You are on page 1of 1

Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah penglihatan

Kanak-kanak masalah penglihatan pada dasarnya tidak mempunyai masalah dari


segi psikomotor. Kanak-kanak ini biasanya boleh melakukan sesuatu kadang-kadang
perlu dibantu atau tunjukajar atau disebaliknya. Ia hanya melibatkan masalah dari
segi pertuturan untuk berkomunikasi. Kanak-kanak masalah penglihatan mempunyai
kebolehan perkembangan intelek / kognitif yang sama seperti kanak-kanak normal
ketika mereka dilahirkan. Untuk menentukan masalah dari segi kongnitif maka ujian
kecerdasan yang biasa digunakan mengikut Standardized Intelligence Tests yang
diasaskan oleh Samuel, P. Hayes (Kauffman, 1978). Kebiasaannya The Sandford-
Binet Tests akan digunakan kerana ia tidak terlalu banyak menggunakan item yang
memerlukan penglihatan. McGrinnis (1981) dalam Hallahan (1978) menyatakan
bahawa banyak kajian yang dilakukan dalam menilai pencapaian bahasa antara
kanak-kanak normal dan buta menunjukkan tiada perbezaan. Biasanya kanak-kanak
buta akan peka dalam berbahasa kerana mereka hanya ada satu sahaja cara untuk
berkomunikasi dengan orang lain.

You might also like