You are on page 1of 1

LAPORAN MINGGU PANITIA MATEMATIK DAN SAINS.

Sepanjang minggu ini ( ) PPKI SK. Brickfields 1 telah mengadakan Minggu Sains

dan Matematik. Terdapat beberapa aktiviti yang menarik telah diadakan untuk murid-

murid bermasalah pembelajaran. Antara aktiviti tersebut adalah seperti Program

Mengitar Semula, Kuiz Sains dan Metematik, Kuiz Terbuka, Pertandingan Mencipta

Jam Dinding dan juga “Mathematics Tressure Hunt”.

Tujuan aktiviti-aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengalaman kepada

murid-murid bahawa pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains ini

bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah sahaja malahan boleh dipelbagaikan lagi

lokasi dan aktivitinya. Tambahan pula aktiviti yang diadakan mampu menarik minat

murid-murid di samping dapat meningkatkan daya saing sesama mereka melalui

pertandingan yang dijalankan.

Walaupun terdapat beberapa kekangan seperti ada segelintir murid yang enggan

melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini, namun berkat kesungguhan guru-guru

bimbingan memujuk mereka dan memberikan kata-kata motivasi, akhirnya mereka

mahu menyertai pertandingan.

Secara keseluruhannya, Minggu Panitia Sains dan Matematik dapat dijalankan

dengan lancar dan sesi penyampaian hadiah oleh Puan Kok Sea Yin, Guru Besar SK.

Brickfields 1 telah diadakan semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin berikutnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ………………………………

(SITI ZUBAIDAH BACHOK @ YUSOF)

You might also like