You are on page 1of 17

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Dalam Meningkatkan

Pencapaian Pelajar

Arif Triman & Ruslin bin Amir


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
___________________________________________________________________________

Abstrak

Guru dan pelajar sentiasa berusaha meningkatkan kualiti daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Tetapi masih terdapat sebahagian kecil guru atau pelajar mahupun
pihak sekolah yang kurang jelas akan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa gaya pembelajaran pelajar memiliki peranan
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kertas konsep ini bertujuan
untuk membahas secara lebih mendalam mengenai faktor yang yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran, dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar. Tinjauan literatur juga mendapati
beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Antara faktor tersebut
termasuklah personaliti, persekitaran, rakan sebaya dan gaya pengajaran guru. Dalam kajian ini
menggunakan kaedah kajian literatur untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi gaya
pembelajaran dalam usaha meningkatkan hasil proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru
mahupun pelajar dapat memahami faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran ini, diharapkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti boleh tercapai dan meningkatkan pencapaian
pelajar itu sendiri.

Kata kunci : Gaya Pembelajaran, Pencapaian Pelajar


_________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Perbezaan individu akan mempengaruhi cara individu berinteraksi dengan persekitaran

mereka. Ultanir, et al (2012) menyatakan perbezaan individu akan membawa kepada

perbezaan persepsi mereka dan mempengaruhi pembelajaran individu tersebut terhadap hal-

hal baru yang mereka perolehi. Akibatnya setiap individu pelajar mempunyai kepelbagaian

dan kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza, strategi belajar yang berbeza dan kadar

pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu mempunyai gaya pembelajaran yang

dominan, dan ada pula individu menggunakan gaya pembelajaran yang berbeza mengikut

persekitaran. Lee & Siegle (2009) juga mendapati perbezaan gaya pembelajaran juga

dipengaruhi oleh faktor lain seperti persekitaran, gaya pengajaran guru dan pelbagai

kemudahan yang didapati pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1194
Hasil kajian yang dilakukan oleh Furham (2009), mendapati bahawa 50% dari

pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti dalam mata pelajaran matematik, bahasa Inggeris,

dan sains dipengaruhi oleh kepelbagaian individu seperti personaliti dan gaya pembelajaran.

Sama halnya dengan personaliti, gaya pembelajaran masing-masing individu itupun berbeza;

(Malarvilly Ramayah et al, 2011; M. Nur Ghufron & Rini Risnawati, 2012). Hasil beberapa

kajian mengenai gaya pembelajaran didapati bahawa gaya pembelajaran ini memiliki

hubungan positif dengan pencapaian pelajar (Mohamad Jafre Zainol Abidin et al, 2011; Yi et

al, 2011; Yeung et al, 2011; Gilakjani, 2012).

Oleh itu perlu sekiranya para guru dan pihak sekolah untuk mengenalpasti gaya

pembelajaran pelajar mereka. Karena, dengan mengenal gaya pembelajaran pelajar, akan

membantu guru merancang strategi mengajar dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan

gaya pembelajaran pelajar (Hawk & Shah, 2007). Mengenalpasti gaya pembelajaran para

pelajar boleh dijadikan sebagai bahan bagi pihak sekolah untuk membuat reka bentuk kursus

dan proses pembelajaran yang berkesan dalam kelas. Penggunaan pelbagai pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan selesa bagi para pelajar akan memberikan

sumbangan kepada hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Nur Sofurah

Mohd Faiz et al (2006) juga mendapati gaya pembelajaran serta strategi pengajaran yang

tepat akan membantu meningkatkan kualiti pembelajaran. Dalam artikel ini akan dibahas

bagaimana peranan gaya pembelajaran terhadap hasil dari proses pengajaran dan

pembelajaran dan kajian literatur mengenai gaya pembelajaran dan pancapaian pelajar serta

faktor-faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.

2. Gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran merupakan suatu pendekatan yang menjelaskan bagaimana individu

belajar ataupun cara-cara yang digunakan seseorang untuk memahami hal yang sukar ataupun

baharu melalui persepsi yang berbeza (M. Nur Ghufron & Rini Risnawati, 2012). Bagi

1195
seorang pelajar, gaya pembelajaran mereka ialah berbeza dengan pelajar lainnya. Oleh itu,

perlu sekiranya para guru untuk merancang strategi dan aktiviti pembelajaran yang sesuai

dengan pelajar mereka (Cassidy, 2004; Montgomery & Groat, 2010).

