You are on page 1of 4

Minit curai 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SYED OMAR

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH 05350 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN TELEFON: 04 - 7321607

LAPORAN OLEH PEGAWAI YANG MEWAKILI SMK DATO’ SYED OMAR, KEDAH
DALAM MESYUARAT ATAU MAJLIS RASMI

LAPORAN Pengetua / Penolong –penolong Kanan / Guru-guru Kanan / Ketua Panitia


KEPADA

B.

1. JENIS AKTIVITI KURSUS ORIENTASI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH


(KSSM) MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 2020/21

2. TARIKH DAN MASA 21-22 JULAI 2019 / 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

3. PENGANJUR PPD DAERAH KOTA SETAR

4. TEMPAT BILIK SERAMBI BESTARI SMK CONVENT, ALOR SETAR KEDAH

5. PENGERUSI MESYUARAT EN. ZAKIMI B ABDULLAH

6. PEGAWAI LAIN YANG HADIR EN KU ZURISHAM BIN KU MAHAMAD


PN ROHIZA (JURULATIH UTAMA)
PN RAHAYU (JURULATIH UTAMA)
C.

BIL MAKLUMAT / ISU PENTING YANG DIBANGKITKAN

1. DSKP Sains Tingkatan 4 (KSSM) akan dilaksanakan pada tahun 2020 dan terus disambung untuk
tingkatan 5 pada tahun 2021.

PENGHAYATAN DSKP
2.
- Terdapat beberapa perubahan dan pembetulan muka surat iaitu pada muka surat
40,34,35,46,79,162 dan 163.
- Untuk meletakkan Tahap Penguasaan (TP) bagi murid kita perlu memahami tentang kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif dan juga strategi berfikir.
- Bagi tingkatan 4 terdapat 4 tema dan 12 bidang pembelajaran
- Bagi tingkatan 5 terdapat 4 tema dan 9 bidang pembelajaran.
- JU juga menerangkan tentang standard kandungan dan standard pembelajaran. Perbincangan
tentang tahap pengeuasaan ( TP ) bagi setiap standard pembelajaran juga telah dilaknakan .
Guru perlu merujuk Taksonomi Bloom dan kata kerja proses sebagai panduan untuk
meletakkan TP. Guru telah membuat pemetaan TP dan telah dikumpulkan oleh JU.

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH ( PBD)

- Harus mengambil TP paling terbaik bagi setiap tema.


- Guru perlu merujuk manual PBD di muka surat 3.
- Terdapat 3 domain utama iaitu domain pengetahuan, penyiasatan saintifik dan sikap saintifik
Minit curai 2

dan nilai murni.


- Penilai boleh dijalankan secara pemerhatian, lisan bertulis. Kesemua pentaksiran harus direkod
dan mempunya eviden.

3. PEMBELAJARAN BERDASARKAN PROJEK/ PENYELESAIAN MASALAH (PBL)

- PBL perlu dilaksanakan 2 kali setahun iaitu pada semester pertama dan kedua.
- PBL menyumbang 20 % markah untuk peperiksaan akhir tahun
- Guru diketuai ketua panitia harus mengenalpasti standard pembelajaran mana yang akan
dipilih sebagai PBL
- Cara pemarkahan bergantung pada guru samada untuk memilih salah satu projek sebagai 20%
atau 10% projek sem 1 ditambah 10% projek sem 2.
- PBL boleh dilaksanakan samada dalam kumpulan atau perseorangan.
- Guru mesti menyimpan eviden dalm bentuk gambar atau menyimpan satu projek murid yang
terbaik/ mempunyai TP yang terbaik.
- TP yang paling tinggi bagi PBL ialah TP 6.
- TP bagi PBL dapat dipindahkan ke domain pengetahuan.
4.
PENYIASATAN SAINTIFIK

- Eksperimen wajib: tingkatan 4- 7 eksperimen dan 5 - 7 eksperimen dan perlu membuat laporan
eksperimen.
- Guru perlu membezakan antara aktivit dan amali.
- Bagi eksperimen wajinb murid dapat memperoleh TP 6 sekiranya boleh menyatakan langkah
berjaga-jaga atau cadangan penambahbaikan.
- PEKA tetap berjalan seperti biasa, laporan eksperimen wajib juga dapat dijadikan sebagai
PEKA.
- TP bagi penyiasatan saintifik dapat dipindahkan ke domain pengetahuan.
- Setelah semua eksperimen wajib telah dilaksanakan satu eksperimen yang terbaik akan dipilih
untuk tahap penguasaan keseluruhan mengikut semester.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

- Guru perlu menilai murid secara individu.


- Taha[ penguasaan keseluruhan akan diberikan pada hujung tahun.(rujuk m/s 16 manual PBD.

HAL-HAL LAIN

- Terdapat 3 tunjang utama dalam DSKP iaitu kurikulum, pentaksiran dan pedagogi.
- STEM bertujuan menerapkan aplikasi pengetahuan yang dipelajari dengan kehidupan
5 masyarakat sekeliling.
- Naratif baru- perlaksaannya sedang dijalankan. KPM cuba menyediakan murid yang
mempunyai taraf yang sama dengan peringkat antarabangsa. Contoh Penarafan sistem
pendidikan yang terlibat adalah TIMSS dan PISA.
Minit curai 3

D.

IMPLIKASI/ PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SEKOLAH UNTUK


BIL
DIAMBIL TINDAKAN / ULASAN

1. Membuat penyebaran maklumat kepada guru Sains dibawah panitia dan membincangkan perancangan
perlaksanaan PBD, PBL dan pemilihan eksperimen wajib.
Minit curai 4

……………………………………….. Tarikh: 29 JULAI 2019

Tandatangan

Nama Pegawai : NURADILLA BT ABD JALIL

Catatan : Hendaklah dikemukakan segera mungkin atau selewat-lewatnya 3 hari bekerja selepas tugas rasmi berkenaan disempurnakan

You might also like