You are on page 1of 17

Masyarakat Pelbagai Kaum: Trauma Dan Kebimbangan Terpendam Dalam Kalangan

Masyarakat Di Semenanjung Malaysia


Mohd Arsad Bin Johanis Ph.D
Amirul Ridzual BinAbu Bakar Ph.D
Nazarudin Zainun, Ph.D

Pusat Pengajian Pembangunan Insan Dan Teknokomunikasi


Universiti Malaysia Perlis

mohdarsad@unimap.edu.my
amirulridzuan@unimap.edu.my

ABSTRAK

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian etnik yang wujud sebelum negara ini memperoleh
kemerdekaan daripada penjajah British lagi. Tiga kaum terbesar di semenanjung tanah air iaitu
Melayu, Cina dan India telah melalui pelbagai proses dalam usaha bagi memastikan
kesejahteraan, perpaduan serta pemahaman kaum terus mekar dalam diri setiap warga negara.
Sepanjang tempoh tersebut pelbagai peristiwa telah berlaku yang menyebabkan berlakunya
ketegangan sehingga membawa kepada perbalahan antara kaum sehingga memaksa pihak
berkuasa campur tangan dalam mengatasi masalah ini. Peristiwa terbesar dan sehingga kini
masih diingati dan cuba diatasi melalui perpaduan yang ada ialah isu perbalahan kaum pada 13
May 1969 yang melibatkan dua bangsa utama iaitu Melayu dan Cina. Walaupun kisah ini telah
berlaku pada 49 tahun dahulu namun begitu kebimbangan, perasaan trauma dan ketegangan
antara kaum masih lagi wujud namun ianya secara terpendam. Hal ini bermaksud keadaan yang
ada adalah bersifat “aman dalam tegang” dan ia boleh meltup pada bila-bila masa sahaja. Hal ini
terbukti dengan berlakunya pelbagai isu dalam tempoh antara tiga bulan terakhir tahun 2018 ini.
Isu melibatkan kaum Melayu dan India yang berkisar daripada masalah salah faham berkenaan
kuil sehingga menyebabkan pergaduhan dan melibatkan kehilangan nyawa. Namun begitu
pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan negara ini bagi memastikan tidak berlakunya isu-
isu seperti ini lagi di masa hadapan. Artikal ini di tulis adalah bertujuan untuk memperlihatkan
suatu keadaan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta tidak dapat dinilai dengan
hitungan sendiri melainkan seseorang itu perlu terbuka dalam menerima dan seterusnya
memperbaiki diri sendiri dan perpaduan di negara ini tanpa sebarang diskriminasi.

Kata kunci : Perpaduan, Trauma dan Rakyat Malaysia.

1
PENDAHULUAN

Trauma boleh didefinisikan sebagai satu keadaan atau kesan akibat suatu isu atau krisis

yang melanda seseorang individu (Graya et al., 2010). Hal ini boleh ditunjukkan melalui

simptom seperti ketakutan, kebimbangan berpanjangan, sukar untuk tidur malam dan sentiasa

berada dalam keadaan berjaga-jaga (Grossman, 2012 dan Joseph, 2013). Kesemua simptom ini

melibatkan elemen-elemen utama dalam psikologi iaitu pemikiran, jiwa serata fisiologi

seseorang (Jaffe et al., 2005). Kesannya seseorang yang mengalami trauma ini berkemungkinan

besar akan mempunyai lebih banyak pemikiran bersifat negatif, jiwa yang tidak tenang dan gusar

serta tubuh badan yang mudah mengalami kelesuan akibat isu yang dihadapi (Hardiman &

Simmonds, 2013).

Diskriminasi kaum adalah satu perbuatan yang boleh memusnahkan keyakinan diri,

identiti, menghalang potensi, menjejaskan kesihatan mental dan seterusnya membawa kepada

masalah trauma terpendam ini (Anderson, 2013; Evans et al. 2015). Sebagai contoh, di Amerika,

diskriminasi serta ketidakadilan yang berlaku antara warga berkulit putih dan hitam acapkali

dilaporkan (Nadal et al., 2014; Shams, 2015). Secara totalnya pada tahun 2017, sebanyak 6,121

insiden jenayah kebencian dilaporkan melibatkan pelbagai faktor seperti agama, jantina, orientasi

seksual, kaum dan etnik. Laporan ini menunjukkan bahawa kebencian melibatkan kaum dan

etnik menguasai lebih 50 % daripada keseluruhan insiden yang berlaku. Ketengangan kaum

seperti ini amat membimbangkan kerana setiap kesalahan yang melibatkan warga kulit hitam

seringkali dengan ketidak adilan pihak berkuasa. Persekitaran negatif ini mempengaruhi protes

berleluasa dengan implikasi rusuhan berlaku, seteruskan mengugat keharmonian semasa.

