You are on page 1of 3

SULIT* 2

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1 Terangkan maksud lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran [4]
2 Nyatakan empat jenis kemudahan yang diberikan oleh badan berkanun kepada
usahawan. [4]
3 Huraikan tiga kegunaan rancangan perniagaan kepada usahawan. [6]
4 Berikan lima format rancangan perniagaan. [5]
5 Huraikan tiga galakan perdagangan antarabangsa. [6]
6 Senaraikan lima strategi memasuki perniagaan antarabangsa. [5]
7 Jelaskan dua kaedah penyelesaian perdagangan yang boleh dilaksanakan
dalam perniagaan antarabangsa. [6]
8 Nyatakan empat pendekatan tindakan beretika. [4]
9 Huraikan dua perbezaan antara pihak primer dengan pihak sekunder. [4]
10 Huraikan tiga peranan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
dalam memperjuangkan hak-hak pengguna. [6]

STPM 2019 – 946/3 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD

11 Ali Hassan Mohd Hassan pemilik kedai sukan aL-ikhsaN sebenarnya memulakan
perniagaannya dengan hanya bermodalkan RM50. Dia yang ketika itu menuntut di UTM
Skudai, Johor, memulakan perniagaan dengan menjual barangan sukan kepada kawan-
kawan dan pensyarahnya kerana pada ketika itu di UTM Skudai tiada pembekal barangan
sukan. Berkat usaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan menyara kehidupan
keluarga ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal
UTM pada tahun 1993. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan
peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung
dan berkeyakinan untuk mengusahakan perniagaan.
Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit hanya
sebesar 100 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang
diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mula mengusahakan perniagaan secara
serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan
sukan yang amat menggalakkan terutama di kalangan remaja. Ketika itu, memang sukar
untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaannya
yang kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Beliau kena rajin dan kuat berusaha
dengan menjual baju sukan secara pantas. “Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat
mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,” katanya yang
pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan
memasarkan barangannya.
Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN telah membuka kedai sukan untuk wanita
dikenali Al-Ikhsan Sports Girl. Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi
tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan
sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan. Jelas
sekali dengan mendengar maklum balas dari pasaran terutama golongan wanita, AL-
ikhsaN mampu memenuhi permintaan golongan berkenaan malah jualan semakin
meningkat dengan jayanya. Sehingga kini, aL-ikhsaN telah membuka 116 cawangan di
seluruh Semenanjung Malaysia dan sedang merancang menembusi pasaran Sabah dan
Sarawak dengan membuka enam cawangan di Kuching dan Kota Kinabalu menjelang
2019. Pada masa sama, Ali Hassan sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran
Indonesia dan Thailand dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Model kasut
sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola sepak antarabangsa terkenal
terdapat di kedai ini.
Terbaru, syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, Ekuiti
Nasional Bhd (Ekuinas) menyuntik RM68.6 juta bagi membolehkan mereka mendapat 35
peratus pegangan ekuiti dalam aL-ikhsaN. Ini sekali gus menjadikan perniagaan Ali
Hassan semakin megah mendaki puncak kejayaan kerana mempunyai modal pusingan
STPM 2019 – 946/3 [Lihat halaman sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

yang lebih besar. Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar dalam kalangan
anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular dan berkualiti
tinggi seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang
berpatutan.

(Disesuaikan daripada https://www.jutawanmelayu.com/rahsia kejayaan pengasas kedai


sukan al-ikhsan yang dicapai pada 7 Mac 2019 )

Berdasarkan kajian kes pada halaman 3 dan halaman 4 ,


(a) terangkan kaedah memulakan sebuah perniagaan oleh Ali Hassan Mohd
Hassan, dan [6]
(b) jelaskan sifat peribadi Ali Hassan Mohd Hassan yang menjadi faktor utama
kejayaan aL-ikhsaN. [24]

Jawab satu soalan sahaja.

12 Jelaskan lima sumber idea baru untuk mengusahakan sebuah perniagaan


pakaian. [20]

13 Jelaskan lima hak pengguna terhadap peniaga yang menjual barangan. [20]

STPM 2019 – 946/3


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like