You are on page 1of 15

COLLEGE OF ENGINEERING

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

PUTRAJAYA CAMPUS

SEMESTER 2 2020/2021

MORAL AND CIVIL SOCIETY II (MPU3422)

NAMA KUMPULAN : KUMPULAN 14

TARIKH PENYERAHAN : 5 APRIL 2021

TAJUK : DISKRIMINASI RAS PHILIPINA DAN JALAN TERBAIK

MENGATASINYA

NAMA PENSYARAH: DR. AZMI BIN AHMAD

NAME ID SECTION

SREE GANESH A/L M.CHANDRAN EP0107064 01

YEOW KHAI BIN ME0107015 01

SRI NAVIN KISHEN A/L KUNALAN MURTHI SN0106839 01

SUMAN A/L KRISHNAN CS01080779 01

SREKUMAR A/L SUBRAMANIAM THEVAR CS0105373 01


ISI KANDUNGAN

No Kandungan Muka Surat

1. PENGENALAN TENTANG FILIPINA

2. DEFINISI DISKRIMINASI

3. DISKRIMINASI RAS DI FILIPINA

4. LANGKAH YANG TERBAIK UNTUK MENGATASINYA

5. CADANGAN MENGATASI DISKRIMINASI RAS DI FILIPINA

6. KESIMPULAN

7. RUJUKAN

8. APPENDIX
PENGENALAN TENTANG FILIPINA

Filipina atau nama rasminya Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan unitari
berdaulat di Asia Tenggara. Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira
7,641 buah pulau[1] yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu Luzon, Visayas, dan Mindanao.
Ibu negara Filipina ialah Manila sementara bandar yang paling ramai penduduk ialah Bandar
Quezon, kedua-duanya tergolong dalam wilayah Metro Manila.
Sejak dari Januari 2018, Filipina merupakan negara Asia kelapan paling ramai penduduk dan
negara ke-12 paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 10 juta lago orang Filipina tinggal di
luar negara,[3] menjadikan salah sebuah masyarakat diaspora yang terbesar di dunia. Purata
kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%. Menurut banci 2015,
Filipina diduduki 100,981,437 orang. Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877
dan telah mencatatkan seramai 5,567,685 orang. Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk
Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan negara
Filipina negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.
Selain itu, terdapat anggaran bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon dan
umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun. Jangka
hayat ketika lahir pula ialah 69.4 tahun. 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi
lelaki. Kadar kemiskinan juga susut daripada 25.2% pada tahun 2012.kepada 21.6% pada
tahun 2015.
Seterusnya, di seluruh kepulauan Filipina terdapatnya berbilang suku dan etnik. Kaum
Negrito adalah antara penduduk terawal pulau sejak zaman prasejarah lagi, diikuti oleh
kedatangan orang Austronesia secara bergilir-gilir.[4] Berlakunya pertukaran bersama
bangsa-bangsa Cina, Melayu, India dan Islam. Kemudian, ditubuhkan pelbagai negeri yang
bersaing sesama sendiri di bawah pemerintahan Datu, Raja, Sultan mahupun Lakan. Filipina
merupakan salah satu daripada hanya dua buah negara majoriti Kristian di Asia Tenggara
selain daripada Timor Leste.
Dari segi statistik, 28.1% warga Filipina berketurunan Tagalog, 13.1% Cebuano, 9% Ilocano,
7.6% Visayans atau Bisaya, 7.5% Hiligaynon, 6% Bikol, 3.4% Waray, dan 25.3% lain-lain
yang terdiri daripada suku minoriti seperti Moro, Kapampangan, Pangasinan, Ibanag, dan
Ivatan. Manakal etnik Cebuano, Hiligaynon and Waray tidak termasuk dalam 7.6% Visayans
atau Bisaya. Data- data ini diperolehi daripada banci 2000 Filipina.
Di samping itu, warga Filipina umumnya tergolong kepada beberapa kelompok etnik Asia
yang digolongkan secara linguistik sebagai Austronesia atau Melayu-Polinesia. Dipercayai
bahawa ribuan tahun dahulu, orang asli Taiwan yang berbahasa Austronesia berhijrah ke
Filipina dari Taiwan, membawa sekali ilmu pertanian dan perlarian, akhirnya mengatasi suku
Negrito yang terdahulu. Kaum-kaum Negrito seperti Aeta dan Ati merupakan antara
penduduk terawal. Filipina di persimpangan Timur dan Barat juga didiami kaum-kaum dari
pelbagai tempat seperti China, Sepanyol, Amerika Syarikat, India, Korea dan Jepun. Kaum
minoriti pendatang terpenting sekali adalah Cina dan Sepanyol.
Orang Cina Filipina pula rata-ratanya keturunan pendatang dari Fujian, China selepas tahun
1898. Jumlahnya sekitar 2 juta tetapi terdapat juga anggaran 27 peratus Filipina yang
mempunyai sekerat keturunan Cina, daripada pendatang Cina sebelum dan semasa zaman
penjajah. Kahwin campur sesama Cina dan pribumi ternyata di kawasan bandar.
Sekurang-kurangnya satu pertiga penduduk Luzon, dan juga penempatan lama di Visayas dan
Bandar Zamboanga di Mindanao (sekitar 13.33% populasi Filipina), mempunyai sekerat
keturunan Hispanik (dari pelbagai tempat Amerika Latin mahupun negara Sepanyol). Kajian
genetik terkini membuktikan keturunan sekerat Eropah dan Amerika Latin ini. Suku minoriti
lain yang terpenting termasuklah India dan Jepun. Keturunan pasangan campur kaum
dipanggil mestizo
DEFINISI DISKRIMINASI

Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan
oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan
Austroloid.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata,
warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang
menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini
berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka. Menurut Academic
American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan sebagai teori atau falsafah
yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut,
tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian sedemikian menyebabkan
sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain.
Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan
diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun, pengertian ini
telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut Encyclopedia of Religion
(Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam
satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih handal dari yang
lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya.
Pada hakikatnya, ras memang sukar untuk didefinasikan dengan jelas dan tepat kerana telah
berlaku campur aduk golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan campur.
Ramai ahli sosiologi turut bersetuju dengan pendapat sedemikian. Contohnya, Van den
Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan kerana ianya mempunyai
empat pengertian utama.

i.) Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar
perbezaan “phenotype” dan “genotype“. Walau bagaimanapun, tiada sebarang
persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan sosiologi dan kebelakangan ini
pengertian ini telah pun ditolak oleh sebahagian besar pakar sains sosial.
ii.) Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang
mempunyai beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama
(Misalan: ras Peranchis dan ras Yahudi).
iii.) Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata dengan perkataan spesis
(species). (Misalan: ras manusia).
iv.) Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang
menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada
kelompok-kelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah.

Namun begitu, Van den Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat sahaja sesuai
digunakan dalam konteks sains sosial.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan
warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melaui perilaku
atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan
keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang
paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan
sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan
yang bersifat diskriminasi.
Sejarah manusia dibelah dengan diskriminasi. Ia mengambil bentuk dan bentuk yang berbeza,
dan masyarakat moden tidak terkecuali.Ia berkepentingan sejarah kebudayaan dan telah
mempengaruhi banyak kejadian sosial, budaya, dan ekonomi yang kita lihat hari
ini.Diskriminasi merupakan sikap pilih kasih sesebuah kelompok terhadap satu kelompok
yang lain yang dirasakan tidak setaraf dengannya. Diskriminasi merupakan perbuatan yang
dizahirkan melalui perasaaan yang telah dicipta iaitu memandang rendah terhadap standard
kebudayaan kelompok lain.
Pada dasarnya diskriminasi adalah pembedaan perlakuan. Perbedaan perlakuan tersebut bisa
disebabkan warna kulit, golongan atau suku, dan bisa pula karena perbedaan jenis kelamin,
ekonomi, agama, dan sebagainya. Menurut Theodor son & Theodor son, diskriminasi adalah
perlakuan yang tidak seimbang terhadap perorangan, atau kelompok, berdasarkan sesuatu,
biasanya bersifat kategorikal, atau atribut-atribut khas, seperti berdasarkan ras,
kesukubangsaan, agama, atau keanggotaan kelas-kelas sosial. Istilah tersebut biasanya untuk
melukiskan, suatu tindakan dari pihak mayoritas yang dominan dalam hubungannya dengan
minoritas yang lemah, sehingga dapat dikatakan bahwa perilaku mereka itu bersifat tidak
bermoral dan tidak demokratis. Sebagai contoh, krisis yang wujud di Barat yang memandang
orang kulit hitam sebagai golongan masyarakat yang hina. Diskriminasi yang wujud itu
dicipta oleh orang kulit putih untuk menghalang orang kulit hitam menjawat jawatan tertinggi
dalam sesebuah organisasi.
Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana
layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan (Sears,
Freedman & Peplau, 1999). Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai
dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk
membezabezakan orang lain. Dalam psikologi, diskriminasi bererti kemampuan membezakan
