You are on page 1of 20

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 6
SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2019/2020
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN
PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOD / KURSUS DBF2143 BUSINESS LAW
K1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PERUNDANGAN DI MALAYSIA
K2 SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA
K3 SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA
KOMPETENSI K4 UNDANG-UNDANG KONTRAK : PEMBENTUKAN KONTRAK
K5 UNDANG-UNDANG KONTRAK : PELEPASAN KONTRAK DAN REMEDI
K6 AGENSI

6.1 PENGENALAN

6.2 PEMBENTUKAN AGENSI

6.3 TANGGUNGJAWAN PRINSIPAL DAN AGEN


KO1ETENSI UNIT
6.4 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL KEPADA AGEN

6.5 BIDANG KUASA AGEN

6.6 PENAMATAN AGENSI


1. Membincangkan prinsip-prinsip asas sistem perundangan Malaysia, undang-undang kontrak
dan agensi dalam transaksi-transaksi perniagaan di Malaysia.(C3,PLO 1)
HASIL 2. Menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kontrak perniagaan dengan
PEMBELAJARA menggunakan prinsip-prinsip dalam undang-undang kontrak dan undang-undang agensi
N yang telah dipelajari di dalam kursus. (C3,PLO 6)
3. Membentangkan hasil perbincangan secara berkumpulan berkenaan dengan isu dalam
sistem perundangan Malaysia dan pembentukan kontrak perniagaan di Malaysia(A2,PLO 5)

PLO 1  Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains dan asas serta prinsip
bidang perniagaan dalam Pengurusn Perniagaan
PLO 5  Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan
dalam
PLO 6  Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah

NAMA PELAJAR

TARIKH

1
AGENSI

6.1 PENGENALAN

 Undang –undang berkaitan ejensi di Malaysia di kawal oleh Bab X, Akta


Kontrak, 1950.
 Undang-undang ejensi menjadi sebahagian daripada undang-undang kontrak
kerana kadangkala orang yang berkontrak terpaksa meminta pertolongan orang
lain untuk melaksanakan kontraknya itu.
 Contohnya : Tuan rumah yang ingin menjual rumahnya mengupah broker untuk
mencari pembeli.Broker akan berunding bagi pihak tuan rumah dengan pembeli.
 Pelantikan ejen atau wakil hendaklah dibuat menurut undang-undang
 Menurut Seksyen 135 Akta Kontrak, kontrak ejensi terbahagi kepada :-
a. Kontrak antara prinsipal dan ejen dimana ejen mendapat kuasanya untuk
bertindak untuk dan bagi pihak prinsipal;
b. Kontrak antara ejen dan pihak ketiga melalui kuasanya sebagai ejen;

6.1.1 Definisi Agensi, Agen dan Prinsipal

 Agensi adalah kontrak di antara ejen dan prinsipal.


 Ejen
 Seksyen 135 Akta Kontrak menyatakan ejen sebagai seorang yang
diambil kerja untuk membuat sesuatu tindakan bagi pihak orang lain atau
mewakili seseorang dalam urusan dengan orang ketiga
 Ejen merupakan orang yang dilantik dan dibayar upah untuk bertindak
sebagai wakil atau ganti kepada orang lain
 Apabila ejen dilantik dibawah kontrak ejensi , ia mempunyai kuasa untuk
bertindak bagi pihak tuannya atau prinsipal
 Prinsipal
 Ialah seseorang kepada siapa kerja itu dilakukan

2
 Seseorang yang menggajikan atau mengupah orang lain untuk membuat
kontrak bagi pihak dirinya dengan pihak ketiga.
 Seorang principal bertanggungjawab ke atas semua tindakan dan
perbuatan ejen yang dilakukan atas arahannya

6.1.2 Jenis-jenis Agen

Jenis kontrak ejensi boleh dibahagikan mengikut luasnya kuasa ejen atau mengikut
tugas-tugas ejen.

1. Jenis Ejensi Mengikut Luas Kuasa Ejen

a) Ejen universal – sejenis ejen am yang mempunyai kuasa yang luas. Ia boleh
melakukan kesemua tindakan yang sepatutnya boleh dilakukan sendiri oleh
prinsipal. Ejensi jenis ini perlu dibuat secara bertulis dalam bentuk surat kuasa
wakil.

b) Ejen am – ejen yang dilantik oleh prinsipal untuk menjalankan tugas-tugas


umum dalam perniagaan atau tred. Pihak ketiga yang berurusan dengan ejen am
boleh mempunyai anggapan bahawa ejen ini mempunyai kuasa untuk
melakukan tindakan-tindakan yang lazim dilakukan dalam perjalanan urusan
perniagaan biasa.

c) Ejen khas – ejen jenis ini dilantik untuk membuat kerja-kerja yang khusus sahaja
atau untuk maksud tertentu sahaja, dan kuasanya terhad kepada kerja atau
maksud tersebut.

