You are on page 1of 50

Panduan Program Master Trainer

Pentaksiran
Master Trainer
(Edisi Semakan)
Panduan Program Master Trainer

Pentaksiran
Master Trainer
(Edisi Semakan)
Diterbitkan oleh:
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK
Tel:06-7979200
http://iab.moe.edu.my
e-mel : iab@iab.edu.my

Urusan Penerbitan oleh:


JABATAN PENERBITAN DAN DOKUMENTASI
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Institut Aminuddin Baki

KENYATAAN PENAFIAN
Segala usaha telah dilakukan oleh sidang penulis untuk mendapatkan kebenaran daripada pemilik hak
cipta beberapa bahan yang digunakan bagi penulisan di dalam buku ini. Sehubungan dengan itu sidang
penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa penggunaan semula bahan dalam buku ini
untuk tujuan mendapatkan keuntungan yang dibuat oleh pihak lain atau pihak ketiga.

© Institut Aminuddin Baki 2016

Cetakan Pertama 2016


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan
cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah,
Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

ISBN: 978-967-0504-51-3

Pengurus Penerbitan
Thilagam a/p Gurusamy

Rekabentuk dan Reka Letak Halaman


Pencetak
Reka Cetak Sdn Bhd
12, Jalan Jemuju Empat 16/13D
Seksyen 16,40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5510 4254 / 03-5510 4758 Faks : 03-5510 4059
e-mel : rekacetak83@gmail.com
JAWATANKUASA PENERBITAN

Penaung
Pengarah Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan

Penasihat
Timbalan Pengarah Hashim bin Mohd Zin
(Khidmat Profesional)

Timbalan Pengarah Mistirine binti Radin


(Khidmat Latihan)

Penyelaras Manuskrip Penerbitan


Ketua Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan Hjh. Nor Asiah binti Hj. Ibrahim

Ketua Jabatan Pentaksiran Ismail bin Ibrahim@Mat Isa


Master Trainer

Penyelaras Teknikal Penerbitan


dan Spesifikasi
Ketua Pusat Dokumentasi Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman
dan Sumber Pendidikan

Ketua Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Maryati binti Athan

Sidang Penulis Abd Razak bin Manaf


Manoharan a/l Muthusamy
Faiza binti Hussein
Zainudin bin Saimedi
Yusnida binti Yusoff
Che Lokman bin Abdullah

Semakan Semula Ismail bin Ibrahim@Mat Isa


Manoharan a/l Muthusamy
Samihah binti Abdul Rahman
Abdul Rahim bin Abdul Rashid

Editor Thilagam a/p Gurusamy


Marina binti Abas

Urusan Penyediaan Manuskrip Jabatan Pentaksiran Master Trainer


Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan
Daftar Kandungan

Tajuk Muka surat


1 Pendahuluan 1
2 Definisi Master Trainer 2
3 Kerangka Master Trainer Institut Aminuddin Baki 3
4 Kompetensi Umum dan Prasyarat Master Trainer 4
5 Pembangunan Kapasiti Master Trainer 4
6 Definisi Certified Master Trainer 8
7 Kompetensi dan Prasyarat Certified Master Trainer 8
8 Pentaksiran Certified Master Trainer 9
9 Tempoh Sah Laku Certified Master Trainer 10
10 Definisi Certified Master Coach 12
11 Kompetensi dan Prasyarat Certified Master Coach 12
12 Pentaksiran Certified Master Coach 12
13 Tempoh Sah Laku Pentauliahan Certified Master Coach 14
14 Pembangunan Kapasiti Master Coach 16
15 Kurikulum Pembelajaran dan Pembangunan Coach 16
16 Etika Pentaksiran Master Trainer 17
17 Inisiatif Pelaksanaan 20
18 Rumusan 20
19 Soalan-soalan Lazim 21
Glosari 27
Rujukan 29
Lampiran 31

v
vi PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Senarai Rajah dan Jadual

Rajah/Jadual Muka surat


Rajah 1: Bidang Keberhasilan Utama Lanskap Premier Center IAB
2012-2016 2
Rajah 2: Kerangka Master Trainer Institut Aminuddin Baki 3
Rajah 3: Model Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia 6
Rajah 4: Proses Pentaksiran Certified Trainer 10
Rajah 5: Proses Pentaksiran Certified Coach 15
Rajah 6: Model Watan Coach IAB 17
Jadual 1: Kompetensi Asas Master Trainer mengikut Pensijilan 5
Jadual 2: Syarat Am dan Syarat Khusus Keperluan Master Trainer 8
Jadual 3: Tempoh Sah Laku Sijil Master Trainer 10
Jadual 4: Kompetensi Asas Master Coach mengikut Pensijilan 12
Jadual 5: Syarat Am dan Syarat Khusus Keperluan Certified Coach dan
Certified Master Coach 13
Jadual 6: Kaedah Pentaksiran 14
Jadual 7: Tempoh Sah Laku Sijil Master Coach 14
Jadual 8: Kurikulum Kursus Persediaan Certified Coach dan
Master Coach 17

vii
Prakata
A lhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmat-
Nya, buku Pentaksiran Master Trainer (MT) Institut Aminuddin Baki (IAB) dapat
diterbitkan. Usaha murni ini digembleng untuk merealisasikan mandat YB Menteri
Pendidikan Malaysia dalam menjadikan IAB sebagai Premier Centre yang berfokus
kepada bidang latihan dan pembangunan. Mandat ini membolehkan IAB diperakukan
sebagai organisasi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Badan
Penganugerahan Sijil Kejurulatihan Profesional (MT) dalam bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan.

Buku panduan ini adalah edisi semakan daripada terbitan awal Master Trainer
Panduan Pengoperasian (2012) dan ianya sebagai wahana dalam menjelaskan konsep
serta Kerangka Master Trainer IAB. Buku ini juga akan menjadi panduan kepada
mereka yang berminat untuk pentauliahan MT dari segi keperluan pengetahuan dan
kemahiran serta syarat pentauliahan. Semoga penerbitan buku ini akan berupaya
memangkinkan usaha-usaha yang lebih konkrit untuk melahirkan MT bertauliah
dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Dr. Hj. Zainal Aalam bin Hassan


Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kata Pengantar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

P enerbitan buku Pentaksiran Master Trainer edisi semakan daripada buku Master
Trainer Panduan Pengoperasian (2012) ini merupakan satu usaha Institut
Aminuddin Baki (IAB) sebagai badan pentauliahan penganugerahan sijil Master
Trainer selari dengan penubuhan Lanskap Premier Centre Institut Aminuddin Baki.

Usaha menerbitkan buku panduan ini adalah signifikan kepada peningkatan tahap
kepuasan para peserta yang mengikuti program latihan dan pembangunan IAB. Buku
panduan ini juga dapat memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam
pembangunan jurulatih profesional dalam bidang kepimpinan dan pengurusan
pendidikan. Buku panduan ini berdasarkan kepada dua inisiatif Pembangunan Master
Trainer iaitu Pembangunan Profesional dan Pentaksiran serta Pensijilan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada
semua pihak yang telah menyumbang idea, pandangan, tenaga dan masa dalam
merealisasikan penerbitan buku panduan tersebut. Akhir kata saya juga mengucapkan
syabas kepada semua yang terlibat dalam menulis dan menyunting buku ini. Buku ini
tidak akan dapat dihasilkan tanpa usaha gigih dan dedikasi semua pihak yang terlibat.

