You are on page 1of 17

KURIER

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

PENYIASATAN PERKHIDMATAN TAHUNAN 2015


(BAGI TAHUN RUJUKAN 2014)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Penyiasatan pertubuhan perkhidmatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan


1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang
diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi
di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal
selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda
yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama.

2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim
2014. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan
tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6)
bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila
berikan anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada
pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini
boleh bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana yang mempunyai
perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan
tersebut pada ruangan catatan di muka surat 14 soal selidik ini. Penjelasan ini akan
membantu meminimakan pertanyaan.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan yang
terpilih di Malaysia.

2. Aktiviti ini meliputi dua industri berikut :

(a) Aktiviti Pos


Penyiasatan ini meliputi perkhidmatan pos nasional termasuk pengambilan,
pengangkutan dan penghantaran surat dan bungkusan ( domestik dan antarabangsa).
Aktiviti termasuk penjualan setem pos, pengumpulan surat dan bungkusan daripada peti
surat awam atau daripada pejabat pos dan pengagihan dan penghantaran. Termasuk
juga aktiviti seperti penyisihan surat, penyewaan peti surat, pos renti, dan sebagainya.
Tidak termasuk postal giro, aktiviti simpanan pos dan aktiviti kiriman wang.

1
(b) Aktiviti Kurier
Penyiasatan ini meliputi aktiviti kurier selain daripada aktiviti pos nasional, termasuk
perkhidmatan pengambilan, pengangkutan dan penghantaran berbentuk mel dan
kebiasaannya kecil, bungkusan dan paket. Satu atau lebih mod pengangkutan mungkin
terlibat dan aktiviti dilaksanakan sama ada pengangkutan sendiri atau melalui
pengangkutan awam. Tidak termasuk semua aktiviti pos yang dijalankan oleh Pos
Malaysia Bhd. dan pengangkutan muatan.

3. Sila laporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini yang meliputi mana-
mana aktiviti yang dinyatakan di atas.

4. Jika jenis pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam soal selidik ini
KECUALI Soalan 10 di muka surat 15.

5. Jika jenis pertubuhan ini adalah IBU PEJABAT, sila laporkan semua maklumat dalam soal
selidik ini. Jika jenis pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai akaun yang
berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di Soalan 10.1 di
muka surat 15.

C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1 : Maklumat Pengenalan

1.1. Sila nyatakan jenis pertubuhan tuan dan tanda (X) dalam satu kotak sahaja

1.2. Sila berikan tarikh permulaan perniagaan tuan sekarang.

1.3. Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi sekurang-
kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.

Contoh :
(a) 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014
Hari Bulan Tahun Hari Bulan Tahun
Dari 0 1 / 0 1 / 2 0 1 4 hingga 3 1 / 1 2 / 2 0 1 4
5

(b) 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2015


Hari Bulan Tahun Hari Bulan Tahun
Dari 0 1 / 0 7 / 2 0 1 4 hingga 3 0 / 0 6 / 2 0 1 5

1.4. Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan perkhidmatan yang memberikan
sumbangan terbesar dari segi nilai.

1.5. Sila nyatakan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang diberikan di
muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi fizikal di mana
tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi sebenar terletak di luar kawasan bandar, sila
berikan lokasinya dengan lengkap seperti kampung atau bandar yang berhampiran sekali
dengannya.

1.6. Sila pastikan data yang dilapor dalam soal selidik ini hanya berkaitan dengan pertubuhan ini
di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di dalam Soalan 1.5.
Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

2
1.7. Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja
Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah komoditi tidak ketara. Perkhidmatan perdagangan
antarabangsa adalah perkhidmatan yang dieksport dari atau perkhidmatan yang diimport ke
Malaysia. Ini meliputi perkhidmatan perdagangan kepada sebarang individu atau entiti
perniagaan yang terletak di luar Malaysia.

Termasuk:

Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan Malaysia yang
berada di luar Malaysia.
Bagi perkhidmatan pembinaan, perdagangan antarabangsa termasuk kedua-dua
barangan dan perkhidmatan.

Tidak termasuk:

Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan asing yang berada di
dalam Malaysia.