3
2. Jenis Ejensi Mengikut Tugas

a) Ejen del-credere – sejenis ejen yang mendapat komisen tambahan daripada


prinsipal, sekiranya ia memberi janji kepada prinsipal bahawa pihak ketiga akan
melaksanakan tanggungjawabnya di bawah kontrak yang dimasuki bagi pihak
prinsipal itu. Jika pihak ketiga gagal mematuhi kontrak, ejen del credere akan
bertanggungan terhadap prinsipal.

b) Faktor – sejenis ejen perdagangan dalam urusan perniagaan biasa


diamanahkan untuk menjual barang kepunyaan prinsipal. Ejen ini akan menjual
barang atas namanya sendiri tanpa memberitahu siapa prinsipalnya. Ejen ini
juga memiliki lien terhadap barang-barang yang ada dalam simpanannya. Lien
bermaksud, si ejen berhak untuk menahan barang-barang itu sekiranya prinsipal
gagal membayar komisennya tetapi tiada hak untuk menjual barang tersebut.

c) Broker – ejen perdagangan yang diupah untuk membuat kontrak antar prinsipal
dan pihak ketiga, dan ia diberi komisen yang kita sebut brokerage. Broker
berbeza daripada faktor kerana broker tidak diamanahkan untuk memegang
barang prinsipal dan tidak berhak membuat kontrak di atas nama sendiri. Broker
juga tidak mempunyai hak lien ke atas barang prinsipal.

d) Jurulelong – ejen yang diupah untuk menjual barang secara lelong. Semasa
lelongan berjalan, ejen ini mulanya menjadi ejen penjual tetapi apabila ia
menerima tawaran daripada pembeli, ia akan menjadi ejen pembeli juga. Pada
kebiasaannya harga jualan adalah mengikut budi bicara jurulelong kecuali jika
penjual telah menetapkan harga yang terendah. Ia juga akan bertanggungjawab
terhadap penjual jika ia menjual barang lelong lebih rendah daripada harga yang
penjual tetapkan.

4
e) Jurubank – ejen ini boleh dibahagi kepada dua tugas:

i. Sebagai ejen pelanggan. Apabila pelanggan memasuki bank dan


mendeposit-kan wangnya, jurubank menjadi si berhutang dan pelanggan
adalah pemiutang. Sebaliknya jika pelanggan datang ke bank untuk
membuat pinjaman rumah, maka jurubank menjadi pemiutang dan
pelanggan pula menjadi si berhutang.
ii. Sebagai ejen bank. Pekerja-pekerja bank merupakan ejen bagi sesebuah
bank. Tugas mereka ialah kepada majikan iaitu bank dan bank juga
mempunyai tugas terhadap pelanggan.

6.1.3 Autoriti dan Kuasa Dalam Undang-Undang Agensi

 Seksyen 137 Akta Kontrak memperuntukkan bahawa sesiapa sahaja boleh


menjadi ejen antara prinsipal dan pihak ketiga. Tetapi seseorang prinsipal tidak
boleh menuntut apa-apa ganti rugi daripada ejen yang bukan berumur dewasa
dan tidak berakal sempurna sekiranya berlaku kecuaian atau kerugian semasa
urusannya sebagai ejen. Sebagai contoh, A telah mengupah B yang berumur
16 tahun untuk membeli barangan daripada C bagi pihaknya. C telah
membekalkan barangan tersebut kepada A. B telah mengambil dan menjual
barangan tersebut untuk keuntungan dirinya. A tidak boleh mengelak dengan
mengatakan bahawa beliau tidak bertanggungjawab terhadap transaksi tersebut
kerana B berumur 16 tahun. A bertanggungan terhadap pembayaran barangan
tersebut dan A tidak boleh menunut ganti rugi daripada B.