berbagai rangsangan. “Discrimination” menurut Webster's Third International Dictionary,
adalah discriminare (Latin) yang bererti 'membezakan' .
Menurut The New Oxford Dictionary of English (1998), erti discrimination adalah (1)
perlakuan tidak adil dan berprasangka dalam kategori- kategori berbeza terhadap orang atau
hal, terutamanya atas dasar ras, umur, dan jantina. Contohnya, mangsa diskriminasi kaum.
Erti lain yang diberikan ialah (2) pengakuan dan pemahaman atas perbezaan suatu hal dari
hal yang lain, misalnya diskriminasi antara benar dan salah: kemampuan membezakan apa
yang berkualiti, penilaian baik, dan selera tinggi. Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang
tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"
(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity). Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia
boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan.
Berbagai jenis diskriminasi yang sering terjadi di masyarakat antara lain tapi tidak
terbatas.Antaranya,Diskriminasi berdasarkan suku/etnis, ras, dan
agama/keyakinan.Seterusnya , Diskriminasi berdasarkan jenis kelamin dan gender (peran
sosial karena jenis kelamin). Contohnya, anak laki-laki diutamakan untuk mendapatkan akses
pendidikan dibanding perempuan, perempuan dianggap hak milik suami setelah menikah dan
lain-lain.Selain itu, Diskriminasi terhadap penyandang cacat. Contoh: penyandang cacat
dianggap sakit dan tidak diterima bekerja di instansi pemerintahan.Di samping itu,
Diskriminasi pada penderita HIV/AIDS. Contoh: penderita HIV/AIDS dikucilkan dari
masyarakat dan dianggap sampah masyarakat.Bukan itu sahaja, Diskriminasi karena kasta
sosial, Contoh: di India, kasta paling rendah dianggap sampah masyarakat dan dimiskinkan
atau dimarjinalkan sehingga kurang memiliki akses untuk menikmati hak asasinya. Dari
jenis-jenis diskriminasi di atas, maka seseorang bisa saja mendapatkan lebih dari satu
tindakan diskriminasi.
LANGKAH YANG SEDIA ADA UNTUK MENGATASI DISKRIMINASI
RAS DI FILIPINA
Pada tahun 1971, satu pertubuhan telah ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan
kemerdekaan bangsa Moro yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro
atau Moro National Liberation Front (MNLF). Pertubuhan ini diasaskan oleh Nur Misuari
bagi menggantikan Muslim Independence Movement (MIM) yang lebih radikal sebelum ini
bagi membela umat Islam. Tujuan pertubuhan ini adalah membentuk bangsa Moro
(Bangsamoro) yang mempunyai identiti sebagai bangsa Islam dan memiliki budaya yang
tersendiri, membentuk orang Moro sebagai satu bangsa yang sah disisi undang-undang bagi
memastikan hak bangsa Islam terjamin. Selain itu, MNLF juga berperanan untuk berjihad
melawan Filipina bagi menegakkan keadilan orang Islam Moro. Pada 23 Disember 1976, satu
kesepakatan telah ditandatangani oleh pemerintah Filipina bersama MNLF di Tripoli (Libya).
Kesepakatan ini adalah untuk mewujudkan dua pemerintahan yang berbentuk wilayah
autonomi. Kedua-dua pemerintah tersebut merupakan kesatuan politik untuk memperkuatkan
pemerintahan tempatan yang berfungsi sebagai pendorong bagi mencapai perdamaian dan
kestabilan, memberikan penempatan kepada keluarga yang berpindah ke tempat lain dan
mempercepatkan pembangunan sosio ekonomi wilayah. Langkah ini diambil bertujuan untuk
mengatasi isu politik yang berlaku ke atas Selatan Filipina apabila pihak Amerika Syarikat
cuba untuk menyatukan wilayah Sulu dan Filipina. Oleh itu, pembentukan wilayah minoriti
akan memberi peluang kepada wilayah tersebut untuk membentuk pemerintahan yang
tersendiri. Selain itu, terdapat dua buah badan iaitu Badan Legislatif dan Badan Eksekutif
yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan fungsi yang dipersetujui oleh pemerintah
Filipina dan MNLF dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun pemerintahan yang
berautonomi memiliki kekuasaan eksekutif dan legislatif pada peringkat wilayah tetapi
mereka secara langsung berada di bawah pengawasan presiden. Pengerusi RAG akan
menyampaikan laporan kepada presiden mengenai apa yang dilaksanakan dan berlaku. RAG
turut mengawal pelbagai kegiatan dan pelaksanaan kerja kebudayaan, jalan kementerian-
kementerian raya, pertanian, kegiatan kesihatan, sosial, pendidikan dan penempatan, dan
perkembanagan aktiviti golongan pemuda serta kegiatan sukan di peringkat 7 wilayah.
Namun kerjasama ini tidak dapat berjalan dengan lancar kerana kurang mendapat respon
daripada kedua-dua pihak.
Seterusnya, mendirikan Institut Pengajian Islam di Universiti Manila Institut ini didirikan
pada 22 Disember 1973 yang bertujuan untuk menyediakan peluang bagi mahasiswa untuk
