You are on page 1of 6

Cukai pendapatan individu di Amerika Syarikat

Pengenalan

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem republik


persekutuan berasaskan pelembagaan.selain itu, negara ini mempunyai etnik eropah atau
timur tengah yang mewakili 77% daripada jumlah penduduk,17 % merupakan penduduk
etnik latino, 13% merupakan penduduk afrika amerika dan 5% etnik Asia dan sebuah negara
yang maju yang mengamalkan sistem cukai persekutuan yang mernagkumi pelbagai elemen
penting. Antara elemen utama dalam sistem percukaian di Amerika Syarikat ialah cukai
pendapatan yang mengasingkan cukai pendapatan individu dengan cukai pendapatan bagi
cukai syarikat. Cukai pendapatan individu di negara ini adalah berdasarkan tentang gaji
pendapatan masyarakat. Hasil daripada cukai pendapatan ini akan digunakan oleh kerajaan
untuk meningkatkan kewangan program insuran sosial di negara ini. Namun pada hujung
tahun 2017, presiden trump telah mengubah dasar sistem percukaian ini dengan
melaksanakan undang-undang P.L. 115-97.

Pelaksanaan dasar baru ini menyebabkan sebahagian besar pertukaran berlaku terhadap
dasar cukai pendapatan individu. Sistem percukaian inidividu ini hanya berkuatkuasa
sementara bagi tahun 2017 sehingga 2025 namun selepas tahun tersebut dasar sistem
percukaian inidividu akan kembali kepada asalnya. Warganegara Amerika Syarikat juga
dikenakan cukai ke atas pendapatan yang dipeoleh di dalam dan juga di luar negara sama
seperti negara-negara lain. pendapatan individu yang dikenakan cukai adalah mengikut
peraturan perakaunan cukai yang merangkumi keseluruhan sumber pendapatan. Seseroang
individu juga boleh mengurangakan kadar cukai yang dibayar dengan cara mengambil kira
elaun peribadi,perbelnjaan bukan perniagaan, yang termasuk faedah pembelian rumah,
cukai negeri dan tempatan, sumbangan, perbelanjaan perubatan dan lain-lain Di Amerika
Syarikat, Perkhidmatan Pendapatan Dalam Negeri (IRS, Internal Revenue Service)
dipertanggungjawabkan untuk memungut cukai pendapatan tahunan dari penduduk yang
berkerja dan perniagaan. Kebanyakan warga membayar cukai pendapatan kepada agensi
tersebut secara tahunan, walaupun dalam sesetengah kes, pembayaran sukuan diperlukan
untuk pekerja sambilan (freelancers) dan perniagaan yang pendapatannya melebihi ambang
tertentu. IRS adalah sebahagian dari Jabatan Perbendaharaan.

Selain itu, Amerika Syarikat juga terkenal dengan sebuah negara yang menjalankan
perdagangan yang tertinggi selain China. Oleh itu, pelbagai jenis cukai yang dikenakan
kepada individu yang menetap di negara tersebut. warga asing yang menjalankan
perdagangan atau perniagaan di negara tersebut juga tidak terkecuali untuk membayar
cukai pendapatan individu. Namun, bagi individu yang tidak menetap di negara tersebut
hanya dikenakan cukai di tahap yang rendah berbanding penduduk yang sememangnya
menjalankan aktiviti perdagangan dan menetep di Amerika Syarikat.

Kesimpulannya, kajian ini menerangkan tentang cukai pendapatan individu di Amerika


Syarikat dengan memberi fokus kepada fungsi percukaian, kedar cukai,prinsip percukaian
dan mengenal pasti klasifikasi cukai yang digunakan untuk cukai pendapatan individu.
Definis cukai pendapatan individu