2
Konklusinya, persekitaran menjadi tidak kondusif, jenayah bertambah dan ekonomi setempat

meleset.

Implikasi diskriminasi kaum boleh mengakibatkan trauma sepanjang hayat seperti

depresi, kemurungan dan pengurangan capaian sosio-ekonomi (Copeland et al. 2007). Keadaan

depresi dan kemurungan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami keadaan mental yang

tak sempurna yang menjerumus kepada kecederaan fizikal dan mental, malah boleh membawa

maut. Saban hari kita dikhabarkan berita tentang keganasan, kecederaan dan kematian di media

massa melibatkan orang yang mengalami keadaan trauma dan mental yang tidak sempurna.

Kesan psiko-patologi ini disebabkan oleh persekitaran trauma dalam hayat mereka. Kajian yang

dilakukan oleh Roberts et al. (2011) membincangkan perihal kepentingan pemahaman dalam

pencarian solusi bagi kes pasca-trauma diskriminasi kaum. Menurut beliau, pendekatan

intervensi dalam penyelesaian pasca-trauma yang melibatkan kesan emosi dan fizikal terganggu

adalah signifikan untuk mengelak trauma berlaku secara terpendam dan berpanjangan.

Secara saintifik, teras utama pasca-trauma adalah ketegangan berterusan, kesusahan, rasa

takut terhadap peristiwa trauma, perubahan mood dan kognisi, perasaan terancam berterusan,

tidur terganggu, dan kewaspadaan tinggi (Grossman, 2012 dan Joseph, 2013). Melalui kaedah

klinikal, pengawalan satu peristiwa trauma dapat dilakukan dengan memahami diagnosis,

kelaziman, kriteria neuro-biologi dan implikasi klinikal tentang keadaan trauma tersebut (Shalev

et al. 2017). Kajian yang dilakukan oleh Shalev et al. (2017) mengetengahkan kaedah klinikal

pemulihan pasca-trauma melalui tiga cara, iaitu epidemiologi, pemahaman dari segi biologi dan

rawatan. Melalui epidemiologi, prevalens dan kebarangkalian bersyarat kejadian trauma dapat

dikenal pasti. Melalui pendekatan neuro-biologi, sistem saraf berfungsi sebagai pemikir dan

mempunyai peranan penting dalam patofisiologi pasca-trauma termasuk ketakutan, pengesanan

3
ancaman, dan konteks pemprosesan. Melalui kaedah rawatan, pemberian ubat yang menindas

memori trauma dapat mengurangkan keadaan kemurungan dan depresi pesakit pasca-trauma

seterusnya memberikan kehidupan yang lebih sempurna kepada pesakit-pesakit pasca-trauma.

Selain itu, wujudnya pemikiran-pemikiran negatif adalah lebih merujuk kepada sifat

buruk sangka kepada suatu bangsa, dengki dengan kejayaan serta kelebihan bangsa lain, wujud

rasa tidak percaya yang tinggi dalam diri kepada bangsa lain dan bersikap buruk dalam bentuk

layanan atau tidak mengendahkan langsung akan keperluan bangsa lain (Anderson, 2013; Evans

et al. 2015). Menurut para pengkaji ini lagi, jiwa yang tidak tenang dan cenderung kepada

keadaan kebimbangan adalah bermaksud suatu keadaan yang terlalu berjaga-jaga, sangat sukar

untuk mempercayai bangsa tertentu, mudah menerima suatu berita walaupun khabar angin dan

lebih bersikap prajudis. Manakala yang terakhir kelesuan kepada fisiologi atau tubuh badan

adalah kesan yang diperoleh akibat daripada pemikiran serta jiwa yang sering terganggu akibat

daripada masalah yang dihadapi, sebagai contoh menjadi sangat takut sehingga mengakibatkan

diri menjadi lesu dan sukar untuk bekerja, tidak produktif dan mudah untuk mendapat sakit

(Anderson, 2013; Evans et al. 2015).

