You are on page 1of 20

1.

Nyatakan tiga cabaran yang dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada :

a) masa kini

b) masa hadapan [6]

Cadangan jawapan :

a) Tiga cabaran yang dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada masa kini adalah :

1. Bergantung kepada kecekapan pengurusan, kreativiti dan inovasi usahawan


dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan [R&D]. [1m]

2. Penggunaan teknologi moden seperti teknologi robot yang terkini dapat


meningkatkan kecekapan pengeluaran dan produktiviti.[1m]

3. Kemajuanteknologi maklumat dan komunikasi [ICT] memudahkan dan


meningkatkan lagi aktiviti perniagaan dalaman mahupun antarabangsa.[1m]

4. Jaringan internet dan rangkaian komputer membolehkan perdagangan elektronik


/e-dagang dijalankan

[mana-mana 3 yang pertama = 3m]

b) Tiga cabaran yang akan dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada masa hadapan adalah :

1. Cabaran globalisasi

2. Peningkatan kemajuan teknologi

3. Peningkatan tanggungjawab social

4. Peningkatan system perniagaan islam [perbankan islam]

5. Kewujudan blok-blok perdagangan

6. Sumber semakin berkurangan

7. Perubahan struktur demografi

8. Jaringan perniagaan

9. Meningkatkan produktiviti

10. Kepekaan terhadap isu alam sekitar

11. Bentuk pemilikan perniagaan

[mana-mana 3 yang pertama = 3m]

1
2. Huraikan tahap perniagaan dalam sesebuah perniagaan. [6]

Cadangan jawapan :

a) Tahap perniagaan primer[1m]

 Aktiviti pengeluaran sumber semula jadi /bahan mentah yang diperoleh dari alam semula
jadi. [1m]

 Aktiviti pengeluaran semula jadi tanpa mengubah bentuk asalnya untuk proses
pengeluaran selanjutnya.[1m]

 Contoh : perniagaan tahap promer ialah pembalakan dimana aktiviti perniagaan


mengeluarkan kayu balak dari hutan. [1m]

b) Tahap perniagaan sekunder[1m]

 Aktiviti pembinaan /pemprosesan bahan mentah yang didapati daripada aktiviti primer.
[1m]

 Memproses bahan mentah yang dihasilkan dari tahap primer kepada barang siap/barang
separuh siap.

 Merangkumi aktiviti pembuatan /perkilangan.[1m]

 Contoh: aktiviti perniagaan kayu balak diproses di kilang untuk dijadikan papan/perabot.
[1m]

c) Tahap perniagaan tertier[1m]

 Aktiviti melibatkan perkhidmatan /produk tidak ketara yang tidak perlu diproses lagi.
[1m]

 Aktiviti perniagaan tertier menjadi sokongan kepada perniagaan tahap primer dan
sekundersupaya barang yang dikeluarkan dapat kepada pengguna akhir dengan
lancar.[1m]

 Contoh: perkhidmatan perbankan dimana ia memberi pinjaman kepada pemilik


perniagaan.[1m]

[Fakta 1m, Huraian 1m = F3+H3 =6m]

2
3. Huraikan dua kepentingan Kawalan Inventori. [4]

Cadangan Jawapan :

Dua kepentingan Kawalan Inventori adalah

1. Memastikan inventori sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang masa. [1m]

Mengelakkan penyimpanan inventori berlebihan dan memastikan inventori sentiasa


berada pada tahap yang diperlukan oleh perniagaan,[1m]

2. Memastikan tiada pembaziran kos pemegangan inventori dalam suatu tempoh


tertentu.[1m]

Meminimumkan kos penyimpanan inventori kerana untuk mengelakkan modal


perniagaan terikat pada inventori untuk tempoh yang lama.[1m]

3. Memastikan proses menyediakan produk dalam proses pengeluaran dilakukan secara


berterusan.[1m]

Mengelakkan ganngguan kerana bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi sepanjang


masa.[1m]

4. Memastikan risiko kecurian dan kerosakan pada inventori dapat dikurangkan,[1m]

Mengelakkan kerosakan dan pembaziran dan menjaga keselamatan stok.[1m]

5. Memastikan semua keperluan dalam pasaran dapat dipenuhi apabila diperlukan.[1m]

Menstabilkan harga barang di pasaran kerana kuantiti barang yang mencukupi bagi
memenuhi permintaan di pasaran.[1m]
[2F+2H= 4m]

