You are on page 1of 4

UNIT 4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Huraian

AKTIVITI LATIHAN AKTIF UNIT 4

Nama
Matrik Group Tarikh
Tajuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Huraian

Pemetaan Ringkasan Kandungan

1
UNIT 4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Huraian

Latihan Objektif
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

1. "Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang ___X___ dan ____Y____ dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan."
Berdasarkan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, manakah berikut berkaitan
dengan X dan Y?
X Y
A. seimbang harmoni
B. sejahtera harmoni
C. harmoni seimbang
D. Harmoni sejahtera

2. Perkembangan potensi intelek yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk
kepada _____________.
A. memupuk dan membina disiplin kendiri.
B. berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.
C. memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
D. mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif.

3. Guru-guru yang melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah diharapkan dapat meningkatkan
standard pencapaian pelajar yang mencakupi kemahiran 4M (menulis, membaca, mengira dan
menaakul).
Potensi murid manakah yang hendak dikembangkan berkaitan dengan kemahiran 4M tersebut?
A. Emosi. B. Rohani.
C. Intelek. D. Jasmani.

4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pembangunan insan secara menyeluruh, bersepadu,


seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Manakah pernyataan berikut merujuk kepada pembangunan emosi?
I. Memupuk perasaan kasih sayang.
II. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan.
III. Menyuburkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
IV. Membangunkan akhlak mulia dan mempunyai disiplin kendiri.
A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

5. Peranan guru ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan meliputi 5 komponen iaitu
ketuhanan, profesional, pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
Manakah di antara berikut merupakan tujuan guru melaksanakan komponen penyelidikan?
I. Mengenalpasti masalah pembelajaran murid.
II. Meningkatkan personaliti dan potensi murid.
III. Memperbaiki diri bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
IV. Menyelesaikan masalahpengajaran dan pembelajaran dalam konteks bilik darjah.
A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

2
UNIT 4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Huraian

Latihan Esei
Arahan: Jawab semua soalan di ruang kosong yang disediakan.

1. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelaskan perkara-perkara berikut:

i. Pendidikan ialah usaha berterusan. (5 Markah)

ii. Mengembangkan lagi potensi individu. (5 Markah)

3
UNIT 4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Huraian

2. Keberhasilan pendidikan yang bersifat intrinsik patut diberi fokus utama berbanding
ekstrinsik. Hujahkan. (10 Markah)

You might also like