Professional Documents
Culture Documents
Teori Montessori Full
Teori Montessori Full
TAJUK TUGASAN:
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK
NAZLIZA BINTI MOHAMAD NAWI D20122062068
NURAINI BINTI AB RAHMAN D20132065347
MOHD AZLY BIN CHE HAHSIM D20132065339
MUHAMAD HASHIM BIN YAKOB D20132065385
MUHAMAD NASARUDIN BIN CHE AZID D20122062083
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD SHARIF D20122062046
WAN ARIEF NIZAMUDDIN BIN WAN KHARUDDIN D20122062084
KUMPULAN A
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ZAHARAH BINTI OSMAN
1
ISI KANDUNGAN
Tajuk Halaman
1.0 PENDAHULUAN 3
8.0 KESIMPULAN 21
LAMPIRAN
Strategi Pemasaran Tadika
2
1.0 PENDAHULUAN
Kursus Kurikulum Awal Kanak-kanak (KAC3023) merupakan kursus major dalam program
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mendedahkan pelajar kepada teori, model dan kajian
berkaitan dengan kurikulum program pendidikan awal kanak-kanak. Pelbagai model kurikulum
dibincangkan dan dibandingkan seperti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
dengan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak dari luar negara.
Selain itu, satu program besar mengenai pameran kurikulum awal kanak-kanak telah
dilaksanakan dengan bantuan penubuhan suatu jawatankuasa. Perbincangan bersama-sama
dengan setiap ahli jawatankuasa telah menghasilkan persetujuan memberi tajuk pameran iaitu
“Hari Pameran Kanak-kanak”. Melalui hasil mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa, juga
semuanya bersetuju dan bersepakat untuk menlaksanakan program “Hari Pameran Kanak-
kanak” seperti pada tarikh yang sudah berlangsung iaitu 29 Oktober 2015 bersamaan dengan
hari khamis. Masanya pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
3
2.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM MONTESSORI
Model pendidikan Montessori ini diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang
merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai
pendidikan kanak-kanak yang terancat akal (Standing, 1962). Pada tahun 1899, beliau terlibat
dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan
masa selama 2 tahun bersama rakan-rakanya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian
dan pendidikan kanak-kanak terencat akal (Standing, 1962). Di samping itu, beliau
menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan
menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya
melalui kajian tersebut.
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-
kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan
mereka. Ciri-Ciri berikut adalah yang pertama “Semua kanak-kanak mudah untuk menerima
sesuatu pembelajaran”. Kedua ialah, “Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang
sensitif”. Ketiga ialah, “Semua kanak-kanak ingin belajar”. Keempat ialah, “Semua kanak-
kanak belajar melalui bermain dan bekerja”. Kelima ialah, “Semua kanak-kanak melalui
berbagai peringkat perkembangan” dan akhir sekali, “Semua kanak-kanak ingin berdikari”
(Malone & Came, 2007).
Matlamat program ini adalah sebagai satu pembentukan individu yang menekankan
intelektual secara umum terhadap sesuatu subjek. Disamping itu juga, pengurusan bahan
dengan mengunakan bahan yang konkrit yang dibina khusus untuk mengajar. Antara prinsip-
prinsip terpenting Montessori adalah melalui pendekatan individu, kepentingan tugas
4
kehidupan yang sebenar dan kurikulum berteraskan urutan-urutan sesuatu aktiviti tertentu.
Selain itu, model yang mengunakan tiga bentuk kurikulum iaitu menekankan aktiviti amali
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, mengunakan peralatan sensorial untuk membantu
perkembangan dan seterusnya melibatkan konseptual dan juga peralatan akedemik untuk
memudahkan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada kanak-kanak (Lee Gutek,
2004).
Pada penerbitan hasil kajian jurnal di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kanak-
kanak Montessori telah menjadi bertambah baik dari segi tingkah laku dan kemahiran akademik
di Montessori Children berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama. Kaedah
Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah dipraktikkan
dengan jayanya terhadap kanak-kanak dan sangat terkenal di kebanyakkan tempat di serata
dunia. Kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan serta mendapat galakan dan sokongan di
serata dunia.
5
PENERANGAN MAKSUD LOGO MONTESSORI
PERKARA PENERANGAN
Rama-rama dan Kasut Melambangkan pembelajaran melalui alam sekitar flora dan
fauna.
Kasut Melambangkan penerokaan yang mengamalkan
keselamatan diri dalam melakukan sesuatu aktiviti dan
sesuatu perkara.
Kanak-kanak Melambangkan pembelajaran dengan semangat setia
kawan, menerapkan nilai murni seperti tolak ansur,
bertanggujawab dan lain-lain.
