You are on page 1of 15

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

FORMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TERBAHARU


BAHAGIAN C : RINGKASAN (1)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang manfaat
makan coklat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Coklat bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Suatu ketika dahulu coklat
hanya boleh dinikmati oleh golongan kaya-raya. Namun, kini coklat boleh dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat.

Menurut kajian sains, pengambilan coklat mampu melegakan otot. Namun jika dimakan secara
berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam
bahagian saluran makanan. Hal ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman terhadap manusia.
Pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan kimia
yang terkandung dalam coklat mampu memberikan rangsangan psikologi yang membuatkan diri seolah-olah
sentiasa bertenaga. Namun begitu, bahan kimia yang terkandung dalam coklat boleh menjadi racun kepada
haiwan peliharaan seperti kucing, kuda dan anjing.

Kebaikan makan coklat yang seterusnya ialah, coklat dapat menggembirakan perasaan pemakannya.
Aroma coklat dikatakan mampu merehatkan minda si pemakan coklat tersebut. Kebaikan coklat yang
seterusnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang mengambilnya. Hasil penyelidikan
mendapati bahawa sekiranya seseorang mengunyah coklat sebanyak tiga kali sebulan, mereka dikatakan
dapat hidup setahun lebih lama daripada mereka yang tidak makan coklat langsung.

Coklat juga turut dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan strok. Selain itu, penghidap asma
digalakkan agar makan coklat untuk melegakan saluran pernafasan dalam paru-paru. Di samping itu, bahan
kimia dalam coklat juga sesuai untuk melegakan batuk. Walau bagaimanapun, kita mestilah berwaspada
kerana pengambilan coklat yang terlalu banyak boleh menyebabkan obesiti.

1
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

Isi Ringkasan (1)

1. Coklat mampu melegakan otot.


2. Coklat dapat menimbulkan perasaan relaks
3. Coklat dapat menggembirakan perasaan pemakannya
4. Coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang mengambilnya
5. Coklat dapat mengurangkan risiko serangan strok
6. Penghidap asma digalakkan makan coklat untuk melegakan saluran pernafasan dalam paru-paru
7. Coklat melegakan batuk

Rangka Jawaban Ringkasan (1)

Antara manfaat makan coklat ialah makanan ini mampu untuk melegakan otot. Selain itu, coklat juga
berupaya untuk menimbulkan perasaan relaks. Seterusnya, coklat juga menggembirakan emosi pemakannya.
Di samping itu, coklat juga dipercayai mampu melanjutkan usia seseorang yang mengambilnya. Makanan ini
juga dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan strok. Akhir sekali, penghidap asma amat digalakkan
untuk makan coklat kerana coklat dapat melegakan saluran pernafasan dalam paru-paru.

(63 patah perkataan)

*6 isi digunakan

2
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C : RINGKASAN (2)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang sebab-sebab
pengangguran dalam kalangan siswazah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi di negara
ini. Setiap tahun beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian mereka namun tidak semuanya bernasib
baik dan memperoleh pekerjaan. Sikap terlalu memilih pekerjaan adalah antara faktor berlakunya masalah
siswazah menganggur. Mereka terlalu mengharapkan kerjaya yang bergaya tinggi sahaja. Sesetengah
siswazah pula berasa tidak yakin dalam memilih bidang kerjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
kurang yakin akan kemampuan diri dan kelulusan yang dimilikinya.

Sikap majikan yang ragu-ragu akan kemampuan siswazah turut memburukkan keadaan. Majikan
bersikap sedemikian kerana siswazah tersebut tidak mempunyai pengalaman bekerja. Sesetengah majikan
melihat pengalaman lebih mustahak berbanding dengan tahap pendidikan seseorang itu. Majikan juga lebih
gemar menawarkan pekerjaan kepada orang yang tidak berkelulusan tinggi dengan alasan untuk
mengurangkan kos upah. Selain itu, kebanyakan siswazah tidak memiliki kemahiran berkomunikasi secara
berkesan. Hal ini turut menjadi punca mereka gagal memperoleh pekerjaan. Tidak mempunyai kekuatan
penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris juga dikenal pasti sebagai faktor siswazah gagal
memperoleh pekerjaan.