Apabila melihat kepada definisi dan kesan akibat trauma dalam perenggan sebelum ini,

rakyat Malaysia sangat terdedah dengan perkara ini. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini,

rakyat Malaysia sering disajikan dengan berita-berita panas yang membabitkan kaum-kaum

utama di negara ini. Hal ini sangat membimbangkan kerana ia melibatkan beberapa isu sensitif

bagi rakyat di negara ini seperti isu kewarganegaraan, isu agama serta isu perkauman. Hal-hal

seperti ini telah menyebabkan wujudnya rasa kebimbangan dalam kalangan rakyat di

semenanjung Malaysia khusunya kerana terdapat segelintir puak daripada kaum-kaum yang ada

4
di negara ini cuba membesar-besarkan isu yang ada sehingga boleh membawa kepada

pergaduhan.

Tidak dinafikan bahawa terdapat lebih ramai rakyat di negara ini yang menyokong akan

keamanan dan menolak sekeras-kerasnya perbalahan yang mungkin boleh berlaku, namun akibat

daripada provokasi, campur tangan politik serta kecetekan ilmu pengetahuan yang melibatkan

isu-isu penting di negara ini telah mengakibatkan wujudnya ketegangan antara kaum sama ada

melibatkan kaum Melayu dengan kaum Cina atau kaum Melayu dengan kaum India. Perbalahan

yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa ini sangat membimbangkan sehingga wujudnya

rasa trauma dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung. Kesan buruk yang boleh dilihat

sendiri oleh rakyat Malaysia telah berlaku di luar negara akibat daripada perbalahan antara kaum

telah menjadi penanda aras kepada rakyat Malaysia sendiri, kerana sekiranya tercetus

pergaduhan atau rusuhan maka pastinya kesannya adalah lebih kurang sama dengan apa yang

pernah dilihat sebelum ini.

Wujudnya rasa takut, bimbang serta membawa kepada isu trauma yang terpendalam

dalam kalangan masyarakat awam di semenanjung Malaysia adalah akibat daripada terdapatnya

sebahagian besar daripada kalangan masyarakat di Malaysia yang tidak mempunyai pengetahuan

serta kefahaman tentang isu melibatkan kaum, agama serta etnik di negara ini atau pun dengan

kata lain tidak memhami akan intipati serta kandungan yang terdapat dalam kontrak sosial yang

wujud sebelum kemerdekaan negara ini berlangsung. Intipati yang terkandung dalam kontrak

sosial ini sebenarnya telah pun menyatakan secara jelas peranan bagi setiap kaum yang utama di

negara ini. Wakil-wakil setiap bangsa ini telah pun sepakat dan bersetuju bagi tujuan untuk

mendapatkan kemerdekaan. Isu berkaitan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama

Islam budaya serta cara beragama bangsa Cina dan India serta isu kerakayatan bangsa-bangsa

5
pada ketika itu telah pun jelas dan dipersetujui melalui rundingan bersama dengan wakil bagi

setiap bangsa ini.

Maka, oleh yang demikian sebarang isu yang menyentuh kesemua perkara yang telah

dipersetujui tadi adalah tidak wajar, kerana keharmonian serta kesejahteraan yang diperoleh pada

hari ini adalah kesan kerjasama melalui perjanjian yang disepakati bersama-sama dan dikenali

sebagai kontrak sosial. Namun begitu, akibat kedangkalan pengetahuan serta sifat malas yang

meraja di dalam diri rakyat Malaysia pada hari ini semakin memakan diri mereka sendiri.

terdapat sebahagian bangsa Melayu yang bersuara menyatakan hak kerakyatan bangsa selain

bangsa Melayu, tidak kurang juga dengan bangsa India dan Cina yang cuba mempertikaikan hak

mereka di negara ini serta kusa Raja-raja di Malaysia. Golongan-golongan yang bodoh serta

tidak berpengetahuan seperti ini lah yang bakal menyebabkan keutuhan perpaduan di negara ini

menjadi semkain longar dan seterusnya mengakibat berlakunya perkara-perkara yang tidak

diingini sehingga mengakibatkan wujud perasaan trauma terpendam dalam diri rakyat di

Semenanjung Malaysia khususnya.