Gaya pembelajaan boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara, bergantung kepada

perspektif yang digunakan. Grasha (1996) mendefinisikan gaya pembelajaran berdasarkan

perspektif sosial, iaitu gaya pembelajaran sebagai suatu kualiti yang mempengaruhi pelajar,

suatu keupayaan untuk memperoleh maklumat untuk berinteraksi dengan rakan mahupun

guru serta persekitarannya. Sedangkan Kolb (1984) dan Honey & Mumford (1992)

menerangkan gaya pembelajaran dengan pendekatan pemrosesan maklumat dan kognitif,

dimana gaya pembelajaran dilihat sebagai suatu cara khas dan cenderung menetap yang

digunakan oleh individu untuk pemrosesan dan menerima ilmu. Begitu juga dengan Dunn &

Dunn yang menggunakan pendekatan pemilihan pembelajaran yang melibatkan lingkungan

dan yang lebih disukai oleh seseorang. Dunn & Dunn (1978) mendefinisikan gaya

pembelajaran merupakan kaedah seseorang yang menumpu, memproses, menyerap dan

mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar.

3. Gaya Pembelajaran dan Pencapaian Pelajar


Keberkesanan pembelajaran dalam kalangan pendidikan dicerminkan melalui gred yang

dicapai oleh pelajar. Dalam proses pembelajaran ini banyak elemen yang boleh

mempengaruhi pencapaian pelajar ini. Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang

telah dikenal pasti dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pencapaian

pelajar (Nadia Ainuddin Dahlan et al, 2010; M. Nur Ghufron & Rini Risnawati, 2010; Md

Yusoff Daud et al, 2012).

Bagi seorang guru, mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka

supaya mengamalkan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian hingga ke

tahap cemerlang. Menurut Montgomery & Groat (1998), pentingnya guru mengetahui dan

1196
memahami gaya pembelajaran individu kerana gaya pembelajaran yang berkesan bagi

seseorang pelajar mungkin tidak sesuai bagi pelajar yang lain. Oleh itu, perlu bagi seorang

guru memperkenalkan pelbagai gaya pembelajaran untuk memastikan kesesuaian wujud bagi

semua pelajar yang terlibat. Begitu juga kepada para pelajar, juga harus mengetahui apakah

gaya pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Dalam hal ini, guru boleh membantu pelajar

dalam memahami kecenderungan dan cara mereka belajar bagi meningkatkan keberkesanan

pembelajaran.

Beberapa kajian mendapati kesesuaian gaya pembelajaran akan menghasilkan

pencapaian akademik yang baik. Antaranya ialah kajian oleh Mohamad Jafre Zainol Abidin

et al, (2011) yang mengkaji mengenai impak gaya pembelajaran keatas pencapaian akademik

pelajar bahasa Arab. Dapatan kajian ini menunjukkan kesan positif gaya pembelajaran ke atas

pencapaian akademik pelajar dimana pelajar yang pencapaian tinggi, menyedari gaya

pembelajaran mereka sendiri dan menggunakan campuran dua atau lebih gaya pembelajaran

dalam memahami materi yang mereka pelajari. Seterusnya hasil kajian ini juga sesuai dengan

dapatan kajian yang dijalankan oleh Md Yussoff Daud et al (2012) dan Vijaya Sengodan &

Zanaton H. Iksan (2012) yang mendapati bahawa pelajar tidak hanya menggunakan satu gaya

pembelajaran sahaja, akan tetapi menggunakan dua atau lebih gaya pembelajaran untuk

memahami materi pembelajaran dalam upaya meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Kajian lain juga dilakukan oleh beberapa ahli yang menggunakan pelbagai alat ukur

gaya pembelajaran. Hasil kajian mereka mendapati adanya hubungan antara gaya

pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Seperti kajian yang dijalankan oleh Zywno &

Waalen (2002) yang menggunakan alat ukur gaya pembelajaran dari Felder-Solomon. Kajian

ini juga mendapatigaya pembelajaran memberikan impak terhadap pencapaian pelajar.

Seterusnya kajian yang dijlankan oleh Yeung et al (2005) terhadap 914 pelajar kimia di

University of Sydney yang mengukur gaya pembelajaran menggunakan alat ukur PLSI

1197
(Paragon Learning Style Inventory), kajian ini mendapati adanya hubungan gaya

pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Dapatan ini juga disokong oleh kajian Wei Chooi

Yi et al (2011) pada 90 orang pelajar bidang sians komputer dan linguistik menggunakan alat

ukur VARK inventory yang berasaskan teori gaya pembelajaran dari Kolb’s. Kajian ini juga

mendapati adanya hubungan yang positif antara gaya pembelajaran dengan pencapaian

akademik. Dari hasil beberapa kajian mengenai gaya pembelajaran ini dengan menggunakan

pelbagai jenis alat ukur gaya pembelajaran, didapati gaya pembelajaran memiliki hubungan

positif dengan pencapaian pelajar.

