You are on page 1of 2

Akademi Pengajian Islam – Sesi Akademik 2022/2023 : Semester 1

IIX2001 : Metodologi Penyelidikan Islam


Cadangan Kajian

No. Matrik
Satu Tujuh Dua Kosong Lima Sembilan Lima Lapan
(Dalam Perkataan)

No. Matrik
1 7 2 0 5 9 5 8
(Dengan Angka)

Arahan kepada calon: Jawab semua soalan. Tulis jawapan di ruang yang disediakan.

1. (Tajuk) Kemukakan tajuk kajian anda:

Panduan Berdakwah Menurut Al-Quran : Analisis Terhadap Pendakwah Terpilih di


Malaysia.

(2 markah)

2. (Soalan kajian) Apa yang anda hendak kaji? Nyatakan dalam bentuk 3 soalan.

1. Apakah cara berdakwah yang betul berdasarkan Al-Quran?

2. Bagaimanakah cara pendakwah yang terpilih menyampaikan syarahannya?

3. Adakah pendakwah yang terpilih menyampaikan syarahannya mengikut panduan


berdakwah berdasarkan Al-Quran?

(3 markah)

3. (Objektif kajian) Apa yang anda hendak kaji? Nyatakan dalam bentuk 3 pernyataan.

1. Memahami cara berdakwah yang betul berdasarkan Al-Quran.

2. Mengkaji cara pendakwah yang terpilih menyampaikan syarahannya.

3. Menganalisis pendakwah yang terpilih menyampaikan syarahannya mengikut


panduan berdakwah berdasarkan Al-Quran.

(3 markah)

4. Apakah taksonomi kata kerja kognitif yang digunakan?

Objektif 1 C2 Objektif 2 C2 Objektif 3 C4

(1 markah)
5. (Pernyataan masalah) Mengapa perkara tersebut (apa yang anda hendak kaji) suatu
masalah?

Kajian ini dilakukan kerana terdapat para pendakwah di Malaysia yang mempunyai
pengikut yang ramai dan menyampaikan ilmu yang tidak selari dengan Al-Quran dan
Sunnah Nabi SAW. Antara pendakwah yang terpilih ialah Ustaz Muhaizad. Beliau
sering berceramah di kawasan perkampungan terutama di Kelantan mempunyai
pengikut yang ramai dan ada juga yang taksub dengan cara penyampaian dakwahnya.
Beliau mempunyai 145,000 pengikut di aplikasi Instagram dan 258,000 pengikut di
Youtube. Kebanyakan ilmu yang disampaikan kepada masyarakat telah menyimpang
daripada ajaran agama Islam.

Ketika Ustaz ini menyampaikan dakwahnya, beliau telah berkongsi sesebuah hadis dan
tidak mentakhrijkan sebuah hadis itu sama ada ia sahih atau dhaif. Beliau juga telah
melakukan penipuan dalam dakwahnya seperti mengatakan zikir amalan Nabi berat
untuk dilakukan, mandi safar untuk menolak bala, mengajar kesyirikan dan banyak lagi.
Tambahan pula, beliau ada menjawab soalan dari salah seorang pendengarnya, yang
menyoalkan tentang hukum lelaki free hair apabila keluar dari rumah dan dia menjawab
bahawa hukum lelaki free hair adalah makruh, seelok-eloknya seorang lelaki menutup
kepalanya dengan sesuatu seperti kopiah, serban dan lain-lain. Jika seseorang itu
keluar dari rumah dengan 80 langkah tanpa menutup kepalanya, maka ia jatuh fasiq.
Beliau menjawab persoalan itu tanpa mentakhrij hukum itu.

Seterusnya, pendakwah yang terpilih ialah Ustaz Don Daniyal Biyajid. Beliau sering
menyampaikan ceramahnya di masjid-masjid, di universiti, dan di media sosial. Oleh
kerana itu, beliau telah meraih ramai pengikut dan ada yang taksub dengan
penyampaian dakwahnya tanpa menyemak semula apa yang telah disampaikan. Beliau
mempunyai 600,000 pengikut di aplikasi Instagram dan 469,000 pengikut di aplikasi
Tiktok. Ustaz Don Daniyal pernah mengatakan bahawa setiap ciptaan Allah mempunyai
‘cop’ iaitu di telinga kiri manusia akan mempunyai tulisan "‫ "هللا‬ketika dilahirkan, dan
apabila semakin besar tulisan itu akan makin pudar. Beliau juga menambah bahawa
pada setiap buah pasti ada tulisan "‫ "هللا‬juga dan beliau memberi kenyataan itu tanpa
memberi sebarang dalil dan pernyataan yang disampaikan itu telah dipercayai bulat-
bulat oleh para pendengar.

(3 markah)

Kajian ini (objektif) selaras dengan maqṣad al-ta’līf (menurut Ibn Khaldun)
6. 1
ke–

(1 markah)

7. Mengapa kajian ini selaras dengan maqṣad al-ta’līf tersebut di atas?

Kajian ini selaras dengan maqasid al-ta’lif tersebut di atas kerana di Malaysia terdapat
ramai pendakwah yang menyampaikan ilmu yang tidak selari dengan Al-Quran dan Al-
Hadith. Di sini kita dapat lihat bahawa berlaku penyelewengan tentang agama Islam
yang disampaikan kepada masyarakat Malaysia dan semakin meluas. Oleh yang
demikian, kajian ini akan menganalisis cara kefahaman dan cara syarahan para
pendakwah di Malaysia supaya masyarakat dapat menilai ilmu yang boleh diambil dan
diamalkan dan yang mana tidak boleh diambil.

(2 markah)

TAMAT

You might also like