Soalan 2 : Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

2.1 Dana pemegang saham:

(a) Modal berbayar


Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.
i. Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, merujuk
kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan atau rakan
kongsi.
ii. Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, merujuk
kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.
iii. Bagi perbadanan awam, merujuk kepada modal yang dibayar oleh
kerajaan Malaysia.
iv. Bagi koperasi, merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar oleh
anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

(b) Rizab
Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.
i. Bagi syarikat berhad, merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab tukaran
mata wang asing dan rizab lain.
ii. Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, merujuk
kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.
iii. Bagi koperasi, merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul dan dana rizab.

2.2 Struktur Hak Milik

Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti pada
31 Disember 2014.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal berbayar
terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf kewarganegaraan mereka.

(a) Dipegang oleh Residen Malaysia

Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang lazimnya
berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu tahun. Residen
Malaysia meliputi:

Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia; dan


Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada setahun.

3
(b) Dipegang secara langsung oleh Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan
Tempatan

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri
atau Tempatan, contohnya:
Khazanah Nasional Berhad
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Kementerian Kewangan Malaysia
Keretapi Tanah Melayu
Bank Pertanian Malaysia
Lembaga Air Perak
Yayasan Kemiskinan Kelantan
Lembaga Pelabuhan Johor
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Penerbangan Malaysia Berhad
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Menteri Besar Incorporation
Selangor State Incorporation
Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

4
(c) Dipegang secara langsung oleh Bukan Residen Malaysia

Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi yang lazimnya
tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia. Bukan residen Malaysia terdiri
daripada:

Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk di Malaysia; dan
Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi setahun.

2.3 Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang melebihi 50 peratus, sila nyatakan
negara syarikat induk muktamad.

Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rantaian pemilikan syarikat
yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan ekuiti dalam
pertubuhan ini sebanyak lebih 50 peratus.

Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan aktiviti
ekonomi/perniagaan.

Soalan 3 : Perbelanjaan Modal dan Nilai Harta

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:


a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan; dan
b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer dan
sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada
setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja dalam perlaksanaan dan
sebagainya.

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan 01, iaitu nilai setelah
mengambil kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama ada
diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.
Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan
lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah
dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat, iaitu
pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan
cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan
mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank
atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang
diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang
sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai) meliputi perolehan harta baru termasuk
pengubahsuaian atau harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh
untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia,
termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai (ruangan 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia merujuk kepada semua harta yang dahulunya digunakan
dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai sebelum
pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).

5
x. Membuat / membina sendiri ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk
kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah
direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan
di ruangan 04.

Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.
Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan
sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas
merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes
pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang
disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada
akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.

xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa
mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di
ruangan 05.

xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk kepada sesuatu
harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan / kerugian
daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.

Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga
pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga
hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis
dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-).

xiii. Susut nilai semasa merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan
oleh haus dan lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang
dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun
bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan.
Ini termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut semasa nilai ini
hendaklah sama dengan 8.28 Soalan 8.

xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =


+ nilai buku bersih awal tahun
+ nilai harta yang diperoleh
- harta yang dijual atau dilupus
+/- keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
- susut nilai semasa

xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar
pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-

3.1 Harta tetap

3.1.1 Tanah
Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan
struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

3.1.2 Bangunan dan binaan lain:

(a) Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan atau
pengubahsuaian bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian
besarnya terdiri daripada tempat kediaman.

(b) Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi pembinaan atau
pengubahsuaian bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau
sebahagian besarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersil
misalnya kilang, gudang, bangunan pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital,
sekolah dan sebagainya.

6
(c) Binaan lain termasuk pembinaan atau pengubahsuaian jalan, landasan keretapi,
parit, jambatan, pelabuhan, medan letak kereta, saluran paip dan sebagainya.

3.1.3 Alat pengangkutan


Merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan untuk pemindahan barangan dan
/ atau orang.

3.1.4 Komputer

(a) Perkakasan komputer


Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan, penghantaran
data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer.

(b) Perisian computer


Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama ada
dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.

3.1.5 Jentera dan kelengkapan


Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin dan
kelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan jentera
industri lain, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama, peralatan dan
perkakas yang digunakan oleh profesional dan jentera serta alat lain termasuk
pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan peralatan jenis ini.

