You are on page 1of 18

SEMESTER 1 (2021/2022)

KOD DAN NAMA SUBJEK:

SKAD 2353 SISTEM MAKLUMAT PEMBANGUNAN

TUGASAN KUMPULAN:

TUGASAN KUMPULAN GIS 30%

NAMA PENSYARAH:

DR. ZURINAH BINTI TAHIR

DISEDIAKAN OLEH:

1. NURUL NAJIHAH BINTI AMRAN (A175734)

2. NUR FATIN HAZIRAH BINTI MD PIAH (A176243)

3. HASLEEN BINTI MOHD KHIR JUHARI (A176255)

4. ATIRA SURAYA BINTI ARIFFIN (A176697)

5. NOR SYAHIRA BINTI MOHD IDRIS (A175743)


1.0 PENGENALAN

Korona atau COVID 19 merupakan pandemik yang sangat besar yang telah disaksikan oleh
dunia. Pada hujung 2019 dunia telah digemparkan dengan kewujudan virus COVID-19 di China.
Virus COVID-19 ini merupakan satu penyakit berjangkit yang telah tersebar di seluruh dunia
dalam masa yang singkat dan menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengisytiharkan pandemik secara global. Kewujudan virus COVID-19 ini telah menyebabkan
kadar kematian di seluruh dunia meningkat. Pada Disember 2020, terdapat 79.8 juta kes COVID-
19 di sahkan di seluruh dunia dan ini termasuk 1.75 juta kematian yang dilaporkan kesan daripada
COVID-19 (WHO, 2020; Zhonghua Liu, 2020; Umamaheswari et al., 2021). Selain itu, virus ini
juga telah menyebabkan perubahan dalam ekonomi dan gaya hidup masyarakat yang perlu
mengamalkan kehidupan berdasarkan norma baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-
19 ini.

Di Malaysia, pesakit COVID-19 dikelaskan kepada 5 tahap iaitu tahap pertama merupakan
individu yang disahkan positif, tetapi tidak memiliki sebarang gejala. Manakala tahap kedua pula
merupakan individu yang disahkan positif tetapi memiliki gejala ringan pada bahagian sistem
pernafasan seperti selesema dan demam biasa. Menurut Dr. Malina di dalam laporan Nor Asyikin
(2021) menyatakan bahawa pesakit COVID-19 dalam kedua-dua tahap ini boleh ditempatkan di
rumah atau MAEPS bagi menjalankan proses kuarantin. Bagi individu yang menjalankan proses
kuarantin di rumah perlu mengemaskini aplikasi My Sejahtera setiap hari bagi memudahkan pihak
KKM melakukan pemantauan berkala kepada mereka. Bagi pesakit COVID-19 tahap 3,4 dan 5
pula akan ditempatkan di Hospital untuk pemantauan yang lebih rapi. Hal ini dikatakan demikian
kerana pesakit COVID-19 dalam tahap 3, 4 dan 5 ini cenderung untuk mendapat kesan jangka
panjang kerana berlaku keradangan pada organ dalaman seperti paru-paru dan buah pinggang
(Ahmad Suhael, 2021).

Environmental System Research Institute (ESRI) di Malaysia telah menyediakan satu


platform untuk perkongsian data GIS berkaitan COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia
(Mustaffa, 2020). Dengan menggunakan beberapa aplikasi GIS, peta lokasi hospital dan beberapa
pusat kuarantin di Serdang, Malaysia dapat diakses bagi mengetahui taburan penduduk berisiko
dijangkiti COVID-19. Walaupun virus COVID-19 ini merupakan penyakit baharu namun peranan

1
GIS dalam membendung gejala ini adalah jelas dan pernyataan ini telah diakui oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan bahawa GIS berkesan dalam mempersembahkan
data hasilan berkaitan kesihatan kepada impak dan kegunaan perkhidmatan kesihatan masyarakat.
(WHO, 1996; Mustaffa, 2020).

