You are on page 1of 4

UNIT 2 Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia

AKTIVITI LATIHAN AKTIF UNIT 2

Nama
Matrik Group Tarikh

Tajuk Hala Tuju Perkembangan Pendidikan Malaysia

Pemetaan Ringkasan Kandungan

1
UNIT 2 Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Latihan Objektif
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

1. Persekolahan wajib 11 tahun yang dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia adalah


berdasarkan syor yang dikemukakan oleh __________
A. Akta Pendidikan 1996. B. Laporan Razak 1956.
B. Laporan Rahman Talib 1960. D. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

2. Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang


pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
Pernyataan di atas ialah keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan
sistem pendidikan Malaysia secara holistik. Manakah di antara berikut merujuk kepada
pernyataan tersebut?
A. Ekuiti pendidikan. B. Akses pendidikan.
C. Kualiti pendidikan. D. Kecekapan pendidikan.

3. Semasa penjajahan Inggeris, terdapat empat jenis sekolah telah dibangunkan di


Tanah Melayu iaitu sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah
Tamil. Sekolah-sekolah ini dikenali sebagai sekolah vernakular.
Mengapakah Inggeris membenarkan pembangunan sekolah vernakular tersebut?
A. Inggeris memerlukan tenaga pekerja berilmu untuk membantu mentadbir negeri.
B. Inggeris berhasrat memberikan pendidikan untuk semua kaum di Tanah Melayu.
C. Inggeris perlu memberikan pendidikan kepada penduduk mengikut bahasa
ibunda.
D. Inggeris menjadikan pendidikan sebagai mekanisme untuk membentuk polarisasi
kaum.

4. Manakah di antara syor-syor berikut terkandung dalam Penyata Razak 1956 sebagai
hala tuju pendidikan di Malaysia semasa era kemerdekaan?
I. Persekolahan 9 tahun dilaksanakan.
II. Semua sekolah mempunyai sukatan yang sama.
III. Semua sekolah mengadakan peperiksaan yang sama.
IV. Kurikulum bersepadu (KBSR & KBSM) dilaksanakan sepenuhnya.
A. I dan IV sahaja. B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

5. Soal perpaduan kaum menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan
di Malaysia selepas merdeka. Bagaimanakah agenda perpaduan tersebut boleh
dilaksanakan?
I. Aktiviti kokurikulum yang seragam.
II. Kurikulum kebangsaan yang sama.
III. Sistem peperiksaan yang seragam.
IV. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
A. I dan III sahaja. B. II dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

2
UNIT 2 Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Latihan Esei
Arahan: Jawab semua soalan di ruang kosong yang disediakan.

1. Merujuk kepada contoh, jelaskan pengertian perkara-perkara berikut:

i. Pendidikan informal. (5 Markah)

iii. Sekolah vernakular. (5 Markah)

3
UNIT 2 Hala Tuju Perkembangan Pendidikan di Malaysia

2. Bandingbezakan hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia ketika era penjajahan


dan era selepas kemerdekaan terhadap pembangunan insan & negara.
(10 Markah)

You might also like