You are on page 1of 8

MODUL EDARAN

BAHASA MELAYU KLASIK


(DISEDIAKAN OLEH: RAMADZAN DAN HAZIM)
KELAS:6SS5

NAMA:___________________________________

KELAS:____________________

1
KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK
•Bahasa Melayu klasik merujuk kepada bahasa Melayu yang
digunakan pada batu-batu bersurat, surat-surat yang ditulis oleh
raja-raja melayu, dan hasil karya kesusasteraan dan keagamaan
yang bertarikh pada abad ke-14 sehingga pada abad ke-20.

•Permulaan bahasa Melayu klasik ditandai oleh penemuan prasasti


Kuala Berang (1303-1397 Masihi).

•Perkembangan bahasa Melayu klasik banyak berkait rapat dengan


perkembangan pengaruh Arab yang mula mendominasi kebudayaan di
alam Melayu.

•Bahasa Melayu klasik berkembang seiring dengan perkembangan


agama Islam di rantau ini sehinggakan Syed Muhammad Naquib Al-
Attas(1972:42-43)menganggap bahawa pada era inilah zaman
kewujudan sebenar bahasa Melayu.

•Bahasa Melayu klasik pada zaman awal kemunculannya dianggap


berada pada zaman peralihan (Ismail Hussein, 1992:26-27).

CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

2
•Bahasa Melayu klasik berbeza daripada ciri bahasa Melayu kuno
kerana telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang ketara.

TULISAN

•Bahasa Melayu klasik menggunakan tulisan Jawi, iaitu bentuk


abjad yang diadaptasi daripada bahasa Arab.

•Penggunaan tulisan ini dianggap sebagai pemisahan daripada


bahasa Melayu kuno dan merupakan suatu tamadun dalam
perkembangan bahasa Melayu.

•Batu bersurat Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu


merupakan bukti pertama tulisan Jawi digunakan dalam bahasa
Melayu(Ismail Hussein, 1992:28).

•Selain yang diambil daripada bahasa Arab,terdapat lima huruf lain


yang tiada dalam tulisan dan pengucapan bahasa Arab, yang
dicipta untuk mengucapkan bunyi yang ada dalam Melayu, iaitu
‫(چ‬ca), ‫(ڠ‬nga),‫(ڨ‬pa),‫(ݢ‬ga), dan ‫(ڽ‬nya).

KOSA KATA

•Banyak perkataan Arab digunakan, kesan dariapda pengaruh


bahasa Arab. Pada batu bersurat Minye Tujoh (1380Masihi), terdapat
perkataan hijrat,nabi,haji,imam,rahmat Allah,Ilahi,Rabbi,dan sebagainya.

•Masih terdapat campur aduk dengan bahasa Sanskrit. Batu bersurat


Minye Tujoh masih menggunakan perkataan Sanskrit, antaranya
prasida,swarga,samuha,marda,sawarsa, dan lain-lain lagi.

•Penggunaan kata pangkal ayat atau kata perdu ayat, yang


merupakan bentuk stereotaip yang terdapat dengan meluasnya dalam
manuskrip Melayu klasik, seperti Alkisah, Hatta, Arakian, Tatkala, Maka,
Sebermula, Sekali peristiwa, dan sebagainya.

•Penggunaan katabahasa istana, iaitu penggunaan kata yang khusus


untuk kerabat diraja, seperti dalam manuskripMelayu klasik yang
lazimnya bertemakan kehidupan di istana.
•beradu=tidur
•bersiram =mandi

3
•gering=sakit
•putera=anak(lelaki)
•santap=makan

TATABAHASA

a) IMBUHAN
•Penggunaan awalan ber-menggantikan mar-, seperti berlepas
menggantikan marlapas.
•Penggunaan awalan pasif diper-menggantikan nipar-,
seperti diperbuat menggantikan niparwuat .

b) BINAAN AYAT
•Pengaruh struktur ayat Arab sangat ketara, iaitu penggunaan ayat
majmuk. Ayatnya menggabungkan beberapa ayat tunggal
menggunakan kata hubung dan, atau penggunaan tanda koma
atau koma bernoktah.

•Maka segala anak menteri China itu disuruh diam di


bukit,di luar kota;maka disebut orang bukit itu ‘Bukit
China’ datang sekarang, dancucu orang itulah yang
dinamai biduanda China.
•Adapun ini suatu riwayat diceriterakan oleh yang
empunya ceritera; ada sebuah negeri,Indera Pura
namanya;air sungainya tohor, lagi dengan rantau
pasir sepanjangnya,dalam sungai itu terlalu banyak
pulau,dalamnya airnya tawar sampai ke kuala.

•Kerap menggunakan ayat pasif, iaitu ayat yang mengutamakan


objek asal.

4
•Maka Maharaja Dewa Sura pun dibawa oranglah pada
Seri Bija Diraja, maka lalu dibawa nya hilir,
dipersembahkannya kepada Bendahara Paduka Raja.
•Adapun akan Maharaja Dewa Sura itu diserahkan
oleh Sultan Mansur Syah kepada Bendahara Paduka
Raja juga.

