You are on page 1of 1

Pertandingan Menganyam Ketupat Menggunakan Reben

TARIKH : 20 APRIL 2022


MASA : 7.30 PAGI ~ 8.20 PAGI
TEMPAT : DATARAN/LOBI/GELANGGANG TERBUKA ARUS

Syarat-Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan badan beruniform SMKSA.
2. Pertandingan boleh dijalankan secara berkumpulan (8-10 orang)
3. Setiap pasukan badan beruniform akan dibekalkan 2 gulung reben 1.5cm dan 1 gulung reben
2cm.
4. Setiap pasukan menganyam selongsong ketupat mengikut kreativiti sendiri.
5. Masa diberikan adalah 50 minit (7.30 pagi – 8.20 pagi)
6. Guru penasihat tidak dibenarkan membantu pelajar menganyam selongsong ketupat. Guru
penasihat hanya boleh membuat demo, memantau dan mengawal perjalanan aktiviti.
7. Pelajar boleh saling membantu untuk menyiapkan anyaman.
8. Bahan reben disediakan oleh pihak penganjur.
9. Guru penasihat perlu menyediakan peralatan seperti gunting, stapler dan peralatan lain yang
difikirkan perlu.
10. Ketupat yang telah siap perlu digantung di laluan susur gajah mengikut petak yang ditetapkan.
11. Semua pasukan dikehendaki membersihkan tapak pertandingan masing-masing selepas
pertandingan tamat.
12. Penilaian akan diberikan sepanjang tempoh pertandingan.
13. Keseluruhan masa yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. menganyam 50 minit (7.30 pagi – 8.20 pagi)
ii dekorasi susur gajah (sepanjang hari Rabu hingga hari Khamis, 20-21 April 2022)
14. Penghakiman dibuat berasaskan:-
i. Kerjasama Pasukan – 20 markah
ii. Kebersihan Tapak Pertandingan - 10 markah
iii. Kuantiti Anyaman - 20 markah
iv. Persembahan (Kreativiti dan Idea) - 25 markah
v. Dekorasi dan Kekemasan - 25 markah
Jumlah Markah 100 markah
15. Keputusan juri adalah muktamad dan penganjur berhak meminda mana-mana syarat
pertandingan dari semasa ke semasa.

You might also like