You are on page 1of 12

ISLĀMIYYĀT 43(1) 2021: 3 - 14

)https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2021-4301-01(

Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti


Kebangsaan Malaysia dalam mendepani Cabaran Pandemik COVID-19
Exploration of Alternative Assessment Practices in Islamic Studies at Universiti Kebangsaan
Malaysia in facing COVID-19 Pandemic

Haziyah Hussin
Najah Nadiah Amran
Nur Farhana Abdul Rahman
‘Adawiyah Ismail
Zamzuri Zakaria

ABSTRAK

Krisis Pandemik COVID-19 menyebabkan perubahan mendadak dan menjadi cabaran baharu terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan tinggi, termasuklah bidang Pengajian Islam. PdP dalam
Pengajian Islam lebih sinonim dengan amalan PdP secara bersemuka meskipun Pendidikan 4.0 menekankan kaedah
penyampaian yang transformatif dan pengaplikasian pentaksiran alternatif. Keupayaan bidang Pengajian Islam
mengadaptasi ciri-ciri ini khususnya pentaksiran alternatif dianggap terhad dan kurang diyakini kerana umumnya
masih ramai pensyarah yang selesa melaksanakan penilaian sumatif atau peperiksaan akhir. Artikel ini bertujuan
menganalisis amalan pentaksiran alternatif dalam kursus-kursus yang ditawarkan oleh semua program prasiswazah
Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia serta menganalisis bentuk-bentuk penilaian yang digunakan
dalam PdP. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpulkan
daripada analisis dokumen ke atas proforma kursus berdasarkan penawaran kursus pada sesi akademik 2018-2019
dan 2019-2020, kemudiannya dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan
pentaksiran alternatif dalam pengajian Islam telah bermula pada sesi 2012-2013 namun jumlah kursusnya sangat
sedikit dan tidak konsisten. Namun, dengan adanya pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan Kerangka Pendidikan 4.0 UKM yang dilaksanakan pada tahun 2017
telah mendorong peningkatan bilangan kursus yang menggunakan penilaian berterusan pada sesi 2018-2019 dan
2019-2020. Kajian mendapati pelbagai kaedah penilaian yang memenuhi elemen Pendidikan 4.0 telah digunakan
merangkumi pembelajaran berasaskan aktiviti, kerja lapangan, penulisan esei dan pembentangan, penganjuran
seminar serta penggunaan teknologi digital. Hal ini menjelaskan bahawa amalan PdP Pendidikan 4.0 dalam bidang
Pengajian Islam mampu dilaksanakan dan berpeluang dijalankan secara maksima khususnya dalam mengimplementasi
kaedah pentaksiran alternatif yang sahih dan autentik. Ia juga memberi impak positif ke atas kemahiran insaniah
pelajar dan pengalaman pembelajaran, selain mengurangkan kebergantungan pensyarah kepada peperiksaan akhir
untuk mengukur hasil pembelajaran kursus.
Kata kunci: Pentaksiran alternative; pengajian Islam; Pendidikan 4.0; Pandemik COVID-19

ABSTRACT

The outbreak of COVID-19 pandemic has led to abrupt changes and new challenges to teaching and learning (TL)
practice at all levels of learning institutions. This includes tertiary Islamic studies courses, often associated with
face-to-face TL. This research aims to explore the implementation of TL which applies Education 4.0 characteristics
that emphasize on the use of alternative assessment. The capacity to incorporate Education 4.0 in TL practice of
Islamic studies courses is considered average. Only a few courses were adapted for the Education 4.0 characteristics
as many lecturers prefer conducting summative assessment. This study explored alternative assessment and analyzed
the different forms practised in Islamic studies courses at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) before the outbreak
of COVID-19 pandemic. This is a qualitative study using content analysis design. Data were collected from course
proforma of all courses offered for two academic sessions, 2018-2019 and 2019-2020. The data were analyzed
statistically and descriptively. The findings show that the practice of alternative assessment in the studies courses was
initiated in the academic session 2012-2013. Yet the number of courses involved was small and inconsistent. Various
4 Islāmiyyāt 43(1(

initiatives introduced in the Malaysian Higher Education Plan for 2015-2025 and UKM Education 4.0 Framework in
2017 motivated some lecturers to apply alternative assessment in TL sessions. Additionally, various forms of alternative
assessment used by the lecturers included project-based activities, fieldwork, essay writing, oral presentation, seminars
and online assessment using digital technology. This study underlines the importance of alternative assessment in
Islamic studies courses as it contributes to development of students’ generic skills and learning experience. Besides, it
reduces lecturers’ dependence on using final examination to assess student performance for course learning outcomes.
Further, the implementation of alternative assessments portrays the flexibility of Islamic studies courses in adapting to
current changes and challenges.
Keywords: Alternative assessment; Islamic studies; Education 4.0; COVID-19 pandemic

