You are on page 1of 418

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

TAJUK HURAIAN
HASIL PEMBELAJARAN
RUJUKAN
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN
1.1 Pengenalan kepada perniagaan
1.1.1Perniagaan dan bukan Maksud perniagaan;
perniagaan  Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
a) Mentakrifkan maksud  Yang dikehendaki oleh pengguna
perniagaan;  Bermotif untung

b) membandingkan Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan


organisasi yang Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan
bermotifkan untung 1.Matlamat utama adalah keuntungan 1. Matlamat utama adalah kebajikan sosial
(perniagaan) dengan 2. Sumber kewangan daripada modal dan 2. Sumber kewangan daripada yuran ahli dan
organisasi yang tidak keuntungan syarikat sumbangan masyarakat
bermotifkan untung; 3. Aktiviti utama organisasi adalah penjualan 3. Aktiviti utama organisasi adalah bercorak
barangan dan perkhidmatan kemasyarakatan
Sabri Hj Hussin (2002)
Griffin,R.W.
Abu Bakar Hamed (2005)

1.1.2 Perniagaan dan Maksud untung


untung
 Lebihan hasil jualan setelah ditolak dengan kos-kos yang terlibat

c) menjelaskan kepentingan Untung = Jum Hasil – Jum Kos


keuntungan kepada
sesebuah perniagaan;
 Jenis untung iaitu kasar dan untung bersih.
 Kepentingan untung kepada perniagaan.

MUKA SURAT 1
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kepentingan untung kepada perniagaan
 Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko, contoh dividen.
 Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival) pelaburan semula
keuntungan.
 Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat.
 Matlamat dan halatuju – ukuran kepada prestasi perniagaan.
 Keyakinan / dorongan kepada pelabur.

1.1.3Peranan perniagaan 1. Peranan perniagaan kepada pengguna


 Menyediakan barangan dan perkhidmatan
d) membincangkan peranan  Mempelbagaikan barangan dipasaran
perniagaan terhadap
 Menyediakan perkhidmatan selepas jualan
pengguna, masyarakat,
ekonomi, dan negara;
2. Kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat:
 Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan.
Abu Bakar Hamed
 Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan.
(2005)
 Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui
sistem bekalan dan jualan.

3. Peranan untung kepada ekonomi


 Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat
keuntungan
 Mewujudkan penempatan baru (Bandar-bandar baru)
 Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan
 Membangunkan industri hiliran dan huluan
 Menawarkan produk berkualiti dan harga berpatutan melalui persaingan
 Mengurangkan kadar pengangguran
 Meningkatkan ekonomi negara

MUKA SURAT 2
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Peranan untung kepada negara
 Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai perniagaa
 Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran /
meningkatkan kadar guna tenaga negara
 Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan
lain yang menyokong perusahaan asas
 Menjimatkan pertukarab asing – melalui penggunaan sumber tempatan / mengurangkan pengaliran
 Keluar mata wang negara
 Membangunkan modal insan – kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan

1.1.4Faktor pengeluaran Faktor pengeluar merujuk kepada sumber-sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk
(e) menjelaskan faktor menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
pengeluaran meliputi Unsur-unsur yang terdapat dalam faktor pengeluaran
bahan mentah, modal, 1. Bahan mentah
modal insan, teknologi,  Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menhgasilkan seauatu
dan keusahawanan;
produk
 Contoh bijih timah, kayu balak, kelapa sawit dan koko
2. Modal insan
Abu Bakar Hamed
 Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan
(2005)
 Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir
 Mendapat gaji / upah
3. Modal
 Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.
 Terdiri dari bentuk wang atau aset
 Contoh kenderaan, ruamah, mesin dan peralatan
4. Keusahawanan
 Orang yang membentuk perniagaan / orang yang mengambugkan faktor-faktor pengeluaran dan
menjadikan sebagai output dalam pengeluaran
 Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan

MUKA SURAT 3
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Teknologi
 Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagan
 Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan mkecekapan,meningkatkan daya
saing dan meningkatkan operasi perniagaan

1.1.5 Proses perniagaan Proses perniagaan melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi (pertukaran) terhadap input-input
pengeluaran bagi memastikan output-utput untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan
(f) Menjelaskan langkah- kepada perniagaan.
langkah yang terlibat
dalam proses perniagaan Proses perniagaan
yang meliputi input, i. Input
proses tambah nilai,  Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh, tanah, modal dan
output, pemasaran, dan keusahawanan
untung/rugi; ii. Proses transformasi –
 Ialah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input kepada output dengan
menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi.
iii. Output
 Merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaran
iv. Proses Pemasaran
 Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan ,jabatan
pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukan
v. Untung atau rugi
 Untung ialah lebihan hasil ke atas kos , rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos, untung merupakan
ganjaran kepada usahawan

MUKA SURAT 4
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
1.1.6 Cabaran perniagaan Cabaran Aktiviti Perniagaan Kini dan Masa hadapan:
 Globalisasi / dunia tanpa sempadan – persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja / modal ,
Menerangkan perkembangan celaru budaya
perniagaan masa kini dan  Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran
cabaran-cabarannya termasuk teknologi, perlu modal tinggi
perubahan faktor persekitaran  Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan , pihak
berkepentingan; buruh kanak-kanak; prihatin terhadap OKU
 Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam) – pematuhan syariah
 Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan
 Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan
produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)
 Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan / suasana kerja
yang berbeza daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah ‘matang’

1.2 Persekitaran perniagaan


1.2.1 Persekitaran umum

a) Menjelaskan jenis-jenis Jenis-jenis persekitaran perniagaan


persekitaran perniagaan 1. Persekitaran Umum
yang merangkumi  Merujuk kepada unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi
persekitaran umum dan persekitaran tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan
persekitaran tugas (pihak 2. Persekitaran tugas/Pihak-pihak berkepentigan
berkepentingan atau  Merupakan unsur-0unsur persekitaran yang secara langsung mempengaruhi dan memberi kesan kepada
pemilik taruh) dan operasi dan prestasi perniagaan.
hubung kait antara
kedua-duanya;

MUKA SURAT 5
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) Menjelaskan faktor- Faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan.
faktor persekitaran umum 1. Persekitaran ekonomi
yang merangkumi  Risiko dan ketidakpastian pasaran
ekonomi, persaingan dan  Dinamik / perubahan-perubahan pasaran
jaringan, sosiobudaya,  Kedudukan pasaran wang
politik dan perundangan,  Keadaan-keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi
teknologi, prasarana, dan  Pusingan perniagaan
antarabangsa;  Contoh: Penempatan pasar raya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan mampu.

2. Persekitaran persaingan dan jaringan


 Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti dan pada
pasaran yang sama dengan produk usahawan
 Jenis struktur pasaran seperti monopoli, persaingan oligopolistik dan monopoli
 Persaingan yang dihadapi
 Jenis struktur pasaran (persaingan tulen, monopoli, oligopoli)
 Persaingan harga

3. Persekitaran sosiobudaya
 Hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum
 Perlindungan dan tanggungjawab sosial yang dipegang sesuatu bangsa
 Perubahan populasi
 Etika perniagaan
 Contoh: keperluan pakaian orang Melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang Cina. Oleh itu tak sesuai
jual baju melayu di Petaling Street.

4. Persekitaran politik dan perundangan


 Keadaan politik dan polisi awam sesebuah negara
 Peraturan, kawalan, sokongan dan galakan kerajaan, sistem percukaian
 Contoh: Pusat hiburan, kedai minuman keras dan pusat mainan video cukai dinaikkan
MUKA SURAT 6
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Persekitaran teknologi
 Sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau
membentuk tugas atau prosedur kerja
 Yang baru dan lebih baik.
 Contoh: Teknologi komputer dalam perniagaan, penggunaan E-mail, E-Commerce

6. Prasarana
 Kemudahan asas yang di sediakan untuk membantu aktiviti perniagaan
 Contohnya kemudahan elektrik, jalanraya .

7. Antarabangsa
 Merujuk kepada faktor- faktor seperti dasar perdagangan , undang-undang perniagaan yang melibatkan dua
buah negara atau lebih

1.2.2Persekitaran tugas Pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan


c) Membincangkan
pengaruh persekitaran 1. Pelanggan
umum dan persekitaran  Pembeli produk / pengguna produk atau perkhidmatan
tugas terhadap  Perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti yang dikeluarkan oleh
perniagaan; pengguna.

2. Pembiaya
 Pemberi pinjaman
 pinjaman tinggi membolehkan pembesaran perniagaan

3. Pemodal
 Penyumbang modal
 Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan perniagaan

MUKA SURAT 7
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Pembekal
 Pihak yang membekalkan input / bahan mentah
 Bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaa Pesaing
 Firma lain dalam industri yang sama / peniaga yang menjual produk serupa di tempat yang sama
 Memaksa perniagaan membuat inovasi /persaingan harga dan kualiti produk organisasi menentukan tingkat
harga dan kualiti produk / persaingan sihat.

5. Kerajaan
 Pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang / peraturan / perlesenan
 Cukai tinggi mengurangkan keuntungan perniagaan dan jualan
 Kehendak undang-undang mewujudkan tanggungjawab sosial memberi pengaruh kepada aktiviti perniagaan

6. Pekerja
 Tenaga buruh yang menyumbangkan dalam bentuk fizikal atau mental
 Pekerja yang baik / berkemahiran tinggi meningkatkan produktiviti pengeluaran
 Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat organisasi
7. Masyarakat
 Membeli/menyokong produk yang dikeluarkan oleh peniaga
 Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjwab sosial untuk memastikan sokongan yang berterusan dari
masyarakat.
8. Pesaing
 Syarikat yang mengeluarkan produk yang hampir sama dalam industri yang sama
 Firma perlu bersaing untung mendapat syer pasaran bagi produknya untuk mempunyai tapak yang kukuh di
pasaran.
 Firma perlu mengambil kira dan mengetahui strategi yang digunakan oleh pesaing.

MUKA SURAT 8
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) Menjelaskan Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepetingan
tanggungjawab 1. Pelanggan
perniagaan kepada pihak  Peniaga harus menjaga kebajikan dengan memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pengguna.
berkepentingan,
termasuklah pelanggan, 2. Pembekal:
pembekal, pembiaya,  Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan berterusan
pemodal/pelabur, pada harga yang berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya.
pesaing, kerajaan,
pekerja, dan masyarakat. 3. Pembiaya
 Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjian
 Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyukarkan perniagaan mendapatkan pinjaman pada masa akan
datang.

4. Pemodal/pelabur
 Perniagaan seharusnya memaksimakan kekayaan pelabur atau pemodal yang melaburkan wang mereka
memberikan bayaran dividen yang tinggi.
 Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik diri dari
perniagaan.

5. Pesaing:
 Firma seharusnya bersaing secara sihat dan tidak memburuk nama baik pesaing.

6. Kerajaan
 Firma seharusnya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti
membayar cukai yang ditetapkan dan sebagainya.

7. Pekerja:
 Perniagaan perlu sensitif kepada kehendak dan keperluan pekerja samada dalam bentuk kewangan dan
bukan kewangan.

MUKA SURAT 9
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-latihan
tertentu.
 Sekiranya produktiviti pekerja menurun, maka ia akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan barang
‘defect’ juga akan meningkat.

8. Masyarakat
 Merujuk kepada nilai-nilai sosio budaya sesebuah negara yang meliputi cara hidup, kuasa beli yang
mempengaruhi aktivii perniagaan.
 Perniagaan tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan harga barangan sewenang-
wenangnya. Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat memastikan
sokongan yang berterusan dari masyarakat.

1.3 Entiti dan aktiviti perniagaan


1.3.1 Jenis pemilikan entiti
perniagaan
a) Menjelaskan organisasi Entiti perniagaan
perniagaan berdasarkan Milikan Tunggal
pemilikan, aktiviti, 1. Ciri-ciri milikan tunggal
sektor, dan tahap  Dimilikim oleh seorang pengusaha.
perniagaan;  Liabiliti tidak terhad
 Operasi dan modal yang kecil
b) Membincangkan  Di kawal dibawah akta pendaftaran syarikat 1056(pindaan 2978)
pemilikan organisasi
perniagaan yang 2. Kebaikan dan kelemahan
merangkumi pemilikan
tunggal, perkongsian, Kebaikan Kelemahan
syarikat, koperasi, dan - Mudah ditubuhkan - Liabiliti tidak terhad
mengaitkannya dengan - Mudah diuruskan - Modal terhad
undang-undang yang - Pasaran yang terhad - Pemilik tiada kemahiran / terhad
berkaitan;
MUKA SURAT 10
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c) Menjelaskan langkah- - Modal kecil - Beban pengurusan
langkah penubuhan - Sesuai bagi orang yang baru belajar - Perniagaan jarang kekal dalam jangka
organisasi tersebut; berniaga untuk dapat perniagaan panjang
- Mudah dikawal - Cukai persendirian - kadar tinggi
- Perkhidmatan bersifat peribadi

3. Langkah penubuhan
 Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan borang PNA 42
 Permohonan pendafratan menggunkan borang A
 Yuran pendafratan
 Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (borang D) dan mempamerkannya..

Perkongsian
1. Ciri-ciri
 Dimiliki sekurang-kurangnya 2 -20 orang pemilik
 Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah yang dipersetujui
 Agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal
 Liabiliti tidak terhad
 Cukai pendapatan perseorangan bukan cukai perniagaan
 Dikawal oleh akta perkongsian 1961

2. Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemahan
- Prodsedur penubuhan mudah & ringkas - Liabiliti tidak terhad
- Sumber modal lebih banyak - Penubuhan tidak kekal lama
- Mudah untuk mendpatkan pinjaman
- Risiko perniagaan dikongsi bersama
- Berkongsi kepakaran

MUKA SURAT 11
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Langkah penubuhan
 Membuat permohonan mendaftar dengan menggunkan borang A yang mengandungi butiran berikut:-
- Nama dan alamat ahli
- Nama dan jenisnperniagaan yang dijalankan
- Tempoh perkongsian
- Sumbangan modal setiap ahli
- Nisbah pembahagian untung
- Tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi
 Yuran pendaftaran
 Sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan.

Syarikat Berhad
1. Ciri-ciri syarikar Sendirian berhad
 Ahli 2-50 orang
 Perkataan “Sdn” pada sebahagian dari nama syarikat
 Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja
 Pemegang saham adalah pemilik syarikat
 Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham
 Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
 Untung syarikat dikenakan cukai8 keuntungan syarikat.

2. Ciri-ciri syarikat awam berhad


i. Pemegang saham adalah pemilik syarikat
ii. Ahli minimum 2 orang dan tidak ada had
iii. Libiliti pemegang saham adalah terhad
i. Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham
ii. Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
iii. Untung syarikat dikenakan cukai8 keuntungan syarikat.

MUKA SURAT 12
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kekuatan dan kelemahan

Kebaikan Kelemaahan
- Modal besar - Kos penubuhan sangat tinggi dan
- Liabiliti terhad pembubaran yang kompleks
- Operasi dapat mengembangkan - Konflik kepentingan dalam
perniagaan pengurusan
- Terdapat pengkhususan – - Pertelingkahan antara pemegang
kewangan, pemasaran, sumber saham
manusia - Laporan kewangan mengikut Akta
- Jangka hayat lebih panjang Syarikat 1965, perlu diaudit
- Percukaian - Keputusan dibuat lambat kerana perlu
- Syarikat sendirian berhad sebagai mendapat persetujuan daripada
entiti yang berasingan, boleh pemegang saham
didakwa dan mendakwa - Kurang kerahsiaan

4. Langkah penubuhan
i. Tatawujud syarikat yang memperihalkan tentang pembatalan seksyen 15 Akta Syarikat 1965
ii. Mendapatkan kelulusan sari suruhanjaya sekuriti berkaitan prospektos dan penyenaraian saham
dibursa saham
iii. Pengedaran borang permohonan saham dan perspektus.
iv. Mendapatkan sujil perakuan perniagaan oleh pendaftar syarikat.

MUKA SURAT 13
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Koperasi:
1. Ciri-ciri
i. Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang
ii. Modal diperolehi dari ahli melalui pungutan yuran
iii. Diuruskan dan ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa
mesyuarat Agong tahunan
iv. Liabiliti terhad
v. Agihan untung dalam bentuk dividen dan bonus

2. Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan Kelemaahan
- Keuntungan dan kebajikan kepada - Diuruskan oleh ahli yang kurang
ahli berkelayakan dan pengalaman
- Liabiliti ahli terhad - Dikuasai oleh golongan minoriti yang
- Cukai lebih rendah daripada aktif dalam mengambil bahagian
perniagaan dalam koperasi
- Mewujudkan swemangat kerjasama - Masalah dalam mencari pengganti
dan saling membantu antara ahli kepada pihak pengurusan yang lama
- Lebih demokratik - Modal bergantung kepada yuran dan
keuntungan yang kecil
- Operasi adalah mengikut akta
koperasi dan dikawal rapi oleh SKM.

MUKA SURAT 14
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Langkah penubuhan
1. Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui Pejabat Pembangunan
Koperasi wilayah atau daerah.

2. Apabila kelulusan untuk menubuhkan koperasi diperolehi dari Jabatan Pembangunan


Koperasi,Jawatankuasa Penaja – 10 orang akan dilantik untuk menjalankan tugas-tugas awalan berikut;
i. Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan
ii. Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain yang termaktub dalam objektif penubuhan
iii. Mengubal undang-undang kecil berdasarkan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh
Jabatan Pembangunan Koperasi
iv. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota,
v. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota.

3. Mesyuarat Agung Penubuhan/Permulaan diadakan bertujuan untuk;


i. Mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhkan koperasi
ii. Menerima undang-undang kecil
iii. Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi

 Seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Koperasi akan hadir untuk memberikan penerangan
secara am mengenai hak dan tanggungjawab ahli dan aktiviti koperasi.

4. Dokumen Pendaftaran perlu diserahkan kepada Pendaftar Koperasi


 Tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat agung penubuhan
 Dokumen yang perlu di hantar adalah;
i. Borang permohonan yang telah ditandatangani oleh 10 orang Jawatankuasa Penaja
ii. 3 naskah Undang-undang Kecil koperasi
iii. Minit Mesyuarat Agung penubuhan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang
hadir.
5. Sijil Perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar setelah koperasi didaftarkan.

MUKA SURAT 15
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
1.3.2 Aktiviti Perniagaan Aktiviti perniagaan
 Pengeluaran: ekstraktif, barangan konsumer, barangan industri, pembuatan dan pemasangan
d) Membandingkan aktiviti  Perkhidmatan: runcit, borong, kewangan, profesional, perhotelan, dan pendidikan
perniagaan berasaskan
Perbandingan antara perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan
pengeluaran dan
Aktiviti berasaskan pengeluaran Aktiviti berasaskan perkhidmatan
perkhidmatan;
 Melibatkan barang fizikal /nampak  Melibatkan barang tak nampak
 Boleh disimpan  Tidak boleh disimpan

e) Menjelaskan aktiviti Pengeluaran – merujuk kepada proses mengeluar atau menghasilkan produk fizikal oleh sebuah syarikat perniagaan
perniagaan berasaskan bagi memuaskan kehendak pengguna.
pengeluaran seperti
ekstraktif, barangan Aktiviti pengeluaran berasaskan pengeluaran merangkumi:-
pengguna (konsumer), 1. Ekstraktif
barangan industri,  Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi.
pembuatan, pemasangan,  Contoh perlombongan,pertanian,perikanan dan pembalakan.
dan seumpamanya;
2. Barangan pengguna/konsumer
 Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan organisasi.
 Contoh pisang di buat kek untuk dimakan sendiri dan ahli keluarga.
3. Barangan industri
 Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang / keluarannya kepada pembuat / syarikat lain dan
barangan tersebut diproses seterusnya / transformasi / tambah nilai bagi dijual semula / menghasilkan
produk.
 Contoh pisang dibuat kek untuk dijual semula.

4. Pembuatan
 Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunkan sumber-sumber seperti bahan
mentah, manusia, mesin dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan.
5. Pemasangan
MUKA SURAT 16
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagia atau komponen produk untuk menghasilkan barangan
siap untuk dipasarkan.

f) Menjelaskan aktiviti Perkhidmatan – sesuatu aktiviti yang boleh ditawarkan dipasaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.
perniagaan berasaskan
perkhidmatan seperti 1. Runcit
peruncitan,  Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti yang kecil.
pemborongan, kewangan,  Contoh kedai runcit
profesional, perhotelan, 2. Borong
pendidikan, dan  Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak oleh pemborong dan
seumpamanya; kemudian menjualkan semula kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.
 Contoh pasar borong.
3. Kewangan
 Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya untuk tujuan perniagaan ataupun
persendirian.
 Contoh Bank, institusi kewangan kerajaan serta badan-badan swasta dan badan berkanun.
4. Profesional
 Kepakaran dan kemahiran khusus yang ditawarkan oleh sesebuah syrikat perniagaan
 Contoh perundangan, perakaunan, perubatan dan lain-lain

5. Perhotelan
 Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan reakrasi kepada pelangn mengikut kadar
yang tertentu serta kemampuan pelanggan
 Contoh hotel Hilton, Hotrl Bajet Home stay dan lain..
6. Pendidikan
 Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat bagi menyediakan sumber
tenaga manusia/modal insan.
 Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika sehinggalah keperingkat tertinggi iaitu universiti.
 Contoh Tadika, sekolah, madrasah, kolej, Universiti.
MUKA SURAT 17
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
1.3.3 Sektor perniagaan 1. Swasta
g) membincangkan peranan  Merujuk kepada firma perniagaan yang dimiliki oleh individu atau kumpulan individu secara peribadi dan
sektor industri seperti menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
swasta, awam, dan badan 2. Awam
berkanun dalam  Organisasi yang dimiliki, dibiayai, dan diuruskan oleh pihak kerajaan.
perkembangan 3. Badan berkanun
perniagaan;  Ialah agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan tanggungjawab terhadap
aktiviti kerajaan secara khusus. Cth: MARA, MARDI, MADA dll.

Peranan antara sektor swasta, awam dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi
negara:

1. Pihak swasta:
 Menjalankan aktiviti perniagaan
 Memberi peluang pekerjaan
 Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan.
 Menyediakan pembaikan kemudahan awam

2. Sektor awam:
 Pendorong dan penyokong dengan memberi kemudahan dan panduan kepada pihak swasta.
 Mengurangkan lapisan birokrasi di sektor awam

3. Badan Berkanun:
 Mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan.
 Menjaga kewibawaan sektor swasta.
 Menyediakan sumber manusia – universiti

MUKA SURAT 18
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi negara:


4. Menyediakan kemudahan Infrastruktur / Perkhidmatan awam
 Kemudahan pengangkutan / elektrik/air dan telekomunikasi /Perkhidmatan keselamatan / kemudahan
pendidikan/ kemudahan perkhidmatan kesihatan
 Contoh –membina lebuhraya dari Johor baharu ke Padang Besar untuk melancarkan agihan barangan.
5. Mengamalkan monopoli semula jadi
 Melaksanakan projek berisiko /projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi/Mengelakkan
persaingan yang merugikan/Memastikan dapat menikmati faedah skel ekonomi bidangan
 Contoh:membina empangan hidro untuk membekalkan kuasa elektrik
6. Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan
 Menetukan kaedah percukaian yang sesuai/memberi bantuan subsidi/pinjaman/kepakaran/ membentuk
dasar belanjawan yang fleksibel.
 Contoh: mengurangkan kesan inflasi kepada ekonomi melalui kenaikan kadar faedah
7. Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan
 Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam/Menjamin kepentingan pengguna/menggubal akta
dan peraturan/mengeluarkan lesen/Penyebaran maklumat/ tentang peraturan dan prosedur yang
jelas/mengenakan tindakan atau mendakwa
 Contoh: penetapan harga maksimum bagi barang kawalan untuk mengelakkan inflasi/ kuasa beli
8. Melaksanakan program Pendidikan Pengguna
 Menjaga kepentingan pengguna/penyampaian maklumat yang tepat/mengadakan penerbitan risalah/
majalah/ pengiklanan/ Mengadakan seminar kepenggunaan
 Contoh : mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan untuk mengurangkan aliran keluar mata
wang/menggalakkan perniagaan domestik.
9. Mewujudkan peluang pekerjaan
 Mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan taraf hidup/meningkatkan kuasa beli
 Contoh :mewujudkan skim jawatan sementara/kontrak di jabatan kerajaan bagi memberi pendapatan
kepada lepasan universiti untuk mengurangkan pengangguran
MUKA SURAT 19
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan
1. Perniagaan dapat beroperasi secara sah.
2. Mendapat kemudahan infrastruktur
3. Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan
4. Mendapat sumber pembiayaan
5. Mendapat garis panduan menjalankan aktiviti perniagaan
6. Mendapat peluang perniagaan di luar negara
7. Faedah dari penyelidikan
8. Pembangunan/latihan/khidmat nasihat
9. Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan

1.3.4 Tahap perniagaan


h) Menjelaskan tahap-tahap Tahap Perniagaan :-
perniagaandari perspektif i. Primer
berikut. Aktiviti peringkat premier merujuk kepada pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang
i. Primer, sekunder, dan diperoleh dari alam semula jadi.
tertiar
ii. Sekunder
Aktiviti peringkat sekunder merujuk kepada aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah
yang didapati daripada aktiviti peringkat premier.

iii. Tertier
Ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi
Contoh perniagaan tahap tertiar:
 Perkhidmatan langsung seperti doktor dan pendandan rambut
 Perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL
 Perkhidmatan bank seperti perkhidmatan pinjaman oleh Maybank Malaysia Bhd
 Perkhidmatan insuran seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh Great Eastern Assurance Bhd
 Perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh Sherwood Marina Cove
 Perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh Telekom
MUKA SURAT 20
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Huluan dan hiliran 1. Huluan
 Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum
perniagaan lain dapat dijalankan.
 Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah.
 Contoh: perniagaan francais KFC (asas) membuka perniagaan perladangan KFC (huluan )

2. Hiliran
 Aktiviti hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi memproses bahan
mentah menjadi barangan siap untuk dipasarkan.
 Malaysia Bhd

iii. Domestik dan 1. Domestik


antarabangsa  Perniagaan yang beroperasi dalam negara
 Menggunakan sumber / input / kewangan yang terdapat dalam negara
 Pasaran / pelanggan dalam negara

2. Antarabangsa
 Perniagaan antarabangsa merujuk kepada perniagaan yang sebahagian aktiviti atau kegiatan perniagaannya
melibatkan negara luar

MUKA SURAT 21
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Contoh Soalan
1. Nyatakan lima kekurangan perniagaan pemilikan tunggal.[5]
Cadangan jawapan
Kelemahan perniagaan pemilikan tunggal:
 Kesukaran mendapatkan modal dari bank untuk membiaya kos pembuatan dan kos untuk membesarkan operasi perniagaan .
 Kerugian perniagaan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik .
 Liabiliti tidak terhad / aset persendirian akan digunakan untuk membayar hutang perniagaan .
 Risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemilik .
 Pemilik mempunyai kemahiran terhad / kekurangan kemahiran .
 Beban pengurusan ditanggung oleh pengurus / pemilik sahaja
 Perniagaan jarang kekal dalam jangka panjang / jangka hayat perniagaan pendek / perniagaan milikan tunggal akan tamat sekiranya pemilik
meninggal dunia
2. Terangkan perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan [6]
Cadangan jawapan

Asas Perbandingan Organisasi perniagaan Organisasi bukan perniagaan


Matlamat / tujuan Bermatlamatkan untung Bermatlamatkan kebajikan sosial
Sumber kewangan Modal / keuntungan / pinjaman / simpanan Yuran ahli / sumbangan masyarakat / (geran kerajaan)
peribadi
Aktiviti yang Penjualan/ menghasilkan/ mengeluarkan barang Bercorak kemasyarakatan / rekreasi / aktiviti sosial (penajaan
dijalankan utama dan perkhidmatan pendidikan) / aktiviti suka rela
penubuhan Ditubuhkan/tertakluk di bawah Akta Syarikat Ditubuhkan/tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966
1965
Pendaftaran Didaftarkan di Pendaftar Syarikat (ROC) Didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS)
organisasi
Percukaian Dikenakan cukai Tidak dikenakan cukai

MUKA SURAT 22
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Terangkan empat persekitaran umum dan bincangkan bagaimana setiap persekitaran tersebut mempengaruhi prestasi perniagaan.[12]

Cadangan Jawapan

Empat persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi perniagaan:

1. Persekitaran ekonomi
 Risiko dan ketidakpastian pasaran
 Dinamik / perubahan-perubahan pasaran
 Kedudukan pasaran wang
 Keadaan-keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi
 Pusingan perniagaan
 Contoh: Penempatan pasar raya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan mampu.

2. Persekitaran politik dan perundangan


 keadaan politik dan polisi awam sesebuah negara
 peraturan, kawalan, sokongan dan galakan kerajaan
 sistem percukaian
 Contoh: Pusat hiburan, kedai minuman keras dan pusat mainan video cukai dinaikkan

3. Persekitaran sosiobudaya
 hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum
 perlindungan dan tanggungjawab sosial yang dipegang sesuatu bangsa
 perubahan populasi
 etika perniagaan
 Contoh: keperluan pakaian orang Melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang Cina. Oleh itu tak sesuai jual baju melayu di Petaling
Street.

MUKA SURAT 23
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Persekitaran persaingan
 persaingan yang dihadapi
 jenis struktur pasaran (persaingan tulen, monopoli, oligopoli)
 persaingan harga
 persaingan produktiviti
 persaingan antarabangsa
 Contoh: perniagaan makanan segera, kereta baru / kereta terpakai.

5. Persekitaran teknologi
 sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau membentuk tugas atau prosedur
kerja yang baru dan lebih baik.
 Contoh: Teknologi komputer dalam perniagaan, penggunaan E-mail, E-Commerce

6. Persekitaran fizikal
 persaingan dikaitkan dengan tenaga (minyak, elektrik dll.)
 sumber semula jadi
 pencemaran alam sekitar, ekologi
 kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
 Contoh: kemudahan berdekatan pelabuhan bagi mengurangkan kos pengangkutan untuk eksport dan import sama ada input / output

MUKA SURAT 24
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK HURAIAN
HASIL PEMBELAJARAN
RUJUKAN
BAB 2 : PENGELUARAN
2.1 Skop dan Proses Pengeluaran
2.1.1 Peranan Takrif pengeluaran:
a) mentakrifkan  Pengeluaran merujuk kepada sebarang aktiviti, kegiatan atau pekerjaan berkaitan dengan mengeluar, mencipta,
pengeluaran/operasi menyiapkan bahan mentah, dan memberi perkhidmatan.
(termasuk servis) dan
 Juga melibatkan proses pencarian idea, perancangan pengurusan dan keseluruhan aktiviti dalam pengeluaran
peranannya;
produk.
Sabri hj Hussin (2010)
Takrif pengurusan pengeluaran
Zafir Mohd Makhbul (2003)
 Suatu proses pengurusan yang menggabungkan sumber-sumber perniagaan seperti sumber manusia dan mesin
bagi mengeluarkan barangan atau menawarkan perkhidmatan.

 satu sistem yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan
perkhidmatan.

Contoh Aktiviti pengeluaran:


1. Pengeluaran secara fizikal :
 Penghasilan burger McDonald
 Pengeluaran Bihun Sufi
 Pemasangan Pesawat Boeng 737-300

2. Pengeluaran bukan fizikal [servis/perkhidmatan] :


 Pendidikan
 Perubatan
 Guaman
 Khidmat nasihat

MUKA SURAT 25
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Peranan pengeluaran:
1. Menghasilkan output : produk fizikal dan perkhidmatan
2. Mengawal kualiti produk dan perkhidmatan
3. Mengawal kos semasa pengeluaran
4. Mengawal kecekapan penggunaan sumber
5. Memastikan produktiviti adalah maksimum
6. Mengawal selia kelancaran proses pengeluaran
7. Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi
2.1.2 Evolusi
b) menjelaskan evolusi Evolusi Konsep Tahun Pelopor
pengeluaran bermula Revolusi industri Enjin wap 1769 James Watt
dengan revolusi industri, Pembahagian kerja 1776 Adam Smith
pendekatan saintifik, ‘Interchangeable Parts’ 1790 Eli Whitney
hubungan manusia,
penyelidikan operasi, Pengurusan saintifik Prinsip Pengurusan Saintifik 1911 Frederick W.Taylor
kualiti, globalisasi, dan Kajian masa dan pergerakan 1911 Frank and Lillian Gilbreth
revolusi Teknologi Carta penjadualan aktiviti [Gantt] 1912 Henry Gantt
Maklumat dan Barisan pemasangan bergerak 1913 Henry Ford
Komunikasi (ICT); Perhubungan manusia Kajian Hawthorne 1930 Elton Mayo
Teori Motivasi 1940an Abraham Maslow
1950an Frederick Herzberg
Sabri Hj Hussin [2010]
1960an Douglas McGregor
Russell & Taylor [2006]
Penyelidikan Pengaturcaraan linear 1947 George Dantzig
pengeluaran [operasi] Komputer digital 1951 Remington Rand
Simulasi, Teori Barisan menunggu, 1950an Operations Research Group
Teori Keputusan,
PERT/CPM
MRP, EDI, EFT, CIM 1960an Joseph Orlicky,
1970an IBM

MUKA SURAT 26
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Revolusi kualiti Just in Time [JIT] 1970an Taiichi Ohno [Toyota]
TQM [Total Quality Management] 1980an W.Edwards Deming, Joseph
Juran
Strategi dan operasi Wickham Skinner, Robert
Hayes
Proses Perniagaan 1990an Michael Hammer, James
Merekayasa [Reengineering] Champy

Globalisasi WTO [World Trade Organization] 1990an Banyak negara dan syarikat
EU [European Union] 2000an yang terlibat
Other trade agreements
Revolusi internet Internet, WWW 1990an ARPANET, Tim Berners-Lee
ERP, Pengurusan Rantaian Bekalan SAP, i2 Technologies. Oracle,
PeopleSoft
E-Dagang 2000an Amazon, Yahoo, Ebay.

2.1.3 Cabaran Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran:


c) menghuraikan cabaran
yang dihadapi oleh 1. Peningkatan teknologi
pengurus pengeluaran;  Wujudnya kaedah dan teknologi baru yang membolehkan proses pengeluaran yang lebih cepat
menuntut pengurus lebih peka kepada perubahan tersebut sama ada untuk menggantikan dengan
Russell & Taylor [2006]
kaedah sedia ada dengan kaedah dan teknologi baru tersebut.
Heizer & Render [2011]
 Pengurus juga perlu lebih peka terhadap persekitaran akibat perubahan teknologi ini.
 Pengurus perlu menggantikan mesin lama dengan mesin yang berteknologi baru.

2. Penekanan pada kualiti


 Pengurus pengeluaran perlu memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang baik
secara berterusan kerana pengguna kini menitikberatkan aspek ini dalam produk yang dibeli oleh
mereka.
MUKA SURAT 27
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Pengurus perlu memastikan produk yang dikeluarkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh
industri seperti pematuhan kepada SIRIM, ISO dan sebagainya.
 Pengurus perlu bijak menangani peningkatan kos tambahan untuk pengeluaran produk berkualiti
seperti membeli mesin baru yang boleh menghasilkan produk yang lebih berkualiti.
 Pengurus perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap persekitaran lain bagi memastikan kaedah
pengeluaran yang digunakan adalah yang terbaik untuk kualiti terbaik.

3. Isu penjagaan alam sekitar


 Pengurus pengeluaran perlu sentiasa peka dengan kesan pengeluaran ke atas alam sekitar di samping
objektif syarikat untuk mendapat keuntungan.
 Pencemaran alam perlu dielakkan sebaliknya mengambil langkah pemuliharaan alam sekitar.
 Pengurus perlu memastikan sisa pengeluaran dikendalikan mengikut peraturan kerana pihak kerajaan
dan masyarakat sekarang sangat mementingkan aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
 Pengurus perlu pastikan sisa pengeluaran dihapuskan di tempat yang ditetapkan.

4. Sumber semakin berkurangan


 Sumber manusia semakin berkurang dan pengurus perlu memastikan pekerja sentiasa mencukupi
.untuk mengelakkan proses pengeluaran tergendala.
 Sumber bahan mentah semakin berkurang dan pengurus pengeluaran perlu memastikan bahan
mentah sentiasa mencukupi supaya proses pengeluaran tidak tergendala
 Sumber kewangan yang semakin berkurang di mana pengurus pengeluaran perlu sentiasa
memastikan bajet diuruskan dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan proses tergendala akibat
masalah kewangan.

MUKA SURAT 28
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.1.4 Perkaitan dengan Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran
jabatan lain
d) menjelaskan hubungan Jabatan pemasaran:
jabatan pengeluaran 1. Membuat tempahan produk kepada jabatan pengeluaran
dengan jabatan 2. Membuat perancangan jumlah produk yang perlu dihasilkan untuk dipasarkan
pemasaran, kewangan, 3. Mendapatkan maklum balas tentang kehendak pelanggan terhadap spesifikasi produk
dan sumber manusia; 4. Memasarkan produk yang dikeluarkan oleh jabatan pengeluaran.

Jabatan pengeluaran:
Russell & Taylor [2006]
1. Mengeluarkan produk berdasarkan tempahan dan spesifikasi daripada jabatan pemasaran
2. Menghasilkan volum produk berdasarkan jumlah perancangan jualan daripada jabatan pemasaran
3. Membuat penambahbaikan dan perubahan berdasarkan perubahan cita rasa pelanggan yang dikenal pasti
oleh jabatan pemasaran
4. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan produk berdasarkan maklumat pelanggan daripada
jabatan pemasaran.

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan

Jabatan kewangan:

1. Menyediakan peruntukan dan sumber kewangan berdasarkan keperluan yang dimaklumkan oleh jabatan
pengeluaran.
2. Menerima cadangan daripada jabatan pengeluaran untuk sebarang penambahan pelaburan dalam bentuk aset
seperti pembelian mesin, pembesaran kilang dan sebagainya.
3. Menyediakan laporan kewangan kepada jabatan pengeluaran berkaitan kos overhed dan kos pengeluaran
langsung untuk tindakan sewajarnya

MUKA SURAT 29
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jabatan Pengeluaran:

1. Memberi maklumat berkaitan keperluan kewangan untuk sebarang aktiviti operasi pengeluaran kepada
jabatan kewangan.
2. Membuat cadangan kepada jabatan kewangan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membuat
pelaburan tambahan untuk menambah kecekapan pengeluaran.
3. Menyediakan rancangan belanjawan atau bajet kepada jabatan kewangan untuk diluluskan.

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia

Jabatan sumber manusia:

1. Memberi maklumat kebersediaan sumber manusia organisasi kepada jabatan pengeluaran untuk merancang
sebarang program dalam jabatan.
2. Merekrut, membuat pemilihan, mengadakan program orientasi, melaksanakan program latihan yang
berkaitan dengan jabatan pengeluaran.

Jabatan pengeluaran:
1. Membuat unjuran keperluan sumber manusia dalam jabatan pengeluaran kepada jabatan sumber manusia.
2. Memaklumkan kepada jabatan sumber manusia apabila berlaku pemecatan pekerja atau pengurangan dalam
bilangan sumber manusia dalam jabatan pengeluaran.

e) menjelaskan sistem dan Sistem Pengeluaran:


subsistem pengeluaran.  Sistem pengeluaran merupakan satu sistem transformasi yang menukarkan input kepada output.
Heizer & Render [2011]
 Di dalam sistem pengeluaran, terdapat beberapa komponen dan elemen yang saling berhubung kait seperti:
1. Input yang terdiri daripada semua sumber yang digunakan semasa proses transformasi
2. Proses transformasi terhadap input
3. Output yang terdiri daripada produk siap dan produk separuh siap.
4. Aset yang digunakan termasuklah kilang, mesin dan peralatan.
MUKA SURAT 30
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Sumber manusia yang terdiri daripada pekerja yang terlibat dalam aspek fizikal dan mental, mahir dan tidak
mahir.
6. Sumber modal termasuklah kewangan yang dilaburkan oleh pemilik, pemegang saham dan pinjaman bank.
7. Teknologi yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Subsistem Pengeluaran:
 Subsistem pengeluaran merujuk kepada sistem pengeluaran yang lebih kecil dalam satu sistem yang lebih besar
dan rumit.
 Subsistem pengeluaran merujuk kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dalam sistem pengeluaran yang
terlibat secara langsung dalam membentuk satu sistem pengeluaran.
 Ia meliputi unit-unit yang kecil di bawah sistem pengeluaran seperti unit kawalan inventori, pengurusan logistik,
unit kawalan kualiti dan sebagainya.

2.1.5 Proses pengeluaran Proses Pengeluaran:


f) menjelaskan proses
pengeluaran merangkumi
input, proses
transformasi, dan output;

Sabri Hj Hussin [2010]


Heizer & Render [2011]
1. Input
Griffin & Ebert [1996]
i. Proses penyediaan faktor pengeluaran yang akan digunakan semasa proses pengeluaran seperti bahan
mentah, mesin, peralatan, modal insan, teknologi, dan modal.
2. Proses Transformasi
i. Proses mengubah input pengeluaran kepada produk siap dan separuh siap melalui proses tambah nilai ke
atas bahan mentah menggunakan semua mesin dan peralatan, teknologi dan juga kepakaran modal insan.
3. Output
i. Output merupakan produk siap dan produk separuh siap yang akan dipasarkan oleh jabatan pemasaran
kepada pengguna akhir atau pengguna industri.

MUKA SURAT 31
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.2 Perancangan Pengeluaran
2.2.1 Reka bentuk 1. Simplification
pengeluaran  Reka bentuk pengeluaran yang mengurangkan kuantiti bahagian, komponen, atau proses pemasangan dalam
a) menjelaskan reka bentuk pengeluaran produk
pengeluaran merangkumi  Reka bentuk pengeluaran simplification merujuk kepada proses menjadikan sesuatu proses pengeluaran
simplification, lebih mudah dan banyak peringkat atau langkah kepada beberapa langkah yang digabungkan.
standardization dan  Tujuan reka bentuk simplification ini ialah untuk menjimatkan tempoh masa dan kos pengeluaran di mana
modular; semua sumber akan digunakan secara optimum.

Russell & Taylor [2006] 2. Standardization


Heizer & Render [2011]  Reka bentuk pengeluaran yang menggunakan bahagian yang seragam dan biasanya boleh ditukar ganti
dengan mudah.
 Reka bentuk pengeluaran standardization merujuk kepada proses penyediaan satu piawaian atau satu
standard pengeluaran yang perlu diikuti sepanjang proses pengeluaran termasuklah:
1. Standard teknikal dan prosedur
2. Standard spesifikasi produk
3. Standard kaedah ujian
4. Standard kualiti produk
5. Standard tempoh masa pengeluaran.

3. Modular
 Reka bentuk pengeluaran yang menggabungkan blok pembinaan yang standard, atau modul, untuk mencipta
produk siap yang unik.
 Reka bentuk pengeluaran ini menggunakan komponen-komponen prasiap yang disediakan di kilang,
diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual untuk menghasilkan produk siap.
 Reka bentuk pengeluaran modular ialah proses membahagikan proses pengeluaran yang kepada bahagian
atau unit-unit pengeluaran yang lebih kecil dalam sel-sel tertentu.
 Tujuan reka bentuk ini adalah untuk memastikan proses pengeluaran mudah dipantau dan sebarang kesilapan
lebih mudah dikenal pasti.

MUKA SURAT 32
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.2.2Jenis-jenis pengeluaran Jenis-jenis pengeluaran
b) menjelaskan jenis
pengeluaran mengikut 1. Pengeluaran secara tempahan
tempahan, secara massa,  Pengeluaran secara tempahan melibatkan pengeluaran dan penghasilan produk mengikut spesifikasi dan ciri
dan secara berkelompok; yang dipersetujui oleh pelanggan.
 Biasanya ciri-ciri jenis pengeluaran secara tempahan ini ialah:
1. Masa lama untuk disiapkan
Heizer & Render [2011]
2. Modal dan pelaburan yang besar diperlukan
3. Kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan produk mengikut spesifikasi pelanggan
4. Penggunaan teknologi yang canggih dan terkini
5. Produk dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.
6. Produk hanya dihasilkan selepas mendapat tempahan daripada pelanggan.
7. Contoh pengeluaran : Pembinaan rumah, tempahan makanan katering.

2. Pengeluaran Secara massa


 Pengeluaran secara massa merujuk kepada pengeluaran secara berterusan, berulangan, dan secara besar-
besaran dengan volum pengeluaran yang besar.
 Antara ciri-ciri pengeluaran secara massa ialah:
1. Produk yang seragam
2. Pengeluaran dalam satu barisan yang panjang
3. Pengeluaran secara berterusan dan kadang kala melibatkan operasi 24 jam
4. Proses pengeluaran melibatkan penggunaan mesin dan jentera yang dikawal oleh komputer
5. Melibatkan barangan keperluan harian
6. Contoh : pengeluaran minyak masak, gula, sabun dan sebagainya.

3. Pengeluaran Secara kelompok


 Pengeluaran secara kelompok melibatkan proses pengeluaran produk yang dihasilkan mengikut kehendak
dan spesifikasi yang ditentukan oleh pengguna atau pelanggan.
 Antara ciri-ciri bagi pengeluaran secara kelompok ini ialah:
1. Produk dikeluarkan dalam kuantiti yang sederhana
MUKA SURAT 33
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Standard dan spesifikasi ditentukan oleh pelanggan
3. Pengeluaran barangan yang mempunyai fungsi yang sama
4. Pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan kelompok yang lain.
5. Segala peralatan disusun untuk mengeluarkan produk atau barangan yang berbeza
6. Semua tenaga kerja akan disusun bagi mengeluarkan produk yang berbeza mengikut kelompok.
7. Contoh : Percetakan buku dan majalah, pemasangan barangan elektronik, penghasilan kek di kedai kek
dan sebagainya.
2.2.3Susun atur proses Susun atur proses pengeluaran
pengeluaran
c) menjelaskan objektif 1. Susun atur tetap
susun atur dan jenis-jenis  Ciri-ciri susun atur proses pengeluaran secara susun atur tetap:
susun atur secara tetap, 1. Proses pengeluaran adalah kekal di satu lokasi dari awal hingga siap
proses, produk, dan 2. Semua input pengeluaran akan dibawa ke lokasi pengeluaran
selular; 3. Ciri-ciri produk biasanya berat, besar, mudah pecah
4. Kos yang tingi untuk hasilkan suatu produk
5. Biasanya produk dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan.
Russell & Taylor [2006]
6. Contoh pengeluaran : Pembinaan lebuh raya, jambatan, bangunan, kapal laut, kapal terbang, empangan,
Heizer & Render [2011]
dan sebagainya.

2. Susun atur proses


 Ciri-ciri susun atur pengeluaran secara susun atur proses ialah :
1. Input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan disusun mengikut fungsi
kerja.
2. Penghasilan produk adalah tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti keluaran.
3. Pengeluaran adalah dalam kumpulan atau kelompok yang kecil.
4. Pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini.
5. Berlaku perkongsian sumber di mana semua sumber akan digunakan secara bersama oleh pekerja yang
berbeza.
6. Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan hospital, perkhidmatan bank, bengkel perkayuan, kek
tempahan, dan sebagainya.
MUKA SURAT 34
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Susun atur produk
 Ciri-ciri susun atur pengeluaran secara susun atur produk ialah:
1. Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan akan disusun khusus
mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.
2. Pengeluaran melibatkan penghasilan produk yang seragam.
3. Pengeluaran melibatkan volum kuantiti yang banyak
4. Wujud lini atau barisan pemasangan dalam proses pengeluaran
5. Contoh: Pengeluaran-pengeluaran automobil, pemprosesan makanan, pengeluaran kasut, pemasangan
komputer, barangan elektrik, dan sebagainya.

4. Susun atur selular

 Ciri-ciri susun atur selular dalam susun atur proses pengeluaran ialah:
1. Susun atur selular adalah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan hanya
menggunakan bahan dan alatan yang sedikit.
2. Semua peralatan dan stesen kerja akan disusun dalam urutan yang melalui sesuatu proses yang
menyokong aliran dan susunan bahan mentah dan komponen secara lancar, tanpa berlaku kelewatan.
3. Melibatkan produk yang memerlukan banyak gabungan komponen
4. Kepakaran berbeza untuk setiap komponen pengeluaran dalam setiap sel pengeluaran atau penghasilan
komponen.

2.2.4 Lokasi kilang Objektif pemilihan lokasi kilang


d) menjelaskan objektif
pemilihan lokasi kilang Sebelum sesebuah kilang dibina, beberapa faktor perlu diambil kira bagi memastikan kelancaran operasi kilang
dan faktor-faktor yang tersebut terjamin bagi jangka masa pendek dan panjang. Antara faktor terpenting dalam pembinaan sesebuah kilang
mempengaruhi pemilihan ialah faktor lokasi kilang tersebut.
lokasi.
Antara objektif pemilihan lokasi kilang ialah:
1. Mengurangkan kos pengeluaran
2. Memaksimakan keuntungan
MUKA SURAT 35
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Russell & Taylor [2006] 3. Memudahkan logistik
Heizer & Render [2011] 4. Mewujudkan harga produk yang lebih kompetitif

Berikut ialah faktor-faktor yang perlu diambil kira dan boleh mempengaruhi pemilihan lokasi kilang.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kilang

1. Bekalan tenaga buruh


 Bekalan tenaga buruh adalah faktor terpenting untuk menjalankan proses pengeluaran.
 Jadi, pengeluar harus memastikan lokasi kilang yang hendak dibina memenuhi pertimbangan :
1. Kos buruh
2. Kuantiti penawaran buruh
3. Etika buruh, dan
4. Tahap kemahiran buruh.

2. Sistem pengangkutan dan logistik


 Kemudahan pengangkutan yang baik seperti lebuhraya, keretapi dan laut juga perlu diambil kira bagi
memastikan bahan mentah dan produk yang siap dihantar dengan segera.
 Sistem pengangkutan dan logistik yang baik akan memudahkan syarikat berhubung dengan pasaran dan
kemudahan penghantaran bahan mentah. Ini akan menjimatkan kos dan mengurangkan kos menyimpan
inventori.

3. Pengguna sasaran
 Pengeluar perlu memastikan kedudukan kilang yang berhampiran dengan pengguna akan meningkatkan
permintaan terhadap produk.

4. Pembekal dan sumber


 Pengeluar juga harus memastikan kilang yang akan dibina adalah berdekatan dengan pembekal bahan
mentah bagi memastikan proses pengeluaran adalah sentiasa lancar dan tidak tergendala.

MUKA SURAT 36
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Kedapatan bahan mentah dan jaraknya dgn kilang menjadi asas pertimbangan pemilihan kawasan kilang.
 Pembekal yang bertolak ansur, cekap dan jujur harus di pertimbangkan sebelum pembinaan sesebuah
kilang.

5. Politik dan sosiobudaya setempat


 Politik dalaman yang stabil membolehkan perniagaan berjalan dengan aman, tiada gangguan dan perubahan
yang kerap terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan.

6. Iklim dan kos utiliti


 Iklim yang sesuai dan bebas dari bencana seperti banjir, gempa bumi membolehkan pengeluaran berjalan
dengan lancar. Kos utiliti seperti tarif air, elektrik dan gas yang berpatutan mengurangkan kos pengeluaran.

7. Peraturan dan kawalan undang-undang


 Pengenaan cukai yang tidak membebankan, perlindungan tariff, perlindungan hak milik mempengaruhi
pengeluar memilih lokasi untuk mengembangkan operasi perniagaan.

8. Saiz dan kos tanah


 Kos tanah yang terlalu tinggi membuatkan pemilik perniagaan mem buat keputusan membeli atau menyewa
sesuatu lokasi. Lokasi perniagaan yang strategic dan menjadi tumpuan ramai mempunyai kos tanah yang
tinggi.

9. Ciri-ciri sosial
 Pendapatan penduduk, budaya dan kualiti hidup seperti kadar upah, keperluan latihan, produktiviti pekerja,
taraf kesihatan, produktiviti, kesatuan sekerja dan lain-lain.

10. Jarak lokasi dengan tempat kemudahan


 Jarak lokasi dengan kemudahan seperti institusi kewangan, pembekal, pemasar memudahkan urusan
pembayaran dan penerimaan wang, bekalan dan pemasaran produk.

MUKA SURAT 37
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.3 Kawalan kualiti
2.3.1Konsep dan proses
kawalan kualiti
a) menjelaskan maksud Maksud kawalan kualiti:
kawalan kualiti,  Kawalan kualiti ialah proses pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan bagi memastikan produk tersebut
kepentingannya, dan menepati piawai dan standard yang telah ditetapkan.
proses (rancang, buat,
semak, dan tindakan - Kepentingan kawalan kualiti:
PDCA);  Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses pengeluaran
 Memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kualiti produk
 Memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti produk.

Proses Kawalan Kualiti

(The Deming Weel)

Russell & Taylor [2006]


Heizer & Render [2011]

1. Rancang (Plan) – Aktiviti mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti masalah, penentuan matlamat dan
membangunkan perancangan untuk penambahbaikan.
2. Buat (Do) - Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang dan mengukur pencapaian
3. Semak (Check) - Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan dan mengenal pasti
segala kecacatan atau pelanggaran piawaian yang telah ditetapkan untuk tindakan seterusnya.
4. Tindakan (Act) – Proses terakhir ialah proses mengambil segala tindakan penambahbaikan atau pembetulan di
atas semua kecacatan dan kesilapan yang dilaporkan.

MUKA SURAT 38
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.3.2Kaedah pemeriksaan Pemeriksaan menyeluruh
b) menghuraikan kaedah  Kaedah pemeriksaan secara menyeluruh adalah satu kaedah di mana semua produk yang dikeluarkan akan
pemeriksaan termasuklah melalui proses pemeriksaan.
pemeriksaan menyeluruh  Pemeriksaan menyeluruh sesuai dilaksanakan bagi pengeluaran produk secara tempahan di mana unitnya adalah
dan pelan pensampelan; kecil.
 Pemeriksaan menyeluruh ini tidak sesuai bagi produk yang dikeluarkan secara massa kerana ia akan mengambil
masa yang lama.
Abu Bakar Hamed [2005]
Pelan persampelan
 Pelan persampelan merujuk kepada pemeriksaan ke atas beberapa sampel yang diambil secara rawak dalam satu
kumpulan atau lot produk.
 Sampel tersebut akan mewakili kumpulan atau lot produk yang telah diperiksa.
 Lot atau kumpulan produk akan diterima sekiranya sampel yang diambil dan diperiksa telah mematuhi piawaian
dan standard pengeluaran yang telah ditetapkan.
 Sekiranya sampel-sampel yang diperiksa didapati banyak yang rosak, lot atau kumpulan produk bagi sampel
tersebut akan ditolak.
 Pemeriksaan secara pelan persampelan ini sesuai untuk produk yang dikeluarkan secara massa atau kelompok.

2.3.3Alat kawalan kualiti Alat-alat kawalan kualiti


c) menghuraikan alat
kawalan kualiti iaitu 1. Kawalan proses secara statistik ( Statistical Process Control )
kawalan proses secara  Mengambil sampel secara berkala semasa proses kerja pengeluaran dan memeriksa sampel tersebut berada
statistik (statistical dalam had kawalan statistik atau sebaliknya
process control), analisis  Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi
nilai tambah, carta suatu produk yang telah dikeluarkan.
kawalan, kajian  Sekiranya ukuran purata sampel produk berada di dalam had kawalan, pengeluaran produk akan diteruskan
kualiti/kos, pasukan manakala jika sebaliknya, tindakan pembetulan perlu dilaksanakan secara segera terhadap bahagian yang
penambahbaikan kualiti, didapati tidak menepati standard kualiti yang telah ditetapkan.
dan penanda aras

MUKA SURAT 39
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(benchmarking); 2. Carta Kawalan
 Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang sedang dijalankan, memantau sejauh mana
Russell & Taylor [2006] produk memenuhi spesifikasi bagi kualiti dan hasil pemantauan direkodkan dalam bentuk carta
Heizer & Render [2011]
3. Kajian Kualiti/Kos
 Menjalankan kajian ke atas kualiti produk berbanding dengan kos produk di mana kajian dibuat untuk
 Alat kawalan kualiti menggunakan kaedah kajian kualiti dan kos merujuk kepada penilaian ke atas kos yang
terlibat untuk meningkatkan kualiti produk termasuk kos pencegahan, kos penilaian, kos kegagalan luaran
dan dalaman.

4. Pasukan Penambahbaikan Kualiti


 Pasukan penambahbaikan kualiti merujuk kepada kumpulan pekerja yang terdiri daripada pelbagai peringkat
dalam unit pengeluaran yang diwujudkan untuk membuat proses kawalan kualiti yang bermula dengan
proses mengenal pasti masalah dalam kualiti produk, membuat analisis, dan menyelesaikan masalah yang
timbul tersebut.

5. Penanda Aras (Benchmarking)


 Kawalan kualiti berasaskan kaedah penanda aras atau benchmarking adalah satu cara sesebuah organisasi
mendapatkan cara terbaik untuk aktiviti pengawalan kualiti produk dan juga aktiviti untuk peningkatan
prestasi organisasi.
 Organisasi yang mempunyai amalan dan kaedah pengurusan kawalan terbaik akan dijadikan contoh rujukan
untuk menanda aras prestasi organisasi tersebut.

6. Analisis Tambah Nilai


 Analisis tambah nilai merujuk kepada satu proses mengeluarkan ciri-ciri dalam suatu produk bagi
menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan tanpa menjejaskan kualiti
produk tersebut.
 Dalam analisis tambah nilai juga, suatu produk akan diberi ciri-ciri tambahan untuk kepuasan pelanggan
tanpa melibatkan penambahan kos pengeluaran yang tinggi.

MUKA SURAT 40
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.3.4Pendekatan kawalan 1. Kawalan Input
kualiti
d) membincangkan  Kawalan input juga dikenali sebagai kawalan awalan.
pendekatan kawalan  Merujuk kepada kawalan ke atas semua input pengeluaran termasuk bahan mentah, peralatan, mesin, modal
kualiti iaitu kawalan insan sebelum aktiviti proses pengeluaran dilaksanakan bai memastikan semua input adalah yang terbaik dan
input, kawalan proses, tanpa sebarang masalah.
dan kawalan output.
2. Kawalan Proses
Abu Bakar Hamed [2005]
 Kawalan proses merujuk kepada kawalan semasa proses pengeluaran berlaku di mana pihak organisasi akan
memastikan proses pengeluaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

 Pengurus akan memastikan operasi berjalan dengan lancar dan sekiranya berlaku sebarang masalah, tindakan
pemulihan dan penambahbaikan akan dilakukan dengan segera.

3. Kawalan Output

 Kawalan output merujuk kepada kawalan selepas sesuatu proses pengeluaran selesai.

 Pengurus akan memantau kualiti produk secara pelan persampelan atau kaedah pemeriksaan menyeluruh
sebelum produk yang dikeluarkan dapat diterima untuk dipasarkan.

MUKA SURAT 41
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.4 Kawalan inventori
2.4.1Jenis-jenis inventori Maksud Kawalan Inventori
a) menjelaskan maksud  Kawalan inventori merujuk kepada satu aktiviti menyimpan dan memastikan inventori atau stok bahan mentah
kawalan inventori, dan barangan siap sentiasa dapat disediakan apabila diperlukan sepanjang masa.
sistem, dan
kepentingannya; Kepentingan Kawalan Inventori
1. Memastikan inventori sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang masa
Abu Bakar Hamed (2005)
2. Memastikan tiada pembaziran kos pemegangan inventori dalam suatu tempoh tertentu
3. Memastikan proses menyediakan produk dalam proses pengeluaran dilakukan secara berterusan
4. Memastikan semua keperluan dalam pasaran dapat dipenuhi apabila diperlukan
5. Memastikan risiko kecurian dan kerosakan pada inventori dapat dikurangkan
6. Mengelakkan berlaku pembaziran sumber

b) menjelaskan jenis-jenis Jenis-jenis inventori


inventori iaitu bahan 1. Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran
mentah, kerja dalam 2. Produk separuh siap yang masih dalam proses transformasi
proses, dan produk siap; 3. Produk siap yang bersedia untuk dipasarkan
4. Alatan penyelenggaraan yang digunakan untuk selenggara mesin dan alatan
Abu Bakar Hamed (2005) Alatan habis guna yang digunakan sepanjang proses pengeluaran.
2.4.2Alat/kaedah kawalan 1. Analisis ABC
inventori  Analisis ABC merujuk satu kaedah kawalan inventori menggunakan pengelasan tahap penggunaan inventori
c) mengenal pasti alat-alat mengikut nilai ringgit penggunaan.
kawalan inventori;  Semakin tinggi nilai ringgit penggunaan suatu inventori, semakin tinggi tahap kepentingannya.
 Tiga tahap inventori yang dikelaskan mengikut nilai penggunaan ringgit iaitu:
1. Tahap A – paling penting
Russell & Taylor [2006] o Penggunaan yang paling tinggi dari segi nilai ringgit dan kerap digunakan
Heizer & Render [2011] 2. Tahap B - sederhana penting
o Penggunaan ringgit yang sederhana dalam inventori tahap ini.
3. Tahap C – kurang penting
o Penggunaan ringgit yang paling kurang dan paling jarang digunakan.
MUKA SURAT 42
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Model Kuantiti Pesanan Ekonomi ( Economic Order Quantity)
 EOQ merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang akan
meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan.
 EOQ juga merupakan satu teknik pengurusan inventori untuk mengimbangi 3 kos yang utama melibatkan
pesanan dan simpanan inventori iaitu :
1. Kos belian – harga belian dan kos penghantaran
2. Kos pesanan – Harga memproses iaitu kos kertas kerja, kos panggilan, kos pemeriksaan barangan dan
lain-lain kos.
3. Kos simpanan [Pegangan] – Kos untuk menyimpan inventori. Insurans, cukai dan lain-lain.

3. Titik Pesanan Semula (Reorder Point)-ROP


 ROP merujuk kepada keputusan untuk menentukan masa yang sesuai untuk memesan semula inventori
dalam suatu kuantiti tertentu.

4. Sistem Tepat Pada Waktu ( Just In Time ) -JIT


 JIT merujuk kepada satu sistem yang memastikan pembekal perlu menghantar bekalan inventori kepada
pelanggan atau organisasi tepat pada masa yang diperlukan dalam satu jumlah minimum yang mungkin.

d) mengaplikasikan kaedah Andaian EOQ :


kuantiti pesanan ekonomi 1. Kadar penggunaan adalah konsisten
[Economic order quantity 2. Item dikeluarkan atau diperolehi dalam bentuk lot dan diterima sekaligus dan tiada had ke atas saiz lot item.
(EOQ)], dan titik pesanan 3. Keputusan untuk sesuatu item tidak bergantung kepada keputusan bagi item yang lain di mana hanya satu
semula [Reorder point item yang terlibat pada suatu masa tertentu.
(ROP)]; 4. Masa menunggu diketahui dengan pasti
5. Kekurangan tidak dibenarkan berlaku
6. Diskaun harga tidak ditawarkan
Russell & Taylor [2006] 7. Kos yang terlibat ialah kos pesanan dan kos pemegangan [penyimpanan] sahaja
Heizer & Render [2011]

MUKA SURAT 43
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Tujuan EOQ
1. Memastikan pengaliran kerja diselenggarakan dengan baik
2. Dapat mengawal kos inventori
3. Untuk menepati masa dan saiz tempahan
4. Dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan pengguna.

MODEL EOQ
 Purata inventori kitaran = Q + 0 = Q
2 2
FORMULA MENCARI NILAI EOQ

EOQ

Di mana :

D = Permintaan ramalan sesuatu item dalam suatu jangka masa


OC = Kos pesanan
V = Kos pesanan sesuatu item
CC = Kos penyimpanan dalam penyenggaraan inventori keseluruhan dalam peratus

 Apabila kos [pemesanan/permintaan/pemegangan] meningkat, EOQ akan meningkat.

Contoh Pengiraan EOQ :


Syarikat SQ sebuah pembekal alat elektronik ingin menentukan kuantiti pesanan ekonominya. Item yang hendak
ditentukan ialah kipas jenama KDK. Ramalan jualan syarikat ialah 4000 unit setahun dan nilai belian setiap item
ialah RM500. Pengurus kewangan telah menganggarkan bahawa setiap pesanan item tersebut ialah RM75 dan
kos penyimpanan termasuk insurans, cukai dan lain-lain adalah 20% setahun dari harga sistem tersebut.
Kirakan EOQ Syarikat Jaya untuk item tersebut.

MUKA SURAT 44
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Penyelesaian:
Maklumat yang diperolehi ialah:
D - 4000 unit
OC - RM75
V - RM500
CC- 20%

EOQ

=
= 77.46 [bundarkan]
= 78 unit
Model inventori ini mencadangkan pada pihak pengurusan Syarikat SQ bahawa pesanan yang paling ekonomi
ialah 78 unit, iaitu mereka mesti membuat pesanan sebanyak 52 kali setahun [4000/78].

5. Titik Pesanan Semula (Reorder Point)-ROP


 Dalam Pengurusan inventori, pengurus operasi mestilah membuat keputusan mengenai bilakah masanya
untuk memesan semula dan jumlah akan dipesan semula itu.
 Masa untuk memesan semula disebut ‘titik pesanan semula’ yang biasanya dibuat pada suatu paras stok yang
ditentukan terlebih dahulu.
 Paras stok ini mengambil kira masa tunggu yang diperlukan dan juga stok keselamatan.

FORMULA ROP
ROP = × L
Petunjuk:
D = Jumlah Permintaan
W= Jumlah masa bekerja setahun
L = Jangka Masa Penghantaran Pesanan

MUKA SURAT 45
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
e) menghuraikan Objektif Sistem Inventori tepat pada masa [JIT]:
konsep/kaedah tepat pada 1. Mengurangkan kos penyimpanan inventori
masa [Just-in-Time 2. Mengelakkan pembaziran inventori bahan mentah dan barang separuh siap
(JIT)]. 3. Menjimatkan masa pengurusan inventori dan kekerapan penyediaan inventori (set-up)
4. Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori untuk setiap kali proses pengeluaran.
Russell & Taylor [2006] 5. Memastikan sistem pengeluaran sentiasa berjalan lancar dan tidak tergendala akibat kekurangan bahan
Heizer & Render [2011] mentah.
6. Menjadikan proses pengeluaran lebih fleksibel.

Ciri – ciri Sistem JIT :


1. Komponen yang digunakan dalam sistem pengeluaran adalah seragam
2. Saiz lot pengeluaran yang kecil
3. Kualiti produk sentiasa dititikberatkan
4. Masa proses pengeluaran yang pendek
5. Mesti mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal
6. Tenaga kerja digunakan secara anjal
7. Melibatkan susun atur proses pengeluaran secara susun atur produk.

2.5 Isu-isu pengurusan pengeluaran moden


2.5.1 Standard Pengeluaran
a) menjelaskan maksud Maksud International Organisation for Standardisation (ISO)
standard pengeluaran dan  ISO merujuk kepada satu standard dan piawai bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas
International yang perlu ada dalam suatu sistem kualiti bagi sesebuah organisasi.
Organisation for
Standardisation (ISO); Prinsip – prinsip ISO 9000 :
1. Prinsip Pertama : Standard bagi sistem kualiti
Russell & Taylor [2006] 2. Prinsip Kedua : Dokumentasi pada semua proses kerja yang kritikal
Heizer & Render [2011] 3. Prinsip Ketiga : Penekanan kepada aspek pencegahan sebarang masalah
4. Prinsip keempat : Penumpuan kepada pelanggan
5. Prinsip keempat : Standard universal [umum] untuk bagi semua organisasi
MUKA SURAT 46
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faedah-faedah ISO 9000
1. Boleh mengurangkan proses tindakan pembetulan
2. Boleh mengenal pasti dan memperincikan tugas-tugas yang patut dilaksanakan
3. Dapat mendokumentasikan semua amalan-amalan pengurusan dan cara melaksanakan kerja
4. Boleh mengenal pasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada berulang
5. Tugas yang dilaksanakan adalah “right the first time and everytime” iaitu sentiasa betul dari awal sehingga
bila-bila.
6. Menjadi bukti kepada pembuat penilaian ke atas kualiti perkhidmatan
7. Membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan tepat.
Ciri utama ISO 9000:
1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurus atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi
5. Memastikan keberkesanan latihan
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan elemen kualiti
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian objektif kualiti.

b) menjelaskan jenis-jenis Siri-siri ISO 9000


standard ISO, tujuan, dan JENIS NAMA Keterangan
kriterianya; STANDA
RD
Garis Panduan ISO 9000 Garis panduan bagi memilih dan menggunakan model yang sesuai.
Russell & Taylor [2006] Garis Panduan ISO 9004 Garis panduan bagi melaksanakan pengurusan kualiti dan elemen-elemen
Heizer & Render [2011] sistem kualiti.
Model ISO 9001 Kepastian kualiti dalam:
Kepastian  Reka bentuk
Kualiti  Pengeluaran produk atau perkhidmatan
 Instalasi atau khidmat
Model ISO 9002 Kepastian kualiti dalam:
MUKA SURAT 47
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kepastian  Pengeluaran produk atau perkhidmatan
Kualiti  Instalasi atau khidmat
Model ISO 9003 Kepastian kualiti dalam:
Kepastian  Pemeriksaan
Kualiti  Pengujian

Elemen-elemen ISO 9000


BIL ELEMEN-ELEMEN ISO 9000
1 Tanggungjawab Pengurusan (Management Responsibility)
2 Sistem Kualiti (Quality System)
3 Semakan Kontrak (Contract Review)
4 Kawalan Rekabentuk (Design Control)
5 Kawalan Dokumen dan Data (Document and Data Control)
6 Perolehan (Purchasing)
7 Kawalan Produk yang Dibekalkan oleh Pelanggan (Control of Customer Supplied Product)
8 Identifikasi dan Kemudahkesanan Produk-Product Identification and Traceability)
9 Kawalan Proses (Process Control)
10 Pemeriksaan dan Pengujian (Inspection and Testing)
11 Kawalan Peralatan Pemeriksaan, Pengukuran dan Pengujian (Control of Inspection, Measuring
and Test Equipment)
12 Status Pemeriksaan dan Pengujian (Inspection and Test Status)
13 Kawalan Produk yang Tidak Memenuhi Keperluan yang Ditetapkan (Control of Nonconforming
Product)
14 Tindakan Pembetulan dan Pencegahan (Corective and Preventive Action)
15 Pengendalian, Penyimpanan, Pembungkusan. Pemeliharaan dan Penghantaran (Handling.
Storage, Packaging, Preservation and Delivery)
16 Kawalan Rekod-rekod Kualiti (Control of Quality Records)
17 Audit Kualiti Dalaman (Internal Quality Audits)
18 Latihan (Training)

MUKA SURAT 48
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
19 Khidmat Susulan (Servicing)
20 Teknik-teknik Statistik (Statistical Techniques)

Cara-cara untuk mendapat ISO 9000


1. Melaksanakan ISO 9000.
2. Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumenkan.
3. Menyediakan dokumen-dokumen ISO 9000
4. Menjalankan analisis jurang perbezaan
5. Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana
6. Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan ISO 9000
7. Membina komitmen pengurusan atasan.

2.5.2 Pengurusan kualiti Maksud Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)


menyeluruh (TQM)
c) menjelaskan maksud  Pengurusan Kualiti Secara Menyeluruh adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada falsafah
pengurusan kualiti kualiti berorientasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan, penglibatan semua orang, setiap bahagian,
menyeluruh dan prinsip- dan proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.
prinsipnya; Kepentingan TQM

Russell & Taylor [2006] 1. Penghasilan produk dan perkhidmatan yang lebih murah
Heizer & Render [2011] 2. Proses pengeluaran menjadi lebih cepat
3. Produk dan perkhidmatan lebih berkualiti dan dapat memuaskan pelanggan
4. Peningkatan kualiti dan pengurangan kos produk dan perkhidmatan untuk membolehkan syarikat bersaing
dengan lebih efektif di pasaran.
Objektif TQM
1. Memenuhi kepuasan pelanggan melalui penghasilan produk yang berkualiti dan harga berpatutan.
2. Meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih kompetitif dengan membuat kerja betul
kali pertama iaitu output maksimum dan input minimum, bukan membuat pembetulan kemudian.
3. Untuk mencapai keberkesanan dengan menghasilkan output yang tepat, tiada kecacatan iaitu yang dihargai oleh
pemegang saham.
MUKA SURAT 49
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Prinsip – prinsip TQM
1. Memfokuskan penambahbaikan kualiti produk dan perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan.
2. Pekerja diberi autoriti untuk membuat keputusan
3. Wujudkan semangat kerjasama dan kepercayaan antara ahli organisasi
4. Pekerja sentiasa diberi galakan untuk meningkatkan kualiti
5. Amalan yang berkualiti pihak pengurusan menjadi contoh kepada pekerja.
6. Semua aktiviti pengeluaran produk dan perkhidmatan perlu menekankan aspek penambahbaikan berterusan.

Ciri-ciri penekanan dalam kualiti produk


1. Performance (prestasi)
2. Features (sifat atau ciri)
3. Reliability (keboleh percayaan)
4. Conformance (setakat mana menurut piawai)
5. Durability (Ketahanan Lama/ Daya Tahan Lama
6. Serviceability (Kebolehan utk diselangarakan)
7. Aesthetics (estetik)
8. Perceived quality (kualiti anggapan)

Kebaikan TQM
1. Dapat meningkatkan produktiviti
2. Dapat meningkatkan semangat, keyakinan, serta kepuasan pekerja
3. Dapat meningkatkan imej organisasi
4. Dapat Memperbaiki hubungan antara organisasi dengan pembekal
5. Dapat menjimatkan kos operasi
6. Dapat meningkatkan kecekapan operasi organisasi secara keseluruhan
7. Dapat meningkatkan kebolehan untuk bersaing organisasi
8. Dapat membentuk budaya kualiti unggul
Kelemahan TQM
1. Kos yang tinggi termasuk latihan, penambahbaikan dan kawalan.
2. Tiada pekerja yang sanggup memberi komitmen
MUKA SURAT 50
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Tiada sokongan penuh dari staf bawahan
4. Pekerja yang berkemahiran adalah kurang
5. Mengambil masa yang lama untuk proses TQM

2.5.3 Konsep-konsep
sistem pengeluaran

d) menghuraikan konsep-
konsep dalam sistem
pengeluaran.

(i) Merekayasa Perekayasaan Semula ( Reengineering)


(reengineering)  Proses membentuk semula proses-proses utama yang penting, proses yang kritikal yang melibatkan sistem,
struktur organisasi secara radikal dan besar-besaran untuk mencapai kemajuan besar dalam perniagaan.

(ii) Reka bentuk berbantu Reka Bentuk Bantuan Komputer / Pembuatan Bantuan Komputer (Computer Aided Design/ Computer
komputer [Computer Aided Manufacturing – CAD/ CAM)
aided design (CAD)]  CAD adalah sejenis program komputer yang dicipta membolehkan pengguna untuk memberi dengan arahan
dan Pembuatan yang menyerupai pen dan kertas. CAD sering digunakan oleh jurutera, arkitek dan profesional reka bentuk yang
berbantu komputer lain untuk mencipta objek 2D dan 3D untuk menggambarkan projek.
[Computer aided  CAM melibatkan penggunaan komputer dan robot untuk kawalan proses transformasi dan kualiti
manufacturing
(CAM)]

(iii) Pembuatan berbantu Pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated manufacturing (CIM)]
komputer bersepadu  CIM merujuk kepada satu sistem pembuatan dengan menggunakan peruntukan bantuan komputer sebagai
[Computer integrated kawalan dan automasi yang menggunakan teknologi tinggi pada semua peringkat pembuatan dengan tujuan
manufacturing mengurangkan pembaziran dalam aspek tenaga kerja, kewangan, masa, peralatan dan perkakasan jentera, tenaga
(CIM)] dan sebagainya.
MUKA SURAT 51
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

(iv) Sistem pembuatan Sistem Pembuatan Luwes (Fleksibel Manufacturing System)


luwes  Sistem pembuatan Luwes merujuk kepada satu sistem yang boleh mengawal sistem pengeluaran yang
menggunakan mesin yang akan membolehkan mesin tersebut mengeluarkan pelbagai produk dengan cepat
seperti satu sistem dengan beberapa komputer yang digunakan untuk mengawal mesin-mesin dalam operasi
Russell & Taylor [2006] tertentu dikawal oleh sebuah komputer pusat.
Heizer & Render [2011]

MUKA SURAT 52
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan

1. Nyatakan empat ciri dalam susun atur selular dalam proses pengeluaran.[4]

Cadangan jawapan

Antara citi-ciri susun atur selular ialah:

1. Pelbagai jenis mesin akan dikumpulkan dalam sesuatu sel


2. Setiap sel mengendalikan skel yang kecil yang beroperasi dalam kilang yang besar.
3. Setiap sel bertanggungjawab mengeluarkan sekumpulan produk .
4. Setiap sel berfungsi seperi susun atur produk yang menghasilkan kelompok 2 sekumpulan produk seperti susun atur proses.
5. Semua mesin dan tenaga kerja yang diperlukan akan diletakkan dalam setiap sel.
6. Setiap pekerja dalam sel ada kepakaran penuh yang diperlukan untuk hasilkan produk-produk di sel tersebut.
7. Sesuai untuk pengeluaran beraneka kumpulan produk yang dikeluarkan dalam kuantiti yang kecil.
8. Ia memberi kelebihan dari segi ekonomi sebagaimana pengeluaran besar2an dengan penambahan dari segi kebolehubahan atau flexibility.

2. Jelaskan kaedah pemeriksaan secara pelan persampelan dalam proses kawalan kualiti produk.[5]

Cadangan jawapan

Kaedah pemeriksaan secara pelan persampelan:


Definisi:
 Kaedah pemeriksaan secara pelan persampelan melibatkan pemeriksaan terhadap beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi mewakili
satu kumpulan atau satu lot produk.
 Pelan persampelan ini boleh dibuat secaa persampelan tunggal, berkembar atau berganda.
Contoh:
 Sampel item yang diambil secara rawak yang mewakili sekumulan lot akan diperiksa berpandukan piawaian dan standard yang telah ditetapkan.
 Sekiranya sampel yang diperiksa mematuhi piawai yang ditetapkan, lot produk tersebut akan diterima.
 Jika didapati sampel mempunyai kecacatan adalah melebihi had penolakan, lot produk akan ditolak.
MUKA SURAT 53
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Bincangkan sejauh manakah amalan TQM dalam sektor awam dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi
kerajaan kepada orang ramai.[20]

Cadangan jawapan

Definisi Konsep TQM


 Proses pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, penambahabaikan secara berterusan, penglibatan semua
orang, setiap bahagian dan proses dalam organisasi, serta penyelesaian masalah secara berpasukan.