2.0 PEMBENTUKAN ER DIAGRAM

2
3.0 PEMBANGUNAN LAYER DATABASE

4.0 PETA LOKASI KAJIAN

3
5.0 PERINGKAT PEMBANGUNAN DATABASE

Rajah 1: Peringkat Pembangunan Database

Peringkat pembangunan database bagi kajian ini akan melibatkan lima proses seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 1. Bagi peringkat pertama iaitu ialah peringkat pemilihan tajuk. Bagi
kajian ini, pengkaji telah memilih kajian yang berfokuskan kepada isu semasa iaitu berkaitan
dengan COVID-19. Pemilihan tajuk bagi kajian kami ini ialah mengenalpasti pesakit COVID-19
di kawasan Serdang, Selangor. Kajian ini akan mengenalpasti pesakit COVID-19 di kawasan
terpilih iaitu di Hospital Serdang, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM),
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Flat Sri Serdang dan Pangsapuri Mutiara
Serdang.

Seterusnya, apabila telah mengenal pasti tajuk dan objektif tajuk tersebut, kajian ini akan
diteruskan dengan melakukan Rajah Entity Relationship Diagram atau dikenali sebagai ER
Diagram. ER Diagram adalah satu model yang berstruktur yang akan digunakan dalam reka bentuk
pangkalan data. Modal ini mengandungi simbol dan penyambung berbeza yang akan
menggambarkan sesuatu maklumat yang penting. Bagi kajian ini, ER diagram kajian akan
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu hospital, rumah dan MAEPS. Setiap bahagian yang
dibahagikan akan mempunyai maklumat tertentu seperti lot id, daerah, nama jalan, tahap COVID-
19, lokasi, keluasan, maklumat pengguna dan nama tempat.

4
Setelah selesai membangunkan ER Diagram dalam kajian ini, pengkaji akan
membangunkan pembentukan lapisan (layer) berdasarkan ER Diagram yang telah dihasilkan
sebelum ini. Layer adalah lapisan peta atau rajah yang mengandungi maklumat tertentu.
Pembangunan pembentukan layer dalam kajian ini memiliki lima lapisan yang terdiri daripada
lapisan jalan, lapisan rumah, lapisan MAEPS, lapisan hospital dan lapisan bersepadu (integrated).
Lapisan bersepadu adalah gabungan di antara semua lapisan yang akan membentuk maklumat
keseluruhannya.

Seterusnya, selepas selesai dengan pembangunan layer bagi kajian ini, pengkaji akan
memulakan proses seterusnya iaitu proses pengisian maklumat. Proses pengisian maklumat ini
akan diisikan dalam aplikasi ArcMap. Dalam proses pengisian maklumat ini pengkaji akan
mengisikan maklumat yang terdapat dalam ER Diagram dan berpandukan juga kepada
pembentukan lapisan yang dihasilkan sebelum ini. Pengkaji akan plot kawasan yang terlibat dalam
kajian ini bagi mengisi maklumat yang diperlukan. Setelah selesai sahaja dengan pengisian
maklumat yang dimasukkan di dalam ArcMap, pengkaji akan mendapat hasil yang menunjukkan
rajah peta tematik yang di plot dan mempunyai maklumat-maklumat yang tertentukan.
Penghasilan peta tersebut menunjukkan pengkaji selesai dalam menghasilkan analisis pertanyaan
di mana ia telah menganalisis kawasan tertentu bagi mencapai objektif kajian ini.

6.0 ANALISIS SPATIAL

6.1 ANALISIS PERTANYAAN

Analisis pertanyaan merupakan kaedah analisis yang paling asas, di mana GIS digunakan
untuk menjawab persoalan dan mencapai objektif kajian. Sesuatu pertanyaan perlu melalui
lima peringkat pemprosesan sebelum dapat menyediakan jawapan (Thomson & Goodenough,
1994; Goodenough et al., 1994). Lima peringkat ini merangkumi peringkat menghurai
pertanyaan, pemilihan pemprosesan, pemprosesan, output pemprosesan dan penterjemah
output kepada jawapan yang dapat mewakili matlamat pengkaji. Memandangkan tajuk kajian
ini adalah COVID-19 (Patients Tracking In Serdang) maka pertanyaan asas yang digunakan
dalam kajian ini adalah dimana pesakit COVID-19 berada dan bagaimana untuk menentukan
tempat kuarantin pesakit COVID-19. Setelah menghurai pertanyaan, pengkaji memilih untuk

