You are on page 1of 9

Ciri – ciri budaya masyarakat melayu

Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada kelompok
bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia
berdasarkan kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan
Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia,
dan kepulauan sekitarnya serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang digunakan
oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh
orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah
Melayu, iaitu adat Perpatih dan adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu
di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Oleh itu rajanya bukan
berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.
Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri
Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain
itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam.

Secara keseluruhannya, kebudayaan masyarakat Melayu dapat difahami melalui jadual dibawah.

Klasifikasi Jenis-jenis Huraian

Perayaan- Aidilfitri Hari Raya Aidilfitri setahun


perayaan sekali yang diraikan dalam
keagamaan bulan syawal mengikut
kalendar Islam. Pada hari ini
diraikan sebagai hari
kemenangan dan hari
kegembiraan setelah semua
umat islam berpuasa selama
sebulan pada bulan Ramadan
mengikut kalendar Islam, iaitu
bulan sebelum bulan Syawal

Aidiladha Hari Raya Aidiladha juga


dikenali sebagai Hari Raya
Korban. Pada hari ini,
masyarakat Melayu akan
berkorban binatang ternakan
mereka sebagai mengenang
kesanggupan Nabi Ismail
mengorbankan diri demi
ketaatan kepada Allah (SWT).

Nuzul Quran Hari Nuzul Quran merupakan


hari ke-17 dalam bulan
Ramadhan sempena hari
penurunan al-Quran.

Perayaan- Maulud Nabi Maulud Nabi merupakan


perayaan sambutan hari keputeraan
keagamaan Nabi Muhammad ( saw).
Awal Muharam Hari pertama dalam tahun
Islam ( Tahun Hijrah) iaitu
hari pertama dalam bulan
Muharam.

Kesenian Wayang kulit Wayang Kulit merupakan


persembahan bayangan patung
yang menggunakan bahasa
Melayu-Siam Selatan. Seni
hiburan ini popular di Pantai
Timur serta mengandingi
unsur dan pengaruh daripada
Hindu dan Islam.

Mak Yong Sejenis dramatari berunsurkan


Negara Thai seperti gerakan
tangan, jari dan posisi kaki.
Demikian juga alatan
muziknya seperti geduk dan
gedombak. Tarian ini
menggambarkan kehalusan
dan keindahan istana.

Kuda Kepang Sejenis tarian yang mendapat


pengaruh Hindu dan Islam.
Dramatari ini tanpa dialog
yang mengisahkan satu cerita
atau keadaan emosi umum
dengan muzik.

Menora Sejenis dramatari yang


mengisahkan Jataka,Buddha
bercirikan Negara Thai telah
diserap ke dalam kebudayaan
Melayu. Persembahannya
menunjukkan percantuman
unsur Negara Thai dengan
Melayu.

Joget Gamelan Popular di Terengganu dan


Pahang. Ia berasal dari
Indonesia. Tarian ini di bawa
oleh orang Bugis dari
Kepulauan Riau. Ia
menceritakan cerita Panji
seperti Raden Galuh Cendera
Kirana dan Raden Ini
Kertapati.

Perkahwinan Merisik Proses bertanya oleh


keluarga lelaki terhadap
keluarga perempuan
sekaligus berjanji.

Bertunang Persetujuan dan perjanjian


antara dua pihak untuk
melangsungkan akad nikah.

Pelamin dan bersanding Pelamin ialah tempat


pengantin duduk
berdampingan
( bersanding) dan
bentuknya bertingkat.
Pelamin melambangkan
singgah sana raja dan
pengantin akan bersanding
seumpama raja yang
bersemayam di singgah
sana kerana pada hari
perkahwinan, pengantin
dianggap raja sehari.

Pakaian Sarung Sarung boleh dipakai oleh


wanita atau lelaki dalam
bentuk kain lepas yang
diikat di pinggang.
Mempunyai tiga sifat iaitu
kepala kain, badan kain,
dan tepi kain. Bagi wanita
sarung dipakai bersama
baju kurung dan bagi lelaki
sarung boleh dipakai
bersama baju Melayu
sahaja ataupun bersama
seluar dengan dijadikan
kain samping.

Pakaian Cik Siti Wan Kembang Pakaian diraja yang


masyhur di Kelantan.
Terdiri daripada tiga helai
kain iaitu sehelai kain
sarung songket diikat
seribu di pinggang, kain
selendang dibelit di dada
seperti berkemban dan
bahu terdedah ditutup
dengan kain limar panjang
yang ditenun. Bersamanya
dipakai pending, tali
pinggang dan kalung emas
bertatah permata.

Pakaian Puteri Perak Pakaian diraja Perak berciri


seluar Acheh. Baju berleher
cekak musang dan seluar
Acheh daripada
songket.Samping dipakai
bersama pending emas dan
selendang songket dilampai
di bahu.

Baju Kurung Teluk Belanga Berasal dari Johor dan kini


dipakai di seluruh Negara
oleh perempuan dan lelaki.
Lelaki bajunya lebih
pendek dan diletakkan tiga
kocek.
Baju Kebaya Labuh Dipakai oleh wanita
Melayu di seluruh negara.
Sesetengah wanita Cina
peranakan turut
memakainya. Bajunya
dibuat labuh hingga ke
lutut, berbelah di hadapan
dan dipakai bersama tiga
kerongsang.

Baju Riau Pahang Asalnya pakaian diraja


Pahang dan Johor. Ia
merupakan gabungan
antara baju kurung cekak
musang dan baju kebaya
labuh. Berbelah di hadapan
dan diperbuat daripada
songket.

You might also like