Hjh. Nor Asiah binti Hj. Ibrahim


Ketua Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENTAKSIRAN
PENTAKSIRAN MASTER
MASTER TRAINER
TRAINER

Pentaksiran Master Trainer


1. Pendahuluan
Institut Aminuddin Baki (IAB) telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan
keupayaan pengurusan dan kepimpinan pendidikan melalui program latihan dan
pembangunan yang terancang. Justeru itu, bagi memastikan kualiti program yang
disediakan terjamin, pada 24 April 2008, YB. Menteri Pelajaran Malaysia telah
memberikan mandat kepada IAB menjadi sebagai Premier Centre dalam bidang
latihan dan pembangunan serta pewujudan Badan Penganugerahan Sijil Kejurulatihan
Profesional (Master Trainer) dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Program Master Trainer adalah selaras dengan hala tuju baharu Institut Aminuddin
Baki yang dikenali sebagai Lanskap Premier Centre IAB 2012 – 2016 yang mengandungi
tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Areas (KRA) iaitu Master Trainer (MT),
Pembelajaran dan Pembangunan atau Learning and Development (L&D) dan Pusat
Rujukan atau Centre of Reference (CoR) seperti dalam Rajah 1. Master Trainer (MT) ialah
bidang kritikal yang dirangka bagi melonjakkan kecemerlangan Institut Aminuddin Baki
bagi memastikan kualiti program Learning and Development dapat dipertingkatkan dari
segi kualiti dan kuantiti. Hal ini membolehkan IAB menjadi pusat rujukan pengurusan
dan kepimpinan pendidikan bagi memperkasa tubuh ilmu pengurusan dan kepimpinan
watan melalui usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan serta penulisan.

Mengikut standard MS ISO 9001: 2008 Klausa 6.2 Sumber Manusia, anggota organisasi
yang melaksanakan tugas yang memberi kesan keakuran kepada keperluan produk
hendaklah mempunyai kecekapan melalui pendidikan, latihan, kemahiran dan
pengalaman yang sesuai. Latihan yang dikendalikan oleh pensyarah akan memberi

1
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

PENGUPAYA

Pembangunan
Individu

Pembangunan Pembelajaran &


Organisasi Pembangunan

PREMIER Master Pembangunan


CENTRE Trainer Master Trainer

Penyelidikan & Pusat


Pembangunan Rujukan

Jaringan & Pengurusan


Kolaboratif Pengetahuan

Kewangan
Perkhidmatan
Sumber Infrastruktur &
Manusia Infrostruktur

Rajah 1: Bidang Keberhasilan Utama Lanskap Premier Center IAB 2012 - 2016

kesan langsung atau tidak langsung pada kualiti pengurusan organisasi pendidikan
demi mencemerlangkan institusi pendidikan negara. Dengan kewujudan jurulatih yang
bertauliah, adalah diharapkan program latihan dan pembangunan yang disediakan
dapat menjamin mutu latihan seperti yang diharapkan.

2. Definisi Master Trainer


Master Trainer ialah jurulatih profesional yang ditauliahkan oleh IAB yang dilengkapkan
dengan kompetensi yang diperlukan dan memenuhi syarat am yang ditetapkan.

Secara umumnya, terdapat dua kategori utama Master Trainer iaitu Master Trainer
dalam bidang:

a) Latihan
Inisiatif latihan dan pembangunan bagi meningkat kapasiti individu dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan;

b) Coaching
Inisiatif membimbing dan memberi khidmat konsultasi untuk meningkatkan
keupayaan individu dan organisasi melalui pendekatan pembangunan organisasi

2
PENTAKSIRAN MASTER TRAINER

iaitu keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan merubah organisasi dengan


menggembleng sumber dalaman organisasi itu sendiri.

3. Kerangka Master Trainer Institut Aminuddin Baki


Program Master Trainer IAB diwujudkan bagi melahirkan trainer dan coach yang
bertauliah, kompeten dan berupaya melaksanakan program latihan dan pembangunan
kepada pengurus dan pemimpin pendidikan. Kerangka pengoperasian Master Trainer
adalah seperti dalam Rajah 2.

Certi�ied Master Certi�ied Master


Trainer Coach
Pembangunan

Pembangunan
Pentaksiran

Certi�ied Trainer Certi�ied Coach

Ilmu Pengurusan dan Asas Pembelajaran dan Nilai dan etika


Kepimpinan Pendidikan Pembangunan

Rajah 2: Kerangka Master Trainer Institut Aminuddin Baki

Rajah 2 menggambarkan dua bidang utama MT, iaitu Training dan Coaching. Pengetahuan
asas yang diperlukan bagi semua MT ialah pengetahuan dalam bidang Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan (ELM), bidang pembelajaran dan pembangunan (Learning &
Development) Nilai dan Etika (Values and Ethics) Master Trainer.

Setiap pengamal profesional boleh memohon untuk ditauliahkan dalam mana-mana


bidang MT sama ada Training atau Coaching setelah memenuhi prasyarat yang
ditetapkan. Latihan dan pembangunan profesional sama ada melalui inisiatif organisasi
ataupun inisiatif individu pada dasarnya dapat mempersiapkan mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Seterusnya mereka layak memohon
untuk ditauliahkan dalam mana-mana bidang yang diingini. Untuk melayakkan mana-
mana jurulatih ditauliahkan sebagai MT, satu program pentaksiran MT perlu dijalani
oleh mereka bagi mengukur sejauh manakah pengetahuan dan kemahiran masing-
masing supaya mencapai standard kompetensi yang ditetapkan.

3
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Proses latihan dan pembangunan MT secara berterusan dan pengalaman yang diperoleh
dapat memberikan peluang kepada setiap MT untuk mencapai pentauliahan MT yang
lebih tinggi baik Certified Master Trainer mahu pun Certified Master Coach. Dalam
konteks yang sama, seseorang MT yang sudah ditauliahkan dalam komponen trainer
boleh memohon untuk ditauliahkan dalam bidang coaching supaya pengetahuan dan
kemahiran mereka dapat dipertingkatkan.

Keluwesan sebegini membolehkan IAB menghasilkan MT yang mempunyai


dwikepakaran dalam komponen Trainer dan Coach bagi melatih dan membangun
pengurus serta pemimpin pendidikan. Ini juga akan menggalakkan budaya
pembangunan profesional secara berterusan dibangunkan di samping memberi
kebebasan kepada mana-mana individu untuk memilih hanya satu bidang kepakaran
MT sahaja terutama bagi mereka yang berkhidmat di luar IAB khususnya pegawai di
KPM, JPN, PPD dan sekolah.

4. Kompetensi Umum dan Prasyarat Master Trainer


Pensijilan MT berasaskan kepakaran jurulatih dalam dua komponen iaitu Trainer
dan Coach yang merangkumi empat jenis pensijilan iaitu Certified Trainer, Certified
Master Trainer, Certified Coach dan Certified Master Coach. Terdapat kepakaran yang
tertentu yang diperlukan bagi setiap jenis pensijilan.

Bagi melayakkan seseorang untuk ditauliahkan sebagai MT terdapat dua syarat yang
perlu dipenuhi iaitu syarat am dan syarat khusus. Syarat am meliputi pengetahuan
aspek asas dalam pembelajaran dan pembangunan sebagaimana yang terpapar dalam
Jadual 1.