4. Faktor Yang Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Pelajar

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Dalam kajian ini,

didapati beberapa faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar, iaitu jantina,

personaliti, gaya pengajaran guru dan persekitaran pelajar.

4.1 Jantina

Lelaki dan perempuan belajar dengan cara yang berbeza satu sama lain. Oleh itu, jantina

boleh menjadi faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang (Severiens & Dam,

1997; Dorval, 2000; Tatarinceva & Blumenau, 2007; Bayrak & Altun, 2009; Zainora

Mohammed, et al, 2011; Byrak, 2012). Banyak kajian yang telah dijalankan untuk melihat

bagaimana perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina. Menurut Tatarinceva &

Blumenau (2007) lelaki cenderung belajar dengan lebih visual, kinestetik, lebih menyenangi

persekitaran yang tidak rasmi, dibandingkan dengan perempuan yang lebih selesa dengan

pengaruh motivasi rakan sebaya serta belajar dengan lebih banyak mendengar dan

memerlukan persekitaran yang lebih tenang. Dorval (2000), juga menyatakan bahawa pelajar

lelaki lebih suka terhadap tugasan pembelajaran yang berkaitan dengan persaingan dalam

suatu kumpulan hierarki, manakala pelajar perempuan belajar dengan berkongsi dalam

kumpulan kecil dimana berkongsi adalah prioriti utamanya.

1198
Kajian lain juga dijalankan oleh Severiens & Dam (1997) juga mendapati adanya

perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina pelajar. Kajian ini menggunakan soal selidik

ILS (Inventory of Learning Style) yang dibuat oleh Vermunt dan Van Rijswijk dan diubah

suai oleh pengkaji. Dalam soal selidik ini membagi gaya pembelajaran menjadi empat, iaitu

gaya pembelajaran reproduction-directed, gaya pembelajaran meaning-directed, gaya

pembelajaran application-directed dan gaya pembelajaran undirected. Kajian ini mendapati

terdapat perbezaan gaya pembelajaran reproduction-directed dan gaya pembelajaran

undirected mengikut jantina pelajar. Pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi

membaca dan menghafal serta bergantung kepada guru dan sekolah dalam proses

pembelajaran mereka. Lain halnya pada pelajar lelaki yang suka belajar dengan cara mereka

sendiri dan kurang menyenangi akan peraturan yang ada didalam bilik darjah. Seterusnya,

kajian mengenai jantina dan gaya pembelajaran juga dijalankan oleh Bayrak & Altun (2009).

Kajian ini mengkaji perbezaan gaya pembelajaran pelajar bakal guru sains pada tingkatan

satu dan tiga. Hasil kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya

pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan. Nilai mean kumpulan pelajar perempuan lebih

tinggi dibandingkan dengan nilai mean pelajar lelaki dalam tiga dimensi gaya pembelajaran.

Gaya pembelajaran pelajar perempuan banyak dipengaruhi oleh pensyarah, gaya pengajaran

pensyarah serta arahan daripada pihak universiti dibandingkan dengan pelajar lelaki.

Bayrak (2012) juga mendapati adanya perbezaan gaya pembelajan mengikut jantina

pelajar. Kajian yang ia jalankan menggunakan soal selidik gaya pembelajaran Grasha. Hasil

kajian ini mendapati adanya perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar

lelaki dengan gaya pembelajaran pelajar perempuan. Pelajar lelaki lebih menggunakan gaya

pembelajaran kompetitif dan mengelak, sedangkan pelajar perempuan menggunakan gaya

pembelajaran kolaboratif dan bergantung.

1199
Berdasarkan beberapa kajian diatas, maka dapat kita rumuskan bahawa jantina boleh

dijadikan sebagai faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seoran pelajar. Dari pelbagai

soal selidik yang digunakan, didapati perbezaan dimensi gaya pembelajaran antara pelajar

lelaki mahupun perempuan. Pelajar perempuan lebih menyukai berkongsi dengan rakan

sebaya dalam belajar, selesa dengan pendekatan tugasan belajar yang diberikan di dalam bilik

darjah serta bergantung kepada guru mahupun pihak sekolah (Severiens & Dam, 1997),

manakala pelajar lelaki yang lebih independen dan tidak bergantung kepada persekitarannya

(Rohaty, 1998; Ruslin et al, 2011).

