakan skala nisbah kerana ia mempunyai punca yang
mutlak atau titik sifar, iaitu titik pengukuran yang bermakna. Oleh itu,
skala nisbah bukan sahaja mengukur magnitud perbezaan antara titik pada
skala tetapi juga menunjukkan kadar perbezaan. Skala nisbah adalah skala
yang paling berkuasa antara keempat-empat skala kerana ia mempunyai
punca sifar yang unik dan mempunyai sifat-sifat yang ada pada skala-skala
lain (lihat Jadual 5.1).

Jadual 5.1: Ciri-ciri Skala

Ciri-ciri Pengukuran
Pengukuran
Skala Punca Kecenderunga
Perbezaan Susunan Jarak Serakan
Sifar n Memusat

Nominal Ya No Tidak Tidak Mod ă


Ordinal Ya Ya Tidak Tidak Median Julat separa
interkuartil
Selang Ya Ya Ya Tidak Min Aritmetik Sisihan
piawai,
varians,
pekali
varians
Nisbah Ya Ya Ya Ya Min Aritmetik Sisihan
piawai,
varians,
pekali
varians

Contoh 5.4

(a) Berapa banyakkah buku yang anda baca dalam tempoh dua minggu
yang lepas?

(b) Berapa kali anda melawat kompleks membeli belah dalam tempoh
sebulan yang lepas?

Kecenderungan memusat bagi skala nisbah adalah min aritmetik. Pengukuran


serakan adalah sisihan piawai dan varians.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  69

AKTIVITI 5.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengukuran dalam


penyelidikan? Nyatakan tiga langkah proses pengukuran.

2. Apakah asas tahap pengukuran konsep?

SEMAK KENDIRI 5.3

Apakah perbezaan utama antara skala nominal, ordinal, selang dan


nisbah?

5.5 TEKNIK PEMBINAAN SKALA


Terdapat empat jenis skala yang boleh digunakan bagi operasional dimensi dan
elemen pemboleh ubah. Adalah penting untuk mengetahui kaedah pembinaan
skala, iaitu proses memberikan nombor atau simbol bagi mendapatkan respons
subjek terhadap objek, peristiwa atau seseorang. Terdapat dua kategori utama
skala, iaitu skala penarafan dan skala kedudukan.

5.5.1 Skala Penarafan


Terdapat beberapa jenis skala penarafan yang digunakan untuk mendapatkan
respons terhadap sesuatu objek, peristiwa dan individu yang dikaji. Berikut ialah
beberapa contoh skala penarafan yang biasa digunakan dalam penyelidikan
sosial sains.

(a) Skala Dikotomi (Skala Kategori Mudah)

Skala dikotomi ini digunakan untuk mendapat respons Ya atau Tidak.


Skala nominal digunakan untuk mengukur respons tersebut.

Adakah anda membeli produk A? Ya _____ Tidak _____

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

(b) Skala Kategori (Pelbagai Pilihan ă Skala Respons Tunggal)

Kategori ini menggunakan item pelbagai pilihan untuk mendapatkan


respons; skala nominal digunakan untuk mengukur respons tunggal.

Di manakah anda membeli tiket anda?


(i) Stesen kereta api
(ii) Kedai Runcit
(iii) Restoren Makanan Segera
(iv) Pam Minyak
(v) Lain-lain

(c) Skala Kategori (Pelbagai Pilihan ă Skala Pelbagai Respons)

Di antara majalah ringan disenaraikan berikut, yang manakah yang


anda suka baca?

(i) Time
(ii) ReaderÊs Digest
(iii) National Geographic
(iv) Far Eastern Economic Review
(v) Vogue
(vi) Family
(vii) Lain-lain (Jelaskan)

(d) Skala Rating


Antara aplikasi paling popular skala rating ialah Skala Likert. Skala Likert
direka untuk mengenal pasti sejauh mana subjek bersetuju atau tidak
bersetuju dengan sesuatu kenyataan pada lima skala. Respons yang
didapati dari skala dijumlahkan bagi setiap responden bagi mengukur
konsep atau pemboleh ubah. Ini adalah skala selang dan perbezaan
respons antara dua titik adalah sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  71

Penggunaan sistem komputer membantu meningkatkan prestasi pelajar

(i) Sangat Setuju 1


(ii) Setuju 2
(iii) Tidak pasti 3
(iv) Tidak Setuju 4
(v) Sangat Tidak Setuju 5

(e) Skala Perbezaan Semantik


Beberapa atribut bipolar diletakkan pada dua hujung ekstrem dan
responden di minta memberi respons mereka tentang individu, objek,
peristiwa bagi setiap atribut yang berkenaan. Skala perbezaan semantik
digunakan untuk menilai sikap responden terhadap sesuatu jenama, iklan,
objek atau individu. Respons diplot bagi mendapatkan idea tentang
persepsi mereka dan diukur pada skala selang.

Apakah yang ada rasa tentang peperangan?

Tidak Baik ________________ Baik


Adil ________________ Tidak Adil
Bersih ________________ Kotor
Moden ________________ Tradisional

(f) Skala Berangka


Skala berangka adalah sama dengan skala semantik. Perbezaannya ialah
nombor bagi 5 skala atau 7 skala diberikan dengan adjektif bipolar pada
setiap hujung skala. Skala ini menggunakan data selang.

Apakah yang anda rasa tentang peperangan?

Tidak Baik 1 2 3 4 5 Baik


Adil 1 2 3 4 5 Tidak Adil
Bersih 1 2 3 4 5 Kotor
Moden 1 2 3 4 5 Tradisional

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

(g) Skala Jumlah Tetap


Bagi jenis skala ini, responden diminta mengagihkan nombor pada item
yang pelbagai. Skala ini menggunakan ukuran ordinal. Dalam memilih
fasiliti kediaman, nyatakan kepentingan bagi setiap aspek berikut dengan
memberi markah pada setiap aspek dengan jumlah keseluruhan markah
100.

Ruang Bilik
Dekorasi bilik
Kebersihan
Servis pengemasan
Jumlah markah 100

(h) Skala Utama


Skala utama memberikan ukuran dan juga arah intensiti sikap terhadap
item yang dikaji. Ciri-ciri yang dikaji diletakkan di tengah dan skala
berangka dari +3 ke ă3 diletakkan di kiri kanan item. Skala ini memberikan
idea jurang antara respons individu. Ia tidak mempunyai sifar mutlak, oleh
itu, ia ialah skala selang.

Sila nyatakan bagaimana anda menilai restoran dari segi ciri-ciri


berikut, dengan membulatkan nombor yang berkenaan:

Perkhidmatan ă3 ă2 ă1 +1 +2 +3
Kebersihan ă3 ă2 ă1 +1 +2 +3
Harga ă3 ă2 ă1 +1 +2 +3

5.5.2 Skala Kedudukan


Responden membuat perbandingan antara dua atau lebih objek/item dan
membuat pilihan antaranya (bersifat ordinal). Selalunya responden akan diminta
memilih yang paling baik atau disukai. Kedudukan begini mungkin muktamad
sekiranya hanya dua pilihan diberi. Sekiranya terdapat lebih dari dua pilihan, ia
menjadi seri dan ini tidak begitu membantu. Sekiranya 35% dari responden
memiliki produk A, 25% memilih produk B dan 20% memilih produk C dan D.
Manakah produk yang lebih disukai? Merumuskan produk A lebih disukai tidak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  73

tepat kerana 65% responden tidak memilih produk ini. Kekeliruan ini boleh
dielakkan sekiranya kaedah kedudukan alternatif digunakan.

(a) Perbandingan Berpasangan


Apabila skala ini digunakan, responden perlu memilih antara pasangan
objek pada masa yang sama. Ini membantu menilai pilihan kerana
responden boleh mempamerkan sikap yang jelas apabila membuat pilihan.
Jumlah perbandingan pasangan yang perlu dilakukan oleh responden
untuk n objek ialah [n(4)(n ă 1)/2]. Sekiranya n = 4, maka jumlah
perbandingan berpasangan yang perlu dibuat ialah [(4)(4 ă1 )/2) = 6].
Semakin besar jumlah objek, semakin besar jumlah perbandingan
berpasangan yang perlu dibuat. Ini boleh memenatkan responden. Teknik
ini baik sekiranya jumlah objek adalah kecil.

Contoh 5.5
Bagi setiap pasangan taman negara, tandakan taman negara yang paling
anda gemari sekiranya anda perlu memilih antara keduanya.

(i) Taman Negara Malaysia


_________________
Taman Negara Endau Rompin

(ii) Taman Negara Mulu


_________________
Taman Negara Sabah

(iii) Taman Negara Malaysia


_________________
Taman Negara Sabah

(iv) Taman Negara Mulu


_________________
Taman Negara Endau Rompin

(v) Taman Negara Malaysia


_________________
Taman Negara Mulu

(b) Pilihan Paksa


Skala jenis ini membenarkan responden menyusun objek mengikut
kedudukan antara pilihan yang tersedia. Cara ini lebih mudah untuk
responden terutamanya apabila pilihan yang perlu di kedudukan adalah
terhad.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

Contoh 5.6
Sila pilih surat khabar harian yang anda akan langgan mengikut
keutamaan, dengan memberikan nombor 1 untuk yang paling digemari
dan nombor 5 bagi yang paling kurang digemari.

(i) New Straits Times _________________


(ii) Utusan Malaysia _________________
(iii) The Star _________________
(iv) Malay Mail _________________
(v) Harian Metro _________________

(c) Skala Pembandingan


Skala ini memberikan titik rujukan untuk menilai sikap terhadap sesuatu
objek, peristiwa atau situasi yang ingin dikaji. Teknik ini ideal sekiranya
responden biasa dengan piawaian tertentu.

Contoh 5.7
Dibandingkan dengan lawatan terakhir anda di lokasi percutian berikut,
lawatan yang terkini adalah:

Lebih
Lebih Kurang
Kurang
Menyeronokkan Menyeronokkan
Sama
1 2 3 4 5

5.6 KUALITI PENGUKURAN


Pengukuran yang baik memberi penunjuk yang tepat bagi sesuatu konsep yang
ingin diukur. Ia mestilah senang dan efisien. Ukuran yang tepat menunjukkan
perbezaan antara atribut pemboleh ubah. Walaupun ukuran yang tepat lebih
baik daripada ukuran yang kurang tepat, ketepatan bukanlah satu kemestian.
Adalah penting untuk mengetahui bahawa ketepatan bukan bermaksud kejituan.
Ukuran yang jitu bermaksud sejauh mana ukuran itu mengukur perkara/nilai
sebenar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  75

Pengukuran terdedah kepada ralat dan bias rawak dan juga sistematik. Oleh
yang demikian, penyelidikan bukanlah 100% tepat. Ujian kebolehpercayaan dan
kesahan sesuatu pengukuran adalah penting.

5.6.1 Kebolehpercayaan, Kesahan dan Kepraktisan


Tiga kriteria utama yang sering digunakan untuk menentukan kualiti alat
pengukuran; kebolehpercayaan, kesahan dan praktikal.

Kebolehpercayaan dan kesahan menunjukkan sejauh mana ukuran yang dibuat


benar-benar mengukur konstruksi. Kebolehpercayaan dan kesahan yang
sempurna tidak mungkin dapat dicapai. Memastikan dapatan kajian adalah
benar, mempunyai kredibiliti, boleh dipercayai dan tidak mengandungi ralat
rawak ataupun sistematik adalah penting. Oleh itu, kebolehpercayaan dan
kesahan ialah kriteria saintifik pengukuran.

Kebolehpercayaan berkait dengan konsistensi pengukuran. Sekiranya satu teknik


diaplikasikan berulang kali pada objek yang sama, dan mendapat keputusan
yang sama setiap kali, ini menunjukkan konsistensi. Kriteria ini mengambil kira
sejauh mana pengukuran bebas dari kesilapan rawak. Kebolehpercayaan boleh
dinilai dengan bertanyakan soalan-soalan berikut (Easterby-Smith et al., 2002):

(a) Adakah ukuran memberikan keputusan yang sama dalam keadaan lain?

(b) Adakah pemerhatian yang sama juga diperoleh oleh pengkaji lain?

(c) Adakah terdapat ketelusan bagaimana data kasar diberi makna?

Kesahan berkaitan dengan kebenaran ă padanan antara konstruksi, atau


bagaimana idea dikumpulkan di bawah definisi konseptual dan ukuran.

Ia menggambarkan sejauh mana idea tentang realiti padan dengan realiti


sebenar. Iaitu sejauh mana pengukuran empirikal membawa maksud sebenar
konsep. Dalam erti kata lainnya, ia mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Gangguan utama terhadap kesahan termasuklah:

(a) Sejarah
Sekiranya sesuatu peristiwa atau faktor yang mempunyai impak terhadap
hubungan terjadi secara tiba-tiba semasa kajian sedang dilakukan, dan
sejarah peristiwa ini mengganggu hubungan sebab-akibat di antara
pemboleh ubah, kesahan dapatan kajian akan terjejas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

(b) Kesan Kematangan


Masa yang berlalu dalam hubungan akan mempengaruhi sebab-akibat
antara pemboleh ubah dan tidak boleh dikawal. Kesan kematangan berkait
dengan proses yang berlaku dalam diri responden dalam tempoh masa
berlalu. Contoh proses kematangan termasuklah menjadi tua, menjadi
penat, menjadi bosan dan terasa lapar.

(c) Kesan Pengujian


Pra-ujian yang diberikan pada subjek untuk memperbaiki instrumen yang
digunakan boleh memberi kesan terhadap ujian sebenar atau ujian pasca.
Responden yang telah terdedah pada pra ujian akan mempengaruhi
respons mereka.

(d) Kesan Instrumentasi


Kesan pada kesahan mungkin berlaku apabila terdapat perubahan pada
instrumen pengukuran di antara pra ujian dan ujian pasca.

Contoh 5.8
Hubungan di antara kebolehpercayaan dan kesahan ditunjukkan dalam
contoh berikut:

Anda menggunakan penimbang berat untuk mengukur berat anda.


Sekiranya ia menimbang berat anda dengan betul, maka penimbang
berat tersebut boleh dipercayai dan sah. Sekiranya penimbang berat
telah diganggu tetapi memberi keputusan yang konsisten lebih 6 kg
setiap kali, maka ia boleh dipercayai tetapi tidak sah. Sekiranya
penimbang berat memberikan berat yang berbeza-beza setiap kali, maka
ia tidak boleh dipercayai dan tidak sah.

Kepraktisan berkaitan dengan keperluan operasi dalam proses pengukuran.


Kriteria praktikal melibatkan aspek ekonomi, kemudahan dan kebolehtafsiran.
Untuk mencapai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi, kos yang
tinggi yang melebihi bajet penyelidikan mungkin terjadi. Oleh itu, perlu ada
keseimbangan antara ukuran yang ideal dan bajet. Teknik pengumpulan data
selalu ditentukan oleh kekangan bajet dan faktor-faktor ekonomi yang lain.

Alat pengukuran mestilah senang untuk digunakan. Reka bentuk instrumen


perlu senang difahami, lengkap dan mempunyai arahan yang jelas. Sekiranya
instrumen akan digunakan oleh orang lain, ia mestilah senang untuk ditafsirkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  77

5.7 PUNCA RALAT PENGUKURAN


Dalam situasi yang ideal, reka bentuk kajian seharusnya dapat mengawal
ketepatan dan kejelasan sesuatu pengukuran. Walau bagaimanapun, situasi yang
ideal tidak mungkin berlaku. Oleh itu, cara terbaik ialah dengan mengurangkan
ralat. Pengkaji perlu peka sumber-sumber ralat seperti ralat sistematik dan ralat
rawak.

(a) Responden sebagai Punca Ralat


Ralat ini berlaku hasil dari perbezaan respons yang diberikan oleh
responden. Sesetengah respons berkait dengan ciri-ciri responden mungkin
boleh diandaikan dan lebih stabil tetapi kesan ciri-ciri lain mungkin tidak
ketara. Individu yang melalui peristiwa trauma mungkin mempunyai
pandangan yang berbeza. Responden ini mungkin teragak-agak untuk
menyatakan pendapat atau perasaan dan mungkin juga tidak mempunyai
maklumat situasi tertentu. Ini menyebabkan beliau meneka dalam
memberi respons. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi responden
seperti kepenatan, kebosanan, kebimbangan, kurang sabar dan emosi yang
berubah-ubah boleh mempengaruhi respons.

(b) Faktor-faktor Situasi


Keadaan boleh memberi tekanan kepada temu bual dan mempunyai kesan
yang serius pada hubungan penemubual-responden. Kehadiran orang lain
semasa sesi temu bual boleh mengganggu respons yang diberikan. Respons
boleh diputarbelitkan oleh individu yang hadir, temu bual boleh terganggu
dengan kehadiran mereka dan gangguan-gangguan lain mungkin terjadi.
Sesetengah orang mungkin merasakan diri dicerobohi dan
berkemungkinan memberi respons tanpa rela.

(c) Pengukur sebagai Punca Ralat


Sekiranya penemubual atau pembanci menukar ayat, parafrasa atau
menyusun kembali soalan-soalan, maka ia boleh menyebabkan kesilapan.
Tanggapan pertama penemubual kepada responden boleh menyebabkan
berat sebelah. Nada suara penemubual boleh menggalakkan jawapan
tertentu dan sebaliknya. Kegagalan perakam suara untuk merekodkan
keseluruhan perbualan mungkin mencacatkan dapatan kajian. Apabila
data tidak dimasukkan dengan betul untuk analisa ataupun analisa
statistik yang salah digunakan, ini akan menyebabkan semakin berat
sebelah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

(d) Instrumen sebagai Punca Ralat


Sekiranya instrumen yang digunakan defektif, dua sumber utama
kesilapan boleh berlaku. Punca ralat pertama, penggunaan ayat-ayat yang
kompleks, sintaks, jargon yang tidak difahami oleh responden akan
menyebabkan kekeliruan dan kesamaran. Soalan yang tidak mematuhi
reka bentuk tinjauan yang baik akan menyebabkan responden memberikan
jawapan yang berat sebelah. Soalan yang dipandu, makna yang samar-
samar dan soalan pelbagai adalah sebahagian dari contoh-contoh sumber
ralat dalam instrumen. Punca ralat kedua dalam instrumen ialah
kandungan yang tidak lengkap. Walaupun tidak semua perkara boleh
dimasukkan ke dalam instrumen, kadangkala sesetengah perkara sengaja
tidak dimasukkan.

SEMAK KENDIRI 5.4

Apakah empat punca utama ralat pengukuran? Berikan contoh bagi


setiap sumber yang boleh mempengaruhi hasil pengukuran dalam
temu bual bersemuka?

SEMAK KENDIRI 5.5

Tandakan Betul atau Salah pada setiap kenyataan berikut:

No. Soalan Betul Salah

1. Dimensi masa adalah asas mengelaskan reka bentuk


kajian.

2. Sebenarnya, apa yang diukur adalah penunjuk.

3. Skala selang mempunyai susulan dan jarak tetapi


tidak mempunyai sumber asal yang unik.

4. Sekiranya ukuran mempunyai kebolehpercayaan, ia


mestilah mempunyai kesahan.

5. Ukuran nominal hanya mempunyai dua kategori.

6. Mengelaskan individu sebagai bekerja dan tidak


bekerja adalah pemboleh ubah nominal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  79

Pilih jawapan yang betul

1. Yang manakah di antara berikut mempunyai klasifikasi skala yang


salah?
(a) Sikap diukur menggunakan skala selang.
(b) Berat diukur menggunakan skala nisbah.
(c) Jantina diukur menggunakan skala ordinal.
(d) Kedudukan dalam peperiksaan diukur menggunakan skala
ordinal.

2. Pengukuran mestilah memenuhi kriteria praktikal yang bermaksud:


(a) Ekonomi, tepat dan kebolehtafsiran.
(b) Mudah, ekonomi dan kebolehtafsiran.
(c) Ekonomi, konsistensi dan kebolehtafsiran.
(d) Mudah, ekonomi dan konsistensi.

3. Dalam proses operasional, pengkaji perlu menetapkan:


(a) Apa yang perlu diukur.
(b) Apakah pengukuran yang akan digunakan.
(c) Bagaimana untuk mengukur.
(d) Semua di atas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

 Dalam penyelidikan saintifik, pengukuran mestilah tepat dan terkawal.

 Dalam proses pengukuran, apa yang dibuat ialah mengukur sifat sesuatu
objek dan bukannya objek itu sendiri.

 Apa yang diukur sebenarnya adalah penunjuk sifat-sifat.

 Pengukuran biasanya menggunakan skala tertentu untuk mengelaskan dan


menyatakan kuantiti bagi data yang dikumpulkan.

 Terdapat empat jenis skala yang mempunyai kedudukan dari paling rendah
kepada paling tinggi untuk digunakan; nominal, ordinal, selang dan nisbah.

 Skala nominal menjelaskan perbezaan dengan mengelaskan objek atau


individu ke dalam kumpulan, dan memberikan maklumat paling sedikit
berkenaan pemboleh ubah.

 Skala ordinal memberikan maklumat tambahan dengan memberi


kedudukan pada kategori skala nominal. Skala selang juga memberi
maklumat tentang magnitud perbezaan pemboleh ubah.

 Skala nisbah menunjukkan magnitud dan kadar perbezaan.

 Data menjadi lebih tepat apabila skala berubah dari nominal ke nisbah dan
ujian statistik yang lebih berkuasa boleh digunakan.

 Pengukuran yang baik mestilah memenuhi kriteria kebolehpercayaan,


kesahan dan praktikal.

 Kesahan menunjukkan sejauh mana instrumen mengukur apa yang


sepatutnya diukur.

 Ukuran boleh dipercayai sekiranya ia memberikan keputusan yang sama


setiap kali ia digunakan.

 Kebolehpercayaan hanya menyumbang sebahagian dari kesahan. Sesuatu


alat boleh dipercayai walaupun tidak sah.

 Ukuran mestilah memenuhi kriteria praktikalnya iaitu ekonomi, mudah dan


boleh ditafsirkan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA  81

Definisi nominal Skala nisbah


Definisi operasi Skala utama
Konseptualisasi Ukuran
Operasional Ukuran dalaman
Pemboleh ubah Ukuran nominal
Skala dikotomi Ukuran ordinal
Skala kedudukan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah
6 Tinjauan dan
Data Sekunder
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan kepentingan soal selidik dalam pengumpulan data;
2. Menghuraikan jenis temu bual iaitu temu bual perorangan, temu
bual atas talian dan tinjauan;
3. Menilai kelebihan dan kelemahan pelbagai kaedah tinjauan;
4. Membincangkan jenis dan kegunaan data sekunder;
5. Menilai kelebihan dan kelemahan data sekunder; dan
6. Membincangkan sumber-sumber data sekunder.

 PENGENALAN
Jenis dan jumlah data yang dikumpulkan bergantung kepada sifat dan objektif
sesuatu kajian. Sekiranya kajian berbentuk eksplorasi, pengkaji berkemungkinan
mengumpul data naratif melalui penggunaan kumpulan fokus, temu bual
perseorangan atau pemerhatian tingkah laku atau peristiwa. Data-data jenis ini
dikenali sebagai data kualitatif.

Pendekatan kualitatif untuk pengumpulan data biasanya digunakan pada


peringkat eksplorasi dalam proses penyelidikan. Peranannya adalah untuk
mengenal pasti dan memperhalus permasalahan kajian agar kerangka konseptual
dapat dibangunkan dan diuji. Kajian seperti ini biasanya melibatkan sampel yang
kecil atau kajian kes.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  83

Sekiranya kajian adalah deskriptif atau sebab-kesan, pengkaji memerlukan


jumlah data yang banyak yang dikumpulkan melalui kaedah tinjauan yang
berskala besar atau menggunakan pangkalan data elektronik yang sedia ada.
Data kuantitatif biasanya dikumpulkan menggunakan pelbagai skala berangka.
Pendekatan pengumpulan data kuantitatif biasa digunakan apabila pengkaji
menggunakan model teoretikal dan permasalahan kajian yang jelas. Kesahan
konsep dan model biasanya melibatkan penggunaan data kuantitatif yang
diambil daripada kajian tinjauan berskala besar.

6.1 KAJIAN TINJAUAN


Kajian tinjauan adalah teknik yang biasa digunakan dalam aplikasi penyelidikan.
Tinjauan ialah cara yang cepat, murah dan tepat untuk mendapatkan maklumat
bagi pelbagai objektif. Tinjauan biasanya ialah penyelidikan deskriptif yang
mempunyai objektif untuk mengukur kesedaran, pengetahuan, tingkah laku,
pendapat dan sebagainya. Tinjauan juga boleh digunakan untuk mengumpul
data bagi penyelidikan, penjelasan dan analitis yang membolehkan pengkaji
memeriksa dan menjelaskan hubungan di antara pemboleh ubah, terutamanya
dalam hubungan sebab-kesan. Istilah sampel tinjauan sering digunakan kerana
tinjauan biasanya ialah sampel yang mewakili populasi yang disasarkan.

Tinjauan menjadi popular kerana ia dapat mengumpul data yang banyak


daripada populasi yang besar dengan kos yang ekonomi. Data biasanya standard
dan dikumpulkan menggunakan soal selidik bagi memudahkan perbandingan.
Tambahan pula, strategi tinjauan dianggap mempunyai autoriti pada orang
ramai. Setiap hari, buletin berita atau artikel surat khabar melaporkan hasil
tinjauan tentang apa yang dibuat atau difikirkan oleh orang ramai dalam
keadaan tertentu. Kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian tinjauan
bergantung kepada kualiti instrumen yang digunakan.

Antara instrumen yang popular dalam kajian tinjauan ialah soal selidik dan
inventori pemerhatian.

Terdapat dua jenis kaedah pengukuran data tinjauan pengisian kendiri dan
diisikan oleh penemubual.

Kaedah pengisian kendiri termasuklah tinjauan menggunakan pos dan tinjauan


elektronik. Kaedah di mana penemubual mengisikan respons melibatkan
hubungan terus dengan responden melalui temu bual perseorangan, sama ada
bersemuka, menggunakan telefon atau dialog komputer.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

Temu bual perseorangan, sama ada berstruktur atau tidak, biasa digunakan
untuk mendapatkan maklumat kualitatif yang terperinci dari sejumlah kecil
individu. Pendekatan ini kadang kala dirujuk sebagai tinjauan mendalam.

Soal selidik digunakan untuk mengumpul data kuantitatif daripada individu


yang ramai secara cepat dan mudah. Dalam topik ini, fokus akan diberikan pada
teknik tinjauan untuk pengumpulan data.

