Professional Documents
Culture Documents
SNG EPSA
SNG EPSA
GARIS PANDUAN
PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Kandungan m/s
1. TUJUAN .......................................................................................... 1
2. LATAR BELAKANG ........................................................................... 1
3. PERMOHONAN ............................................................................... 1
4. PROSES PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® ........................... 1
5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN PEMBANGUNAN
BAHAN KURSUS EPSA® .................................................................... 2
6. KEPERLUAN PERISIAN ..................................................................... 3
7. STRUKTUR BAHAN KURSUS EPSA® .................................................. 3
8. PAPAN CERITA (STORYBOARD)…………………………………………………….. 4
9. REKABENTUK ANTARAMUKA SKRIN BAHAN KURSUS EPSA®........... 6
10. FORMAT DAN PAKEJ BAHAN KURSUS EPSA® ................................ 9
11. HUBUNGI KAMI ............................................................................ 9
LAMPIRAN .........................................................................................10
1 TUJUAN
1.1 Tujuan dokumen ini adalah sebagai standard dan garis panduan bagi keperluan dan proses
yang digunapakai untuk membantu Kementerian dan Agensi Kerajaan dalam pembangunan
bahan kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®).
2 LATAR BELAKANG
2.1 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), adalah institusi latihan sektor awam yang
memainkan peranan utama di dalam pembangunan keupayaan dan kebolehan modal insan
melalui penyediaan hala tuju latihan dan strategi pembelajaran yang berkesan.
2.2 Sebagai menyokong usaha pemantapan latihan menerusi inisiatif digital, INTAN telah
mengambil peluang dari kesediaan teknologi untuk menyediakan kemudahan latihan secara
atas talian yang dikenali sebagai Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®) yang boleh
diakses melalui pelbagai platform sama ada komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar
atau tablet computer.
2.3 Sistem EPSA® boleh dicapai di www.epsa.gov.my dan boleh diakses pada bila-bila masa dan
di mana sahaja. Kemudahan latihan secara online ini adalah percuma kepada semua
penjawat awam Malaysia.
3 PERMOHONAN
3.1 Setiap Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berhasrat untuk membangunkan dan
menyumbangkan bahan kursus EPSA boleh membuat permohonan kepada Pengarah
INTAN.
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 W.P Kuala Lumpur
5.1 Satu pasukan pembangunan (task force) bahan kursus EPSA® perlu ditubuhkan bagi
mencapai sasaran menyiapkan bahan kursus dalam masa yang telah ditetapkan.
5.2 Pasukan pembangunan bahan kursus EPSA® terdiri daripada aktor berikut:
iii. Penguji
- Pegawai yang dilantik untuk membuat pengujian User Acceptance Test (UAT) dan
Final Acceptance Test (FAT) ke atas bahan kursus EPSA® yang dibangunkan.
5.3 Peranan dan tanggungjawab pasukan pembangunan bahan kursus EPSA ® adalah seperti
dalam jadual berikut:
PERANAN TANGGUNGJAWAB
Subject Matter Menyediakan bahan (nota, fail video dan imej berkaitan) untuk
Expert (SME)
pembangunan kursus.
Menyediakan skrip Voice Over (VO) sekiranya berkaitan.
Menyemak bahan yang telah dibangunkan.
Melaksanakan proses Review dan Pengujian bahan kursus.
PERANAN TANGGUNGJAWAB
5.4 Proses pembangunan bahan kursus ini memerlukan komitmen yang tinggi dan kerjasama
yang erat antara SME, pasukan pembangun dan penguji yang dilantik dalam memastikan
kejayaan projek ini.
6 KEPERLUAN PERISIAN
6.1 Perisian yang digunakan untuk melayari portal EPSA ® dan mengikuti pembelajaran secara
online adalah seperti berikut:
6.2 Perisian yang digunakan dalam pembangunan bahan kursus EPSA® terdiri daripada perisian-
perisian berikut:
i. Authoring tools: Microsoft Office Powerpoint (sekurang-kurangnya versi 2010 dan ke atas)
/ iSpring Suite 9.0 / Articulate Storyline 2
ii. Penyunting Grafik: Adobe Photoshop / Adobe Illustrator
iii. Penyunting Audio: Adobe Audition / Audacity
iv. Penyunting Video: Adobe Premiere
v. Mempakej bahan kursus ke piawaian Sharable Content Object Reference Model
(SCORM): Reload Editor
- Objektif pembelajaran ini adalah senarai ringkas objektif yang akan dicapai daripada
pembelajaran topik tersebut.
- Objektif yang dinyatakan mestilah boleh diukur (measurable).
7.3 Kandungan
- Menerangkan dengan jelas isi kandungan topik dengan lebih lengkap dan terperinci.
- Pembangunan kandungan mestilah mengikut instructional practice berdasarkan teori-teori
pembelajaran andragogy (adults learning) yang diiktiraf. Sebagai contoh, Constructivism,
Mastery Learning, Contextual Learning atau Active Learning.