PENGENALAN bagaimanapun konteks pendidikan sekarang


menekankan pembelajaran berpusatkan pada murid.
The Fourth Industrial Revolution (IR4.0) atau Guru sebaliknya berfungsi sebagai fasilitator bagi
Revolusi Industri 4.0 bermula pada tahun 2016 murid (Sigit 2018). Selain itu, tradisi pengajian Islam
disebabkan peningkatan permintaan terhadap juga bercirikan penggunaan teks ilmuan Islam klasik
automasi beserta rangkaian internet dan proses- dari Timur Tengah dalam Bahasa Arab di samping
proses fizikal yang lain, juga kemunculan sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan. Malahan sistem
berbentuk siber-fizikal serta penemuan pelbagai pengajian tinggi Islam pernah dikritik dan dikatakan
teknologi baharu selaras dengan perkembangan mengamalkan sistem pengajian yang ketinggalan
pelbagai industri dan menjangkau peringkat zaman, bersifat tradisional dan tidak kondusif
global (Mohd Fairuz 2017). Sehubungan dengan dengan realiti semasa. Laporan Jabatan Pendidikan
itu, agenda Pendidikan 4.0 diperkenalkan oleh Tinggi (2010) merumuskan beberapa isu antaranya
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian kurikulum pengajian tidak membantu kemahiran
Pengajian Tinggi Malaysia sebagai respons terhadap teknologi maklumat, kurang menekankan aspek
perkembangan tersebut. Pendidikan 4.0 ialah istilah keusahawanan, kurang merangsang kemahiran
umum yang digunakan oleh ahli pendidikan untuk komunikasi, berfikiran kritis dan kreatif, bahkan
mendeskripsi pelbagai cara bagi mengintegrasikan tidak membantu meningkatkan kemahiran pelajar
teknologi siber dan teknologi automasi sama ada membaca dan memahami kitab primer yang klasik
secara fizikal atau tidak ke dalam pembelajaran (Sigit (turath). Pelaksanaan kriteria Pendidikan 4.0 dalam
2018). Beberapa kriteria baharu digariskan dalam pengajian Islam khususnya di peringkat pendidikan
pendidikan itu antaranya, menuntut kewujudan tinggi menghadapi dilema berkaitan kesesuaiannya
kerangka kurikulum pengajian yang lentur dan mengadaptasi ciri-ciri ini, apatah lagi IR4.0 ini
organik, menekankan penglibatan industri secara dikatakan menghakis nilai-nilai adab dan moral,
aktif, penggunaan teknologi dalam pembelajaran kemanusiaan dan keadilan (Banu Prasetyo & Umi
imersif, kemahiran abad ke-21, kaedah pengajaran Trisyanti 2018) sedangkan nilai tersebut signifikan
dan pembelajaran (PdP) transformatif bercirikan dalam pendidikan Islam. Ia juga dianggap merubah
fleksibiliti dalam melahirkan graduan tersedia paradigma tradisi pendidikan Islam seperti interaksi
masa hadapan yang adaptif. Ciri penting dalam akrab antara murid dengan guru yang menjadi
Pendidikan 4.0 juga ialah perlaksanaan pentaksiran indikator keberhasilan proses pendidikan. Bagi
alternatif atau holistik. Pentaksiran alternatif menangani isu ini, sistem pengajian tinggi Islam
merupakan salah satu sistem pentaksiran baharu perlu membuat semakan ke atas kurikulum dan
yang digunakan untuk menilai kebolehan dan pendekatan pengajaran yang diamalkan termasuklah
pencapaian pelajar secara holistik dan auntentik bentuk pengukuran ke atas pencapaian pelajar.
yang menjurus aspek “know-how” yang bukan Bidang Pengajian Islam di institusi pendidikan
semata prestasi tertentu atau bukan berdasarkan tinggi (IPT) juga sewajarnya responsif dan proaktif
aspek penguasaan pengetahuan atau pengukuran terhadap keperluan terkini pendidikan di era IR4.0
semasa peperiksaan. Pelajar mendemonstrasi dan bersiap siaga dalam mendepani cabaran semasa
kebolehan mereka dalam melaksanakan tugasan dan sama ada yang diduga atau tidak terduga seperti
memperolehi maklumbalas menerusi pentaksiran pandemik COVID 19.
sahih, berasaskan portfolio, projek dan sebagainya. Transformasi pentaksiran merupakan satu
Dalam pengajian ilmu Islam, guru menjadi proses perubahan ke arah penambahbaikan PdP
individu pusat dalam kegiatan pembelajaran (Mohd Huzaimi et al. 2020). Proses pentaksiran
dan sumber pengetahuan di dalam kelas. Walau penting sebagai kayu ukur keberhasilan dan
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia 5

kebolehan yang ditunjukkan ataupun dicapai oleh (intelektual), akhlak dan pengalamannya sehingga
pelajar. Melalui pentaksiran, objektif pembelajaran menjadi manusia muslim yang beriman dan
kursus, tahap pengetahuan, kompetensi serta bakat bertakwa kepada Allah SWT serta berakhlak mulia
yang dicapai dan dipamerkan oleh pelajar dapat dalam kehidupan (Sigit 2018). Bagi menentukan
diukur dan direkodkan (Gikandi et al. 2011). tercapai atau tidak tujuan pendidikan tersebut, maka
Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan proses pengukuran, pentaksiran dan penilaian perlu
menganalisis amalan pentaksiran alternatif dalam dilakukan.
program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Pelaksanaan pentaksiran penting bagi mencapai
Malaysia semasa awal pandemik COVID-19 Falsafah Pendidikan Negara (Azizi & Kamisah
berlaku serta menganalisis bentuk-bentuk penilaian 2018). Oleh itu, kesediaan terhadap perubahan
yang digunakan dalam PdP. Kajian ini juga corak pentaksiran merupakan titik tolak kepada
memperlihatkan keperluan pentaksiran alternatif transformasi pendidikan masa kini (Artika
diamalkan dalam pengajian Islam, cabaran dalam Rasul t.th). Kesediaan pensyarah melaksanakan
menjamin kesahihan dan kebolehpercayaan kaedah pentaksiran alternatif adalah suatu elemen penting
pentaksiran ini. dan ia dapat diukur melalui pengetahuan terhadap
amalan pentaksiran bilik darjah, kesedaran terhadap
ULASAN LITERATUR kepelbagaian pelajar, refleksi, motivasi dan
pengurusan rekod (Marziah & Jamil 2014). Terdapat
dua jenis pentaksiran yang digunakan dalam proses
Dalam menjelaskan tentang falsafah dan konsep
PdP iaitu penilaian sumatif dan formatif. Ujian
pendidikan dalam pengajian Islam, Sigit (2018)
sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir
mengemukakan ada dua makna yang dibincangkan
semester atau akhir tahun dengan peperiksaan atau
oleh sarjana-sarjana Muslim. Pertama, makna
ujian formal. Ia adalah pentaksiran tradisional yang
yang lebih menampakkan Islam sebagai subject
dilakukan secara berasingan dan terpisah dari PdP
matter dalam pendidikan justeru menjadikan
untuk menilai dan menghakimi tahap kejayaan
pendidikan sebagai proses pengalihan nilai-nilai
sesuatu proses yang telah sempurna dilaksanakan
Islam daripada generasi tua kepada generasi muda
(Mohd Haidzir & Norasmah 2019). Tujuan penilaian
tanpa perlu menciptakan kondisi yang membuat
sumatif juga adalah untuk mendapat maklumat
anak didik berfikir kreatif dan progresif. Contohnya,
tentang kemajuan pelajar dan mengukur penguasaan
Muhammad Hamid al-Nashir dan Qullah Abdul
pelajar terhadap topik atau unit tertentu di akhir kursus
Qadir Darwis mendefinisikan pendidikan Islam
atau program. Walau bagaimanapun ujian sumatif
sebagai proses pengarahan perkembangan manusia
tidak berupaya mengukur keseluruhan pencapaian
dari aspek jasmani, akal, bahasa, tingkah laku,
pelajar terutamanya berkaitan pencapaian kemahiran
dan kehidupan sosial keagamaan kepada kebaikan
generik (Azizi & Kamisah 2018). Penilaian formatif
yang menuju kesempurnaan. Omar Muhammad
pula merujuk kepada pentaksiran yang dilaksanakan
al-Taumi al-Syaibani pula berpandangan bahawa
semasa atau sepanjang proses pembelajaran dan
pendidikan Islam adalah usaha mengubah tingkah
instruksi bagi melihat perkembangan pelajar. Guru
laku individu dalam kehidupan peribadi atau
atau pensyarah hendaklah memberi maklumbalas
kehidupan kemasyarakatan dan kehidupan di alam
segera dalam memperbaiki pencapaian pada domain
sekitarnya. Makna kedua pula lebih menempatkan
pengetahuan, psikomotor dan afektif mengikut hasil
Islam sebagai perspektif dalam Pendidikan Islam. Ia
pembelajaran (Azizi & Kamisah 2018). Pentaksiran
menghasilkan pendidikan sebagai suatu proses yang
sumatif dan formatif mempunyai kelebihan dan
menjadi sebahagian dari sistem kehidupan Islam,
kekurangan masing-masing. Ia boleh dilaksanakan
bukanlah mata pelajaran yang harus diajarkan
serentak bagi mengimbangi antara satu sama lain.
kepada murid.
Hakikatnya, kedua-dua makna ini terpakai
DEFINISI DAN CIRI PENTAKSIRAN ALTERNATIF
dalam konteks pendidikan atau pengajian Islam
meskipun makna pertama lebih dominan dalam
Penilaian adalah suatu proses membuat
sistem pendidikan negara kerana prosesnya diukur
pertimbangan dan keputusan mengenai prestasi
dan ditaksir secara rasmi. Namun dari sudut
pelajar (dan prestasi program) bersandarkan
tujuan pendidikan dalam Islam, kedua-duanya
kepada standard tanda aras yang dinyatakan oleh
menfokuskan kepada usaha membangunkan potensi
kriteria prestasi dan sasaran prestasi bagi sesuatu
dinamik dalam setiap diri manusia yang terletak
hasil pembelajaran berdasarkan bukti yang telah
pada keimanan atau keyakinan, ilmu pengetahuan
6 Islāmiyyāt 43(1(