SEMAK KENDIRI 6.1

Jelaskan perbezaan antara soal selidik dan inventori pemerhatian.


Jelaskan penggunaan instrumen ini dengan memberi contoh-contoh
yang sesuai.

6.2 TEMU BUAL PERSEORANGAN


Soal selidik yang diisi oleh penemubual boleh dilakukan dengan bersemuka,
menggunakan telefon atau dialog komputer. Temu bual bersemuka dan
menggunakan telefon adalah yang paling meluas digunakan. Walau
bagaimanapun, dialog komputer ialah mod komunikasi yang sedang
berkembang pesat. Pendekatan dialog komputer menggunakan teknologi digital
mampu mendapatkan maklumat dengan mudah daripada kumpulan individu
yang besar.

Temu bual berlaku apabila penyelidik berbual secara terus dengan responden,
bertanya soalan dan merekodkan jawapan. Temu bual amat berguna untuk
mengumpul data apabila berdepan dengan isu kompleks dan/atau sensitif dan
apabila soalan terbuka digunakan. Sebagai contoh, temu bual bersemuka
membolehkan pengkaji mendapat maklum balas dan menggunakan bantuan
visual. Responden mungkin ditunjukkan logo korporat yang baru, penyataan
misi korporat yang baru, reka bentuk bangunan, stail kenderaan dan warna dan
diminta memberi komen. Akhir sekali, temu bual adalah fleksibel kerana ia boleh
dilakukan di tempat kerja, rumah atau di tempat membeli-belah dan lain-lain.
Pengkaji boleh meningkatkan penglibatan dengan memberi penerangan tentang
projek dan kepentingannya kepada responden.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  85

6.2.1 Jenis-jenis Temu Bual Perseorangan


Terdapat empat jenis temu bual perseorangan, iaitu:

(a) Temu Bual Berstruktur


Dalam temu bual berstruktur, penemubual menggunakan soalan yang
telah ditentukan susunannya. Untuk setiap temu bual, penemubual
dimestikan menggunakan susunan temu bual yang sama dan menjalankan
temu bual dalam cara yang sama bagi mengelakkan bias yang terhasil
daripada amalan temu bual yang tidak konsisten. Tambahan pula,
pendekatan yang standard akan memastikan respons yang diberi boleh
dibandingkan antara temu bual. Setiap responden diberikan peluang yang
sama untuk menjawab soalan atau tidak. Penemubual boleh mengumpul
respons dalam bentuk nota atau merakam temu bual tersebut. Rakaman
hanya boleh dilakukan sekiranya mendapat kebenaran daripada
responden. Sekiranya temu bual tidak dirakam menggunakan pita
perakam, salinan nota penemubual perlu diberikan kepada responden
setelah sesi tamat bagi memastikan ketepatannya.

(b) Temu Bual Separa Struktur


Dalam pendekatan ini, pengkaji bebas menggunakan inisiatif sendiri untuk
membuat susulan respons yang diberikan oleh responden. Penemubual
mungkin ingin bertanyakan soalan yang berkaitan tetapi tidak dijangka
dan yang tidak ada di dalam temu bual. Pendekatan ini membantu
penemuan maklumat yang tidak dijangka dan lebih mendalam. Perkara
sebegini akan mempertingkatkan dapatan kajian.

Temu bual separa struktur mempunyai struktur keseluruhan, arah dan


fleksibiliti untuk memasukkan soalan yang tidak berstruktur. Kumpulan
fokus ialah pendekatan temu bual separa struktur yang paling dikenali.
Kumpulan fokus adalah temu bual separa struktur yang menggunakan
pendekatan penyelidikan eksplorasi. Ia adalah sebahagian daripada
penyelidikan kualitatif. Kumpulan fokus distrukturkan mengikut senarai
topik atau soalan-soalan yang disediakan oleh moderator. Walau
bagaimanapun, ia boleh menjadi tidak berstruktur apabila moderator
membenarkan peserta menjawab soalan menggunakan ayat mereka sendiri
dan menggalakkan mereka memberi penjelasan tentang respons yang
diberikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

(c) Temu Bual Tidak Berstruktur


Temu bual tidak berstruktur dijalankan tanpa turutan temu bual. Ini
membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat dengan melibatkan
peserta dalam perbincangan tentang topik yang menjadi tumpuan.
Kekuatan pendekatan ini ialah pengkaji mempunyai peluang untuk
meneroka isu yang timbul semasa temu bual dengan lebih mendalam.

Temu bual tidak berstruktur digunakan apabila kajian dilakukan di dalam


bidang yang belum diterokai. Bagi mendapatkan kefahaman yang
mendalam tentang isu kritikal yang terlibat, pengkaji dalam kedudukan
yang lebih baik untuk mentafsirkan permasalahan kajian dan
membangunkan kerangka konseptual bagi kajian. Ini kemudiannya akan
menjadi asas untuk penyelidikan empirikal yang seterusnya untuk menguji
idea, konsep dan hipotesis yang muncul.

(d) Temu Bual Mendalam


Temu bual mendalam ialah temu bual tidak berstruktur dalam sesi
perbincangan antara penemubual terlatih dengan responden. Responden
biasanya dipilih dengan berhati-hati berdasarkan tujuan kajian. Sebagai
contoh, penyelidik meneroka pusing ganti pekerja mungkin melaksanakan
temu bual mendalam dengan seseorang yang telah bekerja dengan lima
buah restoran dalam tempoh masa dua tahun. Seperti kumpulan fokus,
penemubual menyediakan kerangka sebagai panduan temu bual (bahagian
ini adalah bahagian berstruktur temu bual mendalam). Respons biasanya
tidak berstruktur. Ia membenarkan penyiasatan yang lebih mendalam
daripada kumpulan fokus. Pengkaji menyiasat respons untuk mengenal
pasti sebab-sebab yang tersembunyi bagi tingkah laku tertentu. Temu bual
mendalam amat berguna untuk memperjelaskan konsep. Melaksanakan
temu bual mendalam adalah sama dengan menyelaraskan kumpulan
fokus.

SEMAK KENDIRI 6.2

Anda telah diminta oleh pihak pengurusan melakukan satu kajian


berkenaan gangguan seksual di tempat kerja, setelah pekerja-pekerja
wanita menyuarakan kebimbangan mereka. Apakah kaedah yang akan
dipilih untuk mengumpulkan data?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  87

6.2.2 Kelebihan Temu Bual Perseorangan


Terdapat beberapa kelebihan menggunakan temu bual perseorangan dalam
penyelidikan bisnes. Bagi membantu penyelidik mendapatkan maklumat yang
lengkap dan tepat, beberapa ciri proses dihuraikan seperti berikut:

(a) Peluang Mendapatkan Maklum Balas


Temu bual perseorangan memberi peluang kepada penemubual untuk
mendapatkan maklum balas responden. Contohnya, ketua keluarga yang
enggan memberikan maklumat sensitif tentang keluarganya boleh diberi
jaminan bahawa jawapannya akan dirahsiakan. Penemubual juga boleh
memberi maklum balas dengan menjelaskan soalan-soalan daripada
responden. Dalam keadaan tertentu, setelah sesi temu bual tamat,
responden perlu diberi maklumat tambahan tentang objektif kajian. Ini
boleh dicapai dengan temu bual perorangan.

(b) Menyiasat Jawapan Kompleks


Ciri yang penting bagi temu bual perseorangan ialah peluang untuk
membuat susulan. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh responden tidak
jelas, pengkaji boleh mendapatkan jawapan yang lebih menyeluruh. Soalan
seperti ÂBoleh anda ceritakan apa yang bermain dalam fikiran anda?‰ ialah
contoh soalan menyiasat. Walaupun penemubual sepatutnya bertanya
soalan seperti yang tertera di dalam soal selidik, penyiasatan memberikan
penemubual sedikit fleksibiliti. Bergantung kepada tujuan kajian, temu
bual perseorangan mengandungi campuran soalan berstruktur dan soalan
menyiasat. Temu bual perseorangan amat berguna untuk mendapatkan
maklumat tidak berstruktur. Soalan yang susah ditanya melalui telefon
atau pos boleh ditanya oleh penemubual terlatih dalam temu bual
perorangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

Contoh 6.1
Soalan menyiasat boleh digunakan untuk meneroka respons yang
signifikan untuk topik kajian. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk soalan
terbuka tetapi mungkin juga memerlukan fokus atau arah tertentu.
Contoh-contoh soalan adalah:

 „Bagaimanakah anda menilai kejayaan strategi pemasaran yang


baru?‰

 „Mengapakah anda memilih kaedah wajib untuk membuat


pertindihan?‰

 „Apakah faktor luaran yang menyebabkan strategi korporat


bertukar?‰

Soalan-soalan ini boleh dimulakan dengan frasa seperti „Itu amat


menarik...‰ atau „Boleh ceritakan lebih lagi tentang...‰. Soalan menyiasat
boleh digunakan bagi mendapat penjelasan apabila anda tidak faham
apa yang dimaksudkan oleh responden atau respons yang diberikan
tidak mendedahkan alasan yang sebenarnya.

Contoh soalan adalah:

 „Apakah yang anda maksudkan dengan ÂbumpingÊ sebagai cara


untuk mendapatkan sukarelawan?‰

 „Apakah hubungan antara keperluan undang-undang baru yang


dirujuk dan keputusan organisasi untuk mewujudkan jabatan hal
ehwal korporat?

(c) Tempoh Temu Bual


Sekiranya objektif kajian memerlukan soal selidik yang panjang, temu bual
mungkin menjadi satu-satunya alternatif untuk mengumpul data.
Umumnya, temu bual melalui telefon tidak lebih dari 10 minit sedangkan
temu bual perseorangan lebih lama hingga satu jam setengah. Untuk
panduan, tinjauan pos adalah boleh melebihi enam muka surat.

(d) Soal Selidik yang Lengkap


Interaksi sosial antara penemubual yang terlatih dan responden dalam
temu bual perseorangan meningkatkan kebarangkalian respons akan diberi
bagi semua item dalam soal selidik. Responden yang bosan dengan temu
bual telefon mungkin menamatkan temu bual dengan hanya meletakkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  89

telefon. Responden yang menjawab soal selidik melalui pos mungkin gagal
menjawab semua soalan dalam soal selidik. Kegagalan menjawab soalan
lebih jarang berlaku dengan penemubual terlatih dalam interaksi
bersemuka.

(e) Prop dan Bantuan Visual


Menemu bual responden secara bersemuka membenarkan penemubual
menunjukkan resume, sampel produk, lakaran pejabat, susun atur kilang
atau bantuan visual yang lain kepada responden. Dalam temu bual telefon,
penggunaan bantuan visual adalah mustahil.

(f) Penyertaan yang Tinggi


Walaupun sesetengah individu enggan menyertai kajian tinjauan,
kehadiran penemubual amnya meningkatkan peratusan penyertaan temu
bual. Responden biasanya tidak diminta membaca atau menulis. Apa yang
perlu dilakukan adalah bercakap. Kebanyakan individu suka berkongsi
maklumat dan wawasan dengan penemubual yang bersimpati dan ramah.
Temu bual perseorangan boleh dilakukan di pejabat responden atau
tempat-tempat lain. Penemubual yang berada di tempat kejadian biasanya
mempengaruhi kadar penyertaan. Menariknya, temu bual perseorangan
sering kali dilakukan di kompleks membeli belah walaupun kajian telah
menunjukkan bahawa kadar penolakan paling tinggi ialah apabila
responden sedang membeli belah.

6.2.3 Kelemahan Temu Bual Perseorangan


Walaupun temu bual perseorangan mempunyai banyak kelebihan, ia juga
mempunyai kelemahan. Oleh sebab responden boleh dikenal pasti, mereka
mungkin enggan memberi maklumat sulit tentang orang lain. Kajian
menunjukkan bahawa ciri-ciri demografi penemubual mempengaruhi jawapan
responden. Sebagai contoh, satu kajian mendapati penemubual lelaki
memberikan varians yang lebih besar daripada penemubual wanita apabila 85
peratus daripada responden ialah wanita. Penemubual yang lebih tua dan
menemu bual responden yang lebih tua memberikan varians yang lebih besar
daripada kombinasi umur lain. Sebaliknya, penemubual yang lebih muda dan
menemu bual responden yang lebih muda memberikan varians yang paling
kecil.

Teknik temu bual yang berbeza boleh menjadi sumber bias penemubual.
Mengungkap semula soalan, nada suara dan penampilan penemubual boleh
mempengaruhi jawapan yang diberikan oleh responden. Bayangkan
penemubual yang telah menjalankan 100 sesi temu bual. Pada temu bual

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

seterusnya, beliau mungkin secara selektif mengagak jawapan responden dan


menjadikan pentafsiran respons berbeza dari sepatutnya.

Pengkaji ialah saintis yang berdedikasi. Malangnya, penemubual yang diupah


oleh pengkaji tidak mempamerkan imej tersebut. Kadangkala, penemubual
mengambil jalan mudah untuk menjimatkan masa dan tenaga. Mereka mungkin
memalsukan sesetengah bahagian laporan dengan Âdummying upÊ sebahagian
atau keseluruhan soal selidik. Kawalan terhadap penemubual adalah penting
bagi memastikan soalan-soalan yang sukar dan memakan masa dikendalikan
dengan betul.

(a) Kos
Temu bual perseorangan adalah lebih mahal daripada temu bual pos dan
telefon. Jarak geografi antara responden, panjang dan kerumitan soal
selidik dan jumlah responden yang tidak menjawab akan memberi kesan
kepada kos temu bual perseorangan.

(b) Pengenalan Responden


Responden yang boleh dikenal pasti mungkin enggan untuk memberikan
maklumat sulit kepada orang lain. Pengkaji biasanya menghabiskan masa
dan usaha yang banyak untuk mengungkap soalan sensitif agar bias
kepatutan sosial tidak terjadi. Sebagai contoh, penemubual mungkin
menunjukkan kad yang menyenaraikan semua kemungkinan jawapan dan
meminta responden membaca nombor kategori dan bukannya membaca
jawapan yang sensitif.

(c) Panggil balik


Apabila individu yang dipilih dalam sampel tidak dapat dihubungi pada
panggilan pertama. secara automatik panggilan balik akan dilakukan pada
waktu lain. Panggilan balik adalah cara untuk mengurangkan ralat kadar
tidak respons. Kos penemubual memanggil balik unit pensampelan adalah
lebih mahal (per temu bual) kerana subjek yang tiada di rumah biasanya
lebih berserakan di merata tempat dari unit pensampelan asal. Panggilan
balik adalah penting kerana individu yang tiada di rumah pada waktu
panggilan dibuat (wanita bekerja) mungkin mempunyai respons yang
berbeza daripada mereka yang duduk di rumah (wanita tidak bekerja,
pencen).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  91

AKTIVITI 6.1

1. Adakah temu bual perseorangan kaedah tinjauan yang paling baik


untuk mendapatkan maklumat?

2. Pertimbangkan soalan yang ditanya oleh seorang eksekutif


syarikat: „Adakah anda melihat sebarang ancaman kepada
pencapaian objektif jabatan?‰ Adakah temu bual perseorangan
akan memberikan jawapan yang bias?

6.3 TEMU BUAL TELEFON


Temu bual telefon telah menjadi kaedah utama dalam tinjauan komersil sejak
dua dekad yang lepas. Kualiti data yang dikumpulkan melalui telefon adalah
setara dengan temu bual perorangan. Temu bual telefon dapat menggalakkan
responden memberikan maklumat terperinci dan boleh dipercayai berkenaan
pelbagai topik peribadi secara rela. Tinjauan telefon boleh memberi sampel yang
representatif bagi populasi umum di negara maju.

6.3.1 Jenis-jenis Temu Bual Telefon


Terdapat dua jenis temu bual telefon:

(a) Temu Bual Lokasi Berpusat


Agensi penyelidikan dan perkhidmatan temu bual biasanya melakukan
temu bual di sebuah pusat. Saluran Perkhidmatan Telekomunikasi
Kawasan dibeli daripada perkhidmatan telefon jarak jauh pada harga tetap
agar panggilan yang tidak terhad boleh dibuat ke seluruh negara atau
dalam kawasan tertentu. Pusat panggilan berpusat membolehkan syarikat
mengupah penemubual profesional dan menyelia serta mengawal kualiti
temu bual dengan lebih efektif. Apabila temu bual telefon dipusatkan dan
menggunakan komputer, penyelidikan akan menjadi lebih kos efektif.

(b) Temu Bual Bantuan Komputer


Kemajuan dalam teknologi komputer menyebabkan temu bual telefon
boleh dimasukkan secara terus ke dalam komputer menggunakan proses
temu bual bantuan komputer atau computer assisted telephone
interviewing (CATI). Penemubual telefon duduk di depan terminal
komputer. Monitor akan memaparkan soalan soal selidik satu persatu
bersama dengan pilihan jawapan yang telah dikodkan. Penemubual

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

membaca setiap soalan yang dipaparkan di skrin. Apabila responden


menjawab, penemubual akan memasukkan respons ke dalam komputer
dan secara automatik ia disimpan dalam memori komputer apabila soalan
seterusnya dipaparkan. Temu bual bantuan komputer memerlukan soal
selidik yang amat berstruktur. Contohnya, sekiranya responden
memberikan jawapan yang tidak diterima (tidak direkodkan sebelumnya
atau diprogramkan), komputer akan menolak jawapan tersebut. Sistem
temu bual bantuan komputer merangkumi sistem pengurusan telefon yang
mengurus pemilihan nombor, melakukan dail automatik dan menyediakan
fungsi-fungsi lain tanpa memerlukan pekerja.

Dalam sistem tersebut, pemilihan sampel dikawal secara automatik dengan


memilih nama-nama atau memenuhi kuota sampel. Ciri lain pengurusan
panggilan ialah jadual panggilan balik secara automatik. Komputer
diprogramkan untuk merekodkan masa di antara panggilan balik (panggil
balik selepas dua jam, panggil balik jika nombor sibuk selepas sepuluh
minit) dan membenarkan penemubual memasukkan slot masa (hari
berikutnya atau jam seterusnya) apabila responden memberitahu mereka
sibuk. Sistem ini juga menyediakan laporan harian status temu bual yang
berjaya dilengkapkan berbanding dengan kuota (Zikmund, 2000).

6.3.2 Kelebihan dan Kelemahan Temu Bual Telefon


Kelebihan dan kekurangan temu bual telefon apabila dibandingkan dengan temu
bual perseorangan boleh dilihat dari aspek berikut:

(a) Cepat
Dalam temu bual telefon, pengumpulan data yang cepat ialah kekuatan
utama. Sebagai contoh, pegawai kesatuan yang ingin membuat tinjauan
tentang sikap ahli terhadap mogok boleh melaksanakan tinjauan
menggunakan temu bual telefon pada beberapa hari terakhir sebelum
proses tawar-menawar. Daripada mengambil beberapa minggu untuk
mengumpul data menggunakan pos atau temu bual perseorangan, beratus-
ratus sesi temu bual boleh dilakukan dalam sehari. Apabila penemubual
memasukkan jawapan responden secara terus ke dalam sistem komputer,
kadar pemprosesan data meningkat.

(b) Kos
Apabila kos temu bual perseorangan terus meningkat, temu bual telefon
menjadi semakin murah. Kos temu bual telefon adalah lebih kurang 40
peratus lebih murah daripada temu bual perseorangan. Kos akan menjadi
lebih rendah kerana tiada kos perjalanan dan temu bual dijalankan secara
berkomputer dan berpusat.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  93

(c) Ketiadaan Hubungan Bersemuka


Temu bual telefon kurang mesra berbanding temu bual bersemuka.
Responden lebih bersedia menjawab soalan sensitif menggunakan temu
bual telefon dari temu bual perorangan. Terdapat kajian yang
menunjukkan responden kurang berkongsi maklumat berkenaan
pendapatan dan maklumat kewangan lain walaupun menggunakan temu
bual telefon atas alasan keselamatan. Kadar penolakan yang tinggi bagi
data begini berlaku dalam semua bentuk kajian tinjauan. Walaupun
responden kurang berasa terancam melalui temu bual telefon tetapi
ketiadaan hubungan bersemuka mempunyai kelemahannya tersendiri.
Sekiranya responden berhenti sekejap sebelum menjawab, penemubual
tidak akan merekodkan respons tersebut bergerak ke soalan yang lain.
Oleh yang demikian, terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk Âjawapan
tidak lengkapÊ dalam temu bual telefon berbanding dengan temu bual
perseorangan.

(d) Kerjasama
Di dalam kawasan kejiranan tertentu, orang ramai enggan membenarkan
orang asing datang ke rumah. Individu yang sama, walau bagaimanapun,
mungkin bersedia untuk bekerjasama melalui tinjauan telefon.
Penemubual juga mungkin enggan untuk menjalankan temu bual
bersemuka di kawasan kejiranan tertentu terutamanya pada waktu malam.
Sesetengah individu akan menolak penyertaan dan pengkaji perlu peka
potensi wujudnya bias tidak respons. Kemungkinan untuk panggilan tidak
dijawab dan responden tiada di rumah berbeza mengikut masa dalam
sehari, hari dalam seminggu dan bulan dalam setahun.

(e) Panggilan Balik


Situasi seperti panggilan tidak dijawab, signal sibuk atau responden tiada
di rumah memerlukan panggilan balik. Panggilan balik menggunakan
telefon lebih murah daripada temu bual perseorangan. Rumah yang
dilengkapi dengan mesin menjawab telefon ialah satu kebiasaan pada
akhir-akhir ini. Walaupun kesannya belum dikaji dengan meluas, ia jelas
menunjukkan bahawa kebanyakan orang tidak akan membalas panggilan
untuk tinjauan. Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa meninggalkan
pesanan pada mesin menjawab akan menerima balasan. Mesej yang
ditinggalkan pada mesin menjawab perlu menyatakan dengan jelas tujuan
panggilan bukan untuk tujuan jualan. Sesetengah pula berpendapat tiada
mesej perlu ditinggalkan kerana responden akan dapat dihubungi pada
akhirnya sekiranya pengkaji menelefon semula. Kebanyakan orang tidak
membenarkan mesin jawapan mereka merekodkan 100 peratus panggilan
mereka. Sekiranya panggilan dibuat pada masa yang berlainan,
kebanyakan responden boleh dihubungi melalui telefon.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

(f) Sampel yang Representatif


Apabila kumpulan yang dikaji mengandungi populasi umum, pengkaji
mungkin akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sampel
yang representatif berdasarkan senarai dari buku telefon. Di negara
membangun, majoriti isi rumah mempunyai telefon. Penduduk yang
miskin dan yang tinggal di kawasan pendalaman yang tidak tersenarai
dalam buku telefon ialah segmen kecil tetapi isu nombor yang tidak
tersenarai dan tidak dicetak dalam buku telefon merupakan isu yang lebih
besar. Nombor yang tidak tersenarai boleh terbahagi kepada dua jenis;
tidak tersenarai kerana pergerakan dan tidak tersenarai kerana kehendak
mereka sendiri.

(g) Kurang Medium Visual


Oleh sebab bantuan visual tidak boleh digunakan dalam temu bual telefon,
kajian yang memerlukan bahan visual tidak boleh dijalankan
menggunakan telefon. Skala sikap tertentu dan instrumen pengukuran,
seperti perbezaan semantik, tidak boleh digunakan kerana terdapat skala
grafik.

(h) Tempoh Terhad


Salah satu kelemahan utama temu bual telefon ialah tempoh masa yang
terhad. Responden yang merasakan mereka menghabiskan masa yang
lama akan meletakkan telefon. Keengganan untuk memberi kerjasama
berkait langsung dengan tempoh temu bual. Satu penyelidikan berkenaan
dengan kajian tinjauan mendapati bagi temu bual 5 minit atau lebih, kadar
penolakan ialah 21 peratus. Bagi temu bual 6-12 minit, kadar penolakan
ialah 41 peratus. Bagi temu bual melebihi 13 minit, kadar penolakan adalah
lebih dari 47 peratus. Tempoh 30 minit ialah tempoh maksimum kecuali
jika responden benar-benar meminati subjek tinjauan (dalam kes-kes
terpinggir, responden yang berminat mungkin sanggup bercakap lebih
lama). Panduan yang baik untuk merancang temu bual telefon ialah 10
minit (Struebbe, 1986).

AKTIVITI 6.2

Pada fikiran anda, adakah penemubual boleh mendapat maklumat yang


tepat melalui temu bual telefon? Bagaimanakah sekiranya responden
memberikan jawapan yang bias? Bagaimanakah penemubual boleh
mengetahuinya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  95

SEMAK KENDIRI 6.3

Apakah kelebihan dan kelemahan utama temu bual telefon?

6.4 TINJAUAN YANG DIISI SENDIRI


Soal selidik yang diisi sendiri seperti soal selidik pos dilengkapkan oleh
responden dan bukannya penemubual. Pengkaji dalam bidang bisnes
mengedarkan soal selidik kepada responden menggunakan banyak cara. Mereka
menyelitkan soal selidik di dalam pakej atau majalah. Mereka juga mungkin
mengedarkan soal selidik pada masa pembelian atau di lokasi-lokasi yang sesak.

Soal selidik juga boleh diedarkan menggunakan faks. Soal selidik faks
menyingkirkan kos percetakan dan pos, dan diterima lebih cepat daripada soal
selidik pos. Namun begitu, bukan semua isi rumah mempunyai mesin faks.
Sekiranya sampel mengandungi organisasi yang mempunyai mesin faks, liputan
sampel mungkin mencukupi. Soal selidik biasanya dicetak di atas kertas tetapi ia
juga boleh diprogramkan ke dalam komputer dan diedarkan melalui e-mel atau
Internet. Soal selidik yang diisi sendiri walaupun mempunyai cara pengedaran
yang pelbagai tetap berbeza dari temu bual kerana responden mempunyai
tanggungjawab untuk membaca dan menjawab soal selidik.

Tinjauan yang diisi sendiri memberi cabaran yang tersendiri kepada pengkaji
bidang bisnes kerana mereka bergantung kepada keberkesanan kenyataan yang
ditulis dan bukannya penemubual. Soal selidik pos dapat memberi gambaran
terbaik bentuk soal selidik yang diisi sendiri.

AKTIVITI 6.3

Cadangkan pendekatan yang baik untuk menarik responden mengisi


soal selidik tinjauan. Mengapakah anda fikir ia ialah pendekatan yang
baik?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

6.4.1 Jenis-jenis Tinjauan yang Diisi Sendiri


Berikut adalah jenis-jenis tinjauan yang diisi sendiri:

(a) Tinjauan Pos


Tinjauan pos ialah soal selidik yang dihantar kepada responden
menggunakan pos. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan
kelemahan.