Kayu Melambangkan kekuatan silibus yang diterapkan dan
dirangka melalui konsep montessori.
Hijau Melambangkan keindahan dan kedamaian dalam bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah.
Kuning Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang
dalam melakukan sesuatu perkara.
Montessori mempunyai visi untuk mendukung dan membimbing kanak-kanak menjadi individu
yang cerdas dalam menghadapi era globalisasi.
VISI
6
MISI
Zaidatul menyatakan Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub dari Universiti Kebangsaan
Malaysia menjelaskan pembelajaran di tadika yang menggunakan kurikulum Montessori lebih
fleksibel dan anjal berbanding tadika biasa kerana kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka
sesuatu dengan sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan peraturan tadika.
Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak
kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan alat-alat autentik dan natural.
Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep kemahiran hidup.
Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub dalam Zaidatul mendapati unsur dan
elemen yang digunakan dalam model Montessori mengadungi kelas pelbagai umur dan bahan
pengajaran yang khusus serta tiada gred atau markah. Elemen yang diterapkan dalam
pembelajaran ini juga adalah belajar secara individu atau kumpulan kecil untuk membolehkan
kanak-kanak lebih berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti yang disediakan. Persekitaran
pembelajaran yang selamat, menarik dan mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang
aktiviti juga merupakan unsur pembelajaran yang terdapat dalam pembelajaran ini yang
membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka dengan cekap dan sesuai dengan
persekitaran yang telah disediakan. Montessori menekankan kepada:
7
1. Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Bahan bantu
mengajar yang disediakan mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak
boleh menggunakan deria mereka sepenuhnya.
2. Lebih menekankan kepada ‘Sensory teaching and learning’. Kaedah ini lebih
tertumpu kepada latihan daya penglihatan, pendengaran, dan sentuhan yang
bermatlamat agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan deria yang
cekap.
3. Tingkah laku kanak-kanak merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai
persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. ‘The part to intellectual
development is through the hand’ merupakan tema penting dalam kaedah
montessori.
Sumber: http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessori-
dan-pengaplikasiannya-kepada-pendidikan-awal-
kanak-kanak
Suasana persekitaran pendidikan Montessori mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-
kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga
untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai
lagi bersesuaian dengan umur kanak-kanak sebagai memudahkan mereka menggunakan
kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses
pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah.
8
3.1.2 Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam
aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek
yang mereka sukai.
Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan
kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari
aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.
3.1.3 Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya
melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana
menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana
matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik.
3.1.4 Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran
tertentu. Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya
atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada
mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan
semulajadi contohnya kayu yang digilap.
3.1.5 Kurikulum
9
2. Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria
Aktiviti yang menggunakan deria yang ada iaitu deria rasa, sentuh, lihat, dengar dan
sebagainya. Kemahiran untuk memudahkan pelajar merasa sesuatu dengan
menggunakan deria yang ada.
Menurut Sufean Husssin et al. (2005), terdapat banyak prasekolah atau tadika-tadika di
Malaysia yang beroperasi tanpa menggunakan sistem yang digunakan oleh Prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Prasekolah Montessori atau tadika-tadika yang
menggunakan sepenuhnya Model Kurikulum Montessori. Hal ini demikian kerana
perkembangan dasar kerajaan sendiri dan idea-idea baru yang diperkenalkan dalam bidang
pendidikan menjadi dasar perubahan terhadap pembentukan kurikulum yang telah sedia ada.
Menurut Sufean et al. (2005), tadika-tadika Montessori tidak kurang penting di Malaysia
memandangkan ibu bapa kini lebih cenderung mendaftar anak-anak mereka ke pengajian
pendidikan awal tersebut. Mereka menginginkan anak-anak mereka mendapat peluang
pembelajaran dalam suasana yang menyeronokan di samping memupuk disiplin dalam
kehidupan. Terdapat juga tadika-tadika Montessori yang menggunakan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan sebagai rujukan bagi membantu proses perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh.
Tinjauan Sufean et al. (2005) di salah sebuah tadika yang menggunakan Model
Kurikulum Montessori di Subang Jaya, mendapati pendekatan yang digunakan berdasarkan
kepada falsafah Montessori seperti insan yang kreatif, kanak-kanak mempunyai bakat dalam
10
setiap pelajaran, memastikan perkembangan kanak-kanak ditingkatkan secara holistik, kanak-
kanak boleh melakukan penemuan yang unik dan kanak-kanak boleh mencapai potensi yang
optimum di dalam peringkat perkembangan mereka.
