You are on page 1of 23

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/341821012

SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL KUIL BATU CAVES Parameswari krishnan


Abstrak

Article · June 2020

CITATIONS READS

0 2,232

1 author:

Parameswari Krishnan
UNISEL | Universiti Selangor
68 PUBLICATIONS   1,073 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Parameswari Krishnan on 02 June 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL KUIL BATU CAVES

Parameswari krishnan

Abstrak
Makalah ini membincangkan sejarah awal permulaan kuil Batu Caves sekitar 1800-an sehingga perkembangan kuil Batu
Caves sekitar tahun 2000. Kajian ini sangat penting dalam memperincikan sejarah penubuhan sebuah kuil Murugan yang
terawal dan tertua di Malaysia. Artikel ini turut menjelaskan hubungan kuil Murugan Batu Caves dengan kuil-kuil yang lain
iaitu kuil Sri Maha Mariamman dan kuil Kortumalai Piilaiyar di Kuala Lumpur.1

Sejarah Ringkas Orang India

Masyarakat India dari Tamil Nadu, India berhijrah ke Tanah Melayu sekitar hujung abad ke-

19 dan awal 20-an.2 Dalam jangka masa 1844-1941, masyarakat India datang ke sini dalam

pelbagai cara. 43.1% daripada masyarakat India di negara ini di bawa melalui sistem kangani,

9.1% daripada mereka datang melalui perjanjian, 10.7% orang dengan usaha sendiri bertapak

di sini. Selebihnya iaitu 6.6% orang datang melalui cara yang lain. 3 Ini disebabkan oleh

keperluan ekonomi dan politik. Kemasukan orang India ke Tanah Melayu telah menyelesaikan

masalah buruh yang dihadapi oleh British. Selain itu, British membawa masuk orang India

bukan sahaja untuk bekerja di ladang malah untuk mengimbangi bilangan orang Cina dan

Melayu di Tanah Melayu. Sistem kangani wujud seawal tahun 1860-an tetapi mula menjadi

penting sekitar tahun 1890-an.4 Selepas tahun 1910 (dengan pembatalan sistem kontrak), buruh

India Selatan dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem kangani. Pekerja-pekerja tersebut

tidak terikat dengan sebarang perjanjian tetapi dikehendaki membayar balik segala

perbelanjaan yang dibuat untuk membawa mereka ke Tanah Melayu. 5 Seramai 80% daripada

1
Makalah ini adalah ringkasan daripada Tesis Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 2007. Kesemua maklumat
yang dimuatkan dalam makalah ini diperolehi melalui wawancara bersama ahli jawatankuasa pengurusan kuil Sri
Maha Mariamman. Hanya sebahagiannya diperolehi melalui kajian arkib, majalah kuil Batu caves dan buku. Kuil
Murugan atau Sri Subramaniyar Swami, kuil Kortumalai Pillaiyar dan kuil Sri Maha Mariamman beroperasi di
bawah pengurusan kuil Sri Maha Mariamman.
2
P.Ramasami, Maleciyat Tottat Tolilalar Valvum Porattangglum (Kehidupan dan permasalahan yang dihadapi
oleh peladang di Malaysia), Kuala Lumpur: Cemparutti Veliyidu, 1999, hlm.14.
3
Rabindra Daniel.J, Indian Christians in Peninsular Malaysia, Tamil Arrival Conference, Kuala Lumpur:
Methodist Church, 1992, hlm. 52.
4
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd., Kuala
Lumpur: 2002, hlm. 17.
5
Kangany merupakan seorang penghijrah India yang bekerja sebagai mandur di ladang-ladang. Beliau dihantar
ke India untuk mendapatkan pekerja-pekerja dari kampungnya. Lihat S. Arasaratnam, Indians in Malayisa and

1
orang India di Tanah Melayu beragama Hindu dan berasal dari wilayah Madras. Agama Hindu

dibawa bersama-sama dengan orang India sejak berhijrah ke Tanah Melayu. Kuil-kuil telah

dibina di ladang-ladang untuk orang India.6 Kuil-kuil yang dibina bergantung kepada dewa

atau dewi pilihan mereka dan mengikut kemampuan kewangan mereka. Kuil memainkan

peranan yang penting dalam kehidupan orang India.7 Setiap ladang akan mempunyai sekurang-

kurangnya sebuah kuil.8 Pengurusan kuil-kuil ini diurus menerusi satu struktur pemerintahan

tempatan yang dikenali sebagai Majlis Keadilan ‘panjayattu’. 9


K.S.Shandu menyebut

kenyataan ini seperti di bawah,

“Kovil illa uril kudi irukka vendam.” 10(do not live in a town where there is no temple)

Kewujudan agama adalah untuk melahirkan manusia yang sempurna dari sudut hati dan

kelakuan dan bukannya sekadar badan yang meliputi nyawa semata-mata. Perkataan samayam

(agama) diterbitkan daripada perkataan ‘samai’. ‘Samaittal’ bermaksud menjadikan seseorang

lebih matang. Ini bermaksud agama bersifat memberi kematangan kepada seseorang individu

untuk mencari haluan menuju tuhan.11 Lebih-lebih lagi, perkataan lain bagi kuil dalam Bahasa

Tamil ‘Alayam’ didefinisikan mengikut pecahan A + layam. ‘A’ bermaksud jiwa dan ‘layam’

bermaksud ‘destinasi yang sesuai untuk menuju atau sampai’. Ini bermaksud, jiwa merupakan

Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, hlm. 16-20. Untuk keterangan lanjut sila lihat, K.S.
Sandhu, Indian in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement (1786-1957), London: Cambridge
University Press, 1969, hlm.89-102, Federated Malay States, Further Report of The Commission Appointed To
Enquire The Conditions of Indentured Labour In The Federated Malay States, dalam tajuk Indentured Indian
Labour- Recruitment, hlm. 1
6
Annual Report of The Agent of The Government of India In British Malaya for the year 1928, Calcutta:
Government of India, Central Publication Branch, 1929, hlm. 20
7
Annual Report of Labour Department for the year of 1954, Kuala Lumpur: F.M.S. Government Press, 1955 hlm.
42.
8
K.S.Sandhu, Indians In Malaya, Some Aspect of their Immigration and Settlement, (1786 1957), London:
Cambridge University Press, 1969, hlm. 233.
9
Arasaratnam, S. Indians in Malaya and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, hlm. 162-
163.
10
Ibid., hlm. 233.
11
Swamiji Umapatisivam, ‘Inthu Camayattin Unmai Vilakkam’ (Kebenaran Dalam Agama Hindu), Selangor:
Mangkalam Veliyidu, 1995, hlm. 8-9.