Secara tuntasnya, tugas manusia telah diambil alih oleh pembangunan teknologi tinggi dalam sektor
pengeluaran. Keadaan menjadi bertambah buruk dengan kemasukan pekerja asing yang kian bertambah dari
masa ke masa. Bagi mengatasi masalah ini, siswazah mestilah menilai kemampuan diri sebelum berusaha
memperoleh sesuatu pekerjaan. Masalah pengangguran ini mampu diatasi seandainya para siswazah
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kualiti diri mereka.

Isi Ringkasan (2)


1. Sikap terlalu memilih pekerjaan
2. Tidak yakin dalam bidang kerjaya
3. Sikap majikan yang ragu-ragu akan kemampuan siswazah
4. Majikan juga lebih gemar menawarkan pekerjaan kepada orang yang tidak berkelulusan tinggi dengan alasan untuk
mengurangkan kos upah.
5. Kebanyakan siswazah tidak memiliki kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
6. Tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris
7. Tugas manusia diambil ahlik oleh pembangunan teknologi tinggi dalam sektor pengeluaran
8. Kemasukan pekerja asing

3
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (3)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang amalan-
amalan yang baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat
semata-mata, malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan impak yang besar kepada
badan. Makan dalam keadaan yang tenang dan selesa merupakan satu tabiat yang baik. Selain itu, elakkan
makan makanan ringan yang tidak berkhasiat. Tabiat makan sebelum masuk tidur juga mesti dielakkan. Oleh
itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai.

Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang
tidak mustahak. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual pemakanan kita harus teratur dan kita
wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Obesiti atau masalah kegemukan merupakan
kesan daripada sikap tidak mengawal pemakanan. Amalan makan setelah kita berasa lapar sewajarnya
dijadikan amalan.

Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan bagi memastikan bahawa kita
mengamalkan diet yang seimbang. Ada dalam kalangan kita yang begitu menggemari makanan yang telah
diproses seperti mi segera dan makanan di dalam tin. Makanan seumpama ini kurang zatnya kerana telah
melalui tempoh pemprosesan yang lama dan mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan
yang segar sangat penting bagi memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh
badan.

Kita juga mesti mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi
kandungan garam dan gulanya. Kegagalan mengambil berat akan tabiat pemakanan yang salah akan
mengundang musibah. Namun, inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-
olah tidak menyedari bahawa makanan seimbang sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita.

Isi Ringkasan (3)


1. Makan dalam keadaan yang tenang dan selesa
2. Elakkan makan makanan ringan
3. Tabiat makan sebelum tidur mesti dielakkan
4. Jadual pemakanan harus teratur
5. Makan dalam kuantiti yang sedikit
6. Makan setelah kita berasa lapar
7. Pengambilan makanan yang segar
8. Mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan garam dan gulanya

4
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (4)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang usaha-usaha
mengatasi masalah disiplin murid. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara ini
kerana pendidikanlah antara faktor yang menentukan kemajuan negara. Namun hasrat mulia kerajaan ini
menghadapi kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid itu sendiri.

Bagi menangani masalah ini, kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin.
Usaha lain yang diambil oleh Kementerian Pendidikan adalah dengan membuka talian penting dan e-mel
untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Melalui cara ini, Kementerian Pendidikan akan mendapat
maklumat tentang masalah disiplin murid melalui sistem pesanan ringkas (SM), Whatsapp, mesej dalam
aplikasi lain dan e-mel kepada pegawai yang berkenaan.

Untuk mengatasi masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk memperoleh bantuan
daripada pihak polis. Jika perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan
sekolah pada masa persekolahan. Seterusnya, Kementerian Pendidikan telah mengingatkan pihak sekolah
bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di
sekolah masing-masing.

Sebenarnya, masalah disiplin murid ini dapat diatasi melalui cara biasa seperti denda, hukuman rotan,
gantung sekolah dan sebagainya. Walau bagaimanapun sebelum sesuatu tindakan dikenakan, setiap kes
mestilah disiasat dengan sewajarnya agar adil bagi semua pihak yang terlibat.