diperolehi daripada proses pentaksiran (MQA pendekatan yang menggabungkan aspek penilaian
2013). Pentaksiran pula merujuk kepada kaedah sebagai sebahagian proses pengajaran dan
pengumpulan data langsung dan tidak langsung pembelajaran. Fokus utama yang pentaksiran
serta bukti pembelajaran pelajar yang dijalankan alternatif ialah pengukuran kepada kebolehan
secara sistematik, berterusan dan berulang dengan (performance) yang ditunjukkan ataupun dicapai.
menggunakan sumber yang pelbagai dan berbeza. Antara kosa ilmu yang berkaitan dengan pentaksiran
Data yang dikumpul, dianalisis dan dibincangkan alternatif adalah pengukuran kebolehcapaian
adalah bertujuan untuk mengetahui dan memahami (performance assessment), pengukuran autentik
secara lebih mendalam mengenai apa yang pelajar (authentic assessment), pengukuran secara
benar-benar tahu dan mampu lakukan supaya langsung (direct assessment) dan penilaian portfolio
maklum balas dapat disampaikan untuk tujuan (portfolio assessment) (Gipps & Stortbart 2003;
menambahbaik kualiti prestasi pelajar, kemajuan Fatemeh 2015). Menurut Azizi & Kamisah (2018)
pelajar, pengajaran staf akademik dan lain-lain (MQA dan Fatemeh (2015), pentaksiran alternatif merujuk
2013). Ringkasnya, pentaksiran adalah suatu proses kepada kaedah pentaksiran dalam bentuk yang
pengukuran dan penilaian secara bersistematik yang bukan konvensional. Antara ciri-cirinya adalah:
melibatkan aktiviti pengumpulan, penganalisisan 1. Ia adalah sebahagian proses pembelajaran
dan penterjemahan tentang tahap pencapaian pelajar kerana melihat perkembangan cara pelajar
terhadap objektif pembelajaran. belajar dan membina konstruk pengetahuan.
Pentaksiran alternatif bermaksud proses 2. Ia menfokuskan pada meninjau kekuatan pelajar
pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi bagi mempertingkatkan lagi dan kelemahannya
keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan bagi memperbaiki.
pembelajaran untuk membantu pelajar meningkatkan 3. Ia membuka peluang pembelajaran secara
kebolehan dan membuat keputusan bagi membuat bermakna. Pelajar mengasah kebolehan
penambahbaikan proses PdP serta mencapai menyelesaikan masalah, pemikiran tinggi dan
matlamat dalam pembelajaran (Gipps & Stotbart kreativiti.
2003; Mohd Haidzir & Norasmah 2019; Mohd 4. Ia menunjukkan prestasi pencapaian dan
Haidzir et al. 2020). Dalam konteks pendidikan di perkembangan pelajar
Malaysia, ia juga dikenali sebagai penilaian atau 5. Ia melibatkan pembuktian hasil pembelajaran
pentaksiran berterusan dan ia mula ditekankan seperti produk atau projek, prestasi dan
secara serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kemahiran proses.
(KPM) pada tahun 2011. Keseriusan KPM dalam 6. Ia melibatkan maklumbalas pensyarah/guru
pelaksanaan pentaksiran alternatif berkait rapat serta respons pelajar terhadap maklumbalas
dengan penekanan dan usaha mentransformasikan tersebut.
pentaksiran kepada pentaksiran berpusatkan pelajar
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Secara khususnya, ciri-ciri pembuktian
2013-2025 (Azizi & Kamisah 2018). Biarpun pada hendaklah sah, autentik, kecukupan, semasa
awalnya pentaksiran alternatif atau berterusan ini dan tekal. Sah merujuk kepada pembuktian
ditekankan untuk pelajar peringkat persekolahan, yang dikemukakan pelajar adalah relevan bagi
pelaksanaan di peringkat pengajian tinggi turut menggambarkan standard dan hasil pembelajaran.
dipergiatkan sejajar dengan Pelan Pembangunan Autentik pula bermaksud pembuktian yang
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015- dikumpulkan dan dihasilkan adalah usaha pelajar
2025 terutamanya apabila kajian kebolehpasaran dan keaslian hasil kerja pelajar. Ciri kecukupan pula
graduan memperlihatkan kepentingan pengukuran ialah pembuktian yang menunjukkan hasil kerja dan
pencapaian kemahiran abad ke-21 dan kemahiran kemampuan pelajar yang mengikut kriteria atau
generik graduan menjadi tumpuan dan pilihan bakal rubrik yang ditetapkan. Pembuktian yang semasa
majikan dalam menawarkan pekerjaan. (real-time) menunjukkan pelajar melaksanakan
Gipps dan Stotbart (2003) menjelaskan dan menyelesaikan tugasan mengikut piawaian
pentaksiran alternatif merujuk kepada kaedah semasa atau masa yang ditetapkan dan tekal
pengukuran selain kaedah peperiksaan seperti merujuk kepada pembuktian ketekalan perlakuan
pengukuran berasaskan pilihan jawapan. Ia dan keputusan. Sekalipun pentaksir orang berbeza,
juga merujuk kepada kaedah pengukuran yang mereka memberikan penilaian dan keputusan yang
menggunakan atau berbantukan alat teknologi. sama (Gipps & Stortbart 2003; Fatemeh 2015; Azizi
Pentaksiran alternatif juga merujuk kepada & Kamisah 2018). Berdasarkan kajian-kajian di atas
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia 7