5
6.2 PEMBENTUKAN AGENSI

6.2.1 Pelantikan secara Nyata

 Seksyen 140 Akta Kontrak menyatakan bahawa seorang ejen boleh dilantik
melalui perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis.
 Di dalam perjanjian ejensi ini, prinsipal akan memberikan kuasa kepada ejen
untuk bertindak bagi pihaknya dan menyatakan upah atau komisen yang akan
dibayar apabila kerja ejensinya selesai.
 Pelantikan ini boleh berlaku samada dengan menyebut perkataan ejen, wakil
atau apa-apa perkataan yang membawa erti dan kesan yang sama. Bahkan,
pelantikan ini juga boleh berlaku walau pun tanpa disebut perkataan-perkataan
itu. Adalah memadai jika ia menyebut secara jelas tentang tugas atau peranan
pihak berkenaan untuk bertindak bagi pihak yang lain dalam sesuatu urusniaga.
 Contohnya, prinsipal melantik ejen untuk menjual rumahnya pada harga
RM100,000.00 dan ejen akan dibayar dua peratus daripada harga jualan
tersebut. Oleh itu ejen adalah terikat untuk melaksanakan semua arahan yang
terkandung dalam perjanjian ejensi. Ejen juga tidak berhak melakukan apa-apa
kerja yang tidak dinyatakan dalam perjanjian. Prinsipal pula berhak mendakwa
ejen yang gagal melaksanakan arahan-arahannya seperti mana dalam
perjanjian.
 Pelantikan ejen secara nyata ini boleh di lihat melalui surat kuasa wakil (power
of attorney) atau surat mandate (letter of mandate).
 Contoh: Jojo melaksanakan satu surat kuasa wakil kepada Bakar yang memberi
kuasa kepada Bakar untuk mentadbirkan dan mengusahakan tanah milik Jojo
seluas 10 ekar. Dalam surat kuasa wakil itu dinyatakan bahawa Bakar tidak
boleh menggadaikan tanah tersebut untuk apa-apa tujuan sekalipun. Sekiranya
Bakar menggadaikan tanah tersebut untuk pinjaman bank, maka Jojo berhak
untuk menyaman Bakardan membatalkan surat kuasa wakil tersebut

6
6.2.2 Pelantikan secara Tersirat
1. Seksyen 140 Akta Kontrak menyatakan bahawa hubungan ejensi
boleh disiratkan, atau dianggap wujud melalui tutur kata atau
perbuatan prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai
ejennya. Kata-kata atau kelakuan prinsipal menunjukkan bahawa
orang lain itu mempunyai kuasa untuk melakukan kerja bagi
pihaknya.
 Contoh : A mempunyai sebuah kedai di Kajang, dan ia tinggal di Kuala Lumpur.
Kedai tersebut diuruskan oleh B. B biasanya memesan barang-barang daripada
C dengan menggunakan nama A, dan membayar harga barang dari peruntukan
wang A. A mengetahui tindakan B itu dan membenarkannya. Oleh yang
demikian, B mempunyai suatu kuasa tersirat dari A untuk memesan barang-
barang dari C dengan menggunakan nama A.

2. Hubungan Ejensi Juga Boleh Disiratkan Daripada Hubungan Suami


Isteri
 Apabila sepasang suami isteri tinggal bersama, terdapat satu anggapan bahawa
si isteri mempunyai kuasa untuk berhutang dengan menggunakan nama
suaminya untuk membeli barang keperluan yang sesuai dengan taraf hidup
mereka. Hutang sebegini akan mengikat suaminya.
 Walau bagaimanapun, suami boleh mematahkan anggapan itu jika ia dapat
membuktikan bahawa:
 Suami telah secara nyata melarang isteri berhutang atas namanya.
 Suami telah secara nyata memberi amaran kepada peniaga
supaya tidak menjual barang-barang kepada isterinya secara
hutang.
 Suami telah menyediakan dengan cukupnya barang-barang
keperluan untuk isterinya.
 Suami telah memberi elaun belanja kepada isteri supaya ia dapat
membeli barang-barang keperluan tanpa berhutang.

7
 Pesanan barang keperluan yang dibuat isteri itu tidak munasabah
apabila diambil kira pendapatan suami ketika itu.

3. Hubungan Ejensi Disiratkan Daripada Perkongsian Perniagaan


 Seksyen 7 Akta Perkongsian 1961 menyatakan bahawa setiap pekongsi dalam
suatu perkongsian adalah merupakan ejen kepada firma perkongsian dan rakan
pekongsi yang lain. Apa-apa perbuatan dan tindakan seorang pekongsi dalam
perniagaan mereka, akan mengikat firma perkongsian dan rakan pekongsi yang
lain.
 Contoh: Ali, Ah Meng dan Anand adalah rakan kongsi dalam satu perniagaan
kedai komputer. Ali telah memesan lima buah komputer baru untuk kedai mereka
daripada Syarikat Atacomp. Tindakan Ali ini mengikat Ah Meng dan Anand,
maka ketiga-tiga mereka bertanggungjawab untuk menjelaskan harga komputer
tersebut kepada syarikat Atacomp.

2.6.3 Pelantikan melalui Autoriti Biasa

 Seksyen 140 Akta kontrak ialah kuasa yang diberikan kepada ejen untuk
bertindak bagi pihak prinsipalnya iaitu dari segi perkataan –perkataan yang
diucapkan , tindakan yang diperlakukan, atau melalui tulisan dan keseluruhan
urusan biasa perniagaan pihak yang berkenaan.