5. Pembangunan Kapasiti Master Trainer


Bagi merealisasikan Pensijilan MT IAB, program latihan berasaskan pertumbuhan
untuk membangunkan profesional Trainer dan Coach dalam bidang pembangunan
individu dan pembangunan organisasi diwujudkan. Program latihan pembangunan
profesional kejurulatihan membantu pensyarah IAB dan pemimpin pendidikan
(Pengamal KPP) bagi meningkatkan kompetensi mengikut keperluan secara terancang
dan berterusan.

4
PENTAKSIRAN MASTER TRAINER

Jadual 1: Kompetensi Asas Master Trainer Mengikut Pensijilan

JENIS PENSIJILAN

Trainer Master Trainer Coach Master Coach

Pengendalian Reka bentuk Pembimbing Pembimbing


sesi latihan kursus kepada Pemimpin kepada Pemimpin
Pendidikan Pendidikan dalam
Pengendalian
bidang ELM (contoh:
sesi latihan
pengurusan
dalam bidang
strategik, kewangan,
ELM
ICT, pengurusan
Mentor pejabat)
kepada
Pembina Model OD
Trainer
Watan
Mentor kepada
Coach

Penyertaan dalam program latihan profesional kejurulatihan ini merupakan pra-


syarat am bagi kelayakan pensijilan MT. Setiap kumpulan akan mengikuti program
yang berbeza sesuai dengan kompetensi dan pengalaman masing-masing. Pembinaan
kapasiti Trainer dan Coach dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu inisiatif
organisasi dan inisiatif individu.

Inisiatif individu lebih menjurus kepada usaha-usaha di peringkat individu pensyarah


untuk sentiasa meningkatkan kompetensi mereka bagi membolehkan mereka
meningkat ke tahap MT yang lebih tinggi. Inisiatif ini bertujuan untuk membina MT
yang dapat menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat dan membugarkan
konsep komuniti pembelajaran profesional. Inisiatif ini dijalankan bagi membolehkan
seseorang yang pakar dalam mana-mana satu kompetensi kepimpinan sekolah seperti
dalam Rajah 3.

Inisiatif organisasi pula merujuk kepada latihan pembangunan kejurulatihan


terancang yang ditawarkan oleh IAB bagi melengkapkan keperluan asas pengetahuan
dan kemahiran berasaskan kurikulum latihan MT.

5
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

IRI DASA
KEND R&
HA
AN LA
SAN TU
KE JU
B ER
1. Kesedaran Kendiri 1. Membina Visi
KE

2. Pengurusan Kendiri 2. Berfokuskan Kualiti


3. Kesedaran Sosial 3. Ber�ikiran Strategik
4. Pengurusan Sosial 4. Proaktif

INS
S IA

TRU
N SESAMA MANU

KSIONAL & PENCAPA


1. Orientasi Pencapaian
1. Membangun Kapasiti
KOMPETENSI 2. Pembangunan Instruksional
2. Komunikasi
3. Menjalin Hubungan Luar PEMIMPIN 3. Perkongsian Ilmu
SEKOLAH 4. Berfokuskan Kurikulum
4. Kerja Pasukan
5. Penyeliaan
UNGA
HUB

IAN
1. Pengurusan Kewangan 1. Menyelesaikan Masalah
2. Pembangunan Aset & 2. Mengurus Perubahan
Fizikal 3. Membuat Keputusan
3. Pengurusan Prestasi 4. Membuat Penambahbaikan

ME
4. Pengurusan ICT Sekolah

NG
I 5. Kreativiti & Inovasi
UR
RAS US
PE PE
RU
&O BA
BER HA
N&
SUM INOVA
SI

Model Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia atau ringkasnya KOMPAS


berasaskan enam domain ilmu pengetahuan dan pengurusan pentadbiran
yang dibahagikan kepada 26 kompetensi.

Rajah 3: Model Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia

6
Certified Trainer
dan Certified
Master Trainer
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

6. Definisi Certified Master Trainer


Master Trainer ialah jurulatih profesional yang ditauliahkan oleh IAB yang dilengkapkan
dengan kompetensi yang diperlukan dan memenuhi syarat am yang ditetapkan.

7. Kompetensi Dan Prasyarat Certified Master Trainer


Pensijilan Certified Master Trainer berasaskan kepakaran jurulatih dalam dua peringkat
iaitu Certified Trainer (CT) dan Certified Master Trainer (CMT). Terdapat kepakaran
yang tertentu yang diperlukan bagi setiap peringkat pensijilan.

Bagi melayakkan seseorang untuk ditauliahkan sebagai CT dan CMT terdapat syarat
yang perlu dipenuhi iaitu syarat am dan syarat khusus. Syarat am meliputi pengetahuan
aspek asas dalam pembelajaran dan pembangunan sebagaimana yang terpapar dalam
Jadual 2.

Jadual 2: Syarat Am dan Syarat Khusus Keperluan Master Trainer (Trainer dan Master Trainer)

JENIS SYARAT SYARAT


PENSIJILAN AM KHUSUS
(Pengetahuan Asas Pembelajaran & Kemahiran & Pengalaman
Pembangunan (Learning & Development) Latihan
Certified • Ilmu ELM* • Pengendalian sesi latihan dalam
Trainer • Aplikasi Andragogi dalam Learning ELM minimum 150 jam dalam
and Development tempoh 3 tahun
• Asas Latihan (strategi, kaedah, • Berkemampuan melaksanakan sesi
pengurusan latihan, reka bentuk latihan secara on-line
persembahan, kemahiran fasilitator,
kaedah latihan berasaskan ICT)
• Menghadiri kursus Persediaan
Trainer
Certified • Ilmu ELM* • Mereka bentuk satu modul latihan
Master • Aplikasi Andragogi dalam Learning lengkap dalam bidang pengkhususan
Trainer and Development (jam terkumpul sebanyak 16 jam)
menggunakan model (contoh
• Asas Latihan (Strategi, Kaedah,
ADDIE*) secara individu/kumpulan
Pengurusan latihan reka bentuk
tidak melebihi tiga orang
persembahan, kemahiran fasilitator,
Kaedah Latihan berasaskan ICT) • Melaksanakan latihan dalam bidang
pengkhususan yang dibangunkan
• Kemahiran Instructional Coaching
(minimum 3 kali)
• Menghadiri kursus Persediaan
• Menjadi mentor kepada sekurang-
Trainer
kurangnya dua orang Trainer

*ELM : Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (Educational Leadership and Management)


ADDIE (Training Need Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation)

8
CERTIFIED TRAINER DAN CERTIFIED MASTER TRAINER

8. Pentaksiran Certified Master Trainer


Pentaksiran ialah komponen utama dalam pensijilan Certified Master Trainer bagi
menilai kompetensi calon. Calon yang memohon bagi pentaksiran akan dinilai oleh satu
kumpulan Panel Pentaksir yang terlatih dan bertauliah. Panel Pentaksir menyediakan
satu laporan pentaksiran yang akan dikemukakan kepada Lembaga Pengajian IAB bagi
penilaian akhir pertauliahan.

