You are on page 1of 3

Syarat-syarat pertandingan memasak

1. Terdiri daripada 2 orang ahli untuk setiap kumpulan tanpa mengira jantina, umur
dan bangsa

2. Sediakan menu yang telah ditetapkan iaitu :-

i) Ayam masak lemak cili api dan

ii) Salah satu daripada kuih- muih /sandwich /puding

3. Menyedia, memasak dan menghidang untuk 2 orang

4. Kesemua bahan-bahan memasak hendaklah dibeli di TESCO Bahau @

Bandar IOI sahaja

5. Baucer Tesco bernilai RM60.00 bagi setiap kumpulan untuk pembelian barangan
memasak

6. Kesemua alatan memasak dan menghidang perlu disediakan sendiri termasuk


dapur memasak dan juga plastik sampah

7 Pihak penganjur akan hanya menyediakan gas memasak dan meja

8. Keseluruhan masa yang ditetapkan adalah 2 jam iaitu

i. Membeli bahan 30 minit

ii. Menyedia, memasak & menghidang 1 jam 30 minit

9. Penghakiman dibuat berasaskan:-

i. Kerjasama – 15 markah

ii. Kebersihan – 10 markah

iii. Kreativiti – 20 markah

iv. Persembahan – 15 markah

v. Rasa – 40 markah

10. Peserta wajib memakai apron dan menjaga kebersihan tempat memasak dan
persekitaran tempat memasak sepanjang masa
11. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima

12. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur

*HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah pertandingan seperti berikut:

a. Tempat pertama RM150.00

b. Tempat kedua RM100.00

c. Tempat ketiga RM70.00

d. Tempat ke-4 hingga ke-7 RM50.00

e. Hadiah penyertaan ke-8 – ke-15 RM30.00

*Tertakluk kepada pindaan

You might also like