dapat dirumuskan bahawa matlamat dan falsafah tugasan diberikan kepada pelajar seperti penulisan
pendidikan dalam pengajian Islam menekankan esei, penyediaan poster, pembentangan, kuiz
aspek pembinaan keilmuan dan potensi. Dalam dan ujian pertengahan semester untuk mengukur
mengukur dua aspek tersebut, suatu kaedah penilaian pencapaian dalam pembelajaran. Manakala
yang holistik dan berterusan perlulah digunakan peperiksaan akhir dengan komposisi antara 30
oleh pendidik bagi mengenalpasti kemampuan dan hingga 70 peratus (berdasarkan Perkara 4.2
pencapaian sebenar pelajar/murid sepanjang tempoh Peraturan-peraturan UKM-Pengajian Sarjana Muda
pembelajaran. 2020) dijadikan amalan tradisi bagi melengkapkan
penilaian pencapaian keseluruhan pelajar. Kajian ini
AMALAN PENTAKSIRAN DI FPI mendapati pada semester kedua sesi akademik 2012-
2013 empat kursus Bahasa Arab iaitu Maharat al-
Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM merupakan Qiraat, Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah,
fakulti terawal ditubuhkan bagi pengajian tinggi Maharat al-Kitabah dan Maharat al-Istima’wa al-
Islam awam di Malaysia iaitu pada 18 Mei 1970. Fahm menggunakan penilaian berterusan sebagai
Penubuhannya bertujuan menyediakan peluang alternatif kepada peperiksaan akhir. Namun, kaedah
pendidikan tinggi bagi pelajar lepasan sekolah pentaksiran ini tidak dilaksanakan secara konsisten
agama yang semakin bertambah (Mohd Roslan & pada sesi-sesi akademik berikutnya. Oleh itu, kajian
Wan Mohd Tarmizi 2011). Hal ini sejajar dengan era ini menganalisis perkembangan amalan pentaksiran
kebangkitan Islam di Malaysia berikutan timbulnya alternatif di FPI UKM dan mengenalpasti bentuk
kesedaran golongan Melayu pertengahan dan trend penilaian yang digunakan di samping melihat
positif terhadap pendidikan Islam untuk anak-anak, beberapa aspek cabaran dalam pelaksanaan serta
kerana kepercayaan bahawa pendidikan agama faktor perubahan.
menjadi benteng bagi mendepani masalah sosial.
FPI menawarkan lima program Pengajian Islam
METODOLOGI
di peringkat Sarjana Muda. Program Syariah serta
Usuluddin dan Falsafah mula ditawarkan pada tahun
Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan
1970, program Pengajian Arab dan Tamadun Islam
menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data
pula pada tahun 1974 manakala program Pengajian
dikumpulkan daripada proforma-proforma kursus
Dakwah dan Kepimpinan dan program Pengajian
bagi semua program Sarjana Muda Pengajian
al-Quran dan al-Sunnah pada tahun 1979 (Ahmad
Islam di UKM, iaitu Program Usuluddin dan
Sunawari & Zaizul 2012). Dalam usia fakulti ini
Falsafah, Syariah, Pengajian Arab dan Tamadun
yang mencecah 50 tahun, program pengajian Islam
Islam, Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, serta
melalui fasa-fasa perubahan yang signifikan dari
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. Kursus-kursus
segi kurikulum, pendekatan PdP dan pentaksiran
yang tidak menggunakan peperiksaan akhir
bagi mempastikan daya saing dan kerelevanan
sebagai kaedah penilaian dijadikan sebagai subjek
program serta kebolehpasaran graduannya.
kajian dan dianalisis secara deskriptif statistik
Perubahan yang agak ketara boleh dilihat pada
bagi mendapatkan jawapan tentang tahap amalan
tahun 2015, bermula dengan semakan kurikulum
pentaksiran alternatif dan bentuk-bentuk pentaksiran
program prasiswazah, penglibatan industri dalam
yang digunakan bagi mengukur pencapaian hasil
pengajaran dan pembelajaran, program mobiliti
pembelajaran kursus (HPK).
pelajar ke luar negara bagi pemindahan kredit, serta
Limitasi dalam kajian ini ialah kursus-kursus
PdP berteraskan Amalan Pendidikan Berimpak
yang ditawarkan oleh semua program pengajian
Tinggi (High Impact Educational Practices-HIEP).
pada Semester 2 sesi 2018/2019 dan Semester
Dari sudut pentaksiran pula, sebagaimana
1 sesi 2019/2020 bagi memenuhi satu pusingan
amalan dalam bidang pengajian yang lain, program-
kurikulum program pengajian. Kursus-kursus
program pengajian Islam di UKM melaksanakan
tersebut merangkumi kursus bertaraf wajib fakulti
kedua-dua pentaksiran formatif dan sumatif secara
(WF), teras program atau wajib jabatan (WJ) dan
bersama. Hal ini disebabkan ketidakupayaan
elektif program (LJ) sahaja, manakala kursus-kursus
ujian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar
dalam kategori wajib universiti tidak dimasukkan
secara holistik terutamanya berkaitan pencapaian
kerana ketidakcapaian sumber data selain faktor
kemahiran generik (Azizi & Kamisah 2018) justeru
pemantauan perlaksanaan PdP kursus-kursus ini
gabungan kedua-duanya dapat mengimbangi
diuruskan oleh fakulti atau pusat perkhidmatan lain
kebolehpercayaan pengukuran. Beberapa bentuk
di UKM.
8 Islāmiyyāt 43(1(

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN adalah sama bagi semua program iaitu 12 kursus.
Jumlah kursus WJ dan LJ yang ditawarkan pada
Hasil dapatan kajian ke atas amalan pentaksiran setiap semester berbeza antara program-program
alternatif bagi lima program Sarjana Muda Pengajian pengajian kerana bilangan kursus elektif (LJ) tidak
Islam di UKM pada semester 2 sesi akademik 2018- sama. Program-program Syariah, Usuluddin dan
2019 dan semester 1 sesi akademik 2019-2020 Falsafah serta Pengajian Arab dan Tamadun Islam
adalah sebagaimana berikut: menawarkan kursus elektif yang banyak, manakala
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah serta Pengajian
BILANGAN KURSUS YANG MELAKSANAKAN Dakwah dan Kepimpinan menawarkan jumlah
PENTAKSIRAN ALTERNATIF minima sahaja. Jumlah penawaran kursus serta
bilangan kursus per program yang menggunakan
Kursus-kursus dalam program pengajian Islam pentaksiran alternatif berbanding dengan kursus-
dikategorikan kepada empat, iaitu wajib universiti, kursus yang melaksanakan peperiksaan akhir dapat
wajib Fakulti (WF), wajib jabatan/program (WJ) ditunjukkan seperti di Jadual 1.
dan elektif jabatan/program (LJ). Jumlah kursus WF

JADUAL 1. Jumlah penawaran kursus dan perlaksanaan pentaksiran alternative

Status Kursus Jumlah Kursus/Jenis Sem. 2 2018/2019 Sem. 1 2019/2020


pentaksiran Program Pengajian Program Pengajian
Sya Usul Arab DK QS Sya Usul Arab DK QS Jumlah
WF* Jumlah penawaran 7 7 7 4 4 5 5 5 8 8 12
(dikira 1 kali) Kursus Taksir Alternatif 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 1
WJ Jumlah penawaran 10 6 7 8 8 7 8 7 7 6 74
Kursus Taksir Alternatif 1 2 2 1 1 0 0 2 0 1 9
LJ Jumlah penawaran 17 14 13 9 8 18 14 15 9 4 121
Kursus Taksir Alternatif 2 1 1 0 0 0 4 6 0 0 7
Jumlah Kursus Pentaksiran Alternatif 4 4 4 2 2 0 4 8 0 1 29
Sya – Syariah; Usul- Usuluddin & Falsafah; Arab- Pengajian Arab & Tamadun Islam; DK- Pengajian Dakwah & Kepimpinan;
QS- Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Sumber: Proforma kursus dan Senarai penawaran kursus semester 2 2018-2019 dan semester 1 2019-2020 (PPP/B/AK01/1/06)

