You are on page 1of 4

BINAAN AYAT

1. PENGERTIAN AYAT
 Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
 Unit tatabahasa yang terbentuk daripada unsur klausa, frasa dan kata, dan
mempunyai perkaitan antara satu sama lain
 Susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang bermakna.

2. CIRI AYAT
(a) Terdiri daripada sekurang-kurangnya satu subjek dan satu predikat
Ayat tidak sempurna atau tergantung tanpa kedua-dua konstituen itu. Bagi ayat
yang terdiri daripada satu perkataan, dipanggil ayat minimal, sebenarnya
ayat jenis itu mempunyai konstituen berkenaan, tetapi mengalami
pengguguran unsur tertentu, dan difahami maksudnya.

(b) Mempunyai makna yang lengkap


Makna yang lengkap wujud apabila konstituen yang diperlukan dalam binaan
ayat dipenuhi. Antaranya, ayat memerlukan subjek dan predikat. Ayat yang
tiada subjek, umpamanya, seperti dalam klausa terikat, belum menjadi ayat
kerana tidak lengkap.

(c) Diucapkan dengan intonasi yang sempurna


Ayat diucapkan mengikut nada tertentu, yang sesuai dengan jenis dan
susunannya. Sebelum pengucapan tamat, nada dalam bentuk menurun.1

(d) Pengucapan dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.


Sebelum mengucapkan sesuatu ayat, kita senyap. Apabila ayat itu habis
1 – http://dermagabmk1.blogspot.com

diungkapkan, kita juga akan senyap juga sebentar, sebelum memulakan


sebutan ayat lain. Dalam penulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan
diakhiri dengan noktah.

3. BINAAN AYAT
 Ayat boleh terdiri daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang terbentuk daripada gabungan klausa.

1
Abdullah Hassan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1986:180):
Cet. 6.
 Menurut Chomsky (1967), ayat terdiri daripada rentetan kata yang diterbitkan
melalui rumus-rumus nahu yang tertentu.2
 Sesuatu ayat yang lengkap terdiri daripada dua konstituen (unsur), iaitu subjek
dan predikat.

(a) Subjek
(i) Pengertian
 Subjek ialah perkataan atau perkataan-perkataan yang menjadi judul
atau unsur yang diterangkan dalam sesuatu ayat,3 atau pokok
perbicaraan.4

(ii) Pengisi subjek


 Frasa nama sebagai subjek.

Subjek
Predikat
(Frasa nama)
 Kakak baru pulang.
 Anak kucing itu sungguh cantik.
 Kantin sekolah di tepi pagar belakang.

 Frasa kerja dan frasa sebagai subjek5

Subjek
Predikat
(Frasa kerja)
 Berbasikal menguatkan otot.
 Membantu anak yatim amalan mulia.
 Melukis kartun kegemaran adik saya.

 Frasa adjektif sebagai subjek6

Subjek
Predikat
(Frasa adjektif)
2 – http://dermagabmk1.blogspot.com

 Jelita idaman banyak wanita.


 Putih melambangkan kesucian.
 Kuning lambang kedaulatan raja.

2
Abdullah Hassan. (1986:180)
3
Nik Safiah Karim, et al. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:342)
4
Asmah Hj. Omar. Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Baru). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka (1986:360)
5
Ahmad Khair Mohd Nor, et al. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
(2012:261-262)
6
Ahmad Khair Mohd Nor, et al. (2012:261-262)
(b) Predikat
(i) Pengertian
 Predikat ialah perkataan atau kumpulan perkataan yang tergolong
dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek7, atau
unsur ayat yang membawa cerita tentang subjek.8

(ii) Pengisi predikat


Unsur predikat ayat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif, atau frasa sendi nama.

 Frasa nama sebagai predikat

Predikat
Subjek
(Frasa nama)
 Affendi peniaga.
 Budak itu anak orang miskin.
 Rumah besar ini warisan bapa kami.

 Frasa kerja sebagai predikat

Predikat
Subjek
(Frasa kerja)
 Mereka bersembang.
 Pak Kadir berkain pelikat.
 Beberapa ekor kambing memasuki kawasan rumahnya.

 Frasa adjektif sebagai predikat

Predikat
Subjek
(Frasa adjektif)
 Pagar itu tinggi.
 Kehidupan keluarganya amat jerih.
3 – http://dermagabmk1.blogspot.com

 Perlawanan bola sepak itu sungguh sengit sekali.

 Frasa sendi nama sebagai predikat

Predikat
Subjek
(Frasa sendi nama)
 Botnya di jeti.
 Bungkusan tadi daripada seorang wanita.
 Adik bongsu Jariah dalam keadaan parah.

7
Nik Safiah Karim, et al (2008:342)
8
Asmah Hj. Omar (1986:360)
4. POLA AYAT DASAR

(a) Pengertian
 Pola ayat dasar ialah rangka yang menjadi dasar kepada sesuatu ayat.9
 Daripada pola dasar itu terbit ayat-ayat lain.

(b) Jenis pola ayat dasar


 Jenis pola ayat dibuat dengan berdasarkan unsur yang hadir dalam
konstituen subjek dan predikat ayat.
 Pengisi konstituen predikat itu merupakan penentu jenis pola tersebut:

POLA 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


POLA 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
POLA 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
POLA 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

Pola Subjek Predikat


Pola  Zahid guru.
1  Pak Cik Basri tukang kebun sekolah.
(FN + FN)  Orang berbaju biru itu bapa saudaranya.
Pola  Ayam berkokok.
2  Padi huma sedang menguning.
(FN + FK)  Dua orang penjahat sudah ditangkap polis.
Pola  Pejabatnya besar.
3  Kerusi rotan itu sungguh cantik.
(FN + FK)  Anak Tuan Haji Derani baik-baik orangnya.
Pola  Bukunya di atas meja.
4  Pelancong itu dari Korea Selatan.
(FN + FS)  Timbalan Perdana Menteri ke Tokyo dua hari lalu.
4 – http://dermagabmk1.blogspot.com

9
Nik Safiah Karim, et al (2008:437)

You might also like