Soalan Bicangkan: perlu ada kebaikan dan kelemahan


Aspek kebaikan:
Dengan pelaksanaan TQM, agensi-agensi sektor awam telah berjaya :
1. Mengurangkan kos,
2. Meningkatkan hasil kerja,
3. Menjimatkan masa serta meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan.
4. Masa pelanggan menunggu semakin pendek
5. Agensi-agensi sektor awam telah mengamalkan konsep dan nilai-nilai kualiti dalam operasi mereka.
6. Beberapa agensi yang sebelum ini mempunyai pengurusan secara tradisional telah beralih kepada cara pengurusan yang lebih
berorientasikan pelanggan.
7. Keberkesanan TQM dapat dilihat daripada kecekapan agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab memberi perkhidmatan
yang terbaik.
8. Hal ini terbukti kerana rungutan dan sungutan orang ramai atau pelanggan terhadap perkhidmatan agensi-agensi kerajaan semakin
berkurangan.
Aspek Keburukan/Kelemahan:
1. Komitmen pihak pengrusan-masih kurang
o Komitmen terhadap kualiti,
o sokongan terhadap aktiviti kualiti,
o penyertaan aktif dalam aktiviti kualiti,
o penilaian terhadap prestasi kualiti,
o membincangkan isu kualiti dalam mesyuarat
MUKA SURAT 54
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Tumpuan kepada maklumbalas pelanggan-masih kurang
o Maklumbalas pelanggan,
o tumpuan kualiti perkhidmatan,
o tinjauan pelanggan,
o sikap mesra pelanggan,
o aduan pengguna
3. Pengurusan sumber manusia-kurang latihan dalam:
o Kerja berpasukan,
o wujud latihan kualiti, latihan kualiti tidak mencukupi, sumber latihan kualiti,
o pemerkasaan, galakan penyertaan, galakan usul dan cadangan,
o pengiktirafan usaha
4. Penambahbaikan berterusan-kurang diberi perhatian:
o Kualiti sebagai usaha berterusan,
o percaya kepada falsafah penambahbaikanvberterusan,
o amalan kepada seluruh jabatan,
o penekanan dalam latihan pekerja,
o bandingan dengan matlamat jangka pendek

MUKA SURAT 55
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK HURAIAN
HASIL PEMBELAJARAN
RUJUKAN
3.0 PEMASARAN
3.1Pendekatan pemasaran
1.1 Orientasi pengurusan Pemasaran ialah pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna pada tempat, masa,
pemasaran harga dengan saluran pengedaran yang sesuai. Pemasaran melibatkan empat aktiviti iaitu membangunkan produk,
menetapkan harga, menjalankan promosi dan mengedarkan produk.
a) mentakrifkan pemasaran Lima konsep pemasaran (core customer & market place concept) mengikut Kotler & Armstrong (2009)
dan menjelaskan 1. Keperluan dan kehendak
kepentingannya 2. Produk dan perkhidmatan
3. Nilai
Kotler & Armstrong (2009) 4. Pertukaran
5. pasaran
b) menjelaskan pendekatan
pemasaran termasuk Pendekatan keluaran 1. Tumpuan pemasaran diberi kepada kualiti produk.
pengeluaran, produk, 2. kualiti produk amat dipentingkan dan diberi keutamaan
penjualan, pemasaran, dan 3. Pendekatan ini mempercayai bahawa barang dapat dijual dengan mudah
pemasaran sekiranya berkualiti. Pelanggan hanya membeli produk yang paling
kemasyarakatan berkualiti, berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri inovatif.
Pendekatan Pengeluaran 1. Tumpuan diberi kepada kuantiti dan kualiti pengeluaran, iaitu
Kotler & Armstrong (2009). mengeluarkan barangan sebanyak yang mungkin dan produk yang
berkualiti.
2. Produk akan dapat dijual jika pengeluaran yang banyak pada harga
rendah ditawarkan dgn kos yang minimum.
Pendekatan Penjualan 1. Tumpuan diberi kepada kaedah, teknik dan cara menjualkan sesuatu
produk. Promosi agresif dan kreatif diamalkan.
2. Pendekatan ini mempercayai bahawa pelanggan hanya akan membeli jika
dipujuk dan digalakkan untuk membeli.Produk tidak dicari seperti
insurans menggunakan pendekatan ini.
MUKA SURAT 56
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Jurujual diambil dan dilatih untuk mencari pasaran/pelanggan
Pendekatan Pemasaran 1. Tumpuan diberi kepada keperluan dan kehendak pengguna.Berusaha
Moden memenuhi kehendak pengguna. Pengguna ialah "raja".
2. Strategi campuran pemasaran iaitu menggunakan harga, produk, promosi
dan pengedaran untuk memasarkan produk
Pendekatan Pemasaran 1. Pendekatan pemasaran yg memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
kemasyarakatan dengan menitikberatkan kebajian sosial pengguna.
2. Pemasaran memberi tumpuan kepada keperluan dan kehendak pengguna
jangka panjang

3.1.2 Proses pemasaran Proses pemasaran:

(a) menjelaskan proses 1. Menilai peluang-peluang pemasaran


pemasaran yang  Mengenal pasti produk dan potensi pasaran terhadap produk
merangkumi menilai 2. Memilih sasaran pasaran
peluang-peluang  Membuat segmentasi dan mengenal pasti segmentasi yang ingin ditumpu perhatian
3. Membina campuran pemasaran
pemasaran, memilih
 Merancang dan membentuk strategi pemasaran yang sesuai dengan produk dan segmen pasaran yang
sasaran pasaran, membina dipilih
campuran pemasaran, dan 4. Mengurus usaha pemasaran
mengurus usaha  Melaksanakan aktiviti pemasaran yang melibatkan pembangunan produk, penetapkan harga, promosi dan
pemasaran pengedaran.

3.1.3 Pendekatan strategik

c) membincangkan Portfolio Perniagaan – jenis perniagaan atau keluaran yang dijalankan oleh sebuah perniagaan
pendekatan strategi
pemasaran meliputi:

MUKA SURAT 57
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(i) analisis portfolio Analisis Portfolio Perniagaan (Kumpulan Pakar Runding Boston) – The BCG Growth Share Matrix
perniagaan Keluaran bintang Keluaran tanda tanya
(Matriks BCG)
Keluaran berkeuntungan Keluaran lemah
Kotler & Armstrong (2009). semasa [Lembu Kontan] [Anjing]

Keluaran bintang
1. Kadar pertumbuhan pasaran tinggi dan syer pasaran yang tinggi
2. Mempunyai potensi berkembang
3. Memerlukan banyak pelaburan
4. Mendapatkan keuntungan yang tinggi

Keluaran berkeuntungan semasa [Keluaran Lembu kontan/cash cow]


1. Kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran yang tinggi
2. Mempunyai kedudukan yang stabil dalam pasaran
3. Memerlukan sedikit pelaburan

Keluaran tanda tanya


1. Kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran yang tinggi
2. Potensi keluaran belum diketahui
3. Memerlukan usaha pemasaran untuk berkembang
4. Keuntungan belum pasti dapat

Keluaran lemah [Keluaran Anjing/Dog]


1. Kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran yang rendah
2. Tidak berpotensi berkembang. Keluaran dihentikan atau tidak dikeluarkan
3. Memerlukan banyak penyelidikan dan pembangunan ( R&D) untuk mendapat pasaran
4. Mendapatkan pulang modal atau kerugian

MUKA SURAT 58
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(ii) analisis kekuatan,
kelemahan,
ancaman, dan Kekuatan Kekuatan merujuk kepada faktor dalaman organisasi yang membantu mencapai
peluang (SWOT). objektif organisasi.
Kelemahan Kelemahan merujuk kepada faktor dalaman organisasi yang menghalang pencapaian
objektif.
Armstrong & Kotler (2011) Peluang Peluang merujuk kepada faktor luaran organisasi yang membantu dalam pencapaian
objektif.
Ancaman Ancaman merujuk kepada faktor dalaman organisasi yang menghalang pencapaian
objektif.

Persekitaran dalaman Membantu pencapaian objektif Menghalang pencapaian objektif


Kekuatan Kelemahan
 Pekerja mahir yang dimiliki oleh syarikat  Teknologi yang lapuk –menjejaskan
 Lokasi syarikat yang strategik kualiti produk
 Syer pasaran yang tinggi  Sumber kewangan/modal syarikat yang
 Saluran pengedaran yang cekap terhad
 Pekerja malas dan kurang pengalaman

Peluang Ancaman
 Kerajaan menawarkan insentif  Persaingan meningkat
Persekitaran luaran

cukai/subsidi kepada pengusaha  Keadaan politik tidak stabil.


 Pertumbuhan ekonomi yang baik  Perubahan perundangan atau dasar
menyebabkan pendapatan individu kerajaan seperti kelonggaran syarat
meningkat, kuasa beli meningkat import dsbnya
 Kemelesetan ekonomi, inflasi dan kadar
pengangguran yang tinggi menjejaskan
perniagaan

MUKA SURAT 59
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) menentukan strategi dan
objektif pemasaran Produk sedia ada Produk Baru
(penembusan pasaran, Pasaran sedia ada Penembusan pasaran Pembangunan Produk
pembangunan pasaran, Pasaran baru Pembangunan pasaran pempelbagaian
pembangunan produk,
pempelbagaian)  penembusan pasaran – memasarkan produk sedia ada ke pasaran baru
 pembangunan pasaran – mengenal pasti dan membangun pasaran baru untuk produk sedia ada
Kotler & Armstrong (2009
 pembangunan produk - menawarkan produk baru atau produk yang ditambahbaikkannke pasaran sedia ada
 pempelbagaian - memulakan perniagaan baru atau membeli perniagaan lain dengan produk
sedia ada dan pasaran sedia ada perniagaan yang berkenaan

e) menentukan sasaran
pasaran dan campuran Membuat segmentasi pasaran untuk mengenal pasti pasaran sasar
Penentuan sasaran pasaran
pemasaran, dan Memilih pasar sasar bagi sesuatu produk
dan campuran pemasaran
pelaksanaan serta Merancang strategi pemasaran
penilaiannya.
Campuran pemasaran (marketing mix)
Melaksanakan campuran
Kotler & Armstrong (2009). Merujuk kepada gabungan instrumen atau strategi pemasaran iaitu
pemasaran
produk, harga, promosi dan pengedaran oleh pemasar untuk
berhadapan dengan pelanggan. Pemasar melaksanakan segala strategi
untuk meningkatkan permintaan produk.

Menilai pelaksanaan Membuat penilaian terhadap strategi pemasaran yang telah


pemasaran dilaksanakan

MUKA SURAT 60
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.2 Gelagat pengguna
3.2.1Model gelagat pengguna Mengikut Model Kotak Hitam Pembeli (Kurt Lewin), pembeli akan melalui tiga peringkat iaitu:
Rangsangan Kotak Hitam Pengguna Maklum balas/
a) menjelaskan rangsangan Tindakan
pemasaran dan Pengguna
persekitaran, kotak hitam
Produk Ekonomi Ciri-ciri Pendapat dan
pembeli, dan respons Harga Teknologi pengguna Proses Sikap
pembeli Tempat Politik membuat suka /tidak suka
Promosi Budaya Budaya
(Model of Buyer Behaviour) sosial keputusan
individu pengguna Gelagat
Psikologi Guna/tidak guna
Armstrong & Kotler (2011).
Griffin, R.W. & Ebert, R. J.
(1996). 1. Rangsangan pemasaran dan rangsangan persekitaran
 Rangsangan pemasaran terdiri daripada rangsangan yang dijalankan oleh pemasar melalui strategi produk,
strategi harga, strategi promosi dan strategi pengedaran.
 Rangsangan persekitaran merujuk kepada persekitaran ekonomi dan persekitaran sosiobudaya. Kuasa
beli dan keadaan ekonomi menentukan pelanggan membeli. Budaya mempengaruhi jenis produk yang
dibeli oleh pelanggan.
 Rangsangan pemasaran dan rangsangan persekitaran akan memasuki kotak hitam atau minda pelanggan.

2. Kotak Hitam Pengguna


 Kotak hitam pengguna bererti minda pengguna atau pembeli yang menentukan keputusan mereka
membuat pembelian.
 Pemasar tidak dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh pembeli. Namun, pemikiran pembeli
dipengaruhi oleh minda pengguna yang terdedah kepada pelbagai rangsangan pemasaran dan rangsangan
persekitaran.
 Rangsangan pemasaran dan rangsangan persekitaran yang memasuki minda pengguna akan diperlihatkan
daripada respon dan gelagat pengguna semasa membeli.

MUKA SURAT 61
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Tindakan pengguna
 Tindakan pengguna merujuk kepada tindakan pengguna membuat keputusan tentang
 Membeli atau tidak membeli
 Membuat pilihan produk dan jenama
 Membuat pilihan penjual dan tawaran yang diberi oleh penjual
 Membuat keputusan masa pembelian

b) membincangkan faktor Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna


yang mempengaruhi  Faktor budaya - kelas sosial, kumpulan rujukan/kumpulan aspirasi
gelagat pengguna  Faktor sosial – ahli keluarga, dan status sosial
 individu - Faktor demografi seperti umur, pendidikan, bangsa, jantina, saiz keluarga
 Faktor psikologi/dalaman- motivasi, persepsi, personaliti, sikap, pembelajaran atau pengalaman
 Faktor situasi –masa pembelian, tujuan pembelian, cara membeli/kaedah pembayaran
 Faktor campuran pemasaran - produk, harga, pengedaran, dan promosi.

3.2.2 Jenis-jenis keputusan


pembelian
c) menjelaskan proses
keputusan pembelian
produk pengguna

(i) Proses pembelian


produk pengguna Proses keputusan pembelian produk pengguna
1. mengenal pasti keperluan
Griffin, R.W. & Ebert, R. 2. mencari maklumat
J. (1996). 3. menilai alternatif
4. membuat keputusan pembelian, dan
5. gelagat selepas pembelian

MUKA SURAT 62
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(ii) Proses pembelian Proses pembelian produk baru
produk baru 1. menyedari
2. meminati
3. menilai
Kotler & Armstrong (2009). 4. mencuba
5. menerima/menolak

(iii) Proses pembelian Proses pembelian produk industri merangkumi


produk industri 1. mengenal pasti masalah
2. mengenal pasti keperluan organisasi
3. menentukan spesifikasi produk
Griffin, R.W. & Ebert, R. J. 4. mencari pembekal
(1996 5. membuka tender
6. memilih pembekal
7. memesan produk
8. menilai prestasi pembekal
3.3 Penyelidikan pemasaran
a) menjelaskan kepentingan Kepentingan menjalankan penyelidikan pemasaran
penyelidikan pemasaran;  Mendapat maklumat perubahan cita rasa pengguna
 Mengatur strategi pemasaran yang lebih berkesan
Griffin, R.W. & Ebert, R. J.  Meluaskan pasaran/meningkatkan jualan & keuntungan
(1996)  Mengenal pasti pengguna baru dan mengekalkan pengguna sedia ada
 Mengatasi persaingan

b) menerangkan langkah- Langkah-langkah penyelidikan pemasaran


langkah penyelidikan 1. Mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif
pemasaran 2. Membentuk rancangan penyelidikan
3. Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data
Griffin, R.W. & Ebert, R. J. 4. Menginterpretasikan dan melapor penemuan
(1996)
MUKA SURAT 63
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.4 Segmentasi
3.4.1 Segmentasi pasaran Maksud : Segmentasi pasaran adalah membahagikan pasaran yang besar kepada segmen-segmen pasaran yang
kecil berdasarkan ciri-ciri tertentu.
a) membincangkan asas-asas Asas-asas (ciri-ciri) segmentasi pasaran pengguna.
segmentasi pasaran 1. Segmentasi pasaran berasaskan geografi ialah membahagikan pasaran mengikut :
merangkumi geografi,  Zon seperti zon utara, zon selatan
demografi, psikografi, dan  Negeri-negeri seperti Kedah, Perlis
gelagat pengguna/manfaat  Kawasan desa dan bandar
produk;  Iklim negara spt tropika, sejuk, mediteranean
 Benua seperti Amerika Utara, Eropah Barat, Asia Pasifik dsb
Armstrong & Kotler (2011).
2. Segmentasi pasaran berasaskan demografi ialah membahagikan pasaran mengikut:
 Tingkat pendapatan/pekerjaan
 Tahap pendidikan
 Kaum/bangsa/ras
 Saiz keluarga
 Taraf perkahwinan ( berkahwin/bujang)

3. Segmentasi pasaran berasaskan psikografi ialah membahagikan pasaran mengikut:


 Kelas sosial
 Gaya hidup
 Personaliti (introvert, extrovert, compulsive, ambitious etc)

4. Segmentasi pasaran berasaskan kelakuan pengguna/manfaat ialah membahagikan pasaran mengikut :


 Tabiat pembelian
 Tabiat memilih (warna/saiz dll)
 Kesetiaan kepada sesuatu jenama
 Cita rasa dan minat terhadap produk
 Kepekaan terhadap promosi
MUKA SURAT 64
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) menjelaskan strategi Penyasaran Pasaran(market targeting)
menyasarkan pasaran  Proses menilai dan memilih segmen pasaran yang ingin dimasuki.

Armstrong & Kotler (2011) Pasaran sasar ( target market)


 kumpulan bakal pelanggan yg akan dijualkan produk dan perkhidmatan. Pasaran itu ingin ditumpu perhatian
oleh syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk.

Strategi menyasarkan pasaran


Pemasaran tidak Produk yang sama dipasarkan kepada semua segmen pasaran dengan
dibeza menggunakan strategi pamasaran yang sama
Pemasaran dibeza Beberapa segmen pasaran dipilih untuk dipasarkan produk. Menggunakan strategi
pemasaran yang berbeza untuk segmen pasaran yang berlainan. Contoh, Mesin
pencuci kain 6kg dipasarkan kepada isi rumah, manakala mesin pencuci 15kg
dipasarkan kepada kedai-kedai dobi.
Pemasaran Hanya satu segmen pasaran dipilih. Strategi pemasaran tertumpu kepada
tertumpu demografi/geografi tertentu. Kereta Mercedes hanya dipasarkan kepada golongan
pengguna yang berpendapatan tinggi.
Pemasaran mikro Satu segmen pasaran yang spesifik dipilih. Strategi pemasaran tertumpu kepada
satu segmen pasaran yang spesifik. Pemasaran dibuat dengan menyesuaikan
produk mengikut cita rasa individu, keperluan dan kehendak, atau pengguna
tempatan secara spesifik. Kerusi roda dipasarkan kepada golongan OKU dan
golongan yang lumpuh.

MUKA SURAT 65
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

3.4.2 Peletakan pasaran Peletakan pasaran


 penempatan sesuatu produk di dalam fikiran pengguna secara relatifnya dengan produk-produk pesaing

c) menjelaskan strategi Proses peletakan pasaran yang merangkumi


peletakan melalui pelbagai 1. menentukan pasaran sasaran (targeted market)
cara termasuklah atribut 2. Menyesuaikan produk dengan pasaran
produk, manfaat, 3. Mengkomunikasikan ciri-ciri produk
kekerapan penggunaan,
pengguna, dan klasifikasi
produk; Atribut produk Atribut produk adalah ciri produk yang ketara dan tidak ketara. Atribut produk
merangkumi
(a) sifat ketara seperti bahan, wama, jenama, saiz dan bentuk;
Kotler & Armstrong (2009) (b) sifat tak ketara seperti kualiti produk seperti ketahanan, ketepatan,
keberkesanan, jaminan dan khidmat lepas jualan.
manfaat Manfaat yang boleh diperoleh daripada penggunaan produk berbanding dengan
produk pesaing.

pengguna Pengguna atau individu yang membeli dan menggunakan produk berbanding
dengan individu yang menggunakan produk pesaing.
kekerapan Kekerapan menggunakan produk syarikat berbanding dengan kekerapan
penggunaan menggunakan produk pesaing.
klasifikasi produk Produk organisasi boleh dibahagikan kepada produk konsumer atau produk
industri. Produk konsumer boleh diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu
 produk mudah beli
 produk beli belah
 produk istimewa
 produk tidak dicari

MUKA SURAT 66
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.5 Campuran pemasaran
a) mentakrifkan campuran Campuran pemasaran (marketing mix)
pemasaran  merujuk kepada gabungan instrumen atau strategi pemasaran iaitu produk, harga, promosi dan pengedaran
oleh pemasar untuk berhadapan dengan pelanggan. Campuran pemasaran merupakan segala strategi yang
Kotler & Armstrong (2009) dilakukan oleh pemasar untuk meningkatkan permintaan produk yang dipasarkan.

Elemen-elemen campuran pemasaran


1. Strategi penetapan harga ialah harga yang ditetapkan oleh peniaga untuk menarik pelanggan membeli.
Strategi harga campuran produk digunakan – harga pakej, harga promosi, harga produk opsyenal, harga
produk tawanan dll
2. Strategi promosi ialah aktiviti menarik, memujuk dan mempengaruhi pelanggan membeli barang dengan
menggunakan campuran promosi seperti jualan bersemuka, pengiklanan, publisiti, perhubungan awam,
promosi jualan dirancang oleh pemasar untuk meningkatkan jualan produk.
3. Strategi pengedaran ialah aktiviti memindahkan produk dari tempat pengeluaran ke tangan konsumer di
lokasi dan masa yang dikehendaki oleh pelanggan. Pengedaran melibatkan saluran pengedaran seperti
pemborong, peruncit, ejen penjualan, dan broker. Pemborong dan peruncit menawarkan perkhidmatan kepada
pelanggan seperti memberi kemudahan kredit, mengumpul dan menyampaikan citarasa pengguna,
memecahkan pukal dan sebagainya.
4. Strategi produk ialah strategi penawaran barang dan perkhidmatan oleh peniaga kepada pelanggan. Strategi
produk seperti pembungkusan, penjenaman dan pembentukan atribut produk yang menarik.

MUKA SURAT 67
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.5.1 Produk Produk ialah barang, perkhidmatan atau idea yang ditawarkan oleh peniaga dan dibeli oleh pelanggan. Produk
dibangunkan bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
b) mentakrifkan produk dan
membandingkan produk Perbezaan produk fizikal dan produk perkhidmatan
fizikal dan produk Produk fizikal Produk perkhidmatan
perkhidmatan (servis) Ciri-ciri produk Ciri-ciri yang dapat dikenal pasti Ciri-ciri yang dapat dikenal pasti melalui
melalui pancaindera seperti bentuk, penggunaan atau penikmatan seperti
Kotler & Armstrong (2009) warna, label, pembungkusan, berat dan ketepatan, kecekapan, kepantasan,
saiz produk. keselesaan dan sebagainya

c) menghuraikan klasifikasi Klasifikasi Produk Pengguna


produk
Perkara Produk mudah beli Produk beli belah Produk istimewa Produk tidak dicari

Armstrong & Kotler (2011) Kelakuan  Selalu dibeli oleh  Tidak selalu dibeli.  Jenama produk  Produk tidak
pembelian pengguna  Perancangan diutamakan. diketahui atau sudah
 Keputusan pembelian dibuat  Banyak masa & diketahui oleh
pembelian dibuat serta terlebih dahulu dgn usaha dibuat pengguna tetapi
merta tanpa membandingkan untuk tidak terfikir untuk
merancang/perbandin harga & kualiti. mendapatkannya membelinya.
gan harga & kualiti
Harga Murah Sederhana mahal Mahal Berbeza mengikut
produk
Pengedaran Secara intensif di Secara selektif di Secara eksklusif di Strategi berbeza
merata-rata tempat tempat terpilih tempat khusus mengikut produk
Promosi Pengiklanan dan Pengiklanan, jualan Pengiklanan Pengiklanan yang
promosi jualan bersemuka & agresif & jualan
promosi jualan terus
Contoh Surat khabar, sabun Perabot, pakaian Barang antik Ensiklopedia, polisi
insurans

MUKA SURAT 68
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) menjelaskan atribut
produk, penjenamaan, Atribut Produk Atribut produk adalah ciri produk yang ketara dan tidak ketara.
pembungkusan, pelabelan, Atribut produk merangkumi
dan khidmat sokongan (a) sifat ketara seperti bahan, wama, jenama, saiz dan bentuk;
(b) sifat tak ketara seperti kualiti produk seperti ketahanan, kejituan, ketepatan,
Armstrong & Kotler (2011) keberkesanan, jaminan dan khidmat lepas jualan.
• Philip Kotler menyarankan bahawa produk merangkumi tiga komponen iaitu:
1. Produk teras. Sebab utama dan faedah yang ingin diperoleh pelanggan setelah
membeli sesuatu produk.
2. Produk ketara. Ciri-ciri fizikal yang terdapat pada sesuatu produk.
3. Produk sampingan. Faedah tambahan yang ingin diperoleh oleh pelanggan.
Penjenamaan  Penjenamaan ialah proses menggunakan simbol, tanda nama dan istilah untuk memberi
identiti kepada sesuatu produk.
 Jenama menggambarkan kualiti sesuatu produk dan jenama yang dikenali ramai
boleh menambahkan nilai kepada produk tersebut. Contohnya, kereta mewah seperti
BMW, Mercedes, dan Ferrari melambangkan status sosial dan prestasi tinggi.
Pembungkusan  Pembungkusan produk dilakukan untuk melindungi produk, membezakan produk
daripada produk pesaing, menarik pelanggan dan menambahkan nilai produk.
 Reka bentuk pembungkusan yang menarik dapat meningkatkan daya saing dan jualan.
Pelabelan  Label merupakan penerangan ringkas dalam bentuk nota atau grafik mudah yang
dilekatkan pada bungkusan produk.
 Pelabelan membolehkan produk digredkan. Label memuatkan maklumat penting
tentang sesuatu produk seperti tarikh luput, kandungan produk, cara penggunaan dan
cara simpanan.
Khidmat Khidmat sokongan meliputi perkhidmatan pelanggan dan jaminan produk.
sokongan Perkhidmatan pelanggan diberi seperti
 Menguruskan aduan pelanggan
 Mengumpul idea dan cadangan pelanggan
 Mengesahkan tentang kualiti dan prestasi produk

MUKA SURAT 69
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
e) menjelaskan lini produk Lini Produk
yang merangkumi  Kelebaran produk. Bilangan barisan/lini produk yang ditawarkan kepada konsumer/pelanggan. Bilangan
kedalaman produk dan barisan yang lebih banyak(lebih lebar) dapat menarik pelbagai segmen pasaran.
kelebaran produk
 Kedalaman produk/kepanjangan produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam
Armstrong & Kotler (2011). sesuatu barisan produk. Bilangan item yang lebih dalam dapat memberi pilihan yang lebih luas kepada
pengguna.

f) membincangkan kitaran
hayat produk (The Product
Line Cycle)
Kitaran Hayat Produk
Kuantiti
Griffin, R.W. & Ebert, R. J. Jualan,Untung
(1996).
Armstrong & Kotler (2011)
Peringkat Peringkat
Peringkat
pertumbuhan matang
kemerosotan

Peringkat
pengenalan

0 Masa

42

MUKA SURAT 70
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Empat peringkat kitaran hayat produk
1. Peringkat pengenalan (Introduction)
 Produk baru diperkenalkan kepada pengguna/pelanggan
 Harga dan kos barang tinggi
 Keuntungan syarikat adalah sedikit, sifar atau mengalami kerugian.
 Jualan adalah sedikit.
 Promosi yang agresif, besar-besaran harus dijalankan
 Syer pasaran yang sedikit
2. Peringkat Pertumbuhan (Growth)
 Produk mula dikenali ramai.
 Harga dan kos barang menurun
 Keuntungan syarikat adalah positif dan semakin menambah.
 Jualan meningkat dan jualan bertambah pada kadar menaik
 Promosi terus dijalan bagi menambahkan jualan
 Syer pasaran meningkat
3. Peringkat Kematangan (Maturity)
 Produk sudah dikenali ramai.
 Harga dan kos barang pada tingkat yang paling rendah
 Keuntungan syarikat adalah maksimum.
 Jualan meningkat dan bertambah pada kadar yang menrun
 Promosi dikurangkan atau dihentikan
 Syer pasaran mencapai tingkat maksimum
4. Peringkat kemerosotan (Decline)
 Pengguna telah bosan/jemu terhadap produk syarikat
 Harga dan kos barang meningkat
 Keuntungan syarikat adalah sifat atau negatif
 Jualan menurun dengan mendadak
 Promosi dihentikan dan hanya dijalankan untuk menghabiskan stok
 Syer pasaran ialah amat sedikit atau sifar
MUKA SURAT 71
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.5.2 Pengedaran/ Maksud saluran agihan produk
pengagihan  Perantaraan yang digunakan oleh pemasar untuk mengedarkan produk dalam proses pemasaran. Saluran
agihan merujuk kepada pemindahan produk dari tangan pengeluar ke tangan pengguna akhir (Griffin & Ebet,
g) menjelaskan saluran 1996).
agihan produk;  Sekumpulan organisasi yang saling bergantungan memastikan produk atau perkhidmatan diedark and dan
Armstrong & Kotler (2011) boleh diperolehi oleh pengguna atau pengguna industri untuk kegunaan (Armstrong & Kotler, 2011).
Griffin, R.W. & Ebert, R. J.
(1996).
h) menghuraikan perantaraan 6 jenis saluran agihan berdimensi menegak.
dalam saluran agihan  Pengeluar → pengguna (sesuai untuk perkhidmatan langsung)
produk yang merangkumi  Pengeluar → Ejen → Pengguna
pemborong, ejen, dan  Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna
peruncit;  Pengeluar → Peruncit → Pengguna
 Pengeluar → Pemborng → Pengguna
Armstrong & Kotler (2011)  Pengeluar → Pemborng → Peruncit → Pengguna

3.5.3 Penetapan harga Faktor dalaman dan faktor luaran mempengaruhi mempengaruhi penetapan harga
i) menjelaskan faktor-faktor 1. Faktor-faktor dalaman
yang mempengaruhi  Objektif pemasaran adalah penakatan. Syarikat yang ingin memastikan perniagaan terus beroperasi
penetapan harga; memasarkan produk pada paras harga yang rendah.
 Kos. Harga yang diletakkan oleh peniaga mestilah dapat meliputi kos dan mendapat keuntungan. Dalam
Armstrong & Kotler (2011). keadaan pasaran monopoli, syarikat dapat menetapkan harga yang tinggi dan memperoleh keuntungan
yang tinggi. Namun, jika syarikat menghadapi banyak persaingan, maka peniaga mungkin tidak dapat
meletakkan harga yang tinggi pada produknya.
 Strategi pemasaran. Keputusan menentukan harga produk perlu mengambilkira reka bentuk produk, cara
pengedaran, dan jenis promosi yang dilakukan. Produk yang berkualiti & berjenama diletakkah
hargatinggi. Produk yang diedarkan tanpa kedai dan tidak melalui banyak saluran pengedaran mungkin
diletakkan harga yang rendah.
 Pertimbangan organisasi. Dalam organisasi besar, harga ditentukan oleh pengurus jualan, manakala dalam

MUKA SURAT 72
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
organisasi kecil, harga ditentukan oleh pemilik perniagaan. Jabatan harga mungkin diwujudkan jika
sesuatu sentiasa mendapat persaingan harga yang hebat.

2. Faktor luaran yang mempengaruhi keputusan harga produk


 Keadaan pasaran dan permintaan. Keadaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membenarkan
pemasar meletakkan harga yang bersesuaian dengan kuasa beli pengguna.
 Persaingan. Persaingan yang wujud perlu diambilkira apabila pemasar menetapkan harga produk.
Tindakan pesaing dalam menetapkan harga dikaji sebelum pemasar menetapkan harga produk
 Faktor persekitaran. Persekitaran sosiobudaya dan perundangan menentukan tingkat harga yang boleh
ditetapkan oleh pemasar. Kawalan kerajaan terhadap harga produk kawalan mempengaruhi harga yang
ditetapkan oleh pemasar.

j) menjelaskan pendekatan Pendekatan/kaedah penentuan harga secara umum


penentuan harga secara 1. Penentuan harga berdasarkan kos (cost based pricing)
umum berasaskan kos,
nilai, dan persaingan (i) Penentuan Harga Tokokan-Kos
 Pemasar meletakkan harga produk dengan mengambilkira kos pengeluaran produk.
Kotler & Armstrong (2009).  Harga ditentukan dengan menambahkan margin untung yang dikehendaki ke atas kos pengeluaran.
1. Penentuan harga tokokan kos

Harga Tokokan kos


= kos seunit
(1 – pulangan yg dingini ke atas jualan)

2. Penentuan harga berdasarkan pulang modal dan untung sasaran

2. Penentuan harga berdasarkan nilai persepsi pengguna (value based pricing)


 Pemasar meletakkan harga produk dengan berdasarkan persepsi pembeli tentang nilai produk
 Jika pemasar meramal nilai persepsi bakal pelanggan terhadap sesuatu produk itu tinggi, harga yang tinggi
akan diletakkan.
MUKA SURAT 73
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jika pemasar meramal nilai persepsi bakal pelanggan terhadap sesuatu produk itu rendah, maka harga
rendah akan ditetapkan
3. Penentuan harga berdasarkan pesaing
 Meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing
4. Penentuan harga berdasarkan nilai tambah produk (valued added pricing)
k) menjelaskan penentuan Penentuan harga produk baru
harga produk baru
Harga penarahan pasaran Harga penembusan pasaran
Armstrong & Kotler (2011)  Harga penarahan pasaran merupakan strategi  Harga penembusan pasaran merupakan strategi
Kotler & Armstrong (2009) harga yg diletakkan tinggi pada permulaan harga yang diletakkan rendah pada permulaan
memasuki pasaran atau pada awal Kitaran memasuki pasaran atau pada awal Kitaran hayat
hayat produk. produk.
 Tujuan harga penarahan pasaran adalah untuk  Tujuan harga penembusan pasaran untuk
mendapat keuntungan dan menjaga imej mendapat menembus pasaran dan mendapat
barang. pasaran yang luas
 Harga penarahan pasaran diletakkan bagi  Harga penembusan pasaran diletakkan bagi
barang mewah dan barang istimewa. barang yang keperluan asas
 Harga penarahan pasaran membolehkan  Harga penembusan pasaran membolehkan
keuntungan yang tinggi diperolehi pada jangka keuntungan diperoleh dalam jangka panjang
pendek.

3.5.4 Promosi Campuran Promosi


1. Pengiklanan
l) menjelaskan campuran  Pengiklanan merupakan cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan oleh penjual
promosi merangkumi kepada pengguna melalui pelbagai jenis media massa seperti radio, TV, internet, suratkhabar dll.
pengiklanan, promosi  Pengiklanan juga merupakan sebarang bentuk persembahan yang dirancang dan dibuat khas untuk
jualan, publisiti, memperkenalkan dan menarik perhatian orang lain terhadap sesuatu barang.
perhubungan awam, dan  Iklan dibuat secara berulangkali untuk mewujdkan permintaan, mengekalkan permintaan dan meluaskan
jualan bersemuka permintaan.
 Pengiklanan biasanya bersifat jangka panjang.
MUKA SURAT 74
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Promosi Jualan
 Promosi jualan adalah satu cara penyampaian maklumat tentang barang dan perkhidmatan oleh penjual
kepada pengguna melalui teknik-teknik jualan dalam jangka masa pendek.
 Promosi jualan merupakan segala usaha galakan jualan yang digunakan oleh firma untuk meningkatkan
hasil jualan dan meluaskan pasaran yang sedia ada.
 Beberapa bentuk/teknik promosi jualan : kupon/baucar, pameran-pameran perdagangan, point-of-
purchase, pertandingan-pertandingan dan barang sampel.

3. Publisiti
 Publisiti merupakan cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan dari pengeluar
kepada pengguna melalui sebaran media komunikasi tetapi pihak pengeluar tidak perlu membayar.
 Publisiti boleh dibuat dalam bentuk-bentuk berikut : liputan berita, rencana berita, penyuntingan rekod dan
filem, persidangan akhbar.

4. Perhubungan awam
 Satu cara yang diambil oleh perniagaan untuk menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat umum
khasnya pihak berkepentingan perniagaan seperti pembekal, pelanggan dan kerajaan. Cara yang biasa
digunakan oleh syarikat adalah seperti mengeluarkan buletin/majalah, mewujudkan laman web, melantik
pegawai perhubungan awam untuk meningkatkan imej syarikat di kalangan masyarakat umum.

5. Jualan bersemuka/Jualan terus/langsung


 Jualan bersemuka ialah satu cara menyampaikan maklumat barang dan perkhidmatan dari pengeluar atau
firma kepada pengguna melalui jurujual yang terlatih dan berkebolehan.
 Melalui jualan bersemuka, maklumat mengenai kelakuan membeli dan cita rasa pengguna dapat diperolehi
secara langsung oleh firma kerana jurujual berhadapan dengan pengguna-pengguna. Contohnya,
pemasaran insurans melalui jualan bersemuka oleh ejen insurans.

MUKA SURAT 75
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. menghuraikan konsep dan Konsep Komunikasi Pemasaran Bersepadu (IMC)
tujuan komunikasi  Komunikasi Pemasaran Bersepadu melibatkan pemasaran yang mengintegrasikan pelbagai saluran
pemasaran bersepadu komunikasi atau media untuk menyampaikan maklumat yang jelas tentang jenama dan organisasi.
(IMC – integrated
marketing comunication). Tujuan :
 membentuk jenama produk yang kuat dan konsisten di dalam pasaran
Armstrong & Kotler (2011)  menyampaikan maklumat yang jelas tentang produk kepada pengguna
Kotler & Armstrong (2009)  meningkatkan jualan produk

MUKA SURAT 76
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh Soalan
1. Nyatakan langkah-langkah dalam proses pemasaran.[4]

Cadangan jawapan
Langkah-langkah dalam proses pemasaran
(i) menilai peluang-peluang pemasaran
(ii) memilih sasaran pasaran
(iii)membina campuran pemasaran, dan
(iv) mengurus usaha pemasaran
2. Nyatakan empat asas pemetakan pasaran barangan pengguna [4].
Cadangan Jawapan
Empat asas pemetakan pasaran barangan pengguna adalah (mana-mana empat)
(i) Geografi
(ii) Demografi
(iii) Psikografi
(iv) Gelagat
(v) Faedah
3. Huraikan dua pendekatan pemasaran. [4]
Cadangan Jawapan
 Pendekatan pemasaran pengeluaran
Pendekatan pengeluaran merujuk kepada orientasi pengurusan pemasaran yang mengandaikan bahawa pengguna akan membeli sahaja produk
yang ditawarkan di pasaran
 Pendekatan pemasaran produk - Pendekatan produk beranggapan pengguna lebih menggemari produk yang berkualiti tinggi/berprestasi
tinggi dan mempuyai rupa inovatif
 Pendekatan pemasaran penjualan - Pendekatan jualan adalah orientasi pengurusan pemasaran yang mengandaikan
bahawa pengguna akan membeli produk dari sesebuah syarikat sekiranya syarikat tersebut menjalankan promosi dan usaha yang aktif dalam
memasarkan produk mereka
 Pendekatan pemasaran – Merupakan orientasi pengurusafl pemasaran yang memerlukan komitmen seluruh organisasi ke arah memuaskan
pelanggan bagi mencapai satu tahap keuntungan

MUKA SURAT 77
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, Puan Asmah merancang untuk membeli barang-barang keperluan untuk membuat kuih raya.
Pada masa yang sama, Puan Asmah juga bercadang untuk menggantikan perabot yang lama. Tanpa pengetahuan Puan Asmah, suaminya telah
menempah sebuah kereta mewah untuk dihadiahkan kepadanya. Di samping itu, Puan Asmah baru mendapat seorang cucu. Oleh sebab beliau
terpengaruh oleh iklan insurans di televisyen, beliau bercadang membeli polisi insurans pendidikan untuk dihadiahkan kepada cucunya.
Berdasarkan scenario di atas,
(i) kenal pasti klasifikasi produkyang akan dibeli oleh Puan Asmah dan suaminya
(ii) huraikan ciri- ciri produk mengikut klasifikasi dalam (i)

Cadangan Jawapan

(b)(i) Kenalpasti klasifikasi keluaran


 Bahan-bahan untuk membuat kuih raya - Barangan mudah beli
 Perabot - Barangan beli-belah
 Kereta mewah - Barangan istimewa
 Insurans - Barangan tidak dicari
(b)(ii) Barangan mudah beli
 barangan yang dibeli dengan masa dan usaha paling minimum
 produk ini kerap dibeli
 harga produk adalah murah dan konsumer tidak membuang masa untuk membuat perbandingan harga dan kualiti
 merangkumi 3 jenis – barangan asas, kecemasan dan gerak hati

Barangan beli-belah
 merupakan barangan yang jarang dibeli – mungkin sebulan sekali atau setahun sekali
 pembelian dibuat selepas dibuat tinjauan dan perbandingan harga dan kualiti untuk mengelak risiko tersilap membeli
 antara ciri-ciri – mempunyai gaya, jaminan produk, perkhidmatan lepas jualan dan lokasi kedai yang strategik

MUKA SURAT 78
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Barangan Istimewa
 barangan yang mempunyai ciri yang unik yang disukai konsumer dari aspek jenama,gaya.
 konsumer sanggup habiskan masa/berusaha untuk mencari dan mendapatkan barangan ini
 konsumer tidak akan berkira tentang kos yang dibelanjakan untuk memiliki barangan ini
Barangan tidak dicari
 barangan yang tidak diketahui kewujudannya oleh pembeli di pasaran
 konsumer (manfaat) tidak merasa desakan untuk memilikinya.
 Memerlukan banyak maklumat.

MUKA SURAT 79
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
4.0 KEWANGAN
4.1 Peranan dan Objektif Kewangan

a) Mentakrifkan maksud Maksud pengurusan kewangan:


pengurusan kewangan  Aplikasi prinsip kewangan
dan kepentingannya;  Fungsi pengurusan kewangan dalam aktiviti-aktiviti perniagaan.
 Perlu diurus dengan cekap dan mematuhi prosedur kewangan perniagaan

b) Menjelaskan peranan Kaitan dengan bidang lain:


pengurusan kewangan
dan kaitannya dengan 1. Pemasaran
bidang-bidang lain  Membantu kewangan untuk merancanga strategi harga, promosi dan pengedaran produk
termasuklah  Pengurus kewangan menilai alternatif promosi, pengedaran dan harga produk yang kompetetif.
pemasaran,
pengeluaran, 2. Pengeluaran
perakaunan, dan  Membantu membeli aset tetap
sumber manusia.  Membuat analisis hasil dan kos untuk mengahsilkan pembelian yang tepat.

Sabri hj Hussin (2002)


3. Perakaunan
 Menyediakan rekod kewangan yang lengkap
 Memudahkan kewangan membuat semakan dan unjuran bajet.

4. Sumber manusia
 Berkaitan aspek gaji dan bonus pekerja, biasiswa, bengkel, kursus latihan atau seminar, kebajikan pekerja
dan alat memotivasikan pekerja.

MUKA SURAT 80
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c) Menjelaskan objektif Objektif kewangan
kewangan iaitu  Memaksimakan harga saham di pasaran (syarikat awam)
meningkatkan  Menguruskan perniagaan berdasarkan kepentingan pemilik syarikat
kekayaan pemegang  Kegagalan mengurus kewangan menyebabkan pengurus kewangan menghadapi kesan yang buruk
saham. berbanding dengan pemilik
 Memudahkan mendapat modal pelaburan daripada pemilik
Sabri hj Hussin (2002)  Mengambil tindakan memaksimakan keuntungan syarikat

d) Menjelaskan pihak- Pengguna luaran


pihak yang 1. Pemilik syarikat – melihat perkembangan kewangan syarikat
berkepentingan 2. Para kreditor – menentukan kredit dan kemampuan membayar hutang
terhadap penyata 3. Agensi kerajaan – menentukan kadar cukai keuntungan perniagaan
kewangan.
Pengguna dalaman
Abu Bakar Hamed, 1. Pengurusan atasan syarikat – memerlukan maklumat untuk membuat keputusan pembiayaan aktiviti
Rusmala Mohd Daud & syarikat, jenis kegiatan dan jumlah penetapan dividen pemegang saham.
Siti Nabiha Abdul Khalid 2. Pengurusan bawahan syarikat – menilai keputusan selaras dengan matlamat syarikat.
(1996)

e) Menganalisis penyata 5. Penyata pendapatan


kewangan yang  Dikenali juga sebagai penyata untung rugi
merangkumi penyata  Menunjukkan hasil operasi firma sepanjang tahun dan belanjan yang dikenakan
pendapatan, kunci kira-
 Menunjukkan kecekapan pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan
kira, dan penyata aliran
 Sebagai penghubung antara firma dengan pihak kepentingan seperti pelabur, pekerja, pemberi pinjaman,
tunai.
dan pesaing.

Saiful Bahri Sufar,


Muhamad Muda, Othman
Yong (2001)

MUKA SURAT 81
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
1.1 Butiran yang terkandung dalam penyata pendapatan

1. Pusing ganti
 Merupakan semua jualan tunai dan kredit yang telah dilakukan oleh firma
 Ditolak semua perbelanjaan yang terlibat seperti kos pentadbiran, cukai dan segala kos yang dibayar.

2. Kos barang dijual


 Nelanja langsung yang mengeluarkan unit-unit barangan dijual.
 Belanja langsung melibatkan perniagaan perkhidmatan dan pembuatan
 Aktiviti-aktiviti asas untuk menghasilkan produk
 Amaun hasil di tolak dengan kos barang dijual memperoleh untung kasar

3. Belanja operasi
 Belanja lain yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti firma
 Contoh belanja ialah belanja pemasaran, penyelidikan, pentadbiran dan sebagainya.
 Belanja susut nilai yang melibatkan susut nilai

4. Pendapatan lain dan belanja lain


 Pendapatan lain selain jualan barangan
 Belanja lain seperti belanja faedah ke atas pinjaman

5. Untung sebelum cukai


 Untung yang dihasilkan sebelum membayar cukai

6. Perolehan bersih
 Ditolak semua belanja dan mengambil kira semua pendapatan lain

MUKA SURAT 82
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Rujukan : Contoh penyata pendapatan
SYARIKAT CEMERLANG
Abu Bakar Hamed, PENYATA PENDAPATAN
Rusmala Mohd Daud & TAHUN BERAKHIR DISEMBER 31
Siti Nabiha Abdul Khalid (RM’000)
(1996)
2013 2014
Jualan 1506 1434
Tolak: kos barang dijual 1020 1000
Untung kasar 486 434
Tolak
Belanjan operasi am dan pentadbiran 140 60
Pemasaran 60 60
Susut nilai 10 10

Jumlah belanja operasi 210 210

Pendapatan sebelum faedah dan cukai 276 224


Tolak: Belanja faedah 26 24

Pendapatan sebelum cukai 250 200


Tolak : (cukai 40%) 100 100
Untung bersih 150 120

Perolehan Per syer RM3.00 RM2.40

MUKA SURAT 83
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Rujukan: 2. Kunci kira-kira
 Menunjukkan kedudukan aset dan liabiliti firma pada satu tarikh yang ditentukan
Saiful Bahri Sufar,  Persamaan : aset = liabiliti + ekuiti pemilik
Muhamad Muda, Othman  Aset ialah harta yang dimiliki oleh firma dan disenaraikan mengikut kecairan
Yong (2001)  Kecairan ialah tahap mudahnya aset bertukar kepada tunai

2.1 Aset semasa


 Terdiri daripada tunai, sekuriti boleh pasar, akaun belum terima, inventori, dan belanja bayar dahulu.

2.2 Aset tetap


 Memberi manfaat lebih daripada satu tahun
 Contoh aset tetap ialah tanah, bangunan dan alat perusahaan
 Belanja aset tetap dibahagikan kepada anggaran jangka hayat dan nilai skrap jangka hayatnya.

3.0 Liabiliti
 Liabiliti ialah aset firma yang boleh dituntut oleh beberapa pihak seperti pemberi pinjaman, pemegang
saham, pembekal, bank dan sebagainya.
 Akaun belum bayar ialah tercipta apabila firma membeli daripada pembekal secara kredit
 Nota belum bayar ialah semua pinjaman jangka pendek yang dilakukan oleh firma dengan institusi
kewangan dan pembekal
 Liabiliti terakru ialah belanja yang dikenakan tetapi belum dibayar.

3.2 Liabiliti jangka panjang


 Semua tanggungan melibatkan tempoh matang lebih daripada satu tahun seperti pinjaman jangka
panjang dan amaun untuk faedah pesaraan pekerja.

4.0 Ekuiti pemilik


 Merupakan harta pemegang saham ( baki setelah aset ditolak dengan liabiliti )
 Ekuiti pemilik terdiri daripada saham biasa, premium modal dan pendapatan tertahan.

MUKA SURAT 84
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4.1 Saham biasa
 Sumber modal dengan menerbitkan saham kepada para pelabur
 Pemilikan saham diukur melalui jumlah unit saham biasa yang dipegang
 Hak utama ialah boleh mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
 Hak pulangan dalam bentuk dividen
 Menerima pulangan hasil daripada kenaikan harga saham
 Nilai par ialah nilai asal saham diterbitkan
 Nilai premium ialah perbezaan nilai par dengan nilai saham semasa di pasaran.

4.2 Saham keutamaan


 Pemilik saham dibayar dengan kadar dividen yang tetap
 Tidak boleh mengundi dalam mesyuarat agung tahunan

4.3 Pendapatan tertahan


 Bahagian keuntungan pendapatan yang tidak diagihkan kepada pemilik dan dikumpulkan sejak firma
ditubuhkan.

MUKA SURAT 85
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Rujukan: Contoh kunci kira-kira:

Abu Bakar Hamed, KUNCI KIRA-KIRA


Rusmala Mohd Daud & SYARIKAT CEMERLANG PADA 31 DISEMBER
Siti Nabiha Abdul Khalid (RM’000)
(1996).

ASET 2013 2014


Aset Semasa
Tunai 22 26
Sekuriti boleh pasar 60 66
Akaun belum terima 295 240
Inventori 265 200
Jumlah aset semasa 642 532

Aset Tetap
Aset tetap kasar 1050 980
Tolak: susut nilai terkumpul 337 327

Aset tetap bersih 713 653


Jumlah Aset 1355 1185

MUKA SURAT 86
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
LIABILITI & EKUITI PEMILIK

Liabiliti semasa
Akaun belum bayar 150 120
Nota belum bayar 50 50
Belanja terakru 125 95

Jumlah liabiliti semasa 325 265


Hutang jangka panjang 380 330
Jumlah liabiliti 705 595
Ekuiti pemilik
Saham biasa RM2.00 par, 50,000 saham diterbitkan 100 100
Lebihan dibayar 290 290
Pendapatan tertahan 260 260
Jumlah ekuiti pemegang saham 650 590

Jumlah liabiliti dan Ekuiti 1355 1185

3.0 Penyata aliran tunai


 Mengenalpasti sumber kewangan firma
 Tujuan wang dibelanjakan contoh aktiviti pelaburan dan pembiayaan firma
 Kemasukan tunai seperti operasi, peningkatan pinjaman dan modal serta perolehan.
 Jumlah sumber kewangan bersamaan dengan jumlah penggunaan kewangan.

MUKA SURAT 87
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh penyata aliran tunai
Penyata aliran tunai
Syarikat DEC Bhd
Berakhir pada 31 Disember 2014
Rujukan:
Sumber (RM’000)
Sabri Hj Hussin (2002) Daripada operasi
Pendapatan bersih 116 487
Susut nilai 49 863
Cukai tertunda 3 110
Jumlah 169 460
Tambahan pinjaman jangka panjang 50 438
Terbitan saham biasa 50 000
Penjualan aset-aset lain 3 741
JUMLAH SUMBER 273 639
Penggunaan
Tambahan dalam aset tetap 175 123
Dividen tunai 66 322
Pertambahan dalam modal kerja 32 194
JUMLAH PENGGUNAAN 273 639

MUKA SURAT 88
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
f) Menyediakan dan 1.0 Nisbah kecairan
menaksir nisbah  Mengukur keupayaan firma membayar tuntutan dan belanja pada waktu yang diperlukan
kewangan yang  Nisbah yang terlibat ialah nisbah semasa dan nisbah cepat.
merangkumi nisbah
kecairan, nisbah 1.1 Nisbah semasa
kecekapan, nisbah  Menunjukkan keupayaan firma untuk membayar segala tuntutan yang akan timbul pada bila-bila masa.
keberuntungan, nisbah  Firma boleh memenuhi tuntutan semasanya apabila aset semasa bersamaan nilai dengan liabiliti semasa atau
penggearan dan nisbah nilai nisbah bersamaan dengan 1.
pasaran.
 Formula
 Nisbah semasa Aset semasa
-----------------
Liabiliti semasa

 Nisbah semasa Syarikat Cemerlang ialah

2014 2013

RM642 000 RM532 000


--------------- ---------------
RM325 000 RM265 000

= 1.98:1 2:1

 Analisis kecairan Syarikat Cemerlang menurun sedikit daripada 2:1 pada tahun 2013 kepada 1.98:1 pada
tahun 2014 kerana aset semasa ialah 1.98 kali lebih banyak daripada liabilit semasa.

MUKA SURAT 89
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
1.2 Nisbah cepat

 Pengiraan nisbah tanpa mengambil kira aset kurang cair iaitu inventori

 Formula nisbah cepat Aset semasa – Inventori


-------------------------------
Liabiliti semasa

 Nisbah cepat Syarikat Cemerlang ialah

2014 2013

RM642 000 – RM265 000 RM532 000 – RM200 000


--------------- ---------------
RM325 000 RM265 000

= 1.16:1 1.25:1

 Analisis: Nisbah Cepat Syarikat Cemerlang telah berkurangan daripada 1.25:1 pada tahun 2013 kepada
1.16:1 pada tahun 2014. Ini menggambarkan pengurangan kedudukan kecairan syarikat.

2.0 Nisbah kecekapan

 Menunjukkan kecekapan pengurus dalam mengurus aset firma


 Kumpulan nisbah kecekapan termasuklah purata masa kutipan, pusing ganti akaun belum terima, pusing
ganti inventori, pusing ganti aset tetap dan pusing ganti jumlah aset.

2.1 Purata masa kutipan


 Mengukur secara purata bilangan hari firma boleh menguitp tunai daripada akaun belum terima.

MUKA SURAT 90
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Formula Akaun belum terima
-------------------------
Jualan sehari
2014 2013

RM295 000 RM240 000


--------------- ----------------
(RM1506 000)/360 (RM1434 000)/360

= 70.5 hari = 60.25 hari

 Analisis : Pada tahun 2013 Syarikat Cemerlang mendapat bayaran tunai daripada pelanggannya dalam masa
60 hari berbanding pada tahun 2014 mendapat bayaran dalam masa 70.5 hari. Ini menunjukkan terdapat
kelewatan dalam kuitpan hutang.

2.2 Pusing ganti akaun belum terima


 Mengukur bilangan akaun belum terima dikutip dalam setahun
 Formula Jualan bersih
----------------
Akaun belum terima

2014 2013

RM1506 000 RM1434 000


--------------- -----------------
RM295 000 RM240 000

= 5.1 kali = 5.9 kali


 Analisis : Pada tahun 2014, (360/5.1) iaitu 70.59 hari sekali pusingan sementara tahun 2014 ialah (360/5.9)
61.02 hari. Ini menunjukkan pusingan kutipan hari semakin berkurangan daripada 5.9 kali ke 5.1 kali.
MUKA SURAT 91
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Rujukan: 2.3 Pusing ganti inventori

Saiful Bahri Sufar,  mengukur keupayaan firma menukarkan inventori kepada tunai dalam setahun.
Muhamad Muda, Othman
Yong (2001)  Formula Kos barang dijual
---------------------
Inventori

 2014 2013

RM1020 000 RM1000 000


--------------- -----------------
RM265 000 RM200 000

= 3.85 kali = 5 kali

 Analisis : Pada tahun 2013, pusing ganti inventori Syarikat Cemerlang ialah 5 kali (setiap 2.4 bulan[ 12/5],
inventori distok kembali) sementara pada tahun 2014 pusing ganti inventori ialah 3.85 kali (inventori
digantikan setiap 3.1 kali[12/3.85])

2.4 Pusing ganti aset tetap


 mengukur nisbah kecekapan dan keupayaan pengurus firma menggunakan aset tetap untuk tujuan jualan

 Formula Jualan bersih


---------------------
Aset tetap

MUKA SURAT 92
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

2014 2013

RM1506 000 RM1434 000


--------------- -----------------
RM713 000 RM653 000

= 2.11 kali = 2.20 kali


 Analisis: Pusing ganti jumlah aset tetap berkurangan daripada 2.20 kali pada tahun 2013 kepada 2.11 kali
pada tahun 2014. Pertambahan dalam aset tetap adalah lebih tinggi berbanding dengan petambahan dalam
jualan bersih.

2.4 Pusing ganti jumlah aset


 Mengukur nisbah kecekapan dan keupayaan pengurus firma menggunakan semua aset untuk tujuan jualan

Formula Jualan bersih


---------------------
Jumlah aset

2014 2013

RM1506 000 RM1434 000


--------------- -----------------
RM1355 000 RM1185 000

= 1.11 kali = 1.21 kali

 Analisis: Pusing ganti jumlah aset tetap berkurangan daripada 1.21 kali pada tahun 2013 kepada 1.11 kali
pada tahun 2014. Pertambahan dalam jumlah aset adalah lebih tinggi berbanding dengan petambahan dalam
jualan bersih.
MUKA SURAT 93
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.0 Nisbah keberuntungan
 Menunjukkan aras keuntungan setelah ditolak belanja-belanja tertentu.
 Memberi gambaran yang jelas tentang keupayaan pengurus mengurus setiap peringkat operasi firma.

3.1 Margin untung kasar

 Menunjukkan peratusan belanja kos barang dijual daripada jumlah jualan


 Terdapat dua kos iaitu kos berubah dan kos tetap

Formula Untung kasar


---------------------
Jualan Bersih

2014 2013

RM486 000 RM434 000


--------------- -----------------
RM1506 000 RM1434 000

= 32.27% =30.26%

 Analisis : Syarikat Cemerlang mendapat untung kasar sebanyak 30.26% daripada jualan bersih pada tahun
2013 dan ini bertambah kepada 32.27% pada tahun 2014.

MUKA SURAT 94
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.2 Margin untung bersih
 Nisbah mengambil kira semua belanja dan pendapatan lain termasuklah yang bukan daripada operasi
termasuklah kos-kos yang boleh dikawal iaitu kos faedah dan kos pentadbiran.

Formula Perolehan bersih


---------------------
Jualan Bersih

2014 2013

RM150 000 RM120 000


--------------- -----------------
RM1506 000 RM1434 000

= 10.00% =8.4%

 Analisis : Syarikat Cemerlang mendapat untung kasar sebanyak 8.4% daripada jualan bersih pada tahun
2013 dan ini bertambah kepada 10.00% pada tahun 2014.

3.3 Pulangan atas jumlah aset (ROTA)


 Mengukur keupayaan firma menggunakan jumlah aset untuk mendapat pulangan

Formula Perolehan bersih


---------------------
Jualan Aset

MUKA SURAT 95
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2014 2013

RM150 000 RM120 000


--------------- -----------------
RM1355 000 RM1185 000

= 11.1% =10.1%

 Analisis : pulangan di atas jumlah aset telah bertambah sebanyak 1% daripada 10.1% pada tahun 2013
kepada 11.1% pada tahun 2014.

3.4 Pulangan atas ekuiti (ROE)


 Mengukur pulangan yang diterima berbanding dengan ekuiti yang merupakan pelaburan yang dibuat oleh
pelabur.

 Formula Perolehan bersih


---------------------
Ekuiti pemilik

2014 2013

RM150 000 RM120 000


--------------- -----------------
RM650 000 RM590 000

= 23.1% =20.3%

Analisis: Pemilik saham Syarikat Cemerlang mendapat pulangan ke atas pelaburan mereka sebanyak 20.3%
pada tahun 2013 dan bertambah kepada 23.1% pada tahun 2014.

MUKA SURAT 96
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4.0 Nisbah penggearan

 Mengukur sejauh mana firma menggunakan pinjaman untuk membiaya aktiviti dan keupayaan membayar
hutang.

4.1 Nisbah hutang


 Mengukur sejauh mana aset dibiaya oleh hutang

Formula Jumlah liabiliti


---------------------
Jumlah aset

2014 2013

RM705 000 RM595 000


--------------- -----------------
RM1355 000 RM1185 000

= 52% =50.2%

 Analisis : Nisbah hutang Syarikat Cemerlang telah bertambah daripada 50.2% pada tahun 2013 kepada 52%
pada tahun 2014.

4.2 Nisbah liputan belanja faedah

 Nisbah mengukur keupayaan firma untuk membayar faedah daripada pendapatan

 Formula Pendapatan sebelum faedah dan cukai


-----------------------------
Belanja faedah
MUKA SURAT 97
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2014 2013

RM276 000 RM224 000


--------------- -----------------
RM26 000 RM24 000

= 10.6 kali =9.3 kali

 Analisis : Nisbah perlindungan bunga bertambah daripada 9.3 kali pada tahun 2013 kepada 10.6 kali pada
tahun 2014.
 firma mampu membayar belanja faedah walau pun meningkatkan hutang.

5.0 Nisbah pasaran

 Menunjukkan perhubungan antara prestasi firma dengan harga saham di pasaran.


 Firma yang berprestasi baik dapat meraih harga saham yang tinggi.

5.1 Nisbah harga perolehan


 Menunjukkan kesanggupan pelabur membayar keupayaan firma untuk mendapatkan keuntungan.

Formula Harga sesaham


---------------------
Perolehan sesaham

5.2 Nilai buku sesaham


 Harga saham dibahagikan dengan nilai buku sesaham untuk mendapatkan nisbah nilai buku/harga saham.

Formula Ekuiti pemilik


---------------------
Bilangan unit saham
MUKA SURAT 98
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.3 Kadar hasil dividen
 Menunjukkan kadar pulangan pelabur daripada sumber dividen pada harga saham di pasaran semasa.
 Kadar yang tinggi adalah lebih baik

Formula Dividen sesaham


---------------------
Harga saham

g) Menjelaskan jenis Sumber dana mengikut jangka masa panjang


sumber dana mengikut  Merujuk kepada kepada pembiayaan ekuti dan hutang yang melebihi 10 tahun.
jangka masa panjang
termasuklah bon, 1. Bon
ekuiti, dan saham  Merupakan sekuriti jangka panjang
keutamaan  Dikeluarkan oleh pihak swasta atau awam
 Menjanjikan pembayaransemula prinspal dan kadar faedah yang tetap bila tempoh matang
Rujukan:
 Jenis bon: bon kerajaan, bon korporat, bon biasa, bon boleh tukar, bon kekal, bon kupon sifar, bon
pendapatan.
Knott, G. (2004)
Sabri Hj Hussin (2005)
2. Ekuiti
 Pelaburan pemilik
 Saham biasa menunjukkan pemilikan syarikat dan tiada tempoh matang
 Hak pemegang saham: hak mengundi, hak ke atas aset, hak ke atas pendapatan

3. Saham keutamaan
 Aset kewangan tiada tempoh matang dan dibayar dengan kadar faedah yang tetap
 Menggabungkan ciri-ciri saham biasa dan bon
 Dividen saham utama di bayar terlebih dahulu berbanding saham biasa
 Jenis saham keutamaa: saham keutamaan biasa, saham keutamaan boleh tukar, saham keutamaan
penyertaan, saham keutamaan terkumpul.

MUKA SURAT 99
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Hutang jangka panjang
 Pembiayaan pinjaman daripada pihak bank dan dibayar balik bersama faedah dalam tempoh melebihi
lima tahun
 Jumlah pinjaman bergantung jumlah modal keseluruhan perniagaan.
 Amaun pinjaman adalah besar dan memerlukan cagaran kerana risiko yang besar.

5. Pinjaman berjangka
 Pinjaman yang diberikan dalam tempoh lima hingga 10 tahun
 Pembiayaan bertujuan membeli peralatan yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan bernilai
ekonomi.

h) Menjelaskan jenis Pembiayaan jangka pendek


sumber dana mengikut  Merujuk kepada kepada pembiayaan dalam tempoh satu tahun.
jangka masa pendek
termasuklah overdraf, 1. Overdraf
pemfaktoran,
 Pengeluaran wang daripada akaun semasa melebihi baki wang yang ada dalam akaun.
penerimaan juru bank
 Tujuan penggunaan membayar perbelanjaan, hutang dan pembelian barangan
(BA), trust receipt dan
 Kadar bunga yang tinggi dikenakan ke atas overdraf yang dikeluarkan mengikut hari.
pinjaman berjangka.
2. Pemfaktoran
 Satu urusniaga yang melibatkan pembelian akaun belum terima oleh syarikat pemfaktor
Knott, G. (2004)
 Pemfaktor terdiri daripada institusi kewangan yang menjalankan kegiatan pemfaktoran
Info Perbankan
Faudziah Zainal Abidin  Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun belum terima dan aktiviti
(2001) pengutipan hutang.
 Pemfaktor mengambil kira semua kos dalam memberi pembiayaan kepada firma
 kos yang terlibat ialah kos rezab, yuran dan faedah.

3. Penerimaan jurubank (BA)


 Pembiayaan perdagangan oleh pihak bank dalam aktiviti eksport dan import, dan perniagaan dalam

MUKA SURAT 100


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
negeri
 Bil pertukaran dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh dan masa
tertentu oleh pihak bank

4. Trust receipt
 Jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada peniaga daripada dalam dan luar negara
 Peniaga mendapat barangan belian walaupun belum membuat bayaran
 Bank akan membuat bayaran dahulu bersandarkan kepada nilai bil

5. Pinjaman berjangka
 Bank memberi kemudahan pinjaman untuk tempoh singkat
 Mengenakan kadar faedah megikut bulanan
 Kos pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman.

6. Kredit dagangan
 Kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pembekal kepada peniaga bertujuan melariskan jualan.
 Merupakan liabiliti semasa bagi pihak peniaga
 Pembeli bersetuju dengan syarat kredit yang ditetapkan oleh pembekal dalam bentuk a/b bersih c
 melambangkan kadar diskaun, b melambangkan tempoh diskaun dan c melambangkan tempoh kredit.

7. Nota janji
 Satu bentuk pinjaman jangka pendek daripada pihak perniagaan dan bukannya badan kewangan
 Merupakan satu dokumen yang mengandungi satu janji oleh pihak peminjam akan membayar sejumlah
wang kepada pemberi pinjam.
 Nota janji diterbitkan oleh perniagaan yang kukuh dan ternama yang boleh diyakini oleh pelabur
(pemberi pinjaman) dan tanpa ada cagaran
 Nota janji diterbitkan pada harga diskaun iaitu nilai muka setelah ditolak dengan faedah pada tarikah
matang perniagaan akan membayar kepada pelabur.

MUKA SURAT 101


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
i) Menjelaskan jenis 1. Keperluan semasa
penggunaan dana  Keperluan tunai membiaya aktiviti urus niaga harian
mengikut keperluan  Memastikan operasi perniagaan harian berjalan dengan lancar
semasa, jangka masa  Contoh membayar baki hutang pembekal bagi mendapat bekalan seterusnya.
pendek dan jangka
masa panjang. 2. Jangka masa pendek
 Keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang daripada setahun
Rujukan:  Melibatkan pembiayaan pengurusan modal kerja
 Contoh perbelanjaan pemasaran iaitu menyedaikan promosi dan diskaun jualan untuk meningkatkan
Knott, G. (2004) kuantiti jualan pada tahun semasa

3. Jangka masa panjang


 Keperluan dana dalam membuat pelaburan modal
 Melibatkan jangka masa melebihi setahun
 Contoh membeli mesin yang berteknologi tinggi supaya kecekapan perniagaan setanding dengan
persaingan semasa.

MUKA SURAT 102


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
j) Menyediakan bajet Menyediakan bajet tunai
tunai  Unjuran aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangka dalam tempoh masa yang singkat supaya
ramalan dapat dibuat dengan tepat
k) Mengaplikasikan bajet  Dapat menjangka defisit tunai supaya dapat membuat rancangan mendapat modal
tunai kepada peniaga  Lebihan tunai dapat melaburkan dana yang ada

1. Aliran masuk
Rujukan:  Ramalan aliran masuk berdasarkan unjuran jualan yang melibatkan jualan kredit dan jualan tunai
Saiful Bahri Sufar,  Sumber aliran masuk yang lain ialah jualan aset tetap, pemulangan cukai pendapatan dan tuntutan insurans.
Muhamad Muda, Othman
Yong (2001) 2. Aliran keluar
Faudziah Zainal Abidin.  Kegunaan tunai dalam sesebuah firma termasuklah akaun belum bayar, upah/gaji, kos pentadbiran,
Et. al. (2001) perbelanjaan modal, pembayaran dividen, cukai pendapatan dan faedah.

3. Aliran tunai bersih


 Perbezaan jumlah aliran masuk dengan jumlah aliran keluar setiap tempoh
 Aliran masuk yang besar berbanding dengan aliran keluar merupakan lebihan tunai
 Aliran keluar lebih besar daripada aliran tunai masuk merupakan kurang tunai

Langkah mengatasi kurangan tunai

 Membuat pinjaman tidak bercagar


 Memanjangkan tempoh bayaran akaun belum bayar
 Meminjam dengan menggunakan akaun belum terima
 Menjual sekuriti boleh pasar
 Membuat pinjaman jangka panjang jika ingin membuat pelaburan modal.

MUKA SURAT 103


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh bajet tunai

Pengurus kewangan Sudi Manufacturing sedang menyediakan bajet tunai bulan Oktober hingga Disember.
Perancangan tunai syarikat adalah berdasarkan beberapa andaian berikut:

1. Jualan sebenar dan ramalan adalah seperti berikut:

Bulan Jualan
Ogos (sebenar) RM200 000
September (sebenar) 400 000
Oktober (ramalan) 800 000
November (ramalan) 600 000
Disember (ramalan) 400 000

2. 20% daripada jualan dikutip dalam bulan jualan dibuat, 50% dikutip sebulan kemudian dan 30% dikutip dua
bulan kemudian
3. Dalam bulan Disember syarikat akan menerima RM60 000 dividen tunai daripada portfolio pelaburan
sahamnya
4. Pembelian barangan merupakan 70% daripada jualan, 10% daripada jumlah ini dibayar secara tunai, 70%
dibayar sebulan kemudian dan baki 20% dibayar dua bulan kemudian.

5. Upah buruh dijangka adalah RM96 000 dalam bulan Oktober, RM76 000 pada bulan November dan RM56
000 pada bulan Disember.
6. Sewa sebanyak RM10 000 dibayar setiap bulan
7. Bayaran cukai sebanyak RM50 000 pada bulan Disember
8. Syarikat akan membeli sebuah peralatan baharu pada harga RM260 000 dalam bulan November
9. Bayaran prinspal berjumlah RM40 000 akan dibayar pada bulan Disember
10. Syarikat menjangka akan membayar dividen tunai sebanyak RM40 000 dalam bulan Oktober
11. Baki tunai pada akhir September ialah RM100 000.
12. Syarikat ingin mengekalkan baki minmum tunai sebanyak RM50 000
MUKA SURAT 104
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Anggaran jualan (RM) Ogos Sept Okt Nov Dis


200 000 400 800 000 600 000 400 000
000

Jualan tunai 20% (RM) 40 000 80 000 160 000 120 000 80 000
Kutipan akaun belum terima (RM)
Terlewat sebulan 50% 100 200 000 400 000 300 000
000
Terlewat 2 bulan 30% 60 000 120 000 240 000
Jumlah kutipan jualan (RM) 420 000 640 000 620 000
Penerimaan dividen tunai (RM) 60 000
Jumlah penerimaan tunai (RM) 420 000 640 000 680 000

Ogos Sept Okt Nov Dis


Penerimaan tunai (RM) 420 000 640 000 680 000
Anggaran belian 70% x Jualan 140 000 140 000 560 000 420 000 280 000
Pembelian tunai 10% 14 000 28 000 56 000 42 000 28 000
Bayaran akaun belum bayar
Terlewat sebulan 70% 98 000 196 000 392 000 294 000
Terlewat 2 bulan 20% 28 000 56 000 112 000
Bayaran upah buruh 96 000 76 000 56 000
Bayaran sewa 10 000 10 000 10 000
Bayaran cukai 50 000
Pembelian peralatan baharu 260 000
Bayaran prinspal atas pinjaman 40 000
Bayaran dividen tunai 40 000
Jumlah pembayaran tunai 426 000 836 000 590 000
Aliran baki bersih (penerimaan
tunai tolak pembayaran tunai (6 000) (196 000) 90 000
MUKA SURAT 105
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Campur: baki awal tunai 100 000 94 000 50 000
Tolak: faedah atas pinjaman
jangka pendek 1 520
Baki akhir tunai sebelum
pembiayaan 94 000 (102 000) 138 000
Pembiayaan yang diperlukan 152 000 (88 480)
Baki akhir tunai 94 000 50 000 50 000
Pinjaman kumulatif - 152 000 63 520

l) Memahami jenis risiko Jenis-jenis risiko

Rujukan: Risiko tulen


 Merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi yang mengalami kerugian atau tidak mengalami kerugian
Lim Chee Chee (2003) dan terus berada dalam keadaan yang sama

Contoh risiko tulen:

 Risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya


 Risiko kilang terbakar
 Risiko inventori di gudang hilang

Jenis-jenis risiko tulen

1. Risiko peribadi
 Risiko yang memberi kesan secara langsung kepada invidu

2. Risiko harta
 Risiko yang dihadapi oleh pemilik harta disebabkan harta rosak, musnah dan hilang disebabkan
kerugian langsung dan kerugian tidak langsung
MUKA SURAT 106
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Risiko liabiliti
 Merujuk risiko yang dihadapi oleh individu/organisasi di bawah undang-undang ekoran tindakannya
menyebabkan kecederaan anggota atau kemusnahan harta pihak lain.

Risiko spekulatif
 merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi menghadapi kemungkinan
 kemungkinan: memperoleh keuntungan, mengalami kerugian dan masih berada dalam keadaan yang sama.

Contoh risiko spekulatif

1. Risiko yang dihadapi oleh pelabur yang melabur di pasaran saham


 Keuntungan modal jika harga saham naik
 Kerugian jika harga saham turun
 Tidak mengalami kerugian/keuntungan jika harga saham tidak berubah

2. Risiko yang dihadapi oleh organisasi jika strategi meletakkan harga yang tinggi
 Mungkin menghadapi keuntungan, kerugian dan pulang modal.

Definisi insurans
 Pengemblengan kerugian yang tidak disengajakan dan beban untuk menanggung kerugian di pindahkan
kepada syarikat insurans
 Syarikat membayar pampasan kepada pemegang polisi insurans yang mengalami kerugian
 Kerugian dibayar melalui tunai, pembaikan, penggantian dan memberikan perkhidmatan.

MUKA SURAT 107


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
m) Menjelaskan prinsip Prinsip insurans
insurans termasuklah 1. Gantirugi
ganti rugi (termasuk  Pampasan insurans setakat ganti rugi sahaja
subrogasi, caruman,  Pemegang polisi tidak boleh membuat keuntungan ke atas risiko yang dilindungi
dan limpah), doktrin  Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans
punca terdekat,
kepentingan boleh 1. Subrogasi
diinsuranskan, penuh  Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans
percaya mutlak
2. Caruman
 Pemegang insurans mengambil beberapa syarikat insurans untuk melindungi harta yang sama
 Syarikat-syarikat insurans tidak akan membayar pampasan melebihi daripada jumlah ganti rugi
 Syarikat-syarikat insurans membayar gantirugi sama rata ke atas kerugian yang dialami

3. Limpah
 Nilai perlindungan insurans lebih besar daripada nilai harta yang sebenar.

4. Doktrin punca terdekat


 Pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku secara langsung daripada risiko
yang diinsuranskan

5. Kepentingan boleh diinsuranskan


 Seseorang yang mempunyai kepentingan ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan untuk mendapat
perlindungan daripada menghadapi sebarang risiko.

6. Penuh percaya mutlak


 Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan
 Pemyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans

MUKA SURAT 108


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Takaful
 Perkataan asal takaful ialah kafal bermaksud menjamin, menjaga atau memeliara
 Takafala membawa maksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memeliara
 Akta Takaful 1984 memberi definisi skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan saling bantu-
membantu dalam menyediakan bantuan dari segi kewangan dan pertolongan sekiranya perlu di kalangan
peserta dan mereka bersetuju menyumbang untuk tujuan tersebut.

n) Menjelaskan prinsip Kepatuhan syariah


takaful termasuklah
kepatuhan syariah 1. Gharar
(gharar, riba’, akad,  Bermaksud ketidakpastian
jual beli), menanggung  Terdapat sesuatu yang disembunyikan dan boleh menimbulkan ketidakadilan serta penganiayaan kepada
risiko bersama, pihak lain.
tabarru’ (sedekah), dan  Empat gharar : ketidakpastian dalam hasil, ketidakpastian dalam kewujudan, ketidakpastian dalam tempoh
simpanan atau kontrak dan ketidakpastian dalam perubahan hasil
pelaburan.
2. Maisir
Rujukan:  Bermaksud perjudian
 Transaksi yang mengandungi unsur gharar secara tidak langsung melibatkan unsur perjudian
Lim Chee Chee (2003)
 Kemungkinan premium yang dibayar akan diganti dengan ganjaran kewangan yang besar atau kecil.
 Peserta membayar premium yang kecil mengharapkan ganjaran yang besar
 Peserta hilang wang premium apabila kerugian ingin dilindungi tidak berlaku syarikat insurans akan rugi
jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

3. Riba
 Syarikat insurans mengenakan faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman
 Unsur faedah dalam penjanaan untung yang digunakan pembayaran pampasan
 Pelaburan dan urusniaga syarikat insurans dalam instrumen kewangan mengamalkan perbankan
Konvensional yang mengamalkan aktiviti perniagaan mengamalkan riba.

MUKA SURAT 109


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Akad Jual beli
 Persetujuan bersama dikalangan peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat takaful) dalam
menjalankan peranan masing-masing.
 Peserta melanggan produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful
syarikat takaful menjalankan peranan seperti mengurus perlindungan risiko dan pengagihan keuntungan.

5. Menanggung risiko bersama


 Peserta takaful yang mengalami risiko akan menerima bantuan daripada peserta lain dalam menghadapi
sebarang risiko
 Mengamalkan konsep kerjasama, tolong menolong dan bermuafakat pihak lain yang mengalami kerugian

6. Simpanan atau pelaburan


 Sumbangan peserta dalam takaful merupakan milik peserta
 Fungsi utama pelaburan untuk mendapatkan keuntungan
 Syarikat takaful pemegang amanah memastikan bidang dan kegiatan pelaburan selamat dan selaras dengan
syariah
 Bidang pelaburan termasuklah saham, hartanah, kemudahan pembiayaan, pelaburan dan simpanan bank

MUKA SURAT 110


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh Soalan

1. Berikan maksud penyata pendapatan dan penyata aliran dana, dan jelaskan dua kegunaan bagi setiap penyata tersebut.[6]

Cadangan jawapan:

Maksud penyata pendapatan ialah:


 Penyata kewangan perniagaan yang menunjukkan tentang ringkasan hasil, belanja, dan
untung rugi dalam tempoh masa kewangan perniagaan.

Kegunaan penyata pendapatan ialah:


 Memberi garis panduan kepada pengurusan syarikat membuat perancangan dalam
menentukan sasaran jualan tahunan, bulanan atau harian.
 Mempengaruhi keputusan pelabur dan pembiaya memberi komitmen kewangan terhadap syarikat.

Maksud penyata aliran dana ialah:


 Penyata kewangan yang mempamerkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi satu tempoh kewangan syarikat tertentu.

Kegunaan penyata aliran dana ialah:


 Menunjukkan anggaran perolehan dan pelupusan aset jangka panjang dan sebarang pelaburan lain.
 Memberi petunjuk terhadap keupayaan syarikat untuk menjelaskan liabiliti semasa syarikat dalam operasi syarikat.

