You are on page 1of 44

KOLEJ TEKNKAL YAYASAN SABAH

JLN DEWAN BAHASA & PUSTAKA


OFF JLN SULAMAN, TELUK LIKAS,
88813 KOTA KINABALU
SABAH ( INFORMATION SHEET )

TAJUK KEMAHIRAN DAN JURUELEKTRIK – TAHAP 3 (SEMESTER 4)


TAHAP

No. DAN TAJUK MODUL LOW VOLTAGE ELECTRICAL SWITCH BOARD

No. DAN TAJUK INSTALL LOW VOLTAGE SUB SWITCH BOARD


PENGALAMAN
INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF PRESTASI PERFORM LOW VOLTAGE ELECTRICAL SWITCH BOARD


AKHIRAN USING BLUEPRINT MAINS SWITCH BOARD AND TOOL
ETC; SO THAT IT IS MOUNTED FIRMLY ARCCORDING TO
SPESIFICATION AND REGULATIONS.

112
ISI KANDUNGAN

LE2 – INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD

 TASK 04.06 – Install low voltage mains swtich board

113
No. & TAJUK
PENGALAMAN INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK Install low voltage mains switch board


TUGASAN

Muka : 1 drpd : 13

TAJUK : PENGENALAN KEPADA PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat pada
papan suis utama voltan rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu pepasangan industri serta dapat memantapkan
lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan pepasangan elektrik.

PENERANGAN

Pada umumnya penggunaan papan suis utama dalam pepasangan elektrik adalah bertujuan untuk mengawal
kemasukan bekalan dan pengagihan bekalan kebeban – beban pengguna. Papan suis utama ( PSU ) adalah satu
komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya
diagih-agihkan ke bahagian-bahagian beban lain atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada
keseluruhan pemasangan voltan rendah.

1. Spesifikasi penggunaan papan suis utama.

a. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan
masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang
mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.

b. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus. Ada
sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

2. Jenis-jenis rekabentuk papan suis utama.


Rekabentuk papan suis utama adalah sama dengan jenis dengan sub papan suis yang biasa digunakan iaitu:-

a. Jenis melekat didinding ( wall mounted ).


b. Jenis Cubicle.

Jenis melekat didinding biasanya untuk pemasangan kecil iaitu kurang daripada 150 ampiar manakala jenis
cubicle untuk pepasangan sederhana dan pemasangan besar.

114
Muka: 2 drpd: 13

Rajah 1 : Gambarajah papan suis utama jenis cubicle.

3. Jenis-Jenis Kemasukan Bekalan Papan Suis Utama

Rekabentuk papan suis utama adalah mengikut kemasukan bekalan dan keperluan beban pepasangan. Ini
adalah betujuan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan keselamatan. Berikut adalah rekabentuk jenis
kemasukan papan suis utama:-

a. Papan Suis Utama Satu Kemasukan.


b. Papan Suis Utama Dua Kemasukan.
c. Papan Suis Utama Satu Kemasukan dari bekalan pihak pembekal serta satu Papan Suis Utama
Kecemasan Automatik .( EMS – Board ).

115
Muka : 3 drpd : 13

4. Binaan papan suis utama


Bagi jenis cubicle binaan papan suis menggunakan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan
yang terdapat di dalam papan suis. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U –section channel.
Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya
tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan
dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan.
Disekeliling bahagian luar ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tertentu (tebal minima 14G dibahagian
belakang dan tepi papan suis). Palang bas pembumian dengan keraratan rentas yang mencukupi dipasang
dibahagian bawah sebelah dalam papan suis meliputi keseluruhan sistem pembumian.
5. Klas
Terdapat tiga klas PSU.
a. Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam PSU.
b. Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lainnya.
c. Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan dari yang lain.

 Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap
keselamatan dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap
komportmen dalam PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan
api bahagian lain tidak terlibat.Selain mahal ianya juga berat.

 Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama


bahagian yang menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya
berkemungkinan besar berlaku percikan api elektrik.

 Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisah di antara kompartmen di
dalam PSU tersebut.

6. Lokasi papan suis


Di antara keperluan bilik suis adalah:
a. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains
dan kabel.
b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
c. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah
dijalankan.
d. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

116
Muka: 4 drpd: 13

7. Keperluan bilik suis


Diantara keperluan bilik suis adalah:
a. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
b. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga
tidak dapat masuk.
c. Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan .
d. Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.
e. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan
seperti CO2
f. Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
g. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik
PSU.
8. Perkakas suis dan komponen papan suis.
Terdapat berbagai alat dan perkakasuis dalam sub papan suis bagi membuat kawalan perlindungan dan
pengagihan bekalan ke beban.
8.1. Bus-bar kuprum

Bas-bar merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran kuprum dan bersalut. Ia
mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar
yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas
serta mudah melakanakan kerja pemasangan. Kedudukan bas- bar dipasang mendatar atau menegak
dalam sub papan suis.

Saiz Bus-Bar Kuprum Voltan Rendah Kadaran Arus Pemutus Litar


6.3 mm x 25 mm 250 Amp
6.3 mm x 31.5 mm 300 Amp
6.3 mm x 40 mm 400 Amp
6.3 mm x 50 mm 500 Amp
6.3 mm x 60 mm 600 Amp
6.3 mm x 80 mm 800 Amp
6.3 mm x 100 mm 1000 Amp
2 x 6.3 mm x 60 mm 1200 Amp
2 x 6.3 mm x 80 mm 1600 Amp

117
Muka: 5 drpd: 13

8.2. Pemutus Litar Udara – PLU (Air Circuit Breaker)

Pemutus litar udara digunakan pada papan suis utama untuk pepasangan sederhana atau besar seperti
jenis cubicle. Ia adalah sebuah alat bagi memutus atau menyambungkan bekalan seperti pengasing.
Pemutus litar udara dipasang daripada jenis yang boleh ditarik keluar kerana lebih mudah untuk kerja-
kerja penyelenggaraan.

8.3. Pemutus Litar Bekas Beracuan ( Moulded Case Circuit Breaker - MCCB)

Pemutus litar bekas beracuan di gunakan pada papan suis utama bagi mengawal arus kemasukan utama
dan kawalan kebeban. Ia adalah sebuah alat perkakasuis voltan rendah yang padu digunakan untuk
menyambung dan memutuskan litar secara manual dan apabila terdapat beban lebih ia boleh terpelantik
secara automatik. Jenis-jenis pemutus litar yang biasa digunakan adalah
i. Jenis hydrolik magnetik- ( Type B)
ii. Jenis haba dan magnetik - (Type C)

8.4. Alatubah arus ( Current transfomer )

Alatubah arus adalah komponen penting dalam pepasangan sub papan suis. Ia adalah alat untuk
menurunkan arus utama di bas bar bagi mendapatkan arus yang kecil dan sesuai untuk operasi
komponen – komponen seperti alat jangka dan perlindungan.

