You are on page 1of 6

Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia Berhad atau nama asalnya Jabatan Perkhidmatan Pos mula
diasaskan pada sekitar awal tahun 1800-an dan memulakan perkhidmatan disekitar
Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura). Permulaannya Pos
Malaysia ini menjalankan perkhidmatan penghantaran surat, surat khabar dan
dokumen perniagaan. Perkembangan yang positif mengalakkan entiti ini
mempelbagaikan perkhidmatan lain seperti penghantaran bungkusan segera,
perkhidmatan insurans, urus niaga (wang pos dan kiriman wang) dan pelaburan
dana (Simpanan Bank Pejabat Pos) serta mengambil alih pelbagai bayaran bagi
pihak kerajaan seperti bayaran bil elektrik dan lain-lain. Entiti ini juga turut menyertai
Kesatuan Pos Sejagat pada 17 Januari 1958 (Pos Malaysia, 2009). Pada tahun
1992 Pos Malaysia Berhad mula melakukan penstrukturan untuk menjadi sebuah
entiti korporat yang berkembang maju apabila kerajaan melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru dibawah cabang Dasar Penswastaan bagi mengalakkan
perkembangan ekonomi negara dan meningkatkan kecekapan syarikat yang kurang
berdaya maju. Sebelum diswastakan, Pos Malaysia berhad berada dibawah
pemilikan kerajaan secara sepenuhnya.

Pada tahun 2001, Phileo Allied Bhd. (Phileo) telah membeli Pos Malaysia pada
harga RM800 juta iaitu RM550 juta tunai dan RM250 juta pemberian saham
pemilikan kepentingan Bank Phileo sebanyak 32.9 peratus kepada kerajaan (Utusan
Malaysia, 2001), langkah ini menjadikan Pos Malaysia secara sepenuhnya
dikorporatkan sejak langkah pertama pada tahun 1992 serta namanya telah diubah
kepada Pos Malaysia & Services Holdings Berhad daripada Pos Malaysia Berhad.
Selepas itu pada 2007 telah berlaku penstrukturan pengkorporatan semula
dijalankan iaitu Khazanah Nasional Berhad mengambil alih pengurusan daripada
Phileo Allied Bhd. dan ditukar kembali nama kepada Pos Malaysia Berhad dan akhir
sekali pada tahun 2011, Khazanah Nasional membuka bidaan untuk penjualan
kepentingan dalam Pos Malaysia Berhad sebanyak 32.21% yang melibatkan 4
syarikat iaitu DRB-Hicom Bhd, Scomi Group Bhd, Nationwide Express Courier
Services Bhd dan Malaysia Pacific Corp Bhd. yang menunjukkan minat dan
dimuktamadkan dengan menerima syarikat gergasi DRB-Hicom Bhd. sebagai
pemilik baharu Pos Malaysia Berhad sehingga kini (Fintan Ng, 2011). Apabila
langkah penswastaan dilaksanakan, Pos Malaysia dapat mempelbagaikan lagi
perkhidmatan pos dan berkaitan dengannya supaya dapat bersaing dengan syarikat
perkhidmatan pos lain. Antaranya, perkhidmatan logistik pengangkutan, percetakan
dan penyisipan, koleksi kaunter dan perkhidmatan agensi pembayaran untuk
pelbagai transaksi kewangan, seperti pembayaran bil, kiriman wang, insurans dan
unit amanah. Di samping itu, kesan positif lain adalah Pos Malaysia disenaraikan di
Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Berhad) dan entiti
ini memegang konsesi eksklusif untuk menyediakan perkhidmatan mel melalui
rangkaian lebih daripada 850 cawangan dan pejabat pos mini di Malaysia. Pos
Malaysia Berhad membahagikan unit perniagaannya kepada empat unit perniagaan
strategik utama dipanggil PosMel, PosLaju, PosNiaga dan PosLogistik. Namun pada
tahun 2009, Pos Malaysia menjalankan penstrukturan semula unit perkhidmatan
terasnya daripada empat kepada tiga unit perniagaan strategik, iaitu PosMel,
PosLaju, dan PosNiaga untuk meningkatkan produktiviti dan keuntungan dan
mengurangkan margin kos operasi daripada empat unit kepada tiga unit perniagaan.