MUKA SURAT 111


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Jelaskan prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan dan berikan satu contoh bagaimana prinsip ini diguna pakai oleh syarikat
insurans.[4]

Prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan ialah:


 Pemegang polisis insurans (sidiinsurans) ada mempunyai kepentingan terhadap harta atau nyawa yang diinsuranskan.
 Keadaannya ialah sidiinsurans akan mengalami kerugian jika berlaku kerosakan atau kemalangan ke atas harta atau nyawa.

Contoh prinsip ini diguna pakai oleh syarikat insurans ialah:


 Rahman yang merupakan jiran kepada Razak (pemilik kilang baju) ingin menginsuranskan stok perniagaan Razak kerana Razak tidak
berminat berbuat demikian.
 Syarikat insurans akan menolak memberi permohonan perlindungan insurans ini kerana Rahman dianggap tidak mempunyai
kepentingan terhadap harta perniagaan jirannya.

3. Jelaskan lima sumber pembiayaan jangka panjang [15]


Lima sumber pembiayaan jangka panjang ialah:

1. Bon
 Merujuk kepada instrumen yang merupakan kemudahan pinjaman yang mana pihak yang membuat pinjaman menerbitkan sekuriti
hutang.
 Contoh Syarikat Cemerlang Berhad menerbitkan bon untuk mendapat pinjaman daripada perniagaan lain bagi pembiayaan satu projek
yang dijalankan.

2. Saham biasa
 Syer yang diterbitkan dan dijual kepada pelabur, pemilik saham biasa menggambarkan hak pemilikan syarikat.
 Contoh Suhaizan membeli saham biasa daripada Syarikat Rasak, ini bermakna Suhaizan merupakan sebahagian pemilik Syarikat
Razak.

MUKA SURAT 112


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Pinjaman jangka panjang
 Pinjaman yang diberikan oleh pihak institusi kewangan kepada perniagaan dan pinjaman itu dijelaskan dalam tempoh lebih daripada
1 tahun.
 Contoh Maybank memberi pinjaman perniagaan kepada sebuah syarikat dan syarikat tersebut melunaskan hutang tersebut dalam
masa lima tahun.

4. Syer keutamaan
 Syer yang diterbitkan dan dijual kepada pelabur yang terpilih dan sebagai balasan dividen yang tetap diberikan kepada pelabur
tersebut.
 Syarikat Maju Bhd menerbitkan syer keutamaan kepada pelabur syarikat tersebut dalam mendapatkan tambahan pembiayaan dengan
dibayar dividen dengan kadar sebanyak 10% setahun.

5. Debentur
 Tindakan sesebuah syarikat swasta mengeluarkan terbitan sekuriti kepada awam untuk mendapat pembiayaan dalam bentuk pinjaman,
 Contoh syarikat IQ Bhd mengeluarkan debentur kepada orang ramai bagi membolehkan mendapat pinjaman untuk membiaya aktiviti
perniagaan yang dijalankan.

MUKA SURAT 113


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
5.0 SUMBER MANUSIA
5.1 Pengurusan Sumber Manusia

5.1.1Fungsi dan peranan Takrif


pengurus sumber manusia  Satu proses menganalisis dan mengurus keperluan sumber manusia oleh organisasi untuk mencapai matlamat
strategiknya.
a) Mentakrifkan pengurusan
sumber manusia dan Peranan
menjelaskan  Untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diperlukan
kepentingannya;  Memastikan bilangan pekerja yang diperlukan dapat dipenuhi
 Mengurus aspek pampasan dan ganjaran pekerja supaya berdaya saing
Rujukan  Menyediakan program latihan dan pembangunan yang diperlukan pekerja
Sabri Hj Hussin (2002)
Sabri Hj Hussin (2005) Kepentingan
Maimunah Aminuddin  Memastikan bahwa manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan berkesan dan
(1999) cekap

MUKA SURAT 114


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) Menjelaskan fungsi Fungsi seorang pengurus sumber manusia
pengurus sumber
manusia; 1. Perancang
 Bertanggungjawab untuk merancang segala keperluan sumber manusia bagi jangka masa panjang dan pendek.
Jenis, jumlah pekerja dan bila masa diperlukan oleh organisasi perlu dikaji dari masa ke semasa bagi
memenuhi permintaan terhadap guna tenaga kerja organisasi

2. Penyelaras
 Menyelaras dasar dan peraturan yang telah diterima pakai oleh organisasi sama ada masih relevan dengan
perubahan dan desakan semasa. Melihat sejauh mana dasar dan peraturan selari dengan tuntutan pekerja,
perundangan Negara dan keperluan sejagat
3. Fasilitator
 Memastikan kehendak organisasi sesuai dengan keperluan latihan pekerja.Perlu mengenal pasti keperluan
latihan, siapa yang perlu dilatih, belanjawan untuk latihan dan siapa yang sepatutnya memberikan latihan

4. Auditor
 Menyediakan carta pergerakan pekerja yang dapat menunjukkan tarikh tamat tempoh kontrak, tarikh pekerja
perlu hadir temuduga, masa untuk latihan dan tarikh persaraan pekerja

5. Bertindak sebagai orang tengah


 Menjadi perantara antara majikan dan pihak kesatuan sekerja. Bertindak sebagai pihak ketiga dalam setiap
pertelingkahan yang berlaku

c) Membincangkan cabaran Cabaran


pengurusan sumber
manusia; 1. Peningkatan bilangan pekerja wanita
 Pusat penjagaan anak perlu disediakan, cuti yang panjang,kemudahan penyusuan bayi, waktu kerja yang anjal
Rujukan :
Ab Aziz Yusof (2014) 2. Kepelbagaian tenaga kerja (jantina, bangsa, oku,kemahiran, pendidikan)
Sabri Hj Hussin (2002)  Memerlukan kemudahan asas yang berbeza
MUKA SURAT 115
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Globalisasi
 Organisasi hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan tertentu. Apabila beroperasi di luar
sempadan negara , pekerja perlu didedahkan dengan keperluan, sikap dan budaya luar

4. Peningkatan buruh asing


 Mereka membawa budaya luar yang memerlukan pengurus menyediakan persekitaran kerja yang saling
memahami, menghormati masyarakat setempat .

5. Perkembangan teknologi
 Memerlukan latihan dan kemahiran tinggi untuk mengendalikannya

6. Penguatkuasaan undang-undang buruh yang ketat


 Caruman KWSP yang perlu dipatuhi untuk simpanan masa depan pekerja

7. Perubahan semasa (dasar kerajaan, penstrukturan semula


 Berkaitan undang-undang buruh seperti visa atau gaji minima buruh yang digubal oleh kerajaan

5.1.2 Pengurusan sumber  Tujuan proses pengurusan strategik sumber manusia adalah bagi mengoptimumkan prestasi kerja supaya
manusia strategik segala misi dan visi organisasi dapat dicapai.
d) menjelaskan pengurusan  Pengurusan sumber manusia menurut Griffin dan Ebert (2002) adalah merujuk kepada set aktiviti organisasi
sumber manusia strategik yang dapat menarik, membangunkan dan mengekalkan pekerja yang berkesan.
yang merangkumi 1. Menarik sumber manusia yang berkesan menerusi perancangan rekrut dan pemilihan
menarik, membangun, 2. Membangun sumber manusia menerusi penilaian, latihan, dan meningkatkan produktiviti.
dan mengekal sumber 3. Mengekalkan sumber manusia menerusi ganjaran, hubungan pekerja dan penyelenggaran pekerja
manusia.

Rujukan :
Ab Wahab Mat (2007)
Griffin dan Ebert (2002)
MUKA SURAT 116
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.2 Perancangan sumber manusia
5.2.1 Proses perancangan Maksud perancangan sumber manusia
sumber manusia  Merupakan aktiviti yang sistematik dan komprehensif melibatkan sumber tenaga kerja secara menyeluruh
dalam organisasi untuk jangka masa panjang, juga melibatkan pelan pembangunan yang memerlukan
a) menjelaskan maksud dan simpanan tenaga tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.
objektif perancangan
sumber manusia; Objektif perancangan sumber manusia
Rujukan : 1. Meramalkan bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan pada masa depan
Ab Aziz Yusof (2014) 2. Meramalkan bilangan dan jenis pekerja yang sedia ada
3. Membandingkan permintaan dan penawaran sumber manusia
4. Membentuk dan melaksanakan rancangan sumber manusia
5. Menilai rancangan yang terlaksana untuk menentukan keberkesanannya
b) menjelaskan proses Analisa Kerja
perancangan sumber  Satu teknik mengkaji sesuatu kerja untuk mengenalpasti kemahiran,pengetahuan, pengalaman dan keperluan
manusia yang meliputi lain yang penting untuk melaksanakan sesuatu tugas.
analisis kerja
(penghuraian kerja dan Penghuraian kerja
spesifikasi kerja),  Satu profil bertulis mengenai sesuatu kerja yang mengandungi nama jawatan,lokasi, pengredan, hubungan,
menentukan keperluan, penyata ringkas tentang tujuan kerja, senarai tugas dan tanggungjawab, tempoh dan syarat-syarat kerja.
dan memenuhi
keperluan; Spesifikasi kerja
c) menjelaskan analisis  Mengandungi aspek individu yang sesuai untuk sesuatu kerja seperti faktor fizikal, pencapaian,
kerja yang merangkumi kecenderungan, kebijaksanaan, keadaan, minat dan sifat semulajadi pemikiran serta sikap.
penghuraian dan
spesifikasi kerja; Menentukan keperluan
 Merupakan suatu anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa depan.
Rujukan ;
Ab Aziz Yusof (2014) Memenuhi keperluan
Maimunah Aminuddin  Memastikan matlamat organisasi untuk mendapatkan pekerja dikehendaki tercapai
(1994)
MUKA SURAT 117
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.2.2 Penentuan keperluan Meramal sumber dalaman dan sumber luaran
sumber manusia  Merupakan suatu anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa depan.
d) menjelaskan kaedah  Sumber dalaman terdiri dari daripada pekerja organisasi yang sedia ada dan boleh dinaikkan pangkat,
menentukan keperluan diturunkan pangkat atau dipindahkan ke bahagian lain untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ada.
sumber manusia  Sumber luaran pula terdiri daripada individu di luar organisasi seperti penganggur dan pekerja organisasi lain.
termasuklah meramal Carta penggantian
sumber dalaman dan  Senarai pemegang jawatan semasa dan mereka yang berkemungkinan boleh menggantikan tempat jika jawatan
luaran; carta tersebut dikosongkan.
penggantian; dan Inventori kemahiran
inventori kemahiran;  Fail peribadi pekerja yang mengandungi maklumat tentang pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran
Rujukan ; yang membolehkan pengurus memadankan dengan cepat jawatan yang sesuai dengan latar belakang pekerja.
Ab Aziz Yusof (2014)
e) menghuraikan faktor- Perubahan teknologi
faktor penentuan  Teknologi moden dan canggih pada masa kini membolehkan pengurus sumber manusia menjadi lebih
keperluan sumber berkesan disamping dapat mempercepatkan perjalanan berbagai fungsian sumber manusia.
manusia termasuklah  Contohnya, penggunaan sistem komputer untuk mengira gaji dan bonus para pekerja, menyimpan rekod dan
perubahan teknologi, data pekerja yang membolehkan pencarian data dibuat dalam masa yang singkat, Khulida Kirana Yahya
perubahan sosioekonomi, (2002)
pertumbuhan perniagaan, Perubahan sosioekonomi
dan penamatan  Termasuk trend persaingan, pengangguran dan inflasi
perkhidmatan; Pertumbuhan perniagaan
 Perniagaan berkembang maka keperluan sumber manusia juga bertambah.Mementingkan kewujudan pekerja
berpengetahuan (knowledge workers) dalam organisasi.
Khulida Kirana Yahya Penamatan perkhidmatan
(2002)  Untuk memberhentikan pekerja dalam suasana yang konsisten dengan matlamat organisasi. Di samping tidak
Ab Aziz Yusof (2014) merendahkan martabat pekerja tersebut di mata pekerja lain.

MUKA SURAT 118


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.2.3 Pengambilan sumber Proses Pengambilan Pekerja
manusia
f) menjelaskan proses 1. Menarik minat/ merekrut
pengambilan yang  Melibatkan usaha mencari dan menarik sekumpulan calon-calon yang berpotensi dan berkelayakan untuk
merangkumi menarik memenuhi sesuatu jawatan kosong dalam organisasi.
minat, pemilihan,  Iklan
penawaran kerja, dan  Hebahan umum
induksi;  Head –hunting
 Walk in
Maimunah Aminuddin  agensi pekerjaan awam(jabatan tenaga rakyat), agensi pekerjaan swasta, firma pencari eksekutif, persatuan
(1994) profesional, institusi pengajian tinggi/kolej, rujukan pekerja, pemohon tidak diundang
Sabri Hj Hussin (2005)
2. Pemilihan
 Satu proses untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelayakan yang relevan untuk mengisi
kekosongan jawatan sedia ada atau jawatan yang bakal wujud melalui :
 Borang permohonan (mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan minat)
 Semakan rujukan ( menyediakan perujuk untuk memeriksa kebenaran penyata calon tentang diri mereka)
 Temuduga (mendapatkan maklumat tentang calon melalui maklum balas terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan)
 Ujian (ujian prestasi, ujian cenderung jelas, ujian perwatakan, ujian kecerdasan, ujian kesihatan.ujian
dadah)

3. Penawaran kerja
 Calon yang berjaya dalam proses pemilihan akan ditawarkan kerja dengan syarat-syarat perkhidmatan
 Semua pekerja dilindungi oleh Akta Pekerjaan diberi dalam suatu kontrak pekerjaan bertulis

4. Induksi
 Proses pekerja baru dibiasakan/orientasi dengan persekitaran kerja

MUKA SURAT 119


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(i) merekrut Tindakan menarik minat calon
g) menjelaskan tindakan 1. Calon-calon luaran
menarik minat  Agensi pekerjaan dan perunding
termasuklah iklan,  Pengambilan di kampus
hebahan umum, head-  Perujuk-perujuk pekerja
hunting, walk-in, dan  Calon yang menawarkan diri sendiri
lain-lain;  Iklan dalam media massa

2. Calon dalaman
Rujukan :  Pekerja sedia ada
Maimunah Aminuddin  Audit pekerja
(1994)
 Pemberitahuan Kerja kosong
Sabri Hj Hussin (2005)
(ii) Pemilihan Aspek pemilihan
h) menjelaskan aspek 1. Borang permohonan
pemilihan yang  Mengandungi maklumat peribadi tentang nama calon,alamat untuk dihubungi,latar belakang pendidikan,
merangkumi borang kelulusan akademik, pengalaman kerja dan maklumat kesihatan diri individu
permohonan, semakan 2. Semakan rujukan
rujukan, temu duga, dan  Semakan dilakukan tentang calon bagi mengetahui maklumat calon daripada mereka yang kenal rapat
ujian; dengannya
3. Temuduga
 Melibatkan sesi perbualan yang selalunya formal bagi membolehkan penemuduga menilai calon yang
ingin dipertimbangkan bagi mengisi sesuatu jawatan.
4. Ujian
 Pemeriksaan terhadap kualiti sumber manusia yang berkaitan dengan kerja atau jawatan yang akan diisi.
Ujian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu ujian kecenderungan, pencapaian, minat vokasional
dan personaliti.

MUKA SURAT 120


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(iii) Penawaran kerja  Syarat Perkhidmatan
 Nama jawatan yang ditawarkan
i) menjelaskan penawaran
kerja meliputi syarat-  Senarai tugas yang dipertanggungjawabkan
syarat perkhidmatan;  Gaji dan elaun serta kenaikan gaji
 Faedah-faedah yang akan didapati oleh pekerja
Maimunah Aminuddin  Tempoh percubaan dan pengesahan jawatan
(1994)  Syarat-syarat pengesahan jawatan
Sabri Hj Hussin (2005)
 Waktu dan hari bekerja
 Rahsia-rahsia syarikat
 Pemberhentiaan dan persaraan

(iv) Induksi Tujuan:


1. Memudahkan pekerja baru menyesuaikan diri dengan suasana organisasi.
j) menjelaskan induksi
2. Mengurangkan kebimbangan dalam pekerjaan
yang merangkumi tujuan,
3. Memberi keyakinan kepada pekerja baru
kandungan program, dan
4. Menggambarkan imej dan status organisasi
masalah perlaksanaan.
Kandungan program
1. Maklumat umum organisasi. Cth: Sejarah, misi, visi
2. Dasar dan peraturan. Cth: Etika kerja, disiplin dalam pekerjaan
3. Ganjaran. Cth gaji, bonus, faedah lain
4. Persekitaran fizikal tempat kerja. Cth: peralatan pejabat, mesin-mesin berkaitan kerja, bilik-bilik pejabat
5. Tugas-tugas. Cth: tugas dan tanggungjawab, kontrak pekerjaan, rakan sekerja,ketua dan orang bawahan
Maimunah Aminuddin
6. Kawasan fizikal organisasi. Cth: bangunan-bangunan, kafeteria, dewan
(1994)
Masalah Pelaksanaan:
Sabri Hj Hussin (2005)
1. Penggunaan program yang tidak dikemaskini mengikut perubahan organisasi
2. Menggunakan hanya satu kaedah program untuk semua jenis pekerjaan
3. Pegawai yang terlibat dalam kursus induksi ini tidak berpengalaman atau berkemahiran
4. Program induksi ini hanya dijalankan dalam bilik kuliah sahaja
5. Tidak mendapat kerjasama daripada pekerja lama dalam organisasi

MUKA SURAT 121


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.3 Latihan dan pembangunan
a) mentakrifkan maksud Latihan
latihan dan pembangunan  Satu pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
serta peranan dan kakitangan agar prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan.Perubahan perlakuan ini dapat memberikan
kepentingannya; sumbangan ke arah pencapaian sesuatu matlamat organisasi, Ab Aziz Yusof (2014)

Pembangunan
Rujukan :
 Usaha meluaskan pengetahuan,kebolehan dan kemahiran pekerja bagi menyediakan mereka untuk kerja-kerja
Ab Aziz Yusof (2014)
dan jawatan yang bakal mereka pegang di masa akan datang dan pada masa yang sama juga meningkatkan
kapasiti mereka dalam melaksanakan tugas mereka sekarang ini, Faizuniah Pangil (2002)

Peranan dan kepentingan


Program latihan yang berkesan dapat membantu organisasi mencapai matlamatnya ,Buckley dan Caple (1992)

Kepentingan latihan

1. Boleh meningkatkan produktiviti pekerja


2. Meningkatkan kepuasan bekerja
3. Memastikan kemahiran pekerja terkini
4. Memotivasikan pekerja
5. Dapat mengurangkan masa untuk belajar dan kos

MUKA SURAT 122


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.4 Penilaian prestasi pekerja

a) mentakrifkan maksud Takrif Penilaian Prestasi


penilaian prestasi serta  Merupakan proses menilai semula aktiviti kerja yang dilakukan oleh seseorang individu pada masa lalu bagi
menjelaskan peranan dan memastikan ianya telah memberi sumbangan ke arah pencapaian objektif organisasi.
kepentingannya;
Peranan:
1. Untuk memberi ganjaran atau insentif.
2. Memberi maklum balas terhadap pencapaian pekerja.
Rujukan : 3. Memberi latihan kepada pekerja yang kurang mahir.
Sabri Hj Hussin (2005) 4. Memberi kenaikan pangkat.
5. Merancang sumber tenaga manusia.
6. Pengurangan tenaga kerja dan pemberhentian
7. Untuk menyimpan rekod pekerja dalam menghadapi kes mahkamah
8. Untuk membuat kajian berhubung dengan tenaga kerja.
9. pengadilan pekerja

Kepentingan:
1. Memberi maklum balas mengenai prestasi pekerja.
2. Menyediakan langkah-langkah tertentu untuk membantu pekerja meningkatkan prestasi mereka
3. Menjadi asas / panduan kepada pengurusan dalam menentukan pakej ganjaran pekerja
4. Memberi maklumat tentang keberkesanan aktiviti pengambilan, pemilihan, latihan dan pembangunan pekerja.
5. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan dan
pembesaran organisasi

MUKA SURAT 123


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) menjelaskan kaedah- 1. Skala pekadaran
kaedah penilaian prestasi;  Digunakan dengan menggunakan boring yang diformatkan bagi membolehkan penilai menilai kualiti dan
ciri-ciri lain pekerja.Contoh ciri yang dinilai adalah seperti sering mengemukakan buah fikiran yang
bernas, amanah, inisiatif, kepimpinan, prihatin terhadap masalah organisasi dan sebagainya.Setiap factor
Rujukan :
dinilai berdasarkan skala contohnya dari 1 (sangat memuaskan) ke 7 (sangat tidak memuaskan)
Sabri Hj Hussin (2005)
2. Perbandingan pekerja
 Pegawai penilai terlebih dahulu mengkelaskan pekerja berdasarkan factor-faktor seperti prestasi kerja dan
nilainya kepada organisasi. Hanya seorang individu sahaja yang boleh diletakkan di kelas tertentu
3. Esei
 Penilai menghuraikan prestasi pekerja yang merangkumi kelebihan dan kelemahan pekerja dalam bentuk
esei.

c) menjelaskan ciri-ciri Penilaian yang berkesan


penilaian prestasi yang
berkesan; 1. Dilakukan secara berterusan iaitu tidak tunggu sehingga ke akhir tahun.
2. Direka berdasarkan penghuraian kerja iaitu tidak sesuka hati pengurus.
3. Dibuat dengan adil dan dianggap adil oleh pekerja.
4. Penilai tahu apa yang patut dinilai
5. Penilai tahu teknik menilai dengan betul.
6. Bebas dari sifat berat sebelah.

d) membincangkan masalah Masalah:


dalam penilaian prestasi. 1. Kaedah / penilai kurang objektif
2. Kesilapan hak / penilaian berdasarkan satu faktor sahaja.
3. Terlalu bermurah hati
4. Terlalu tegas
5. Kecenderungan penilaian pertengahan (central tendency) – masalah organisasi
6. Kecenderungan peribadi.( aspek manusia)

MUKA SURAT 124


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.5 Pampasan
a) menjelaskan maksud Maksud Pampasan
pampasan, tujuan, dan  Merupakan sebarang bentuk ganjaran yang diterima oleh pekerja daripada organisasi disebabkan oleh
kepentingannya; sumbangan yang mereka berikan kepada organisasi

Tujuan
Rujukan :
1. Untuk pekerja
Zafir Mohd Makhbul (2003)
 Satu elemen penting untuk meningkatkan prestasi kerja
2. Untuk majikan
 Satu usaha awal menarik minat pekerja baru untuk berkhidmat dalam organisasi

Kepentingan
1. Membantu memikat kakitangan untuk memasuki organisasi
2. Membantu membendung pekerja sedia ada untuk kekal dalam organisasi
3. Meningkatkan motivasi pekerja yang akan membawa kepada peningkatan motivasi

 Menurut Benardin dan Rusell (1998) ganjaran merujuk kepada semua bentuk pulangan kewangan, faedah
ketara yang diterima pekerja sebagai sebahagian daripada sumbangan yang telah diberikan terhadap pekerjaan
yang dilakukan.
b) menjelaskan ganjaran 1. Gaji
merangkumi gaji, upah,  Dinyatakan dalam bentuk bulanan atau tahunan. Contohnya, Abu mendapat gaji sebanyak RM1,000 sebulan
dan elaun [elaun sara atau RM12,000 setahun
hidup (COLA), elaun
khidmat awam, elaun 2. Upah
perumahan dan  Dibayar mengikut jam bekerja.Contohnya Halim dibayar sebanyak RM50 sejam untuk kerja mengecat
sebagainya]; bangunan tinggi

3. Elaun (Elaun sara hidup COLA, elaun khidmat awam elaun perumahan)
Rujukan :
Ab Aziz Yusof (2014)
MUKA SURAT 125
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c) menjelaskan faedah yang Berbentuk wang
berbentuk wang dan  Merujuk kepada bayaran kewangan yang dibayar kepada para pekerja.
bukan wang termasuklah  Cth: gaji/upah, elaun, KWSP, SOCSO/PEKESO, Bonus, kemudahan pinjaman perumahan.
insurans pekerja,
caruman KWSP, Berbentuk Bukan Wang
kemudahan kesihatan,  Merujuk ganjaran bukan dalam bentuk kewangan. Cth: cuti, faedah perubatan, kemudahan meningkatkan
percutian, kemudahan kerjaya, tempat tinggal, tempat penjagaan anak
pinjaman, tempat
penjagaan kanak-kanak, Faedah berbentuk wang
keahlian badan 1. gaji/upah,
profesional dan kelab, 2. elaun,
kemudahan kebajikan 3. SOCSO/PEKESO,
dan keselamatan pekerja, 4. Bonus,
dan seumpamanya; 5. kemudahan pinjaman perumahan.

Rujukan : Faedah bukan wang


Sabri Hj Hussin (2005) 1. Insurans pekerja
Zafir Mohd Makhbul (2003) 2. Caruman KWSP
3. kemudahan kesihatan,
4. percutian,
5. kemudahan pinjaman,
6. tempat penjagaan kanak-kanak,
7. keahlian badan profesional dan kelab,
8. kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja,

MUKA SURAT 126


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) menjelaskan penentu- Penentu Ganjaran
penentu pampasan. 1. Pasaran buruh
 Menunjukkan hubungan penawaran dan permintaan tenaga kerja yang berkelayakan.Jika penawaran tenaga
kerja lebih rendah dari permintaan maka ganjaran lebih tinggi ditawarkan

2. Jenis pekerjaan
 Jika nilai sesuatu pekerjaan itu penting kepada sesebuah organisasi maka ganjaran adalah lebih tinggi

3. Pekerja itu sendiri


 Jika nilai pekerja seperti pengalaman, kemahiran dan tahap pendidikan tinggi maka ganjaran juga lebih
menarik dan tinggi

4. Faktor organisasi
 Jika organisasi atau majikan berkemampuan untuk memberikan ganjaran yang tinggi kerana mendapat
keuntungan yang tinggi maka pekerja juga boleh mendapat ganjaran yang tinggi.

5.6 Tindakan disiplin dan penamatan perkhidmatan

d) mentakrifkan maksud Tindakan Disiplin


disiplin dalam Definisi
perjawatan;  Tindakan yang diambil oleh majikan terhadap pekerja yang melanggar standard dan peraturan organisasi.

d) menjelaskan proses Proses Tindakan Disiplin


tindakan disiplin yang
merangkumi amaran 1. Amaran lisan,
lisan, amaran bertulis,  Diberi terhadap kesalahan ringan yang dilakukan bagi pekerja melakukan kesalahan pertam
surat tunjuk sebab,
inkuiri, dan hukuman; 2. Amaran bertulis,
 Tindakan disiplin yang direkodkan dalam fail peribadi pekerja

MUKA SURAT 127


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Maimunah Aminuddin 3. Surat tunjuk sebab
(2011)  Surat tunjuk dijawab oleh pekerja sebab mengapa tindakan disiplin tidak harus dikenakan terhadapnya.

4. Inkuiri,
 Jawatankuasa disiplin yang akan menjalankan penyiasatan ke atas pekerja setelah menerima surat tunjuk
sebab

5. Hukuman
 Tindakan disiplin terhadap pekerja berkenaan bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan.

e) menjelaskan masalah Masalah Dalam Tindakan Disiplin


dalam tindakan disiplin;
1. Gagal mengubah tingkah laku
2. Sukar kumpul bukti kesalahan
3. Masalah mendapatkan pekerja ganti
4. Risiko didakwa

f) menjelaskan jenis-jenis Jenis-jenis hukuman berkaitan Disiplin


hukuman berkaitan
disiplin; 1. Turun pangkat
 mengurangkan tanggungjawab dan autoriti sedia ada pekerja serta diturunkan ganjaran yang diterima

2. Gantung kerja
 pekerja tidak dibenarkan bekerja suatu tempoh tertentu sementara siasatan dijalankan ke atas untuk
mengesahkan perlanggaran disiplin

3. Pemecatan
 memberhentikan pekerja daripada bekerja dalam organisasi

MUKA SURAT 128


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
g) menjelaskan skim Skim kemudahan penamatan perkhidmatan
kemudahan penamatan
perkhidmatan sama ada 1. Wajib
secara wajib, sukarela,  seseorang pekerja telah mencapai peringkat umur persaraa
atau diberhentikan
(retrenchment). 2. Sukarela
 Berhenti daripada terus berkhidmat dalam sesebuah organisasi secara sukarela

3. Diberhentikan
 Berlaku perlanggaran syarat kontrak perkhidmatan antara pekerja dengan majikan

Fungsi,peranan dan kepentingan kesatuan sekerja

1. Perundingan pekerja-majikan
 Menyelesaikan masalah yang wujud antara pekerja dengan majikan

2. Memperjuang nasib pekerja


 Mengelakkan pekerja daripada ditindas oleh majikan

3. Mewakili pekerja dalam tindakan perusahaan


 Jika berlaku pertikaian diantara pekerja dengan majikan

4. Menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada pekerja


 Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja

MUKA SURAT 129


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5.7 Perhubungan industri
a) mentakrifkan maksud  Merujuk kepada interaksi antara pihak pengurusan organisasi dengan pekerja.
perhubungan industri dan  Dalam hal interaksi antara majikan dengan pekerja, ia merujuk kepada hubungan antara majikan dengan
kepentingannya; kesatuan sekerja.

b) menjelaskan fungsi, Fungsi kesatuan sekerja


peranan, dan kepentingan
kesatuan sekerja Penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja tersebut akan berfungsi bagi mencapai matlamat seperti yang telah disebut
termasuklah Kongres di atas. Antara fungsi-fungsi persatuan sekerja adalah:
Kesatuan Sekerja 1. Untuk menjamin dan meningkat taraf hidup dan status ekonomi ahli.
Malaysia (MTUC) dan 2. Untuk meningkat dan menjamin keselamatan ahli terhadap ancaman dan ketidakpastian yang disebabkan
lain-lain; oleh perubahan pasaran, perubahan teknologi, atau keputusan pihak pengurusan.
3. Untuk mempengaruhi hubungan kuasa dalam sistem sosial agar pihak tertentu tidak mengancam keperluan
dan matlamat kesatuan.
Rujukan :
4. Untuk menjamin kebajikan kepada seluruh pekerja dalam organisasi.
Sabri Hj Hussin (2005)
5. Untuk membentuk makanisma dalam menangani dasar dan amalan menekan dan berat sebelah ditempat
kerja.

Peranan Kesatuan Sekerja(MTUC/CUEPACS/DAN LAIN-LAIN)


1. Menangani isu pekerja wanita
2. Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum
3. Membantu menangani kegawatan ekonomi
4. Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan
5. Pasaran buruh di masa hadapan
6. Mengambil langkah-langkah bagi melindungi hak-hak ahli mereka seperti:
 Menasihati ahli tentang hak-hak mereka.
 Meminta kerajaan meluluskan perundangan
 Memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberikan faedah kepada ahli-ahlinya.

MUKA SURAT 130


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) menjelaskan kaedah Kaedah Mengekalkan Hubungan Harmoni majikan –pekerja
mengekalkan hubungan 1. Sikap sedia berunding majikan –pekerja
harmoni antara majikan 2. Menggunakan pihak ketiga sebagai orang tengah
dengan pekerja. 3. Perundingan dengan niat yang baik antara majikan dan pihak Kesatuan sekerja
4. Kedua pihak menunjukkan kesanggupan untuk berhubung dan berunding
5. Sanggup bekerjasama untuk memenuhi peruntukan undang-undang dan menyelesaikan masalah yang timbul
6. Melakukan penyiasatan dan mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum sebarang keputusan dibuat

Kaedah Mengekalkan Hubungan Harmoni majikan –pekerja


1. Sikap sedia berunding majikan –pekerja
2. Menggunakan pihak ketiga sebagai orang tengah
3. Perundingan dengan niat yang baik antara majikan dan pihak Kesatuan sekerja
4. Kedua pihak menunjukkan kesanggupan untuk berhubung dan berunding
5. Sanggup bekerjasama untuk memenuhi peruntukan undang-undang dan menyelesaikan masalah yang timbul
6. Melakukan penyiasatan dan mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum sebarang keputusan dibuat.

MUKA SURAT 131


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan

1. Huraikan maksud pengurusan sumber manusia dan kepentingannya kepada organisasi. [5]

Cadangan Jawapan
 Maksud pengurusan sumber manusia ialah Aktiviti-aktiviti yang berlaku berkaitan dengan pengurusan sumber manusia untuk mencapai
matlamat organisasi

Kepentingan
1. Menarik sumber manusia yang berkesan melalui perancangan pengrekrutan dan pemilihan
2. Membangunkan sumber manusia melalui penilaian, latihan dan meningkatkan produktiviti
3. Mengekalkan pekerja melalui sistem ganjaran dan penyelenggaraan pekerja

2. Jelaskan maksud pengrekrutan pekerja dan terangkan bagaimana proses pengrekrutan boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. [6]

Cadangan jawapan
Maksud pengrekrutan
 Proses menarik minat calon yang berkelayakan untuk memohon sesuatu jawatan kosong (2)

Proses pengrekrutan:
(i) Mengenalpasti keperluan jawatan
 Huraian kerja melibatkan nama jawatan, tanggungjawab/bidang tugas
 Spesifikasi kerja melibatkan kelayakan dan pengalaman
(ii) Mengenalpasti sumber pengrkrutan calon
 Sumber dalaman merujuk kepada pekerja sedia ada dalam syarikat.
 Sumber luaran merujuk kepada sumber dari luar organisasi seperti calon ‘fresh’ atau dari syarikat lain.
(iii)Mengenalpati kaedah pengrekrutan
 Kaedah rekrut dalaman seperti inventori kemahiran tenaga kerja dan kenaikan pangkat
 pengiklanan dalaman
 kaedah rekrut luaran seperti pengiklanan, agensi perkhidmatan, kampus, rujukan pekerja.
MUKA SURAT 132
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Jelaskan cabaran-cabaran yang wujud dalam aktiviti pengurusan sumber manusia.[15]
(i) Peningkatan bilangan wanita dalam sektor pekerjaan
(ii) Globalisasi
(iii)Kepelbagaian tenaga kerja

Cadangan jawapan
Cabaran-cabaran yang wujud dalam aktiviti pengurusan sumber manusia ialah:
1. Peningkatan bilangan wanita dalam sektor pekerjaan
 Kemudahan tambahan – pusat jagaan anak
 Masalah gangguan seksual
 Cuti – bersalin
 Ego lelaki untuk terima ketua wanita
 Persaingan yang tidak sihat – fesyen

2. Globalisasi
 Perlu bersaing dengan syarikat antarabangsa
 Pekerja perlu dilatih supaya setanding
 Untuk membina semangat pekerja yang patriotik
 Pekerja lebih mobiliti
 Pengaruh pekerja luar negara tinggi

3. Kepelbagaian tenaga kerja


 Wanita perlu diberi peluang naik pangkat yang sama
 Setiap pekerja perlu diberikan peluang sama rata untuk sebarang kemudahan
 Golongan cacat dan minoriti perlu diberi peluang yang sama
 Pertembungan kepebagaian budaya mewujudkan masalah sosial
 Penyediaan khusus bagi golongan wanita yang berkeluaga seperti pusat menjaga anak

MUKA SURAT 133


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Soalan Kajian Kes Penggal 1

Pada bulan April tahun 1982, Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) telah membuka restoran McDonald’s yang pertama di
Malaysia. GARSB telah menempa kejayaan cemerlang yang mana lebih daripada 200 restoran telah pun beroperasi dan kini masih berkembang
dengan pembukaan sekitar 20 hingga 25 buah restoran setiap tahun. Bagi menyokong kejayaan setiap restoran baharu, pengurus restoran pelatih
dikehendaki mengikuti latihan berpandukan Kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s yang terdiri daripada kaedah latihan seperti latihan
semasa kerja, menghadiri kelas dan pembelajaran sendiri. Melalui perbincangan di dalam kelas dan latihan semasa kerja, pelatih akan
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan syif restoran. Pelatih mendapat latihan pengurusan melalui simulasi peranan,
perbincangan, dan latihan interaktif di dalam dan di luar restoran. Pelatih perlu mengikuti latihan dalam kelas selama lima hari sebagai
pendedahan tentang amalan kepimpinan restoran yang berkesan untuk membantu pelatih membuat keputusan bagi menangani masalah tentang
operasi restoran. Apabila pelatih sudah berpengalaman mengurus restoran selama setahun, mereka akan diberi latihan berkaitan dengan amalan
kepimpinan perniagaan pula.
Di samping itu, kawalan kualiti makanan yang ketat turut diamalkan oleh Restoran McDonald’s. Restoran ini juga mengikut Standard
Antarabangsa Kualiti Makanan dan Keselamatan serta peraturan kerajaan termasuk mematuhi syarat JAKIM untuk mendapatkan sijil Halal bagi
meyakini pelanggan mereka. Semua bahan mentah yang dihantar ke restoran diperiksa kualitinya sebelum diterima dan disimpan di dalam peti
penyejuk beku mengikut keperluan suhu bagi setiap bahan. Contohnya, telur perlu disimpan pada suhu 1-4 C dengan tempoh jangka hayat
selama 14 hari sahaja bagi menjamin kelazatan produk siap. Bagi bahan mentah yang sedang diproses, seperti telur, tidak boleh didedahkan
kepada suhu bilik melebihi 30 minit. Bawang, kubis, dan tomato yang sudah diproses pula tidak boleh dibiarkan melebihi dua jam.
Bahan mentah yang dimasak perlu dikawal suhunya, dan suhu diperiksa sepanjang tempoh masakan. Produk yang siap perlu disimpan
dalam kabinet makanan pada suhu tidak melebihi 60 C. Semua pekerja diwajibkan mengguna sarung tangan pakai buang semasa pengendalian
bahan mentah sehinggalah produk siap. Mereka juga wajib mencuci tangan setiap jam dengan bahan pencuci tangan pembasmi kuman.
Walaupun restoran McDonald’s terus berkembang, restoran ini tetap mengalami masalah persaingan terutamanya daripada restoran
makanan segera yang lain. Restoran ini juga mengambil kira keprihatinan pengguna masa kini yang mementingkan cara pemakanan yang sihat.
Makanan segera sering dikaitkan dengan risiko kesihatan dan obesiti. Oleh itu, GARSB mendedahkan maklumat nutrisi produknya secara
berleluasa melalui laman web, brosur, dan alas dulang. GARSB juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan
produknya memenuhi garis panduan pemakanan sihat.
(Disesuaikan daripada www.mcdonalds.com.my capaian 1 Ogos 2011)

MUKA SURAT 134


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Berdasarkan kes di atas,

(i) Jelaskan tiga jenis latihan yang digunakan oleh GARSB bagi melatih pengurus restoran McDonald’s. [15]
(ii) Terangkan bagaimana kawalan kualiti produk dilakukan melalui kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output dalam operasi harian
restoran McDonald’s.[13]
(iii)Terangkan tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perkembangan perniagaan restoran McDonald’s.[10]

(i) Tiga jenis latihan yang digunakan oleh GARSB bagi melatih pengurus restoran McDonald’s ialah:

1. Latihan luar kerja

Huraian:
 Latihan yang dikendalikan oleh syarikat sendiri atau pihak luar organisasi dan dijalankan di luar waktu bekerja serta di luar tempat kerja.

Kaitan dengan kes:


 Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menjalani latihan pengurusan melalui simulasi peranan yang dijalankan.
 Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) hadir, bincang dan latihan di dalam kelas
 Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menghadiri latihan interaktif di luar restoran

2. Latihan sambil bekerja

Huraian:
 latihan yang dijalankan di dalam organisasi dalam tempoh waktu bekerja.

Kaitan dengan kes:


 Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menjalani latihan interaktif di dalam restoran tersebut.
 Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menjalani latihan sambil kerja sebenar sebagai pengurus restoran selama setahun.

MUKA SURAT 135


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Pembelajaran sepanjang hayat

Huraian:
 Pembelajaran secara sendiri yang memerlukan penglibatan secara peribadi, berinisiatif sendiri, penilaian kendiri dan memberi kesan
sepanjang masa berdasarkan pengalaman kerja dan kehidupan.

Kaitan dengan kes:


 Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) mendapat pembelajaran dan pengetahuan melalui brosur, Internet, menghadiri
kursus-kursus selain daripada yang disyaratkan oleh syarikat dan pengamatan kendiri.

(ii) Kawalan kualiti produk dilakukan melalui kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output dalam operasi harian restoran McDonald’s.
Ialah:

1. Kawalan input

Huraian:
 Pengawalan ke atas semua faktor pengeluaran dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran bermula bertujuan mengelakkan penyelewengan dan
memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Kaitan dengan kes:


 Bahan mentah yang sampai ke restoran diperiksa kualitinya sebelum diterima bagi memastikan bahan mentah selaras dengan standard
antarabangsa kualiti makanan,keselamatan dan peraturan kerajaan.
 Bahan mentah disimpan di dalam peti beku atau peti dingin mengikut keperluan suhu setiap bahan
 Semua kawalan ini bertujuan mengekalkan kesegaran bahan mentah
 Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan produknya memenuhi garis panduan pemakanan sihat .
 telur perlu disimpan pada suhu 1-4 C dengan tempoh tamat hayat 14 hari sahaja bagi menjamin kelazatan produk siap.

MUKA SURAT 136


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Kawalan proses

Huraian:
 Pengawalan yang berlaku ke atas bahan mentah pada peringkat penukaran input kepada output bertujuan mengeluarkan barangan yang cacat
daripada proses pengeluaran.

Kaitan dengan kes:


 Semua krew GARSB diwajibkan untuk menggunakan sarung tangan pakai buang semasa mengendalikan bahan mentah bertujuan
mengelakkan bahan mentah tercemar.
 Semua krew GARSB restoran yang mengendali bahan mentah wajib mencuci tangan setiap jam dengan bahan pencuci tangan anti kuman
bagi menjamin kebersihan dan mengelakkan jangkitan kuman.
 Bawang, kubis dan tomato yang telah diproses tidak boleh dibiarkan melebihi 2 jam supaya dapat mengekalkan kandungan nutrisi dan rasa.
 Bahan mentah yang sedang diproses, contoh ialah telur, tidak boleh didedahkan kepada suhu bilik melebihi 30 minit bertujuan mengekalkan
kesegaran.
 Bahan mentah yang sedang dimasak dikawal suhunya dan suhu diperiksa sepanjang tempoh masakan bertujuan mengekalkan kelazatan.

3. Kawalan output

Huraian:
 Kawalan dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat atau produk siap diproses bertujuan membuat pembaikan terhadap proses, jika ada
penyelewengan tindakan pembetulan perlu diambil

Kaitan dengan kes:


 Produk yang siap perlu disimpan dalam kabinet makanan pada suhu tidak melebihi 60 C bertujuan mengekalkan kelazatan produk siap.

MUKA SURAT 137


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(iii)Tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perkembangan perniagaan restoran McDonald’s ialah:

1. Persaingan

Huraian:
 Firma-firma lain yang berada dalam industri atau pasaran yang sama dengan mengeluarkan produk yang sama.

Kaitan dengan kes:


 Pesaing lain menawarkan menu yang hampir sama memberi saingan kepada Restoran McDonald’s.
 Persekitaran ini menyebabkan permintaan produk McDonald’s boleh terjejas jika pesaing bertindak agresif
 Contohnya mengeluarkan produk baharu, melakukan promosi harga, melakukan pengiklanan menarik.

2. Sosiobudaya

Huraian:
 Nilai-nilai dan cara hidup bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat.
Kaitan dengan kes:
 Perubahan cita rasa pengguna berlaku kerana keprihatinan pengguna masa kini menumpu kepada amalan pemakanan yang sihat di mana
makanan segera sering dikaitkan dengan risiko kesihatan dan obesiti.
 Perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin sibuk, perlu bergerak pantas serta ibu bekerja menyebabkan permintaan terhadap makanan
segera termasuk McDonald’s semakin meningkat.

3. Perundangan

Huraian:
 Peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan yang berkuasa ke atas
operasi sesebuah perniagaan.

MUKA SURAT 138


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kaitan dengan kes:
 Standard Antarabangsa Kualiti Makanan dan Keselamatan menjadi garis panduan bagi tahap kualiti bahan mentah yang digunakan dan
produk yang dikeluarkan oleh perniagaan.

 Perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan pemakanan sihat.
 Syarat JAKIM bagi mendapatkan sijil Halal untuk meyakinkan pelanggan, dengan itu McDonald’s perlu mematuhi syarat tersebut.

Senarai Rujukan:

Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud & Siti Nabiha Abdul Khalid, 1996. Asas Pengurusan Perniagaan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Banking Info. Laman sesawang www.bankinginfo.com.my. Capaian pada 20 Jun 2014

Faudziah Zainal Abidin. Et. al. 2001. Prinsip Pengurusan Kewangan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Heizer, J O Render, B, 2011, Operation Management. Tenth Ed, USA : Courier/Kendallville

Knott, G. 2004. Financial Management. 4 Ed. New York : Palgrave Ma Millan

Lim Chee Chee. 2003. Pengurusan Risiko & Insurans. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Russell R.S., Taylor B.W., 2006. Operations Management: Quality And Competitiveness In A Global Environment. Fith Ed. USA: Von Hoffmann.

Sabri Hj Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan. Kuala Lumpur: Thomson Learning.

Sabri Hj Hussin, 2005. Pengurusan Perniagaan Jilid 2. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte Ltd

Saiful Bahri Sufar, Muhamad Muda, Othman Yong. 2001. Pengurusan Kewangan. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MUKA SURAT 139


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
6.0 PENGURUSAN
6.1 Pengenalan Kepada Pengursan
Maksud pengurusan.
6.1.1 Fungsi Pengurusan  Merujuk kepada proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi
dengan cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat dan objektif organisasi.
a) Mentakrifkan
maksud pengurusan Kepentingan pengurusan.
dan menjelaskan 1. Penyelarasan Sumber
kepentingannya.  Mengagihkan sumber mengikut kesesuaian tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang dimiliki
oleh setiap pekerja.
2. Penggunaan Sumber Secara Berkesan
Daft (2010)  Memastikan supaya semua sumber dilaksanakan secara efektif dan efisien bagi membolehkan
Griffin (2011) matlamat organisasi dapat dicapai.
3. Mencapai Matlamat Organisasi
 Pengurusan organisasi yang teratur dan sistematik membolehkan organisasi dapat melaksanakan
aktiviti-aktiviti bagi mencapai matlamat organisasi.
4. Mengurangkan Pembaziran
 Pengurusan yang cekap dapat menjimatkan kos ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti organisasi.
 Kesannya akan memolehkan organisasi terus beroperasi pada tahap yang optimum.

b) Menjelaskan fungsi Fungsi pengurusan.


pengurusan 1. Perancangan
merangkumi  Proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai
perancangan, matlamat organisasi.
pengorganisasian, 2. Pengorganisasian
kepimpinan, dan
 Proses menyusun dan mengagihkan sumber sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah
pengawalan;
ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai.
MUKA SURAT 140
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kepimpinan
Daft (2010)  Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap
Griffin (2011) dan berkesan.
4. Pengawalan
 Proses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang telah dijangkakan.

Keberkesanan: (efectivenees)
6.1.2 Konsep  Sebagai melakukan sesuatu kerja yang betul (doing the right things), iaitu menyempurnakan sesuatu kerja
Keberkesanan dan yang membantu ke arah memenuhi objektif organisasi.
Kecekapan  Contohnya, Seorang pekerja berupaya melaksanakan tugas mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
oleh pengurus terhadapnya.
c) Membincangkan
konsep Kecekapan: (efficiency)
keberkesanan dan  Sebagai melakukan sesuatu kerja dengan betul (doing things right), iaitu melaksanakan sesuatu kerja
kecekapan dengan usaha, perbelanjaan dan sisa yang minimum.
pengurusan;  Kebolehan meminimumkan kos dan mencapai matlamat.
 Contohnya,Seorang jurujual dikehendaki membuat jualan sebanyak RM 1,000,000 setahun, pada tahun
kewangan tersebut beliau berjaya membuat jualan sebanyak RM 1,200,000.
Griffin (2011)
Ini bemakna jurujual tersebut telah berjaya melaksanakan tugas dengan cekap serta dapat meningkatkan
produktiviti dan dapat mengawal kos operasi supaya tidak melebihi yang ditetapkan.

MUKA SURAT 141


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.1.3 Peranan Pengurus Peranan Pengurus Dalam Sesebuah Organisasi Mengikut Teori Mintzberg.
1. Antara Perorangan (Interpersenal)
d) Menerangkan i. Sebagai Orang Terpenting
peranan pengurus  Menjadi wakil dalam sebuah jabatan.
dalam sesebuah  Maka pengurus perlu membina imej,tingkahlaku dan reputasi yang tinggi.
organisasi mengikut  Pengurus juga perlu berempati dan menjadi teladan yang baik.
Teori Mintzberg,
iaitu antara- ii. Sebagai Pemimpin/Ketua
perorangan  Bertanggungjawab menjadi ketua dalam sesebuah organisasi.
(interpersonal),  Menjadi ikuti kepada pekerja lain
peranan
bermaklumat iii. Sebagai Penghubung
(informational), dan  Menjadi penghubung antara organisasi dengan pihak luar organisasi.
pembuatan  Mendapat makulumat tentang perubahan yang berlaku dipersekitaran luaran organisasi
keputusan (decision
making);
2. Peranan Bermaklumat (Informational)
i. Sebagai pengawas/ pemantau
 Pengurus perlu peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi agar dapat
Daft (2010)
mengumpul maklumat sama ada dari pihak dalam atau luar organisasi.
Griffin (2011)
 Sebahagian maklumat didapati dari laporan, mesyuarat, perbincangan dengan pihak-pihak
tertentu.
 Dengan memantau maklumat perniagaan dan pekerjaan, pengurus boleh membuat perancangan
dengan lebih baik bagi meningkatkan prestasi syarikat.

ii. Sebagai Penyampai


 Perlu sampaikan maklumat kepada para pekerja didalam organisasinya.
 Boleh sampaikan maklumat melalui mesyuarat, memo, telefon dan media.
 Contohnya, perancangan yang digariskan oleh pengurusan atasan mestilah disampaikan kepada
semua staf organisasi.

MUKA SURAT 142


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Sebagai Jurucakap
 Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada orang lain di luar organisasi.
 Ini boleh dilakukan melalui laporan tahunan pemegang saham, ucapan, memo, persidangan
akhbar.
 Contohnya, pengurus menyampaikan maklumat mengenai prestasi organisasi kepada media
massa.

3. Pembuat Keputusan (Decision Making)


i. Sebagai keusahawanan
 Pengurus sentiasa berusaha untuk meningkatkan perniagaan melalui idea-idea baru dan secara
inovatif, kreatif dan kritis.

ii. Sebagai pengawal ganguan/ Penyelesai masalah


 Pengurus berperanan sebagai penyelesai masalah jika berlaku sebarang masalah.
 Contohnya, pengurus bekerjasama dan membantu pekerja dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pekerja.

iii.Sebagai Pembahagi Sumber


 Sumber organisasi seperi pekerja, wang, bahan mentah, peralatan, mesin akan diagihkan kepada
jabatan tertentu mengikut keperluan , organisasi mengikut keutamaan dan kepentingan tugas.

iv. Sebagai Perunding.


 Pengurus dalam organisasi juga adalah merupakan juru runding organisasi dengan pihak luar.
 Contoh: pengurus pemasaran membuat rundingan dengan pelanggan bagi mendapatkan kontrak
membekal keluaran syarikat.

MUKA SURAT 143


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.1.4 Pendekatan 1. Pendekatan Klasikal
Pemikiran  Bermula apabila berlaku perkembangan pesat perindustian pada abad ke 20.
Pengurusan  Pendekatan klasikal bertumpu kepada usaha menguruskan kerja dan organisasi dengan berkesan bagi
meningkatkan kecekapan serta produktiviti kerja.
e) Menjelaskan
pendekatan- i. Pengurusan Saintifik
pendekatan  Menekankan kajian saintifik untuk meningkatkan produktiviti kerja.
pemikiran Antara pelopornya ialah;
pengurusan, ciri-ciri a.Frederick Taylor
dan pelopornya  Merupakan “Bapa pengurusan saintifik”, memperkenalkan pengkhususan kerja.
termasuklah  Antara 4 prinsip pengurusan beliau ialah;
Pendekatan klasikal, i. Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas
Pendekatan ii. Memilih dan melatih pekerja secara saintifik
kemanusiaan atau iii. Pembahagian tugas yang adil
gelagat, Pendekatan iv. Menitikberatkan kerjasama antara pengurus dengan pekerja demi mencapai matlamat
sains pengurusan organisasi.
atau kuantitatif, dan
Pendekatan moden b. Frank dan Lilian Gilbreth
atau kontemporari.  Melakukan kajian berkaitan dengan masa pergerakkan kerja (time and motion).
 Jangkamasa untuk menyelesaikan sesuatu tugas dapat dikenalpasti dengan menganalisis setiap
pergerakkan pekerja, segala bentuk pergerakkan yang tidak perlu dan tidak cekap perlu
dihapuskan bagi mengelak berlakunya pembaziran tenaga dan akan dapat menghasilkan prestasi
kerja yang optimum.

c.Henry L.Gantt
 Memperkenalkan kaedah penjadualan tugas melalui Carta Gantt untuk merancang, menjadual,
melaksana dan mengawal perjalanan sesuatu tugas dan juga operasi.
 Gantt juga memperkenalkan sistem ganjaran seperti bonus bagi pekerja yang dapat menunjukkan
prestasi yang baik dan dapat melaksanakan tugas seperti mana yang ditetapkan.

MUKA SURAT 144


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Pengurusan Pentadbiran
 Menekankan kepada bagaimana pengurus mengurus organisasi secara menyeluruh.
Pelopornya ialah;
a. Henry Fayol
 Digelar sebagai “bapa Pengurusan” kerana orang pertama yang membincangkan pengurusan
sebagai satu proses.
 Beliau membahagikan pengurusan kepada lima fungsi
1. Perancangan
2. Pengorganisasian
3. Pengarahan
4. Penyelarasan
5. Pengawalan

 Beliau juga memperkenalkan 14 prinsip antaranya;


1. Pembahagian kerja
2. Autoriti
3. Disiplin
4. Paduan Perintah
5. Paduan Arahan
6. Mengutamakan Kepentingan Organisasi
7. Ganjaran
8. Pemusatan
9. Rantaian Skalar
10. Susunan tertib
11. Ekuiti/ Kesamarataan
12. Kestabilan Personal
13. Inisiatif
14. Esprit de Corps (Rasa Kekitaan)

MUKA SURAT 145


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b. Mary Parke Follett
 Menyarankan pengurus harus menggunakan pendekatan kolaboratif dengan pekerja untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam menjalankan tugas.
 Perlunya kepada kumpulan informal bagi membantu sesebuah organisasi.

c. Chester Bernard
 Berpendapat perlu adanya persamaan matlamat individu dengan matlamat organisasi, supaya
organisasi dapat ditadbir dengan cekap.
 Hubungan yang wujud antara majikan adalah atas dasar saling hormat menghormati.
 Pekerja akan patuh pada arahan tanpa mempersoalkan autoriti pengurus, akibat dari wujudnya
hubungan yang baik.

d. Pengurusan Birokrasi.
 Menekankan autoriti dan hierarki pengurusan
Antara pelopornya ialah;
Max Weber
 Penekatan kepada autoriti dan hierarki pengurusan. Beliau memperkenalkan teori Birokrasi
Pengurusan bagi mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi.
Antara prinsip yang diperkenalkan oleh Max Waber.
1. Pembahagian dan pengkhususan kerja akan meningkatkan kemahiran pekerja.
2. Hierarki dan autoriti yang jelas supaya segala aktiviti dapat dikoordinasikan.
3. Pengamalan peraturan dan prosedur agar wujud kesamarataan dalam membuat keputusan
4. Tiada sifat pilih kasih.
5. Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi.

Masalah konsep birokrasi terutamanya kepada organisasi besar.


1. Melibatkan banyak peringkat dalam membuat keputusan
2. Memerlukan masa yang lama dalam membuat keputusan
3. Memerlukan staf yang ramai
4. Lebih mementingkan proses daripada hasil kerja.
MUKA SURAT 146
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Pendekatan kemanusiaan / Gelagat

i. Pergerakan hubungan kemanusiaan


 Malalui Kajian Howtthorne yang diketuai oleh Elton Mayo.
 Kajian ini menekankan kepada aspek sosial dan pengiktirafan kumpulan kerja.
 Kajian ini menyatakan bahawa peningkatan dalam produktiviti akibat daripada faktor sosial ditempat
kerja seperti semangat berkeja secara berpasukan dan juga hubungan baik antara ahli dalam
kumpulan.
 Pengurus perlu memberi perhatian antara hubungan baik antara pekerja.

ii. Sains gelagat


Daft (2010)  Mengkaji tentang gelagat manusia dalam bidang saintifik, psikologi,ekonomi dan sosiologi.
Griffin (2011) Antara pelopornya ialah;

a. Abraham Maslow- Teori Hierarki Keperluan Maslow

Rajah: Hierarki Keperluan Maslow

MUKA SURAT 147


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Keperluan Luar Kerja Hierarki Keperluan Keperluan Semasa Kerja


Maslow
Kepuasan jiwa berkaitan pendidikan, Keperluan Sempurna Peluang latihan, kemajuan kerjaya,
keagamaan , hobi, peningkatan diri. Kendiri kreativiti, peningkatan kerjaya
Penghargaan dari keluarga, rakan Keperluan Pengiktirafan, status yang tinggi,
dan masyarakat Penghargaan peningkatan kepada
tanggungjawab
Keluarga, kawan-kawan dan Keperluan Kasih Kerja Berpasukan, pelanggan,
kumpulan masyarakat. Sayang rakan sekerja, penyelia
Kebebasan dari perang, pencemaran Keperluan Kerja yang selamat, tugas yang
dan keganasan, perlindungan Keselamatan selamat, faedah tambahan selain
undang-undang. gaji.
Makanan, air dan oksigen, pakaian, Keperluan Fisiologi Tempat kerja tidak panas, gaji asas
tempat tinggal yang mencukupi

Jadual: Perbezaan keperluan bukan kerja dengan keperluan pekerjaan berdasarkan teori keperluan Maslow.
b. Dauglas McGregor – Teori X dan Y
Teori X
 Pekerja tidak suka bekerja dan cuba mengelak diri dari membuat kerja.
 Pekerja perlu dipaksa,diancam dan di arah bekerja.
 Pekerja malas dan cuba mengelak diri dari tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih
mementingkan keselamatan diri.
 Pekerja cuba mengelak diri daripada memimpin.
 Hanya melakukan kerja dengan baik jika ada imbuhan kewangan.

Teori Y
 Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja.
 Suka mengambil tanggungjawab dan suka memimpin.

MUKA SURAT 148


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Mempunyai komitmen untuk mencapai matlamat organisasi dan berkeinginan untuk melakukan
kerja dengan baik.
 Inisiatif kewangan bukan factor utama.
 Motivasi dan potensi pekerja sudah wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu
mengilap potensi tersebut sahaja.

3. Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif.


i. Sains Pengurusan Operasi.
 Menekankan kepada penggunaan sains dan matematik dalam ppengurusan dalam meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan dalam membuat keputusan.
ii. Sistem Pengurusan Maklumat
 Melibatkan penggunaan teknologi maklumat atau sistem komputer untuk menguruskan data
organisasi serta dapat juga meningkatkan kecekapan proses membuat keputusan.

4. Pendekatan Moden atau Kontemporari.


i. Teori Sistem
 Menganggap organisasi sebagai satu sistem yang mengandaikan setiap bahagian dalam
organisasi yang berlainan mempunyai hubungkait antara satu sama lain.
 Setiap tindakan satu bahagaian akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhannya.
 Sebagai satu sistem organisasi menerima input dan mengubah melalui proses tranfomasi untuk
menghasilkan output.
ii. Teori kontinjensi.
 Teori ini juga dikenali sebagai teori situasi.
 Mengikut sistem ini tiada satu pendekatan yang terbaik yang boleh digunakan untuk semua
situasi.
 Pengurusan adalah bergantung kepada faktor kontingensi organisasi (Faktor dalaman dan faktor
luaran organisasi).
 Pengurus perlu mengenalpasti ciri-ciri sesuatu situasi dahulu sebelum memilih teknik atau kaedah
atau pendekatan pengurusan yang bersesuaian berdasarkan kepada perubahan persekitaran.

MUKA SURAT 149


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

6.2 Kemahiran pengurusan


a) Menjelaskan Kemahiran Pengurusan
kepentingan  Merujuk kepada kebolehan sesorang pengurus bertindak dengan cekap dalam proses membuat keputusan.
kemahiran dalam
pengurusan Kepentingan Kemahiran pengurusan.
 Membolehkan pengurus mengurus dengan cekap dan berkesan
 Membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat
 Membolehkan pengurus mengurus sumber manusia dalam organisasi dengan cekap
 Kemahiran membolehkan pengurus membuat penyelarasan kerja bagi setiap unit dalam organisasi.

6.2.1 Peringkat Tiga peringkat pengurusan


Pengurusan
b) Menjelaskan tiga 1. Pengurusan Atasan
peringkat pengurusan  Terdiri dari pengurus besar atau presiden atau ketua eksekutif.
iaitu peringkat  ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh lembaga pengarah.
bawahan, peringkat
 Terlibat dalam aktiviti pengurusan strategik
pertengahan, dan
 Bertanggungjawab membentuk arah tujuan dan wawasan perniagaan.
peringkat atasan
 Mengenalpasti dan menganalisis persekitaran, menentukan bagaimana persekitaran memberi kesan
kepada perniagaan, dan menggunakan persekitaran untuk membentuk strategi bagi menjayakan
Griffin (2011)
perniagaan.

Pengurusan Pertengahan
 Merupakan pengurus fungsian atau jabatan seperti pengurus bahagian pemasaran, pengeluaran,
kewangan, atau pengurus jabatan mengikut produk.
 Bertanggungjawab terhadap fungsi masing-masing atau mengikut penjabatanan masing-masing.
 Terlibat dalam membuat perancangan taktikal.

MUKA SURAT 150


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Pengurus bawahan (penyelia).
 Terdiri dari penyelia-penyelia.
 Bertanggungjawab kepada pengurus pertengahan.
 Terlibat dalam perancangan operasi
 Mengikut kemahiran khusus seperti sebagai penyelia pengeluaran, penyelia mesin, pemasaran, akaun
dan sebagainya.
 Menyusun kerja harian mereka dan mengarahkan pekerja bawahan melakukan kerja-kerja

6.2.2 Jenis-jenis kemahiran Maksud Kemahiran


Pengurusan  Merujuk kepada keupayaan menterjemahkan atau menukarkan pengetahuan kepada tindakan yang
boleh menghasilkan keputusan seperti yang dikehendaki.
c) Menjelaskan
berbagai-bagai jenis Jenis Kemahiran Pengurusan.
kemahiran 1. Kemahiran Konseptual
pengurusan  Keupayaan pengurus melihat organisasi secara keseluruhannya, hubungan antara bahagian-bahagian
termasuklah dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat.
konseptual, antara-  Kemahiran ini untuk menangani isu-isu umum organisasi.
perorangan/  Pengurus juga perlu memahami bahawa organisasi terdiri dari bahagian-bahagian yang komplek
kemanusiaan,  Kemahiran konsep ini membolehkan pengurus melihat perkaitan antara syarikat dengan persekitaran
teknikal, seperti pelanggan, pesaing, pembekal, kerajaan dan sebagainya.
pengurusan masa,  Keupayaan menyelesaikan masalah organisasi, melihat peluang serta ancaman dari persekitaran.
dan pembuatan Pengurus akan dapat mencari, menganalsis dan menginterpretasi maklumat untuk mewujudkan
keputusan rancangan jangka masa panjang atau rancangan strategik yang akan menentukan arah perjalanan atau
halatuju organisasi.

Daft 2010 2. Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusian


Griffin 2011  Kemahiran Antara Perorangan / Kemanusian adalah keupayaan seseorang pengurus bekerja secara
efektif dengan orang lain.
 Kemahiran memimpin, mengarah, menyelaras, berkomunikasi dan memotivasi pekerja.

MUKA SURAT 151


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Kemahiran ini membolehkan pengurus berkerja sama dengan pekerja dalam satu pasukan kerja.
 Pengurus bukan sahaja berinteraksi dengan pekerja malah dengan rakan sekerja dan semua pihak
yang berkaitan dalam organisasi. Pengurus juga akan terlibat dalam berinteraksi dengan pihak luar
syarikat seperti pelanggan, pembekal dan sebagainya.

3. Kemahiran Teknikal
 Kemahiran teknikal merujuk kepada keupayaan dan kecekapan pengurus untuk memahami dan
menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan.
 Penggunaan mesin dalam pengeluaran umpamanya memerlukan kemahiran ini.
 Kemahiran teknik ini adalah diperlukan bagi tujaun mengoperasi mesin dan peralatan serta
penggunaan prosedur dan kaedah melakukan kerja.

4. Kemahiran Masa
 Merujuk kepada penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti kerja.
 Kemahiran menyusun tugasan atau kerja mengikut keutamaan
 Kemahiran bekerja secara berkesan dan mengagihkan tugasan dan kerja secara tersusun dan
berjadual.

5. Kemahiran Pembuatan Keputusan


 Kemahiran pengurus memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif-alternatif
penyelesaian dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.
 Pengurus peringkat atasan terlibat dalam membuat keputusan yang besar berhubung dengan
perancangan strategik organisasi.
 Mereka harus memiliki kemahiran konseptual dan analitikal bagi memahami persekitaran dan
meramalkan perubahan dalam persekitaran.

MUKA SURAT 152


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.3 Perancangan
6.3.1 Jenis-jenis Mentakrifkan maksud perancangan
Perancangan  Perancangan adalah proses penilaian persekitaran organisasi bagi membentuk matlamat dan menyediakan
pelan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.
a) Mentakrifkan
maksud Kepentingan perancangan
perancangan dan 1. Memahami persekitaran organisasi.
menjelaskan  Perancangan dapat memberi tahu pengurus tentang faktor-faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan
kepentingannya. organisasi perniagaan seperti persaingan, politik, teknologi dan sebagainya.
pengurusan.  Pengurus juga dalam hal ini boleh melihat dan menjangkakan peluang dan memahami ancaman
perniagaan.
Daft (2010)  Kekuatan dan kelemahan syarikat juga dapat diketahui. Pengurus dalam hal ini boleh menyusun
keutamaan terhadap strategi dan pendekatan syarikat bagi menghadapi persekitaran yang tidak menentu
dan berisiko.

2. Menyediakan halatuju organisasi.


 Perancangan melibatkan penetapan matlamat.
 Strategi syarikat akan dibentuk bagi mencapai matlamat.
 Setiap aktiviti kerja yang akan dibentuk juga menjurus kearah pencapaian matlamat.

3. Panduan membuat keputusan.


 Matlamat dan tindakan yang dibentuk dalam perancangan boleh menjadi panduan dalam membuat
keputusan dalam sebarang isu atau masalah berhubung dengan perlaksanaan.
 Sebarang keputusan yang hendak dibuat haruslah berpandu kepada perancangan.

4. Menyelaras sumber.
 Perancangan membantu pengurus mendapat dan menyelaras sumber-sumber organisasi seperti sumber
manusia, bahan mentah, kewangan, peralatan dan sebagainya agar ia dapat digunakan dengan lebih cekap
dan berkesan.

MUKA SURAT 153


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Perancangan yang baik akan memastikan sumber-sumber bagi menjalankan aktiviti organisasi tersedia
dan mencukupi mengikut keutamaan dan keperluan mencapai matlamat organisasi.

5. Menyelaras aktiviti kerja.


 Perancangan dapat membantu dalam merancang dan menyelaras aktiviti kerja dengan pekerja dalam
syarikat terutamanya bagi fungsi pengurusan yang berbeza.
 Contohnya adalah penyelarasan aktiviti antara fungsi pemasaran dengan kewangan. Umpamanya,
jabatan pemasaran berorientasikan jualan; manakala matlamat jabatan kewangan untuk mengurus wang
dengan berkesan.

6. Memahami aktiviti lalu.


 Pengurus juga dapat memahami faktor-faktor pada masa lalu yang memberi kesan kepada kejayaan dan
kegagalan syarikat. Dengan ini syarikat akan lebih berhati-hati dalam merancang dan melaksanakan
operasinya.

7. Sebagai alat kawalan.


 Perancangan merupakan standard yang telah ditetapkan untuk diikuti atau dicapai.
 Dengan adanya perancangan, kerja-kerja pemantauan dan pengawalan dapat dilakukan.
 Pada masa yang sama, penilaian terhadap prestasi pekerja dan pengurus dapat dijalankan.

b) Menjelaskan jenis
Jenis-jenis perancangan.
perancangan 1. Jangka masa.
mengikut jangka
i. Rancangan jangkamasa pendek
masa, kegunaan, dan
 Biasanya kurang dari satu tahun.
peringkatnya
 Pihak pengurusan bawahan pula akan membentuk aktiviti jangka pendek mengikut tahunan bagi
(strategik, taktikal,
organisasi.
dan operasi);
 Rancangan ini dikenali juga sebagai rancangan operasi.

MUKA SURAT 154


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Griffin (2011)
Daft (2010) ii. Rancangan jangkamasa sederhana
 Biasanya antara 1 hingga 3 tahun.
 Pihak pengurusan pertengahan biasanya terlibat dalam rancangan peringkat ini.
 Rancangan ini juga dikenali sebagi rancangan taktikal.

iii. Rancangan jangkamasa panjang


 Pula biasanya adalah antara 3 dan 5 tahun.
 Pihak pengurusan atasan biasanya telibat dalam rancangan jangkamasa panjang dan membentuk arah
tujuan organisasi.
 Rancangan dikenali juga sebagai rancangan strategik.

2. Kegunaan.
i. Rancangan Tetap.
 Merupakan rancangan yang dapat digunakan berulangkali tanpa sumber tertentu diperlukan.
 Contohnya seperti dasar, prosedur dan peraturan.

ii. Rancangan sekali guna.


 Merupakan rancangan yang hanya digunakan sekali sahaja atau digunakan mengikut jangkamasa
tertentu.
 Contohnya seperti program dan belanjawan.

3. Peringkat.
i. Rancangan strategik.
 Merupakan rancangan jangka panjang
 Bagi mengurus peluang dan ancaman serta mengurus keupayaan (kekuatan) dan kekangan
(kelemahan) organisasi dengan cekap dan berkesan.

MUKA SURAT 155


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Rancangan taktikal.
 Merupakan rancangan jangka masa sederhana
 Menterjemahkan rancangan strategik yang luas ke dalam bentuk matlamat yang lebih spesifik dan
lebih mudah difahami.

iii. Rancangan operasi.


 Merupakan rancangan jangka masa pendek
 Yang akan melaksanakan rancangan taktikal yang lebih khusus.

6.3.2 Proses Perancangan Proses Perancangan


i) Menetapkan Matlamat dan objektif.
c) Menjelaskan proses  Pengurus atasan biasanya akan menetapkan matlamat umum organisasi yang melibatkan jangka masa
perancangan yang panjang.
meliputi  Matlamat ini akan menjadi panduan kepada pengurus pertengahan dan penyelia dalam membentuk
menentukan objektif dan strategi bahagian masing-masing.
matlamat dan
 Contohnya, dalam membentuk objektif jualan umpamanya, pengurus boleh meletakkan beberapa
objektif, alternatif untuk objektif. Seperti target jualan pada tahun ini adalah RM 5 juta, atau RM 10 juta, atau
menganalisis sebagainya.
persekitaran
perniagaan, ii) Menganalisis Persekitaran Perniagaan.
membentuk
 Mengkaji persekitaran dalaman dan luaran.
alternatif tindakan,
 Pengurus harus mengenalpasti corak persekitaran sekarang bagi membuat ramalan perubahan
menilai alternatif,
persekitaran pada masa depan.
dan memilih
 Analisis persekitaran memerlukan pengurus memahami unsur-unsur dalam persekitaran umum dan
alternatif tindakan.
tugas atau persekitaran industri syarikat.
 Contohnya, pengurus boleh mengkaji pertumbuhan ekonomi negara pada tahun-tahun yang telah lepas,
Griffin (2011)
tren permintaan produk, cita rasa pelanggan, kedapatan bahan mentah, kadar inflasi, perubahan
Daft (2010)
teknologi dan sebagainya.

MUKA SURAT 156


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii) Membentuk Alternatif-Alternatif Tindakan.
 Menyenaraikan tindakan alternatif yang akan diambil bagi mencapai objektif perniagaan.
 Pengurus boleh memikirkan alternatif tindakan dengan mengkaji kekuatan dan kelemahan
perniagaan serta menganalisis peluang dan ancaman dari persekitaran.
 Contohnya, syarikat ingin merancang berapakah target jualan pada tahun hadapan. Pada tahun lalu
keadaan ekonomi tidak menentu dan pasaran jatuh ke paras yang minima. Syarikat hanya mendapat
hasil RM 5 juta. Tetapi tahun depan ekonomi dijangka stabil dan keadaan pasaran diramal
meningkat. Bagi senario di atas, pengurus boleh menyediakan berbagai alternatif matlamat dan
strategi rancangan. Diantaranya adalah:

Alternatif 1: Target jualan tahun depan adalah RM 5 juta. Strategi perniagaan tidak melibatkan promosi
intensif sebab produk sudah dikenali dipasaran.

Alternatif 2: Target jualan tahun depan adalah RM 10 juta. Kawasan pasaran diperluaskan. Strategi
perniagaan melibatkan promosi yang intensif terutama bagi kawasan pasaran baru.

iv) Menilai Alternatif


 Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif Setelah alternatif-alternatif perancangan dibentuk,
maka langkah seterusnya adalah untuk menilai kemungkinan kejayaan setiap alternatif perancangan
tersebut.
 Penialaian boleh dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dan juga mengambil kira kelemahan syarikat.

v) Memilih Alternatif Tindakan.


 Setelah mempertimbang dan menilai setiap alternatif rancangan, pengurus bolehlah menyusun alternatif
rancangan tersebut mengikut keutamaannya.
 Setelah itu, pilihlah alternatif rancangan yang terbaik yang boleh memberi kejayaan kepada syarikat.

MUKA SURAT 157


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.3.3 Alat-alat Perancangan 1. Analisis Pulangan Modal.
 Satu cara menentukan berapa jumlah hasil yang diperlukan untuk hanya cukup membayar jumlah kos.
d) Menyediakan  Formula
analisis pulang Kos Tetap
APM =
modal; Harga Seunit – Kos Berubah Seunit

 Syarikat Jaya mengeluarkan kicap tetap ialah sebanyak RM 4000.00. Kos berubah sebotol kicap ialah
Griffin (2011) RM 1.40. Harga sebotol kicap ialah RM 3.00 sebotol.
Daft (2010)
RM 4000.00
APM =
RM 3.00 – RM 1.40

RM 4000.00
APM =
RM 1.60

APM = 2500 unit

Rumusan; Syarikat Jaya haruslah merancang mengeluarkan 2500 unit keluaran bagi membolehkan
syarikat memperolehi pulangan modal, atau mengeluarkan lebih 2500 supaya syarikat memperolehi
keuntungan.

MUKA SURAT 158


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
e) Melakarkan carta 2. Melakarkan carta Gantt
Gantt  Merupakan satu penjadualan rancangan berbentuk graf mendatar menunjukkan aktiviti-aktiviti
mengikut susunan untuk disiapkan berdasarkan masa yang ditetapkan.
 Contoh penggunaan carta Gantt dalam perancangan pembinaan sebuah rumah.

Aktiviti Perkara Tempoh


1. Penyediaan tapak 1 ½ bulan
2. Penyediaan kerangka rumah 1 ½ bulan
3. Mengikat bata dinding rumah 2 bulan
4. Memasang bumbung 1 bulan
5. Pendawaian elektrik dan paip air 1 bulan
6. Memplaster dinding 1 bulan
7. Memasang pintu dan tingkap ½ bulan
8. Memasang jubin, alatan elektrik dan paip air. 1 bulan
9. Mengecat rumah ½ bulan
Jadual: Aktiviti dan tempoh masa untuk menyiapkan sesebuah rumah

Aktiviti Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Carta Gantt : Menunjukkan perancangan pembinaan sebuah rumah.
Tempoh siap rumah 9 bulan sahaja kerana ada kerja yang boleh dijalankan serentak.

MUKA SURAT 159


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
f) Menjelaskan bajet dan 3. Bajet / Belanjawan
penggunaannya dalam  Merujuk kepada rancangan terperinci yang dinyatakan dalam bentuk nilai kewangan.
perancangan  Ia merupakan ramalan atau jangkaan hasil, belanja dan perbelanjaan modal.
 Belanjawan terhadap sumber-sumber organisasi adalah seperti gaji, upah, kos bahan, pengangkutan,
overhed dan sebaginya.
 Bajet dibentuk mengikut tempoh masa tertentu seperti bulanan dan tahunan.
 Bajet terdapat dalam berbagai jenis seperti belanjawan hasil, perbelanjaan, projek, tunai dan program.
 Contoh bajet adalah seperti di bawah,

Item Anggaran Belanjawan (RM)


Suku tahun
Pertama Kedua Ketiga Keempat
Gaji 20 000 20 000 20 000 20 000
Elaun 5 000 8 000 10 000 12 000
Peralatan Pejabat 4 000 4 000 3 500 4 000
Perjalanan 6 000 6 000 6 000 6 000
Elektrik, telefon, air 1 500 1 500 1 500 1 500
Pembaikan 1 000 1 000 2 000 2 000
Insurans 1 200 - - -
Pengiklanan 1 500 1 500 2 000 2 000
Bonus - - - 8 000
Lain-lain belanja 1 000 1 000 1 000 1 000

Jumlah 41 200 43 500 46 000 56 500

Belanjawan Operasi Syarikat.

MUKA SURAT 160


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Penggunaan bajet dalam perancangan.
 Merancang perbelanjaan organisasi
 Merancang pengagihan sumber yang terhad dengan cekap.
 Digunakan sebagai panduan dalam menjalankan aktiviti kewangan.
 Mengenalpasti punca perbelanjaan dan punca perolehan.

g) Menghitung dan 4. Critical Path Method (CPM).


melakarkan Critical  Cara laluan genting adalah merujuk kepada laluan yang terpanjang penggunaan masanya melalui
Path Method (CPM); aktiviti dan peristiwa yang berurutan dalam rangkaian PERT.
 CPM biasanya digunakan dalam industri pembuatan dan pembinaan bagi mengetahui masa aktiviti
sesuatu projek dilaksanakan dengan tepat.
 Ia dapat membantu pengurus mengenalpasti aktiviti yang kritikal yang perlu diberi perhatian agar
projek yang dirancang dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.

Aktiviti Peristiwa Aktiviti Awal Tempoh (Hari)


A Membersih kawasan dan merata tapak - 1
B Membina tiang A 2
C Mengkonkrit Lantai A 3
D Membuat rangka bumbung B 5
E Memasang bumbung C,D 4

Jadual: Contoh pembinaan gerai makan.