Jenis-jenis alatubah arus dan spesifikasi.


i. Jenis pengukuran - klas 1atau 3 atau 5 dan kuasa tanggungan 5VA atau 15VA
ii. Jenis perlindungan – klas 10P10 dan kuasa tanggungan 15VA.
Nisbah alatubah arus adalah 100/5A, 200/5A, 300/5A , 400/5A, 600/5A, 800/5A 1000/5A

Untuk kegunaan alat geganti perlindungan arus bocor kebumi (Earth Leakage Relay ) menggunakan
alatubah arus galangan (Z ct ). Alat ubah arus jenis ini akan mengesan arus tidak seimbang dalam
pemasangan tiga fasa. Semua pengalir fasa dan pengalir neutral akan melalui hanya pada satu alatubah
arus galangan.

8.5. Geganti perlindungan

Geganti perlindungan adalah satu komponen perlindungan litar berfungsi menentukan pada tahap kerosakan
dan berupaya menyalurkan bekalan ke gegelung pelantik bagi memutuskan litar secara automatik.

i. Jenis geganti beban lebih – IDMT aruhan piring atau elektronik


ii. Jenis geganti rosak kebumi – IDMT aruhan piring atau elektronik

118
Muka: 6 drpd: 13

Rajah 2 : Gambarajah skematik geganti perlindungan

a) Tatahan geganti perlindungan.

Penyelarasan geganti di tatahkan pada beban lampau kerana arus semasa beban lampau adalah lebih rendah
daripada arus semasa litar pintas.

Tatan yang biasa digunakan adalah


a) Ip x 100% = catat masa kendalian ( tidak terpelantik )
b) Ip x 120% = catat masa kendalian ( Terpelantik dalam tempoh 5 minit /saat )
c) Ip x 150% = catat masa kendalian (Terpelantik sertamerta / saat )

Contoh tatahan: Beban berterusan 600 A. Saiz PLU 600 A dan Nisbah alatubah 600/5A

Peratus tatahan Ip Is Masa kendalian Operasi geganti


100 % 600 A 5A 0 saat Tidak kendali
120 % 720 A 6A 5 minit Kendali
150 % 900 A 7.5 A 1 saat Kendali

119
Muka: 7 drpd: 13

b) Tatahan geganti perlindungan rosak ke bumi

Is Ampiar 0.5 0.75 1 1.25 1.5 1.75 2


Ip Peratus 10 % 15 % 20 % 25 % 30 % 35 % 40 %

Setiap tatahan EFR mestilah sesuai dengan nilai galangan bumi bagi memberi kesan kendalian operasi EFR .
Untuk mencari nilai galangan bumi pada sesebuah papan suis utama adalah seperti berikut:
Galangan Bumi = _____________Ve_______________
1.5 x Tatah EFR primary x Nisbah alatubah

8.6. Alat pengukur

Setiap papan suis utama dipasang alat pengukur bertujuan rujukan pepasangan dan penyelenggaraan. Alat-alat
jangka yang dipasang seperti jangka volt, jangka amp, jangka faktor kuasa (Cos Phi) , jangka tenaga kWh dan
jangka kehendak maksima (kW atau A).

8.7. Lampu Penunjuk

Setiap papan suis utama dimestikan memasang lampu pandu atau penunjuk bekalan bertujuan panduan
keselamatan kepada pengguna semasa berada dibilik suis. Sekiranya lampu menyala ini menandakan peti suis
sedang beroperasi. Terdapat tiga jenis warna lampu yang dipasang untuk membezakan antara talian tiga fasa
seperti warna merah , kuning dan biru.
Jenis lampu yang dipasang adalah daripada jenis neon menggunakan bekalan litar satu fasa (240 V ).
Rajah 3: Gamabarajah skematik alat jangka di PSU

120
Muka: 8 drpd : 13

9. Panel Kapasitor Bank .


Pembetulan atau pembaikan faktor kuasa memerlukan pemasangan peralatan yang mempunyai ciri-ciri
berlawanan dengan kuasa reaktif yang menjadi punca faktor kuasa rendah.
Cara yang paling mudah, murah dan praktikal membaiki faktor kuasa di PSU ialah dengan pemasangan
Kapasitor Bank. Kapasitor mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan gelung. Gelung mempunyai ciri-ciri
mengekori (lagging) manakala kapasitor mempunyai ciri-ciri mendahului (leading).

Jika beban yang disambung dari Papan Suis Utama mengalami faktor kuasa rendah iaitu kurang dari 0.85
menyusul, pihak pembekal (TNB ) akan mengenakan denda dengan jumlah tertentu. Semakin rendah faktor
kuasa, bayaran penalti semakin tinggi. Oleh itu faktor kuasa tersebut hendaklah dinaikkan kenilai melebihi 0.85
dengan memasang kapasitor bank dengan nilai tertentu beserta dengan alat kawalan di Papan Suis Utama.

Rajah 4: Gambarajah skematik panel kapasitor bank

Kapasitor Bank selalunya terdiri daripada beberapa langkah. Setiap langkah selalunya mempunyai kadaran
yang sama dan dikawal pula oleh satu penyentuh dan fius atau MCCB.

Operasi penyentuh pula dikawal oleh sebuah Power Factor Regulator. PFR ialah satu alat elektronik yang
berfungsi untuk menetukan bilangan langkah kapasitor yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada
bila-bila masa. Beban induktif sentiasa berubah-ubah, oleh itu faktor kuasa juga berubah-ubah.

121
Muka: 9 drpd: 13

10. Pembumian papan suis utama

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam papan suis dan bumi. Ia bertujuan untuk memberi
keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dimana arus rosak dapat mengalir terus kebumi
dan memudahkan pelantikan serta merta alat geganti rosak kebumi semasa berlaku kerosakan arus kebumi.
Sistem pembuian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S dimana pengalir bumi dari papan suis disambungkan
terus ke bahagian rangka papan suis.

11. Ujian penyelenggaraan papan suis.

Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 beberapa ujian perlu dijalankan pada papan suis untuk memastikan
pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan. Ujian semasa penyelenggaraan yang dijalankan seperti
ujian semasa tanpa bekalan dan ujian semasa ada bekalan.