(i) Lokasi yang Fleksibel


Tinjauan pos dapat mencapai sampel di lokasi yang berserakan
dengan kos yang rendah kerana temu bual tidak diperlukan.
Responden di tempat terpencil (seperti petani) atau individu yang
sukar dihubungi (seperti eksekutif) boleh dihubungi melalui pos.

Soal selidik tinjauan dapat diedarkan dengan meluas kepada jumlah


pekerja yang ramai dan membantu diagnostik masalah organisasi
dilakukan dengan cepat pada kos yang rendah. Soal selidik boleh
dilakukan semasa perjumpaan pekerja. Tempoh satu jam semasa hari
bekerja boleh dijadualkan untuk pekerja melengkapkan soal selidik
yang diberikan. Perjumpaan sebegini biasanya memberi masa untuk
pengkaji memberi arahan kepada kumpulan individu yang besar
(tidak lebih dari 50 orang) dan boleh mengurangkan masa
pengumpulan data. Ia juga memberi masa kepada pengkaji untuk
memberi taklimat kepada responden tanpa menghabiskan masa dan
tenaga.

(ii) Kos dan Masa


Tinjauan pos adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan temu
bual perseorangan dan tinjauan telefon. Walau bagaimanapun,
tinjauan pos tidaklah murah. Kebanyakan kos termasuk susulan pos
memerlukan kos penghantaran dan percetakan soal selidik. Soal
selidik yang berkualiti rendah lebih cenderung dibuang ke dalam
tong sampah dibandingkan dengan soal selidik yang lebih mahal dan
berkualiti tinggi.

Sekiranya dapatan kajian diperlukan dalam tempoh masa yang


singkat atau tingkah laku berubah dengan pantas (pada sesuatu
keadaan politik), tinjauan pos mungkin tidak sesuai. Kebiasaannya,
tempoh masa antara dua hingga ketiga minggu diperlukan untuk
mendapatkan balik sebahagian besar respons. Pos susulan, yang
selalunya dihantar apabila respons tidak begitu menggalakkan,
memerlukan tambahan masa dua hingga tiga minggu. Masa antara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  97

penghantaran pos pertama dan masa akhir penghantaran (apabila


soal selidik tidak lagi diterima) biasanya dalam tempoh enam lapan
minggu.

(iii) Mudah bagi Responden


Apabila responden menerima soal selidik, mereka boleh mengisinya
pada bila-bila masa dan boleh memikirkan jawapan yang akan diberi.
Dalam situasi tertentu, terutamanya dalam kajian organisasi, soal
selidik pos membenarkan responden untuk mengumpul fakta seperti
rekod ketidakhadiran yang mereka telah lupa. Mengesahkan
maklumat dengan menyemak rekod (bertanya dengan ahli keluarga)
boleh memberikan jawapan yang lebih sah dan berfakta berbanding
dengan temu bual perseorangan atau telefon. Tambahan pula,
ketiadaan penemubual memungkinkan responden menjawab soalan
sensitif.

Walau bagaimanapun, responden tidak mempunyai peluang untuk


bertanyakan soalan. Masalah atau salah faham akan sentiasa menjadi
isu dalam tinjauan pos. Tidak seperti temu bual bersemuka, soalan
menyiasat tidak boleh ditanya bagi mendapatkan maklumat
tambahan atau penjelasan jawapan.

(iv) Panjang Soal Selidik Pos dan Kadar Pulangan


Soal selidik pos mempunyai panjang yang berbeza dari yang ringkas
menggunakan poskad kepada buku soalan yang mempunyai banyak
muka surat dan memerlukan beribu-ribu jawapan. Seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini, panduan panjang soal selidik pos adalah
enam muka surat atau kurang. Apabila soal selidik memerlukan
usaha yang lebih untuk dijawab, insentif perlu diberikan bagi
memberi motivasi kepada responden untuk memulangkan soal
selidik.

Tinjauan yang mempunyai reka bentuk yang kurang baik hanya


mempunyai kadar respons kurang dari 15 peratus. Kelemahan utama
soal selidik pos adalah masalah respons. Responden yang menjawab
mungkin tidak mewakili orang ramai di dalam sampel. Individu
yang berminat lebih cenderung untuk memberi respons. Pengkaji
tidak mempunyai apa-apa jaminan bahawa subjek yang disasarkan
akan menjawab soal selidik. Apabila eksekutif korporat, doktor atau
profesional lainnya ialah responden, masalah akan timbul sekiranya
orang lain yang menjawab soalan tersebut (pekerja diberi soal selidik
pos untuk diisi).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

(b) Tinjauan Menggunakan E-mel


Soal selidik boleh diedarkan secara elektronik menggunakan e-mel. E-mel
ialah kaedah komunikasi yang masih dikatakan baru. Ramai individu yang
masih belum mempunyai akses e-mel. Namun begitu, keadaan tertentu
membolehkan penggunaan tinjauan e-mel seperti tinjauan pekerja di dalam
organisasi atau pembeli yang biasa berurusan dengan syarikat
menggunakan e-mel. Kelebihan kaedah ini termasuklah upah pengedaran
dan pemprosesan yang lebih murah, kadar pulangan yang cepat, lebih
fleksibel dan kurang menggunakan kertas.

(c) Tinjauan Internet


Tinjauan Internet biasanya terpapar apabila pengguna komputer melayari
laman web tertentu. Responden biasanya memberikan jawapan dengan
menekan ikon tertentu dalam laman web tersebut. Dalam keadaan tertentu,
pelawat laman web tidak boleh keluar dari skrin soal selidik tanpa
menjawabnya. Apabila tiada paksaan bagi kerjasama yang diberikan, kadar
respons adalah rendah. Responden yang menjawab biasanya mempunyai
penglibatan yang lebih tinggi pada topik berbanding dengan individu
biasa.

AKTIVITI 6.4

1. Tinjauan yang diisi sendiri boleh diedarkan melalui pos atau temu
bual perseorangan. Dalam keadaan apakah anda memilih temu
bual perseorangan?

2. Apakah yang pengkaji dapat lakukan untuk memastikan soal


selidik yang digunakan mengurangkan ralat dalam pengumpulan
data?

6.5 JENIS DAN KEGUNAAN DATA SEKUNDER


Data sekunder merangkumi koleksi data mentah dan yang telah diterbitkan
sama ada data kualitatif atau kuantitatif. Ia digunakan dalam penyelidikan
deskriptif dan penjelasan. Data sekunder adalah dalam bentuk data mentah yang
hanya diproses sedikit atau dalam bentuk data yang dikompilasikan, diproses
dipilih dan dirumuskan. Data sekunder banyak digunakan dalam kajian kes di
dalam bidang bisnes dan pengurusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  99

6.5.1 Data Sekunder Dokumentari


Jenis data sekunder ini digunakan bersama dengan kaedah pengumpulan data
primer atau dengan data sekunder yang lain. Ia biasanya digunakan dalam
penyelidikan sejarah. Sekiranya pengkaji menggunakan data sekunder secara
eksklusif, ia akan dipanggil penyelidikan arkib. Walau bagaimanapun,
penyelidikan sejarah mungkin juga menggunakan data yang terkini bersama
dengan data sejarah.

Data dokumentari termasuk dokumen bertulis dan tidak bertulis. Dokumen


bertulis termasuklah notis-notis, minit mesyuarat, laporan pemegang saham,
diari, transkrip ucapan, rekod pentadbiran dan rekod awam. Contoh-contoh lain
termasuklah buku, jurnal, artikel majalah dan surat khabar. Dokumen bertulis
juga boleh digunakan sebagai medium penyimpanan dan memberikan data
kualitatif. Ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan ukuran statistik seperti
keuntungan daripada rekod syarikat.

Dokumen tidak bertulis termasuklah pita dan rakaman video, gambar-gambar,


lukisan, filem dan program televisyen. Bentuk terkini dokumen tidak bertulis
adalah cakera digital serba boleh (DVD) dan CD-ROM. Data dari sumber ini
boleh dianalisis secara kualitatif atau kuantitatif.

6.5.2 Jenis-jenis Dokumen


Pelbagai jenis dokumen boleh digunakan sebagai sumber data:

(a) Dokumen Peribadi


Dokumen peribadi termasuk diari, surat-surat, buku nota, fail peribadi
dalam komputer boleh digunakan sebagai sumber utama data. Dokumen
peribadi boleh digunakan untuk mengesan sejarah atau peristiwa yang
terjadi pada masa silam dan juga pendapat serta perasaan individu.

(b) Dokumen Awam


Dokumen awam ialah sumber data yang baik. Banyak maklumat boleh
diambil dari dokumen awam seperti laporan kerajaan, perkembangan
sektor ekonomi, statistik rasmi pertumbuhan sektor pembuatan, rekod
pelaburan dan lain-lain. Dokumen awam bukan sahaja memberikan
kuantitatif maklumat yang banyak tetapi juga sumber teks yang kaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

(c) Dokumen Dalaman


Dokumen dalaman boleh didapati dalam kebanyakan organisasi.
Sesetengah dokumen dalaman boleh didapati oleh orang awam seperti
laporan tahunan syarikat, siaran akhbar, katalog, brosur produk, iklan-
iklan dan maklumat lain di laman web syarikat. Dokumen dalaman yang
boleh di dapati termasuklah minit mesyuarat, berita, papan kenyataan
syarikat, memo, surat-surat, prosedur kerja, lakaran teknikal, jadual
pengeluaran dan penyelenggaraan, laporan kualiti dan rekod inventori.
Dokumen dalaman boleh digunakan untuk menggambarkan prestasi
syarikat dan menganalisis prestasi, kekuatan dan kelemahan.
Bagaimanapun, perkara paling sukar dalam pengumpulan data jenis ini
ialah mendapat akses ke dalam syarikat.

(d) Media Massa


Media massa adalah sumber data yang boleh dikategorikan sebagai surat
khabar, majalah dan siaran radio, program televisyen, filem dan banting.
Media massa sebagai sumber data selalunya menimbulkan isu kredibiliti
dan keaslian kerana isu bukti. Artikel yang ditulis di dalam majalah dan
surat khabar biasanya tidak jelas, berat sebelah dan tiada justifikasi yang
cukup. Pengkaji harus memastikan proses saintifik diikuti dalam membuat
penyelidikan.

(e) Internet
Internet ialah sumber maklumat yang sedang berkembang pesat. Semakin
ramai orang mengakses Internet dan menggunakannya sebagai rujukan
pintas. Walau bagaimanapun, seperti media massa, maklumat di Internet
boleh dipertikaikan. Keaslian dan kredibiliti sumber Internet sering
menjadi isu. Ini adalah kerana sesiapa sahaja boleh meletakkan sebarang
maklumat di dalam Internet.

6.5.3 Data Sekunder Berasaskan Tinjauan


Data ini adalah data yang dikumpulkan menggunakan soal selidik yang telah
dianalisis bagi tujuan asal. Data mungkin dikompilasikan dalam bentuk jadual
data atau matriks data mentah yang boleh dibaca oleh komputer. Data sekunder
daripada tinjauan boleh didapati daripada bancian, tinjauan yang kerap
dijalankan atau ad-hoc.

Kerajaan biasanya akan membuat bancian di mana penyertaan adalah wajib.


Tujuan utama data dikumpulkan adalah untuk memenuhi kehendak jabatan
kerajaan atau jabatan tempatan. Pengumpulan data biasanya jelas,
didokumenkan dengan baik dan berkualiti tinggi. Pengkaji individu dan
organisasi boleh mengakses data ini untuk tujuan kajian masing-masing.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  101

Tinjauan kerap ialah tinjauan yang diulang dalam tempoh masa tertentu atau
pada selang yang kerap oleh pelbagai organisasi. Ia boleh digunakan untuk
membuat perbandingan, pemantauan dan lain-lain tujuan oleh organisasi awam,
pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan firma persendirian. Data ini
mungkin telah dianalisis secara terperinci dan dapatan tinjauan disimpan dalam
bentuk yang berbeza. Data yang dikumpulkan oleh firma persendirian atau
organisasi mungkin tidak boleh diakses oleh pengkaji sekiranya tinjauan tersebut
adalah sensitif.

Sekiranya data sekunder yang didapati cukup terperinci, ia boleh digunakan


untuk menjawab persoalan kajian dan objektif kajian. Dalam kebanyakan kes,
data sekunder perlu disemak semula kerana dapatan tinjauan mengambil masa
beberapa tahun untuk diterbitkan.

Tinjauan ad-hoc biasanya tinjauan yang dilakukan sekali sahaja bagi tujuan
tertentu. Organisasi, kerajaan dan pengkaji bebas mungkin menjalankan tinjauan
secara ad-hoc. Bagi mendapatkan data yang relevan, pencarian yang substantif
perlu dilakukan. Data daripada tinjauan ad hoc disimpan dalam bentuk
kumulatif, dan perlu di analisa semula.

6.5.4 Data Sekunder dari Pelbagai Sumber


Data ini didapati dari dokumen, tinjauan atau kombinasi keduanya. Data dari
pelbagai sumber digabungkan untuk dijadikan satu data sebelum digunakan
oleh pengkaji. Cara bagaimana data dikompilasikan dari pelbagai sumber akan
ditentukan oleh objektif dan soalan kajian. Sebagai contoh, data siri masa
dikompilasi daripada tinjauan yang telah dibuat dalam tempoh masa tertentu.
Oleh itu, kajian ini dipanggil kajian merentasi masa. Data sekunder dari pelbagai
sumber juga boleh digabungkan dari kawasan geografi yang berbeza untuk
membentuk data set berdasarkan kawasan (Hakim, 2000).

6.5.5 Triangulasi
Triangulasi merujuk kepada penggunaan pelbagai sumber data untuk mengkaji
fenomena yang sama. Konsep ini sama dengan konsep dalam sains tulen di
mana beberapa titik rujukan digunakan untuk mengenal pasti lokasi sebenar
objek. Ia diguna pakai dalam penyelidikan apabila lebih dari satu kaedah
pengumpulan data digunakan bagi meningkatkan keyakinan dapatan kajian.
Triangulasi boleh digunakan dalam penyelidikan kualitatif atau kuantitatif.
Menggabungkan kedua-dua jenis metodologi dalam satu kajian ialah satu cara
triangulasi dapatan kajian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

SEMAK KENDIRI 6.4

1. Apakah data sekunder?

2. Apakah tujuan mengumpul data sekunder?

3. Berikan tiga contoh situasi berbeza di mana data sekunder


digunakan.

6.6 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN


MENGGUNAKAN DATA SEKUNDER
Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan penggunaan data sekunder dalam
penyelidikan. Jadual 6.1 menunjukkan kelebihan dan kelemahan ini:

Jadual 6.1: Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Data Sekunder dalam Penyelidikan

Data Sekunder
Kelebihan Kelemahan
(a) Memerlukan keperluan sumber yang (a) Tidak memenuhi tujuan kajian
kurang
 Data yang dikumpulkan mungkin
 Jimat kos dan masa; dan berbeza, tidak sesuai dan tidak
 Tidak mahal. relevan untuk kajian yang ingin
dibuat.
(b) Tidak mengganggu (b) Akses sukar dan mahal
 Data mudah didapati dan  Perlombongan data untuk tujuan
berkualiti tinggi. komersil menggunakan masa dan
duit yang banyak.
(c) Kajian rentas masa boleh (c) Pengagregatan dan definisi tidak
dilaksanakan sesuai
 Data yang dikompilasi dan  Pengagregatan dan definisi tidak
direkodkan menggunakan kaedah sesuai boleh menyebabkan
yang sama boleh dibandingkan kesukaran untuk menggabungkan
dengan data antarabangsa atau set data yang berbeza.
serantau.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  103

(d) Data yang boleh dibandingkan dan (d) Tiada kawalan ke atas kualiti data
dalam konteks
 Set data tidak semestinya
 Perbandingan antara data yang berkualiti tinggi.
dikumpulkan dengan data
 Kecenderungan, budaya dan
sekunder dibuat bagi memastikan
idealisme pemungut data asal
sampel ialah representatif.
mungkin mempengaruhi sifat
(e) Penemuan yang tidak dijangka data.
 Data mungkin membawa kepada
penemuan yang tidak dijangka.

(f) Data adalah kekal


 Data kekal, tersedia dan boleh
disemak oleh pengkaji lain dan
diteliti oleh orang awam.

Contoh berikut memberi contoh kelemahan atau kekurangan penggunaan data


sekunder:

(a) Seorang pengkaji yang berminat dengan traktor petani kecil menemui data
sekunder yang merangkumi semua jenis traktor pertanian. Data yang ada
terlalu luas dan data traktor petani kecil terlalu sedikit di dalamnya.
Tambahan pula, data dikumpulkan lima tahun yang lalu.

(b) Seorang penyiasat ingin mengkaji pendapatan individu melebihi


RM100,000 setahun mendapati kategori tertinggi dalam data sekunder
ialah RM75,000 setahun.

(c) Pengkaji ingin membandingkan dividen beberapa orang pengeluar besi


dan mendapati bahawa unit pengukuran berbeza kerana stok terpisah.

(d) Daily Gold Index melaporkan siri penunjuk saham pasaran. Sumber data
sekunder ini menunjukkan harga 50 saham cip biru yang terpilih. Data ini
boleh didapati dan murah. Oleh itu, sumber maklumat mungkin tidak
memenuhi keperluan individu yang berminat dengan syarikat-syarikat
biasa yang tersenarai dalam KLSE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

AKTIVITI 6.5

1. Berikan dua kekuatan dan kelemahan data sekunder.

2. Kadangkala data sekunder adalah satu-satunya data yang boleh


digunakan dalam kajian. Berikan contoh persoalan kajian
pengurusan di mana data sekunder adalah satu-satunya sumber
yang boleh digunakan.

6.7 SUMBER DATA SEKUNDER


Terdapat dua sumber data sekunder iaitu:

(a) Sumber Dalaman


Senarai sumber dalaman untuk data sekunder tidak berpenghujung.
Sumber dalaman ialah tempat permulaan yang baik untuk pengkaji
memulakan pencarian data sekunder. Sumber dalaman merujuk kepada
data yang dikumpulkan untuk organisasi atau oleh organisasi itu sendiri.
Data dikompilasi dalam bentuk pengumpulan data primer atau rutin rekod
inventori. Antara sumber dalaman lain termasuklah laporan penilaian
tahunan, jadual perjalanan jurujual, invois jualan, laporan dan rekod
kewangan syarikat, aduan pelanggan, rekod pembelian, lejar bank dan
dokumen perancangan strategik.

(b) Sumber Luaran


Setelah sumber dalaman data sekunder yang berpotensi dikenal pasti,
pengkaji perlu mengambil kira sumber data luaran. Data sekunder yang
banyak boleh di dapati dari organisasi berteraskan keuntungan dan
organisasi bukan berteraskan keuntungan. Dengan teknologi termaju
dalam pencarian data, sumber-sumber ini boleh diakses dengan mudah
menggunakan carian enjin elektronik. Kunci kejayaan untuk pencarian
menggunakan komputer ialah menggunakan kata kunci yang sesuai.
Kebanyakan perpustakaan mempunyai akses kepada beberapa enjin carian
yang boleh mengenal pasti kajian dan data yang relevan. Individu dan
syarikat boleh melanggan dengan pembekal pangkalan data dengan harga
tertentu. Sesetengahnya memberi akses untuk mencetak artikel daripada
terbitan perdagangan, jurnal akademik, dan majalah bisnes am. Ada juga
yang memberi akses kepada data statistik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  105

Data sekunder amat banyak di Internet. Seseorang hanya perlu enjin


pencarian yang baik dan imaginasi. Kebanyakan perpustakaan mempunyai
akses kepada banyak enjin pencarian yang mengenakan yuran untuk
menggunakannya. Jadual 6.2 menunjukkan beberapa contoh.

Jadual 6.2: Contoh-contoh Sumber Internet bagi Data Sekunder

Sumber Alamat

Kementerian Pertanian http://agrolink.moa.my

Jabatan Statistik, Malaysia www.statistics.gov.my


www.census.govmain/www/stat_int.
html

Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my

Kementerian www.miti.gov.my

Ringkasan Statistik Tahunan Perikanan agrolink.moa.my/dof/statdof.html

Pelancongan Malaysia www.tourism.gov.mytourism.gov.my/


statistics/statistics.asp

Kementerian Perdagangan Antarabangsa www.dca.gov.my/homeng.htm


dan Industri

Penunjuk Utama Ekonomi Malaysia s jpbpo@stats.gov.my, hadi@stats.gov.my

Laman web Jabatan-jabatan Statistik www.planet-venture.de/seiten/stat.htm


Negara dan badan kerajaan lain yang
mengeluarkan statistik ă Jabatan Statistik,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa

Universiti Yale: Pusat pengumpulan www.library.yale.edu/socsi/egcmalay.


pertumbuhan ekonomi Malaysia html

Senarai agensi statistik ekonomi mengikut Members.tripod.com/pugahome/diario.


negara, penunjuk ekonomi, agensi statistik, htm
data antarabangsa dan data ekonomi ă
Colombia National Administrative,
Department of Statistics (DANE), Macau ă
Bancian dan Statistik, Jabatan Statistik
Malaysia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

Penunjuk Ekonomi dan Statistik Malaysia: www.dotmy.com/


Perancangan Ekonomi, Washington Post:
Penunjuk dan Statistik

Pusat sumber penyelidikan yang paling Irb11.tripod.com/irbhome


komprehensif di Malaysia. Tempat
permulaan penyelidikan yang baik bagi
pengkaji, pelajar dan para akademik yang
menjalankan kajian di Malaysia. Jabatan
kerajaan, Matrade Search Malaysia
Directory Malaysia, WWW Directory
Altavista

Index utama institusi ekonomi (akademik, Ideas.uqam.ca/EDIRC/maaysia.html


kerajaan dan organisasi bukan berteraskan
keuntungan) di Malaysia. Bank Pertanian
Malaysia, Jabatan Hasil dalam Negeri,
Jabatan Perangkaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia

SEMAK KENDIRI 6.5

Apakah perbezaan antara sumber dalaman dan luaran?

AKTIVITI 6.6

Katakan anda berminat untuk mendapat statistik penternakan perikanan


sebagai sebahagian dari analisa persekitaran bagi projek keusahawanan.
Bagaimanakah anda boleh mendapatkan maklumat tersebut?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  107

SEMAK KENDIRI 6.6

Tandakan Betul atau Salah bagi kenyataan di bawah:

No. Soalan Betul Salah

1. Data sekunder adalah data yang dikumpulkan bagi


tujuan lain dan di analisa semula untuk tujuan yang
baru.

2. Kelemahan yang paling ketara data sekunder ialah


maklumat yang ada sering kali tidak memenuhi
keperluan pengkaji.

3. Penggunaan model jualan yang dibangunkan


daripada nilai jualan yang lepas untuk meramal
jualan ialah contoh penggunaan data sekunder.

4. Menggunakan data sekunder sebagai satu-satunya


sumber utama maklumat mempunyai kelemahan
utama iaitu data yang luput.

5. Data sekunder hanya boleh diperoleh daripada


sumber luaran.

6. Kelemahan data sekunder berbanding data primer


ialah proses bagi mendapatkan data sekunder adalah
lebih mahal.

7. Walaupun definisi pemboleh ubah yang dikaji tidak


sama, penyelidikan boleh diubah berdasarkan data
sekunder yang sedia ada.

 Temu bual dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data tinjauan.

 Temu bual boleh dikategorikan berdasarkan medium yang digunakan untuk


menghubungi responden, seperti dari pintu ke pintu, di pusat membeli
belah atau temu bual perseorangan.

 Secara tradisional, temu bual dicetak di atas kertas tetapi pengkaji tinjauan
telah mula menggunakan komputer secara meluas.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
108  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

 Temu bual perseorangan adalah kaedah tinjauan yang fleksibel di mana


bantuan visual dan pelbagai jenis prop boleh digunakan.

 Temu bual perseorangan dari pintu ke pintu akan mendapat kadar respons
yang tinggi tetapi ia juga lebih mahal berbanding dengan bentuk tinjauan
yang lain.

 Kehadiran penemubual boleh mempengaruhi respons subjek.

 Sekiranya mendapatkan sampel yang mewakili populasi bukan perkara


yang penting, temu bual di pusat beli belah boleh dilakukan pada kos yang
lebih rendah.

 Temu bual telefon mempunyai kelebihan daripada segi pengumpulan data


yang cepat dan kos yang lebih rendah per temu bual.

 Tidak semua rumah mempunyai telefon dan tidak semua nombor telefon
disenaraikan. Ini memberi masalah bagi mendapatkan kerangka sampel
yang representatif.

 Antara kelemahan temu bual telefon ialah ketiadaan hubungan bersemuka


dan tidak boleh menggunakan bantuan visual.

 Soal selidik yang diisi sendiri biasanya dihantar menggunakan pos. Walau
bagaimanapun, ia boleh dihantar secara individu, diedarkan secara
berpusat, menggunakan e-mel atau komputer.

 Soal selidik pos adalah lebih murah berbanding dengan temu bual telefon
dan temu bual perseorangan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kadar
respons yang rendah. Terdapat kaedah tertentu yang dapat meningkatkan
kadar respons.

 Soal selidik pos mestilah lebih berstruktur daripada jenis tinjauan lain dan ia
tidak boleh diubah sekiranya terdapat masalah yang temui semasa
pengumpulan data sebenar.

 Soal selidik boleh diedarkan secara elektronik menggunakan e-mel, mesin


faks dan menghantar disket komputer menggunakan pos.

 Tinjauan boleh dilakukan menggunakan Internet dan kios interaktif.

 Internet dan kios interaktif adalah kaedah baru komunikasi dan kebanyakan
individu tidak mempunyai akses kepadanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER  109

 Mengedarkan soal selidik rintis pada sampel yang kecil ialah kaedah yang
berguna untuk mengenal pasti masalah dan memperbaikinya sebelum
tinjauan sebenar dilakukan.

 Data sekunder dikumpulkan dan direkodkan untuk tujuan lain sebelum ia


digunakan oleh pengkaji bagi tujuan penyelidikan beliau. Ia biasanya data
sejarah yang telah sedia terkumpul dan tidak memerlukan akses kepada
responden atau subjek.

 Data primer dikumpulkan bagi tujuan spesifik sesuatu kajian yang sedang
dibuat.

 Kelebihan utama data sekunder ialah kos yang lebih murah berbanding data
primer.

 Data sekunder boleh didapati dengan cepat dan mungkin mengandungi


maklumat untuk pengkaji.

