You are on page 1of 11

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS (BIM)

MEI/2020

BBNG3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

NO. MATRIKULASI : 881122265027001


NO. KAD PENGNEALAN : 881122265027
NO. TELEFON : 0134392157
E-MEL : eyezat@ymail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH


1. PENGENALAN MENGENAI ORGANISASI PERNIAGAAN
Definisi perniagaan antarabangsa ialah aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan
antara sebuah negara dengan negara lain untuk tujuan mendapatkan keuntungan.
Aktiviti ini melibatkan import, eksport dan entrepot. Selain itu, kedua-dua perniagaan
import dan eksport terdiri daripada import dan eksport nyata dan tak nyata. Antara
faktor wujudnya perniagaan antarabangsa ialah terdapat perbezaan sumber alam
semulajadi, perbezaan kos pengeluaran, mewujudkan hubungan antarabangsa dan
perbezaan tahap teknologi antara sesebuah negara.

Terdapat banyak perniagaan antarabangsa yang ada di Malaysia. Salah satunya


ialah syarikat McDonald’s yang terkenal sebagai sebuah restoran makanan segera.
Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh
adik-beradik Dick dan Mac McDonald. Pada waktu itu, pengenalan "Sistem
Perkhidmatan Speedee" dimulakan oleh mereka. Kemudian, pada tahun 1948, mereka
mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun,
McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh penubuhannya sebagai tarikh
pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada
tahun 1955. Hakikatnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan
bagi McDonald's. McDonald’s telah mengamalkan sistem francais iaitu pemberian
kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk menggunakan sebarang
kepakaran pembuatan atau perkhidmatan, teknik pemasaran, cap dagang, paten dan
sebagainya untuk mengeluarkan dan memasarkan produk. Francaisor akan
menyampaikan pengetahuan, imej, kepakaran pembuatan atau perkhidmatan dan
teknik pemasaran kepada francaisi. Perkataan "francais" berasal daripada dialek lama
Perancis yang bermakna keistimewaan atau kebebasan. Selain itu, francaisi akan
membayar royalti kepada francaisor dan dibenarkan menggunakan nama syarikat dan
menerima bantuan dari francaisor untuk memulakan perniagaan di sesuatu kawasan
tertentu.

Seterusnya, McDonald’s meluaskan pasarannya lagi dengan memulakan operasi


mereka di Malaysia pada Mei 1982 dengan asalnya ialah Golden Arches Restaurants
Sdn Bhd (GAR). Tahun demi tahun, GAR semakin mendapat tempat dihati
pelanggannya sehinggalah GAR telah menukar namanya kepada McDonald’s,
sempena nama asal McDonald’s di pasaran antarabangsa. Tahun demi tahun,
perkembangan pesat rangkaian makanan segera ini telah memberikan peluang untuk
lebih 400 pembekal-pembekal tempatan menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih
erat. Malahan, McDonald’s juga telah menyediakan lebih 12 ribu peluang pekerjaan
di seluruh Malaysia. Hal ini kerana 95 peratus daripadanya adalah dari anak tempatan
sendiri yang menguruskan McDonald’s. Hasil daripada peluasan pasaran di Malaysia,
McDonald’s mempunyai 270 buah restoran di seluruh negara. Bagaimanapun,
McDonald’s masih menyasarkan untuk membuka kira-kira 230 buah restoran lagi
pada masa akan datang. Dengan menjadikan jumlah keseluruahnya mencecah 500
buah restoran pada masa akan datang, ini akan mewujudkan kira-kira 11,500 peluang
pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Pada tahun 2014, lebih daripada RM100 juta telah dilaburkan untuk membuka,
mengubahsuai dan menaik taraf restoran-restoran McDonald’s di seluruh Malaysia.
Ini sekaligus membuktikan bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyalurkan
sebarang hasil jualan, keuntungan atau royalti mereka terhadap sebarang konflik
antarabangsa. Dari segi francais, lebih 70 buah restoran McDonald’s di Malaysia
dimiliki dan diusahakan oleh sekitar 30 orang francaisi yang kesemuanya terdiri
daripada warga tempatan. Lebih-lebih lagi, kesemua pemegang francaisi ini bukan
merupakan kakitangan syarikat Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. manakala
mereka merupakan majikan kepada pekerja-pekerja di restoran yang difrancaiskan
kepada mereka. Tambahan pula, para pemilik francais ini juga melabur dalam jumlah
amaun yang cukup besar malah ada yang mencecah jutaan ringgit. Paling utama,
sebagai usahawan mereka turut menanggung risiko perniagaan sendiri. Terkini,
McDonald’s mensasarkan untuk memfrancaiskan sekitar 50 peratus daripada jumlah
keseluruhan restoran McDonald’s di Malaysia menjelang tahun 2020 bagi
menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada anak-anak tempatan.
2. PERBINCANGAN MENGENAI KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang
kaum. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. 54%
daripada penduduk Malaysia terdiri daripada kaum Melayu. Melayu adalah satu kaum
yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dan
mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Selain itu, kaum
Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakan kaum Cina
beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka,
Kantonis atau Teochew serta lebih dominan dalam bidang ekonomi. Manakala, kaum
India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya mereka beragama
Hindu dan bertutur dalam bahasa Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat
juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Setiap kaum di
Malaysia juga bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak bertentangan
dengan undang-undang negara. Di Malaysia, kaum Melayu merupakan kaum majoriti
diikuti pula dengan kaum Cina, India serta lain-lain kaum minoriti yang lain. Maka,
terdapat pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia.