Ujian –ujian tersebut adalah :-


a. Ujian keterusan alat-alat
b. Ujian keterusan pengalir
c. Ujian keterusan pengalir bumi
d. Ujian keterusan litar kawalan dan litar sekunder.
e. Ujian rintangan penebatan
f. Ujian suntikan utama
g. Ujian suntikan sekunder
h. Ujian tekanan
i. Ujian bekalan 3 fasa
j. Ujian turutan fasa

12. Kabel kemasukan utama dan keluaran


Bekalan kemasukan utama adalah menggunakan kabel bawah tanah yang dipasang melalui peparit kabel
(cable trench ) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel atau kaedah sambungan tamatan hangat
kecut.Tamatan kabel dipasang cable lug. Melalui sambungan ini pengalir kabel disambungkan ke bahagian
pemutus litar .

Bagi kabel keluar yang bersaiz kecil ia boleh dipasang pada sesalur atau dulang kabel dimana ianya bergantung
kepada keluaran ke beban samada kedalam bangunan atau keluar bangunan.
Rekabentuk papan suis jenis cubicle terdapat banyak kabel keluaran, penggunaan kabel berperisai dan pelagai
teras adalah amat sesuai digunakan menggunakan sesalur kabel bawah tanah. Saiz dan keupayaan kabel boleh
dirujuk pada jadual pepasangan kabel elektrik atau buku manual pengilang kabel.

Jadual kadaran saiz kabel jenis PVC/PVC

KABEL ALATUBAH

Saiz Jenis Fasa


Arus Kuasa Arus sekunder
mm.persegi Pengalir kabel
300 Aluminium 1 430 Amp 300kVA 417 Amp
300 Aluminium 2 800 Amp 300-500 kVA 695 Amp
500 Aluminium 2 1040 Amp 500-750 kVA 1043 Amp
500 Kuprum 2 1400 Amp 750-1000 kVA 1391 Amp
630 Kuprum 2 1560 Amp 1000 kVA & lebih

122
Muka: 10 drpd: 13

Kadaran saiz luas keratan rentas dan kapasiti membawa arus kabel pengalir kuprum
dan aluminium jenis PVC pelabagai teras berperisai. (PVC/SWA/PVC)

Nominal area of
Laid direct in the ground In single-way ducts In air
conductor
Aluminium Copper Aluminium Copper Aluminium Copper
Bil. Metric
conductor conductor conductor conductor conductor conductor
mm’ amp amp amp amp amp amp
1 10 85 110 68 87 71 92
2 16 88 115 73 96 73 97
3 25 115 150 94 125 197 130
4 35 140 185 115 150 120 160
5 50 165 215 135 180 140 190
6 70 200 270 165 220 175 235
7 95 235 320 195 265 210 290
8 120 295 380 240 305 275 350
9 150 335 430 270 345 315 400
10 185 380- 465 300 385 355 440
11 240 440 560 350 445 426 540
12 300 490 620 390 495 475 600
13 400 - 670 - 560 - 670

123
Muka: 11 drpd: 13

Rajah 5 : Gambarajah papan suis utama dan penel kapasitor bank.

124
Muka: 12 drpd: 13

Rajah 6 : Gambarajah skematik papan suis utama dan panel kapasitor bank.

125
Muka: 13 drpd: 13

SOALAN :

1. Nyatakan dua (2) jenis kemasukan bekalan papan suis yang terdapat dalam pepasangan
industri.

a. ……………………………………………………………

b. ……………………………………………………………

2. Nyatakan lima (5) keperluan bilik papan suis.

a. ……………………………………………………………

b. ……………………………………………………………

c. ……………………………………………………………

d. ……………………………………………………………

e. ……………………………………………………………

3. Terangkan fungsi geganti beban lebih dan nyatakan dua (2) jenis geganti beban lebih IDMT yang
digunakan di papan suis utama.

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

a. ...........................................................................................................................................

b. ...........................................................................................................................................

4. Terangkan tujuan pemasangan panel kapasitor bank dipasang pada papan suis utama.

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

RUJUKAN :
Buku panduan teknik pepasangan papan suis - JKR Elektrik
Buku panduan Penjaga Jentera Elektrik- JKR Elektrik

126
No. & TAJUK
PENGALAMAN INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK Install low voltage mains switch board


TUGASAN

Muka: 1 drpd: 10

TAJUK : REKABENTUK GAMBARAJAH SKEMATIK PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini menerangkan rekabentuk gambarajah skematik satu garisan dan empat garisan bertujuan
menunjukkan peralatan yang terdapat pada papan suis utama voltan rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu
pepasangan industri serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja
penyelenggaraan pepasangan elektrik.

PENERANGAN

Dalam bahagian papan suis utama terdapat pelbagai peralatan, alat kawalan dan radas pengukuran. Setiap
bahagian peralatan mempunyai fungsi dan tugas yang berlainan di antara satu sama lain. Untuk memastikan
pengenalan alatan supaya tidak mengelirukan pengguna, dengan itu setiap satu bahagian ditunjukkan secara
simbol lukisan pada pelan skematik.

Setiap gambarajah skematik mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang
bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik seperti Jabatan Kerja Raya, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
dan Pemasangan Pendawaian Dalam Bangunan (MS/ IEC 60364).

1. Jenis plan gambarjah skematik.

Papan suis utama ialah sebuah panel voltan rendah menempatkan pemasangan alat kawalan, pengukuran dan
peralatan suis. Bahagian litar dan perlalatan dapat ditunjukkan melalui gambarajah skematik seperti gambarajah
skematik sub papan suis.

a. Gambarajah litar skematik satu garisan dilukis bagi kegunaan menunjukkan simbol peralatan dan
bahagian-bahagian litar yang terdapat dalam papan suis utama. Ia juga dapat memberi kefahaman
mengenal pasti setiap bahagian dan keluaran ke beban.

b. Gambarajah litar skematik empat garisan dilukis bagi kegunaan menunjukkan simbol peralatan yang
digunakan beserta bentuk pendawaian disetiap bahagian papan suis utama. Kegunaan gambarajah ini
dapat membantu dalam kerja-kerja pemasangan alat, pembaikan litar, penyenggaraan dan mengesan
kerosakan.