Proses pentaksiran Certified Trainer adalah seperti di Rajah 4 di bawah:

DOKUMEN CARTA ALIR PENGOPERASIAN TINDAKAN/


CERTIFIED TRAINER TANGGUNGJAWAB

• Surat Pengesahan • Pensyarah (PYDT)


Mula
Ketua Jabatan/Ketua • Ketua Jabatan/Ketua
• Jabatan menerima
Pusat permohonan daripada Pusat
pensyarah yang disokong
dan disahkan oleh KJ / KP
• Surat Pelantikan • Mentor Pentaksir
Mentor Pentaksir • Pensyarah (PYDT)

• Borang Pendaftaran • Mentor Pentaksir


• Borang Profil Kendiri • Pensyarah (PYDT)
• Fail Peribadi
• Jadual Waktu • Mentor Pentaksir
• Perancangan sesi • Pensyarah (PYDT)
• Kesesuaian panel
• Mentor PentaksirUrus
• Surat lantikan panel setia
pentaksir Tidak • Panel Pentaksir
(MSTK/TMTK)
• Senarai panel yang
dilantik • 3 Panel Pentaksir
• Mentor pentaksir
Ya (MKTP)
• Pensyarah PYDT

(bersambung)

9
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Sambungan Rajah 4

• Ketua Jabatan
I
Pentaksiran Master
Trainer
• Ketua Pusat
Pentaksiran

• Laporan dan cadangan • Ketua Pusat


Pentauliahan Master Pentaksiran
Trainer untuk
dibentangkan
Tidak
• Ketua Pusat
Pentaksiran
• Sijil Pentauliahan Ya

• Urusetia Majlis
Pentauliahan
• Urusetia Hari
Perhimpunan Bulanan

Rajah 4: Proses Pentaksiran Certified Trainer

9. Tempoh Sah Laku Certified Master Trainer


Seseorang CT dan CMT hendaklah memperbaharui sijil pentauliahannya selepas satu
tempoh masa yang ditetapkan. Syarat ini diwujudkan bertujuan memastikan setiap
CT dan CMT sentiasa kompeten dalam bidang pentauliahan yang dimilikinya. Pada
masa yang sama syarat ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan profesional
berterusan. Bagi merealisasikan perkara ini, setiap CT dan CMT perlulah menyenggara
satu portfolio pembangunan dan pencapaian kendiri masing-masing.

Jadual 3: Tempoh Sah Laku Sijil Master Trainer

Jenis Pentauliahan Certified Trainer Certified Master Trainer


Tempoh Laku 3 tahun 3 tahun

Seseorang CC dan CMC yang gagal untuk memperbaharui sijil dalam tempoh enam
bulan daripada tarikh luput akan digugurkan namanya daripada direktori Master
Trainer ELM. Namun begitu Lembaga Pengajian berhak untuk mengecualikan syarat
di atas bagi kes-kes tertentu.

10
Certified Coach
dan Certified
Master Coach
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

10. Definisi Certified Master Coach


Master Coach ialah coach profesional yang ditauliahkan oleh IAB yang dilengkapkan
dengan kompetensi yang diperlukan dan memenuhi syarat am yang ditetapkan. Coach
merupakan inisiatif membimbing dan memberi khidmat konsultasi untuk meningkatkan
keupayaan individu dan organisasi melalui pendekatan pembangunan organisasi
iaitu keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan merubah organisasi dengan
menggembleng sumber dalaman organisasi itu sendiri.

11. Kompetensi Dan Prasyarat Master Coach (MC)

Pensijilan Certified Master Coach (CMC) berasaskan kepakaran jurulatih dalam dua
peringkat iaitu Certified Coach (CC) dan Certified Master Coach (CMC) yang merangkumi
dua peringkat pensijilan iaitu Certified Coach (CC) dan Certified Master Coach (CMC).
Terdapat kepakaran yang tertentu yang diperlukan bagi setiap peringkat pensijilan.

Bagi melayakkan seseorang untuk ditauliahkan sebagai CC dan CMC terdapat syarat
yang perlu dipenuhi iaitu syarat am dan syarat khusus. Syarat am meliputi pengetahuan
aspek asas dalam pembelajaran dan pembangunan sebagaimana yang terpapar dalam
Jadual 4 dan Jadual 5.

Jadual 4: Kompetensi Asas Master Coach Mengikut Pensijilan

JENIS PENSIJILAN
Certified Coach Certified Master Coach
Pembimbing kepada Pembimbing kepada Pemimpin Pendidikan dalam bidang ELM
Pemimpin Pendidikan (contoh: pengurusan strategik, kewangan, ICT, pengurusan pejabat)
Pembina Model OD Watan
Mentor kepada Coach

12. Pentaksiran Certified Master Coach


Aspek pentaksiran ialah komponen utama dalam pensijilan Certified Coach dan Certified
Master Coach. PYDT perlu menghantar dokumen yang ada seperti Kontrak Coaching,
Plan Perancangan dan strategi, KPI bersama dan lain-lain dokumen yang terlibat untuk
pentaksiran. Satu sesi simulasi coaching di antara Coach dan Cochee akan diadakan. PYDT
akan dinilai oleh satu kumpulan Panel Pentaksir yang terlatih dan bertauliah dengan

12
CERTIFIED COACH DAN CERTIFIED MASTER COACH

Jadual 5: Syarat Am dan Syarat Khusus Keperluan Certified Coach dan Certified Master Coach

Jenis Pensijilan Syarat Am Syarat Khusus

Certified Coach • Ilmu ELM • Menjadi pembimbing kepada


• Penambahabaikan dan sekurang-kurangnya dua
Pembangunan Sekolah organisasi pendidikan
• Kemahiran asas coaching • Menguasai mana-mana satu
and mentoring model coaching dan mentoring
(contoh GROW seperti Rajah 3)
• Menghadiri kursus
persediaan coach • Melaksanakan sesi ‘coaching’
kepada pemimpin pendidikan
tanpa mentor minimum 5 kali
• Berkeupayaan menyediakan
pelaporan sesi ‘coaching’ dan
mentoring

Certified Master • Ilmu ELM • Membangun satu program OD


Coach • Penambahbaikan dan bagi mana-mana organisasi
Pembangunan sekolah secara lengkap dan berjaya
• Kemahiran asas coaching • Membentangkan/menerbitkan
dan mentoring Model OD peringkat tempatan
atau antarabangsa
• Kemahiran konsultasi
• Menjadi mentor kepada
• Menghadiri kursus sekurang-kurangnya dua orang
persediaan coach coach
• Berkemampuan untuk
membimbing pemimpin
pendidikan yang mengamalkan
pemikiran reflektif
• Bukti kelayakan tambahan
• Pencapaian organisasi yang
dibimbing
• Sijil Certified Coach

menggunakan instrumen. Panel Pentaksir menyediakan satu laporan pentaksiran yang


akan dikemukakan kepada Lembaga Pengajian IAB bagi penilaian akhir pentauliahan.

Kaedah pentaksiran mengikut jenis pensijilan adalah seperti dalam Jadual 6. Skor
Pentaksiran adalah berdasarkan pemberatan antara pelbagai kaedah pentaksiran
mengikut jenis pensijilan. Pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan
pentaksiran oleh Panel Pentaksir adalah dibenarkan untuk membuat rayuan kepada
Lembaga Pengajian IAB bagi semakan semula, namun keputusan Lembaga Pengajian
IAB adalah muktamad.