4.2 Personaliti

Gaya pembelajaran merupakan bagian daripada faktor dalaman dari seorang individu (Chan,

2001; M. Nur Ghufron & Rini Risnawati, 2010). Berbicara mengenai faktor dalaman, akan

selalu berkaitan dengan personaliti dari seorang individu. Personaliti merujuk kepada semua

karakter yang berkenaan dengan aspek psikologi yang terdapat pada setiap individu seperti

aspek emosi, mental dan spiritual dimana karakter inilah yang akan membezakan seorang

individu dengan individu lainnya (McMartin,1995). Masing-masing individu sangatlah

berbeza, kepelbagaian ini juga akan mempengaruhi respon induvidu terhadap gaya

pembelajaran mereka. Menurut Ultanir, et al (2012) perbezaan individu akan membawa

kepada perbezaan persepsi mereka, perbezaan persepsi ini juga akan mempengaruhi

pembelajaran indivitu tersebut terhadap hal-hal baru yang mereka perolehi.

Adanya faktor personaliti dan kepelbagaian individu ini akan mempengaruhi cara

berinteraksi individu dengan persekitaran mereka. Kajian yang dilakukan oleh O’Connor &

Paunonen (2007) juga mendapati bahawa aspek personaliti memberikan kesan yang kuat

terhadap pencapaian pelajar. Kajian yang dijalankan oleh oleh Jackson & Jones (1995) juga

mendapati adanya hubungan personaliti dengan gaya pembelajaran, trait personaliti

ekstraversi memiliki hubungan yang kuat terhadap gaya pembelajaran pelajar. Kajian lain

1200
yang dijalankan Komarraju et al (2011) mengenai peranan kelima trait personaliti terhadap

gaya pembelajaran pelajar, juga mendapati trait personaliti kehemahan dan persetujuan

memiliki korelasi positif dengan gaya pembelajaran pelajar. Oleh itu, guru sebagai salah satu

bagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran memahami bagaimana personaliti dan

gaya belajar daripada pelajar mereka (Martin & Potter, 1998).

4.2 Gaya Pengajaran Guru

Strategi yang berkesan diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan stratengi

pengajaran oleh guru bergantung kepada situasi pelajar dan gaya pembelajaran dari pelajar itu

sendiri. Dengan memahami gaya pembelajaran para pelajar, guru dapat menggunakan

pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dengan situasi serta gaya pembelajaran pelajar itu

sendiri (Suppiah Nachiappan et al, 2009). Seterusnya, Grasha (1996) juga menyatakan

bahawa jika guru berharap dapat membantu pelajar meningkatkan pembelajaran mereka,

maka guru harus menggunakan strategi pengajaran serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

dengan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.

Montgomery & Groat (1998) menyatakan bahawa ada beberapa alasan mengapa

strategi pengajaran guru perlu bekerjasama serta sejalan dengan gaya pembelajaran pelajar.

Apabila guru dapat bekerjasama dengan pelajar, maka kita boleh meninggalkan cara

pengajaran tradisional yang beranggapan bahawa pelajar itu ialah sesuatu yang kosong

dimana tugas seorang guru yang mengisi kekosongan pelajar dengan pengetahuan yang guru

berikan di bilik darjah. Mengikut perkembangan semasa, cara pengajaran seperti ini tidaklah

efektif digunakan pada pelajar sekarang. Kerana pelajar sekarang senang berinteraksi serta

bertukar pikiran mereka tentang pengetahuan baru yang mereka perolehi. Seterusnya

Montgomery & Groat juga menyatakan bahawa dengan mengenal ciri-ciri khas setiap

pelajarnya seperti gaya pembelajaran, budaya dan lainnya, maka guru boleh melakukan

penambahbaikan strategi dan aktiviti pembelajaran di bilik darjah.

1201
4.3 Rakan Sebaya

Pembelajaran merupakan suatu proses interaksi yang melibatkan pelajar, guru dan

persekitarannya. Oleh itu faktor rakan sebaya juga mempengaruhi gaya pembelajaran serta

pencapaian pelajar itu sendiri (Loke & Chow, 2005; Suppiah Nachiappan et al, 2009; Gielen

et al, 2010; Malavilly Ramayah et al, 2011; Abedini et al, 2013). Vygotsky (1978) juga

menyatakan bahawa pengalaman yang paling berkesan oleh pelajar ialah dengan memberikan

peluang kepada pelajar untuk berkongsi bersama rakan, guru mahupun persekitarannya untuk

menyelesaikan tugasan-tugasan yang sulit, kompleks dan tidak boleh diselesaikan secara

perseorangan (Anderson, Annand & Wark, 2004).

