You are on page 1of 7

SYARAT PERTANDINGAN

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022


PERINGKAT NEGERI JOHOR

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

1. Terbuka kepada semua pemimpin dan ahli Pandu Puteri Kelip-kelip, Tunas, Remaja,
Renjer serta Klover berdaftar.

2. Pertandingan ini dijalankan secara individu dan kumpulan di tempat pertandingan.

3. Semua pemimpin dan ahli Pandu Puteri Tunas, Remaja, Renjer dan Klover perlu
mengisi borang pendaftaran untuk menyertai pertandingan dalam google form yang
diberikan dalam talian di aplikasi telegram dan Whatsapp PPP Negeri Johor. (hanya
murid yang mendaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia sahaja layak
menyertai pertandingan)

4. Tarikh tutup pendaftaran pada 8 September 2022 (Khamis)

5. Pertandingan di peringkat daerah perlu diadakan pada 28 Ogos hingga 1 September


2022. Manakala, pertandingan peringkat negeri akan diadakan pada 14 September
2022.

6. Peserta perlu memakai uniform Pandu Puteri semasa pertandingan.

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAERAH SEGAMAT 1


HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022

SYARAT PERTANDINGAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI PANDU PUTERI KELIP-KELIP

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM


1.0 Peserta
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli berdaftar Pandu Puteri Kelip-kelip
lelaki dan perempuan dan mempunyai nombor ID.
1.2 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.

2.0 Syarat-syarat Pertandingan


2.1 Pakaian mestilah menggunakan semua warna yang ada pada bendera Malaysia.
2.2 Peserta tidak dibenarkan menggunakan bendera Malaysia sebagai pakaian.
2.3 Peserta diberi masa 2 hingga 3 minit untuk memperagakan pakaian masing-
masing.
2.4 Penggunaan instrumen dan lain-lain bahan bantu persembahan dibenarkan.

3.0 Tema - Keluarga Malaysia : Teguh Bersama

4.0 Keputusan Hakim pertandingan adalah muktamad.

Syarat Pertandingan Hari Kebangsaan 2022


2
HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022

SYARAT PERTANDINGAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI PANDU PUTERI TUNAS

SYARAT UMUM PESERTA

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli berdaftar Pandu Puteri Tunas dan
mempunyai nombor ID.
1.2 Umur 9 – 12 tahun.
1.3 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.
1.4 Pakaian uniform Pandu Puteri Tunas yang lengkap.
1.5 Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK ( INDIVIDU )


1.0 Syarat-syarat Pertandingan
1.1 Peserta perlu mendeklamasikan sebuah sajak rekaan sendiri atau hasil penulis lain.
1.2 Peserta diberi masa 3-5 minit mendeklamasikan sajak. Selepas 5 minit markah tidak
diberikan.
1.3 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.
1.4 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

2.0 Tema - Keluarga Malaysia : Teguh Bersama

3.0 Peraturan Pemarkahan


3.1 Peserta hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
3.2 Peserta akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi, bahasa yang jelas, penyampaian
dan persembahan.
3.3 Menyanyi, berdialog, berpantun atau bersyair dibenarkan.
3.4 Peserta WAJIB memberikan salam dan kata alu-aluan sebelum memulakan sajak.

PERTANDINGAN KOLAJ KELUARGA MALAYSIA (KUMPULAN)


1.0 Syarat-syarat Pertandingan
1.1 Peserta bebas menentukan karya berdasarkan tema.
1.2 Peserta perlulah menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan karya.
1.3 Saiz kolaj adalah 1 x 1 meter akan disediakan oleh pengelola.

Syarat Pertandingan Hari Kebangsaan 2022


3
HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022

1.4 Peserta diberi masa 1 jam untuk menyiapkan karya.


1.5 Bilangan peserta adalah maksimum 4 orang sahaja.

2.0 Tema - Keluarga Malaysia : Teguh Bersama


3.0 Peraturan Pemarkahan
3.1 Markah berdasarkan ketepatan tema dan syarat pertandingan.
3.2 Nilai estetika, kerjasama dan elemen bahan terpakai adalah item utama penilaian.
SYARAT PERTANDINGAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI PANDU PUTERI REMAJA

SYARAT UMUM PESERTA

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli berdaftar Pandu Puteri Remaja dan
mempunyai nombor id.
1.2 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.
1.3 Pakaian uniform Pandu Puteri Remaja yang lengkap.
1.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN DI0RAMA ( INDIVIDU )


1.0 Syarat-syarat Pertandingan
1.1 Peserta perlu menghasilkan sebuah idea diorama bersaiz 25cm x 30 cm.
1.2 Peserta diberi masa 1 jam untuk menyiapkan karya.
1.3 Peserta bebas menggunakan bahan tetapi mengekalkan konsep kitar semula.
1.4 Peserta dibenarkan membuat persiapan awal pentas diorama sebelum pertandingan.