2.6.4 Pelantikan melalui Ratifikasi

 Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan yang pada asalnya


tidak sah. Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan perbuatan atau tindakan ejen
yang pada mulanya tidak sah. Ratifikasi boleh dilakukan secara nyata atau
disiratkan daripada perbuatan prinsipal.
 Contoh : A (ejen) tanpa mempunyai kuasa, telah membeli barang-barang untuk
B (prinsipal). Kemudian B pula dengan sendiri telah menjual barang-barang itu
kepada C. Perbuatan B membayangkan ia mengesahkan atau ratifikasi
pembelian yang dibuat oleh A bagi pihaknya.
 Menurut Seksyen 149 : Apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi
prinsipal, prinsipal tidak mengetahui atau tidak memberi kuasa kepada ejen

8
untuk berbuat demikian, maka prinsipal boleh memilih untuk menerima sah atau
menolak perbuatan ejen itu. Jika ia menerima sah perbuatan itu, kesannya ialah
seolah-olah perbuatan itu dilakukan dengan izin dan kuasanya.
 Kesan ratifikasi : Sekiranya seorang principal menerima dan mengeshkan
kontrak tersebut, kesannya ialah kontrak tersebut akan mengikat principal
tersebut seolah-olah ejen tersebut telah diberi kuasa dengan sempurna
sebelumnya. Ratifikasi akan mengesahkan keseluruhan sesuatu urusan
walaupun hanya sebahagian sahaja
 Ratifikasi hanya boleh dibuat dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Tindakan yang dilakukan itu hendaklah sesuatu yang tidak sah atau di luar kuasa
ejen atau tindakan itu dilakukan oleh seseorang yang berpura-pura sebagai ejen.

2. Ejen, semasa bertindak mestilah bertindak sebagai ejen kepada prinsipal, bukan
atas namanya sendiri atau memberi gambaran kepada pihak ketiga bahawa ia
bertindak sendiri sebagai prinsipal.

Di dalam kes Keighley Maxted & Co. lwn Durant (1901), AC 240, seorang ejen,
Roberts, telah diarahkan oleh pihak syarikat untuk membeli tepung gandum pada harga
tertentu. Ejen tersebut telah melampaui kuasanya, dan membeli pada harga yang lebih
tinggi atas namanya sendiri meskipun tepung itu dibeli untuk Keighley. Sungguhpun
Keighley pada mulanya bersetuju untuk membeli tepung itu pada harga yang
dipersetujui oleh ejen, ia kemudian enggan menerima serah hantaran tepung itu.
Mahkamah memutuskan bahawa Keighley tidak bertanggungan terhadap Durant (si
pembekal tepung) kerana ia tidak mengesahkan kontrak yang dibuat oleh Roberts,
kerana Roberts tidak mengaku bertindak sebagai ejen.

3. Ejen mestilah mempunyai prinsipal yang berupaya untuk berkontrak semasa


urusan tidak sah itu dilakukan dan semasa ratifikasi hendak dibuat.

Di dalam kes Kelner lwn Baxter (1866) LR 2 CO 174, satu kontrak untuk membeli
sebuah hotel bagi pihak sebuah syarikat yang sedang ditubuhkan telah diputuskan oleh

9
mahkamah sebagai tidak boleh diratifikasikan kerana pada masa kontrak itu dibuat,
syarikat (prinsipal) belum wujud. Ini bermakna syarikat tidak berupaya untuk berkontrak.

4. Prinsipal mestilah pada masa pengesahan itu mempunyai pengetahuan tentang


fakta-fakta penting mengenai urusan yang hendak diratifikasikan, melainkan ia
tidak peduli apa juga maklumat atau fakta, dan sememangnya berhasrat untuk
meratifikasikan.

5. Prinsipal mestilah mengesahkan kesemua perbuatan ejen itu. Prinsipal tidak


boleh hanya menerima sebahagian perbuatan yang berfaedah kepadanya, dan
menolak sebahagian yang lain. Jika prinsipal mengesahkan perbuatan ejen,
maka ia dianggap telah mengesahkan keseluruhan perbuatan itu.

6. Ratifikasi itu mestilah tidak memudaratkan pihak ketiga seperti merugikan pihak
ketiga atau menamatkan hak atau kepentingannya dalam kontrak akibat
perbuatan ejen itu. Menurut seksyen 153, sesuatu tindakan yang dibuat oleh
ejen yang hendak diratifikasikan itu tidak boleh mencederakan orang ketiga.

Mari kita lihat misalan (b) dalam seksyen 153: A memegang pajakan tanah dari B.
Pajakan tersebut hanya tinggal tiga bulan dan boleh ditamatkan melalui notis
penamatan. C, tanpa mempunyai kuasa dan tanpa pengetahuan B, telah menghantar
notis penamatan kepada A. Notis tersebut tidak boleh diratifikasikan oleh B (prinsipal)
kerana ia akan memudaratkan A.

