You are on page 1of 2

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : MOHD ISNURI BIN MD RASHID


Panitia : Bahasa Melayu SMK Sultan Abdul Jalil

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 06/08/2020
Waktu : 1.00 – 2.00 petang
Tingkatan/ Kelas : 4 STB 2
Tajuk PdP : Pemerengganan karangan

Objektif PdP : Murid dapat menulis karangan yang lengkap tentang langkah mengatasi pencemaran

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

30/30 orang murid dapat menyiapkan karangan bahagian A mengikut masa yang ditetapkan (Karangan
pasang siap). Murid biasanya akan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan karangan.
Setelah saya menggunakan kaedah karangan pasang siap ini di dalam kelas, minat serta sikap murid
untuk menyiapkan karangan dengan lebih pantas .

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

1. Pembahagian kumpulan
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberikan keratan ayat yang mengandungi ayat penanda
wacana yang perlu disambungkan.

2. Permainan susun suaian (jigsaw reading)


Murid diminta untuk menyambung keratan-keratan ayat itu mengikut tajuk karangan yang diberikan. Murid diberi masa
selama 30 minit untuk menyambung keratan-keratan ayat tersebut.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah


Murid lebih seronok untuk belajar di dalam kelas. Ini menunjukkan kemajuan murid dalam subtopik ini. Namun begitu masih ada
beberapa orang murid yang kurang memberi kerjasama dalam kerja kumpulan dan tidak menunjukkan minat dalam PdP. Latihan
pengukuhan diberikan bagi membantu murid menguasai sepenuhnya subtopik ini.

You might also like