You are on page 1of 5

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

KLANG

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


BIOLOGI
TINGKATAN 5 2021

PROJEK PENGHASILAN
PRODUK BIOENZIM
DARIPADA SISA
KULIT BUAH / SAYURAN

NAMA : NUR AINA SOFRINA BINTI ROSLI


KELAS : 5 AL KINDI
NAMA GURU : PN MARINA BINTI MOHD TOHID
TARIKH HANTAR :

ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN

1. PENGHARGAAN

2. PENGENALAN

3. OBJEKTIF

4. DEFINISI BIOENZIM

5. BAHAN DAN PERALATAN

6. LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN

7. PERSEMBAHAN PRODUK

8. KONSEP

9. PENGGUNAAN PRODUK BIOENZIM

10. CADANGAN PRODUK KOMERSIAL

11. SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja
folio ini dengan penuh sukses.

Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada


Cikgu Marina, selaku cikgu bagi matapelajaran Biologi kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan penting ini.

Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan


seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
baik sekali.

Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya hargai.
Biar jasa jadi kenangan.

Sekian, terima kasih

PENGENALAN
KUALA LUMPUR: Kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (SWCorp) seharusnya menyedarkan banyak pihak, apabila rakyat Malaysia
dikatakan terlampau membazir selepas kira-kira 3,000 tan atau tiga juta kilogram
sisa makanan dibuang setiap hari sepanjang Ramadhan.

Namun, tahukah anda pembaziran sisa makanan berupaya memburukkan lagi


situasi pemanasan global dunia dan fenomena perubahan iklim yang dihadapi
dunia sekarang. Proses berkenaan berlaku apabila lambakan sisa makanan isi
rumah, yang anda lihat sedikit dan tidak memberi apa-apa kesan atau perubahan
memenuhi tapak pelupusan sampah selain, gagal diuraikan dalam tempoh tertentu.

Pengarah Green Technology Corporation Malaysia, yang juga bekas Pengarah


Alam Sekitar Selangor, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, berkata situasi
berkenaan mengancam alam sekitar, menyebabkan pencemaran, meningkatkan
suhu dunia, mitigasi perubahan iklim dan merosakkan jadual cuaca seperti hujan
serta ribut di seluruh dunia. Katanya, kesan terhadap ekosistem dunia turut
terencat khususnya bagi spesies mikroorganisme atau haiwan kecil yang tidak
'tahan' terhadap perubahan suhu dunia.

"Pembuangan sisa makanan luput tarikh seperti sayur dan buah-buahan boleh
dikitar semula sebagai produk pencuci pinggan atau lantai organik. Selain bebas
kimia, mesra alam sekitar, ia turut menjimatkan kos perbelanjaan isi rumah,"
katanya.

Kulit buah-buahan boleh dikumpulkan dan dijadikan enzim berasid. Enzim


berasid ini boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk dan lantai. Serbuk
pencuci yang digunakan untuk mencuci lantai adalah tidak biodegradasi yang akan
menyebabkan pencemaran air. Sayur dan kulit buah-buahan juga boleh ditanam
untuk dijadikan sebagai baja organik. Kegunaan baja kimia boleh mendatangkan
masalah pencemaran air. Baja organik bukan sahaja menambahkan kesuburan
tanah, ia juga tidak mencemarkan alam sekitar.

Sudah tiba masanya untuk kita berhenti daripada mengamalkan sikap yang
mendatangkan keburukan kepada alam sekitar. Sikap kitar semula perlu
dipraktikkan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan generasi masa kini dan masa
depan.

OBJEKTIF
1) Merekacipta satu produk bioenzim bagi membantu menyelesaikan masalah
lambakan sisa kulit buah-buahan di rumah atau gerai buah.
2) Merangka prosedur / jadual kerja kajian untuk menghasilkan produk yang
tepat
3) Menghasilkan produk yang mempunyai potensi komersial dengan
menggunakan sisa kulit buah-buahan

DEFINISI BIOENZIM
 Enzim ialah sejenis protein yang bertindak
sebagai pemangkin organik yang dapat mengawal atur serta
mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel.

You might also like