3
4. Jelaskan dua perkaitan Jabatan Pengeluaran dengan Jabatan Sumber Manusia dalam
sesebuah organisasi perniagaan. [4]

Cadangan jawapan :

Perkaitan Jabatan Pengeluaran dengan jabatan Sumber Manusia dalam sebuah syarikat:

- Jabatan Pengeluaran membuat unjuran keperluan kakitangan kepada Jabatan Sumber


Manusia untuk merekrut dan melatih pekerja yang diperlukan di Jabatan
Pengeluaran..[2m]

- Jabatan Pengeluaran mengenalpasti keperluan latihan bagi pekerja di jabatannya dan


memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia untuk merangka dan mengendalikan
program latihan yang sesuai. [2m]
(2F x 2m = 4m)
*jawapan mestilah menunjukkan perkaitan di antara kedua jabatan tersebut. Jika jawapan di
asingkan =0m

4
5. Jelaskan pendekatan pemasaran berikut :

a) Pendekatan Pemasaran Pengeluaran [2]

b) Pendekatan Pemasaran Produk [2]

c) Pendekatan Pemasaran Penjualan [2]

Cadangan Jawapan :

a) Pendekatan pengeluaran.

- Tumpuan diberi kepada kuantiti dan kualiti pengeluaran.[1m]

- Mengeluarkan barang sebanyak mungkin dan produk yang berkualiti.[1m]

- Produk akan dapat dijual jika pengeluaran yang banyak pada harga rendah ditawarkan
dengan kos yang minuman.[1m]

b) Pendekatan pemasaran produk

- Tumpuan pemasaran diberi kepada kualiti produk.[1m]

- Kualiti produk amat dipentingkan dan diberi keutamaan.[1m]

- Pendekatan ini mempercayai bahawa barang dapat dijual dengan mudah sekiranya
berkualiti.[1m]

- Pelanggan hanya membeli produk yang paling berkualiti, berprestasi tinggi dan
mempunyai ciri-ciri inovatif.[1m]

c) Pendekatan penjualan.

- Tumpuan diberi kepada kaedah, teknik dan cara menjual sesuatu produk.[1m]

- Promosi agresif dan kreatif diamalkan.[1m]

- Pendekatan ini mempercayai bahawa pelanggan hanya akan membeli jika dipujuk dan
digalakkan untuk membeli.[1m]

- Jenis produk yang menngunakan pendekatan ini aialah Produk tidak dicari seperti
insurans. [1m]

- Jurujual diambil dan dilatih untuk mencari pasaran/pelanggan.[1m]

(3F+3H = 6m)

5
6. Terangkan dua asas segmentasi pasaran pengguna. `[4]

Cadangan Jawapan :

Dua asas segmentasi pasaran pengguna

1. Segmentasi berasaskan Geografi [1m]


- Melibatkan pembahagian pasaran mengikut lokasi seperti kawasan perumahan, bandar,
negeri atau negara, faktor muka bumi, cuaca, iklim dan setempat. [1]

2. Segmentasi berasaskan Demografi [1m]


- Melibatkan pembahagian atau pemetakan pasaran kepada segmen kecil berdasarkan
faktor umur, jantina, saiz keluarga, kitaran hidup keluarga, latar belakang pendidikan,
taraf perkahwinan, pekerjaan, pendapatan, agama dan bangsa. [1]

3. Segmentasi berasaskan Psikografi [1m]


- Melibatkan pembahagian atau pemetakan pasaran berdasarkan personaliti, gaya hidup,
cita rasa dan kelas sosial pengguna. [1]

4. Segmentasi berasaskan Gelagat pengguna/manfaat [1m]


- Melibatkan pemetakan pasaran mengikut tindak balas pengguna terhadap penggunaan
sesuatu produk seperti tabiat pembelian, sikap, pengetahuan, kegemaran, kuantiti produk
yang dibeli pada masa tertentu, kekerapan dan pengulangan penggunaan sesuatu produk
(kesetiaan terhadap sesuatu jenama). [1]
*mana-mana 2F yang pertama

(2F+2H = 4m)

6
7. Nyatakan empat elemen Bajet Tunai. [4]