3.1.6 Perabot dan pemasangan


Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagi
menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contoh kerusi, meja, kain langsir,
permaidani dan sebagainya.

3.2 Harta-harta lain merujuk kepada harta tak ketara.

3.2.1 Paten merujuk kepada hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan
ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada
kos.

3.2.2 Muhibah wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan
yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai
bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.

3.3 Lain-lain
Sila nyatakan. Ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada, yang mungkin
tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan. Semua harta kewangan
seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham) dikecualikan.

3.4 Jumlah
Sila jumlahkan 3.1, 3.2 dan 3.3.

3.5 Kerja dalam pelaksanaan


Merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih belum dimodalkan.

Soalan 4 : Pekerja dan Gaji & Upah

A. Takrif am

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 4A (PEKERJA LELAKI) dan Soalan
4B (PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i. Jumlah pekerja (ruangan 49 dan 50 )


Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja dan
kewarganegaraan dalam ruangan 49 da 50 pada bulan Disember atau pada tempoh
pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan yang dilaporkan hendaklah
termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti
rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya
semata-mata kerana kehadiran mereka dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang

7
diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah
pencen hendaklah dikecualikan. Sila pastikan bahawa Jumlah mendatar dan menegak
adalah betul.

ii. Gaji & upah tahunan (ruangan 18)


Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih masa
dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dan sebagainya)
yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam setiap kategori.
Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah bayaran yang dibuat,
sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain atau
kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti yang
dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.

iii. Pekerja sepenuh masa


Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-
kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

iv. Pekerja sambilan


Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang daripada 6
jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

4.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif


Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh masa)
yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli keluarga
pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang mengambil bahagian
dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini. Kategori ini tidak berkaitan dengan
syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak miliknya adalah ditentukan
mengikut pegangan ekuiti.

4.2 Pekerja keluarga tidak bergaji


Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik pertubuhan
yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada dengan wang tunai atau mata
benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini sememangnya mendapat makanan, tempat
tinggal dan bantuan lain sebagai sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada
mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga dan
mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain, mereka
hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah dilaporkan di dalam
Soalan 4A dan 4B, 4.3 dan 4.4 selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa atau
sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau
perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

4.3 Pekerja bergaji (sepenuh masa)


Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam tahun
rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam 4.2 di atas). Mereka yang bekerja di
luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah kawalan pertubuhan itu, seperti wakil
jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah
dimasukkan, jika ada. Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah
pertubuhan korporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran
semata-mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas
hendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

8
4.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif

Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan mengambil


bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang, menyusun dan mengarah
dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas mereka melibatkan
tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebih
jabatan di dalam sesebuah organisasi.

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan


menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap
pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan. Istilah di
atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai kelayakan
profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (contoh peguam, akauntan,
jurutera dan sebagainya).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan tanggungjawab


berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.

4.3.2 Teknikal dan penyeliaan


Pekerja teknikal adalah mereka yang menjalankan kerja teknikal, penyelidikan dan
kawalan kualiti. Mereka biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan
kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional. Contoh juruteknik makmal,
juruteknik kawalan kualiti dan sebagainya.

Pekerja penyeliaan adalah mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu kegiatan
tertentu cthnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka
mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan mereka.

4.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan


Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod kewangan dan
kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi pihak pertubuhan itu
dan pelanggannya, mencatat lisan atau menulis dengan trengkas, menaip dan
cara-cara lain. Termasuk dalam kategori ini ialah kerani, penjaga buku, jurutaip,
jurutrengkas, penyambut tetamu, setiausaha sulit, penyelenggara stor dan jurujual.

4.3.4 Pemandu
Termasuk pemandu semua jenis kenderaan.

4.3.5 Pekerja am
Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan pelbagai tugas.
Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu, konduktor, operator telefon, pembantu
pejabat, penghantar surat dan pengawal keselamatan.