Budaya ialah sifat tertentu orang yang berhimpun, ditakrifkan oleh semua dari
bahasa, seni, agama, tabiat sosial, nakanan dan muzik. Manakala dari sudut etimologi
pula perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan
yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi” bererti cahaya atau sinar yang
terletak di dalam batin manusia. Kemudian, perkataan “daya” bertalian dengan upaya
iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan
oleh budinya. Dengan kata lain, budaya dikaitkan dengan adat resam dan perilaku
atau ritual yang dilakukan oleh sesebuah negara ataupun kelompok masyarakat. Di
dalam urusniaga perniagaan dan pasaran antarabangsa, nilai-nilai dan keprihatinan
terhadap budaya masyarakat setempat dan negara perlu diambil berat. Lebih-lebih
lagi, syarikat -syarikat induk perlu sensitif dan peka terhadap isu ini dimana ia
memainkan peranan yang penting dalam kesinambungan arus perniagaan untuk
berjaya di peringkat antarabangsa mahupun sesebuah negara itu sendiri.Selain itu,
penerapan nilai-nilai budaya perlulah selari dan segerak dengan norma-norma
masyarakat setempat. Kemudian, budaya juga boleh ditakrifkan sebagai persekitaran
yang direka oleh manusia seperti contoh ilmu pengetahuan, asas keperluan hidup,
seni, moral, undang-undang, adat dan lain keupayaan dan tingkah laku yang diterima
oleh manusia sebagai amalan kehidupan seharian dalam masyarakat.

Malaysia terbentuk daripada gabungan pelbagai budaya dan etnik. Kepelbagaian


ini telah membentuk keunikan ideologi, fahaman dan pengetahuan baharu. Justeru,
keunikan satu budaya adalah pengetahuan baharu untuk satu budaya lain dan bagi
memahaminya, proses asimilasi berkesan merungkai keunikan. Jadi, penduduk di
Malaysia lebih mudah untukmeneri sesuatu yang baharu kerana mengalami proses
asmilasi. Asimilasi budaya ialah suatu kejadian di mana sesebuah kelompok atau
budaya minoriti semakin menyerupai masyarakat dominan. Istilah yang digunakan
untuk merujuk kepada individu dan kumpulan. Selain itu, asimilasi juga merujuk
untuk sebuah lingkungan sosial kumpulan, termasuk kaum minoriti, imigran dan
orang-orang asli. Justeru, asimilasi ini mungkin berlaku dengan cepat atau secara
beransur-ansur bergantung kepada keadaan sesuatu kumpulan. Namun, asimilasi
penuh berlaku apabila anggota dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dibezakan
daripada golongan yang dominan. Asimilasi ini terjadi secara spontan atau secara
paksa, di mana sebarang budaya boleh mengambil guna budaya-budaya lain yang
berbeza. Bagi masyarakat majmuk proses asimilasi ini biasa berlaku bagi
mewujudkan perpaduan antara kaum majoriti dan minoriti. Proses ini mempunyai
pelbagai jenis termasuklah asimilasi bahasa, makanan serta budaya.