2
destinasi yang sesuai untuk menuju atau sampai kepada tuhan.12 Sri Ramakirushna Jeyanhtar

dalam karya, ‘Ulakukku teriyathe unmaiyana inthu matham’13 menyatakan bahawa walaupun

kuil-kuil agama hindu banyak dibina di merata-rata tempat di dunia, terdapat kemungkinan

hanya sebuah kuil dibina di sesuatu tempat tertentu dan agama hindu tersebar dari situ secara

meluas’. Menurut pendapatnya lagi, akhirat bagi dunia ini merupakan tempat permulaan yang

asal bagi kewujudan agama hindu kerana agama ini amat berkait rapat dengan unsur-unsur

alam semulajadi. Lingga yang terdapat di Kuil Cokkanatar yang direka oleh Tanukotta Rishi

pada 8000 m.s dikatakan lingga yang tertua di dunia.14 Walaupun terdapat banyak gosip-gosip

tentang sejarah kuil-kuil Hindu, sehingga kini tiada bukti yang kukuh ditunjukkan tentang

jangka waktu dan tempat kewujudannya. Sekitar abad ke-19 dan ke-20 banyak kuil mula dibina

di Malaysia. Di Kedah, Lingga-lingga yang berkaitan dengan penyembahan Dewa Sivan telah

ditemui lebih kurang di 10 buah tempat seperti Bukit Batu Pahat, Sungai Batu, Kampung

Pangkalan Bujang, Kampung Pendang Dalam dan sebagainya. Hasil keadah arkeologi

menunjukkan penyembahan Dewa Sivan bermula di Kadaram sejak abad ke-7 lagi.15 Menurut

Fred Clothey, Dewa Murugan merupakan dewa yang tertua dalam sejarah kaum India. Lebih-

lebih lagi, banyak Sastera Sangam menyerlahkan kemegahan dewa ini. Murugan dikatakan

dewa kaum India dan bertapak di kawasan-kawasan bukit.16 ‘Murugu’ dalam Bahasa Tamil

bermaksud muda, kecantikkan yang tidak hilang, kebertuhanan dan sebagainya.17

12
A.S.Nakalinkam, ‘Inthumatha Unmaigal’ (Kebenaran Agama Hindu), Sungai Siput: Penerbitan Kalasalai,
1978, hlm. 24.
13
Sri Ramakrishna Jeyantar, Ulakattiirku Teriyatha Unmaiyana Intu Matam (Agama Hindu Yang Sebenar Yang
Tidak Diketahui Oleh Masyarakat Sedunia), Chennai: Anbika Kalaccara Veliyidu, 1992, hlm. 3-4.
14
Ibid, hlm. 3-4.
15
Mohd Supian Sabtu, Tamadun Awal Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm.
60-66.
16
Clothey.W.Fred, The Man Faces of Murukan, London: The Hague, 1978, hlm. 2.
17
K.V.Jakanathan, ‘Perum Peyar Murukan’ (Dewa Muruga yang Terulung), Chennai: Kalaga Veliyidu, 1956,
hlm. 2.

3
Sejarah Ringkas Batu Caves

Pembinaan kuil dewa Murugan di Batu Caves merupakan suatu peristiwa bersejarah yang amat

membanggakan. Tambahan pula, arca dewa Murugan yang setinggi 140 kaki merupakan satu

lagi keunikkan kepada kuil Batu Caves yang menarik perhatian masyarakat sedunia.

Berbanding dengan kuil-kuil yang lain, kuil Batu Caves memiliki keunikkan sejarah yang

termasyur dan tertua. Pada ketika dahulu, kuil ini telah didirikan di dalam gua batu kapur yang

menyerlahkan keaslian alam semulajadi. 18 Menurut D.D.Daly, Batu Caves telah diketahui

umum sejak tahun 1879 apabila seorang Inggeris Mr.H.C.Syers menjelajah dan menemui gua

batu kapur ini. Pihak yang mengiringi Mr.Syers tidak muncul selepas melawati gua ini.

Percubaan pertama untuk mengkaji fauna gua batu telah dibuat pada tahun 1898 oleh

Mr.H.N.Ridley, Pengarah Taman, Straits Settlements. Dalam “Report of the British

Association for the Advancement of Science” pada tahun 1898, Ridley menunjukkan cirri-ciri

gua secara umum dan fauna tetapi tiada usaha yang terperinci. Walau bagaimanapu, tidak dapat

dinafikan bahawa kepentingan Batu caves mula diketahui dunia selepas Ridley melakukan

usaha sepenuhnya itu. 19 Sumber-sumber menyatakan gua ini dahulunya menjadi kawasan

beristirehat bagi orang-orang Asli setelah penat memburu. Sekitar tahun 1860-an golongan

kaum Cina turut menggunakan tempat ini untuk mengutip najis-najis kelawar bagi

menghasilkan baja. Dahulunya, kawasan batu kapur ini diliputi banyak ladang seperti ladang

Batu Caves, Sungai Tuah, Vardipan, Ken, Batu Village, Kepong, Batu dan ladang Segambut.

Para penyelidik mengatakan bahawa golongan masyarakat India yang bekerja di ladang-ladang

18
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, 10.9.1973, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, hlm. 108.
19
Cedric Dover, ‘Fauna Of The Batu Caves, Selangor’, dalam Journal of FMS Museums – July 1929, Vol.14,
Part 3-4 & Feb 1930, Vol.15, Part 1, hlm. 326-327.

4
itu pergi ke gua untuk menangkap kelawar dan ikan di sekitar sungai dan takungan air. 20

Menurut para penyelidik juga, gua Batu Caves berumur 30 juta tahun.21 Gua batu kapur ini

yang pada awalnya menjadi kawasan pemancingan ikan dan kawasan beristirehat berubah

menjadi tempat suci (kuil) yang melaksanakan pemujaan tuhan ‘Murugan’.

Sejarah Awal Kuil Batu Caves

Kuil yang terawal ditubuhkan di gua Batu Caves adalah kuil Sri Subramaniyar Swami atau kuil

Murugan merupakan kuil terkemuka dan sangat popular berbanding kuil-kuil dewa Murugan

yang lain di Malaysia. Nenek moyang kita pernah mengidamkan kuil dewa Murugan di Batu

Caves sebagai sebuah kuil yang setanding dengan enam kuil yang terulung (arupadai vidu)

yang khasnya dibina untuk Ddwa Murugan di Tamil Nadu, India. En.Tambusami Pillai

merupakan unjungan besar yang turut serta menyumbang tenaga dalam pembinaan kuil

ini.Terdapat cerita bahawa tuhan dewi Parasakti wujud dalam mimpi bapanya

En.Kayaroganam Pillai dan mengarahkannya untuk membina sebuah kuil untuk dewa

Murugan. En.Kayaroganam Pillai ialah bapa kepada En.Tambusami Pillai. En.Tambusami

Pillai turut bermimpi seperti sebuah kuil dewa Murugan dibina di gua Batu Caves.

Tanggungjawab projek pembinaan kuil ini telah diamanatkan kepada En.Tambusami Pillai

setelah bapanya En. Kayaroganam Pillai jatuh sakit.22

Kesinambungan daripada itu, En.Tambusami Pillai dan rakannya En.Kantappa Tevar

bertindak meletakkan lembing (peralatan suci dewa Murugan) di dalam gua itu pada 1888.