7. Sesuatu ratifikasi yang hendak dibuat itu perlulah dibuat dalam masa yang
munasabah.

10
6.2.5 Pelantikan berdasarkan keperluan

 Ejensi secara perlu wujud apabila dalam keadaan tertentu, seseorang yang
diamanahkan dengan barangan orang lain terpaksa melakukan sesuatu demi
memelihara atau melindungi barangan itu, walaupun ia tidak mempunyai kuasa
untuk berbuat demikian.
 Mengikut seksyen 142, seseorang ejen mempunyai kuasa, dalam kecemasan,
untuk melakukan apa sahaja perbuatan demi melindungi prinsipalnya daripada
kerugian, seperti yang akan dilakukan oleh seseorang yang bijak, bagi dirinya
sendiri dalam keadaan yang sama.
 Di dalam kes G. N. Railway C. lwn Swaffield (1874) LR 9 Ex 132, seekor kuda
dihantar melalui keretapi ke suatu destinasi. Setibanya di destinasi itu tidak ada
siapa yang berhak menerima kuda itu. Pihak keretapi menghantar kuda itu ke
sebuah kandang kuda untuk bermalam di sana. Mahkmah memutuskan bahawa
tindakan itu sungguhpun di luar kuasa keretapi sebagai ejen, namun ia terpaksa
dilakukan untuk melindungi kuda itu. Pihak keretapi dianggap ejen perlu.
 Terdapat beberapa syarat sebelum ejensi secara perlu boleh wujud:

1.Adalah mustahil untuk ejen menghubungi prinsipal bagi mendapatkan


arahan selanjutnya. Syarat ini kurang sesuai lagi pada masa ini dengan
adanya sistem komunikasi canggih seperti telefon, faksimile, teleks dan
sebagainya.
Dalam kes Springer lwn G.W. Railway & Co. (1921) 1 KB 257, S telah
menghantar tomato dari Jersey ke London. Kapal yang mengangkut tomato itu
menghantar serah tomato-tomato itu di Weymouth lewat tiga hari kerana berlaku
mogok keretapi, dan tomato hanya dapat dipunggah dua hari kemudian. Apabila
dipunggah, syarikat keretapi mendapati tomato itu tidak lagi segar, dan membuat
keputusan menjual tomato itu di pasaran setempat. S telah tidak dihubungi.
Mahkamah memutuskan bahawa syarikat keretapi bertanggungan terhadap S
kerana mereka seharusnya menghubungi S terlebih dahulu sebelum menjual
tomato itu.

11
2.Keadaan yang wujud mestilah sesuatu yang benar-benar menimbulkan
keterpaksaan. Lazimnya keadaan ini timbul apabila urusan itu melibatkan
barang mudah rosak.
Di dalam kes Prager lwn Blatspiel Stamp & Heacock Ltd. (1924) 2 KB 254, kulit
binatang dibeli oleh S, seorang ejen bagi tujuan untuk dihantar kepada P. Oleh
kerana peperangan meletus, penghantaran tidak dapat dilakukan, dan P pula
tidak dapat dihubungi. S lantas menjual kulit itu. Mahkamah memutuskan
bahawa tidak timbul keadaan yang memaksa jualan oleh S sebab kulit itu
bukanlah barangan mudah rosak, dan masih boleh terpelihara jika disimpan di
tempat yang sesuai. Maka S ejen itu bertanggungan terhadap prinsipalnya.

3.Ejen secara perlu hendaklah bertindak secara suci hati. Tindakan yang
terpaksa dilakukan itu haruslah dilakukan dengan niat baik atau dengan
iktikad baik.

6.2.6 Pelantikan melalui Estopel / Persekatan

 Pada amnya, seorang prinsipal tidak akan terikat dengan perbuatan yang dibuat
oleh ejen bagi pihaknya tanpa kebenarannya dahulu. Walau bagaimanapun,
sekiranya prinsipal melalui kata-kata atau kelakuannya membuatkan pihak ketiga
mempercayai bahawa ejen itu adalah ejennya yang sebenar dan pihak ketiga
mempercayainya sehingga merugikan pihak ketiga tersebut, maka prinsipal tadi
disekat atau dihalang daripada menafikan tentang kewujudan kuasa ejen itu.
 Contoh: Eileen telah memberitahu Kamal di hadapan Pratam, bahawa Eileen
adalah ejen Pratam, dan Pratam tidak menyangkal kenyataan Eileen itu. Pratam
kemudian disekat daripada menafikan bahawa Eileen adalah ejennya, jika Kamal
menjual barang kepada Eileen seteleh mempercayai bahawa Eileen adalah ejen
Pratam dan menuntut hutang daripada Pratam.