4.3.6 Jumlah
Sila jumlahkan 4.3.1 hingga 4.3.5

4.4 Pekerja bergaji (sambilan)


Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau kurang
daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

4.5 Jumlah
Sila jumlahkan 4.1 + 4.2 + 4.3.6 + 4.4.

Soalan 5 : Bilangan Pekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

5.1 Pascasiswazah
Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh daripada
institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

9
5.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf
Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi pengajian
tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau profesional yang
diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil kira seperti ACCA, CIMA
(perakaunan), LLB (undang-undang) dan sebagainya.

5.3 Diploma atau yang setaraf


Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi, politeknik atau
kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah. Demikian juga kelayakan
profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam bahagian-bahagian tertentu) juga
dimasukkan dalam kategori ini.

5.4 STPM atau yang setaraf


Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE ‘A’ Level atau lulus peperiksaan
matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang diiktiraf.

5.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf


Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf dengannya
seperti GCE ‘O’ Level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.

5.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)


Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau di bawah
taraf kelulusan yang dinyatakan.

ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori
“ 5.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.

5.7 Jumlah
Sila jumlahkan 5.1 hingga 5.6.

Soalan 6 : Jam Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan

Sila lengkapkan soalan 6.1, 6.2 dan 6.3 jika berkenaan.

6.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan


Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi pada tahun rujukan.

6.2 Jumlah jam bekerja lebih masa pada tahun rujukan


Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.

6.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM)
Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar waktu
bekerja biasa (jam) pertubuhan ini.

Soalan 7 : Perolehan / Pendapatan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,
Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2014. Sila berikan anggaran
yang munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

7.1 Pendapatan daripada perkhidmatan penghantaran cepat.


Merujuk kepada pendapatan yang diterima dari aktiviti penghantaran cepat.

7.2 Komisen dan brokeraj yang diperoleh


Merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan sebagai upah
menjualkan barang atau perkhidmatan pertubuhan lain.

7.3 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan


Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan untuk perkhidmatan pengurusan
sesuatu aktiviti atau projek pertubuhan lain.

7.4 Cukai perkhidmatan yang diterima


Merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipunggut oleh pertubuhan bagi pihak kerajaan.

10
7.5 Pendapatan sewa yang di terima daripada:
Merujuk kepada - di bawah:

(a) Tanah
Pendapatan yang diterima daripada sewa tanah.

(b) Bangunan tempat kediaman


Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman.

(c) Bangunan bukan tempat kediaman


Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan tempat kediaman.

(d) Alat pengangkutan


Pendapatan daripada penyewaan pengangkutan tanpa pengendalinya.

(e) Lain-lain
Sila nyatakan selain daripada seperti yang dinyatakan di atas.

7.6 Pendapatan daripada faedah


Merujuk kepada pendapatan yang diterima hasil daripada pinjaman dan modal kewangan
yang disimpan di institusi kewangan.

7.7 Pendapatan daripada dividen


Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau pelaburan

7.8 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta


Sila berikan nilai bersih sahaja.

7.9 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan


Sila berikan nilai bersih keuntungan daripada transaksi berkaitan. Contoh aset kewangan
adalah bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan, bon, sijil pelaburan dan seumpamanya.

7.10 Pemulihan hutang lapuk


Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas tetapi telah
dipulihkan pada tahun rujukan.

7.11 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima


Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.

7.12 Tuntutan dan pampasan yang diterima


Merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insurans dan / atau
pertubuhan lain atau perseorangan akibat kemalangan, kerosakan harta tetap, barangan
atau harta lain.

7.13 Lain-lain
Sila nyatakan sekiranya ada.

7.14 Jumlah pendapatan


Sila jumlahkan 7.1 hingga 7.13.

7.15 Pindahan modal yang diterima


Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi memindahkan
satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang barangan, perkhidmatan atau
harta daripada pihak penerima.

7.16 Jumlah besar


Sila jumlahkan 7.14 hingga 7.15.

11
Soalan 8 : Perbelanjaan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,
Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2014. Sila berikan anggaran
yang munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

8.1 Nilai bekalan-bekalan lain yang digunakan:

(a) Alat tulis dan bekalan pejabat


Merujuk kepada nilai alat tulis dan bekalan pejabat yang telah digunakan.

(b) Lain-lain
Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.

8.2 Kos percetakan


Merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan oleh
pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.

