You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)


KALI-1/2019
SK SUNGAI TIANG DARAT

Tarikh : 16 Januari 2018


Tempat : Bilik Gerakan SK Sungai Tiang Darat
Masa : 2.30 – 4.00 ptg

Kehadiran :

1- PN.SITI NORHAWATI BT RAMLI (GURU BESAR)


2- EN. MOHD IQBAL B ZAKARIA ( PK PENTADBIRAN )
3- EN. SYAHRIL IZUAN B MOHD SAID (PK HEM)
4- EN. SHAIFOL NIZAM B MOHAMED NASIR (PK KOKURIKULUM)
5- PN. SITI NOR ASHIKIN BT SAJULI ( GURU DATA )
6- PN .NORASHIKIN BT MHD BANI (SU KURIKULUM/ KAUNSELING )
7- PN. HAFIZAH BT HAMZAH (SU HEM)
8- CIK NORSIAH BT ABDUL SAMAD ( SU KOKURIKULUM )
9- EN. AHMAD NAJIB B SAFAR ( KP B.ARAB )
10- EN. FAHRUL AZWAN B SAHARUDIN ( PENYELARAS BESTARI/ICT )
11- PN. NORHAYATI BT ABDUL GHAN I( GURU MEDIA )
12- PN. ZAINON BT NORDI (SUKECEMERLANGAN )
13- PN.NORAINI BT SALLEH (GURU ASET / KP )
14- PN. NAZIRAH BT KHILIDIN (GURU PRA-SEKOLAH)
15- EN. FIRDAUS B MOHD KHIR ( GURU SAINS)
16- EN. SHARIFUDDIN B AHMAD (GURU PEMULIHAN)
17- EN. SHAMSUL AZWAN B HARUN (PENYELARAS LINUS)
18- PN. NURUL FATIN B YEOP AHMAD (GURU SPBT)

AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN PENGERUSI
2. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT 2018
3. HAL-HAL BERBANGKIT
4. LAPORAN E-OPERASI
5. LAPORAN APDM
6. LAPORAN EMIS
7. HAL-HAL LAIN
1.0 Kata Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali pertama tahun 2019.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawas Sistem Pengurusan Maklumat Sekolah kini
terdiri daripada tiga modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM
dan E-Operasi. Segala maklumat lanjut akan diterangkan oleh Guru Data sekolah
Guru Penyelaras Bestari.
1.4 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu
dalam Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.

Makluman

2.0 Pembentukan JPMS bagi tahun 2019

2.1 Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah yang dikeluarkan


menerangkan tugas yang perlu dilaksanakan oleh semua ahli JPMS secara
terperinci mengikut standard yang telah digariskan. SOP SPS versi 2.1 ini
merupakan panduan utama pengurusan data sekolah.
2.5 Guru data memaparkan Struktur Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
SMK Impian Emas bagi sesi 2018. (Rujuk Lampiran 1).
2.6 Carta alir proses kerja pengurusan data peringkat sekolah dimaklumkan kepada
semua ahli JPMS

Makluman

2.2 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan


Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah.

2.2.1 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:

 Modul Pengurusan Sekolah (Emis)


 Modul Pengurusan Guru (E-operasi)
 Modul Pengurusan Murid (APDM)

2.2.2 Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di


https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php.
2.2.3 Tujuan SPS diwujudkan adalah bagi mengelakkan kemasukan data
berulang pada masa akan datang.
2.2.4 Mesyuarat JPMS akan diadakan 4 kali setahun.

Makluman

2.2.5 Bidang tugas Guru Besar:


2.2.5.1Bertanggungjawab terhadap keesahan dan
kebolehpercayaan data dan maklumat sekolah, guru, staf dan
murid.
2.2.5.2Memastikan semua penolong kanan melaksanakan
pengoperasian data dan maklumat dalam SPS.
2.2.5.3Mempengerusikan JPMS
2.2.5.4Mengesahkan Laporan Pengesahan Sekolah sebelum
dihantar ke PPD.

Tindakan: Guru Besar

2.2.6 Bidang tugas Penolong Kanan Pentadbiran.

2.2.6.1Bertanggungjawab terhadap Modul Pengurusan Sekolah,


Modul Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan Murid.
2.2.6.2Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data
sekolah, guru dan murid.
2.2.6.3Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir
dalam pelaksanaan Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan
Guru dan Pengurusan Murid.
2.2.6.4Bertanggungjawab mengurus dan mengemaskini SPLG,
SKPMg2 dan SPkw5
2.2.6.5Berperanan sebagai Pentadbir Modul.
2.2.6.6Menyemak laporan pengesahan sekolah sebelum disahkan
oleh Pengetua.

Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran

2.2.7 Bidang tugas Penolong Kanan Kurikulum


2.2.7.1Bertanggungjawab terhadap Sub-modul SPS khasnya Modul
Pengurusan Guru (E-operasi)

Tindakan: Penolong Kanan Kurikulum

2.2.8 Bidang Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


2.2.8.1Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya Modul
Pengurusan Murid (APDM) seperti KWAPM dan kehadiran
harian murid.
2.2.8.2Bertanggungjawab melaporkan sistem keselamatan sekolah,
penarafan tandas sekurang-kurangnya dua kali setahun pada
bulan Jun dan Oktober.
2.2.8.3Menendalikan program berkaitan SSDM 2.0 dan SARANA
Tindakan: Penolong HEM

2.2.9 Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum


2.2.9.1Bertanggungjawab terhadap data berkaitan intrumen bancian
Kemudahan Prasana dan Program Sukan Sekolah (i-Keps)
melalui Modul Pengurusan Sekolah (EMIS).
2.2.9.2Mengurus dan mengemaskini PAJSK untuk murid tahun 6

Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

2.2.10 Bidang tugas Guru Data merangkap Setiausaha JPMS.


2.2.10.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya
Modul Pengurusan Sekolah. (EMIS)
2.2.10.2 Membantu mengumpul input data, memproses,
menyimpan, mencetak dan menghantar maklumat mengikut
kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan
data/modul SPS.
2.2.10.3 Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS
kepada JPMS.
2.2.10.4 Menjadi Setiausaha kepada JPMS.
2.2.10.5 Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data
sekolah.
2.2.10.6 Mematuhi aktiviti pengisian data/modul SPS mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN.
2.2.10.7 Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan
pengurusan data dan maklumat dalam SPS.

Tindakan: Guru Data

2.2.11 Bidang tugas Guru Kelas.


2.2.11.1 Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada
di dalam kelasnya dari semasa ke semasa jika berlaku
sebarang perubahan atau pertambahan maklumat melalui
Modul Pengurusan Murid (APDM).
2.2.11.2 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan
kebolehpercayaan data dan maklumat murid di dalam
kelasnya.
2.2.11.3 Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama
dengan pembantu tadbir.

Tindakan: Guru Kelas


2.2.12 Bidang tugas Guru
2.2.12.1 Mengemaskini, menyemak dan mengesahkan Maklumat
Peribadi, Pasangan, Sejarah Perkhidmatan, Latihan/kursus,
Gaji dan elaun di dalam Modul Pengurusan Guru (e-operasi).
2.2.12.2 Menyemak dan mengesahkan Maklumat Perkhidmatan,
Maklumat Akademik dan Maklumat Ikhtisas di dalam Modul
Pengurusan Guru.

Tindakan: Semua Guru

2.2.13 Bidang tugas Pembantu Tadbir.


2.2.13.1 Melaksanakan pengisian kehadiran dan keberadaan guru di
dalam Modul Pengurusan Guru (e-operasi).
2.2.13.2 Melaksanakan pengisian kehadiran murid dalam Modul
Pengurusan Murid (APDM) sebelum jam 9.00 pagi.
2.2.13.3 Melaksanakan dan mengemaskini maklumat guru melalui
pengisian Hrmis
2.2.13.4 Mengemaskini kewangan sekolah melalui SPKWS

Tindakan: Pembantu Tadbir

3.0 Pembentangan Pelan Tindakan JPMS tahun 2018

3.1 Urusetia membentangkan Pelan Tindakan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat


Sekolah untuk Tahun 2018.

Makluman

4.0 Hal- hal lain.


4.1 GPK HEM menggesa agar guru kelas agar boleh mengemaskini maklumat
peribadi murid dalam Modul Pengurusan Murid sebelum akhir bulan ini sebagai
persediaan sekiranya data diperlukan untuk tujuan biasiswa .
4.2 Beliau juga memaklumkan guru kelas perlu mengemaskini maklumat bagi kes
pindah masuk dan keluar murid dalam Modul Pengurusan Murid dengan kadar
segara
Tindakan: Guru Kelas

4.3 GPK KURIKULUM juga menggesa agar semua guru dan anggota kumpulan
pelaksana sekolah boleh mengemaskini maklumat peribadi dan mengesahkan
maklumat dalam Modul Pengurusan Guru sebelun akhir bulan Januari.

Tindakan: Semua Guru


4.4 GPK HEM berharap agar Guru KWAPM dapat mengambil tindakan segera dalam
menguruskan hal-hal berkaitan bantuan KWAPM melalui Modul Pengurusan
Murid.

Tindakan: Guru KWAPM

4.5 Guru Data memaklumkan bagi kes lupa kata laluan, guru boleh menggunakan id
pengguna dan katalaluan Single Sign On (SSO) bagi segala urusan
dibincangkan. Rujuk Guru Data sekiranya bermasalah.

Tindakan: Semua Guru

5.0 Ucapan Penangguhan

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh, Disahkan Oleh,

_______________ _______________ ___________________


Siti Nor Ashikin bt Sajuli Natrah bt Hashim Siti Norhawati bt Ramli
Setiausaha JPMS PK Kurikulum Guru Besar

You might also like