12
6.3 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL DAN AGEN

Tugas dan tanggungjawab ejen kepada prinsipal ( Seksyen 164 – 178 Akta
Kontrak)

 Ejen perlu bertindak mengikut arahan prinsipal. Kegagalan berbuat demikian


akan menyebabkan pelanggaran kontrak dan ejen bertanggungjawab atas apa-
apa kerugian yang dialami oleh prinsipal
 Ejen bertanggungajwab menjalankan kerjanya dengan berhati-hati dan penuh
usaha serta menggunakan kebolehan yang ada padanya. Misalnya, jika seorang
ejen diupah menjual barang-barang, maka adalh tanggungjawabnya untuk
mendapatkan harga yang terbaik untuk jualan barangannya. Dalam kes Keppel
lwn Wheeler (1927), plaintif telah mengupah defendan untuk menjual sebuah
rumah. Suatu tawaran sebanyak 6150 pound telah diterima daripada ejen
plaintif “tertakluk kepada kontrak’”. Selepas itu, tawaran lebih tinggi telah dibuat
oleh x tetapi tidak diberitahu kepada plaintif dan kontrak bertulis antara plaintif
dan penawar pertama telah ditandatangani. Mahkamah telah memutuskan
bahawa defendan bertanggungjawab kepada plaintif untuk perbezaan antara
dua tawaran tersebut;
 Ejen tidak akan berahsia kepada prinsipal tentang sebarang maklumat yang
sampai kepada pengetahuannya yang boleh mempengaruhi keputusan prinsipal
untuk berkontrak;
 Ejen hendaklah mengemukakan akaun yang tepat bagi segala urusan bagi
pihak prinsipal
 Ejen tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk mendapat keuntungan
rahsia seperti komisyen. Sekiranya ejen menerima apa-apa komisyen, prinsipal
berhak:-
i. Menuntut jumlah keuntungan rahsia tersebut;
ii. Prinsipal berhak tidak membayar upah ejen;
iii. Prinsipal boleh memecat ejen tanpa notis

13
 Ejen tidak boleh mewakilkan tugasnya atau kuasanya. Hubungan antara ejen
dan prinsipal adalah satu hubungan peribadi dan ejen tidak boleh
mewakilkannya kepada orang lain kecuali dengan kebenaran prinsipal;
 Ejen tidak boleh mengemukakan maklumat rahsia kepada orang lain;
 Ejen tidak boleh bertindak bagi dua orang prinsipal yang mempunyai
kepentingan yang bercanggah

6.4 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL KEPADA AGEN

 Tugas dan tanggungjawab prinsipal terhadap ejennya diperuntukkan dalam


Seksyen 175 hingga 178 Akta Kontrak. Antara tanggungjawabnya ialah:-
a) Prinsipal bertanggungjawab membayar komisyen atau ganjaran lain yang
dipersetujui melainkan hubungan ejensi adalah secara percuma. Terdapat tiga
prinsip Common Law yang terpakai untuk menentukan sama ada ejen berhak
menuntut komisyen atau sebaliknya:-
i. Prinsipal mesti menentukan sama ada mengikut tafsiran sebenar kontrak,
peristiwa atau syarat yang menyebabkan komisyen kena dibayar telah
berlaku atau dipatuhi.
ii. Ejen hartanah tidak tertakluk kepada mana-mana prinsip khas kontrak
komisyen;
iii. Prinsipal hendaklah menyatakan dengan jelas kontrak dimana ejen telah
menjalankan usaha bagi memperkenalkan pihak ketiga tetapi tidak
berhasil.

Seksyen 172 Akta Kontrak memperuntukkan bahawa pembayaran komisyen ejen


hendaklah dibayar apabila perbuatan yang disyaratkan dalam kontrak ejensi selesai
dan sempurna dilaksanakan . Sebagai contohnya, sayarat pembayarn komisyen
kepada ejen ialah apabila ejen memperkenalkan pihak ketiga. Bila syarat tersebut telah
dilakukan walaupun belum ada urusan antara pihak ketiga dan prinsipal, komisyen
hendaklah dibayar.