 Kelemahan utama data sekunder ialah ia tidak direka khas untuk keperluan
pengkaji. Oleh itu, pengkaji perlu meneliti data sekunder untuk ketepatan,
bias dan kekukuhannya. Ini dapat dicapai dengan menyemak sumber data
sekunder yang berbeza.

 Sumber utama data sekunder bagi penyelidikan bisnes ialah sumber


dalaman organisasi seperti rekod perakaunan.

 Data luaran diwujudkan, direkodkan atau dihasilkan oleh entiti selain dari
organisasi penyelidik. Kerajaan, surat khabar dan jurnal, pertubuhan
perdagangan dan organisasi lain yang mengeluarkan maklumat.

 Secara tradisinya, maklumat yang diedarkan dalam bentuk penerbitan


secara terus daripada pengeluar atau pengguna atau melalui pengantara
seperti perpustakaan awam.

 Arkib data berkomputer yang moden, Internet dan sistem pertukaran data
elektronik telah mengubah saluran pengedaran maklumat bagi sumber
luaran.

 Perubahan teknologi komputer yang pantas membolehkan data luaran


diakses dengan mudah seperti data dalaman. Oleh itu, pengedaran pelbagai
jenis data yang berkaitan telah menukar cara penyelidikan menggunakan
data sekunder.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 KAEDAH TINJAUAN DAN DATA SEKUNDER

Data sekunder Temu bual telefon


Soal selidik diisi sendiri Temu bual tidak berstruktur
Soal selidik tinjauan Tinjauan
Temu bual berstruktur Tinjauan pos
Temu bual perorangan Triangulasi
Temu bual separa struktur

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Reka Bentuk
7 Eksperimental

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan apa itu reka bentuk penyelidikan;
2. Membezakan antara reka bentuk kajian yang baik dengan reka
bentuk kajian yang lemah;
3. Menjelaskan perbezaan antara reka bentuk eksperimental benar dan
kuasi eksperimental; dan
4. Membincangkan etika penyelidikan eksperimental.

 PENGENALAN
Menurut Christensen, reka bentuk kajian merujuk pada garis panduan, pelan
atau strategi yang memfokuskan pada prosedur yang akan digunakan untuk
mencari jawapan bagi soalan kajian. Reka bentuk ini juga menggariskan
bagaimana untuk mengumpul dan menganalisis data. Reka bentuk
eksperimental menunjukkan bagaimana pemboleh ubah tambahan dikawal. Ia
juga akan menentukan jenis analisa yang boleh dilakukan untuk menjawab
persoalan kajian dan rumusan yang boleh dibuat daripada kajian yang
dijalankan. Sejauh mana reka bentuk kajian itu baik atau sebaliknya bergantung
sama ada anda boleh mendapat jawapan bagi persoalan kajian. Sekiranya reka
bentuk kajian bermasalah, keputusan eksperimen juga akan bermasalah.
Bagaimanakah untuk mendapatkan reka bentuk kajian yang memberikan
jawapan kepada persoalan? Ia bukanlah mudah dan tiada cara khusus untuk
melakukannya. Amalan terbaik ialah dengan memeriksa pelbagai reka bentuk
kajian serta meneliti kekuatan dan kelemahan setiap darinya. Selepas itu, barulah
keputusan boleh dibuat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

Anda seharusnya mempunyai kefahaman yang mendalam tentang permasalahan


kajian, seperti rawatan yang bagaimana ingin dilaksanakan, pemboleh ubah
tambahan atau faktor-faktor yang ingin dikawal serta kekuatan dan kelemahan
reka bentuk-reka bentuk yang lain. Anda perlu jelas tentang persoalan kajian dan
apa yang ingin anda buktikan. Anda seharusnya mengelak daripada memilih
reka bentuk yang kemudiannya cuba memadankan persoalan kajian dengan reka
bentuk tersebut. Ia sepatutnya dilakukan sebaliknya. Paling penting, anda perlu
melihat sama ada reka bentuk tersebut membolehkan anda menjawab persoalan
kajian. Anda seharusnya jelas apakah faktor-faktor yang anda ingin kawal
supaya anda boleh mendapat rumusan yang meyakinkan. Pilih reka bentuk yang
memberikan kawalan maksimum kepada pemboleh ubah-pemboleh ubah atau
faktor-faktor yang menjelaskan dapatan kajian.

7.1 SIMBOL YANG DIGUNAKAN DALAM


REKA BENTUK EKSPERIMENTAL
Reka bentuk kajian boleh dianggap sebagai satu struktur penyelidikan atau
„pengikat‰ yang memegang kesemua elemen dalam penyelidikan. Dalam
penyelidikan eksperimental, beberapa simbol digunakan untuk menunjukkan
reka bentuk kajian.

O = Pemerhatian atau Pengukuran (contoh, skor matematik, skor pada skala


tingkah laku, berat subjek dll.)

O1, O2, O3........On = Lebih dari satu pemerhatian atau pengukuran.

R = Pengagihan rawak. Subjek diagihkan secara rawak ke dalam pelbagai


kumpulan.

X = Rawatan yang mungkin dalam bentuk kaedah pengajaran, teknik


kaunseling, strategi pembacaan, kekerapan bertanya dan lain-lain.

7.2 REKA BENTUK LEMAH


Berikut ialah bentuk reka bentuk penyelidikan eksperimental yang lemah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  113

7.2.1 Reka Bentuk Kajian Sekali


Ini adalah reka bentuk ringkas di mana pengkaji membuat pemerhatian sekali
sahaja dan tiada susulan serta perbandingan dengan kumpulan lain yang
homogen dilakukan. Sebagai contoh, anda ingin memastikan sama ada memuji
pelajar sekolah rendah akan memberi kesan kepada prestasi matematik mereka
seperti Rajah 7.1. Anda mengukur pencapaian matematik menggunakan ujian.
Bagi menguji idea ini, pilih kelas yang mengandungi murid Tahun 4 dan mula
memuji pelajar-pelajar ini. Kemudiannya, anda mendapati prestasi matematik
mereka menjadi bertambah baik.

Rajah 7.1: Reka bentuk kajian sekali

Anda membuat rumusan bahawa pujian meningkatkan skor matematik murid-


murid. Reka bentuk ini adalah lemah kerana sebab-sebab berikut:

(a) Bias Pemilihan


Kemungkinan pelajar-pelajar yang dipilih sebagai subjek sudah sedia baik
prestasi matematik mereka.

(b) Sejarah
Pihak sekolah telah mengadakan kursus motivasi matematik bagi pelajar
Tahun 4. Kemungkinan kursus ini yang mempengaruhi prestasi mereka.

7.2.2 Reka Bentuk Pra-Ujian dan Pasca-Ujian Satu


Kumpulan Ujian
Bagi memastikan bahawa tiada ciri-ciri yang sedia wujud di kalangan pelajar
sekolah yang boleh mempengaruhi prestasi matematik mereka, pra ujian
diberikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Sekiranya pelajar
mempunyai prestasi matematik baik selepas mereka dipuji berbanding pra ujian,
anda boleh menyifatkan perubahan tersebut disebabkan oleh pujian.

Rajah 7.2: Reka bentuk satu kumpulan pra-pasca

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

Reka bentuk ini lemah kerana sebab-sebab berikut:

(a) Kematangan
Sekiranya tempoh masa antara pra ujian dan pasca ujian terlalu lama,
subjek mungkin menjadi matang disebabkan perubahan perkembangan
manusia.

(b) Pengujian
Kadangkala tempoh masa antara pra ujian dan pasca ujian terlalu pendek
menyebabkan kemungkinan subjek masih lagi boleh mengingati respons
yang diberikan dalam pra ujian. Ini akan menyebabkan mereka memberi
respons yang tidak tepat.

AKTIVITI 7.1

Dua puluh orang pelajar yang mendapat markah rendah dalam subjek
aritmetik telah diajar menggunakan kaedah Zandox. Tiga minggu
kemudian, markah aritmetik mereka meningkat apabila diuji. Oleh itu,
kaedah Zandox meningkatkan prestasi aritmetik mereka.

(a) Apakah jenis reka bentuk penyelidikan ini?

(b) Apakah masalah yang dikaitkan dengan reka bentuk ini?

7.2.3 Reka Bentuk Kumpulan Tidak Bersamaan


Pasca-Ujian Sahaja
Kelemahan utama dua reka bentuk terdahulu ialah ketiadaan kumpulan
perbandingan dan korelasi samar antara amalan (memuji) dan peningkatan skor
matematik. Dalam reka bentuk Kumpulan Tidak Bersamaan Ujian Pasca,
kumpulan perbandingan dimasukkan (atau kumpulan kawalan) yang tidak
menerima sebarang pujian seperti Rajah 7.3. Garisan putus-putus yang
membahagikan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menunjukkan
pelajar tidak diagihkan secara rawak ke dalam kumpulan. Oleh itu, kedua-dua
kumpulan tidak sama. Padanan boleh digunakan tetapi tiada jaminan yang
kedua kumpulan akan sama. Hanya pengagihan secara rawak satu-satunya cara
yang boleh memastikan dua kumpulan adalah sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  115

Rajah 7.3: Reka bentuk kumpulan tidak bersamaan ujian pasca

Reka bentuk ini lemah kerana sebab-sebab berikut:

Bias Pemilihan
Oleh sebab tiada pengagihan secara rawak, kedua-dua kumpulan tidak boleh
dibuktikan sama. Oleh itu, sebarang perbezaan dalam ujian pasca tidak boleh
dikatakan berpunca daripada amalan memuji tetapi faktor-faktor lain juga perlu
diambil kira seperti keupayaan, IQ dan lain-lain.

Ketiga-tiga reka bentuk dikatakan reka bentuk yang lemah kerana ia tidak dapat
mengawal pemboleh ubah tambahan yang boleh mempengaruhi keputusan
eksperimen. Sebagai contoh, sekiranya sikap terhadap matematik dan kelas
tambahan matematik tidak dikawal, merumuskan bahawa ÂpujianÊ (rawatan)
mempengaruhi prestasi matematik (pemboleh ubah bersandar) adalah tidak
wajar. Tambahan pula, reka bentuk yang lemah tidak mengagihkan subjek secara
rawak. Ini membolehkan pemboleh ubah tambahan memberi kesan kepada
pemboleh ubah bebas. Pengagihan rawak mengawal pemboleh ubah tambahan
yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian sama ada yang diketahui atau
pun tidak.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Kenal pasti perbezaan utama antara reka bentuk kajian sekali,


reka bentuk satu kumpulan pra-pasca, dan reka bentuk
kumpulan tidak bersamaan ujian pasca.

2. Mengapakah reka bentuk-reka bentuk ini dianggap lemah?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

AKTIVITI 7.2

Seorang guru mengagihkan satu kelas sebagai kumpulan eksperimen


dan kelas lain sebagai kumpulan kawalan. Semua pelajar di dalam
kedua-dua kumpulan diberikan ujian pasca sains. Pelajar-pelajar dalam
kumpulan eksperimen diajar oleh rakan sebaya, sementara kumpulan
dalam kumpulan kawalan diajar oleh guru mereka.

1. Apakah reka bentuk penyelidikan yang digunakan oleh guru


tersebut?

2. Bagaimanakah kamu boleh mempertikaikan dapatan kajian


eksperimen tersebut?

7.3 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL BENAR


Apakah reka bentuk eksperimental ÂbenarÊ? Menurut Christensen, reka bentuk
eksperimen yang benar memerlukan reka bentuk penyelidikan yang
membolehkan penyelidik mengekalkan kawalan ke atas keadaan ini dari segi
agihan subjek untuk kumpulan, siapa yang mendapat keadaan rawatan, dan
jumlah situasi rawatan yang diterima oleh subjek. Dalam topik ini, kita akan
membincangkan dua jenis reka bentuk eksperimental benar yang utama (rujuk
Rajah 7.4):

(a) Reka bentuk pasca-ujian sahaja; dan

(b) Reka bentuk pra-pasca (seperti dalam Rajah 7.4).

Apakah perbezaan antara dua reka bentuk ini? Reka bentuk ujian pasca
bergantung kepada hanya satu ujian pasca sementara reka bentuk pra-pasca
(seperti nama yang diberi) bergantung kepada kedua-dua pra ujian dan ujian
pasca.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  117

Rajah 7.4: Jenis-jenis reka bentuk eksperimental benar

7.3.1 Reka Bentuk Eksperimental Pasca-Ujian Sahaja


Reka bentuk ujian pasca mendapat namanya disebabkan pemboleh ubah
bersandar hanya diukur sekali sahaja selepas menerima rawatan eksperimental.
Dalam kata lain, ujian pasca dijalankan sekali pada kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.5.

Rajah 7.5: Reka bentuk pasca-ujian

Ia menunjukkan satu eksperimen di mana pengkaji ingin menunjukkan


keberkesanan kaedah induktif bagi mempertingkatkan kemahiran penyelesaian
masalah sains di kalangan pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun. Sampel
diambil daripada populasi dan diagihkan secara rawak ke dalam kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Pelajar di dalam kumpulan rawatan diajar
subjek sains menggunakan pendekatan induktif sementara pelajar di dalam
kumpulan kawalan di ajar kandungan subjek sains yang sama menggunakan
pendekatan didaktik (kaedah papan hitam dan kapur).

Dalam contoh di atas, kumpulan eksperimen dan kawalan mengandungi dua


kumpulan pelajar yang berbeza. Prosedur ini dipanggil reka bentuk antara
subjek (atau dikenali juga reka bentuk tidak berkait). Satu kelebihan reka bentuk
ini ialah pelajar kurang merasa bosan dengan kajian kerana mereka hanya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

diberikan satu jenis keadaan sahaja. Pada masa yang sama, kajian ini tidak
terdedah kepada kesan amalan dan susunan. Bagaimanapun, anda memerlukan
lebih banyak pelajar untuk menyertai kajian. Kedua-dua kumpulan mestilah
homogen dari segi pemboleh ubah mengganggu yang boleh memberi kesan
kepada kajian. Ini kerana setiap pelajar membawa ciri-ciri berbeza ke dalam
eksperimen. Walaupun kita mengagihkan pelajar kepada keadaan rawatan atau
kawalan, kita mungkin mengagihkan pelajar dengan ciri tertentu untuk sesuatu
keadaan tanpa sengaja dan ini akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat
dan mengelirukan.

Prosedur kajian yang lain ialah reka bentuk pra-pasca atau reka bentuk dalam-
subjek (atau kadangkala dipanggil pengukuran berulang atau reka bentuk
berkait). Dalam reka bentuk ini, pelajar yang sama didedahkan dengan dua atau
lebih keadaan yang berlainan bagi membuat perbandingan. Sebagai contoh, anda
ingin mengkaji hubungan antara kandungan yang biasa dilihat dan prestasi
kefahaman pembacaan. Anda boleh mengagihkan pelajar yang sama untuk
membaca dua jenis petikan, satu yang mempunyai kandungan yang biasa dilihat
dan yang satu lagi tidak biasa dilihat. Kemudian, prestasi kefahaman mereka
dianalisis.

Kekuatan utama reka bentuk ini ialah anda memerlukan jumlah pelajar yang
kurang untuk menyertai kajian anda. Anda juga mempunyai kawalan pada
pemboleh ubah mengganggu kerana pelajar yang sama digunakan dalam kedua-
dua keadaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan reka bentuk
ini. Pertamanya, oleh sebab pelajar yang sama didedahkan kepada kedua-dua
keadaan, mereka mungkin sudah menjadi bosan apabila mereka menerima
rawatan. Tambahan pula, kesan amalan dan susunan cenderung berlaku.

Salah satu cara untuk menghapuskan kesan-kesan ini ialah dengan


memperkenalkan timbal balas. Dalam timbal balas, separuh daripada pelajar
didedahkan pada keadaan pertama dan kemudiannya keadaan kedua. Separuh
lagi pelajar didedahkan dengan turutan yang sebaliknya; keadaan kedua
diberikan dahulu dan diikuti dengan keadaan pertama.

7.3.2 Reka Bentuk Kajian Pra-Pasca


Reka bentuk kajian pra-pasca ialah reka bentuk eksperimental benar yang paling
baik kerana ia menggabungkan kumpulan rawatan dan kawalan serta
mengagihkan subjek secara rawak ke dalam kedua-dua kumpulan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.6. Reka bentuk ini ialah reka bentuk yang baik kerana
ia mengawal faktor-faktor tambahan seperti sejarah, kematangan, instrumentasi,
bias pemilihan dan regresi min. Bagaimanakah ia dilakukan? Sebarang sejarah
(iaitu peristiwa tertentu yang dialami oleh subjek) yang boleh memberi kesan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  119

berbeza kepada kumpulan rawatan akan juga memberi kesan yang sama di
dalam kumpulan kawalan. Di sini, subjek di dalam kedua-dua kumpulan
diandaikan mengalami peristiwa yang sama.

Rajah 7.6: Reka bentuk kajian pra-pasca

Kita boleh merumuskan bahawa penyelidikan eksperimental benar mempunyai


tiga ciri utama (atau kadangkala dirujuk sebagai tiga prinsip eksperimen):

(a) Pertama, ia melibatkan intervensi atau rawatan ke atas pemboleh ubah


bebas. Pemboleh ubah bebas dimanipulasikan secara bersistematik bagi
menyiasat keberkesanan rawatan.

(b) Kedua, pemboleh ubah-pemboleh ubah dikawal. Tujuan kawalan ini


adalah untuk menolak kemungkinan pemboleh ubah tambahan
mengganggu eksperimen.

(c) Ketiga, eksperimen benar memerlukan perbandingan yang wajar. Sebagai


contoh, perbandingan dibuat antara dua atau lebih kumpulan yang
menerima rawatan yang berlainan.

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Apakah kekuatan utama eksperimental benar?

2. Apakah perbezaan utama antara dua jenis eksperimental benar


iaitu reka bentuk ujian pasca dan reka bentuk pra-pasca?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Apakah kelebihan utama menggunakan reka bentuk faktor?

2. Mengapakah reka bentuk faktor dianggap sebagai reka bentuk


eksperimental benar?

3. Kenal pasti perbezaan antara kesan utama dan kesan interaksi.

7.4 REKA BENTUK KUASI EKSPERIMENTAL


Kita telah memeriksa reka bentuk eksperimental yang baik dan lemah. Walau
bagaimanapun, dalam sains sosial, (contoh, pendidikan), ada masanya pengkaji
menghadapi keadaan di mana tidak semua keperluan eksperimental benar dapat
dipenuhi.

Sebagai contoh, kadangkala pengagihan pelajar secara rawak ke dalam


kumpulan yang menjadi syarat reka bentuk eksperimental yang baik tidak dapat
dilakukan. Oleh sebab isu logistik, mengagihkan pelajar secara rawak ke dalam
kumpulan adalah sukar. Oleh itu, seluruh kelas digunakan dalam kajian. Adakah
eksperimen masih boleh dilakukan dengan kekangan ini? Jawapannya ialah ÂYaÊ,
anda boleh menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental.

Menurut Christensen dan Johnson, reka bentuk kuasi eksperimental ialah reka
bentuk kajian eksperimen yang tidak memperuntukkan kawalan penuh untuk
pemboleh ubah pengkompaunan berpotensi. Dalam kebanyakan contoh, faktor
utama kenapa kawalan penuh tidak dapat dicapai adalah kerana peserta tidak
boleh diagihkan secara rawak .

7.4.1 Reka Bentuk Kumpulan-Kawalan Tidak


Bersamaan
Reka bentuk kumpulan kawalan tidak bersamaan mengandungi kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan tetapi subjek tidak diagihkan secara rawak
ke dalam kumpulan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  121

Rajah 7.7: Reka bentuk kumpulan kawalan tidak bersamaan

Oleh sebab tiada pengagihan secara rawak, ini bermakna subjek dalam
kumpulan eksperimental dan kumpulan kawalan mempunyai pemboleh ubah
yang tidak sama dari semua aspek. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai
lebih ramai pelajar lemah dalam kumpulan kawalan dibandingkan dengan
kumpulan eksperimen. Oleh itu, adalah sukar untuk merumuskan sama ada
prestasi kumpulan eksperimen yang lebih baik disebabkan oleh rawatan atau
pelajar yang mempunyai prestasi yang lebih baik dalam kumpulan.

Dalam reka bentuk kumpulan kawalan tidak bersamaan, kedua-dua kumpulan


diberikan pra ujian dan kemudiannya pasca ujian (setelah rawatan diberikan
kepada kumpulan eksperimental). Skor pra ujian dan pasca ujian dibandingkan
untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan.

Apabila pengagihan subjek secara rawak tidak dilakukan, pemboleh ubah


tambahan atau faktor-faktor lain akan mempengaruhi eksperimen dan
mengancam kesahan dalaman kajian. Adakah ia patut dibiarkan atau tindakan
bagi ancaman luar perlu diambil?

Pengkaji perlu memastikan subjek dalam kumpulan rawatan dan kumpulan


eksperimen mempunyai persamaan kerana faktor-faktor tambahan seperti
kebolehan, sikap, minat, status sosioekonomi dan lain-lain boleh memberi kesan
kepada kuasi eksperimental. Bagaimanakah anda menangani isu ini?

Cook dan Campbell mengusulkan langkah-langkah berikut untuk meningkatkan


kesahan reka bentuk kumpulan kawalan tidak bersamaan atau kuasi
eksperimental secara umumnya:

(a) Pemilihan
Memastikan bahawa subjek dalam kumpulan eksperimen dan kawalan
dipadankan dari segi pemboleh ubah yang penting yang boleh memberi
kesan kepada eksperimen. Sebagai contoh, keupayaan akademik, IQ, sikap,
minat, jantina, status sosioekonomi dan lain-lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

(b) Pengujian
Memastikan bahawa jarak masa antara pra ujian dan pasca ujian tidak
terlalu singkat agar subjek tidak lagi mengingati soalan terdahulu yang
telah diberikan.

(c) Sejarah
Memastikan peristiwa di luar eksperimen tidak memberi kesan kepada
eksperimen. Masalah ini menjadi amat serius apabila hanya sesetengah
subjek yang terdedah pada peristiwa tersebut (contohnya, ceramah
motivasi, kelas tambahan).

(d) Instrumentasi
Memastikan bahawa pra-ujian dan pasca ujian adalah sama. Sekiranya
ujian yang berbeza digunakan, anda perlu memastikan dua ujian tersebut
adalah bersamaan dari aspek yang diukur (kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi).

7.4.2 Reka Bentuk Siri Masa Terganggu


Reka bentuk siri masa gangguan memerlukan pengkaji mengambil beberapa siri
pengukuran sebelum dan selepas rawatan diberikan. Satu kumpulan subjek
diberikan pra-ujian beberapa kali dalam fasa rujukan (baseline), kemudiannya
didedahkan dengan rawatan, dan setelah itu diuji beberapa kali selepas rawatan.
Rujukan bermaksud ujian yang dibuat sebelum rawatan diberikan.

Sebagai contoh, katakan anda ingin menentukan sama ada pengukuhan positif
menggalakkan pelajar lemah menumpukan lebih perhatian. Kenal pasti
sekumpulan pelajar lemah berumur 11 tahun dan pujuk mereka menyertai kelas
eksperimen paling kurang satu masa setiap hari persekolahan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.8.

Rajah 7.8: Reka bentuk siri masa gangguan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  123

Di dalam kelas, pelajar diajar kemahiran membaca dengan pengukuhan positif


seperti pujian. Ganjaran diberikan apabila pelajar memberi kerjasama dan
perhatian pada aktiviti tugasan. Sebelum pelajar dihantar ke kelas eksperimen,
tingkah laku mereka diperhatikan selama tiga sesi dalam kelas biasa untuk
melihat perhatian yang diberikan di dalam kelas. Ini bagi mendapatkan data
rujukan di mana tingkah laku mereka direkodkan dalam keadaan biasa. Rawatan
dibuat dalam tempoh tiga minggu dan selepas rawatan, pelajar diperhatikan dari
aspek perhatian dan fokus mereka.

Rajah 7.9: Peratusan pelajar yang menumpukan perhatian serta fokus

Keputusan eksperimen ditunjukkan di Rajah 7.9 untuk memberi gambaran


pelajar yang memberi perhatian dan fokus pada tugasan yang diberikan. Dari
graf tersebut, anda dapat melihat peratusan pelajar yang memberi perhatian dan
fokus yang telah dinilai beberapa kali sebelum dan selepas perlaksanaan
persekitaran kelas yang positif. Ini menghasilkan reka bentuk siri masa
gangguan.

Penilaian ini menunjukkan peratusan pelajar yang memberi perhatian dan fokus
secara berterusan pada tiga sesi pertama dalam fasa rujukan. Selepas
perlaksanaan persekitaran kelas yang positif, peratusan pelajar yang memberi
perhatian meningkat perlahan-lahan dalam tempoh tiga sesi kelas seterusnya. Ini
menunjukkan bahawa perlaksanaan persekitaran kelas yang positif memberi
kesan yang baik kepada perhatian pelajar di dalam kelas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

SEMAK KENDIRI 7.4

1. Apakah maksud Âtidak bersamaanÊ dalam reka bentuk kumpulan


tidak bersamaan?

2. Bagaimanakah kesahan dalaman dapat ditingkatkan dalam reka


bentuk kuasi eksperimental?

3. Bilakah reka bentuk siri masa gangguan boleh digunakan?

7.5 ETIKA DALAM PENYELIDIKAN


EKSPERIMENTAL
Semasa Perang Dunia kedua, saintis Nazi telah menjalankan beberapa
eksperimen yang kejam seperti menenggelamkan individu ke dalam ais untuk
menentukan berapa lama masa diambil untuk mereka mati kesejukan. Mereka
juga menyuntik banduan dengan dadah yang baru dibangunkan untuk melihat
keberkesanannya dan ramai yang mati dalam proses tersebut. Eksperimen-
eksperimen ini dilakukan oleh individu yang hidup di dalam masyarakat yang
gila dan telah dikutuk sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak beretika oleh
seluruh dunia.

Penyelidikan di dalam pendidikan melibatkan manusia sebagai subjek


penyelidikan; pelajar, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan lain-lain. Individu
ini mempunyai hak-hak tertentu seperti hak privasi yang mungkin dilanggar
apabila anda cuba mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang signifikan.
Jelasnya, pengkaji menghadapi dilema sama ada untuk menjalankan eksperimen
dan melanggar hak subjek atau meninggalkan kajian. Mungkin anda pernah
dengar orang ramai berkata „Kami ialah tikus putih!‰.