Hari ini, secara umumnya kehidupan rakyat di negara ini berlangsung dengan baik tanpa

wujudnya persengketaan yang boleh dikatakan sangat serius, namun begitu seluruh rakyat

Malaysia haruslah bijak dalam menilai setiap anggota masyarakat yeng mempunyai niat-niat

tertentu dalam memporak porandakan keharmonian yang dikecapi kini. Hal ini kerana, keadaan

di negara ini boleh dikatakan berada dalam keadaan aman tetapi tegang. Hal ini bermaksud

dengan sedikit isu atau provokasi yang menyentuh tentang nilai, agama serta perkauman yang

dianggap sebagai sesuatu yang sensitif, keadaan diluar jangkaan boleh tercetus dan

mengakibatkan banyak kemudaratan kepada rakyat di negara ini.

6
Kesimpulannya, keamanan yang wujud pada hari ini adalah berteraskan kepercayaan

serta persepakatan daripada kaum-kaum utama yang terdapat di semenanjung negara ini. Namun

begitu, kejadian hitam yang pernah mewarnai negara ini suatu ketika dahulu telah banyak

membuka mata setiap anggota masyarakat untuk terus berusaha mengekalkan keamanan yang

ada, dan hal ini secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa wujudnya kebimbangan serta

ketakutan yang membawa kepada isu trauma terpendam dalam diri masyarakat di semenanjung

Malaysia. Setiap isu yang timbul cuba dihadapi dengan tenang dan mencari titik persamaan

antara mereka bagi membendung atau mengelakkan daripada berlakunya pertumpahan darah

lagi. Maka keamanana tersebut terus wujud namun dalam situasi aman tetapi tegang.

ISU-ISU TERKINI

Perkembangan teknologi pada masa kini seperti penggunaan media massa, laman-laman

sosial yang pelbagai serta kemampuan berhubung dalam talian dengan mudah dan cepat telah

menimbulkan pelbagai kesan baik dan buruk dalam kehidupan masyarakat khususnya di negara

ini (Mohamad Salleh M. A & Mohd Ilham N. M, 2017). Tambahan para penyelidik ini lagi, budaya

menularkan berkenaan satu-satu isu tertentu sudah menjadi satu kebiasaan serta tabiat yang

wujud dalam diri masyarakat di negara ini. Perkata ini dilihat mampu menggoncangkan

keharmonian yang ada kerana ia adalah satu perbuatan yang sangat bahaya bagi masyarakat

berbilang kaum (Mohamad Salleh M. A & Mohd Ilham N. M, 2017). Sebagai contoh, rakaman video

terkini yang telah tular menunjukkan kumpulan daripada kaum India telah membelasah seorang

anggota keselamatan dalam usaha memadamkan api yang semakin membesar. Kejadian tersebut

telah meragut nyawa seorang ahli bomba serta beberapa orang yang terlibat dalam kejadian ini

7
telah pun ditangkap. Melalui video ini pelbagai tanggapan serta persepsi boleh wujud dan

pastinya tidak semua persepsi tersebut adalah betul, sebagai contoh apabila yang melihat

rakaman video ini adalah seorang yang juga berbangsa India, dia pasti akan mempertahankan

bangsanya sendiri dengan alasan bahawa bangsanya sedang cuba berusaha menghalau anasir luar

daripada menceroboh kawasan kuil tempat mereka sembahyang. Namun begitu bagi individu

yang berbangsa Melayu yang melihat video ini pula, pastinya dia akan menyatakan ini adalah

suatu yang tidak wajar dan sangat keterlaluan. Kesannya, secara tidak langsung wujudnya rasa

dendam dalam kalangan ahli keluarga dan anggota masyarakat yang terlibat, dan sekiranya

perkara ini tidak diselesaikan dengan baik serta telus dibimbangi masalah yang lebih serius serta

berpanjangan akan berlaku dan pastinya kebimbangan serta rasa trauma yang tersimpan dalam

jiwa masyarakat di negara ini akan semakin menebal.

Masalah terkini yang sentiasa berulang-ulang daripada dahulu sehingga ke hari ini ialah

berkenaan isu hak istimewa Melayu serta bumiputera. Menurut kefahaman generasi baharu

bangsa Cina dan India yang berada di negara ini, perkara yang lalu telah pun berlalu, tapi kini di

alaf baharu di zaman teknologi serba canggih mereka beranggapan bahawa apa yang ada pada

mereka kini serta keadaan mereka kini adalah sama sahaja seperti bangsa melayu dan

bumiputera. Kefahaman ini merujuk kepada keadaan semasa, ekonomi, beragama, hak pemilikan

dan yang paling penting berkenaan hak kewarganegaraan. Pada pemikiran dan pendapat ramai

golongan baharu daripada bangsa ini kesemua yang dinyatakan tadi adalah sama sahaja dan tidak

terdapat perbezaan serta kesemuanya adalah sama rata sahaja. Kesannya, apabila terdapatnya isu

yang melibatkan semua perkata tadi, mereka seperti terpinga-pinga dan meresakan mereka

ditindas serta kerajaan berkelakuan tidak adil dan berat sebelah kepada bangsa melayu dan

bumiputera, sedangkan perkara tersebut telah tertulis dan terkandung dalam perlembagaan yang