5
melakukan pemprosesan data atribut dan pemprosesan maklumat spatial. Output pemprosesan
yang diperoleh akan diterjemahkan kepada bentuk plot dalam peta seperti berikut:

Rajah 2: Analisis pertanyaan COVID-19 (Patients Tracking in Serdang)

Terdapat dua jenis analisis pertanyaan iaitu analisis pertanyaan non spatial dan analisis pertanyaan
spatial. Analisis pertanyaan non spatial memerlukan pemprosesan data atribut sesuatu objek yang
tidak melibatkan maklumat spatial. Berdasarkan kajian yang dilakukan, analisis pertanyaan non
spatial melibatkan pemprosesan data atribut seperti berikut:

6
Rajah 3: Analisis pertanyaan non spatial MAEPS

Rajah 4: Analisis pertanyaan non spatial perumahan di Serdang

Rajah 5: Analisis pertanyaan non spatial Hospital di Serdang

Bagi analisis pertanyaan spatial pula melibatkan pemilihan objek berdasarkan lokasi yang
memerlukan pemprosesan maklumat spatial seperti keluasan, perhubungan antara lokasi dan lain-
lain. Berikut merupakan analisis pertanyaan spatial:

7
Rajah 6: Analisis pertanyaan spatial MAEPS

Rajah 7: Analisis pertanyaan non spatial perumahan di Serdang

Rajah 8: Analisis pertanyaan spatial Hospital di Serdang

8
6.0 KEFUNGSIAN GIS

GIS ialah salah satu alat terhebat untuk membuat perubahan dalam perjuangan COVID-19 ini.
Fungsi GIS adalah perisian komputer mesra pengguna yang boleh menunjukkan pelbagai jenis
data pada satu peta dan membolehkan pengguna menganalisis dan mentafsir data pada lokasi
berbeza yang diplot pada peta untuk memahami perhubungan, corak dan arah aliran. GIS dalam
COVID-19 ini juga berfungsi dalam menyediakan platform yang ideal untuk penumpuan
maklumat khusus penyakit dan analisisnya berhubung dengan penempatan penduduk,
perkhidmatan sosial dan kesihatan di sekeliling serta persekitaran semula jadi dan menyediakan
data yang sangat sesuai untuk menganalisis data. GIS juga digunakan untuk menggambarkan fokus
penyakit dan mengenalpasti populasi berisiko. GIS ini sedang digunakan dalam COVID-19 untuk
memetakan sebaran, mencari populasi yang terdedah, menggambarkan kapasiti hospital dan
melibatkan orang ramai. Profesional GIS boleh membantu organisasi mereka memahami dan
meramalkan pada banyak skala yang berbeza. Pihak yang terlibat boleh menggunakan peta GIS
untuk melihat sama ada tindakan tertentu telah mengubah penyebaran virus COVID-19 dalam
kalangan populasi atau lokasi tertentu. Kegunaan GIS dalam COVID-19 patient tracking mampu
memaparkan peta bersama data atribut, iaitu maklumat berteks ianya juga dikenali sebagai peta
bermaklumat. Setiap kes jangkitan mempunyai data lokaliti iaitu data spatial yang membawa
kepada pemahaman fenomena geografi serta dengan kemasukan beberapa maklumat tambahan.