13
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Jadual 6: Kaedah Pentaksiran

Jenis Pensijilan Kaedah Pentaksiran

Portfolio Pembangunan Kendiri


Pengalaman (bilangan jam coaching)
Certified Coach Laporan Coach
Maklum balas Coachee
Self Coach Journal
Ujian (Case Study Project)
Ujian Lisan (Panel Pentaksir)

Portfolio Pembangunan Kendiri


Laporan Mentee
Certified Master Coach
Peningkatan Pencapaian Sekolah
Model Watan Penambahbaikan Organisasi
(Laporan dan Pembentangan Program OD)
Bukti Kelayakan Tambahan: Penyelidikan,
Penerbitan, Pakar Rujuk, Pembentangan

13. Tempoh Sah Laku Certified Master Coach

Seseorang CC dan CMC hendaklah memperbaharui sijil pentauliahannya selepas satu


tempoh masa yang ditetapkan. Syarat ini diwujudkan bertujuan memastikan setiap
CC dan CMC sentiasa kompeten dalam bidang pentauliahan yang dimilikinya. Pada
masa yang sama syarat ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan profesional
berterusan. Bagi merealisasikan perkara ini, setiap CC dan CMC perlulah menyenggara
satu portfolio pembangunan dan pencapaian kendiri masing-masing.

Jadual 7: Tempoh Sah Laku Sijil Master Coach

Jenis Pentauliahan Certified Coach Certified Master Coach

Tempoh Laku 3 tahun 3 tahun

Seseorang CC dan CMC yang gagal untuk memperbaharui sijil dalam tempoh enam bulan
daripada tarikh luput akan digugurkan namanya daripada direktori Master Trainer
ELM. Namun begitu Lembaga Pengajian IAB berhak untuk mengecualikan syarat di
atas bagi kes-kes tertentu.

14
CERTIFIED COACH DAN CERTIFIED MASTER COACH

Dokumen Carta Alir Pengoperasian Tindakan/


Certified Coach Tanggungjawab

Mula

• Jabatan menerima
• Surat Pengesahan permohonan daripada • Pensyarah (PYDT)
pensyarah yang memenuhi
Ketua Jabatan/Ketua syarat dan disokong serta • Ketua Jabatan/Ketua Pusat
Pusat disahkan oleh Ketua Jabatan /
Ketua Pusat
• Mentor Pentaksir
• Menerima Mentor Pentaksiran
• Surat Pelantikan • Pensyarah (PYDT)
Mentor Pentaksir • Pendaftaran PYDT
• Profil Individu (Dokumen
yang membuktikan dia telah • Mentor Pentaksir
• Borang Pendaftaran membimbing sekurang- • Pensyarah (PYDT)
kurangnya dua atau lebih
• Borang Profil organisasi pendidikan)
Individu • Perancangan Pentaksiran
• Mentor Pentaksir
• Fail Peribadi bersama Mentor • Pensyarah (PYDT)
• Jadual Waktu
• Perancangan sesi • Pelantikan Panel pentaksir
• Mentor Pentaksir/ Urus
• Kesesuaian panel setia
• Panel Pentaksir
• Surat lantikan panel
• Sesi Pentaksiran menggunakan
pentaksir • 3 Panel Pentaksir
simulasi.
• Senarai panel yang • Mentor pentaksir
dilantik • Pensyarah (PYDT)

• Mencapai tahap kompetensi

• Laporan dan • Ketua Jabatan Pentaksiran


cadangan • Rumusan Pentaksiran Master Trainer
Pentauliahan • Ketua Pusat Pentaksiran
Master Coach untuk
dibentangkan • Kelulusan daripada Mesyuarat • Ketua Pusat Pentaksiran
Pengurusan

• Kelulusan daripada Lembaga • Ketua Pusat Pentaksiran


• Sijil Pentauliahan Pengajian

• Urusetia Majlis
• Pentauliahan Master Coach
Pentauliahan
• Urusetia Hari
• Tamat Perhimpunan Bulanan

Rajah 5: Proses Pentaksiran Certified Coach

15
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

14. Pembangunan Kapasiti Master Coach

Bagi merealisasikan Pensijilan CMC IAB, program latihan berasaskan pertumbuhan


untuk membangunkan profesional Coach dalam bidang pembangunan individu dan
pembangunan organisasi diwujudkan. Program latihan pembangunan profesional
coach membantu pensyarah IAB dan pemimpin pendidikan (Pengamal KPM) bagi
meningkatkan kompetensi mengikut keperluan secara terancang dan berterusan.

Penyertaan dalam program latihan profesional kejurulatihan ini merupakan pra-


syarat am bagi kelayakan pensijilan CMC. Setiap kumpulan akan mengikuti program
yang berbeza sesuai dengan kompetensi dan pengalaman masing-masing. Pembinaan
kapasiti Coach dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu inisiatif organisasi dan
inisiatif individu.

Inisiatif individu lebih menjurus kepada usaha-usaha di peringkat individu pensyarah


untuk sentiasa meningkatkan kompetensi mereka bagi membolehkan mereka
meningkat ke tahap MC yang lebih tinggi. Inisiatif ini bertujuan untuk membina MC
yang dapat menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat dan membugarkan
konsep komuniti pembelajaran profesional. Inisiatif ini dijalankan bagi membolehkan
seseorang yang pakar dalam mana-mana satu kompetensi kepimpinan sekolah.

Inisiatif organisasi pula merujuk kepada latihan pembangunan coach secara terancang
yang ditawarkan oleh IAB bagi melengkapkan keperluan asas pengetahuan dan
kemahiran berasaskan kurikulum latihan MT.

15. Kurikulum Pembelajaran dan Pembangunan Coach


Certified Coach dan Certified Master Coach perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran mereka khususnya dalam bidang asas pembelajaran dan pembangunan.
Kurikulum latihan dan pembangunan dirangka mengikut keperluan kompetensi
seperti dalam Jadual 4.

Certified Coach dan Certified Master Coach perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang asas coaching dan mentoring untuk pembangunan organisasi
pendidikan. Kurikulum latihan dan pembangunan dirangka mengikut keperluan
kompetensi Certified Coach dan Certified Master Coach seperti dalam Jadual 8.

16
CERTIFIED COACH DAN CERTIFIED MASTER COACH

TEMU BUAL KONTEKS


(Context Interviewing - CL)
CI Menjelaskan peranan
LP Mendengar dengan Aktif
Penyoalan Re�lektif
Pemerhatian Amalan
R Maklum balas Efektif

CI PRESTASI PEMBELAJARAN
(Learning Performance - LP)

LP Matlamat Prestasi (GROW)


Mengurus Perubahan
R Pengawasan

CI REFLEKSI
(Re�lection - R)
LP Melihat Kembali Matlamat
Apakah berikutnya?
R

Rajah 6: Model Watan Coach IAB

Jadual 8: Kurikulum Kursus Persediaan Certified Coach dan Master Coach

Certified Coach Certified Master Coach


• Ciri-ciri Coaching dan Mentoring • Model Penambahbaikan Sekolah
yang berkesan
• Ciri-ciri konsultasi berkesan
• Kemahiran asas Coaching/
• Strategi dan kaedah konsultasi
Mentoring Skills (active listerning,
reflective question, communication
skills, facilitating skill)
• Panduan untuk memberi maklum
balas sesi coaching
• Pendekatan dalam Coaching
• Sesi Coaching (Kajian Kes :
workshop based coaching clinics)
• Kitaran OD
• Etika Coaching

16. Etika Pentaksiran Master Trainer


Syarat dan Etika Profesional Pentaksiran Master Trainer

Setiap ketua panel pentaksir, panel pentaksir dan pegawai yang ditaksir haruslah
mematuhi syarat dan etika profesional yang ditetapkan sebelum pentaksiran dijalankan.

17
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Ini bertujuan supaya setiap cadangan yang dikemukakan ialah sebagai penambahbaikan
dan meningkatkan kompetensi pegawai yang ditaksir.