MUKA SURAT 161


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

6.3.4 Perancangan 1. Visi


Strategik  Visi merupakan wawasan yang diharapkan untuk dicapai pada masa hadapan.
 Ia juga merujuk kepada arah tuju atau matlamat yang akan dicapai pad masa hadapan( berjangka
h) Menjelaskan unsur- panjang).
unsur perancangan  Visi juga merujuk kepada satu pernyataan yang jelas, padat serta dapat merangsang orgaisasi
strategik yang bertindak serta boleh dikomunikasikan.
merangkumi visi,  Visi juga berfokus kepada perancangan strategik.
misi, objektif
(VMO), strategik 2. Misi
dan taktik,  Misi merujuk kepada tujuan atau sebab kenapa sesebuah organisasi ditubuhkan.
dasar/polisi,  Ia biasanya dinyatakan dalam bentuk umum menjelaskan skop operasi syarikat dan produk yang
prosedur dan ditawarkan dipasaran.
standard.  Misi boleh juga merangkumi falsafah perniagaan.
 Pernyataan misi mempromosikan harapan pekerja dan dapat memotivasikan pekerja dalam
merealisasikan tujuan kewujudan organisasi.
MUKA SURAT 162
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Griffin (2011)  Pengurus juga boleh menggunakan misi sebagai menilai kejayaan pengurusannya.
Daft (2010)  Contoh misi adalah seperti berikut:
 “Kami akan memastikan pelanggan kami mendapat kepuasan dan faedah biarpun kami terpaksa
berjaga malam.”

3. Objektif
 Objektif merujuk kepada sasaran atau hasil akhir yang perlu dicapai oleh organisasi dalam
jangkamasa tertentu di masa depan.
 Objektif atau matlamat adalah meletakkan halatuju perjalanan organisasi.
 Matlamat organisasi merupakan rancangan asas syarikat, tetapi setiap bahagian dan jabatan juga
mempunyai matlamat mereka sendiri.
 Ini berkaitan dengan rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi.
 Ciri-ciri objektif yang baik adalah seperti berikut (berpandukan konsep SMART):
1. Khusus (Spesific)
Objektif hendaklah khusus atau spesifik yakni jelas dan terperinci.
2. Boleh diukur (Measurable)
Objektif yang spesifik tadi hendaklah boleh diukur dalam satu piawai.
3. Penugasan (Assignable)
Objektif mestilah boleh di beri penugasan kepada individu atau kumpulan kerja yang akan
bertanggung jawab melaksanakan tugas tersebut.
4. Rialistik (Realistic)
Objektif hendaklah mencabar dan memerlukan kerja kuat tetapi dalam lengkongan pekerja
berupaya dengan abiliti dan sumber yang ada bagi mencapai objektif tersebut.
5. Tempoh masa (Timely)
Objektif yang dibentuk perlulah mempunyai satu had jangka masa tertentu untuk disiapkan dan
dicapai.

MUKA SURAT 163


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Strategi
 Merupakan satu rancangan umum yang komprehensif atau menyeluruh menerangkan bagaimana
organisasi dapat mencapai misi dan matlamat.
 Menerangkan program umum bagaimana sumber didapati dan digunakan untuk mencapai
matlamat.
 Tujuan strategi adalah untuk komunikasi antara objektif dan polisi dan menyokong program-
program yang dibentuk.
 Strategi dapat di kelas kepada tiga jenis.
1. Strategi koperat
 Merujuk kepada strategi keseluruhan yang memberi halatuju umum organisasi.
 Strategi ini dibentuk oleh lembaga pengarah atau pengurusan atasan. Ia mengambil kira
keseluruhan aktiviti organisasi.
2. Strategi perniagaan
 Merujuk kepada strategi yang dibentuk oleh syarikat atau unit perniagaan yang boleh
meningkatkan kelebihan saingan kepada perniagaan.
 Strategi ini lebih menekankan kelebihan saingan barangan atau perkhidmatan yang
dihasilkan dan akan bersaing dalam pasaran.
3. Strategi fungsian
 Merujuk kepada strategi yang dibentuk mengikut fungsi perniagaan untuk merealisasikan
strategi perniagaan.

5. Taktik
 Taktik adalah satu pelan operasi yang spesifik yang memperincikan bagaimana, bila dan di mana
sesuatu strategi itu akan dilaksanakan.
 Taktik mempunyai skop yang sempit dan tempoh yang lebih pendek dari strategi.
 Ia adalah jelas dan lebih berorientasi tindakan.
 Ia akan dilaksanakan oleh pekerja hadapan.
 Contoh taktik adalah seperti taktik lokasi pasar, taktik ketepatan masa, taktik serangan, taktik
pertahanan dan sebagainya.

MUKA SURAT 164


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Dasar /Polisi
 Dasar adalah pernyataan asas syarikat yang menjadi panduan kepada pengurus dalam membuat
keputusan menjurus kearah pencapaian matlamat organisasi.
 Dasar melibatkan skop yang luas
 Menjadi panduan umum kepada tindakan
 Dibentuk berasaskan matlamat dan strategi umum organisasi
 Membentuk sempadan dalam membuat keputusan

7. Prosedur
 Merujuk kepada langkah-langkah yang disusun secara sistematik mengikut urutan sebagai
panduan dalam melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat tertentu.
 Ia merupakan satu rancangan yang kegunaannya berterusan dibentuk bagi memastikan aktiviti
kerja yang akan dilakukan mengikut cara yang betul.
 Ia juga menjadi satu panduan untuk para pekerja bertindak.
 Cara kerja atau aktiviti kerja yang dibuat perlu mengikut turutan yang telah ditetapkan.
 Prosedur biasanya ditulis secara formal, dimaklum kepada pekerja dan disimpan sebagai rujukkan.
 Contoh prosedur yang terdapat di dalam syarikat adalah seperti prosedur melakukan kerja,
memohon cuti, memohon pinjaman, prosedur keselamatan, rungutan pekerja, dan sebagainya.

8. Standard
 Merupakan satu ukuran piawaian yang ditetapkan dan boleh digunakan untuk membuat
perbandingan dengan pencapaian semasa.
 Standard juga menjadi tanda aras ataupun panduan serta pengukur dalam setiap tindakan yang
diambil.
 Standard juga mestilah jelas, mudah difahami dan ianya berkait rapat dengan objektif organisasi.

MUKA SURAT 165


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
i) Mengaplikasikan analisis ANALISIS SWOT
kekuatan, kelemahan,
ancaman dan peluang
(SWOT).

Kekuatan (Strengths)
 Merujuk kepada kekuatan yang adalam dalam organisasi yang boleh membantu dalam proses membuat
keputusan dalam perancangan.
 Contoh kekuatan dalaman ialah, pekerja, sumber kewangan organisasi, kebolehan pengurus mengurus
dengan cekap.

Kelemahan (Weakness)
 Merujuk kepada kelemahan yang ada dalam sesbuah organisasi yang boleh menjadi penghalang kepada
proses perancangan strategik.
 Contoh kelemahan ialah, sumber bahan mentah yang tidak mencukupi, kekurangan pekerja yang
berkebolehan dan juga masalah lantik henti pekerja yang kerap.

Peluang (Opportunities)
 Merujuk kepada keadaan persekitaran luaran yang boleh menyediakan ruang atau peluang kepada
organisasi membuat perancangan strategik yang baik.
 Contoh peluang ialah, perubahan dasar kerajaan yang memberi peluang kepada peniagaan, contohnya
skim baucer buku untuk pelajar pengajian tinggi akan memebri ruang untuk industri buku.

Ancaman (Threats)
 Merujuk kepada ancaman yang disebabkan oleh faktor persekitaran.
 Contohnya wujud pesaing dalam sesebuah pasaran akan menyebakan jualan produk akan menjadi
merosot.
MUKA SURAT 166
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.4 Pengorganisasian
6.4.1 Reka bentuk Maksud Pengorganisasian
organisasi  Pengorganisasian adalah satu proses mengatur dan menyelaras tugas-tugas dan sumber-sumber organisasi
untuk melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
a) Mentakrifkan
maksud Kepentingannya Pengorganisasian
pengorganisasian 1. Supaya organisasi dapat beroperasi dan diuruskan dengan lebih licin dan teratur.
dan menjelaskan 2. Agar aktiviti kerja dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.
kepentingannya. 3. Dapat mengurangkan konflik tugas antara pekerja.
4. Membantu dalam pembangunan sumber manusia dengan rekabentuk semula kerja dan latihan sambil
kerja.
5. Membantu dalam merancang bilangan pekerja dan penggunaan tenaga kerja yang lebik cekap dan
berkesan.
6. Dapat menjelaskan peranan, tanggungjawab dan hubungan antara pekerja atau unit kerja.
7. Pengagihan dan penggunaan sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan.
8. Untuk menyelaras perlaksanaan perancangan dalam mencapai matlamat organisasi.

b) Membentuk carta Reka bentuk organisasi


organisasi dan 1. Carta Organisasi
membincangkan  Carta organisasi merupakan diagram yang memaparkan pembahagian dan susunan kerja, jenis
rasional jabatan, hubungan autoriti, rantaian arahan dan posisi individu dalam organisasi.
penjabatanan  Tugas-tugas (pengkhususan)
organisasi Carta menunjukkan tugas atau fungsi yang berbeza antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.
mengikut fungsi, Ia juga menunjukkan jawatan-jawatan tertentu.
divisyen (produk, Contohnya, penyelia akaun, penyelia pemasaran, pengurus pengeluaran dan sebagainya.
pasaran, dan  Pembahagian kerja
geografi), Kerja dikumpulkan dan dibahagikan mengikut bidang atau fungsi tertentu. Satu kotak dalam carta
dan matriks mewakili satu posisi kerja dalam organisasi.

MUKA SURAT 167


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Peringkat pengurusan
Carta dapat menggambarkan hierarki pengurusan dimana presiden merupakan pengurusan peringkat
Griffin (2011) atas, pengurus fungsi (pengurusan pertengahan) dan penyelia (pengurusan bawahan) dan diikuti para
pekerja masing-masing.
 Autoriti lini
Garis menegak dalam carta yang menyambung antara kotak-kotak menunjukkan kedudukan autoriti
seseorang ke atas pihak lain. Garis ini menghubung diantara ketua dengan subordinat.
Contoh: presiden dengan pengurus, pengurus dan penyelia).
 Rantaian Arahan
Garis menegak juga menunjukkan aliran arahan dari presiden kepada pengurus kepada penyelia dan
seterusnya pekerja.
 Jangkauan Kawalan
Menunjukkan tanggungjawab pengurus menyelia sebilangan pekerja di bawahnya dan pekerja-pekerja
tersebut secara terus melaporkan kerja mereka kepada pengurus tersebut.
Contoh: pengurus pengeluaran bertanggungjawab ke atas tiga orang penyelianya.

Carta Organisasi
Presiden

Pengurus Pengurus Pengurus


Pengeluaran Pemasaran Kewangan

PP1 PP2 PP3 PM PM PM PK1 PK2 PK3


1 2 3
Nota: PP = Penyelia Pengeluaran PM= Penyelia Pemasaran PK= Penyelia Kewangan

MUKA SURAT 168


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Penjabatanan
 Mengelompokkan manusia dan kerja-kerja dalam satu unit kerja.
 Pendekatan klasikal organisasi menyatakan aktiviti dalam organisasi dipecahkan kepada
pengkhususan atau menjadi tugas-tugas yang kecil dan spesifik.
 Contohnya, seseorang pekerja mungkin akan diberi tugas atau kerja secara khusus mengikut
kemahiran yang dimilikinya (pengkhususan kerja). Tugas-tugas ini perlu dikelompokan mengikut
fungsi-fungsi tertentu bagi memudahkan kordinasi dan pengawalan.
 Jenis-jenis penjabatanan (struktur organisasi) yang digunakan oleh organisasi adalah penjabatanan
mengikut fungsi, divisyen dan matrik.

i) Penjabatanan Mengikut Fungsi


 Merujuk kepada mengelompokkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang sama ke dalam
fungsi khusus yang berkaitan dengan kemahiran mereka.
 Penjabatan mengikut fungsi ini adalah sesuai bagi digunakan oleh perniagaan kecil atau
sederhana dan perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran yang stabil.
 Contohnya, pekerja yang mahir dalam penjualan, promosi, hubungan pelanggan dan
sebagainya di kelompokkan ke dalam fungsi pemasaran; pekerja yang mahir tentang akaun,
simpan kira, belanjawan di kelompokkan ke dalam fungsi kewangan.

Antara Kelebihan penjabatanan mengikut fungsi:


1. Menggalakkan perkembangan kemahiran (kepakaran) dalam satu bidang khusus sahaja.
2. Kerja yang dilakukan lebih cekap kerana penumpuan satu bidang sahaja.
3. Dapat memberi peluang kepada penyelia dan subordinat berkongsi kemahiran.
4. Penyelesaian masalah lebih cekap kerana pekerja lebih mahir dalam bidang mereka.

Kelemahan penjabatanan mengikut fungsi:


1. Pekerja lebih mementingkan jabatan mereka.
2. Pengetahuan pekerja dalam fungsi atau bidang lain tidak dapat dikembangkan.
3. Komunikasi antara jabatan atau fungsi yang berbeza adalah kurang.
4. Mudah berlaku konflik antara jabatan atau fungsi yang berbeza.
MUKA SURAT 169
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Pengarah Urusan

Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Sumber


Pengeluaran Pemasaran Kewangan Manusia

P PP2 PP3 PM1 PM PM3 PM3 PM3 PM3 PSM PSM PSM
2 3 3 3
P1
Para pekerja Para pekerja Para pekerja Para pekerja

Rajah : Penjabatanan Mengikut Fungsi

ii. Penjabatanan Mengikut Divisyen


Merujuk kepada mengelompokkan pekerja dalam satu jabatan bagi menghasilkan produk
yang sama, atau melayan pelanggan yang sama, atau bekerja di kawasan yang sama.
 Penjabatanan ini biasanya berasaskan kepada produk, lokasi atau pelanggan.
 Pekerja akan dikelompokkan kedalam satu divisyen dan aktiviti kerja hanya fokus kepada satu
produk atau kumpulan pelanggan tertentu sahaja.
 Organisasi perniagaan yang menggunakan penjabatanan ini biasanya syarikat besar, syarikat
yang mempunyai pelbagai produk, kawasan pasaran yang berbeza dan pelanggan yang
berbagai.
Kelebihan penjabatanan mengikut divisyen.
1. Fokus hanya pada satu produk atau pelanggan atau kawasan tertentu (mudah dan tidak
komplek)
2. Maklumat yang diperlukan mudah dikumpul dan mudah diurus.
3. Pekerja lebih komited memajukan jabatan atau divisyen.
4. Dapat melatih dan memajukan kepakaran pekerja dalam berbagai bidang
MUKA SURAT 170
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan penjabatanan mengikut divisyen.
1. Kordinasi antara divisyen produk yang berlainan agak sukar
2. Sebahagian pengurus mempunyai kepakaran umum dan mereka tidak memahami dengan
3. mendalam aspek-aspek fungsi perniagaan.
4. Berlaku duplikasi kerja, kerja dibuat oleh satu divisyen akan juga dibuat oleh divisyen
yang lain (contoh: fungsi pemasaran, kewangan dan sebagainya terdapat disemua divisyen
bagi produk yang berbeza).
5. Perebutan sumber organisasi oleh divisyen atau jabatan yang berbeza.

Tiga Jenis Penjabatanan


1. Penjabatanan Berasaskan Divisyen Produk
 Aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bersama untuk mengeluarkan satu produk atau servis
yang sama.
 Penjabatanan ini membahagikan jabatan kepada produk yang berlainan yang dikeluarkan syarikat.
 Jabatan yang bertanggungjawab ke atas sesuatu produk tersebut fokus kepada pelanggan dan pasaran
sendiri.
 Penjabatanan berasaskan produk ini adalah sesuai bagi syarikat besar yang mempunyai pelbagai
barisan produk dan menghadapi persekitaran yang sentiasa berubah-ubah.

Pengarah Urusan

Pengurus Besar Pengurus Besar Pengurus Besar


Produk A Produk B Produk C

PM PK PP PM PK PP PM PK PP
PM = Pengurus Pemasaran PK = Pengurus Kewangan PP = Pengurus Pengeluaran
Rajah : Penjabatanan Berasaskan Produk
MUKA SURAT 171
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii) Penjabatanan Berasaskan Pelanggan
Merujuk kepada aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bersama untuk melayan
pelanggan yang sama.
 Andaian untuk pembentukkan penjabatanan ini adalah pelanggan mempunyai keperluan
tersendiri dan mengahadapi masalah yang sama.
 Pelanggan boleh dikelompokkan megikut kategori atau pasaran tertentu seperti pasaran kanak-
kanak, orang dewasa, remaja, keluarga, lelaki, wanita dan sebagainya.
 Penjabatanan berasaskan pelanggan ini membuatkan aktiviti membeli-belah oleh pelanggan
menjadi mudah. Biasanya pasaraya mengsegmenkan kawasan membeli-belah mereka mengikut
keperluan pelanggan yang berbeza-beza. Dalam hal ini pelanggan dijangka akan mendapat
layanan yang memuaskan. Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi penjabatanan
berasaskan pelanggan.

Pengarah Urusan

Pengurus Divisyen Pengurus Divisyen Pengurus Divisyen


Peruncitan Pemborongan Kerajaan

Rajah : Penjabatanan Berasaskan Pelanggan

iii) Penjabatanan Berasaskan Divisyen Geografi


 Penjabatanan berasaskan geografi merujuk kepada aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja
dikumpulkan bagi melakukan kerja pada satu lokasi tertentu.
 Digunakan apabila operasi syarikat berada di berlainan kawasan atau tempat.
 Syarikat yang berorientasikan perkhidmatan seperti bank, insuran, pendidikan dan sebaginya
biasanya mempunyai struktur divisyen berasaskan geografi.
 Penggunaan struktur ini memudahkan pihak syarikat menumpukan produk mereka dengan
kehendak pelanggan yang berbeza dari kawasan yang berlainan.
MUKA SURAT 172
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Pengarah Urusan

Pengurus Kawasan Pengurus Kawasan Pengurus Kawasan


Pantai Timur Utara Tengah

Rajah : Penjabatanan Berasaskan Geografi

3) Penjabatanan Mengikut Matrik


 Penjabatanan matrik merupakan kombinasi penjabatanan mengikut fungsi dan penjabatanan mengikut
divisyen dimana kumpulan pekerja akan melakukan kerja-kerja dalam pasukan projek atau program.
 Pekerja dalam organisasi matrik ini dimiliki oleh dua kumpulan formal. Pengurus atau penyelia akan
melaporkan kerjanya kepada dua orang ketua iaitu ketua jabatan fungsi dan ketua divisyen.
 Ia meningkatkan fleksibiliti dan kerjasama bagi setiap peringkat organisasi.
 Struktur ini sesuai bagi syarikat yang menghadapi persaingan yang kuat terutamanya dalam inovasi
produk, perubahan pasaran, perubahan teknologi, dan sumber tenaga manusia yang terhad.
 Penjabatanan seperti ini banyak digunakan bagi syarikat konsultan, pengiklanan, pembinaan, dan lain-
lain syarikat profesional.

Kelebihan penjabatanan mengikut matrik


1. Penggunaan kepakaran pekerja mahir dengan cekap.
2. Fleksibilliti dan memudahkan pengurusan projek atau produk baru.
3. Meningkatkan kemahiran pekerja merentasi fungsi organisasi.
4. Menggalakkan kerjasama antara jabatan.

MUKA SURAT 173


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan penjabatanan mengikut matrik:
1. Pekerja yang terlibat akan keliru dan kecewa kerana melaporkan kerja kepada dua orang ketua
2. Konflik antara pengurus divisyen dan pengurus fungsi disebabkan oleh perebutan sumber
kepakaran dan keutamaan kerja.
3. Terlalu banyak masa digunakan untuk mengkordinasi keputusan.
4. Perlaksanaan struktur ini memerlukan kos yang tinggi.

Pengarah Urusan

Pengurus Besar Pengurus Besar Pengurus Besar


Pengeluaran Pemasaran Kewangan

Pengurus Penyelia Penyelia Penyelia


Projek A

Pengurus Penyelia Penyelia Penyelia


Projek B

Pengurus Penyelia Penyelia Penyelia


Projek C

Rajah : Struktur Matrik

MUKA SURAT 174


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bentuk-Bentuk Lain Struktur Organisasi
i) Struktur Berdasarkan Pasukan.
 Terdiri daripada pasukan kerja, setiap pasukan kerja menuju kearah mencapai satu matlamat yang
sama.
 Organisasi pasukan berstruktur tidak mempuanyai hierarki atau rantaian arahan. Struktur dibentuk
berdasarkan kepercayaan bahawa matlamat organisasi tidak dapat dicapai melalui individu, melainkan
akan dapat dicapai melalui kerja berpasukan.
 Setiap pasukan akan mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi syarikat.
 Kebaikan berdasarkan kerja berpasukan ialah dapat meningkatkan kualiti, produktiviti dan akan dapat
membawa kepada peningkatan prestasi organisasi.

ii) Projek.
c) Menjelaskan bentuk- Pekerja-pekerja akan diberi projek secara kekal. Ianya mirip kepada struktur matrik, apa yang
bentuk lain struktur membezakannya ialah apabila sesuatu projek selesai pekerja tidak kembali kepada jabatan masing-masing,
organisasi termasuklah tetapi akan terus sambung dengan projek yang baru.
struktur berdasarkan Setiap pasukan projek, pekerja mempunyai kemahiran yang lengkap untuk menjalankan sesuatu projek.
pasukan, projek, unit
perniagaan strategik iii) Unit Perniagaan Strategik (SBU).
(SBU), dan organisasi  SBU boleh merangkumi keseluruhan syarikat ataupun sebahagian kecil syarikat sahaja.
tanpa sempadan  SBU mempunyai strategi dan juga objektif perniagaan yang berbeza dengan syarikat induk.
 Eksekutif SBU bertangungjawab melaporkan kepada Pengarah Eksekutif syarikat induk.
 Antara kelemahan struktur ini ialah berlaku peningkatan kos yang tinggi kerana Syarikat mempunyai
banyak SBU yang memerlukan kos pengurusan yang berasingan.

iv) Organisasi Tanpa Sempadan.


 Merupakan organisasi yang tidak berstruktur kerana tidak wujud rantaian arahan, tidak ada had dalam
jangkauan kawalan dan pembinaan pasukan mengantikan penjabatanan.
 Struktur ini menekankan kepada fleksibiliti dan tindak balas yang cepat. Organisasi boleh
menggunakan kelebihan yang ada pada seseorang dengan lebih cekap dan berkesan.

MUKA SURAT 175


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.4.2 Proses
Pengorganisasian Proses Pengorganisasian
i) Penentuan Objektif
d) Menjelaskan proses  Mengenal pasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi
pengorganisasian  Contohnya matlamat organisasi perniagaan yang ditetapkan oleh pengurus adalah untuk
yang meliputi. meningkatkan 10% keuntungan. Maka pengurus harus membentuk objektif pengorganisasian seperti
(i) Penentuan meningkatkan kordinasi kerja agar kos pengeluaran dapat dikurangkan 5%. Objektif bahagian
objektif; pemasaran pula adalah mengkordinasi usaha jurujual agar dapat meningkatkan jualan 20%. Oleh itu,
(ii) Pengenalpastian objektif setiap jabatan juga boleh mewujudkan penyelarasan usaha pekerja dan melicinkan proses
aktiviti; pengorganisasian.
(iii)Pengelasan
aktiviti; ii. Pengenalpastian Aktiviti
(iv) Pengelompokan  Mengenal aktiviti- aktiviti perniagaan secara terperinci.
aktiviti, dan;  Memahami aktiviti-aktiviti tugas yang kritikal agar ia dapat membuat pengorganisasian dengan cekap
(v)Pengagihan dan berkesan
tugas, Autoriti dan  Contohnya aktiviti utama bagi sebuah perniagaan runcit pasar raya melibatkan penstoran,
tanggungjawab penyusunan, melayan pelanggan, pembelian, penghantaran, tempahan, juruwang, penggajian,
pengaturan kerja, pengambilan pekerja, pembungkusan, perakaunan, kewangan, simpan kira dan
sebagainya.

iii. Pengelasan Aktiviti


 Membuat pengelasan aktiviti- aktiviti mengikut pengkhususan tertentu.
 Contohnya, dalam kes pasaraya di atas aktiviti yang terlibat boleh dikelaskan mengikut aktiviti jualan
yang mungkin melibatkan berpuluh orang pekerja dan berbagai produk untuk dijual. Aktiviti
bahagian setor yang mungkin melibatkan berbagai produk memandangkan pasaraya adalah
perniagaan yang besar. Pengelasan aktiviti dibuat mengikut pengkhususan dan persamaan tugas.

MUKA SURAT 176


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv: Pengelompokan aktiviti
 Setelah aktiviti kerja secara terperinci disenaraikan dan tugas-tugas juga disenaraikan mengikut
pengelasan tertentu, maka pengurus harus mengelompok tugas-tugas yang telah dibuat pengelasan
mengikut fungsi tertentu.
 Pengurus cuba mengelompok aktiviti kerja mengikut tabii kerja atau fungsi yang mudah diuruskan.
 Contohnya seperti berdasarkan fungsi pemasaran, pengeluaran, kewangan dan pentadbiran.
Kerja-kerja yang berkaitan dengan jualan, promosi, iklan, penghantaran, dan lain-lain aktiviti yang
relevan dikelompokkan di bawah fungsi atau jabatan pemasaran.
 Begitu juga kerja-kerja yang lain boleh dikelompokkan mengikut fungsi yang berkaitan dan mudah
diurus.
Dengan ini, penyelarasan kerja dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan dan seterusnya kos
pengeluaran akan dapat dikurangkan.

v. Pengagihan Tugas,Autoriti dan Tanggungjawab


 Pengurus perlu mengagihkan tugas mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing.
 Tugas yang diagihkan kepada pekerja seperti jurujual, juruwang, pembelian, promosi dan sebagainya
haruslah diterangkan dengan jelas.
 Sumber-sumber organisasi seperti peralatan, bahan mentah, kewangan dan sebagainya juga diagihkan
kepada pekerja organisasi mengikut keperluan jabatan.
 Autoriti dan tanggungjawab juga perlu diagihkan kepada pekerja agar mereka dapat menjalankan
kerja dengan cekap dan berkesan.
 Apa yang harus dilakukan oleh pengurus adalah memantau dan menyelaras aktiviti kerja agar ia dapat
berjalan dengan cekap dan berkesan.
 Contohnya seorang juruwang harus diberi autoriti menerima dan menyimpan wang semasa
perniagaan sedang berjalan. Penjaga setor juga perlu diberi kuasa untuk memeriksa stok barangan.
Begitu juga dengan jurujual, penghantar barang, kerani gaji dan sebagainya.

MUKA SURAT 177


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(e) Menjelaskan manual Manual Organisasi
organisasi termasuklah  Dokumen yang mengandungi asas kewujudan dan aspek-aspek pengurusan yang menjadi panduan umum.
fail meja, manual  Digunakan untuk rujukan dan panduan kepada pengurus-pengurus dalam membuat keputusan.
prosedur kerja, dan  Pihak pengurusan atasan menyediakan manual asas yang mengandungi pernyataan asas untuk dijadikan
prosedur kualiti; panduan pihak jabatan.
 Mengandungi misi dan matlamat organisasi, strutur, dasar dan peraturan am.
 Contohnya Pengurus jabatan seperti jabatan sumber manusia, kewangan, pemasaran dan pengeluaran
pula akan menyediakan manual mengikut fungsi masing-masing.
 Manual yang disediakan oleh jabatan biasanya mengandungi misi organisasi dan matlamat jabatan,
aktiviti dan proses kerja, autoriti dan tanggungjawab, carta dan personel, dasar dan peraturan.

i) Fail Meja
 Dokumen bagi peringkat individu, unit atau jabatan.
 Dokumen ini mengandungi carta jabatanatau unit yang menunjukkan kedudukan individu yang
berkenaan serta penempatan individu tersebut serta menunjukkan prosedur kerja yang terlibat.

ii) Manual Prosedur Kerja.


 Dokumen rasmi yang ada pada jabatan atau unit yang mengandungi prosedur-prosedur kerja secara
terperinci dan berperingkat serta mengikut urutan dalam proses melakukan sesuatu kerja.
 Memberi gambaran bagaimana sesuatu kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan bantuan grafik dan
juga rajah.
 Panduan kepada kakitangan bagaimana melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.
 Memastikankeseragaman dalam melaksanakan aktiviti kerja untuk setiap
 Sebagai alat kawalan oleh pihak pengurusan disetiap peringkat.

iii) Prosedur Kualiti


 Merujuk kepada peningkatan kualiti dalaman dan luaran organisasi supaya kualiti dapat
ditingkatkan. Prosedur kualiti ini perlu diamalkan dalam setiap peringkat organisasi supaya kualiti
keseluruhan organisasi dapat dicapai.

MUKA SURAT 178


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.4.3 Konsep Konsep-konsep pengorganisasian termasuklah autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti, pemusatan dan
Pengorganisasian pemencaran autoriti, penugasan, empowermen, autoriti lini dan staf, jangkauan kawalan, dan rantaian arahan.
i) Autoriti
f) Membincangkan  Merupakan kuasa atau hak yang sah pada pengurus bagi membuat keputusan dan memberi arahan.
konsep-  Pengurus diberi autoriti sebab mereka merlukan kuasa formal untuk mengarah, mengawal dan
konsep menilai subordinat.
pengorganisasian  Autoriti mengalir dari atas ke bawah. Kedudukan pengurus diperingkat atas mempunyai autoriti
formal yang lebih besar.

ii) Tanggugjawab
 Merujuk kepada kewajipan untuk melaksanakan tugas yang diserah atau diamanahkan kepada
pekerja.
 Apabila seseorang itu baru bekerja dalam sesebuah organisasi, ia akan diserahkan dengan satu set
tugas untuk dilaksanakan. Pengurus mengarah pekerja untuk melakukan tugas. Pengurus dengan
autoriti yang ada padanya bertanggungjawab memastikan pekerja menjalankan tangungjawab mereka
dengan sempurna.

iii) Akauntabiliti
 Merujuk kepada pekerja yang diberi autoriti dan tanggungjawab melaporkan hasil kerja mereka
kepada pihak atasan dan seseorang itu boleh dipersalahkan sekiranya mereka tidak menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
 Seseorang pekerja yang diberi tanggungjawab akan secara automatik mempunyai akauntabiliti.

iv) Pemusatan dan Pemencaran Autoriti


 Pemusatan autoriti merujuk kepada autoriti ditumpukan atau terletak pada peringkat atas organisasi.
 Segala keputusan atau arahan hanya datang dari peringkat atasan. Pekerja tidak diberi peluang untuk
bersuara dalam sebarang keputusan yang dibuat. Pemusatan dalam membuat keputusan boleh
mengkordinasi aktiviti-aktiviti dalam organisasi.
 Pemencaran autoriti merujuk kepada pengagihan autoriti dimana autoriti diturunkan kepada pihak
bawahan dalam hirarki organisasi.
MUKA SURAT 179
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Kakitangan bawahan diberi peluang untuk membuat keputusan dalam sesuatu isu tertentu. Autoriti
yang diturunkan pengurus atasan atau jabatan kepada pekerja bawahan dalam lengkongan had
tertentu berdasarkan keperluan dan kepakaran individu. Individu yang diberi autoriti akan
menggunakannya bagi menyelesaikan masalah kerja.

Kelebihan pemencaran autoriti kepada organisasi adalah seperti berikut:


1. Mengurangkan beban tugas pengurus atasan
2. Keputusan dibuat diperingkat bawah adalah lebih dekat dengan perlaksanaan dan lebih
3. berkesan kerana mereka terlibat dalam perlaksanaan kerja.
4. Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja .
5. Menghindarkan karenah birokrasi.

Kelemahan pemencaran autoriti adalah seperti berikut:


1. Tidak semua pekerja yang sanggup menerima pemencaran autoriti
2. Pekerja yang menerima pemencaran mungkin menyalahgunakan kuasa
3. Pengurus tidak rela melakukan pemencaran kerana kerja berkenaan masih dibawah tanggungjawab
pengurus. Jika gagal maka pengurus terpaksa menanggung kegagalan tersebut.

v) Penugasan Autoriti
 Merujuk kepada proses penyerahan tanggungjawab dan autoriti kepada subordinat untuk melaksanakan
tugas tertentu.

 Antara panduan kepada pengurus untuk menjalankan penugasan autoriti yang efektif.
1. Pilih subordinat/pekerja yang sesuai untuk diberikan penugasan autoriti.
2. Mengenalpasti tugas-tugas yang akan terlibat dalam penugasan autoriti.
3. Membentuk objektif dan standard kerja yang dipersetujui bersama.

Kelebihan penugasan autoriti ialah:


1. Mengurangkan beban tugas pengurus.
2. Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja.
MUKA SURAT 180
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Meningkatkan penglibatan dan pengalaman baru.
4. Menjimatkan masa pengurus dan pengurus dapat membuat kerja yang lebih penting.

Kelemahan dan halangan dalam penugasan autoriti ialah:


1. Penyalahgunaan autoriti oleh subordinat
2. Masalah untuk mengawal kemajuan kerja
3. Subordinat kurang sesuai dan tiada kebolehan/ pengalaman
4. Pengurus terpaksa mengambil masa dalam menerangkan tugas untuk penugasan

v) Empowermen
 Merujuk kepada ialah pemberian kuasa, autoriti dan tanggungjawab, subordinat untuk membuat
keputusan dalam melaksanakan tugasnya.
 Ia juga bermaksud delegasi tanggungjawab untuk membuat keputusan serta penurunan kuasa yang
terkawal.

Kebaikan empowermen ialah :


1. Dapat meningkatkan kualiti serta produktiviti dan akhir sekali dapat mengurangan kos.
2. Menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan staf.
3. Dapat meningkatkan motivasi dan kesungguhan serta kepuasan dalam melakukan kerja.

vi) Autoriti Lini dan Autoriti Staf


Autoriti lini
 Merujuk autoriti formal yang memberikan hak kepada pengurus untuk mengarah dan mengawal kerja
subordinat.
 Ia menerangkan autoriti yang berhubung secara langsung dengan aktiviti utama syarikat yang
menyumbangkan kepada pencapaian matlamat organisasi.
 Garisan hitam dalam carta organisasi yang menyambung pihak atas hirerki organisasi dengan pihak di
bawah mereka menggambarkan autoriti lini. Ia menunjukan hubungan ketua dengan subordinat.
 Pengurus yang memegang autoriti lini sebagai pengurus lini. Pengurus lini bertanggung jawab
menyumbang (aktiviti kerja) secara terus kepada pencapaian matlamat organisasi.
MUKA SURAT 181
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Contohnya, autoriti bahagian sumber manusia . Pengurus yang memegang autoriti ini berhak dalam
melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengambil pekerja, memecat pekerja, menilai prestasi pekerja dan
memberi ganjaran kepada pekerja di bawah seliaan mereka.

Autoriti staf
 Merujuk kepada pengurus yang mempunyai kepakaran untuk menasihat dan membantu pengurus lini
dan lain-lain pengurus dalam organisasi.
 Autoriti staf menyediakan pengkhususan kepakaran tetapi tidak secara terus menyumbang kerja
mereka bagi mencapai matlamat organisasi.
 Pengurus staf membantu dan menasihati pengurus lini dalam hal-hal tertentu dalam lengkongan
kepakaran mereka.
 Contoh pengurus staf adalah seperti juruaudit syarikat, pegawai undang-undang syarikat dan pengurus
sumber manusia yang terlibat dalam menasihati kewangan syarikat, perundangan, dan keperluan dan
peraturan pekerja.

vii) Jangkauan Kawalan


 Jangkauan kawalan menunjukkan bilangan pekerja yang melaporkan kerjanya secara terus kepada
seorang pengurus.
 Terdapat dua bentuk jangkauan kawalan ia itu jangkawan kawalan yang lebar dan jangkauan kawalan
yang sempit.
1. Jangkauan kawalan yang lebar menunjukkan ramai subordinat melaporkan kerja mereka
kepada seorang ketua tertentu.
2. Jangkauan kawalan yang sempit menujukkan hanya beberapa orang subordinat di bawah
penyeliaan
seorang ketua sahaja.

MUKA SURAT 182


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Jadual dibawah menunjukkan faktor yang mempengaruhi penggunaan jangkauan kawalan

Jangkauan Kawalan Sempit Jangkauan Kawalan Lebar

 Jenis kerja agak komplek dan berubah-ubah  Kerja yang rutin dan standard
 Subordinat tidak terlatih dan tidak mahir  Subordinat terlatih dan mahir
 Pengurus tidak berpengalaman dan tidak  Pengurus berkeupayaan menyelia dan
mahir berpengalaman
 Aktiviti pekerjaan yang berbeza-beza  Kerja-kerja yang dilakukan oleh subordinat adalah
dilakukan oleh subordinat sama
 Prestasi kerja sukar dinilai secara kuantitatif  Prestasi kerja dapat diukur dengan jelas
dan jelas  Subordinat lebih suka bertanggungjawab dan
 Subordinat lebih suka diberi arahan kerja memerlukan autonomi (teoriY)
dan tidak suka mengambil tanggungjawab  Persekitaran dalaman dan luaran organisasi adalah
(teoriX) stabil
 Persekitaran luaran dan dalaman organisasi
sentiasa berubah

Jadual dibawah Kelebihan dan kelemahan jangkauan kawalan

Jangkauan Kawalan Sempit Jangkauan Kawalan Luas


Kelebihan Kelebihan
1. Penyeliaan subordinat adalah dekat 1. Pengurus dapat membuat penugasan kerja
2. Dapat mengawal subordinat dengan mudah 2. Pengurus dapat menumpukan terhadap kerja
3. Interaksi pengurus dengan subordinat adalah lain
dekat 3. Subordinat tidak terlalu dikongkong
4. Mudah memahami masalah subordinat 4. Subordinat berasa bebas kerana kurang
penyeliaan

MUKA SURAT 183


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan Kelemahan
1. Pengurus mungkin akan banyak terlibat dalam 1. Sukar menyelia ramai subordinat pada satu
kerja-kerja subordinat masa
2. Terdapat banyak tingkat hirerki pengurusan 2. Pengurus dikhuatiri hilang kawalan ke atas
3. Kos operasi yang tinggi (banyak tingkat subordinat
pengurusan) 3. Interaksi pengurus dan subordinat agak kurang
4. Aliran komunikasi dari atas adalah lambat 4. Sukar pengurus memahami masalah pekerja
5. Subordinat berasa kurang bebas apabila
sentiasa diperhatikan

Jangkauan Kawalan Sempit

Jangkauan Kawalan Luas.

MUKA SURAT 184


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
viii) Rantaian Arahan
 Rantaian Arahan menunjukkan aliran arahan dari pengurus atasan kepada pengurus pertengahan,
penyelia dan seterusnya pekerja.
 Garisan menegak dalam carta organisasi yang menyambung setiap jabatan atau posisi pekerja
menunjukkan rantaian arahan.
 Arahan bermula dari pengurus atasan kepada pengurus bawahan mereka hinggalah kepada pekerja di
posisi bawah carta organisasi. Ia membentuk rantaian garisan menegak yang menggambarkan arah
autoriti dan aliran komunikasi.
 Rantaian arahan juga menerangkan konsep uniti arahan iaitu subordinat hanya perlu mendapat arahan
dari seorang ketua. Jika arahan datang dari banyak ketua maka ia akan mengakibatkan kerja yang
dihasilkan kurang berkualiti, tekanan kerja akan menjadi tinggi dan konflik peranan mungkin berlaku.

6.5 Kepimpinan
Kepimpinan
a) Mentakrifkan maksud  Merujuk kepada proses seseorang ketua mempengaruhi perlakuan pengikutnya bagi menjalankan sesuatu
kepimpinan dan aktviti kerja untuk mencapai matlamat.
menjelaskan
kepentingannya; Kepentingan kepimpinan.
1. Membentuk visi dan halatuju organisasi.
2. Mempengaruhi dan memotivasikan pekerja dengan berkesan.
3. Memberi contoh yang baik kepada pekerja
4. Berupaya menganalisis situasi dengan berkesan
5. Memainkan peranan hubungan manusia dengan berkesan dalam organisasi.
6. Berani mengambil risiko
7. Berfikiran kreatif
8. Mengambil inisiatif terhadap perubahan
9. Lebih bersikap objektif

MUKA SURAT 185


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.5.1 Jenis Kuasa
b) Menjelaskan Kuasa
jenis-jenis kuasa  Merupakan keupayaan ketua membuatkan orang lain melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki olehnya.
pemimpin
termasuklah kuasa Jenis-jenis kuasa.
sah, kuasa 1. Kuasa sah
ganjaran, kuasa  Merupakan keupayaan ketua mempengaruhi pengikut dengan kuasa yang diberikan kepadanya.
desakan, kuasa  Ia merujuk kepada autoriti yakni kedudukan ketua dalam organisasi. Pengurus berdasarkan
rujukan, dan kedudukannya telah diberi autoriti bagi mengarah dan menagawal pekerja agar mereka bertanggungjawab
kuasa kepakaran dalam melakukan kerja.
 Kuasa ini digunakan oleh seorang ketua dalam sesebuah organisasi berdasarkan kepada peruntukkan
kuasa yang diberi.

2. Kuasa ganjaran
 Merupakan keupayaan pemimpin menawarkan sesuatu yang bernilai kepada pengikutnya.
 Dengan menawarkan perkara yang bernilai tersebut pemimpin dapat mempengaruhi pengikutnya
melakukan kerja untuknya.
 Ganjaran terbahagi kepada ganjaran kewangan dan bukan kewangan.
 Antara ganjaran kewangan yang diberikan kepada pekerja dalam organisasi adalah seperti kenaikkan
gaji, bonus.
 Ganjaran bukan kewangan ialah kenaikkan pangkat, anugerah cemerlang, cuti dan melancong,

3. Kuasa Desakan / paksaan


 Merujuk kepada keupayaan ketua mempengaruhi gelagat pengikut dengan menggunakan tekanan atau
ugutan.
 Pengurus atau ketua dalam organisasi berhak mengarah dan mengawal perlakuan pekerja mereka.
Dalam hal ini, pengurus menggunakan ugutan seperti memotong gaji, menurun pangkat, denda,
membuang kerja dan sebagainya.
 Pengurus boleh mengambil tindakan demikian jika pekerja gagal menunaikan tanggungjawabnya.

MUKA SURAT 186


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Kuasa rujukkan
1. Merujuk keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh peribadi pemimpin tersebut.
2. Peribadi pemimpin seperti pandai bergaul, pandai berpidato, pandai menagambil hati, berjenaka,
memberi sokongan moral, kelihatan menarik dan sebagainya.

5. Kuasa kepakaran
 Merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh
pengetahuan atau kemahiran yang khusus dimiliki oleh pemimpin berkenaan.
 Kepakaran pemimpin mungkin dalam bidang tertentu seperti komputer, teknologi, maklumat,
pengetahuan,dan perkara yang berkaitan.

6.5.2 Jenis-jenis Jenis-jenis kepimpinan


kepimpinan 1. Kepimpinan Transactional
 Pemimpin transactional menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai objektif
c) Membincangkan organisasi.
jenis-jenis  Pemimpin menggunakan sumber dan ganjaran untuk mempengaruhi dan mendorong pekerja
kepimpinan melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat organisasi.
termasuklah  Bagi pekerja yang menunjukkan kejayaan mencapai objektif akan diberi ganjaran dan sebaliknya bagi
transactional, pekerja yang gagal mencapai prestasi akan menerima denda atau hukuman.
transformational,
karismatik, dan 2. Kepimpinan Transformational
berwawasan(vision  Pemimpin transformational akan membuat perubahan yang drastik dalam sesebuah organisasi.
ary)  Perubahan yang dibuat terhadap Visi dan Misi serta melibatkan pekerja supaya melakukan perubahan di
dalam atau di luar organisasi.
 Pemimpin jenis ini bertindak sebagai agen perubahan dan membina komitmen yang tinggi untuk
mencapai visi.

MUKA SURAT 187


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kepimpinan Karismatik
 Merupakan seorang pemimpin yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mendorong, mengarah
dan mempengaruhi pekerjanya supaya mereka melakukan tugas.
 Mereka juga merupakan orang yang yakin, serta sensitif terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran
dan akan menjadikan pengikut mereka yakin dan seterusnya menuruti apa yang diarahkan oleh
pemimpinnya.
 Pemimpin karismatik juga mewujudkan hubungan baik dengan pengikutnya.

4. Kepimpinan Berwawasan (visionary)


 Merupakan pemimpin yang mampu mewujudkan imej yang positif untuk masa depan organisasi dengan
cara memotivasikan pekerja dan berupaya menentukan halatuju organisasi berdasarkan perancangan dan
juga matlamat yang telah ditetapkan.

6.5.3 Gaya Gaya kepimpinan


kepimpinan  Adalah berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi
d) Membincangkan subordinatnya.
gaya kepimpinan  Pemimpin boleh menggunakan berbagai gaya pengurusan untuk mempengaruhi perlakuan pekerja.
autokratik,
demokratik, 1. Kepimpinan autokratik
laissez-faire, dan  Merujuk kepada semua keputusan adalah dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya kepada orang lain.
kontingensi  Pengurus menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengarah pekerja melaksanakan sebarang
keputusan yang telah dibuat oleh beliau.
 Sebarang pandangan subordinat tidak diterima.
 Subordinat hanya menunggu arahan dari ketua.
 Gaya kepimpinan ini adalah sesuai digunakan bagi pekerja-pekerja peringkat bawah seperti buruh binaan,
pekerja kontrak, pekerja pengeluaran dan sebagainya.

MUKA SURAT 188


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Kepimpinan Demokratik
 Gaya kepimpinan demokratik melibatkan pengurus dan subordinat membuat keputusan secara bersama.
 Perbincangan akan dibuat antara pengurus dengan subordinat bagi mengatasi sesuatu masalah dalam
pekerjaan.
 Keputusan dijangka lebih berkualiti dan subordinat lebih bersemangat melakukan kerja sebab mereka
sama-sama terlibat dalam membuat keputusan.
 Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat syarikat. Gaya ini sesuai digunakan
kepada penyelia jualan, penyelia kilang, pengurus pengeluaran dan sebagainya.

3. Laissez-faire
 Gaya kepimpinanLaissez-faire / bebas merujuk kepada subordinat bebas membuat keputusan dan
melaksanakan kerja bagi mencapai objektif-objektif syarikat.
 Bagi pekerja yang berkemahiran tinggi, pengurus tidak perlu mengawal dan memberi banyak arahan
kerana mereka telah faham kerja yang akan dibuat.
 Subordinat akan membuat keputusan sendiri berdasarkan kepada lingkungan had-had tertentu yang
dibenarkan oleh pihak pengurusan untuk mencapai matlamat kerja.
 Subordinat mempunyai kepakaran, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
bagi menyelesaikan masalah dalam bidang kepakarannya.
 Gaya ini sesuai diamalkan bagi kepada pekerja profesional seperti peguam, akauntan, pensyarah, doktor
dan sebaginya.

4. Kontingensi
 Teori kepimpinan kontingensi menyebut bahawa pemimpin perlu memahami situasi untuk menggunakan
gaya kepimpinan tertentu.
 Dalam situasi ini merujuk kepada subordinat dan persekitaran organisasi.
 Sabordinat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan
personaliti.
 Persekitaran organisasi pula dirujuk kepada struktur tugas (contoh : rutin, luwes, kompleks), autoriti

MUKA SURAT 189


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
yang dimiliki ketua, kumpulan keja, dan sistem ganjaran.
 Gaya kepimpinan yang berbeza patut digunakan mengikut keadaan berbeza seperti kuasa ketua,
persekitaran kerja, tugas pekerja, personaliti pekerja, kemahiran dan keupayaan pekerja.
 Ketua menilai situasi mereka dahulu sebelum memilih gaya kepimpinan yang digunakan. Ketua
menggunakan berbagai gaya kepimpinan seperti gaya kepimpinan autokratik, birokratik, demokratik
atau bebas.
 Gaya kepimpinan yang digunakan bergantung kepada situasi jenis pekerja dan persekitaran kerja. Gaya
kepimpinan yang sesuai meningkatkan motivasi dan moral pekerja.

6.5.4 Pemimpin dan Pemimpin


Pengurus  Merupakan pihak yang menggunakan kuasa formal dan kuasa tidak formal dalam mempengaruhi pekerjanya
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

e) Membandingkan Pengurus
pemimpin dan  Merupakan pihak-pihak yang menggunakan kuasa formal untuk merancang, melaksana dan mengawal semua
pengurus aktiviti yang ditetapkan untuk mencapai matlamat organisasi.
 Pemimpin boleh terdiri dari pengurus atasan, pengurus pertengahan dan juga penyelia.

Peranan yang akan dimainkan oleh pemimpin dalam organisasi :


1. Pendorong.
Pemimpin memberi motivasi kepada pekerja agar berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
aktiviti pekerjaan.
2. Pembimbing/ fasilitator
Pemimpin membimbing pekerja mereka terutama yang baru bekerja atau kurang kemahiran dan pengalaman
agar dapat menjalankan kerja mereka dengan cekap dan berkesan.
3. Mentor / Jurulatih
Pemimpin adalah tempat rujukkan bagi pekerja dan tempat pekerja mendapat nasihat. Pemimpin juga dapat
memberi contoh kepada pekerja.
4. Penyelesai masalah.
Pemimpin mempunyai sifat membantu pekerja menyelesaikan masalah peribadi dan pekerjaan.
MUKA SURAT 190
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Perunding.
Pemimpin berperanan sebagai orang tengah kepada dua kumpulan yang bertelagah atau bermusuhan untuk
menyelesaikan masalah.
6. Jurucakap.
Pemimpin juga boleh bertindak sebagai jurucakap atau wakil kepada pengikut-pengikut bagi meluahkan isi
hati mereka atau membawa pandangan pengikut mereka kepada pihak pengurusan.

Jadual: Perbezaan Antara Pengurus dan Pemimpin


Dimensi Pengurus Pemimpin
1.Halatuju Membentuk perancangan dan belanjawan Membentuk halatuju atau visi organisasi
2.Tugas Melaksanakan fungsi pengorganisasian dan Menyusun atur pekerja kearah pencapaian
penstafan matlamat
3.Peranan Melakukan aktiviti pengawalan dan Memberi inspirasi dan memotivasi pekerja
penyelesaian masalah
4.Autoriti Mendapat kuasa dari sumber posisi atau Memiliki kuasa dari sumber peribadi
jawatan
5.Tanggung Menekankan persiapan tugas kerana ia Menekankan hubungan interpersonal yang
Jawab menjadi tanggungjawab pengurus baik dan harmoni dengan pengikut
6.Tahap Penyelesaian masalah melibatkan masalah Penyelesaian masalah yang lebih
pembuatan pengurusan dan kerumitan pekerjaan dalam menekankan konflik pekerja dan
keputusan organisasi menangani perubahan dalam oragnisasi

6.5.5 Pemimpin formal


dan tidak formal 1. Pemimpin Formal
 Merupakan ahli organisasi yang dilantik secara rasmi bagi menjawat sesuatu kedudukan dalam
f) Membandingkan organisasi.
pemimpin formal  Pemimpin ini menjadi formal disebabkan oleh jawatan yang dipegang dalam organisasi.
dan tidak formal.  Mereka bertanggungjawab dalam aktiviti kerja bagi mencapai matlamat organisasi. Pemimpin formal
ini boleh jadi pengurus pada peringkat atasan, pertengahan atau penyelia. Pemimpin formal ini
MUKA SURAT 191
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
mendapat kuasa disebabkan oleh kedudukan mereka dalam organisasi. Mereka mempunyai kuasa
paksaan, kuasa ganjaran dan kuasa sah seperti yang telah kita bincangkan dahulu.

2. Pemimpin Tidak Formal


 Merupakan individu yang dapat mempengaruhi perlakuan orang lain disebabkan oleh sifat-sifat
peribadinya. Jawatan ini tidak ditunjukkan dalam struktur organisasi.
 Pemimpin tidak formal ini boleh jadi pekerja biasa tanpa sebarang jawatan tetapi mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap lain-lain pekerja.
 Mereka juga boleh jadi pengurus yang mempunyai jawatan dalam organisasi, atau penyelia, atau kerani,
jurutera, atau penghantar surat, atau pekerja am, atau siapa sahaja.
 Mereka mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perlakuan orang lain untuk mencapai matlamat tertentu.
Mereka ini mendapat kuasa untuk mempengaruhi orang lain disebabkan oleh kepakaran, kemahiran,
pengetahuan, dan tempat rujukan pekerja bagi sesuatu hal tertentu.
 Pemimpin tidak formal ini wujud disebabkan oleh matlamat sosial yang sama yang telah membentuk
organisasi tidak formal dalam organisasi formal.

6.5.6 Motivasi Motivasi.


 Merujuk kepada tenaga yang memberi semangat dan ketabahan kepada pekerja untuk berusaha
g) Menjelaskan teori mencapai sesuatu matlamat.
motivasi Maslow,  Konsep motivasi dapat diterangkan dengan keperluan pekerja. Keperluan pekerja akan mewujudkan
Herzberg, McGregor, ransangan atau desakan naluri dari dalam diri pekerja. Ini menyebabkan pekerja akan bertindak bagi
dan McClelland mencapai ganjaran yang merupakan matlamat untuk memenuhi keperluan mereka.

Dua jenis ganjaran .


1. Ganjaran ekstrinsik
 Merupakan ganjaran dari luar individu yang boleh mewujudkan motivasi seperti gaji, upah,
kenaikan pangkat dan lain-lain faedah syarikat.
 Pengurus boleh menggunakan ganjaran ini bagi mempengaruhi gelagat pekerja sebagai balasan terhadap
prestasi yang dihasilkan oleh pekerja.

MUKA SURAT 192


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Ganjaran instrinsik
 Merujuk kepada kepuasan yang didapati oleh individu dalam proses melakukan aktiviti kerja.
 Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor dalaman yakni dari dalam diri pekerja itu sendiri. Pekerja akan
berasa seronok melakukan kerja jika ia dapat menikmati kepuasan.

Kepentingan motivasi kepada organisasi.


1. Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah bagi mencapai matlamat organisasi.
2. Mengekal pekerja terutama pekerja mahir dalam organisasi.
3. Mengurangkan kadar ponteng kerja.
4. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi.
5. Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja.
6. Meningkatkan moral pekerja.
7. Meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli organisasi.

h) Membincangkan 1) Teori Motivasi Maslow


perkaitan amalan Teori ini dipelopori oleh Abraham Maslow dan dikenali juga sebagai teori hierarki keperluan Maslow.
dengan teori-teori Maslow mencadangkan bahawa pengurus harus memahami keperluan pekerja dan membantu mereka
motivasi; memenuhi keperluan agar mereka lebih berjaya dalam mencapai matlamat kerja. Menurut beliau, manusia
mempunyai lima keperluan yang hendak dipenuhi iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan
sosial, keperluan penghargaan dan keperluan hasrat diri.

MUKA SURAT 193


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Rajah : Peringkat-peringkat Keperluan Dalam Teori Maslow

1. Keperluan Fisiologi.
 Merupakan keperluan asas manusia untuk terus hidup.
 Keperluan ini adalah universal dan setiap manusia perlu mencapainya.
 Implikasi dalam syarikat bahawa sebahagian pekerja akan berusaha bersungguh-sungguh jika ganjaran
kewangan seperti gaji, upah, kenaikan gaji, komisen atau bonus disediakan untuk prestasi pekerja yang
baik.
 Pendapatan yang mereka perolehi mampu memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan,
minuman dan juga pakaian.

2. Keperluan Keselamatan.
 Keperluan keselamatan adalah untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara yang boleh
mencederakan atau menjejaskan masa depan mereka.
 Menurut Maslow, manusia akan mula mencari keperluan keselamatan apabila keperluan fisiologi sudah
dipenuhi.
 Implikasi kepada syarikat adalah pekerja akan berasa selamat apabila mereka pasti bahawa mereka
tidak akan dibuang kerja atau dipecat.
 Sebahagian organisasi menyediakan rumah untuk pekerja mereka, suasana kerja yang selamat, bersih,
skim insuran, pencen dan sebagainya bagi menjamin masa depan dan keselamatan pekerja.
MUKA SURAT 194
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Keperluan sosial.
 Keperluan ini berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu.
 Keperluan ini akan diusahakan apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah dicapai.
 Manusia tidak dapat hidup sendiri. Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk
berinteraksi.
 Implikasi kepada organisasi dimana pekerja di dalam organisasi akan dikelompokkan mengikut
kepakaran dan mereka diberi peluang untuk berinteraksi antara ahli kumpulan mereka.
 Mereka memerlukan rakan untuk bercakap, berbincang dan meluahkan masalah dari seluruh aspek
hidup mereka.
 Sebahagian syarikat menyediakan kelab atau persatuan dan mengadakan aktiviti sukan, riadah dan
sebagainya bagi membolehkan pekerja berinteraksi antara satu sama lain.

4. Keperluan Penghargaan.
 Menurut Maslow keperluan ini akan diburui setelah ketiga-tiga keperluan terdahulu tercapai.
 Pekerja berusaha kuat dan mempunyai motivasi dalaman akan lebih mudah mencapai tingkat keperluan
ini.
 Keperluan ini berkaitan dengan penghargaan diri, penghormatan, status dan sebagainya.
 Implikasi dalam syarikat adalah keperluan ini dapat dicapai oleh pekerja sekiranya mereka diberi
peluang dalam kenaikan pangkat, penghargaan kerja, surat pujian, ganjaran untuk pekerja terbaik,
kenaikan gaji dan lain-lain ganjaran.

5. Keperluan Pencapaian Hasrat Diri.


 Keperluan ini adalah keperluan terakhir yang akan dipenuhi oleh manusia setelah keperluan lain
tercapai.
 Keperluan ini berkaitan dengan penggunaan potensi diri atau bakat, kreativiti, kebebasan mencipta atau
melaksana.
 Implikasinya, pekerja yang ingin memenuhi keperluan ini dipengaruhi oleh motivasi dalaman yang kuat.
 Pekerja seperti ini suka kepada pekerjaan yang mencabar, berorientasi pencapaian, kreativiti, inovatif
dan bercita-cita tinggi.

MUKA SURAT 195


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kesimpulan
 Untuk memahami dan mempraktikan teori maslow ini beberapa andaian asas perlu diambil kira.
 Manusia adalah diandaikan akan memenuhi keperluan peringkat bawah dahulu mengikut hierarki keperluan
sebelum bertindak memenuhi keperluan peringkat yang lebih atas.
 Apabila sesuatu peringkat keperluan telah dipenuhi ia tidak akan lagi menjadi asas motivasi bagi mendorong
manusia bertindak.
 Sebaliknya tingkat keperluan yang berikutnya akan menjadi pendorong kepada perlakuan manusia
berkenaan. Manusia diandaikan dengan menggunakan berbagai cara untuk memenuhi keperluan mereka.

2. Teori Motivasi Herzberg.


 Federick Herzberg telah mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan
 kepada motivasi-penjagaan (motivation-maintenance model atau dikenali juga sebagai motivator-
hygiene theory).
 Herzberg menyarankan bahawa dua set faktor akan mempengaruhi perlakuan pekerja ia itu faktor
penjagaan (maintenance factor) dan faktor motivasi (motivation factor).

i. Faktor Penjagaan(hygiene).
 Dikenali sebagai faktor yang menyihatkan (hygiene factor). Kadangkala ia juga dirujuk kepada
faktor ketidakpuasan. Ia menerangkan perkara-perkara yang disediakan oleh syarikat bagi
menghalang ketidakpuasan dalam organisasi.
 Sekiranya wujud faktor penjagaan ini pekerja akan mengurangkan ketidakberpuasan.
Sebaliknya, jika faktor ini tidak wujud maka pekerja akan tidak berpuashati dalam
melaksanakan tugasnya.
 Dalam faktor penjagaan ia tidak membincangkan kepuasan kerja.
 Diantara faktor penjagaan tersebut adalah seperti:
i. Upah dan gaji yang berpatutan termasuk faedah-faedah kewangan lain yang diberi oleh
syarikat.
ii. Keselamatan kerja
iii. Keselamatan dan keselesaan tempat kerja.

MUKA SURAT 196


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Polisi syarikat dan pentadbiran yang adil
v. Hubungan interpersonal dengan ketua, rakan sekerja dan subordinat
vi. Status pekerjaan

ii. Faktor Motivasi.


 Faktor yang berkait rapat dengan pekerjaan atau kerja itu sendiri.
 Ia kadangkala dikenali sebagai faktor yang memberi kepuasan.
 Kewujudan faktor ini akan menyebabkankan pekerja lebih bermotivasi dan berpuashati.
 Jika faktor ini tidak wujud dalam pekerjaan maka pekerja akan terus melakukan kerja seperti
biasa.
 Cuma mereka tidak bermotivasi tetapi tidak pula menyebabkan berlakunya ketidakpuasan.
 Diantara faktor yang berkaitan adalah:
i. Pencapaian; iaitu merujuk peluang-peluang bagi mencapai matlamat kerja yang
mencabar.
ii. Penghargaan; iaitu penghargaan terhadap sumbangan dan usaha pekerja.
iii. Tanggungjawab; iaitu pekerja diberi tugas dan autoriti bagi melaksanakan tugas
iv. Kemajuan; iaitu peluang untuk memajukan diri dan status kerja berdasarkan prestasi
kerja
v. Kerja itu sendiri; iaitu kerja yang dilakukan oleh pekerja dapat memberi kepuasan diri,
penonjolan diri dan kerja yang mencabar

 Herzberg menyatakan bahawa faktor penjagaan adalah menjadi asas kepada sebarang jenis kerja yang
merupakan ganjaran ditempat kerja tetapi bukan merupakan fungsi motivasi yang kuat.
 Faktor penjagaan adalah merupakan faktor ekstrinsik atau faktor motivasi luaran.
 Berkurangannya kedapatan faktor ini dalam syarikat akan menyebabkan pekerja tidak berpuashati dan
mengakibatkan produktiviti menurun.
 Pihak pengurusan mengawal tahap kewujudan faktor penjagaan dalam organisasi ketahap yang
berpatutan.
 Kewujudan faktor motivasi pula dapat memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha meningkatkan

MUKA SURAT 197


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
tahap produktiviti. Berkurangnya faktor ini tidak menyebabkan ketidakpuasan pada pekerja.
 Faktor motivasi ini lebih kepada motivasi instrinsik atau dalaman yakni yang datangnya dari dalam diri
dan dirasai oleh pekerja.

Teori Maslow Teori Herzberg


Keperluan Hasrat Diri
Faktor Motivasi
Keperluan Penghargaan
Keperluan Sosial
Keperluan Keselamatan Faktor Penjagaan
Keperluan Fisiologi
Rajah: Perbandingan Antara Teori Motivasi Maslow Dengan Teori Motivasi Herzberg.

3. Douglas McGregor/ Teori X dan Teori Y


 Ahli psikologi Douglas McGregor telah mempelopori teori X dan teori Y agar menjadi panduan kepada
pengurus dalam meningkatkan motivasi pekerja.
 Andaian dibuat adalah manusia berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap, personaliti dan beberapa
ciri lain yang menyebabkan gelagat mereka berbeza.
 Oleh itu pengurus harus memahami perbezaan gelagat pekerja sebelum memotivasikan mereka.
 Teori X dan teori Y mengelompok pekerja kepada dua kategori yang akan menjadi panduan kepada
 pengurus dalam hal motivasi.

Teori X.
Teori ini dapat digunakan sebagai satu pendekatan kepada pengurusan bagi memotivasikan pekerja dengan
mengandaikan :
 Pekerja tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri dari membuat kerja.
 Pekerja adalah lemah dan tidak begitu pandai.
 Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
 Pekerja malas, mengelak diri dari tanggungjawab, tiada cita-cita, dan lebih mementingkan keselamatan
diri sendiri.

MUKA SURAT 198


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Pekerja akan terdorong melakukan kerja dengan baik jika ada insentif kewangan.
 Pekerja cuba mengelakkan diri dari memimpin orang lain.
 Pekerja tidak suka pada perubahan.
.
Teori Y.
Teori Y pula mempunyai andaian yang berlawanan dari teori X antaranya :
 Pekerja suka melakukan kerja.
 Pekerja boleh mengawal diri dalam melakukan kerja.
 Pekerja berani mengambil tanggungjawab dan suka meimpin orang lain.
 Pekerja dimotivasi oleh kemahuan membuat kerja dan berinteraksi dengan rakan sekerja bukan
disebabkan oleh insentif kewangan.
 Pekerja akan melakukan kerja yang tebaik sekiranya tiada banyak kawalan dan hukuman yang dikenakan
oleh pihak pengurusan.
 Motivasi dan potensi diri untuk pembangunan kerja sudahpun wujud dalam diri pekerja dan pihak
pekerja hanya perlu mengilap mengilap motivasi dan potensi tersebut.
 Pekerja bertenaga dan bijak.
 Pekerja mahu menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dan sanggup menghadapi sebarang
perubahan.
.
 Jika kita meneliti dengan terperinci jenis pekerja yang terdapat dalam syarikat maka watak pekerja hampir
menyamai dua teori ini.
 Mungkin seseorang pekerja mempunyai ciri-ciri yang bercampur-campur antara teori X dan teori Y.
 Sebahagian yang lain pula menepati teori-teori tersebut tetapi mungkin darjah kecenderungannya terhadap
sama ada teori X atau teori Y berbeza.
 Fokus teori ini adalah kepada pengurus agar dapat menyesuaikan potensi pekerja dengan gaya pengurusan.
Tidak semua kerja memerlukan manusia bersifat teori X atau sebaliknya.
 Oleh itu, implikasi awal teori ini adalah pengurus perlu faham jenis tugas dan tabii kerja dan buatlah
pemilihan pekerja yang mempunyai ciri yang sesuai untuk tugas tersebut.

MUKA SURAT 199


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. McClelland
 McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), mengatakan bahawa motivasi individu akan
meningkat jika;
i. Dimotivasikan.
ii. Memahami unsur-unsur motivasi.
iii. Melibatkan diri secara aktif dalam usaha motivasi .

 Proses motivasi itu bertindak secara dua hala, dan kedua-dua pihak pula mestilah saling memberi dan
menerima.
 Motivasi merupakan satu set proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan
menjuruskan tingkah laku itu kepada satu-satu matlamat. Seseorang yang bermotivasi akan membuat
pilihan positif untuk melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini bermakna
kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya.
 Di samping itu, McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), menekankan juga tentang tingkah laku
individu yang bermotivasi pencapaian tinggi. Hal ini kerana individu ini mempunyai keinginan untuk
mengatasi rintangan dan sanggup bersusah-payah untuk mencapai sesuatu yang baik. Oleh itu, dalam
teori motivasi pencapaian ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan
tertanam dalam jiwa individu tersebut.

6.5.7 Pasukan Maksud Pasukan


i) Mentakrifkan  Adalah himpunan manusia yang berinteraksi secara berterusan untuk mencapai matlamat bersama.
maksud pasukan  Ahli-ahli kumpulan terdiri dari individu yang mempunyai berbagai kemahiran. Mereka bekerja di dalam
dan menjelaskan satu pasukan untuk mencapai matlamat bersama.
kepentingan  Pasukan yang diurus dengan baik dapat memberi beberapa faedah kepada organisasi dan pekerja.
pasukan.  Manakala kegagalan pengurus menguruskan pasukan akan mengakibatkan bebanan kepada organisasi.

Kepentingan/Faedah-faedah pasukan.
1. Pasukan dapat melakukan tugas yang tidak boleh dilaksanakan oleh seorang individu.
2. Pasukan dapat mengumpulkan kemahiran dan bakat yang berbeza untuk melaksanakan tugas yang kompleks

MUKA SURAT 200


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
dengan lebih berkesan.
3. Pasukan dapat membantu dalam mengawal gelagat dan disiplin ahli-ahlli kumpulan.
4. Pasukan dapat membantu ahli-ahli baru dalam memahami kerja, budaya dan persekitaran organisasi.
5. Pasukan dapat membantu ahli-ahli mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru.
6. Pasukan dapat memenuhi keperluan sosial ahli-ahlinya.
7. Pasukan dapat memberi motivasi kepada ahli agar dapat meningkatkan produktiviti, kecepatan bekerja dan
inovatif.
8. Pasukan dapat membantu mempercepatkan proses perubahan dalam orgnasasi.

Pembinaan Pasukan yang Berkesan


Perkara yang utama bagi pengurus adalah untuk membentuk pasukan yang berkesan.
1. Produktiviti merupakan pasukan yang mengeluarkan output yang melebihi standard, kualiti yang terbaik
dan diterima dengan senang hati oleh pelanggan.
2. Kepuasan untuk ahli-ahli pasukan kerana kumpulan dapat memenuhi dan mencapai matlamat peribadi.
3. Ahli adalah lebih komited kepada kumpulan mereka.

MUKA SURAT 201


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan bagi membina satu pasukan yang berkesan.
Fokus kepada matlamat.
Perkara utama yang melibatkan keberkesanan pasukan adalah komited dengan matlamat bersama. Oleh itu,
pasukan harus mewujudkan kesefahaman antara ahli-ahli dan mengahargai sumbangan masing-masing.
Mereka akan bekerja bersama-sama dengan harmoni dan saling bantu membantu untuk mencapai matlamat
bersama dengan prestasi yang cemerlang.

1. Memotivasi pasukan.
Pasukan yang berkesan akan mewujudkan motivasi dikalangan ahli-ahli. Motivasi kumpulan ini akan
berterusan atau konsisten dalam semua aktiviti kerja. Semangat kerjasama dan tolong menolong adalah
menjadi budaya kerja mereka.

2. Sumbangan ahli.
Ahli pasukan adalah dipilih dan dilatih untuk melakukan kerja mereka secara berkesan. Setiap ahli
mempunyai kemahiran tertentu dan memberi sumbangan yang bermakna kepada pasukan. Sumbangan yang
diberi oleh ahli harus di hargai oleh rakan-rakan dan harus saling mempercayai.

3. Norma Kumpulan.
Norma kumpulan adalah nilai dan kepercayaan yang menjadi standard bagi mengawal perlakuan ahli-ahli.
Ia merupakan kepercayaan bagaimana ahli harus berfikir dan bertindak. Norma boleh jadi positif atau
negatif kepada organisasi. Sebahagian pasukan mungkin akan bekerja kuat, manakala pasukan yang lain
mungkin akan timbul perbalahan dengan pihak pengurusan.

4. Peranan.
Peranan merujuk kepada satu set gelagat dan tugas-tugas di mana seseorang ahli sesebuah pasukan dijangka
akan melaksanakan tugas-tugasnya. Di sebabkan ia merupakan ahli pasukan, ia telah diberi tanggungjawab
dan autoriti melakukan sesuatu kerja. Setiap ahli akan menjangkakan ahli-ahli lain dalam pasukan akan
memainkan peranan masing-masing dengan cekap dan berkesan.

MUKA SURAT 202


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Keeratan.
Keeratan merujuk kepada berapa akrab hubungan atau interaksi diantara ahli-ahli pasukan. Pasukan yang
bermotivasi tinggi dan komited kepada matlamat bersama dijangka akan mempunyai keeratan yang kuat.
Keeratan menunjukk pasukan kerja tersebut dapat menyumbang kearah pencapaian matlamat bersama.

j) Menjelaskan proses Proses Membina Pasukan


pembentukan pasukan 1. Pembentukan(forming)
yang meliputi; 5. Peringkat permulaan kemasukkan individu ke dalam pasukan.
pembentukan (forming), 6. Peringkat ini melibatkan orientasi tugas peringkat awal dan percubaan hubungan antara ahli pasukan.
pendebatan/peributan 7. Ahli-ahli pasukan yang baru ditubuhkan dijemput ke satu tempat dan diperkenalkan antara mereka.
(storming), penyesuaian 8. Mereka kemudiannya akan berkenalan antara satu sama lain dan cuba untuk menyesuaikan diri.
(norming), pelaksanaan 9. Mereka akan mendapatkan maklumat latar belakang ahli-ahli pasukan.
(performing), 10. Pada masa ini ahli-ahli pasukan masih belum mengenali dengan jelas antara satu dengan yang lain.
penanggugan/
pembubaran 2. Pendebatan/ peributan (storming)
(adjourning)  Peringkat pendebatan ini melibatkan wujudnya konflik tugas dan kaedah mengurus pasukan.
 Pada masa ini pembentukan pasukan diperingkat emosional.
 Ketegangan wujud antara ahli-ahli terhadap tugas yang akan dilakukan dan hubungan interpersonal.
 Ahli-ahli lebih lantang menjelaskan pendapat dan peranan masing-masing.
 Dalam peringkat ini ahli-ahli masih lagi tidak bersatu dan saling cabar mencabar sebelum pasukan
berfungsi.
 Pada peringkat ini ahli-ahli digalakkan meluahkan perasaan mereka terhadap isu-isu yang yang
dipertanggungjawabkan.
 Pendebatan ini akan berlaku secara berterusan sehinggalah pasukan mengambil kata sepakat dalam
menentukan kaedah untuk mencapai matlamat.
 Dengan ini, ahli-ahli akan dapat lebih memahami antara satu sama lain.

MUKA SURAT 203


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Penyesuaian (norming)
 Peringkat ini melibatkan ahli pasukan telah mengenali ahli lain dengan lebih dekat dan hubungan
semakin mesra.
 Kerjasama antara ahli sedang berlaku dan semakin kuat hubungan mereka dalam mencapai
matlamat.
 Ahli-ahli bersetuju tentang peranan, peraturan dan norma pasukan.
 Mereka telah mula memainkan peranan masing-masing dan menghindari sebarang konflik yang timbul.

4. Perlaksanaan(performing)
 Pada peringkat ini, pasukan lebih memfokuskan kepada perlaksanaan tugas yang diberikan kepada
mereka.
 Mereka akan cuba menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan dan cuba mencapai matlamat yang
ditetapkan.
 Pasukan pada peringkat ini telah bersatu dan lebih integrasi antara ahli-ahli. Ahli-ahli telah mengenali
antara satu dengan yang lain dan saling berkerjasama.
 Pasukan lebih proaktif serta produktif dan berkesan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

5. Pembubaran/penangguhan (adjourning)
 Peringkat ini hanya akan berlaku apabila matlamat bagi menyelesaikan isu yang diketengahkan kepada
mereka berjaya.
 Ahli-ahli pasukan pada peringkat ini akan berasa sedih dan emosional kerana mereka terpaksa berpisah.
Maka dengan itu berlakulah proses pembubaran.

5.5.8 Pengurusan Stres Maksud Stres

k) Mentakrifkan  Stres kerja adalah tekanan yang dirasai oleh pekerja apabila menghadapi permintaan, kekangan, ancaman
maksud stres dan atau peluang yang melampau dan mereka tidak pasti tentang keupayaan mereka melakukan kerja tersebut.
pengurusan stres  Holmes dan Rahe mentakrifkan stres sebagai tindak balas fizikal dan psikologi yang berlaku apabila
seseorang individu gagal memenuhi sesuatu tuntutan terhadap diri dalam jangka masa yang singkat.

MUKA SURAT 204


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

 Definisi di atas menerangkan ketegangan boleh wujud apabila ketidakseimbangan berlaku antara tahap
kehendak atau permintaan oleh organisasi dengan keupayaan pekerja. Ia boleh memberi kesan kepada
psikologi, fisiologi dan gelagat pekerja. Seterusnya akan melibatkan prestasi kerja dan syarikat secara
amnya. Oleh itu, seseorang pengurus perlu memahami ketegangan kerja, puncanya dan cara mengatasinya
bagi tujuan pencapaian matlamat organisasi dengan berkesan.

Punca Stres
i)Menjelaskan punca-
Kita dapat membahagikan punca-punca masalah tersebut kepada tiga faktor utama iaitu faktor berkaitan
punca stres;
dengan pekerjaan, faktor individu atau personal dan faktor luar.

Faktor Berkaitan Dengan Pekerjaan.


1. Beban Tugas (Terlalu banyak atau terlalu sedikit tugas)
 Pekerja adalah manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Jika ia diberi terlalu banyak tugas
atau beban kerja yang banyak maka ia akan merasa tertekan.
 Pekerja yang diberi tugas orang lain untuk dilakukannya juga berasa tidak adil dan tertekan.
 Sebaliknya jika tidak ada apa-apa kerja atau terlalu sedikit tugas yang hendak dilakukan oleh pekerja
juga akan menyebabkan ketegangan.
 Tekanan juga akan dirasai oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dan diarah melakukan tugas
yang memerlukan kemahiran.
 Dalam hal ini, pengurus harus memahami keupayaan pekerja mereka dan beban tugas yang optimum
 dapat dilaksanakan oleh pekerja.

2. Konflik Peranan
 Merujuk kepada subordinat bertanggungjawab kepada lebih dari satu peranan.
 Subordinat menghadapi masalah dalam memilih untuk menjalankan peranan yang lebih utama.
 Contohnya seorang penyelia akaun diarahkan oleh pengurus menjalankan peranan penyelia pemasaran.
Ini akan menimbulkan konflik kepada beliau.

MUKA SURAT 205


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

3. Kekaburan Peranan
 Keadaan ini berlaku apabila pengurus tidak menerangkan dengan jelas akan peranan yang harus
dimainkan oleh subordinat. Ini menyebabkan subordinat tidak faham akan tugas dan
tanggungjawabnya.
 Dalam kes ini, pengurus harus menjelaskan peranan yang harus dimainkan oleh subordinat.

4. Gangguan seksual
 Gangguan ini kerap berlaku kepada pekerja wanita.
 Bagi mengatasi masalah ini pihak pengurusan syarikat harus menyediakan tempat rujukkan, bantuan dan
penasihat kepada pekerja wanita yang diganggu.

Faktor Organisasi
1. Pengamalan dasar, prosedur, dan peraturan yang ketat
 Faktor organisasi berkaitan dengan dasar, peraturan dan prosedur yang terlalu ketat akan
menyebabkan tekanan kepada pekerja.
 Tekanan juga boleh berlaku disebabkan olek struktur organisasi yang terlalu rigid atau tidak luwes.
Subordinat menjalankan kerja mereka seperti mesin dan hanya menerima arahan dari ketua sahaja.
 Pekerja tidak dibenarkan mencadangkan apa-apa.
 Kesalahan pekerja dihukum dan kejayaan tidak diberi ganjaran. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan
ketegangan.

2. Keadaan Tempat kerja


 Tempat kerja yang terlalu kotor, panas, bising, tidak cukup udara dan cahaya, dan merbahaya akan
mewujudkan ketegangan kepada pekerja. Lebih-lebih lagi apabila kesihatan pekerja terjejas. Pengurus
harus menitik beratkan perkara ini dan menyediakan tempat kerja yang selesa untuk pekerja.

MUKA SURAT 206


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faktor Individu Atau Personal
1. Personaliti
 Sahsiah atau personaliti pekerja adalah berbeza. Ada pekerja yang suka mengambil tanggungjawab,
kreatif dan suka bekerja.
 Sebahagian pekerja pula tidak suka diarah oleh ketua, malas dan tidak kreatif.
 Dalam hal ini, pengurus harus memberi tugas yang bersesuain dengan pekerja.
 Rekabentuk kerja yang tepat dengan personaliti pekerja akan mengurangkan ketegangan.

2. Keperluan
 Kadangkala pekerja mempunyai keperluan tertentu yang mereka harap akan dapat dicapai dengan
memberi sumbangan kepada organisasi. mereka akan bekerja kuat jika apa yang dikejar mereka
tercapai.
 Tetapi sekiranya sumbangan mereka tidak dibalas dengan setimpal oleh organisasi mereka akan berasa
tidak puashati dan tertekan.