Salah satunya, Malaysia terkenal kerana makanannya. Masakan Malaysia


mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya dan ditakrifkan oleh
kepelbagaiannya. Terdapat banyak budaya di Malaysia dan kawasan sekitarnya telah
mempengaruhi masakan Malaysia, antaranya pengaruh yang kuat dari masakan
Melayu, Cina, India, Thailand, Jawa dan Sumatera. Selain daripada masakan daripada
pelbagai kaum, negeri-negeri yang berlainan di Malaysia juga mempunyai pelbagai
hidangan dan selalunya makanan di Malaysia berbeza dari hidangan asal. Tambahan
pula, kadang-kadang makanan yang tidak dijumpai dalam budaya asalnya
diasimilasikan ke dalam yang lain. Contohnya, makanan dari satu budaya kadang-
kadang dimasak dengan menggunakan gaya yang diambil dari yang lain. Hal ini
bermakna walaupun banyak hidangan Malaysia berasal dari budaya lain, mereka
mempunyai identiti mereka sendiri. Namun begitu, daging babi jarang digunakan di
Malaysia kerana penduduk Islam yang ramai. Beberapa perayaan mempunyai
makanan yang dinikmati bersama-sama di Malaysia. Contohnya, kuih bulan sering
dimakan ketika Festival Kuih Bulan. Bagi yang beragama Islam, pastinya makanan
halal menjadi keutamaan kepada mereka. Oleh itu, kerana Malaysia memiliki rakyat
yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah makanan-makanan orang Malaysia juga
terdiri darpadai pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Biarpun di
Malaysia berbeza bangsa dan agama, namun pilihan makanan turut dikongsi bersama.

3. ANALISIS TENTANG DIMENSI NILAI BUDAYA DALAM PERNIAGAAN


MC’DONALDS
Strategi dalam perniagaan untuk berjaya mestilah mengambil berat tentang sesuatu
keperluan, kehendak, norma dan budaya sesuatu masyarakat setempat itu. Salah
satunya, memahami perbezaan budaya adalah sangat penting kepada kejayaan
sesebuah syarikat dalam dunia perniagaan antarabangsa. Hal ini kerana budaya
masyarakat memberi kesan kepada sistem politik, ekonomi, sosial dan etika firma
semasa perniagaannya berurusan dalam dunia masyarakat itu. Selain itu, budaya
masyarakat mencerminkan nilai-nilai harmoni kebudayaan, kelakuan,
kepercayaan,adat dan sikap masyarakat itu sendiri. Dalam kata lain budaya adalah
satu tingkah laku individu atau kumpulan dalam sesebuah masyarakat yang telah di
diwarisi dan diamalkan serta diperkenalkan kepada ahli-ahli masyarakat yang lain.
Tambahan pula, unsur-unsur budaya saling berkaitan dan kukuh diantara satu sama
lain serta elemen-elemen ini adalah bersesuaian. Ianya berubah seperti kuasa luar
yang mempengaruhi masyarakat setempat. Kemudian, budaya tidak hanya dikongsi
oleh ahli-ahli masyarakat tertentu sahaja tetapi diperluaskan dan dikongsi bersama
dengan masyarakat-masyarakat setempat yang lain.