A. KETUA PANEL PENTAKSIR (KPP)

Syarat Profesional
P Mempunyai komitmen yang tinggi dalam pembangunan modul dan master trainer
P Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang latihan Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan (ELM)
P Dilantik sebagai Ketua Panel Pentaksir (KPP) oleh Pengarah IAB
P Mempunyai sijil Master Trainer atau Ketua Jabatan organisasi
P Telah menghadiri bengkel dan TOT Pentaksiran Master Trainer

Etika Profesional
P Mempunyai etika profesional yang tinggi, berintergriti serta berhemah
P Menjadi pengerusi perbincangan bersama dengan panel pentaksir dan mentor
pentaksiran sebelum dan selepas sesi pentaksiran
P Mengadakan sesi perbincangan bersemuka dengan PYDT berdasarkan sesi yang
telah berlangsung dengan memberi pandangan tentang kekuatan dan cadangan
penambahbaikan
P Menyerahkan laporan keputusan pentaksiran (akhir) kepada Mentor Pentaksiran
sebaik sahaja perbincangan selesai pada hari sama atau kepada Mentor
Pentaksiran setelah dipersetujui bersama dengan PYDT dan panel yang lain
P Profesional dalam melaksanakan tugas pentaksiran tanpa dipengaruhi oleh emosi
dan sentimen
P Memberi pandangan-pandangan membina dan membangun PYDT dengan
menyatakan melalui catatan pembuktian dalam sesi pentaksiran
P Menjaga kerahsiaan dalam sesi pentaksiran kepada orang awam kecuali diminta
oleh pengurusan IAB
P Mengadakan perbincangan bersama panel lain secara profesional
P Memaklumkan komitmen sebagai Ketua Panel Pentaksir (KPP) kepada mentor
pentaksiran sekurang-kurangnya 3 minggu lebih awal
P Memaklumkan kepada mentor pentaksiran sekiranya menarik diri kerana
mempunyai komitmen yang lain secara bertulis sekurang-kurangnya 2 minggu
lebih awal dari tarikh berlangsungnya sesi pentaksiran
P Menghadiri sesi pentaksiran mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.

18
CERTIFIED COACH DAN CERTIFIED MASTER COACH

B. PANEL PENTAKSIR

Syarat Profesional
P Mempunyai komitmen yang tinggi dalam pembangunan modul dan master trainer
P Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang latihan Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan (ELM)
P Dilantik sebagai panel pentaksir oleh Pengarah IAB
P Mempunyai sijil Master Trainer
P Telah menghadiri bengkel dan TOT Pentaksiran Master Trainer

Etika Profesional
P Pensyarah yang bermotivasi tinggi
P Profesional dalam melaksanakan tugas pentaksiran
P Memberi pandangan-pandangan membina dan membangun PYDT dengan
menyatakan melalui catatan pembuktian dalam sesi pentaksiran
P Menjaga kerahsiaan dalam sesi pentaksiran kepada orang awam kecuali diminta
oleh pengurusan IAB
P Mengadakan perbincangan bersama panel lain secara profesional
P Menyerahkan laporan pentaksiran kepada Ketua Panel Pentaksiran (KPP) sebaik
sahaja perbincangan selesai pada hari yang sama atau kepada mentor pentaksiran
(MP)
P Memaklumkan komitmen sebagai pentaksir kepada mentor pentaksiran
sekurang-kurangnya 3 minggu lebih awal
P Memaklumkan kepada mentor pentaksiran sekiranya menarik diri kerana
mempunyai komitmen yang lain secara bertulis sekurang-kurangnya 2 minggu
lebih awal dari tarikh berlangsungnya sesi pentaksiran
P Menghadiri sesi pentaksiran mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.

C. PENSYARAH/PEGAWAI YANG DITAKSIR (PYDT)

Syarat Profesional
P Mempunyai komitmen yang tinggi dalam pembangunan modul dan latihan
P Berpengalaman lebih 3 tahun dalam bidang latihan Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan (ELM)
P Telah menghadiri kursus Persediaan Master Trainer/kursus Persediaan Master
Coach

19
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Etika Profesional
P Pensyarah yang bermotivasi tinggi dan berhemah
P Profesional dalam menyampaikan pengajaran atau coaching
P Mengamalkan adab berguru
P Mengadakan perbincangan bersama panel lain secara profesional
P Menerima pandangan-pandangan ahli panel selepas sesi pentaksiran dengan
lebih terbuka untuk penambahbaikan
P Memaklumkan komitmen sebagai PYDT dengan memberi maklumat pentaksiran
seperti masa, topik, tempat dan tarikh kepada mentor pentaksiran sekurang-
kurangnya 4 minggu lebih awal
P Memaklumkan kepada mentor pentaksiran sekiranya menarik diri kerana
mempunyai komitmen yang lain secara bertulis sekurang-kurangnya 2 minggu
lebih awal dari tarikh berlangsungnya sesi pentaksiran
P Menghadiri sesi pentaksiran mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.

17. Inisiatif Pelaksanaan


Pelaksanaan Program Master Trainer merangkumi proses pembangunan, pentaksiran
dan pensijilan. Antara usaha untuk menginstitusikan Program Master Trainer IAB
adalah seperti yang berikut:
1. Penerbitan Buku Panduan Master Trainer
2. Pembangunan kapasiti Panel Pentaksir
3. Penggubalan instrumen pentaksiran
4. Pembangunan kurikulum Master Trainer
5. Pembangunan kapasiti tenaga pengajar kursus Master Trainer
6. Pengurusan permohonan dan proses pentaksiran
7. Format Laporan Pentaksiran
8. Etika Pentaksiran Master Trainer
9. Promosi Master Trainer

18. Rumusan
Program Master Trainer ialah salah satu strategi dalam merealisasikan visi Premier
Center IAB. Program ini merupakan tonggak utama bagi menyokong strategi Pusat
Rujukan atau Centre of Reference dan Pembelajaran & Pembangunan atau Learning &
Development. Pewujudan program ini akan membolehkan IAB menyediakan pasukan
Trainer yang mampu melatih dan membangunkan pengurus dan pemimpin pendidikan
yang berwibawa dan berkemahiran tinggi.

20
PENTAKSIRAN MASTER TRAINER
SOALAN-SOALAN LAZIM

Soalan-soalan Lazim

Q1 Apakah itu Program Master Trainer IAB?

Program untuk membangun, mentaksir dan


mentauliahkan profesional Trainer dan Coach secara
sistematik bagi meningkatkan kompetensi
kejurulatihan dalam bidang pengurusan dan

A1
kepimpinan pendidikan.

21
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Q2 Bolehkan seorang pensyarah IAB mengenda-


likan sesi latihan tanpa sijil MTIAB?

Boleh, namun begitu semua jurulatih digalakkan


untuk mendapat sijil MTIAB untuk memastikan
kualiti perkhidmatan dalam bidang latihan dan

A2
pembangunan IAB.

Q3 Siapakah yang layak memohon MTIAB?

Semua pegawai perkhidmatan pendidikan yang


terlibat dalam pembelajaran dan pembangunan
individu dan organisasi dan pengamal kepimpinan
dan pengurusan organisasi pendidikan di Malaysia

A3
dan luar negara layak memohon MTIAB.

22
PENTAKSIRAN MASTER TRAINER
SOALAN-SOALAN LAZIM

Q4 Adakah kursus MTIAB wajib dihadiri oleh


semua pemohon MTIAB?

Ya. Namun demikian pengecualian diberikan


mengikut kes atas faktor pengalaman dan analisis
keperluan latihan pemohon berkenaan.