Seterusnya, En.Tambusami Pillai meminta bantuan rakan-rakannya En.Tiruvengkadam Pillai

dan En.Kantappa Tevar untuk mengkaji dan menyelidik kawasan Batu Caves. Kedua-dua

20
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, 10.9.1973, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, hlm.109-110.
21
S.Vilvamalar, Maleciyat Tirukkoyil Pakam-2 (Kuil-kuil di Malaysia Bhg-2), Kuala Lumpur: Jeya Bakti
Patippakam, 1991, hlm. 280.
22
R Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, 1891-1991, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 15.9.1991, hlm. 58.

5
orang ini menempuh pelbagai cabaran dan akhirnya berjaya menerokai gua Batu Caves.

Mereka berasa gembira dengan suasana dan persekitaran di Batu Caves dan seterusnya

meletakkan buluh yang berlambangkan lembing di tengah-tengah gua tersebut. Pada tahun

1892, sebuah lembing asli telah diletakkan di kuil Subramaniyar, Batu Caves. Setiap tahun

perayaan Thaipusam mula disambut.23 Pada ketika ini, Pegawai Daerah Kuala Lumpur, En.

Josh telah mendesak penduduk tempatan untuk mencabut lembing ini. Walau bagaimanapun,

penduduk di sekitar Batu Caves berjaya menyelamatkan lembing ini daripada dicabut.24

Sebelum pemerintahan atau pengurusan rakyat diaplikasikan, sistem Majlis Keadilan

telah dipraktikkan dalam struktur pengurusan kuil ini. En.Tambusami Pillai memikul

tanggungjawab pengurusan kuil bagi tempoh tahun 1872 sehingga 1876. Selepas itu, anak

sulungnya Parimanam Pillai menggantikan kedudukan bapanya selama beberapa tahun. Anak

bongsu En.Tambusami Pillai iaitu Kaṇapathi Pillai pula mengawal pengurusan kuil tersebut

sekitar tahun 1930-an. Selepas itu, pilihanraya telah diadakan oleh Lembaga Pemegang

Amanah untuk memilih baris pengurusan bagi mengurus kuil ini. Setelah itu, kesemua upacara-

upacara keagamaan dan pemujaan yang dirancang untuk diadakan telah dibawah ke Lembaga

Pengurusan untuk tindakan seterusnya.Lembaga ini diletakkan di bawah penyeliaan Kuil Sri

Maha Mariamman. Setelah kuil ini menjadi hakmilik masyarakat India, pada tahun 1930, kuil

ini dipengerusikan oleh Kumarasami Pillai dan diikuti oleh Ramacanthira Naidu sebagai

pengurus dari tahun 1939 sehingga tahun 1942. Selepas peperangan tamat, ramai orang

menduduki pucuk kepimpinan kuil ini. Sejak 1942 sehingga 1990, ramai orang mengurus kuil

23
Batu Caves, Malaysia: Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, tiada tahun terbitan. Setiap tahun
kebeneran harus diterima oleh Phancayat daripada Residen British Selangor untuk menyambutkan Thaipusam.
Lihat dalam Thaipusam Festival, Batu Caves: 10.2.1922- Permit for celebration of, dalam Fail Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor, SEL.SECT.433/1922, hlm. tiada. Lihat juga Hindoo Tai Poosam Festival-Permission
to celebrate at Batu caves on 3.2.1920, dalam Fail Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, SECRETARIAT
SELANGOR.450/1920, hlm. 2.
24
R. Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, 13.11.2005, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, hlm. 58-59.

6
ini dan ramai menyumbang kepada kemajuan kuil ini. Sejak tahun 1991 sehingga kini

En.R.Nadaraja memegang jawatan pengerusi dan mengurus pengurusan kuil ini.25

Di Malaysia, Thaipusam disambut sebagai satu perayaan besar yang menyatupadukan

penduduk setempat. Oleh kerana tiadanya satu tempat yang sesuai untuk sampai ke puncak kuil

ini, pada tahun 1920 Kuil Sri Maha Mariamman dengan bantuan orang ramai berjaya membina

anak tangga sehala. Pada tahun 1939, sebanyak 272 buah anak tangga simen yang meliputi dua

hala iaitu tangga untuk naik dan turun telah siap dibina. Banyak persatuan dan pertubuhan

kaum India menghulurkan bantuan dan kerjasama dalam proses pembinaan anak tangga ini.

Syarikat Adik-beradik Kennighan, Syarikat V.O.K.Kanapathy Pillai dan P.Vaittiyalingkam

Pillai dari Teluk Intan, Perak merupakan antara budiman yang menghulurkan bantuan dari

pelbagai sudut untuk pembinaan anak tangga ini. Pada tahun 1975, baris anak tangga yang

ketiga telah dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM1020 000.26 Pada tahun 1940, empat

harta pusaka kuil ini telah dijual untuk membeli lebih kurang 7 hektar tanah di kawasan kaki

bukit ini. Beberapa lama kemudian, 7 hektar tanah turut dibeli dan kini sebanyak 14 ½ hektar

tanah telah dimiliki oleh kuil Sri Maha Mariamman. 27 Di Batu Caves, lampu-lampu telah

dipasang sekitar tahun 1952, kemudahan saliran air paip dan menara-menara di gerbang masuk

kuil dan kemudahan elektrik telah disalurkan dengan sejumlah kos RM52,000. Pada tahun

1985, lampu-lampu sodium telah dipasang disepanjang anak tangga dari kaki bukit hingga ke

puncak masuk ke dalam gua ini.28

R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
25

Kuil Sri Maha Mariamman, 10.9.1973, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, hlm.16-17.
26
Batu Caves, Malaysia: Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, tiada tahun terbitan. Lihat juga
S.Vilvamalar, Maleciyat Tirukkoyil Pakam-2 (Kuil-kuil di Malaysia Bhg-2), Kuala Lumpur: Jeya Bakti
Patippakam, 1991, hlm. 280.
27
Ibid, hlm. 278-279.
28
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, 13.11.2005, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, hlm.2.