14
b) Prinsipal tidak boleh menghalang ejen daripada mendapat komisyennya.
Misalnya, apabila ejen telah dilantik, prinsipal tidak boleh mengupah ejen lain di
tengah perundingan untuk melucutkan komisyen ejen asal yang membawa
pihak-pihak itu bersama;
c) Prinsipal hendaklah melepas tanggungan (iaitu ejen berhak untuk mendapat
ganti bayar , bukan sahaj dalm bentuk komisyen atau ganjaran tetapi juga wang
yang dibayar bagi pihak prinsipal dan kesemua kerugian yang dialami olehnya
dalam menjalankan arahan prinsipal) bagi perbuatan yang dilakukan oleh ejen
apabila:-
i. Ejen telah mengalami kerugian, tanggungan atau perbelanjaan dalam
menjalankan kuasanya. Hak lepas tanggungan berlaku jika perbuatan
tersebut adalah sah dilkukan dalam kuasnya yang nyata atau tersirat oleh
prinsipal;
ii. Ejen mengakibatkan kemudaratan kepada pihak ketiga dalam
melaksanakan tugasnya;
d) Prinsipal hendaklah mengganti bayar kepada ejen kerugian yang dialami ketika
melakukan urusan yang sah dengan iktikad yang baik. (s.175 dan 176, Akta
Kontrak).

15
6.5 BIDANG KUASA EJEN

 Terdapat dua jenis kuasa seseorang ejen, iaitu kuasa nyata dan kuasa zahir.

A) Kuasa Nyata

Adalah kuasa sebenar yang diberi oleh prinsipal kepada ejen. Contohnya, A
mengarahkan B menjual rumah A dengan harga RM100,000. Di sini, kuasa nyata B
ialah menjual rumah itu dengan harga yang ditetapkan. Kuasa nyata ini boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu kuasa nyata ekspres dan kuasa nyata tersirat.

Kuasa Nyata Ekspres

Adalah kuasa sebenar yang diberi secara bertulis atau melalui tutur kata. Sebagai
contohnya, dalam perjanjian bertulis antara A dan B, A sebagai prinsipal melantik B
sebagai ejennya bagi memasarkan barangan syarikatnya di Kuala Lumpur. Di sini, B
dikatakan telah dilantik oleh A secara bertulis iaitu dalam perjanjian, sebagai ejen
pemasarannya. Dalam contoh yang lain, A berkata kepada B , “Tolong jualkan
kereta Proton Iswara saya ini kepada sesiapa yang berminat dengan harga tidak
kurang daripada RM30,000”. Di sini, A melantik B secara lisan sebagai ejen penjual
keretanya.

Kuasa Nyata Tersirat

Adalah kuasa sebenar yang boleh diandaikan daripada keadaan-keadaan yang


berkaitan atau perlakuan pihak-pihak atau disimpul daripada benda-benda yang
disebut bertulis. Sebagai contohnya, A tinggal di Bangi dan ada kedai di Kuala
Lumpur, sekali-sekala datang ke kedai itu. Kedai tersebut diuruskan oleh B . B
biasanya memesan barang barang untuk kedai itu daripada C diatas nama A, dan
membayar harga barang barang daripada peruntukan wang A. Semua ini dilakukan
dengan pengetahuan A. Di sini, B dikatakan mempunyai suatu kuasa terisrat
daripada A untuk memesan barang braang daripada C atas nama A untuk kedai itu.

Lazimnya, kuasa yang diberikan secara nyata tidak memberikan perincian jelas
kuasa kuasa ejen. Oleh sebab itu, andainya tiada arahan sebaliknya, seseorang
ejen yang mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu tindakan , juga mempunyai

16
kuasa yang menurut undang-undang adalah perlu untuk melaksanakan sesuatu
tindakan itu.

Merujuk kepada contoh kuasa nyata ekspres di atas, sebagai ejen pemasaran, B
berkuasa bagi urusan pengiklanan, pembungkusan, pengedaran dan pengangkutan
barang-barang serta perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan jualan
walaupun pelantikan dalam perjanjian hanya dinyatakan B sebagai ejen pemasaran
sahaja.

B) Kuasa Zahir

Adalah kuasa yang diandaikan oleh pihak ketiga yang berurusan dengan ejen itu
sebagai dimiliki oleh ejen itu, sungguhpun pada hakikatnya ejen tersebut tidak
mempunyai kuasai tu. Pada kebiasaanya, seseorang tidak boleh terikat dengan
kontrak yang dibuat bagi pihaknya tanpa kebenarannya. Bagaimanapun, jika dia
dengan tindakan atau tutur katanya membenarkan pihak ketiga mempercayai
bahawa X ialah ejennya dan dan mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu,
sedangkan X tidak mempunyai kuasa tersebut, dan pihak ketiga mempercayainya
sehingga merugikannya, maka dia akan disekat atau dihalang daripada menafikan
tentang kewujudan kuasa X.

Misalnya, A memberitahu B dihadapan C bahawa dia (A) ialah ejen C dan C tidak
menafikan kenyataan itu. C kemudiannya tidka boleh menafikan yang A adalah
ejennya sekiranay B menjual barang-barang kepada A, dengan mempercayainya
bahawa A ialah ejen C. Di sini, B boleh mendakwa C bagi mendapatkan harga
barang-barang itu.