Terdapat beberapa penyelidik telah mengkategorikan negara-negara mengikut


ciri-ciri kebudayaan yang sama. Selain itu, pembangunan sesebuah negara telah
dibangunkan berdasarkan dari klasifikasi konteks-konteks tertinggi dan yang
terendah, dimana ianya memberi tumpuan kepada kepentingan konteks dalam budaya.
Secara tidak langsung, hal ini sedikit sebanyak telah mewujudkan satu kelompok
kebudayaan yang dapat memudahkan perkara-perkara yang sukar dalam menjalankan
perniagaan di peringkat antarabangsa. Seterusnya, para penyelidik juga mendapati
bahawa banyak negara telah berkongsi sikap yang sama ke arah peranan kerja,
kepuasan kerja dan aspek-aspek kerja yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang
lain dan juga sering memastikan dapat membentuk negara dalam kelompok budaya
yang berkongsi bahasa yang sama. Tambahan pula, penyelidik perintis “Geert
Hofstede” telah mengenal pasti lima dimensi budaya asas iaitu seseorang individu itu
mungkin berbeza dari segi orientasi sosial, orientasi kuasa, orientasi ketidakpastian,
orientasi matlamat dan orientasi masa. Hal ini menunjukkan perbezaan ini memberi
kesan kepada tingkah laku perniagaan dalam pelbagai cara dan sering membawa
kepada salah faham dalam amalan budaya.

Bagi syarikat perniagaan McDonald’s yang terdapat banyak francais di setiap


negara, mereka berjaya menarik minat masyarakat setempat dengan memperkenalkan
menu makanan mengikut keluaran negara tersendiri. Hal ini kerana untuk menarik
minat masyarakat setempat dengan memasukkan menu yang mengikut budaya sesuatu
negara. Contohnya, di McDonald’s Malaysia terdapat menu nasi lemak ayam goreng
McDonald’s. Menu seperti ini mendapat sambutan kerana nasi lemak merupakan
makanan yang disukai masyarakat Malaysia. Namun begitu, walaupun terdapat
pelbagai jenis menu dan diluluskan di ibu pejabat syarikat McDonald’s, menu di
negara-negara yang berbeza dibangunkan dengan mengambil kira keunikan sesuatu
negara. Jadi, di restoran McDonald’s di Itali, pizza disajikan kepada pengunjung.
Manakala, restoran McDonald’s di India tidak menyediakan sandwich dengan daging
lembu dan di negara-negara yang terdapat majoroti masyarakat Muslim tidak
disediakan menu dengan daging babi. Hal ini kerana, McDonald’s mengambil kira
sesuatu budaya masyarakat setempat supaya peniagaannya diterima oleh semua orang
di sesuatu negara.

Tambahan pula, terkini McDonald’s mewujudkan McCafé yang menggunakan


konsep restoran yang berbentuk bistro dan merupakan usaha Perbadanan McDonald's
untuk memperoleh sebahagian pasaran dalam bidang kopi gourmet yang amat popular
semata-mata untuk mengelakkan kerugian bahagian pasarannya kepada syarikat-
syarikat besar yang lain seperti Starbucks. Hal ini juga dapat diterima dalam kalangan
masyarakat Maaysia kerana minuman kopi antara budaya rakyat Malaysia untuk
meminumnya. Antara menu yang disediakan sandwich panino, minuman kopi dan
espresso serta pelbagai pastri. Semua menu makanan ini boleh dipesan untuk di
makan di situ atau dibawa balik. Kemudian, sebatian kopi McCafé juga dijual secara
biasa ataupun di dalam tin untuk dibuat di rumah. Pada tahun 1993, konsep ini
diperkenalkan di Australia dan telah berjaya di beberapa negara, termasuklah Brazil,
Chile, Panama, New Zealand, Colombia, Perancis, Itali, Singapura, Filipina dan
Kanada.

Selain itu, budaya di Malaysia dalam menjalankan kegiatan kebajikan juga aktif.
Maka, McDonald’s juga tidak melupakan sumbangan khidmat komuniti kepada
mereka yang memerlukan. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia
atau RMHC yang diiktiraf sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia,
McDonald’s telah menyalurkan lebih RM11 juta untuk membantu sekitar 20,000
kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara. Tambahan pula, McDonald’s
Malaysia juga telah menyumbangkan lebih RM900 ribu kepada pelbagai rumah
kebajikan tempatan menerusi kempen kutipan amal ‘Prosperity Gives Back’ yang
telah dilancarkan pada tahun 2011. Secara tidak langsung, terbuktilah McDonald’s
berjaya mengambil kira tentang nilai budaya dalam menjalankan perniagaannya di
setiap negara masing-masing.