7
Kayaroganam Pillai

Unjungan besar atau pengasas kuil Batu Caves ialah En.Kayaroganam Pillai. Beliau telah

dibawa dari India ke Singapura oleh Syarikat Hindia Timur untuk berkhidmat dalam Straits

Settlement.29 Pada ketika itu, Kuala Lumpur pesat maju dalam sektor perlombongan bijih timah

dan ladang-ladang teh. Ini menyebabkan Kuala Lumpur berubah menjadi sebuah bandar yang

aktif dalam perniagaan. En.Kayaroganam Pillai menjadi gabungan rakan kongsi yang sangat

rapat dengan ‘Kapten Cina’ Yan Ah Loi yang bergiat aktif dalam mengubah Kuala Lumpur

menjadi sebuah bandar perniagaan. Pada tahun 1885, kerajaan pada ketika itu mengambil tapak

kuil Maha Mariamman untuk melaksanakan projek pembinaan landasan keretapi. Maka

En.Kayaroganam Pillai berusaha untuk medapatkan tapak yang lain untuk membina kuil Maha

Mariamman daripada Yap Ah Loi. Tempat ini dahulunya yang dikenali sebagai ‘Kapten Kuchi

atau Kapten Kudil’. Selepas itu, En.Kayaroganam Pillai juga diterima umum sebagai ketua

kaum India pada ketika itu. Kini Kuil Sri Subramaniyar dan Kuil Kortumalai Pillaiyar

didahului oleh kuil Sri Maha Mariamman yang diletakkan di kedudukan tertinggi. Pada

awalnya kuil ini terletak di ‘Kapten Kuchi’. Pada 1886, En.Kayaroganam Pillai meninggal

dunia dalam lawatannya ke Tamil Nadu, India.30

Tambusami Pillai

Kerja-kerja yang tergendala akibat daripada kematian En.Kayaroganam Pillai telah diambilalih

oleh anaknya En.K.Tambusami Pillai. Bersama-sama dengan beliau, K. Turaisami Pillai,

R.V.Suppaiya dan R.V.Ramasami bergabung tenaga pada tahun 1887 dan mendirikan kuil

simen untuk Kuil Sri Maha Mariamman. Pada tahun 1888, En.K.Tambusami Pillai telah

29
Ibid., hlm.T-2.
30
Ibid., hlm.T2-T3.

8
mengetuai segala urusan Kuil Maha Mariamman. Beliau lahir di Singapura pada tahun 1850

dan mendapat pendidikan di Robins Institution. Dalam usia 17, beliau berkhidmat di sebuah

institusi peguam. Beliau pernah menyandang jawatan bendahari di Jabatan Perbendaharaan

selama 13 tahun dan meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan secara sukarela. Beliau

telah dilantik sebagai ketua kaum India (Kapitan Indian’s) kerana sumbangannya dalam

perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Melayu dan pengalamannya dalam bidang pemilihan

tenaga kerja di Avadi, Chennai. Keistimewaannya terserlah dalam usahanya membina

bangunan untuk Ibu Pejabat Negeri Selangor yang kini merupakan bangunan Mahkamah

Tinggi Selangor. Isterinya bernama Alamelu Ammal dan anak-anaknya ialah Parimanam Pillai,

Kumarasami Pillai, Rattinampillai, Ponnammal, Rukkumani Ammal dan Suntarammal.31 Bagi

memperingati jasa beliau, sebuah sekolah Tamil di Sentul dan Batu Road, sebuah jalan di Kuala

Lumpur, sebuah cawangan institusi Pendidikan Victoria dinamakan sempena nama beliau.

En.K.Tambusami Pillai meninggal dunia dalam usia 53 tahun di Singapura. Nazadnya telah

dihantar ke Klang dalam kapal milik peribadi Gabenor Jeneral Sir Frank Swettenham.

En.K.Tambusami Pillai merupakan seorang penyumbang dan penderma yang merupakan

pengasas kuil Sri Subramaniyar. Beliau merupakan tokoh kaum India pada abad ke-19 yang

meninggalkan kesan yang mendalam dalam perjalanan hidupnya selama 30 tahun bermula

tahun 1872 sehingga 1902.32

Anak-anak En.K.Tambusami Pillai

Segala urusan perbendaharaan kuil Batu Caves dan kuil Kortumalai Pillaiyar diuruskan secara

berasingan di bawah penyeliaan R.Turaisami Pillai, Kumarasami Pillai, Tiruvengkadam Pillai,

R.V.Suppaiya Pillai, Vaittiyalingka Tevar dan V.Suppiramaniyam Pillai. Namun, selepas

31
Ibid., hlm.53-54.
32
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Tirukkuda
Nanniratu Vila Kuil Sri Maha Mariamman, 1891-1991, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman,
15.9.1991, hlm. 46-47.

9
kematian En.K.Tampusami Pillai, pengurusan dan pentadbiran kuil dewa Murugan di Batu

Caves dan kuil Kortumalai Pillaiyar telah diletakkan di bawah kuil Sri Maha Mariamman.33

Anaknya, Parimanam Pillai, mula mengambil alih pengurusan kuil-kuil ini selepas

kematiannya. Selepas kematian Parimanam Pillai pada tahun 1917, En.Kanapati Pillai

mengambil alih kedudukan beliau. Selepas itu, jawatan tersebut disandang oleh En.M.

Kumarasami. Walau bagaimanapun, segala upacara-upacara pemujaan yang dijalankan diselia

oleh ‘aivarayam’ iaitu Majlis Pengadilan.34

Kuil Sri Maha Mariamman

Pada tahun 1873, kuil Sri Maha Mariamman telah berada dalam sebuah pondok atap. Selepas

itu, pada tahun 1881, sebuah pondok bersimen telah dibina. Kuil Samayapuram Mariamman

merupakan kuil yang diberi keutamaan di India. Di Malaysia pula, kuil Sri Maha Mariamman

diberi keutamaan sehingga ke hari ini. Netaji pernah melawat kuil ini. Lebih-lebih lagi, inilah

tempat bagi parti MIC untuk membincang segala urusan yang berkaitan dengan kaun India

pada awal penubuhan pertubuhan MIC. Selain itu, Persatuan Agama Hindu Malaysia,

Persatuan Arulneri Tirukkuttam, Persatuan kuil-kuil Tamil juga mula beroperasi dari sini.35

Pada 24.11.1985 dan 20.11.1999 upacara ‘nannirattu vila’ telah diadakan untuk kuil ini.

Perasmian arca 63 pelapor agama hindu dan upacara kumbabisekam telah diadakan pada

24.10.1999. Setiap tiga tahun persidangan antarabangsa bagi Thirumurai diadakan di kuil ini.

Felo-felo yang sangat aktif dalam aspek keagamaan biasanya diiktiraf dalam persidangan ini.36

33
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman,13.11.2005, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, hlm.55.
34
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Tirukkuda
Nanniratu Vila Kuil Sri Maha Mariamman, 1891-1991, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman,
15.9.1991, hlm.48.
35
Temuramah: Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, En.R. Nadaraja.
36
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 13.11.2005, hlm. 68.

10
Kuil Kortumalai Pillaiyar

106 tahun dahulu, kuil Kortumalai Pillaiyar37 telah terletak di belakang sebuah rumah orang

Inggeris. Pejabatnya juga terletak di tempat yang sama. Orang Inggeris ini dahulunya bekerja

sebagai pegawai polis dan seterusnya tukar bidang tugas dan menjadi peguam. Seorang bangsa

India yang bekerja sebagai peladang di rumah orang Inggeris ini, membuat sebuah arca dewa

Vinayagar dan meletakkannya di bawah sebatang pokok dan melakukan pemujaan pada setiap

hari. Oleh kerana ramai orang mula datang ke situ, sebuah pondok telah dibina untuk

menempatkan dewa Vinayagar. Pihak yang cemburu dengan keadaan ini mengadu kepada

orang Inggeris yang bernama Vaknar. Beliau berasa marah dan mendesak peladang itu untuk

merobohkan kuil pondok tersebut. Selepas beberapa lama kemudian beliau menghidapi strok.