Cukai pendapatan individu merupakan cukai yang terbesar bagi cukai pendapatan di
persekutuan Amerika Syarikat. Cukai pendapatan individu ditakrifkan sebagai bayaran
terhadap pendapatan yang diperoleh oleh individu secara dari dalam dan luar negara.
Kebanyakan laporan kewangan menunjukkan bahawa cukai pendapatan individu diperoleh
daripada gaji dan upah. Berdasarkan hasil dapatan projek CBO pada tahun 2020 sebanyak
64% jumlah pendapatan adalah daripada cukai pendapatan individu yang diperoleh
daripada upah dan gaji. Cukai pendapatan individu ini bergantung kepada cukai marginal
sama ada menurun, konsisten atau meningkat. Selain itu, cukai pendapatan individu yang
dieroleh daripada pendapatan kasar seperti upah, gaji, faedah cukai dan dividen.

Tujuan cukai pendapatan individu

sejak abad ke 19 tujuan pelkasanaan cukai adalah untuk meningkatkan sumber pendapatan
sesebuah negara. Namun, pada masa kini, sesebuah kerajaan mengenakan cukai ke atas
pendapatan masyarakat adalah untuk tujuan selain fiskal. Untuk melihat dengan lebih jelas
akan tujuan sistem percukaian ini, menurut ahli ekonomi Amerika iaitu Richard A Musgrave,
tujuan cukai dikenakan kepada masyarakat adalah unutk membezakan antara peruntukan
sumber, pengagihan semula pendapatan dan membantu dalam kestabilan ekonomi negara.
Selain itu, tujuan yang kuat untuk melaksanakan cukai ini adalah untuk mengurangkan
pencemaran yang mungkin boleh disebabkan oleh kegiatan perdagangan atau perniagaan
yang dilakukan oleh pengusaha dan sebagainya. Selain itu, tujuan khusus cukai pendapatan
individu ini dikenakan kepada warga US adalah untuk menstabilkan kadar pendapatan
individu. Hal ini disebabkan oleh, cukai yang di kenakan kepada individu dapat
mengurangkan agihan pendapatan dan kekayaan. Oleh itu cukai pendapatan ini bertujuan
untuk mendekatkan jurang pendapatan bagi masyarakat di US. Selain itu, cukai pendapatan
individu juga mempunyai peranan dalam kehidupan sosial. Hal ini disebabkan hasil daripada
kutipan cukai tersebut dapat meningkatkan kupayaan sumber pendapatan negara, memberi
subsidi kepada orang lain,kegiatan ekonomi. Berdasarkan kutipan cukai ini, ia juga dapat
mengimbangi kegiatan ekonomi dan sosial dengan mengembalikan kembali kekayaan
kepada negara dan dapat merancang kegiatan ekonomi.

Kasifikasi cukai pendapatan individu

Terdapat banyak jenis cukai yang diguna pakai di Amerika Syarikat. Seperti negara-negara
lain Amerika Syarikat juga mengggunakan cukai pendapatan individu secara progresif
dimana individu yang mendapat pendapatan yang banyak akan dikenakan cukai yang lebih
tinggi berbanding individu yang berpendapatan rendah. Di Amerika Syarikat, setiap negeri
juga mempunyai sistem percukaian yang tersendiri yang mana cukai akan dikenakan
kepada penjual dan beberapa kerajaan tempatan mempunyai cukai upah. Seperti negara
lain juga, amrika syarikat mengamalkan cukai secara langsung dan cukai tak langsung.
Cukai langsung ialah cukai yang dibayar secara terus kepada kerjaaan termasuk cukai
pendapatan ,cukai jualan dan cukai harta. Amerika Syarikat juga menggunakan cukai
langsung yang progresif sama seperti negara negara yang sedang membangun seperti
Malaysia. Kadar cukai pendapatan individu bagi penduduk pemastautin boleh
diklasifikasikan seperti yang berikut:

Penduduk pemastautin

a) Memfailakn pemfailan bersama


b) Memfailakan perkahwinan secara berasingan
c) Ketua isi rumah
d) bujang

penduduk yang tidak bermastautin

individu yang tidak bermastautin dikenakan cukai berdasarkan kadar pendapatan secara
efektif atas tujuan melakukan perdagangan atau perniagaan di Amerika Syarikat seperti
ampasan untuk perkhidmatan. Manakala cukai yang dikenakan adalah tetap sebanyak 30%
untuk pedapatan yang tidak berkait rapat dengan kegiatan perdagangan atau perniagaan
seperti pendapatan dividen dan royalti.Di Amerika Syarikat, individu yang tidaak
bermastautin perlu menyatakan cukai pedapatan dengan menggunakan status pemfailan
tunggal atau berkahwin secara berasingan.