Cadangan jawapan

1. Aliran tunai masuk atau penerimaan tunai.[1]


2. Aliran tunai keluar atau pembayaran tunai [1]
3. Aliran tunai bersih [1]
4. Lebihan atau kurangan tunai atau baki akhir bagi tempoh berkenaan. [1]
5. Baki awal [1]
(4F pertama= 4m)

7
8. Huraikan dua prinsip insurans. [4]

Cadangan Jawapan:

1. Prinsip Ganti Rugi[1]


- Merujuk kepada pemberian ganti rugi atau pampasan mengikut nilai lindungan atau nilai
kerugian yang dialami sahaja.[1]

2. Prinsip Doktrin Punca Terdekat [1]


- Prinsip ini memberi perlindungan bagi kerugian yang dialami atas risiko yang
diinsuranskan sahaja.

3. Prinsip Kepentingan Boleh Diinsuranskan [1]


- Prinsip ini menekankan bahawa sidiinsurans mesti mempunyai kepentingan ke atas
hartanya atau nyawa yang diinsuranskan.[1]

4. Prinsip Penuh Percaya Mutlak.[1]


- Prinsip ini memerlukan sikap jujur dan kepercayaan antara penginsurans dan sidinsurans
dalam memberi maklumat masing-masing agar penipuan tidak berlaku.
(3F+3H = 6m)

8
9. Terangkan tiga jenis latihan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kepada
pekerja. [6]

Cadangan Jawapan :
1. Latihan di luar tempat kerja[1]
- Latihan yang dijalankan oleh organisasi sendiri atau luar dan dijalankan di luar waktu
bekerja atau di luar tempat.[1]
- Organisasi luar terdiri daripada institusi yang memiliki kepakaran dalam bidang latihan
seperti bdan berkanun, organisasi kerajaan dan syarikat swasta.[1]

2. Latihan sambil bekerja[1]


- Latihan yang dijalankan di premis atau organisasi semasa bekerja.[1]
- Pekerja melakukan kerja dengan bimbingan daripada penyelia atau jurulatih yang
berpengalaman.[1]

3. Pembelajaran kendiri/Pembelajaran sepanjang hayat[1]


- Pembelajaran yang memerlukan penglibatan secara peribadi, berinisiatif, membuat
penilaian kendiri bagi memastikan tahap penguasaan dan memberi kesan yang
berterusan.[1]
- Merupakan satu jenis latihan yang dilakukan oleh pekerja sendiri untuk meningkatkan
kemahiran dan keperluan.[1]

4. Latihan Perantisan[1]
- Kaedah ini menggabungkan latihan sambil bekerja dengan latihan di luar tempat kerja.[1]
- Dijalankan semasa bekerja, iaitu bekerja dengan pekerja yang telah mahir.[1]

5. Simulasi[1]
- Pelatih akan mempelajari teknik atau cara bekerja yang sebenar dengan menggunakan
model yang serupa dengan peralatan sebenar. [1]
- Kaedah ini biasanya digunakan sebagai latihan bagi tugas yang berisiko tinggi atau kos
yang sangat mahal.[1]

6. Latihan Penginstitusian[1]
- Latihan yang dikendalikan oleh golongan professional daripada institusi atau badan-
badan yang mengkhusus dalam pengendalian program latihan.[1]

7. Pembelajaran secara talian (e-learning)[1]


- Kaedah ini menggunakan arahan secara online dengan bantuan kemudahan komputer.
- Jurulatih masih boleh memantau latihan melalui komputer dan tidak perlu bersemuka
dengan pelatih.[1]

8. Kajian Kes[1]
- Pelatih-pelatih akan diberikan maklumat berkaitan dengan suatu kes perniagaan dan
diminta untuk menyelesaikan masalah perniagaan berdasarkan maklumat yang ada.[1]
- Sesuai untuk pekerja peringkat pengurusan.[1]
*Mana-mana 3F pertama
(3F+3H=6m)
9
10. Jelaskan tiga kaedah untuk mengekalkan hubungan yang harmoni antara pekerja dan majikan.
[6]
1. Perundingan perlu dimulakan dengan niat yang baik di mana pihak majikan dan kesatuan
sekerja berkomunikasi secara jujur dan saling bekerjasama.[1]
Contohnya : Mengadakan perundingan dengan majikan mengenai isu kenaikan gaji,
syarat perkhidmatan dan sebagainya.[1]