Mana-mana pengkaji yang ingin menjalankan eksperimen mesti memastikan


maruah dan kebajikan subjek terpelihara. American Pscyhological Association
telah menerbitkan Ethical Principles in the Conduct of Research with Human
Participants pada tahun 1982. Dokumen ini menyenaraikan prinsip-prinsip
berikut:

(a) Apabila merancang sesuatu kajian, pengkaji mesti bertanggungjawab


untuk memastikan kajian menghormati nilai kemanusiaan dan memelihara
hak-hak manusia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  125

(b) Pengkaji perlu menentukan darjah risiko yang akan dihadapi oleh subjek
dalam kajian (contohnya, tekanan terhadap subjek, subjek perlu
mengambil dadah).

(c) Pengkaji utama bertanggungjawab atas etika pembantu kajian dan


pengkaji lain yang terbabit.

(d) Pengkaji harus menjelaskan kepada subjek sebelum penyertaan mereka


tentang kewajiban dan tanggungjawab mereka. Pengkaji perlu
memberitahu subjek berkenaan semua aspek kajian yang mungkin
mempengaruhi keputusan mereka untuk turut serta.

(e) Sekiranya pengkaji tidak dapat memberitahu segala-galanya tentang


eksperimen kerana ia terlalu teknikal atau ia akan memberi kesan kepada
kajian, pengkaji harus memaklumkan mereka selepas eksperimen
dijalankan.

(f) Pengkaji perlu menghormati kebebasan individu untuk menarik diri dari
eksperimen pada bila-bila masa atau enggan menyertai kajian.

(g) Pengkaji perlu melindungi subjek dari ketidakselesaan mental dan fizikal,
dan pelbagai bentuk bahaya yang mungkin terhasil dari eksperimen.
Sekiranya terdapat risiko, pengkaji harus memaklumkan kepada subjek
tentangnya.

(h) Maklumat yang didapati dari subjek dalam eksperimen adalah rahsia
kecuali dipersetujui. Data perlu dilaporkan dalam bentuk prestasi
kumpulan dan bukannya individu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL

AKTIVITI 7.3

1. Apakah prinsip etika yang digariskan oleh American Psychological


Association berkenaan dengan eksperimen menggunakan manusia
sebagai subjek?

2. Berikan hujah kekuatan reka bentuk eksperimental benar.

3. Apakah reka bentuk kuasi eksperimental dan bagaimanakah ia


berbeza dari eksperimental benar?

4. Bincangkan keadaan-keadaan yang memerlukan pengkaji


menggunakan kumpulan yang tidak boleh dipecahkan.

5. Apakah yang boleh dilakukan oleh pengkaji untuk meningkatkan


persamaan antara subjek dalam kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan?

6. Graf data eksperimen kesan pencahayaan dan muzik ke atas


kerunsingan berikut:
Muzik
Klasik Rock
Tahap Samar 45 11
Pencahayaan Cerah 12 44

Adakah terdapat interaksi? Bagaimanakah anda tahu?

 Reka bentuk kajian ialah perancangan atau strategi yang menyatakan secara
spesifik prosedur dalam mencari jawapan bagi persoalan kajian.

 Reka bentuk kajian yang lemah tiada mempunyai kawalan terhadap faktor-
faktor tambahan yang mungkin mempengaruhi eksperimen.

 Contoh-contoh reka bentuk lemah ialah reka bentuk sekali, reka bentuk satu
kumpulan pra-pasca dan reka bentuk kumpulan tidak bersamaan pasca-
ujian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 REKA BENTUK EKSPERIMENTAL  127

 Dalam reka bentuk eksperimental benar, pengkaji boleh mengawal situasi


dari aspek pengagihan subjek ke dalam kumpulan.

 Contoh-contoh eksperimental benar ialah reka bentuk pasca ujian, reka


bentuk faktor dan reka bentuk pra-pasca.

 Reka bentuk kuasi eksperimental tidak memberi kawalan penuh ke atas


semua pemboleh ubah mengganggu yang berpotensi.

 Contoh-contoh reka bentuk kuasi eksperimental ialah kumpulan kawalan


tidak bersamaan dan siri masa gangguan.

 Pengkaji yang menjalankan kajian melibatkan subjek manusia perlu


menghormati kerahsiaan subjek.

Reka bentuk eksperimental Reka bentuk pra-pasca


Reka bentuk faktor Reka bentuk sekali
Reka bentuk kajian lemah Reka bentuk siri masa
Reka bentuk kuasi eksperimental Reka bentuk tidak bersamaan
Reka bentuk pasca Reka bentuk tidak bersamaan pasca
Reka bentuk penyelidikan benar Satu kumpulan pra-pasca

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah
8 Penyelidikan
Kualitatif
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memberikan definisi kaedah penyelidikan kualitatif;
2. Menjelaskan jenis-jenis kaedah penyelidikan kualitatif;
3. Mengenal pasti analisa data dalam kaedah kualitatif; dan
4. Membezakan antara pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

 PENGENALAN
Istilah penyelidikan kualitatif ialah definisi am yang merangkumi banyak
kaedah berbeza yang digunakan bagi memahami dan menjelaskan fenomena
sosial dalam keadaan yang sebenar dengan gangguan yang minimum.
Penyelidikan kualitatif bermula dengan andaian bahawa terdapat banyak cara
untuk memahami dan memberi makna kepada keadaan sekeliling. Anda tidak
cuba untuk meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Anda Cuma
ingin memahami orang ramai dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh,
ÂBagaimanakah kehidupan mereka? Apakah yang berlaku pada mereka? Apakah
kepercayaan mereka di dunia?Ê. Ringkasnya, penyelidikan kualitatif berkaitan
dengan aspek sosial dan mencari jawapan untuk persoalan berikut:

(a) Mengapakah manusia berkelakuan sedemikian rupa?


(b) Bagaimanakah pendapat dan tingkah laku terbentuk?
(c) Bagaimana manusia dipengaruhi dengan peristiwa yang berlaku di keliling
mereka?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  129

(d) Bagaimanakah dan mengapa budaya berkembang sedemikian?


(e) Apakah perbezaan antara kumpulan sosial?

8.1 DEFINISI PENYELIDIKAN KUALITATIF


Kaedah penyelidikan kualitatif melibatkan penggunaan data kualitatif seperti
temu bual, dokumen dan pemerhatian untuk memahami dan menjelaskan
fenomena sosial. Kaedah penyelidikan kualitatif berasal daripada sains sosial
bagi mengkaji fenomena sosial dan budaya. Pada hari ini, penggunaan kaedah
kualitatif dan analisa kualitatif diterima oleh bidang penyelidikan. Kaedah ini
umumnya merangkumi pemerhatian responden, temu bual, soal selidik dan
tanggapan dan persepsi pengkaji.

Definisi yang baik telah diberikan oleh Denzin dan Lincoln (1964) seperti berikut:

Penyelidikan kualitatif tertumpu pada tafsiran fenomena dalam persekitaran


semula jadi mereka untuk memahami makna yang dibawa oleh individu
dalam tetapan ini

Kaedah penyelidikan kualitatif melibatkan pengumpulan data daripada


pengalaman peribadi, introspeksi, cerita tentang kehidupan, temu bual,
pemerhatian, interaksi dan teks visual yang signifikan dalam kehidupan
manusia. Penyelidikan kualitatif biasanya digunakan untuk satu atau lebih
tujuan seperti berikut (Peshkin, 1993) (rujuk Rajah 8.1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Rajah 8.1: Tujuan penyelidikan kualitatif

Mengukur kebolehpercayaan apabila melakukan penyelidikan kualitatif adalah


mencabar. Walau bagaimanapun, kita akan meneroka kebolehpercayaan dalam
topik seterusnya.

8.2 JENIS-JENIS KAEDAH PENYELIDIKAN


KUALITATIF
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam penyelidikan kualitatif.
Jenis-jenis penyelidikan kualitatif ditunjukkan dalam Rajah 8.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  131

Rajah 8.2: Jenis-jenis penyelidikan kualitatif

8.2.1 Kajian Tindakan


Kajian tindakan dikaitkan dengan penyiasatan terhadap perubahan.
Cunningham (1993) mengusulkan agar kajian tindakan mengandungi proses
berterusan penyelidikan dan pembelajaran dalam hubungan jangka panjang
antara pengkaji dan permasalahan kajian. Tujuan utama kajian tindakan adalah
untuk melaksanakan proses perubahan dan membuat rumusan berdasarkan
proses tersebut. Terdapat empat tahap dalam kitaran kajian tindakan seperti
yang dipaparkan dalam Rajah 8.3 (Susman & Evered, 1978).

Rajah 8.3: Kitaran peringkat dalam kajian tindakan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Terdapat dua sebab utama bagi kajian tindakan, iaitu:

(a) Melibatkan pengamal dalam kerja yang mereka lakukan; dan

(b) Menggalakkan kajian dengan tujuan menambah baik bidang tertentu.

8.2.2 Kajian Kes


Kajian kes ialah kaedah yang digunakan oleh kedua-dua penyelidikan kualitatif
dan kuantitatif. Yin (1994) mengusulkan kajian kes sebagai penyiasatan
empirikal fenomena dalam konteks persekitarannya, di mana hubungan antara
fenomena dan persekitaran tidak jelas. Oleh itu, kes diteliti untuk memahami isu,
memberi input kepada teori yang sedia ada, atau menyumbang pemikiran baru
kepada konsep baru.

Kajian kes boleh dilakukan dalam bentuk kes tunggal atau pelbagai kes.
Rumusan boleh dibuat berdasarkan persamaan atau perbezaan antara kes-kes
yang terlibat dalam kajian. Rajah 8.4 menunjukkan turutan kajian kes dalam
kerja penyelidikan (Yin, 1994).

Rajah 8.4: Turutan langkah dalam kajian kes


Sumber: Yin (1994)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  133

Kajian kes boleh menjadi kajian kes tunggal atau kajian kes pelbagai. Kajian kes
tunggal adalah ideal bagi mengkaji kes ekstrem untuk mengesahkan atau
memperdebatkan teori. Tambahan pula, adalah penting bagi pengkaji untuk
berhati-hati dalam mentafsir apa yang diperhatikan. Kajian kes pelbagai sesuai
apabila pengkaji ingin menggunakan lebih dari satu kes bagi mengumpul data
sebelum membuat rumusan. Kajian kes pelbagai mengesahkan bukti serta
meningkatkan kebolehpercayaan kerja penyelidikan.

8.2.3 Etnografi
Etnografi ialah kaedah penyelidikan kualitatif yang melibatkan perincian orang
ramai dan fenomena. Menurut Atkinson dan Hammersley (1994), etnografi
melibatkan penerokaan sifat fenomena, bekerja dengan data tidak berstruktur,
dan menganalisisnya menggunakan pentafsiran yang diberikan oleh responden
kajian. Kaedah ini melibatkan pemerhatian primer yang dijalankan oleh pengkaji
dalam tempoh yang ditetapkan.

Kaedah etnografi memerlukan masa yang banyak dan komitmen pengkaji bagi
kerja lapangan. Ia mengambil masa yang lama kerana pengkaji perlu membuat
pemerhatian dan mengambil nota kerja lapangan. Terdapat peraturan standard
untuk mengambil nota kerja lapangan (Neuman & Wiegand, 2000):

PERATURAN MENGAMBIL NOTA LAPANGAN ADALAH:

 Catit nota serta merta dan secepat mungkin semasa pemerhatian.

 Peka dengan jumlah frasa yang digunakan oleh subjek.

 Rekod turutan kronologi peristiwa.

 Elakkan membuat penilaian atau merumus fakta dan responden.

8.2.4 Teori Dasar


Teori dasar menggunakan satu set prosedur yang telah ditetapkan untuk
menganalisis data dan membangunkan model teoretikal darinya. Definisi yang
baik telah diberikan oleh Glaser dan Strauss (1967):

„The discovery of theory from data systematically obtained from social


research‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Walaupun ia berasal daripada kajian sosial, kaedah ini telah digunakan dengan
meluas dalam bidang lain juga.

Glaser dan Strauss (1967) juga menyatakan bahawa kategori yang muncul
daripada data mestilah boleh berdiri dengan sendirinya sebagai satu elemen
konseptual. Istilah ÂgroundedÊ atau dasar merujuk kepada idea di mana teori
muncul dari kajian di mana data yang dikumpulkan dalam lapangan dan
bukannya daripada sorotan literatur.

Teori dasar amat berguna apabila teori yang sedia ada berkenaan sesuatu
fenomena tidak lengkap atau tidak wujud (Creswell, 1998). Pengumpulan data
menggunakan kaedah ini adalah berasaskan kerja lapangan dan mungkin
berubah dalam tempoh kajian dijalankan. Temu bual memainkan peranan utama
dalam kaedah ini tetapi teknik lain seperti pemerhatian, sumber multimedia dan
dokumen juga boleh digunakan.

8.2.5 Analisa Kandungan


Analisa kandungan adalah pemeriksaan kandungan sesuatu bahan untuk
mengenal pasti corak atau tema secara terperinci dan bersistematik. Ia biasanya
dibuat ke atas interaksi manusia termasuklah jurnal, buku, media bercetak, dan
interaksi yang direkodkan. Dari lima reka bentuk yang dijelaskan dalam topik
ini, analisa kandungan memerlukan perancangan yang menyeluruh dari awal.
Permasalahan atau persoalan kajian perlu diperincikan daripada permulaan
kajian lagi.

Langkah-langkah dalam analisa kandungan ialah:

(a) Mengenal pasti bahan tertentu yang ingin diterokai


Sebagai contoh, anda mungkin berminat untuk mencari bukti bagi
enterprise architecture menggunakan XML atau CORBA di kalangan
organisasi penyedia perkhidmatan. Dalam kes ini, kerangka ilmu yang
akan diterokai ialah enterprise architecture menggunakan XML atau
CORBA.

(b) Mentafsir ciri-ciri dan kualiti yang akan dikaji menggunakan istilah yang
tepat
Pengkaji mungkin mengenal pasti contoh spesifik dari setiap ciri sebagai
salah satu cara untuk membuat tafsiran dengan lebih jelas.

(c) Memecahkan bahan kepada segmen yang lebih kecil dan senang diurus
sekiranya terlalu kompleks dan panjang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  135

(d) Pengkaji perlu meneliti dan mengasingkan bahan mengikut ciri-ciri yang
telah ditentukan.

SEMAK KENDIRI 8.1

Kenal pasti jenis kaedah penyelidikan kualitatif.

8.3 ANALISA DATA KUALITATIF


Data kualitatif adalah satu kumpulan data yang diambil dari temu bual, nota
lapangan, pemerhatian dan analisa dokumen. Maklumat ini perlu disusun dan
ditafsirkan dengan betul bagi memperoleh dapatan penting untuk penyelidikan
yang dijalankan. Sebagai panduan ringkas, tiada satu cara yang khusus untuk
menganalisis data kualitatif. Walaupun terdapat banyak cadangan kaedah
analisa data kualitatif, terdapat prosedur yang sering digunakan. Pengkaji
biasanya bermula dengan kerangka ilmu dan maklumat yang banyak. Dengan
menggunakan pertimbangan induktif, pengkaji menyusun, mengelaskan dan
memberi ketepatan pada data dengan menggunakan tema. Sebagai contoh,
dalam kaedah analisa kandungan, pengekstrakan maklumat yang mempunyai
ciri-ciri bermakna kepada tema kajian mestilah dilakukan dengan berhati-hati.
Creswell (1998) mencadangkan proses analisa data yang boleh diaplikasikan
dalam kebanyakan kaedah kualitatif seperti berikut:

(a) Susun data mengikut sumber/bentuk (contohnya, pangkalan data, ayat-


ayat atau kerja individu).

(b) Baca data dengan teliti beberapa kali untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan kandungannya. Dalam proses ini, pengkaji harus mencatat
nota pendek atau merumus kata kunci yang menjadi asas kategori dan
pentafsiran.

(c) Kenal pasti kategori umum atau tema dan mengelaskan mengikut
kesesuaiannya.

(d) Akhir sekali, gabungkan dan rumuskan data untuk pembaca. Langkah ini
juga mungkin mengandungi hipotesis yang menyatakan hubungan antara
kategori yang ditakrif oleh pengkaji. Ringkasan data boleh ditunjukkan
dalam bentuk jadual, rajah biasa atau rajah matriks.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Peringkat analisa data kualitatif ditunjukkan dalam Rajah 8.5. Ia biasanya


bermula dengan mengenali data, transkripsi, menyusun data, pengekodan,
analisa (teori dasar atau analisa kerangka) dan laporan (turutan peringkat
mungkin berbeza).

Rajah 8.5: Peringkat analisa data kualitatif

Penjelasan setiap peringkat adalah seperti berikut.

(a) Mengenali Data


Langkah pertama analisa data ialah mengenali data. Anda perlu
mendengar pita rakaman, menonton bahan video, membaca nota lapangan
beberapa kali, membuat memo serta ringkasan sebelum analisa formal
dilaksanakan. Ini adalah penting kerana selain anda, orang lain juga akan
terlibat dalam pengumpulan data. Anda perlu membiasakan diri dengan
nota lapangan yang dibuat oleh pekerja lapangan (mungkin untuk
memahami tulisan tangan mereka).

(b) Transkripsi
Boleh dikatakan semua kajian kualitatif melibatkan transkripsi. Apakah itu
transkripsi? Transkripsi adalah satu proses menukarkan data audio atau
rakaman video yang didapati dari temu bual dan kumpulan fokus,
termasuk nota lapangan yang bertulisan tangan kepada bentuk verbatim
(sama ada penulisan atau bercetak) bagi memudahkan pembacaan.
Kenapakah anda perlu melakukannya? Sekiranya anda perlu menganalisis
secara terus daripada audio dan rakaman video, terdapat kemungkinan
anda mungkin hanya memasukkan bahagian yang anda rasakan relevan
dan menarik serta tidak mengendahkan yang lain-lain. Dengan transkrip,
semua yang anda perhatikan dan rekodkan (audio, video dan nota
lapangan) dapat memberi gambaran keseluruhan apa yang terjadi dan
kebarangkalian bias dalam analisa dapat diminimumkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  137

(c) Penyusunan
Selepas transkripsi, data perlu disusun mengikut bahagian agar ia mudah
untuk dikeluarkan semua. Apakah maksudnya? Sebagai contoh, dalam
kajian anda, anda menemu bual 10 orang guru (30 minit seorang) tentang
stail kepimpinan pengetua mereka. Anda dinasihatkan agar memberi
setiap orang guru nama samaran (contohnya, Elvis, Jagger, Dina ....bukan
nama sebenar) atau merujuk mereka menggunakan nombor kod
(contohnya, T1, T2.. T10). Anda perlu menyimpan fail sulit yang
menghubungkan nama samaran atau nombor kod dengan responden
sebenar. Nama dan bahan-bahan lain yang boleh dikenal pasti perlu
dibuang dari transkrip.

Data naratif yang diperoleh dari 10 orang guru hendaklah dinombori


berdasarkan unit analisa. Dalam erti kata lain, anda perlu menentukan
sama ada anda ingin menganalisis pada peringkat perkataan, perenggan
dan ianya perlu dinombori sewajarnya. Pastikan unit teks yang digunakan
boleh dikesan kembali ke teks asal.

Anda boleh menggunakan dua pendekatan untuk menganalisis data:

(i) Sekiranya anda berminat untuk menjalankan kajian eksplorasi dan


lebih berminat dengan penghasilan teori, pendekatan teori dasar
boleh menjadi pilihan.

(ii) Sekiranya anda berminat untuk mencari jawapan kepada soalan yang
telah ditentukan, analisa kerangka mungkin pendekatan yang paling
logik.

(d) Pengekodan
Pengekodan ialah satu proses meneliti data mentah kualitatif dalam
transkrip dan mengeluarkan bahagian yang mengandungi unit teks
(perkataan, frasa, ayat-ayat, atau perenggan) dan memberikan kod yang
berbeza. Ini boleh dilakukan dengan menandai bahagian-bahagian dalam
transkrip dan memberi nombor rujukan, simbol, perkataan yang
menggambarkan atau kategori perkataan. Kebanyakan teks (transkrip)
akan ditandai dan diberi kod yang berbeza yang akan diperhalusi dan
digabungkan untuk membentuk tema dan kategori kemudiannya.

(e) Analisa (Pendekatan Teori Dasar)


Berdasarkan persoalan dan objektif kajian, tentukan pendekatan yang akan
digunakan untuk menganalisis data. Sekiranya anda berminat untuk
menghasilkan teori dan tidak pasti apa yang akan didapati, pendekatan
teori dasar ialah pilihan yang sesuai. Pendekatan teori dasar menawarkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

satu pendekatan yang rapi dalam menghasilkan teori daripada data


kualitatif. Ia paling sesuai untuk kajian eksplorasi apabila banyak yang
belum diketahui.

Teori dasar berkembang daripada kerja yang dilakukan oleh pakar


sosiologi bernama Glaser dan Strauss (1967). Ia ialah kaedah penyelidikan
kualitatif dan induktif di mana teori dihasilkan secara bersistematik
daripada data. Banyak kajian daripada pendidikan, bisnes, pengurusan
dan bidang kesihatan (terutama kejururawatan) menggunakan teori dasar
sebagai prosedur dalam konseptualisasi dan analisa data tanpa
menggunakan keseluruhan metodologi. Kelebihan teori dasar ialah ia
membenarkan teori untuk muncul daripada data melalui proses analisa
yang rapi (lihat Rajah 9.1). Perkataan teori digunakan untuk merujuk
kepada hubungan yang wujud antara konsep yang dihasilkan daripada
data dan membantu memberi kefahaman tentang dunia sosial kita dengan
lebih baik (Strauss & Caorbin, 1998).

Ciri utama prosedur teori dasar ialah penggunaan teknik perbandingan


berterusan. Melalui teknik ini, kategori atau konsep yang muncul daripada
peringkat analisa dibandingkan dengan kategori atau konsep daripada
peringkat seterusnya. Pengkaji meneruskan teknik ini sehingga situasi
yang dipanggil ketepuan teoretikal dicapai. Ketepuan teoretikal merujuk
kepada situasi di mana tiada lagi kategori dan konsep baru yang signifikan
muncul. Prosedur teori dasar mempunyai kitaran yang melibatkan
pemeriksaan data yang kerap apabila kategori atau konsep baru muncul
semasa analisa data dijalankan. Teori yang dibangunkan seharusnya dilihat
sebagai sementara sehinggalah ia dibuktikan oleh kesahan data dari lain-
lain sumber.

(f) Analisa (Pendekatan Analisa Kerangka)


Pendekatan lain bagi analisa data kualitatif dipanggil analisa kerangka
(Ritchie & Spencer, 1994). Berbeza dengan prosedur teori dasar, analisa
kerangka dibangunkan secara spesifik untuk aplikasi penyelidikan. Dalam
aplikasi penyelidikan, dapatan dan cadangan kajian perlu didapatkan
dalam masa yang singkat untuk digunakan. Pendekatan umum analisa
kerangka mempunyai banyak persamaan dengan teori dasar yang
dibincangkan sebelum ini. Pendekatan ini membenarkan pengkaji
menetapkan kategori dan tema daripada permulaan kajian dan menerima
kategori atau konsep yang muncul semasa proses analisa data.

Apabila kategori dan tema telah ditetapkan, bahagian data spesifik yang
berkait dengan kategori dan tema yang berbeza perlu dikenal pasti.
Sebagai contoh dalam bidang perubatan. Anda mungkin ingin tahu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  139

tentang bagaimana individu yang mengalami serangan jantung


mengkonseptualisasikan sebab-sebab serangan. Daripada literatur yang
sedia ada, anda dapati sebab-sebab ini boleh dibahagikan kepada sebab
fizikal, psikologi, nasib, genetik yang diwarisi dan lain-lain lagi. Anda
menemu bual individu yang pernah mendapat serangan jantung.
Berdasarkan transkrip temu bual, anda mencari data dan mengelaskannya
di bawah tajuk-tajuk penyebab tadi.

Menggunakan tajuk-tajuk penyebab, anda boleh membuat carta agar anda


dapat membaca data di keseluruhan set dengan mudah. Carta boleh dalam
bentuk bertema bagi setiap tema atau kategori merentas semua responden
(kes-kes) atau bagi setiap kes untuk setiap responden merentas tema-tema.

(i) Carta Tematik

Tema Kes 2 Kes 3


Sebab Psikologi „Tekanan di tempat „Bisnes teruk. Kena
kerja terlalu tinggi. tutup kedai.‰
Terpaksa balik kerja
lewat.‰

(ii) Carta Kes

Tema Tema 1 Tema 2


Kes 1 „Adik lelaki saya dan „Saya jarang bersenam.
bapa saya mati akibat Saya terlalu sibuk
serangan jantung.‰ untuk melakukan
sebarang senaman.‰

Dalam kotak carta, anda boleh meletakkan garisan dan rujukan muka surat
kepada perenggan yang relevan dalam transkrip temu bual. Anda juga boleh
memasukkan teks seperti kata kunci atau petikan sebagai peringatan tentang apa
yang dirujuk (lihat (i) dan (ii)). Sebagai contoh, di bawah tema Psikologi, Kes 2
bercakap tentang tekanan di tempat kerja dan Kes 3 bercakap tentang kegagalan
bisnes.

Lingkaran analisa data oleh Crewell (1998) ditunjukkan dalam Rajah 8.6.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Rajah 8.6: Lingkaran analisa data


Sumber: http://www.thearney.com/Scholar%20Folio/Schola1.gif

Analisa data bagi kaedah kualitatif lebih mengambil masa daripada kaedah
kuantitatif. Ini adalah kerana terdapat banyak maklumat yang di dapati semasa
keseluruhan proses penyelidikan. Adalah penting untuk pengkaji untuk
mengetepikan sesetengah maklumat kerana bukan semua yang dikumpulkan
berguna.

AKTIVITI 8.1

1. Terangkan jenis temu bual bagi kaedah pendekatan kualitatif.

2. Bezakan antara sumber data primer dan data sekunder.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  141

8.4 PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN


KUALITATIF DAN KUANTITATIF
Terdapat beberapa perbezaan antara pendekatan kualitatif dan kuantitatif di
kaedah penyelidikan. Kedua-dua kaedah memainkan peranan penting dalam
membantu keseluruhan proses penyelidikan untuk mendapatkan dapatan kajian
yang diingini. Penyelidikan kualitatif cenderung memfokuskan kepada subjek
atau responden dan bukannya perspektif pengkaji. Ia juga diberi istilah emic
atau perspektif orang dalam, berbeza dari etic atau perspektif orang luar.
Pengkaji sentiasa menjadi individu utama dalam pengumpulan data. Analisa
pendekatan kualitatif juga berbeza dari soal selidik atau ujian-ujian dalam
konteks pendekatan kuantitatif.