3. Pengalaman
 Pekerja yang kurang berpengalaman mungkin mudah menghadapi ketegangan kerja. Pekerja yang muda
juga mungkin lebih tidak sabar.
 Pengalaman mengajar pekerja tenang dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran kerja.
 Kadar ketegangan bagi pekerja yang berpengalaman adalah lebih rendah dari pekerja yang baru dan
tiada pengalaman.

4. Keupayaan
 Pekerja yang kurang kemahiran akan lebih tertekan dalam melakukan kerja.
 Semakin tinggi kemahiran eseorang itu maka pekerja berkenaan dijangka dapat menyerap segala
tekanan dalam melakukan pekerjaan.

MUKA SURAT 207


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faktor luaran
Punca ketegangan berkaitan dengan faktor luaran adalah berkaitan dengan persekitaran luar organisasi dan
individu. Diantaranya adalah seperti faktor keluarga, ekonomi dan hubungan personal.

1. Faktor Keluarga dan saudara mara


 Keluarga akan mempengaruhi ketegangan kerja. Umpamanya seorang pekerja yang kematian isteri
(suami) boleh menjejaskan aktiviti kerjanya.
 Begitu juga jika anak atau keluarga pekerja itu sakit, bercerai dan sebagainya boleh meningkatkan
tekanan.
 Oleh itu, sebarang musibah yang berlaku kepada pekerja akan menjejaskan pekerjaannya.

2. Masalah Kewangan
 Masalah kewangan memberi tekanan kepada pekerja membuatkan seseorang itu tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaannya.
 Keadaan ini lebih ketara apabila ekonomi meleset dan harga barang meningkat.
 Pekerja mempunyai anak dan isteri untuk disara hidup mereka. Jika mereka menghadapi masalah
kewangan mereka akan menghadapi ketegangan.

3. Faktor Ekonomi
 Keadaan ekonomi yang tidak menentu akan mengakibatkan pekerja menghadapi tekanan kerana mereka
tidak pasti sama ada boleh kekal bekerja dengan syarikat atau tidak.
 Apabila syarikat menghadapi masalah prestai maka kemungkinan mereka akan menggunakan strategi
pembuangan pekerja untuk mengurangkan kos.
 Ini akan mengakibatkan pekerja tidak senang dengan kedudukan mereka sebagai pekerja. Mereka akan
merasai ketegangan kerja.

4. Hubungan Personal
 Hubungan peribadi dengan jiran, rakan, masyarakat memainkan peranan dan memberi kesan terhadap
prestasi pekerja.

MUKA SURAT 208


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Pekerja yang mempunyai masalah ditempat tinggalnya akan membawa masalah tersebut bersama
mereka ke pejabat. Ini akan menyebabkan berlakunya ketegangan di tempat pekerjaan.

a) menjelaskan Kesan Ketegangan/stres Atau Tanda-tanda Ketegangan/ stres


kesan stres
kepada individu a) Kesan Ketegangan Kepada Pekerja/ Individu
dan organisasi  Apabila pekerja menghadapi ketegangan, Ia akan menunjukkan tanda-tanda atau kesan pada dirinya
sendiri. Diantara tanda-tanda atau kesan akibat ketegangan kerja kepeda pekerja adalah seperti berikut:

1. Kesan Fisiologi.
 Ketegangan boleh menyebabkan kesan fisiologi yang rendah biasa hinggalah mencapai tekanan tinggi
kepada pekerja.
 Antara kesan fisiologi ini adalah seperti masalah atau ganguan tidur, berpeluh, pening, sakit kepala,
sakit belakang, sakit perut, rasa hendak muntah, muntah, tekanan darah naik, penat, serangan jantung
dan sistem badan tidak berfungsi dengan baik.
 Sebahagian individu dapat bertahan dengan ketegangan dan mungkin hanya pening, berpeluh, gangguan
tidur dan sebagainya. Perkara ini mungkin berlaku pada permulaan ketegangan.
 Tetapi setelah menghadapinya dalam jangka masa panjang ia akan memberi kesan yang serius
menyebabkan tekanan darah tinggi, penat dan serangan jantung.

2. Kesan Psikologi.
 Apabila ketegangan berlaku kepada pekerja maka ia mungkin akan menunjukkan kesan psikologi.
 Diantara kesan psikologi yang ditunjukkan adalah seperti berdiam diri /murung, memosi tidak baik, rasa
bimbang, marah, meradang, kecewa, sedih dan sebaginya.
 Perasaan seperti ini akan dibawa bersama dalam pekerjaan.
 Ini akan mengakibatkan kepuasan kerja dan prestasi kerja terjejas.
 Jika perasaan ini berlarutan ia akan mengakibatkan masalah kepada organisasi.

MUKA SURAT 209


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kesan Gelagat/ Perlakuan.
 Ketegangan dapat memberi kessan kepada perlakuan pekerja dalam melaksanakan aktiviti pekerjaan. Ia
mungkin melibatkan kesan negatif atau postif kepada prestasi organisasi.
 Jika terlalu berat tekanan yang ditanggung oleh pekeja kemungkinan pekerja akan meletakkan jawatan,
tidak menunjukkan prsetasi yang baik, bergaduh dengan pengurus, merosakkan harta pejabat dan
sebagainya.
 Jika terlalu ringan pula ketegangan maka pekerja mungkin akan ponteng kerja, tidur semasa bekerja,
bersembang, tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja, lalai dan sebagainya.

b) Kesan Ketegangan Kepada Organisasi.

 Apabila pekerja menghadapi ketegangan, kesannya bukan sahaja ditanggung oleh pekerja berkenaan
malah organisasi juga turut terjejas.
 Diantara tanda-tanda atau kesan yang akan dihadapi oleh organisasi adalah seperti berikut:

1. Moral dan motivasi pekerja berkurangan.


 Pekerja yang berada dalam ketegangan mungkin tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas
mereka.
 Mereka tidak dapat memberi sumbangan sepenuhnya dalam melakukan pekerjaan.

2. Bertambahnya kadar lantikhenti.


 Ketegangan menyebabkan pekerja akan berhenti kerja dan mendapatkan pekerjaan lain.
 Organisasi akan kerugian jika pekerja yang berhenti itu adalah pekerja yang berkemahiran dan cekap
dalam kerja mereka.

3. Bertambahnya kadar ponteng kerja.


 Dalam keadaan tertekan pekerja mungkin akan ponteng dari hadir ketempat kerja.
 Pekerja mungkin akan mengambil terlalu banyak cuti biasa atau cuti sakit.
 Mereka sentiasa mengelakkan diri dari mengambil tanggungjawab.

MUKA SURAT 210


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Kerosakkan harta organisasi.
 Pekerja akan melakukan kerosakkan terhadap harta organisasi seperti mesin, peralatan pejabat,
bangunan dan sebagainya.
 Apabila mereka tertekan mereka akan cuba memuaskan hati dengan merosakkan apa sahaja agar boleh
meredakan tekanan kerja.

5. Kemalangan kerja.
 Ketegangan akan menyebabkan pekerja lalai dan tertekan dan ini akan mengakibatkan berlakunya
kemalangan semasa bekerja.
.
6. Prestasi akan menurun.
 Apabila pekerja tertekan sudah tentu mereka tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas dan
tanggungjawab mereka.
 Dengan itu, produktiviti akan menurun dan akan mengakibatkan organisasi tidak dapat mencapai
matlamat yang ditetapkan.

c) Hubungan Ketegangan dengan Prestasi Kerja


 Persoalannya sekarang setakat manakah ketegangan harus diberikan kepada pekerja.
 Persoalan ini adalah kompleks kerana pekerja itu adalah kompleks.
 Berlainan pekerja memberi reaksi yang berbeza kepada darjah ketegangan.
 Walaupun begitu, cadangan telah dibuat oleh ahli-ahli dalam pengurusan ketegangan bahawa pekerja
dapat menerima ketegangan yang sederhana.
 Jika pihak pengurusan memberikan tekanan yang sederhana kepada pekerja mereka dapat menunjukkan
prestasi yang optimum.
 Jika terlalu rendah tekanan maka prestasi adalah rendah.
 Dalam hal ini pengurus harus meningkatkan tekanan sehinggalah sampai ketahap yang optimum.
 Jika diteruskan tekanan selepas ini maka prestasi pekerja akan menurun.

MUKA SURAT 211


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
n) Menjelaskan kaedah Kaedah atau Pendekatan Mengurus Ketegangan/ stres
menguruskan kesan
stres oleh individu a) Pendekatan Organisasi
dan organisasi.  Berlainan pekerja berlainan pendekatan yang boleh digunakan.
 Pengurus boleh memilih cara-cara yang sesuai dengan pekerja dan persekitaran mereka dalam
menguruskan ketegangan.

Teknik pengurusan ketegangan oeleh organisasi.


1. Pemilihan dan penempatan pekerja.
 Pihak pengurusan harus menggunakan kaedah pemilihan pekerja yang disyorkan agar dapat memilih
pekerja yang benar-benar berkeupayaan dan sesuai dalam menjalankan kerja mereka.
 Pastikan pekerja diberi tugas yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mereka.
 Jika pekerja yang tidak berkemahiran diberi tugas baru maka pekerja berkenaan perlu diberi latihan.
 Ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan mudah dan tanpa ketegangan.

2. Program pembangunan kerohanian dan mental


 Pihak pengurusan boleh memberi latihan pembangunan diri kepada pekerja seperti kuliah ugama, kemah
ibadat, meditasi, dan perkara-perkara yang berkaitan.
 Mengingatkan pekerja agar selalu sabar, tabah, tenang dan relaks dalam menjalankan tugas dapat
membantu mengurangkan ketegangan.
 Pekerja juga perlu diberi ilmu bukan sahaja untuk keperluan pekerjaan sahaja malah juga untuk
pembangunan mental mereka.
 Pengurusan dapat mengadakan kursus pembangunan diri, etika, motivasi dan sebagainya.
 Disamping itu organisasi boleh juga menyediakan ruangan membaca ataupun perpustkaan kecil untuk
memberi peluang kepada pekerja menambah pengetahuan mereka.

3. Program pembangunan fizikal dan sosial


 Program pembangunan fizikal seperti bersukan, riadah, senaman, hari keluarga dan sebagainya boleh
dianjurkan oleh organisasi.

MUKA SURAT 212


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Bersukan umpamanya boleh memberi ruang kepada pekerja melupakan masalah dan ketegangan.
 Disamping itu bersukan juga dapat memberi peluang kepada pekerja berinteraksi dan bersosial
dikalangan pekerja.
 Riadah dan senaman juga boleh melapangkan fikiran pekerja.
 Organisasi dalam hal ini dinasihati menyediakan tempat bersukan seperti padang atau gimnisium.
 Pekerja boleh menggunakan tempat-tempat ini untuk senaman dan bersukan.
 Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan tekanan kepada pekerja dan dapat meningkatkan tahap
kesihatan pekerja.

4. Sistem mentor dan kaunseling


Pekerja akan menghadapi berbagai masalah sama ada masalah kerja, hubungan sosial atau masalah
peribadi. Sistem mentor boleh membantu pekerja dalam soal pekerjaan. Pekerja boleh merujuk kepada
mentor mereka jika mereka menghadapi masalah dalam pekerjaan. Sebaliknya jika mereka menghadapi
masalah hubungan, kerjaya dan personal maka mereka boleh mendapat nasihat dari unit kaunseling.
Penasihat dari unit ini harus terlatih dan mahir. Dengan meluahkan perasaan mereka kepada pihak
tertentu pekerja dijangka dapat mengurangkan ketegangan kerja yang mereka hadapi.

5. Persekitaran kerja
 Keadaan kerja yang kotor, bising, gelap, panas dan tidak menyihatkan akan membuat pekerja tidak
bermotivasi dan tertekan.
 Lebih-lebih lagi apabila suasana kerja yang boleh mendatangkan penyakit.
 Oleh itu, pihak pengurusan harus menyediakan suasana tempat kerja yang sesuai kepada pekerja kerana
pekerja adalah manusia yang memerlukan keselesaan.
 Ketegangan kerja dapat dikurangkan jika pekerja bertugas di dalam persekitaran yang kondusif.

6. Iklim organisasi dan rekabentuk organisasi


 Iklim organisasi berhubung struktur organisasi, jika struktur terlalu rigid akan menyebabkan pekerja
rasa tertekan.
 Umpamanya, jika peraturan atau prosedur terlalu ketat boleh mengakibatkan pekerja tertekan.

MUKA SURAT 213


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Selain dari itu, ketua terlalu autokratik, komunikasi tertutup, teknik motivasi negatif yang digunakan
oleh ketua akan memberi kesan yang negatif kepada pekerja.
 Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurusan harus merekabentuk struktur organisasi agar lebih
fleksibel atau luwes.
 Jelaskan peranan pekerja dan hindari dari berlakunya pertindihan peranan.

7. Program sokongan keluarga


 Program sokongan keluarga seperti menyediakan pusat asuhan kanak-kanak dapat membantu pekerja
meringankan masalah keluarga mereka.
 Dengan adanya program ini akan memudahkan terutama ibu-ibu menghantar anak mereka dipusat
penjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh syarikat.
 Dengan ini, mereka dapat menumpukan kepada kerja mereka.
 Disamping itu, pihak pengurusan juga boleh mewujudkan waktu kerja anjal kepada pekerja.
 Mungkin bagi sesetengah kerja sesuai dan kerja yang lain pula kerang sesuai.
 Dalam hal ini pekerja dapat menyesuaikan waktu kerja mengikut keperluan mereka.
 Organisasi juga boleh menyediakan tempat tinggal, pengankutan ke pejabat, tempat letak kereta dan
lain-lain faedah kepada pekerja.

b) Pendekatan Individu
 Pengurusan ketegangan tidak sahaja menjadi tanggungjawab organisasi.
 Pekerja seharusnya lebih bertanggungjawab dalam soal ini.
 Kesan ketegangan kerja bukan sahaja melibatkan prestasi organisasi malah kesihatan pekerja juga.

Teknik boleh diamalkan oleh pekerja.


1. Pengurusan masa
 Pekerja harus dilatih menggunakan masa dengan betul dalam melakukan kerja mereka.
 Kegagalan mereka menggunkan masa akan menyebabkan mereka tertekan.
 Sebahagian pekerja menantikan saat-saat terakhir untuk menyiapkan kerja mereka.
 Ini akan menyebabkan kerja tersebut kurang berkualiti dan mereka akan berasa tertekan.

MUKA SURAT 214


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Dalam hal ini, penjadualan kerja boleh dilakukan oleh pekerja atau penyelia dan wujudkan sistem
pemantauan agar kerja dapat disiapkan dalam waktunya.
 Dengan pengurusan masa yang cekap oleh pekerja dapat mengurangkan kertegangan.

2. Amalan permakanan
 Amalan permakanan yang tidak sihat akan memberi kesan kepada diri pekerja.
 Apabila pekerja kurang sihat mereka bukan sahaja menjejaskan produktiviti organisasi malah melemah
diri mereka secara perlahan.
 Pekerja perlu diberi pengetahuan tentang amalan permakanan yang sihat.
 Pekerja yang sihat akan memberi sumbanagan kepada organisasi yang sihat.
 Kesihatan pekerja ada kaitannya dengan prestasi kerja mereka.

3. Amalan kerohanian
 Ibadat sama ada ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, dan zakat dapat memberi ketenangan kepada
pekerja.
 Selain dari itu, ibadat umum seperti sedekah, berzikir, beruzlah, mencari ilmu ugama dapat meringankan
ketegangan kerja dan memberi ketenangan jiwa.
 Dalam hal ini, meditasi mungkin sesuai bagi pekerja bukan Islam.

4. Pembangunan mental
 Pekerja perlu membangunkan minda agar dapat menghadapi sebarang gangguan.
 Oleh itu, meningkatkan pengetahuan dan pengalaman boleh mempertajamkan minda dan memberi
ketahanan minda.
 Melakukan aktiviti yang mencabar juga dapat melatih ketahanan minda.
 Sebahagian dari masalah ketegangan adalah berpunca dari minda yang lemah.
 Jika pekerja dapat menguatkan minda mereka maka mereka dapat mengurangkan ketegangan pada diri
mereka.

MUKA SURAT 215


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Pembangunan fizikal
 Ketegangan dapat di kurangkan jika badan pekerja sihat.
 Badan yang sihat juga dapat melawan penyakit seperti selsema, pening, jantung dan sebaginya.
 Individu mesti mengambil initiatif dengan bersukan, senaman dan riadah agar fizikal mereka kuat dan
sihat untuk bekerja.
 Badan yang sihat juga mewujudkan ketahanan pada minda.

6.6 Pengawalan

6.6.1 Jenis kawalan Maksud pengawalan.


 Pengawalan adalah proses mengukur kemajuan perlaksanaan atau pencapaian sesuatu rancangan dan
a) Mentakrifkan mengambil tindakan pembetulan jika ianya menyimpang dari rancangan asal atau standard.
maksud  Dalam definisi di atas terdapat beberapa perkara utama dalam aktiviti pengawalan iaitu rancangan, mengukur
pengawalan dan prestasi, membandingkan prestasi dengan stadard dan membuat tindakan pembetulan.
menjelaskan  Ia merupakan satu proses yang berterusan dan melibatkan seluruh warga organisasi.
kepentingannya;
Kepentingan pengawalan
1. Memastikan agar perlaksanaan mengikut perancangan dan matlamat organisasi dapat dicapai.
2. Membantu pengurus dalam meramal, mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang perubahan
dalam persekitaran. Contoh: perubahan ekonomi, teknologi, cita rasa pengguna, peraturan kerajaan dan
sebagainya.
3. Mengesan kesilapan-kesilapan kecil dalam organisasi seperti penigkatan kos operasi, kerosakkan produk,
pekerja berhenti, rungutan pelanggan dan sebagainya.
4. Dapat mengurangkan kos buruh, mengurangkan kerosakkan dan meningkatkan produktiviti. Dengan
membuat pengawalan segera dan menyeluruh, syarikat dapat mengesan kesilapan dan kerosakkan dan
dapat mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
5. Mengesan peluang-peluang yang berlaku dalam persekitaran seperti perubahan harga bahan mentah,
perubahan tren populasi, pasaran baru dan sebagainya.
6. Memastikan agar warga organisasi melakukan pekerjaan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

MUKA SURAT 216


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) Membincangkan Jenis kawalan
jenis kawalan
dalaman (audit 1. Kawalan Dalaman
dalaman, dasar a. Audit Dalaman
organisasi, dan Merujuk kepada kerja-kerja pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit dalam organisasi untuk kegunaan
prosedur kerja) dalaman organisasi.
dan luaran (audit Peranan:
luar, peraturan,  Menilai pengendalian akaun dalaman dan aktiviti penyimpanan stok.
dan undang-  Bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur atau tatacara kawalan diikuti dalam organisasi.
undang);  Menentukan kebolehpercayaan amalan perakaunan dan menilai mutu prestasi pengurusan.
 Menyediakan laporan audit dalaman untuk pengesahan audit luar.

b. Dasar Organisasi
Merujuk kepada garis panduan yang digunakan oleh sekumpulan pekerja yang berada dalam sesebuah
organisasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi secara sistematik, efektif dan efesien agar matlamat
organisasi dapat dicapai dengan berkesan.
Peranan:
 Untuk memastikan dasar dipatuhi agar visi, misi dan objektif organisasi dapat dicapai.
 Memastikan pematuhan terhadap dasar supaya aktiviti berada dalam landasan yang betul.
 Sebagai rujukan kepada pekerja berkaitan kedudukan mereka dalam organisasi melalui carta
organisasi.
 Memastikan supaya setiap dasar organisasi adalah sama dengan dasar yang terdapat pada setiap
subsistem dalam sesebuah organisasi.

c. Prosedur Kerja
Merujuk kepada tata cara yang perlu dilakukan oleh pekerja dalam membuat aktiviti seperti membuat
keputusan dan tindakan.
Peranan:
 Pekerja mesti mematuhi prosedur kerja supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dengan sistematik dan

MUKA SURAT 217


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
dapat menghasilkan proses kerja yang seragam.
 Setiap unit atau bahagian perlu mempunyai prosedur kerja yang seragam supaya dapat menyokong
dasar organisasi.

2. Kawalan Luaran
a. Audit Luar
Merujuk kepada kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional atau akauntan bertauliah yang
dibayar oleh organisasi secara kontrak.
Peranan:
 Menyemak dan menilai audit yang dilakukan oleh audit dalaman bagi memastikan kerja audit
dipatuhi.
 Memastikan pematuhan organisasi dalam tatacara pengawalan luaran organisasi.
 Berperanan sebagai penyemak semula kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juru audit dalaman.
 Memastikan kebolehpercayaan perakauanan dan menilai mutu prestasi perniagaan.
 Melaporkan kerja-kerja audit kepada pihak pengurusan atasan.
 Memperakukan audit perakaunan untuk kegunaan pihak ketiga, seperti kerajaan untuk tujuan
pentaksiran percukaian.

b. Peraturan
Merujuk kepada satu set undang-undang kecil yang terdapat dalam sesebuah organisasi bertujuan
menentukan keharmonian, ketenteraman dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang didalam
sesebuah organisasi.
Peranan:
 Akan mengikat ahli-ahli dalam organisasi mematuhinya
 Membentuk sikap atau disiplin yang positif dalam kalangan ahli organisasi.
 Menentukan hukuman yang setimpal untuk setiap ahli dalam organisasi yang tidak patuh terhadap
peraturan yang telah ditetapkan.
 Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam setiap kalangan ahli sesebuah organisasi.

MUKA SURAT 218


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c. Undang-Undang
Merujuk kepada peraturan-peraturan yang termaktub yang telah dibentuk dan ditetapkan oleh
sekumpulan masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu sendiri.
Contohnya undang-undang perkongsian, undang-undang syarikat, undang-undang alam sekitar.
Peranan;
 Satu garis panduan yang dicipta khas untuk dipatuhi oleh semua golongan yang mendiami sesuatu
kawasan.
 Memastikan agar organisasi mematuhi undang-undang untuk kepentingan masyarakat keseluruhan

6.6.2 Proses kawalan


c) Menjelaskan Proses Kawalan
proses kawalan 1. Menetapkan Standard
iaitu menetapkan Standard merujuk kepada tahap prestasi yang diharapkan untuk sesuatu matlamat.
standard, Standard boleh jadi dalam standard input atau standard output.
mengukur Standard input merujuk kepada prestasi kerja individu.
pencapaian, Manakala standard output adalah merujuk kepada standard kuantiti, kualiti, kos, atau masa.
membandingkan Contoh, syarikat ABI merancang untuk menjual 2 juta produk setahun dan dijual dengan harga RM 10
pencapaian seunit. Syarikat berharap untuk mendapat hasil sebanyak RM 20 juta (objektif).
dengan standard,
dan membuat 2. Mengukur Pencapaian
langkah Mengukur pencapaian adalah untuk mengukur prestasi sebenar perlaksanaan perancangan.
pembetulan; Tujuan pengukuran adalah untuk mengukur dengan tepat prestasi hasil atau standard output yang dihasilkan
dan prestasi pekerja.
Contohnya, hasil jualan syarikat ABI adalah mencapai RM 18 juta dengan jualan sebanyak 2 juta produk.
Ini menunjukkan matlamat untuk menjual output sebanyak 2 juta unit tercapai. Tetapi, syarikat hanya
mendapat hasil jualan sebanyak RM 18 juta iaitu RM 2 juta dibawah target yang hendak dicapai.

3. Membandingkan Pencapaian Dengan Standard


Langkah ketiga adalah membandingkan prestasi sebenar yang telah diukur dengan standard yang telah
dirancang.
MUKA SURAT 219
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contohnya, dalam kes di atas syarikat ABI telah berjaya menjual sebanyak 2 juta produk seperti yang
dirancangkan dalam setahun. Walau bagaimanapun syarikat gagal mencapai hasil jualan seperti yang
diharapkan iaitu RM 20 juta. Syarikat hanya mencapai 18 juta kurang RM 2 juta dari matlamat.
Pihak pengurusan terpaksa mencari sebab untuk tindakan pembetulan. Perkara yang nyata di sini
kemungkinan sebahagian output di jual denga harga kurang dari RM 10 seunit. Kenapa ini berlaku?
Kenapa harga dikurangkan? Bagaimana dengan kualiti produk? Bagaimana pula dengan promosi?
Persaingan? Masa? dan sebagainya. Pengurus dalam hal ini perlu mencari jawapan dan cuba menyediakan
alternatif penyelesaian masalah untuk operasi tahun depan.

4. Membuat Langkah Pembetulan


Langkah yang terakhir yang perlu dibuat oleh pengurus adalah mengambil tindakan pembetulan dengan
segera kerana pencapaian tidak menyamai standard.
Syarikat ABI gagal mencapai matlamat jualan sebanayk RM 20 juta. Kekurangan RM 2 juta perlu disiasat
dengan teliti untuk pembetulan. Kemungkinan produk syarikat kurang berkualiti menyebabkan mereka
terpaksa menurunkan harga seunit output. Mungkin juga persaingan yang begitu sengit atau promosi yang
dijalankan kurang berkesan.

Selepas tindakan pembetulan maka langkah seterusnya adalah kembali ke langkah pertama dan seterusnya
ia akan berulang-ulang.

6.6.3 Kaedah kawalan Kaedah kawalan

d) Membincangkan 1. Awalan
kaedah kawalan Kawalan awalan dibuat sebelum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanakan.
iaitu awalan, Ia mungkin melibatkan dasar, prosedur atau peraturan.
semasa, dan Biasanya ia berkaitan dengan input sama ada dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input yang
selepas; dikehendaki.
Contohnya, pengurus pembelian hendaklah memastikan bahan mentah yang dibeli adalah berkualiti.
Organisasi mungkin akan menggubal dasar atau peraturan pembelian agar ia menjadi panduan kepada
pengurus pembelian.
MUKA SURAT 220
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Semasa
Kawalan semasa dilakukan semasa sesuatu kerja atau proses pengeluaran berjalan.
Pembetulan akan dibuat apabila didapati kerja yang dilakukan tidak betul atau kualiti produk dalam proses
pengeluaran tidak mengikut piawai.
Setiap peringkat proses pengeluaran harus diselia dan dipantau agar sebarang penyimpangan atau kesilapan
dapat dibetulkan dengan cepat.

3. Selepas
Kawalan selepas atau maklum balas melibatkan penilaian sesuatu kerja atau produk yang telah siap.
Contohnya, apabila produk telah siap, pihak kawalan kualiti akan memeriksa produk berkenaan sama ada ia
mengikut piawai yang telah ditetapkan ataupun tidak.
Jika tidak mencapai standard produk mungkin tidak akan dipasarkan di pasaran, produk yang mencapai
standard akan di pasarkan.

6.6.4 Alat-alat kawalan Alat-alat kawalan.


e) Menggunakan alat-
1. Analisis Pulang Modal
alat kawalan
Analisis pulang modal adalah satu teknik untuk menentukan satu titik dimana jumlah hasil cukup untuk
termasuk analisis
membayar jumlah kos.
titik pulang modal,
Dalam pengiraan titik pulang modal, seseorang pengurus haruslah menentukan jumlah bilangan output yang
bajet, carta Gantt,
akan dijual yang boleh membayar jumlah kos yang terlibat dalam pengeluaran ouput tersebut.
dan analisis Teknik
Untung boleh disasarkan bergantung kepada harga seunit output dan bilanagn yang akan dijual.
Menilai dan
Menyemak
Sebelum membuat perkiraan titik pulang modal beberapa terma yang berkaitan dengan kos harus diketahui.
Program
(Programme  Untung kasar (u) adalah wang yang tinggal setelah ditolak semua kos atau belanja dan sebelum
Evaluation and pembayaran cukai.
Review Technique  Jumlah kos (jk) adalah kos-kos yang dibayar oleh syarikat dalam mengeluarkan dan memasarkan sesuatu
[PERT]), Cara barang. Ia adalah jumlah kos tetap dicampur jumlah kos berubah (kt + kb).
Laluan Genting  Kos tetap (kt) adalah jumlah belanja yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak berubah sama ada produk
(Critical Path dikeluarkan atau tidak seperti gaji pengurus, sewa bangunan, mesin dan sebagainya.
MUKA SURAT 221
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Method [CPM]).  Kos berubah (kb) adalah jumlah semua belanja yang berubah mengikut perubahan jumlah pengeluaran
seperti kos bahan mentah dan sebagainya.

Formula untuk mengira titik pulang modal (TPM) adalah:

Kos Tetap .
Harga Seunit – Kos Berubah Seunit

Contoh sebuah syarikat yang mengeluarkan sos. Kos tetap syarikat sebanyak RM 2000.00 Harga sebotol
sos adalah RM 2.00 dan kos berubah sebotol adalah RM 1.00.
Maka titik pulang modal syarikat berkenaan adalah:

Titik pulang modal: 2000 = 2000 botol


2–1

Margin keuntungan seunit: RM 2.00 – RM 1.00 = RM 1.00

Analisisnya, syarikat harus mengeluar dan menjual sebanyak 2000 botol sos dan menjualnya dengan
harga RM 2.00 sebotol untuk mendapat pulangan modal. Jika syarikat menjual lebih daripada 2000 botol
sos, barulah syarikat akan mendapat keuntungan. Syarikat akan kerugian jika menjual produk kurang
daripada 2000 botol dalam sesuatu tempoh tertentu.
Contohnya, syarikat akan kerugian RM1000 jika kita menjual hanya 1000 botol sos. Sebaliknya jika
syarikat menjual 6000 botol sos keuntungan sebanyak RM4000 akan didapati.

MUKA SURAT 222


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jadual di bawah menunjukkan analisis pulang modal bagi syarikat menjual sos.

Kuantiti Harga Jumlah Kos Jumlah Kos Tetap Untung


Jualan Seunit Hasil Berubah Kos (KT) Jumlah (JH – JK)
(KJ) (H) (JH) Seunit Berubah (JKB+KT) Kos (JK)
(KB) (JKB)
0 2 0 1 0 2000 0 -2000
1000 2 2000 1 1000 2000 2000 -1000
2000 2 4000 1 2000 2000 4000 0
3000 2 6000 1 3000 2000 6000 1000
4000 2 8000 1 4000 2000 8000 2000
5000 2 10000 1 5000 2000 10000 3000
6000 2 12000 1 6000 2000 12000 4000
Jadual : Analisis Pulang Modal

MUKA SURAT 223


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Jumlah kos Dan Jumlah Hasil


1000 Jumlah Hasil
0

9000
Jumlah Kos
8000
Untung
7000

6000

5000

Titik Pulangan Modal


4000

3000
Kos Tetap
2000 Rugi

1000

0
0 1000 2000 3000 4000 5000
Unit Jualan
Graf : Titik Pulang Modal

MUKA SURAT 224


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Belanjawan / Bajet
 Belanjawan atau bajet adalah merujuk kepada rancangan terperinci yang dinyatakan dalam bentuk nilai
kewangan.
 Ia merupakan ramalan atau jangkaan hasil, belanja dan perbelanjaan modal.
 Belanjawan terhadap sumber-sumber organisasi adalah seperti gaji, upah, kos bahan, pengangkutan,
overhed dan sebaginya.
 Bajet dibentuk mengikut tempoh masa tertentu seperti bualanan dan tahunan.
 Bajet terdapat dalam berbagai jenis seperti belanjawan hasil, perbelanjaan, projek, tunai dan program.

Jenis-jenis belanjawan
1. Belanjawan tunai
 Merujuk kepada ramalan aliran tunai yang diperlukan oleh syarikat untuk membayar perbelanjaan
dan yang perlu ada pada syarikat.
 Ia biasanya dibentuk mengikut mingguan, bulanan atau tahunan.
 Belanjawan tunai meramalkan belanjawan dan hasil syarikat.
 Ia menjadi panduan penting kepada pengurus bagi menjangkakan jumlah pinjaman yang syarikat
perlukan, bayaran hutang, perbelanjaan, dan pelaburan jangka pendek.
 Ia juga dapat memberitahu syariakat berkenaan dengan kedudukan tunai syarikat sama ada lebihan
atau kurangan.

2. Belanjawan modal
 Merupakan ramalan berkaitan dengan pelaburan terhadap pembelian aset seperti tanah, bangunan,
mesin dan peralatan utama syarikat.
 Ia dapat menggambarkan kepada pengurus bahawa syarikat mempunyai tunai yang cukup atau tidak
untuk membeli aset-aset tertentu.

3. Belanjawan operasi
 Merujuk kepada ramalan peruntukkan kewangan untuk berbagai perbelanjaan untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti perniagaan dalam jangkamasa tertentu.

MUKA SURAT 225


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Perbelanjaan ini melibatkan keperluan kewangan bagi syarikat membelanjakan untuk perjalanan,
sewaan, bahan mentah, pengiklanan, gaji dan sebagainya.

4. Belanjawan hasil
 Meramalkan hasil jualan produk yang dijangka akan dijual dalam satu tempoh masa.
 Pengurus dalam hal ini akan menjangkakan kuantiti jualan output dan harga seunit output tersebut.
 Dengan mendarabkan bilangan output yang akan dijual dengan harga jualan seunit output maka
pengurus dapat menjangkakan hasil jualan.

3. Carta Gantt
 Carta Gantt adalah merupakan satu penjadualan rancangan berbentuk graf mendatar menunjukkan
aktiviti-aktiviti mengikut susunan untuk disiapkan berdasarkan masa yang ditetapkan.
 Carta ini dapat mengesan aktiviti projek dari ia dimulakan hingga projek itu tamat.
 Ia amat sesuai bagi sesuatu projek yang mempunyai aktiviti yang berurutan. Pengurus juga dapat
mengesan aktiviti yang menyebabkan kelewatan sesuatu projek dan boleh mengambil tindakan
pembetulan dengan segera. Ia amat berguna untuk kawalan sesuatu projek.
 Carta ini juga dikenali sebagai carta bar yang berbentuk mendatar.
 Carta ini diwakili oleh masa pada paksi x dan aktiviti pada paksi y.
 Untuk membentuk carta ini kita mesti mengetahui aktivi-aktivit pekerjaan yang kita akan lakukan dan
masa yang diperlukan untk menyiapkan aktiviti-aktiviti tersebut.
 Contoh adalah seperti dalam pembinaan rumah.

Bil Aktiviti Tempoh Masa


1 Penyediaan tapak 1 ½ bulan
2 Menyediakan kerangka rumah 2 ½ bulan
3 Mengikat bata dinding rumah 2 bulan
4 Bumbung 1 bulan
5 Kerja-kerja pendawaian letrik dan paip air 1 bulan

MUKA SURAT 226


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6 Memplaster dinding 1 bulan
7 Memasang pintu/tingkap ½ bulan
8 Memasang jubin, alat letrik dan bilik air 1 bulan
9 Mengecat rumah ½ bulan

Jadual menunjukkan aktiviti pembinaan rumah

Aktiviti Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9
1. Penyedian tapak
2.Menyediakan kerangka rumah
3. Mengikat bata dinding rumah
4. Bumbung
5. Kerja-kerja letrik dan paip air
6. Memplaster dinding
7. Memasang pintu/tingkap
8.Memasang jubin, alat letrik, ,paip
9. Mengecat rumah
10. Rumah Siap
Contoh Carta Gantt Bagi Pembianaan Rumah

Carta Gantt ini dapat digunakan bagi mengawal proses kemajuan dalam membina rumah tersebut.

MUKA SURAT 227


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Analisis PERT/CPM
 Analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program atau PERT adalah satu teknik penjadualan projek
yang mengandungi urutan aktiviti-aktiviti yang sebahagiannya berkaitan antara satu dengan lain.
 PERT ini biasanya digunakan dalam projek pembinaan, pembangunan produk, perkilangan, dan lain-
lain bidang yang berkaitan.
 Seseorang pengurus projek yang menggunakan PERT ini harus hendaklah memikirkan apa yang
harus dilakukan, menentukan peristiwa yang berurutan dan berkaitan, dan menentukan masalah yang
akan wujud.
 Cara laluan genting atau CPM adalah merujuk kepada laluan yang terpanjang penggunaan masa
melalui aktiviti dan peristiwa yang berurutan dalam rangkaian PERT.
 CPM digunakan dalam industri pembuatan, pembinaan bagi mengetahui masa aktiviti sesuatu projek
dilaksanakan dengan tepat mengikut tempoh masa tertentu.
 CPM dapat membantu pengurus mengenalpasti aktiviti yang kritikal yang perlu diberi perhatian agar
projek yang dirancang dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.
 PERT dan CPM merupakan alat perancangan dan pengawalan kepada aktiviti perancangan agar
ianya dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Sebarang masaalah yang dikesan juga dapat
diambil tindakan pembetulan dengan cepat.
 Untuk menyediakan CPM kita harus memahami PERT dulu. Untuk membina PERT kita harus
mengetahui tiga perkara utama ia itu peristiwa, aktiviti dan laluan genting.
 Peristiwa adalah merupakan titik akhir menunjukkan sesuatu aktiviti itu siap.
 Aktiviti pula adalah melibatkan masa atau sumber yang diperlukan untuk menyiapkan satu peristiwa
kepada peristiwa seterusnya.
 Laluan genting pula merujuk kepada CPM.

MUKA SURAT 228


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Peristiwa

Aktiviti

Aktiviti Tempoh
Aktiviti Peristiwa awal (hari)
A Membersih kawasan dan merata tapak - 1
B Membina tiang A 2
C Mengkonkrit lantai A 3
D Membuat rangka bumbung B 5
E Memasang zing (atap) pada bumbung C,D 4

Jadual menunjukkan aktiviti dan masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti.

D: 5 Hari
B: 2 Hari

A: 1 Hari C: 3 Hari E: 4 Hari

Rajah menunjukkan PERT dan CPM.


MUKA SURAT 229
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Terdapat dua laluan dalam projek di atas.


Pertama laluan ACE yang mengambil masa 8 hari.
Laluan kedua ialah ABDE yang memakan masa 12 hari.
Jadi masa yang terpanjang adalah merupakan laluan genting iaitu laluan kedua yakni ABDE.
Kesimpulannya, untuk menyiapkan gerai tersebut anda memerlukan minimum 12 hari berdasarkan
keupayaan anda. Kelewatan sesuatu aktiviti akan menyebabkan projek akan memakan masa lebih dari 12
hari.

MUKA SURAT 230


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh Soalan.
1. Jelaskan bagaimana pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi. [5]

Cadangan Jawapan
Pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dengan :
1. Membantu pemimpin formal menyelesaikan masalah / konflik antara pekerja dengan pekerja /pekerja dengan majikan.
2. Menjadi wakil kepada pekerja-pekerja.
3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada pekerja-pekerja lain.
4. Membantu meningkatkan semangat kerjasama antara pekerja/ahli kumpulan kerjanya.
5. Meningkatkan produktiviti melalui motivasi pekerja.

2. Huraikan empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan. [4]

Cadangan Jawapan

Empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan:
1. Prestasi pekerja menurun menyebabkan penurunan produktiviti syarikat.
2. Kerosakan akan berlaku pada bahan/input menyebabkan kualiti output dihasilkan rendah.
3. Pekerja akan berkelakuan agresif menyebabkan kerosakan harta benda syarikat
4. Pekerja tidak datang ke pejabat/ponteng kerja/cuti sakit mengakibatkan kerja tidak siap/produk tidak dapat
dihasilkan pada masa yang ditetapkan.
5. Kadar lantikhenti tinggi menyebabkan syarikat menanggung kos pengurusan sumber manusia yang tinggi.
6. Hubungan interpersonal terganggu memberi kesan kepada iklim syarikat yang tidak baik.
7. Pekerja yang sakit/kemalangan disebabkan tekanan kerja akan menyebabkan kos penjagaan kesihatan kesihatan bertambah.

MUKA SURAT 231


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

3. Nyatakan ciri-ciri gaya kepemimpinan autokratik dan bincangkan kesesuaian gaya kepemimpinan ini terhadap pekerja yang bercirikan teori
X. [6]

Cadangan Jawapan

 Ciri-ciri Gaya kepimpinan autokratik ialah :


- Semua keputusan dibuat oleh pengurus
- pengurus mengarah pekerja
- pandangan pekerja tidak diambil kira

 Gaya kepimpinan ini sesuai digunakan untuk pekerja Teori X kerana :


- pekerja ini adalah berciri mengelak diri dari membuat kerja atau mengelak dari menerima tanggung jawab
- tidak suka bekerja / tidak berminat / malas /tidak bermotivasi
- pekerja yang berpengetahuan rendah dan rendah kemahiran
- perlu diarah untuk bekerja / tidak suka memimpin

4. Huraikan lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi.

Cadangan Jawapan

Lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi ialah:


1. Organisasi boleh mendapat banyak idea untuk tujuan inovasi.
2. Bertanggungjawab menyempurnakan dan mengawal aktiviti kerja secara bersama/komitmen
3. Ahli dapat belajar kemahiran baru membantu organisasi dalam melatih pekerja.
4. Meningkatkan keharmonian dalam organisasi dan membantu sosialisasi dan pembudayaan ahli baru
5. Pekerja bermotivasi untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi.
6. Tugas tidak dapat dilakukan oleh individu seorang diri/ Kerja secara berpasukan.
7. Kerjasama mewujudkan semangat kerja antara ahli kumpulan.

MUKA SURAT 232


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perkaitan antara kaedah kawalan dengan peringkat dalam proses pengeluaran. [20]
Gambar rajah proses pengeluaran

INPUT PROSES OUTPUT


TRANSFORMAS
I
- buruh proses
- mesin pemasangan kereta
- bahan mentah kereta output
- tayar
-

Kawalan awalan Kawalan semasa Kawalan selepas

 Kawalan awalan
Pengawalan ke atas input seperti tenaga kerja, bahan mentah, kaedah dan mesin.
Dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran bermula.
Kawalan dibuat untuk mengelakkan pemesongan; memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi.
 Kawalan semasa
Pengawalan pada peringkat proses penukaran input kepada output.
Memasang, mencantum, menggred, mengawet, mengadun.
Kawalan dibuat untuk menyisih barang cacat daripada proses.
 Kawalan selepas
Pengawalan dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat/setelah output dikeluarkan /kawalan ke atas output
Menyemak output, membanding output dengan standard membuat pembetulan/pembaikan terhadap
produk/proses.
Kawalan ini dibuat untukt pembaikan / pembetulan terhadap proses

MUKA SURAT 233


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
7.0 ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN
7.1 Undang-Undang Kontrak
a) Mentakrifkan Akta Maksud Kontrak
Kontrak  Akta Kontrak 1950 Seksyen 2 (h) suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
1950(termasuk adalah satu kontrak.
pindaan)
 Sesuatu perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat
kontrak untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah

 Contoh – Ahmad bercadang untuk menjual kereta miliknya kepada Azli dengan harga RM40,000. Azli
pula bersetuju untuk membeli dan membayar harga kereta tersebut kepada Ahmad. Oleh itu telah wujud
kontrak antara Ahmad dan Azli.

b) Menjelaskan elemen- Elemen-Elemen Kontrak.


eleman Kontrak iaitu; 1. Tawaran.
 Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950, tawaran ditakrifkan “apabila seseorang menyatakan kesediaannya
 Tawaran kepada seorang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan
 Penerimaan maksud memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada
berbuat seseorang itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.
 Balasan
 Salleh Abas, H.M.P mengemukakan bahawa tawaran ialah “satu tanda kesediaan pembuat tawaran
 Niat untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. Terma-termanya sama
ada secara nyata ataupun termaklum hendaklah menunjukkan bahawa ia akan menjadi mengikat
 Ketentuan sebaik sahaja diterima oleh pembuat tawaran”
 Keupayaan  Tawaran atau cadangan adalah satu janji yang telah dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima
tawaran dengan niat untuk mengujudkan hubungan yang mengikat disisi undang-undang apabila janji
itu diterima oleh penerima tawaran.

MUKA SURAT 234


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Contohnya, A membuat tawaran untuk menjual mesin jahit jenama Singer dengan harga RM 400
kepada B. Dengan itu A telah membuat satu janji dengan niat untuk terikat di sisi undang-undang
sekiranya B bersetuju menerima tawaran itu.

Syarat Membuat Tawaran/ elemen penting


 Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan dengan barang, tujuan, nilai
dan tempoh masa
 Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu iaitu kepada individu tertentu atau sekumpulan orang.
 Tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan tawaran iaitu pelawaan tawaran ialah satu pernyataan
Shaik Mohd. Noor Alam bahawa seseorang ingin membuat perundingan tetapi tidak mahu terikat dengan syarat atau terma
S.M. Hussain, (2002) kontrak dalam perundingan tersebut.
 Peragaan Barang Di Kedai Layan Diri.
 Lelongan
 Edaran dan Iklan
 Jualan melalui katalog

Akta Kontrak 1950 Penamatan Tawaran / Cadangan (Seksyen 6)


(ILBS)  Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat. Contoh A bercadang untuk
menjual rumah kepada B. A boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila`masa sebelum B
membuat penerimaan.
 Penolakan tawaran oleh penerima tawaran
 Luputnya waktu tawaran
 Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

2. Penerimaan
Menurut seksyen 2(b)Akta Kontrak 1950.
“Penerimaan berlaku apabila orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan
cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima: sesuatu cadangan bila diterima,
adalah menjadi janji.”

MUKA SURAT 235


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Elemen penting penerimaan
1. Jelas, pasti dan tidak bersyarat (Seksyen 7a)
Penerimaan harus menepati terma tawaran dan jika wujud penerimaan bersyarat maka ia akan
membatalkan tawaran asal di namakan tawaran balas.

2. Dibuat secara biasa dan munasabah(Seksyen 7b)


Penerima tarawan dikehendaki membuat penerimaa dengan cara yang munasabah tetapi jika pembuat
tawaran telah menyatakan cara penerimaan yang dikehendaki, maka penerima tawaran berkewajipan
menunaikan cara tersebut.

3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan (Seksyen 4)


Penerima tawaran mesti memberitahu kepada pembuat tawaran samada menerima tawaran itu atau
sebaliknya. Perbuatan mendiamkan diri tidak menunjukkan penerimaan di sisi undang-undang kerana
berdiam diri tidak dapat untuk melahirkan pertemuan minda yang menjadi asas hubungan kontrak

4. Penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah


Sesuatu kontrak tidak akan terbuka selama-lamanya. Akta Kontrak 1950 sekyen 6 (a) “sesuatu
tawaran tidak akan luput jika penerimaan tidak akan dikomunikasi dalam masa yang munasabah
atau jika masa untuk penerimaan ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.”

5. Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya (Seksyen 4)
Ini bermaksud, sekiranya penerimaan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pembuat tawaran
sama ada dia sendiri tidak memberitahu akan penerimaannya ataupun sudah diberitahu tetapi tidak
sampai pemberitahuan tersebut kepada pembuat tawaran, penerimaan tersebut adalah tidak lengkap.

Walaubagaimanapun terdapat pengecualian bagi keadaan yang berikut:


i. Penerimaan dengan penunaian syarat (Seksyen 8)
Kontrak unilateral iaitu tawaran yang ditujukan kepada orang ramai dan penerimaan lengkap
sebaik sahaja penerima tawaran telah melaksanakan syarat-syarat tawaran tersebut.

MUKA SURAT 236


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Kaedah pos terpakai (Seksyen 4 (2)(a))
Penerimaan lengkap sebaik sahaja penerima mengepos surat penerimaan tersebut.
iii. Jualan lelong
Abdul Aziz Hussin (2012) Penerimaan lengkap sebaik sahaja pelelong menjatuhkan tukul kayu.

3. Balasan
Menurut seksyen 2(d), Akta Kontrak 1950.
“ Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka
perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.”

Elemen penting balasan


1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik
Kedua-dua pihak berkontrak mesti mempunyai balasan masing-masing terhadap kontrak yang
dijalankan.

2. Balasan tidak semestinya berpadanan


Balasan yang diberikan oleh penerima tawaran tidak semestinya berharga dan mempunyai nilai yang
berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat tawaran atas dasar persetujuan bersama.

3. Balasan semestinya sah di sisi undang-undang


Sesuatu balasan mesti sesuatu yang tidak bertentangan dengan undang-undang.

4. Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji


Sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun ia bukan pihak yang terlibat untuk kontrak tersebut.

5. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang


Balasan lampau adalah janji yang dibuat untuk membalas sesuatu perbuatan yang telahpun dilakukan
terdahulu.

MUKA SURAT 237


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perjanjian tanpa balasan (Sekyen 26)
(a) la dinyatakan dalam tulisan dan didaftar mengikut undang- undang (jika ada) yang pada masa ini
berkuat kuasa bagi pendaftaran dokumen sedemikian, dan dibuat atas dasar kasih dan sayang sejati
antara pihak-pihak yang ada kaitan akrab antara mereka;

(b) la satu janji untuk memampaskan, keseluruhan atan sebahagiannya, kepada seseorang yang telah
dengan rela melakukan sesuatu kepada si pembuat janji;

(c) la satu janji, dibuat dalam tulisan dan ditandatangani oleh orang yang akan dituntut mengenainya,
atau oleh ejennya yang umumnya atau khususnya diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk
membayar keseluruhan atau sebahagian, suatu hutang yang, kalau tidak kerana undang-undang
sekatan guaman, pasti akan dituntut bayarannya oleh si pemiutang.

4. Niat
Keadaan minda yang tidak dapat dilihat secara zahir dan ia merupakan suatu yang ada pada hati yang
berbeza dengan perbuatan atau kelakuan. Akta Kontrak 1950, Seksyen 2(a) dan 2(d) perkataan `dengan
maksud’ dan `kehendak’ secara tersiratnya mengandungi elemen niat di dalamnya.

Perjanjian Berdasarkan Niat


Penentuan samada wujud niat atau tidak dalam berkontrak di mahkamah adalah berdasarkan kepada
jenis kontrak yang masuki oleh pihak-pihak yang berkontrak;
 Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan tiada niat untuk mengikat di sisi undang-
undang
 Perjanjian berbentuk komersial ataupun berbentuk perniagaan ada niat untuk terikat di sisi undang-
undang

5. Ketentuan
Merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk menjadikan kontrak sah di sisi undang-
undang. Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada sesiapa ianya ditujukan.
“ Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tidak tertentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal”.

MUKA SURAT 238


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faktor ketidaktentuan
 Bahasa yang kabur dan samar-samar.
 Perjanjian gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok atau syarat utama perjanjian.

6. Keupayaan
Kelayakan seseorang untuk memasuki kontrak iaitu seseorang yang berkontrak mestilah bersetuju untuk
menerima kewajipan dan berfikiran waras serta dapat memahami terma kontrak dan kesan kontrak.

Elemen keupayaan (Sek 11 Akta Kontrak 1950)


 Dewasa
 Menurut Akta Umur Dewasa 1971, usia dewasa seseorang di Malaysia ialah 18 tahun tidak
termasuk perkara berkaitan perkahwinan, perceraian dan pengambilan anak angkat.
 Terdapat tiga pengecualian seseorang yang berusia bawah 18 tahun boleh memasuki kontrak
berikut:
i. Kontrak Keperluan Hidup.
 Orang yang membekalkan barangan keperluan kepada kanak-kanak berhak untuk
mendapat bayaran dari harta kanak-kanak tersebut.
ii. Kontrak Biasiswa
 Kanak-kanak berhak menandatangani perjanjian biasiswa walaupun belum mencapai
usia 18 tahun dan perjanjian ini adalah sah serta mengikat di sisi undang-undang
iii. Kontrak Insurans
 Seorang kanak-kanak berusia lebih 10 tahun hingga 16 tahun berhak memasuki
kontrak insuran dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa atau
penjaganya.

MUKA SURAT 239


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Berakal Sempurna (Seksyen 11(1),(2),(3))

 Bermaksud seseorang yang berkontrak hendaklah berfikiran waras serta dapat memahami terma
dan syarat kontrak atau berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan
membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
 Contoh : Seorang yang siuman, yang meracau kerana demam, atau yang begitu mabuk hingga ia
tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak atau tidak dapat membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan kepentingannya, tidak boleh membuat kontrak selama tempoh racun atau
kemabukan itu. (Seksyen 12 (3)(b)

 Tidak hilang kelayakan berkontrak.

 Seseorang mestilah tiada halangan atau tiada mana-mana undang-undang yang melarangnya atau
tiada tertakluk mana-mana undang-undang ke atasnya untuk berkontrak.
 Contoh : Seorang banduan tidak boleh berkontrak.

c) Menerangkan syarat- 1. Kontrak Sah


syarat kontrak ;
termasuklah kontrak Kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan memenuhi eleman utama kontrak iaitu
sah, kontrak tidak tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat , ketentuan dan juga keupayaan untuk berkontrak
sah, kontrak batal,
pelepasan kontrak, 2. Kontrak Batal (Void Contract)
dan remedi Menurut Seksyen 2 (g), satu perjanjian atau kontrak yang batal sejak dari awal lagi dan tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang serta tidak boleh diwujudkan.

Sebab-sebab batal (Seksyen 24)


 Dilarang undang-undang kerana tujuan kontrak yang melanggar dan bertentangan dengan undang-
undang
Contoh: kontrak perjudian dan pembunuhan

MUKA SURAT 240


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Bersifat mengecewakan dan mengelak dari peruntukan undang-undang
Contoh: perjanjian untuk mengelak sekatan dan undang-undang yang dikenakan seperti mengelak dari
membayar cukai jalan atau cukai perniagaan
Pengenalan Undang-  Frod atau penipuan iaitu perjanjian yang bermotif untuk menipu pihak lain dan memperdayakan orang
undang Kontrak (DBP) Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mendapat harta seseorang
 Perjanjian yang mendatangkan bencana pada diri dan harta orang lain
(Abdul Aziz Hussin) Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mencederakan seseorang atau mendatangkan kerugian kepada
seseorang
 Perjanjian yang tidak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam
Contoh: Kontrak pemerdagangan manusia

3. Kontrak Boleh Batal

Kontrak yang sah pada peringkat awal (memenuhi keperluan undang-undang) tetapi terdapat unsur-unsur
negatif yang boleh membatalkan kontrak iaitu;
1. Paksaan (Seksyen 15)

 Sebarang bentuk kekerasan atau ancaman kepada sesuatu pihak dalam kontrak contohnya
perjanjian yang dibuat atas dasar ugutan.
 Contoh: Kes Kaufman lwn Gerson, Gerson telah menyalahgunakan wang yang diamanahkan
kepadanya oleh Kaufman. Kaufman mengugut akan mendakwa Gerson kecuali isteri Gerson
berjanji akan membayar kepada Kaufman . Isteri Gerson berjanji melaksanakan arahan tersebut
untuk menjaga nama suaminya. Mahkamah memutuskan bahawa isteri Gerson tidak terikat untuk
melaksanakan janjinya itu kerana ia dibuat lantaran dipaksa.

2. Pengaruh tidak berpatutan / tidak wajar (Seksyen 16)

 Wujud apabila perhubungan pihak-pihak dalam sesuatu kontrak itu tidak diasaskan kepada
kesamarataan iaitu apabila sesuatu pihak menguasai pihak yang satu lagi.
 Contoh : Pesakit didorong oleh pegawai perubatan untuk membeli ubatan yang memerlukan kos
yang tinggi, maka persetujuan ini dibawah pengaruh tidak wajar.
MUKA SURAT 241
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengenalan Undang-undang 3. Salahnyataan
Kontrak (DBP)
(Abdul Aziz Hussin) Merujuk kepada kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan yang mendorong seseorang yang lain
untuk memasuki kontrak.

Berdasarkan kepada seksyen 18 Akta Kontrak mentakrifkan salah nyata sebagai;

18(a), “ Ketegasan positif … yang tidak benar tetapi dipercayai benar,


18(b), “Mana-mana pelanggaran kewajipan yang, tanpa niat menipu, memberi satu kelebihan kepada
orang yang melanggarnya….
18(c), “menyebabkan, walaupun dengan ikhlas, satu pihak berkontrak membuat kesilapan tentang
keadaan benda yang menjadi pokok perjanjian itu.”

Contohnya A dan B terlibat dengan perjanjian jual beli ladang ternakan yang pada hakikatnya A
sendiri tidak pernah memasuki dan menilai keupayaan ladangnya. A telah menyakinkan B bahawa
ladangnya mencukupi untuk menampung sejumlah 2000 ekor ternakan.

4. Frod/tipuan (Seksyen 17)

 Kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan pihak lain dengan cara menyembunyikan fakta
penting, menyakinkan sesorang fakta yang tidak benar dan sebagainya.
 Perbuatan yang disifatkan sebagai frod;
i. Satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh seseorang yang tidak
mempercayai sebagai tidak benar;
ii. Menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau
mempercayai kebenaran fakta itu;
iii. Membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu;
iv. Mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan memperdaya;
v. Mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus dinyatakan oleh undang-
undang sebagai tipu.

MUKA SURAT 242


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Contoh, jika A mendapat maklumat tentang pembangunan sesuatu tempat menjelang 5 tahun
akan datang telah berjumpa dengan B yang memiliki tanah dikawasan tersebut dan mendesak B
hingga bersetuju untuk menjual tanah tersebut kepada A. Oleh itu wujud unsur tipuan dan
kontrak boleh dibatalkan atas opsyen B

5. Khilaf

 Jika kedua-dua pihak dalam kontrak itu silap tentang sesuatu fakta yang mustahak bagi kontrak
tersebut.

(a) Sesuatu perjanjian itu boleh batal atas alasan khilaf, jika khilaf itu berlaku disebabkan oleh
kedua-dua pihak yang berkontrak, jika satu pihak sahaja yang melakukan khilaf atau
melakukan khilaf tentang fakta penting maka perjanjian tesebut tidak akan menjadi batal.
o Kedua-dua pihak silap fakta tentang perkara pokok dalam kontrak.
o Contoh kes Raffles lwn Wichelhaus, W bersetuju menjual kapas yang diangkut dengan
kapal Peerless dari Bombay pada bulan Oktober manakala R bersetuju membeli kapas
yang diangkut pada bulan Disember. Maka terdapat kesilapan fakta tentang bulan
pengangkutan kapal.

(b) Khilaf yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkontrak itu mestilah terhadap sesuatu fakta
yang penting di dalam kontrak, yang bermaksud perkara pokok ataupun terma yang mustahak
dalam perjanjian tersebut.

o Dalam kes Couturier vs(lwn). Hastie (1852) 8 Exch. 40, A dan B memasuki perjanjian
penjualan jagung. Kedua-dua pihak menjangkakan jagung itu dalam pelayaran dari
Salonica ke England. Tanpa diketahui oleh mereka, jagung itu telah dijual di pelabuhan
Tunis kerana tempat simpanan jagung terlampau panas dan jagung itu telah rosak.
Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang sah antara A dan B tidak wujud kerana
mereka khilaf tentang kewujudan perkara itu.

MUKA SURAT 243


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Pelepasan Kontrak

Bermaksud keadaan kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan

i. Perlaksanaan syarat kontrak

Iaitu apabila setiap pihak memenuhi sepenuhnya tanggungjawab yang dinyatakan dalam kontrak. Ini
bermaksud jika satu pihak sahaja yang memenuhi tanggungjawab, sedangkan satu pihak lagi tidak
memenuhinya, maka pelepasan tidak dapat dilaksanakan.
Contoh : A berkontrak dengan B untuk membeli rumah B dengan harga RM200,000. A membuat
pembayaran kepada B dan B bersetuju untuk menjual rumahnya kepada A. Apabila selesai
perlaksanaan syarat-syarat kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan.

ii. Dengan persetujuan pihak yang berkontrak

Seksyen 63 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa jika pihak-pihak dalam kontrak bersetuju
menggantikan sesuatu kontrak dengan kontrak yang baharu, atau bersetuju membatalkan atau
meminda kontrak, maka kontrak asal tidak perlu dilaksanakan.
Contoh : A dan B berkontrak untuk menjalankan projek perniagaan bersama untuk tempoh masa
tertentu. A dan B kemudiannya tidak berminat untuk meneruskan kontrak tersebut, maka jika kedua-
duanya bersetuju untuk tidak meneruskan kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan.

iii. Dengan kemungkiran kontrak

Apabila suatu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang dijanjikan, maka pihak
yang satu lagi boleh menamatkan kontrak tersebut.
Contoh : A seorang penyanyi, membuat kontrak dengan B, seorang pengurus panggung, untuk
menyanyi di panggungnya dua malam seminggu selama dua bulan yang akan datang,dan B berjanji
membayarnya RM100 bagi setiap pertunjukan setiap malam. Pada malam keenam, A dengan sengaja
tidak datang ke panggung itu. B adalah bebas untuk menamatkan kontrak itu.

MUKA SURAT 244


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Dengan kekecewaan kontrak

Bermaksud sesuatu kontrak untuk melakukan sesuatu perbuatan yang selepas kontrak dibuat,
menjadi mustahil atau oleh sebab peristiwa tertentu yang tidak dapat dihalang oleh pejanji, menjadi
batal apabila perbuatan itu menjadi mustahil atau tidak sah. Kekecewaan kontrak berlaku kerana
terdapat perubahan undang-undang, perkara penting dalam kontrak musnah, berlaku kematian atau
ketidakupayaan pihak yang berkontrak dan jika terdapat perubahan keadaan yang diluar dugaan pihak
yang berkontrak.
Contoh : Dalam kes Taylor Iwn Caldwell,102 Calder telah menyewakan dewan muziknya kepada
Taylor beberapa hari. Dewan itu telah terbakar sebelum Taylor mengadakan konsert. Mahkamah
memutuskan bahawa kontrak itu dilepaskan kerana perkara penting (iaitu dewan) telah musnah,
menyebabkan kontrak itu kecewa.

v. Dengan penguatkuasaan undang-undang

Apabila suatu kontrak dibuat dan disebut tempoh kontrak itu perlu dilaksanakan, maka selepas tamat
tempoh (melampaui) kontrak itu dilepaskan. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah mengakhiri had
masa (luput).
Contoh : A berkontrak dengan B bahawa A akan menyewa kereta B dari 1 Januari 2005 hingga 30
Jun 2005. Ini bermakna selepas 30 Jun 2005, kontrak itu telah luput dan boleh dilepaskan.

5. Remedi

Pemulihan atau tuntutan ke atas kemungkiran sesuatu kontrak .

Bentuk remedi iaitu:


i. Penamatan kontrak

Pihak yang menanggung kerugian boleh memilih untuk menamatkan kontrak dan seterusnya enggan
melaksanakan tugas selanjutnya seperti yang diperuntukkan dalam kontrak.

MUKA SURAT 245


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Akta Kontrak 1950 (ILBS) ii. Gantirugi

Bertujuan untuk membolehkan pihak yang rugi akibat kemungkiran kontrak mendapat pampasan.
Gantirugi ini meletakan pihak yang menanggung kerugian pada tempat yang sepatutnya ia berada
sekiranya tidak berlaku perlanggaran kontrak.
Contoh : A berkontrak untuk membaiki rumah B dengan cara tertentu, dan telah mendapat bayaran
terlebih dahulu. A membaiki rumah itu tetapi tidak mengikut kontrak. B berhak mendapat balik
daripada A harga untuk membaikinya selaras dengan kontrak itu.

iii. Injuksi

Satu remedi di bawah undang-undang ekuiti yang boleh dipohon oleh satu pihak bagi mengekalkan
`status quo’ sesuatu perkara ketika kes sedang ditangguh. Remedi yang berbentuk arahan mahkamah
supaya defenden membetulkan tingkahlakunya yang menjadi punca kemungkiran. Terbahagi kepada
dua ;
i. Injuksi Positif adalah satu perintah mengkehendaki seseorang melakukan sesuatu

ii. Injuksi Negatif pula adalah satu perintah melarang (restraining orfer)sesuatu pihak dari
melakukan sesuatu atau melakukan sesuatu seperti melaksanakan janji dalam kontrak
perkhidmatan.

Contoh : A seorang penyanyi berkontrak dengan Syarikat rakaman B untuk selama setahun dan dalam
kontrak perjanjian tersebut A tidak boleh mengikat kontrak dengan syarikat rakaman lain. A telah
mungkir janji dan Syarikat Rakaman B boleh mendapatkan remedi berbentuk Injuksi untuk
menghalang A dari mengikat kontrak dengan pihak lain semasa berkontrak dengan Syaikat Rakaman
B.

iv. Perlaksanaan Spesifik

Perintah mahkamah kepada satu pihak untuk melaksanakan obligasinya seperti mana yang terdapat
dalam kontrak. Remedi ini bergantung kepada budi bicara mahkamah sekiranya mahkamah
MUKA SURAT 246
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
berpuashati pampasan wang tidak dapat memberikan relif yang mencukupi. Remedi ini hanya akan
diberi kepada kontrak harta tidak alih seperti tanah dan pajakan tanah serta barang-barang tertentu
yang sukar didapati di pasaran seperti saham, buku-buku antik dan barang antik.
Contoh : A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu.
Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama
kepada B, dan B boleh menguatkuasakan perlaksanaan spesifik kewajipan ini.

v. Quantum Meruit

Pihak yang teraniaya boleh memohon sejumlah bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya dalam
kontrak itu yang dikenali sebagai quantum meruit (sejumlah yang perlu diperolehnya). Jika suatu
pihak enggan meneruskan sesuatu kontrak, maka pihak yang satu lagi boleh memperoleh bayaran bagi
kerja yang telah dilakukannya.
Contoh : Dalam kes Planche lwn Colburn, P bersetuju menulis dalam majalah yang diterbitkan oleh C
dengan bayaran $100. P telah menulis sebahagian tetapi C kemudian memberhentikan penerbitan
majalah itu. Dalam hal ini mahkamah memutuskan P berhak mendapat bayaran bagi tulisan yang
telah dibuatnya itu.

Rujukan Kes Perniagaan 1. Tan Geok Khoo &Gerald Francis Robless lwn. Paya Terubong Est. Sdn. Bhd (1988)2MLJ672

i. Elemen Perkaitan kes


 Kes ini berkaitan dengan elemen utama dalam kontrak iaitu eleman tawaran

ii. Isu Utama kes


 Adakah terbatal kontrak jual beli tanah seluas 20 ekar selepas plantif gagal membayar mengikut
tempoh yang ditetapkan

iii. Fakta Kes


 Plantif telah membayar sebanyak RM 6000 sebagai deposit kepada defenden untuk kontrak jual

MUKA SURAT 247


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
beli tanah estet seluas 20 ekar.
 Defenden telah menerima bayaran deposit tersebut dan menghantar surat meminta bakinya yang
berjumlah RM 54000 daripada plantif dalam tempoh dua minggu.
 Plantif membayar baki sebanyak RM 54000 selepas dua minggu seperti tarikh yang ditetapkan
kepada defendan dan pihak defenden telah mengeluarkan resit tanda penerimaan bayaran
 Defenden memulangkan RM60000 kepada plantif keranan kontrak telah batal atau ditamatkan
memandangkan plantif telah gagal menjelaskan baki dalam tempoh yang ditetapkan.

iv. Keputusan Mahkamah


 Mahkamah memutuskan telah wujud kontrak dan alasan kelewatan bayaran tidak boleh dijadikan
alasan kerana defenden telah memutuskan surat meminta bayaran dan telah menerima bayaran.

2. Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22

i. Isu Elemen Perkaitan kes


 Kes ini berkenaan tawaran dan penerimaan dalam sesuatu kontrak.

ii. Isu Utama kes


 Terdapat dua isu, iaitu isu bayaran tambahan kos percetakan RM 500.00 yang tidak termasuk
perjanjian dan isu hak milik filem positif percetakan.

iii. Fakta Kes


 Dalam kes ini plantif(Preston) adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden (Edward
Leong) ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah membayar semua bayaran percetakan kecuali
satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah dicaj.
 Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut
ditanggung oleh plantif iaitu kos yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk
cetakan semula.
 Plantif enggan membayar wang tersebut dan kedua-dua pihak menuntut hak milik filem positif
tersebut.
MUKA SURAT 248
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Keputusan Mahkamah:

 Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak
boleh dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu
pemilikan filem positif.

 Plantif tidak perlu membayar sejumlah wang tersebut kerana tidak termasuk dalam perjanjian dan
kedua-dua pihak perlu kemukakan bukti masing-masing untuk menentukan hakmilik filem positif
tersebut.

3. Murugesu lwn. Nadarajah (1980)2MLJ22

i. Elemen Perkaitan kes


 Kes ini berkaitan dengan elemen penting balasan dan perjanjian dalam kontrak

ii. Isu Utama kes


 Defenden memohon mahkamah membatalkan kontrak penjualan rumah kepada plantif yang
merupakan penyewa rumah tersebut
 Adakah wujud kontrak antara plantif dan defenden atas kontrak yang tiada unsur balasan

iii. Fakta Kes

 Murugesu ( defenden) telah bersetuju menjual rumah kepada Nadarajah (plantif) yang juga
merupakan penyewa rumah tersebut dengan harga RM26,000.
 Perjanjian dibuat secara bertulis di atas sehelai kertas sahaja.
 Apabila tiba masanya, defenden enggan menjual rumah tersebut atas alasan kontrak tidak wujud
sebab tiada unsur balasan yang diberi.
 Plantif memohon mahkamah mengeluarkan perintah pelaksanaan spesifik bagi kontrak tersebut
kerana ia menganggap perjanjian telah wujud.

MUKA SURAT 249


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Keputusan Mahkamah

 Mahkamah memutuskan bahawa balasan terhadap kontrak telah wujud kerana sesuatu balasan
boleh terdiri daripada janji secara bersama yang telah dibuat dan alasan pihak defenden bahawa
kontrak tidak wujud adalah tidak berasas.

4. Tan Swee Hoe Co. Ltd. Lwn. Ali Hussain Bros.(1980) 2MLJ16

i. Elemen Perkaitan kes


 Kes ini berkatan dengan perjanjian lisan yang dibuat semasa berkontrak untuk menyewa tanah

ii. Isu Utama kes


 Bolehkah perjanjian lisan diterima walaupun perjanjian bertulis tidak konsisten dengan perjanjian
lisan yang telah dipersetujui.

iii. Fakta Kes


 Kes ini berkaitan dengan satu perjanjian yang telah dibuat secara lisan di antara seorang tuan
tanah(plantif) dan penyewa (responden).
 Tuan tanah tersebut secara lisan telah berjanji membenarkan responden bermastautin di premisnya
selama yang diingini. Satu perjanjian bertulis telah dibuat, untuk menaikan sewa.
 Responden enggan bayar dan diarahkan keluar dari tanah tersebut. Responden tidak setuju kerana
perjanjian bertulis yang dibuat tidak mengambil kira perjanjian lisan.
 Plantif akhirnya mendakwa responden di mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

iv. Keputusan Mahkamah:


 Hakim menetapkan yang responden hanya boleh tinggal di premis tersebut selama 28 tahun sahaja
dengan bayaran RM293.40 sebagai sewa bulanan.
 Perjanjian lisan adalah sah apabila perjanjian tersebut mendorong sesuatu pihak untuk
memasukinya dan boleh mengatasi mana-mana perjanjian bertulis yang bertentangan dengannya.

MUKA SURAT 250


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Leha Jusoh lwn Awang Johari (1978)1MLJ202

i. Elemen Perkaitan kes


 Kes ini berkaitan dengan elemen keupayaan berkontrak dalam undang-undang kontrak.

ii. Isu Utama kes


 Adakah sah kontrak yang dimasuki oleh seorang kanak-kanak.

iii. Fakta Kes


 Plantif (Leha Jusoh) seorang kanak-kanak telah membuat perjanjian untuk membeli sebidang
tanah daripada pihak responden iaitu Awang Johari yang merupakan pentadbir estet.
 Perjanjian tersebut dilakukan oleh pemegang amanah plantif . Plantif yang merupakan seorang
kanak-kanak telah membuat bayaran RM 5000 dan dibenarkan untuk memasuki tanah tersebut.

iv. Keputusan Mahkamah


 Mahkamah memutuskan perjanjian tersebut telah batal sejak dari awal lagi dan defenden perlu
membayar balik wang RM 5000 kepada plantif apabila plantif keluar dari tanah itu.

MUKA SURAT 251


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

7.2 Kontrak Jualan Barang-Barang

a) Mentakrifkan Akta Maksud Akta Jualan Barang.


Jualan Barangan 1957  Dikenali sebagai Ordinan Jualan Barang-Barang (Negeri-negeri Melayu) 1957 dan dipakai diseluruh
negeri-negeri Melayu kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak . Tahun1989 Ordinan ini
disemak semula dan dinamakan Akta Jualan Barangan 1957 dan diperluaskan di negeri Melaka dan Pulau
Pinang.

b) Menerangkan maksud Definisi


Kontrak Jualan  Kontrak Jualan Barangan ialah suatu kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju untuk
Barangan memindahkan milikan barang-barang itu kepada pembeli dengan suatu harga.

 Elemen utama maksud Kontrak Jualan;


i. Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli
ii. Pemindahan hak milik dari penjual kepada pembeli
iii. Barang sebagai subjek utama kontrak
iv. Wujud balasan wang

Maksud Barangan
Akta Jualan Barangan 1957
 Seksyen 2 Akta Jualan Barangan 1957 mendefinisikan Barang sebagai:

“Tiap-tiap jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan wang; dan termasuklah stok dan
syer, tanaman yang hidup, rumput dan benda yang dilekatkan kepada atau membentuk sebahagian tanah
yang diakui keras sebelum jualan atau di bawah kontrak jualan”.

MUKA SURAT 252


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jenis Barangan
 Seksyen 6(1) Akta Jualan Barangan 1957 barang-barang dikelaskan kepada dua jenis;

i. Barang-barang sedia ada/barang yang ada (existing gooods)

 Barang yang ada dipunyai/ dimiliki oleh penjual dan telah disimpan oleh penjual
 Contohnya barangan keperluan harian yang dijual di kedai runcit atau barang-barang yang dijual
di pasaraya.
Terbahagi kepada:
a. Barang-barang tertentu
‘barang-barang yang dikenalpasti dan dipersetujui pada masa suatu kontrak jualan dibuat’
b. Barang Belum ditentukan
‘barang yang belum ditentukan dan dipersetujui pada masa kontrak jualan dibuat.’

ii. Barang masa hadapan/barang-barang hadapan (future goods)

“Barang-barang untuk dikilang atau dihasilkan atau diperolehi oleh penjual seleaps kontrak jualan
dibuat”
 Barang yang dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat dan ditandatangan.
 Contohnya pembelian rumah yang sedang dalam pembinaan atau tempahan pembelian kereta.

c) Membezakan syarat- Maksud Syarat dan syarat Tersurat


syarat tersurat dan  Syarat ialah suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak
tersirat untuk menganggap kontrak itu sebagai ditolak. (Sekyen 12, (2))
 Satu stipulasi utama kepada maksud kontrak atau perkara utama yang dinyatakan dalam kontrak.
 Syarat tersurat ialah syarat yang dinyatakan dan ditulis dengan jelas dalam kontrak serta dipersetujui
Akta Jualan Barangan 1957 dalam kontrak
(Akta 382)
ILBS

MUKA SURAT 253


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Maksud Syarat Tersirat
 Satu stipulasi utama /penting kepada maksud kontrak .
 Syarat ini tidak dinyatakan secara jelas dalam kontrak tetapi wujud dan diandaikan diketahui oleh semua
pihak yang berkontrak.
 Perlanggaran syarat boleh menyebabkan kontrak boleh ditamatkan dan boleh tuntut gantirugi

Perbezaan Syarat Tersurat dan Tersirat

Aspek
Syarat Tersurat Syarat Tersirat
Perbezaan
Syarat/perkara utama yang tidak dinyatakan
Syarat/perkara utama yang dinyatakan dengan jelas dalam kontrak tetapi diandaikan
Maksud
secara jelas dalam kontrak wujud dan diketahui oleh pihak–pihak berkontrak
/ sedia maklum semasa berkontrak
Kontrak pembelian kereta yang
mengandungi perjanjian tentang harga, Kontrak jualan kereta mempunyai syarat tersirat
Contoh
jenis kereta, kaedah pembayaran dan mengenai hakmilik, kualiti dan kelayakan
lain

Jenis-jenis Syarat Tersirat/Termaklum


1. Syarat Tersirat Mengenai Hak milik

 Seksyen 14 (a) suatu syarat tersirat di pihak penjual, bahawa dalam kes suatu jualan, dia mempunyai
hak untuk menjual barang-barang dan bahawa dalam kes suatu persetujuan untukmenjual, dia akan
mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa bila milikan itu berpindah;

 Penjual mesti mempunyai hak untuk menjual pada masa hak milik barang itu berpindah kepada
pembeli. Ini bermaksud bahawa penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah ke atas barang
sebelum menjual kepada pembeli.

MUKA SURAT 254


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui perihalan

 Sekyen 15 “..terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan
perihalan dan, jika jualan itu melalui contoh juga perihalan, ia tidak mencukupi bahawa kuantiti
barang-barang bersamaan dengan contoh jika barang-barang juga tidak bersamaan dengan
perihalan.”

 Barangan yang dijual berdasarkan deskripsi dan perihalan melalui risalah, katalog, iklan dan
majalah, mestilah secocok ataupun sama dengan apa yang dinyatakan dengan deskripsinya.

3. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti dan kelayakan (Seksyen 16)

 Tidak ada waranti atau syarat tersirat berkaitan dengan kualiti atau kelayakkan bagi apa-apa maksud
tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan dibawah sesuatu kontrak jualan kecuali;
i. Pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yang
diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran atau
penghakiman penjual, dan barang-barang adalah daripada perihalannya dalam perjalanan urusan
penjual untuk membekalkan
ii. Kualiti boleh dagang - Dengan syarat jika pembeli telah memeriksa barang-barang itu, dan
sebarang kecacatan yang dalam pemeriksaan itu patut didedahkan.

4. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui contoh dan sampel

 Seksyen 17(2) Dalam kes suatu kontrak untuk menjual melalui contoh terdapat suatu syarat
tersirat—

(a) bahawa kuantiti hendaklah bersamaan dengan contoh dalam kualiti;


(b) bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang munasabah bagi membandingkan kuantiti
dengan contoh;
(c) bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan yang menjadikannya
tidak boleh dagang yang mungkin tidak kelihatan pada pemeriksaan munasabah bagi contoh.
MUKA SURAT 255
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) Menerangkan elemen- Elemen-eleman yang perlu ada dalam Kontrak Jualan Barangan
eleman yang perlu ada 1. Waranti
dalam Kontrak Jualan
Barangan termasuk  Sekyen 12(13) ..suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu
waranti, keterangan, bebas hak untuk menuntut ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan menganggap
daripada kesulitan, boleh kontrak itu sebagai di tolak.
guna, dan mutu  Maksud waranti Tersurat dan tersirat

Waranti Tersurat Waranti Tersirat


Syarat sampingan (kolateral) ke atas maksud Syarat sampingan ke atas maksud utama
utama kontrak yang dinyatakan secara jelas kontrak yang tidak dinyatakan secara jelas
dalam kontrak tetapi wujud dalam kontrak dan diandaikan
diketahui oleh pihak yang baerkontrak

 Perbezaan syarat dan waranti

Aspek Syarat Waranti


Suatu janji yang penting kepada Suatu janji kolateral/sampingan kepada
Maksud
maksud utama sesuatu kontrak maksud utama kontrak
Kesan Kontrak boleh ditamatkan dan Kontrak tidak boleh ditamatkan tetapi
perlanggaran boleh menuntut gantirugi boleh menuntut gantirugi

 Jenis waranti tersirat

i. Pemilikan aman.