8
dipersetujui bersama dengan wakil daripada setiap kaum yang ada pada ketika itu dan ia dikenali

sebagai kontrak sosial. Oleh yang demikian, keadaan yang dirasakan berat sebelah ini semakin

lama semakin menebal dalam diri generasi baharu bangsa India dan Cina. Perasaan ini turut

bakal menjadi buah utama sekiranya berlakunya suatu ketegangan di negara ini.

Sistem yang dilakukan oleh penjajah British sebelum ini iaitu sistem pecah dan perintah

telah tertanam dalam diri masyarakat di negara ini dan secara tidak langsung ia teleh diwarisi

kepada generasi seterusnya namun dan konteks yang berbeza. Jika dahulu ianya dilakukan oleh

penjajah bagi tujuan mengelakkan daripada suatu masyarakat tersebut bersatu dan mampu

membentuk pakatan-pakatan tertentu dan seterusnya menentang semula pemerintah yang ada.

Namun kini ia lebih bersifat individualistik atau peribadi, dan kesannya ada sama teruk dengan

yang sebelum ini kerana perpaduan yang dicapai adalah bersifat rapuh dan mudah untuk runtuh.

Sistem yang berjaya ditanamkan oleh British ke dalam jiwa masyarakat ini telah menyebabkan

kaum-kaum utama yang terdapat di semenanjung Malaysia khususnya memiliki kefahaman yang

sangat cetek berkaitan tentang budaya, cara hidup serta agama daripada bangsa lain.

Persoalannya, bagaimanakah perpaduan tersebut dapat direalisasikan sekiranya asas dalam

kehidupan bermasyarakat semakin pudar. Maka kecetekan serta kedangkalan ilmu berkenaan

kaum-kaum utama di negara ini bakal mewujudkan masyarakat yang kurang bertimbang rasa,

mementingkan diri sendiri serta nilai diri yang sangat rendah. Kesannya, hanya dengan isu yang

kecil sahaja pastinya perbalahan antara kaum-kaum ini mudah berlaku dan mengakibatkan rasa

berhati-hati, buruk sangka sesama kaum serta trauma terpendam akan semakin menebal.

Di alam Malaysia baharu ini, para pemimpin masyarakat yang telah dipilih seharunya

lebih bijak dalam mengendalikan isu-isu yang melibatkan kaum ini. Seperti yang kita selalu

dengar, pepatah Melayu menyatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah ini

9
membawa makna yang sangat besar dalam membentuk masyarakat majmuk yang harmoni serta

bekerja sama dalam pelbagai aspek, namun begitu persoalannya adalah bagaimanakan

masyarakat ini akan bersatu. Salah satu kaedah yang sangat mudah adalah melalui pendidikan.

Sistem pendidikan yang berasingan pada masa kini hanya akan mewujudkan jurang perbezaan

daripada sudut akedemik khusunya. Sekiranya melihat kepada pencapaian akedemik sahaja,

sesebuah pemerintahan itu masih belum berjaya sepenuhnya kerana terdapat elemen lain yang

perlu diutama masih tidak dicapai. Pengasingan kepada sekolah-sekolah khusus kurang menitik

beratkan elemen kekitaan sebagai bangsa Malaysia secara tidak langsung, tetapi ianya lebih

kepada elemen semangat perkauman dan bangsa sendiri sahaja. Kesannya, setiap bangsa yang

ada hanya akan memfokuskan kepada bangsanya sahaja tanpa mengambil berat akan bangsa lain

kerana kecenderungan yang wujud itu telah pun mewujudkan fokus yang ada. Sekiranya terdapat

pihak-pihak tertentu yang ingin menyatakan bahaya kenyataan ini adalah silap, maka cubalah

berlapang dada dan lihatlah keadaan sebenar yang wujud kini di sekolah-sekolah kebangsaaan

dan jenis kebangsaan.