Kaedah kualitatif melibatkan kerja lapangan yang perlu disertai oleh pengkaji
terutamanya dalam pemerhatian dan temu bual dengan responden. Jadual 8.1
menyenaraikan perbezaan antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

Jadual 8.1: Perbezaan Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif

Perbezaan
Kualitatif Kuantitatif
Pendekatan
Fokus Kualiti (ciri-ciri) Kuantiti (berapa banyak,
nombor)
Falsafah Fenomenologi Positivisme
Kaedah Etnografi/pemerhatian Eksperimen/korelasi
Tujuan Memahami, maksud Ramalan, menguji hipotesis
Reka bentuk Fleksibel, muncul Berstruktur, Ditentukan
Sampel Kecil, bertujuan Besar, rawak, representatif
Pengumpulan data Temu bual, pemerhatian, Soal selidik, skala, ujian dan
dokumen dan artifak inventori
Analisa Induktif (oleh pengkaji) Deduktif (oleh kaedah statistik)
Dapatan Komprehensif, gambaran Tepat, berangka
terperinci, holistik
Pengkaji Amat terlibat Terasing

Sumber: Diadaptasi daripada Merriam (1999), Firestone (1987) dan Potter (1996)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

Umumnya, penyelidikan kualitatif mengambil pendekatan induktif. Kaedah ini


digunakan apabila terdapat kekurangan teori berkaitan dengan topik kajian yang
dapat menerangkan sesuatu fenomena dengan meyakinkan. Pendekatan
kualitatif juga berfokus kepada proses dan pemahaman berdasarkan gambaran
terperinci kerangka ilmu. Data diambil dalam bentuk komunikasi responden,
ekstrak dari dokumen kajian, sumber multi media seperti audio dan rakaman
video. Semua ini akan menyokong dapatan kajian.

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Apakah langkah-langkah yang terlibat dalam analisa data


kualitatif?

2. Kenal pasti perbezaan antara penyelidikan kualitatif dan


kuantitatif.

 Kaedah penyelidikan kualitatif melibatkan penggunaan data kualitatif


seperti temu bual, dokumen, dan pemerhatian responden untuk memahami
dan menjelaskan fenomena sosial.

 Kaedah kualitatif memfokuskan kepada pentafsiran situasi atau fenomena


dalam keadaan sebenar.

 Jenis-jenis kaedah kualitatif termasuklah Kajian Tindakan, Kajian Kes,


Etnografi, Teori Dasar dan Analisa Kandungan.

 Sumber data primer termasuklah pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
 Temu bual ialah teknik pengumpulan data daripada responden dengan
bertanyakan soalan dan mendapatkan jawapan.

 Sumber data sekunder berkaitan dengan dokumen seperti penerbitan, rekod,


laporan kajian lepas dan rekod perkhidmatan.

 Teknik yang paling kerap digunakan dalam pengedaran soal selidik ialah
dengan melalui pos dan pengedaran berpusat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF  143

 Pendekatan kualitatif adalah induktif sementara pendekatan kuantitatif


mengikut metodologi deduktif.

 Kajian tindakan mengambil pendekatan kitaran yang mengandungi empat


langkah iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan membuat refleksi.

Carta kes Kajian tindakan


Carta tematik Kualitatif
Etnografi Kuantitatif
Kajian kes Teori dasar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Analisis Data
9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan proses penyuntingan data dan pengekodan;
2. Menilai proses meringkaskan, menyusun semula, mengatur dan
memanipulasi data;
3. Menganalisis deskriptif; dan
4. Menghuraikan pengujian hipotesis.

 PENGENALAN
Tujuan utama kebanyakan penyelidikan adalah untuk menyediakan maklumat.
Terdapat perbezaan antara data mentah dan maklumat. Maklumat merujuk
kepada kerangka fakta-fakta dalam format yang sesuai bagi membuat
keputusan, sementara data hanyalah ukuran yang direkodkan bagi fenomena
tertentu. Data mentah yang dikumpulkan mestilah ditransformasikan kepada
maklumat yang boleh memberi maklumat kepada soalan-soalan pengurus.
Perubahan data mentah kepada maklumat memerlukan data disunting dan
dikodkan agar ia boleh dipindahkan ke dalam komputer atau tempat
penyimpanan yang lain. Topik ini memperkenalkan proses analisa data. Ini
mengandungi beberapa prosedur yang saling berkaitan untuk meringkaskan dan
menyusun semula data.

Pengkaji menyunting dan mengekodkan data bagi memberi input yang


menghasilkan maklumat dalam bentuk jadual bagi menjawab persoalan kajian.
Dengan input ini, pengkaji boleh menjelaskan dapatan kajian secara logik
dengan statistik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  145

9.1 PEMERIKSAAN DAN PENYUNTINGAN


DATA
Setelah data dikumpulkan dan sebelum ia dianalisis, pengkaji perlu menelitinya
terlebih dahulu bagi mengesahkannya. Respons yang kosong atau dipanggil data
hilang mesti diuruskan. Sekiranya soalan telah dikodkan sebelumnya, ia boleh
dipindahkan terus ke pangkalan data. Sekiranya belum, satu sistem perlu
dibangunkan agar ia boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data. Tugas-tugas
biasa yang perlu dilakukan ialah penyuntingan data, iaitu mengurus data hilang,
pengekodan, transformasi dan memasukkan data.

AKTIVITI 9.1

Apakah itu data mentah? Bagaimanakah ia berbeza dengan data primer


dan data sekunder?

9.1.1 Penyuntingan Data


Sebelum data yang dikumpulkan boleh digunakan, ia mestilah disunting terlebih
dahulu. Ia mesti diperiksa sama ada lengkap dan konsisten. Sekiranya ada yang
tidak konsisten, ia masih boleh dibetulkan pada peringkat ini. Penyuntingan juga
melibatkan pemeriksaan sama ada responden memahami soalan dan mengikut
turutan soalan yang diberikan. Sebagai contoh, andaikan seorang pengkaji
menggunakan reka bentuk eksperimen dengan dua rawatan. Satu rawatan
direka bagi persekitaran kerja yang kondusif dan satu lagi rawatan dengan
persekitaran kerja yang tidak kondusif.

Untuk mengesahkan bahawa responden mentafsir rawatan dengan betul,


pengkaji boleh melakukan pemeriksaan manipulasi. Selepas responden
menjawab soalan, beliau diminta memberi komen tentang kedua-dua jenis
persekitaran kerja. Sekiranya responden menjawab bahawa kedua-dua
persekitaran kerja adalah sama, ini bermakna beliau tidak memberi respons yang
wajar kepada rawatan. Dalam situasi begini, pengkaji mungkin terpaksa
mengetepikan responden tersebut daripada analisa data kerana beliau tidak
dapat membezakan dua jenis persekitaran kerja.

Akhir sekali, penyuntingan boleh menyebabkan soal selidik dibuang. Sebagai


contoh, kehilangan data yang terlalu banyak akan menyebabkan soal selidik
terpaksa dibuang dari pangkalan data. Pada masa yang sama, soalan tapisan
mungkin menyebabkan soal selidik dibuang. Sebagai contoh, anda ingin
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
146  TOPIK 9 ANALISA DATA

menemu bual individu yang mempunyai rumah sendiri. Apabila responden


yang menjawab ialah penyewa, soal selidik tidak boleh digunakan dan
dimasukkan dalam analisa data.

9.1.2 Penyuntingan Lapangan


Proses penyuntingan boleh dilakukan di lapangan. Tujuan penyuntingan
lapangan pada hari yang sama temu bual dijalankan adalah untuk mengesan
kehilangan teknikal (seperti kertas kosong di dalam soal selidik temu bual),
memeriksa sama ada tulisan tangan boleh dibaca dan menjelaskan respons yang
tidak konsisten secara logik dan konseptual. Sekiranya penyuntingan lapangan
dilakukan setiap hari, penyelia yang menyunting soal selidik akan dapat
membuat pembetulan dengan menyoal penemubual yang masih mengingati
kandungan temu bual.

Jumlah Âtiada jawapanÊ atau respons tidak lengkap boleh dikurangkan dengan
susulan yang cepat yang dirangsang oleh penyuntingan lapangan. Penyuntingan
lapangan harian membolehkan responden dihubungi semula untuk mengisi
jawapan yang tertinggal sebelum situasi berubah. Tambahan pula, penyuntingan
lapangan boleh memberi penunjuk sama ada latihan penemubual perlu terus
diberikan. Sebagai contoh, penyunting lapangan seharusnya menyemak respons
terbuka bagi melihat kedalaman penyiasatan dan sama ada ia dilakukan dengan
betul. Apabila temu bual tidak sempurna disebabkan tiadanya penyiasatan,
penyelia seharusnya terus melatih penemubual.

9.1.3 Penyuntingan Dalaman


Walaupun penyuntingan lapangan amat digalakkan, dalam banyak keadaan
(terutamanya dengan soal selidik pos), penyemakan data pada peringkat awal
tidak dapat dilakukan. Penyuntingan dalaman menyiasat secara terperinci
keputusan pengumpulan data. Jabatan penyelidikan biasanya mempunyai staf
pengurusan berpusat bagi melakukan kerja penyuntingan dan pengekodan.
Rajah 9.1 meringkaskan peraturan yang perlu dipatuhi ketika penyuntingan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  147

Rajah 9.1: Antara peraturan penyuntingan

9.1.4 Data Hilang


Data hilang boleh memberi kesan kepada kesahan dapatan pengkaji. Oleh itu, ia
mesti dikenal pasti agar masalah dapat diatasi. Data hilang biasanya terjadi
disebabkan pengumpulan data atau masalah semasa memasukkan data. Pengkaji
mesti menilai sejauh mana masalah data hilang dan sama ada ia bersistematik
atau rawak. Sekiranya masalah dalam skop yang kecil, penyelesaian biasa ialah
dengan membuang responden atau soalan yang mempunyai data hilang.
Apabila data hilang lebih banyak, pengkaji perlu mengambil tindakan berbeza
dengan membuang responden yang mempunyai data hilang. Saiz sampel akan
menjadi sangat kecil bagi memberikan dapatan yang bermakna.

Beberapa pendekatan yang boleh di ambil untuk menyelesaikan data hilang:

(a) Kenal pasti responden dan pemboleh ubah yang mempunyai data hilang
yang banyak. Buang responden dan/atau pemboleh ubah ini.

(b) Anggar data hilang dan tukarkannya dengan min. Teknik ini hanya sesuai
untuk pemboleh ubah yang mempunyai ukuran metrik. Apabila pemboleh
ubah tidak metrik mempunyai data hilang, responden/soalan mesti
dibuang daripada analisa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 9 ANALISA DATA

(c) Berikan item yang tiada datanya, nilai min bagi kesemua respons yang
diberikan untuk item tersebut.

(d) Beri item min respons bagi responden tertentu untuk soalan-soalan lain
yang mengukur pemboleh ubah tersebut.

(e) Berikan respons yang hilang nombor rawak dalam julat skala tersebut.

(f) Berikan respons yang hilang penengah bagi item berskala selang.

9.2 PENGEKODAN
Sekiranya pengimbas soal selidik digunakan, respons dimasukkan ke dalam
komputer adalah secara terus tanpa perlu menaip secara manual. Sekiranya ini
tidak dapat dilakukan, adalah lebih baik menggunakan helaian pengekodan
dahulu untuk mentranskripsikan data dan kemudian memasukkannya ke dalam
komputer. Kaedah ini, berbeza dengan menyelak setiap helaian soal selidik bagi
setiap item, dan mengelakkan kekeliruan apabila terdapat banyak soalan dan
soal selidik yang terlibat.

Respons boleh dikodkan sama ada sebelum atau selepas data dikumpulkan.
Adalah lebih baik melakukannya terlebih dahulu. Pengekodan bermaksud
memberi nombor kepada respons tertentu. Sebagai contoh, bagi skala lima titik,
Setuju-Tidak Setuju, keputusan mesti dibuat sama ada Sangat Bersetuju perlu
dikodkan sebagai 1 atau 5. Kebanyakan penyelidik akan memberikan nombor
yang paling besar kepada Sangat Bersetuju dan nombor yang paling kecil untuk
Sangat Tidak Setuju dengan respons di antaranya nombor 2, 3 dan 4. Dalam
situasi di mana pengkaji mempunyai dua kategori seperti jantina, kebanyakan
pengkaji memberi 1 = lelaki dan 2 = perempuan. Dalam kes begini, dicadangkan
agar kod 1 diberi pada satu kategori dan 0 kepada kategori yang lain. Ini dapat
memberikan analisa data yang lebih fleksibel dan dikenali juga sebagai
pengekodan pemboleh ubah dami (dummy).

Apabila temu bual dilengkapkan menggunakan bantuan komputer, respons


dimasukkan secara terus ke dalam pangkalan data. Apabila soal selidik yang
diisi sendiri digunakan, adalah lebih baik menggunakan pengimbas kerana
respons boleh dimasukkan secara terus ke dalam pangkalan data. Dalam
keadaan lain, data mentah boleh dimasukkan secara manual ke dalam perisian
popular seperti SPSS yang mempunyai Data Editor yang menyerupai helaian
lejar bagi memasukkan data, menyunting dan memaparkan isi kandungan
pangkalan data. Data hilang biasanya diwakili oleh satu titik di dalam sel (.) dan
ia perlu dikodkan dengan cara tertentu seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  149

Kesilapan manusia boleh terjadi semasa melengkapkan soal selidik, pengekodan


atau semasa memasukkan data. Oleh itu, paling kurang 10 peratus soal selidik
yang dikodkan, dan juga pangkalan data perlu disemak dari segi pengekodan
dan kemasukan data. Soal selidik yang perlu disemak dipilih menggunakan
proses pensampelan rawak yang bersistematik.

Pengekodan dalam penyelidikan kualitatif adalah berbeza dari penyelidikan


kuantitatif. Dapatan kajian dalam bentuk data mentah perlu diklasifikasikan dan
ditransformasikan ke dalam kategori atau pemboleh ubah. Data mentah dalam
penyelidikan kualitatif amat sukar ditukarkan ke dalam bentuk berangka. Oleh
itu, pengkaji tidak boleh memberikan nombor kepada data. Konsep sistem
pengekodan secara terbuka, menegak dan terpilih boleh digunakan untuk
mengendalikan data kualitatif, pentafsiran dan pembangunan teori.

Dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji biasanya mempunyai data yang amat


banyak pada akhirnya. Ini menyebabkan data dikodkan bagi mengelakkan data
terlebih bebanan (overload) dan membolehkan analisa data yang seterusnya
dibuat bagi pembangunan teori. Sistem pengekodan terbuka digunakan untuk
mengenal pasti kategori yang didapati dari konsep-konsep yang dihasilkan oleh
kajian. Dalam sistem pengekodan ini, dimensi dan sifat konsep dikenal pasti dari
data mentah bagi mengumpulkan konsep tertentu dalam kategori tertentu.
Kategori-kategori ini mencerminkan konsep yang lebih abstrak atau lebih tinggi.
Pengekodan menegak digunakan untuk mengaitkan kategori dengan sub
kategori. Dalam kata lain, pengekodan menegak digunakan bagi mengaitkan
konsep pada peringkat dimensi dan sifat bagi memberi penjelasan yang lengkap
dan tepat.

Sistem pengekodan terpilih digunakan sebagai asas bagi pembangunan teori.


Dalam sistem pengekodan ini, kategori disusun dan diatur bagi mengaitkan
mereka pada konsep tunjang. Konsep tunjang akan membentuk kerangka atau
model baru yang dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. Kerangka dan model
yang dibangunkan dari kategori dan sub kategori adalah pencapaian penting
dalam pembangunan teori, kerana ia membantu proses pengumpulan data yang
seterusnya bagi menguji kerangka atau model tersebut.

AKTIVITI 9.2

Jelaskan dengan ringkas kegunaan pengekodan dan bila ia digunakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 9 ANALISA DATA

9.3 MEMASUKKAN DATA


Kemasukan data bermaksud menukar maklumat yang dikumpulkan melalui
kaedah primer atau sekunder ke dalam medium yang lebih sesuai bagi paparan
dan manipulasi. Kemasukan menggunakan papan kekunci masih menjadi cara
utama di kalangan pengkaji untuk mewujudkan fail data dan menyimpannya
menggunakan ruang yang minima dalam pelbagai jenis media.

Instrumen pengimbas optik, alternatif lain bagi perkhidmatan pengujian dapat


meningkatkan kecekapan. Responden menghitamkan bulatan kecil atau
membujur, dan garis selari bagi memilih jawapan. Pengimbas optik memproses
soal selidik yang mempunyai respons yang dihitamkan ke dalam fail. Teknologi
ini sering digunakan oleh pereka soal selidik bagi pengumpulan data. Ia
mengurangkan jumlah data yang dikendalikan dan jumlah kesilapan yang
mungkin terjadi.

Kos teknologi yang kompetitif membolehkan kebanyakan pengkaji mendapat


akses komputer meja dan riba atau terminal yang berhubung dengan komputer
yang lebih besar. Teknologi ini membolehkan telefon dengan bantuan komputer
dan temu bual perorangan dimasukkan secara terus untuk diproses. Ini dapat
mengurangkan langkah-langkah pemprosesan di antaranya dan kesilapan.
Peningkatan penggunaan panggilan rawak berkomputer telah menggalakkan
inovasi pengumpulan data.

Sistem pengenalan suara dan respons, walaupun masih baru, menyediakan


alternatif yang menarik bagi penemubual telefon. Sistem berikut boleh
digunakan dengan perisian yang diprogramkan bagi memanggil tiga-digit
pertama dan menghasilkan empat-digit nombor secara rawak bagi menghubungi
sampel di dalam kawasan tertentu. Apabila mendapat respons suara, komputer
terus memberi soalan-soalan dalam soal selidik. Pada masa ini, sistem
diprogramkan untuk merekodkan jawapan lisan tetapi sistem pengenalan suara
telah banyak diperbaiki dan tidak lama lagi sistem ini boleh menukar respons
lisan kepada fail data.

Penemubual lapangan boleh menggunakan komputer mudah alih atau buku


nota elektronik selain daripada papan keratan dan pensel. Dengan modem dan
rangkaian bersel komunikasi, fail boleh dihantar terus kepada komputer lain di
lapangan atau tempat-tempat lain. Ini membantu penyelia untuk memeriksa data
secara terus dan meringkaskan pemprosesan data di pusat. Pembaca kod bar
digunakan dalam beberapa aplikasi ă pada terminal pembelian, pengawalan
inventori, pengesanan produk dan jenama, dan lokasi kereta sewa yang sibuk
untuk membantu pemulangan kereta dan mengeluarkan invois. Teknologi ini

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  151

memudahkan peranan penemubual sebagai pengekod data. Daripada menulis


(atau menaip) maklumat berkenaan responden dan jawapan mereka,
penemubual boleh mengimbas jawapan menggunakan kod bar yang tertentu.
Data direkodkan dalam unit yang kecil dan ringan bagi pentafsiran
kemudiannya.

Walaupun masa antara pengumpulan dan analisa data telah dikurangkan


menggunakan teknik-teknik di atas, inovasi dalam teknologi multimedia sedang
dibangunkan oleh bisnes komputer persendirian. Keupayaan untuk
mengintegrasikan imej visual, audio dan data mungkin akan menggantikan
peralatan video bagi merekodkan eksperimen, temu bual dan kumpulan fokus.
Salinan respons dapat diekstrak untuk analisa data tetapi audio dan imej visual
tetap tidak berubah sehingga penilaian seterusnya.

AKTIVITI 9.3

Dewasa ini, orang ramai tertarik dengan iklan pembekal perkhidmatan


SMS, sama ada bagi perkhidmatan nada dering atau pertandingan. Stesen
televisyen juga menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan
maklumat tinjauan bagi soalan-soalan tertentu. Mengapakah fenomena ini
mendapat penerimaan meluas dari orang ramai walaupun ia mahal?

9.4 TRANSFORMASI DATA


Proses menukar data dari format asal kepada format baru dipanggil transformasi
data. Proses ini biasanya dibuat supaya data boleh difahami dengan mudah bagi
memenuhi objektif kajian. Sebagai contoh, apabila data diukur dengan skala,
penyataan yang diberi boleh menjadi penyataan negatif dan positif. Dalam kes
berikut, pengkaji perlu menukar kod soalan negatif kepada positif agar skala
yang dijumlahkan boleh mentafsir dapatan. Sekiranya skala 5 digunakan, ia akan
ditukar kepada 1 dan 4 kepada 2, dan 3 tidak perlu ditukar.

Transformasi data biasanya dibuat untuk mengurangkan bias. Contohnya umur


responden. Bagi mengurangkan respons yang bias, responden diminta memberi
tahun kelahiran mereka. Pengkaji seterusnya hanya perlu membuat transformasi
tahun kelahiran kepada umur sebenar responden. Transformasi data diperlukan
apabila pengkaji ingin mewujudkan pemboleh ubah yang baru dengan
mengklasifikasikan semula data mengikut transformasi yang logik. Dalam
kebanyakan kes, skala Likert dijumlahkan menjadi skala rating (summated
rating). Biasanya pemboleh ubah yang telah ditransformasikan melibatkan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
152  TOPIK 9 ANALISA DATA

penjumlahan dua skor (data mentah) bagi beberapa kenyataan sikap kepada satu
skor yang dijumlahkan.

Pengkaji boleh mengira purata skor yang dijumlahkan dengan membahagi


jumlah keseluruhan skor dengan jumlah pemboleh ubah. Sebagai contoh,
sekiranya terdapat tiga pernyataan berskala 5, jumlah keseluruhan jumlah ialah
4 + 4 + 5 = 13. Menggunakan purata skor yang dijumlahkan, ia menjadi
4 + 4 + 5 / 3 = 4.3.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Mengapakah kita perlu membuat transformasi data asal?

2. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan dan


mengelakkan bias semasa peringkat analisa data?

9.5 ANALISA DATA


Tujuan analisa data boleh dilihat dari tiga aspek; untuk memahami data, untuk
menguji kebaikan data dan untuk menguji hipotesis yang dibina untuk
penyelidikan. Data boleh difahami dengan memeriksa min, julat, sisihan piawai
dan varians data. Statistik ini akan memberi gambaran bagaimana reaksi
responden kepada setiap item dalam soal selidik dan sejauh mana item dan
pengukuran berkesan.

Katakan seorang pengkaji menyedari item dalam set data tidak mempunyai
serakan yang baik (julat) dan kurang kepelbagaian. Pengkaji kemudiannya boleh
mengagak bahawa soalan tersebut tidak begitu difahami oleh responden
disebabkan oleh perkataan yang tidak sesuai atau responden tidak begitu faham
tujuan soalan tersebut. Sekiranya responden memberikan jawapan yang sama
bagi semua item, pengkaji mungkin perlu menyemak bias (contohnya, sekiranya
responden hanya menjawab pada skala yang sama). Objektif analisa deskriptif
ialah untuk menggambarkan profil individu, peristiwa atau situasi yang tepat.
Analisa boleh menjadi tambahan atau permulaan bagi penyelidikan eksplorasi.
Jadual 9.1 meringkaskan persembahan data mengikut jenis data.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  153

Jadual 9.1: Persembahan Data Mengikut Jenis Data

Berkategori Kuantitatif
Kegunaan Data
Deskriptif Urutan Selanjar Diskret

Menunjukkan satu pemboleh Jadual/Taburan kekerapan (data dalam kumpulan)


ubah agar sebarang nilai
spesifik dapat dibaca dengan
mudah.

Menunjukkan kekerapan Carta Bar (data Histogram/ Carta Bar/


kategori/nilai bagi satu mungkin perlu Poligon Piktogram (data
pemboleh ubah agar nilai kumpulan) kekerapan (data mungkin perlu
tertinggi dan terendah jelas mesti dalam kumpulan)
dilihat. kumpulan

Menunjukkan trend sesuatu Graf Garisan/ Graf Garisan/ Graf Garisan =


pemboleh ubah. Carta Bar Histogram Graf/Carta Bar

Menunjukkan perkadaran Carta Pai/ Histogram/Carta Carta Pai/Carta


kategori/nilai bagi satu Carta Bar (data Pai (data Bar (data
pemboleh ubah. mungkin memerlukan mungkin
memerlukan kumpulan) memerlukan
kumpulan) kumpulan)

Menunjukkan taburan nilai- Poligon Poligon


nilai bagi satu pemboleh kekerapan, kekerapan/
ubah. Histogram (data Carta Bar (data
memerlukan mungkin
kumpulan atau memerlukan
plot kotak) kumpulan)

Menunjukkan Jadual kontingensi/penjadualan silang (data biasanya


kesalingbergantungan antara memerlukan kumpulan)
dua/lebih pemboleh ubah
agar sebarang nilai spesifik
boleh dibaca dengan mudah.

Membandingkan kekerapan Carta Bar Berganda (Data selanjar memerlukan


kategori/nilai bagi dua/lebih kumpulan, data lain mungkin memerlukan kumpulan)
pemboleh ubah agar nilai
tertinggi dan terendah jelas
dilihat.

Membandingkan trend bagi Graf Garis Berganda/Carta Bar Berganda


dua/lebih pemboleh ubah
agar perhubungan jelas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 9 ANALISA DATA

Membandingkan perkadaran Carta Pai Bertingkat/Carta Bar dengan Komponen


kategori/nilai bagi dua/lebih Peratusan (data selanjar memerlukan kumpulan, data
pemboleh ubah. lain mungkin memerlukan kumpulan)

Membandingkan taburan Plot Kotak Berganda


nilai bagi dua/lebih
pemboleh ubah.

Membandingkan kekerapan Carta Bar Majmuk (data selanjar memerlukan


kategori/nilai bagi dua/lebih kumpulan, data lain mungkin memerlukan kumpulan)
pemboleh ubah akar
jumlahnya jelas.

Membandingkan perkadaran Carta Pai Berkadaran Berperingkat (data selanjar


dan jumlah kategori/nilai memerlukan kumpulan, data lain mungkin
bagi dua/lebih pemboleh memerlukan kumpulan)
ubah.

Menunjukkan hubungan Plot serakan/Graf serakan


antara kes-kes bagi dua
pemboleh ubah.

Sumber: Diadaptasi dari Saunders, Lewis dan Thornhill (2003)

AKTIVITI 9.4

Apakah faktor-faktor yang menentukan pilihan analisa data? Bandingkan


jawapan anda dengan rakan sekelas.