7.4 Aktiviti/Kuiz
7.5 Rumusan
- Menyenaraikan semua nama yang terlibat dalam pembangunan bahan kursus EPSA ®
seperti nama kementerian dan agensi yang menyumbangkan bahan kursus, SME dan
pasukan pembangun,
- Menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan.
Format papan cerita boleh mengandungi dan tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
Tajuk skrin
Nombor Skrin
Teks
Grafik / Animasi (sekiranya ada)
Audio (sekiranya ada)
Video (sekiranya ada)
Skrip suara latar (Voice over script (sekiranya ada))
Action / Tindak Balas skrin
Arahan navigasi
8.2 Bahasa
Susun atur skrin hendaklah menggambarkan sesuatu bahan kursus yang hendak
dibangunkan.
8.4 Teks
Grafik mestilah diterangkan dengan jelas sama ada berbentuk imej pegun (still) atau
animasi.
Animasi yang dibangunkan mestilah dilakar atau ditunjukkan pergerakannya dengan
keterangan yang jelas.
8.6 Audio
Audio yang digunakan adalah tidak terhad tetapi mestilah bersesuaian dengan keperluan
bahan pembelajaran.
Kesan bunyi atau muzik latar belakang mestilah mematuhi akta hakcipta.
8.7 Video
Video yang digunakan adalah tidak terhad tetapi mestilah bersesuaian dengan keperluan
bahan pembelajaran dan mematuhi akta hakcipta.
Action / tindak balas skrin mestilah diterangkan dengan jelas bagi setiap event (Contohnya
selepas klik sesuatu objek)
Arahan navigasi mestilah diterangkan dengan jelas bagi setiap perjalanan skrin.
9.3 Warna
Warna yang digunakan untuk paparan mestilah kontra di antara foreground dan background.
9.4 Font
a) Font yang digunakan bagi kandungan mestilah anti-alias dan tanpa sebarang kesan
grafik seperti shadow, embossed dan lain-lain.
b) Warna font mestilah terang dan kontra dengan warna latarbelakang skrin atau
sebaliknya.
c) Kepelbagaian saiz dan font mestilah digunakan untuk membezakan komponen-
komponen skrin. Penggunaan saiz dan font adalah terhad kepada 3 jenis bagi setiap
skrin
d) Saiz font mestilah konsisten pada keseluruhan bahan kursus.
e) Font yang digunakan mestilah bukan yang berlesen.
9.5 Teks
a) Susunan teks mestilah mengikut kewajaran. Panjang teks pada skrin perlu
diseimbangkan untuk mengelakkan skrin menjadi semak atau pembaziran ruang
b) Setiap perenggan teks mestilah dipisahkan sekurang-kurangnya dengan satu baris
kosong.
c) Susunan antara satu blok maklumat dengan blok maklumat yang lain mestilah
diasingkan oleh ruang yang bersesuaian.
d) Semua teks mestilah menggunakan jajar-kiri (left-aligned) kecuali jika diminta oleh SME.
e) Gunakan margins, alignment dan spacing untuk menekankan pentingnya sesuatu
pandangan/tujuan (points).
f) Gunakan bullet atau numbering bagi ayat yang mengandungi rantaian maklumat (serial
items).
g) Perkataan di penghujung barisan tidak boleh menggunakan tanda sengkang (-).
h) Tarikh mestilah ditulis dalam baris yang sama. (Contoh: 15 Julai 2018)
i) Setiap skrin yang memerlukan tindakbalas dari pengguna (klik butang/link/grafik dan lain-
lain) wajib mempunyai teks arahan penggunaannya.
j) Setiap arahan mestilah:
ditulis mengikut format sentence case; dan
ringkas, padat dan jelas.
k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika
digunakan secara terus, atau dimasukkan dalam kurungan () tanpa italik jika digunakan
sebagai terjemahan kepada perkataan tersebut.
9.6 Animasi
9.7 Grafik
9.8 Audio
9.9 Video
Semua Jadual dan Graf mestilah mempunyai tajuk dan dilabel seperti di Gambarajah 3.
10.1 Output akhir bahan kursus yang dibangunkan hendaklah berformat HTML5 dan bebas
daripada perisian Java.
10.2 Bahan kursus yang dibangunkan hendaklah menyokong format multiplatform sama ada
desktop, tablet dan mobile.
10.3 Bahan kursus yang siap dibangunkan mestilah dipakej ke bentuk Sharable Content Object
Reference Model (SCORM) sebelum ianya boleh dimuatnaik (upload) ke Learning
Management System (LMS) EPSA®.
10.4 Pakej bahan kursus ini mestilah mematuhi sekurang-kurangnya standard SCORM 1.2.
11 HUBUNGI KAMI
11.1 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pasukan pembangunan bahan kursus EPSA ®
INTAN seperti berikut:
LAMPIRAN
Lampiran 1