2.0 Tema - Keluarga Malaysia : Teguh Bersama

3.0 Peraturan Pemarkahan


3.1 Karya peserta adalah asli rekaan dan hasil tangan sendiri.
3.2 Menepati tema dan menggunakan bahan yang sesuai.
3.3 Tidak menggunakan elemen atau simbol negatif dan sensitif bangsa dan agama.

PERTANDINGAN SUARA KELUARGA MALAYSIA ( KUMPULAN )


1.0 Syarat-syarat Pertandingan
1.1 Peserta perlu mendendangkan sebuah karya berbentuk nyanyian berkumpulan.
1.2 Peserta diberi masa 3 – 8 minit untuk membuat persembahan.
1.3 Pilihan lagu mestilah mengikut tema, tidak menyentuh sensitiviti dan umum.
1.4 Bilangan peserta adalah antara 8 – 10 orang.

Syarat Pertandingan Hari Kebangsaan 2022


4
HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022

3.0 Tema - Keluarga Malaysia : Teguh Bersama

2.0 Peraturan Pemarkahan


2.1 Pilihan lagu bertepatan dan sesuai.
2.2 Nyanyian harmoni dan gramatis.
2.3 Tidak menggunakan elemen atau simbol negatif dan sensitif bangsa, agama dan kaum.

SYARAT PERTANDINGAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI PANDU PUTERI RENJER

SYARAT UMUM PESERTA

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli berdaftar Pandu Puteri Renjer dan
mempunyai nombor ID.
1.2 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.
1.3 Pakaian uniform Pandu Puteri Renjer yang lengkap.
1.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO ( INDIVIDU )


1.0 Syarat-syarat Pertandingan
1.1 Peserta perlu menyanyikan sebuah lagu Melayu asli yang bersesuaian dengan tema.
1.2 Peserta diberi masa 3-7 minit untuk persembahan.
1.3 Peserta bebas menggunakan minus one atau peralatan muzik sendiri.

2.0 Tema - Patriotik, Hari Kebangsaaan dan Kemerdekaan serta kekeluargaan.

3.0 Peraturan Pemarkahan


3.1 Nyanyian harmoni dan gramatis.
3.2 Menepati syarat dan tema yang sesuai.
3.3 Tidak menggunakan elemen atau simbol negatif serta tidak mempunyai unsur sensitif
bangsa dan agama.

PERTANDINGAN SAYANGI DAKU (KUMPULAN)


1.0 Syarat-syarat Pertandingan
1.1 Peserta perlu menyediakan satu gubahan/ cenderamata yang menggunakan bahan
terpakai.
1.2 Saiz karya maksima adalah 20 cm x 30 cm.
1.3 Peserta diberi masa 1 jam untuk menghasilkan karya.

Syarat Pertandingan Hari Kebangsaan 2022


5
HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022

1.4 Peserta dibenarkan melakukan kerja awal seperti membersih dan memotong bahan
sahaja.
1.5 Ahli kumpulan dua hingga empat orang sahaja.

2.0 Tema - Keluarga Malaysia : Teguh bersama.

3.0 Peraturan Pemarkahan


3.1 Hasil karya adalah hasil tangan ahli kumpulan.
3.2 Menepati syarat dan tema yang sesuai.
3.3 Tidak menggunakan elemen atau simbol negatif serta tidak mempunyai unsur
sensitif bangsa dan agama.

SYARAT PERTANDINGAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI PANDU PUTERI PEMIMPIN

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK ( INDIVIDU )

SYARAT UMUM PESERTA

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua Pemimpin Pandu Puteri yang berdaftar dan
mempunyai Nombor ID.
1.2 Penyertaan daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.
1.3 Pakaian uniform Pandu Puteri Klover dan pemimpin yang lengkap.
1.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

2.0 Syarat-syarat Pertandingan


2.1 Peserta perlu membawa sebiji kek berat 500 gram beserta perlatan dan bahan untuk
menghias kek.
2.2 Saiz kek adalah 10 cm x 10 cm sahaja.
2.3 Peserta diberi masa 1 jam untuk menghasilkan karya.
2.4 Peserta dibenarkan melakukan kerja awal seperti menyiapkan kek dan membuat aising
kek.
2.5 Keseluruhan menghias kek perlu dilaksanakan di tempat pertandingan.
.

3.0 Tema - Keluarga Malaysia : Teguh bersama.

4.0 Peraturan Pemarkahan


3.1 Hasil karya adalah hasil tangan sendiri.
3.2 Menepati syarat dan tema yang sesuai.

Syarat Pertandingan Hari Kebangsaan 2022


6
HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022

3.3 Tidak menggunakan elemen atau simbol negatif serta tidak mempunyai unsur sensitif
bangsa dan agama.

Syarat Pertandingan Hari Kebangsaan 2022


7

You might also like