Isi Ringkasan (4)


1. Mewujudkan Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin
2. Membuka talian dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah
3. Pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan polis
4. Polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah sekiranya diperlukan
5. Pihak sekolah boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya menyembunyikan kes disiplin di sekolah
6. Denda, hukuman rotan, gantung sekolah dan sebagainya

5
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (4)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang punca-punca
banjir berlaku di negara ini. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Di negara ini, musim tengkujuh biasanya berlaku pada awal dan penghujung tahun. Pada musim
tengkujuh, angin monsoon Timur Laut membawa hujan lebat di Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan
Sabah. Apabila berlakunya limpahan hujan yang luar biasa dan berterusan, maka terjadilah banjir besar. Di
Malaysia, dianggarkan bahawa kawasan yang mudah diancam banjir meliputi 29 000 km persegi atau sembilan
peratus, Kawasan ini didiami oleh kira-kira 2.7 juta orang penduduk. Apabila paras air naik, mereka akan
menghadapi bencana kerosakan atau kehilangan harta benda peribadi. Selain itu, berlaku juga kemusnahan
kemudahan awam yang mengambil masa untuk dipulihkan. Setiap kali banjir besar berlaku, kerugian
dianggarkan melebihi berjuta-juta ringgit.

Kejadian banjir yang semakin meningkat berpunca daripada tabiat manusia yang tamak haloba dan
kurang memberikan tumpuan terhadap kepentingan awam. Tindakan mereka kian memudaratkan alam
sekitar dengan perancangan pembangunan yang kurang sempurna dan penguatkuasaan undang-undang yang
lembap. Selain itu, langkah memelihara dan memulihara alam sekitar serta perancangan yang rapi untuk
menghadapi bencana alam adalah kurang. Bukan itu sahaja, perundangan dan penguatkuasaan yang berkesan
tentang tahap kerosakan alam sekitar yang memungkinkan terjadinya banjir juga kurang dilaksanakan. Banjir
besar yang berlaku di Johor beberapa tahun lalu berpunca daripada pembalakan secara besar-besaran
sehingga menyebabkan pengawalannya bertambah sukar. Menurut laporan beberapa pertubuhan bukan
kerajaan dalam tempoh dua tahun tersebut, berlakunya pembalakan haram secara besar-besaran di Hutan
Simpan Bekok. Apabila hutan digondolkan sewenang-wenangnya, maka sungai akan menjadi cetek dan
berlumpur. Ketika hujan lebat, air akan mencurah-curah dari bukit yang gondola ke dalam sungai yang cetek
dan berlumpur. Hal ini menyebabkan berlakunya banjir. Masalah menjadi lebih buruk jika air laut mula
pasang dan air dari sungai itu lambat mengalir ke laut.

Di negara ini, tiada hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pembalak haram. Hal ini
menyebabkan penerokaan hutan secara haram kian berleluasa sehingga mengundang musibah seperti banjir.
Jadi, langkah drastik mesti dilakukan demi memastikan masalah banjir di negara ini dapat ditangani secara
baik.

Isi Ringkasan (5)


1. Limpahan hujan yang luar biasa dan paras air yang semakin naik
2. Tabiat manusia yang tamak haloba dan kurang memberikan tumpuan terhadap kepentingan awam
3. Perancangan pembangunan kurang sempurna dan langkah memelihara serta memulihara alam sekitar adalah kurang
4. Perancangan yang rapi untuk menghadapi bencana alam juga kurang
5. Perundangan dan penguatkuasaan tentang tahap kerosakan alam sekitar juga kurang dilaksanakan
6. Pembalakan secara besar-besaran
7. Tiada hukuman yang berat dikenakan terhadap pembalak haram.

6
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (6)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang punca-punca
minat membaca dalam kalangan pelajar sangat kurang. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Era televisyen satelit, telefon bimbit pintar dan Internet tidak syak lagi sedikit sebanyak mendatangkan
kesan terhadap tabiat dan minat membaca dalam kalangan rakyat terutama pelajar kita. Golongan yang
sepatutnya membaca buku bagi menambah pengetahuan dan menjadikannya satu hobi, mudah tertarik dan
memberikan tumpuan kepada wadah seperti telefon bimbit pintar dan Internet yang mempunyai daya tarikan
yang lebih hebat dan canggih.