9.5.1 Statistik Deskriptif


Dalam bahagian pertama topik ini, kita telah berbincang bagaimana respons
dikodkan dan dimasukkan. Apabila pengukuran nominal digunakan, setiap
kategori diwakili oleh kod berangka tersendiri. Dengan data ordinal, kedudukan
item dari tinggi ke rendah dimasukkan ke dalam sistem. Begitu juga dengan skor
selang dan nisbah. Apabila data telah dimasukkan ke dalam jadual, ia
mempunyai jajaran skor dari rendah ke tinggi. Ini akan membentuk taburan nilai
dan juga menunjukkan kekerapan pemerhatian.

Kebanyakan pemboleh ubah yang menarik minat mempunyai taburan yang


menyerupai taburan normal. Taburan normal adalah piawai perbandingan bagi
menggambarkan taburan data sampel dan digunakan sebagai andaian di dalam
statistik inferens. Taburan digambarkan melalui kedudukan, serakan dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  155

bentuknya di mana definisi, aplikasi dan formulanya diletakkan di bawah


statistik deskriptif. Walaupun definisi-definisi tersebut adalah biasa bagi
kebanyakan pembaca, ulasannya dalam topik ini mengikut perspektif ciri-ciri
taburan berikut:

(a) Bentuk taburan ditunjukkan oleh kedudukan dan serakan data.

(b) Gambaran visual adalah lebih baik dari gambaran berangka bagi meneroka
bentuk taburan.

(c) Pemilihan ringkasan statistik tertentu bagi memerihalkan satu pemboleh


ubah bergantung kepada kesesuaian statistik tersebut bagi bentuk
taburannya.

Berikut adalah antara beberapa cara bagaimana respons dikodkan dan


dimasukkan:

(a) Ukuran Kedudukan


Ukuran biasa kedudukan atau kerap dipanggil kecenderungan memusat
atau penengah merangkumi min, median dan mod.

(b) Min
Min adalah purata aritmetik. Ia merupakan jumlah keseluruhan nilai-nilai
dalam taburan yang dibahagi dengan jumlah pemerhatian. Ia adalah
pengukuran kedudukan yang paling kerap digunakan bagi data selang-
nisbah tetapi boleh mengelirukan apabila taburan mengandungi skor
ekstrem, besar atau pun kecil.

Min populasi dinyatakan sebagai () dan ditakrifkan seperti berikut:

Formula:
   x/N

(c) Median
Median ialah titik tengah taburan. Separuh dari pemerhatian di dalam
taburan akan berada di atas median dan separuh lagi akan berada di
bawahnya. Apabila taburan mempunyai pemerhatian genap, median
adalah purata dua skor di tengah-tengah. Median adalah sesuai untuk
mengenal pasti kedudukan bagi data ordinal. Ia tidak terpengaruh dengan
skor ekstrem, dan oleh itu, menjadikan ia pengukuran yang lebih disukai
bagi data selang terutamanya yang mempunyai taburan yang tidak simetri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 9 ANALISA DATA

(d) Mod
Mod ialah nilai yang mempunyai kekerapan paling tinggi. Apabila
terdapat lebih dari satu skor yang mempunyai nilai tertinggi dan
mempunyai kekerapan yang sama, taburan menjadi bimodal atau multi
modal. Apabila setiap skor mempunyai jumlah pemerhatian yang sama,
maka tiadalah mod. Mod ialah kedudukan bagi data yang normal dan titik
rujukan seperti median dan min bagi meneliti serakan dan bentuk taburan.

(e) Ukuran Serakan


Ukuran biasa bagi mengukur serakan adalah varians, sisihan piawai, julat,
julat inter kuartil, dan sisihan kuartil. Ia menjelaskan bagaimana skor
berkelompok atau berserakan dalam taburan.

(f) Varians
Varians adalah purata skor sisihan piawai yang dikuasai duakan dari min
taburan. Ia merupakan ukuran serakan skor dari min. Sekiranya semua
skor ialah 0, varians ialah 0. Semakin besar serakan skor, semakin besar
varians. Varians dan sisihan piawai digunakan bagi data selang-nisbah.
Simbol bagi varians sampel ialah (s2) dan simbol bagi varians populasi
2
ialah huruf Greek sigma kuasa dua ( ).

Formula:
Varians sampel,

 (Xi  Xj)2
s2 
n 1

Varians Populasi,

 (Xi  Xj)2
2 
N

(g) Sisihan Piawai


Sisihan piawai adalah varians punca kuasa dua. Ia ukuran biasa bagi
mengukur serakan. Tafsiran lebih mudah kerana ia menyingkirkan kuasa
dua dan menunjukkan sisihan dalam unit sebenar. Seperti min, sisihan
piawai boleh dipengaruhi oleh skor ekstrem. Simbol untuk sampel sisihan
piawai ialah (s) dan sisihan piawai populasi ialah ().

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  157

Formula:

s  Varians

(h) Julat
Julat ialah perbezaan antara skor yang paling tinggi dan yang paling
rendah dalam taburan. Tidak seperti sisihan piawai, ia mengira hanya skor
maksimum dan minimum. Oleh itu, ia merupakan ukuran serakan kasar.
Apabila menggunakan julat sebagai rujukan, taburan homogen (sisihan
piawai yang kecil) atau heterogen (sisihan piawai yang besar) dapat
diagakkan. Bagi taburan yang homogen, nisbah julat kepada sisihan piawai
mestilah di antara dua hingga enam. Nilai melebihi enam bermaksud tahap
heterogen yang tinggi. Julat memberi maklumat berguna tetapi terhad bagi
semua jenis data. Bagaimanapun ia ialah ukuran wajib bagi data ordinal.

(i) Julat antara Kuartil


Julat antara kuartil ialah perbezaan antara kuartil pertama dan kedua
dalam taburan. Ia juga dipanggil serakan penengah. Data ordinal
menggunakan ukuran ini bersama dengan median. Ia juga digunakan bagi
data selang-nisbah sekiranya taburan tidak simetri atau untuk analisa
eksplorasi.

Kuartil pertama (Q1) adalah persentil ke-25, atau dikenali sebagai Âlower
hingeÊ dalam plot kotak. Median atau Q2, adalah sebagai persentil ke-50.
Kuartil ketiga (Q3) ialah persentil ke-75; atau dikenal sebagai Âupper hingeÊ.
Julat antara kuartil ialah jarak antara lower hinge dan upper hinge.

(j) Julat Separa antara Kuartil


Julat separa antara kuartil dinyatakan sebagai:

Formula:
Q = (Q1 ă Q3)/2

Julat separa antara kuartil sering digunakan bersama median bagi data
ordinal. Ia juga membantu data selang-nisbah yang bersifat terpencong.
Dalam taburan normal, sisihan kuartil (Q) di setiap bahagian mengandungi
50 peratus dari pemerhatian. Lapan kuartil (Qs) dianggar merangkumi
julat. Hubungan Qs dengan sisihan piawai adalah malar (Q = 0.6745s)
apabila skor bertaburan normal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 9 ANALISA DATA

(k) Ukuran Bentuk


Ukuran bentuk iaitu kepencongan dan kurtosis menerangkan sejauh mana
taburan tidak simetri dan lengkung mendatar (puncak). Ia berkait dengan
statistik yang dikenali sebagai momen. Momen menggunakan skor sisihan
piawai  X  X i  . Varians, sebagai contoh, ialah momen kuasa kedua.

(i) Ukuran bentuk menggunakan pengiraan kuasa ke tiga dan ke empat


sukar untuk ditafsirkan apabila terdapat skor ekstrem dalam taburan.

(ii) Kepencongan adalah ukuran sejauh mana taburan tidak simetri.


Dalam taburan yang simetri, min, median dan mod adalah pada
kedudukan yang sama. Taburan yang mempunyai kes-kes yang
tertumpu ke salah satu arah dipanggil pencongan.

(iii) Kurtosis ialah ukuran sejauh mana kedataran lengkung taburan.


Taburan yang mempunyai skor terhimpun di tengah-tengah
(bersama dengan lebih banyak pemerhatian di hujung yang ekstrem)
adalah leptokurtik. Taburan yang rata dengan skor yang lebih
kurang sama dan hujung yang lebih rata daripada taburan normal
dipanggil platikurtosis. Taburan mesokurtik tidak terlalu tajam
puncaknya dan tidak juga terlalu rata. Simbol bagi kurtosis ialah
(ku).

9.6 APA ITU HIPOTESIS?


Dalam statistik, hipotesis ialah anggapan atau andaian yang belum dibuktikan
yang menjelaskan secara tentatif fakta atau fenomena tertentu. Hipotesis boleh
menjadi andaian tentang sifat sesuatu situasi. Teknik statistik membolehkan kita
menentukan sama ada hipotesis yang dicadangkan boleh disahkan oleh bukti
empirikal.

Hipotesis dibangunkan sebelum pengumpulan data, dan menjadi sebahagian


dari perancangan penyelidikan. Hipotesis membolehkan pengkaji menjelaskan
dan menguji fakta atau fenomena.

Berikut adalah langkah-langkah umum dalam pengujian hipotesis:

(a) Buat andaian permulaan;


(b) Tulis hipotesis nul dan alternatif;
(c) Tentukan tahap signifikan/tahap keertian;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  159

(d) Kumpul bukti dan jalankan analisa statistik; dan


(e) Berdasarkan bukti yang ada, buat keputusan sama ada andaian awal boleh
diterima dan tulis rumusan.

9.6.1 Hipotesis Nul dan Alternatif


Hipotesis nul menyatakan tiada perubahan atau perbezaan pada min kumpulan.
Ia berdasarkan tanggapan bahawa sebarang perubahan sebelum ini disebabkan
ralat rawak. Nilai populasi tidak berubah dari satu masa ke satu masa yang lain
atau statistik sampel tidak berubah secara signifikan dari andaian parameter
populasi. Berikut ialah contoh hipotesis nul.

Satu Sampel
Min keutamaan jenama skor di kalangan guru lelaki berumur 35 tahun hingga
40 tahun ialah 85.

Dua Sampel
Tidak terdapat perbezaan antara skor min keutamaan jenama antara guru
lelaki dan perempuan yang berumur 35 tahun hingga 40 tahun.

Hipotesis alternatif (atau kadangkala dipanggil hipotesis kajian) adalah hipotesis


yang bertentangan dengan hipotesis nul. Ia biasanya ditulis sebagai Ha.
Hipotesis alternatif akan menunjukkan arah perbezaan, hubungan atau
kedudukan neutral. Sekiranya arah ditekankan dalam hipotesis alternatif, kita
memanggilnya sebagai ujian satu hujung. Sebaiknya, ujian menjadi dua hujung.
Berikut ialah contoh hipotesis alternatif.

Satu Sampel
Skor min keutamaan jenama di kalangan guru lelaki berumur 35 hingga 40
tahun tidak bersamaan dengan 85.

Dua Sampel
Terdapat perbezaan di antara skor min keutamaan jenama di antara guru
lelaki dan perempuan berumur di antara 35 hingga 40 tahun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 9 ANALISA DATA

9.6.2 Hipotesis Berarah dan Hipotesis Tidak Berarah


Hipotesis boleh dinyatakan secara berarah atau tidak berarah. Sekiranya anda
menggunakan istilah seperti lebih daripada, kurang daripada, positif atau negatif
dalam menyatakan hubungan di antara dua kumpulan atau dua pemboleh ubah,
hipotesis menjadi hipotesis berarah. Contoh hipotesis berarah ialah „Lebih tinggi
tekanan dialami di tempat kerja, semakin cenderung pekerja mencari kerja di
tempat lain‰. Cara lain untuk menyatakan hipotesis berarah ialah penggunaan
pendekatan ÂJika-MakaÊ: ÂJika pekerja diberi lebih latihan, maka mereka akan
mengalami kurang kemalanganÊ.

Hipotesis tidak berarah menyatakan perbezaan atau hubungan tetapi tidak


menyatakan arah perbezaan atau hubungan. Kita mungkin menyatakan terdapat
hubungan signifikan di antara dua kumpulan atau pemboleh ubah tetapi kita
tidak mengetahui sama ada hubungan itu positif atau negatif. Contoh hipotesis
tidak berarah adalah „Terdapat hubungan antara tekanan yang dialami di
tempat kerja dan kebarangkalian pekerja mencari kerja lain‰. Contoh lain adalah
„Terdapat hubungan antara komitmen kerja dan kecenderungan mencari kerja
lain‰.

9.6.3 Statistik Sampel dan Statistik Populasi


Statistik inferens membantu kita membuat penilaian tentang populasi daripada
sampel. Statistik sampel ialah ringkasan nilai sampel dan dikira menggunakan
semua pemerhatian di dalam sampel. Parameter populasi ialah ringkasan nilai
populasi tetapi ia jarang diketahui. Ini adalah sebab utama mengapa statistik
sampel digunakan untuk membuat inferens pada parameter populasi.

Hipotesis nul merujuk kepada parameter dan bukannya statistik sampel.


Berdasarkan data sampel, pengkaji boleh menolak hipotesis nul atau menerima
hipotesis alternatif. Iaitu sama ada terdapat perbezaan bermakna atau tidak
antara kumpulan.

Dalam kes di atas, pengkaji tidak menemui sebarang perbezaan signifikan antara
kumpulan. Adalah penting untuk faham walaupun hipotesis nul tidak ditolak, ia
tidak semestinya diterima sebagai benar. Hipotesis nul dibina agar penolakannya
akan membawa kepada penerimaan keadaan yang dikehendaki. Hipotesis
alternatif mewakili apa yang kita anggap sebagai benar.

Dalam terminologi statistik, hipotesis nul ditandakan sebagai H0 dan hipotesis


alternatif ditandakan sebagai Ha. Sekiranya hipotesis nul (Ho) ditolak, maka
hipotesis alternatif (Ha) akan diterima. Hipotesis alternatif adalah hipotesis yang
ingin anda buktikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  161

SEMAK KENDIRI 9.2

Jelaskan perbezaan antara statistik sampel dan parameter populasi.

9.6.4 Ralat Jenis I dan Jenis II


Kita sentiasa perlu mengandaikan bahawa risiko kesilapan inferens iaitu dapatan
pengkaji berkenaan populasi adalah silap sentiasa ada. Oleh itu, ralat tidak boleh
benar-benar dielakkan dan ujian statistik yang dilakukan untuk menolak atau
menerima hipotesis nul mungkin juga silap. Oleh itu, pengkaji perlu peka pada
dua jenis ralat yang berkaitan dengan pengujian hipotesis iaitu Ralat Jenis I dan
Ralat Jenis II.

(a) Ralat Jenis I


Ralat Jenis I dipanggil sebagai alfa (  ). Ia berlaku apabila keputusan dari
dapatan sampel membawa kepada penolakan hipotesis nul walaupun ia
sebenarnya benar. Kebarangkalian ralat jenis ini, đ dirujuk sebagai tahap
keertian, ialah jumlah risiko ketepatan ujian yang boleh diterima oleh
pengkaji. Oleh itu, tahap keertian ialah kebarangkalian membuat kesilapan
apabila menolak hipotesis nul.

Bergantung kepada objektif kajian dan situasi, pengkaji biasanya


menetapkan tahap keertian yang boleh diterima pada <0.05 atau <0.01.
Pengkaji bersedia menerima risiko yang kecil sekiranya mereka tersilap
menolak hipotesis nul. Tahap risiko ditentukan sebelum kajian dilakukan.
Sekiranya kajian melibatkan pengujian hubungan di mana risiko untuk
membuat kesilapan adalah tinggi, pengkaji boleh menetapkan tahap
keertian yang lebih tinggi iaitu <0.01.

Apabila memeriksa hubungan di antara dua jenis bahan kimia yang


mungkin meletup atau kadar kegagalan peralatan yang mahal, pengkaji
mungkin tidak boleh mengambil risiko yang besar. Dalam keadaan yang
lain pula, apabila memeriksa hubungan tingkah laku atau apabila risiko
tidak begitu tinggi kosnya, pengkaji mungkin boleh menerima risiko yang
besar. Oleh itu, dalam situasi tertentu, pengkaji mungkin boleh menerima
tahap keertian 0.10.

(b) Ralat Jenis II


Jenis kedua ralat dirujuk sebagai Ralat Jenis II. Ia berlaku apabila,
berdasarkan keputusan sampel, hipotesis tidak boleh ditolak apabila ia
sebenarnya adalah betul. Ralat Jenis II pada umumnya dikenali sebagai
ralat beta (). Kebiasaannya, pengkaji menetapkan ralat beta awal-awal lagi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 9 ANALISA DATA

tetapi ralat beta adalah berdasarkan parameter populasi (min atau kadar)
dan/ atau saiz sampel.

Konsep ketiga yang penting dalam pengujian hipotesis bagi keertian


statistik ialah kuasa statistik ujian. Kuasa sesuatu ujian ialah kebolehannya
untuk menolak hipotesis nul apabila ia sebenarnya salah. Kuasa statistik
boleh dijelaskan sebagai 1 ă , kebarangkalian menolak hipotesis nul
dengan betul. Kebarangkalian ralat Jenis II tidak diketahui tetapi ia
berkaitan dengan kebarangkalian ralat Jenis I.

Ralat Jenis I yang amat rendah akan menyebabkan ralat Jenis II yang tinggi ().
Oleh itu, perlu ada tolak ansur di antara dua jenis ralat ini. Saiz sampel boleh
mengawal kedua-dua jenis ralat. Umumnya, pengkaji akan memilih saiz sampel
bagi meningkatkan kuasa ujian dan mengurangkan ralat Jenis I dan Jenis II.

Tolak ansur antara ralat Jenis I dan Jenis II mempunyai dimensi praktikal yang
ditentukan oleh kos bagi setiap ralat. Kebiasaannya, perubahan pada status quo
akan dikaitkan dengan kos yang tinggi (risiko atau memperjudikan masa depan
organisasi dengan teknologi baru, pelaburan baru dalam peralatan dll.). Oleh
sebab perubahan mestilah menguntungkan, risiko yang melibatkan alfa mestilah
rendah. Walaupun begitu, jika perubahan pada min yang dijangkakan adalah
penting, risiko beta () akan menjadi lebih penting. Oleh itu, nilai alfa yang
kurang kritikal perlu dipilih.

9.6.5 Langkah-langkah dalam Pengujian Hipotesis


Berikut adalah langkah-langkah dalam pengujian hipotesis:

(a) Nyatakan hipotesis nul dan alternatif.

(b) Buat penilaian terhadap pensampelan taburan populasi dan pilih ujian
statistik yang sesuai berdasarkan sama ada andaian data adalah parametrik
atau bukan parametrik.

(c) Tentukan tahap keertian yang diingini (p = 0.05, 0.01 atau lain-lain).

(d) Kumpul data dari sampel dan hitung ujian statistik bagi menentukan sama
ada tahap keertian dicapai.

(e) Terima atau tolak hipotesis. Tentukan sama ada perbezaan antara nilai
sampel dari nilai yang dijangka, terjadi secara kebetulan sahaja (lima kali
daripada seratus).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  163

9.7 STATISTIK INFERENS


Data yang dikumpulkan dari soal selidik atau instrumen yang lain dalam
penyelidikan kuantitatif mesti dianalisis dan ditafsirkan. Umumnya, prosedur
statistik menggunakan pendekatan kuantitatif. Dalam bahagian ini, kita akan
membincangkan pendekatan statistik yang sering digunakan serta menekankan
kefahaman konseptual berkenaan analisa data kuantitatif.

Rajah 9.2 meringkaskan komponen statistik yang kita akan bincangkan dalam
bahagian ini.

Rajah 9.2: Rumusan komponen statistik dalam analisa kuantitatif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 9 ANALISA DATA

Sekarang, mari kita bincang komponen-komponen tersebut satu persatu.

(a) Min
Min juga dikenali sebagai purata. Min ialah jumlah kesemua skor
dibahagikan dengan bilangan skor. Min digunakan untuk mengukur
kecenderungan memusat atau kedudukan tengah skor secara am. Sebagai
contoh, min bagi set nombor 3, 4, 5, 7 dan 6 ialah 5. Rajah 9.3 menunjukkan
contoh min bagi taburan skor.

Rajah 9.3: Min bagi taburan skor

(b) Sisihan Piawai


Sisihan piawai memberi maklumat tentang jarak skor dan min.

Seperti di dalam Rajah 9.3, apabila skor berkumpul berhampiran min,


sisihan piawai akan menjadi kecil dan lengkok loceng akan menjadi curam.
Apabila skor jauh dari min, sisihan piawai menjadi besar dan lengkok
loceng menjadi semakin rata.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  165

Rajah 9.4: Contoh sisihan piawai

Bagi memahami sisihan piawai dengan lebih baik, rujuk kepada Rajah 9.4.
Min ialah 20 dan sisihan piawai ialah 5. Rajah 9.4 menunjukkan skor yang
didapati pada grid ujian terminal dua organisasi menggunakan
pengkomputeran kelompok dengan min yang sama iaitu 20.

(i) Satu sisihan piawai (SD = 5) dari min pada mana-mana arah di paksi
melintang merangkumi sebanyak 68% data dalam kumpulan ini.
Dalam istilah lain, 68% terminal diperoleh di antara 15 hingga 25
masa optimum.

(ii) Dua sisihan piawai (5 + 5 = 10) dari min adalah lebih kurang 95%
terminal. Maksudnya, 95% terminal diperoleh di antara 10 dan 30
masa optimum.

(iii) Tiga sisihan piawai (5 + 5 + 5 = 15) daripada min merangkumi


sebanyak 99% terminal. Maksudnya, 99% terminal diambil di antara
5 dan 35 masa optimum.

9.7.1 Pengujian Perbezaan Signifikan antara Dua Min


Menggunakan Ujian T (Sampel Tidak
Bersandar)
Katakan anda menjalankan kajian untuk membandingkan keberkesanan
penggunaan Âprotokol pemulihan perkhidmatanÊ (pemboleh ubah bebas) bagi
meningkatkan pengesanan aplikasi rangkaian di rumah. Skor min dan sisihan
piawai bagi ujian aplikasi ditunjukkan di dalam Jadual 9.2 dan anda perlu
menguji hipotesis nul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 9 ANALISA DATA

Ho = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan


kumpulan kawalan dari aspek peningkatan pengesanan aplikasi rangkaian.

Bagi menyelesaikannya, anda boleh menggunakan pendekatan statistik


dipanggil ujian t sampel tidak bersandar. Sampel tidak bersandar bermaksud
dua kumpulan tersebut mempunyai subjek yang berbeza. Ujian t memberi
kebarangkalian perbezaan antara dua min disebabkan kebetulan. Bagi menguji
keertian, anda perlu menetapkan tahap risiko atau nilai alfa. Dalam penyelidikan
sains sosial, nilai alfa ditetapkan pada 0.05. Ini bermaksud keputusan yang
didapati ialah signifikan pada tahap 0.05, iaitu kesilapan berpunca dari kebetulan
hanya boleh terjadi lima kali dari 100 kali.

Jadual 9.2: Min dan Sisihan Piawai Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan

N Min Sisihan Piawai


Kumpulan Eksperimen 10 13.8 2.10
Kumpulan Kawalan 10 11.4 1.96
nilai t = 2.65; darjah kebebasan = 8; p< 0.02

(a) Jadual 9.2 menunjukkan nilai t yang diperoleh iaitu 2.65. Sekiranya anda
menggunakan perisian statistik seperti SPSS atau SAS, nilai kebarangkalian
akan diberi (contoh, p < 0.02). Kita juga boleh merujuk kepada jadual nilai
kritikal untuk mengetahui sama ada nilai t adalah cukup besar bagi
membuat kesimpulan bahawa perbezaan antara kumpulan bukanlah
secara kebetulan.

(b) Kita juga boleh menentukan darjah kebebasan (df) bagi ujian iaitu jumlah
kesemua terminal dalam kedua-dua kumpulan ditolak dengan 2 (contoh,
n-2). Dengan nilai alfa, df dan nilai t diberikan, kita boleh merujuk ke
jadual nilai kritikal.

(c) Berdasarkan Jadual 9.3, nilai t yang diperoleh (2.65) adalah lebih besar
daripada nilai kritikal (2.1009) bagi 18 darjah kebebasan. Dari sini, kita
boleh membuat rumusan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
antara min dua organisasi pada nilai keertian 0.05.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  167

Jadual 9.3: Petikan dari Jadual Nilai Kritikal

df p =0.05 p = 0.01
17 2.1098 2.8982
18 2.1009 2.8784
19 2.1009 2.8609

(d) Perbezaan ialah Tidak Signifikan pada 0.01 kerana nilai t (2.65) adalah lebih
kecil daripada nilai kritikal (2.8784) bagi 18 darjah kebebasan.

9.7.2 Menguji Perbezaan Signifikan antara Dua Min


Menggunakan Ujian T (Sampel Berpasangan)
Andaikan bahawa anda ingin melaksanakan kajian membandingkan
keberkesanan penggunaan Âprotokol pemulihan perkhidmatanÊ (pemboleh ubah
bebas) dalam meningkatkan aplikasi rangkaian (pemboleh ubah bersandar) bagi
Satu rangkaian sahaja (IEEE 802.11). Anda memberi pra ujian dan selepas
menguji protokol dengan IEEE 802.11, anda berikan pula ujian pasca. Di sini,
kumpulan yang sama diuji dua kali. Skor min dan sisihan piawai yang diperoleh
untuk mengesan rangkaian ditunjukkan dalam Jadual 9.4. Anda ingin menguji
hipotesis nul.

Ho = Tiada perbezaan signifikan antara min pra ujian dan min pasca ujian dari
segi peningkatan pengesanan aplikasi rangkaian.

Jadual 9.4: Min dan Sisihan Piawai bagi Pra Ujian dan Ujian Pasca

Min Sisihan Piawai


Pra Ujian 9.90 1.66
Ujian Pasca 10.90 0.99
N= 10; nilai t = 1.94; Darjah kebebasan= 9; p < 0.09

(a) Dengan menggunakan ujian t bagi sampel berpasangan, nilai 1.94


diperoleh. Dalam kes ini, min kedua-dua ujian di dapati dari kumpulan
yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 9 ANALISA DATA

(b) Menurut Jadual 9.5, bagi nilai 9 bagi darjah kebebasan, nilai kritikal ialah
2.2622, iaitu lebih besar daripada nilai t = 1.94. Kita boleh rumuskan
bahawa perbezaan min Tidak Signifikan pada tahap keertian 0.05.

