You are on page 1of 2

Konsep dan maksud Morfologi:

Secara umumnya, setiap struktur terbina daripada unsur-unsur yang lebih


kecil. Struktur bahasa juga mempunyai unsurnya yang dicantum agar menjadi
satu perkatan. Kajian struktur perkataan dipanggil Morfologi. Terdapat dua unsur
yang terlibat dalam membina perkataan iaitu morfem dan kata.
Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan
fungsi bahasa, Antara unsur-unsur bahasa seperti ber-,ter-,ke-,me-,-nya,-kah,
-lah,-pun,-an tidak boleh diperkecilkan lagi namun mempunyai fungsi seandainya
digabungkan dengan perkataan lain seperti bertanya dan juga memanfaatkan.
Oleh yang demikian, unsur-unsur di atas merupakan morfem.
Namun unsur-unsur yang lain seperti rumah, kereta, pokok, udara, jalan
dan duduk tidak boleh diperkecilkan lagi kerana ianya tidak akan memberi
makna. Jika kata itu tidak boleh diperkecilkan lagi dan akan menjadi tidak
bermakna maka perkataan itu juga adalah unit yang terkecil iaitu morfem. Kata
juga merupakan unsur morfologi yang digunakan untuk membentuk perkataan
lain.
Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya
dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang
tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan
dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah
bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini
telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad
ke-20.

Menurut Tatabahasa Dewan, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang


mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan
struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)
yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Dalam buku Bahasa Melyu I, Edisi kedua yang ditulis oleh Siti Hajar
Abdul Aziz, morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan
adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan
bentuk kata. Dengan kata lain, morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan
fungsi gramatikal atau makna yang dikibatkan oleh perubahan bentuk kata itu.
Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu perkataan sakit dapat menerbitkan
pelbagai perkataan lain seperti “pesakit”, “kesakitan”, “penyakit”, “disakiti”, “sakit-
sakit” dan “menyakitkan”. Setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang
berbeza akibat penggabungan morfem. Perbezaan itu wujud apabila terdapat
perubahan pada bentuk kata akar atau kata dasar. Contoh ini menunjukkan
bahawa bidang yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata.

Mengikut pandangan Abdullah Hassan (Morfologi, 2006), morfologi


merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Manakala,
menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First
Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan
suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan
“morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa
maksud bentuk.

Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang
linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan
terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk
perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005:
117).

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (Kajian Bahasa untuk Pelatih
Maktab Perguruan,1985) telah menerangkan bahawa morfologi ialah bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan cara pembentukannya.

Kesemua ini boleh dirumuskan bahawa ilmu morfologi ini merupakan


bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan
kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam
proses pembentukan kata.

You might also like