You are on page 1of 3

bank soalan

Bab
Kandungan dan Konteks
9
Soalan Struktur

1 Terangkan tiga konteks persoalan yang sering dipaparkan dalam penghasilan karya
catan aliran pasca moden di Malaysia.
(a)
(b)
(c)
2 Berikan contoh yang berkaitan bidang kebudayaan yang dinyatakan di bawah.
(a) Kebendaan
(b) Kesenian
(c) Nilai dan norma

Soalan Esei

1 Keris mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza dalam masyarakat tradisional dan
masyarakat kini, bincangkan transformasi fungsi keris ke dalam masyarakat moden kini.
2 Jelaskan bagaimana persekitaran alam semula jadi dapat berfungsi sebagai idea untuk
menghasilkan karya.

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
Jawapan Cadangan
Soalan Struktur

1 (a) Globalisasi
(b) Budaya
(c) Interaksi sosial
2 (a) Kebendaan – merujuk kepada seni bina, makanan dan senjata
(b) Kesenian – melibatkan aspek estetika seperti kraf tangan, tarian dan lukisan
(c) Nilai dan norma – peraturan, undang-undang, keagamaan

Soalan Esei

1 Keris berfungsi secara praktikal dalam masyarakat tradisi. Contohnya sebagai senjata
mempertahankan diri. Dalam masyarakat moden keris berfungsi sebagai objek yang
dinilai dari segi penampilan estetik dan unsur sejarah. Contohnya, keris digunakan
sebagai hiasan atau objek yang dipamerkan di muzium
• Pengeluaran keris dalam masyarakat tradisional adalah terhad, pengeluarannya
dikawal atau dikeluarkan atas permintaan. Pengeluarannya mempunyai pantang
larang atau tatacara yang perlu diikuti. Dalam masyarakat moden pengeluaran
keris lebih kepada tujuan komersial seperti untuk dijadikan cenderamata/aksesori
tambahan pada pakaian tradisional
• Keris dalam masyarakat tradisional berfungsi sebagai simbol status. Contohnya
keris sebagai petunjuk status antara golongan masyarakat bangsawan dengan
golongan biasa. Keris juga memberi lambang kepahlawanan atau lambang
pengiktirafan individu, seperti pengiktirafan hulubalang istana oleh sultan atau
raja. Dalam masyarakat moden keris berfungsi sebagai imej yang digunakan sebagai
lambang dalam penghasilan logo atau sebagai simbol bagi melengkapkan pakaian
perkahwinan tradisional masyarakat Melayu
2 • Unsur persekitaran ialah objek yang berada di sekeliling manusia. Antara unsur
persekitaran yang dapat menyumbang idea dalam penghasilan karya ialah melalui
imej keindahan alam semula jadi yang terdapat di sesebuah negara. Contohnya,
karya catan yang menggambarkan imej alam semula jadi seperti pemandangan
kampung yang indah dapat menimbulkan semangat nasionalisme/sayang akan
negara dalam kalangan rakyat
• Melalui alam semula jadi juga pengkarya dapat menjana idea untuk menghasilkan
landskap persekitaran. Contohnya berdasarkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan,
pengkarya dapat memilih jenis tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri fizikal dan fungsi
tertentu untuk diwujudkan di dalam landskap yang dirancang

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Idea penghasilan karya cetakan juga boleh diperoleh daripada pelbagai jalinan yang
terdapat pada objek alam semula jadi. Jalinan tampak dapat dihasilkan melalui
teknik cetakan kolograf. Contohnya melalui imej cetakan yang terhasil daripada
tekapan/teknik kolograf daripada daun/kulit kayu

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3

You might also like