Walaupun ramai orang menasihatinya supaya memohon maaf kepada dewa Vinayagar tetapi

beliau enggan berbuat demikian. Pada suatu hari, dewa Vinayagar muncul dalam mimpi

peladang tersebut dan memesannya untuk menyapukan abu suci di seluruh badan orang

Inggeris tersebut. Setelah berbuat demikian, orang Inggeris sembuh daripada penyakitnya. Dia

mula memahami kuasa dewa Vinayagar dan bertindak membina kuil untuknya. Pada

12.11.1961 projek pembinaan bermula setelah En.V.Manikkavasakam merasmikan projek

tersebut.38 Selepas itu, kuil ini diletakkan di bawah pengurusan kuil Sri Maha Mariamman.

Upacara ‘nannirattuu vila’ yang pertama telah diadakan pada 5.5.1963. Upacara keduanya pula

disambut pada 28.6.1975, upacara ketiga pula diadakan pada 20.10.1987 dan diikuti dengan

37
Dewa Pillaiyar juga disebut sebagai Vinayagar atau Ganesar.
38
Temuramah: Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, En.R. Nadaraja.

11
upacara keempat iaitu pada 14.11.1999. Kini, 30 jenis arca dewa Vinayagar telah ditempatkan

di kuil ini.39

Pemerintahan Rakyat (Demokrasi)

Oleh kerana Kuil Sri Subramaniyar Swami berada di bawah Kuil Sri Maha Mariamman, maka

pengurusan kuil itu diurus oleh Majlis Keadilan. Pada tahun 1929, wujudnya sedikit salah

faham mengenai pengurusan yang dilaksanakan dalam bentuk Majlis Pengadilan. Penduduk

tempatan mengambil keputusan untuk meletakkan Kuil Sri Maha Mariamman, Kuil

Kortumalai Pillaiyar dan Kuil Sri Subramaniyar Swami dan segala harta benda miliknya

dibawah Persatuan Agama Hindu Selangor. Walau bagaimanapun, En.Kanapathi Pillai tidak

bersetuju dengan keputusan itu. Oleh itu, pada tahun 1929, permasalahan ini dibawa ke

Mahkamah Persekutuan. Pada 28.11.1930, kesemua kuil yang dinyatakan di atas serta segala

harta benda miliknya diletakkan dibawa pengurusan penduduk tempatan. Pada tahun yang

sama, segala urusan kuil-kuil itu diurus dibawah pemerintahan rakyat secara keseluruhan.

Kumpulan pengurusan yang diwaliki oleh ketua-ketua pengadilan dari India Barat diberi

tanggungjawab untuk menjalankan pengurusan kuil-kuil itu. Sejak tahun 1930, perjumpaan

atau mesyuarat bersama-sama dengan penduduk tempatan mula dipraktikkan. Dalam sistem

pengurusan baru ini, R.V.Suppaiya Pillai, Kumarasami Pillai, D.Visuvalingkam Pillai,

R.T.Ramasami Pillai dan Kanapathi Pillai menjadi pemegang amanah untuk kuil-kuil itu. Pada

tahun yang sama, nama-nama ketua pengadilan dan tugas-tugas mereka mula dicatit dalam

buku lajer kuil tersebut.40 S.Arasaratnam dalam bukunya, Indians In Malaysia and Singapore41

menulis tentang sistem pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman yang berteraskan Majlis

39
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman,Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 13.11.2005, hlm. 70-71.
40
Ibid., hlm. 55-56.
41
S.rasaratnam, Indians in Malaya and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, hal. 164.

12
Keadilan. Melalui Majlis keadilan ini, segala pengurusan kuil dikawal oleh orang perseorangan

dan ini menimbulkan permasalahan dan pertikaian. Isu ini jelas diperlihatkan dalam bukunya

seperti berikut:-

“A full report of the proceedings of a meeting held on 6.1.1924


at the Mariamman Temple, high street, Kuala Lumpur to concert
measures for the good government of the temple and its funds”.42

Pilihanraya Bersifat Demokrasi

Sejak dari tahun 1930 sehingga kini, satu unit yang dikenali sebagai Perhimpunan Besar (Maha

Sabai) menjalankan tugas dengan ahlinya seramai 60 orang ketua-ketua pengadilan dan 60

orang hadirin yang terdiri daripada penduduk setempat. Melalui jawatankuasa ini, bahagian

pengurusan kuil dipilih melalui pilihanraya. Kini, setiap tahun presiden/ ketua kuil, setiausaha,

bendahari dan felo-felo yang menjaga bahagian agama, pendidikan, informasi, perpustakaan,

penyelenggaraan dan tapak perkuburan ditentukan melalui pilihanraya. Lebih-lebih lagi, kuil

Maha Mariamman merupakan satu-satunya kuil yang berfungsi dengan kebenaran

mahkamah. 43 Enam buah bahagian beroperasi di bawah pengurusan kuil ini. Ianya adalah

bahagian agama, pendidikan, penyelenggaraan, perpustakaan, informasi dan perkuburan. Kuil

Kortumalai Pillaiyar dan kuil dewa Murugan turut diselia di bawah bahagian ini. Ahli-ahli yang

dipertanggungjawabkan di setiap bahagian ini akan menubuhkan satu kumpulan yang terdiri

daripada sembilan orang ahli. Setiap bahagian beroperasi dengan khidmat nasihat daripada 9

orang ini.

Bahagian agama giat mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan agama. Selain

menjaga kebersihan kuil, tanggungjawab bahagian ini adalah untuk menyediakan tok imam,

42
Ibid., hlm. 164.
43
Temuramah:En. M.S..Kumar- Ketua Bahagian Agama, kuil Sri Maha Mariamman.

13
kumpulan artis muzik dan pembantu tok imam untuk ketiga-tiga kuil ini. Satu senarai tantang

upacara-upacara yang bakal diadakan bagi sepanjang tahun diterbitkan oleh bahagian ini pada

hari tahun baru kaum India pada bulan Cittirai (pertengahan April-pertengahan Mei).44 Di

bawah bahagian pendidikan dua buah sekolah Tamil beroperasi iaitu Sekolah Rendah Tamil

Batu Caves dan Sekolah Rendah Tamil Appar yang terletak di Jalan Raja Laut. Sekolah Rendah

Tamil Batu Caves berada dalam kawasan kuil Batu Caves. Namun pengurusannya masih

diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.45 Sekolah ini merupakan sekolah kedua terbesar

di Selangor. Bagi mengatasi permasalahan kesempitan ruang, sebuah bangunan yang boleh

memuatkan 36 bilik darjah telag dibina dan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya pada ketika

itu Dato’ Seri S.Samy Vellu pada tahun 27.12.2002. Pada tahun 1999, Sekolah Rendah Tamil

Appar telah dipilh sebagai sekolah bestari kerana usaha kerajaan tempatan untuk memajukan

Wilayah Persekutuan. Sebuah bangunan yang memuatkan 12 bilik darjah telah dibina di Jalan

Ipoh.46 Bahagian informasi pula bertujuan dalam menyebarkan aktiviti dan kerja-kerja sosial

yang dilaksanakan oleh pengurusan kuil Batu Caves kepada orang ramai dan media. Salah

seorang ahli yang dipilih daripada pengurusan kuil ini akan menjalankan tugas di bahagian ini.