Kursus tunggal bertaraf WF yang melaksanakan kursus WJ pula ialah Latihan Ilmiah yang dinilai
pentaksiran alternatif ialah PPPY1122 Maharat al- pada semester 2. Perbandingan tahap perlaksanaan
Muhadathah wa al-Khatabah iaitu kursus sepunya penilaian alternatif antara program-program
bagi semua program pada semester 2, manakala ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

RAJAH 1. Jumlah kursus yang melaksanakan pentaksiran alternatif mengikut program pengajian
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia 9

RAJAH 2. Perbandingan perlaksanaan pentaksiran alternatif antara Program-program pengajian

Program yang paling banyak melaksanakan pengalaman pensyarah dalam mentransformasikan


penilaian alternatif ialah Pengajian Arab dan pengajaran dan pembelajaran aktif. Kewujudan
Tamadun Islam dengan jumlah 12 kursus (22%) Kerangka Pendidikan 4.0 UKM (2017) juga menjadi
daripada 54 kursus yang ditawarkan. Pencapaian pemangkin kepada perlaksanaan ini. Berdasarkan
program-program lain adalah: Syariah (6.3%), kerangka tersebut, ciri-ciri pentaksiran alternatif
Usuluddin & Falsafah (14.8%), Pengajian Dakwah yang perlu dilaksanakan dalam sesuatu program
dan Kepimpinan (4.4%), Pengajian al-Quran dan pengajian adalah dengan kaedah-kaedah berikut;
al-Sunnah (7.9%). Secara tuntas, tahap pengamalan kaedah pentaksiran sahih atau autentik secara
pentaksiran alternatif dalam pengajian Islam di menyeluruh; kaedah pentaksiran yang selari dengan
UKM masih rendah iaitu 14% atau 29 daripada 207 HIEP; kaedah bukan peperiksaan dan kaedah kreatif
kursus yang ditawarkan sama ada bertaraf WF, WJ yang sesuai dengan taksonomi hasil pembelajaran
dan LJ. Meskipun begitu, jumlah ini menunjukkan kursus.
peningkatan yang memberangsangkan berbanding 4
kursus pada sesi 2012-2013 di peringkat permulaan. BENTUK DAN KAEDAH
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa PENTAKSIRAN ALTERNATIF
faktor-faktor perlaksanaan pentaksiran alternatif
adalah untuk mengurangkan kesan negatif ujian Setiap kursus menggunakan pelbagai kaedah
semasa peperiksaan seperti perasaan gemuruh, stress dalam menilai pencapaian pelajar bagi setiap hasil
dan rasa cemas. Ia juga membantu guru meninjau pembelajaran kursus (HPK) malah penamaan kaedah
perkembangan pengetahuan dan potensi pelajar, juga rencam dan sebahagiannya bersifat umum
guru/pensyarah boleh mengukur keberkesanan seperti tugasan, laporan dan projek berkumpulan
pengajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar atau projek individu. Penamaan umum ini bagi
serta penekanan kepada kebolehan/kompetensi, mengelak kekerapan pindaan proforma kursus tetapi
kemahiran abad ke-21 dan pemikiran kognitif diperincikan dalam pelaksanaan. Sebahagian kecil
aras tinggi (Azizi & Kamisah 2018). Dalam kursus yang lain pula memperuntukkan pemberat
konteks perkembangan kaedah pentaksiran di atau markah bagi komitmen dan kehadiran pelajar
FPI, faktor perubahan juga disebabkan oleh ke kuliah dan tutorial serta partisipasi dan tindakan
inisiatif pensyarah bagi memenuhi hasrat Pelan pelajar semasa proses pembelajaran (assesment on
Pembangunan Pendidikan Tinggi (2015-2025), learning). Kaedah-kaedah yang dilaksanakan dalam
impak semakan kurikulum program pengajian, 29 kursus pentaksiran alternatif dikategorikan kepada
pengenalan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebelas tema utama sebagaimana ditunjukkan dalam
Bersepadu (iCGPA) serta hasrat universiti dan Rajah 3.
10 Islāmiyyāt 43(1(

RAJAH 3. Taburan Kaedah-kaedah Pentaksiran Alternatif di FPI


Sumber: Proforma Kursus Semester 2 2018-2019 dan Semester 1 2019-2020

Penulisan esei merangkumi penulisan artikel, memerlukan komitmen yang tinggi dan peruntukan
tugasan esei, laporan atau laporan penyelidikan bagi waktu yang banyak untuk pensyarah menilai dan
kursus Latihan Ilmiah. Pembentangan pula sama memberi maklumbalas kepada pelajar sepanjang
ada secara peer review, forum, wacana atau seminar. PdP (Artika Rasul t.th). Apatah lagi pada masa yang
Ulasan kandungan atau teks pula dilaksanakan sama pensyarah tersebut mempunyai tanggungjawab
dalam bentuk ulasan buku, artikel, analisis teks pentadbiran dan kerja-kerja penyelidikan serta
atau analisis dokumentari. Kebanyakan kaedah khidmat kepada pihak luar (Haziyah et al. 2020).
kuiz pula dilakukan secara atas talian menerusi Pengajian Islam pada abad ke 21 berdepan dengan
kahoot atau sistem ifolio UKM yang membolehkan perkembangan internet dan teknologi baharu, data
pelajar mendapat maklumbalas pencapaian mereka raya, kecerdasan buatan dan elemen-elemen yang
seusai menjawab. Rajah 3 di atas juga menunjukkan agak asing dan berbeza dengan tradisi pengajian
dua kaedah yang paling kerap dilaksanakan bagi Islam. Ia mengubah cara hidup, cara bekerja dan
menilai perkembangan dan pencapaian kognitif, cara berhubungan satu sama lain (M.A. Ghufron
psikomotor dan afektif pelajar ialah penulisan esei 2018). Teknologi digital dan informasi telah menjadi
dan pembentangan. Ujian dan kuiz pula digunakan basis dalam kehidupan manusia yang menyebabkan
untuk mengukur pengetahuan dan penguasaan segala hal menjadi tanpa batas dan data tidak
pelajar bagi beberapa topik yang terangkum dalam bersempadan (unlimited). Implikasinya, rasional
satu-satu HPK. dan kebebasan berfikir menjadi dasar, nilai agama,
adab dan kemanusiaan semakin menipis bahkan
CABARAN PELAKSANAAN DAN generasi yang terhasil rapuh kerana tidak memiliki
KEPERLUAN BERUBAH mentaliti dan nilai-nilai yang kuat lalu diibaratkan
sebagai generasi strawberi (Banu Prasetyo & Umi
Pelaksanaan pentaksiran alternatif berdepan dengan Trisyanti 2018). Pendidikan kini berada pada masa
kekangan dan cabaran tertentu seperti kesediaan pengetahuan (knowledge age) dengan percepatan
guru, sikap guru, pengetahuan pentaksiran, peningkatan pengetahuan yang luar biasa. Oleh yang
peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran, demikian, kurikulum pengajian Islam juga perlu
bebanan guru serta pengaruh pihak berautoriti berubah bagi berperanan dalam menjaga kualiti
(Mohd Haidzir & Norasmah 2019). Dalam konteks manusia (pengguna teknologi) bahkan proaktif
FPI, isu utama ialah kesediaan dan sikap guru/ dalam menyiapkan graduan yang berkualiti, adaptif
pensyarah untuk berubah dan melaksanakan dan mampu bersaing secara global, dan menguasai
pentaksiran berterusan. Hal ini dipengaruhi oleh perkembangan teknologi (Hasan et al. 2018; Banu
faktor-faktor lain contohnya pengetahuan terkini & Umi Trisyanti 2018). Kurikulum seharusnya
tentang pentaksiran dan keperluan Pendidikan 4.0. lebih mempersiapkan pelajar dengan keterampilan
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan pentaksiran dalam kemahiran belajar dan berinovasi, kemahiran
alternatif yang dilaksanakan secara berterusan ini menggunakan teknologi dan media maklumat,
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia 11