Malavilly Ramayah, et al (2011) menjalankan kajian mengenai faktor yang

mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Taylor’s Business School di Malaysia. Kajian

menggunakan soal selidik VARK untuk melihat gaya pembelajaran pelajar serta soal selidik

peranan rakan sebaya, latar belakang budaya dan teknologi yang dibuat oleh pengkaji sendiri.

Hasil analisis kajian ini mendapati adanya hubungan yang signifikan antara gaya

pembelajaran dengan pengaruh rakan sebaya pada pelajar Taylor’s Business School. Dimana

skor pengaruh rakan sebaya lebih tinggi dibandingkan latar belakang budaya dan teknologi.

Kajian mengenai peranan rakan sebaya terhadap pembelajaran juga dijalankan oleh

Loke & Chow (2005). Beliau berdua ingin melihat apakah ada peranan daripada tutor rakan

sebaya terhadap pembelajaran pelajar juru rawat di Macau Nursing Collage. Dengan

menggunakan kaedah eksperimen, didapati adanya peningkatan proses pembelajaran pelajar

dalam melakukan tutor dengan rakan sebaya, pelajar juga mendapatkan pengetahuan baru

dengan bertukar pendapat dan pemikiran dengan rakan sebaya. Dapatan kajian ini juga

disokong oleh Clarke & Feltman (1990) yang menyatakan proses tutoring antara rakan

sebaya boleh meningkatkan proses pembelajaran dan memberikan kesan terhadap pencapaian

1202
akademik pelajar itu sendiri. Seterusnya kajian mengenai peranan rakan sebaya juga

dijalankan oleh Abedini et al (2013). Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan “Peer

Assisted Learning” terhadap pelajar. Sama halnya dengan kajian sebelumnya, kajian ini

mendapati adanya keberkesanan strategi “Peer Assisted Learning” terhadap pembelajaran

pelajar. Terdapat perbezaan hasil pembelajaran strategi ini dengan cara pengajaran

tradisional. Dimana hasil pembelajaran menggunakan strategi ini lebih tinggi dari hasil

pembelajaran dengan menggunakan strategi pengajaran tradisional.

4.4 Persekitaran

Faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu menyediakan

kemudahan dan keselesaan kepada pelajar agar mereka dapat belajar dalam suasana yang

kondusif dan terbaik. Persekitaran dan keadaan sekeliling akan mempengaruhi keupayaan

kita berfikir, belajar dan bekerja. Kajian yang dilakukan oleh Rita Dunn (1984) berkenaan

dengan gaya pembelajaran menunjukkan bahawa terdapat banyak aspek yang berkaitan

dengan persekitaran telah memberikan kesan kepada proses pembelajaran. Antara aspek

persekitaran tersebut termasuklah bunyi, cahaya, suhu, susun atur di dalam kelas, makanan,

masa belajar, dan lainnya. Kesemua aspek ini adalah untuk memenuhi keperluan semua

pelajar yang berbeza dan membantu meningkatkan penumpuan serta pembelajaran pelajar.

Dalam hal ini, pihak sekolah perlu melakukan sesuatu untuk mewujudkan persekitaran yang

kondusif (Suppiah Nachiappan et al,2009).

Cara pelajar belajar adalah berbeza. Ada yang suka menerima arahan daripada guru,

ada pula yang dapat belajar dengan baik apabila diberikan kebebasan melakukan aktiviti

pembelajaran, ada yang perlukan bimbingan dari pada sekolah mahupun guru dan ada pula

yang berdikari dan mempunyai konsep kendiri yang mantap. Sternberg (2003) menyatakan

sebab utama pelajar tidak belajar sepenuhnya di dalam bilik darjah kerana mereka tidak

diberi peluang untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran mereka sendiri. Oleh itu, perlulah

1203
sekiranya kita mengambilkira faktor persekitaran untuk menyokong masing-masing gaya

pembelajaran daripada pelajar. Dengan mengenalpasti gaya pembelajaran para pelajar, serta

sokongan daripada guru dan persekitaran, maka akan membantu pelajar untuk berjaya dalam

mata pelajarnya serta meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri.

5. Pentingnya Memahami Gaya Pembelajaran Tiap Individu

Penting sekiranya bagi seseorang untuk mengenalpasti gaya pembelajaran individu dan orang

lain dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan seorang pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bukan hanya bergantung kepada keupayaan intelektualnya ,

kemahiran dan bakat sahaja. Akan tetapi juga ada peranan dari gaya pembelajaran pelajar itu

sendiri (Kolb,1984). Pemahaman yang lebih mendalam mengenai gaya pembelajaran akan

membantu guru mahupun pihak sekolah dalam meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran (Malavilly Ramayah et al, 2011). Seterusnya bagi kalangan

pelajar itu sendiri, memahami gaya pembelajaran boleh meningkatkan keberkesanan

pembelajaran mereka baik di dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah (Dembo &

Howard, 2007). Honey & Mumford (1992) serta Montgomery & Groat (1998) menyatakan

pentingnya untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pada pelajar, diantaranya :

5.1 Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kita mengenai aktiviti pembelajaran mana

yang sesuai atau tidak sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar.