Perpustakaan Negara mengakui bahawa usaha memupuk, mengembang dan mengekalkan tabiat suka
membaca tidak mudah dicapai matlamatnya jika remaja dan pelajar tidak sedar akan kepentingan tabiat itu.
Demi menggalakkan tabiat membaca, ibu bapa tetap memainkan fungsi iaitu memupuk kegemaran membaca
pelbagai jenis buku sejak anak-anak masih kecil lagi. Usaha mengadakan sudut membaca di rumah atau
menyediakan perpustakaan mini sering diutarakan oleh pengkaji.

Selain itu, seorang penyelaras media berpendapat bahawa kita perlu mengadakan lebih banyak bahan
bacaan yang menyentuh isu-isu yang dapat menarik minat pelajar. Topik yang disentuh juga perlu
dipelbagaikan bagi memastikan kumpulan sasar itu menyahut cabaran menjadikan pembacaan sebagai tabiat
seharian mereka. Penyelaras media juga beranggapan bahawa hari ini banyak bahan bacaan yang kurang
menarik. Keadaan diburukkan lagi dengan lambakan bahan bacaan picisan seperti novel, akhbar tabloid atau
majalah yang lebih mendatangkan kesan buruk.

Isi Ringkasan (6)


1. Pelajar mudah tertarik oleh kecanggihan Internet dan telefon bimbit pintar
2. Ibu bapa kurang memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak membaca
3. Kurang bahan bacaan yang mampu menarik minat pelajar
4. Topik yang didedahkan dalam media cetak kurang dipelbagaikan
5. Banyak bahan picisan yang merosakkan minda pelajar
6. Ibu bapa kurang menyediakan perpustakaan mini di rumah.

7
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (7)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang punca-punca
kesukaran mendapat rumah kos rendah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Rumah merupakan tempat berteduh. Rumah yang selesa merupakan tonggak kepada pembentukan
keluarga bahagia yang disebut ‘Rumahku Syurgaku’.

Hingga ke hari ini masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum memiliki rumah sendiri terutamanya
golongan yang berpendapatan rendah. Golongan ini terpaksa menyewa dengan kadar yang tinggi atau lebih
senang mendirikan rumah setinggan walaupun dalam keadaan persekitaran yang tidak menyenangkan. Harga
rumah yang mahal adalah antara puncanya. Dengan pendapatan sebanyak RM 900.00 sebulan, bagaimanakah
golongan ini mampu menyediakan wang pendahuluan sebanyak 20 peratus untuk membeli sebuah rumah kos
rendah? Mampukah mereka membayar ansuran bulanan sedangkan mereka perlu menanggung kos sara hidup
yang semakin meningkat?

Menyedari hakikat inilah, pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan terutama oleh pihak kerajaan
demi membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Hal ini selaras dengan
tanggungjawab untuk memberikan prasarana yang baik kepada rakyat di samping matlamat setinggan sifar.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang dalam belanjawan untuk pembinaan rumah kos
rendah. Peruntukan tersebut jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup
rakyatnya dan merealisasikan hasrat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Dalam hal ini,
pihak pemaju turut sama melaksanakan tanggungjawab membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Isi Ringkasan (7)


1. Harga rumah yang agak tinggi
2. Pendapatan rakyat yang rendah
3. Kos sara hidup yang tinggi
4. Bayaran pendahuluan yang agak tinggi
5. Bayaran ansuran yang dikenakan tidak mampu dibayar oleh orang ramai

8
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (8)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang cara-cara
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Aspek tatabahasa harus diberikan banyak penekanan dalam pengajaran bahasa Inggeris di sekolah bagi
mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan. Proses
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam bilik darjah ketika ini kurang memberikan tumpuan
terhaap penguasaan tatabahasa.

Selain mempelajari pengajaran guru, penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris juga boleh
dimantapkan lagi melalui pembacaan bahan yang berkualiti dan mengandungi unsur pendidikan serta nilai
moral. Tabiat dan minat membaca dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar mesti diberikan penekanan
khusus.

Bahan bacaan di perpustakaan sekolah mesti ditambah tetapi pemilihan buku untuk bacaan pelajar
tidak boleh dilakukan sembarangan sebaliknya mesti bersandarkan aspirasi negara. Melalui pembacaan,
pelajar bukan sahaja dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa tetapi secara tidak langsung turut
memperluas pengetahuan mereka.