bersedia ke alam pekerjaan, dan berupaya Pertama, mengubah mindset lama yang
menggunakan keterampilan kemahiran kehidupan terkongkong aturan birokrasi menjadi mindset
untuk berjaya. Gaya kegiatan pembelajaran juga disruptif (disruptive mindset) yang memajukan
perlu disesuaikan malah bahan pembelajaran harus cara-cara yang korporat (respons yang cepat, tidak
memberikan bentuk yang lebih autentik agar pelajar terikat waktu dan tempat) bagi menghasilkan sistem
dididik untuk dapat berkolaborasi menciptakan pengurusan yang efektif dan efisien. Dalam konteks
solusi, memecahkan masalah pelajaran dengan pembelajaran, pengajar perlu lebih fleksibel dalam
menggunakan sumber daya informasi yang tersedia. menjalankan tugas dan fungsinya, lebih proaktif
Hal ini kerana, menurut Etistika Yuni et. al. (2016) memberikan kemudahan, bimbingan, dan mendekati
pada era IR4.0 ini “pembelajaran didefinisikan kepada pelajar; tidak terikat dengan kewangan yang
sebagai proses belajar yang dibangunkan oleh menghentikannya berinovasi; memaksimakan fungsi
pensyarah untuk mengembangkan kreativiti berfikir media sosial sebagai alat komunikasi yang efektif,
yang dapat meningkatkan kemampuan pelajar dalam alat bantu kerja, dan inspirasi dalam berinovasi.
mengkonstruksi pengetahuan baru sebagai upaya Pengajar juga harus berfikir solutif jika dihadapkan
untuk meningkatkan penguasaan yang baik terhadap masalah, di samping tidak terkejut terhadap
bahan pelajaran”. Guru/pensyarah berperanan untuk perubahan kerana ia telah menjadi keperluan.
memberikan stimulus, bimbingan, pengarahan dan Pengajar juga berfikir dan bertindak secara strategik
dorongan kepada pelajar agar terjadi proses belajar. dengan sasaran yang realistik, fleksibel, kontekstual,
Pembelajaran dalam definisi ini bukanlah sebuah dan futuristik dari segi orientasi kurikulum dan
proses pembelajaran pengetahuan, sebaliknya visi pendidikan Islam serta program. Kedua,
proses pembentukan pengetahuan oleh pelajar melakukan self-driving agar mampu melakukan
melalui prestasi kognitifnya. inovasi-inovasi sesuai dengan tuntutan era 4.0.
Panduan Pembelajaran Abad ke 21 di Bidang pengajian Islam perlu diterajui pemimpin
peringkat pendidikan tinggi pula menekankan atau pentadbir akademik bermental good driver
penguasaan elemen 4C bagi pelajar iaitu  Critical yang mahu membuka diri, cepat dan tepat membaca
Thinking & Problem Solving, Communication, situasi, berintegriti, tangkas dalam bertindak,
Collaboration dan Creativity pada semua peringkat waspada terhadap segala kemungkinan buruk,
pengajian dan mesti diasah setiap penjuru kehidupan, dan mampu bekerja efektif, inovatif, dan efisien.
di kolej kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti Ketiga, merekabentuk (reshape or create) terhadap
kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di segenap aspek di dalamnya agar selalu kontekstual
padang sukan (Mohd Fairuz 2017: Ab Halim & terhadap tuntutan dan perubahan. Cara lama yang
Nur Hanani 2017). Kemahiran yang perlu ialah
masih baik dan relevan dipertahankan dan perlu
kemahiran penyelesaian masalah kompleks;
untuk dimodifikasi sesuai dengan perubahan
kemahiran komunikasi lisan dan bertulis dengan
dan perkembangan zaman. Manakala cara atau
berkesan termasuk kompetensi banyak bahasa yang
mengangkat pelajar di arena globalisasi; kemahiran sistem yang tidak mungkin dipakai lagi hendaklah
sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang berkesan; diganti dengan cara dan sistem yang baru seperti
kepintaran emosi sebagai kunci kejayaan hubungan penggunaan sistem digital dan model pembelajaran
sosial dan profesional; kebijakan merebut peluang, terkini dengan sepenuhnya memanfaatkan teknologi
kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan digital (Sigit 2018). Contohnya pembelajaran
cadangan dan berani ambil risiko. pengajian Islam dicorakkan dengan bantuan
Sehubungan dengan itu, Sigit (2018) teknologi seperti e-learning, pembelajaran teradun
mencadangkan agar para pengajar subjek pengajian (blended learning) dan flipped learning. Meskipun
Islam berubah dengan menyesuaikan diri dengan begitu, dalam keghairahan meraikan Revolusi
perubahan dan tuntutan masyarakat serta berorientasi 4.0, pengajian Islam perlu komited dengan teras
pada masa depan serta bersedia mendepani sebarang pengajiannya yang berasaskan didikan tauhid,
implikasinya. Bertahan dengan sistem lama boleh syariah dan akhlak (Ruzman et al. 2014) dan tujuan
menyebabkan pendidikan Islam semakin tertinggal, pendidikan dalam Islam, iaitu membentuk akhlak
bahkan sekiranya membenarkan kritikan pula ia mulia, menyediakan bekal kehidupan dunia dan
menunjukkan bahawa pendidikan Islam kurang akhirat secara seimbang, menumbuhkan ruh ilmiah
responsif terhadap dinamika perubahan sosial dan memuaskan rasa ingin tahu, serta menyiapkan
masyarakat. Oleh itu, tiga perkara berikut mesti pelajar dari segi profesional dan teknikal supaya
dilakukan iaitu: dapat mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan
12 Islāmiyyāt 43(1(