5.2 Membantu menentukan pilihan yang cocok dari pelbagai aktiviti didalam kelas,

mencegah pelajar dari pengalaman pembelajaran yang tidak sesuai dengan gaya

pembelajaran mereka.

5.3 Membantu para pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka dengan menggunakan

gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka.

1204
5.4 Membantu pelajar untuk merancang tujuan pembelajarannya serta membantu

meningkatkan pencapaian pelajar.

5.5 Membuat proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Dengan memahami gaya

pembelajaran pelajar, diharapkan adanya suatu interaksi antara guru dengan pelajar.

Pelajar tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang kosong. Materi pelajaran tidak hanya

diberikan dari guru kepada pelajar. Akan tetapi, perlu sekiranya mengembangkan dan

memberikan pengajaran yang berbeda-beda sesuai dengan keperluan pelajar.

Diharapkan ada interaksi, kerjasama antara guru dengan pelajar dalam roses pengajaran

dan pembelajaran.

5.6 Memahami pelajar dengan cara yang berbeza. Pelajar memiliki perbezaan dalam

pelbagai hal, tidak hanya jantina dan etnik tetapi budaya, usia dan gaya pembelajaran

juga membezakan pelajar yang sau dengan pelajar lainnya. Dengan memahami gaya

pembelajaran para pelajar, maka guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan

aktiviti di dalam kelas untuk meningkatkan pencapaian pelajar serta kualiti dari proses

pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

6. Perbincangan

Kejayaan seorang pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya

bergantung kepada keupayaan intelektualnya, kemahiran dan bakat sahaja. Akan tetapi

perlulah sekiranya kita mengambil kira peranan gaya pembelajaran sebagai salah satu aspek

yang mempengaruhi pencapaian seorang pelajar (Mohamad Jafre Zainol Abidin et al, 2011;

Yi et al, 2011; Yeung et al, 2011; Gilakjani, 2012). Pemahaman yang lebih mendalam

mengenai gaya pembelajaran pelajar akan membantu guru mahupun pihak sekolah dalam

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Malavilly Ramayah et al,

2011).

1205
Setiap individu tentunya mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza pada situasi

yang berbeza pula. Oleh itu ada kemungkinan bila seorang pelajar tidak hanya memiliki satu

gaya pembelajaran sahaja, akan tetapi memiliki beberapa gaya pembelajaran. Hasil kajian

yang dijalankan oleh beberapa pengkaji juga menemukan bahawa pelajar memiliki beberapa

gaya pembelajaran mereka masing-masing. Seperti kajian yang dijalankan oleh Deryakulu et

al (2010) dengan menggunakan soal selidik gaya pembelajaran daripada Kolb pada 148

pelajar ICT di Ankara Universiti. Hasil kajian ini mendapati banyak pelajar yang

menggunakan gaya pembelajaran Converger dan Assimilator. Kajian lain yang dijalankan

oleh Mohamad Jafre Zainol Abidin et al (2011) yang menggunakan soal selidik PLSP yang

dibangun berdasarkan kombinasi dari tiga instrumen gaya pembalajaran, iaitu instrumen

gaya pembelajaran Dunn & Dunn, Heyland serta Kolb. Hasil daripada kajian ini juga

mendapati pelajar menggunakan gabungan dari beberapa gaya pembelajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka.

Berdasarkan kajian literatur yang ada, ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi

kepelbagaian gaya pembelajaran pada pelajar. Faktor personaliti, jantina, gaya pengajaran

guru serta persekitaran pelajar telah dikenalpasti sebagai faktor yang boleh mempengaruhi

gaya pembelajaran pelajar. Dengan memahami beberapa faktor ini, kita boleh memahami

bagaimana ciri pembelajaran daripada pelajar. Sebagai contoh, dengan memahami perbezaan

jantinapelajar. Pelajar perempuan lebih menyukai berkongsi dengan rakan sebaya dalam

belajar, selesa dengan pendekatan tugasan belajar yang diberikan di dalam bilik darjah serta

bergantung kepada guru mahupun pihak sekolah (Severiens & Dam, 1997), manakala pelajar

lelaki yang lebih independen dan tidak bergantung kepada persekitarannya (Rohaty, 1998;

Ruslin et al, 2011). Dapatan ini membantu guru untuk menggunakan aktiviti pembelajaran

tertentu yang sesuai dengan ciri pembelajaran pelajar lelaki mahupun perempuan. Faktor –

1206
faktor ini boleh menjadi pertimbangan bagi pihak guru mahupun sekolah dalam usaha

mengenalpasti gaya pembelajaran serta strategi pengajaran yang akan dijalankan.