Waranti tersirat berhubung dengan pemilikan aman boleh dirujuk kepada seksyen 14(b), yang
menjelaskan bahawa pembeli sepatutnya berhak memiliki barang yang dibelinya dan dapat
menikmatinya secara aman tanpa sebaarang gangguan dari pihak lain.

MUKA SURAT 256


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Barang bebas daripada cagaran atau bebanan .

“Barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa caj atau bebanan yang memihak kepada
mana-mana pihak ketiga yang tidak diisytiharkan atau diketahui pembelinya sebelum atau pada
masa kontrak itu dibuat” Seksyen 14 (c)
Sabri Hj Husssin , Iaitu barang mestilah bebas daripada cagaran, caj atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang
Pengenalan kepada tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat
perniagaan
2. Keterangan
 Segala barangan yang dijual hendaklah mempunyai maklumat dan keterangan barang yang jelas dan
mencukupi serta tiada sebarang kekeliruan yang wujud tentang barang tersebut seperti jenis barang,
jaminan , harga , isikandungan dan sebagainya

3. Bebas daripada kesulitan


 Barangan yang dibeli hendaklah bebas daripada sebarang kesulitan dam masalah termasuk mudah
digunakan, tidak rosak pada kegunaan pertama, jarak masa penggunaan yang sesuai, tidak
menyebabkan bahaya kepada pengguna dan sebagainya.

4. Boleh guna
 Barangan yang dijual mestilah boleh guna pada masa pembelian kecuali jika ia telah dijelaskan
terlebih dahulu.

5. Mutu
 Kualiti barang pula mesti bersesuaian dengan tujuan penggunaan dan selamat digunakan. Barang
juga mesti mempunyai kualiti boleh dagang.

MUKA SURAT 257


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kes-kes Rujukan 1. Low Kar Yit lwn Mohd. Isa & Anor (1963) MLJ165

i. Elemen Perkaitan kes


 Kes ini berkaitan Perjanjian Jualan Tanah.
ii. Isu Utama kes
 Adakah wujud kontrak jualan tanah diantara plantif dan defenden

iii. Fakta Kes


 Kes ini berkaitan dengan perjanjian jualan. Low Kar Yit merupakan plantif dan Mohd. Isa
adalah defendan. Pada tahun 1961 Mohd.Isa bersetuju menjual tanah nya kepada Low Kar Yit.
Tanah tersebut merupakan tanah hak milik bumiputra.
 Dalam perjanjian tersebut, pihak defenden setuju menjual tanah tersebut sekiranya pihak
pantif melakukan dua perkara iaitu menukarkan hakmilik tanah itu kepada tanah bebas dan
membuat satu surat perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
 Plantif kemudiannya telah mendapat kelulusan dari pihak Mahkamah Tinggi untuk
menukarkan syarat hakmilik tanah dan menyediakan dokumen perjanjian tersebut.
 Malangnya defenden gagal menandatangani kontrak penjualan tanah kerana tidak setuju
dengan dokumen perjanjian tersebut.
 Plantif mengambil langkah perbicaraan tentang perkara-perkara spesifik dan kerugian atas
tindakan defenden yang mungkir janji.

iv. Keputusan Mahkamah


 Mahkamah memutuskan tidak wujud lagi sebarang kontrak kerana defenden tidak pernah
menandatangani sebarang kontrak dan plantif tidak berjaya mendapat gantirugi atas tuntutan
perlaksanaan spesifiknya.

MUKA SURAT 258


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
1. Senaraikan enam elemen asas dalam undang-undang kontrak. [6]

Cadangan Jawapan
Enam elemen asas kontrak
i. Tawaran
ii. Penerimaan
iii. Balasan
iv. Niat
v. Ketentuan
vi. Keupayaan

2. Jelaskan lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950. [20]


Cadangan Jawapan
Lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950

Elemen
Bil Huraian Contoh yang jelas
Kontrak

1. Tawaran  Maksud - Tawaran atau cadangan adalah satu janji yang telah dibuat oleh A membuat tawaran kepada B
pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat untuk untuk menyewa rumah yang
mengujudkan hubungan yang mengikat disisi undang-undang apabila dimiliki oleh A bermula bulan
janji itu diterima oleh penerima tawaran. Januari dengan harga sewaan
Elemen penting tawaran RM400 sebulan.
 Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan
dengan barang, tujuan, nilai dan tempoh masa
 Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu iaitu kepada individu tertentu
atau sekumpulan orang.
 Tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan tawaran

MUKA SURAT 259


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Penerimaan  Maksud – Apabila sesuatu pihak menyatakan persetujuan atas sesuatu B menerima tawaran A dan
cadangan atau tawaran yang ditawarkan oleh pembuat tawaran. bersetuju untuk menyewa
Elemen penting penerimaan rumah A pada bulan Januari
6. Penerimaan mestilah jelas, pasti dan tidak bersyarat
7. Penerimaan mesti dibuat secara biasa dan munasabah
8. Penerimaan mestilah dikomunikasikan
9. penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah
10. penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan
menerimanya
3. Balasan  Maksud – faedah yang diperolehi kedua-dua pihak daripada B telah menyewa rumah A dan
urusniaga/kontrak yang telah dipersetujui balasannya B telah menerima
Elemen penting balasan bayaran sewaan sebanyak RM
 Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik 400
 Balasan tidak semestinya berpadanan
 Balasan semestinya sah di sisi undang-undang
 Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji
 Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
4. Niat  Maksud - keadaan minda yang tidak dapat dilihat secara zahir dan ia A dan B masing-masing
merupakan suatu yang ada pada hati yang berbeza dengan perbuatan atau berniat untuk menyewa rumah
kelakuan. dan memberi sewaan
 Penentuan samada wujud niat atau tidak dalam berkontrak bergantung
kepada jenis kontrak yang ditandatangani
 Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan tiada niat untuk
mengikat di sisi undang-undang
 Perjanjian berbentuk komersial ataupun berbentuk perniagaan ada niat
untuk terikat di sisi undang-undang

MUKA SURAT 260


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Ketentuan  Maksud – merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk A merupakan pemilik yang sah
menjadikan kontrak sah di sisi undang-undang. ke atas rumah dan telah
 Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada bersetuju dengan kadar sewaan
sesiapa ianya ditujukan.
 Faktor ketidaktentuan wujud jika bahasa yang kabur dan samar-samar.
 Perjanjian yang gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok atau
syarat utama perjanjian juga menyebabkan ketidaktentuan.

6. Keupayaan  Maksud – Kelayakan seseorang untuk membuat kontrak A dan B telah memenuhi syarat
 Dewasa – 18 tahun untuk membuat kontrak iaitu
 Berakal Sempurna iaitu berfikrian waras dan berkeupayaan membuat dewasa dan berakal sempurna
pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
 Tidak hilang kelayakan berkontrak

3. Huraikan elemen kontrak tawaran dengan merujuk kepada kes Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982)2MLJ22. [6]
Cadangan Jawapan
i. Elemen Perkaitan kes – Tawaran ialah satu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di
sisi undang-undang.
ii. Isu Utama kes - Keengganan plantif membayar sejumlah wang yang tidak termasuk dalam perjanjian dan isu hakmilik filem positif
percetakan.
iii.Fakta Kes - Dalam kes ini plantif adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah
membayar semua bayaran percetakan kecuali satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah
dicaj.Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut ditanggung oleh plantif iaitu kos
yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk cetakan semula.
iv. Keputusan Mahkamah - Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak boleh
dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu pemilikan filem positif.

MUKA SURAT 261


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Berikan empat elemen kontrak dalam Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) termasuk pindaan.[4]

Cadangan Jawapan
1. Terdapat dua pihak iaitu penjual dan pembeli dalam kontrak jualan barang-barang
2. Berlaku perpindahan hak milik barang daripada penjual kepada pembeli
3. Mempunyai barang sebagai perkara pokok atau utama yang dikontrakkan
4. Wujudnya balasan ‘wang’ daripada satu pihak(pembeli) kepada pihak yang lain(penjual)

5. Jelaskan dua klasifikasi jualan barang-barang menurut Seksyen 6 Akta Jualan Barangan 1957(Akta 382) termasuk pindaan. [ 6]

Cadangan Jawapan

1. Barang sedia ada


 Barang yang sudah pun dimiliki dan disimpan oleh penjual dalam perniagaannya.
 Contoh barang yang sedia ada ialah barang yang ada di kedai runcit seperti tepung, beras, gula, telor, makanan dan sebagainya.

2. Barang masa hadapan


 Barang masa hadapan ialah barang yang belum dibuat atau barang yang akan dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan
ditandatangani
 Contoh barang masa hadapan ialah pembelian rumah yang masih dalam pembinaan atau tempahan pakaian seragam mengikut
saiz pembeli.

MUKA SURAT 262


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
8.0 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
8.1 Komunikasi
8.1.1 Proses Komunikasi Maksud kemahiran komunikasi:
 Satu proses menghantar dan menerima idea atau maklumat (proses pertukaran) antara individu atau
a) Menjelaskan kumpulan manusia melalui media tertentu.
maksud kemahiran
komunikasi. Proses Komunikasi

Griffin ( 2011 )

b) Menerangkan proses
komunikasi yang
meliputi penghantar, Rajah: Proses Komunikasi.
enkod, saluran, 1. Penghantar
dekod, penerima dan  Pengirim ialah sesiapa sahaja yang mempunyai idea dan maklumat yang ingin disampaikan dan
maklum balas. dikongsi dengan pihak lain (penerima).
 Pengirim adalah punca sesuatu mesej. Keberkesanan pengiriman mesej bergantung kepada keupayaan,
Griffin, (2011) personaliti, tujuan komunikasi dan juga bagaimana pandangan orang lain terhadap penyampai.

2. Enkod
 Proses menukarkan mesej kepada simbol-simbol ataupun bahasa yang mudah difahami.
 Dipengaruhi oleh kepakaran, sikap dan pengetahuan serta budaya sesebuah organisasi.

3. Saluran
 Laluan atau platform di mana mesej bergerak dari pengirim kepada penerima.
 Pemilihan media (surat, memo, perbualan, e-mail, gambar, gerakan badan dan sebagainya) sebagai

MUKA SURAT 263


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
saluran komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi. Setiap media
mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tertentu.
 Untuk mendapat kesan yang maksimum, penyampai perlu menggunakan beberapa jenis saluran bagi
menyampaikan sesuatu mesej.
 Pemilihan saluran komunikasi mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan mesej.

4. Dekod
 Dekod adalah proses mentafsir dan cuba untuk memahami mesej yang disampaikan supaya boleh
digunakan atau diambil tindakan oleh penerima.

5. Penerima
 Penerima adalah sesuatu pihak yang mana mesej disampaikan kepadanya.
 Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi, ataupun sejumlah orang yang
ramai.
 Penerima boleh bertindak memberi maklumbalas agar kominikasi lebih berkesan.

6. Maklum balas
 Maklumbalas berlaku apabila penerima memberi reaksi terhadap mesej yang disampaikan kepadanya.
 Apabila maklumbalas positif, mungkin penyampai akan meneruskan komunikasinya dengan
penerima. Bagaimanapun, jika maklumbalas itu negatif, kemungkinan penyampai akan berhenti di situ
saja dengan tidak membuat susulan. Walau bagaimanapun ia boleh berlaku sebaliknya.
 Ini bergantung kepada tujuan komunikasi, sikap individu terlibat dan kepentingan komunikasi tersebut.

MUKA SURAT 264


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.1.2 Halangan komunikasi Halangan-halangan komunikasi

c) Menerangkan 1. Fizikal
halangan-halangan  Sebarang gangguan fizikal yang wujud secara terus dan nyata dalam proses komunikasi akan
komunikasi seperti memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi.
fizikal,  Contoh: gangguan ini adalah seperti gangguan telefon, bunyi mesin, percakapan manusia, bunyi
psikologikal, kenderaan dan sebagainya.
sosiologikal dan 2. Psikologikal
semantic.  Merujuk kepada halangan yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan dan tanggapan yang
berbeza antara pengirim dan penerima.
(Griffin, 2011)  Pekerja-pekerja dalam organisasi mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu isu atau idea. Ini
(Abu Bakar mungkin disebabkan oleh nilai atau sikap mereka yang bebeza.
Hamed)  Contoh: Seorang pengurus mencadangkan perubahan dalam kerja untuk meningkatkan kualiti produk.
Tetapi pihak kesatuan menjangkakan perubahan kerja ini akan mengurangkan pekerja. Persepsi ini
adalah berbeza antara dua kumpulan tersebut.
3. Sosiologikal
 Halangan yang wujud dalam interaksi sosial dan budaya yang berbeza antara ahli-ahli masyarakat. Ia
berkaitan dengan budaya, status dan latarbelakang sosial ahli-ahli masyarakat.
 Perbezaan latar belakang seperti perbezaan umur, jantina, taraf pendidikan, pangkat, pengalaman
boleh mengahalang keberkesanan komunikasi.
 Contoh: Seorang pengurus berketurunan barat mengarahkan pekerja yang berketurunan Melayu
dengan menggunakan pergerakan badan seperti kaki, bagi pekerja mesej tersebut dianggap sebagai
biadap, manakala pengurus merupakan perkara biasa di negaranya.
4. Semantik
 Halangan penggunaan perkataan yang mempunyai makna yang berbeza.
 Satu perkataan yang sama tetapi memberi maksud yang berbeza kepada dua individu yang berlainan.
 Contoh: Seorang pengurus ingin menyampaikan arahan kepada pekerja asing yang baru datang ke
negara ini, dimana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.

MUKA SURAT 265


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.1.3 Bentuk Komunikasi Bentuk-Bentuk Komunikasi.
1. Menegak
d) Menerangkan  Komunikasi menegak berlaku apabila mesej dalam komunikasi mengalir (bergerak) secara menegak
bentuk-bentuk iaitu sama ada dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas mengikut hirerki organisasi.
komunikasi iaitu  Ia juga dikenali sebagai komunikasi vertikal. Pergerakan mesej secara menegak ini juga disebut
sama ada menegak, sebagai komunikasi ke bawah dan komunikasi ke atas.
mendatar dan  Contoh: pekerja melaporkan aktiviti yang telah dijalankan kepada pengurus atasan ataupun pengurus
melintang yang atasan memberi taklimat kepada pekerja bawahan tentang aktiviti jabatan dalam organisasi.
boleh berlaku 2. Mendatar
secara sehala atau  Merujuk kepada pergerakan mesej antara pengurus yang menjawat jawatan yang sama atau tahap
dua hala. pengurusan yang sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi.
 Komunikasi ini kadangkala disebut juga sebagai komunikasi horizontal.
(Griffin, 2011)  Contoh: Pertukaran maklumat antara pengurus pengeluaran dan pengurus pemasaran. Pengurus
pemasaran biasanya akan memaklumkan kepada pengurus pengeluaran akan jenis, kualiti dan jumlah
produk serta bila diperlukan oleh pelanggan. Pengurus pengeluaran akan merancang untuk
memenuhi permintaan pelanggan seperti yang dimaklumkan oleh pengurus pemasaran.
3. Melintang
 Komunikasi melintang ini merujuk kepada pergerakan mesej antara staf yang menduduki tingkat
hirerki yang tidak sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi.
 Contoh: Pertukaran maklumat boleh berlaku antara penyelia jabatan pengeluaran dengan pengurus
jabatan pemasaran. Penyelia jabatan pengeluaran mungkin ingin memastikan maklumat atau
mendapat maklumat tambahan terhadap produk yang diperlukan oleh pengurus pemasaran. Tujuan
komuniakasi ini adalah sama seperti tujuan komunikasi mendatar iaitu untuk kordinasi dan integriti
aktiviti kerja antara jabatan, penyelesaian masalah antara jabatan dan memaklumkan perubahan atau
penambahbaikan.

MUKA SURAT 266


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bentuk-bentuk komunikasi di atas boleh berlaku secara.
1. Komunikasi sehala
 Komunikasi sehala adalah merujuk kepada komunikasi yang berlaku apabila penerima mesej tidak
memberi respon atau maklumbalas kepada pengirim mesej tersebut
 Contoh: komunikasi ini dalam kehidupan seharian kita adalah apabila kita membaca surat khabar,
medengar radio, melihat televesion, membaca majalah

2. Komunikasi dua hala


 Komunikasi dua hala ini melibatkan respon atau maklumbalas oleh penerima mesej kepada pengirim
mesej
 Contoh: Komunikasi yang berlaku dalam bentuk program cadangan pekerja, perbincangan
berkumpulan kerja, perbincangan antara jabatan, dailog antara pekerja dan majikan,

8.1.4 Jenis Komunikasi Jenis-Jenis Komunikasi


1. Komunikasi Lisan.
e) Menerangkan jenis i. Perbincangan
komunikasi iaitu  Perbincangan dalam organisasi boleh berlaku dalam kumpulan kerja atau antara kumpulan kerja.
komunikasi lisan  Contoh perbincangan dalam kumpulan kerja adalah seperti perbincangan antara pekerja dalam
yang merangkumi jabatan bagi tujuan membuat perancangan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
perbincangan,  Perbincangan antara kumpulan kerja pula adalah seperti perbincangan antara jabatan pemasaran
mesyuarat, ucapan dengan jabatan pengeluaran, atau perbincangan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan
dan pembentangan kewangan bagi tujuan penyelarasan atau kordinasi aktiviti organisasi. Sementara itu,
dan komunikasi perbincangan boleh terjadi secara formal atau tidak formal.
bukan lisan yang ii. Mesyuarat
merangkumi visual,  Merupakan komunikasi melibatkan pengaliran dua hala antara ahli kumpulan dalam sesuatu
bertulis dan bahasa situasi yang formal
badan.  Contoh: mencetuskan idea yang bernas daripada ahli-ahli kumpulan untuk menghasilkan satu
keputusan yang terbaik

MUKA SURAT 267


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Ucapan
 Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada
audiens. Ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengirim kepada satu kumpulan
manusia. Dalam kontek orgnaisasi, ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh
pengurus kepada pekerja-pekerjanya, rakan-rakan sekerja, warga organisasi, kepada pelawat, atau
orang ramai.
 Contoh: Mesej ucapan kepada pekerja-pekerja adalah untuk memberi maklumat tentang
pekerjaan, arahan kerja, dasar dan prosedur kerja, motivasi kerja. Mesej untuk rakan-rakan sekerja
pula melibatkan perancangan dan penyelarasan kerja, maklumat untuk penyelesaian masalah,
semasa persaraan dan pertukaran kerja.

iv. Pembentangan
 Pembentangan melibatkan komunikasi formal oleh pembentang kepada pihak pendengar.
Kebiasaannya, pembentangan melibatkan laporan yang disediakan secara lengkap oleh
pembentang dan disokong oleh alat bantuan komunikasi seperti slaid, ‘power point,’ video, filem,
tv dan sebagainya
 Contoh: Pembentangan yang melibatkan pekerja membentang laporan kepada pihak atasan,
pengurus membentangkan proposal kepada pihak bank atau pembiaya, pemilik syarikat,
pebentangan kepada pelanggan, pembekal, kerajaan atau pihak awam

2. Komunikasi Bukan Lisan.


i. Visual
 Merupakan komunikasi melalui penggunaan carta atau graf, gambar, carta aliran atau gambarajah.
 Contoh: kain rentang, majalah dan papan kenyataan.

ii. Bertulis
 Merupakan komunikasi melalui simbol bertulis atau perkataan dalam bentuk sehala dan formal.
 Contoh: surat menyurat, memorandum, laporan , buletin dan emel.

MUKA SURAT 268


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Bahasa badan
 Bahasa badan adalah merujuk kepada komunikasi bukan lisan atau bukan perkataan (nonverbal
communication). Ia melibatkan pergerakan atau perawakan anggota manusia dari muka hingga ke
kaki.
 Contoh: hubungan mata, air muka, pergerakan kepala, pergerakan tangan, pergerakan badan,
sentuhan dan ruang.
8.1.5 Media Komunikasi Media Komunikasi.

f) Membandingkan 1. Bersemuka
media komunikasi  Komunikasi secara bersemuka melibatkan dua atau lebih pihak yang melakukan proses komunikasi
dan kesesuaiannya yang bertemu secara berhadapan untuk membincangkan sesuatu perkara di suatu tempat yang sama.
termasuklah  Komunikasi bersemuka boleh jadi secara formal ataupun tidak formal.
bersemuka, telefon,
internet, intranet, 2. Telefon
memorandum, surat  Merupakan kaedah komunikasi yang dilakukan antara dua pihak yang berada di tempat yang berjauhan
menyurat, laporan dan sukar untuk berjumpa secara bersemuka.
dan buletin
3. Internet
 Internet adalah merupakan satu rangkaian perhubungan antarabangsa yang diistilahkan hubungan
tanpa sempadan.
 Internet merupakan satu sumber maklumat yang boleh dicapai oleh seseorang walaupun di mana ia
berada dan boleh memberi maklumat kepada sesiapa sahaja walaupun di mana ia berada asalkan
terdapat perkhidmatan yang menghubungkan komputernya kepada talian internet.

4. Intranet
 Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat
korporat yang dapat menghubungkan antara staf.
 Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan
cepat kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak di luar organisasi.

MUKA SURAT 269


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Memorandum
 Merupakan satu bentuk kenyataan yang mengandungi unsur desakan, permintaan dan rayuan daripada
seseorang individu atau kumpulan terhadap pihak yang mempunyai kedudukan atau pangkat yang
lebih tinggi atau lebih berkuasa dalam memutuskan beberapa isu yang berbangkit.

6. Surat-menyurat
 Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang biasanya diamalkan dalam sesebuah organisasi untuk
berkomunikasi.
 Surat selalunya ditulis secara formal (rasmi) terutamanya apabila berhubung dengan organisasi lain
atau dengan pihak-pihak berkuasa.

7. Laporan
 Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang melibatkan pemberian maklumat secara rasmi
daripada pihak bawahan kepada pihak atasan. Laporan ini biasanya akan difail dan disimpan dan akan
digunakan serta dibincangkan pada peringkat yang memerlukan maklumat berikut.

8. Buletin
 Merupakan juga komunikasi sehala yang diterbitkan oleh organisasi secara berkala sama ada secara
mingguan ataupun secara bulanan.
 Pada kebiasaannya buletin dikeluarkan secara bercetak dan ada juga secara elektronik.
 Buletin diterbitkan bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dan
aktiviti semasa organisasi.

MUKA SURAT 270


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.2 Kemahiran Mendengar
8.2.1 Proses Mendengar Maksud Kemahiran Mendengar.
 Satu proses penerimaan maklumat secara mental oleh seseorang individu dalam usaha untuk memahami,
a) Menjelaskan proses menterjemah dan memberi maklum balas terhadap mesej yang diterima secara berkesan.
mendengar iaitu
menerima, Proses Mendengar.
memahami, 1. Menerima
mengingat, menilai  Seorang pendengar menggunakan telinga menerima maklumat yang disampaikan melalui perkataan.
dan memberi Penerima juga perlu memerhatikan maklumat yang disampaikan secara bukan lisan seperti memek
tindakbalas. muka atau bahasa badan yang lain untuk menjelaskan lagi masej suara yang didengarnya.
2. Memahami
 Pihak pendengar cuba atau berusaha mentafsir dan menganalisis maksud masej yang diterima.
 Proses memahami mesej melibatkan dua aspek pertimbangan iaitu aspek pemikiran dan aspek emosi.
3. Mengingati
 Mesej yang didengar akan disimpan didalam minda pendengar. Mesej yang didengar secara mental
sahaja yang akan disimpan untuk dikeluarkan kembali apabila mesej tersebut diperlukan untuk
maklumbalas.
4. Menilai
 Sesuatu mesej yang diterima akan dinilai berdasarkan memahaman dan bagaimana mesej tersebut akan
dintrepretasi
5. Memberi tindak balas
 Pendengar akan memberi tindakbalas terhadap mesej melalui tindak balas seperti lisan dan bukan
lisan, contohnya bertanya balik soalan.

MUKA SURAT 271


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.2.2 Mendengar secara
berkesan Kaedah mendengar secara berkesan.

b) Menjelaskan kaedah 1. Mendengar secara empati dan objektif


mendengar secara  Merupakan proses mendengar dengan memahami, mengenali, merasai perasaan orang yang
berkesan menyampaikan mesej tersebut.
berasaskan:  Mesej yang disampaikan oleh penutur mungkin dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk emosi positif
mendengar secara atau dalam bentuk emosi yang negatif.
empati dan objektif;  Contoh: Pendengar yang menerima mesej seharusnya mampu untuk mentafsirkan mesej tersebut
mendengar secara akan cuba menyelami mesej yang disampaikan dengan menggunakan menggunakan kompenen
kritikal dan non- empeti antaranya ialah dengan pemahaman, dengan merasai mesej yang disampaikan, dengan
judgement; dan menyamakan perasaan pendengar dengan perasaan penutur dan dengan melihat akan aksi penutur
mendengar secara semasa mereka menutur.
cetek dan mendalam
2. Mendengar secara kritikal dan nonjudgemental
Mendengar secara kritikal:
 Merujuk kepada mendengar secara kritis dan cuba untuk memahami dengan tepat berkaitan dengan
apa yang hendak disampaikan, kemudian harus menganalisis apa yang didengar dan juga memberi
perhatian yang serius berkaitan dengan apa yang didengar.

Mendengar secara nonjudgemental:


 Merujuk kepada pendengar yang mendengar dengan pemikiran yang terbuka untuk memahami apa
yang disampaikan.
 Pendengar sebolehnya jangan cuba membuat persepsi awal berkaitan dengan penutur sebelum
seseorang itu menuturkan kata-katanya.

3. Mendengar secara cetek dan mendalam


Mendengar secara cetek:
 Merujuk kepada tindakan seseorang itu mendengar masej yang disampaikan berdasarkan kepada
maklumat-maklumat asas sahaja.
MUKA SURAT 272
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Mendengar secara mendalam:
 Pendengar akan cuba mendengar secara terperinci dengan apa yang disampaikan oleh penutur dan
pendengar cuba untuk memberi maklumbalas dengan maklumat seperti berhujah, memberi
pandangan.

8.2.3 Mendengar secara


aktif.
c) Menjelaskan fungsi Maksud Mendengar Secara Aktif
mendengar secara  Merupakan teknik yang memerlukan seseorang pendengar beerupaya menterjemahkan semua bentuk
secara aktif dan mesej yang diterima samada dalam bentuk suara, bahasa badan dan juga berkebolehan mentafsirkan
teknik-tekniknya mesej yang tersirat yang disampaikan oleh seseorang penutur.
yang meliputi:
mengulang maksud Fungsi Mendengar Secara Aktif Dan Teknik-Tekniknya:
pembicara,
meluahkan 1. Mengulang maksud pembicara.
kefahaman terhadap  Pendengar akan cuba mengulang atau menyatakan semula apa yang disampaikan oleh penutur.
perasaan pembicara  Kaedah ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa seseorang memahami apa yang disampaikan oleh
dan menanya soalan penutur.

2. Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara.


 Pendengar sebolehnya perlu menunjukkan bahawa ia faham apa yang disampaikan oleh penutur.
 Kaedah ini bertujuan memberi keyakinan kepada penutur untuk menurus mesej yang seterusnya yang
hendak disampaikan.

3. Menanya soalan
 Pendengar menaya soalah terhadap penutur berkaitan dengan apa yang disampaikan .
 Keadaan ini bagi membuktikan bahawa pendengar berminat berkaitan mesej yang disampaikan oleh
penutur dan maka menyebabkan peyampai lebih selesa dan boleh meneruskan mesej yang
selanjutnya untuk menjelaskan apa yang disoal oleh pendengar.

MUKA SURAT 273


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.3. Kemahiran Berunding

(a) Menjelaskan prinsip Prinsip berunding.


berunding 1. Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan,
termasuklah: tumpuan  Prinsip perundingan yang baik seharusnya mengambil kira minat pihak yang berunding bagi
kepada minat dan menyelesaikan masalah atau kata sepakat dalam mencapai keputusan rundingan.
bukan kedudukan,  Perundingan sebolehnya mengelak dari menjurus ke arah kedudukan seseorang, kerana akan
asingkan manusia menyebabkan rundingan lebih memihak kepada perunding yang mentingkan kedudukan atau
daripada masalah, matlamat dirinya sendiri.
jana pelbagai pilihan
dan guna kriteria yang 2. Asingkan manusia daripada masalah,
objektif dan boleh  Proses perundingan sebolehnya jangan melibatkan masalah perunding tetapi perlu beri penumpuan
terima. terhadap masalah yang ingin dirundingkan.
 Dalam melaksanakan rundingan seringkali perunding mencampur aduk masalah manusia dalam
perundingan. Antara masalah manusia seperti masalah yang melibatkan persepsi, emosi dan juga
masalah komunikasi.

3. Jana pelbagai pilihan,


 Menjana banyak pilihan perlu untuk menyelesaikan masalah kerana jika terdapat hanya satu pilihan
sahaja, kemungkinan besar ia akan memihak kepada satu pihak sahaja.
 Jika pelbagai pilihan dibuat, ia akan menjurus kearah menyelesaikan masalah berasakan menang-
menang di mana kedua-dua pihak mendapat menafaat apabila sesuatu keputusan dibuat.

4. Guna kriteria yang objektif dan boleh terima,


 Untuk memastikan keputusan rundingan diterima oleh kedua-dua pihak yang berunding, maka
perlu ada satu kriteria yang khusus bagi memastikan kedua-dua pihak berpuas hati.
 Kejayaan perundingan bergantung kepada cara kedua dua pihak mencari penyelesaian yang sesuai
berdasarkan objektif yang dipersetujui bersama.

MUKA SURAT 274


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(b) Menjelaskan elemen- Elemen-elemen perundingan.
elemen perundingan
termasuklah 1. Maklumat
maklumat, masa,  Dalam melaksanakan perundingan kedua-dua pihak perlu mempunyai maklumat yang lengkap serta
kuasa, etika, budaya, fakta yang tepat berkaitan dengan apa yang hendak dirundingkan.
pelaku/personaliti dan
aspek sosial. 2. Masa
 Merujuk kepada jumlah peruntukan masa yang ditetapkan semasa hendak menjalankan rundingan.
Sekiranya perkara yang hendak dirunding adalah sukar maka jumlah masa yang diperuntukan mestilah
lebih berbanding dengan perkara yang mudah dirundingkan.

3. Kuasa
 Merujuk kepada keupayaan seseorang membuat keputusan semasa rundingan dibuat.
 Seseorang yang menjadi wakil dalam perundingan mestilah mempunyai kuasa yang berpunca dari
kuasa kepakaran dan kuasa sah.

4. Etika
 Merupakan satu standard kelakuan seseorang dilindungi dengan kesesuaian moral atau akhlak sama
ada betul atau salah berkaitan dengan sesuatu komunikasi.
 Semasa melaksanakan perundingan sebolehnya pihak yang terlibat cuba mematuhi etika yang
dipersetujui bersama dan sebolehnya cuba mengelak perkara-perkara yang tidak beretika.
 Contoh: perkara yang perlu dielak seperti tidak melakukan perbuatan menipu semasa perundingan.
Perbuatan lain yang dianggap tidak beretika seperti memalsukan fakta, di mana satu pihak dalam
perundinagn cuba memalsukan data yang sebenarnya.

5. Budaya
 Merupakan satu set amalan cara hidup yang diamalkan secara tradisi oleh sekelompok masyarakat.
 Dalam melaksanakan perundingan terutama sekali bagi kedua pihak yang mempunyai latar budaya
yang berlainan seharusnya mempelajari adat budaya pihak yang terlibat dalam perundingan supaya

MUKA SURAT 275


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
sesuatu perundingan itu berjalan dengan baik.
 Contoh: amalan budaya seperti subbudaya etnik, sub budaya pekerjaan, sub budaya agama, sub budaya
politik dan juga sub budaya geografi.

6. Pelaku/personaliti
 Merujuk kepada perlakuan individu yang terlibat dalam atau semasa proses perundingan.
 Antara perlakuan/ personaliti yang harus dimiliki semasa mengadakan perundingan adalah seperti
berikut;
i. Menunjukkan kesungguhan semasa mengadakan perundingan
ii. Bersifat tolak ansur semasa mengadakan perundingan.
iii. Saling mempercayai antara satu sama lain.
iv. Bersifat fleksibel dan dapat menyesuaikan diri semasa perundingan.
v. Mendengar secara aktif semasa mengadakan perundingan.
vi. Bersedia dari segi fizikal yang sesuai, seperti berpakaian yang sesuai dengan situasi perundingan.

7. Aspek sosial
 Merujuk kepada norma hidup yang diamalkan oleh sekelompok masyarakat tertentu. Perkara ini
penting untuk diketahui oleh mereka yang ingin mengadakan perundingan supaya aspek sosial tidak
menjadi penghalang kepada proses perundingan.

MUKA SURAT 276


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(c) Menjelaskan tahap Tahap-tahap perundingan.
tahap perundingan 1. Intrapersonal
termasuklah  Merujuk kepada perundingan yang berlaku dalam diri individu itu sendiri. Seseorang individu itu
intrapersonal, tidak membuat perundingan dengan individu yang lain tetapi memproses sendiri berdasarkan
interpersonal, maklumat yang diperolehi.
intrajabatan, 2. Interpersonal
interjabatan, nasional,  Merujuk kepada perundingan yang dijalankan secara berkumpulan. Tahap perundingan ini adalah
dua hala, serantau, dinamik kerana sentiasa memikirkan cara bagaimana hendak mempengaruhi antara satu sama lain.
pelbagai hala dan 3. Intrajabatan
antarabangsa/global.  Perundingan dijalankan dalam jabatan yang sama untuk menyelesaikan masalah yang hanya berlaku
dalam jabatan sahaja.
4. Interjabatan
 Perundingan yang dijalankan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara jabatan yang berlainan.
Contohnya perundingan berkaitan dengan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran bagi
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep promosi produk baru.
5. Nasional
 Merujuk kepada perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari negara yang sama.
Sebagai contoh perundingan antara dua syarikat yang berasal dari negara yang sama.
6. Dua hala
 Perundingan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja. Contohnya antara kesatuan sekerja dengan
majikan sahaja.
7. Serantau
 Merujuk kepada perundingan antara pihak yang berasal dari negara yang berjiran. Contohnya
perundingan antara syarikat Malaysia dengan syarikat yang beroperasi di Thailand.
8. Pelbagai hala
 Merujuk kepada perundingan dengan pelbagai tujuan, tidak berfokus kepada satu matlamat sahaja.
9. Antarabangsa/global
 Merujuk kepada perundingan antara dua atau lebih syarikat yang melibat dua atau lebih negara yang
berlainan.

MUKA SURAT 277


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(d) Menjelaskan strategi Strategi dan taktik perundingan.
dan taktik
perundingan 1. Good guy bad guy
termasuklah good  Good guy merujuk kepada sifat perunding yang bersifat lemah lembut, mesra dan bersifat bertolak
guy, bad guy, ansur.
nibbling, trial balloon,  Bad guy merujuk kepada sifat perunding yang yang agresif dan mendesak dan bersifat tegas dan tidak
red herring, mahu bertolak ansur.
outrageous, apparent,  Dalam keadaan tertentu berkemungkinan besar perunding boleh bertindak mewakili kedua-dua
withdrawal dan keadaan di atas dalam menyesuaikan diri dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam perundingan.
limited authority
2. Nibbling
 Jika sesuatu perundingan telah mencapai kata sepakat satu pihak akan cuba untuk membuat
permintaan yang baru, dan apabila permintaan baru dipersetujui ada pula yang akan cuba
mengemukakan satu permintaan baru yang lain.
 Contoh “berikan betis nakkan paha”

3. Trial balloon
 Satu pihak mengemukakan satu cadangan sebagai satu jalan penyelesaian masalah terakhir. Hal ini
bertujuan untuk memastikan satu pihak dalam perundingan sanggup atau tidak menerima cadangan
tersebut.
 Taktik ini digunakan untuk memastikan pihak perunding sanggup menerima atau tidak satu-satu
cadangan atau ingin menamatkan atau meneruskan rundingan yang dijalankan.

4. Red herring
 Satu taktik yang digunakan oleh satu pihak berunding dengan cara mengemukan satu isu minor
dibincangkan bagi tujuan untuk mengelak dari membincangkan satu isu yang utama. Tujuannya
adalah untuk memastikan supaya isu utama tidak dibincangkan, kemungkinan isu utama tidak
memihak kepada mereka.

MUKA SURAT 278


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Outrageous
 Merupakan satu strategi psikologi yang dapat menggangu emosi atau perasaan orang yang berunding
supaya menerima tawaran atau cadangan yang dirundingkan.
 Keadaan ini akan menyebabkan pihak lawan akan terasa tidak senang hati sekiranya tidak menerima
cadangan yang dicadangkan.
 Antara taktiknya seperti menggunakan nada marah, nada sedih dengan menangis, mengunakan
pujukan melampau dan ada juga mengaitkan dengan perbuatan berdosa.

6. Apparent withdrawal
 Merupakan satu taktik berbentuk konfrantasi yang bertujuan untuk tidak berunding lagi dan ingin
menarik diri dari malaksanakan perundingan. Hal ini bertujuan untuk mengikat supaya pihak satu
lagi akur akan keputusan yang telah ditetapkan lebih awal.

7. Limited authority
 Apabila berlakunya sesuatu keputusan yang sukar maka ada pihak yang berunding menyatakan
bahawa mereka tiadak mempunyai kuasa yang cukup untuk membuat keputusan dan menyerahkan
kepada pihak atasan untuk membuat keputusan. Keadaan ini mengakibatkan keputusan tidak dapat
dibuat semasa berlakunya perundingan.

MUKA SURAT 279


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.4 Teknologi Maklumat
(a) Menjelaskan peranan Peranan dan kepentingan ICT dalam pengurusan perniagaan.
dan kepentingan ICT
dalam pengurusan 1. Peranan dalam pengeluaran.
perniagaan.  Dalam bidang pengeluaran teknologi maklumat digunakan dengan sepenuhnya terutamanya dalam
reka cipta produk iaitu dengan menggunakan Computer- Aided-Design (CAD) dan juga dalam proses
pengeluaran kebanyakkan mesin diprogram untuk berjalan secara automatik dengan menggunakan
sistem komputer.
 Pengunaan ICT dapat mempercepatkan proses pengeluaran dan dapat menghasilkan produk mengikut
standard yang ditetapkan.

2. Peranan dalam pemasaran


 Kemudahan ICT dapat menpercepatkan data diperolehi dan dapat dianalisis dengan cepat dan tepat
dalam proses melakukan penyelidikan pemasaran.
 Dengan mengunakan kemudahan peralatan dan media ICT sesuatu maklumat dapat disebarkan
dengan cepat dan bekesan kepada bakal-bakal pengguna.
 Contoh media ICT seperti penggunaan WEB atau Blog organisasi ataupun menggunakan media sosial
seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya dalam mempromosi dan memasar produk.

3. Peranan dalam kewangan


 Penggunaan ICT dapat mengurangkan kos penyediaan perancangan kewangan, serta penyediaan
belanjawan kewangan syarikat. Contohnya mengunakan perisian khusus untuk menyediakan
belanjawan serta juga laporan-laporan kewangan yang berkaitan.
 Segala bentuk pembayaran dan penerimaan wang boleh menggunakan kemudahan ICT seperti
menggunakan kad debit dan kad kredit yang disediakan melalui mesin juruwang automatic (ATM).

4. Peranan dalam Pengurusan sumber manusia


 Penggunaan ICT dapat meningkatkan pengurusan sumber manusia berkaitan dengan system merekod
kehadiran pekerja.

MUKA SURAT 280


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Selain daripada itu ICT juga dapat digunakan dalam melakukan proses penilaian prestasi berdasarkan
indikator yang telah ditetapkan.
 Pengunaan ICT juga dapat menjimatkan waktu kerja dan juga dapat meningkatkan produktiviti bagi
setiap kerja.

5. Peranan dalam perakaunan


 Pengunaan ICT dalam bidang perakaunan dapat meningkatkan kecekapan dari segi penyimpanan
rekod transaksi serta dapat digunakan dalam penyedian penyata-penyaa kewangan seperti penyata
untung rugi serta penyata kunci kira-kira.
 Penggunaan perisian-perisian khusus seperti UBS Accounting dapat mempercepatkan proses
penyediaan laporan kewangan dengan cepat dan tepat.

6. Peranan dalam komunikasi


 Pengunaan ICT dapat mempertingkatkan lagi sistem komunikasi terutamanya kemunikasi dalam
organisasi, contohnya penggunaan sistem SMS dan e-mel.
 Komunikasi berkesan juga dapat digunakan di antara pihak organisasi dengan pihak luar organisasi
dengan lebih berkesan dan cekap dengan menggunakan media seperti yang disebutkan di atas.

7. Peranan dalam pengawalan inventori.


 Pengawalan inventori juga dapat dijalankan dengan cepat dan tepat melalui penggunaan beberapa
perisian yang khusus bagi mengesan kekurangan atau kelebihan sesuatu inventori supaya ianya
sentiasa berada pada tahap yang dapat menjimatkan kos.
 Contoh sistem yang sering digunakan ialah UBS Point Of Sale (POS) dan lain-lain perisian yang
berkaitan.

MUKA SURAT 281


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Antara Peranan Lain Teknologi Maklumat.
1. Perbankan
 Melalui perkhidmatan perbankan, ianya menyediakan penyesuaian akaun, perakauanan pinjaman
ansuran, pengiraan faedah, perakauan deposit perkhidmatan, khidmat amanah, pengeluaran wang
dan mendeposit wang dan cek dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sistem
pembayaran on-line, dan juga e-bank yang meluas digunakan pada hari ini

2. Bidang Pelaburan Saham/ Pasaran saham.


 Untuk berurusniaga dengan pasaran saham seseorang itu tidak perlu lagi pergi ke pasaran saham
itu sendiri, mereka boleh berurusniaga di mana jua secara elektronik.
 Dalam keadaan ini pelabur boleh melihat turun naik saham hanya melalui skin komputer sahaja
ataupun skrin televisyen melalui canel Astro secara langsung.

3. Dalam Bidang Pendidikan.


 Antara peranan teknologi maklumat dalam pendidikan ialah seperti sistem maklumat data pelajar,
sistem maklumat pengurusan dan analisis keputusan peperiksaan, sistem maklumat staf serta
maklumat-maklumat yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
seperti yang di amalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan pengajaran dan
pembelajaran Mata Pelajaran matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan untuk mencapai
hasrat tersebut sistem maklumat berkomputer digunakan sepenuhnya dengan setiap orang guru
dibekalkan dengan komputer riba dan juga projektor.

4. Dalam Sektor Kerajaan.


 Kerajaan juga menggunakan sistem maklumat secara meluas terutamanya dalam pentadbirannya,
pengesahan dan pengiraan cukai pendapatan, pendaftaran kenderaan bermotor, sistem belanjawan
negara, penggunaan Maykad dan sebagainya.
 Terdapat bidang-bidang lain yang menggunakan sistem maklumat antaranya seperti penguat
kuasaan undang-undang, urusan ketenteraan, sukan, hartanah, ramalan perniagaan, dalam bidang
perubatan, penyiaran, penerbitan dan juga kegunaan pribadi komputer di rumah.

MUKA SURAT 282


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(b) Menerangkan Bagaimana internet boleh meluaskan peluang-peluang perniagaan.
bagaimana internet
boleh meluaskan 1. E-dagang.
peluang- peluang  Perdagangan elektronik atau e-dagang merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang
perniagaan seperti e- menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk
dagang, e-perolehan tujuan komunikasi dan juga transaksi.
dan e-pemasaran.  Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki
pertubuhan/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas
iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.
 Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara dalam talian) ternyata amat murah
dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus
mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai.

Kelebihan e-dagang

i. Menggantikan konsep manual


 Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang
untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa
membuang masa dan tenaga.

ii. Pemasaran yang luas


 Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai berupaya untuk mencapai jumlah
pengguna di seluruh pelusuk dunia. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet
akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.

iii. Mengikut peredaran teknologi semasa


 Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut
sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan
melakukan pembayaran terus secara online.

MUKA SURAT 283


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Cepat dan mudah
 Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran
global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah
24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.

v. Mengurangkan kos
 Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau
pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu
bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

vi. Modal yang rendah


 Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang
penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah
rendah.

vii. Menceburi lebih dari satu perniagaan


 Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah
berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada
usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

2. E-perolehan,

 Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai e-Perolehan, akan memudahkan
aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan.
 ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera
kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
 e-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web
sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran

MUKA SURAT 284


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.
 Katalog produk pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang
boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.
 Pembekal juga berupaya menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar
tawaran tender menerusi e-Perolehan. e-Perolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau
memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.
 Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan
membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.

Kelebihan Menggunakan ePerolehan


i. Proses perolehan yang lebih ringkas dapat mengurangkan kos pentadbiran dan operasi.
ii. Proses pembayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer) yang lebih
cepat.
iii. Transaksi dijamin selamat di mana ia menyekat kemasukan pihak yang tidak berkenaan dan
kerahsiaan adalah terjamin.
iv. Boleh berhubung secara terus dengan pelanggan, pada bila-bila waktu dan dari mana-mana
lokasi, secara online melalui Internet.
v. Berurus niaga melalui Internet membolehkan anda menceburi dunia perniagaan elektronik dan
pasaran antarabangsa.
vi. Semua tawaran akan dikumpul dan satu jadual perbandingan dijana secara automatik. Ciri ini
membolehkan proses penilaian dapat dibuat dengan lebih efisien dan efektif.
vii. Tawaran yang diterima daripada pembekal akan disimpan dengan selamat dan terjamin dengan
menggunakan ciri ’data encryption’. Maklumat tawaran hanya boleh dibuka dan dilihat pada
masa dan tarikh pembukaan yang telah ditetapkan melalui proses data ‘decryption’ yang
terkawal.
viii. E-Perolehan menyediakan kemudahan untuk memantau status pendaftaran, pembelian serta
proses Sebut Harga, Tender dan eBidding.

MUKA SURAT 285


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. E-pemasaran

 E-Pemasaran ialah merujuk pada penerapan prinsip-prinsip pemasaran dan teknik melalui media
elektronik dan lebih khusus kepada Internet .

Kelebihan E-Pemasaran
1. Boleh berhubung terus dengan pelanggan.
o E-pemasaran membolehkan organisasi membuat kempen interaktif menggunakan muzik,
gambar ataupun video untuk menarik minat pelanggan.

2. Memudahkan pelanggan membuat pembelian.


o Dengan menggunakan beberapa klik sahaja pelanggan dapat membuat transaksi belian secara
dalam talian dengan mudah.

3. Dapat menjangkau terus kepada pelanggan yang ditujui.


o Perniagaan dapat menggunakan e-pemasaran untuk menyampaikan maklumat terus kepada
pengguna yang ingin mengetahui tentang produk yang ingin dipasarkan walaupun pada masa
perniagaan tidak beroperasi.

4. Dapat mencapai pelanggan yang tepat pada kos yang paling rendah berbanding dengan kaedah
pemasaran tradisional.

MUKA SURAT 286


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(c) Menjelaskan Intranet dalam organisasi.
kegunaan intranet  Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat korporat
dalam organisasi yang dapat menghubungkan antara staf.
 Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan cepat
kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak diluar organisasi.

Kegunaan intranet dalam organisasi

1. Komunikasi dalaman yang lebih baik.


Maklumat boleh disimpan dan diakses pada bila bila masa mengikut kesenangan kakitangan organisasi
2. Keselamatan data.
Setiap pengguna rangkaian akan dibekalkan dengan kata laluan yang berbeza untuk memastikan
keselamatan data organisasi terjamin.
3. Pengurangan penggunaan kertas.
Penggunaan intranet boleh membantu mengurangkan aktiviti cetakan yang melibatkan penggunaan
banyak kertas.
4. Menjimatkan masa.
Semua maklumat dapat disampaikan secara serentak dalam masa yang sama kepada semua kakitangan
dalam sesebuah organisasi.

Kebaikan pengunaan intranet.


1. Dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
2. Dapat menjimatkan masa
3. Komunikasi antara bahagian dalam organisasi menjadi lebih mudah
4. Mengurangkan kos pembiayaan penyampaian maklumat
5. Dapat memajukan budaya organisasi
6. Dapat menyebarkan maklumat yang baharu dengan mudah dan cepat.

Kelemahan Intranet
1. Maklumat yang salah atau tidak sesuai akan menyebabkan kerja tidak efesyien.

MUKA SURAT 287


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Pengguna intranet yang tidak bertangungjawab akan mengganggu proses komunikasi dalam organisasi.
3. Perlu latihan yang khusus untuk anggota dalam menggunakan intranet
4. Perlu tenaga pakar dalam mengendalikan pembangunan dan perkembangan intranet dalam sebuah
organisasi
5. Data menjadi penuh dan tidak releven sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

MUKA SURAT 288


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan

1. Jelaskan tiga jenis komunikasi lisan. [6]

Cadangan Jawapan:
1. Perbincangan - pertemuan antara beberapa individu untuk bertukar tukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Mesyuarat -pertemuan dua atau lebih pihak untuk membincangkan sesuatu isu dalam situasi yang formal bagi membuat satu keputusan.
3. Ucapan - Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada audiens.

2. Huraikan pengaruh elemen masa dan elemen etika ke atas keberkesanan perundingan seorang pengurus kewangan dengan pihak bank. [6]

Cadangan Jawapan:
Pengaruh elemen masa:
 Jika masa berunding adalah optimum, maka keputusan yang diambil lebih baik
 Menggunakan masa perundingan dengan baik
 Menepati masa – Pengurus kewangan datang ke pejabat bank tepat pada masa yang ditetapkan

Pengaruh elemen etika:


 Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak bank
 Memberikan maklumat yang diminta oleh pihak bank secara betul dan tepat
 Berunding dengan niat yang baik dan jujur.

MUKA SURAT 289


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses komunikasi. [20]
Cadangan Jawapan:

Penghanta Enkod Saluran Dekod Penerima


r

Maklum
balas
1. Penghantar
Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan. Sebagai contoh, pengurus pemasaran yang mempunyai maklumat yang ingin
disampaikan kepada staf pemasaran.

2. Enkod
Maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain, sama ada menggunakan perkataan,
bahasa atau simbol. Maklumat atau idea diterjemahkan secara lisan dan bertulis melalui carta, grafik dan lain lain.

3. Saluran/Media
Mesej disalurkan kepada penerima sama ada melalui saluran lisan seperti percakapan atau melalui bukan lisan seperti tulisan, visual dan
pergerakan badan.

4. Dekod
Mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna. Sebagai contoh pengurus pemasaran cuba
menterjemahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami.

5. Penerima
Orang yang menjadi sasaran/penerima mesej. Contohnya, penerima staf pemasaran menerima mesej daripada pengurus pemasaran.

6. Maklum balas
Tindak balas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan. Contohnya
maklumbalas daripada pengurus pemasaran berlaku apabila pengurus pemasaran memberi cadangan, bantahan atau arahan.
MUKA SURAT 290
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
9.0 PEMBUATAN KEPUTUSAN
9.1 Proses Pembuatan Keputusan
9.1.1 Jenis Keputusan Maksud Pembuatan Keputusan
a) Mentakrifkan maksud  Merujuk kepada proses mengenalpasti masalah, membentuk alternatif-alternatif penyelesaian dan memilih
pembuatan alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.
keputusan;
b) Menjelaskan jenis Menjelaskan Jenis Keputusan
keputusan 1. Keputusan rutin
merangkumi  Merujuk kepada keputusan yang dibuat berdasarkan sesuatu masalah yang biasa berlaku
keputusan rutin dan  Contoh: membeli peralatan, pembayaran cukai, pengambilan pekerja, penggajian, disiplin pekerja dan
tak rutin; sebagainya.
2. Keputusan tak rutin
Griffin (1993)  Merujuk kepada keputusan yang akan dibuat terhadap sesuatu masalah yang tiada dapat dijangkakan dan
Daft (2008) dirancangkan dengan sempurna.
 Contoh: adalah seperti pekerja berhenti serta merta, pesaing meningkatkan kempem promosi, pesaing
akan membuka perniagaannya berhampiran dengan sesebuah syarikat dan sebagainya lagi.
9.1.2 Proses Pembuatan Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional
Keputuan 1. Mengenalpasti Masalah
c) Menjelaskan  Pengurus perlu memahami betul-betul adakah ia masalah sebenar atau tanda kepada masalah.
langkah-langkah Umpamanya produk yang dikeluarkan kurang kualiti. Adakah masalah sebenarnya adalah pekerja atau
dalam proses bahan yang kurang berkualiti digunakan.
pembuatan  Contoh: Jika jualan syarikat merosot maka pengurus harus membuat kajian dan dapatkan maklumat
keputusan rasional pasaran dan maklumat produk berkenaan. Adakah disebabkan oleh persaingan yang sengit, atau syarikat
iaitu mengenal pasti kurang membuat promosi atau produk kita tidak berkualiti, atau jurujual tiada kemahiran atau mungkin
masalah, mengutip upah yang dibayar tidak memadai menyebabkan jurujual tidak bermotivasi.
data, menganalisis  Oleh itu pengurus harus mengutip maklumat bagi mengenalpasti apakah masalah yang sebenarnya.

MUKA SURAT 291


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
data, menjana 2. Mengutip Data
alternatif, menilai  Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tesebut sebanyak mungkin. Maklumat
alternatif, dan yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat luaran organisasi.
memilih alternatif.  Contoh: Pengurus boleh membuat kajian, pemerhatian, temuduga, pembacaan dan sebagainya bagi
mendapat maklumat yang berhubung dengan masalah tersebut. Setelah kajian terperinci dijalankan maka
Griffin (1993) telah dikenalpasti bahawa masalah sebenar.
Daft (2008)
3. Menganalisis Data
 Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang diperolehi. Data
yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai dari aspek kesahihannya serta
dapat meyelesaikan masalah.
 Contoh: Adakah masalah pesaing, promosi, kualiti produk atau jurujual. Setelah dikenalpasti bahawa
masalah sebenar adalah berpunca kerana mesin yang lama dan sentiasa rosak menyebabkan produk yang
dihasilkan tidak berkualiti. Kesannya adalah pelanggan tidak berminat membeli produk syarikat. Oleh
itu pengurus harus menyediakan alternatif bagi memperbaiki kualiti produk.

4. Menjana Alternatif
 Pihak pengurusan harus mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan atau
konsultan untuk mendapat alternatif penyelesaian. Kemudian membentuk seberapa banyak alternatif atau
jalan penyelesain yang berkaitan.
 Contoh: Kemorosotan jualan adalah disebabkan produk yang tidak berkualiti. Produk tidak berkualiti
disebabkan oleh mesin yang lama dan selalu sahaja rosak. Oleh itu pihak pengurusan harus memikirkan
sama ada mahu menggunakan mesin yang sedia ada atau mesin yang baru. Jika pengurusan bercadang
untuk membeli mesin yang baru maka pihak pengurusan perlu mendapat maklumat di pasaran berhubung
dengan jenis mesin, kapasiti, pembekal dan sebagainya. Pengurus juga perlu mengkaji kedudukan
kewangan syarikat.

MUKA SURAT 292


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Menilai Alternatif
 Setelah menyenaraikan beberapa alternatif maka pengurus boleh membuat analisis yang cermat dan
kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut. Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan
dihapuskan.
 Contoh: Dalam kes di atas, pengurus perlu meneliti dengan cermat akan alternatif yang telah dibentuk.
Pengurus perlu melihat keupayaan syarikat dari segi sumber kewangan, kapasiti mesin-mesin berkenaan,
jangka hayat mesin berkenaan.

6. Memilih Alternatif
 Pada peringkat ini pengurus harus memilih satu jalan penyelesain yang terbaik dan jadikan matlamat
syarikat sebagai panduan.
 Contoh: Pengurus boleh menggunakan alat-alat membuat keputusan seperti pokok keputusan, analisis
statistik, dan lain-lain alat untuk membantu dalam pemilihan alternatif terbaik.
9.2 Alat Membuat
Keputusan
9.2.1 Alat Membuat Alat Membuat Keputusan Kuantitatif
Keputusan Kuantitatif  Keputusan kuantitif merujuk kepada penggunaan nilai angka yang membolehkan analisis matemetik atau
statistik dilakukan dalam membantu pengurus membuat keputusan.
a) Mengaplikasikan alat  Contoh alat keputusan kuantitatif adalah seperti statistik deskriptif dan pokok keputusan.
membuat keputusan  Terdapat berbagai jenis alat keputusan kuantitatif seperti analisis statistik deskriptif, statistik inferensi,
secara kuantitatif analisis pulang modal, PERT, dan sebagainya
seperti statistik
deskriptif dan pokok 1. Statistik Deskriptif
keputusan;  Statistik deskriptif ini merujuk kepada mengumpul dan menyusun data dalam bentuk angka bagi
membolehkan ianya dianalisis dan ditafsirkan dengan menggunakan model statistik mudah.
 Penggunaan statistik deskriptif ini melibatkan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan
Griffin(1993) median) dan ukuran serakan (julat, varians dan sisihan piawai).
Daft (2008)  Hasil maklumat dalam bentuk angka, pembentangan keputusan adalah lebih menarik iaitu boleh dibuat
dalam berbagai bentuk gambar rajah seperti histogram, carta bar, jadual, graf dan carta pie.

MUKA SURAT 293


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
i. Min
 Min adalah jumlah semua nilai data dibahagikan dengan bilangan data.

Jumlah Nilai Data


Min
Bilangan Data

Contoh pengiraan: Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual
kereta. Pada tahun lalu jurujual A, B, C, D dan E masing-masing dapat menjual 80 buah kereta, 75
buah, 92 buah, 88 buah dan 65 buah. Kira min kereta yang dijual oleh jurujual?

Jurujual Kereta dijual


A 80
B 75
C 92
D 88
E 65
Jumlah 400

Jumlah Kereta Dijual Setahun


Min
Bilangan Jurujual

400 Buah Kereta


Min
5 Orang jurujual

Min = 80 buah kereta.

ii. Mod
 Mod adalah nombor yang paling kerap berulang atau kumpulan data dengan kekerapan yang paling
tinggi.

MUKA SURAT 294


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh 1: Tinggi 10 pelajar dalam sentimeter adalah seperti berikut:

Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Tinggi 175 160 165 170 170 165 170 175 170 160
(CM)

Nombor yang kerap berulang adalah 170.

Oleh itu mod adalah 170 cm.

iii. Median

Median adalah nilai data yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.
Contoh 1: Tujuh orang pekerja di sebuah kilang telah menyiapkan produk minggu lalu seperti berikut:

Pekerja A B C D E F G
Unit 70 65 85 65 95 80 90

65, 65, 70, 80, 85, 90, 95

Mod = 80 produk

Contoh 2: Jika lapan orang jurujual menjual kasut pada minggu lalu adalah seperti berikut.

8, 8, 9, 10, 12, 14, 16, 18

10 + 12
Mod = ----------- = 11 pasang kasut
2

MUKA SURAT 295


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Sisihan Piawai
Sisihan piawai adalah purata jarak setiap nombor dari nilai purata yang diberi punca kuasa.

Rumus bagi sisihan piawai adalah seperti berikut:

Sisihan piawai = √ ∑( x - ẋ)2


n-1

Contoh: output bagi pekerja A dan pekerja B adalah seperti berikut:


HARI PEKERJA PEKERJA
A B
Isnin 82 95
Selasa 87 102
Rabu 83 88
Khamis 86 80
Jumaat 85 75
Sabtu 81 64

Sisihan piawai pekerja A


HARI Output (x) Min (ẋ) x-ẋ ( x - ẋ)2
Isnin 82 84 -2 4
Selasa 87 84 3 9
Rabu 83 84 -1 1
Khamis 86 84 2 4
Jumaat 85 84 1 1
Sabtu 81 84 -3 9
Jumlah 504 28

Sisihan piawai A = √ 28/5 = 2.37

MUKA SURAT 296


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Sisihan piawai pekerja B


HARI Output (x) Min (ẋ) x-ẋ ( x - ẋ)2
Isnin 95 84 11 121
Selasa 102 84 18 324
Rabu 88 84 4 16
Khamis 80 84 -4 16
Jumaat 75 84 -9 81
Sabtu 64 84 -20 400
Jumlah 504 958

Sisihan piawai B = √ 958/5 = 13.84

Rumusannya sisihan piawai pekerja A lebih kecil berbanding pekerja B. Ini bermakna pekerja A
pengeluarannya lebih tekal atau konsisten dan boleh dipercayai prestasinya berbanding dengan pekerja B

v. Pelbagai Carta dan Graf


a. Histogram

MUKA SURAT 297


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b. Carta Bar

c. Graf Garis
output

MUKA SURAT 298


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d. Carta Pie

e. Jadual
Jurujual Jualan bulanan
(unit kereta)
A 80
B 75
C 92
D 88
E 65
Jumlah 400

2. Pokok Keputusan
 Pokok keputusan adalah satu gambarajah yang merujuk kepada pembentukan alternatif pilihan yang dapat
membantu pembuat keputusan untuk memilih keputusan yang terbaik.
 Ia melibatkan kebarangkalian hasil yang akan diperolehi dari alternatif keputusan yang dibentuk. Ia
biasanya dibentangkan dalam bentuk gambar rajah agar mudah difahami oleh pembuat keputusan.
 Dalam rajah pokok keputusan terdapat titik keputusan, peristiwa kebarangkalian atau keadaan, dan hasil
yang mungkin didapati.
 Pokok keputusan digunakan apabila terdapat dua atau lebih urutan keputusan dan keputusan tersebut
bergantung kepada peristiwa kebarangkalian.

MUKA SURAT 299


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Contoh: Syarikat Bris Sdn Bhd bercadang untuk membeli mesin baru atau menyewa mesin bagi
menambah pengeluaran hasil syarikat. Maklumat dalam jadual di bawah menunjukkan peristiwa dan
kebarangkalian yang akan dihadapi oleh syarikat.
Alternatif Peristiwa (kebarangkalian)
Ekonomi meningkat Ekonomi tetap
Membeli mesin (hasil) RM 30,000 (0.3) RM 10,000 (0.7)
Menyewa mesin (hasil) RM 20,000 (0.6) RM 15,000 (0.4)
Jadual : Jangkaan Hasil Dalam Dua Situasi

Titik Keputusan Peristiwa Kebarangkalian Hasil

RM30,000
A1

RM10,000

RM20,000

RM15,000

Rajah: Pokok Keputusan


Titik Keputusan : Alternatif 1 – A1 - membeli mesin
Alternatif 2 - A2 - menyewa mesin

MUKA SURAT 300


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Peristiwa kebarangkalian :

Hasil alternatif 1:
a) Keuntungan RM 30,000 Kebarangkalian 0.3
b) Keuntungan RM10,000 Kebarangkalian 0.7

Hasil alternatif 2 :
a) keuntungan RM 20,000 Kebarangkalian 0.6
b) keuntungan RM 15,000 Kebarangkalian 0.4

Pengiraan Jangkaan Nilai Kewangan (EMV):

EMV (membeli mesin) = 0.3 (30,000) + 0.7 (10,000) = RM16,000

EMV (menyewa mesin) = 0.6 (20,000) + 0.4 (15,000) = RM18,000

Keputusan: Oleh kerana EMV untuk menyewa mesin bagi menambah pengeluaran adalah lebih
tinggi, maka keputusan yang terbaik bagi Syarikat Bris Sdn. Bhd. adalah menyewa mesin.

MUKA SURAT 301


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
9.2.2 Alat Membuat Alat Membuat Keputusan Kualitatif
Keputusan Kualitatif  Keputusan kualitatif pula adalah merujuk kepada penggunaan pertimbangan yang subjektif berdasarkan idea,
kreativiti, pengalaman, gerak hati dan pendapat dalam membantu pengurus membuat keputusan.
b) Mengaplikasikan alat  Contoh alat keputusan kualitatif adalah seperti analisis sebab dan kesan (analisis tulang ikan), sumbang saran,
membuat keputusan kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan nominal. kreativiti dan inovasi.
kualitatif seperti
analisis tulang ikan, 1. Analisis Tulang Ikan (Analisis Sebab dan Kesan)
sumbang saran,  Analisis tulang ikan merujuk kepada sumber masalah iaitu masalah manusia, mesin, kaedah dan bahan dan
kumpulan fokus, kesan yang wujud.
teknik Delphi, dan  Kaedah ini digunakan bagi mengenal pasti masalah sebenar melalui percambahan fikiran. Masalah
teknik kumpulan dibahagikan kepada empat perkara utama iaitu sama ada ia berpunca dari manusia, bahan, mesin atau
nominal. kaedah. Untuk mengetahui masalah tersebut perbincangan dalam kumpulan amat diperlukan.
 Semasa percambahan fikiran ahli-ahli akan memikirkan sebab atau punca masalah dan menyenaraikan
Griffin(1993) pecahan kecil masalah mengikut kategori masalah yang ditetapkan.
Daft (2008)  Kaedah ini akan mengeluarkan seberapa banyak pecahan kepada masalah dan mencadangkan kaedah
penyelesaian kepada masalah tersebut.

Kepala ikan :
 Akibat (kesan) dari masalah seperti produk tidak berkualiti.

Cabang utama:
 Adalah masalah utama yang mungkin disebabkan oleh mesin, manusia, bahan atau kaedah

Ranting:
 Pecahan kecil kepada masalah utama.
 Contoh jika masalah mesin, pecahan kepada masalah mesin adalah mesin lama, mesin selalu rosak, jenis
mesin yang tidak standard, kapasiti mesin tidak sesuai dan sebagainya.
 Begitu juga dengan masalah manusia, kaedah dan bahan.

MUKA SURAT 302


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Manusia Bahan

Akibat

Mesin Kaedah

Rajah : Analisis Tulang Ikan

2. Sumbangsaran
 Teknik sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.
 Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat
menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.
 Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus
dipatuhi iaitu ;
i. Topik perbincangan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
ii. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan
lancar.
iii. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
iv. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
v. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.
vi. Kumpulan terdiri dari pekerja yang pelbagai kebolehan

MUKA SURAT 303


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kumpulan focus
 Merujuk kepada sekumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur. Setiap
ahli kumpulan mesti mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran.
 Perkara yang perlu dilakukan sebelum sesuatu sesi perbincangan untuk membuat keputusan adalah seperti
berikut;
i. Seorang fasilitator akan dilantik untuk membantuk kumpulan membuat perbincangan.
ii. Penyertaan setiap ahli kumpulan amat diperlukan dalam setiap sesi perbincangan bagi meghasilkan
pelbagai idea baru.
iii. Ahli kumpulan akan dirangsang dengan kritikan-kritikan dari ahli kumpulan untuk menghasilkan idea
dalam proses membuat keputusan supaya idea menjadi lebih kreatif.
iv. Setiap idea akan disaring dan akhirnya satu keputusan akan dapat dicapai atas persetujuan setiap ahli di
dalam kumpulan fokus.

4.Teknik Delphi
 Merujuk kepada pengutipan data atau maklumat berdasarkan kaedah tinjauan daripada ahli-ahli yang
terlibat.
 Kaedah pelaksanaan teknik Delphi adalah seperti berikut;
i. Setiap ahli akan memberi idea kreatif secara bertulis, yang kemudiannya akan menjadi rujukan dalam
membuat keputusan.
ii. Tarkrifan keperluan maklumat atau data diberikan kepada setiap ahli.
iii. Ahli-ahli dalam kumpulan tidak bersua muka, mereka akan memberi idea secara bertulis dan tidak
bertemu antara satu sama lain, dengan itu setiap ahli bebas mengemukakan idea walaupun idea yang
diberi merupakan idea yang sensitif.
iv. Idea atau pandangan yang diberi akan dikumpul dan akan dinilai oleh ketua kumpulan yang pakar
dalam menganalisis serta akan disebarkan kepada ahli kumpulan sehinggalah idea tersebut akan
dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan.

 Kelemahan menggunakan kaedah teknik Delphi;


i. Ahli kumpulan yang terlibat mungkin bukan pakar dalam bidang yang dibincangkan.
ii. Sukar untuk membentuk kumpulan yang berakauntabiliti, kerana setiap ahli kumpulan tidak dikenali
MUKA SURAT 304
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
oleh ahli kumpulan lain.
iii. Mengambil masa yang lama dalam mengumpul data dan maklumat.
iv. Kemungkinan ahli dalam kumpulan akan bertukar disebabkan masa yang terlalu lama diambil, atau
masalah yang dibincangkan terlalu sukar.
v. Ahli kumpulan sukar memahami soalan dan akan menyebabkan persetujuan tidak dapat dicapai dengan
mudah.

5. Teknik Kumpulan Nominal


 Merupakan satu kumpulan panel yang ditubuhkan dengan mempunyai struktur supaya dapat memberi
peluang kepada semua ahli memberi idea dan alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud.
 Proses menghasilkan idea melalui kumpulan nominal adalah seperti berikut;
i. Mengenalpasti masalah, kumpulan dikehendaki menulis seberapa banyak alternatif secara bebas.
ii. Setiap ahli diberi peluang menulis idea tersebut dipapan tulis untuk dibincangkan. Setiap ahli lain akan
diberi peluang membincangkan setiap idea yang diberikan, proses penambahbaikan idea dilakukan
pada peringkat ini.
iii. Proses pengundian awal akan dibuat untuk memilih idea yang bernas yang boleh menyelesaikan
masalah.
iv. Proses pengundian akhir dibuat untuk memilih satu alternatif yang terbaik bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.

MUKA SURAT 305


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
9.3 Faktor Yang Mempengaruhi Pembuatan Keputusan

9.3.1 Faktor Kedapatan Pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan
Maklumat  Faktor kedapatan maklumat merujuk kepada maklumat yang diperolehi tepat ataupun sah, bagi
membolehkan sesuatu keputusan yang dibuat itu adalah betul dan berkualiti.
a) Membincangkan  Pembuat keputusan boleh menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan supaya sesuatu keputusan itu lebih
pengaruh faktor berkualiti dan tepat.
kedapatan maklumat  Sistem maklumat pengurusan dalam sesebuah organisasi melibatkan aktiviti memungut data, menyusun data,
terhadap pembuatan membuat interpretasi data dan menyebarkan maklumat kepada pembuat keputusan.
keputusan. Faktor Kedapatan Maklumat.
1. Cara mendapatkan maklumat.
Griffin(1993) Sekirannya cara atau kaedah untuk mendapatkan maklumat adalah jelas dan sumber yang sahih maka
Daft (2008) keputusan yang dibuat adalah lebih baik. Contoh: cara mendapatkan maklumat tentang lokasi perniagaan
Schermerhorn (2007) dilakukan dengan cara soal selidik kepada bakal pengguna, mendapatkan maklumat daripada jabatan
penilaian, membuat pemerhatian terhadap persaingan dll. Maka kaedah yang digunakan adalah menyeluruh
dan seterusnya pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat.

2. Jumlah atau kuantiti maklumat


Sekiranya maklumat yang diperoleh adalah banyak dan dari perlbagai sumber, maka keputusan pemilihan
lokasi perniagaan yang lebih baik dapat dibuat.

3. Jangka masa atau tempoh mendapatkan maklumat


Sekiranya mempunyai jangka masa yang panjang, maka usahawan boleh mendapatkan maklumat yang
lebih banyak dan berkualiti, maka keptusan pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat.

4. Kualiti maklumat
Maklumat yang diperoleh berkualiti dan dari sumber yang sahih serta boleh diukur, maka keputusan
pemilihan lokasi adalah lebih baik. Contoh: mendapat maklumat berkualiti tentang harga tanah, harga
bangunan, potensi masa hadapan, jumlah persaingan dll dalam maklumat berangka, maka lebih mudah
untuk membuat keputusan.
MUKA SURAT 306
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bentuk-bentuk maklumat yang boleh diperolehi.
1. Data pengeluaran.
 Data yang menunjukkan jumlah pengeluaran , bilanggan pelanggan dan, penggunaan mesin.

2. Data komersial
 Data yang menujukkan jualan, paras stok dan aktviti persaingan.

3. Data kewangan
 Melibatkan data alir tunai masa kini dan masa hadapan dan data-data berkaitan dengan pelaburan
kewangan.

4. Data pekerja.
 Merujuk kepada bilangan pekerja dan latihan yang diberi kepada pekerja.

Terdapat enam langkah dalam menghasilkan maklumat dalam proses pembuatan keputusan.
1. Sumber data
 Merujuk kepada punca data yang bersesuaian yang boleh didapati.

2. Pemungutan data
 Merujuk kepada bagaimana data diperolehi dari pelbagai sumber.

3. Analisis data
 Melibatkan penyusunan dan mengketegorikan data.

4. Menginterpretasi data
 Merujuk kepada aktiviti mentafsir data kepada satu bentuk data yang boleh digunakan.

5. Komunikasi
 Melibatkan aktiviti menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pihak yang membuat keputusan.

MUKA SURAT 307


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Pembuatan keputusan.
 Proses membuat keputusan dilakukan apabila pembuat keputusan mempunyai maklumat yang cukup.

Kegunaan Maklumat Kepada Pembuat keputusan


1. Boleh meningkatkan kualiti dalam membuat keputusan.
 Sesuatu maklumat yang lengkap membolehkan keputusan yang dibuat lebih berkualiti.

2. Boleh diguna untuk meramalkan sesuatu perkara dimasa hadapan.


 Data yang berkaitan dengan trend sesuatu senario membolehkan pembuat keputusan menjangkakan sesuatu
perkara yang akan berlaku dimasa akan datang.

3. Digunakan sebagai alat pemantauan tentang prestasi pencapaian sesebuah organisasi.


 Maklumat berkaitan dengan pesaing umpamanya boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi
membandingkan prestasi syarikat berbanding syarikat pesaing.

4. Sebagai strategi dalam menghadapi pesaing.


 Maklumat yang diperolehi bagi mengetahui apakah yang dilakukan oleh pesaing dan seterusnya boleh
dijadikan panduan untuk membentu satu strategi bagi persaingan.

MUKA SURAT 308


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
9.3.2 Faktor Kecekapan Pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan
Pembuat Keputusan
 Kecekapan merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan sesuatu kerja dengan menghasilkan produk yang
b) Membincangkan maksimum dengan kos yang minimum.
pengaruh faktor  Faktor kecekapan pembuat keputusan itu sendiri antaranya ialah;
kecekapan pembuat
keputusan terhadap 1. Personaliti
pembuatan  Personaliti pembuat keputusan terbahagi kepada dua iaitu konservertif dan kesempurnaan. Personaliti
keputusan; konsevertif merujuk kepada sifat berhati-hati mengambil keputusan terutamanya keputusan yang
berisiko tinggi.
Griffin (1993),
Daft (2008) 2. Kebijaksanaan
 Merujuk kepada tahap pendidikan, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki. Golongan ini akan
membuat keputusan yang lebih berkesan berbanding dengan golongan yang kurang mempunyai tahap
pendidikan.

3. Nilai-nilai yang diamalkan oleh pembuat keputusan.


 Merujuk kepada aspek penting dan berkaitan seperti kewangan dan kualiti kerja kehidupan. Antara nilai-
nilai yang sering digunakan antaranya nilai teoritikal, nilai ekonomi, nilai estetika, nilai sosial, nilai
politik dan nilai agama.

4. Intuisi
 Merujuk kepada gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan.
Intuisi boleh terjadi akibat pengalaman atau pengetahuan dan kemunasabahan daripada pengalaman
tanpa bergantung kepada teknik analisis dan kaedah.

5. Kreativiti
 Merujuk kepada satu proses menghasilkan satu idea baharu untuk digunakan dalam membuat satu
tindakan membuat keputusan.

MUKA SURAT 309


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
9.2.3 Faktor Situasi Faktor-aktor situasi dalam membuat keputusan.
Pembuatan 1. Situasi membuat keputusan kepastian
Keputusan.  Keputusan dapat di buat dengan tepat kerana persekitaran terlibat dalam membuat keputusan dapat
dijangkakan
(c) Membincangkan  Maklumat boleh didapati dengan lengkap dan tepat.
pengaruh faktor  Keputusan ini mudah dan bercorak rutin.
situasi terhadap  Contohnya, penyelenggraan pejabat, pembelian peralatan pejabat dan sebagainya.
pembuatan
keputusan 2. Situasi keputusan yang berisiko
termasuklah  Keputusan yang akan dibuat dalam keadaan persekitaran yang berubah dan sukar untuk dijangkakan.
kepastian, risiko,  Maklumat yang dikutip kurang tepat dan tidak lengkap.
ketidakpastian, dan  Contohnya seperti menjual produk di kawasan pasaran yang baru.
kesamaran.
3. Situasi keputusan yang ketidakpastian
Griffin (1993)  Keputusan yang dibuat dalam keadaan persekitaran yang tidak dapat diramalkan perubahannya.
Daft (2008)  Tidak terdapat maklumat untuk menjadi panduan dalam membuat keputusan.
 Pengurus harus berhati-hati dalam mengambil keputusan bagi keadaan ini kerana risikonya tersangat
tinggi.
 Contohnya, kemasukkan pesaing baru atau produk baru dalam pasaran yang tidak dijangkakan.

4. Situasi keputusan dalam keadaan kesamaran


 Merupakan satu keadaan paling sukar pihak pembuat keputusan membuat keputusan.
 Keadaan ini berlaku disebabkan pihak pembuat keputusan tidak mengetahui matlamat dengan jelas dan
masalah yang dihadapi secara terperinci.
 Pembuat keputusan juga langsung tidak mempunyai maklumat lengkap dan jelas dalam menjana sebarang
alternatif.
 Pembuat keputusan akan terdedah dengan konflik antara matlamat yang ingin dicapai dengan pemilihan
alternatif yang ada. Pengurus boleh menggunakan kaedah berimaginatif tentang masalah yang mungkin
berlaku ke atas organisasi serta boleh bersikap analitikal dalam pemerhatian terhadap persekitaran

MUKA SURAT 310


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan

1. Jelaskan keputusan rutin yang perlu dibuat oleh seorang pengurus organisasi.[4]

Cadangan Jawapan
 Keputusan rutin merujuk penyelesaian masalah yang dijangka/ masalah berstrukutur/maslah berulang-ulang.
 Melibatkan keputusan diperingkat operasi harian.
 Sangat penting bagi pengurus bawahan.
 Keputusan yang dibuat memerlukan keputusan segera.
 Melibatkan risiko yang rendah.
 Contoh: pengurus menyelesaikan masalah bayaran gaji bulanan.

2. Jelaskan keputusan tak rutin yang perlu dibuat oleh pengurus atasan dalam sesebuah organisasi. [4]

Cadangan Jawapan
 keputusan tak rutin merujuk kepada penyelesaian masalah bagi situasi yang tidak lazim/masalah tidak dijangka/masalah tak
terprogram/tidak berulang.
 merupakan keputusan yang sangat penting bagi pengurus atasan.
 keputusan tak rutin melibatkan komitmen sumber seperti modal yang besar.
 melibatkan risiko yang tinggi.
 boleh mempengaruhi keseluruhan organisasi.
 contoh: pengarah urusan syariakt membuat keputusan mengenai pembentukan visi organisasi.