melibatkan diri dalam kehidupan nasional dan pembangunan melalui bidang akademik,
melahirkan sifat saling memahami dan menghormati antara warga Muslim dan warga lain
serta memberi lebih banyak informasi mengenai sejarah Filipina, tempat dan peranan warisan
kebudayaan Islam dalam membentuk negara Filipina dan negara lain di Asia Tenggara.
Institut ini mendorong dan melaksanakan pelbagai penelitian yang dilakukan oleh mahasiswa
Muslim. Lembaga ini juga menjadi pusat pertemuan bagi para ilmuan yang tertarik pada
sejarah dan kebudayaan Islam. Kini ia merupakan sebuah perpustakaan Islam terbesar di
Filipina. Pada November 1974, institut ini memulakan program Sarjana Muda dalam
pengajian Islam. Manakala pada tahun 1975, telah diberikan biasiswa bagi mahasiswa
Muslim yang mempunyai prestasi yang baik dan mulai tahun 1980 institut ini telah menerima
mahasiswa untuk memperolehi (MA) dalam bidang pengajian Islam. Langkah ini dilihat
mampu mengatasi isu konflik sosial dalam kalangan umat Islam yang memberi mereka
peluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan pendidikan agama agar mereka kekal dan
memahami ajaran Islam yang sebenar. Pelaksanaan Dialog Nasional Muslim-Kristian Dialog
antara Muslim dan Kristian telah diadakan pada tahun 1974, 1976 dan 1978. Dialog ini
diadakan pada 30 November hingga 4 Disember 1981 yang diadakan di Kota Marawi. Dialog
ini merupakan dialog yang keempat dan telah mengambil tema iaitu Pelbagai Impak Moral
dan Spiritual Muslim-Kristian di Filipina. Dialog ini telahdihadiri oleh 26 orang delegasi
yang mewakili sektor swasta bagi menyuarakan pandangan dan pengalaman mereka terhadap
maslah yang dianggap penting dalam masyarakat masing-masing. Tema yang diketengahkan
adalah berbeza setiap tahun iaitu mencerminkan pelbagai situasi dan kenyataan di wilayah
lokasi dialog semasa. Misalnya, dialog sebelum memusatkan perhatian pada situasi yang
menyedihkan dan darurat serta perusaha menganalisis sebab-sebabnya. Dialog ini juga
bertujuan merekodkan penyelesaian bagi menghentikan dan mengurangkan konflik yang
berlaku.
Di samping itu, penubuhan King Faisal Centre of Islamic and Arabic Studies, Mindanao
State University Langkah penyelesaian yang telah diambil untuk mendamaikan masyarakat
Islam Filipina adalah seperti mendirikan King Faisal Centre of Islamic and Arabic Studies.
Institusi ini didirikan pada 1973 yang merupakan institusi Islam pertama yang dikelola oleh
kerajaan. Pada awal penubuhannya, institusi ini menggunakan nama Institute of Asian and
Islamic Studies dan kemudian menukarkan namanya setelah mendapat bantuan daripada
pemerintah Arab Saudi. Pada 3 Jun 1976, institusi ini dinaik taraf menjadi sebuah pusat
pengajian yang mempunyai empat fungsi utama iaitu yang pertama mengenai pengajaran,
penelitian dan perkhidmatan dengan tujuan khusus seperti melakukan penelitian mengenai
warisan budaya Islam di Filipina untuk menguatkan pemahaman tentang kebudayaan dan
tradisi Islam. Fungsi kedua ialah mengembangkan pelbagai program yang dirancang untuk
memperbaiki keadaan sosio-ekonomi warga Muslim dan komuniti-komuniti lain di Filipina.
Fungsi ketiga ialah untuk mengembangkan pendidikan untuk warga Muslim supaya menjadi
warganegara yang aktif serta dapat memahami peranan kesatuan nasional dalam keagamaan
dan seterusnya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di Asia dan Timur Tengah mengenai
identiti dan kerjasama wilayah.
Akhirnya, Philipines Amanah Bank dan Dana Pembangunan Muslim Di samping
pembangunan dalam bidang pendidikan, terdapat juga pembangunan dalam bidang ekonomi
seperti melancarkan Philipines Amanah Bank dan Dana Pembangunan Muslim. Bank ini
didirikan pada 2 Ogos 1973 yang bermodalkan 100 juta peso pada awal penglibatannya.
Tujuan penubuhan bank ini adalah untuk membiayai dan memperkembangkan bidang
pertanian, perkilangan, pengangkutan, dan industri serta pelbagai sumber yang belum
diteroka, ia juga bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan usaha Muslim Filipina
Selatan. Bank ini menawaekan pelbagai pinjaman tanpa dikenakan sebarang faedah atas dasar
kerjasama dengan para penabung. Antaranya ialah para peminjam mendapat setengah
keuntungan yang diperoleh dari pembiayaan untuk bantuan pengelolaan dan pengawasan
syarikat. Para penabung juga turut mendapat keuntungan secara ansuran, biasiswa dan
keuntungan-keuntungan daripada sumber sosial lain. Dalam pada itu, setengah daripada
keuntungan bank akan disalurkan kepada dana pembangunan Muslim (MDF) untuk
membiayai projek pembangunan sosial, pendidikan, kebudayaan dan ekonomi warga
Muslim. 
CADANGAN MENGATASI DISKRIMINASI RAS DI FILIPINA