8.3 Air yang dibeli


Merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran bagi tenaga elektrik dan air
disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk air yang telah dibayar.

8.4 Tenaga elektrik yang dibeli


Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran bagi tenaga elektrik
dan air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk tenaga elektrik dan air
yang telah dibayar.

8.5 Bahan pembakar, pelincir dan gas


Merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol, minyak
relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas (contoh gas
petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).

8.6 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yang dibuat oleh pihak lain bagi
harta tetap pertubuhan ini
Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh
pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan seperti bangunan, alat pengangkutan & jentera,
komputer dan perabot & pemasangan. Walau bagaimanapun, pembaikan besar yang
bersifat modal hendaklah dimasukkan ke dalam ruangan (02), (03) dan (04) yang
bersesuaian bagi Soalan 3 sebagai pemilikan modal harta tetap.

8.7 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan


Merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P ialah kajian
sistematik pada proses, teknik, penggunaan & produk baru dan penyelidikan pada
kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru ini. Jumlah perbelanjaan
untuk latihan pekerja tidak perlu dimasukkan.

8.8 Pembelian perkhidmatan pengangkutan


Merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan pemandu.

8.9 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)


Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan untuk menjalankan
tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan, penginapan, makan dan
perbelanjaan lain yang berkaitan.

8.10 Perbelanjaan hiburan


Merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh pertubuhan.

8.11 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit


Merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-kira,
perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada pertubuhan
perakaunan, kesetiausahaan dan audit.

8.12 Bayaran guaman


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan dokumentasi.

12
8.13 Bayaran perkhidmatan profesional lain
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding jurubina,
kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.

8.14 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan
teknologi maklumat
Merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi data;
(contoh tangkapan data, pemindahan data dari pelbagai medium, pengesanan ciri optikal)
pangkalan data dan pembaikan & penyelenggaraan komputer.

8.15 Bayaran pengurusan


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh pertubuhan
lain atau individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos projek dan tenaga
manusia.

8.16 Komisen dan bayaran agensi


Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain atau individu
atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan bagi pihak
pertubuhan.

8.17 Bayaran telekomunikasi


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi transmisi bunyi,
imej atau maklumat lain melalui telefon, telefax, telegram, kabel penyiaran, satelit, mel
elektronik dan internet.

8.18 Bayaran pos (termasuk perkhidmatan kurier)


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,
pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan bercetak
lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan kurier lain. Termasuk
juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti surat.

8.19 Pengiklanan dan promosi


Merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan nama
syarikat atau perniagaan melalui media seperti surat khabar, televisyen, radio, internet atau
media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

8.20 Caj bank


Merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh institusi
kewangan. Contoh untuk caj bank ialah bayaran untuk buku cek, bayaran perkhidmatan
untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s acceptances, komisen dan yuran
berkaitan dengan transaksi sekuriti.

8.21 Bayaran faedah


Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang diambil oleh
pertubuhan daripada institusi kewangan seperti bank.

8.22 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja


Merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan perkapalan atau
udara untuk ganti rugi.

8.23 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan


Merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti perkhidmatan pengawal
keselamatan.

8.24 Bayaran feri dan tol


Merujuk kepada tambang feri dan tol yang di bayar.

8.25 Bayaran ganti rugi


Merujuk kepada bayaran yang dibuat untuk membayar ganti rugi pelanggan untuk barangan
yang hilang atau rosak.

8.26 Bayaran untuk sewa tanah


Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau pajakan ke
atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan.

13
8.27 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa penggunaan tanah)
Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera &
kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah

8.28 Susut nilai semasa ke atas harta


Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta akibat haus dan lusuh,
kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.

8.29 Bayaran royalti


Merujuk kepada bayaran royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada bayaran untuk
penggunaan yang dibenarkan bagi paten, hakcipta, tanda niaga, pemprosesan
perindustrian, francais dan sebagainya berdasarkan perjanjian perlesenan.

(a) Kerajaan
Sila nyatakan jenis royalti

(b) Swasta
Sila nyatakan jenis royalti

8.30 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah
Merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan yang dikutip oleh pihak berkuasa
tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran cukai tanah ke atas
yang tanah dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.