MUKA SURAT 311


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Seorang pengurus kilang biskut menghadapi masalah pengeluaran yang semakin berkurangan. Huraikan proses pembuatan keputusan yang
perlu diambil oleh pengurus untuk menyelesaikan masalah berkenaan.[18]

Cadangan Jawapan
 Pengurus kilang biskut boleh menggunakan langkah-langkah berikut dalam proses pembuatan keputusan:
1. Mengenalpasti masalah
 Langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan ialah seseorang pengurus perlu mengetahui wujudnya masalah dalam
organisasi.
 Sebarang keputusan yang dibuat adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.
 Pengurus perlu mengetahui dengan jelas dan khusus masalah yang wujud dari aspek punca dan kesan masalah.
 Bagi situasi di atas, masalah utama ialah pengeluaran yang semakin berkurangan.

2. Mengutip data
 Sebelum membuat keputusan, seorang pengurus perlu mendapatkan maklumat dan data berkaitandengan masalah yang
dihadapi.
 Maklumat dan data boleh diperoleh dari sumber dalam seperti jumlah pekerja dan kemahiran pekerja serta peralatan dalam
organisasi dan sebagainya.
 Maklumat dan data lebih banyak diperoleh jika masa yang diberikan untuk mendapat maklumat mencukupi.
 Maklumat dan data yang lengkap dan tepat dapat membantu pengurus membuat keputusan yang tepat.
 Pengurus perlu mendapatkan maklumat lengkap mengapa berlaku pengurangan pengeluaran biskut di kilangnya.

3. Menganalisis data
 Maklumat dan data mentah yang diperoleh mesti di analisis secara sitematik oleh pengurus.
 Data boleh dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
 Pengurus boleh menggunakan kaedah kualitatif iaitu gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah.
 Data yang telah dianalisis akan digunakan untuk mencari menjana alternatif.

MUKA SURAT 312


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Menjana alternatif
 Menjana alternatif bermaksud pengurus akan mencari dan menyenaraikan alternatif-alternatif sebanyak mungkin untuk
menyelesaikan masalah.
 Pengurus boleh menggunakan kaedah gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah pengurangan pengeluaran.
 Pengurus akan mencari punca utama masalah dan punca kecil masalah dengan menggunakan rajah dan data
 Maklumat dan data yang mencukupi dapat membantu pengurus menjana alternatif yang berkualiti dan berkesan.

5. Menilai alternatif
 Setelah alternatif telah dijana dan disenaraikan, pengurus akan membuat penilaian ke atas setiap alternatif yang disenaraikan.
 Pengurus akan mencari kekuatan dan kelemahan bagi setiap alternatif.
 Pengurus akan membandingkan setiap punca besar dan punca kecil masalah melalui gambarajah tulang ikan.
 Pengurus akan membuat perbandingan setiap alternatif berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang ada.
 Pengurus akan menyenaraikan alternatif mengikut keutamaan.

6. Memilih alternatif
 Memilih alternatif bermaksud langkah yang akan diambil oleh pengurus organisasi untuk menyelesaikan masalah.
 Pemilihan alternatif terbaik bergantung kepada penilaian yang dibuat ke atas setiap alternatif yang disenaraikan.
 Pengurus akan memilih salah satu punca utama masalah dan menyelasaikan masalah yang wujud.
 Alternatif yang dipilih mestilah dapat memberi pulangan paling tinggi kepada organisasi.
 Alternatif dipilih juga mestilah dapat memastikan matlamat organisasi tercapai.
 Pengurus mungkin memilih faktor manusia sebagai malasah utama dan kurang kemahiran sebagai punca kecil. Pengurus akan
menghantar pekerja untuk latihan kemahiran.

MUKA SURAT 313


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Senaraikan langkah yang perlu diambil dalam pembuatan keputusan rasional sebelum memilih alternative. [5]

Cadangan Jawapan
 Langkah-langkah yang perlu diambil dalam pembuatan keputusan rasional ialah:
1. Mengenalpasti masalah
2. Mengutip dan menganalisis data dan maklumat
3. Menjana alternative penyelesaian
4. Menilai alternative
5. Memilih alternative terbaik

MUKA SURAT 314


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan kajian Kes Penggal 2

AirAsia: Satu Budaya

AirAsia Berhad adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Sepanjang pengoperasiannya AirAsia berjaya mendapat anugerah
syarikat tambang rendah terbaik dunia beberapa kali. Menurut sumber AirAsia, pelbagai faktor telah mempengaruhi kejayaannya. Antaranya
ialah pengurusan organisasi yang baik dan kepimpinan yang mantap.
Pada peringkat awal operasinya, semua jabatan termasuk pengiklanan, IT, undang-undang, promosi, sumber manusia, pejabat Tony
Fernandes, timbalannya dan juga pengerusi syarikat beroperasi di tingkat yang sama. Tony Fernandes sama sekali tidak ada bilik, ruang
terbuka, hanya satu meja kecil dengan dekorasi minimum dan koleksi topi di hujung dinding. Jabatan Sumber Manusia juga hanya terdiri
daripada ruang kecil dengan beberapa kerusi. Menurut Tony Fernandes, antara kriteria calon kakitangan yang akan dipilih dalam proses
temuduga adalah, “jika dia melihat pejabat dan cara kami bekerja ini dan berkata “wow”, dan itulah orangnya”. Falsafah AirAsia adalah
menarik yang terbaik, melatih, dan mengekalkan mereka. Bukan sahaja terbaik dari segi kelayakan akademik tetapi sikap yang betul,
keterbukaan kepada idea baru, keupayaan untuk berfikir dengan cara berbeza dan apabila keadaan sukar, mencuba dan terus mencuba.

Ahmad Faizul, kakitangan kelompok kelapan antara yang paling awal menyertai AirAsia, bertugas sebagai pengurus kabin. Dengan
bermula sebagai ahli krew dan kini diiktiraf oleh Tony Fernandes sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan
komunikasinya. Selain itu, ada kakitangan yang bermula sebagai penjaga kaunter bergaji seribu ringgit kini menjadi Kapten pesawat dengan
gaji RM 30,000 sebulan. AirAsia merupakan syarikat satu Malaysia dan juga syarikat bumiputera. Pengurus kanan AirAsia terdiri daripada
ramai bumiputera, tetapi bukan dilantik atas dasar kaum kerana semua kakitangan dinilai melalui merit masing-masing. Pembahagian tugas
bagi pengurusan tertinggi adalah seperti berikut; Kamarudin menjaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar menjaga public relations (PR),
dan Tony Fernandes menjaga operasi dan pemasaran.

Tiada kesatuan sekerja di AirAsia. Hal ini demikian kerana kakitangan tidak mahukannya walaupun banyak pihak luar yang datang
melobi. Kakitangan merasakan bahawa mereka tidak perlu kepada kesatuan sekerja kerana mereka boleh bertemu dengan ketua mereka
pada bila-bila masa sahaja. Sejak tujuh tahun lalu, AirAsia tidak pernah memberhentikan pekerja mereka bahkan kakitangan berpeluang
dinaikkan pangkat dengan mudah jika berkebolehan dalam syarikat. Tiada protokol tertentu diamalkan antara ketua dengan kakitangan
bawahan. Mereka bekerja seperti satu keluarga besar.
Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.agendadaily.com yang dicapai pada 24/6/2012)
Berdasarkan kes di atas:
MUKA SURAT 315
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(i) Jelaskan bentuk penjabatanan organisasi AirAsia. [10]

(ii) Jelaskan lima cara AirAsia memupuk semangat pasukan dalam kalangan kakitangan mereka? [12]
(iii) Terangkan gaya kepimpinan Tony Fernandes. [8]

Cadangan Jawapan
(i) Jelaskan bentuk penjabatanan organisasi AirAsia.
Bentuk penjabatanan AirAsia ialah fungsian fakta wajib
Penjabatanan dibentuk mengikut fungsian perniagaan/ memaparkan jabatan mengikut fungsi jabatan/tugas.

Kaitan Kes
Bentuk penjabatan AirAsia terdiri daripada :
1. Jabatan kewangan dan koperat – En kamaruddin
2. Jabatan operasi dan pemasaran – En Tony Fernandes
3. Jabatan perhubungan awam – En Aziz bakar
4. Jabatan pengiklanan
5. Jabatan IT
6. Jabatan Promosi
7. Jabatan undang-undang
8. Jabatan sumber manusia
9. Pejabat Tony Fernandes
10. Pejabat timbalannya dan juga pengerusi

MUKA SURAT 316


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(ii) Jelaskan lima cara AirAsia memupuk semangat pasukan dalam kalangan kakitangan mereka?

Pasukan merujuk kepada sekumpulan individu yang berkerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama.

Lima cara bagaimana AirAsia memupuk semangat pasukan dikalangan kakitangan mereka ialah :
Kaitan dengan kes:
1. Pekerja dinaikkan pangkat kerana merit bukan sebab faktor lain.
2. Tiada kesatuan, kakitangan bebas berjumpa dengan bos pada bila-bila masa sahaja.- tiada protokol
3. Tidak pernah memberhentikan pekerja mereka.- mewujudkan kesetiaan
4. Dengan menggunakan falsafah AirAsia sebagai satu keluarga.
5. Menghargai kakitangan mereka dengan memberi ganjaran diatas semangat kesetiaan kepada AirAsia.
6. Sikap yang betul tidak pernah memberhentikan kerja
7. Layanan yang sama rata – tiada kelebihan dalam kemudahan
8. Toleransi – keupayaan berfikir secara berbeza
9. Keterbukaan kepada idea baru

iii) Terangkan gaya kepimpinan Tony Fernandes.


Gaya kepimpinan demokratik.
Pengurus menerima pandangan dari pekerja tetapi keputusan akhir terletak di tangan pengurus
Kaitan dengan kes:
1. Tiada protokol tertentu antara beliau dan kakitangannya.
2. Membenarkan kakitangan berjumpa dengannya pada bila-bila masa.
3. Ruang bilik yang serba ringkas, dekorasi minimum serta meja kecil.
4. Keterbukaan kepada idea baru+ huraian
5. Keupayaan berfikir dengan cara berbeza

MUKA SURAT 317


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Senarai Rujukan Modul Pengajian Perniagaan Penggal 2

Akta Jualan barangan 1957 (Akta 382) International Law Book Services, 2013

Akta Kontrak 1950 ( Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120), International Law Book Services, 2013

Business Law, Lee Mei Pheng, Ivan Jeron Detta, 2011, Oxford University Press

Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil – abu bakar hamed – penerbit@uum.edu.my

Management: Principles and Practices – 10th edition – south western

New Era of management – Richard L. Daft, 9th edition – south western

Pengenalan Kepada Perniagaan , Sabri Hj. Hussin, Cengage Learning.

Pengenalan Undang-undang Kontrak Edisi ke 2, Abdul Aziz Hussin, Dewan Bahasa dan Pustaka (2012)

Pengurusan organisasi – edisi ketiga – zafir mohd makhbul, mohd. Hizam hanafiah dan fazilah mohamad hasun – cengage learning

Program Jarak Jauh, Undang-undang Perniagaan, Pusat Pengajian Kampus, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Undang-undang Komersial Malaysia, Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Hussain, 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka

MUKA SURAT 318


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL
HURAIAN
PEMBELAJARAN
RUJUKAN
10.0 KEUSAHAWANAN
10.1 Skop keusahawanan
a) Mentakrifkan
usahawan dan Takrif usahawan
keusahawanan
 Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi
Rosli Mahmud memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan
et.al.(2010) menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan.

Sabri Hj Hussin (2002) Takrif keusahawanan

Abu Bakar Hamed et. al.  Satu proses merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko.
(2007)  Melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baharu.

Ebert , Griffin (2015)


b) Membezakan antara
usahawan, peniaga Dimensi Usahawan Peniaga
dan pengurus
Definisi Manusia yang mengenalpasti dan merebut Menjalankan aktiviti perniagaan untuk
Rosli Mahmud et.al. peluang, berani mengambil risiko seterusnya mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri
(2010) mengambil inisiatif bagi memulakan dan keluarga sahaja.
perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan
mengurus sumber-sumber (faktor
pengeluaran) dan menambah nilai kepada
sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan
keuntungan.
MUKA SURAT 319
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengam- Mengambil risiko sederhana dan terhitung Mengambil risiko yang rendah
bilan risiko

Pengurusan dan Kaedah pengurusan yang cekap, sistematik Kaedah pengurusan yang statik dan
kepimpinan dan terkini serta mempunyai gaya mempunyai tahap kepimpinan yang rendah.
kepimpinan yang tinggi.

Menggemb- Berupaya menggemblengkan sumber secara Menggemblengkan sumber untuk penerusan


leng sumber kreatif dan inovatif bagi perkembangan perniagaan.
perniagaan.

Orientasi Sentiasa mencari, melihat dan merebut Sukar mengembangkan perniagaan kerana
terhadap peluang yang ada untuk mengembangkan tidak berupaya untuk mengenalpasti peluang
peluang perniagaannya. perniagaan.

Dimensi Usahawan Pengurus

Definisi Manusia yang mengenalpasti dan merebut Seorang yang bekerja dan menguruskan
peluang, berani mengambil risiko seterusnya sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama
mengambil inisiatif bagi memulakan ada untuk organisasi awam atau swasta.
perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan
mengurus sumber-sumber (faktor
pengeluaran) dan menambah nilai kepada
sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan
keuntungan.
Objektif Memenuhi impian dan pencapaian diri Menurut arahan pihak atasan bagi
melalui kebebasan mencari peluang mengembangkan organisasi dan menginginkan
perniagaan atau mencipta produk yang dapat kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa.
memanfaatkan masyarakat di samping
mendapatkan keuntungan.

MUKA SURAT 320


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Orientasi Mempunyai orientasi jangka masa terhadap Respon terhadap rancangan jangka pendek yang
terhadap masa matlamat yang agak panjang iaitu antara 5 bermatlamat untuk memenuhi kuota dan bajet
hingga 10 tahun untuk mengembangkan berdasarkan mingguan dan bulanan.
perniagaan.

Kecenderungan Penglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan Lebih kepada penyeliaan dan delegasi kerja.
bertindak operasi perniagaan yang dijalankan.

Kemahiran dan Mempunyai kelebihan dari segi pengurusan Mempunyai kelulusan akademik yang
kelulusan dan kemahiran perniagaan khususnya profesional terutama dalam bidang pengurusan.
kemahiran teknikal.
Nilai kendiri Mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Ciri-ciri pada diri adalah berdasarkan matlamat
organisasi.

Fokus utama Fokus utama terhadap perancangan yang Fokus utama terhadap perancangan yang
dibuat sendiri di samping memberi tumpuan ditetapkan oleh pihak atasan.
terhadap permintaan pasaran (masyarakat
dan perubahan teknologi)

Sikap terhadap Berupaya mengambil risiko sederhana dan Berhati-hati dengan risiko kerana takut
risiko terhitung. dipersalahkan dan dipecat.

MUKA SURAT 321


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c) Menjelaskan Sudut Mikro
peranan usahawan  Menyumbangkan idea dan pembaharuan
dalam masyarakat  Merancang dan melaksanakan perancangan strategik
usahawan secara  Menggemblengkan faktor-faktor pengeluaran
mikro dan makro  Mengurus, mengeluar dan mengedar barangan ke pasaran
 Menangani kekaburan dan ketidakpastian atau sebarang risiko kegagalan

Aini Hayati Muhammad Sudut Makro


et. al. (2013)  Mewujudkan peluang pekerjaan
 Meningkatkan taraf hidup rakyat
 Membangunkan industri sokongan
 Mempelbagaikan barangan di pasaran
 Menggunakan sumber tempatan dengan cekap
 Menjadi ‘role model’ dalam masyarakat
 Menjalankan tanggungjawab sosial

10.2 Teori Keusahawanan


a) Menerangkan teori- Pendekatan Ekonomi
teori keusahawanan  Bagi seorang usahawan kosnya (nilai atau perolehan) ialah keuntungan.
mengikut  Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.
pendekatan Pendekatan Psikologi
ekonomi,  Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderung kepada fokus dalaman ( kejayaan dicapai
pendekatan adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib).
psikologi dan  Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.
pendekatan Pendekatan Sosiologi
sosiologi  Usahawan bagi pengkaji sosial ialah seorang oportunis yang pandai mengambil peluang dan kesempatan daripada
persekitaran.
Sabri Hj Hussin (2002)  Seorang usahawan adalah orang yang pandai bergaul, mempengaruhi masyarakat untuk meyakinkan mereka
bahawa apa yang usahawan itu bawa adalah mempunyai kepentingan ramai.
MUKA SURAT 322
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) Mengaitkan teori
tersebut dengan Pelopor Teori Ekonomi Intipati Teori
pelopornya Richard Cantillon (1725)  Usahawan sebagai individu yang bersedia untuk memikul risiko dan
amat berbeza daripada mereka yang hanya menawarkan modal
Rosli Mahmud et.al. dengan mengharapkan pulangan tetap.
(2010)
Adam Smith (1776)  Usahawan sebagai individu yang membentuk organisasi untuk tujuan
Dr. Syed Zamberi komersial.
Ahmad (2009) Jean Babtiste Say (1830)  Usahawan ialah pengusaha (organizer) bagi sesebuah firma
perniagaan dan usahawan memainkan peranan yang sangat penting
dalam proses pengeluaran dan pengedaran.
John Struat Mill (1848)  Usahawan dianggap sebagai faktor pengeluaran yang keempat dalam
teori ekonomi.
Carl Menger (1871)  Usahawan dianggap sebagai agen ekonomi yang mengubah sumber
menjadi barangan dan perkhidmatan yang berguna dan membawa
kepada perkembangan perusahaan.
Joseph A. Schumpeter (1934)  Inovasi sebagai intipati keusahawanan.
 Usahawan sebagai seorang pengubahsuai atau ‘innovator’ tidak akan
membiarkan sistem ekonomi berada di dalam suasana yang beku.
 Usahawan juga memajukan teknologi yang belum pernah dicuba.
Alfred Marshall (1946)  Usahawan berkembang melalui proses evolusi iaitu hayat sesebuah
perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran.
Israel Kirzner (1973)  Usahawan berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu
segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.

Rosli Mahmud et.al.


(2010)
MUKA SURAT 323
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pelopor Teori Psikologi Intipati Teori
Dr. Syed Zamberi David McClelland (1961)  Individu-individu yang mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi
Ahmad (2009) Teori Kehendak Pada Pencapaian merupakan golongan yang lebih suka mengambil tanggungjawab ke
(merupakan cabang daripada model arah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri.
Baka)  Usahawan juga melakukan pengambilan risiko sederhana bertepatan
dengan kemahiran yang ada padanya.
De Vries dalam ‘Dollinger’ (1995)  Usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya tidak
Model Psikodinamik berpeluang untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu
menyebabkan mereka memberontak dengan mencari satu alternatif
baru bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin.

Pelopor Teori Sosiologi Intipati Teori


Max Weber (1958)  Elemen agama sebagai asas kejayaan usahawan yang ketika itu
merujuk kejayaan golongan Protestant di dalam ekonomi adalah
disebabkan oleh etika agama Protestant.
Everett Hagen (1962)  Usahawan wujud di kalangan kumpulan yang tidak berpuas hati
dalam masyarakat.
 Rasa tidak puas hati timbul kerana layanan atau tekanan yang mereka
terima dan mendorong mereka untuk berusaha mengatasi
kepincangan ini.
Gibb dan Ritchie (1981)  Peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan
Model Pembangunan Sosial usahawan-usahawan baharu.
 Terdapat interaksi atau tindak balas di antara individu-individu yang
belum berniaga dengan suasana di alam perniagaan.
Shapero & Sokol (1982)  Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang
mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi
usahawan, iaitu faktor dorongan keusahawanan dan faktor situasi.

MUKA SURAT 324


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
10.3 Ciri-ciri usahawan Berjaya
a) Menerangkan sifat-
sifat peribadi Sifat Peribadi Huraian
usahawan berjaya Inisiatif yang tinggi  Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan
tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa.
Berani mengambil risiko  Membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko, ini
Rosli Mahmud kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang
et.al.(2010) selamat.
Kreatif  Mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya
menghasilkan produk baharu dan canggih serta unik.
Inovatif  Sentiasa ingin membuat pembaharuan.
Dorongan ke arah kejayaan  Mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju.
Lokus kawalan dalaman  Kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya
tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
 Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah orang
yang yakin keputusan yang dibuatnya itu merupakan
keputusan yang terbaik untuk kepentingan semua pihak.
Dapat melihat dan mengambil  Dapat meramal dan menganalisis peluang yang boleh
peluang membawa keuntungan.
Optimistik  Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan
diambil.
Berorientasikan matlamat dan  Merancang dan menetapkan segala matlamat.
wawasan
Kebolehan membuat keputusan  Dinamis dalam membuat sebarang keputusan dengan
mengambilkira semua faktor dalaman dan luaran organisasi
serta pihak yang berkepentingan dengannya.

MUKA SURAT 325


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) Mengaitkan sifat-
sifat usahawan Sifat Peribadi Tokoh-tokoh Usahawan Semasa
dengan tokoh-tokoh Inisiatif yang tinggi Tan Sri Dato’Sri (Dr) Teh Hong Piow.
usahawan semasa  Walaupun hidup miskin ketika zaman kanak-kanak, beliau akhirnya berjaya membuka
bank sendiri yang kini diiktiraf sebagai antara bank dan syarikat terbaik di rantau Asia
Mohd. Salleh Din et.al. iaitu Public Bank.
(2005) Berani mengambil Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
risiko  Membeli Johor Port melalui tender pada RM330 juta.
Rosli Mahmud et.al.  Melalui Johor Port Sdn.Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
(2010)  Beliau berjaya mempopularkan pelabuhan tersebut sehingga dapat meyakinkan dua
buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan
Lim Wing Hooi (2011) Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kreatif Michael Dell.


 Usahawan pertama memperkenalkan pembelian komputer secara talian terus dengan
menggunakan talian internet kepada pengguna.
Inovatif Muhammad Yunus.
 Seorang usahawan dan ahli perniagaan sosial di Bangladesh telah mewujud dan
melaksanakan sebuah program perkongsian ladang yang dinamakan New Era Three
Share Farm yang mendorong petani mendapatkan keuntungan melalui kerjasama
dengan penduduk kampung dan pinjaman dari Bank Negara Bangladesh.
 Berteraskan pendapat bahawa pinjaman untuk bekerja sendiri adalah hak kemanusiaan
yang asas, beliau menubuhkan Bank Grameen untuk membantu lebih ramai orang
miskin untuk bekerja menjana pendapatan sendiri.

MUKA SURAT 326


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Dorongan ke arah Tan Sri Lim Goh Tong.
kejayaan  Dapat menyiapkan projek Genting Highlands dengan jayanya walaupun pada peringkat
awal projek ini amat mencabar kerana menghadapi pelbagai kekangan seperti modal
dan sebagainya.
Lokus kawalan Tun Daim Zainuddin.
dalaman  Menegaskan bahawa sesiapa pun akan berjaya sekiranya sentiasa memberikan yang
terbaik dalam apa juga usaha dan berpegang kepada integriti peribadi yang tinggi.

Dapat melihat dan T Ananda Krishnan.


mengambil peluang  Dapat merebut peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan penyiaran ASTRO.
 Beliau memiliki sistem satelit Malaysia yang pertama.

Optimistik Harsukhlal Maganlal Kamdar.


 Membuka sebuah kedai Kamdar di Jalan Chow Kit dan sebuah lagi di Globe Silk Store
pada tahun 1980an walaupun sebelum itu mereka telah menutup perniagaan di Jalan
TAR ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1977.
Berorientasikan Dato’ Tan Chin Nam.
matlamat dan  Beliau selalu mengatakan “saya berdagang dan membina. Itulah yang dapat saya
wawasan lakukan dengan terbaik.”
 Beliau telah membina Mid Valley City, projek mega yang terdiri daripada 8.78 juta
kaki per segi ruangan untuk disewa dan boleh menempatkan 16,000 kenderaan.

MUKA SURAT 327


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kebolehan membuat Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
keputusan  Berjaya mempertahankan perniagaannya dengan mengharungi tiga tempoh kemelesetan
ekonomi.
 Membuat keputusan menukar bidang perniagaan syarikat bermula daripada melombong
bijih timah kepada melombong kuari dan pasir.
 Beliau sekali lagi beralih arah ke sektor pembangunan hartanah, pelaburan hartanah,
pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan.
 Hasil kepelbagaian itu, beliau berjaya menubuhkan Sunway City Berhad, Sunway
Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.

c) Menjelaskan ciri-ciri 1. Bersikap proaktif


orang yang efektif  Seseorang yang proaktif ialah individu yang mempunyai inisiatif dan tanggungjawab untuk menyebabkan
berdasarkan Stephen sesuatu itu berlaku.
Covey (Tujuh Tabii
Orang Berjaya) 2. Berorientasikan matlamat
 Bermula dengan mengingat matlamat bermakna pemahaman jelas tentang destinasi yang dituju.
Covey, Stephen R..
(Penterjemah: Leo Ann 3. Lakukan perkara utama dahulu
Mean. Penyunting:  Mengutamakan perkara yang penting dahulu.
Adibah Amin) (1996)
4. Berfikiran “menang-menang”
 Rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam semua interaksi manusia.
 Persetujuan atau penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama.

5. Cuba memahami dahulu, dan kemudian cuba untuk difahami


 Menggunakan pendengaran empati iaitu mendengar dengan tujuan untuk memahami.
 Mencuba untuk memahami memerlukan timbang rasa manakala mencuba difahami memerlukan keberanian
yang tinggi.

MUKA SURAT 328


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Bersinergi
 Intipati sinergi adalah menghargai kelainan dan perbezaan.
 Pemikiran ‘Menang-Menang” menjadi prasyarat untuk proses komunikasi sinergistik.
 Manusia bekerjasama secara kreatif untuk menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu.

7. Tajamkan “gergaji”
 Proses memperbaharui empat dimensi sifat semula jadi seseorang individu iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
d) Menerangkan faktor  Kejayaan seimbang melibatkan keseimbangan dimensi sifat manusia merangkumi intelek, rohani, emosi, dan
kejayaan seimbang jasmani.
 Intelek harus ditingkatkan, emosi memerlukan kestabilan, rohani perlu menghampirkan diri dengan tuhan, dan
Abu Bakar Hamed fizikal memerlukan kecemerlangan kesihatan
( 2005)
Intelek
 Berhubung dengan minda atau mental manusia.
 Bagi meningkatkan kemahiran intelek, seseorang itu hendaklah menganalisis, menulis, membentang, berbincang,
dan berkomunikasi.
Emosi
 Emosi merupakan perkara dalaman individu.
 Melibatkan perubahan psikologi seperti gembira, sabar, syukur, tabah, tenang, marah, meradang, kecewa, sedih,
dan sebagainya.
Rohani
 Aspek dalaman yang berkaitan dengan jiwa.
 Bagi mendapatkan keseimbangan rohani, seseorang individu itu hendaklah mendekatkan diri kepada Tuhan dan
melakukan ibadah-ibadah yang dituntut oleh agama.
 Menyemai nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang.
Jasmani
 Aspek fizikal yang merujuk kepada jasad atau tubuh badan.
 Melibatkan penjagaan kesihatan, pengamalan pemakanan seimbang, senaman, istirahat dan lain-lain.

MUKA SURAT 329


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
10.4 Mencari, mengembang dan merealisasikan idea perniagaan
 Menjelaskan sumber 1. Pelanggan
yang boleh memberi  Merupakan pengguna kepada keluaran yang dihasilkan oleh pengeluar.
idea baharu  Idea dan pendapat mereka tentang sesuatu produk atau perkhidmatan contohnya tentang produk yang tiada
dalam pasaran.
Rosli Mahmud et.al.  Usahawan boleh menjalankan soal selidik, temu ramah dan pemerhatian terhadap pelanggan bagi mengetahui
(2010) cita rasa mereka.
 Usahawan juga perlu sentiasa peka kepada perubahan citarasa, keperluan dan kehendak pelanggan.
Mohd. Salleh Din et.al.
(2005) 2. Produk Sedia Ada
 Usahawan akan menganalisa produk sedia ada di pasaran dengan menukarkan corak pembungkusan, reka
Sabri Hj Hussin (2005) bentuk, kualiti yang lebih baik dan sebagainya.
.  Pembaharuan terhadap produk sedia ada akan menambahkan fungsi produk.
 Contohnya, syarikat-syarikat pembuat kereta dan telefon bimbit sering muncul dengan model-model baru.

3. Syarikat Sedia Ada


 Perniagaan yang dimiliki oleh orang lain yang mendapat pasaran secara meluas.
 Usahawan boleh mendapat idea untuk memulakan perniagaannya dengan mengaplikasikan atau meniru selepas
mengkaji kekuatan dan kelemahan syarikat tersebut.
 Usahawan juga boleh mendapati idea dari teknologi baharu yang digunakan oleh syarikat sedia ada atau
mengubahsuai teknologi tersebut mengikut kesesuaian syarikatnya nanti.

4. Saluran Pengedaran
 Terdiri daripada pemborong, agen dan peruncit.
 Mereka membantu sesuatu keluaran diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna akhir.
 Mereka mengedar pelbagai barang dan jenama, mendapatkan idea terbaharu untuk perniagaan dan
membuat perbandingan terhadap pelbagai produk dan maklumbalas daripada pengguna.

MUKA SURAT 330


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Paten
 Merupakan hakcipta yang dilindungi oleh undang-undang daripada ditiru atau dicetak.
 Paten ini boleh dijual kepada pengusaha yang ingin mengeluarkan keluaran tersebut secara sah.
 Hak mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima oleh syarikat yang membolehkan syarikat
memiliki kelebihan persaingan.

6. Dasar kerajaan
 Merangkumi aspek peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga sebarang bentuk
perancangan kerajaan mengikut sektor seperti pertanian, pelancongan, perindustrian, pendidikan dan
sebagainya.
 Beberapa contoh dasar kerajaan seperti galakan pelancongan, galakan Industri Desa, Homestay, kursus
persediaan sebelum bersara, proses pengeraman (incubator), konsep payung, skim bantuan dan pinjaman,
tabung-tabung kerajaan, dan juga kempen-kempen seperti ‘Belilah barangan buatan Malaysia”, “satu rumah
satu komputer” dan lain-lain lagi.

7. Penyelidikan dan pembangunan


 Dijalankan oleh tenaga pakar atau badan tertentu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan atau badan yang
ditubuhkan oleh syarikat itu sendiri.
 Hasil penemuan R&D boleh menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan semasa pengguna.

8. Profesional dan jururunding


 Golongan pakar dalam satu-satu bidang seperti kewangan, pemasaran, perundangan dan lain-lain.
 Usahawan mendapat idea perniagaan sama ada untuk mengatasi masalah atau membangunkan perniagaan
melalui cadangan, nasihat dan bimbingan pakar.

MUKA SURAT 331


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Menjelaskan kaedah 1. Soal selidik
menjana dan  Satu instrumen yang digunakan apabila usahawan membuat tinjauan.
mengembangkan  Responden akan ditanya beberapa soalan dan jawapan mereka akan dirumuskan oleh pengkaji.
idea 2. Sumbang saran (Brainstorming)
 Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk menjana seberapa banyak idea daripada sesuatu kumpulan dalam
Gillham, B. (2008) masa yang terkawal.
 Seorang ketua kumpulan akan mengendalikan sesi sumbang saran.
Rosli Mahmud et.al.  Peserta berperanan secara aktif dan bebas menyumbangkan idea.
(2010)  Idea-idea yang dijana semasa sesi sumbang saran perlu disaring dan dianalisis selepas sesi tersebut tamat.
Antara panduan mengendalikan sumbang saran:
Barringer, Bruce R. &  Suasana yang kondusif.
Ireland, R.Duane  Sebarang bentuk kritikan tidak dibenarkan.
(2008)
 Bebas menyumbang seberapa banyak idea.
 Semua idea diterima.
 Semua idea dicatat.
 Penilaian dibuat selepas selesai sesi sumbang saran.
3. Pemerhatian
 Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu, keadaan
persekitaran dan sebagainya.
 Idea untuk menubuhkan urus niaga yang baharu mungkin terhasil daripada pemerhatian terhadap keperluan diri
sendiri atau orang-orang di sekeliling kita.
4. Kumpulan fokus
 Melibatkan sekumpulan orang yang dipilih untuk berkongsi pendapat dan perasaan, sikap dan idea tentang
perkara tertentu.
 Hasil daripada perbincangan kumpulan itu akan dijadikan input untuk menjana idea atau menyelesaikan
masalah.
 Moderator akan memfokuskan perbincangan dengan menggunakan kaedah langsung dan tidak langsung.
 Seorang moderator akan mengemukakan soalan-soalan mudah kepada peserta untuk mendapatkan tindak balas.
 Ahli kumpulan boleh memberi komen terhadap cadangan atau pun pendapat yang dikemukakan.
MUKA SURAT 332
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Membincangkan Proses merealisasikan idea :
proses 1. Idea
merealisasikan idea  Idea dijana, dikumpul dan disenaraikan.
 Sumber utama idea termasuk sumber dalaman (R&D) dan sumber luaran seperti pelanggan, pesaing,
Sabri Hj Hussin (2002) pengedar,pembekal dan lain-lain.
2. Menapis idea
Abu Bakar Hamed et.  Idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenalpasti dan idea-idea yang kurang praktikal digugurkan.
al. (2007)  Kaedah penilaian yang digunakan pada peringkat ini ialah senarai semakan penilaian sistematik pasaran yang
mana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah-faedah.
Armstrong, Gary & 3. Membina konsep
Kotler, Philip (2011)  Penerangan idea secara terperinci daripada perspektif pelanggan.
 Bertujuan memberikan kefahaman kepada bakal pelanggan tentang kualiti terbaik dan ciri-ciri produk tersebut.
.  Untuk mengukur penerimaan pengguna, temuduga dengan responden terpilih dijalankan yang mana mereka
didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk.
 Konsep idea yang terbaik dan mendapat perhatian ramai akan dipilih.
4. Menguji konsep
 Menguji konsep produk baru dengan kumpulan sasaran pengguna untuk mengetahui konsep produk yang
mana paling menarik kepada bakal pengguna.
 Konsep yang dibina itu perlu diuji sama ada melalui perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa atau
perunding
5. Membuat rancangan perniagaan
 Sekiranya idea tersebut mempunyai asas yang baik, satu rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai
memperincikan idea yang hendak direalisasikan.
6. Membina fizikal (prototaip)
 Selepas idea melepasi semua peringkat itu barulah dibina fizikal atau prototaipnya.
7. Mengkomersialkan
 Peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk.
 Melibatkan penghasilan produk untuk dijual di pasaran.

MUKA SURAT 333


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
10.5 Memula dan menjalankan perniagaan
10.5.1 Kaedah memulakan 1. Memulakan sendiri
perniagaan  Menubuhkan sendiri satu perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka
a) Membincangkan perniagaan bermula pada peringkat awal lagi.
kaedah memulakan
sesebuah Kelebihan:
perniagaan, iaitu  Peluang merealisasikan idea sendiri kepada realiti
memulakan sendiri,  Kebebasan membuat keputusan dan perubahan kepada perniagaan
mengambilalih  Peluang memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan minat
perniagaan sedia  Berpeluang untuk memilih lokasi dan kemudahan fizikal
ada, francais, dan  Berpeluang membina imej dan reputasi
pakatan strategik Kelemahan:
(pelesenan, kontrak  Perlu lebih tumpuan dan pengorbanan dari aspek kewangan, masa dan tenaga.
pengeluaran, dan
 Sukar mendapat pinjaman kerana tiada rekod perniagaan lepas, tiada bukti prestasi, dan mungkin tiada harta
usahasama)
sebagai cagaran.
 Tiada keuntungan di awal perniagaan, memerlukan beberapa tahun untuk memperoleh keuntungan.
 Risiko perniagaan tinggi dari segi mendapatkan pelanggan dan gagal bersaing dengan perniagaan yang sudah
Rosli Mahmud et.al.
lama beroperasi.
(2010)

2. Mengambil alih perniagaan sedia ada


Sabri Hj Hussin (2002)
 Membeli perniagaan orang lain, menjadi rakan kongsi atau mewarisi perniagaan keluarga.
Wan Liz Ozman dan
Kelebihan:
Sulzari Muhamed
(2002)  Pekerja mahir sedia ada
 Perniagaan yang telah teguh dan mantap – nama telah dikenali, sistem pemasaran dan pengurusan yang telah
Ab. Aziz Yusof dan teruji, telah ada hubungan yang baik dengan pembekal dan pihak bank.
Zakaria Yusof (2004)  Pasaran sedia ada – telah ada pelanggan
 Lokasi yang strategik

MUKA SURAT 334


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan:
 Menanggung beban kewangan kerana perniagaan yang diambilalih mungkin sedang mengalami kerugian.
 Reputasi dan rekod yang buruk kerana kemungkinan pemilik asal menjual perniagaan tersebut berpunca dari
masalah urusniaga tidak jujur yang menimbulkan kemarahan pembekal, pelanggan dan sebagainya.
 Pekerja lama mungkin berpindah ke organisasi lain apabila berlaku pertukaran pihak pengurusan.
 Pekerja sedia ada mungkin tidak sesuai dengan perubahan yang hendak dilakukan dan memberi masalah
kepada pemilik baharu.
 Peralatan dan kelengkapan usang.
 Penilaian terlebih nilai – penilaian perniagaan yang hendak dibeli tidak dibuat dengan teliti menyebabkan
pemilik yang baharu membayar dengan harga yang tinggi.

3. Francais
 Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama
perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk menjalankan
perniagaan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Sebagai balasan francaisi
dikehendaki membayar sejumlah royalti dan yuran-yuran lain.

 Jenis-jenis francais:
i. Francais berformat
ii. Francais pengilangan (Product Manufacturing Licensing)
iii. Francais jenama / bertanda dagang (Trademark / Brand Name Licence)
iv. Francais Pengedaran (Dealership / Distributorship Franchaise)
v. Francais Penganjur (Promoter)

Kebaikan:
 Kaedah yang telah terbukti berkesan dan berjaya
 Mempunyai kaedah dan sistem latihan yang khusus
 Reputasi yang telah sedia diketahui / perniagaan telah popular
 Sokongan kewangan

MUKA SURAT 335


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Risiko yang rendah
 Faedah ekonomi bidangan dari segi pengiklanan, promosi, pembelian peralatan dan bahan mentah secara pukal

Kelemahan:
 Mengurangkan kebebasan francaisi kerana tertakluk kepada pelbagai peraturan dan kaedah operasi yang telah
ditetapkan
 Perlu menjadi usahawan sepenuh masa dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.
 Tiada identiti tersendiri
 Risiko kejatuhan seluruh rangkaian
 Kesukaran bila berlaku krisis
 Menanggung kos royalti dan yuran yang tinggi
 Produk dan saiz pasaran yang terhad

4. Pakatan strategik (strategic alliance)


 Satu kerjasama antara dua atau lebih syarikat atau unit-unit perniagaan bagi mencapai objektif masing-masing
secara bersama. Dalam pasaran yang baharu, pakatan strategik membenarkan seseorang usahawan untuk
mendapatkan kelebihan kompetetif menerusi akses kepada sumber-sumber rakan pakatan, termasuk juga
pasaran, teknologi, modal dan manusia.

Jenis-jenis pakatan strategik:

i. Pelesenan:
 Pelesenan adalah persetujuan, iaitu sebuah syarikat utama atau pemegang lesen (licensor) memberi
hak-hak tertentu kepada sesebuah syarikat atau penerima lesen (licensee) di negara lain atau pasaran
berbeza dengan syarikat utama untuk menghasilkan dan / atau menjual produk syarikat berlesen
tersebut.
 Syarikat licensor akan mendapat ganjaran dalam bentuk yuran dan royalti hasil jualan produk untuk
kepakaran teknikal yang diberikan kepada syarikat licensee.

MUKA SURAT 336


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kebaikan:
 Syarikat tersebut menggunakan modal yang rendah dan mudah untuk memasuki pasaran antarabangsa
terutamanya dalam negara yang tidak mengamalkan ekonomi bebas.
 Royalti dari pemberian lesen ini adalah dijamin dan berjangka. Syarikat tempatan akan mendapat
manfaat daripada pembangunan produk tanpa melibatkan perbelanjaan penyelidikan.
 Kadar risiko perniagaan yang memberi lesen adalah rendah kerana kilang dan kemudahan di pasaran
tempatan berkenaan tidak perlu dibina. Pelaburan yang sedikit diperlukan dan pihak pengurusan tidak
perlu mengawal selia syarikat berkenaan.

Keburukan:
 Syarikat penerima lesen mungkin hilang minat untuk memperbaharui kontrak jika syarikat pemberi
lesen tiada inovasi dan teknologi baharu.
 Untuk menarik minat syarikat asing menjadi penerima lesen, syarikat pemberi lesen perlu mempunyai
teknologi yang unik, hak cipta tersendiri dan jenama yang mampu menarik perhatian pengguna
antarabangsa.
 Pemberi lesen juga tidak mempunyai kawalan terhadap syarikat penerima lesen dari segi pengeluaran
dan pemasaran.

ii. Kontrak pengeluaran:


 Sesuatu syarikat pengeluar akan membenarkan sesebuah syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk
itu berdasarkan kontrak atau perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
 Syarikat pengeluar akan mengenakan bayaran yang berlandaskan bilangan atau saiz pengeluaran yang
dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang dilantik itu.
 Syarikat pengeluar asal akan membekalkan komponen, bahan, acuan atau arahan pengeluaran terperinci
kepada syarikat pengeluar tempatan di negara asing.
 Aktiviti pemasaran dan jualan adalah tanggungjawab syarikat tempatan yang dilantik itu.

MUKA SURAT 337


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kebaikan:
 Syarikat yang memberi kontrak dapat mengeluar dan memasarkan produk di pasaran asing tanpa
dikenakan cukai eksport dan import.
 Penerima kontrak lebih mengetahui tentang pasaran tempatan dan dapat membuat keputusan yang lebih
tepat dan cepat.
 Syarikat pengeluar berpeluang membeli pengeluar tempatan atau membentuk perkongsian pada masa
akan datang.

Keburukan:
 Jika penerima kontrak sangat berjaya, pemberi kontrak tidak dapat menikmati keuntungan sepenuhnya,
sebaliknya ia hanya menerima royalti sahaja.
 Pemberi kontrak hilang kawalan ke atas proses pengeluaran kerana jarak yang jauh.
 Apabila kontrak tamat, penerima kontrak mungkin boleh memnjadi pesaing kepada pemberi kontrak
kerana penerima kontrak telah mempunyai kepakaran dan teknologi.
 Penerima kontrak terpaksa membayar royalti yang tinggi sepanjang tempoh kontrak, dan ini
mengurangkan keuntungan.

iii. Usahasama:
 Usaha perkongsian atau gabungan antara dua buah firma atau lebih dalam urusan perniagaan.
 Gabungan ini melibatkan firma antarabangsa dengan firma tempatan atau dua buah firma antarabangsa.
 Kesemua pihak yang terlibat akan menyumbang modal.
 Kawalan dan kepunyaan entiti perniagaan itu akan dikongsi bersama.

Kebaikan:
 Syarikat ini dapat memahami keadaan pasaran tempatan, keperluan dan peraturan kerajaan tempatan.
 Berpeluang mendapatkan keupayaan pengeluaran dan kepakaran baharu.
 Kesemua pihak yang terlibat dapat menggunakan sumber-sumber dari pihak terlibat dalam usahasama
tersebut.

MUKA SURAT 338


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Keburukan:
 Pemindahan teknologi terpaksa dilakukan kepada syarikat yang bekerjasama. Mewujudkan persaingan
kepada syarikat yang membekalkan teknologi apabila kerjasama tamat kelak.
 Perbezaan dalam budaya korporat, matlamat dan lain-lain menyebabkan percanggahan pendapat dan
konflik semasa membuat keputusan.
 Kedua-dua syarikat tidak dapat membuat keputusan sendiri kerana mereka berkongsi tanggungjawab,
risiko dan keuntungan.

10.5.2 Pembiayaan dan


sumber modal
b) (i) Menjelaskan 1. Modal teroka:
bentuk modal  Dana yang disediakan oleh syarikat, badan profesional atau individu kaya bertujuan untuk melabur bersama-
kewangan seperti sama pemilik dalam projek atau perniagaan baharu, dan yang sedang berkembang pesat dan berpotensi
modal teroka, ekuiti, menghasilkan pulangan tinggi.
dan hutang  Pemodal teroka tidak memberi pinjaman, tetapi mereka membeli ekuiti dalam perniagaan yang akan
memberikan hak pemilikan.
Syarifah Akmam Syed  Menjurus kepada perkongsian jangka pertengahan iaitu antara tiga keenam tahun dengan syarikat yang
Zakaria dan Hardiman menerima pembiayaannya.
Muhammad Yatim  Dua perkara asas apabila menimbangkan sama ada untuk melabur atau tidak didalam sesuatu perniagaan itu:
(2007) o Pulangan tinggi
o Mudah keluar
 Tiga kriteria yang digunakan oleh pelabur modal teroka apabila memilih perniagaan untuk membuat pelaburan
Barringer, Bruce R. & iaitu:
Ireland, R.Duane (2008) o Pasukan pengurusan yang kuat, mempunyai kepakaran, berpengalaman dan mantap serta komited terhadap
perniagaan.
o Produk dan peluang pasaran yang unik, mempunyai kelebihan persaingan dalam pasaran.
o Nilai perniagaan mempunyai potensi untuk meningkat.

MUKA SURAT 339


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Modal ekuiti:
 Modal yang diperolehi daripada pemilik perniagaan.
 Pemilik perniagaan boleh memilih untuk menjual ekuiti syarikat dalam bentuk saham kepada para pelabur
 Dilakukan dengan tawaran saham kepada umum atau penaja jamin seperti pihak bank.
 Pelabur akan berkongsi keuntungan yang diperoleh oleh perniagaan.
 Sumber modal ekuiti termasuklah modal pemilik, keluarga dan kenalan, pelabur tidak formal dan modal
teroka.
 Kebaikan modal ekuiti:
o Modal tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman.
o Pelabur diberi hak untuk bersuara dalam operasi perniagaan.
o Pelabur berhak mendapat peratusan pendapatan tertentu daripada operasi perniagaan.
o Tidak memerlukan sandaran.
 Keburukan modal ekuiti:
o Usahawan perlu menyerahkan sebahagian pemilikan perniagaan kepada orang luar (pelabur)
o Hak kawalan usahawan ke atas perniagaan akan berkurangan.

3. Modal hutang:
 Modal yang diperolehi melalui pembiayaan berbentuk hutang yang melibatkan instrumen berasaskan faedah.
 Dikenali sebagai pinjaman.
 Usahawan perlu membayar balik pinjaman berserta faedah tidak kira sama ada perniagaannya memberikan
keuntungan atau kerugian.
 Dua jenis pinjaman iaitu pinjaman jangka pendek dan jangka panjang.
 Pinjaman jangka pendek perlu dibayar balik dalam tempoh dua belas bulan atau kurang.
 Digunakan untuk mengendalikan operasi harian perniagaan seperti mendapatkan bekalan, membeli bahan
mentah, pembayaran gaji dan upah pekerja.
 Contoh overdraf bank, pusingan kredit, kredit perdagangan dan pembelian melalui kad kredit.
 Pinjaman jangka panjang biasanya diperoleh daripada pihak bank.
 Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah 5 tahun atau lebih.
 Biasanya diberi dalam jumlah yang besar.

MUKA SURAT 340


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Memerlukan cagaran kerana risikonya yang tinggi.
 Pinjaman boleh diperoleh dengan mengemukakan kertas kerja kepada pihak bank.

 Kelebihan:
o Dapat mengekalkan pemilikan dan kawalan ke atas perniagaan.
o Pemilik perniagaan masih mempunyai mempunyai kuasa penuh dalam membuat sebarang keputusan dan
berhak ke atas segala keuntungan yang diperoleh perniagaannya.
o Usahawan juga mempunyai kebebasan penuh dalam membuat sebarang keputusan kewangan.
o Hubungan dengan pemiutang sebagai pembiaya perniagaannya terhad kepada pembayaran balik pinjaman
sahaja.
o Sekiranya kesemua pinjaman telah dibayar balik, pemiutang tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan hak
ke atas perniagaannya.
o Kelemahan:
o Peminjam terpaksa membayar balik pinjaman apabila sampai tempoh
o Peminjam berhadapan dengan risiko tindakan seperti dikenakan kadar faedah yang tinggi dan penarafan
kredit yang rendah sekiranya gagal membayar balik pinjaman pada masa yang telah ditetapkan.
o Pembiayaan berbentuk hutang juga sukar diperoleh oleh perniagaan yang baharu dimulakan.
o Perniagaan baharu belum mempunyai rekod perniagaan yang diyakini dan mungkin dikenakan caj kadar
faedah yang lebih tinggi atau permohonan pinjaman ditolak sama sekali.

b) (ii) Menjelaskan Bentuk Modal Kewangan:


bentuk modal bukan Modal dalam bentuk bukan kewangan adalah termasuk kemahiran, peralatan dan idea.
kewangan seperti 1. Kemahiran:
aset-aset tetap  Pengetahuan khusus tentang suatu bidang.
 Contoh kemahiran pengurusan, kemahiran dan pengetahuan dalam menyimpan akaun, kemahiran komunikasi,
kemahiran menggunakan komputer.
2. Aset tetap:
 Aset yang digunakan untuk tempoh masa yang panjang, seperti hartanah, bangunan, peralatan dan perabot.

MUKA SURAT 341


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c) Menjelaskan Modal formal:
sumber modal  Pinjaman daripada institusi formal.
formal (contoh:  Mempunyai perjanjian bertulis yang lengkap.
pinjaman bank,  Perlu bayar balik modal yang dipinjam mengikut syarat yang ditetapkan.
bantuan kerajaan,  Jika gagal membayar balik modal yang dipinjam usahawan boleh di bawa ke mahkamah.
pelabur) dan sumber
tidak formal Sumber modal formal:
(contoh: simpanan
sendiri, pinjaman 1. Pinjaman bank:
daripada saudara  Pinjaman jangka pendek atau jangka panjang.
mara / rakan)  Pinjaman jangka pendek melibatkan pembayaran balik pinjaman oleh usahawan kurang daripada setahun.
 Digunakan oleh usahawan untuk membeli inventori, membiayai jualan kredit kepada pelanggan, dan belanja
Abu Bakar Hamed tunai yang lain.
(2005)
 Jumlah pinjaman tidak besar.
 Pinjaman jangka panjang melibatkan jangka masa yang agak lama (biasanya tiga tahun ke atas)
 Digunakan seperti untuk membeli bangunan, mesin, peralatan dan aset tetap yang lain.

2. Bantuan kerajaan:
 Kerajaan menyediakan pinjaman dana daripada pelbagai agensi kerajaan.
 Antara agensi tersebut ialah MARA, PKEN, Agensi Pembangunan Wilayah. (rujuk nota agensi kerajaan dan
badan berkanun)

3. Pelabur:
 Orang perseorangan secara persendirian yang menggunakan sejumlah wang untuk dilaburkan dalam
perniagaan dengan jangkaan mendapatkan pulangan kewangan.
 Tumpuan utama pelabur adalah untuk meminimakan risiko.

MUKA SURAT 342


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Modal tidak formal:
 Pembiayaan modal melalui cara ekuiti.
 Merupakan pelaburan peribadi pemilik (atau pemilik-pemilik) dalam urusniaga.

Sumber modal tidak formal:

1. Simpanan sendiri:
 Diperoleh daripada simpanan peribadi pemilik itu sendiri atau daripada jualan aset peribadi beliau.
 Tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana,
 Tidak perlu menghubungi bank atau institusi kewangan,
 Tidak perlu membuat kertas kerja,
 Tidak perlu membuat sebarang bayaran faedah.
 Seseorang usahawan boleh mengekalkan kuasa dan kawalan penuh ke atas perjalanan perniagaannya itu.

2. Pinjaman daripada saudara mara / rakan:

 Sumber ini umumnya digunakan untuk membiayai perniagaan yang baru bermula.
 Mudah diperoleh oleh pengusaha-pengusaha kecil kerana mereka ini mengenali pemilik perniagaan.
 Syarat-syarat pembayaran balik modal yang dilaburkan mungkin lebih longgar berbanding dengan institusi
yang lebih formal.

MUKA SURAT 343


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
10.5.3 Kemudahan dan Pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan:
bantuan
d) Menerangkan Agensi Kerajaan dan Pihak Swasta
pihak-pihak yang Badan Berkanun
memberi 1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) (www.mara.gov.my) Bank Perdagangan
kemudahan dan 2. Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) (www.tekun.gov.my) Institusi Kewangan
bantuan, seperti 3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) (www.bpmb.com.my)
agensi kerajaan, 4. SME Bank (www.smebank.com.my)
badan-badan 5. Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) (www.iguarantee.com.my)
berkanun, dan pihak 6. Agrobank (www.agrobank.com.my)
swasta. 7. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
(www.mosti.gov.my)
8. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (www.kbs.gov.my)
9. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
(www.smidec.gov.my)
10. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd. (MDec)
(www.mdec.com.my)
11. MIMOS Bhd (www.mimos.com.my)
12. Amanah ikhtiar Malaysia (AIM) (www.aim.gov.my)
13. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (www.punb.com.my)
14. Bank Negara Malaysia (BNM) (www.bnm.gov.my)

MUKA SURAT 344


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Menerangkan jenis 1. Bantuan Kewangan:
kemudahan yang  Skim bantuan kewangan dan pinjaman untuk usahawan Bumiputera
diberikan oleh  Dikendalikan oleh agensi-agensi seperti:
agensi-agensi o Bank Negara Malaysia,
tersebut seperti o Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana(SMIDEC),
bantuan kewangan, o Bank Pertanian Malaysia,
tapak kilang, o MARA,
khidmat nasihat dan o dan beberapa buah kementerian.
perundingan, dan  Antara skim yang disediakan ialah:
pembangunan o Pinjaman Mudah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS),
usahawan. o Pinjaman Penempatan Semula Kilang (www.smidec.gov.my dan www.midf.com.my),
o Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana ( www.mppb.com.my),
Mohd Asri Hj o Tabung Usahawan Baru (TUB 2 )(www.bnm.gov.my) dan sebagainya.
Abdullah et. al.  Tawarkan geran-geran tertentu untuk tujuan pembiayaan atau pembangunan perniagaan seperti:
(2001) o geran bagi pembangunan PKS seperti Geran E-Dagang untuk Industri Kecil dan Sederhana,
o Geran untuk Peningkatan Produk dan Proses,
Mohd. Asri Hj o Geran untuk Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dan Pensijilan oleh SME Corp Malaysia.
Abdullah (1999)  Kemudahan pinjaman dari pihak bank dan institusi kewangan contohnya:
o kemudahan kredit biasa dengan kadar faedah ditentukan oleh institusi kewangan
Norita Deraman et. o skim pembiayaan khas yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk perniagaan francais.
al. (2010)
2. Tapak Kilang:
 Membantu usahawan mendapatkan premis atau lokasi perniagaan.
 Agensi utama yang menyediakan kemudahan ini termasuklah:
o Malaysian Industrial Estate Limited (MIEL),
o Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA),
o MARA.
 MIEL membina unit-unit kilang, ruang-ruang pejabat dan kilang dapat diperoleh melalui beberapa skim
termasuklah sewa, skim pinjaman pajak dan skim sewa beli.

MUKA SURAT 345


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 UDA membantu usahawan mendapatkan ruang perniagaan yang sesuai termasuklah ruang pejabat dan kedai
runcit di kawasan-kawasan bandar.
 MARA menyediakan tapak kilang, kompleks jualan dan pejabat, rumah-rumah kedai, bazaar serta gerai untuk
usahawan bumiputera.
 Pusat Bimbingan Usahawan Negara (PBUN) menyediakan kemudahan Pusat Inkubator Siswazah yang
menjadi ruang pejabat sementara bagi membantu siswazah memulakan perniagaan.
 Kerajaan menyediakan tiga jenis lokasi industri iaitu:
o Zon Perdagangan Bebas (FTZs),
o Kawasan Keutamaan Kastam (PCAs) dan
o Licensed Manufacturing Warehouses (LMWs) untuk firma-firma berorientasikan ekspot beroperasi.

3. Khidmat Nasihat dan Perundingan:

Tiga bentuk program khidmat nasihat utama disediakan iaitu:

i. Perkhidmatan pengurusan perundingan


o Dari aspek merancang perniagaan, kaedah mengurus perakaunan, kaedah menganalisis penyata
kewangan dan keputusan pelaburan, keperluan menyediakan penyata pendapatan, pelaburan tunai,
sumber-sumber menggunakan tabung serta kaedah menganalisis kos pengeluaran.
o Agensi kerajaan utama yang terlibat antaranya NPC, MARA dan MEDEC.
ii. Program peningkatan kualiti barangan dan produktiviti
o Perkhidmatan berkaitan pendaftaran kawalan mutu, membuat penyelidikan dan pembangunan serta
bantuan bagi meningkatkan penggunaan teknologi tinggi, memodenkan sistem pengeluaran serta
meningkatkan mutu barangan dan produktiviti .
o Agensi utama yang terlibat adalah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
iii. Khidmat nasihat membangun dan mereka bentuk keluaran
o Mempertingkatkan pembangunan dan reka bentuk barangan yang sedia ada, mempertingkatkan
teknologi tempatan dengan menggalakkan syarikat tempatan mencipta keluaran baharu dan
memperbaiki aktiviti perkilangan yang berkaitan dengan pengeluaran keluaran.
o Agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat ini ialah SIRIM.
MUKA SURAT 346
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Pembangunan Usahawan:
i. Program Pembangunan Vendor
Sebuah program khusus untuk membangunkan syarikat/usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan
perkhidmatan dalam industri berteknologi tinggi.
o Syarikat vendor ialah syarikat Bumiputera yang terlibat dalam sektor pembuatan dan
perkhidmatan berteknologi tinggi dan berdaftar dengan MITI di bawah PPV.
o Syarikat anchor ialah syarikat GLC/GLIC/MNC/ syarikat besar tempatan yang berdaftar dengan
MITI di bawah PPV, telah menandatangani MoU dengan MITI dan memenuhi kriteria yang
ditetapkan.
o Contoh Program Pembangunan Vendor yang dilaksanakan ialah Program Vendor perabot Guthrie,
Program Vendor petronas, Telekom Malaysia dan TNB.

Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pembangunan Vendor adalah seperti berikut:-
o Kerajaan diwakili oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI);
o Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLlC), syarikat
multinasional (MNC) dan syarikat-syarikat tempatan sebagai syarikat anchor;
o Bank/institusi kewangan yang menyediakan pakej pembiayaan;
o Usahawan PKS Bumiputera sebagai vendor; dan
o Agensi-agensi teknikal dan sokongan yang menyediakan dan memberi khidmat kepakaran teknikal dan
R&D, pembangunan keusahawanan, latihan, promosi dan pemasaran serta pembangunan produk.

ii. Program Pembangunan Franchais


o Satu program pemasaran berteraskan Konsep Persyarikatan Malaysia.
o Bertujuan untuk membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam sektor perdagangan,
perkhidmatan dan perindustrian.
o Objektif program:
1. untuk menambahkan bilangan francais induk, francaisi, dan francaisor bumiputera.
2. menggerakkan penglibatan golongan bumiputera dengan lebih aktif dalam perdagangan,
pengedaran, dan sektor perkhidmatan.

MUKA SURAT 347


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Program Mentor
o Syarikat besar iaitu syarikat mentor memberi latihan, bimbingan, dan pendedahan kepada bakal-bakal
usahawan serta usahawan kecil dan sederhana bumiputera (mentee) supaya mereka boleh berdikari dan
bersaing dalam pasaran terbuka.
o Setiap syarikat mentor diminta untuk membimbing sekurang-kurangnya lima buah syarikat mentee.
o Tempoh bimbingan diantara tiga hingga lima tahun.
o Bentuk bimbingan termasuklah menyediakan latihan teknikal dan bukan teknikal, khidmat nasihat,
meluaskan rangka perniagaan, usahasama dan bantuan kewangan.
o Contoh syarikat mentor ialah EON Berhad, Proton Berhad, Indah Water Konsortium.

5. Pemasaran dan Penyelidikan Pasaran

i. Menyediakan bantuan pemasaran khususnya di peringkat pengurusan asas pemasaran.


ii. Sediakan kursus jangka pendek termasuklah:
o bidang –bidang pemasaran,
o promosi jualan,
o pengeksportan,
o rekabentuk produk,
o pembungkusan dan sebagainya.
iii. Agensi seperti MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA dan lain-lain.
iv. Contoh FAMA - membantu petani atau usahawantani memasarkan hasil keluaran pertanian seperti buah-
buahan, sayur-sayuran, koko, kopi dan sebagainya.

MUKA SURAT 348


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan:

1. Terangkan peranan seseorang usahawan sebagai model ikutan kepada masyarakat. [6]

Cadangan jawapan:
 Kejayaan dalam hidup usahawan memberi motivasi kepada masyarakat untuk mencontohi usahawan tersebut. Oleh itu lebih ramai
masyarakat akan menceburi bidang keusahawanan.
 Sebagai alternatif kerjaya kepada masyarakat yang sedang mencari pekerjaan. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.
 Prinsip hidup dan ciri-ciri usahawan menjadi ikutan kepada masyarakat. Ini dapat memupuk budaya keusahawanan dalam masyarakat.

2. Huraikan konsep usahawan, pengurus dan peniaga. [6]

Cadangan jawapan:

Konsep Usahawan:
 Usahawan adalah seseorang yang menubuh, menerajui, menjalan dan mengembangkan perniagaan sendiri bagi memenuhi impian dan
pencapaian diri untuk mendapat keuntungan di samping membuat kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat serta negara.

Konsep Pengurus
 Pengurus adalah seorang yang bekerja dan menguruskan sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama ada untuk organisasi awam atau swasta.
Pengurus bertindak menurut arahan pihak atasan bagi mengembangkan organisasi dan menginginkan kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa.

Konsep Peniaga
 Peniaga ialah seorang yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri dan keluarga sahaja.
 Peniaga tidak menunjukkan kemahuan untuk berkembang, bentuk dan saiz asal perniagaan dikekalkan. Peniaga melakukan aktiviti membeli
dengan harga yang rendah dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang tinggi.

MUKA SURAT 349


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.Terangkan empat sifat peribadi usahawan yang berjaya. [8]

Cadangan jawapan:

Empat sifat peribadi usahawan yang berjaya:

1. Inisiatif yang tinggi


 Usahawan yang mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa.
 Usahawan perlu mempunyai sifat inisiatif yang tinggi agar beliau cenderung untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi dan
seterusnya mengambil tindakan secara proaktif.
 Usahawan perlu sentiasa berusaha untuk mencari peluang yang wujud dalam persekitaran dan menerokai bidang perniagaan yang belum
diterokai oleh peniaga lain.

2. Berani mengambil risiko


 Seseorang yang berani mengambil risiko akan menghadapi keadaan ketidakpastian pada masa hadapan dengan penuh keyakinan.
 Oleh itu apabila berdepan dengan risiko, seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko.
 Ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat.

3. Kreatif
 Usahawan yang berjaya merupakan usahawan yang kreatif iaitu mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk
baru dan canggih serta unik.

4. Inovatif
 Usahawan sentiasa ingin memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya.

5. Dapat melihat dan mengambil peluang


 Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang, mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh
membawa keuntungan.

MUKA SURAT 350


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
11.0 RANCANGAN PERNIAGAAN

a) Mentakrif Rancangan Takrif Rancangan Perniagaan (RP):


Perniagaan dan  Dokumen bertulis yang menggambarkan keseluruhan operasi perniagaan atau usaha teroka yang merangkumi
(a) Kepentingannya penetapan visi, misi, objektif, rancangan pengeluaran, strategi pemasaran, rancangan kewangan kewangan, dll,
(b)
b) Menjelaskan Kepentingan Rancangan Perniagaan
kegunaan Rancangan
Perniagaan 1. RP merupakan hala tuju perniagaan. RP memberikan gambaran menyeluruh berkenaan operasi perniagaan
kepada usahawan secara komprehensif yang menjadi garispanduan dalam melaksanakan sesuatu usaha teroka. Rp akan dapat
dan pihak meningkatkan keyakinan dan keupayaan usahawan untuk menjalankan operasi perniagaan.
berkepentingan
2. RP yang merupakan pendokumentasian idea-idea perniagaan di samping mengenalpasti masalah-masalah
yang berpotensi serta mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Oleh itu usahawan dapat
mengurangkan risiko kegagalan apabila melakukan perancangan di peringkat awal .

3. RP dapat digunakan untuk menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial teknologi, pasaran dan
persaingan.

4. RP berperanan dalam mengagihkan sumber-sumber seperti kewangan, tenaga kerja, mesin, bahan dan lain-
lain dalam menjalankan operasi perniagaan.

MUKA SURAT 351


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c) Menjelaskan Kegunaan RP kepada Usahawan
kegunaan RP
kepada usahawan 1. Garis panduan untuk menguruskan perniagaan
dan pihak  Sebagai garis panduan kepada usahawan/pengursan syarikat untuk melaksanakan aktiviti perniagaan
berkepentingan yang dirancang dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
 Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, objektif,
belanjawan, ramalan kewangan, target pasaran dan sebagainya.

2. Mengurangkan kesilapan
 RP menjadi garispanduan kepada setiap pekerja yang terdiri daripada pegawai atasan hinggalah pekerja
bawahan mengenai sasaran yang dikongsi bersama serta perlu dicapai dalam usaha untuk mencapai
matlamat yang sama.
 RP turut memberi gambaran yang jelas tentang tugas mereka dalam melaksanakan misi organisasi.
 Ini akan dapat mengurangkan kesilapan semasa menjalankan tugas.

3. Menggunakan sumber-sumber organisasi dan meningkatkan produktiviti


 Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang terkandung
dalam RP.
 Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran.

4. Memudahkan kawalan
 Kawalan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan berdasarkan perancangan di dalam RP
 Usahawan akan dapat mengukur serta menilai sejauh mana perancangan itu mencapai matlamatnya.
 Sekiranya matlamat tidak dicapai, penambahbaikan perlu dilakukan.

5. Meyakinkan pihak-pihak berkepentingan


 Pihak-pihak berkepentingan terdiri daripada pelabur, pembekal pihak bank dan lain-lain.
 Mereka menyumbangkan modal serta memberi kredit kepada organisasi perniagaan. RP dapat
menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak tersebut.

MUKA SURAT 352


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Pihak-pihak ini juga akan turut menilai perancangan yang dibuat serta menjangkakan prestasi dan
pertumbuhan syarikat.
 Pemberian kredit dan modal untuk meluaskan operasi perniagaan akan di berikan sekiranya pelabur
yakin tentang masa depan syarikat.

6. Menilai prestasi dan kemajuan syarikat


 RP memberi peluang kepada usahawan untuk menilai prestasi pengurusan operasi kemajuan syarikat
 Penilaian dapat dilakukan dengan memastikan apa yang dirancang adalah sama dengan apa yang
dilaksanakan.

7. Menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap


 Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang teliti bermula
dari awal lagi.
 Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran dan membantu mencapai
kapasiti penuh.

Kegunaan RP kepada Pihak-pihak Berkepentingan.

Pihak-pihak berkepentingan adalah seperti berikut:

1. Pembekal
 Pembekal menyediakan sumber modal yang cepat dan murah kepada perniagaan melalui jualan kredit.
 Pembekal perlu meneliti RP sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk membekalkan barang
mentah, separuh siap atau bahan siap perniagaan terbabit.
 Penelitian ini bertujuan untuk melihat kemampuan usahawan membuat bayaran terhadap barangan yang
dibekalkan.
 Pembekal akan hanya memberikan jualan kredit jika kedudukan kewangan dan perniagaan usahawan
mempunyai potensi untuk berjaya.

MUKA SURAT 353


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Pelanggan
 Pelanggan merujuk kepada syarikat atau organisasi yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan.
 Oleh itu mereka perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dan kemampuan syarikat yang menawarkan
perkhidmatanyang diperlukan supaya tidak menghadapi masalah bekalan pada masa hadapan.

3. Pembiaya/Pemberi Pinjam
 Pihak bank atau institusi kewangan perlu memastikan perniagaan yang bakal dijalankan itu berdaya maju.
Penelitian dan penganalisisan dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan bayar balik pinjaman sebelum
permohonan pinjaman diluluskan atau sebaliknya.

4. Pelabur
 Bagi pelabur khususnya pemodal perniagaan (venture capitalist) mereka juga perlu menilai dan memperhalusi
RP.
 Penilaian yang terperinci dibuat bertujuan untuk memastikan keputusan pelaburan dapat dilakukan dengan
tepat dan menguntungkan pelabur.

MUKA SURAT 354


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) Menyediakan
Rancangan
Perniagaan
berdasarkan
format berikut: Format RP adalah seperti berikut:

1. Rumusan 1. Rumusan Eksekutif


Eksekutif Mengandungi maklumat, di antaranya:
 Tujuan RP di sediakan
 Kos Projek dan cara pembiayaan. Jika ingin memohon pembiayaan nyatakan jumlah dan tempoh
pembiayaan.
 Butiran ringkas tentang usahawan dan kakitangan utama dalam perniagaan.
 Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan serta keunikannya.
 Ringkasan pemasaran yang member fokus kepada sasaran pasaran, pesaing-pesaing utama dan strategi
pemasaran
 Rekod-rekod kewangan yang lalu jika ada atau ramalan kewangan bagi sesuatu perniagaan baru.

2. Pengenalan 2. Pengenalan
Mengandungi maklumat diantaranya:
Sabri Hj. Hussin, (2005).  Menyatakan jenis perniagaan yang diceburi dan maklumat penting berkenaan perniagaan
Norita Deraman et. al  Tempat ataupun liputan perniagaan dijalankan
(2010)  Tarikh perniagaan ini dimulakan atau hendak dimulakan
Sharifah Akmam Syed  Cara-cara perniagaan ini diuruskan atau dilaksanakan
Zakaria (2007)  Menyatakan sama ada RE ini kali pertama atau yang ditambahbaik drpd yang lepas
 Strategi-strategi utama yang mapan dan berkesan sebagai penyokong pelaksanaan perniagaan ataupun
projek.

MUKA SURAT 355


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Objektif 3. Objektif
Mengandungi maklumat diantaranya :
 Visi, misi syarikat atau perniagaan
 Matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek.
 Kekuatan syarikat yang boleh menjadi strategi perniagaan bagi mencapai matlamat tersebut, jika terdapat
kelemahan atau masalah, tunjukkan strategi mengatasi masalah tersebut.

4. Latar belakang 4. Latarbelakang Syarikat


Syarikat Mengandungi maklumat-maklumat di antaranya :
 Menyatakan pengasas syarikat/perniagaan
 Menjelaskan sebab asalnya produk disediakan dan rasional keperluan atau kesesuaian dengan pasaran atau
keadaan
 Menyatakan bentuk/entiti perniagaan
 Latarbelakang atau biodata syarikat pemilik syarikat
 Tarikh syarikat dan lokasi syarikat
 Modal asal syarikat
 Menjelaskan tahap kejayaan yang dicapai
 Masalah-masalah tertentu yang dihadapi oleh syarikat serta penyelesaiannya dan kesan terhadap perniagaan.

5. Latarbelakang Pemilik/ Ahli Kongsi


5. Latar belakang
Perlu mengandungi maklumat diantaranya:
Pemilik
 Nama pemilik/rakan kongsi, alamat, nombor telefon, faks
Sabri Hj. Hussin, (2005).  Umur, kelulusan, pengalaman pemilik dan rakan kongsi
Norita Deraman et. al  Kemahiran pemilik dan rakan kongsi
(2010)  Syer pemilikan modal/saham
Sharifah Akmam Syed
Zakaria (2007)

MUKA SURAT 356


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Latar belakang 6. Latar belakang Projek
Projek Perlu mengandungi elemen-elemen berikut:
 Menjelaskan lokasi tapak projek hendak dijalankan. Sertakan pelan lokasi
 Kelebihan lokasi
 Menjelaskan jenis dan struktur bangunan. Pelan bangunan perlu disertakan.
 Menjelaskan kemudahan asas yang ada (contoh, talian tel, elektrik, air, jalanraya)

7. Rancangan 7. Rancangan Organisasi


Organisasi Mengandungi elemen-elemen di antaranya adalah seperti berikut:
 Senarai jawatan dan bilangan pekerja
 Carta organisasi
 Tanggungjawab dan tugas pekerja
 Imbuhan gaji pekerja
 Keperluan pejabat

8. Rancangan
8. Rancangan Pemasaran
Pemasaran
Perlu mengandungi maklumat diantaranya:
 Pelanggan
 Trend Pasaran
Sabri Hj. Hussin, (2005).
Norita Deraman et. al  Saiz pasaran
(2010)  Ciri-ciri pasaran
Sharifah Akmam Syed  Sasaran pasaran
Zakaria (2007)  Pesaing-pesaing
 Strategi Pemasaran
 Ramalan jualan
 Kos pemasaran
 Kaedah promosi

MUKA SURAT 357


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
9. Rancangan 9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Pengeluaran Dalam bahagian ini, perlu mengandungi pelbagai elemen. Di antaranya adalah seperti berikut:
 Huraian tapak projek, kesesuaian, dan pelan lokasi kilang
 Susun atur ruang opersai
 Mesin dan peralatan yang digunakan
 Proses pengeluaran (langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan
 Carta aliran operasi
 Penggunaan bahan mentah
 Stok simpanan bulanan atau tahunan
 Jadual pelaksanaa projek
 Premis perniagaan dibeli, disewa atau dipajak
10. Rancangan Kewangan
10. Rancangan
Mengandungi elemen-elemen berikut:
Kewangan
 Kos pelaksanaan projek
 Peruntukan modal pusingan
Sabri Hj. Hussin, (2005).
Norita Deraman et. al  Perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti perbelanjaan praoperasi dan peruntukan luar jangka
(2010)  Sumber pembiayaan
Sharifah Akmam Syed  Keperluan Pembiayaan
Zakaria (2007)  Penyata-penyata Kewangan
 Analisis Titik Pulangan Modal
11. Kesimpulan 11. Kesimpulan
Bahagian ini menekankan keunikan dan kelebihan perniagaan.
12. Lampiran 12. Lampiran
 Bahagian ini menyertakan maklumat tambahan seperti pelbagai ilustrasi, senarai, data, borang, carta,
laporan dan lain-lain maklumat yang menyokong dan berkaitan dengan perniagaan dan syarikat.
 Contoh-contoh lampiran ialah Sijil Pendaftaran Perniagaan, Perjanjian Perkongsian, gambar atau contoh
brosur produk yang dikeluarkan, statistik atau maklumat kajian pasaran, pelan lokasi tapak kilang atau
perniagaan,sebut harga daripada kontraktor pembelian aset dan lain-lain.

MUKA SURAT 358


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh Soalan

1. Terangkan kepentingan Rancangan Perniagaan sebagai kepada pembiaya dan pelabur sebuah syarikat perabot [4]

Cadangan Jawapan

Kepentingan RP kepada Pembiaya

 Pembiaya yang terdiri daripada pihak bank atau institusi kewangan memerlukan RP bagi memastikan perniagaan mempunyai prospek
pasaran dan keuntungan yang baik serta beroperasi dalam pasaran atau industri yang berdaya maju.
 Penelitian dan penganalisisan perlu dilakukan untuk melihat jangkaan perolehan keuntungan untuk memastikan kemampuan bayar balik
pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan.

Kepentingan RP kepada Pelabur

 Pelabur yang terdiri daripada pelabur individu, syarikat persendirian dan juga syarikat-syarikat khusus memerlukan RP untuk diteliti
bagi memastikan mereka melabur dalam perniagaan yang berpotensi menjana keuntungan dan berdaya maju.
 Penilaian yang terperinci juga dibuat terhadap unjuran kewangan syarikat bertujuan untuk mengenalpasti pelaburan yang dilakukan
mendapat pulangan.

2. Huraikan elemen yang berkaitan dengan produk, sasaran pasaran dan persaingan yang terdapat dalam Rancangan Pemasaran bagi sebuah
Rancangan Perniagaan. [9 markah]

Cadangan Jawapan

1. Produk
 Menyatakan ciri-ciri produk – harga, jenama, paten, saiz produk dll
 Keistimewaan produk – kos pengeluaran rendah, kegunaan pelbagai, kelainan dengan produk pesaing, dll
 Jenis-jenis produk yang dikeluarkan – barisan/lini produk, kedalaman dan kelebaran

MUKA SURAT 359


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2.Sasaran pasaran
 Perlu menyatakan siapa yang menjadi sasaran contoh kumpulan sasaran seperti mengikut jantina, pendapatan, demografi, dll
 Kawasan tempat yang diliputi sasaran itu/geografi
 Menyatakan pemetakan pasaran
 Pasaran tertumpu, pasaran terbeza dan tak terbeza
 Saiz pasaran – kecil atau besar pasaran
 Syer pasaran – peratusan bahagian dalam pasaran

3.Persaingan
 Mengenalpasti siapa pesaing - bilangan dan lokasi pesaing
 Tahap persaingan sedia ada - mempertimbangkan tahap persaingan dalam persekitaran perniagaan yang ingin dibuka, tahap persaingan yang
tinggi tidak digalakkan
 Kekuatan dan kelemahan pesaing
 Syer pasaran – peratusan bahagian pesaing dalam pasaran

MUKA SURAT 360


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Sediakan Rumusan Eksekutif bagi sebuah Rancangan Perniagaan Melati Bakery Enterprise. yang beroperasi dalam pengeluaran biskut, kek dan
roti [10]

Cadangan Jawapan

Melati Confectionary Enterprise (MCE) merupakan perniagaan berasaskan kek, roti, pastri dan biskut yang dijual secara runcit dan borong.
Perniagaan ini dijalankan secara perkongsian di antara Encik Faris Hakim dan Pn. Sofea Jusri pada tahun 2012 bertempat di Sungai Besar Business
Center, Sungai Besar Selangor. MCE menjual kek, roti, pastri dan biskut menggunakan jenama ‘Enakrasa’. MCE turut menyediakan perkhidmatan
hantaran perkahwinan dan hamper untuk dijadikan hadiah atau cenderamata. Produk ini disasarkan kepada semua golongan masyarakat sama ada
individu, kumpulan, syarikat jabatan-jabatan kerajaan dan swasta tanpa mengira umur dan pendapatan. Produk-produk MCE juga boleh didapati di
kedai-kedai runcit, kedai makan, restoran-restoran, setesen minyak serta pasaraya-pasaraya sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan
Melaka.
Tujuan utama Rancangan Perniagaan (RP ) ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membuka cawangan baru di
Lot 4, Jalan Siantan, Taman Delima Kuala Selangor pada Mei 2014. Dengan pembukaan cawangan baru ini, diharapkan jumlah pengeluaran MCE
dapat dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentisa meningkat dari masa ke semasa. Rancangan Perniagaan ini ditujukan
kepada Small Medium Enterprise Bank untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM200,000 yang dipohon di bawah skim Credit Guarantee
Corporation. Pembiayaan ini diperlukan untuk membeli mesin, peralatan dan sebuah van.
MCE amat mementingkan kualiti pengeluaran dan kebersihan serta telah mendapat Sijil Halal bagi produk-produk yang dikeluarkan.Justeru iti,
pengeluaran produ-produk MCE adalah menggunakan mesin dan peralatan yang menggunakan teknologi terkini di samping pekerja-pekerja yang
mahir dan berpengalaman.Memandangkan tahap persaingan yang tinggi daripada perniagaan bakeri dan konfeksionari yang lain seperi Anis
Confectionary Enterprise, Harum Bakery Sdn. Bhd, Seribu Rasa Bakery dan Pastri Sdn. Bhd dan perniagaan-perniagaan yang lain, MCE telah
mengatur strategi pengeluaran dan pemasaran supaya syer pasaran dapat di pertingkatkan. Sehubungan dengan itu MCE telah mempelbagaikan lagi
produk roti, kek dan pastri seiring dengan perubahan citarasa bagi menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada.
Berdasarkan kepada rekod-rekod kewangan lampau dan unjuran keuntungan pada tiga tahun berikutnya, MCE diyakini akan terus berkembang
maju dan menguasai 30% pasaran roti, biskut, kek dan pastri di bahagian pantai barat Semenanjung. MCE turut bercadang untuk meluaskan pasaran
ke negeri-negeri di sebelah selatan dan Pantai Timur dan Selatan untuk tempoh lima tahun akan datang.