Di antara langkah-langkah penting yang perlu mengatasi diskriminasi ras di filipina


dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah
masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidak seimbangan
ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan
ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan
lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu di
filipina.
Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan
sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini
boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di
kalangan rakyat negara-negara yang terlibat. Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu
dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan
pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan
pendidikan yang berkesan. Di filipina pelajar-pelajar memang mahir dalam tuturan bahasa
inggerish tetapi untuk mendapatkan kerja atau untuk menjalankan pengajian tinggi amat
susah sebab mereka tidak mampu.
Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam
perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya
mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan
negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan
manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu
dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah
organisasi yang sependapat.
Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan
kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih
besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses
pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-
kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan
penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.
Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan
dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk
mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi
oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, masalah rasisme dan diskriminasi ras merupakan sebuah masalah
yang abstrak di Filipina, kerana tidak didukung oleh bukti kuat mahupun pemerintah sendiri.
Negara-negara yang mempunyai diskriminasi yang tinggi boleh dikatakan akan menghadapi
masalah dalam perkembangan negara dan secara tidak langsung ia akan membantutkan
pemodenan negara. Diskriminasi mestilah diatasi dengan mengamalkan langkah- langkah
yang sesuai bagi mengeratkan hubungan rapat dengan sesama manusia. Segala undang-
undang yang diperkenalkan oleh kerajaan hendaklah berwaspada dengan kepentingan
masyarakat setempat. Dengan ini, produktiviti negara kita akan bertambah baik pada masa
akan datang. Oleh itu, masyarakat perlu menjalinkan hubungan baik tanpa mengira agama,
umur, politi dan jantina dengan menghargai antara satu sama lain serta mendekatkan diri
dengan tuhan untuk membentuk masyarakat penyayang.
Dalam konteks ini nilai kebersamaan merupakan salah satu aspek penting dalam Langkah-
kangkah meminimalisir rasisme dalam kehidupan keseharian manusia, karena dengan
berkumpul dalam semangat kebersamaan, akan tercipta sebuah pembauran yang spontan dan
selaras antara berbagai elemen masyarakat yang memiliki begitu banyak keragaman – tidak
perlu takut atau ragu untuk berbaur, dan sekaligus mengingatkan bahwa di balik semua
perbedaan yang begitu kontras sekalipun kita masih memiliki banyak kesamaan, yang
semuanya sewajarnya dipandang bukan sebagai pembatas, tapi sebagai bagian dari kehidupan
bermasyarakat yang utuh.
RUJUKAN

1. http://repository.maranatha.edu/999/6/0664225_Conclusion.pdf
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Filipina
3. https://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-konsep-asas
4. http://eprints.utm.my/id/eprint/24637/1/Hubungan%20Status%20Ras.pdf
5. https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-
penubuhan-malaysia/konflik-etnik-dan-ras/
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Rasisme
7. https://grademiners.com/blog/discrimination-essay
8. http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-ras-dan-rasisme.html
9. https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/view/170
10.
APPENDIX

Figure 1 shows a poster of 4 types of racism

Figure 2 shows the ethnic groups in Philippines


Figure 3 shows Maranao and Yakan ethnic

Figure 4 shows Kankanay and Ifugao ethnic

You might also like