2. Kesatuan sekerja dan majikan menunjukkan kesanggupan untuk berhubung, berunding,


berkompromi, mengambil pandangan orang tengah jika sesuai serta bersikap toleransi
dan sabar sepanjang masa.[1]
Contohnya : Sekiranya majikan mampu membayar kenaikan gaji yang dituntut oleh
kesatuan sekerja, maka majikan perlu berkompromi untuk memenuhi tuntutan tersebut.[1]

3. Kedua-dua pihak perlu membuat penyiasatan dan memperoleh maklumat yang lengkap
sebelum mengambil sebarang tindakan.[1]
Contohnya : Majikan pekerja perlu membuat penyiasatan bagi mengumpul maklumat
terhadap salah laku pekerja sebelum mengambil tindakan menggantung kerja atau
memecat pekerja.

(3F+3H = 6m)

10
11. a) Terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Hajah Noraini Ahmad? [10]

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Hajah Noraini Ahmad ialah :

Fakta Huraian Kaitan kes

Pengeluaran Melibatkan proses  Noraini’s Enterprise ditubuhkan membekalkan kuih-


[1m] pengeluaran barang muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang.[1m]
untuk kegunaan
pengguna akhir.  Beliau mengambil inisiatif mengubah cara perniagaan
[1m] dengan menjual kuih raya dibantu oleh empat orang
pekerja.[1m]

 Syarikat mula membekalkan biskut ke pasar raya,


pasar malam dan pasar Ramadhan.[1m]

 Hajah Noraini Ahmad menubuhkan Noraini’s Freash


Bake dengan menjual kuih baulu dan kek .[1m]

 Tapak kedua dibuka di Plaza Masalam pada akhir


tahun 2000, disitu beliau menambah menu seperti roti
jala, aneka laksa, mi dan nasi lemak [1m]

 beliau mengilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise


dengan menghasilkan sebelas menu [1m] iaitu asam
pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang,
Mi Bandung dan Mi Kari. [1m]

 Pada tahun 2007, beliau menubuhkan pula Noraini’s


Farm House Sdn.Bhd yang memfokuskan kepada
produk rempah ratus.[1m]

 Penghasilan produk ini bertambah rancak dengan


adanya ladang seluas tiga ekar di Ijok [1m] yang
ditanam dengan serai dan lengkuas.[1m]

[Fakta =1m, huraian=1m, KK=8M =10]

11
b)Jelaskan atribut produk, penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan produk yang
digunakankan oleh Noraini’s Cookies Worldwide Sdn Bhd? [20]

Fakta Huraian Kaitan kes

atribut produk Ciri-ciri yang terdapat  Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd adalah
pada sesuatu produk produk 100% produk halal.[1m]
[1m]
 Produk Noraini’s Cookies dikatakan lain dari yang
ATAU lain kerana produknya adalah resepi tradisi Melayu
yang mampu menarik pelanggan Islam mahupun
Meliputi kualiti
bukan Islam. [1m]
produk/ciri
produk/reka bentuk  Produk ini membolehkan semua golongan dapat
produk[1m] merasainya. [1m]

[max=1m]  Biskut keluaran Noraini’s Cookies dapat dinikmati


oleh semua golongan pengguna termasuk bayi.
[1m]

 Produk Noraini’s Cookies juga boleh dijamin


tahan lama [1m]

 kerana cara pembungkusan yang dilakukan adalah


ditutup rapi dalam bekas ataupun di dalam kotak.
[1m]

 Biskut Noraini’s Cookies mempunyai pelbagai


bentuk yang unik seperti bentuk berlingkar yang
mampu mengalahkan pesaing dalam pasaran [1m]

 dan rasanya juga sangat sedap.[1m]

 Logo halal yang disahkan oleh JAKIM juga


dipaparkan pada semua label produk Noraini’s
Cookies.[1m]

Penjenamaan Proses menggunakan  Noraini’s Cookies meletakkan logo “Noraini’s


nama, istilah, symbol, Wonder In Every Bite” bagi setiap produk yang
tanda/reka bentuk dikeluarkan sempena nama Hajah Noraini
produk bagi Ahmad.[1m]
membentuk identity
perniagaan dan produk
keluaran mereka.[1m]