Politik juga berperanan besar dalam memastikan keharmonian di negara ini terus mekar

bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus berlangsung. Parti-parti politik yang berjuang atas

nama bangsa dilihat kurang relevan berbanding parti politik yang disepakati oleh pelbagai

bangsa. Hal ini kerana titik perasamaan boleh diperoleh melalui kerjasama yang wujud dan

sebarang pertikaian yang wujud boleh di bawa ke meja rundingan. Berbeza dengan parti politik

bersifat perkauman yang kononnya cuba untuk menjaga kepentingan bangsa mereka, sedangkan

ianya sebaliknya dan ahli yang ada perlu pandai menilai sendiri norma masyarakat lain kerana

tidak diberikan pendedahan akan kepentingan bangsa lain melaikan bangsa mereka sendiri. Hal

ini terjadi kepada semua parti politik bersifat perkauman yang ada tanpa melihat kepada parti-

10
parti tertentu. Kesannya perpaduan yang diharapkan kurang disemai ke dalam jiwa masyarakat

umumnya malahan masyarakat sendirilah yang perlu pandai dalam melihat isu di negara ini.

Pembelajaran daripada kejadian lepas semakin mematangkan masyarakat di semenanjung

Malaysia khususnya. Kejadian rusuhan kaum 13 May 1969 yang melibatkan dua bangsa utama

di negara ini telah menjadikan ramai dalam kalangan anggota masyarakat hari ini sentiasa

berjaga-jaga dalam mengeluarkan kenyataan, tindakan serta memilih kepada kesederhanaan

dalam setiap perkara yang dilakukan. Kebimbangan tentang masalah-masalah seperti ini bukan

sahaja baik untuk keharmonian masyarakat, tetapi ia juga menjadi pengajaran kepada bangsa lain

yang tidak terlibat supaya beringat dalam setiap tindakan yang mereka ambil. Jangan terlalu

mudah mengambil tindakan sendiri dengan melihat bahawa diri mereka terlalu kuat atau kebal

kerana negara ini memiliki undang-undang dan hanya melalui undang-undang seseorang itu

boleh diambil tindakan. Hal ini kerana pada masa kini bagaikan telah menjadi satu kemestian

sesuatu masalah yang timbul perlu berakhir dengan pergaduhan, sebagai contoh isu melibatkan

kuil di Selangor pada tahun 2018, sekiranya setiap daripada kaum yang ada dan terlibat dalam

masalah ini mengambil pendekatan berbincang dengan baik serta tidak keterlaluan dalam segala

aspek pastinya keadaan akan lebih harmoni dan setiap masalah boleh diselesaikan dengan

mudah. Namun perasaan marah, dendam serta hilang pertimbang telah pun menguasai diri

mereka sehingga mengakibatkan pertempuran sesama mereka dan mengakibatkan seorang

meninggal dunia dan beberapa orang lain cedera. Perkara-perkara menekan seperti inilah yang

menyebabkan semakin menebalnya rasa bimbang, takut dan trauma dalam diri anggota

masyarakat dan akhirnya mewujudkan pelbagai persepsi negatif dalam diri ramai individu.

IMPLIKASI SEJAGAT

11
Terdapat pelbagai kesan atau implikasi buruk akibat trauma terpendam yang wujud

dalam diri masyarakat di semenanjung Malaysia ini. Salah satunya adalah perasaan takut yang

berpanjangan. Takut di sini bermaksud kebimbangan dengan isu-isu yang selalu tersebar melalui

pelbagai media yang ada. Selain itu dengan melihat kepada kesan yang berlaku kepada

msayarakat di luar negara yang terlibat dengan pergolakan tertentu menjadikan masyarakat di

semenanjung Malaysia semakin bimbang dan dapat menjangkakan natijah yang akan dilalui

sekiranya berlakunya perbalahan antara kaum ini. Kesan daripada perasaan takut berpanjangan

ini, keharmonian yang cuba disemaikan dalam diri menjadi semakin rendah dan ramai dalam

kalangan masyarakat memilih untuk tidak terlibat dengan kaum-kaum lain selain daripada kaum

mereka sendiri.