4. PERBINCANGAN MENGENAI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN


MEMILIKI KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI YANG DIPILIH
Pengaruh pelbagai budaya di dalam dunia perniagaan sejagat adalah penting untuk
membina hubungan antarabangsa yang berjaya. Syarikat akan menerima cabaran
dalam membentangkan dan memperluaskan dalam horizon baru dan benar-benar
penting dalam memahami sepenuhnya kepada pasaran baru yang merupakan
perancangan memperluaskan syarikat. Selain itu, mengetahui satu budaya asing juga
ialah satu proses jangka panjang asimilasi, kefahaman dan integrasi dan merupakan
strategi utama kepada perkembangan perniagaan berjaya secara meluas. Kemudian,
firma perniagaan dan para usahawan mendapati penerokaan mereka ke dalam pasaran
luar negara sangat berbeza dalam pelbagai aspek daripada pasaran tempatan yang
mereka telah sedia kuasai. Justeru, perbezaan tersebut dikenal pasti dalam aspek adat
kebiasaan perniagaan luar, nilai-nilai dan definisi kelakuan beretika. Perniaagan yang
dijalankan berjuang dalam arena antarabangsa tanpa memahami budaya dan cara kerja
antarabangsa boleh membantutkan kejayaan yang sepatutnya diperoleh. Jadi,
keberhasilan dalam segala aspek perniagaan antarabangsa sangat dipengaruhi oleh
kemampuan beradaptasi dengan perbezaan budaya yang wujud. Tuntasnya, budaya
mampu memberikan sama ada kelebihan atau kekurangan dalam persaingan dunia
perniagaan.

Dalam menjalankan perniagaan McDonald’s di Malaysia, terdapat juga kebaikan


dan kekurangan dalan aspek kepelbagaian budaya. Antara kebaikannya dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Contohnya, dalam menjalankan
perniagaan McDonald’s, rakyat Malaysia dapat menikmati makanan-makanan yang
disajikan dengan mudah di negara sendiri. Tambahan pula, sesebuah negara tidak
dapat mengeluarkan semua barang untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna yang tidak terhad. Selain itu, barang yang tidak ada dalam negara perlu
diimport, contohnya McDonald’s mengekalkan sos yang sama di setiap negara yang
membuka francaisnya. Kemudian, dengan adanya McDonald’s dapat
mempelbagaikan pilihan pengguna untuk membeli makanan kerana setiap pengguna
mempunyai cita rasa yang berbeza. Jadi, pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana
banyak restoran makanan segera di pasaran.

Lebih-lebih lagi, dengan pembukaan banyak francais McDonald’s di Malaysia,


secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Hal ini kerana rakyat
Malaysia juga dapat menikmati keselesaan hidup daripada banyaknya francais
McDonald’s. Hal ini juga dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Bahkan
dapat mengurangkan pengangguran pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan
perkhidmatan. Selain itu, dalam kalangan rakyat Malaysia juga dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman kerana rakyat Malaysia terdedah kepada pelbagai
pertukaran teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain. Lebih-lebih lagi, dapat
menjalinkan hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan
dan teknologi. Secara tidak langsung, pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan
kualiti keluaran. Seterusnya, terdapat kebaikan juga kepentingan kepada negara iaitu
dapat menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan melalui duti kastam ke atas
import dan eksport. Justeru, cukai pendapatan ke atas keuntungan menkadi kelebihan
kepada negara kerana kerajaan dapat menambah peruntukan untuk projek
pembangunan negara. Ianya juga memupuk persefahaman dan kerjasama
antarabangsa sekaligus hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek
kebudayaan, ekonomi, sosial, politik dan teknologi.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan kepelbagaian budaya dalam
menjalankan perniagaan McDonald’s ini. Antaranya ialah firma akan berhadapan
dengan pelbagai faktor yang sukar difahami, seperti faktor budaya, sosial,
demografik, persekitaran tempatan, politikal, guaman, kerajaan, teknologikal,
ekonomi dan kuasa persaingan apabila melakukan perniagaan di peringkat
antarabangsa. Justeru, faktor ini kadangkala menghalang atau menyukarkan
komunikasi antara syarikat induk dan subsidiari. Risiko “dimilik negara” atau
rampasan nasionalistik juga salah satu kekurangannya.

