You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM INTENSIF SPM


PERDAGANGAN

KELOLAAN
PANITIA PERDAGANGAN
SMK VIVEKANANDA
1.0 PENDAHULUAN

Keputusan SPM murid dalam mata Mata pelajaran Perdagangan mengalami penurunan dalam
peratus lulus dan Gred Purata Sekolah pada tahun lalu. Masalah ini perlu diatasi dan tindakan
awal perlu diambil untuk memastikan adanya peningkatan dalam mata pelajaran ini sama ada
dari segi kuantiti dan juga kualiti.

2.0 MATLAMAT

Peningkatan dalam mata pelajaran Perdagangan dari segi kuantiti (peratus lulus) dan kualiti
(peratus mendapat A).

3.0 TARIKH /MASA /TEMPAT

Tarikh : 15 Mac 2017


Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Kandiah

4.0 SASARAN

125 orang murid (5A2, 5A3, 5A4, 5A5) yang mendaftar dalam mata pelajaran Perdagangan
untuk SPM 2017.
5.0 OBJEKTIF

Di akhir program, murid dapat:


1. Murid dalam kumpulan cemerlang boleh menjawab semua soalan objektif dengan baik
termasuk soalan Kertas 2 Bahagian B dan mendapat sekurang-kurangnya gred A-
dalam peperiksaan.
2. Murid kumpulan harapan lulus (HALUS) boleh menjawab soalan objektif dan sekurang-
kurangnya 2 soalan Kertas 2 dengan baik untuk mendapat gred D ke atas.
3. Murid kumpulan gagal teruk (GARUK) boleh menjawab soalan objektif dan sekurang-
kurangnya 1 soalan dalam Kertas 2 dengan baik untuk lulus dan mendapat sekurang-
kurangnya gred E dalam SPM.

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT Murid dapat menjawab soalan Perdagangan dengan baik.

OUTCOME Peningkatan markah dalam Percubaan SPM.


7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber pendapatan :

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Panitia Perdagangan 335.00

JUMLAH 335.00

Anggaran Perbelanjaan:

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)
1 Fail 125 1.00 125.00

2 Faber Pen (Biru/Hitam 125 1.00 125.00

3 Marker (Biru/Merah) 20 3.00 60.00

4 Kertas mahjong 50 0.50 25.00

JUMLAH 335.00

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Thangaperumal a/l Andimuthu AMW


Naib Pengerusi I : Pn. Rohana binti Abdul Majid
Naib Pengerusi II : Pn. Syamala a/p Ramakrishna Nai
Setiausaha : Cik Wafrah binti Ishak
AJK : Pn. Raziah binti Mohd Kaus
Pn. Saliza binti Abdul Razak

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 URUS SETIA / PENCERAMAH

Bengkel ini akan dikendalikan oleh semua guru mata pelajaran Perdagangan. Murid akan
dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun
iaitu :
1. Kumpulan cemerlang - B+, B, A-, A, A-
2. Kumpulan HALUS - E, D, C, C+
3. Kumpulan GARUK - G

9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.30 - 9.30 Slot 1 - Modul
9.30 - 10.30 Slot 2 - Perbincangan dalam kumpulan

10.0 PENGURUSAN RISIKO

Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab

Murid Murid keluar ke tempat Mendapatkan Ketua Panitia,


mengambil lain sebelum ke dewan. kerjasama dari guru Guru Mata Pelajaran
masa untuk mata pelajaran
berkumpul di memastikan murid
dalam masuk ke dewan
dewan. mengikut masa yang
ditetapkan.

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pemantauan Pelaksanaan Program/Aktiviti
Pelaksanaan program ini akan dipantau oleh Ketua Panitia Perdagangan dan Ketua
Bidang Teknik dan Vokasional.

b. Pemantauan Pencapaian Outcome


Pencapaian outcome daripada program ini akan dipantau oleh Ketua Panitia
Perdagangan melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017.

12.0 PENUTUP

Diharapkan pelaksanaan Program Intensif SPM Perdagangan ini dapat membantu murid-murid
menjawab kertas Perdagangan dengan lebih baik.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

...................................................... ........................................................
(Wafrah binti Ishak) (Syamala a/p Ramakrishna Nair)
Ketua Panitia Perdagangan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

Tarikh : 06.03.2017 Tarikh : 07.03.2017

Ulasan :-

*Diluluskan / TidakDiluluskan

.......................................................

Tarikh :

You might also like