Aplikasi GIS dalam isu berkaitan kesihatan awam bukanlah diperkenalkan ketika Covid-
19 ini ianya sudah diperkenalkan bertahun-tahun yang lepas. Dalam kajian sahrul syukri yahya,
2021 mengatakan bahawa hasil dari pembangunan GIS dalam pandemik COVID-19 ini dapat
mengenalpasti kawasan yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Pengenalpastian ini dapat
digunakan dalam membuat keputusan dan ramalan pemodelan pemetaan kawasan yang berisiko
pada masa akan datang, (Zhou et al., 2020, Sarfo & Karupapannam, 2020) Dalam kajian Jack
Dangermond, 2020 juga ini menyatakan GIS menyediakan banyak keupayaan untuk
memanfaatkan sepenuhnya sumber yang terhad untuk menjaga kesihatan masyarakat contohnya
GIS telah digunakan dalam mod yang berbeza untuk memetakan COVID-19 secara meluas, baik
dari segi pengedaran dan penyebaran spatial dan temporal. Aplikasi GIS juga boleh digunakan
untuk menyediakan kemaskini geolokasi COVID-19 masa nyata. Aplikasi GIS dan analisis ruang
telah banyak digunakan untuk mempengaruhi pemahaman tentang COVID-19, bukan sahaja untuk

9
komuniti saintifik tetapi juga untuk penggubal dasar, dan untuk orang ramai dalam membina
tindak balas jangka panjang terhadap pandemik yang berterusan ini. GIS telah memainkan peranan
penting dalam mengesan dan membantu membendung dua jenis coronavirus iaitu SARS-CoV dan
MERS-CoV.

7.0 CADANGAN

Terdapat banyak cadangan yang dikemukakan bagi menyekat penularan wabak COVID-19 ini.
Namun hanya beberapa cadangan sahaja yang masih boleh digunapakai dan diterima oleh
masyarakat setelah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama beberapa bulan pada
2020 dan 2021. Menurut Dr Lee Bon Chye, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, beberapa
cadangan perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan kerana sistem jagaan kesihatan sektor awam
kini berada di tahap genting kerana tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin
meningkat.

Antara cadangan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah melalui penambahbaikan sistem
aplikasi kesihatan yang sedia ada bagi mendapat data kesihatan masyarakat. Kini penggunaan My
Sejahtera digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat bagi mengesan dengan pantas
kontak rapat yang terlibat sekiranya berlaku kes penularan wabak ini di suatu lokasi. Ini lebih
memudahkan pihak terlibat bagi mengesan sejauh mana penularan wabak virus ini sudah berlaku
melalui data-data yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Oleh itu, kontak rapat dapat dikesan, diuji
dan dapat diasingkan dalam tempoh 48 jam di lokasi-lokasi yang disediakan. Dalam hal ini,
penggunaan GIS digunakan bagi mengesan data dan lokasi-lokasi yang dikunjungi oleh pesakit
dan masyarakat awam yang berisiko untuk menjadi kontak rapat hasil daripada kunjungan di lokasi
yang sama. Penggunaan GIS dalam aspek ini lebih memudahkan mencari populasi yang terdedah
dan menyekat penularan wabak COVID-19.

Kerajaan juga harus meluaskan penggunaan GIS dalam bidang kesihatan terutamanya
dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Ia dapat membantu mengumpul data-data mengenai
status kesihatan masyarakat sekali gus memudahkan pihak berkepentingan mendapat input dan
mengaplikasikannya bagi membendung penularan wabak COVID-19.

10
Selain itu, cadangan perlaksanaan bagi pihak berkuasa tempatan untuk memastikan setiap
premis perniagaan mempunyai barcode yang perlu di scan oleh pelanggan sebelum memasuki
premis. Hal ini dilakukan agar rekod pelanggan dapat dikenalpasti dan mudah untuk melibatkan
penggunaan GIS.