8.31 Cukai tidak langsung :

(a) Cukai perkhidmatan


Merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut dan dibayar kepada kerajaan

(b) Cukai jalan


Merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi
kenderaan bermotor.

(c) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem dan sebagainya.
Merujuk kepada bayaran pendaftaran perniagaan untuk pertubuhan hak milik
perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM). Ia termasuk juga bayaran pendaftaran untuk koperasi. duti setem untuk
perjanjian atau kontrak dokumen dan duti hiburan untuk aktiviti perniagaan hiburan juga
termasuk di dalam perkara ini.

8.32 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan


Merujuk kepada kerugian kerana turun naik mata wang asing.

8.33 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta


Merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula harta.

8.34 Hutang lapuk dihapuskan


Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

8.35 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dan sebagainya.
Merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.

8.36 Lain-lain
Sila nyatakan sekiranya ada.

8.37 Kos pekerjaan

(a) Gaji & upah dibayar


Merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun, bonus dan
komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk pekerja yang diambil
melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan) yang bekerja pada tahun rujukan.
Laporkan semua pembayaran yang telah dibuat sepanjang tahun rujukan dan bukannya
pembayaran yang telah dibuat hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.

14
(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja

* Rawatan perubatan percuma


Merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan untuk rawatan perubatan kepada
pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

* Lain-lain (contoh. makanan percuma, tempat tinggal percuma dan sebagainya.)


Merujuk kepada nilai yang dibayar ke atas makanan, tempat tinggal dan sebagainya
yang disediakan secara percuma oleh pertubuhan kepada pekerja. Nilai ini termasuk
nilai subsidi.

(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja


Merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada
pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.

(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan sosial,
pencen dan kebajikan

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada KWSP.

* Kumpulan wang simpanan lain


Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada kumpulan
wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan oleh kerajaan.

* Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada PERKESO.

* Skim keselamatan sosial persendirian (cth. insurans pampasan pekerja)


Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada skim
keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan seperti insurans
pampasan pekerja.

* Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian


Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada skim bayaran
pampasan, persaraan atau pemberhentian selain daripada yang dikelolakan oleh
kerajaan.

(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah
Jelas maksudnya.

(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan


Merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti pakaian
seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.

(g) Kos latihan kepada pekerja


Merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan pekerja yang
dibiayai oleh majikan, sama ada dalam atau luar negeri.

(h) Bayaran levi pekerja


Merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada kerajaan.
Bayaran levi pekerja semasa setahun adalah bagi pembantu rumah RM410, pekerja
ladang RM590, sektor pembinaan dan pembuatan RM1,250 manakala sektor
perkhidmatan RM1,850.

(i) Lain-lain
Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.

8.38 Jumlah perbelanjaan


Sila jumlahkan 8.1 hingga 8.37

15
8.39 Bayaran bagi pajakan kewangan
Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap yang akan
dimiliki akhirnya.

8.40 Pindahan modal yang dibuat


Merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan kepada
pihak lain tanpa menerima pulangan sama ada dalam bentuk barangan, perkhidmatan atau
harta.

8.41 Dividen kena bayar


Merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang saham.

8.42 Cukai langsung (contoh cukai syarikat, koperasi dan cukai kemajuan) kena bayar
Merujuk kepada cukai langsung yang perlu dibayar secara langsung kepada Lembaga Hasil
Dalam Negeri sama ada telah dibayar atau kena bayar pada tahun rujukan.

8.43 Jumlah besar


Sila jumlahkan 8.38 hingga 8.42

Soalan 9 : Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai

Sila nyatakan nilai keuntungan atau kerugian bersih tahun sebelum (2013) dan tahun semasa
(2014) seperti mana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi.

Soalan 11 : Maklumat Tambahan Ke Atas Ibu Pejabat / Cawangan

10.1 Sekiranya pertubuhan tuan merupakan cawangan, sila nyatakan nama dan alamat Ibu
Pejabat.

10.2 Sekiranya pertubuhan tuan merupakan Ibu Pejabat, sila nyatakan bilangan cawangan
serta laporkan nilai pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan penghantaran
cepat mengikut pecahan Ibu Pejabat dan cawangan. Jumlah nilai mestilah sama dengan
jumlah nilai yang dilaporkan di 7.1 di bawah Soalan 7 di muka surat (9).