127
Muka: 2 drpd: 10

2. Spesifikasi bahagian gambarajah skematik papan suis utama.

a. Bahagian kemasukan utama adalah bahagian yang menunjukkan satu pemasangan mendatang dari punca
pembekal dan spesifikasi kabel kemasukan utama.
b. Bahagian pembumian adalah bahagian yang menunjukkan kaedah sistem pembumian dan spesifikasi
pengalir kuprum yang digunakan sebagai pengalir pelindung.
c. Bahagian kawalan bekalan atau pemutus litar adalah bahagian yang menunjukkan spesifikasi pemutus litar
kawalan utama papan suis utama.
d. Bahagian geganti perlindungan adalah bahagian yang menunjukkan litar utama, litar sekunder dan litar
kawalan geganti perlindungan dan spesifikasi peralatan geganti perlindungan.
e. Bahagian pengukuran adalah bahagian yang menunjukkan sambungan peralatan radas pengukur seperti
meter ampiar, meter volt dan meter faktor kuasa dalam papan suis utama.
f. Bahagian keluaran adalah bahagian yang menujukkan bilangan keluaran sambungan kebeban serta
spesifikasi pemutus litar dan kabel.

3. Simbol litar skema.

Simbol Keterangan Simbol Keterangan

MCCB Pemutus Litar Udara


( ACB )

Alatubah arus Lampu Penunjuk


R Y B

A Jangka Ampiar Suis pemilih

V Jangka Volt PF Jangka Cos (PF)

Geganti Perlindungan Gegelung Pelantik Pirau


OCR EFR STC

Fius Changerover contactor


TNB GEN
c/w electrical &
mechenical interlock

128
Muka: 3 drpd:10

Rajah 1: Gambarajah skematik radas pengukuran dibahagian papan suis utama

129
Muka: 4 drpd: 10

Rajah 2: Gambarajah skematik geganti perlindungan di bahagian papan suis utama

130
Muka: 5 drpd: 10

4. Rajah 3 hingga 5 menunjukkan rekabentuk papan suis utama jenis wall mounted.

Rajah 3: Gambarajah pandangan hadapan papan suis utama jenis wall mounted

131
Muka: 6 drpd: 10

Rajah 4: Gambarajah skematik satu garisan papan suis jenis wall mounted

132
Muka: 7 drpd: 10

Rajah 5: Gambarajah skematik empat garisan papan suis jenis wall mounted

133
Muka: 8 drp: 10

4. Rajah 6 hingga 8 menunjukkan rekabentuk papan suis utama jenis cubicle dan panel
kapasitor bank.

Rajah 6: Gambarajah muka hadapan papan suis jenis cubicle

134
Muka: 9 drpd :10

Rajah 7: Gambarajah skematik satu garisan papan suis utama

135
Muka: 8 drpd: 10

Rajah 8: Gambarajah skematik empat garisan papan suis utama jenis cubicle

136
Muka: 10 drpd: 10

SOALAN :

1. Nyatakan dua (2) tujuan gambarajah skematik papan suis utama dalam pepasangan industri.

a. ……………………………………………………………

b. ……………………………………………………………

2. Nyatakan lima (5) spesifikasi bahagian gambarajah skematik yang terdapat dalam papan suis utama.

a. ……………………………………………………………

b. ……………………………………………………………

c. ……………………………………………………………

d. ……………………………………………………………

e. ……………………………………………………………

3. Terangkan dua (2) jenis gambarajah skematik papan suis serta kegunaanya.

a. ...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

b. ...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

4. Terangkan kebaikan gambarajah skematik papan suis utama di paparkan didalam bilik suis.

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

RUJUKAN :
Buku panduan teknik pepasangan papan suis - JKR Elektrik
Buku panduan Penjaga Jentera Elektrik- JKR Elektrik

137
No. & TAJUK
PENGALAMAN INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK Install low voltage mains swtich board


TUGASAN

Muka :1 drpd: 8

TAJUK : REKABENTUK PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini menerangkan rekabentuk papan suis utama voltan rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu
pepasangan industri serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja
penyelenggaraan pepasangan elektrik.

PENERANGAN

Rekabentuk papan suis adalah untuk menghasilkan pepasangan elektrik yang bermutu, selamat, mudah
digunakan dan disenggara serta dapat menyediakan pada kadar kos harga yang optimum. Terdapat pelbagai
jenis peralatan dan kelengkapan elektrik didalam papan suis utama. Setiap peralatan dan aksesori mempunyai
tugas yang berlainan di antara satu sama lain.

Ia mengambil kira aspek-aspek berikut :


a. Keselamatan pengguna dan pemasangan.
b. Keselesaan pengguna.
c. Penyenggaraan
d. Ekonomi

Setiap rekabentuk ditunjukkan melalui gamabarajah skematik. Oleh itu gambarajah skematik mestilah mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik seperti
Jabatan Kerja Raya, Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Pemasangan
Pendawaian Dalam Bangunan (MS/ IEC).

Gambarajah litar skema dilukis bagi kegunaan menunjukkan kendalian keseluruhan sesuatu litar. Simbol
piawaian dilukis dan disambung di antara satu dengan lain secara bergarisan bagi membentuk litar mengikut
susunatur yang bersistem supaya mudah dibaca dan difahami maksudnya.

1. Spesifikasi kedudukan papan suis.


Rekabentuk yang betul dapat menentukan pepasangan elektrik mengikut kesesuaian bangunan dan fizikal papan
suis. Berikut adalah kenyataan umum dalam rekabentuk pepasangan elektrik seperti:-

a) Kedudukan Bangunan
Tempat bangunan adalah perkara penting bagi merekabentuk papan suis kerana ia dapat mengenalpasti
kesesuaian tempat pemasangan seperti keadaan cuaca, alam sekitar, tepi laut, kawasan industri atau bagunan
perdagangan.

138
Muka : 2 drpd: 8

b) Struktur bangunan
Bahan konkrit, kayu atau bahan pasang siap bangunan dapat menentukan pemilihan jenis pepasangan atau
pendawaian dapat menepati spesifikasi rekabentuk papan suis.

c) Kegunaan bangunan
Bangunan industri, perdagangan, awam atau tempat kediaman, pejabat, sekolah, hospital, pusat pengajian dan
sebagainya menentukan keperluan pencawang elektrik, bilik suis, tarif, jangka tenaga (kWj) yang perlu
diambilkira dalam merekabentuk papan suis.

d) Kaedah pandangan
Pepasangan perlu di tempat yang tidak terlindung bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan. Keperluan
khas rekabentuk papan suis seperti menyediakan bilik suis.

2. Lokasi papan suis


Di antara keperluan bilik suis adalah
a. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan
kabel.
b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
c. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah
dijalankan.
d. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

3. Keperluan bilik suis


Diantara keperluan bilik suis adalah:
a. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
b. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan jaring pencegah serangga (anti vermin proff netting)
supaya serangga tidak dapat masuk.
c. Ruang kosong berukuran minima 1 meter (2.5kaki) dibahagian belakang dan minima 1. 5 meter (4.5
kaki) dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan .
d. Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.
e. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti karbon
dioksida (CO2)
f. Terdapat lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
g. Rajah skema dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU.
h. Tikar getah keselamatan renjatan elektrik dengan saiz yang sesuai hendaklah di letakkan dihadapan
dan belakang papan suis.

