You are on page 1of 2

ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)

1.1 Intro
Era kesepaduan sosial berlaku apabila pemantapan antara Masyarakat, Negara dan Pasaran
(M+N+P) disulam erat dengan positif biarpun turun naik berlaku akibat pengaruh dan
perkembangan global. Pada era ini juga telah terbukti bahawa ekonomi Malaysia telah mampu
bertahan. (Baharuddin, 2012)

1.2 Isi-isi
Insiden ketegangan kaum dalam sejarah hubungan etnik di Malaysia yang dikenali sebagai
peristiwa 13 Mei 1969 adalah salah titik tolak penting dalam sejarah pasang surut hubungan
etnik di Malaysia. Tragedi berdarah ini telah banyak meninggalkan kesan dari segi politik,
ekonomi, sosial malah psikologi masyarakat Malaysia (Ahmad, 2010). Slogan ‘Perpaduan
dalam Kepelbagaian’ dan ‘Perpaduan Nasional’ adalah satu harapan positif terhadap masa
hadapan yang lebih gemilang daripada sekarang termasuk impian rakyat Malaysia
merealisasikan ‘bangsa idaman’ iaitu ‘bangsa Malaysia’. (Baharuddin, 2012)

Selepas kejadian 13 Mei 1969, sebarang perbezaan sosial sesama setiap kaum mesti
diselesaikan dengan aman dan damai. Kematangan rakyat merupakan salah satu kunci
kesepaduan sosial Malaysia. Semenjak Pilihan Raya Umum ke-4 pada 1974 (PRU4 1974)
sehingga PRU12 2008, sebanyak sembilan kali pilihan raya diadakan namun tidak wujud
sebarang kekacauan etnik yang ditimbulkan oleh pihak yang kalah sehingga mencetuskan
perbalahan. Hal ini termasuk dalam pilihan raya kecil yang telah diadakan berulang kali.
(Baharuddin, 2012)

Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak segan silu untuk melontarkan rasa tidak
puas hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Dengan adanya teknologi
terkini saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka. Dalam suasana ini
terbuhul suatu pola yang jelas iaitu rakyat Malaysia sangat “suka bertikam lidah, tetapi tidak
bertikam mengunakan parang”. Keadaan ini memperlihatkan bahawa sesiapa pun boleh
menyuarakan rasa tidak puas hati tentang segala hal yang tersirat di kalbu masing masing, sama
ada dalam hal peribadi, etnik ataupun kualiti hidup. (Baharuddin, 2012)
Hal ini merupakan satu lagi ciri prilaku rakyat Malaysia pada peringkat everyday-defined
di Malaysia, iaitu “they talk conflict, they walk cohesion”. Maksudnya, mereka sedia berdebat
habis-habisan tentang segala perkara yang difikirkan tidak betul atau tidak sempurna yang
dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan satu
kegiatan psikososial sihat, iaitu lebih suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada
disimpan senyap sehingga ‘meletup’ dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan. (Baharuddin,
2012)

Oleh sebab rakyat Malaysia lebih suka “tongue wagging and not parang wielding” dan
lebih senang “talk conflict, walk cohesion” maka gambaran yang diberikan kepada orang luar
boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan mereka kerana perkara didengar oleh mereka
dan diperhati ialah “tongue wagging” dan “talk conflict” yang kadang-kadang pedas, keras dan
sangat berkonfrontasi bunyinya. Apatah lagi jika penyuaraan itu disampaikan dalam blog,
Youtube dan melalui SMS, yang seolah-olah esok akan berlaku peristiwa 13 Mei 1969.
(Baharuddin, 2012)

1.3 Kesimpulan
Tentunya, berlaku persaingan, kontradiksi dan ketegangan dari segi ruang dan kepentingan
antara ketiga tiga komponen tersebut (M+N+P) yang boleh memberi kesan kepada seluruh
masyarakat Malaysia kerana tersirat di dalamnya ialah aspek hubungan etnik, kelas, wilayah
dan perbezaan sosial yang kritikal dan perlu sentiasa diimbangkan. Kadang kadang, pengaruh
dan pergolakan luar negeri mengesankan apa yang berlaku dalam negara, seperti isu TKI
(Tenaga Kerja Indonesia) yang terus menerus mencabar M+N+P serentak, dulu, sekarang dan
pada masa depan. Justeru, kesepaduan sosial di Malaysia adalah terbina di atas lapisan jaringan
hubungan yang rumit lagi kompleks di dalam dan di luar negeri. (Baharuddin, 2012)

You might also like