Soalan 11 : Penggunaan ICT

11.1 Sila laporkan penggunaan komputer oleh pertubuhan dalam tempoh laporan

Penggunaan komputer termasuk desktop, laptop atau tablet kecuali telefon selular,
personal digital assistants (PDAs) atau set televisyen.
11.2 Peratusan pekerja yang menggunakan komputer semasa bekerja

= Bilangan pekerja yang menggunakan komputer semasa bekerja X 100

Jumlah pekerja

11.3 Penggunaan internet di dalam pertubuhan

Internet adalah rangkaian komputer awam di seluruh dunia. Ia menyediakan akses


kepada beberapa perkhidmatan komunikasi termasuk World Wide Web (WWW), e-mel,
berita, hiburan dan fail data.

11.4 Peratusan pekerja yang menggunakan internet semasa bekerja

= Bilangan pekerja yang menggunakan internet semasa bekerja X 100

Jumlah pekerja

11.5 Sila nyatakan penggunaan internet oleh pertubuhan tuan. Boleh pilih lebih
daripada satu.

16
11.6 Sila laporkan infrastruktur rangkaian jika ada yang terlibat dalam pertubuhan tuan

a. Intranet
Merujuk kepada rangkaian komunikasi dalaman menggunakan protokol internet dan
membolehkan komunikasi dalam organisasi.

b. Extranet
Merujuk kepada rangkaian tertutup yang menggunakan protokol internet dengan
selamat dalam perkongsian maklumat perniagaan dengan pembekal, vendor,
pelanggan atau rakan kongsi perniagaan lain. Ia juga boleh menjadi sebahagian
daripada laman web peribadi perniagaan, yang mana rakan perniagaan boleh
melayari selepas disahkan dalam halaman log masuk.

c. Rangkaian kawasan setempat (Local Area Network - LAN)

d. Rangkaian kawasan luas (Wide Area Network – WAN)

e. Tiada di atas

11.7 Sila laporkan akses / sambungan Internet yang digunakan oleh pertubuhan

a. Jalur sempit termasuklah modem analog.

b. Jalur lebar tetap merujuk kepada teknologi dengan kelajuan sekurang-kurangnya


256 kbit/s.

c. Jalur lebar mudah alih merujuk kepada teknologi pada kelajuan sekurang-
kurangnya 256 kbit/s.

11.8 Penggunaan Web presence dalam tempoh laporan.

Web presence merujuk kepada laman web, laman utama atau wujud di laman web entiti
lain (termasuk perniagaan yang berkenaan). Tidak termasuk sebarang kemasukan dalam
direktori atas talian di mana-mana laman web lain yang mana perniagaan tidak
mempunyai kawalan.

11.9 Sila nyatakan sekiranya pertubuhan tuan membuat pesanan (pembelian) barangan
atau perkhidmatan menggunakan internet.

Ia merujuk kepada transaksi pembelian melalui Internet, laman web, specialised internet
marketplaces, extranets, EDI over the internet, internet-enabled mobile phones dan e-
mel. Kaedah pembayaran tidak semestinya dibuat secara online. Tidak termasuk
pesanan yang telah dibatalkan atau tidak lengkap.
11.10 Sila nyatakan sekiranya pertubuhan tuan menerima pesanan (jualan) barangan atau
perkhidmatan menggunakan internet.

Ia merujuk kepada transaksi jualan melalui Internet, laman web, specialised internet
marketplaces, extranets, EDI over the internet, internet-enabled mobile phones dan e-
mel. Kaedah pembayaran tidak semestinya dibuat secara online. Tidak termasuk
pesanan yang telah dibatalkan atau tidak lengkap.

11.11 Peratusan nilai jualan yang mewakili pesanan (jualan) internet

Bagi pesanan internet yang diterima bagi pihak organisasi lain, sila lapor hanya yuran
atau komisen yang diterima.

- TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN -

17

You might also like