Selain itu, keadaan trauma terpendam ini juga akan mengakibatkan wujudnya sifat suka

mementingkan diri sendiri. Sifat ini merupakan salah satu sifat yang sangat teruk dan buruk

kerana individu yang memiliki sifat ini akan melihat orang lain selalu salah dan hanya dirinya

sahaja yang akan selalu betul dan sentiasa betul. Tidak mudah untuk menerima dan pasti akan

mengabaikan atau menolak sesuatu perkara yang penting dan memerlukan dirinya untuk terlibat

sama mengusahakan. Sebagai contoh dalam kerja berpasukan dalam sesebuah sektor pekerjaan,

maka pastilah sukar untuk melihat kepada titik persamaan yang ingin dicapai. Individu-individu

yang memiliki sifat seperti ini juga akan mudah tersinggung dan mudah terasa hati dengan apa

yang diungkapkan oleh orang lain. Kesannya, amatlah sukar sekiranya sifat pentingkan diri ini

terus mekar dalam diri masyarakat di semenanjung Malaysia.

Terma fake peace atau keamana palsu bakal wujud sekiranya masalah trauma terpendam

terus wujud dalam diri masyarakat majmuk di semenanjung Malaysia. Konsep keamanan palsu

ini samalah seperti konsep aman tetapi tegang kerana pada zahirnya kelihatan seperti tiada apa-

12
apa namun apabila wujudnya sesuatu isu atau masalah maka akan tersembur jugalah api kemarah

dalam diri setiap individu yang terlibat atau pun tidak terlibat secara langsung. Caci makian tu

sudah pasti, kata-kata kesat yang dilontarkan melalui media bukanlah sesuatu yang aneh pada

masa kini. Maka akibat daripada wujudnya keadaan seperti ini, akan wujud jugalah persatuan-

persatuan tertentu dan NGO-NGO tertentu yang kononnya cuba meleraikan konflik yang ada,

sedangkan matlamat sebenar ianya diwujudkan adalah lebih bersifat individualistik, keras dan

redikal. Namun begitu tidak dinafikan bahawa terdapat persatuan yang baik dan telus dalam

usaha memakmurkan negara Malaysia ini.

Akibat daripada wujudnya trauma terpendam ini juga, isu lain yang bakal wujud ialah isu

dendam dalam kalangan kaum yang berpanjangan. Dendam-dendam ini pula akan diwarisi

kepada golongan muda atau baharu melalui kaedah penceritaan serta persepsi buruk yang telah

ditanam dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi. Sebab itulah tidak hairan apabila

wujudnya dalam kalangan kaum tertentu semenjak mereka kecil lagi mereka sudah memiliki

sifat bias, buruk sangka dan pentingkan diri sendiri. kesemua ini adalah akibat daripada sifat

marah dan dendam yang tertanam dalam diri orang tua mereka dan mereka mewarisinya

semenjak mereka kecil. Kesannya apabila generasi ini membesar kelak, memiliki ilmu

pengetahuan dan memiliki kemampuan daripada sudut kewangan, maka janganlah hairan

sekiranya mereka pandai dalam menuntut keadilan yang mereka rasakan tidak mereka peroleh

pada masa tersebut dan mereka menginginkannya.

Selain itu perasaan trauma terpendam ini juga turut menyebabkan orang ramai mudah

menjadi panik dengan isu-isu baru yang timbul. Sekiranya isu tersebut menyentuh kepada isu

perkauman dan agama pastilah ia menjadi sangat sensasi. Keadaan mudah panik ini akan

menyebabkan dalam kalangan anggota masyarakat ini mudah membuat kesimpulan sendiri

13
sebagai contoh menyalahkan orang lain dengan isu yang ida dengar walaupun dia beleum

mengetahui sepenuhnya. Mereka akan mudah-mudah mentafsirkan isu yang didengari dan yang

lebih teruk lagi akan meyebarkan maklumat berkenaan walaupun ianya masih tidak sahih. Inilah

yang dikatakan sangat mudah panik, kesannya prasangka-prasangka tidak baik akan terus

berkembang dan beredar dalam kaum-kaum tertentu sahaja dan membuatkan mereka merasa

terancam dengan suatu isu yang sedang mereka dengar.

Trauma terpendam tadi akan terus mekar dalam diri seseorang individu masyarakat dan

menjadi trauma kekal sehingga keakhir hayatnya. Ditambah lagi dengan jenayah yang berlaku

dan sesuai dengan kaum yang dia rasakan sangat menjengkelkan dirinya maka semakin kuatlah

pegangannya terhadap suatu kaum dengan masalah yang dibawa oleh kaum tersebut. Kesannya

pandangan atau sangkaan buruk terhadap satu kaum itu akan terus mekar dalam diri insan ini

sehingga ke akhir hayatnya.

