You are on page 1of 2

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan


pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan
peluang- peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau
biasa."
(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)

Mengikut Hallahan dan Kauffman(2006), pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk
pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang


direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus
bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin
dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.

Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha


yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran,

Heward (2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:


Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang
psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan
dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas,
pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli
psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar
ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan
tujuan membantu

DEFINISI KANAK- KANAK BERKEPERLUAN KHAS

-Kanak-kanak Berkeperluan Khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang


mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan
yang jauh lebih tinggi daripada normal juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka
(Heward,2003) pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’
ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-
kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut
pertumbuhan dan perkembangan.

-Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa
atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh
mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang tanpa mempunyai keupayaan untuk
melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang
mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir.
Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari
segi mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan
berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur
gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)

You might also like