Dalam kes Panorama Development (Guildford) Ltd. Lawan Furnishing FabricLtd.


(1971), B adalah setiusaha di syarikat defendan. Sebagai setiausaha syarikat, beliau
menyewa kereta-kereta mewah daripada plaintif. B tidak mempunyai kuasa sebenar
untuk menyewa kereta-kereta tersebut untuk keguaan sendiri. Mahkamah
memutuskan bahawa sebagai setiausaha syarikat, B mempunyai kuasa zahir untuk
melakukan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran syarikat seperti menyewa

17
kereta. Oleh itu, defendan bertanggungan terhadap plaintif bagi tunggakan-
tunggakan sewa.

6.6 PENAMATAN AGENSI

 Ejensi boleh ditamatkan melalui tindakan prinsipal menarik balik kuasanya, atau
oleh ejen yang menolak urusan berkaitan ejensi itu, atau melalui penyempurnaan
urusan ejensi itu, atau melalui prinsipal atau ejen meninggal dunia atau menjadi
tidak waras, atau melalui prinsipal dihakimi atau di isytihar bankrap atau
insolven.

6.6.1 Penamatan Melalui Persetujuan

a) Penamatan kuasa ejensi dibuat secara persetujuan bersama antara prinsipal


dan ejen apabila kedua-dua mereka berhasrat dan bersetuju untuk menamatkan
kontrak ejensi.

6.6.2 Penamatan Melalui Pembatalan Kuasa Agen

a) Pada amnya, prinsipal boleh membatalkan kuasa ejen pada bila-bila masa
sebelum kuasa itu dijalankan untuk mengikat prinsipal. Sekiranya penamatan
ejensi dibuat oleh prinsipal sebelum tamat tempoh, ejen berhak untuk mengambil
tindakan berikut:
I. Menuntut komisen atau ganjaran jika ia telah menjalankan perkhidmatan
untuk prinsipal.
II. Menuntut perbelanjaan dan tanggungan yang dialaminya dalam
menjalankan tugasnya.
III. Menuntut apa-apa ganti rugi lain sekiranya pembatalan itu tidak
berpatutan, atau jika tidak ada notis pembatalan yang munasabah
diberikan kepadanya.

18
6.6.3 Penamatan Melalui Penyerahan Kuasa Oleh Agen

 Kuasa prinsipal untuk membatalkan ejensi terhad kepada keadaan-keadaan


berikut:
 Jika ejen mempunyai kepentingan dalam harta yang menjadi perkara pokok
ejensi itu. Contohnya, prinsipal melantik adiknya sebagai ejen untuk menjual lima
buah traktor milik keluarga mereka.
 Jika prinsipal telah membenarkan ejen menjalankan sesuatu kuasa itu, maka
pembatalan kuasa cuma akan berkuat kuasa:
 Terhadap ejen jika ia mengetahui tentang pembatalan itu.

 Terhadap pihak ketiga jika pihak ketiga mengetahui tentang


pembatalan itu.

iv. Jika ejen telah menjalankan sebahagian kuasa yang diberikan kepadanya
oleh prinsipal, maka pembatalan tidak akan terpakai atas apa-apa kewajipan
yang timbul daripada perbuatan-perbuatan yang telah ejen lakukan bagi
pihak prinsipal.

6.6.4 Penamatan Melalui Pelaksanaan

 Sekiranya agensi itu tidak ditetapkan, agen boleh menamatkan agensi dengan
memberi notis penamatan yang munasabah kepada principal. Kegagalan agen
memberikan notis yang munasabah boleh dijadikan alas an oleh principal untuk
menuntut ganti rugi daripada agen

6.6.5 Penamatan melalui Undang-undang

1. Kematian ejen atau prinsipal. Kontrak ejensi hanya sah antara prinsipal dan ejen,
kontrak tersebut tidak mengikat waris atau pemegang hak mana-mana pihak
dalam kontrak itu.

2. Ketidakwarasan ejen atau prinsipal. Dalam keadaan ini, prinsipal masih tetap
bertanggungjawab ke atas kontrak yang dibuat oleh ejen dengan pihak ketiga
yang tidak mengetahui tentang ketidakwarasan prinsipal.

19
3. Kebankrapan prinsipal. Apabila prinsipal di isytihar bankrap oleh mahkamah, dan
ia tidak dapat lagi berurus niaga secara sah.
4. Tamat tempoh ejensi seperti yang ditetapkan dalam kontrak ejensi.

5. Selesai perlaksanaan kontrak ejensi jika ejensi itu diwujudkan untuk satu urusan
tunggal sahaja.

6. Berlakunya sesuatu kejadian yang dinyatakan dalam kontrak ejensi yang


menjadikan kontrak ejensi itu tidak sah.

20

You might also like