7. Cadangan
Gaya pembelajaran telah diketahui sebagai salah satu perkara yang boleh meningkatkan

pencapaian pelajar. Dengan mengenalpasti kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar, menjadi

masukan bagi pihak guru mahupun sekolah untuk merancang pelbagai strategi pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan pembelajaran pelajar. Bukan perkara yang mudah

untuk merancang suatu strategi pengajaran atau aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan

pelbagai gaya pembelajaran pelajar, oleh itu kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk

merancang suatu aktiviti pembelajaran mahupun strategi pengajaran yang menyokong

pelbagai gaya pembelajaran pelajar.

Dari hasil kajian ini juga didapati beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya

pembelajaran pelajar, kedepan diharapkan adanya kajian-kajian yang lebih mendalam

mengenai faktor mana yang lebih berkesan terhadap gaya pembelajaran pelajar. Sehingga

juga dapat dijadikan masukan bagi pihak sekolah untuk meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

8. Kesimpulan

Gaya pembelajaran merupakan suatu pendekatan yang menjelaskan bagaimana individu

belajar ataupun cara-cara yang digunakan seseorang untuk memahami hal yang sulit ataupun

baharu melalui persepsi yang berbeza. Gaya pembelajaran ini dapat memberikan kesan

kepada proses pembelajaran pelajar di sekolah. Persekitaran sekolah yang kondusif dan

peranan guru dalam menggunakan pendekatan yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar

juga banyak mempengaruhi pembelajaran pelajar. Bagi seorang pelajar, gaya pembelajaran

mereka ialah berbeza dengan pelajar lainnya. Oleh itu, perlu sekiranya para guru untuk

merancang strategi dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan pelajar mereka. Penggunaan

pelbagai strategi pengajaran yang tidak hanya sesuai dengan satu gaya pembelajaran, tetapi

1207
juga cocok dengan pelbagai gaya pembelajaran pelajar boleh digunakan dalam upaya

meningkatkan pencapaian pelajar.

Rujukan

.
Abedeni, A. Mortazavi, F. Javadinia, S., A. & Moonaghi, H., K. 2013. A New Teaching
Approach in Basic Sciences: Peer Assisted Learning. Procedia - Social and
Behavioral Sciences. 83: 39-43.

Anderson, T., Annand, D., & Wark, N. 2004. Interaction in Learner-Paced Learning.
Athabasca University.

Bayrak, B., K. & Altun, S. 2009. Is There Any Difference Between Learning Styles Of
Student Science Teachers Inrelation To Both Their Grade And Gender?. Procedia
Social and Behavioral Sciences.1: 765-777.

Bayrak, B., K. 2012. A Study on Learning Style of Secondary Student’s According to Gender
and Class Level. Procedia Social and Behavioral Sciences.46: 843-847.

Chan, D., W. 2001. Learning Styles of Gifted and Nongifted Secondary Students in Hong
Kong. Gifted Child Quarterly. 45(1): 35-44.
Clarke, B., Feltman, W. 1990. Facilitating peer group teaching within nurse education. Nurse
Education Today. 19.

Deryakulu, D., Büyüköztürk, S., and Özçınar, H. 2010. Predictors of Academic Achievement
of Student ICT Teachers with Different Learning Styles. International Journal of
Human and Social Sciences. 5(9): 567-573.

Dorval, B.2000. Conversational Coherence and its Development. Norwood, NJ: Ablex.

Dunn, R. 1984. Learning Style : State of The Science. Mathing Teaching & Learning Styles.
23(1): 10-19.
Gielen, S., Peeters, E., Onghena, P., Struyven, K. 2010. Improving the effectiveness of peer
feedback for learning. Learning and Instruction. 20: 304-315.
Grasha, A.F. (1996) Teaching with Style. Pittsburgh, PA: Alliance.
Honey, P. & Mumford, A. (1992). The manual of learning styles. Maidenhead: Peter Honey
Jackson, C. & Jones, M., L. 1996. Explaning The Overlap Between Personality and Learning
style. Person. Individual Differences. 20(3): 293-300.
Komarraju, M. Karau, S., J. Schmeck, R., R. & Avdic, A. 2011. The Big Five personality
traits, learning styles, and academic achievement. Personality and Individual
Differences. 51 : 472-477.