Langkah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran mata pelajaran
Sains dan Matematik perlu dirancang secara tersusun dan berkesan. Penekanan harus ditumpukan kepada
langkah penambahbaikan, pengukuhan dan pemantapan mata pelajaran Bahasa Inggeris terutamanya
daripada aspek tenaga pengajarnya.

Walau bagaimanapun, sekiranya cadangan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
mata pelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan, penyediaan guru perlu dirancang dengan telitinya kerana
seorang guru yang menguasai kemahiran kedua-dua subjek dan dapat berbahasa Inggeris dengan baik akan
mampu menyampaikan pengajaran secara berkesan sehingga boleh difahami oleh pelajar.

Isi Ringkasan (8)


1. Harga rumah yang agak tinggi
2. Pendapatan rakyat yang rendah
3. Kos sara hidup yang tinggi
4. Bayaran pendahuluan yang agak tinggi
5. Bayaran ansuran yang dikenakan tidak mampu dibayar oleh orang ramai

9
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (9)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang kesan buruk
kedatangan pendatang tanpa izin di negara kita. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Kedatangan pendatang tanpa izin secara bertali arus ke negara kita semakin tidak terkawal. Pelbagai
masalah timbul ekoran kemasukan pendatang tanpa izin ini.

Kes-kes jenayah semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Pergaduhan sesama pendatang dan juga
melibatkan penduduk tempatan merumitkan keadaan. Paling menyedihkan ialah kejadian-kejadian seperti
peras ugut, ragut, rompakan dan pembunuhan melibatkan pendatang tanpa izin. Pengambilan pekerja asing
dibenarkan di negara kita untuk memenuhi keperluan tenaga manusia. Walau bagaimanapun peluang
pekerjaan bagi penduduk tempatan semakin berkurangan dan ada majikan yang lebih mementingkan tenaga
pekerja asing kerana upahnya jauh lebih murah. Dalam pada itu, perkara yang membimbangkan ialah banyak
dalam kalangan pendatang asing sudah mula menguasai bidang perniagaan di dalam negara kita. Mereka
sudah membuka gerai dan ada juga antara penduduk tempatan menyewa gerai kepada warga asing.
Pengaliran wang kita ke negara asing sudah tidak asing lagi. Kita sukar menyekat kemasukan tenaga pekerja
asing sekiranya penduduk tempatan seakan-akan leka dengan keadaan ini. Penduduk tempatan memandang
rendah terhadap kerja-kerja remeh atau lebih gemar bekerja di pejabat.

Rakyat di negara ini perlu mengubah sikap mereka dengan tidak terlalu memilih pekerjaan. Sebaliknya
mereka perlu merebut peluang yang selama ini diisi oleh pekerja asing.

Isi Ringkasan (9)


1. Kes-kes jenayah semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini
2. Pergaduhan sesama pendatang dan juga melibatkan penduduk tempatan merumitkan keadaan.
3. Paling menyedihkan ialah kejadian-kejadian seperti peras ugut, ragut, rompakan dan pembunuhan melibatkan pendatang
tanpa izin.
4. Peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan semakin berkurangan
5. Kalangan pendatang asing sudah mula menguasai bidang perniagaan
6. Pengaliran wang kita ke negara asing sudah tidak asing lagi.

10
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (10)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang kebaikan-
kebaikan menggunakan barangan buatan Malaysia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Barangan buatan Malaysia kini telah mendapat pasaran di luar negara. Hal ini menunjukkan bahawa
kualiti barangan kita diiktiraf di pasaran antarabangsa. Oleh sebab itu, barangan buatan di negara kita dapat
meningkatkan imej negara di mata dunia.

Penggunaan barangan buatan tempatan turut menaikkan imej industri tempatan. Industri tempatan
dapat meningkatkan keluaran industri mereka kerana sokongan terhadap produk yang dikeluarkan. Setidak-
tidaknya industri tersebut dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tidak kira sama ada industri kecil ataupun besar, sokongan pengguna terhadap barangan yang
dikeluarkan akan menentukan jatuh bangun sesuatu barangan tersebut. Barangan kita yang standing dengan
barangan dari luar akan dapat menyelamatkan wang kita daripada keluar ke negara asing. Apabila kita
membeli barangan tempatan, hal ini bermakna kita mengelak wang kita keluar dari negara sendiri. Kita juga
boleh meyakinkan orang luar supaya membeli barangan dari negara kita.