Kadar cukai pendapatan individu

Gambar Rajah 1: Kadar Cukai Pendapatan Individu Bagi Tahun 2019 Dan 2020

Berdasarkan gambar rajah di atas cukai pendapatan individu menunjukan USD 1,718 bilions
bagi tahun 2019. Cukai pendapatan ini menunjukan hasil kutipan yang tertinggi berbanding
cukai lain seperti cukai pengajian yang menunjukan hasil sebanyak 1,243 USD, cukai
pendapatan syarikat sebanyak USD 230, dan yang terakhir diperoleh dari sumber lain-lain
iaitu USD 271. Manakala, pada tahun 2020, cukai pendapatan individu juga masih di tahap
yang tetinggi iaitu sebanyak USD 51,533 daripada hasil kutipan yang lain seperti cukai
pengajian menunjukkan USD 1,313, cukai pendapatan syarikat sebanyak 151 dan sumber
lain-lain menunjukkan USD 298.
Jadual 1: Kadar Cukai Pendapatan Individu Mengikut Klasifikasi

Berdarkan jadual di atas cukai pendapatan individu di Amerika Syarikat pada kadar 10%
hingga 37% . penentuan kadar cukai pendapatan individu ini berdasarakan. Mengikut jadual
di atas, pada kadar 10% bagi individu bujang yang berpendapatan USD sifar begitu juga
dengan kelas individu yang berkahwin yang memfailakan pendapatan secara bersama. Bagi
pendapatan sebanyak USD 9,875 bagi individu bujang dan USD 19,750 bagi kelas individu
yang berkahwin yang memfailakan pendapatan secara bersama akan dikenakan cukai pada
kadar 12% dikuti dengan 22% bagi pendapatan USD 40,125 bagi individu bujang dan USD
80,250 bagi kelas individu yang berkahwin yang memfailakan pendapatan secara bersama.
Bagi pendapatan bujang USD 85,525 dan kelas individu yang berkahwin yang memfailakan
pendapatan secara bersama USD 171,050 akan dikenakan cukai pada kadar 24%.
Berikutnya, individu bujang dan USD 163,300 bagi kelas individu yang berkahwin yang
memfailakan pendapatan secara bersama USD 326,600 akan dikenakan cukai pada kadar
32%. Pada kadar 35% bagi pedapatan USD 207,350 bagi individu bujang dan USD 414, 700
bagi kelas individu yang berkahwin yang memfailakan pendapatan secara bersama.bagi
kadar maksimum untuk cukai pendapatan perseorangan adalah pada kadar 37% bagi
pendapatan USD 518,400 untuk individu bujang dan USD 622,050 bagi kelas individu yang
berkahwin yang memfailakan pendapatan secara bersama(internal revenue service).

Prinsip percukaian di Amerika Syarikat

cukai merupakan sumber terbesar bagi pedapatan sesebuah kerajaan. Berdasarkan prinsip
percukaian yang telah dikemukan oleh Adam smith, sesuatu sistem percukaian di sesebuah
negara mencapai kecekapan berdasarkan pengumpulan cukai. Hal ini betujuan untuk
mengelak daripada memberi kesan negatif kepada peruntukan dan penggunaan sumber
dalam ekonomi. Berdasarakan sistem percukaian yang di gunakan di Amerika Syarikat
meunjuakan kecekapan dalam pungutan hasil cukai. Hal ini disebabkan negara ini
mengamalkan sistem percukaian individu secara langsung yang hanya mengenakan kadar
cukai berdasarkan kenaikan pendapatan individu tersebut. selain itu, negara ini juga
mengamalkan prinsip keadilan dalam penbayaran cukai kepada masyarakat. Berdasarkan
kadar cukai yang diberikan oleh pihak kerajaan menunjukan bahawa penetapan kadar cukai
bagi seseroang individu adalah untuk mengurangkan jurang pendapatan bagi individu yang
berpendapatan rendah dan juga pendapatan tinggi. Hal ini akan membantu mengimbangi
putaran ekonomi di negara ini.