12
Pembungkusan Aktiviti mereka  Pembungkusan Noraini’s Cookies menggunakan
bentuk dan cara pembungkusan menggunakan bekas plastik
mengeluarkan lutsinar, kotak dan tin. [1m]
bekas/pembungkus
untuk sesuatu
produk.[1m]

Pelabelan Penerangan ringkas  Setiap pembungkusan diletakkan label yang


produk dalam bentuk mengandungi maklumat penting mengenai produk
nota/reka bentuk Noraini’s seperti tarikh pengeluaran, [1m] tarikh
grafik yang menarik luput, [1m] kandungan produk, [1m] alamat
diletakkan pada pengeluar [1m] dan cara penggunaan [1m] serta
bungkusan penyimpanan produk.[1m]
produk.[1m]
 Syarikat juga meletakkan kod bar untuk
memudahkan pekerja pasar raya menyemak harga
di mesin semak harga yang terdapat di kaunter
pembayaran.[1m]

 Logo halal yang disahkan oleh JAKIM juga


dipaparkan pada semua label produk Noraini’s
Cookies.[1m]

[max 4 huraian =4m, KK= 16m]

13
12. Dengan menggunakan gambarajah , terangkan proses perniagaan bagi sebuah syarikat
pengeluaran produk kesihatan. [20]

Draf jawapan

Proses perniagaan bagi sebuah syarikat pengeluaran produk kesihatan adalah

Input

Proses tambah nilai/proses tranformasi

Output

Pemasaran

emasaran

Untung / Rugi

RAJAH 1: Proses Perniagaan

[gambarajah =5m]

14
1. Input [1m]

- Faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan iaitu bahan mentah, modal insan,
modal, teknologi dan keusahawanan.[1m]

- Ciri-ciri keusahawanan diperlukan oleh seorang pengusaha untuk membina dan


memajukan perniagaan pengeluaran produk kesihatan.

- Terdiri daripada bahan mentah yang berkualiti dari ramuan tumbuhan semulajadi dalam
produk kesihatan[1m]

- Modal insan yang cekap megendalikan rekabentuk pembungkusan yang mengikut


citarasa pengguna[1m]

- Teknologi yang canggih bagi menerima pesanan pelanggan, [1m]

- kemahiran keusahawanan dan modal yang diperlukan dalam proses pengeluaran untuk
menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan [1m]

2. Proses tambah nilai/proses tranformasi[1m]

- Merupakan aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input
kepada output dengan menggunakan manusia dan mesin[1m]

- pekerja kilang produk kesihatan yang terlatih membuat sukatan bahan bahan dalam
produk kesihatan.[1m]

- pengetahuan pemilik syarikat terhadap citarasa pelanggan[1m] dan

- teknologi yang mempercepatkan proses pengeluaran produk kesihatan.[1m]

3. Output [1m]

- Barang siap atau produk akhir hasil daripada sesuatu proses pengeluaran [1m]

- Pilihan produk kesihatan yang mengikut citarasa pelanggan terkini seperti vitamin dan
peralatan sokongan bagi pesakit seperti tongkat.[1m]

- Pilihan produk kesihatan ini sedia dijual kepada pengguna akhir/pengguna industry[1m]

15
4. Pemasaran

- Melibatkan usaha memasarkan seperti mempromosikan produk kesihatan yang


dikeluarkan.

- Melibatkan usaha mengagihkan barang siap iaitu produk kesihatan kepada pengguna
sasaran[1m]

- Melibatkan aktiviti pemasaran seperti mengkaji bakal pembeli dan memilih pasaran
produk kesihatan.[1m]

- Membentuk campuran pemasaran seperti menentukan produk kesihatan dan memilih


saluran pengedaran yang sesuai untuk memasarkan produk kesihatan yang
dikeluarkan.[1m]

5. Untung / Rugi[1m]

- Hasil jualan yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan pengeluaran produk kesihatan
itu tadi [1m]

- Keuntungan yang diperoleh dapat meningkatkan perniagaan atau mengembangkan


perniagaan tersebut.[1m]

- Jika hasil kurang pengeluar boleh melihat semula kelemahan dari pengeluaran produk
kesihatan tersebut mungkin kelemahan dari meletakkan sasaran pelanggan atau pemilihan
saluran agihan yang perlu di tambah baik.[1m]