Sambutan yang diberikan terhadap barangan tempatan telah mewujudkan persaingan yang sihat
dalam kalangan pengeluar-pengeluar. Oleh itu, mutu barangan tempatan akan lebih baik dari semasa ke
semasa. Sokongan terhadap barangan tempatan akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Kerajaan akan
mendapat cukai daripada industri tempatan dan ekonomi negara akan menjadi lebih mantap.

Apa-apa pun, masa hadapan barangan tempatan bergantung pada rakyat negara kita sendiri.
Walaupun rakyat bebas membeli barangan dari mana-mana negara tetapi pengguna mestilah bijak
menentukan barangan yang hendak digunakan dan diperlukan oleh mereka.

Isi Ringkasan (10)


1. Meningkatkan imej negara di mata dunia.
2. Menaikkan imej industri tempatan.
3. Memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
4. Menyelamatkan wang kita daripada keluar ke negara asing
5. Meyakinkan orang luar supaya membeli barangan dari negara kita.
6. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pengeluar-pengeluar/ mutu barangan tempatan akan lebih baik
7. Kerajaan akan mendapat cukai daripada industri tempatan dan ekonomi negara akan menjadi lebih mantap

11
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (11)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang langkah-
langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan
asal.

Saban hari, akhbar mahupun televisyen memaparkan tragedy kemalangan jalan raya yang
menggerunkan kerana mengorbankan nyawa. Pelbagai faktor telah dikenal pasti menyebabkan kemalangan
jalan raya. Sikap pemandu merupakan punca utama seperti cuai, tidak berhemah dan tidak bertimbang rasa.
Di samping itu, keadaan kenderaan itu sendiri turut menjadi penyebab.

Memandangkan kemalangan jalan raya mengakibatkan kerugian harta dan mengorbankan nyawa,
maka langkah pencegahan untuk mengurangkan tragedi ini harus dilaksanakan dengan berkesan dan
berterusan. Kita tidak harus berpeluk tubuh dan berserah kepada takdir sahaja. Antara usaha tersebut adalah
dengan menanamkan sikap berhemah kepada generasi baharu pada peringkat sekolah kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Seterusnya, mata pelajaran khas yang memberikan penekanan terhadap aspek
keselamatan jalan raya perlu diwujudkan sekurang-kurangnya 40 minit seminggu.

Keadaan jalan raya seperti permukaan jalan raya yang licin, selekoh berbahaya dan berlubang juga
merupakan penyebab kemalangan jalan raya. Bagi semua jalan yang dikenal pasti sebagai tempat yang kerap
berlaku kemalangan, dicadangkan agar papan tanda had laju diletakkan di jalan tersebut supaya para
pemandu peka dan memandu kenderaan mengikut had laju tersebut. Di samping itu, kerja memperlebar
pinggir jalan dan memperbaik tebing jalan yang terlalu tinggi perlu dilakukan kerana ada juga kemalangan
berpunca akibat hal ini.

Sebagai perancangan jangka panjang, jalan sehala perlu diperbanyak. Langkah ini tidak semestinya di
lebuh raya sahaja malahan di jalan raya yang terletak di bandar dan sebagainya. Diharapkan agar langkah-
langkah yang bakal diambil nanti akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.

Isi ringkasan (11)


1. Menanamkan sikap berhemah kepada generasi baharu pada peringkat sekolah
2. Mata pelajaran khas yang memberikan penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya perlu diwujudkan sekurang-
kurangnya 40 minit seminggu.
3. Papan tanda had laju diletakkan di jalan yang kerap berlaku kemalangan
4. Kerja memperlebar pinggir jalan dan memperbaik tebing jalan yang terlalu tinggi perlu dilakukan
5. Sebagai perancangan jangka panjang, jalan sehala perlu diperbanyak

12
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN

BAHAGIAN C: RINGKASAN (12)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang kebaikan
menabung. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Istilah menabung dapat didefinisikan sebagai menyimpan lebihan wang perbelanjaan dan berhubung
rapat dengan tabiat berjimat cermat. Banyak terdapat cara menabung. Kanak-kanak lazimnya digalakkan agar
menyimpan wang di dalam tabung. Sesetengah orang lebih berminat untuk menyimpan wang di bank dan ada
pula yang melabur wang dalam saham tertentu. Bagi orang yang mampu pula, membeli insurans dianggap
sebagai cara menabung.