KESIMPULAN

Sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun, suatu bangsa atau puak tidak lepas

daripada melakukan kesilapan, namun begitu setiap ahlinya perlulah berpegang kepada prinsip

“sekiranya tidak boleh menyumbang kepada kebaikan, maka jangan la kejahatan pula yang

dilakukan”. Dalam usaha menstabilkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini sesuai

dengan perlembagaan yang dirangka, semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu

dalam menyelesaikan setiap isu yang ada. Peranan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan

utamanya dengan mewujudkan lebih banyak program yang bersesuaian untuk melibatkan semua

kaum, selain daripada perayaan-perayaan yang telah ada setiap tahun. Melalui pendekatan ini

14
sedikit demi sedikit trauma terpendam dalam diri masyarakat akan pudar dan digantikan dengan

kepercayaan dan sifat menyayangi antara umat manusia. Kedua, peranan setiap ketua rumah atau

individu-individu yang berpengaruh dalam kalangan ahlinya perlulah berusaha memupuk rasa

harmoni dalam kalangan ahlinya dengan komuniti lain atau bangsa lain. Hal ini amatlah penting,

kerana melalui ketualah sesebuah organisasi itu mampu bertindak dengan lebih positif atau

sebaliknya. Semaikanlah ke dalam diri setiap ahli keluarga atau anggota masyarakat tentang

maklumat yang sahih dan tepat akan kebenaran yang telah dipersetujui sebelum ini demi

kepentingan semua. Melalui dua peranan yang boleh dimaikan oleh pihak kerajaan serta

masyarakat secara keseluruhannya, isu trauma terpendam yang melibatkan perasaan serta jiwa

ini boleh diatasi secara perlahan-lahan dan mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni serta

mampu mengkelakan kesejahteraan yang ada.

15
RUJUKAN

Anderson, K. F. (2013). Diagnosing discrimination: Stress from perceived racism and the mental
and physical health effects. Sociological Inquiry, 83, 55–81.
Copeland, W.E., Keeler, G., Angold, A., & Costello, E.J. (2010). Traumatic events and
posttraumatic stress in childhood. Arch Gen Psychiatry. 2007, 64(5), 577-84.
Evans, A. M., Hemmings, C., Burkhalter, C., & Lacy, V. (2015). Responding to race related
trauma: Counseling and research recommendations to promote post‐traumatic growth when
counseling African American males. Journal of Counselor Preparation and Supervision, 8(1).
Graya, M. J., Elhaib, J. D., & Briere, J. (2010). Evaluation of the atypical response scale of the
Trauma Symptom Inventory-2 in detecting simulated posttraumatic stress disorder. Journal of
Anxiety Disorders, 24, 447-451.

Grossman, L. D., (2012). The trauma recovery group: A guide for practitioners. Social Work
with Groups, 35(4), 382-385.

Hardiman, P., & Simmonds, J. G. (2013). Spiritual well-being, burnout and trauma in
counsellors and psychotherapists. Mental Health, Religion & Culture, 16(10), 1044-1055.

Jaffe, J., Segal, J., & Dumke, L. F. (2005). Psychological trauma, causes symptoms effects and
treatment. London: SAGE Publication Ltd.

Joseph, P. (2013). A community-based treatment for native American historical trauma:


Prospects for evidence-based practice gone spirituality in clinical practice. American
Psychological Association, 1, 78-94.

Mohamad Salleh M. A & Mohd Ilham N. M, (2017) Universiti Kebangsaan Malaysia, Jurnal
Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 33(1) 2017: 502-514

Nadal, K. L., Griffin, K. E., Wong, Y., Hamit, S., & Rasmus, M. (2014). The impact of racial
microaggressions on mental health: Counseling implications for clients of color. Journal of
Counseling & Development, 92, 57–66.
Roberts, A. L., Gilman, S. E., Breslau, J., Breslau, N., & Koenen, K. C. (2010). Race/ethnic
differences in exposure to traumatic events, development of post-traumatic stress disorder, and
treatment-seeking for post-traumatic stress disorder in the United States. Psychological medicine,
Shalev, A., Liberzon, I., & Marmar, C. (2017). Post-Traumatic Stress Disorder. New England
Journal of Medicine, 376, 2459-69.

16
Shams, T. (2015). The declining significance of race or the persistent racialization of Blacks? A
conceptual, empirical, and methodological review of today's race debate in America. Journal of
Black Studies, 46, 282–296.
41(1), 71-83.

17

You might also like