You are on page 1of 25

BENGKEL PEMURNIAN DAN VERIFIKASI

ITEM PENILAIAN AKHIR PROGRAM DIPLOMA

5-8 SEPT 2016


IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Taklimat Ketua Pasukan iEE/SME


IPG Kampus Pendidikan Teknik
Pemurnian Item
• Bertujuan menyemak soalan yang telah
disediakan
• Semakan boleh dibuat secara self review, peer
review dan juga oleh expert’s review.
• Penggubal dan jabatan mereka ada kepakaran
tersendiri.
• Apa yang hendak disemak?
Proses Semakan

• Jadual Penentuan Ujian (JPU)/Jadual


Spesifikasi Ujian (JSU)
• Item/Kertas Soalan
• Skema Jawapan/ Rubrik
JSU

• Perancangan awal pembinaan sesuatu ujian


• Menerangkan skop atau bidang yang akan
diuji dan pemarkahan yang diperuntukan.
• Kenapa JSU?
JSU
Asas Pembinaan Item
-Tahu tujuan ujian.
-Tahu apa yang hendak diuji / tafsir.
-Faham falsafah, matlamat dan kandungan kurikulum.
-Boleh mengaplikasikan teori pembinaan item.
-Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU
• Item-item perlu sejajar dengan pernyataan dalam
JSU –
- jumlah soalan
- tahap kemahiran
- topik
- silibus/sukatan
• Kemungkinan item tidak mematuhi JSU.
• Kandungan soalan mesti sesuai; kedalamannya..
perlu dilihat oleh SME/Moderator.
Item
9 ciri
1. Keakuran- kurikulum, spesifikasi, peluang
2. Ketepatan dan Kejelasan- konstruk, topik, jelas
3. Kesesuaian- aras kesukaran,kepentingan, keadilan
-----------------------------
IPG
4. Kepelbagaian- item dan cara penyoalan
Akur Kurikulum
Perkara yang ditaksir (konstruk) dan pentaksiran
yang dilakukan (tajuk/konteks) mestilah merupakan
sebahagian daripada kurikulum.

Aspek ini sangat penting kerana sekiranya perkara yang


ditaksir itu di luar kurikulum maka kesahan kurikulum
(curricular validity) bagi item itu boleh dipertikaikan.

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Akur Peluang
Calon mestilah diberi peluang yang
mencukupi dalam mempelajari perkara yang
ditaksir. Peluang boleh dirujuk berdasarkan
kelengkapan (fasiliti), kehadiran pengajar,
kepakaran pengajar dalam menyampaikan
ilmu yang ditaksir kepada calon.

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Akur Spesifikasi

Spesifikasi diwujudkan untuk mengawal ujian


dari segi idea dan kandungan. Sebenarnya amat
penting untuk seseorang atau sekumpulan
mengawal kandungan ujian supaya terdapat
tingkatan pencapaian yang sama.

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Ketepatan dan Kejelasan
Konstruk
Konteks/Tajuk
Kejelasan
Stimulus
Stem
Homogen
Bahasa

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Tepat konstruk
Dapatkah item itu menghadirkan evidens yang
boleh digunakan untuk mentaksir konstruk yang
diharapkan. Konstruk ialah perkara yang ditaksir.
Sekiranya tugasan dalam item itu menyebabkan
calon gagal mempersembahkan evidens yang
relevan dengan perkara yang ditaksir, maka item
itu dianggap tidak sah.

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Tepat tajuk
Tajuk atau konteks merupakan tempat
pentaksiran sesuatu konstruk itu dilaksanakan.
Amat penting untuk memastikan yang calon
familiar dengan perkara, idea yang diketengahkan.
Jika tidak mereka mungkin tidak dapat
memberikan respons yang memuaskan bukan
kerana ‘konstruk’ tetapi kerana konteks yang asing
bagi mereka.

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Kejelasan

Bolehkah susunan perkataan dan ayat atau


gambar/rajah memberikan isyarat yang jelas
tentang apa yang harus dilakukan oleh calon
serta bagaimana harus perlakuan itu
dipersembahkan.
Adakah item yang ditulis itu jelas dari segi
stimulus,stem,homogen dan bahasa?

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Jelas

Semua item secara sendiri atau keseluruhan


mesti membolehkan pelajar faham tentang
kehendak soalan bagi meningkatkan ciri kesahan
dan kebolehpercayaan sesuatu item.

Pelajar bukan tidak tahu jawapan tetapi tidak


tahu/ tidak jelas tentang soalan.
Jelas
• Gaya bahasa dan tatabahasa – tepat,jelas dan
ringkas
• Struktur ayat – padat dan jitu
• Pemilihan perkataan – mesti tepat
• Tahap pembacaan – tahap pelajar diploma,
apa standard dan ukuran?
• Teknikal – ejaan, pernomboran, istilah dll
Contoh Tidak Jelas
1. Beberapa orang Pegawai Penguatkuasa Anti-Dadah telah
membuat serbuan ke atas sebuah rumah usang pada pukul
2.00 pagi kerana mengesyaki rumah itu digunakan sebagai
pusat pengedaran dadah. Penghuni rumah itu beramai-ramai
mengancam untuk memukul pegawai-pegawai itu jika mereka
memasuki rumah tersebut.
Bincangkan.
• Perbuatan penghuni rumah mengancam untuk
memukul pegawai-pegawai itu salah atau tidak?
Huraikan berdasarkan kepada perbekalan
undang-undang yang berkaitan.
Contoh tidak tepat
• Tulis tentang Etika Perkhidmatan Awam.

Nyatakan tujuan kerajaan mewujudkan Etika


Perkhidmatan Awam.
Kesesuaian
Kesesuaian item itu pula dinilai berdasarkan

-aras kesukaran
-kepentingan
-keadilan (tidak bias)

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Aras Kesukaran

Item yang ditulis membawa bersama tahap


kesukaran yang dihasratkan. Adakah item yang
telah ditulis itu sesuai dengan aras kesukaran yang
dihasratkan. Sekiranya tidak, sesuatu harus
dilakukan untuk memastikan keseluruhan reka
bentuk ujian boleh dikekalkan.

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Kepentingan

Pentaksiran merupakan perkara yang penting dan genting,


maka perlu untuk dipastikan bahawa idea, isi, kandungan
atau hal-hal yang diketengahkan dalam item haruslah
merupakan perkara yang penting dalam pembelajaran
calon atau pelajar. Perkara-perkara yang remeh-temeh
atau yang asing kepada mereka tidak harus dilibatkan
kerana boleh menyebabkan penghakiman yang kurang
adil.

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Keadilan

Langkah juga harus diambil untuk memastikan


yang item yang ditulis itu tidak memberikan
faedah (advantage) secara sistematik/automatik
kepada golongan/ kelompok/kaum tertentu dalam
masyarakat sama ada mengikut ras, jantina,
agama,umur, tempat tinggal dll

Keakuran Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian


Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Tajuk Jelas Kesukaran Penting Keadilan
Kertas Soalan
Format
• Perlu mematuhi format yang sama supaya
melambangkan satu identiti.
• Perlu ada templet, garis panduan dan arahan.
• Perlu disemak.
Skema Pemarkahan
• Rubrik analitik
Pemeriksaan secara ‘point for point’ (secara
objektif)
• Rubrik holistik
Pemeriksaan secara luas ataupun secara
subjektif (impression marking)
-Perlu disertakan bersama-sama kertas soalan
untuk diverifikasi.
Sekian, terima kasih
Semoga Bermanfaat.

You might also like