A4
Q5 Siapakah badan/agensi yang mentauliahkan
Sijil Master Trainer IAB (MTIAB)?

Lembaga Pengajian IAB.

A5

23
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Q6 Siapakah yang mengiktiraf badan MT ELM IAB?

MT ELM IAB tidak memerlukan pengiktirafan luar.


Sijil MT diiktiraf oleh IAB sebagai satu-satunya
agensi latihan dan pembangunan Kementerian

A6
Pendidikan Malaysia.

Q7 Siapakah ahli-ahli dalam Lembaga Pengajian


IAB?

Pengurusan Tertinggi IAB yang terpilih, bekas


pengarah IAB dan pakar-pakar yang terpilih
daripada institusi latihan yang lain mengikut

A7
keperluan.

24
PENTAKSIRAN MASTER TRAINER
SOALAN-SOALAN LAZIM

Q8 Apakah tindakan yang boleh diambil oleh


seorang pensyarah sekiranya dia tidak berpuas
hati dengan penilaian pentaksiran?

Boleh membuat rayuan kepada Lembaga


Pengajian IAB.

A8
Q9 Berapa lama tempoh masa yang diperlukan
oleh Trainer untuk melayakkannya menghadiri
kursus menjadi Master Trainer?

Tempoh masa tidak ditetapkan. Terpulang kepada


individu memohon mana-mana sijil berasaskan tahap
kompetensi dan kelayakan yang dinyatakan dalam

A9
syarat am dan khusus sijil Master Trainer.

25
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Q10 Bagi seorang coach, perlukah dia mendapat


Trainer dahulu?

Tidak . Trainer dan Coach adalah dua pensijilan yang


berbeza. Sijil Trainer bagi mereka yang terlibat dalam
latihan manakala Coach adalah bagi mereka yang
terlibat dalam pembangunan organisasi melalui

A10
khidmat coaching, mentoring dan konsultasi.

Q11 Apakah laluan kerjaya bagi pemilik sijil


MTIAB?

Buat masa ini laluan tersebut bukanlah syarat bagi kenaikan


pangkat. IAB akan berusaha menjadikan pensijilan MT sebagai
syarat bagi laluan kerjaya pegawai pendidikan di
IAB, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kolej

A11
Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

26
PENTAKSIRAN MASTER TRAINER
GLOSARI

GLOSARI

Master Trainer (MT)


Trainer atau Coach yang ditauliahkan oleh IAB dan mempunyai kompetensi yang diperlukan
serta terlibat dalam inisiatif latihan dan pembangunan kepimpinan pendidikan atau organisasi
pendidikan.

Individual Development (ID)


Pembangunan individu dalam konteks pembelajaran dan pembangunan pemimpin melalui
latihan berstruktur.

Organisational Development (OD)


Pembangunan organisasi dalam konteks penambahbaikan organisasi melalui kitaran OD.

Pengamal Profesional
Seorang yang bergiat dalam profesional sebagai pekerjaan sehari-hari.

Trainer
Pengamal Profesional yang kompeten dalam pengendalian sesi latihan.

Certified Master Trainer


Pengamal Profesional yang boleh mereka bentuk sesi latihan dan kompeten dalam penyampaian
sesi latihan dalam bidang terpilih serta boleh membimbing trainer dalam bidang pengkhususan
Model Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia.

Coach
Pengamal Profesional yang berkompeten untuk membimbing pemimpin pendidikan dalam
bidang terpilih.

27
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

Certified Master Coach


Konsultan kepada pemimpin pendidikan bagi membawa perubahan pada diri dan organisasi
dalam bidang terpilih, mentor untuk Coach dan juga pembina model watan penambahbaikan
organisasi .

Lembaga Pengajian IAB


Badan Profesional yang mengiktiraf dan mengawal kualiti Trainer dan Coach melalui
pentauliahan sijil profesional.

Panel Pentaksir
Sekumpulan individu berwibawa dan terlatih yang dilantik oleh Lembaga Pengajian IAB sebagai
pentaksir Master Trainer bagi tujuan pentauliahan.

Pembelajaran dan Pembangunan (Learning and Development)


Proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berterusan untuk pembangunan diri
dan organisasi.

Pensyarah Yang Ditaksir (PYDT)


Pensyarah yang telah memenuhi syarat-syarat untuk ditaksir.

Mentor Pentaksiran
Ahli Jabatan Pentaksiran Master Trainer yang bertanggungjawab membimbing PYDT untuk
pentauliahan.

28
PENTAKSIRAN MASTERRUJUKAN
TRAINER

Rujukan

Bush, Tony & Middleton, David, 2005. Leading and Managing People in Education (Education
Leadership for School Justice). California: Sage Publication Ltd.

Bush, Tony. 2010. Theories of Educational Leadership and Management. California: Sage
Publications Ltd.

Chambers, Robert. 2002. Parcipatory Workshops: A Sourcebook of 21 Sets of Ideas and Activities.
London: Routledge.

Davies, Brent. 2011. The Essentials of School Leadership. California: Saga Publication Ltd.

D. Klein, James et. al (2004). Instructor Competencies; Standards for Face-to-Face, Online, and
Blended Settings. USA. Information Age Publishing Inc.

Kirkpatrick, Donald L & Kirkpatrick, James D. 2007. Implementing the Four Levels: A Practical
Guide for Effective Evaluation of Training Programs. San Francisco. Berret-Koehler.

29
LAMPIRAN

Lampiran
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

32
PENTAKSIRAN MASTER TRAINER

LAMPIRAN

Proses Pentaksiran Certified Trainer

1
1 1


1. Mengisi Borang Master Trainer di Jabatan

Pentaksiran di IAB s

1. 1. Mengisi Borang Master Trainer di Jabatan
Mengisi Borang Master Trainer di Jabatan
Pentaksiran di IAB s
2. Pentaksiran di IAB s
Lantikan Mentor Pentaksiran – untuk selaras
pentaksiran
2. 2. Lantikan Mentor Pentaksiran – untuk selaras
Lantikan Mentor Pentaksiran – untuk selaras
① pentaksiran
pentaksiran
3. 22
① ① 2
3. 3. 22 22

4.
2 2
4. 4.








1.
Membuat penilaian kendiri sebelum

mengemukakan permohonan untuk ditaksir
1. 1. Membuat penilaian kendiri sebelum
Membuat penilaian kendiri sebelum
mengemukakan permohonan untuk ditaksir
mengemukakan permohonan untuk ditaksir
2.
Memaklumkan kepada Mentor Pentaksiran Jadual
Kuliah 4 minggu lebih awal
2. 2. Memaklumkan kepada Mentor Pentaksiran Jadual
Memaklumkan kepada Mentor Pentaksiran Jadual
Kuliah 4 minggu lebih awal
Kuliah 4 minggu lebih awal



3

3 3


Peserta yang dinilai menyediakan pelan penyampaian

berdasarkan instrumen pentaksiran bagi sesi latihan

Peserta yang dinilai menyediakan pelan penyampaian
Peserta yang dinilai menyediakan pelan penyampaian
dua jam
berdasarkan instrumen pentaksiran bagi sesi latihan
berdasarkan instrumen pentaksiran bagi sesi latihan
dua jam
dua jam

