You are on page 1of 2

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, istilah penggunaan merupakan


perihal ataupun perbuatan menggunakan sesuatu. Selain itu, pemakaian sesuatu barangan
seperti bahan makanan serta hasil perusahaan juga ditakrifkan sebagai istilah penggunaan
sebagai pemakaian laman sesawang untuk membeli sesuatu barangan secara atas talian.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perniagaan bermaksud urusan berjual
beli untuk mencari keuntungan. Selain itu, Perniagaan adalah pertukaran barang atau
perkhidmatan dengan wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk
faedah (Abdullah Munsi Bin Abdul Rahim 1999). Seterusnya, perniagaan boleh didefinisikan
sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain,
bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah (Zumilah Zainalaludin
1999).
Perniagaan terbahagi kepada dua iaitu perniagaan konvensional dan perniagaan
internet. Konsep perniagaan internet tidak jauh bezanya dengan perniagaan konvensional.
Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli.
Perbezaannya ialah bagi perniagaan konvensional, proses transaksi urusniaga tersebut
dijalankan secara bersemuka. Pihak pembeli dan penjual perlu berjumpa dan berinteraksi.
Manakala perniagaan internet hanyalah proses transaksi urusniaga di mana urus niaga
tersebut dijalankan secara dalam talian melalui internet. Pihak pembeli dan penjual tidak
perlu bersemuka dan boleh berada beribu-ribu batu jauhnya.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, konvensional bermaksud yang biasa dilakukan
atau diamalkan, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi. Sebagai contoh,
tidak menggunakan tenaga nuklear, kimia, biologi dan sebagainya. Manakala, menurut
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, internet membawa maksud rangkaian komputer
antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer seluruh dunia berhubung antara satu
sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
Perniagaan Internet atau nama lainnya perniagaan atas talian merupakan perniagaan
yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium
perantaraan antara penjual dan juga pembeli. Perniagaan internet juga adalah sama dengan
perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal, barangan
perniagaan dan juga promosi untuk barang yang diniagakan itu. Apa yang membezakan
cumalah platform sahaja.
Terlalu banyak faedah yang boleh didapati menerusi internet. Ia hidup dan tidak
pernah tidur selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Perniagaan internet
juga tidak membataskan perkara–perkara berikut iaitu budaya, bangsa, negara, sempadan,
masa, dan juga jarak. Di internet, kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah
berbeza. Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet, kita juga
memerlukan beberapa tools sebagai sokongan untuk berjaya dengan lebih cepat.
Segala-galanya boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang ingin
dijual mempunyai nilai atau tidak. Pasaran di internet adalah amat luas tanpa mengira
sempadan geografi dan juga beroperasi selama 24 jam sehari. Inilah dunia perniagaan internet
di mana transaksi jual beli yang berlaku kini bernilai berbilion dollar tanpa perlu si penjual
atau pembeli berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain.
Situasi semasa juga telah mendorong perniagaan-perniagaan untuk meneroka strategi
baharu untuk berinteraksi dengan pengguna dan memudahkan proses urus niaga. Ini tidak
hanya menyebabkan penerapan e-dagang yang kuat di kalangan Perusahaan Kecil Sederhana
(PKS) tempatan tetapi juga mewujudkan segmen pasaran baharu untuk industri e-dagang.
Selain itu, pelaksanaan SOP seperti penjarakan sosial dan kebenaran hanya seorang
dari setiap isi rumah yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan
harian, telah memberi impak kepada sektor runcit di negara ini. Namun begitu, penangguhan
sementara operasi perniagaan bukan keperluan serta pergerakan terhad ke pasaraya dan kedai
runcit telah membuka lebih banyak peluang untuk industri E-Dagang.
Rasionalnya, tujuan kajian ini ialah untuk untuk mengkaji kepercayaan terhadap
penggunaan aplikasi E-Dagang dalam kalangan penduduk Taman Banting Baru. Saya telah
memilih lokasi kajian di Taman Banting Baru adalah kerana lokasinya yang merupakan
tempat kediaman saya. Hal ini telah memudahkan saya untuk ke lokasi kajian.

You might also like