mulia di samping persiapan mencari rezeki dan dan kekangan untuk mengadakan peperiksaan akhir
pemeliharaan segi-segi kemanfaatan (Sigit 2018). secara bersemuka disebabkan oleh pandemik ini
Kejayaan dan kemenjadian pendidikan Islam bukan telah mendorong pelaksanaan penilaian berterusan
sekadar diukur dengan kebolehgajian graduan atau dalam kursus dan sekaligus melaksanakan pelbagai
jawatan yang disandang tetapi juga keupayaannya kaedah pentaksiran alternatif. Pada semester 2
beradaptif, bersosialisasi, menjaga tradisi kearifan sesi akademik 2019-2020, semua kursus yang
tempatan, bermasyarakat-berbangsa, bernegara serta ditawarkan oleh Program Pengajian al-Quran
menjadi sumber modal insan yang andal (reliable) dan al-Sunnah melaksanakan kaedah pentaksiran
dengan pengembangan ilmu pengetahuan bagi berterusan. Malah, pengurangan yang ketara berlaku
kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat secara pada bilangan kursus dalam program yang lain yang
seimbang dan harmonis (Hasan Subekti et al. 2018). melaksanakan pentaksiran sumatif atau peperiksaan
Bagi mencapai hasrat di atas, pengukuran kursus akhir iaitu 17 kursus (FPI 2020). Perlaksanaan
berdasarkan elemen kognitif yang mengandungi pentaksiran alternatif di fakulti ini juga menunjukkan
hafalan fakta tanpa makna sebagaimana warisan perkembangan yang lebih memberangsangkan
dari sistem pendidikan tradisional perlu diubah. pada semester 1, sesi 2020-2021 dengan 11 kursus
Ini kerana pencapaian pelajar tidak lagi terikat sahaja yang menjalankan peperiksaan akhir atas
dengan bidang pengajian dan peperiksaan semata- talian. Manakala Program Pengajian al-Quran
mata. Kebolehlenturan kognitif amat diperlukan dan al-Sunnah dan Program Pengajian Arab dan
agar masalah kompleks ditangani secara agresif Tamadun Islam menggunakan kaedah pentaksiran
dan holistik bagi melahirkan pelajar dan graduan alternatif sepenuhnya (FPI 2021). Sungguhpun
yang berkebolehan menangani masalah kompleks. sebilangan pelajar yang telah kembali ke kampus,
Mereka perlu dididik agar berupaya mengumpulkan namun masih ramai yang berada di rumah masing-
data yang autentik dari sumber terbuka dan tanpa masing. Faktor jarak, akses internet, keselamatan
terhad, mempunyai kedalaman analisis dan dan kesihatan menjadikan kaedah pentaksiran
pengetahuan, mengambilkira pemegang taruh yang alternatif menjadi pilihan pensyarah bagi mengukur
pelbagai dan impak penyelesaian terhadap pelbagai potensi dan pencapaian pelajar. Perkembangan ini
aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial, jelas menunjukkan kemampuan program Pengajian
politik, etika, kesihatan dan kelestarian (Haziyah Islam beradaptasi secara positif dengan perubahan
et al. 2020; Afendi 2021). Sehubungan dengan itu, dan cabaran.
pentaksiran alternatif sangat wajar dipertimbangkan
kerana ia melihat perkembangan pelajar KESIMPULAN
membina pengetahuan dan mengasah kebolehan
menyelesaikan masalah dengan pemikiran tinggi
Kajian menunjukkan bahawa kaedah pentaksiran
dan kreativiti. Walau bagaimanapun, tidak semua
kursus-kursus pengajian Islam di UKM telah berubah
kursus/subjek dalam pengajian Islam perlu
dari pentaksiran konvensional kepada pentaksiran
melaksanakan pentaksiran alternatif atau penilaian
alternatif walaupun kadarnya masih rendah dan
secara berterusan. Sebahagian nature kursus lebih
tidak seimbang antara program-program pengajian
sesuai diukur dengan penilaian sumatif (peperiksaan
sebelum pandemik COVID 19 berlaku. Kewujudan
akhir), manakala sebahagian yang lain wajar dinilai
pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan
secara campuran antara sumatif dan formatif. Hal
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-
ini bergantung kepada hasil pembelajaran yang
2025 dan Kerangka Pendidikan 4.0 UKM pada tahun
ingin dicapai dari sesuatu kursus itu selain hasil
2017 dengan kriteria-kriteria yang digariskan itu
pembelajaran program.
merupakan faktor pendorong kepada perubahan ini.
Kajian juga mendapati PdP bagi kursus dan
Bentuk penilaian yang digunakan pula bukan sahaja
program Pengajian Islam di FPI berpotensi untuk
terfokus kepada pembelajaran berasaskan aktiviti,
mencabar kelaziman dan melakukan perubahan
kerja lapangan, penulisan esei dan pembentangan
khususnya melalui pelaksanaan pentaksiran
sebaliknya menjangkau penganjuran seminar dan
alternatif malah perlaksanaannya boleh dijalankan
persidangan di samping penggunaan teknologi
dalam talian. Faktor krisis pandemik Covid-19
seperti pembikinan video dan poster, penilaian
membuka peluang kepada pensyarah untuk
secara atas talian. Aktiviti-aktiviti ini mencirikan
meneroka dan mempertingkatkan kemahiran dalam
amalan pendidikan yang berimpak tinggi sejajar
pengajaran dan pentaksiran dalam talian. Kesukaran
dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia 13

