You are on page 1of 5

NO MATRIK: ……………………………………

SULIT

SEMESTER JANUARI 2021


PEPERIKSAAN AKHIR
(SEQ)

KURSUS : PRINSIP AQIDAH

KOD : ABSA1103

TARIKH : 19 APRIL 2021

MASA : 19 APRIL 2021 (10:00 AM) - 20 APRIL 2021 (10:00 AM)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini disediakan dalam BAHASA MELAYU.

2. JAWAB SEMUA soalan dalam BAHASA MELAYU SAHAJA.

3. Baca DENGAN TELITI arahan bagi setiap BAHAGIAN.

4. Hantar jawapan anda secara ONLINE.

5. Tarikh akhir penghantaran : 20 APRIL 2021 (10:00 AM)

6. Jumlah keseluruhan muka surat jawapan TIDAK BOLEH MELEBIHI 20 muka surat.

Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A sahaja.


ABSA1103/JANUARY 2021/

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA.

SOALAN MARKAH

1. Bincangkan maksud pernyataan berikut secara ringkas dan padat berserta


contoh yang relevan:

"Semua Mukmin itu Muslim namun tidak semua Muslim itu Mukmin”.

(4)

2. Mengapa setiap mukmin wajib beriman kepada qadak dan qadar? Huraikan
secara ringkas, padat, tepat berserta contoh.

(4)

3. Jelaskan secara ringkas definisi Ahli Sunah Wal-Jamaah menurut Ibn Hazm.

(4)

4. Bagaimanakah akal yang fitrah berperanan sebagai sumber dalam akidah Islam?
Jelaskan secara ringkas dan padat berserta contoh.

(4)

2/5
ABSA1103/JANUARY 2021/

5. Soalan berdasarkan dialog di bawah antara murid yang berumur 7 tahun dengan
gurunya.

Guru: Harini ustaz nak cerita tentang malaikat..

Murid 1: Ustaz malaikat tu betul ke ada?

Murid 2: Hantu dengan syaitan tu sama macam malaikat ke ustaz?

Murid 3: Ayah saya cakap malaikat boleh terbang..

Guru : Oo..malaikat tu macam ni kisahnya..

Murid3: Macammana ustaz? Ceritala cepat..

Berdasarkan dialog di atas, jelaskan kewujudan malaikat secara ringkas, padat


dan tepat mengikut kesesuaian umur murid tersebut.

(4)

6. Al-Quran secara jelas menyatakan kitab-kitab telah diturunkan kepada nabi dan
rasul terdahulu iaitu kitab Zabur, Taurat dan Injil. Adakah kitab-kitab tersebut
masih wujud dan bagaimanakah umat Islam kini perlu beriman dengan kitab-kitab
terdahulu? Berikan pandangan anda secara ringkas dan padat.

(4)

7. Bayangkan anda sebagai seorang kaunselor di Penjara ABC yang ditugaskan


untuk memberi kaunseling kepada seorang banduan yang dijatuhi hukuman mati
kerana membunuh. Berikan DUA nasihat ringkas dan pada tanda kepada banduan
tersebut dengan mengaitkan beriman dengan alam barzakh.

(4)

3/5
ABSA1103/JANUARY 2021/

8. Soalan berdasarkan maksud Surah Yunus ayat 68:

Mereka berkata: "Allah mempunyai anak" Maha Suci Allah (daripada apa yang
mereka katakan) Dia lah Yang Maha Kaya, segala di langit dan di bumi adalah
kepunyaan-Nya, tiada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa
yang kamu dakwakan itu. Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah,
sedang kamu tidak mengetahuinya?

Berdasarkan perkataan bergaris di atas, berikan DUA contoh perkara yang


diselewengkan atau didakwa oleh mereka. Jelaskan secara ringkas dan padat.

(4)

9. Soalan berdasarkan keratan laporan di bawah;

Sumber: https://www.klik.com.my/item/story/236333

Berikan pandangan anda dengan ringkas dan padat mengenai kenyataan di atas
dengan mengaitkannya dengan pembatalan iman.

(4)

4/5
ABSA1103/JANUARY 2021/

10. Soalan berdasarkan ayat di bawah.

(Surah al-Nisa' ayat 3)

Berikan DUA contoh tuduhan aliran feminisme terhadap agama Islam yang boleh
dikaitkan dengan ayat di atas. Berikan hujah balas anda terhadap tuduhan
tersebut.

(4)

( Jumlah 40 )

KERTAS SOALAN TAMAT

5/5

You might also like