You are on page 1of 3

PERTANDINGAN

SEMPENA KARNIVAL BULAN KEMERDEKAAN


DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI
KEDAH 2021

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN MEJA BERHIAS


SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH

1
PERATURAN DAN GARIS
PANDUAN PERATURAN
DAN GARIS PANDUAN

1.0 PENGENALAN
2021 menyaksikan Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan yang ke
64. Walaupun dalam keadaan Pandemik, tetapi semangat patriotik dan cintakan
negara dalam kalangan pelajar perlu diperkasakan.
Oleh itu aktiviti yang sesuai dalam tempoh pandemik ini telah dirangka supaya
pelajar dapat menzahirkan kemahiran mereka dan berkongsi idea dengan sekolah
lain bagi memantapkan rasa cinta kepada negara.

2.0 TUJUAN
2.1 Menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan
murid.
2.2 Menimbulkan kesedaran murid bahawa sambutan kemerdekaan di Malaysia
masih boleh disambut dalam keadaan pandemik
2.3 Membantu murid sekolah-sekolah negeri Kedah untuk mendapatkan
penghargaan dan penglibatan di peringkat negeri.

3.0 KELAYAKAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6.
3.2 Setiap sekolah hanya perlu menghantar 10 penyertaan sahaja.

4.0 HADIAH
4.1 Hadiah dan sijil pencapaian akan diberikan kepada pemenang tempat
pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima.
4.2 Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

5.0 PERATURAN PERTANDINGAN ‘


5.1 Bahan utama dalam penyediaan meja berhias ialah meja belajar di rumah.
5.2 Peserta boleh menghias meja belajar mengikut kreativiti masing-masing
dengan syarat mengikut tema iaitu KEMERDEKAAN.
5.3 Semua bahan hiasan disediakan oleh peserta sendiri.
5.4 Pemarkahan adalah berdasarkan kepada kebersihan, keceriaan dan kreativiti
menghias meja belajar masing-masing.

2
5.5 Peserta hanya perlu menghantar 1 keping gambar meja berhias kepada link
yang telah diberi.

5.6 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang


melibatkan penghantaran gambar yang tidak lengkap atau tidak dapat dibuka.
5.7 Gambar yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dinilai
5.8 Keputusan pihak juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dipertimbangkan.

6.0 PENGHAKIMAN

6.1 Kriteria penghakiman adalah seperti berikut :

Bil Kriteria Pemarkahan ( peratus )


1 Kebersihan 30
2 Keceriaan 30
3 Kreativiti 40
4 Jumlah 100

You might also like