4

4 4

33
Instrumen
Pemerhatian Sesi Latihan
Instrumen
Certified Trainer
Instrumen

Peserta yang dinilai menyediakan pelan penyampaian
PANDUAN PROGRAM MASTER TRAINER

berdasarkan instrumen pentaksiran bagi sesi latihan
dua jam

Instrumen
Pemerhatian Sesi Latihan
Certified Trainer

Instrumen ini digunapakai untuk pentaksiran


sesi latihan
pensijilan
Certified Trainer


Tiga orang Panel Pentaksir akan menilai sesi latihan
berdasarkan standard kompetensi Certified Trainer

5
Domain
❶ ❷ ❸ ❹ ❺

Panel A
5
Domain
Panel B ❶ ❷ ❸ ❹ ❺

Panel A
Panel C

Panel B
Pencapaian Keseluruhan

Panel C

□ Mencapai Tahap Kompetensi



Panel Pentaksir membuat keputusan Pencapaian Keseluruhan

berdasarkan rubrik kompetensi secara
□ Perlu Penambahbaikan Domain ① ② ③ ④ ⑤

konsensus

Panel Pentaksir membuat keputusan
□ Mencapai Tahap Kompetensi
□ Perlu Penambahbaikan Domain ① ② ③ ④ ⑤
berdasarkan rubrik kompetensi secara

konsensus

6


Laporan Pentaksiran
Sesi Latihan
6
Certified Trainer
Calon :
Jabatan :
xyz

Laporan
KP: .
Bidang:
Pentaksiran
Sumber & Operasi
Topik:
Sesi Latihan
Pengurusan Prestasi


Panel 1:
Dr. Balasandaran Ramiah

Panel 2:
Certified Trainer
Dr. James Ang Jit Seng


Panel 3:

Calon : xyz

Sesi coaching pasca pemerhatian antara JabatanMentor


:
KP:En.Manoharan
Bidang:
.
Pentaksiran
a/l Muthusamy
Sumber & Operasi

panel pentaksir dengan peserta yang



Topik: Pengurusan Prestasi


Panel 1: Dr. Balasandaran Ramiah
Panel 2: Dr. James Ang Jit Seng

ditaksir dilaksanakan bagi tujuan Panel 3:

Sesi coaching pasca pemerhatian antara Mentor Pentaksiran


pembangunan En.Manoharan a/l Muthusamy


panel pentaksir dengan peserta yang

ditaksir dilaksanakan bagi tujuan


pembangunan

PERAKUAN 7

MESYUARAT
LEMBAGA
PERAKUAN 7
PENGAJIAN IAB
MESYUARAT
Ketua Pusat Pentaksiran membentangkan
LEMBAGA
laporan pentaksiran untuk mendapatkan
PENGAJIAN IAB

perakuan Lembaga Pengajian bagi

Ketua Pusat Pentaksiran membentangkan
34
pentauliahan sijil Master Trainer
laporan pentaksiran untuk mendapatkan

perakuan Lembaga Pengajian bagi
pentauliahan sijil Master Trainer
Jabatan :
KP: .

Bidang:
Topik:
Sumber & Operasi
Pengurusan Prestasi
6

Panel 1: Dr. Balasandaran Ramiah


Panel 2: Dr. James Ang Jit Seng
Panel 3:

Sesi coaching pasca pemerhatian antara



Mentor Pentaksiran

PENTAKSIRAN MASTERLAMPIRAN
TRAINER
En.Manoharan a/l Muthusamy

Laporan Pentaksiran
panel pentaksir dengan peserta yang
Sesi Latihan 6
ditaksir dilaksanakan bagi tujuan Certified Trainer
Calon : xyz

pembangunan

Jabatan :
KP: .
Bidang: Sumber & Operasi
Laporan Pentaksiran
Topik: Pengurusan Prestasi


Panel 1: Dr. Balasandaran Ramiah

Sesi Latihan
Panel 2:
Panel 3:
Dr. James Ang Jit Seng

Certified Trainer

Sesi coaching pasca pemerhatian antara Calon :
Jabatan :
xyz
Mentor Pentaksiran
En.Manoharan a/l Muthusamy

panel pentaksir dengan peserta yang



KP:
Bidang:
.
Sumber & Operasi

PERAKUAN Topik: Pengurusan Prestasi

7

ditaksir dilaksanakan bagi tujuan
Panel 1: Dr. Balasandaran Ramiah

MESYUARAT
Panel 2:
Panel 3:
Dr. James Ang Jit Seng


pembangunan

Sesi coaching pasca pemerhatian antara
LEMBAGA
Mentor Pentaksiran
En.Manoharan a/l Muthusamy


panel pentaksir dengan peserta yang
PENGAJIAN IAB

ditaksir dilaksanakan bagi tujuan

pembangunan
Ketua Pusat Pentaksiran membentangkan

PERAKUAN
laporan pentaksiran untuk mendapatkan 7

perakuan Lembaga Pengajian bagi
MESYUARAT

pentauliahan sijil Master Trainer
LEMBAGA

PENGAJIAN
PERAKUANIAB 7

MESYUARAT
Ketua Pusat Pentaksiran membentangkan

LEMBAGA

laporan pentaksiran untuk mendapatkan 8
PENGAJIAN IAB
perakuan Lembaga Pengajian bagi

pentauliahan sijil Master Trainer


Ketua Pusat Pentaksiran membentangkan
Majlis Pentauliahan
laporan pentaksiran untuk mendapatkan
Certified Trainer
perakuan Lembaga Pengajian bagi

pentauliahan sijil Master Trainer Kohort 1/2015 8



Sijil Master Trainer akan disampaikan 1 Disember 2015

dalam majlis pentaulihan formal Majlis Pentauliahan
8
Certified Trainer

Kohort 1/2015
Majlis Pentauliahan

Sijil Master Trainer akan disampaikan Certified Trainer
1 Disember 2015
9
dalam majlis pentaulihan formal
Kohort
1/2015

Sijil Master Trainer akan disampaikan 1 Disember 2015
dalam majlis pentaulihan formal www.iab.edu.my/mtrainer
/
Tempoh sah laku sijil adalah tiga tahun.
Pembaharuan dibuat berdasarkan laporan 9

pengendalian latihan oleh pemegang sijil

9
www.iab.edu.my/mtrainer
Tempoh sah laku sijil adalah tiga tahun.
/
Pembaharuan dibuat berdasarkan laporan
pengendalian latihan oleh pemegang sijil www.iab.edu.my/mtrainer
Tempoh sah laku sijil adalah tiga tahun.
/
Pembaharuan dibuat berdasarkan laporan
pengendalian latihan oleh pemegang sijil

35
Institut Aminuddin Baki Institut Aminuddin Baki

ISO 9001:2008 Intertek certification logo with Accreditation Marks*(Black


ISO 9001:2008 & White) logo with Accreditation Marks* (Black & White)
Intertek certification
Used in Name Cards, Letterhead and Stationeries (related
Used in to the certified
Name scope)
Cards, Letterhead and Stationeries (Related to the certified scope)

ISO 9001:2008 Intertek certification logo with Accreditation Marks*(Colour)


ISO 9001:2008 Intertek certification logo with Accreditation Marks* (Colour)
Used in Name Cards, Letterhead and Stationeries (related
Used to the
in Name certified
Cards, scope) and Stationeries (Related to the certified scope)
Letterhead

ISBN 978-967-0504-51-3

9 789670 504513

http://iab.moe.edu.my
* usage of the logos and marks please refer to the “F205 Use of Certificates and Certification and
Accreditation Mark”, given out together with original certificate. * usage of the logos and marks please refer to the “F205 Use of Certificates and Certification and
Accreditation Mark”, given out together with original certificate.

You might also like