Tinggi Negara. Pelaksanaan pentaksiran alternatif Azizi Alias, Kamisah Osman. 2018. Pentaksiran
ini memberi impak positif ke atas pembangunan Alternatif: Pembinaan dan Pelaksanaan Rubrik
kemahiran insaniah pelajar serta penglibatan mereka dalam Pendidikan Sains. Bangi: Penerbit UKM.
secara aktif dalam pengalaman pembelajaran. Banu Prasetyo, Umi Trisyanti. 2018. Revolusi Industri
4.0 dan tantangan perubahan sosial. Prosiding
Ringkasnya, banyak lagi kursus dalam program
SEMATEKSOS 3 “Strategi Pembangunan Nasional
pengajian Islam berpotensi untuk mengimplimentasi Menghadapi Revolusi Industri 4.0”. IPTEK
kaedah pentaksiran alternatif tanpa mengabaikan Proceeding Series. 5: 22-27.
ciri-ciri teras tradisi pengajian Islam. Sehubungan Caroline Gipps, Gordon Stobart. 2003. Alternative
dengan itu, pensyarah perlu diberi pendedahan Assessment. International Handbook of Educational
terhadap pelbagai teknik pentaksiran alternatif Evaluation. 9: 549-575. Springer Link https://link.
dan diberi latihan secukupnya. Galakan daripada springer.com/chapter/10. [akses pada 1 Mac 2021].
pengurusan fakulti juga seperti penyediaan Etistika Yuni Wijaya, Dwi Agus Sudjimat, Amat Nyoto.
kemudahan PdP, penghargaan atau pengiktirafan 2016. Transformasi pendidikan abad 21 sebagai
boleh menjadi pendorong kepada pelaksanaan tuntutan pengembangan sumber daya manusia di
era global. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan
pentaksiran alternatif bahkan kriteria-kriteria
Matematika. Universitas Kanjuruhan Malang.
Pendidikan 4.0 yang lain. Hasil perbincangan ini 263-278.
dapat menjadi amalan terbaik yang boleh dikongsi Fakulti Pengajian Islam UKM. Penawaran Kursus FPI
dengan Institusi-institusi Pendidikan Islam yang Semester 2 2018-2019 dan Semester 1 2019-2020
lain dalam menambahbaik proses pengajaran dan (PPP/B/AK01/1/06).
pembelajaran yang sedia ada. Fakulti Pengajian Islam. 2020. Senarai Jadual Waktu
Peperiksaan Akhir Berjadual Fakulti (Secara Atas
Talian dan Bawa Pulang) Semester II Sesi 2019-2020
PENGHARGAAN
Fakulti Pengajian Islam.
Fakulti Pengajian Islam. 2021. Senarai Jadual Waktu
Makalah ini adalah satu daripada hasil penyelidikan Peperiksaan Akhir Berjadual Fakulti (Secara Atas
di bawah Geran Penyelidikan Khas Top Down UKM: Talian dan Bawa Pulang) Semester 1 Sesi 2020-2021
Pengajaran dan Pembelajaran GPK-P&P-2020-009 Fakulti Pengajian Islam.
yang bertajuk Pembinaan Model Pentaksiran Fatemeh Ghanavati Nasab. 2015. Alternative versus
Alternatif Digital dalam Pengajian Islam. traditional assessment. Journal of Applied Linguistics
and Language Research 2(6): 165-178.
Hasan Subekti, Mohammad Taufiq, Herawati Susilo
RUJUKAN & Ibrohim, Hadi Suwono. 2018. Mengembangkan
literasi informasi melalui belajar berbasis kehidupan
Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. 2017. terintegrasi STEM untuk menyiapkan calon guru
Pendidikan Abad ke-21 dalam Kepelbagaian Budaya: sains dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0:
Cabaran dan Harapan. Kertas kerja Seminar Pedagogi revieu literature. Education and Human Development
Antarabangsa ke 8. Institut Pendidikan Guru Kampus Journal. 3(1): 81-90.
Ilmu Khas, Kuala Lumpur. https://www.researchgate. Haziyah Hussin, Najah Nadiah Amran, Zamzuri
net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ Zakaria, Nur Farhana Abdul Rahman, ‘Adawiyah
ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_ Ismail, Md. Nor Abdullah& Salamiah Ab. Ghani.
Harapan. Diakses pada: 19 Januari 2020. 2020. Perlaksanaan Pentaksiran Alternatif dalam
Afendi Ahmad. 2021. Integriti, kualiti dan peperiksaan Program Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti
buka-buku. Astro Awani. 11 Februari. https://www. Kebangsaan Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan
astroawani.com/berita-malaysia/integriti-kualiti- dalam Kongres & Pertandingan Inovasi Pengajaran
dan-peperiksaan-bukabuku-282454? [akses pada 1 dan Pembelajaran Persidangan (KNovasi) di Hotel
Mac 2021] Tenera, Bangi, 5-6 Februari 2020.
Ahmad Sunawari Long, Zaizul Ab. Rahman. 2012. Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria Pengajian Tinggi.
40 Tahun Penyelidikan Fakulti Pengajian Islam 2010. Hala Tuju Pengajian Islam di Malaysia. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia. International Penerbit UKM.
Journal of Islamic Thought. 1: 8-18 Joyce Gikandi. 2011. Achieving meaningful online
Artika Rasul bin Sulaiman. t.t. Tahap Kesediaan Guru learning through effective formative assessment. In
Pendidikan Islam Dalam Pentaksiran Dokumen Changing Demands, Changing Directions, edited
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah. by G. Williams, P. Statham, N. Brown, B. Cleland.
Universiti Malaysia Pahang. http://umpir.ump.edu. Proceedings ascilite Hobart 2011, pp. 452-454.
my/id/eprint/26899/1/ [akses 1 Mac 2021].
14 Islāmiyyāt 43(1(

M.A. Ghufron. 2018. Revolusi Industri 4.0: tantangan, Sigit Priatmoko. 2018. Memperkuat eksistensi pendidikan
peluang dan solusi bagi dunia pendidikan. Seminar Islam di era 4.0. TA’LIM Jurnal Studi Pendidikan
Nasional dan Diskusi Panel Multidisiplin Hasil Islam 1(2): 1-19.
Penelitian & Pengabdian kepada Masyarakat, Jakarta,
2 Ogos 2018.
PENGARANG
Malaysia Qualification Agency. 2013. Garis Panduan
Amalan Baik: Penilaian Pelajar. Selangor: Agensi
Kelayakan Malaysia. www.mqa.gov.my Haziyah Hussin
Maziah Mohamad, Jamil Ahmad. 2014. Kesediaan Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah
pensyarah mentranformasi pentaksiran program Fakulti Pengajian Islam
prauniversiti: Satu Analisis faktor. Sains Humanika Universiti Kebangsaan Malaysia
2(4): 107-113. haziyah@ukm.edu.my
Mohd Fairuz Mohd Yusof. 2017. Revolusi
Perindustrian Keempat / Industri 4.0 / IR 4.0. http:// Najah Nadiah Amran
mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/ Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah
industri-40-ir-40-revolusi.html [akses pada 8/2/2020] Fakulti Pengajian Islam
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. 2019. Universiti Kebangsaan Malaysia
Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam najah@ukm.edu.my
sistem penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej Nur Farhana Abdul Rahman
Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 337-349. Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah
Mohd Huzaimi Abdul Manap, Zolkepli Haron & Fakulti Pengajian Islam
Norasmah Othman. 2020. Penilaian Pelaksanaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah nfarhana@ukm.edu.my
(PASR) di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Integrasi.
Jurnal Pendidikan Malaysia 45(1) Isu Khas: 9-16. ‘Adawiyah Ismail
Mohd Roslan Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan
Othman. 2011. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Fakulti Pengajian Islam
Islam di Malaysia. Jurnal at-Ta’dib 6(1): 59-78. Universiti Kebangsaan Malaysia
Ruzman Md Noor, Rahimin Affandi Abd. Rahim, ada@ukm.edu.my
Muhammad Kamil Abd Majid, Abdul Karim Ali, Nor
Adina Abdul Kadir, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & Zamzuri Zakaria
Norhidayah Yusof. 2014. Peranan Institut Pengajian Pusat Kajian Syariah
Tinggi Islam dalam pembangunan modal insan di Fakulti Pengajian Islam
Malaysia: Satu analisis. Jurnal Kemanusiaan 12(1): Universiti Kebangsaan Malaysia
1-20. zamz@ukm.edu.my

You might also like