Kemudian, wujud perbezaan dalam penggunaan bahasa, budaya dan sistem nilai
di sesuatu negara dan ini boleh mewujudkan satu halangan pada komunikasi serta
memberi masalah dalam pengurusan sumber manusia. Dalam mengendalikan
perniagaan antarabangsa, firma perlu memahami pelbagai ilmu seperti ilmu persatuan
ekonomi serantau, Bank Dunia, Perdagangan Bebas Serantau, World Trade
Organization dan sebagainya kerana kefahaman setiap peranan persatuan tersebut
kadangkala sukar diperolehi.

5. RINGKASAN
Tugasan Perniagaan Antarabangsa (BBNG3103) pada semester ini bertujuan untuk
meningkatkan kebolehan pelajar menganalisis kepentingan persekitaran budaya dalam
perniagaan antarabangsa. Kemudian, dapat meningkatkan dan memperkayakan
pengetahuan pelajar rmerentas pelbagai bidang perniagaan bagi membolehkan
menghadapi dunia perniagaan global yang mencabar. Tugasan ini turut menerangkan
tentang pengurusan eksport dan import, pemasaran antarabangsa dan penyelidikan
pemasaran bagi perdagangan antarabangsa. Hal ini penting kerana pengetahuan asas
mengenai kepentingan perdagangan antara negara-negara, hubungan baik antara
kerajaan, risiko dan insurans, sistem perundangan negara, kecekapan pengurusan
kewangan serta pengurusan rangkaian bekalan dalam mengurus aktiviti perniagaan
dan logistik turut diterapkan.

Saya juga perlu memilih sebuah organisasi perniagaan antarabangsa iaitu


perniagaan resoran makanan segera yang popular di Malaysia, McDonald’s.
Perniagaan ini menjalankan konsep francais yang boleh dimiliki oleh sesiapapun yang
berkelayakan mengikut syaratnya. Berdasarkan prestasi McDonalds di Malaysia serta
statistik yang dipamerkan, tentunya telah menjadi perangsang kepada warga Malaysia
yang berkelayakan untuk menjadi penerima francais McDonalds dan mengendalikan
perkhidmatan restoran makanan segera dengan jenama yang diiktiraf dan dikenali di
dunia ini. Tambahan pula, penerima francais juga perlu melihat aspek positif kesan
daripada pembukaan restoran-restoran baru, iaitu akan ada lebih banyak peluang
pekerjaan untuk warga tempatan dan seterusnya mengukuhkan kekuatan usahawan di
Malaysia.

Namun begitu, dalam berdepan dengan dunia perniagaan terdapat cabaran-


cabaran yang perlu ditempuhi. Antaranya dari segi budaya, menu makanan, lokasi
yang strategik dan sebagainya. Jika seseorang itu mempunyai misi dan visi yang
tinggi, integriti diri yang tinggi, semangat keusahawanan dan keinginan yang kuat
untuk berjaya, mempunyai modal yang mencukupi dan berkeupayaan untuk
menguruskan kewangan, memiliki lokasi yang strategik, ingin merasai pengalaman
bekerja di bawah naungan jenama yang terkenal dan diiktiraf, dapat memotivasi dan
melatih mereka yang terlibat bersama anda dan yakin dengan strategi perniagaan
anda, pastinya francais McDonalds mampu memberikan anda keuntungan yang
lumayan. Salah satu sebab yang paling kuat untuk membuka cawangan francais
McDonald’s yang baharu ialah budaya rakyat Malaysia yang sudah menerima menu-
menu makanan yang disediakan di McDonald’s. Malahan ada yang menjadikan
sebagai makanan kegemaran serta memudahkan pengguna dengan membeli makanan
di sana.

Natijahnya, dalam kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia memudahkan


restoran makanan segera, McDonald’s dapat diterima dan mendapat sambutan yang
baik. Hal ini dapat meluaskan pasarannya, meningkatkan ekonomi negara,
mengeratkan hubungan baik, dan sebagainya. Tambahan pula sistem perniagaan
McDonald’s ialah francais yang semakin berkembang bergantung kepada
popularitinya kian meningkat. Jadi, tidak susah untuk seseorang memulakan
pembukaan francais McDonald’s di Malaysia.

You might also like