4. Kedudukan Bilik Suis Utama dan Pencawang Elektrik.

Bilik Suis Utama (SB Room) biasanya terletak di sebelah bilik alatubah atau pencawang bagi mengelakkan
susutan voltan yang tinggi semasa bekalan diberikan. Julat voltan bekalan elektrik ialah bagi bekalan TNB
+10 % dan 5 %.

139
Muka: 3 drpd: 8

5. Keluaran beban papan suis.


Terdapat beberapa ciri rekabentuk keluaran papan suis iaitu:-
a) Sambungan beban menentukan kapasiti papan suis. Spesifikasi penentuan seperti:-
 Jenis, saiz, bilangan, kedudukan dalam bangunan.
 Kesan kepada beban jika bekalan terputus. Keperluan janakuasa tunggu sedia dan papan suis bagi
beban-beban penting ESB (Essential switch board)
 Kesan kualiti bekalan kepada peralatan atau beban, stabiliser, janakuasa, pembumian, peralatan
 Kesan beban kepada peralatan lain seperti motor yang sederhana dan besar serta keperluan
pamasangan kapasitor untuk pembetulan faktor kuasa.
 Keperluan beban lain seperti sistem penggera kebakaran , kecurian, sistem CCTV dan sistem siaraya.
 Menentukan keperluan pencawang elektrik (TNB) seperti sais alat ubah , kabel kemasukan utama dan
semua saiz peralatan-peralatan lain.

b) Pemilihan saiz beban dan alat pelindung adalah juga faktor utama dalam merekabentuk PSU.
Spesifikasi yang diperlukan adalah:-
 Pemilihan faktor kelpelbagaian (Diversity Factor)
 Penttatahan pelindung arus lebih (Over Current) litar pintas (Short Circuit) dan kebocoran ke bumi
(Earth Fault)
 Diskriminasi pengasingan litar yang rosak tanpa memberi kesan atau mengganggu kepada litar yang lain.
 Kawalan beban secara manual atau automatik, sesentuh, pengasing, geganti dan pemutus litar.
 Perancangan keselamatan elektrikal dan mekanikal seperti kekunci kaitpunca (Interlock)
 Memilih sistem pembumian, pemilihan alat geganti bocor atau rosak kebumi serta ujian-ujian
pembumian.
 Pemilihan jenis-jenis papan suis, kedudukan dan saiz fizikal.
 Pemilihan saiz bus-bar keadaan pemasangan seperti memanjat tegak (Vertical) atau mendatar
(Horizontal)
 Pemilihan jenis-jenis kabelngkan , jarak pemasangan bagi mengurangkan susutan voltan, saiz, laluan
kabel, penyokong dan juga tamatan hendaklah juga dikenal pasti penggunaanya.
 Sub papan suis - litar kuasa dan litar pencahayaan dinyatakan dalam lukisan skematik.

5.1 Ciri-ciri rekabentuk beban papan suis


Bagi mengenal pasti bentuk papan suis ia perlu membuat pengiraan spesifikasi beban seperti:-
 Anggaran beban awal
 Kiraan beban sebenar
 Sistem pembumian
 Pentatahan sistem geganti perlindungan.

140
Muka: 4 drpd: 8

5.2 Anggaran beban awal

Bagi membuat anggaran beban awal atau dikenali faktor taburan ( divercity factor) adalah bergantung kepada
jenis pepasangan dan pengalaman pada pereka bentuk untuk dihantar kepada pihak penguasa bekalan (TNB)
bagi mendapatkan bekalan elektrik. Pihak berkuasa bekalan akan menyemak sistem agehan di tempat projek
sama ada perlu sebuah pencawang atau tidak. Senarai anggaran beban yang dikemukakan perlulah hampir
sama atau dalam 80 % hingga 85 % daripada beban sebenar.

Bagi pengguna voltan rendah 240 / 415 volt pencawang ditentukan oleh TNB dengan mengambil kira:
a. Nilai kehendak maksimum.
b. Kemampuan alatubah sedia ada di pencawang elektrik berhampiran.
c. Kedudukan tapak projek.
d. Pembangunan akan datang.

5.3 Kiraan beban sebenar

Jumlah beban tersambung ( Total Connected Load ) ialah jumlah kuasa elektrik yang disambung terus atau tidak
kepada suatu litar atau sistem elektrik dalam KW atau KVA. sebagai contoh:

a. Beban pemasangan litar lampu dan kipas.


Jenis beban lampu Jumlah beban tersambung (Watt)
a. 1 x 250 watt (lampu discas) Kuasa Lampu x Faktor 1.8
b. 1 x 20 watt (Kalimantang) Kuasa Lampu x Faktor 1.8
c. 1 x 40 watt (Kalimantang) Kuasa Lampu x Faktor 1.8
d. Kipas siling 60 atau 80 watt
e. kipas pelawas 40 watt
f. kipas pelawas industri 80 atau 100 watt

kW = Bilangan poin lampu x Kuasa x 1.8


1000

b. Beban soket alir keluar (Litar kuasa)


Jika nilai beban tersambung sukar diketahui bagi penggunaan alat mudah alih, maka
jumlah beban dikira sebagai,
a. soket alir keluar 13 amp -300 watt per point.
b. soket alir keluar 15 amp -500 watt per point.

kW = Bilangan soket x Kuasa per point


1000

c. Bagi beban-beban motor elektrik, mesin elektrik atau penghawa dingin nilaian beban tersambung
dikira mengikut besar atau kecilnya kuasa yang digunakan dalam unit kW

kW = Bilangan Motor x Kuasa Kuda x 746


1000

141
Muka: 5 drpd: 8

5.4 Kehandak Maksimum (Maximum Demand) dan Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor)

Bagi mencari beban kehendak maksimum, nilai faktor kepelbagaian perlu ditentukan dengan seberapa tepat,
supaya suatu pepasangan tidak terlebih lebih atau di bawah keupayaan sebenar. Pengiraan faktor kepelbagaian
memerlukan pengalaman serta pengetahuan luas, bergantung kepada jenis beban dan masa penggunaan.
Penilaian faktor kepelbagaian ditentukan oleh mereka yang mahir serta berpengalaman seperti jurutera elektrik
yang berkelayakan.
Nilai beban maksimum dalam pemasangan elektrik amat penting bagi menentukan sais alatubah, pemutus litar,
alat-alat perlindungan dan kabel kemasukan ke papan suis pengguna yang perlu digunakan. Ia juga akan
menentukan sais kabel yang digunakan dari papan suis ke setiap beban keluaran di dalam atau di luar
bangunan.