Sama seperti unit-unit lain, ketua atau pengerusi bahagian ini dipilih melalui pilihanraya dua

tahun sekali. Bahagian ini ditubuhkan pada 1946. 47 Selain itu, bahagian ini diwajibkan

44
Ibid.
45
Ibid.
46
Walaupun sekolah ini dibina di atas tanah milik kerajaan namun pengurusannya dikendalikan oleh kuil Batu
Caves. Pada tahun 1949, kelas-kelas agama diadakan di sekolah ini dengan bantuan daripada kuil Sri Maha
Mariamman dan Tamiḻ Pannai. Swami Satyananta bersama saudari Manggalam turut serta dalam usaha murni ini.
Pada tahun 1952, Persatuan Samaiya Vilakka Peravai telah ditubuhkan oleh En.Cu. Palnivel. Tugas-tugas
persatuan ini adalah untuk mengadakan kelas-kelas agama, mengadakan pelancaran buku, mengadakan pemujaan-
pemujaan bersama-sama dan sebagainya. Persatuan ini menerbitkan sebuah majalah agama yang berjudul
‘Parasakti’ bagi tempoh 1955 hingga 1959. Sehingga ke hari ini, persatuan ini berjaya mengadakan 25
persidangan. Ia juga memberikan pinjaman pendidikan untuk pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran ke
sekolah-sekolah teknik. Sekolah ini juga memberi sumbangan kepada institusi-institusi pendidikan seperti Kolej
Vondour menerima RM50 ribu, Sekolah Teknik Pandamaran mendapat RM5 ribu dan pelajar-pelajar India Tamil
Nesan menerima RM25 ribu. Sekolah Rendah Tamil Appar ditubuhkan pada tahun 1950. Sekitar tahun 1960,
Sekolah Menengah Appar dijalankan oleh pihak swasta. Lihat R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi
Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur:
Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 24.11.1985, hlm. 63 dan 100-102.
47
Ibid, hal.103.

14
membuka satu cawangan informasi selama dua hari pada hari-hari perayaan seperti Thaipusam

untuk membantu para penganut dan menyebarkan maklumat. 48 Bahagian Penyelenggaraan

ditubuhkan untuk mengawal selia harta benda kuil dan dan melaksanakan kerja-kerja

membaikpulih di kuil Sri Maha Mariamman, Kortumalai Pillaiyar dan kuil Murugan di batu

Caves. Bahagian ini juga dipertanggungjawabkan untuk meyediakan gerai-gerai sementara,

membina khemah-khemah di kawasan kuil pada hari-hari perayaan seperti Thaipusam. 49

Bahagian perpustakaan pula berfungsi untuk memenuhi keperluan kajian orang ramai,

Perpustakaan ini menyimpan 2000 buah buku sekitar tahun 2007. Koleksinya meliputi subjek-

subjek seperti kebudayaan dan keagamaan, pengetahuan am, sains, sejarah dan sebagainya.50

Bahagian perkuburan ditubuhkan pada tahun 1981 oleh pengurusan kuil ini. Pada tahun 1982

tanah perkuburan di Setapak ditutup dan hanya tanah perkuburan di Cheras beroperasi. Oleh

kerana, ruangnya semakin sempit, maka pengurusan kuil ini membuat keputusan untuk

menutupnya semantara waktu. Walau bagaimanapun, penduduk setempat kawasan ini

mengambil inisiatif untuk membersihkan tempat ini dan memeliharanya dengan baik.51

Perkembangan Sekitar Kuil Batu Caves

Perbincangan disini akan meliputi beberapa perkembangan penting yang berlaku di sekitar

kawasan Batu Caves sehingga tahun 2000.

Gua Seni / Art Gallery Cave (Kalai Kuudam)

Bagi menarik perhatian para pelancong asing dan tempatan, sebuah Unit Pertumbuhan telah

ditubuhkan oleh pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun

1971 dan diketuai oleh N.Viraiya. Susulan daripada itu, para pengukir yang termasyur dan

48
Temuramah: En.P.Vivekananta- Ketua Bahagian Informasi, kuil Sri Maha Mariamman.
49
Temuramah: En. Katiresan- Ketua Bahagian Penyelenggaraan, kuil Sri Maha Mariamman.
50
Temuramah: En. Suntharam- Ketua Bahagian Perpustakaan, kuil Sri Maha Mariamman.
51
Temuramah: En.M.S.Kumar- Ketua Bahagian Agama. kuil Sri Maha Mariamman.

15
pakar-pakar falsafah agama Hindu dari merata-rata tempat telah ditugaskan untuk

membangunkan sebuah ruang yang menerapkan unsur-unsur keagamaan yang unik. Ruang gua

ini kemudiannya dikenali sebagai Gua Seni ‘Kalaikkudam’. Gua seni ini dirasmikan pada 7

Januari 1973 oleh Tan Sri V.Manikkavasagam yang merupakan Menteri Sumber Manusia pada

ketika itu.52 Pembinaan Gua Seni di Batu Caves menelan kos pembinaan sebanyak RM 2 juta.53

Arca Dewi Sarawathy (Saraswathy Silai)

Arca ini dirasmikan oleh Dato’ Sri S.Samyvelu selaku Presiden Malaysian Indian Congress

dan Menteri Kerjaraya pada ketika itu. Arca ini diletakkan bagi mengadakan upacara

‘Saraswathy Pooja’. Pekerja-pekerja Telekom Stor dan pekerja-pekerja bengkel di Petaling

Jaya menanggungkos perbelanjaan penempatan arca di kuil ini.54

Dewan Serbaguna Aktiviti Keagamaan (Samaya Mandabam)

Dewan serbaguna untuk mengadakan aktiviti keagamaan yang dikenali sebagai “Samaya

Mandabam’ ini dibina khas untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aspek

keagamaan seperti merujuk buku-buku agama hindu, mendapat penjelasan tentang aspek-aspek

keagamaan dan sebagainya.Dewan ini dinamakan sebagai ‘Nadarajar Sabai’.55

Dewan Sami Pendiam (Maunasami Mandabam)

Terdapat cerita bahawa seorang guru agama (Samiyar) bertakafur di sini sangat lama tanpa

bertutur kata dengan sesiapa dan akhirnya meninggal dunia. Sebuah dewan telah dibina di

tempat kematian guru agama tersebut dan dinamakan sempena sifat beliau yang suka

52
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman,Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 29.11.1998, hlm. 50.
53
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, 1891-1991, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 18.11.2001, hlm. 37.
54
Temuramah: Pengerusi kuil Sri Maha Mariamman, En. R.Nadaraja.
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
55

Kuil Sri Maha Mariamman, 1891-1991, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 13.11.2005, hlm. 60.