MUKA SURAT 361


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN
RUJUKAN
12.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA (PAB)
12.1 Skop perniagaan
antarabangsa
12.1.1 Peranan dan
kepentingan
a) Mentakrif maksud Takrif Perniagaan Antarabangsa
perniagaan  Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain.
antarabangsa  Dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif individu atau
R. W. Griffin dan M. organisasi.
W. Pustay (2013)
b) Menjelaskan Kepentingan PAB Dalam Ekonomi:
kepentingan 1. Tukaran asing
perniagaan  Aktiviti eksport akan membawa masuk tukaran wang asing dalam negara
antarabangsa dalam  Menambahkan pendapatan negara
ekonomi merangkumi 2. Pasaran luas
tukaran asing, pasaran 1. Lebihan keluaran yang terdapat dalam sesebuah negara boleh dipasarkan ke negara luar
luas, guna tenaga, 2. Memberi peluang kepada sesebuah syarikat untuk terus berkembang.
pemindahan teknologi 3. Guna tenaga
 PAB seperti eksport, import, pelesenan dan lain-lain memerlukan pekerja
 Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara.
4. Pemindahan teknologi
 Teknologi dan kepakaran negara luar dipindahkan ke dalam sesebuah negara
 Tenaga kerja tempatan perlu dilatih untuk mengendalikan peralatan.
 Proses ini memindahkan teknologi ke negara yang menggunakan peralatan tersebut.
 Contoh: kepakaran teknologi Jepun (robot) di bawa masuk ke Malaysia.

MUKA SURAT 362


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
12.1.2 Tahap perniagaan Tahap perniagaan antarabangsa
antarabangsa
c) Menjelaskan tahap 1. Domestik
perniagaan  Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara.
antarabangsa  Pengeluaran dan pemasaran adalah untuk pasaran tempatan di negara tersebut sahaja.
termasuk domestik,  Melibatkan mata wang tempatan.
antarabangsa,
multinasional, dan 2. Antarabangsa
global  Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain.
 Menggunakan keupayaan semasa untuk berkembang di pasaran luar.
Daft (2010)  Di peringkat ini eksport meningkat dan persaingan dikendalikan sendiri bagi setiap negara.
Bartlett, CA & Ghoshal  Melibatkan pertukaran mata wang asing.
(2002)
3. Multinasional
 Beberapa subsidiari beroperasi sebagai entiti tersendiri di pelbagai negara
 Syarikat mempunyai pemasaran dan pengeluaran di beberapa negara
 Lebih daripada 25 % hasil jualan syarikat adalah daripada negara luar.
 Contoh Maybank, Samsung dan Air Asia.

4. Global
 Melihat dunia sebagai pasaran tunggal
 Operasi dikawal oleh ibu pejabat korporat
 pemilikan, kawalan dan pengurusan peringkat atasan terdiri melibatkan kakitangan beberapa negara.

MUKA SURAT 363


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
12.1.3 Strategi memasuki
perniagaan antarabangsa Straregi memasuki perniagaan antarabangsa
d) Menjelaskan strategi
memasuki perniagaan 1. Import
antarabangsa termasuk  Sebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian produk atau perkhidmatan dari negara luar
import, eksport, kontrak  Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis produk atau perkhidmatan membeli daripada negara
pengeluaran, pelesenan, luar.
francais, usaha sama,  Dilakukan untuk tujuan pempelbagaian produk untuk memenuhi citarasa pengguna.
subsidiari, dan operasi  Mercedez Benz diimport dari negara Jerman dsb.
serah kunci.
2. Eksport
 Penghasilan produk di sebuah Negara untuk dijual ke negara luar.
R.J. Ebert and R.W.
Griffin (2015) 3. Kontrak pengeluaran
R.W. Griffin and M.W.  Pengimport dan pengeluar bersetuju untuk menandatangani kontrak mengeluarkan.
Pustay (2013)  Pengeluaran produk oleh sesebuah syarikat dengan menggunakan label atau jenama syarikat lain.
 Contoh : Syarikat Nike lebih memfokuskan segala usaha syarikat dalam pemasaran produk dan telah
mengikat kontrak dengan beberapa kilang sekitar Asia Tenggara untuk mengeluarkan kasut dan pakaian
sukan syarikat.

4. Pelesenan
 satu perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen berhak
terhadap proses pengeluaran, cap dagang, paten kepunyaan pemegang lesen.
 Penerima lesen akan memberi royalti atau yuran kepada pemegang lesen.
 Tumpuan adalah organisasi perkilangan.
 Penerima lesen mencari sumber modal untuk menjalankan pengeluaran di negaranya tanpa bantuan
daripada pemegang lesen.

MUKA SURAT 364


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Francais
 Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama
perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk
menjalankan perniagaan mengikut peraturan dn tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor.
 Francaisi membayar royalti atau yuran tertentu kepada syarikat induk.
 Francaisor menawarkan berbagai bantuan kepada francaisi.

6. Usaha sama
 Dua atau lebih perniagaan bersetuju untuk bergabung bagi sama-sama menembusi pasaran antarangsa
atau membentuk entiti perniagaan baharu.
 Gabungan beberapa syarikat antarabangsa dengan syarikat luar yang bertujuan untuk memperoleh
pengetahuan rakan kongsi tentang persaingan, budaya dan sistem politik.
 Syarikat yang bergabung akan berkongsi bersama modal, risiko, kepakaran dan untung diagihkan
berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan.

7. Subsidiari
 Operasi tempatan yang dimiliki penuh dan dikawal oleh syarikat asing.
 Melalui pelaburan langsung (greenfield ventures) bagi syarikat baru (start up operations) atau melalui
pembelian ekuiti bagi syarikat sedia ada.

8. Operasi serah kunci


 Sebuah syarikat mereka bentuk, membina dan menyiapkan sesuatu kemudahan di negara asing di samping
melatih pekerja negara itu untuk mengambil alih operasi kemudahan yang dibina.
 Projek yang telah siap untuk beroperasi diserahkan kepada pembeli.
 Contoh: kilang janakuasa nuklear, lapangan terbang dan pelantar minyak.

MUKA SURAT 365


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
12.2 Konsep-Konsep Konsep-konsep perniagaan antarabangsa
Penting
a) Mentakrifkan 1. Dunia tanpa sempadan
konsep-konsep  Pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan Negara.
 Blok perdagangan bebas ditubuhkan bagi membebaskan Negara terbabit daripada belenggu yang diwujudkan
oleh sempadan politik terhadap perdagangan antarabangsa.
 Tanpa sebarang tariff atau sekatan lain.
 Contoh, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Perdaganagan Bebas Amerika Utara (NAFTA).
http://www.businessd 2. Pasaran menimbul (emerging market)
ictionary.com/definiti
 Pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut.
on/emerging-markets
 Usaha dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mengubah dan meningkatkan taraf ekonomi di
negara itu supaya setanding dengan negara membangun yang lain melalui pembukaan pasarannya kepada
pelabur antarabangsa.

3. Selatan-Selatan
 Merujuk kepada kerjasama antara negara-negara yang sedang membangun.
 Negara-negara ini bersepakat mengatasi masalah harga bahan mentah, membaiki keadaan ekonomi dan
memecahkan monopoli peluang perniagaan negara maju.
http://ssc.undp.org/co
ntent/ssc.html
4. Globalisasi
 Globalisasi merupakan suatu proses dimana ekonomi dunia bergerak ke arah menjadi satu ekonomi yang
saling bergantung iaitu tidak terasing lagi.
 Oleh itu, produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesuatu negara itu dapat dipasarkan secara
menyeluruh melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia.
Zafri
http://www.businessd 5. Lokalisasi
ictionary.com/definiti  Proses mengubahsuai fungsi tertentu seperti bahasa, budaya, politik dan undang-undang mengikut perubahan
on/localization.html citarasa pasaran ia beroperasi.

MUKA SURAT 366


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Nasionalisasi
 merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil-alih pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan
firma tersebut sebagai milik negara.
 Ia boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah:-
i. “expropriation”- pengambilalihan firma asing dilakukan dengan pemberian pampasan.
ii. “confiscation” - pengambilalihan firma asing dijalankan tanpa sebarang pampasan.

7. Penswastaan
 Satu proses pemindahan daripada sektor awam kepada sektor swasta di mana bukan lagi hak milik kerajaan.

12.3 Syarikat multinasional


12.3.1 Cabaran syarikat Maksud Syarikat Multinasional:
multinasional
 Syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya terdapat di beberapa buah negara.
a) menjelaskan maksud
 Cawangan ini akan dikawal oleh syarikat induk di negara asalnya tetapi syarikat induk memberi kuasa kepada
syarikat multinasional
subsidiari untuk bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku di pasaran tempatan.
dan tujuan organisasi
 Lebih daripada 25% hasil jualan syarikat adalah daripada di luar negara.
menjadi syarikat
multinasional Tujuan Organisasi Menjadi Syarikat Multinasional

1. Mengembangkan kekuatan/keunikan syarikat


Daft (2010) 2. Meluaskan pasaran
3. Mendapatkan sumber yang murah (buruh dan bahan mentah)
R.W. Griffin and 4. Mempunyai daya saing untuk mengatasi pesaing
M.W. Pustay (2015)

MUKA SURAT 367


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) menjelaskan cabaran
yang dihadapi oleh
syarikat multinasional
dari aspek:
(i) Struktur organisasi 1. Struktur organisasi
 Struktur organisasi syarikat berbeza
 Bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran pekerja dan kaedah
operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat
 Sukar memilih bentuk penjabatan
 Sukar untuk menentukan pengagihan autonomi kepada subsidiari.

(ii) Kawalan 2. Kawalan pengurusan


Pengurusan  Kaedah kawalan berbeza
 Lokasi yang jauh menyukarkan penetapan kepada satu bentuk struktur pentadbiran sama ada pentadbiran
berpusat atau tidak berpusat.
 Tidak berpusat, bermakna anak syarikat membuat keputusan, walaupun keputusan lebih tepat kerana anak
syarikat lebih tahu selok-belok perniagaan di negara luar, namun syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak
syarikat.
 Pentadbiran berpusat, walaupun syarikat induk dapat mengawal aktiviti anak syarikat, keputusan yang
diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir selok-belok perniagaan di luar.

(iii) Politik dan


3. Politik dan perundangan
perundangan
(iv) Ekonomi
Politik
(v) Sosiobudaya
 Kestabilan politik - kekuatan sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar.
 Dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak terancam malah berterusan.
 Ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi syarikat multinasional.

MUKA SURAT 368


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Undang-undang
 Sistem perundangan antara negara berbeza.
 Contoh: produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat multinasional mestilah berasaskan bahan mentah atau
komponen-komponen tempatan.
 Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat
 Tarif - kos mengimport barangan meningkat

4. Ekonomi

Sistem ekonomi
 Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti PAB.
 Contoh: sistem ekonomi, perancangan pusat - kerajaan akan menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi
negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya.

Kemelesetan ekonomi
 Berlaku pengangguran, hilang pekerjaan, maka permintaan terhadap produk multinasional kurang.

5. Sosiobudaya
 Perbezaan sosial dan budaya diantara negara di mana ia beroperasi (host country) dan negara asalnya (home
country).
 Mengubahsuai amalan dan gaya pengurusan bagi menangani persekitaran kebudayaan di negara di mana
mereka beroperasi.
 Mengelakkan konflik masalah komunikasi antara syarikat multinasional dan pekerja-pekerja tempatan.

MUKA SURAT 369


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
12.3. 2 Risiko syarikat Risiko syarikat multinasional
multinasional 1. Risiko ekonomi
 Mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza seperti perancangan pusat, kapitalis, dan ekonomi campuran
c) Menerangkan jenis  Kuasa beli penduduk
risiko antaranya  Kitar ekonomi seperti kemelesetan dan inflasi.
risiko ekonomi,
politik, kredit, 2. Risiko politik
pemilikan negara,  Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza.
penghantaran balik  Risiko operasi – kedudukan operasi atau pekerja terancam disebabkan oleh perubahan undang-undang,
modal dan dividen, persekitaran dan penetapan cukai.
dan kadar pertukaran
wang. 3. Risiko kredit
 Risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara kerana mungkin risiko untuk mendapatkan
R.W. Griffin dan M.W. daripada negara tersebut sedang mengalami kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politik, bencana alam
Pustay (2013) dan sebagainya.

4. Risiko pemilik negaraan


 Risiko kemungkinan berlakunya perubahan pemerintah negara tersebut
 Pengambilalihan aset melalui expropriation atau confiscation
 Contoh: pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme.

5. Risiko penghantaran balik modal dan dividen


 Menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara tersebut ke negara asal anak syarikat
multinasional
 Kerajaan mencampuri urusan syarikat memindahkan dana keluar/masuk dari negara syarikat beroperasi.

6. Risiko kadar pertukaran wang


 Perlu meramal pergerakan tukaran mata wang di masa hadapan yang akan memberi kesan kepada
perniagaan.

MUKA SURAT 370


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
12.4 Pembayaran perdagangan dan pertukaran mata wang asing
12.4.1 Dokumen Kegunaan dokumen penghantaran:
penghantaran
1. Surat pengesahan penghantaran laut.(Bill of Lading)
a) Menjelaskan  satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat perkapalan untuk dihantar kepada penerima yang
kegunaan dokumen dinyatakan dalam dokumen itu.
penghantaran: Surat  Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal
Pengesahan  Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang-barang atas kapal yang dikeluarkan oleh syarikar
Penghantaran Laut perkapalan / agennya.
(Bill of Lading), Surat 2. Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill)
Pengesahan  Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk dihantar kepada penama yang
Penghantaran Udara dinyatakan dalam dokumen itu.
(Airway Bill), Sijil
 Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal terbang
Pengesahan Tempat
 Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang- barang atas kapal terbang yang dikeluarkan oleh syarikat
Asal (Certificate of
penerbangan.
Origin);
3. Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin)
 Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pegawai jabatan perdagangan dari
negara pengeksport bahawa barang itu dibuat di negara pengeksport.
 Ia diperlukan oleh pihak kastam negara pengimport untuk memberi takrif keistimewaan atau mengenakan
kuota terhadap barangan import.

12.4.2 Kaedah Kaedah Penyelesaian Perdagangan:


pembayaran dan
penyelesaian 1. Perdagangan barter
perdagangan  Melibatkan pertukaran barangan eksport antara dua buah negara tanpa melibatkan penggunaan mata wang.
2. Perbankan koresponden
b) Menjelaskan kaedah  Pengeksport melantik sebuah bank sebagai ejen untuk bertindak bagi pihaknya.
penyelesaian  Bank yang dilantik oleh pengeksport akan menerima bayaran daripada pengimport bagi pihak pengeksport
perdagangan iaitu
MUKA SURAT 371
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
perdagangan barter dan
Dokumen Pembayaran Perdagangan Antarabangsa:
perbankan koresponden;
1. Surat Kredit (Letter of Credit)
c) Menjelaskan kegunaan  Dokumen yang dikeluarkan oleh pengimport dengan bank pengimport sebagai penjamin untuk membayar
dokumen pembayaran sejumlah wang kepada pengeksport di bawah syarat-syarat.
perdagangan 2. Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order)
antarabangsa berikut:  Arahan bertulis yang dikeluarkan pengeksport kepada pengimport , meminta pengimport membayar
Surat Kredit (Letter of sejumlah wang kepadanya dalam tempoh yang telah ditetapkan @ dengan segera.
Credit), Tuntutan Ikut
Perintah (Sign/Demand  Apabila pengimport mengesahan persetujuannya bil ini akan dikembalikan kepada pengeksport yang
Order), dan lain-lain. kemudiannya akan menghantar barangan kepadanya.

12.4.3 Peranan mata wang Peranan mata wang asing


asing  Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawang sebuah negara yang lain.
 Dua cara iaitu kadar tukaran langsung dan kadar tukaran tidak langsung
 Apabila eksport membawa masuk tukaran asing.
 Eksport meningkat, maka tukaran asing juga meningkat.
 Menambahkan pendapatan negara
 Sistem kadar pertukaran berubah atau terapung (floating rate)
 Menetapkan nilai pertukaran asing berdasarkan permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran
pertukaran asing

d) Menjelaskan kesan
Kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa:
kadar pertukaran
 Kenaikan kos faktor pengeluaran, keadaan ini akan menjejaskan persaingan keluaran tempatan dalam pasaran
mata wang asing
antarabangsa
terhadap perniagaan
 Mengalakkan pergerakan modal dari dalam keluar negara
antarabangsa
 Para spekulator mengambil kesempatan daripada keadaan turun naik mata wang untuk mencari keuntungan.

MUKA SURAT 372


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
R.J. Ebert and R.W. Sistem kadar pertukaran tetap (fixed rate)
Griffin (2015)  Melibatkan tindakan kerajaan melalui bank pusat, menentukan kadar pertukaran mata wang negara dengan
R.W. Griffin and M.W. mata wang asing pada satu kadar tertentu
Pustay (2013)  Kesannya:
www.swlearning.com/ o Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi lebih stabil
o Menghapuskan kegiatan spekulasi mata wang yang cuba meraih keuntungan
o Kadar pertukaran asing yang lebih stabil akan meningkatkan pelabur asing untuk melabur dalam negara.

12.5 Galakan dan perlindungan perdagangan


12.5.1 Galakan Peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa:
a) menjelaskan
peranan MATRADE 1. Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke
dalam menggalakkan atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;
pemasaran 2. Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk
antarabangsa terkilang dan separa kilang;
3. Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data
maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
4. Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam
pemasaran antarabangsa;
5. Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar
negara;
6. Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
7. Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan
perdagangan; dan
8. Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan
dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi
mengenai perkara tersebut.

MUKA SURAT 373


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) menjelaskan galakan
perniagaan antarabangsa.

Blok Perdagangan
(i) Blok perdagangan
1. AFTA (ASEAN Free Trade Area)

 Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei,
Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar.
 Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN
 Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya
saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur menanam
modal dengan memberi pelbagai insentif.
 Matlamat AFTA:
i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota
ii. mengenakan tarif yang seragam kepada negara bukan anggota
iii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian,
pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.

2. NAFTA (North American Free Trade Agreement)

 Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994


 hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
 Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam perdagangan di antara
negara anggota.
 Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah
keluaran negara kasar.

MUKA SURAT 374


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. EU (EROPEAN UNION)

 Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun
1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark,
Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan
kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh
mana-mana negara waktu itu.
 Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak,
mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang
kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masing-
masing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara.
 Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut:
i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota
ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas
iii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggota
iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggota
v. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota
vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota.
 Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota.

4. ASEAN

 Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh
buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei,
Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar.
 Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah:
i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama
serantau
ii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar
iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul
MUKA SURAT 375
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA.)
 Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang
kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global
 ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan
lokasi, sumber, pasaran.
 Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran
perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya
dengan cekap.

(ii) Perdagangan timbal Perdagangan Timbal Balik


balik
 Perdagangan timbal balik ialah urusniaga di mana pengeksport menerima keseluruhan atau sebahagian bayaran
dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport.
 Contoh: Negara China membayar hampir US$300 juta dalam bentuk keluaran dalam negara China dan
selebihnya dalam bentuk komponen kapal terbang kepada pembuat kapal terbang McDonnel Douglas yang
menjual pesawat MD-82 bernilaiUS$ 1 ribu juta.

(iii)Kempen kerajaan Kempen Kerajaan


Kerajaan telah mengadakan pelbagai program bagi meransang kegiatan PAB melalui galakan cukai, pengecualian
cukai, pembiayaan eksport, pemberian taraf perintis, subsidi, kempen Belilah Barangan buatan Malaysia dan
mewujudkan Skim Jaminan Eksport serta pelbagai program lain.

1. Zon Perdagangan Bebas


 Menjalankan aktiviti perdagangan.
 Boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau
cukai perkhidmatan.
 Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari/ke zon bebas hendaklah menggunakan borang atau
dokumen yang ditetapkan.

MUKA SURAT 376


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Koridor Raya Multimedia (MSC)

 Merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi
tempatan dan antarabangsa membina teknologi baru.
 Usaha ini dibantu oleh persekitaran yang kondusif yang mampu menggalakkan inovasi dan reka cipta.
 Antara matlamat MSC ialah:

i. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan inovasi serta kreatif dalam produk dan
perkhidmatan multimedia.
ii. Menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan antarabangsa dalam memajukan
industri teknologi multimedia untuk membantu syarikat tempatan menjadi syarikat berdaya
maju dan berdaya saing
iii. Hasil penyelidikan dan pembangunan boleh diniagakan demi mendapat manfaat daripada
penyelidikan dan cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik.

 Fungsi MSC pula adalah seperti berikut:

i. Menarik lebih banyak syarikat yang berasaskan teknologi canggih ke Malaysia dan seterusnya
membangunkan industry tempatan, khusnya yang berkaitan dengan teknologi multimedia
ii. Menawarkan persekitaran berpusat yang baik supaya rangkaian multimedia berbentuk
barangan dan perkhidmatan boleh dikeluarkan di Malaysia serta disalurkan ke serata dunia
iii. Membentuk kawasan yang menawarkan kebolehan serta kemampuan khusus dalam
multimedia, teknologi, tenaga buruh mahir dan separuh mahir infrastruktur serta
pengangkutan.
iv. Menyediakan MSC sebagai satu makmal percubaan dengan teknologi-teknologi moden masa
kini diuji dan disebarkan.

MUKA SURAT 377


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Galakan Cukai
 Menyediakan elaun pelaburan sehingga 60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun

4. Pengecualian Cukai
 Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan.
 Contohnya pengecualian cukai terhadap pendapatan royalti.

5. Pembiayaan eksport

 Pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan eksport dan membantu
firma pesaing secara efektif di peringkat antarabangsa
 Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport bertujuan untuk menggalakkan pelabur
mempromosikan produk Malaysia di pasaran antarabangsa.
 Potongan berganda untuk premium yang menginsuranskan barang eksport bertujuan untuk memberi
keyakinan kepada pelabur Malaysia untuk memasarkan barangan tempatan keluar negara.

6. Taraf perintis

 Galakan pelaburan yang berbentuk pelepasan cukai kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang
dianggap penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.
 Pengecualian termasuk cukai pendapatan, cukai pembangunan dan cukai untung berlebihan selama
beberapa tahun bergantung kepada jumlah modal tetap syarikat. (Modal melebihi RM1 juta diberi
pelepasan 5 tahun)

7. Subsidi

 Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi
industri tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara.
 Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import
dan memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.

MUKA SURAT 378


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8. Kempen Melilah Barang Buatan Malaysia

 Diadakan bagi meningkatkan tarikan dan minat pembeli domestik dan antarabangsa terhadap barangan
yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia antarabangsa

(iv) Promosi Pelaburan Promosi Pelaburan

 Malaysia sangat mengalu-alukan pelaburan di dalam negara sama ada daripada para pelabur asing mahupun
pelabur tempatan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mempromosikan pelaburan di Malaysia.
 Antara usaha yang giat dijalankan ialah:
i. Menawarkan insentif pelaburan yang menarik melalui Akta Promosi Pelaburan
ii. Mempromosikan produk atau perkhidmatan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa melalui
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
 Insentif pelaburan mula-mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1958 di bawah Ordinan Insentif Pelaburan
diikuti dengan Akta Insentif Pelaburan 1968. Pada bulan Mei 1986, kerajaan telah menguatkuasakan Akta
Promosi Pelaburan 1986 bagi mempertingkatkan insentif pelaburan sedia ada.

c) Menjelaskan fungsi, Fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa


peranan dan kesan
pakatan perniagaan 1. AFTA (ASEAN Free Trade Area)
antarabangsa.
 Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei,
Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar.
 Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN
 Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang
berdaya saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur
menanam modal dengan memberi pelbagai insentif.

MUKA SURAT 379


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Matlamat AFTA:
i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota
ii. mengenakan tariff yang seragam kepada negara bukan anggota
iii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian,
pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.

2. NAFTA ( North American Free Trade Agreement)

 Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994


 Hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
 Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tariff dan halangan bukan tariff dalam perdagangan di
antara negara anggota.
 Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah
keluaran negara kasar.

3. EU (European Community)

 Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun
1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark,
Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan
kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh
mana-mana negara waktu itu.
 Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak,
mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang
kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masing-
masing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara.

MUKA SURAT 380


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut:
i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota
ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas
iii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggota
iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggota
v. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota
vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota.
 Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota.

4. APEC (Asia Pacific Economic Cooperation)

 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ini ditubuhkan pada tahun 1989 yang dianggotai oleh 21 negara yang
bersidang untuk membincangkan serta mempromosikan perdagangan terbuka dan kerjasama ekonomi secara
praktikal.
 Tujuan utama APEC adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan
memupuk semangat kerjasama di kalangan negara-negara anggota. Selain itu untuk mengembangkan kegiatan
ekonomi serta kerjasama dalam bidang teknikal demi mengekal dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
serantau yang lebih cepat dan seimbang di kalangan negara anggota.
 Deklarasi Seoul pada tahun 1991, negara-negara anggota APEC telah mencapai persetujuan dan menetapkan
objektif APEC sebagai berikut:
i. Mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan rantau Asia Pasifik untuk kebaikan rakyatnya dan
dengan itu member sumbangan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dunia
ii. Meningkatkan perolehan positif untuk kedua-dua rantau dan ekonomi dunia hasil daripada kerjasama
ekonomi antara negara-negara anggota, termasuklah menggalakkan pengaliran barangan,
perkhidmatan, modal dan teknologi
iii. Membangun dan mengukuhkan system perdagangan yang terbuka untuk kebaikan rantau Asia Pasifik
dan dunia amnya.
iv. Mengurangkan halangan-halangan dalam perdagangan barangan dan perkhidmatan antara negara
anggota seiring dengan prinsip-prinsip GATT tanpa menganggu kepentingan ekonomi pihak lain.

MUKA SURAT 381


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. ASEAN ( Association of Southeast Asian Nations)

 Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh
buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei,
Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar.
 Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah:
i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama
serantau
ii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar
iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul

 Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA.)
 Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang
kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global
 ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan
lokasi, sumber, pasaran.
 Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran
perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya
dengan cekap.

6. IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle)

 Satu bentuk kerjasama serantau dengan polisi yang inovatif dan bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat.
Ia menekankan aspek-aspek kerjasama untuk memajukan aktiviti perniagaan dan sosioekonomi serantau
dalam bidang pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

MUKA SURAT 382


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Matlamat utama penubuhan segitiga ini adalah untuk menggalakkan sector swasta mengambil bahagian
dalammembangunkan kawasan serantau dengan kaedah berikut:
i. Mengeksploitasi kelebihan bersaing dalam sector tertentu
ii. Mempertingkatkan persaingan dalam pelaburan dan eksport
iii. Mengurangkan kos logistic dan transaksi yang diakibatkan oleh kawasan geografi
iv. Mengurangkan kos pengeluaran dan pengedaran.

 Kawasan pertumbuhan ini berkembang untuk membentuk dan mengukuhkan hubungan yang sedia ada dalam
usaha menggunakan kepakaran, kemahiran dan tenaga penduduk yang ada dalam kawasan ini bagi
membangunkan kuasa ekonomi serantau.

7. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapore Growth Triangle)

 Ditubuhkan pada tahun 1995. Merupakan satu konsep kerjasama antara serantau yang mengambil kesempatan
ke atas zon-zon ekonomi yang berkembang pesat membangun di dalam wilayah ASEAN.
 Ia dibangunkan bagi membolehkan anggota-anggotanya menggabungkan segala kekuatan dan kelebihan
yang ada untuk digunakan secara optimum.
 Kos juga dapat dikurangkan dan kecekapan dipertingkatkan terutama yang melibatkan pengaliran barangan,
perkhidmatan dan sumber-sumber melangkaui sempadan

8. BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipines-East ASEAN Growth Area)

 BIMP-EAGA ditubuhkan pada 1994 adalah merupakan satu usaha untuk membangunkan kawasan-kawasan
yang kurang membangun tetapi berpotensi untuk dimajukan.
 Objektif penubuhan adalah untuk mengintegrasi dan mempertingkat pembangunan ekonomi empat negara
berkenaan.
 Ini termasuklah mempercepat pembangunan kegiatan industry perdagangan, pelaburan, pelancongan,
perladangan, perikanan, maritime serta pertanian.
 Program-program dan strategi disusun untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan antara keempat
negara.
MUKA SURAT 383
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) menerangkan objektif Objektif Perlindungan Perdagangan
perlindungan
perdagangan  Untuk melindungi industri tempatan yang masih belum mampu untuk bersaing dengan dengan firma asing
terutama daripada segi modal
 Mengurangkan kadar pengaliran keluar mata wang negara agar dapat mengelakkan berlaku defisit dalam
imbangan perdagangan.
 Dapat memastikan wujudnya peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tem

e) Menerangkan kaedah Kaedah Melindungi Pasaran Domestik


melindungi pasaran
domestik termasuk
tariff dan bukan tarif Kaedah Tarif

 Tarif merupakan cukai langsung atau duti yang dikenakan ke atas produk atau perkhidmatan yang diimport
masuk ke sesebuah negara.
 Tarif akan meningkatkan kos produk atau perkhidmatan yang diimport seterusnya akan meningkatkan harga
produk tersebut. Ini akan mengurangkan minat pembeli untuk membeli produk tersebut
 Tindakan ini bertujuan supaya usahawan di negara berkenaan dapat bersaing dengan pesaing-pesaing mereka
dari luar negara selain menjaga kepentingan usahawan negara tersebut.
 Tarif terbahagi kepada dua iaitu:
o Tarif Khusus – dikenakan berdasarkan kepada berat atau bilangan barang
o Ad valorem Tarif – yang dikenakan berdasarkan nilai atau harga sesuatu barang

MUKA SURAT 384


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kaedah Bukan Tarif

1. Kuota

 Tindakan kerajaan menghadkan jumlah kemasukan produk atau perkhidmatan yang diimport dalam
bentuk kuantitatif berdasarkan bilangan, jumlah atau nilai.
 Tujuan kuota – melindungi industri yang sama dipasaran tempatan daripada dimonopoli oleh produk atau
perkhidmatan daripada syarikat luar negara

2. Embargo

 Tindakan memberhentikan atau tidak membenarkan sebarang usaha perdagangan atau perniagaan
dijalankan dengan negara asing
 Embargo merupakan satu tindakan yang diambil oleh negara tertentu akibat daripada ketidakpuasan dasar,
peraturan,,prosedur, sama ada disebabkan perbezaan politik atau ekonomi terhadap sesebuah negara lain
 Contoh: Malaysia tidak membenarkan segala urusan berbentuk politik, ekonomi atau perdagangan dengan
Israel disebabkan pencerobohan negara Israel ke atas Palestin

3. Anti Lambakan

 Suatu tindakan membawa masuk produk dalam kuantiti yang banyak ke dalam sesebuah negara.
 Tindakan lambakan ini menyebabkan harga bagi semua produk berkaitan akan menjadi semakin rendah
iaitu di bawah paras harga sebenar.
 Ini merupakan satu strategi yang bertujuan untuk meluaskan atau menembusi syer dengan cepat
dipasaran negara asing.
 Namun demikian tindakan ini akan melemahkan dan menjejaskan industri di negara berkenaan.
 Bagi menyekat masalah lambakan ini, kerajaan memperkenalkan Akta Duti Timbal balas dan Anti
lambakan (1993) bagi mengawal kemasukan produk dan perkhidmatan dari negara asing yang
menyebabkan produk tempatan tidak dapat bersaing.

MUKA SURAT 385


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Subsidi

 Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi industri
tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara.
 Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import dan
memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.

MUKA SURAT 386


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Contoh Soalan

1. Nyatakan empat matlamat penubuhan AFTA.

Cadangan jawapan:

Matlamat penubuhan AFTA.


1. Menghapuskan/mengurangkan tarif atau kuota atau bentuk-bentuk sekatan perdagangan lain di kalangan negara anggota.
2. Menetapkan kadar tarif yang seragam bagi negara-negara bukan anggota
3. Meningkatkan mobiliti pengaliran modal dan buruh di kalangan negara anggota
4. Mewujudkan polisi pengangkutan, pertanian, dan pendidikan
5. menggalakkan perdagangan bebas dikalangan negara anggota
6. menggalakkan usahasama modal dengan memberi pelbagai intensif
7. membentuk piawai bersama dalam kalangan anggota ASEAN
8. berkerjasama dalam membentuk peraturan untuk persaingan yang adil
9. membentuk pasaran bersama

2. Huraikan dokumen penghantaran yang digunakan dalam perniagaan antarabangsa.

Cadangan jawapan

Sijil Penghantaran Laut


Satu dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksport selepas menerima barangan yang perlu dihantar sebagai
perakuan penerimaan barang-barang.

MUKA SURAT 387


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Fungsi

1. Dokumen hak milik untuk membuat tuntutan keatas barang-barang yang sampai dipelabuhan.
1. Bukti kontrak / resit antara syarikat perkapalan dengan pengeksport
2. Nota makluman yang memberi maklumat tentang barangan yang dibawa.
3. Bil ini boleh diniagakan atau dicagar untuk mendapat pinjaman atau kemudahan overdraf.
4. Maklumat kepada pihak kastam untuk menentukan cukai.
5. Perakuan penerimaan barang dan melindungi pihak perkapalan dari tuntutan yang tidak munasabah.

3 Huraikan empat cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Delima Berhad yang akan menembusi pasaran di India. [20]
Cadangan jawapan
Cabaran yang bakal dihadapi Syarikat Delima Berhad

1. Struktur organisasi
Struktur organisasi syarikat di Malaysia berbeza dengan struktur organisasi syarikat di India. Kaedah kawalan kedua-dua
syarikat jauh berbeza. Pemilihan struktur organisasi bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan
dan kemahiran pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat. Sesebuah syarikat multinasional boleh
memilih empat bentuk penjabatan seperti penjabatan mengikut fungsi, penjabatan mengikut keluaran, penjabatan mengikut
geografi dan penjabatan mengikut pelanggan. Perlu memahami serta mengkaji bentuk penjabatan yang diamalkan oleh
syarikat yang akan diambil alih di India serta mencuba mengubah suai megikut keperluan setempat.

2. Politik dan undang-undang


Sistem politik yang diamalkan di Malaysia dan sistem politik di India berbeza. Negara yang mengamalkan sistem pasaran
bebas membenarkan pesaing beroperasi mengikut strategi dan kekuatan masing-masing. Walaubagaimana pun, bagi negara
yang mengamalkan sistem sosialis atau perancangan pusat, pengurusan sesebuah syarikat perlu diubah suai mengikut sistem
politik yang ada sekiranya Syarikat Delima ingin meneruskan perniagaan di negara itu.

MUKA SURAT 388


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Sistem undang-undang yang diamalkan oleh di Malaysia adalah berbeza dengan sistem undang-undang yang diamalkan oleh
India. Syarikat Delima perlu memahami undang-undang di negara India seperti pelaksanaan akta atau peraturan yang
berkaitan dengan perniagaan, insentif yang ditawarkan, atau syarat dan peraturan yang berkaitan dengan produk, tanda
dagang serta syarat pelaburan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan di negara berkenaan. Syarikat Delima perlu
memahami undang-undang yang meliputi pemindahan keluar mata wang asing dan tempatan, peraturan kadar pertukaran
matawang asing ke dalam Ringgit Malaysia dan sebaliknya

Sistem percukaian
Syarikat Delima perlu memahami sistem percukaian yang dikenakan oleh India. Perlu mengetahui jenis cukai yang perlu
dibayar oleh perniagaan beliau kepada kerajaan India seperti cukai keuntungan perniagaan, disamping lain-lain cukai seperti
tarif, cukai perkhidmatan dan cukai pelaburan. Ini kerana setiap negara mengamalkan sistem percukaian yang berbeza-beza.

3. Ekonomi
Syarikat Delima perlu mengambil tahu tentang aspek ekonomi negara India seperti kuasa beli pengguna di negara tersebut,
penawaran mata wang dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara India. Syarikat Delima perlu membuat penyelidikan
pasaran seperti mengetahui jumlah penduduk di negara tersebut, kadar inflasi, unjuran kadar pertumbuhan ekonomi negara
India, ketersediaan tenaga buruh, bahan mentah, serta kemudahan infrastruktur yang sedia ada bagi memastikan beliau
memperolehi manfaat dari pengambilalihan tersebut.

4. Sosiobudaya
Syarikat Delima perlu sedar sosiobudaya negaranya dengan sosiobudaya negara India jauh berbeza. Amalan hidup
masyarakat di India dari aspek adat, kebudayaan, cita rasa, dan lain-lain perlu diketahui. Ini kerana walau pun beliau
mengambil alih perniagaan di negara tersebut, namun bagi memastikan beliau dapat terus bertahan dinegara tersebut beliau
perlu membuat penyelidikan serta menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan keadaan sosiobudaya di negara
tersebut.

MUKA SURAT 389


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Jelaskan lima kepentingan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah organisasi perniagaan. [20]

Cadangan Jawapan:
Lima kepentingan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah organisasi perniagaan
1. Mendapat pasaran baharu
 perniagaan antarabangsa akan memberi peluang untuk mendapatkan keuntungan
 barangan atau perkhidmatan dapat dipasarkan ke luar negara dan seterusnya meluaskan pasaran dan menambahkan
permintaan
2. Memperoleh sumber pengeluaran
 sumber pengeluaran dengan kadar kos yang lebih murah berbanding di negara asal
 mendapatkan bahan mentah yang tidak dipunyai oleh negara asal
3. Memperoleh teknologi baharu
 penglibatan negara asing yang mempunyai teknologi yang baharu dapat digunakan oleh firma tersebut
 teknologi baharu dapat dipindahkan kepada pekerja dan organisasi yang terbabit.
4. Meningkatkan imej firma
 mempunyai reputasi yang tinggi
 imej firma akan meningkat apabila barangan atau perkhidmatan yang disediakan olehnya digunakan oleh penduduk
negara asing
5. Meningkatkan keuntungan firma
 penambahan permintaan terhadap keluaran firma akan meningkatkan pengeluaran
 kos pengeluaran dapat dikurangkan kerana kuantiti pengeluaran meningkat dan seterusnya dapat menjana keuntungan
yang lebih tinggi
6. Meningkatkan pengetahuan pengurusan
 memberikan pengalaman kepada firma bagaimana menguruskan cabaran dan risiko yang dihadapi
 menambahkan pengetahuan pengurusan melalui perkongsian idea dan pandangan.
7. Pempelbagaian pasaran
 Tidak tertumpu pada satu pasaran sahaja, ini boleh mengimbangkan risiko dan mengurangkan risiko perniagaan
 Kekurangan untung dari operasi sesebuah negara akan diatasi dengan lebihan untung daripada operasi di negara lain

MUKA SURAT 390


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
13.0 ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.1 Etika Perniagaan
13.1.1 Pendekatan tindakan Maksud Etika
beretika  Pengukuran individu terhadap nilai-nilai moral berkenaan dengan mana baik dan tidak baik, satu piawai
yang mengawal moral tingkah laku.
a) Mentakrifkan etika
perniagaan dan etika Maksud Etika Perniagaan
kerja  Kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral yang menghasilkan peraturan dan prinsip dalam
situasi perniagaan.
Sabri Hj Hussin (2005)
Rosli Mahmud et.al.  Menentukan sesuatu kelakuan itu betul atau salah dalam pengendalian perniagaan.
(2010)
Maksud Etika Kerja
Daft (2010) Tindakan etika pegawai-pegawai organisasi yang berkaitan dengan budaya organisasi itu sendiri yang telah
diterapkan oleh pihak pengurusan atasan.
b) menjelaskan maksud Dilema etika timbul dalam keadaan yang memaksa seseorang untuk mengenalpasti tindakan mana yang betul
‘dilema etika’ dan atau salah apabila nilai-nilai moral bercanggah. Etika selalunya melibatkan seseorang individu untuk
menghuraikan membuat keputusan dan terdapat pelbagai isu yang sukar diselesaikan.
pendekatan tindakan
beretika yang Berikut adalah situasi apabila perlu membuat pilihan atau berada dalam dilema etika :
merangkumi  Syarikat anda berhasrat untuk membina sebuah kilang pembuatan baru di luar negara. Anda boleh
utilitarian, menyimpan dalam $5 juta dengan tidak memasang peralatan kawalan pencemaran standard yang
individualisme, hak digunakan di Amerika Syarikat. Kilang itu akan mengambil ramai pekerja tempatan di sebuah negara
moral, dan keadilan miskin di mana peluang pekerjaannya adalah terhad. Hasil penyelidikan anda mendapati bahawa sisa
buangan dari kilang itu boleh menjejaskan industri perikanan tempatan berkenaan. Akan tetapi,
Daft (2010)
memasang peralatan kawalan pencemaran besar kemungkinan akan menaikkan kos pembinaan kilang
tersebut.

MUKA SURAT 391


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Anda adalah pengurus perakaunan bahagian yang menghasilkan $15,000 pendapatan di bawah sasaran
keuntungan. Lebih kurang $20,000 perkakasan pejabat telah dihantar pada 21 Disember. Peraturan
Rosli Mahmood dan
perakaunan menetapkan bahawa ia wajib untuk membayar perbelanjaan apabila ditanggung. Pengurus
Azrain Nasyrah Mustapa
besar bahagian anda meminta anda untuk tidak merekodkan invois sehingga bulan Februari.
(2010)

PENDEKATAN UTILITARIAN
 Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan seseorang individu terhadap pihak lain.
 Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau faedah kepada majoriti individu dalam masyarakat .
Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada faedah yang diperolehi untuk kepentingan majoriti
 Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya.
 Contoh : suatu pembangunan projek empangan di suatu daerah boleh dilaksanakan walaupun terpaksa
memindahkan 100 penghuni kawasan berkenaan kerana memberi faedah kepada 10 juta penduduk yang
lain, kerana 100 orang mangsa pemindahan tidak memberi makna besar kepada kebaikan yang diberi
kepada 10 juta orang lain.

PENDEKATAN INDIVIDUALISME
 Keputusan yang memberi kebaikan jangka panjang kepada seseorang individu itu dianggap tindakan
yang betul.
 Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi kayu pengukur dalam membuat sesuatu keputusan.
 Apabila semua individu berlumba-lumba untuk menjaga kepentingan masing-masing, kebaikan bersama
akhirnya dapat dihasilkan kerana semua individu akan belajar untuk bertoleransi dengan yang lain untuk
menjaga kepentingan jangka panjang mereka.
 Kesan pendekatan individualisme boleh membawa kepada kejujuran dan integriti untuk diaplikasikan
dalam jangka masa panjang.
 Contoh jika seseorang usahawan membuat penipuan untuk kepentingan diri jangka pendek boleh
mempengaruhi rakan-rakan perniagaan mereka juga membuat penipuan. Jadi tindakan seseorang
memberi impak kepada individu-individu lain.

MUKA SURAT 392


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
PENDEKATAN HAK MORAL
 Menggariskan bahawa setiap individu mempunyai hak-hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh
dicabuli oleh keputusan yang dibuat seseorang individu.
 Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik diambil untuk mengekalkan hak-hak setiap individu
yang terlibat.
 Enam hak-hak moral harus diteliti semasa membuat keputusan:
o Hak memberi persetujuan. Setiap individu berhak memberi persetujuannya sebelum diambil apa-apa
tindakan.
o Hak privasi.Kehidupan peribadi setiap individu berhak dihormati apabila di luar bidang pekerjaannya
dan dia berhak mengawal kehidupan peribadinya.
o Hak kebebasan suara hati.Setiap individu berhak mencegah daripada melakukan apa-apa yang boleh
melanggari moral atau norma-norma agamanya.
o Hak kebebasan bersuara. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat berkenaan etika individu lain
terhadapnya atau kesan-kesan dari tindakan mereka mengikut tatatertib undang-undang.
o Hak untuk dibicarakan.Setiap individu berhak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan layanan
yang saksama.
o Hak untuk hidup dan keselamatan. Setiap individu berhak untuk hidup tanpa gangguan atau
pencabulan kesihatan dan keselamatannya.
 Contohnya seseorang majikan perlu menghormati hak pekerja walaupun ini bertentangan dengan
keperluan majikan untuk melihat pekerja-pekerja lebih cemerlang dan lebih produktif

PENDEKATAN KEADILAN
 Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan piawaian ekuiti, keadilan dan kesaksamaan.
 Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan kos dan faedah di
kalangan individu dan kumpulan.
 Tiga jenis keadilan yang dititikberatkan oleh setiap pengurus :
 Pengagihan keadilan
o Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa diskriminasi.
o Individu tidak boleh dilayan dengan cara yang berbeza berdasarkan warna kulit, bangsa, agama dan
MUKA SURAT 393
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
sebagainya
o Contohnya, pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang berlainan jika mereka
melakukan kerja yang sama.

 Keadilan berprosedur
o Semua peraturan ditadbir dengan saksama.
o Peraturan-peraturan tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas dan dikuatkuasakan secara konsisten.

 Keadilan pampasan
o Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh pihak yang
bertanggungjawab.
o Individu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara di luar bidang kuasa
mereka.
13.1.2 Faktor dalam pilihan 1. Pengurus
pendekatan
 Pengurus akan dipengaruhi oleh kehendak dalam kehidupan, latar belakang kehidupan, pegangan agama,
c) menjelaskan faktor- pengaruh keluarga serta sikap pengurus itu sendiri.
faktor yang  Sikap pengurus yang sentiasa beretika, mempunyai keyakinan yang tinggi akan mempengaruhi
mempengaruhi pilihan pembuatan keputusan yang beretika.
pendekatan tindakan  Kekuatan ego adalah satu ciri personaliti yang mengukur kekuatan keyakinan seseorang.
beretika oleh pengurus  Tahap pembangunan moral juga mempengaruhi individu yang mana tahap kepatuhan bergantung kepada
dan organisasi; hukuman dan ganjaran yang akan diterima.
Daft (2010)  Tiga tahap yang mempengaruhi keputusan etika seorang pengurus :
o Tahap Prakonvensional
 Pengurus lebih mementingkan imbuhan, mematuhi peraturan dan mengelakkan daripada
hukuman.
 Pengurus lebih bersifat autokratik.
 Matlamat utama ialah semua pekerja mesti menyelesaikan semua tugasan yang diberikan
o Tahap konvensional
 Pengurus lebih mementingkan kerjasama kumpulan dan menggalakkan semua pekerja
MUKA SURAT 394
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
mengambil bahagian.
 Pengurus akan membuat keputusan berdasarkan kehendak dan jangkaan pekerja, keluarga
dan masyarakat
 Pengurus cenderung menjalinkan hubungan yang baik dengan organisasi.
o Tahap Prinsip
 Pengurus berpegang kepada tahap moral dan etika yang sangat tinggi.
 Pengurus tidak akan melanggar peraturan kerana nilai moral dalamannya lebih penting
daripada luaran.
 Pengurus akan melatih pekerja membuat keputusan tanpa ada dilema etika atau
kepentingan peribadi.
 Pengurus akan menurunkan kuasa kepada pekerja membuat keputusan dan walaupun
tanpa pengawasan, pekerja akan melakukan semua pekerjaan dengan beretika.
2. Organisasi

 Budaya kerja organisasi yang beretika tinggi dapat mengambarkan bahawa organisasi tersebut
sentiasa menekankan nilai etika dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
 Organisasi yang melaksanakan aktiviti dengan beretika akan menerima pulangan yang positif dalam
jangka masa panjang.
 Pengaruh etika akan sentiasa memberi kesan dalam perundangan dan polisi organisasi, peraturan
bertulis, kerja berpasukan, ganjaran, keprihatinan organisasi kepada masyarakat, kepimpinan dan
proses pembuatan keputusan.

MUKA SURAT 395


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
13.1.3 Jenayah kolar putih Takrif Jenayah Kolar Putih

d) mentakrifkan maksud Perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang bersangkutan dengan bidang
jenayah kolar putih tugas atau yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam organisasi.
(jenayah
perdagangan)

e) menjelaskan jenis- Jenis-Jenis Jenayah Kolar Putih


jenis jenayah kolar Rasuah
putih seperti rasuah,
penyelewengan, pecah  Dengan niat salah menerima daripada seseorang atau memberi kepada seseorang apa-apa suapan sebagai
amanah, konflik dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan urusan rasmi atau urusan
kepentingan, dan prinsipal berkenaan.
penyalahgunaan kuasa
(Contoh: Akta  Suapan ditakrifkan sebagai
Pencegahan Rasuah o Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau apa-apa jenis harta sama ada
1997); alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya
o Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian
untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.
Akta Pencegahan Rasuah o Apa-apa bayaran, pelepasan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, obligasi, atau liabiliti lain sama
(1961) ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.
o Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan
Akta Pencegahan Rasuah o Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai atau benda berharga.
(1997) o Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau
ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding
yang bersifat tatatertib, sivil, atau jenayah sama ada sudah atau belum dimulakan, dan termasuk
penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau
kewajipan rasmi.
o Apa-apa tawaran atau akujanji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat untuk memberikan suapan
mengikut pengertian mana-mana sebelum ini.

MUKA SURAT 396


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Penyelewengan

 Tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta
orang lain atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri
sendiri.
 Antara contoh penyelewengan :
o Menggelapkan harta dan wang syarikat
 menggunakan wang syarikat dalam amaun yang banyak untuk membuat pelaburan sendiri
dengan hasrat untuk mengaut keuntungan yang besar.
 memalsukan rekod-rekod kewangan syarikat agar tindakan mereka tidak dapat dikesan
o Memberikan harta yang bukan miliknya atau milik syarikat kepada orang lain
 harta syarikat disalahgunakan seperti mesin fotostat, telefon alat tulis dan sebagainya.
o Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggungjawab
 Menjual maklumat syarikat seperti rahsia perdagangan yang meliputi formula, paten, program
dan produk baru. Tindakan ini mengambarkan ketidak setiaan kepada syarikat

Pecah Amanah

 Seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab telah meletakkan kepentingan peribadi
atau kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan.
 Antara contoh pecah amanah ialah :
o Pengurus menipu atau meniru tandatangan mana-mana pegawai
o Tidak menjaga sesuatu senarai hasil, penyata, buku akaun, anggaran, daftar, resit catatan mensyuarat
atau senarai pendermaan atau mengeluarkan sesuatu surat atau sijil
o Penyalahgunaan duit/ harta/ wang syarikat untuk diri sendiri
o Menggunakan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham atau aset untuk diri
sendiri

MUKA SURAT 397


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Konflik Kepentingan

 Berlaku apabila seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan tindakannya
menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya
terhadap organisasi perniagaan tersebut.
 Antara contoh percanggahan yang mungkin wujud ialah :
o Pengarah yang dilantik oleh lembaga pengarah mewakili kepentingan sesuatu kumpulan tertentu
o Pengarah syarikat mungkin merupakan pengarah syarikat lain yng bersaing antara satu sama lain.
o Mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia iaitu ganjaran yang diterima bagi pihak
syarikat

Penyalahgunaan Kuasa

 Berlaku apabila seseorang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas
yang diamanahkan, mengambil tindakan atau membuat keputusan melanggar peraturan, prosedur dan
undang-undang yang ditetapkan.
 Antara contoh penyalahgunaan kuasa ialah :
o Mempunyai kuasa yang luas atau mengetahui maklumat dalaman sesebuah syarikat dan
disalahgunakan
o Menggunakan wang dan harta syarikat bukan untuk kepentingan syarikat
o Meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri

MUKA SURAT 398


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih

f) menjelaskan hukuman Rasuah


terhadap kesalahan
 Penjara untuk tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada
jenayah kolar putih.
lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang tinggi.

Penyelewengan
Akta Pencegahan Rasuah  Hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih enam tahun, sebatan dan denda.
1961
Pecah Amanah
Kanun Keseksaan
 Hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, serta sebatan.
Akta Syarikat 1965  Bagi penjawat awam, jurubank, saudagar dan ejen - Hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun
dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda

Konflik Kepentingan
 Hukuman pembatalan kontrak sekiranya wujud kontrak yang mengikat kedua belah pihak.

Penyalahgunaan Kuasa
 Contoh kesalahan dan hukuman mengikut Akta Syarikat 1965
o Menjadi pengarah syarikat tanpa izin mahkamah setelah hilang kelayakan : hukuman penjara lima
tahun atau denda RM100 000 atau keduanya
o Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak, harta jawatan dll : hukuman penjara tujuh tahun
atau denda RM150 000.

MUKA SURAT 399


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
13.2 Tanggungjawab sosial

13.2.1 Pihak Maksud Tanggungjawab Sosial


berkepentingan  Satu kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan
(pemilik taruh) mengambil tindakan yang perlu demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat serta organisasi.
 Satu kepercayaan bahawa fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan mestilah
a) mentakrifkan maksud
berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi.
tanggungjawab sosial
Pihak-Pihak Berkepentingan Dalam Tanggungjawab Sosial
Primer
b) menjelaskan pihak 1. Pekerja
berkepentingan dalam  Menentukan bahawa dasar upah dan gaji adalah mengikut daya pengeluaran dan kecekapan
tanggungjawab sosial  Mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
termasuk  Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dimana dapat menjamin kebajikan pekerja
(i) Primer (pekerja,  Memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi apabila pekerja berhenti
pemegang saham, 2. Pemegang saham
pembiaya,  Menentukan kadar pulangan yang mencukupi dan memastikan pelaburan terjamin.
pembekal,  Menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan cekap.
pelanggan,  Memberi maklumat yang perlu dengan syarat tidak menjejaskan keselamatan dan kecekapan
peruncit, dan perniagaan.
pemborong)  Memastikan objektif tercapai selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam etika.
(ii)Sekunder 3. Pembiaya
(kerajaan, media,  Membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam perjanjian.
masyarakat, dan  Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur.
kumpulan  Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilkan keuntungan.
pendesak) 4. Pembekal
c) Menjelaskan  Memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak meragukan, dan diterima
tanggungjawab sosial sepenuhnya kecuali ditamatkan atau diubah atas persetujuan bersama.
terhadap pihak  Memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa ekonomi dalam hubungan urusniaga dengan pembekal
berkepentingan
MUKA SURAT 400
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
tersebut kecil dielakkan dan bagi setiap urusan syarat-syarat pembayaran dipatuhi sepenuhnya seperti
pembayaran dibuat dengan segera seperti dijanjikan.
 Memastikan supaya pembekal tidak menggunakan sumbernya untuk menerima pesanan jangka
Daft (2010) panjang kecuali terdapat jaminan yang munasabah bahawa pesanan-pesanan yang diterima daripada
perusahaan perniagaan tidak akan dibatalkan sewenang-wenangnya.
Sabri Hj Hussin (2008) 5. Pelanggan
 Menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin penggunaannya yang cekap
 Tidak menghasilkan atau menjual barang-barang palsu atau bermutu lebih rendah daripada yang
ditetapkan atau barang-barang seludup atau apa-apa barang yang membahayakan kesihatan dan
keselamatan pengguna.
 Memastikan ejen atau wakil yang dilantik tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga
yang disyorkan.
 Menentukan dan memelihara ketetapatan timbangan dan sukatan bagi barang-barang yang dijual.
6. Peruncit
 Membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
 Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat
 Mendapatkan maklum balas dari peruncit
 Member ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi
7. Pemborong
 Membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong
 Mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai
 Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
Sekunder
1. Kerajaan
 Mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai undang-undang yang dicadangkan
 Memberikan sumbangan yang positif ke arah penggunaan sumber tenaga manusia dan bahan-bahan
mentah negara yang lebih baik.
 Menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

MUKA SURAT 401


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Media
 Membekalkan maklumat yang benar kepada media untuk disebarkan
 Menggunakan media dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi
 Memberikan kerjasama dan hubungan yang baik dan dengan pihak media
 Sentiasa membekalkan maklumat yang dikendaki media tepat pada masanya
3. Masyarakat
 Memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti biasiswa, pinjaman kepada pelajar tempatan.
 Mengenalpasti keperluan masyarakat dan dapat membekalnya mengikut permintaan
 Membiayai projek-projek social seperti taman permainan, pondok bas dan tempat rekreasi.
 Memastikan aktiviti perniagaan tidak memudaratkan alam sekitar
4. Kumpulan Pendesak
 Memberikan maklumat yang benar kepada kumpulan pendesak tentang satu-satu isu yang tepat.
 Memberikan kerjasama yang diperlukan oleh kumpulan pendesak
 Menyediakan ruang dan kemudahan kepada kumpulan pendesak untuk menyuarakan pendapat
tentang produk atau perkhidmatan syarikat.

13.2.2 Kebaikan dan Kebaikan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi


kelemahan
 Meningkatkan imej atau jenama organisasi yang mana sebuah syarikat mempunyai imej atau jenama
d) membincangkan yang baik dari perlaksanaan tanggungjawab sosial dan akan dipandang tinggi berbanding pesaing. Firma
kebaikan dan akan dilabelkan sebagai organisasi baik dan bersih. Ini sangat diperlukan untuk meningkatkan jualan dan
kelemahan terhadap sokongan orang ramai.
organisasi yang  Menikmati keuntungan jangka masa panjang. Ini disebabkan oleh sokongan masyarakat ke atas
menjalankan organisasi terbabit di atas imej baik yang ditunjukkan.Jadi tidak menjadi masalah syarikat mengeluarkan
tanggungjawab sosial kos untuk menjalankan tanggungjawab sosial.
 Memberi keyakinan kepada pelabur dalam negeri dan pelabur asing bahawa syarikat
bertanggungjawab,beretika dan telus dalam operasinya.
 Syarikat berupaya membetulkan masalah sosial dan persekitaran disebabkan operasinya. Antaranya
masalah pencemaran diatasi supaya dapat mencipta hidup dan persekitaran yang lebih baik.

MUKA SURAT 402


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Pelaksanaan tanggungjawab sosial dengan baik akan menyebabkan harga saham perniagaannya
meningkat dalam jangkamasa panjang. Ini disebabkan organisasi dilihat sebagai kurang berisiko dan
menghasilkan pulangan yang tinggi kepada pemegang-pemegang saham.
 Mempunyai kaitan positif dengan harga saham syarikat di bursa saham. Harga saham akan meningkat
dalam jangka panjang kerana pada pandangan awam, syarikat kurang terdedah kepada kritikan awam dan
risiko imej terjejas.

Kelemahan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi

 Organisasi merasakan kurang bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap masyarakat awam kerana
tiada saluran dan masa untuk berbuat demikian. Ini kerana segala keputusan dilaksanakan dalam syarikat
datangnya daripada para pengurus, bukan oleh syarikat. Jadi segala kesilapan akan ditanggung oleh
individu bukan firma.
 Tanggungjawab sosial melibatkan kos yang tinggi ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.
Kebiasaannya organisasi akan menyerap kos ini kepada pengguna dengan cara meletakkan harga yang
tinggi. Permintaan akan berkurang dan ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.
 Pelanggaran matlamat mencapai keuntungan maksimum kerana tanggungjawab sosial bukan antara
matlamat syarikat kerana tidak termasuk dalam agenda aktiviti yang diutamakan.Pelaksanaan
tanggungjawab sosial melemahkan matlamat utama perniagaan.
 Setiap organisasi mempunyai kepakaran dalam bidang pernigaan atau ekonomi sahaja tetapi kurang
kepakaran menangani isu-isu sosial. Jika mereka dipaksa melakukan tanggungjawab sosial ini akan
meningkatkan kos sahaja.
 Faedah daripada tanggungjawab sosial hanya dinikmati oleh masyarakat luar dan tidak memberi
faedah kepada perniagaan tersebut.
 Syarikat telah pun membayar cukai korporat kepada kerajaan jadi kerajaan patut gunakan cukai
tersebut untuk menyediakan kemudahan untuk masyarakat.

MUKA SURAT 403


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
13.2.3 Warga Korporat Takrif Warga Korporat

e) menjelaskan maksud  Peringkat pengurusan atasan yang terlibat dalam aktiviti perniagaan korporat.
warga korporat  Golongan warga korporat ialah
o Pemegang saham iaitu pelabur yang menyumbangkan modal untuk membiayai aktiviti-aktiviti
perniagaan
o Lembaga Pengarah iaitu mereka yang dilantik oleh pemegang saham dan bertanggungjawab
menentukan dasar dan hala tuju syarikat tersebut.
o Pihak pengurusan syarikat / pengurus syarikat iaitu golongan profesional yang bertanggungjawab
untuk menjalankan fungsi pengurusan dalam usaha untuk mencapai matlamat perniagaan yang telah
ditetapkan.

Peranan warga korporat


f) menyatakan peranan
warga korporat 1. Gelagat Beretika Dalam Perniagaan.
 Melibatkan diri dalam perhubungan dengan pihak pelbagai kepentingan secara adil dan jujur
 Menetapkan piawaian gelagat yang tinggi antara semua pekerja
Griffin (2015)  Melaksanakan pemantauan etika terhadap eksekutif atasan dan para pengarah

Stoner (2009) 2. Komited Terhadap Pihak Berkepentingan

Masyarakat
 Mengukuhkan hubungan dua hala antara firma dengan masyarakat
 Melabur untuk kepentingan masyarakat di mana firma beroperasi
 Menggunakan sumber untuk memberikan faedah optimum kepada masyarakat tanpa wujud
percanggahan seperti pembaziran sumber dan pencemaran.
Pelanggan
 Menawarkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti
 Menyediakan maklumat yang berguna dan benar
 Menghormati pelanggan sebagai pengguna yang sentiasa berhak menuntut haknya

MUKA SURAT 404


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pekerja
 Menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga
 Melaksanakan pengurusan sumber manusia yang bertanggungjawab
 Menyediakan ganjaran dan sistem upah yang adil
 Menyediakan suasana komunikasi yang terbuka dan fleksibel
 Melabur untuk pembangunan kerjaya para pekerja
Pelabur
 Berusaha untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan yang berdaya saing
 Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan penuh tanggungjawab
 Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada.
Pembekal
 Melaksanakan amalan perniagaan yang adil dimana sentisasa mematuhi perjanjian yang telah
 dipersetujui
 Memastikan pembekal akan membekalkan keperluan tepat pada masanya.
 Memastikan bayaran yang dibuat kepada pembekal menepati masa

3. Komited Terhadap Persekitaran Dalam Jangka Masa Panjang


 Menjamin kelestarian persekitaran dalam jangka panjang iaitu sentiasa kekal lama dan tidak pupus
 Memastikan persekitaran bebas dari sebarang masalah pencemaran
 Menggunakan bahan mentah atau bahan semulajadi secara optimum bagi mengelakkan pembaziran
 Mengelakkan masalah terhadap persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain

MUKA SURAT 405


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
13.3 Kepenggunaan

a) menjelaskan hak-hak Takrif Kepenggunaan


pengguna  Kepenggunaan ialah satu pergerakan yang bersifat sosial, ekonomi dan politik bertujuan melindungi
keselamatan dan hak pengguna keseluruhannya.
Laman web KPDNKK
(2014)
Hak-hak pengguna:
Sabri Hj Hussin(2005)
1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
 Pengguna berhak mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan.
 Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan,
kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
2. Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
 Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan , proses pengeluaran dan perkhidmatan yang
boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
3. Hak untuk mendapatkan maklumat
 Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat
pilihan yang tepat.
 Pengguna dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
4. Hak untuk membuat pilihan
 Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
5. Hak untuk menyuarakan pendapat
 Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan
yang sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan
barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
6. Hak untuk mendapat ganti rugi
 Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan
yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang
tidak memuaskan.
MUKA SURAT 406
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
 Pengguna berhak mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka
membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak
dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
8. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
 Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya
kepada generasi masa kini dan akan datang.

b) menjelaskan peranan Empat Agensi Berkaitan Kepenggunaan
agensi berkaitan iaitu:
1. Persatuan Pengguna

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca)


Laman web rasmi  Sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik.
FOMCA,BBB dan Menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya seperti Persatuan Pengguna Selangor,
TTPM Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Negeri Sembilan dan lain-lain yang sentiasa
berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia.
 FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.
 Antara peranannya ialah :
i. memberi dan menyebarkan maklumat.
ii. memberi pendidikan kepada semua pengguna.
iii. melindungi pengguna
iv. menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
 Sebuah pertubuhan yang bertujuan menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para
pengguna Islam melalui perlaksanaan aktivit-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.
 Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang adalah diharapkan setiap pengguna
Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang bagi mengembalikan maruah yang kian
tercemar.

MUKA SURAT 407


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
 Objektif penubuhan
i. Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri bagi
memperjuangkan hak kepenggunaan Islam
ii. Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan
Islam dari segi kepenggunaan
iii. Menjadi pemangkin kepada permasalahan ekonomi umat Islam, khasnya dan ekonomi
Malaysia amnya
iv. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti
terancang dan proaktif
v. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara secara
positif.

2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan


 Matlamat penubuhan untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan
melindungi kepentingan pengguna.
 Menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan
perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
 Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri:
1. Menentukan dan memantau harga barang-barang kawalan
2. Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang kawalan
3. Melesenkan penjualan dan pengeluaran barangan petroleum dan petrokimia
4. Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia
dan gas
5. Melesenkan urusniaga jualan langsung
6. Melaksanakan peraturan timbang dan sukat
7. Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan
8. Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik
9. Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek
10. Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui koperasi
11. Mengembangkan peluang perniagaan baharu berasaskan konsep francais
MUKA SURAT 408
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
12. Membangunkan penjaja dan peniaga kecil
13. Menggubal dasar-dasar sektor koperasi
14. Mengawal selia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993)
15. Melaksanakan projek dan program pembangunan koperasi
16. Melaksanakan latihan sektor koperasi
17. Melaksanakan program pendidikan pengguna
18. Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna
19. Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan

3. Better Business Bureau


 Persatuan/pertubuhan yang ditubuhkan oleh para peniaga bagi membantu pengguna mengelak atau
mengambil tindakan ke atas firma yang menjalankan perniagaan secara tidak beretika.
 Peranan :
1. Membekalkan maklumat syarikat kepada pengguna.
2. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh membuat
keputusan pembelian yang tepat.
3. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa.
4. Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan pengiklanan
yang tidak sihat.
5. Membantu menyelesaikan sesuatu aduan pengguna tanpa bayaran dan khidrnat timbang tara.
6. Menyiasat tempat perniagaan yang menjalankan aktiviti tidak beretika.

4. Tribunal Pengguna
 Merupakan satu badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh
pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
 Menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut
gantirugi dengan cara mudah, murah dan cepat.

MUKA SURAT 409


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bidang kuasa:
 Tribunal Mempunyai Bidang Kuasa Mendengar:
1. Apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar
seperti diperuntukkan di bawah Akta;
2. Di mana amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00
3. Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh mahkamah melalui perintah yang disiarkan dalam
warta
4. Bidang kuasa tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-
mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.
 Jenis-jenis tuntutan
 Mana-mana pengguna boleh menfailkan tuntutan di TTPM menuntut gantirugi bagi kerugian yang
ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan pengguna iaitu
o Perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian,
kualiti dan kuantiti.
o Keselamatan barang dan perkhidmatan yang digunakan
o Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat dengan pembekalan barang-barang seperti
mematuhi perihal, mematuhi sampel dan harga munasabah
o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekal perkhidmatan
seperti ketelitian dan kemahiran munasabah, masa siap yang munasabah, harga yang munasabah.
o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang
seperti kualiti prestasi atau ciri-ciri barang, pemberian perkhidmatan yang diperlukan dan
pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji.

MUKA SURAT 410


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh Soalan

1. Huraikan lima tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan
Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menangani isu kenaikkan harga minyak di pasaran. [5]

Cadangan Jawapan:

Lima tindakan yang boleh diambil oleh KPDNKK bagi menangani isu kenaikan harga minyak di pasaran:
 Menerima dan menjalankan penyiasatan terhadap aduan pengguna yang berkaitan dengan harga minyak
 Menjalankan penyiasatan terhadap mana-mana perniagaan yang menaikkan harga minyak tanpa kebenaran pihak KPDNKK
 Memantau dan mengawal aktiviti perniagaan yang mempunyai kaitan langsung dengan kenaikkan harga minyak
 Menetapkan harga maksimum terhadap barangan yang menpunyai kaitan langung dengan kenaikkan minyak seperti tambang
pengangkutan awam, harga makanan
 Mengenakan hukuman yang sewajarnya contohnya kepada penyeludup minyak dan yang bersubahat dengannya yang menjadi salah satu
faktor kenaikan minyak
 Memberikan subsidi minyak kepada mereka yang memerlukan seperti nelayan.

2. Terangkan dua hak pengguna untuk mendapatkan maklumat ketika membeli barangan elektrik. [4]

Cadangan Jawapan:
Hak mendapat maklumat kepada pengguna ketika membeli barangan elektrik:
 Pengguna perlu dimaklumkan cara untuk mengendalikan barangan tersebut dengan selamat.
 Pengguna perlu dimaklumkan potensi risiko sekiranya cara mengendalikan tidak mengikut arahan yang dinyatakan.
 Pengguna diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan tepat.
 Dilindungi daripada pengiklanan yang tidak jujur/mengelirukan/palsu.
 Pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan seperti kuasa voltan, nama syarikat pengeluar, jaminan kualiti dll yang berkaitan.

MUKA SURAT 411


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Terangkan dua peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis menjual makanan. [6]

Cadangan Jawapan

 Menerima laporan daripada pengguna berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan.
 Menyiasat kes yang berkaitan sijil halal dipremis menjual makanan
 Berkerjasama dengan pihak kerajaanuntuk mengadakan pemantauan atau serbuan ke permis makanan yang tidak mempunyai sijil
halal
 Menyebarkan maklumat kepada pengguna tentang permis makanan yang tidak mempunyai sijil halal
 Mengmbil tindakan undang-undang terhadap pemilik permis makanan yang mempunyaimasalah sijil halal nbagi pihak pengguna
 Menyediakan khidmat guaman kepada pelanggan yang telah menghadapi masalah berkaitan sijil halal di premis menjual makanan

MUKA SURAT 412


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
CONTOH SOALAN KAJIAN KES (STPM 2013)

AirAsia: Tan Sri Tony Fernandes

2 (a) Pemilik syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah bersekolah di England ketika beliau berusia 12 tahun. Pada
ketika itu, beliau perlu menaiki bas ke sekolah secara bersendirian. Beliau pernah bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh pulang ke
kampung semasa cuti penggal persekolahan atau tidak. Namun begitu, ibunya tidak membenarkan kerana tiket kapal terbang terlalu mahal pada
waktu itu. Dari saat itu beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah.

Semasa remaja, beliau seringkali mengikuti ibunya menaiki pesawat ke pelbagai destinasi termasuk ke luar negara atas urusan perniagaan.
Apabila dewasa, beliau menceburi bidang hiburan. Namun begitu, minat beliau terhadap perniagaan penerbangan tambang rendah semakin
tinggi setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England, EasyJet. Bersama-sama dengan rakannya, Kamarudin, beliau berusaha untuk
menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Disebabkan ini merupakan idea beliau, pegangan ekuiti syarikat sebanyak 51
peratus menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin. Seorang lagi rakan mereka, iaitu Aziz Bakar turut serta menjadi rakan
kongsi. Disebabkan kekangan modal, mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta. Mereka
memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1
berserta hutang sebanyak RM40 juta. Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai, terbang ke hanya
satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai 250 pekerja. Selepas sembilan tahun beroperasi, AirAsia kini bernilai
RM4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A230 dan A330, melakukan penerbangan melalui
130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun, dan kini mempunyai lebih 8000 pekerja di
Malaysia, Thailand, dan Indonesia.
(Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.agendadaily.com, dicapai pada 24 Jun 2012
Berdasarkan kes di atas,

(i) jelaskan bagaimana Tan Sri Tony Fernandes memulakan perniagaan penerbangan tambang rendah. [4]
(ii) apakah sumber modal yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes dalam perniagaan penerbangan tambang rendah? [4]
(iii) huraikan tiga sumber pencetus idea Tan Sri Tony Fernandes untuk menjalankan perniagaan penerbangan tambang rendah. [12]
(iv) huraikan lima ciri usahawan berjaya yang ada pada Tan Sri Tony Fernandes [10]
MUKA SURAT 413
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Cadangan Jawapan Kajian Kes:
2 (a):
Fakta Huraian Kaitan kes
(i)
Pengambilalihan membeli perniagaan  Memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan
perniagaan sedia ada mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

 Tan Sri Tony Fernandes mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom
pada harga RM1 berserta hutang sebanyak RM40 juta.

ATAU
Memulakan membina  Tan Sri Tony Fernandes bekerjasama dengan rakannya, Kamarudin, Aziz Bakar.
sendiri perniagaan baharu
perniagaan / bermula dari awal  Dengan pegangan ekuiti sebanyak 51 peratus, syarikat tersebut menjadi
perniagaan miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin.
sendiri
 Bentuk milikan perkongsian

(II)
Fakta Huraian Kaitan kes
Pinjaman membuat pinjaman  Tan Sri Tony bersama-sama dengan rakannya telah mencagarkan rumah mereka
bercagaran/ dengan mencagar kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta.
Pinjaman aset yang dimiliki
kepada bank
ATAU
Ekuiti pelaburan peribadi  Dengan pegangan ekuiti sebanyak 51 peratus, syarikat menjadi miliknya dan
pemilik perniagaan selebihnya diberikan kepada rakannya Kamarudin

MUKA SURAT 414


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(III)
Fakta Huraian Kaitan kes
Minat kecenderungan dan  Tan Sri Tony berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan
keinginan terhadap syarikat penerbangan tambang rendah.
sesuatu bidang yang
ingin diceburi  Beliau semakin berminat terhadap perniagaan penerbangan tambang rendah
setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England.

Pengalaman Situasi atau  Semasa kecil, beliau yang berada jauh di perantauan sering tidak dapat pulang
keadaan yang ke kampung kerana tambang kapal terbang yang mahal.
pernah dilalui atau
dialami pada masa  Pengalaman mengikut ibu berniaga yang memerlukan beliau terbang ke
lalu banyak destinasi lain.

Syarikat sedia Menilai kekuatan,  Pengamatan diri terhadap produk sedia ada EasyJet.
ada kelemahan,
peluang, dan  Berdasarkan analisis kekuatan dan peluang (SO), beliau telah mengambil alih
ancaman syarikat syarikat AirAsia daripada DRB Hicom yang bermasalah.
sedia ada (SWOT)
Produk sedia Produk sedia ada  Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737
ada dalam pasaran dan terpakai.
strategi
pembaharuan  Terbang ke hanya satu destinasi.
produk iaitu inovasi
terhadap produk
sedia ada

MUKA SURAT 415


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(IV)
Bil Fakta Kaitan kes
1 Kreatif  Beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan
tambang rendah. Pada ketika itu syarikat penerbangan sedia ada belum menawarkan perkhidmatan
penerbangan tambang rendah.
2 Inovatif  Boeing 737 terpakai kepada Airbus A230 dan A330
 Menambah destinasi penerbangan iaitu melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi
seluruh dunia
3 Inisiatif yang tinggi  Tan Sri Tony Fernandes dan rakan beliau berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat
penerbangan tambang rendah.
 Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih
sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.
 Disebabkan kekangan modal, mereka sanggup mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk
mendapatkan modal sebanyak RM1 juta.
4 Berani menanggung  Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih
risiko sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.
 Mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak
RM40 juta.
 Risiko kehilangan rumah yang dicagarkan
5 Bijak mengambil  Melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia
peluang  Syarikat penerbangan tambang mahal dijadikan peluang bagi mewujudkan syarikat tambang rendah
6 Berpandangan jauh  Beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan
atau berwawasan tambang rendah.
atau berorentasi
masa depan
7 Mempunyai  Mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak
keyakinan tinggi RM40 juta.
 Beralih dari bidang hiburan kepada bidang penerbangan
8 Sanggup berkorban  Mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta
MUKA SURAT 416
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof, Zakaria Yusof. 2004. Prinsip Keusahawanan, Pearson Malaysia Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

Abu Bakar Hamed, 2005. Kertas 1 (946/1) Pengajian Perniagaan STPM. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn.Bhd..

Abu Bakar Hamed et. al., 2007. Pengajian Perniagaan STPM Kertas 2. Shah Alam : Cerdik Publication.

Armstrong, Gary & Kotler, Philip. 2011. Marketing: An Introduction, Tenth Edition.England; Pearson Education Limited.

Bruce R. Barringer and R. Duane Ireland, 2008. Entrepreneurship Succesfully Launching New Ventures, (Second Edition), Pearson Prentice Hall:
Upper Saddle River NJ.

Covey, Stephen R.. (Penterjemah: Leo Ann Mean. Penyunting: Adibah Amin),1996. 7 Tabiat Orang Yang Sangat Berkesan. Petaling Jaya: Prentice
Hall Malaysia.

Dr. Sohaimi Mohd. Salleh , Utusan Online, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0401&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#


ixzz33R7Lv7gC

Gillham, B., 2008. Developing a questionnaire (2nd ed.). London, UK: Continuum International Publishing Group Ltd.

Lim Wing Hooi, 2011. Bicara Wang Bersama Gergasi Asia: Pemikiran Pemimpin Ekonomi & Raksasa Perniagaan Tersingkap.Puchong : AMX
Capital Sdn.Bhd..

Mohd Asri Hj Abdullah et. al., 2001. Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Selangor DE.

Mohd. Asri Hj Abdullah, 1999. Industri Kecil Di Malaysia Pembangunan dan Masa Depan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Salleh Din et.al, (2005) Asas Keusahawanan.Kuala Lumpur: Thomson.

Norita Deraman et. al.,2010. Keusahawanan Teori Dan Praktis, Mc Graw Hill, Kuala Lumpur.

Rosli Mahmud et.al.,2010. Prinsip-prinsip Keusahawanan, Pendekatan Gunaan Edisi Kedua. Kuala Lumpur:Cengage Learning.

Richard L Daft, 2010, The New Era Of Management,

MUKA SURAT 417


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
R.W. Griffin 2013, International Business, Pearson

Griffin, R.W 2015, Business Essentials, Pearson.

Sabri Hj Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan. Kuala Lumpur: Thomson Learning.

Stoner,James A.F, Freeman, R.Edward, JR. Gilbert , Daniel R. (2009). Management 6th Edition. Pearson.

Syarifah Akmam Syed Zakaria, Hardiman Muhammad Yatim, 2007. Rancangan Perniagaan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Syed Zamberi Ahmad, 2009. Keusahawanan: Teori, Proses Dan Amalan.Petaling Jaya: Leeds Publications.

Wan Liz Ozman dan Sulzari Muhamed, 2002.Memperkasa Usahawan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.: Selangor D.E.

MUKA SURAT 418

You might also like