Rumusan:
Kehandak Maksimum = Jumlah Beban Tersambung x % Faktor Taburan
M.D = TCL x % D.F

Contoh.
Terdapat beban 3 fasa 415 V1000 kW pf 0.85 yang tersambung dari papan suis utama. Jurutera telah
menetapkan peggunaan beban terkawal atau penggunaan dalam suatu masa yang serentak dianggarkan 80 %
daripada jumlah beban tersambung. Kirakan arus kehendak maksimum.

kW M.D = TCL x % D.F


= 1000 kW x 80 %
= 800 kW.

I MD = kW x 1000 = 800 x 1000 = 1309 Amp.


1.732 x V x pf 1.732 x 415 V x 0.8

5.5 Pemilihan pemutus litar.


Untuk mendapatkan nilai Pemutus Litar Udara (PLU) bagi mengawal beberapa motor dan beban tersambung
kadaran arusnya boleh didapati seperti formula berikut.

IB = [ IN – In MAX ] x % + ( InMAX x KMAX )

Dimana:

IB = Arus kadaran PLU


IN = Arus Kadaran Motor dan beban-beban lain.
InMAX = Arus Kadaran motor terbesar
% = Faktor Taburan ( Devercity Factor )
KMAX = Angkadar dari keupayaan motor. Nilainya adalah 2

142
Muka: 6 drpd: 8

Contoh 2.
Sebuah kilang mengambil bekalan tiga fasa 415 V 50 Hz 0.85 p.f dari sebuah Pencawang yang mempunyai
alatubah berkeupayaan 11kV/415 V 500 kVA untuk beberapa unit motor, beban –beban litar lampu, litar kuasa
seperti yang dinyatakan dibawah. Kirakan jumlah kuasa beban tersambung, arus beban penuh setiap beban,
Arus kehendak maksima dan saiz arus kadaran PLU jika faktor taburan (Divercity Factor ) ialah 85 %.

Jawapan .

Formula kuasa motor kW = Bilangan unit x hp x 746


1000
Formula beban lampu pendarflour kW = Bilangan unit x Watt x 1.8
1000
Formula beban litar kuasa suis soket alir keluar = Bilangan unit x 300 Watt seunit
1000
Formula arus beban penuh = 1kW x 1000 = 1.64 Amp
1.732 x 415 VL x 0.85 P.F

Bil Keterangan Beban Jumlah Kuasa Jumlah Arus Jumlah Arus (MD)
(TCL) (TCL)
1 1 unit motor aruhan 3 fasa 200 hp 149.2 kW 244.68 Amp 207.98 Amp
2 1 unit motor aruhan 3 fasa 100 hp 74.6 kW 122.34 Amp 103.9 Amp
3 2 unit motor aruhan 3 fasa 25 hp 37.3 kW 61.17 Amp 51.85 Amp
4 5 unit motor aruhan 3 fasa 10 hp 37.3 kW 61.17 Amp 51.85 Amp
5 10 unit motor aruhan 3 fasa 2 hp 14.92 kW 24.46 Amp 20.80 Amp
6 10 unit motor aruhan 3 fasa 1.5 hp 11.19 kW 18.35 Amp 15.59 Amp
7 150 unit lampu pendarflour 40 watt 10.8 kW 17.71 Amp 15.05 Amp
8 30 unit lampu high bay 250 watt 13.5 kW 22.14 Amp 18.89 Amp
8 60 unit suis soket alir keluar 13 Amp 18 kW 29.5 Amp 25.07 Amp

Jumlah Kuasa 367 kW


Jumlah Arus 601 Amp 510 Amp

Kadaran Saiz Pemutus Litar Udara.


IB = [ IN – In MAX ] x % + ( InMAX x KMAX )

= [ 601 –244.68 ] x 85 % + ( 244.68 x 2 )

= 356.32 x 0.85 + ( 489.36 )

= 302.87 + 489.36

= 792 Amp

= 800 Amp TPN ACB

143
Muka: 7 drpd: 8

Rajah 1: Gambarajah skematik satu garisan.

144
Muka: 8 drp: 8

SOALAN :

1. Nyatakan aspek-aspek yang diambil kira dalam rekabentuk papan suis.

……………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………….

2. Nyatakan empat (4) ciri-ciri rekabentuk papan suis utama.

a. ……………………………………………………………

b. ……………………………………………………………

c. ……………………………………………………………

d. ……………………………………………………………

3. Terangkan apakah yang dimaksudkan beban kehendak maksima.

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

4. Kirakan jumlah arus kehendak maksima sekiranya jumlah beban tersambung tiga fasa adalah 1200kW
415V 0.85 pf dan faktor taburan 80 %

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

RUJUKAN :
Buku panduan teknik pepasangan papan suis - JKR Elektrik
Buku panduan Penjaga Jentera Elektrik- JKR Elektrik

145
No. & TAJUK INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK Install low voltage mains swtich board


TUGASAN

Muka: 1 drpd: 10

TAJUK : PENGENALAN KEPADA PANEL KAPASITOR BANK VOLTAN RENDAH

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat
pada panel kapasitor bank di papan suis utama voltan rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu pepasangan
industri. Pada umumnya penggunaan litar arus ulangalik yang mengalami masalah faktor kuasa mestilah
diperbaiki bagi mengelakkan berlaku kehilangan kecekapan pada penggunaan alat. Kertas penerangan ini juga
akan menerangkan cara menaikkan dan cara pembetulan faktor kuasa dengan menggunakan panel kapasitor
bank serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan
pepasangan elektrik.

PENERANGAN
1. Spesifikasi pembetulan faktor kuasa.

a. Pembetulan atau pembaikan faktor kuasa memerlukan pemasangan peralatan yang mempunyai ciri-ciri
berlawanan dengan kuasa reaktif yang menjadi punca faktor kuasa rendah.

b. Cara yang paling mudah, murah dan praktikal ialah dengan pemasangan Kapasitor Bank. Kapasitor
mempunyai cirri-ciri yang berlawanan dengan gelung. Gelung mempunyai cirri-ciri mengekori (lagging)
manakala kapasitor mempunyai cirri-ciri mendahului (leading).

c. Cara lain ialah dengan menggunakan motor segerak (Synchronous Motor), tetapi cara ini melibatkan
kos yang tinggi dan senggaraan yang tinggi juga sebab banyak bahagian mekanikal yang berputar.
Motor segerak hanya sesuai jika ia digunakan sebagai proses pengerak dan sebagainya dan dalam
masa yang sama ia berfugsi untuk memperbaiki faktor kuasa.

d. Harga kapasitor bank tidaklah begitu tinggi berbanding dengan motor segerak dan ia adalah suatu alat
statik dan tiada bahagian mekanikal yang berputar. Kos senggaraannya tersangat rendah dan
mempunyai kecekapan yang tinggi.