16
mendiamkan diri. Dewan ini kini digunakan oleh penganut agama hindu untuk beristirehat pada

waktu-waktu perayaan seperti Thaipusam. 56 Guru agama ini dipercayai menjelma di bumi

sekitar tahun 1850 di Tamil Nadu dan menetap di gua Batu Caves. Kehidupan hariannya hanya

menfokuskan penyembahan tuhan, melakukan pemujaan, membuat meditasi dan melimpahi

kasih sayangnya dengan restu kepada para penganut. Oleh kerana beliau sentiasa bertafakur,

jarang beliau berkomunikasi dengan orang biasa. Sebab inilah masyarakat India

menggelarkannya sebagai ‘Maunasami’. Sekiranya beliau turun ke kawasan gerai di halaman

Batu Caves, beliau hanya membeli cili hijau sahaja. Beliau disaji dengan susu yang dibawa

oleh penganut-penganut agama hindu ke kuil itu. Cara pemakanan dan gerak-gerinya dilihat

ganjil dan berlainan jika dibanding dengan orang biasa. Akhirnya, beliau menghembuskan

nafas terakhirnya pada tahun 1972 di kuil ini. Para penganut agama Hindu menyalakan pelita

suci di tapak perkuburannya. Sebagai hasilnya, guru agama ini muncul dalam mimpi salah

seseorang penganut ini dan melakukan beberapa perkara aneh dengan kuasa yang luar biasa.57

Kuburnya ditempatkan di bawah sebuah Lingga. Terdapatnya juga sebuah cerita

bahawa guru agama ini muncul di atas pusaranya dalam keadaan bertapa. Selepas kejadian ini,

ketua sami (pusari) telah mengadakan upacara mendebukan arca Devi yang diperbuat daripada

tanah dan menghasilkan Lingga dan menempatkannya di atas kubur guru agama ini. Bukti-

bukti menunjukkan memang adanya siddha-siddha yang menetap di kuil, melaksanakan kerja-

kerja pemujaan dan pembersihan kawasan kuil, bertapa dan akhirnya meninggal dunia di situ.

Biasanya peristiwa-peristiwa seumpama ini hanya berlaku di kuil-kuil yang tertua dan

termasyur. Misalnya, di kuil Palanimalai, India tinggalnya siddha yang bernama Bogar, di kuil

Maruthamalai, India tinggalnya siddha yang bernama Pambatti dan di kuil Thiruvannamalai,

56
Ibid.
57
Temuramah: Tok Sami Kuil Batu Caves, SivaSri Ravinatha Kurukkal.

17
India tinggalnya siddha yang bernama Ramana Makarishi. Dalam urutan ini, guru agama yang

bernama Maunasamigal turut boleh disertakan.58

Sudut Valluvar (Valluvar Kottam)

‘Thirukkural’ merupakan satu kesusasteraan umum yang bebas daripada kasta, agama dan

masa.Thirukkural mengandungi 1330 versa ayat dalam pengaryaannya. Demi menonjolkan

keistimewaan Thirukkural, tiga kategori penting dalam Thirukkural iaitu aspek ‘kelakuan

beretika’ (aram), aspek ‘cara yang betul untuk menjalankan duniawi’ (porul), aspek ‘cinta

antara lelaki dan perempuan’ (inbam) telah dimuatkan dalam 133 buah batu Kristal.59 Terdapat

arca-arca dan patung-patung yang turut diukir bagi memperlihatkan maksud yang disampaikan

oleh Thiruvalluvar iaitu penghasil karya ‘Thirukkural’. Sudut Valluvar ini telah direka dan

dibina oleh pengurusan kuil Batu Caves dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Kerja-kerja

Kraftangan di Pumbukar, India. Pada 27.1.1980 Sudut Valluvar telah dirasmikan oleh Menteri

Besar Negeri Selangor pada ketika itu iaitu Dato Rafei.60

Gua Ramayana (Ramayana Kugai)

Bersebalahan dengan Gua Seni ‘Kalai Kudam’, terdapat sebuah gua yang penuh dengan ukiran-

ukiran peristiwa Ramayanam. Ianya dirasmikan pada 15.1.1998. 61 Gua Ramayana ini

berkeupayaan menjelaskan peristiwa-peristiwa penting dalam epik Ramayanam kepada

generasi yang akan datang. Di pangkal jalan masuk ke gua ini terletaknya sebuah arca yang

berupa monyet yang dikenali sebagai Hanuman. Selain itu, budaya dan kemegahan kaum India

58
Ibid.
59
S.Vilvamalar, Maleciyat Tirukkoyil Pakam-2 (Kuil-kuil di Malaysia Bhg-2), Kuala Lumpur: Penerbitan Jeya
Bakti, 1991, hlm. 283.
60
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Kudamulukku Vila
Kuil Sri Maha Mariamman, 1891-1991, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha Mariamman, 13.11.2005, hlm. 89.
61
Ibid.

18
juga terserlah melalui ukiran-ukiran dalam gua ini. Gua ini bukanlah sekadar gua yang biasa

kita kenali. Ianya merupakan sebuah tempat yang menjelaskan kisah hidup Sri Rama.62

Kereta Perarakan Yang Diperbuat Daripada Perak (Velli Ratham)

Pada 6.10.1999, usaha membuat kereta perarakan yang berpalet perak telah dilaksanakan khas

untuk dewa Murugan. Upacara permulaan pembuatan kenderaan ini telah dilancarkan oleh

Presiden MIC dan menteri Pengangkutan Tan Sri Dato’ V.Manikkavasagam. Kereta perarakan

ini telah siap direka oleh Jabatan Kemajuan Kerja-kerja Kraftangan dari Pumbugar, India

dengan kos pembuatannya sebanyak RM 300,000. Ketinggiannya adalah 21 kaki. Pemanduan

ujian bagi kereta perarakan ini berlangsung dengan meriah pada 21.1.1983.63

Enam Rumah (kuil) Terulung Untuk Dewa Murugan (Arupadai Vidu)

Di dalam gua Batu Caves, terdapat ukiran-ukiran asli mengenai keenam-enam rumah terulung

dewa Murugan iaitu Tirupparangkunram, Tiruccentur, Palani, Suvamimalai, Kunrutoradal dan

Palamutirccolai. Di kaki bukit gua ini pula, keenam-enam rumah (kuil) terulung ini dibina

mengikut urutan yang betul. Rumah-rumah (kuil) ini memperlihatkan kemasyuran dewa

Murugan seperti bentuk cahaya, bentuk memberi restu, bentuk tempat, bentuk mantra, bentuk

biasa dan bentuk yang diketahui umum. 64 Di kaki bukitnya pula terdapat sebuah gua yang

mempunyai simbol ayam jantan dikibarkan di atas kuil ini.65

62
‘Iramayana cirpa kalaikkukai tirappu vila’(Perasmian Gua Ramayana), Edisi khas perayaan, Kuala Lumpur:
Kuil Sri Maha Mariamman perayaan Tirukkuda Nannirattu Vila 15.1.1995, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Sri
Maha Mariamman, hlm. tiada.
63
R.Nadaraja, “Varalatruu Tokuppu” (Edisi Bersejarah), Kuala Lumpur: Edisi khas perayaan Tirukkuda
Nanniratu Vila Kuil Sri Maha Mariamman, 1891-1991, Kuala Lumpur: Penerbitan Kuil Maha
Mariamman,15.9.1991, hlm. 55-56.
64
S.Umarasan, ‘Cangkat Tamilum Camayangkalum’ (Tamil pada masa Sanggam dan Agama), Chennai:
Penerbitan Karttik, 1997, hlm. 41.
65
A.Ramanathan, ‘Murugan Perumai (Kelebihan Murugan), Chennai: Tirumakal Nilaiyam, 1988, hlm. 15-16.