[1F=1m, 2H=2m, 5F+10H=15m]

16
13.
Mengenalpasti masalah e

Mengenalpasti keperluan
d
organisasi

Menentukan spesifikasi
c
produk

a b

Rajah 1: Proses pembelian produk industri

Berdasarkan Rajah 1 di atas:

a)Terangkan a,b,c,d,dan e dalam langkah yang terakhir dalam proses membuat keputusan
pembelian produk industri [10]

Draf jawapan

a- Mencari pembekal[1m]

- Pengurusan akan mencari maklumat tentang produk industry yang dapat memenuhi
spesifikasi yang dikehendaki dan kemudian membuka tender demi menilai alternative
pembekal yang terbaik.[1m]

b- Membuka tender[m]

- Selepas mengenalpasti senarai pembekal berkelayakan, pengurusan organisasi akan


mengadakan rundingan pembelian dengan pembekal yang dapat memenuhi spesifikasi
produk yang diperlukan.[1m]

- Rundingan pembelian melibatkan perbincangan tentang syarat perniagaan seperti harga,


kuantiti syarat pembayaran, masa penghantaran dan perkhidmatan selepas jualan [1m]

c- Memilih pembekal[1m]

- Pengurusan akan memilih pembekal yang dapat menawarkan syarat perniagaan yang
paling menarik dan membeli /memesan produk industry daripada pembekal tersebut.[1m]
17
d- Memesan produk[1m]

- Pemesanan dibuat berdasarkan senarai spesifikasi bahan, kuantiti yang dikehendaki


jangkaan masa penerimaan bekalan, dasar pemulangan bahan dan waranti yang
diberi.[1m]

e- Menilai prestasi pembekal[1m]

- Penilaian terhadap prestasi produk itu selepas digunakan dalam proses pengeluaran perlu
dibuat agar dapat menentukan sama ada ingin meneruskan pembelian daripada pembekal
tersebut /tidak pada masa depan.[1m]

[ 5F=5m +5H=5m =10m]

18
b)Terangkan lima faktor yang dapat mempengaruhi penetapan harga. [10]

Draf jawapan

lima faktor yang dapat mempengaruhi penetapan harga.

1. Objektif pemasaran adalah penakalan[1m]

- Objektif yang ingin dicapai oleh perniagaan dalam penetapan harga berdasarkan sama
ada penakatan iaitu tuampaun untuk perniagaan terus beroperasi , memaksimumkan
keuntungan, memimpin pasaran/memimpin kualiti produk.[1m]

2. Strategi pemasaran [1m]

- Harga produk yag ditetapkan harus mengambil kira reka bentuk produk, jenis produk dan
kualiti produk, bentuk pengedaran serta jenis promosi yang dijalankan.[1m]

3. Kos [1m]

- Harga yang diletakkan oleh pemasar /perniagaan mestilah dapat meliputi semua kos yang
terlibat dan berupaya memperoleh keuntungan.[1m]

4. Pertimbangan organisasi [1m]

- Harga juga ditetapkan oleh pihak tertentu dalam organisasi iaitu sama ada pengurusan
atasasn / pengurus jabatan bergantung kepada saiz sebuah organisasi, jenis organisasi,
kemampuan organisasi.[1m]

5. Kaedaan pasaran dan permintaan.[1m]

- Keadaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membenarkan pemasar
meletakkan harga yang bersesuaian dengan kuasa beli pengguna.[1m]

- Dalam ekonomi yang meleset akan memberi kesan kos pengeluaran dan persepsi
pengguna terhadap nilai dan harga.[1m]

19
6. Persaingan [1m]

- Persaingan yang wujud perlu diambil kira apabila pemasar ingin menetapkan harga
produk kerana harga produk yang dikenakan oleh pesaiang juga mempengaruhi
penetapan harga.

- Pemasar perlu membandingkan harga dengan kualiti produk pesaing sebelum


menetapkan harga.[1m]

7. Faktor persekitaran [1m]

- Persekitaran sosiobudaya dan perundangan menentukan tingkat harga yang boleh


ditetapkan oleh pemasar.[1m]

- Kawalan kerajaan terhadap harga produk kawalan mempengaruhi harga yang ditetapkan
oleh pemasar.[1m]

[mana-mana 5 yang pertama]

20

You might also like