1208
Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as a source of learning and
development, Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Loke, A., J., T., Y & Chow, F., L., W. 2007. Learning partnership—the experience of peer
tutoring among nursing students: A qualitative study. International Journal of
Nursing Studies. 44: 237:244.

Malavilly Ramayah, Neliza Hilmy Nasrijal, Lim Chee Leong, Premagowrie Sivananda,
Thamayanthee Letchumanan. 2011. Factors Influencing the Learning Style
Preferences among Business School Students. Journal of Advanced Social Research.
1:229-243.

Martin, D. & Potter, L. 1998. How teachers Can Help Student Get Their Learning Styles Met
at School and at Home. ProQuest Education Jurnal. 118(4).
McMartin, J. 1995. Personality Psychology : A Student Centered Approach. California :
SAGE Publications, Inc.

Md Yussof Daud, Effandi Zakaria & Norwahida Bakar. 2012. Hubungan Antara Gaya
Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Program
Sains UKM. Procedia-Social and Behavioral Science.
Montgomery, S., M. & Groat, L., N. 1998. Student Learning Style and Their Implications for
Teaching. CRLT University of Michigan. 10.

Mohamad Jafre Zainol Abidin, Abbas Ali Rezaee, Helan Nor Abdullah & Kiranjit Kaur
Balbir Singh. 2011. Learning Styles and Overall Academic Achievement in a
Specific Educational System. International Journal of Humanities and Social
Science. 1(10).

M. Nur Ghufron & Rini Risnawati. 2012. Gaya Belajar : Kajian Teoritik. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar.
Nadia Ainuddin Dahlan, Nor Azian Md Noor, Sharifah Muzlia Syed Mustafa, Khadijah Said
Hashim & Voviana Zulkifli. 2010. Exploring the Gender Gap in Achievement in
Malaysia: A Case for Learning Styles. The International Journal of Learning.
17(4): 34-44.
O’Connor, M., & Paunonen, S. 2007. Big five personality predictors of post-secondary
academic performance. Personality and Individual Differences. 43: 971-990.
Rohaty Mohd Majzub. Aras kepuasan kanak-kanak dengan keperluan khas terhadap kualiti
hidup. Journal Pendidikan 23.

Ruslin Amir, Zalizan Mohd Jelas & Saemah Rahman. 2011. Learning Styles of University
Students: Implications for Teaching and Learning. World Applied Sciences
Journal.14: 22-26.

Severiens, S & Dam, G., T. 1997. Gender and Gender Identity Differences in Learning Style.
Educational Psychology. 17(1): 79-93.

1209
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz. Shukor, Ramlah Jantan,
Roslida Mustapha & Hazalizah Hamzah. 2009. Pembelajaran dan Perkembangan
Pelajar. Shah Alam: Oxford Pelajar.

Sternberg. 2003. Cognitive Psychology. USA: Wadsworth.

Tatarinceva, A. & Blumenau, N. 2007. Gender Differences: Society, Culture, Language.


Proceedings of the ninth Conference of the Children’s Identity and Citizenship in
Europe Thematic Network: 571-580.

Ultanir, E., Ultanir, Y., C. & Temel, G., O. 2012. The Examination of University Student’s
Learning Style by Means of Felder-Silverman Index. Education and Science. 37.
Vijaya Sengodan & Zanaton H. Iksan. 2012. Students’ Learning Styles and Intrinsic
Motivation in Learning Mathematics. Asian Social Science. 8(16): 17-23.

Wei Chooi Yi, Hoo Yee Hui & See Jasmine. 2011. Relationship between Learning Styles and
Content Based Academic Achievement among Tertiary Level Students. Enhancing
Learning: Teaching and Learning Conference.

Yeung, A. Read, J. & Schmid, S. 2005. Students’ learning styles and academic performance
in first year chemistry. UniServe Science Conference proceedings: 137-152.

Zainora Mohammed, Sumithira Narayanasamy, Haliza Abdul Mutalib, Sharanjeet Kaur &
Siti Rahayah Ariffin. 2011. Learning Styles Preferences Among Third Year
Optometry Students of Universiti Kebangsaan Malaysia. Procedia Social and
Behavioral Sciences. 18: 384-387.

Zywno, M., S. & Waalen, J., K. 2002. The Effect of Individual Learning Styles on Student
Outcomes in Technology-enabled Education. Global J. of Engng. Educ. 6(1): 35-43.

1210

You might also like