You are on page 1of 30

CARA PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Berikut dihuraikan secara terperinci cara bunyi vokal [i], [e], [ε], [a], [u], [o],
[ɔ] dan [ә] dihasilkan oleh alat artikulasi.

1) Vokal Depan Sempit (Tinggi) [i]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang berikut turut
berlaku:
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung.
(iii) Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi.
(iv) Bibir dihamparkan.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i] (lihat rajah 4.12).

Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan.


di awal perkataan:
[ikan], [ikut], [ipar], [ibu], [itu].
di tengah perkataan:
[biru], [bila], [kita], [sila], [silap].
di akhir perkataan:
[tali], [bәli], [bәri], [bәsi] [guli].
2) Vokal Depan Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [e]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], perkara yang berikut
turut berlaku:
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iii) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
(iv) Bibir dihamparkan separuh sempit.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat rajah 4.13).

Contoh kehadiran bunyi vokal ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[ekor], [ela] , [eloʔ], [ edah], [elaʔ].
di tengah perkataan:
[katel], [beraŋ], [heret], [sepet], [leper].
di akhir perkataan:
[sate].
3) Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) [ε]

Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut
berlaku:
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
(iv) Bibir dihampar separuh luas.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ε] (lihat rajah 4.14).

Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam
dialek Kelantan:
di awal perkataan:
[εsoʔ], [εloʔ], [εdoh], [εǰεʔ].
di tengah perkataan:
[bεso], [gεtεʔ], [gεlεʔ], [pεlεʔ].
di akhir perkataan:
[godε], [bulε], [udε], [tulε].
4) Vokal Depan Luas (Rendah) [a]

Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin.
(iv) Bibir dalam keadaan hampar.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar.

Contoh seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut:


di awal perkataan:
[araŋ], [aǰar], [alah], [amal], [asap].
di tengah perkataan:
[dadu], [paku], [bukan], [lampu], [bahu].
di akhir perkataan:
[pita], [rasa], [tiba], [kuda], [kәlapa].
5) Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u]

Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang berikut harus
dilakukan:
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui hidung.
(iii) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
(iv) Bibir dibundarkan.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u]. (lihat rajah
4.16).

Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[uli], [usap], [usuŋ], [undur], [untoʔ].
di tengah perkataan:
[buka], [bubur], [subur], [gandum], [kabur].
di akhir perkataan:
[baǰu], [labu], [pasu], [kelambu], [batu].
6) Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o]

Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:


(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
menggetarkan pita suara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
(iv) Bibir dibundarkan.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] (lihat
rajah 4.17).

Kehadiran bunyi vokal ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[oleh], [otaʔ], [obor], [oren].
di tengah perkataan:
[boleh], [sotoŋ], [koŋkoŋ], [toloŋ].
di akhir perkataan:
[solo], [soto], [foto]
7) Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) [ɔ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas, proses berikut berlaku:
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah ke arah lelangit lembut.
(iv) Bibir dibundarkan.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ɔ] (lihat rajah 4.18).

Bunyi ini terdapat dalam dialek Kelantan seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[ɔbat], [ɔtaʔ], [ɔrε], [ɔpeh].
di tengah perkataan:
[pɔkɔʔ], [sudɔh], [pәčɔh], [bɔrɔh].
di akhir perkataan:
[kitɔ], [bilɔ], [bәlakɔ], [guanɔ].
8) Vokal Tengah [ә]

Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut turut berlaku:
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga
mulut menggetarkan pita suara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iii) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
(iv) Keadaan bibir hampar.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ә] (lihat rajah 4.19).

Bunyi ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[әmaʔ], [әmbun], [әmpat], [әnam].
di tengah perkataan:
[pәnat], [bәrat], [čәrgas], [kәmas].
CARA PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
1) Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses seperti
yang berikut:
(i) Pita suara dibuka (direnggangkan).
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding
tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru
yang keluar ke rongga mulut. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian
dilepaskan serta-merta.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[p] (lihat rajah 4.23).
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[papan], [pasu], [pukul], [putәri].
di tengah perkataan:
[lәpas], [sepaʔ], [dapur], [dapat].
di akhir perkataan:
[dakap], [atap], [sәdap], [santap].
2) Letupan Dua Bibir Bersuara [b]

Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:


(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut. Udara tersekat sepenuhnya seketika pada bibir
mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-merta.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b] (lihat rajah
4.24).

Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[buruŋ], [buku], [budaʔ], [batu].
di tengah perkataan:
[tubuh], [subuh], [tabur], [tiba].
di akhir perkataan:
[sәbab], [karib], [kitab], [adab].
3) Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]

Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang
berikut:
(i) Pita suara dibuka (direnggangkan).
(ii) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa
menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.
(iv) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Udara kemudiannya
dilepaskan dengan serta-merta.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] (lihat
rajah 4.25).

Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[taŋan], [tahu], [toloŋ], [tareʔ].
di tengah perkataan:
[pәtaŋ], [putus], [satu], [bantu].
di akhir perkataan:
[pәnuntut], [patut], [sәbut], [lәmbut].
4) Letupan Gusi Bersuara [d]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku:
(i) Pita suara dirapatkan.

(ii) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut.

(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.

(iv) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Udara tersekat
sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-
merta.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d]
(lihat rajah 4.26).

Konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:


di awal perkataan:
[dalam], [dahulu], [duka], [dapur].
di tengah perkataan:
[pәdaŋ], [padaŋ], [sidaŋ], [padah].
di akhir perkataan:
[abad], [tekad], [maʔsud], [hasad].

5) Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]

Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan melalui proses
seperti yang berikut:
(i) Pita suara dibuka (direnggangkan).
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk
menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga
mulut. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan
dengan serta-merta.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak
bersuara [k] (lihat rajah 4.27).

Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:


di awal perkataan:
[kawan], [kuda], [kalau], [kita].
di tengah perkataan:
[sukat], [bakat], [dәkat], [pukat].
di akhir perkataan:
[budaʔ], [pәkaʔ], [teŋoʔ], [әmaʔ].
6) Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]

Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], proses berikut
perlu dilakukan:
(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk
membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. Udara
tersekat pada bahagian lelangit lembut dan kemudiannya dilepaskan dengan
serta-merta.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara
[g] (lihat rajah 4.28).

Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[guru], [ganti], [gantuŋ], [gambar].
di tengah perkataan:
[agaʔ], [agar], [ǰuga], [ragu].
di akhir perkataaan:
[beg], [dialog], [monolog].
7) Hentian Glotis [ʔ]

Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, proses berikut turut berlaku:


(i) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.
(ii) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis
dan tidak dilepaskan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding
tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.
(iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [ʔ] yang terdapat
dalam bahasa Melayu (lihat rajah 4.29).

Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah:


di awal perkataan:
[ʔibu], [ʔada], [ʔikan], [ʔoraŋ].
di tengah perkataan:
[saʔat], [ǰumaʔat], [kәʔadaʔan], [soʔal].
di akhir perkataan:
[tidaʔ], [anaʔ], [čәkaʔ], [galaʔ].
8) Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut turut berlaku:
(i) Pita suara dibuka (direnggangkan).
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.
(iv) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat
sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Udara tersebut
tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut
dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta).
Walau bagaimanapun, untuk bunyi konsonan [č] dalam bahasa Melayu,
pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara
untuk bunyi konsonan letusan (afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam
perkataan church.

Bunyi konsonan [č] yang hadir dalam bahasa Melayu adalah seperti yang
berikut:
di awal perkataan:
[čari], [čuti], [čuri], [čontoh].
di tengah perkataan:
[suči], [banči], [bәnči], [kunči].
di akhir perkataan:
[mač], [koč].

9) Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ǰ]

Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung.
(iv) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat
sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Udara tersekat pada
daerah lelangit keras-gusi dan dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan dengan
cepat atau serta merta). Bagi bunyi konsonan [ǰ] dalam bahasa Melayu,
pelepasan udara adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi
konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk perkataan judge.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ǰ] (lihat rajah 4.31).

Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[ǰaŋan], [ǰoloʔ], [ǰaŋgut], [ǰuga].
di tengah perkataan:
[taǰam], [tәrǰun], [buǰaŋ], [huǰan].
di akhir perkataan:
[imeǰ], [koleǰ].
10) Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses
yang berikut turut berlaku:
(i) Pita suara dibuka (direnggangkan).
(ii) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada
daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi
menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.
(iv) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] (lihat rajah
4.32).

Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[sayaŋ], [sapu], [suŋguh], [sәdap].
di tengah perkataan:
[basuh], [kasar], [dasar], [pasar].
di akhir perkataan:
[habis], [bilis], [hiris], [bәras].
11) Geseran Glotis Bersuara [h]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut turut
berlaku:
(i) Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada
glotis.
(ii) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara
digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
hidung.
(iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h] (lihat
rajah 4.33).

Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[habis], [hulur], [hantu], [hiŋgap].
di tengah perkataan:
[lihat], [tahap], [pehaʔ], [sehat].
di akhir perkataan:
[bәrseh], [lәteh], [kaseh], [lәbeh].
12) Getaran Gusi Bersuara [r]

Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara yang berikut:
(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah
dan pita suara digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [r] (lihat rajah 4.34).

Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[rasa], [rabun], [runtuh], [rusuh].
di tengah perkataan:
[bәras], [kәras], [laras], [karut].
di akhir perkataan:
[bәsar], [kasar], [lebar], [edar].
13) Sisian Gusi Bersuara [l]

Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara:


(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar
melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.
(iv) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan
pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l] (lihat
rajah 4.35).

Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[lama], [lambat], [lampu], [lupa].
di tengah perkataan:
[sәlamat], [kәlat], [kilat], [bulat].
di akhir perkataan:
[tiŋgal], [bәkal], [peŋgal], [pukul]
14) Sengau Dua Bibir Bersuara [m]

Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara:


(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga
hidung.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki
rongga hidung.
(iv) Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Bibir mulut dibuka semasa
menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan (lihat rajah 4.36).

Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:


di awal perkataan:
[makan], [malam], [mula], [masin].
di tengah perkataan:
[timun], [namun], [timur], [lima].
di akhir perkataan:
[salam], [silam], [dalam], [tilam].
15) Sengau Gusi Bersuara [n]

Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara:


(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian
gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung
supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara
yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n] (lihat rajah 4.37).

Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[nasi], [nuri], [naŋka], [naluri].
di tengah perkataan:
[kәnari], [binasa], [panas], [lontar].
di akhir perkataan:
[papan], [simpan], [lapan], [sәmbilan]
16) Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ɲ]

Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku:


(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah
lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara
digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke
hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat
sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras-gusi
bersuara [ɲ] (lihat rajah 4.38).

Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[ɲaɲi], [ɲata], [ɲamoʔ], [ɲaɲoʔ].
di tengah perkataan:
[baɲaʔ], [miɲaʔ], [taɲa], [suɲi].
17) Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ŋ]

Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] dihasilkan melalui proses
yang berikut:
(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah
lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung
supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk
menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] (lihat
rajah 4.39).

Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang
berikut:
di awal perkataan:
[ŋaŋa], [ŋiau].
di tengah perkataan:
[buŋa], [siŋa], [baŋga], [taŋga].
di akhir perkataan:
[taŋguŋ], [baraŋ], [tanǰuŋ], [gunuŋ].

18) Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]


Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara:
(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
(iii) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh
lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal
belakang [u]).
(iv) Bibir dibundarkan. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan
pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [ә]
(lihat rajah 4.40).

Kehadiran konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:


di awal perkataan:
[wau], [waris], [wajaŋ], [waŋ].
di tengah perkataan:
[kawan], [lawan], [kawat], [lewat].
di akhir perkataan:
[sepaʔ takraw].
19) Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]

Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j],
proses yang berikut turut berlaku:
(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding
tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
(iv) Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi
vokal [i], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah
dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ә].
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j] (lihat rajah
4.41).

Kehadiran bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh
yang berikut:
di awal perkataan:
[jaŋ], [jakin], [jatim], [juran].
di tengah perkataan:
[dajaŋ], [sajaŋ], [bajaŋ], [sәmbahjaŋ].
CARA PENGHASILAN KONSONAN PINJAMAN

1) Geseran Bibir-Gigi Tidak Bersuara [f]

Bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara [f] dihasilkan dengan cara:
(i) Pita suara dibuka (direnggangkan).
(ii) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada
daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
(iv) Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya
udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi tidak bersuara [f] (lihat
rajah 4.42).

Konsonan ini hadir dalam perkataan pinjaman seperti contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[fikir], [fitnah], [faham], [fonetiʔ].
di tengah perkataan:
[nafkah], [sifir], [sifar], [kufur].
di akhir perkataan:
[arif], [maʔaf], [alif], [huruf].
2) Geseran Bibir-Gigi Bersuara [v]

Bunyi konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v] dihasilkan dengan cara:


(i) Pita suara dirapatkan.
(ii) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada
daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.
(iv) Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya
udara keluar dengan menggeser melalui sempitan.
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi bersuara [v] (lihat rajah
4.43).

Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[vokal], [variasi].
di tengah perkataan:
[univәrsiti], [novel].
3) Geseran Gigi Tidak Bersuara []

Konsonan geseran gigi tidak bersuara [] dihasilkan melalui cara:


(i) Pita suara dibuka (direnggangkan).
(ii) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi
atas dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan.
(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.

(iv) Hujung lidah dihampirkan kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah
untuk membuat sempitan pada daerah antara gigi atas dan gigi bawah supaya
udara keluar dengan menggeser.

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gigi tidak bersuara [] (lihat rajah
4.44).

Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[inin], [alaa], [abit], [oman].
di tengah perkataan:
[mial].
di akhir perkataan:
[hadi].

You might also like