146
Muka: 2 drpd: 10

2. Pembaikan cara sepusat menggunakan panel kapasitor bank


Pembaikan cara pusat digunakan apabila jumlah beban regangan berubah-ubah sepanjang hari tetapi
peralatan yang dipasang adalah terlalu terhad. Sistem ini dipasang pada keluaran bahagian utama papan
suis bagi memperbaiki faktor kuasa secara automatic.

Disamping itu adalah juga sukar untuk memasang terlalu banyak kapasitor di beberapa tempat kerana
mungkin ruang tidak mencukupi, suhu ambient yang tinggi atau terdapat bahan kimia dan gas yang
mungkin menyebabkan kapasitor cepat rosak..

3. Kebaikan pemabaikan sepusat.

Cara ini adalah cara terbaik kerana faktor penggunaannya sangat ekonomi dan ia boleh disesuaikan
dengan faktor kuasa yang berubah-ubah serta kos pemasangan dan senggaraan lebih murah. Operasinya
juga mudah kerana boleh dikendalikan secara automatik menggunakan alatatur factor kuasa (Power Factor
Regulator),

Kapasitor Bank selalunya terdiri daripada beberapa langkah. Setiap langkah selalunya mempunyai kadaran
yang sama dan dikawal pula oleh satu penyetuh dan fius atau MCB/MCCB.

Operasi penyentuh pula dikawal oleh sebuah Power Factor Regulator.

Jumlah langkah yang akan dipasang selalunya bergantung kepada keperluan teknikal dan kos yang terlibat
dan tertakluk kepada langkah yang terdapat pada regulator yang ada dipasaran. Matlamat utama ialah
untuk menentukan tiap-tiap pensuisan penyetuh pada kadar kemuatan yang maksimum, dan pada waktu
yang sama membahagi kapasitor bank mengikut cara yang paling ekonomikal dan faktur kuasa dapat
diperbaiki walaupun ada perubahan pada beban.

4. Keburukan pembaikan sepusat.

Keburukan pembaikan pusat adalah apabila beban pemasangan bertambah kapasitor bank menjadi tidak
mencukupi dan perlu ditambah juga. Jika jangkaan dan persediaan telah dibuat untuk tujuan penambahan
kapasitor bank, kerja akan menjadi mudah tetapi jika tidak mungkin kapasitor bank yang lama tidak dapat
digunakan dan kapasitor bank yang baru perlu di pasang pula. Akibatnya adalah pembaziran dan kos
tambahan yang lebih.

5. Definasi Pembetulan faktor kuasa

Ia adalah untuk meningkat nilai fator kuasa yang rendah iaitu lebih daripada 0.85 menyusul atau
hingga uniti. Ia juga boleh dikaitkan iaitu untuk mengecilkan sudut fasa arus supaya ia lebih hampir
dengan sudut voltan seperti yang ditunjukkan dalam graf vektor arus dibawah. Jangka yang digunakan
untuk membaca faktor kuasa adalah jangka kos. Oleh itu bacaan faktor kuasa boleh juga dilihat
melalui gambarajah vektor arus .

147
Muka: 3 drp: 10

Rajah 1 : Gambarajah vektor arus.

Ic

2 V
1
I2
DIMANA

V Voltan sistem
I1 Arus asal
Ic I2 Arus akhir
I1 Ic Arus Kapasitor

Untuk menetukan kadar kapasitor yang diperlukan, formula berikut boleh digunakan iaitu :-

Pr = Pw ( Tan1 – Tan2 )

Dimana Pr kadar kapasitor dalam KVAr.


Pw Beban pepasangan dalam KW.
Kos1 Faktor Kuasa asal.
Kos2 Faktor Kuasa diperbaiki.
Contoh :
Sebuah pepasangan menggunakan beban sebanyak 200kW pada faktor kuasa 0.8 menyusul . Kirakan kuasa
kapasitif yang diperlukan bagi menaikkan faktor kuasa sehingga 0.95 menyusul.

Jawapan :
Faktor Kuasa asal. Kos -1 0.8 Kos1 = 360.86’
Faktor Kuasa diperbaiki. Kos -1 = 0.95 Kos2 = 180.19’
Pr = Pw ( Tan1 – Tan2 )
= 200 kW (360.86’- 180.19’)
= 200 kW ( 0.75 – 0.32 )
= 200 kW x 0.43
= 86 kVAr

148
Muka: 4 drpd: 10

6. Alat-alat di panel kapasitor bank

a) Alatubah Arus (Current Transformer @ C.T)

Kadar alatubah arus (Current Transformer Ratio) selalunya sama denga C.T yang digunakan untuk
perlindungan yang juga berpandukan arus yang direka bentuk (design current). Contohnya jika C.T
perlindungan 600/5 maka C.T untuk Power Factor Regulator hendaklah 600/5 juga.

b) Peralatan Suis

Kadar peralatan suis yang hendak digunakan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Arus transient semasa pensuisan.


2. Voltan transient apabila kapasitor diputuskan semasa pensuisan dilakukan yang menyebabkan
berlakunya arka.
3. Berupaya membawa arus beban penuh
4. Berupaya membawa peningkatan arus kapasitor dalam keadaan-keadaan tertentu.
5. Kehadiran harmonic

Disebabkan perkara-perkara diatas adalah penting kadar peralatan suis seperti Fius, MCB, MCCB dan
penyentuh mempunyai kadaran arus yang lebih tinggi dari kadaran arus untuk kapasitor. Kebiasaannya faktor
1.6 digunakan

c) Alatatur faktor kuasa (Power factor regulator )

Power Factor Regulator ialah satu alat elektronik yang berfungsi untuk menetukan bilangan langkah kapasitor
yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada bila-bila masa. Beban induktif sentiasa berubah-ubah,
oleh itu faktor kuasa juga berubah-ubah.

Alat ini memerlukan maklumat dari pemasangan agar ianya boleh mengetahui faktor kuasa semasa. Maklumat
yang diperlukan ialah arus dan voltan pemasangan. Maklumat arus adalah melalui alatubah arus. Satu sahaja
alatubah arus diperlukan dan selalunya alatubah arus ini dipasang pada fasa merah. Ini adalah beranggapan
beban seimbang. Oleh itu arus setiap fasa adalah sama. Nisbah alatubah arus selalunya sama dengan nisbah
alatubah arus-alatubah arus untuk meter ampiar.