Kaum belia patut mempunyai tabiat menabung sejak kecil kerana sikap positif ini merupakan titik
permulaan ke arah masa depan yang cerah. Sebagai galakan, pihak kerajaan telah melancarkan Skim Amanah
Saham Bumiputera (ASB) dan Skim Amanah Wawasan (SAW) untuk generasi muda. Wang simpanan ini
memungkinkan mereka membiayai pelajaran di menara gading ataupun setidak-tidaknya memulakan
perniagaan dengan wang simpanan sendiri. Mereka juga akan dapat mengelakkan diri daripada tabiat
berhutang.

Bagi orang dewasa yang telah bekerja, mereka haruslah lebih banyak menabung daripada berbelanja.
Hal ini jelas terbukti dengan penubuhan Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP). Skim ini membolehkan para
pekerja menyimpan wang untuk bekalan hari tua. Selain itu, jika mereka membuka akaun simpanan, mereka
aka memperoleh dividen dan sekali gus melipatgandakan jumlah simpanan. Mereka juga dapat membeli
sesuatu barangan mewah secara tunai.

Negara kita akan beruntung jika rakyat menabung. Wang yang kita simpan di bank dan dilabur akan
digunakan oleh pihak kerajaan bagi kepentingan negara seperti membaiki sistem perhubungan dan
pengangkutan serta menganjurkan projek-projek besar.

Sesungguhnya, menabung mestilah dijadikan amalan dan budaya hidup setiap rakyat Malaysia.
Janganlah boros apabila berbelanja agar tidak mengalami kesusahan kelak.

Isi ringkasan (12)


1. Membiayai pelajaran di institusi pengajian tinggi
2. Sebagai modal memulakan perniagaan
3. Mengelakkan diri daripada tabiat berhutang
4. Menyimpan wang untuk bekalan hari tua
5. Memperoleh dividen dan melipatgandakan jumlah simpanan dalam akaun simpanan
6. Membeli sesuatu barangan mewah secara tunai
7. Digunakan oleh pihak kerajaan bagi kepentingan negara

13
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN
BAHAGIAN C: RINGKASAN (13)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang sebab-sebab
larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Antara alat canggih yang telah dicipta dan diperkembang teknologinya dari semasa ke semasa ialah
telefon bimbit. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja dengan telefon bimbit walau di mana-mana pun kita
berada. Selain itu, kemudahan mesej pendek untuk menghantar berita, berbual dan sebagainya menjimatkan
masa dan wang. Kelengkapan kamera dan pemain muzik menyebabkan banyak orang menggunakan alat ini.
Tambahan pula, kini telefon bimbit menyediakan kemudahan 3G supaya penggunanya dapat melayari
Internet.

Kini, kebanyakan ibu bapa membelikan anak mereka telefon bimbit dengan tujuan untuk memudahkan
mereka menghubungi anak, termasuk ketika anak berada di sekolah. Namun sedemikian, sesetengah murid
menunjuk-nunjuk telefon yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Keadaan ini dapat mewujudkan sikap
materialistik dalam diri murid tersebut manakala rakan-rakan yang tidak memiliki alat tersebut akan berasa
tersisih, dengki dan dapat menimbulkan hubungan sosial yang tidak baik. Bagi murid yang kurang mampu, ada
yang memaksa ibu bapa membelikan mereka telefon bimbit untuk bersaing dengan rakan yang telah
memilikinya. Hal ini tentulah membebankan ibu bapa. Apabila berlaku kecurian telefon bimbit, pihak sekolah
terpaksa menguruskan kes kecurian itu sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu dan
membuang masa serta tenaga para guru yang sepatutnya berada di dalam kelas.