Kesimpulan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang kasifikasi cukai pendapatan di negara Amerika
Syarikat, meengenalpasti kadar cukai yang digunakan, meninjau tentang tujuan cukai ini
dikenakan kepada masyarakat dan juga meghubungkait sistem percukaian di Amerika
Syarikat dengan prinsip percukaian yang telah lama diguna pakai sejak zaman Adam smith.
Berdasarakan kajian ini, sumber utama hasil pendapatan di Amerika Syarikat adalah
daripada kerajaan persekutuan yang mengenakan cukai individu kepada masyarakat. Cukai
ini diperoleh hasil daripada cukai yang dikenakan terhadap pendapatan, yang
mengurangakan perubahan dalam pengurangan pendapatan kasar individu. Selain tu, kadar
yang akan dikenakan kepada individu berdasarkan kasifikasi yang telah ditetapkan iaitu
sama ada individu bujang, individu yang berkahwin memfailkan pendapatan secara
bersama, individu berkahwin tetapi memfailkan pendapatan secara berasingan atau bukan
warga tempatan yang bemastautin di Amerika Syarikat. Kadar tertinggi yang akan dikenakan
berdasarkan cukai pendapatan individu adalah sebanyak 37% daripada hasil pendapatan
kasar individu tersebut.

Berdasarkan prinsip sistem percukaian yang dikemukan oleh Adam smith, Amerika Syarikat
masih mengikuti prinsip ikuiti dan kecekapan dalam melakukakan pungutan cukai. Hal ini
disebabkan oleh, kadar cukai yang dikenakan kepada individu adalah berdasarkan kenaikan
pendapatan individu tersebut. selain itu, cukai pendapatan individu ini juga berperanan untuk
mendekatkan atau mengimbangi kitaran ekonomi agar tidak berlaku jurang pendapatan
yang besar di antara individu berpendapatan tinggi dan rendah. Tambahan pula, hasil cukai
pendapatan individu di negara ini akan disaluran untuk tujuan meningkatkan kewangan bagi
perkhidmatan awam dan operasi kerajaan sebagai contoh sekuriti sosial dan program
kesihatan.

Oleh itu, sistem percukaian bagi cukai pendapatan individu bukan sesuatu yang
membebankan rakyat dan tidak mendatangkan pulangan secara nyata, akan tetapi hasil
kutipan cuai tersebut diguna pakai bagi tujuan pembangunan negara dan meningkatkan
kemudahan awam yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat di Amerika Syarikat.
Rujukan

Congressional Budget Office (CBO), An Update to the Budget Outlook: 2020 to 2030,
diperoleh dari https://www.cbo.gov/publication/56517.

Molly F. Sherlock & Donald J. Marples (2020)Overview of the Federal Tax System in 2020.
Congressional Research Service
Revenue Statistics 2020 - the United States. Diperoleh dari
https://www.oecd.org/tax/revenue-statistics-united-states.pdf

Thomson Reuters(2020) individual income tax. Dierpoleh dari


https://www.findlaw.com/tax/federal-taxes/individuals-and-income-tax.html
Encyclopaedia Britannica, inc Taxtation. Diperoleh dari
https://www.britannica.com/topic/taxation#ref72001

US taxtation defination. Diperoleh dari


https://financial-dictionary.thefreedictionary.com/U.S.+Taxation

United States - Income Tax diperoleh dari


https://home.kpmg/xx/en/home/insights/2011/12/us-income-tax.html

You might also like