Kewujudan PosMel yang menawarkan perkhidmatan asas pos dan berhubung


dengan keperluan pasaran untuk memenuhi kedua-dua pelanggan, runcit dan
korporat. Manakala PosLaju pula menyediakan perkhidmatan kurier domestik dan
perkhidmatan kurier antarabangsa. Melalui kemudahan ini, pelanggan dapat
menikmati perkhidmatan kurier yang murah serta boleh memilih pilihan tambahan
untuk kurier tersebut seperti pakej insurans, pembungkusan dan sebagainya dan ia
juga ditawarkan oleh syarikat dalam negara. Selain itu, untuk menjana pendapatan
entiti secara langsung penubuhan unit perniagaan, PosNiaga dibawah Pos Malaysia
dengan lebih 1000 rangkaian kedai-kedai dan pelbagai tempat lagi yang
menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk seperti produk berkaitan filateli,
pembayaran bil ulititi, perkhidmatan kewangan serta perkhidmatan transaksi dalam
talian. Pelanggan runcit dan korporat dapat menikmati kemudahan yang disediakan
dan meringkaskan urusniaga antara dua pihak sekaligus menjimatkan masa dan kos
yang berkaitan. Hal ini dapat menjadikan entiti ini dapat berdiri sama tinggi dengan
entiti korporat antarabangsa dan dapat menarik minat pelabur menanam modal
dalam negara.
Kebaikan lain pengkorporatan Pos Malaysia Berhad adalah, pertumbuhannya yang
sangat positif dari tahun ke tahun serta dijana melalui keuntungan yang tinggi boleh
bolehkan entiti ini mempunyai kemudahan pengangkutan untuk menjalankan
perniagaannya sebanyak 9 739 kenderaan yang pelbagai dan mengaji pekerja
sebanyak 17 507 dan menyediakan kemudahan peti surat sebanyak 3109 peti untuk
para pelanggannya (Pos Malaysia Berhad, 2014). Selain itu penswastaan entiti yang
menjalankan kegiatan penghantaran pos membolehkan ia bergabung dengan
beberapa entity seperti PosPay Exchange Sdn Bhd Pos Malaysia Berhad, CEN Sdn
Bhd Pos Malaysia Berhad, Elpos Print Sdn Bhd Pos Malaysia Berhad, CEN
Worldwide Sdn Bhd CEN Sdn Bhd, dan CEN Technology Sdn Bhd serta mempunyai
sebanyak 12 syarikat subsidiari dibawahnya yang dimiliki secara sepenuhnya
pegangan kepentingan setiap syarikat tersebut (Pos Malaysia, 2009).

Memandangkan sesebuah entiti korporat menfokuskan keuntungan daripada


perkhidmatan yang disediakannya, melalui keuntungan yang diperoleh itu dapat
membantu entiti mengubah serta menambah baik mutu perkhidmatannya untuk
pelanggan dan pekerja yang berkhidmat dibawahnya. Pos Malaysia juga turut
melaksanakan penyusunan tarif baru yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2010 dan
merupakan kali kedua selepas pengkorporatannya pada 1992 iaitu 18 tahun dahulu
memandangkan organisasi pos antarabangsa turut menyesuaikan harga
perkhidmatan pos masing-masing kerana tekanan inflasi dan kenaikan kos operasi.
Manfaat penstrukturan ini menjana keuntungan yang lebih dan ia dapat digunakan
untuk melabur semula dalam teknologi yang dapat meningkatkan produktiviti dan
kecekapan dalam servis diberikan kepada pelanggan.

Selain itu, sehubungan dengan saranan kerajaan supaya Pos Malaysia menyelaras
semula struktur gaji posmen dan kerani kaunter agar bersesuai dengan ekonomi
semasa, Pos Malaysia melaksanakan tarif pos baru supaya dapat menjayakan
saranan kerajaan dan hal ini sekaligus memberikan manfaat kepada para pekerja
dibawah entiti ini. Penstrukturan tarif pos baru ini turut memberi kesan positif kepada
pekerja apabila sebarang elaun yang diberikan adalah bersesuaian dengan
pekerjaannya dan setanding dengan tahap gaji yang diperoleh oleh kakitangan
kerajaan memandangkan gaji posmen adalah 19% lebih rendah daripada gaji
pekerja kerajaan pada tahap yang sama. Penyusunan semula gaji pekerja dibawah
entiti akan menjadi satu rangsangan moral positif bagi kakitangan operasi,
meningkatkan produktiviti dan komitmen mereka ke arah memberikan kualiti
perkhidmatan yang lebih baik dan secara tidak langsung menjana keuntungan
kepada pelbagai pihak berkaitan. Di samping itu, sebahagian keuntungan yang
diperoleh setiap tahun disalurkan manfaatnya kepada masyarakat melalui
tanggungjawab sosial korporat seperti Skuad Bencana Alam Pos Malaysia, Program
Pembangunan Generasi Masa Depan, pemberian komputer kepada sekolah,
mengambil dan menjaga anak yatim sebagai anak angkat, Program Kitar Semula,
dan lain-lain lagi yang memberi manfaat kepada negara (Pos Malaysia Berhad,
2014).
Bibliografi

Fintan Ng, J. A. (2011, April 16). Business > News. Retrieved Oktober 14, 2014,
from The Star Online:
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/16/business/8474715

Pos Malaysia. (2009, Januari 1). Sejarah. Retrieved Oktober 10, 2014, from Pos
Malaysia: http://www.pos.com.my/pos_bm/about_us/corp_info/history.aspx

Pos Malaysia Berhad. (2014). Annual Report 2014. Kuala Lumpur: Pos Malaysia
Berhad.

Utusan Malaysia. (2001, Mei 27). Arkib. Retrieved Oktober 10, 2014, from Utusan
Online:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0527&pub=Utusan_M
alaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

Lampiran

You might also like