19
Arca Lembu yang Berkaki Lima

Terdapat cerita yang menyatakan bahawa tinggalnya seekor lembu yang mempunyai lima kaki.

Tiada sebarang bukti yang menunjukkan dari mana datangnya lembu ini. Terdapat banyak

mitos yang dikaitkan dengan lembu ini. Lembu yang menarik perhatian pelancong-pelancong

tempatan dan luar akhirnya mati pada 7 Januari 1973 di kawasan kuil ini. Bagi memperingati

lembu yang berkaki lima ini, sebuah arca yang menyerupainya telah dibuat dan diletakkan

untuk tontonan ramai.66

Arca Dewa Murugan 140 kaki

Sejarah menunjukkan kuil-kuil agam hindu bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk

menymbah tuhan dan menyebarkan agama hindu, malahan ia juga berfungsi sebagai tempat

yang memupuk unsur-unsur kebudayaan dalam kalangan masyarakat kaun India. Melihat dari

sudut ini, pembinaan arca dewa Murugan yang setinggi 140 kaki ini memang merupakan satu

kebanggaan kepada kaum India di negara ini. Kawasan Batu Caves meliputi ruangan sejumlah

13 ½ hektar. Di bahagian kaki bukit gua Batu Caves sebuah arca Dewa Murugan telah siap

dibina pada 18.9.2002.67

Kesimpulan

Hasil kajian terhadap Kuil Batu Caves mendedahkan sejarah awal mengenainya. Pada tahun

1860 gua Batu Kapur ini hanya sekadar satu tempat yang digunakan untuk mengutip najis-najis

kelawar. Kemudian, pada tahun 1888 ianya berubah menjadi tempat suci untuk mengadakan

66
Temuramah: Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, En.R. Nadaraja.
67
R. Nadaraja, Perasmian Arca Dewa Murugan yang setinggi 140 kaki di Kuil Batu Caves, Edisi Khas ,Kuala
Lumpur: Penerbitan Kuil Sri Maha Mariamman, 29.1.2006, hlm. 21-22. Sebuah kolam ikan dengan pembinaan
jambatan termasuk kaunter tiket dibina di Batu Caves pada tahun 1970-an. Lihat dalam New look for Batu Caves:
Bridge To Attract More Visitors, dalam The Malay Mail, 20 May 1972, hlm. 7.

20
aktiviti-aktiviti keagamaan. Kuil yang mempunyai latar belakang sejarah 120 tahun ini bukan

hanya sekadar kuil dewa Murugan yang tertua di Malaysia tetapi juga menjadi pusat

pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Sekitar tahun 1960-an dan 1970-an, kawasan

Batu Caves memiliki banyak kawasan perladangan getah. Beberapa lama kemudian, kaum

India yang menetap di kawasan ladang ini mula berpindah ke kawasan-kawasan bandar. Maka

ladang-ladang ini digunakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan tertentu seperti mewujudkan

kawasan perumahan, mengusahakan sumber-sumber ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Setelah gua Batu Caves berubah menjadi tempat suci untuk mengadakan upacara

keagamaan, ianya mula terdedak kepada kemajuan dan pembangunan. Contoh-contoh yang

boleh ditunjukkan ialah seperti arca dewa Murugan yang setinggi 140 kaki, pembinaan enam

kuil terulung dewa Murugan (arupadai vidu), anak tangga tiga hala, 23 buah gerai-gerai tetap

di halaman kuil dan sebagainya. Pengurusan kuil in juga menetapkan beberapa orang ‘talaimai

pusari’ (tok imam) yang ditugaskan untuk melaksanan upacara pemujaan di kuil. Mereka

menjalankan upacara pemujaan selama dua kali pada setiap hari. Pada hari-hari kebesaran

separti Thaipusam dan sebagainya upacara pemujaan ini digandakan kepada empat atau

pemujaan berterusan untuk sepanjang hari mengikut keperluan. Walaupun Thaipusam

disambut dengan meriah, pengurusan kuil ini juga mengadakan upacara-upacara pemujaan

pada hari-hari kebesaran untuk dewa Murugan yang lain seperti Masimakam, Pangkuni,

Uthiram, Vaikasi Visakam, Thirukarthikai, Kanhtha Sasthi dan sebagainya. Jawatankuasa

pengurusan kuil ini dipilih melalui pilihanraya dalaman yang diadakan dua tahun sekali.

Jawatankuasa pengurusan ini dianggotai oleh 63 orang ahli yang dipertanggungjawabkan untuk

menyelia dan mengurus kuil Maha Mariamman, kuil Kotumalai Pillaiyar dan kuil Murugan /

Subramaniyar di Batu Caves.

Kajian ini hanya menfokuskan sejarah awal salah sebuah kuil di negara ini. Masih

terdapat banyak kuil yang unik untuk dikaji. Para pengkaji boleh menerokai lebih banyak kuil

21
di merata-rata tempat untuk mendedahkan sejarah dan perkembangan kuil-kuil tersebut kepada

masyarakat sedunia. Lebih khusus lagi, kuil-kuil dewa Murugan juga wajar dikaji bagi

memperlihatkan sambutan kepada kuil-kuil tersebut di negara ini dengan lebih mendalam.

Kajian ini juga sangat penting dalam memperlihatkan sejarah awal pemujaan tuhan dalam

kalangan orang India yang bermula dengan penubuhan sebuah kuil Murugan yang kecil

sehingga menjadi kawasan yang diketahui seluruh dunia. Kajian juga membuktikan bahawa,

walaupun terdapat konsep banyak tuhan dalam kehidupan orang India tetapi penyembahan

dewa Murugan meluas dan menjadi kukuh sejak kurun ke-18 lagi. Di Malaysia, berbanding

dewa-dewa yang lain, dewa Murugan mempunyai kuil yang banyak. Ringkas kata, kajian ini

sangat penting dalam memperlihatkan sejarah awal penubuhan kuil di Batu Caves dan

perkembangan penting yang berlakunya.

22

View publication stats

You might also like