Maklumat volatan adalah melalui sambungan terus dari palang bas. Voltan yang diperlukan ialah voltan talian
415V dari dua fasa. Lazimnya fasa yang diambil adalah fasa yang tidak menempatkan alatubah arus tadi, iaitu
kuning dan biru.

149
Muka: 5 drpd: 10

7. Pelarasan pembetulan tatahan faktor kuasa (Target Power Factor Setting).

Alat ini memerlukan kita menentukan ketetapan pembetulan factor kuasa (target power factor). Selalunya kita
set pada kedudukan melebihi 0.85. Tatahan (Setting) ini perlu supaya faktor kuasa berada pada ketetapan
tersebut sepanjang masa walaupun beban berubah-ubah.

8. Tatahan C/K

Oleh sebab power factor regulator hanya menerima arus sekunder ( Secondary Current maka nisbah alatubah
arus perlu diketahui berbanding kapasitor bank yang perlu disambungkan kepada system Sila rujuk pemilihan
C/K
Rajah 2 : Gambarajah jadual pemilihan c/k

Adalah penting bagi geganti di set untuk beroperasi selaras dengan arus bagi alatubah yang digunakan. Bagi
kebanyakkan geganti ianya boleh diperolehi dengan menggunakan keadah set C/K, dimana:

C = Saiz kapasitor satu langkah dalam KVAr


K = Nisbah alatubah arus antara utama dan sekundar.

Contoh: Jika C untuk satu langkah ialah 15KVAr dan alatubah arus 1000/5A digunakan,
maka K = 1000/5 = 200

Oleh itu C/K = 15/200 = 0.075 @ 0.08

Untuk mengelakkan hunting iaitu pensuisan ke dalam dan ke luar yang berterusan bagi langkah-langkah
kapasitor, had kepekaan pengatur (regulator) di set supaya lebih besar dari arus satu langkah kapasitor.
Kebiasaannya pengatur di ste agar bertindak kepada perubahan berkadar 2/3 daripada arus satu langkah

150
Muka: 6 drpd: 10

9. Auto mode dan manual mode

Dalam keadaan normal power factor regulator hendakalh di set pada kedudukan auto. Apabila kita perlu
membuat ujian untuk mempastikan ianya berfungsi dengan sempurna, ujian secara manual boleh dibuat
dengan menekan butang manual. Kapasitor bank akan dimasukkan kedalam sistem atau dikeluarkan
daripada sistem satu persatu langkah jika butang plus (+) atau minus (-) terus ditekan.

10. Penunjuk lampu atau lampu elektronik LED

Penunjuk lampu biasa dan LED akan menyala mengikut bilangan langkah (step) yang aktif (energise). Ia
hanyalah satu penunjuk sahaj, tidak mesti langkah tersebut berfungsi sekiranya fius, kabel, kontaktor atau
kapasitor bank mengalami masalah

11. Pemilihan kapasitor bank, pemutus Litar, saiz kabel untuk sambungan bekalan kapasitor
bank
Rajah 3 : Jadual saiz kapasitor bank
Pemilahan bagi kadaran voltan 415 V 50 Hz
Kuasa Kapasitif Kuadaran Arus Kadaran Kadaran
KVAr -Amp Fius/Pemutus saiz\kabel
Litar- Amp mm
2.5 3.5 10 1.5
5 7.0 20 2.5
6.67 9.3 20 2.5
7.5 10.4 20 2.5
10 13.9 25 4
15 20.9 35 6
20 27.8 50 10
25 34.8 63 16
30 41.7 80 25
40 55.6 100 35
50 69.6 125 50
60 83.5 175 70
75 104 175 70
83 116 200 95
100 139 250 120

Jenis Kapasitor Bank

a. Metallized Polypropylene Film.


b. Metallized Polypropylene Film – Self Healing
c. Jenis kertas bercampur bahan seramik

Kapasitor Bank selalunya terdiri daripada beberapa langkah. Setiap langkah selalunya mempunyai kadaran
yang sama dan dikawal pula oleh satu penyentuh dan fius atau MCCB.

151
Muka: 7 drpd : 10

12. Kesan keburukan faktor kuasa rendah.

Jika beban yang disambung dari papan suis utama mengalami faktor kuasa rendah iaitu kurang dari 0.85
menyusul, pihak pembekal (TNB ) akan mengenakan denda dengan jumlah tertentu. Semakin rendah faktor
kuasa, bayaran penalti semakin tinggi. Oleh itu faktor kuasa tersebut hendaklah dinaikkan kenilai melebihi 0.85
dengan memasang kapasitor bank dengan nilai tertentu beserta dengan alat kawalan di Papan Suis Utama.

Rajah 4: Gambarajah panel kapasitor bank

PANEL KAPASITOR BANK

MCCB A PF V
200A TPN MCCB

KWH 0CR / EFR


ELR

100A 100A

R Y B

A V
S S

Auto PFR A V 100A 150A 1600A


600A TPN
TPN ACB
7 Step

R Y B

AS VS

100A 100A

3 x 30 kVar 3 step
Capacitor Bank 415 V
50 Hz 150A STORAGE

152
Muka: 8 drpd: 10

Rajah 5 : Gambarajah skematik satu garisan papan suis utama dan penel kapasitor bank.

153
Muka: 9 drpd: 10

Rajah 6 : Gambarajah skematik empat garisan papan suis utama dan panel kapasitor bank.

154
Muka: 10 drpd: 10

SOALAN :

1. Nyatakan definasi pembetulan faktor kuasa

………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………….

2. Nyatakan lima (5) alat keperluan panel kapasitor bank dan terangkan kegunaannya

a. ……………………………………………………………

b. ……………………………………………………………

c. ……………………………………………………………

d. ……………………………………………………………

e. ……………………………………………………………

3. Nyatakan jenis kapasitor yang digunakan pada panel kapasitor bank di papan suis utama.

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

4. Sebuan papan suis menanggung beban pada kadar 300 kW mengalami faktor kuasa rendah
0.8 menyusul. Kirakan nilai kuasa kapasitor bank untuk menaikkan faktor kuasa sehingga 0.95.
......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

5. Terangkan keburukan faktor kuasa rendah.

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

RUJUKAN :
Buku panduan teknik pepasangan papan suis - JKR Elektrik
Buku panduan Penjaga Jentera Elektrik- JKR Elektrik

155

You might also like