Aisha (2007), dalam artikelnya yang bertajuk “Kaedah Montessori Ransang Kanak-kanak”,
menyatakan bahawa Montessori menyedari tentang hukum semula jadi bahawa kanak-kanak
yang diberi ransangan persekitaran dengan spontan akan mengubah kelakuan mereka. Kelakuan
yang biasa diubah daripada individu yang tidak memberi perhatian dan tidak menentu
kelakuaannya menjadi individu yang mempunyai disiplin diri bersandarkan pada realiti dan
hidup secara harmoni dengan masyarakat.
Aisha (2007), tertarik dengan kaedah Montessori yang membiarkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berkembang secara sendiri berdasarkan dua prinsip iaitu kreativiti
spontan dan perkembangan menyeluruh. Kreativiti spontan merujuk kepada inisiatif kreatif
semulajadi manusia khasnya kanak-kanak tanpa diberitahu apa dan bila aktiviti-aktiviti tersebut
perlu dilakukan. Sebagai contoh, kanak-kanak selalu melakukan aktiviti dalam situasi yang
sama seperti menaiki tangga dan mereka tidak akan berhenti selagi tidak puas. Selain itu, kanak-
kanak seronok mengendalikan objek konkrit dalam kehidupan seharian seperti memakai butang
baju, menuang air dalam cawan dan membuka pintu. Aktiviti-aktiviti rutin seperti ini
membolehkan kanak-kanak membina kemahiran hidup lebih praktikal iaitu kemahiran asas
yang diperlukan untuk menjaga diri sendiri.
11
5.0 BAHAN-BAHAN MONTESSORI
Bahan-bahan yang digunakan dalam Model Montessori mempunyai ciri-ciri khusus iaitu
bahannya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu (berbentuk self correcting).
Kanak-kanak akan mendapat maklumat balik sama ada berjaya atau tidak dalam
menyempurnakan sesuatu tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah
kepada yang lebih susah dan dihasilkan dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi.
Misalnya, kayu yang divarnish seperti berikut:
12
5.1 Permainan Bahan Montessori yang Digunakan Semasa Pameran
Semasa pameran Model Kurikulum Montessori yang telah dijalankan pada 29 Oktober 2015,
kumpulan kami telah menyediakan beberapa permainan Montessori kepada kanak-kanak yang
hadir pada hari tersebut. Antara aktiviti atau permainan berdasarkan Model Kurikulum
Montessori yang dijalankan ialah:
13
6.0 TADIKA DI MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN KURIKULUM
MONTESSORI DI MALAYSIA
Di Malaysia terdapat beberapa buah tadika yang menggunakan Kurikulum Montessori dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Graf 6.1 di bawah menunjukkan negeri-negeri di Malaysia
yang menggunakan Kurikulum Montessori. Negeri Melaka mencatat 3 buah tadika, Selangor
49 buah tadika, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah 40 buah tadika, Johor Bharu
iaitu 6 buah tadika dan yang akhir sekali Pulau Pinang yang mempunyai 8 buah tadika.
Graf 6.1: Jumlah Tadika di Malaysia yang Menggunakan Kurikulum Montessori dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Awal Kanak-kanak.
Berdasarkan Graf 1 yang telah dinyatakan di atas, antara nama tadika yang
menggunakan kurikulum Montessori mengikut negeri adalah seperti berikut:
b) Melaka
c) Pulau Pinang
15
3) Kids Seahome Montessori
6, Tingkat Laut, Tanjung Bungah, 11200,
Penang, Malaysia.
d) Johor
e) Selangor
16
7.0 PERBANDINGAN ANTARA MODEL KURIKULUM MONTESSORI DAN
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
Kurikulum Penerangan
Montessori Menekankan aktiviti amali atau kehidupan harian.
Aktiviti menggunakan peralatan sensorial untuk membantu
perkembangan deria kanak-kanak.
Melibatkan konseptual atau peralatan akademik.
KSPK Berasaskan Standard
i. Standard Kandungan:
Penyataan spesifik tentang perkara yang kanak-kanak patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
ii. Standard Pembelajaran:
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaiaan yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
Benbentuk Modular
Kandungan diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul yang
dimaksudkan ialah modul teras asas dan modul bertema.
Kurikulum Penerangan
Montessori Pendekatan secara individu atau kumpulan kecil.
Penekanan “Sensory Teaching and Learning” (latihan daya
penglihatan, pendengaran dan sentuhan) supaya kanak-kanak
mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan
cekap.
Tingkah laku kanak-kanak menjadi dasar kerana merupakan satu
usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan
menggunakan tangan mereka.
Persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan bagi menyokong
pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila
kanak-kanak memerlukannya.
KSPK Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang tidak terhad kepada murid seperti:
i. Hands-on learning
ii. Pembelajaran melalui bermain.
iii. Inkuiri penemuan.
iv. Pembelajarn berasaskan projek.
v. Pembelajaran luar bilik darjah.
vi. Pembelajaran secara kontekstual.
17
vii. Pembelajaran secara kontruktivisme.
viii. Pembelajaran masteri.
Mengambil kira kepelbagaiaan kecerdasan kanak-kanak.
Kanak-kanak membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak
dijalankan secara “Spoon Feeding”.
Kanak-kanak diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan
masalah.
Perbezaan individu dibenarkan.
Kanak-kanak belajar mengikut kadar sendiri.
Guru mengajar dengan mangaitkan dengan pengalaman seharian
kanak-kanak.
Kurikulum Penerangan
Montessori Mengikut kesesuaian masalah pembelajaran kanak-kanak.
Mengadungi kelas kanak-kanak pelbagai umur.
KSPK Merangkumi perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah serta
pendedahan kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira,
menaakul).
Berfokus pada kanak-kanak berumur 4-6 tahun.
Kurikulum Penerangan
Montessori Guru membuat pemerhatian dari jarak jauh semasa aktiviti.
Guru sebagai penunjuk cara atau membuat demonstrasi.
Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi
membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana
menggunakan bahan-bahan selepas kanak-kanak memilih aktiviti
pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
KSPK Guru perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
Guru perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak (developmentally appropriate)
agar pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada kanak-
kanak.
Guru menjalankan penaksiran secara berterusan menggunakan
pelbagai kaedah.
Guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam
bilik prasekolah.
18
7.5 Akautabiliti Guru
Kurikulum Penerangan
Montessori Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa
ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya
menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan
dan aktiviti.
KSPK Guru memastikan semua kanak-kanak melepasi piawai standard
yang ditetapkan
Guru mengatasi masalah kanak-kanak keciciran.
Skema dan piawai pengukuran.
Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan
jelas.
Guru mengenal pasti strategi penambahbaikan (Assessment for
Learning).
Pelaksanaan penaksiran berasaskan sekolah.
Kurikulum Penerangan
Montessori Menggunakan peralatan konkrit. Dibina khusus untuk mengajar.
Alatan mengajar yang disediakan mempunyai sifat-sifat khas agar
kanak-kanak dapat menggunakan deria mereka.
Alatan berbentuk Self Correcting iaitu kanak-kanak akan
mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam
menyempurnakan tugas berdasarkan alatan tersebut.
KSPK Rujukan Dokumen Standard:
i. Standard kandungan
ii. Standard pembelajaran
Penggunaan Modul Pengajaran:
Panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan Modul Pembelajaran:
Bahan pembelajaran untuk kanak-kanak.
19
7.7 Jadual Waktu Harian
Kelas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Masa mengikut peruntukan peratus (%).
Modul % Peruntukan Masa
Teras Bahasa Bahasa Melayu
Asas Bahasa Inggeris Fleksibel (Awal tahun: 35%,
Bahas Cina/Bahasa Akhir tahun: 25%)
Tamil
Matematik
Aktiviti Luar
Pendidikan Islam/ Moral
Bertema Modul Bersepadu Fleksibel (Awal tahun: 35%,
Akhir tahun: 45%)
Aktiviti Rutin Dan Perbualan Pagi (baca doa, 30%
makan, refleksi)
20
8.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulan, pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara yang perlu diberi
perhatian. Pendidikan awal iaitu pada peringkat awal kanak-kanak merupakan persediaan
kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke pendidikan formal iaitu peringkat sekolah. Kanak-
kanak perlu didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar mereka
dapat membina kekuatan, keyakinan dan hidup bersosialasi.
Melalui Model Kurikulum Montessori, kami dapati banyak faedah yang diperolehi oleh
kanak-kanak iaitu dalam membantu perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi mereka.
Aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk kanak-kanak di dalam kelas dapat membantu mereka
memperkembang, menyusun, meluas dan menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan,
pendengaran bau dan rasa. Model Montessori juga mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih teratur dan lebih menyeronokkan serta dapat melatih kanak-kanak agar lebih berdikari,
bertanggugjawab dan fokus dalam melakukan setiap tugasan mereka. Oleh itu,
21
RUJUKAN
Lee Gutek, G. (2004). The Montessori Method. USA: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.
Sufean Husssin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Habib Md. Som,
Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong Pahang:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
22
LAMPIRAN
23