•Menggunakan ayat songsang, iaitu dengan mengedepankan


bahagian predikat ayat.

•Setelah datang ke bawah tangga istana itu, maka Hang


Tuah pun menyeru Hang Jebat, disuruhnya turun.
•Hatta tidak berapa lamanya, maka dengan takdir
Allah Taalamahligai itu pun terbakarlah.

BAHAN BUKT

 Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14


hingga akhir abad ke-18 Masihi.

 Bukti penggunaan bahasa Melayu klasik dapat dilihat pada batu


bersurat,batu nisan,hukum kanun,surat awal,dan naskhah
sastera klasik.

Batu bersurat

 Terdapat 3 batu bersurat yang dapat dijadikan bukti penggunaan


bahasa Melayu klasik iaitu batu bersurat Pagar Ruyung,batu
bersurat Minye Tujuh,batu bersurat Terengganu.

 Batu bersurat ini tertulis dengan huruf India.

 Tulisannya mengandungi sedikit prosa bahasa Melayu kuno dan


beberapa sajak Sanskrit.

Batu nisan

 Malik al-Salleh merupakan Sultan Pasai dan Semudra yang mula-


mula memeluk Islam dan meninggal pada tahun 1297.

5
 Batu ini menjadikan bukti bahawa pada abad ke-13 terdapat
sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Melayu.

Hukum kanun

 Terdapat 2 hukum kanun iaitu:


1. Hukum kanun Melaka
2. Hukum kanun Pahang

 Hukum kanun Melaka merupakan peraturan yang bertulis untuk


melindungi kerajaan,rakyat,dan negeri Melaka.

 Hukum kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional


yang tertua di negara ini.

 Hukum kanun Pahang digubal semasa pemerintahan Sultan


Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah.

 Hukum kanun Pahang merupakan hukum kanun tertua selepas


undang-undang Melaka.

Surat awal

 Berdasarkan catatan Shellabear(1898),terdapat beberapa pucuk


surat yang tersimpan di British Muzium
 Surat-surat tersebut ditulis dalam bahasa melayu dengan
menggunakan tulisan jawi
 Surat yang tertua ditemukan ialah surat yang dikirimkan oleh Raja
Tidore.

Naskhah Sastera Klasik

1. Sejarah Melayu
 Naskhah ini ditulis oleh Tun Sri Lanang

6
 Kandungannya adalah mengenai keturunan raja-raja
Melayu,adat istiadat,dan peristiwa bersejarah yang
berkaitan dengan permulaan, perkembangan,dan kejatuhan
kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 .

2. Misa Melayu
 Misa Melayu ditulis oleh Raja Chulan Ibni Raja Abdul
Hamid yang dikenali sebagai Raja Chulan.

 Kandungannya adalah tentang sejarah raja-raja yang


memerintah negeri Perak.

 Ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dengan menggunakan


tulisan jawi.

3. Hikayat Hang Tuah


 Dihasilkan pada zaman kesultanan Melaka antara tahun
1641 hingga 1736.

 Ditulis dalam bentuk prosa,pantun,peribahasa serta


dilengkapi dengan glosari,rujukan,dan peta.

 Manuskrip asal Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah


Warisan Dunia 2001 yang mendapat mengiktirafan UNSECO
dalam program Memory of the World.

Fungsi Bahasa Melayu Klasik

1. Lingua Franca
 Bahasa Melayu klasik berfungsi sebagai lingua franca
atau alat perhubungan dalam kalangan masyarakat di
rantau
 Bahasa ini juga digunakan selain orang bukan melayu
misalnya orang Cina,India,Arab,dan Sepanyol supaya
dapat menjalankan aktiviti perniagaan.

2. Bahasa pentadbiran
 Bahasa Melayu (klasik) menjadi bahasa pentadbiran
kerajaan atau bahasa pemerintahan beberapa buah
kerajaan di rantau.

7
 Digunakan untuk tujuan surat-menyurat dalam kalangan
kerajaan.

3. Bahasa Ilmu
 Bahasa Melayu menjadi alat untuk menyampaikan Ilmu
pengetahuan terutama tentang ilmu keagamaan.

 Kebanyakan ulama di Asia Tenggara mempelajari ilmu


keagamaan vdi Makkah dan Madinah menyampaikan imu
tersebut dalam Bahasa Melayu.Golongan ini telah menulis
pelbagai kitab agama dalam Bahasa Melayu antaranya Siar
Al-Asalikin dan Gidayat Al-Salikin.

4. Bahasa Undang-undang
 Bahasa Melayu klasik juga digunakan untuk menggubal
undang-undang di negeri-negeri Melayu
 Antara undang-undang yang ditulis dalam bahasa Melayu
klasik,ialah Hukum kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka,dan Hukum kanun Pahang.

5. Bahasa persuratan
 Bahasa Melayu klasik turut digunakan dalam penghasilan
karya sastera Melayu klasik.
 Banyak cerita rakyat yang di hasilkan antaranya:
I. Cerita jenaka – Pak Pandir,Lebai Malang
II. Cerita binatang – Sang Kancil
III. Cerita teladan – Si Tanggang
IV. Cerita lipur lara - Hikayat Malim Demam

You might also like