You are on page 1of 1

PERNIAGAAN ATAS TALIAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN ETIKA

BEREKONOMI DAN BERSOSIAL DALAM PELBAGAI PERADABAN


Isu-isu Etika dan Peradaban
E-dagang, juga dirujuk sebagai perniagaan dalam talian, telah berkembang dalam kalangan
pengguna, khususnya di Malaysia. Kini kemudahan internet sudah tersedia, ia sebenarnya
dapat memudahkan operasi harian peniaga dan pengguna. Peniaga boleh memanfaatkan
infrastruktur semasa, seperti perdagangan dalam talian, untuk meningkatkan jualan. Bagi
pengguna, mereka boleh memilih item dan membuat transaksi dalam talian. Bilangan
pembelian juga tidak terhad. Tetapi ramai orang percaya bahawa internet telah mewujudkan
iklim baharu untuk tingkah laku yang tidak beretika, terutamanya dalam kalangan peniaga
dalam talian. Antara isu-isu etika peradaban dalam perniagaan atas talian ialah isu
kepercayaan iaitu merupakan elemen penting dalam perhubungan antara peniaga dan
pelanggan. Disebabkan isu kepercayaan, pengguna masih sukar untuk menggunakan internet
sebagai saluran pembelian. Menurut kajian, pengguna memilih untuk membuat pembelian
dalam talian memandangkan konsep sistem memudahkan pengguna mendapatkan barangan
dengan lebih dekat kerana pembelian dalam talian dibuat menggunakan rangkaian
komunikasi seperti internet. Ketidakpercayaan pengguna tentang membuat transaksi dalam
talian sudah pasti akan mempunyai pengaruh ke atas perdagangan internet. Sebagai contoh,
sewaktu pembelian pengguna telah berkongsi maklumat peribadi yang dibuat secara atas
talian berkemungkinan akan terdedah dengan individu yang lain dengan cara yang tidak
beretika. Faktor kepercayaan boleh bertindak sebagai penghalang untuk menggunakan
kaedah pembelian dalam talian kerana risiko yang terlibat.
Selain itu, proses globalisasi, yang memberi kesan kepada seluruh dunia. Proses interaksi
antara negara di seluruh dunia membawa kepada arus perubahan yang dikenali sebagai
globalisasi. Budaya dan nilai kejiranan mungkin berubah apabila perkara baharu memberi
kesan atau diterima oleh masyarakat. Perubahan yang berlaku terlalu cepat dan tidak
menyebabkan budaya runtuh membawa kepada perubahan nilai budaya yang tidak terkawal.
Majoriti pengubahsuaian ini berkaitan dengan budaya dan hegemoni Barat. Sebahagian besar
perubahan yang terdapat pada hari ini merupakan hasil usaha kebudayaan Barat. Hegemoni
ialah istilah yang dicipta Barat untuk menggambarkan pemerintahan atau kepimpinan
lengkap sesebuah negara atau organisasi ke atas negara atau kumpulan lain. Apabila
penguasaan ini berlaku, ia akan memberi kesan kepada institusi sosial, politik dan ekonomi
sesebuah negara. Secara tidak langsung, prinsip etika dan beradab yang terdidik dan sebati
dalam masyarakat akan berubah. Nilai ketimuran yang kaya dengan adab, akhlak dan jati diri
akan dilenyapkan.
Seterusnya, pengalaman membeli-belah dalam talian lebih kepada hubungan antara kepuasan
dan keseronokan. Jika penjual tidak memberikan penekanan yang cukup tinggi pada
pengalaman keseronokan, pelanggan mungkin lebih cenderung untuk mencari dan menukar
peniaga dalam talian. Walaupun pengguna berpuas hati dengan nilai kelebihan yang
disediakan oleh penjual dalam talian, seperti kualiti dan harga yang berpatutan. Pengalaman
pengguna yang buruk berkenaan dengan pesanan penghantaran akan membawa kepada
penurunan kepercayaan kepada tahap yang rendah terhadap vendor dalam talian.

You might also like