8.0 KESIMPULAN

Sistem maklumat Sistem Maklumat (GIS) merupakan antara analisis yang dilihat mampu
membantu dalam mengekalkan keseimbangan antara kemajuan pembangunan dan kesejahteraan
alam sekitar. Pelbagai isu yang dapat dikaji melalui penggunaan GIS termasuklah dalam bidang
kesihatan, pengurusan sumber semulajadi, kawalan pencemaran, perancangan guna tanah
pertanian dan sebagainya. Teknologi GIS mempunyai banyak ciri yang menjadikannya sesuai
untuk digunakan dalam kawalan penyakit, termasuk keupayaan untuk menyimpan maklumat yang
berkaitan dengan faktor demografi dan penyebab serta kejadian penyakit pada latar belakang
geografi, dan pelbagai fungsi analisis spatial. Dalam perancangan pembasmian penyakit, GIS
mempunyai kemungkinan untuk melakukan analisis superimpose untuk mencari kawasan berisiko
tinggi atau rendah untuk penyakit yang bergantung kepada ciri geografi atau keadaan yang
berkaitan dengan geografi. Penjagaan kesihatan adalah subjek penting untuk geografi perubatan
kerana tekanan dunia moden untuk menilai semula sistem penjagaan kesihatan untuk menampung
keperluan penjagaa. Oleh itu, GIS amat membantu dalam mengekang penularan penyakit seperti
COVID-19. Ini kerana GIS telah membantu bagi memetakan sebaran, mencari populasi yang
terdedah, menggambarkan kapasiti hospital dan sebagainya.

Berdasarkan analisis yang dilaksanakan jelas menunjukkan keupayaan GIS telah


membantu dalam bidang kesihatan iaitu dalam mengekang penularan COVID-19. Analisis spatial
yang digunakan adalah analisis pertanyaan. Hasil analisis tersebut membantu kerajaan mengatur
strategi bagi menjaga kesihatan rakyat daripada terdedah dengan penyakit dan kesihatan semasa.
Penambahbaik aplikasi yang sedia ada iaitu Mysejahtera adalah cadangan yang dikemukakan bagi
meningkatkan lagi data mengenai status kesihatan masyarakat.

11
RUJUKAN

Ahmad Suhael. 2021. Pesakit Kategori 3,4,5 Cenderung Kena Long Covid. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/865363/pesakit-kategori-3-4-5-
cenderung-kena-long-covid [30 Januari 2022]

David G. Goodenough, Daniel Charleboisl, Stan Matwinl, Doug MacDonald, & Alan J. Thomson.
1994. Queries and Their Application to Reasoning with Remote Sensing and GIS. Natural
Resources Canada 1199-1203

Elliot Mbunge, Boluwaji Akinuwesi, Stephen G. Fashoto, Andile S. Metfula & Petros Mashwama.
2020. A Critical Review of Emerging Technologies for Tackling COVID-19 Pandemic.

Jack Dangermond, Corrado De Vito & Cristiano Pesaresi. 2020. Using GIS in The Time of the
COVID-19 Crisis, Casting a Glance at the future A Joit Discussion. Journal of Research
and Didactics in Geography

Muhammad Amnan Hibrahim. 2021. Tiga cadangan perlu dilaksanakan segera untuk bendung
Covid-19. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/117966/KHAS/Covid-
19/Tiga-cadangan-perlu-dilaksana-segera-untuk-bendung-Covid-19 [5 Februari 2022]

Mustafa Anjang. 2020. ‘Geomatik Gunaan’ bantu negara menghadapi krisis Covid-19. Bernama.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1845186 [30 Januari 2022]

Nor Asyikin. 2021. Covid-19: 5 tahap rawatan. Harian Metro.


https://www.hmetro.com.my/sihat/2021/01/667467/covid-19-5-tahap-rawatan [30 Januari
2022]

P.L.N. Raju. 2017. Spatial Data Analysis. Satellite Remote Sensing and GIS Applications in
Agricultural Meteorology 151-174.

Rajuk. K. 2020. Application of GIS in COVID-19 Monitoring and Surveillance. International


Journal for Research in Applied Science & Engineering Technology ISSN: 2321-9653

12
Rakibul Ahasan, Md. Shaharier Alam, Torit Chackraborty & Md Mahbub Hossain. 2020.
Application of GIS and Geospatial Analyses in COVID-19 Research: A Systematic
Review.

9.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Peta Lokasi

13
Lampiran 2: Peta Tematik

14
Lampiran 3: Er Diagram

15
Lampiran 4: Layer Database

16
Lampiran 5: Data Atribut

17

You might also like