Isi ringkasan (13)


1. Murid menunjuk-nunjuk telefon bimbit kepada rakan.
2. Mewujudkan sikap materialistik dalam diri murid yang memiliki telefon bimbit.
3. Murid yang tidak memiliki telefon bimbit akan berasa tersisih, dengki dan menimbulkan hubungan sosial yang tidak baik
4. Membebankan ibu bapa apabila anak memaksa ibu bapa untuk membeli telefon bimbit sedangkan ibu bapa kurang
berkemampuan
5. Menyebabkan proses pembelajaran terganggu dan membuang masa serta tenaga para guru apabila berlaku kes kecurian
telefon bimbit.
6. Murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian semasa belajar kerana diganggu oleh deringan telefon
7. Murid membawa telefon bimbit ke dewan peperiksaan
8. Murid-murid dapat memuat turun gambar dan klip video yang tidak senonoh.
9. Murid menghantar gambar dan klip video tersebut kepada rakan yang lain

14
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) V1/15/7/19 CIKGU JOEY @ CIKGU 20 SEN
BAHAGIAN C: RINGKASAN (14)

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu ringkasan tentang punca-punca
bunyi bising daripada kenderaan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Pencemaran bunyi ditakrifkan sebagai pelepasan bunyi pada suatu tahap yang tidak diinginkan
sehingga dapat menganggu keselesaan hidup manusia dan alam sekitar. Pada zaman moden ini, pencemaran
bunyi bising bukanlah suatu masalah baharu pada masa ini. Walau bagaimanapun, perkara ini kurang
diberikan perhatian oleh masyarakat. Kebisingan lalu lintas di kawasan bandar memberikan pelbagai kesan
kepada penduduk. Bunyi bising daripada kenderaan seperti bas, lori dan kereta terhasil daripada beberapa
punca utama. Antaranya ialah pelepasan bunyi melalui enjin. Hal ini dikenal pasti sebagai penyumbang bunyi
bising yang paling utama. Peningkatan bunyi bising berkadar langsung dengan kelajuan sesebuah kenderaan
yang sedang dipandu. Bunyi bising kenderaan juga dipengaruhi oleh pelepasan bunyi daripada tayar
kenderaan. Bunyi bising biasanya berlaku disebabkan kekerapan sentuhan permukaan tayar dengan
permukaan jalan raya semasa kenderaan bergerak. Permukaan jalan dan corak tayar yang kasar
menyebabkan tambahan terhadap daya geseran.

Bunyi bising kipas penyejukan yang terletak di bahagian enjin kenderaan dapat menyebabkan
pelepasan bunyi secara berlebihan sekiranya tidak ditutup dengan sempurna. Namun demikian, variasi tahap
pelepasan ialah pelepasan bunyi bising daripada ekzos kenderaan. Reka bentuk ekzos kenderaan dapat
mempengaruhi pelepasan bunyi. Ketiadaan alat penyerap bunyi di dalam sistem ekzos menyebabkan
pelepasan bunyi pada tahap yang tinggi. Pelepasan bunyi daripada getaran enjin yang seterusnya dipindahkan
ke struktur badan kenderaan menyebabkan getaran kerap berlaku sehingga menimbulkan bunyi bising.

Selain itu, sesebuah kenderaan juga mengeluarkan bunyi bising berpunca daripada pelepasan bunyi
daripada reka bentuk aerodinamik. Kenderaan yang bergerak itu akan berlanggar dengan angin. Bentuk
aerodinamik yang tidak sempurna akan menghasilkan pergolakan angin pada struktur aerodinamik dan
seterusnya menghasilkan bunyi. Mereka yang terdedah kepada bunyi bising yang berlebihan akan mengalami
masalah kesihatan, termasuk masalah penyakit jantung. Kesan yang lain ialah gangguan semasa tidur dan
kesan terhadap psikologi mental. Bunyi bising lalu lintas juga dapat memberikan kesan terhadap kemajuan
pembelajaran kanak-kanak. Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan pula dapat menyebabkan
kehilangan pendengaran. Oleh hal yang demikian, penguatkuasaan undang-undang dan program kesedaran
dalam kalangan masyarakat harus dilaksanakan bagi mengawal pencemaran bunyi bising daripada kenderaan.

Isi ringkasan (14)


1. Pelepasan bunyi melalui enjin
2. Pelepasan bunyi daripada tayar kenderaan
3. Pelepasan bunyi daripada kipas penyejukan enjin
4. Pelepasan bunyi bising daripada ekzos kenderaan
5. Pelepasan bunyi daripada getaran enjin yang seterusnya dipindahkan ke struktur badan kenderaan
6. Pelepasan bunyi hasil daripada reka bentuk aerodinamik yang tidak mengambil kira faktor penghasilan bunyi

15

You might also like