Jadual 9.5: Petikan daripada Jadual Nilai Kritikal

df P = 0.05 p = 0.01
8 2.3060 3.3554
9 2.2622 3.2498
10 2.2281 3.1693

9.7.3 Menguji Perbezaan Menggunakan Analisa


Varians Satu Arah (ANOVA)
ANOVA mempunyai mekanisme yang sama dengan ujian t tetapi menggunakan
kaedah yang berbeza. Apabila pengkaji ingin membandingkan lebih dari dua
min, Analisa Varians Satu Arah atau lebih dikenali sebagai ANOVA sering
digunakan. Sebagai contoh, anda ingin melakukan eksperimen terhadap tiga
jenis kaedah pengimbalan bagi pengaliran video menggunakan peranti mudah
alih. Min dan sisihan piawai ditunjukkan dalam Jadual 9.6.

Jadual 9.6: Min dan Sisihan Piawai bagi Tiga Jenis Kaedah Pengimbalan

N Min Sisihan Piawai


Kaedah Penimbal 1 10 14.6 1.83
Kaedah Penimbal 2 10 15.6 2.22
Kaedah Penimbal 3 10 18.0 2.10

Jadual 9.7: Ringkasan Analisa Kaedah Pengimbalan

Rumusan Jumlah Kuasa Dua df Min Kuasa Dua F P


Rawatan 61.066 2 30.533 7.1811 0.003
Antara 114.800 27 -
sampel
Jumlah 175.866 29

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  169

Dalam contoh ini, pengkaji menggunakan ANOVA sehala dan mendapat nilai F
7.1811 yang signifikan pada 0.003 (rujuk Jadual 9.7). Oleh itu, hipotesis nul
bahawa tiada perbezaan ditolak. Walau bagaimanapun, mana satu kaedah yang
menyebabkan perbezaan tersebut tidak diketahui. Bagi mengatasi masalah ini,
terdapat satu lagi pendekatan statistik yang perlu dipertimbangkan. Pengkaji
boleh menggunakan perbandingan pos hoc seperti Ujian Scheffe dan Tukey.
Ujian-ujian ini biasanya digunakan selepas analisa varians.

Jadual 9.8: Analisa Ujian Tukey

Kaedah Penimbal 1 lwn Kaedah Penimbal 1 Tidak signifikan


Kaedah Penimbal 1 lwn Kaedah Penimbal 3 Signifikan pada p < .01
Kaedah Penimbal 2 lwn Kaedah Penimbal 3 Signifikan pada p < .05

Daripada Jadual 9.8, kita dapat rumuskan bahawa tiada perbezaan signifikan
antara prestasi menggunakan kaedah Buffer 1 dan Buffer 2. Kaedah Buffer 3
mempunyai prestasi yang lebih baik dan signifikan pada aras 0.05. Kaedah
Buffer 3 juga mengatasi kaedah Buffer 1 pada aras 0.01 tahap keertian.

9.7.4 Pekali Korelasi


Bagi mencari hubungan atau korelasi antara dua pemboleh ubah, pendekatan
yang digunakan adalah pekali korelasi. Contohnya, anda telah mengumpul data
Âkadar lebar jalurÊ dan juga ÂgetaranÊ untuk kajian anda. Anda ingin mengetahui
sekiranya terdapat korelasi antara kadar lebar jalur dan getaran dalam prestasi
rangkaian. Korelasi mempunyai arah dan boleh menjadi positif atau negatif.
Pekali korelasi Pearson (diwakili oleh ÂrÊ) digunakan untuk melihat hubungan
antara dua pemboleh ubah. Pekali boleh berada dalam julat r = +1.00 ke ă1.00.
Rajah 9.5 menunjukkan nilai pekali yang berbeza.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 9 ANALISA DATA

Rajah 9.5: Graf menunjukkan pekali korelasi yang berbeza

Rajah 9.5(a) menunjukkan korelasi positif yang sempurna (r = +1) yang


bermaksud setiap kenaikan pada pemboleh ubah y akan diikuti dengan
peningkatan pada pemboleh ubah x. Rajah 9.5(b) menunjukkan korelasi negatif
yang sempurna (r = ă1) yang bermaksud kenaikan pada pemboleh ubah y akan
diikuti dengan penurunan pemboleh ubah x dan sebaliknya. Rajah 9.5(c)
menunjukkan korelasi sifar (r = 0.00) yang bermaksud tiada hubungan antara
pemboleh ubah y dan pemboleh ubah x.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ANALISA DATA  171

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Jelaskan jenis-jenis tinjauan yang menggunakan kaedah


penyelidikan kuantitatif.

2. Kenal pasti komponen statistik yang biasa digunakan dalam


kaedah kuantitatif.

SEMAK KENDIRI 9.4

1. Bilakah anda akan menggunakan tinjauan longitud dan


bukannya tinjauan keratan rentas? Bincangkan.

2. Bincangkan penggunaan Analisa Varians (ANOVA) dalam kajian


(menggunakan contoh tajuk penyelidikan anda sendiri).

3. Bincangkan isu etika yang mungkin timbul semasa melakukan


kajian tinjauan.

 Apabila data telah dikumpulkan dan sebelum ia dianalisis, pengkaji perlu


memeriksa data tersebut bagi memastikan kesahannya. Respons kosong,
atau dipanggil data hilang, mesti diuruskan sewajarnya.

 Sekiranya soalan-soalan telah dikodkan terlebih dahulu, ia boleh


dimasukkan terus ke dalam pangkalan data. Sekiranya ia belum dikodkan
lagi, satu sistem perlu dibangunkan supaya ia boleh dimasukkan ke dalam
pangkalan data.

 Tugas-tugas biasa melibatkan penyuntingan, pengurusan data hilang,


pengekodan, transformasi dan memasukkan data.

 Analisa deskriptif merujuk kepada transformasi data mentah ke dalam


bentuk yang boleh difahami agar pentafsiran menjadi mudah. Analisa
deskriptif meringkaskan, mengelaskan, menyusun semula data bagi
mendapatkan maklumat deskriptif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 9 ANALISA DATA

 Penjadualan merujuk kepada penyusunan data agar ia teratur dalam bentuk


jadual atau format ringkasan yang lain. Ia berguna untuk menunjukkan
peratusan, peratusan kumulatif, dan juga taburan kekerapan. Data boleh
diterangkan dalam bentuk kecenderungan memusat seperti min, median
dan mod.

 Penjadualan silang menunjukkan bagaimana satu pemboleh ubah berkaitan


dengan satu pemboleh ubah yang lain serta menunjukkan perbezaan
antaranya. Penjadualan silang sepatutnya dihadkan kepada kategori yang
berkaitan dengan persoalan dan tujuan kajian sahaja. Ia juga berguna untuk
memaparkan dapatan dalam bentuk peratusan agar perbandingan antara
kumpulan dapat dibuat.

 Hipotesis ialah penyataan andaian berkenaan sifat dunia.

 Hipotesis nul ialah penyataan tentang status quo.

 Hipotesis alternatif ialah penyataan yang pertentangan daripada hipotesis


nul.

 Dalam pengujian hipotesis, pengkaji menyatakan hipotesis nul tentang min


populasi dan kemudiannya cuba menolaknya. Sekiranya min sampel berada
di dalam kawasan penolakan, hipotesis nul akan ditolak.

 Terdapat dua jenis ralat dalam ujian statistik: Jenis I, menolak hipotesis nul
yang benar dan Jenis II, menerima hipotesis nul yang silap.

 Kaedah kuantitatif berkaitan dengan nombor dan apa-apa juga yang boleh
diukur dengan cara bersistematik bagi menyiasat sesuatu fenomena.

 Terdapat tiga reka bentuk deskriptif iaitu pemerhatian, korelasi dan


tinjauan.

 Skala Likert ialah skala rating yang paling meluas digunakan dalam soal
selidik.

 Terdapat dua jenis tinjauan; soal selidik keratan rentas dan soal selidik
longitud/jangka panjang.

 Soal selidik digunakan dengan meluas kerana ia kos efektif dan senang
diurus.

 Ujian t digunakan melihat perbezaan signifikan antara min dua kumpulan


yang berbeza dan kumpulan yang sama.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 ANALISA DATA  173

 ANOVA digunakan untuk membandingkan min antara dua kumpulan atau


lebih.

 Pekali korelasi digunakan untuk menguji kekuatan hubungan antara


pemboleh ubah.

ANOVA Sisihan piawai


Korelasi Statistik deskriptif
Median Statistik inferens
Membandingkan perbezaan Taburan normal
Min Ujian t
Mod Varians

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penulisan
10 Cadangan dan
Etika dalam
Penyelidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan apa itu cadangan penyelidikan;
2. Menyenaraikan lapan perkara yang perlu ada dalam cadangan
penyelidikan;
3. Mengenal pasti panduan penulisan cadangan penyelidikan;
4. Menghuraikan tiga kelemahan biasa dalam cadangan penyelidikan;
dan
5. Membincangkan etika dalam penyelidikan.

 PENGENALAN
Sebelum memulakan projek penyelidikan, pelajar perlu mempunyai pelan
keseluruhan yang menyatakan bagaimana permasalahan kajian perlu dikaji,
objektif kajian, kepentingan kajian, strategi bagi mendapatkan jawapan untuk
permasalahan kajian serta jadual perlaksanaan projek penyelidikan. Perancangan
keseluruhan ini dipanggil cadangan penyelidikan. Adalah amat penting bagi
pelajar menulis cadangan penyelidikan yang baik kerana tanpanya pelajar tidak
mungkin mendapat penyelia ataupun mendapat kebenaran untuk menjalankan
penyelidikan. Pelajar juga perlu tahu tentang etika penyelidikan kerana ia
mengawal tingkah laku pengkaji.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN  175

10.1 APA ITU CADANGAN PENYELIDIKAN?


Topik ini akan membincangkan panduan penulisan cadangan penyelidikan.
Semua pelajar diwajibkan untuk menulis cadangan penyelidikan sebelum
memulakan kerja-kerja penyelidikan.

Cadangan penyelidikan ialah dokumen bertulis yang menyatakan tujuan


penyelidikan yang dicadangkan dan kajian yang hendak dilakukan. Cadangan
penyelidikan dapat memberi maklumat tentang konseptualisasi keseluruhan
proses penyelidikan yang ingin dijalankan dan kesesuaiannya kepada penyelia
akademik atau penaja geran penyelidikan.

Cadangan penyelidikan ialah perancangan keseluruhan, skema, struktur dan


strategi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian yang menjadi
asas projek penyelidikan. Cadangan penyelidikan boleh ditolak sekiranya
penyelia atau jawatankuasa pasca siswazah mendapati ia tidak dibuat
dengan betul.

Oleh yang demikian, anda perlu mempunyai cadangan penyelidikan yang


dirancang dengan baik sebelum melaksanakan sebarang tugas penyelidikan.
Sekiranya cadangan penyelidikan direka bentuk dengan baik, ia akan membantu
merangka keseluruhan proses penyelidikan dan penyediaan tesis atau disertasi
mengikut turutan yang betul.

10.2 KANDUNGAN CADANGAN


PENYELIDIKAN
Dalam bahagian ini, kita akan menjelaskan dengan terperinci kandungan
cadangan penyelidikan. Sila rujuk Rajah 10.1 yang menunjukkan kandungan
cadangan penyelidikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

Rajah 10.1: Kandungan cadangan penyelidikan

Sekarang, mari kita lihat cadangan-cadangan tersebut satu persatu.

(a) Pengenalan
(i) Dalam bahagian ini, anda seharusnya memberi gambaran
keseluruhan isu-isu yang ingin anda kaji. Kandungan pengenalan
mestilah ringkas, tepat dan jelas. Selepas memberi gambaran
keseluruhan atas skop penyelidikan, anda perlu memfokuskannya
kepada perkara tertentu yang menjadi perhatian.

(ii) Huraikan tema utama yang perlu diberi perhatian. Kenal pasti jurang
yang ada dan persoalan kajian akan muncul secara semula jadi.

(iii) Takrif persoalan kajian dalam cadangan penyelidikan. Ini akan


memberi persepsi yang jelas kepada pembaca isu yang anda ingin
selesaikan. Bagaimanapun, permasalahan kajian yang ditulis masih
lagi tentatif kerana kajian masih belum dijalankan.

(iv) Gunakan ayat-ayat yang mudah dan pastikan isu kajian diperincikan
agar ia memfokuskan kepada bidang yang benar-benar spesifik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN  177

(b) Objektif Kajian


(i) Senaraikan objektif kajian yang menonjolkan tema utama dalam
penyelidikan yang ingin anda lakukan.

(ii) Gunakan kata kerja apabila menulis objektif seperti Âuntuk mengenal
pastiÊ, „untuk menentukanÊ dan Âuntuk memastikanÊ, dan mestilah
disenaraikan menggunakan nombor.

(c) Persoalan Kajian


Persoalan kajian adalah soalan yang dibina bagi menangani objektif kajian
dan bagi memecahkan objektif kajian kepada bahagian-bahagian yang
lebih kecil. Persoalan kajian akan mempengaruhi metodologi penyelidikan
dan jenis analisa yang akan digunakan.

(d) Kepentingan Kajian


(i) Nyatakan dengan ringkas mengapa penyelidikan perlu dilakukan
dan justifikasinya.

(ii) Anda mungkin ingin menghuraikan kepentingan kajian berdasarkan


kriteria tertentu, sebagai contoh, masalah yang dapat diselesaikan
atau dipengaruhi oleh dapatan kajian.

(iii) Anda juga boleh memberikan justifikasi tentang kaedah baru yang
anda gunakan dan bagaimana kajian anda menyumbang kepada
ilmu pengetahuan yang baru.

(iv) Kriteria lain yang boleh dimasukkan ialah pemboleh ubah yang akan
digunakan, jangkaan dapatan serta pengaruhnya terhadap model
atau reka bentuk.

(e) Sorotan Literatur


(i) Dalam bahagian ini, kajian-kajian lepas serta kajian terkini yang
sedang dilakukan oleh pengkaji lain dalam bidang berkaitan perlu
diringkaskan.

(ii) Baca tesis dalam bidang yang ingin dikaji bagi mendapat kefahaman.

(iii) Adalah baik sekiranya anda mengkritik beberapa kajian yang


berkaitan dalam cadangan penyelidikan. Ini akan memberi
tanggapan yang baik kepada pembaca bahawa anda telah membuat
pembacaan awal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

(iv) Memperkenalkan definisi-definisi istilah-istilah utama.

(v) Merumuskan sorotan literatur dengan latar belakang teoretikal yang


menjelaskan model yang akan digunakan dalam penyelidikan.

(f) Metodologi
(i) Umumnya, metodologi tidak perlu dijelaskan dengan terperinci.
Walau bagaimanapun, anda perlu memberi justifikasi mengapa ia
dipilih daripada metodologi-metodologi yang lain.

(ii) Anda mungkin perlu menjelaskan mengapa teori atau model tertentu
digunakan, sama ada pendekatan penyelidikan adalah kualitatif atau
kuantitatif atau kombinasi kedua-duanya.

(iii) Jelaskan pemboleh ubah, teknik pensampelan dan kaedah


pengumpulan data.

(iv) Terangkan jenis data yang terlibat, jenis analisa dan ujian yang akan
dilakukan.

(g) Jadual Projek


Sediakan Carta Gantt (rujuk Rajah 10.2) atau jadual waktu yang
memperincikan tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja
penyelidikan anda. Nyatakan juga tempoh masa bagi data dikumpulkan,
di analisa dan penulisan laporan atau dokumen. Sesetengah cadangan
penyelidikan memerlukan tarikh-tarikh penting bagi memberi gambaran
jelas jangkaan pencapaian-pencapaian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN  179

Rajah 10.2: Carta Gantt untuk projek penyelidikan

(h) Rujukan
(i) Senarai rujukan mesti disertakan mengikut panduan akademik atau
ilmiah. Rujukan boleh meyakinkan pembaca bahawa cadangan
penyelidikan adalah menyeluruh dan menunjukkan kefahaman anda
tentang bidang kajian.

(ii) Gunakan stail petikan APA (Manual of the American Pscyhological


Association) atau standard bibliografi lain yang diterima dalam
bidang masing-masing.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Apakah kandungan utama cadangan penyelidikan?

2. Apakah yang patut anda tulis dalam sorotan literatur dalam


cadangan penyelidikan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

10.3 PANDUAN PENULISAN CADANGAN


PENYELIDIKAN
Terdapat beberapa langkah dan panduan yang perlu diikuti semasa
menyediakan cadangan penyelidikan:

(a) Biasakan diri anda dengan perisian pemproses kata (seperti Microsoft
Word, Open Office) dan belajar ciri-ciri perisian sebagai contoh bagaimana
memasukkan jadual, graf, nota kaki dan format-format lain. Ini akan
membantu anda menyediakan laporan penyelidikan pada akhir proses.

(b) Panduan penulisan oleh institusi, organisasi dan agensi penaja dana perlu
dipatuhi apabila menghantar cadangan penyelidikan. Tulis mengikut
panduan dan format yang diberikan.

(c) Semasa menulis cadangan penyelidikan buat pertama kalinya, sampaikan


idea secara berperingkat dengan memfokuskannya. Sampaikan maklumat
dengan cara yang menarik. Anda perlu ingat bahawa cadangan anda mesti
jelas dan menyatakan secara keseluruhan tujuan kajian.

(d) Tulis dan terangkan permasalahan kajian pada awal kandungan cadangan
(contohnya dalam pengenalan). Ini penting bagi mendapatkan perhatian
pembaca kerana keseluruhan proses penyelidikan ditentukan oleh
permasalahan kajian.

(e) Tulis metodologi yang akan anda laksanakan secara ringkas dan tepat.
Amalan yang baik ialah dengan menggariskan kaedah dan sumber data
pada peringkat cadangan lagi. Ini akan meletakkan cadangan anda di
kedudukan yang lebih baik dalam menentukan nilai dan potensi
sumbangan.

SEMAK KENDIRI 10.2

Kenal pasti panduan yang terlibat bagi menulis cadangan


penyelidikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN  181

10.4 KELEMAHAN BIASA DALAM CADANGAN


PENYELIDIKAN
Sebagai pelajar, anda perlu memastikan cadangan penyelidikan anda memenuhi
kehendak dan panduan yang diberikan oleh institusi dan universiti. Ia adalah
penting bagi membantu anda merancang proses penyelidikan dan memudahkan
penyediaan tesis atau disertasi. Terdapat beberapa kelemahan biasa yang
dihadapi oleh pengkaji semasa menyediakan cadangan penyelidikan (Allen,
1960). Cadangan yang dihantar oleh pengkaji dan pelajar bagi projek akademik
cenderung mengandungi kelemahan seperti di dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Kelemahan Cadangan Penyelidikan

Kelemahan Penjelasan
Justifikasi  Penjelasan projek tidak fokus dan arah penyelidikan tidak jelas.
permasalahan
kajian  Permasalahan kajian tidak cukup signifikan untuk menyokong
atau memberi justifikasi pencarian ilmu baru.

 Permasalahan kajian hanya menarik minat kumpulan tertentu


dan mempunyai banyak kekangan.

 Permasalahan kajian terlalu kompleks dari apa yang difikirkan


oleh pengkaji.

 Hipotesis diragukan atau tidak mempunyai cukup bukti.

Kaedah  Reka bentuk dan kaedah penyelidikan terlalu samar dan tidak
penyelidikan fokus.

 Data yang ingin dikumpulkan oleh pengkaji sukar diperoleh atau


tidak sesuai dengan permasalahan kajian.

 Kaedah dan pengukuran instrumen tidak sesuai dengan reka


bentuk kajian.

 Cadangan penyelidikan tidak menyatakan alat akan digunakan


atau mengetengahkan alat yang ketinggalan zaman untuk
digunakan dalam kajian.

 Pendekatan statistik yang dicadangkan tidak dipertimbangkan


dengan baik, terlalu mudah atau tidak memberikan keputusan
yang tepat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

Penulis  Penulis tidak mempunyai latihan dan pengalaman yang


cadangan mencukupi dalam topik cadangan penyelidikan. Oleh itu, adalah
penting untuk memilih topik yang anda tahu dan biasa dalam
bidang tertentu.

 Penulis tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan


projek penyelidikan

 Penulis tidak mengulas kajian-kajian lepas dengan kritis dan


hanya menulis balik literatur yang sedia ada.

 Penulis tidak memetik atau merujuk rujukan yang perlu


berdasarkan jurnal akademik atau kertas-kertas penyelidikan.

SEMAK KENDIRI 10.3

1. Jelaskan kelemahan biasa yang sering dihadapi semasa menulis


cadangan penyelidikan.

2. Bagaimana cadangan penyelidikan baik ditandai aras?

10.5 ETIKA PENYELIDIKAN


Etika ialah norma-norma atau tingkah laku standard yang memberi panduan
apabila kita membuat pilihan atau apabila kita berhubungan dengan orang lain.
Ia merujuk kepada kesesuaian tingkah laku pada hak-hak subjek dalam
penyelidikan atau mereka yang mungkin terkesan daripada penyelidikan yang
dibuat. Pengkaji perlu mempertimbangkan isu-isu etika apabila menjalankan
penyelidikan dan memastikan tiada yang tercedera atau menderita daripada
aktiviti-aktiviti tersebut. Pengkaji perlu sensitif pada kesan kerja penyelidikan
terhadap mereka yang memberikan data, mereka yang memberikan kerjasama
secara terus atau sebaliknya, mereka yang memberikan akses, dan mereka yang
terkesan dengan dapatan kajian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN  183

10.6 ISU UTAMA ETIKA


Antara isu-isu utama etika yang mungkin timbul ialah:

(a) Privasi peserta yang menyertai penyelidikan atau yang mungkin menyertai
penyelidikan;

(b) Kerelaan penyertaan dan hak untuk menarik diri dari sebahagian atau
keseluruhan proses;

(c) Persetujuan atau kemungkinan penipuan di kalangan peserta;

(d) Mengekalkan kerahsiaan data yang diberikan oleh individu, identiti


mereka dan kehendak mereka agar mereka kekal tidak dikenali;

(e) Reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengumpul data;

(f) Kesan terhadap peserta dari segi penyelidik menggunakan, menganalisis


dan melaporkan data; dan

(g) Tingkah laku dan objektiviti pengkaji.

Privasi ialah isu utama etika dan harus dihadapi oleh pengkaji apabila
melaksanakan projek penyelidikan. Hampir semua aspek etika, termasuklah
persetujuan, kerahsiaan, reaksi peserta, kesan dari penggunaan, analisa dan
laporan penyelidikan boleh menjejaskan dan berkaitan dengan privasi peserta.

10.7 ISU ETIKA SEMASA PERINGKAT


PERMULAAN PROSES PENYELIDIKAN
Semasa peringkat permulaan proses penyelidikan, pengkaji perlu mendapatkan
akses ke dalam agensi, organisasi atau individu. Masalah etika yang mungkin
timbul ialah apabila peserta tidak jelas tentang objektif kajian dan apabila
pengkaji memberi tekanan mendapatkan akses. Isu juga timbul apabila pengkaji
menelefon atau mendekati peserta pada masa yang tidak atau kurang sesuai.
Akses kepada data sekunder juga mempunyai kesan etika, sebagai contoh,
apabila pengkaji mengumpul data peribadi individu yang tidak memberikan
persetujuan untuk terlibat dalam projek penyelidikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

Persetujuan untuk menyertai projek penyelidikan bukanlah satu perkara yang


mudah kerana apabila seseorang individu bersetuju untuk terlibat, ia tidak
bermakna mereka benar-benar bersetuju.

Sifat persetujuan boleh dibezakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.3.

Rajah 10.3: Perbezaan sifat persetujuan

AKTIVITI 10.1

Pada pandangan anda, mengapakah isu etika menjadi kebimbangan


utama dalam proses penyelidikan? Jelaskan bagaimana isu ini boleh
ditangani.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN  185

SEMAK KENDIRI 10.4

Tandakan Betul atau Salah pada kenyataan berikut:

No. Soalan Betul Salah

1. Cadangan penyelidikan dalaman disediakan oleh


unit atau bahagian penyelidikan bagi klien dari
jabatan atau bahagian lain di dalam syarikat.

2. Cadangan penyelidikan akan menyatakan dapatan


kajian.

3. Instrumen pengumpulan data mestilah dimusnahkan


sekiranya data boleh digunakan. Bahagian penyataan
masalah menyatakan masalah dan menjelaskan
kesan-kesannya.

4. Sorotan literatur adalah kajian ke atas laporan yang


telah diterbitkan dan data sekunder.

5. Antara bahagian penting dalam cadangan


penyelidikan luaran ialah objektif, reka bentuk dan
kelayakan.

6. Yuran bagi agensi penyelidikan luar mesti dibayar


terlebih dulu sebelum kerja penyelidikan dimulakan.

7. Etika ialah norma-norma tingkah laku yang memberi


panduan moral.

8. Data eksplorasi membina semula latar belakang


responden atau mengenal pasti mereka.

9. Adakah seseorang penasihat perlu berpegang teguh


dengan dengan rumusan yang dibuat dari kajian dan
data sebenar, walaupun ini bermakna beliau tidak
akan mendapat kontrak lagi pada masa hadapan?

10. Hak terhadap privasi bermaksud responden tidak


boleh menolak untuk memberi jawapan apabila
soalan-soalan adalah berkenaan kepentingan awam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

 Cadangan penyelidikan ialah perancangan keseluruhan, struktur dan


strategi untuk mendapatkan jawapan bagi permasalahan kajian yang
menjadi asas projek penyelidikan.

 Cadangan penyelidikan seharusnya padat, tepat dan mengetengahkan


permasalahan kajian sebagai tema utama.

 Carta Gantt adalah penting untuk menunjukkan perancangan dan jadual


projek penyelidikan sepanjang proses penyelidikan dijalankan.

 Proses membina dan memperjelaskan topik penyelidikan adalah bahagian


yang paling kritikal dalam proses penyelidikan.

 Menulis cadangan penyelidikan membantu pengkaji menyusun idea dan


boleh dilihat sebagai kontrak antara pengkaji dan klien.

 Kandungan cadangan penyelidikan perlu mengandungi apa yang ingin


dikaji, mengapa dan apa yang ingin dicapai dan bagaimana untuk
mencapainya untuk pemahaman pembaca.

 Etika penyelidikan mestilah diiktiraf dan dipertimbangkan pada permulaan


projek penyelidikan. Ia juga digunakan untuk menilai cadangan. Isu etika
wujud dalam peringkat penyelidikan seperti mendapatkan akses kepada
data, waktu pengumpulan data, semasa menganalisis data dan apabila
melaporkan dapatan kajian.

Cadangan Jadual projek


Etika Kepentingan kajian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like